Saturday, 28 April 2012

RENTETAN MELAYU DIMANIPULASI



INILAH YANG DAPAT DIBANGAKAN OLEH BUDAK MELAYU YANG ROSAK OTAK. KEJAHATAN YANG DITANAM OLEH TENTERA  DAJJAL SEPERTI ANWAR, NIK AZIZ, LIM KIT SIANG, AMBIGA DAN SEKUTU-SEKUTUNYA. KEJAHATAN INI SEKIRANYA TIDAK DIBENDUNG AKAN MEMPORAK-PERANDAKAN KEHIDUPAN MASYARAKAT YANG INGINKAN KEDAMAIAN.ADAKAH REMAJA INI TERFIKIR AKAN AKIBAT DAN IMPLIKASI DIATAS TINDAKAN MEREKA. DIMANA PENDEMO CINA DAN INDIA? KENAPA TAK JOIN SEKALI?. TERNYATA SEKALI INILAH AGENDA MEREKA YANG INGIN MELIHAT MELAYU BUNUH MELAYU. 


Dengan kejayaan 'pendemo' Melayu yang disiram dengan kejahatan dihati dan juga difikiran mereka telah dengan sengaja 'memercikkan' darah pemuda ini  ke bumi walaupun beliau hanya sekadar mencari rezeki. Adakah ini kepuasan 'Pemimpin Pakatan'? atau kepuasan mereka?Kalau  kejadian 13 Mei 1969 , Cina berjaya menumpahkan darah orang Melayu tetapi kini mereka tidak lagi melakukan sedemikian tetapi sebaliknya menggunakan strategi baru. Gunakan pemuda melayu untuk merosakan tali persaudaraan dan silaratulrahim dikalangan orang Melayu Islam agar bermusuhan sesama sendiri.



Apakah perasaan anda apabila anggota Polis yang kita amanahkan untuk menjaga keselamatan negara dan keselamatan harta benda kita, kita perlakukan begini?.Adakah kita lihat orang Cina dan India campurtangan atau tumpang sekaki dalam insiden ini?Apakah kesalahan anggota Polis ini?Rata-rata apa yang dapat kita saksikan adalah sifat manusia yang berbangsa Melayu ini yang telah rosak pegangan kemanusiaanya. Sekiranya PAS mendabik dada dengan mengatakan untuk mendirikan negara yang berkebajikan adah ini contoh terbaik? Dengan linangan darah dimuka hamba allah ini adakah pemimpin Islam PAS berpuashati ?Apa tindakan anda sekiranya ini berlaku kepada anggota keluarga anda?


Dengan memaparkan gambar DYMM Yang Dipertuan Agung. adakah mereka seiklasnya menerima Raja Melayu sebagai raja mereka? Sekiranya mereka menganggap DYMM Yang Dipertuan Agung sebagai Raja kenapa hak keistemewaan orang Melayu yang termaktub didalam perlembagaan Negara mereka pertikaikan?Sebenarnya ini adalah 'wayang' semata-mata  bertujuan untuk mencari perhatian.


Apakah kesan daripada 'Perhimpunan Haramjadah" ini. Kesan ekonomi amat terkesan kepada orang Melayu yang rata-rata berniaga secara kecil-kecilan diseluruh kawasan yang terjejas.. Adakah perniagaan orang Cina terjejas? Tidak. Adakah perniagaan India terjejas? Tidak. Perniagaan orang Cina yang berpendapatan serdahana hanya tertumpu di Petaling Street..adakah mereka menerima tempiasnya? Jawapannya Tidak. India pula tertumpu di Brickfield. Adakah kawasan mereka terjejas. Tidak. Hanya kawasan Melayu yang berniaga ditengah bandar saja yang terjejas teruk. Siapa yang rugi? Siapa yang merugikan? Anda fikirlah .


Apakah kepuasan yang dinikmati oleh 'pendemo' ini. Adakah Najib akan letak jawatan? Adakah Hishamuddin akan letak jawatan? Semua pemimpin 'demo' yang terdiri dari pakatan, semuanya menginap dihotel dan datang dengan kenderaan mewah. Para pendemo bagaimana? Berpusu-pusu menaiki pengangkutan awam, naik motor dan berkereta. Apakah menafaatnya terhadap keluarga dan juga anak-anak. Apa hasil yang berjaya diraih? Beribu atau beratus ringgit berjaya dibawa pulang. Bagi pencetus 'demo' iaitu pempmpin pembangkang, mereka semua berihat di hotel lima bintang sambil menikmati buffet. Anda dapat apa? kalau setakat minum teh dan makan sekeping roti canai dikedai mamak , apa faedahnya.


Lihat gambar mewah diatas, 'semua pemimpin' pakatan beristerihat dihotel bertaraf superstar hotel serta menikmati makan dan minum dicoffee house sambil bersenang senang. Bagi 'pendemo' 'bangang' kedai mamaklah yang menjadi tumpuan. Siapa yang pandai. Anda atau pemimpin anda. 


Sebagai kata akhir, kemana arah tuju perjuangan anda. Mana lebih penting, menentukan kekayaan pempimpin anda atau keselesaan kehidupan kita. Fikirlah sendiri.

PEMERINTAH TAKUT PEMBANGKANG - POLIS JADI 'LAUK'

                                                       PANDANGAN  CAHAYA AL MAJID 

28hb  April 2012 merupakan hari yang amat 'menyakitkan' hati dimana aku lihat gerombolan penyengak-penyangak yang menyusahkan kehidupan orang  yang ingin mencari sekelumit rezeki di bumi yang di rahmati Allah SWT. Apa yang dapat kita lihat melalui saluran blog-blog dan juga rangkaian sesawang, gambaran sebenar segelintir masyarakat yang hati mereka telah 'disimbah' kencing setan dan 'bisekan dajjal'agar sama-sama memercikan 'darah' penguatkuasa keselamatan (Polis)  untuk dijadikan 'korban' lahap nafsu serakah segelintir manusia yang tidak mempunyai jati diri  yang hidup di dalam 'kegelapan' dijalan yang terang.


Gerombolan yang diterajui oleh Anwar Ibrahim, Mat Sabu, Lim Kit Siang , Wan Azizah dan juga Ambiga yang rata-rata merupakan pemimpin kanan Pakatan Pembangkang secara rakus dan tidak berhati perut secara terangan telah 'menghasut' manusia yang tidak 'berotak' ini agar sama-sama memporak-perandakan sistem masyarakat yang telah dibina sejak sekian lama. Tingkah-laku dan sifat 'kebinatangan' manusia yang tidak layak dipanggil 'manusia' ini telah secara sengaja mencuit hati masyarakat yang sentiasa inginkan kedamaian dibumi ini dengan perbuatan yang amat jijik sekali.


Mengucarkacirkan masyarakat adalah agenda utama mereka. Hasad dengki adalah kehidupan mereka. Melihat kesusahan orang lain adalah kepuasan mereka. Demi untuk memenuhi impian , mereka sanggup melakukan apa saja demi mencapai cita-cita yang 'kesumat' ini.Apa yang dapat kita lihat adalah perlakuan yang ganas . Adakah  ini yang ingin Pakatan Rakyat 'warnakan' sekiranya mereka diberi kuasa memerintah?Adakah perlakuan begini yang ingin dijadikan model masyarakat yang ingin dibentuk oleh Pakatan Pembangkang. Adakah pemimpin begini yang harus kita jadikan pemerintah?


Apa yang dapat kita lihat adalah jenis-jenis manusia yang tidak mempunyai 'arah tuju' didalam kehidupan terutama 'bangsa Melayu' berugama Islam yang secara terangan melakukan 'provokasi' terhadap pihak berkuasa terutama Polis. Permainan sentimen oleh bukan Melayu nampaknya membuahkan hasil dan sedikit sebanyak telah meninggalkan kesan terhadap orang Melayu. Perancangan mereka untuk melihatkan orang Melayu bersengketa dengan Melayu sudah membuahkan hasil.  Orang bukan Islam terutama Cina dan India kegembiraan aabila melihatkan situasi ini, hajat dan perancangan untuk memecahkan 'tembok' Melayu sudah berhasil sekali gus mencacatkan Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w. Orang Melayu yang didalam kelalaian harus ingat, ekonomi bangsa Cina sememangnya sudah kuat begitu juga dengan India.Jangan benarkan Melayu dijadikan 'belaci' untuk membunuh 'orang melayu'. Ingat...


Apa yang dapat aku simpulkan disini ialah 'kegagalan' pihak berkuasa untuk bertindak mengekang perbuatan ini. Kenapa Pemerintah 'harus' membiarkan pihak Polis dijadikan "lauk' oleh mereka ini. Adakah memadai dengan membiarkan 'perbuatan biadap' ini dibiarkan saja. Pertembungan ini adalah petembungan 'politik' tetapi kenapa parti yang memerintah membiarkan Polis dijadikan balasahan  oleh puak ini? Apa yang dapat aku lihat adalah kegagalan Najib Razak dan Hishamuddin didalam mengemudikan isu ini. Nampaknya mereka berdua ini tiada moral dan keberanian untuk membendung perkara ini.Oleh itu aku menyarankan agar kedua-dua sepupu-sepapat ini 'berundur' dengan hormat dari jawatan yang disandang. 'Kegagalan' pihak Polis didalam menjalankan tugas yang diamanahkan oleh rakyat  Malaysia maka seharusnya Tentera mengambil alih tugas ini. Sepatutnya Tentera melalui kuasa Raja seharusnya mangambil tempat ini dari membiarkan 'kucar kacir' masyarakat  terjadi.


Perdana Menteri selaku pemimpin politik yang menerajui Kerajaan seharusnya meletakan jawatan kerana gagal menangani pertembungan ini. Gagal didalam melindungi anggota keselamatan dan juga harta awam.
Menteri Dalam Negeri juga seharusnya meletakan jawatan kerana gagal didalam menterjemahkan kuasa politik yang sepatutnya melindungi kakitangan keselamatan.Sepatutnya tangan Polis tidak diikat.


Kegagalan kedua-dua individu ini dari berfungsi maka selayaknya 'pilihanraya' diadakan dengan secepat  mungkin dari mengelakan 'trajidi' ini berulang.


Selayaknya rakyat yang teraniya harus menuntut ganti daripada pihak yang bertanggungjawap :-


i. Menyeret Penganjur Demonstrasi iaitu PKR,PAS dan DAP dan juga individu seperti Anwar Ibtrahim, Mat Sabu, Lim Kit Siang, Wan Azizah serta Ambiga ke Mahkamah untuk tuntutan gantirugi yang ditanggung oleh rakyat.


ii. Menyaman jawatan Perdana Menteri dan jawatan Menteri Dalam Negeri serta individu Najib bin Abd Razak dan Hishamuddin Hussin kerana gagal sebagai 'pemegang amanah' dalam menjalankan tanggungjawap sebagai individu yang gagal menjalankan tugas untuk menjaga keamanan dan kesejehteraan Rakyat serta keselamatan anggota keselamatan.


Nota : 
Pemerintah yang baik adalah pemerintah yang sanggup mempertahankan nyawa dan keselamatan orang yang diperintah. Sekiranya yang 'diperintah' dijadikan benteng untuk menyelamatkan yang 'memerintah' maka hukumnya adalah 'zalim'.
 Sekiranya yang memerintah hidup dalam kekayaan dan yang diperintah hidup dalam kemiskinan maka hukumnya 'zalim'.
Sekiranya penguasa yang diamanahkan untuk menjaga amanah kepada yang ramai dan sekiranya mati ketika menjalankan amanah itu maka matinya adalah 'syahid'. 
Kepada mereka yang menyebabkan kematian kepada penguasa yang diberi kuasa yang memegang amanah kepada yang ramai maka hukum Tuhan adalah 'kematian' kepada sipembunuh.



Friday, 27 April 2012

MIRACLE HAFIZ 'BRAIN TUMOR' YANG DI 'ANGKAT' ALLAH










ASSALAMMUALAIKUM


BISMILLAH-HIR-RAHMAN-NIR-RAHIM


Semua yang ditulis adalah benar hanya Allah SWT sebagai saksi.


Sepanjang perjalanan yang aku tempuhi sangat berbeza rasanya, namun keyakinan aku terhadap perancanaan Allah SWT  terhadap perjalanan aku telah membuatkan diriku semakin hari semakin tabah didalam menempuh segala dugaan .


Hafiz adalah anak kepada jiran aku. Keluarga beliau baru saja berpindah ke sini dari Kuala Lumpur. Umur beliau lebih kurang 23 tahun pada waktu itu.Aku tidak mengenali pemuda ini tetapi 'sejarah' kesihatan beliau telah disampaikan kepada aku olih dua orang puteri aku yang masih lagi disekolah menengah. Kedua-dua anak aku mengenali pemuda ini serta keluarganya. 'Abang Hafiz' adalah panggilan anak aku kepadanya. Aku diberitahu bahawa Hafiz menghidap 'brain tumur' dan telah pun menjalani pembedahan pertamanya sewaktu beliau di Kuala Lumpur lagi. Perjalanan kehidupan Hafiz bertukar corak selepas operation.


                                                   FOTO PEMBEDAHAN OTAK


Puteri aku memberitahu bahawa Hafiz selalu mengalami 'pass out'  dan akan berlaku pada bila-bila masa saja. Oleh itu pergerakan beliau  dipantau oleh ibubapanya dan adik-beradik beliau. Memandangkan keadaan kesihatan beliau tidak menentu yang disebabkan oleh implikasi pembedahan maka kini sepanjang hayat beliau, 'kehidupan' nya hanya bergantung kepada ubat-ubatan hospital .Untuk beliau melalui sekali lagi pembedahan maka risikonya teramat tinggi, beliau berkemungkinan akan hilang penglihatan untuk selama-lamanya atau nyawa yang menjadi sempadan. Mendengarkan kisah Hafiz itu,  aku amat tersentuh hati dan bersimpati denganya. Puteri aku meminta agar aku dapat membantu untuk meringankan bebanan yang ditanggung Hafiz.  Memandangkan kedua-dua puteri aku amat perihatin dengan 'nasib'  yang menimpa Hafiz lalu aku bersetuju dengan permintaan kedua-duanya.


Pada keesokkan malamnya Hafiz datang kerumah aku. Beliau menceritakan segala-galanya kepada aku tanpa berselindung. Segala sejarah 'hitam' dan 'putih' yang dilaluinya diceritakan kepada aku. Memandangkan sejarah perjalanan beliau sebelum ini terlalu banyak 'negative' terhadap orang yang disayang dan juga terhadap orang lain, maka, pada malam itu aku meminta beliau agar memohon keampunan seiklas hati daripada kedua-dua ibubapanya. Kata aku lagi, sekiranya 'permohonan' aku ini dapat dipenuhi oleh Hafiz maka perjalanan untuk prasa kedua yang bakal beliau lalui akan menjadi lebih mudah. Itulah kata 'kunci' aku kepada beliau pada malam itu.


Keesokkan malamnya Hafiz datang sekali lagi kerumah aku. Beliau memberitahu aku bahawa segala apa yang aku suruh dan minta beliau lakukan sudahpun dilaksanakan.Lalu aku tanyakan apakah perasaan beliau ketika ini. Dengan linangan air mata Hadiz memberitahu aku bahawa beliau amat menyesali segala perbuatan yang beliau lakukan dahulu dan kini beliau ingin kembali kejalan yang benar yang diredai Allah SWT. Pada malam itu bermulalah kisah perjalanan Hafiz dibawah sayap aku dan perkara pertama yang aku minta beliau lakukan ialah 'bertaubat', memohon keampunan daripada Tuhan Semesta Alam, Tuhan Yang Maha Suci. Hampir pada setiap malam aku menghabiskan waktu mendidik Hafiz.


Berbulan berlalu , apa yang aku sampaikan bepada Hafiz dilakukan dengan sebaik mungkin tanpa merasa jemu. Alhamdullilah, didalam kesabaran melakukan apa yang diwajibkan keatas beliau, kini, Allah SWT telah 'mengangkat' sedikit kesengsaraan itu. Sekiranya sebelum ini beliau agak kerap 'pengsan' tetapi kini beliau boleh menarik nafas lega. Kejadian pengsan sudah tidak sekerap dahulu. Kalau dahulu setiap dua jam beliau akan pengsan tetapi kini dalam dua tiga hari hanya sekali saja beliau akan pengsan. Memandangkan 'ganjaran' awal sudah dilimpahkan kepada beliau, maka pelajaran seterusnya adalah 'prasa tiga' .


Alhamdullilah, Allah SWT Maha Agung , Maha Kaya, Tuhan Langit dan Bumi, kini kehidupan Hafiz sudah jauh berbeza. Kesihatan beliau pun sudah bertambah baik dan simptom pengsan secara tiba-tiba sudah tiada lagi. Beliau pernah mengadu kepada aku, katanya, 'tumur' yang terpahat dilingkaran otak beliau masih lagi disitu tetapi pembesarannya sudah tidak berlaku lagi .Para doktor yang merawat kagum dengan perkembangan ini.


Kalau dahulu beliau akan pengsan sewaktu sedar tetapi kini perkara itu hanya berlaku ketika beliau tidur. Kalau dahulu beliau selalu melalui detik hitam didalam perjalanan hidupnya tetapi kini semuanya sudah berubah dan hanya Allah SWT yang menjadi saksi. Kini beliau hanya akan pengsan sekiranya beliau melakukan 'kesalahan; 


Nota : Kisah penuh perjalanan hidup Hafiz sebelum adanya 'tumur', kisah hitam dengan keluarga, kisah suka dan duka apabila dipinggirkan oleh ibubapa dan saudara terdekat, serta miracle Allah SWT Yang Maha Agung, tersingkap didalam buku, dan kejadian ini boleh dijadikan 'iktibar' kepada semua pembaca.



Thursday, 26 April 2012

AKU, MIRACLE ALLAH DAN FUAD SERTA PENGUNJUNG

                                                 PERISTIWA  DI LAKE TOWN RESORTS

ASSALAMMUALAIKUM


BISMILLAH-HIR-RAHMAN-NIR-RAHIM




Semua yang dituliskan adalah benar hanya Allah SWT menjadi saksi.


Didalam kemelut dan salah faham yang berlaku diantara  Pengurusan tertinggi Awana Porto Malai dengan ahli kumpulan muzik isteriku, membuatkan  isteri aku  menerima undangan daripada Tan Sri Mustapha Kamal atau dikenali sebagai Emkay untuk membuat persembahan di Lake Town Resorts. Perjalanan dan persembahan itu melibatkan isteri aku dan juga anggota pemuziknya. Pada awal pagi kami telah bertolak kesana. Perjalanan dari Alor Setar ke Bukit Merah Town Resorts mengambil lebih kurang 3 jam perjalanan. Setibanya kami disana kami telah dijemput untuk bersama-sama Tan Sri untuk makan tengahhari dan selepas itu kami dibawa melawat keseluruh kawasan resorts tersebut.


Tan Sri mencadangkan agar kami semua pergi melawat  pulau yang menempatkan orang utan. Kata beliau, pulau itu telah menjadi kawasan tarikan pelancongan bagi Bukit Merah Lake Town Resorts. Aku berserta isteri dan Fuad menerima pelawaan itu lalu kami menyertai  beberapa orang pelancong asing didalam sebuah 'feri' menuju ke pulau itu. Aku dapati seluruh kawasan pulau itu dikelilingi pagar keselamatan .


Setibanya disana aku lihat ramai  pelancong tempatan disitu , mereka datang untuk menyaksikan  orang utan. Disatu sudut aku lihat  ramai pengunjung berpusu-pusu silil berganti meninjau untuk melihat orang utan. Setelah ruang tinjau itu reda lalu aku  dan isteri serta Fuad   menghampiri kawasan itu untuk melihat sendiri 'orang utan' disitu. Sebenarnya pada waktu itu tiada seekorpun orang utan kelihatan. Mungkin disebabkan tiada seokor pun kelihatan maka kebanyakan pengunjung meluangkan masa untuk bergambar saja.


Aku menghampiri pagar  lalu aku amati disuatu sudut, aku ternampak seperti seekor orang utan yang terselindung disebalik sebatang pokok didalam keadaan terbaring. Kalau dilihat secara  rambang , sememang tidak akan nampak kerana orang utan itu dilindungi olih pokok-pokok utan yang kecil serta dedaun kering yang bertaburan. Aku menyuruh isteriku dan Fuad untuk mengesahkan kebenaran yang aku nampak. Memang benar, kata isteiku dan Fuad. Jarak kedudukan kami lebihkurang tiga puluh meter dari orang utan tersebut. Lalu aku panggil  orang utan itu, " Hei, Mat! mari sini kau, aku nak ambik gambar kau", Mungkin suara aku didengar olih nya, 'orang utan' itu lantas bangun ' sambil memandang tepat kearah aku. " Mari sini, aku nak ambil gambar kau', kata aku lagi.  Allahhuakbar, Allah Maha Agung. Orang utan itu berjalan kearah kami yang berada ditepi pagar. Apabila aku lihat orang utan itu sudah agak dekat dengan kami, aku menyuruhnya berhenti . Alhamdullilah Allah Maha Mengetahui, orang Utan itu seakan faham apa yang aku perkatakan. Dia berhenti disitu. Kata aku lagi, 'kau berdiri disitu, aku nak ambil gambar kau'. Orang Utan itu pun berhenti sambil duduk memandang kearah aku. Isteri aku dan juga Fuad , terperanjat dengan situasi itu. 'Kak! orang utan tu dengar cakap abang la', kata Fuad. 'Kau duduk kat situ, orang nak ambil gambar kau', kata aku lagi kepada orang utan itu. Melihatkan keadaan itu disaksikan pelawat yang lalu lalang dibelakang kami, maka berkerumun lah mereka dibelakang aku , berpusu-pusu untuk merakam gambar orang utan tersebut. Lebih kurang 15 minit berlalu dan apabila semua pengunjung telah berkesempatan untuk merakam gambar lalu aku berkata kepada orang utan itu, ' Terima kasih ya, sekarang bolih la pergi'. Mashyaallah, Allah Maha Mengetahui. Mendengarkan kata-kata aku , lalu  orang utan  itu bangun lalu berjalan  masuk kehutan.
'Bang, macammana abang buat', kata Fuad. ' Itu semua kehendak Allah, bukan kehendak abang',kata aku.


Pada keesokkan harinya selepas isteri aku selesai membuat persembahan di Laketown Resorts kami semua balik ke Langkawi dengan meninggalkan seribu 'pertanyaan' dan 'kemuskilan' berhubung kejadian aku bercakap dengan 'orang utan' kepada Fuad dan juga kepada semua yang menyaksikan peristiwa itu.


 Nota : Kisah penuh peristiwa ini terdapat didalam buku.



Tuesday, 24 April 2012

UTUSAN YANG DITUNGGU DENGAN' TANDA' TERSEMBUNYI

                                                               PULANG KE MADINAH

ASSALAMMUALAIKUM

BISMILLAH-HIR-RAHMAN-NIR-RAHIM


Semua yang ditulis adalah benar hanya Allah SWT menjadi saksi.


"Barang' berupa hadiah telah sampai ditangan aku. Namun arahan yang baru saja diterima, wajib dihantarkan semula  'hadiah' tersebur  ke lokasi yang lain iaitu Madinah, Mesjid Nabawi. Ciri-ciri dan tanda hambaallah yang akan menjadi penyambung telah aku ketahui apabila aku menerima 'naskah' tersebut. Kini aku hanya menunggu bilakah 'hambaallah' tersebut akan hadir di Langkawi. Berita penghantaran 'naskah' tersebut aku terangkan kepada para sahabat  dan aku nyatakan kepada mereka kenapa dan mengapa perkara itu perlu ditunaikan. 


Didalam penantian itu aku telah memastikan kepada Hj Kamaruddin bahawa calon tersebut semestinya bermula dari Awana Porto Malai. Masa berlalu dengan begitu pantas, dua wakil 'calon' telah dihantar ke Awana namun kedua-duanya tidak menepati kriteria yang ditetapkan sehinggalah aku menerima khabar daripada saudara isteri aku, beliau mengatakan bahawa sahabat beliau telah lama berulang alik ke Langkawi untuk 'projek' duniawi beliau tetapi kali ini beliau amat teringin sekali untuk bercuti di Awana Porto Malai. Olih itu isteri aku telah mengaturkan percutian beliau di Awana .Isteri aku telah membuat tempahan hotel untuk beliau melalui Hj Kamaruddin. Pada siangnya beliau sampai di Awana Porto Malai aku dan isteri tidak dapat bersama beliau namun isteri aku telah mewakilkan kepada Hj Kamaruddin untuk menguruskan segalanya.


Pada malam tersebut aku ke Awana Porto Malai untuk mengalu-alukan kedatangan sahabat kepada saudara isteri aku. Malam itu aku diperkenalkan kepada beliau olih Hj Kamaruddin. Didalam pertemuan itu aku dapati ' kesamaan' dan 'ciri-ciri' hanba allah yang aku tunggu ada pada beliau, namun malam itu aku tidak menyatakan apa-apa kepada beliau.


Pada keesokkan harinya aku sekali lagi ke Awana Porto Malai untuk bersama beliau. Nama beliau adalah Hj Aidid. Dalam perjumpaan itu beliau menceritakan sedikit sebanyak latar belakang peribadi beliau kepada aku. Hati aku ketika itu amat bergelojak kerana 'manusia' yang baru aku temui ini adalah 'calon' tersebut. Lalu aku kabarkan kepada beliau akan perjalanan aku. Beliau amat terkejut dan berbesar hati sekiranya beliau dapat 'diamanahkan' untuk  menjadi  penghantar  . Didalam pertemuan hari itu tiada sebarang keputusan dapat aku buat hanya aku menunggu 'petunjuk" Allah SWT untuk perjalanan seterusnya.


Setelah dua kali beliau datang ke Langkawi, semata-mata untuk berjumpa dengan kami maka aku mengambil keputusan untuk menyerahkah 'urusan' ini kepada beliau. Kata beliau lagi didalam masa yang terdekat ini beliau akan ke Mekah bersama isteri  untuk melakukan umrah, olih itu beliau berpendapat agar beliau diberi 'amanah' tersebut. Tanpa meragui ketelusan beliau maka aku bersetuju dengan cadangan itu.


Tiga hari sebelum beliau berlepas untuk menunaikan Umrah, aku pulang ke Kuala Lumpur untuk bertemu beliau untuk menyerahkan 'barang' tersebut. Didalam pertemuan itu aku menerangkan kepada beliau, apa yang perlu dilakukan ketika di Madinah dan waktu bila perlu menyerahkan 'naskah' tersebut kepada 'hambaallah' yang sepatutnya. Setelah selesai pertemuan itu aku terus pulang ke Langkawi.


Tiga minggu berlalu, aku menerima panggilan daripada Hj Aidid, beliau memberitahu aku bahawa misi beliau untuk menyerahkan 'naskah' tersebut gagal kerana sesuatu telah terjadi ditempat yang sepatutnya 'naskah' itu di serahkan. Disebabkan kejadian itu beliau bertanyakan pendapat isteri beliau, 'apakah yang perlu dibuat', lalu isteri beliau mencadangkan agar 'naskah' tersebut dibawa semula ke Mekah iaitu di Ka'abah.  Semasa diKa'abah beliau memohon petunjuk dari Allah, lalu hati beliau berat untk meninggalkan 'naskah' tersebut disitu lalu dibawanya pulang ke tanahair. Itulah penjelasan Hj Aidid. 


Lalu aku menasihati beliau agar 'naskah' tersebut disimpan untuk sementara waktu dan kata ku, inshaallah, 'naskah' itu akan ke Madinah juga. Alhamdullilah, berselang 3 bulan sekali lagi Hj Aidid berkesempatan untuk ke Mekah lalu aku memberitahu beliau agar 'naskah' tersebut dihantarkan saja ke Mesjid Nabawi tanpa ada arahan tertentu.


Alhamdullilah, sekembalinya Hj Aidid dari Mekah untuk menunaikan umrah bagi kali kedua, beliau memberitahu aku bahawa misi penghantaran tersebut telah terlaksana dan beliau berasa bersyukur dengan apa yang telah dapat beliau sumbangkan.


Untuk seketika perjalanan aku  untuk prasa kedua ini telah selesai, hanya menantikan perjalanan selanjutnya.


Amin.


Nota : Detail perjalanan Hj Aidid dan perkara yang membuatkan beliau membawa balik 'naskah' tersebut terdapat didalam buku.


Untuk makluman semua pembaca  setelah perjalanan kedua Hj Aidid ke Mekah dan sekembalinya beliau ke negeri asalnya beliau telah di anugerahkan Darjah Kebesaran Dato' Setia Negeri Sembilan dan kini beliau bergelar Dato' Ir Hj Aidid.
Pada 27 Ramadhan bersamaan Malam Jumaat tahun 2011 Dato' Ir Hj Aidid telah kembali ke rahmatullah.
Aku berserta para sahabat berdoa agar roh beliau ditempatkan bersama orang orang yang solih dan beriman dan mendapat kerahmatan dari Allah SWT, Tuhan Semesta Alam, Tuhan Al Majid.
                                                                     Al Fatihah keatas Almarhum Hj Aidid.



Monday, 23 April 2012

PERJALANANHJ KAMARUDDIN & RONNIE KE MEKAH BHG II

                                                                 KEAJAIPAN DIMEKAH

ASSALAMMUALAIKUM

BISMILLAH-HIR-RAHMAN-NIR-RAHIM


Semua yang ditulis adalah benar hanya Allah SWT menjadi saksi


Hj Kamaruddin
Setelah semua urusan  keberangkatan untuk ke Mekah telah diuruskan dan kini hanya menunggu waktu berlepas saja. Tiga hari sebelum berlepas aku, Amin, Hj Kamaruddin dan juga Ronni berkumpul di Awana seperti yang aku minta. Pada malam pertemuan itu aku memberitahu mereka kenapa bukan aku sendiri yang pergi 'menjemput' barangan yang aku kabarkan.Alhamdullilah para sahabat menerima penjelasan aku.


Disini Hj Kamaruddin & Ronnie terima yang disebut
Pada malam itu aku memberikan arahan terakhir kepada mereka. Lalu aku kabarkan kepada Hj Kamaruddin, ' Akan ada satu hari  sebelum solat subuh dan dihadapan pintu Ka'abah, akan ada hambaallah menghulurkan 'hadiah' tersebut, maka 'hadiah ' tersebut hendaklah kamu simpan dan jangan sekali kali ditunjukkan kepada sesiapa pun. Kepada Ronnie pula, :Akan datang satu hari ketika di Hijr Ismail, pada ketika itu akan ada hambaAllah duduk disebelah kiri kamu, maka hendaklah kamu 'menghadiah tasbih' ini kepada beliau. Dan apabila kamu berada di Mesjid Nabawi maka akan datang satu hari selepas  kamu bersolat, akan ada hambaallah duduk disebelah kiri kamu ,tiga saf dibelakang , hambaallah itu berjubah dan berserban hijau, maka hendaklah kamu Hj Kamarudin pergi kepada beliau lalu 'berikan' salam. Selain daripada tiga perkara tersebut maka kamu lakukanlah seperti apa yang telah aku ajarkan. Itulah arahan aku kepada mereka berdua.


Hj Kamaruddin dan Ronnie sudah pun berada di Mekah lebihkurang sepuluh hari  disana maka kepulangan mereka amat kami nantikan .  Aku mendapat panggilan daripada Hj Kamaruddin dan memberitahu aku bahawa beliau akan sampai ke Langkawi pada keesokkan harinya.
Pada hari kepulangan mereka, aku dan Amin menunggu mereka di Lapangan terbang. Ketibaan mereka berdua kami sambut lalu kami  menjemput mereka  ke Cafe didalam lapangan terbang. Hj Kamaruddin menceritakan semua pengalaman yang mereka lalui disana begitu juga dengan Ronnie. Dengan gembira Hj Kamaruddin memberitahu aku bahawa semua arahan dan kejadian yang aku sebutkan terdahulu semuanya benar dan berlaku mengikut seperti apa yang aku katakan. Lalu beliau mneghulurkan 'hadiah' tersebut kepada aku. 


Alhamdullilah 'hadiah' yang diterima Hj Kamaruddin itu membawakan aku kepada  satu lagi perjalanan untuk akan datang. Hanya aku  dan Allah SWT saja yang mengetahui 'arahan' selanjutnya. Kata Hj Kamaruddin lagi semua arahan yang aku beri telah mereka sempurnakan dan aku mengucapkan ribuan terimakasih kepada mereka kerana menyempurnakan 'amanah' ini.


Nota : Kisah penuh perjalanan dan keajaipan hanya ditulis didalam buku.


Untuk perjalanan selanjutnya, aku menunggu kedatangan 'seseorang' yang mempunyai 
'tanda' .Tugasan hambaallah  itu yang bukan dari 'kalangan rapat kami' akan tiba untuk menyempurnakan 'misi' seterusnya, Hanya Allah SWT yang mengetahui segalanya.


Amin.
                                                      SULTAN BRUNEI DARRUL SALAM


Nota : Aku memanjangkan  kesyukuran  kehadrat Allah SWT yang telah mengerakkan Duli Baginda Pengiran Sultan Brunei yang  sepatutnya bermalam di Hotel Datai Resorts tetapi dengan izinNya  Allah SWT telah mengerakkan baginda untuk bermalam di Hotel Awana Porto Malai yang berstatus 3 bintang untuk  'memberi' hadiah kepada Hj Kamaruddin dan Ronnie untuk menyempurnakan 'amanah' yang aku terima. Kepada Baginda Sultan Brunei aku mengucapkan  terimakasih kerena  dijadikan 'asbab' untuk perjalanan aku ini walaupun tanpa pengetahuan Baginda.
Aku berdoa semoga Allah SWT merahmati Baginda dan keluarganya  serta seluruh rakyat Negara Brunei Darul Salam .
Amin.

Sunday, 22 April 2012

PEMBERIAN ALLAH SWT MELALUI SULTAN BRUNEI

                                                                               BAHAGIAN I


ASSALAMMUALAIKUM







BISMILLAH-HIR-RAHMAN-NIR-RAHIM


Semua yang aku tulis adalah benar hanya Allah SWT menjadi saksi.




Setelah kisah kumpulan Kuala Lumpur  berserta sahabat yang rapat dengan aku melakukan 'renjatan letrik' terhadap aku dan juga para sahabat yang lain maka semakin jauh lah perhubungan sahabat yang terawal dengan aku iaitu Simon . Walaupun begitu besar 'pengkhianatan' yang dilakukan keatas aku namun sedikitpun perasaan berdendam tidak tercucuk dihati dan nurani aku. Perjalanan aku masih lagi diteruskan.


Berbulan berlalu kini hanya tinggal Amin, Ronni dan Hj Kamaruddin saja di Langkawi yang masih setia dengan perjalanan ini namun Don Frazier @ Yaacob dan Joshua masih lagi bersama kami, walaubagaimana kedudukan Mama Maryam tidak aku ketahui . Aku sentiasa mendoakan agar Mama Maryam sentiasa dilindungi Allah SWT dan diberi keberkatan disepanjang perjalanannya menuju ke alam yang kekal.


Pada suatu malam aku mendapat perkabaran  bahawa aku perlu 'menjemput' sesuatu di Mekah . Lalu aku sampaikan perkabaran ini kepada para sahabat yang masih  lagi bersama. Sewaktu perjumpaan itu aku memaklumkan bahawa aku telah mengamanahkan kepada Hj Kamaruddin dan Roni untuk melaksanakan tugasan ini. Hj Kamaruddin memberitahu aku bahawa kewangan beliau tidak mengizinkan untuk beliau ke Mekah begitu juga Ronni. Lalu aku memberitahu beliau bahawa kewangan perbelanjaan  'perjalanan' ini akan ditentukan olih Yang Maha Esa, dan aku menyakinkan mereka bahawa wang untuk kesana akan sampai bila waktunya. Sementara itu aku menyuruh Hj Kamaruddin dan Ronni menyiapkan diri untuk tujuan itu kerana perjalanan akan bermula tiga bulan dari tarikh tersebut.


Sebulan sebelum tarikh yang dijangka untuk Hj Kamaruddin dan Ronni untuk ke Mekah sekali lagi kami berkumpul untuk membincangkan perkara ini. Didalam pertemuan itu aku menyatakan bahawa 'perbelanjaan' yang diperlukan sudah hampir hanya menantikan hari dan waktunya saja.


Didalam waktu yang semakin hampir, Langkawi disinggahi olih pembesar luar negara. Kedatangan mereka ini aku ketahui ketika aku ke pasar Mat Sirat. Didalam kesibukan suasana pasar , kedengaran siren peronda polis melintasi Pasar Mat Sirat. Aku lihat banyak kereta Polis mengiringi VIP  menuju kearah Datai. Disana terdapat Padang Golf yang berstatus antarabangsa, aku hanya menjangkakan bahawa VVIP itu akan ke Padang Golf.


Selepas Zohor aku menerima panggilan daripada Hj Kamaruddin, beliau memberitahu aku bahawa perjumpaan kami yang dirancang pada malam tersebut terpaksa ditangguhkan kerana Hotel beliau akan menerima kunjungan Di Raja. Mengikut program keluarga Di Raja tersebut akan bermalam di Hotel Datai dan akan bersarapan pagi di Awana. Olih kerana itu banyak persiapan harus dilakukan. 


Lebih kurang jam sembilan malam sekali lagi Hj Kamaruddin memberitahu aku bahawa tetamu yang dijangkanya bermalam di Datai Hotel dan Resorts telah menukar program mereka. Mereka kini bermalam di Awana. Kata Hj Kamaruddin lagi, selepas waktu maghrib tadi semua kakitangan F & B terpaksa berbaris kerana VVIP tersebut ingin memilih 'butler' peribadi dikalangan kakitangan Hj Kamaruddin. Alhamdulilah kata Hj Kamaruddin, beliau dan Ronni telah dipilih sendiri  olih VVIP tersebut untuk tugasan itu.


VVIP atau Keluarga Di Raja yang dimaksudkan adalah Tuanku Pengiran Sultan Brunei sendiri. Tuanku Sultan Brunei menghabiskan percutian selama 2 hari di Awana Porto Malai.  


Selepas keberangkatan pulang  Sultan Brunei , aku dan Amin ke Awana seperti yang diminta Hj Kamaruddin. Dipertemuan itu Hj Kamaruddin memberitahu aku bahwa Baginda Tuanku Sultan Brunei telah menghadiahkan sejumlah wang kepada mereka berdua dan jumlah yang diterima mengcukupi untuk mereka berdua ke Mekah. Memandang kedua-duanya menganggapkan bahawa 'pemberian' itu adalah untuk tujuan ke Mekah maka semua urusan perjalanan kesana diatur.


Nota : Inshaallah kisah ini akan aku sambung.

















PETUNJUK ALLAH DIKA'ABAH DITUDUH 'DISIHIR'

                                                                   BAHAGIAN I 


ASSALAMMUALAIKUM


BISMILLAH-HIR-RAHMAN-NIR-RAHIM




 Semua yang aku tulis disini adalah benar hanya Allah SWT menjadi saksi.




Kisah penghijrahan Don Frazier @ Yaacob bin Abdullah telah aku sampaikan kepada pada sahabat di Kuala Lumpur. Para sahabat di Kuala Lumpur amat teruja dengan berita ini tambahan pula kini saudara baru  bertambah seorang demi seorang. Bermula dengan Amin Carlos dan keluarga, Simon dan anak-anak,  Mama Maryam, Joshua, Roni dan terbaru Yaacob, maka mereka teringin sekali untuk bersama-sama di Langkawi.


Hj Kamaruddin
Seminggu sebelum para sahabat sampai di Langkawi, aku, Amin, Simon ke Awana Porto Malai. Kami diundang olih Hj Kamaruddin kerana pada petang tersebut, merupakan hari pertama Boardwalk Cafe mengada minggu ' BBQ". Ketibaan kami disana dialu-alukan olih seluruh kaki tangan Awana. Kami datang berasingan dan ketika aku sampai Amin, Simon dan Hj Kamaruddin sedang menikmati makanan. Aku duduk disebelah Hj Kamaruddin bertentangan dengan Simon., sementara Amin disebelah kiri Simon. Sementara  menunggu  makanan aku, aku hanya memerhatikan mereka bertiga menikmati makanan. Apabila Roni datang membawa makanan aku, lalu aku meminta   Ronni  membawa aku semengkuk kuah kari yang aku lihat amat mengujakan selera aku.  Petang itu aku menikmati 'Lamb Chop', seperti yang di cadangkan olih Ronni. Setelah makanan aku habis  Ronnie datang semula untuk mengambil pinggan lalu aku pinta agar kuah kari dan roti  tidak diambil kerna aku ingin menikmati makan roti bersama kuah kari.


Didalam kerancakan kami berbual, aku mengambil sebiji roti lalu aku kepak kepada dua bahagian. Sebahagian aku makan dan sebahagian lagi aku letakkan semula didalam bakulnya.  Sedikit demi sedikit roti itu aku makan sambil  mencecah kuah kari sehingga habis sebahagian. Tiba-tiba Simon mengambil sebahagian roti yang tinggal itu lalu beliau mencubit roti tersebut lalu dicelupnya kedalam kuah kari yang aku makan. Sebenarnya, sebelum ini aku telah memaklumkan kepada semua sahabat , bahawa semua lebihan makan aku, tidak aku benarkan mereka berkongsi dengan aku , aku mempunyai alasan tersendiri. Memandangkan perbuatan Smon itu maka Amin dan Hj Kamaruddin tersentak tidak terkata-kata melihatkan perbuatan Simon itu. Memandangkan insiden itu, lalu aku berhenti makan . Setelah Simon menghabiskan sebahagian roti itu lalu beliau bangun meminta diri untuk ketandas.


Sementara Simon ditandas, Amin mengingatkan pesan aku dahulu,  " Those who dip with me is the traitor" merujuk kepada kata-kata aku dulu.. Abang macammana ni", kata Amin. Tak mengapa, biarlah, mungkin Simon terlupa akan pesanan  aku dulu, kata aku lagi.Setelah selesai kami semua pulang.


Seminggu berlalu, aku mendapat pangilan sahabat dari Kuala Lumpur  bahawa mereka sudah pun sampai di Langkawi dan sebahagian dari mereka telah ke Awana dan sebahagian lagi ke Pekan Kuah untuk membeli belah. Aku dijemput ke Awana olih Hj Kamaruddin untuk sama-sama makan tengahari. Aku agak terlewat sampai di Awana, semasa aku sampai disana aku lihat meja makan sudah diatur memanjang dihadapan Boardwalk Cafe. Sebahagian dari sahabat Kuala Lumpur sudah pun berada disitu dan aku dapati Amin dan juga Simon sudahpun berada disitu. Setibanya aku dimeja tersebut semua tempat duduk sudah dipenuhi lalu Hj Kamaruddin mengambil kerusi tambahan dan diletakkanya dibahagian paling hujung meja. Enam orang dikiri aku dan enam orang di kanan  dan aku berada ditengah-tengah ibarat 'pengerusi". Pada hari itu makanan dibuat secara buffee . Aku hanya menikmati makanan kegemaran aku iaitu, Lamb Chop. 


Pada sebelah malamnya pula kami berjemaah bersama-sama di suite yang disediakan olih Hj Kamaruddin. Pada malam tersebut selepas saja kami selesai solat Maghrib, langit bertukar warna menjadi hehitaman dan disertai olih kilat dan petir. Hujan turun mencurah-curah. Pada malam itu air laut bergelora dan pasang besar walaupun bukan musimnya. Seluruh kawasan Awana keadaanya lintang pukang dipukul ribut. Hujan mencurah sehingga lewat malam. Didalam jemaah maghrib tersebut hanya Simon dan anak-anak serta Aunt Lily saja yang tidak hadir.
Pada keesokkan harinya sahabat dari Kuala Lumpur meninggalkan Langkawi. Dengan pertemuan ini maka semua saudara baru di Langkawi sudah berkenalan dengan sahabat dari Langkawi.


Berlanjutan dari itu apabila Yaacob bin Abdullah tiba ke Langkawi untuk kedua kalinya maka banyak perancangan dibuat terutama projek "Saudara baru'. Projek ini juga telah dimaklumkan kepada sahabat di Kuala Lumpur olih Simon . Sekembalinya Hj Kamaruddin dan Yaacob di Langkawi, tanpa aku duga, sahabat dari Kuala Lumpur berserta Simon dan juga Zainal telah menunggu di Lapangan Terbang. Kebetulan pada hari mereka sampai aku tidak berkesempatan untuk kesana. Sahabat dari Kuala Lumpur  meminta agar Hj Kamaruddin menceritakan apa yang dilalui olihnya dan juga Yaacob  ketika di sana. Hj Kamaruddin menceritakan kepada mereka apa yang dilaluinya. 'Lan' yang menjadi ketua kumpulan Kuala Lumpur memberitahu Hj Kamaruddin bahawa petunjuk yang Hj Kamaruddin 'lihat' di Ka'abah' adalah lah sihir dan kata "Lan" lagi semua itu adalah ditidak benar dan sihir itu datangnya dari aku dari Langkawi. Mendengarkan kata-kata ' Lan" itu lalu Hj Kamaruddin dan Yaacob meninggalkan mereka . Pada keesok harinya juga " Lan" dan juga sahabat Kuala Lumpur yang lain termasuk Simon dan Zainal sekali lagi ke Awana untuk menemui Hj Kamaruddin tetapi Hj Kamaruddin masih lagi bercuti dan mereka hanya sempat berjumpa dengan Yaacob. Kata Yaacob, beliau amat marah dengan Simon dan kuncu Kuala Lumpur kerana mempertikaikan apa yang mereka lihat. Yaacob berpegang teguh dengan apa yang beliau lalui tambahan pula 'miracle' tumur yang diangkat Allah SWT menguatkan lagi keimanan beliau dan kepercayaan terhadap aku.


Nota : Untuk kisah selanjutnya dan secara detail terdapat didalam buku.


Hj Kamaruddin menjelaskan kepada aku bahawa beliau tidak lagi ingin menjalinkan perhubungan dengan kumpulan dari Kuala Lumpur begitu juga dengan Simon dan Zainal. Semua yang dilalui olih Hj Kamaruddin dikongsikan bersama aku dan juga Amin . Berbalik kepada peristiwa sewaktu Simon menghabiskan lebihan roti yang aku makan maka terbuktilah kini bahawa beliau adalah 'pengkhianat'  bagi perjalanan kami. " Those who dips with me is the traitor", tepat ungkapan ini.


Sekiranya pembaca membaca text penuh kisah didalam perjalanan ini, terdapat berbagai-bagai 'keajaiban' dan ' kebenaran' berlaku terhadap Simon, tetapi beliau masih lagi 'menidakkan' apa yang dilaluinya. Semoga Allah SWT memberi petunjuk dan merahmati beliau sekeluarga.


Hanya Allah  SWT  Mengetahui Apa Yang Tersembunyi, Allah Maha Besar, Allah Maha Agung.









Saturday, 21 April 2012

KISAH KETIKA RASULULLAH MENDIRIKAN SOLAT DISURAH AL-JINN

                                                                       BAHAGIAN I


ASSALAMMUALAIKUM

BISMILLAH-HIR-RAHMAN-NIR-RAHIM

Semua yang aku tuliskan disini semuanya benar hanya Allah SWT menjadi saksi.


Surah Al Jinn :- 
                
Ayat 18 : Dan sesungguhnya mesjid-mesjid itu adalah kepunyaan Allah, Maka janganlah kamu menyembah seseorangpun didalamnya disamping (menyembah) Allah.


Ayat  19 : Dan bahawasanya tatkala hamba Allah (Muhammad) berdiri menyembah Nya (menyembah Nya -solat), hampir saja jin-jin itu mendesak desak mengerumuninya (Muhammad)


Ayat 20 : Katakan " Sesungguhnya aku hanya menyembah Tuhanku dan aku tidak mempersekutukan sesuatupun dengan Nya (Allah)




Didalam firman Allah SWT melalui Ayat 18,  , sesungguhnya Allah SWT memperingatkan hamba allah (Muhammad)  agar jangan menyembah seseorang pun di mesjid-mesjid melainkan Allah SWT.


Diayat 19 pula Allah SWT  mengambarkan kepada kita ketika hamba allah ( Muhammad) berdiri untuk menunaikan ibadah (solat) dan dikerumini olih jin-jin.


Firman Allah di Ayat 20, Allah SWT mengajarkan lafaz kepada hamba allah (Muhammad)  ketika  mendirikan solat.


Insahaallah, sekiranya kita mempraktikkan  seperti  apayang diajarkan kepada Nabi Muhammad s.a.w melalui Firman Allah ini, inshaallah kita akan selamat didunia dan juga diakhirat.


Nota : Ikutlah  Al Quran dan Sunnah Rasul 



AKU DAN HJ KAMARUDDIN

                                                                    HJ KAMARUDDIN

ASSALAMMUALAIKUM


BISMILLAH-HIR-RAHMAN-NIR-RAHIM


Semua yang dituliskan adalah benar hanya ALLAH SWT menjadi saksi.


Hj Kamaruddin merupaka insan pertama yang aku kenali sewaktu hari pertama aku tiba di Langkawi. Beliau adalah seorang yang baik budi perkerti dan berbudi bahasa. Keluarga beliau berasal dari Singapura dan telah berhijrah ke Kuala Lumpur diawal remajanya. Beliau merupakan seorang Assistant F & B Manager di Awana Porto Malai. Beliau sudah berumah tangga dan mempunyai 5 orang cahaya mata, 4 puteri dan seorang putera. Arwah bapa beliau adalah seorang guru agama dan allahyarhan bondanya merupakan seorang juara Qariah dari Singapura. Latar belakang agama beliau amat baik. Kedua arwah ibubapa beliau amat perihatin dengan agama. Kamaruddin, sewaktu ayahanda masih lagi hidup sedikit sebanyak dapat juga beliau  menuntut pelajaran agama olih itu kecenderungan beliau terhadap agama amat tinggi. Sebelum beliau berpindah ke Langkawi beliau telah pun menunaikan rukun Islam ke lima dan telah beberapa kali melakukan umrah.


Beliau merupakan seorang poenghidap 'asma yang akut' dan perjalanan seharian beliau, beliau menggunakan 'healer' sebagai rawatan untuk penyakit tersebut ditambah pula  paras gula didalam diri beliau juga tinggi (diabetis) dan yang terakhir penyakit 'gaut' juga agak kronik. Memandangkan keadaan beliau yang mempunyai berbagai-bagai komplikasi maka makanan yang diambil terpaksa dipantau.


Didalam perjalanan kedua aku, beliau merupakan saksi yang menyaksikan apa yang  telah berlaku, pengislamam kawan-kawan, saksi keatas Ken Peddler dan isteri, menyertai Yaakob menunaikan Umrah, 'Menjemput' hadiah aku dari Ka'abah', 'menyaksikan petunjuk Allah tentang diri aku', menyaksikan makan tengahari 13 dan bermacam-macam kejadian besar yang berlaku ketika bersama aku  dan peristiwa yang tidak tercapai olih akal fikiran.


Setiap insan yang singgah didalam perjalanan kedua aku semestinya Hj Kamaruddin tutur serta.Perjalanan besar dan kebenaran kata kata aku  hanya Hj Kamaruddin dan Allah SWT menjadi saksi.


Kisah suka dan duka didalam perjalanan ini banyak ditempuhi olih beliau. Suka apabila beliau sendiri menerima ' hadiah' untuk aku dihadapan pintu Ka'abah dan sedih apabila petunjuk yang ditunjukkan olih Allah SWT  kepada beliau di hadapan Ka'abah dikata sihir. Inilah serba sedikit mengenai latarbelakang dan kisah beliau sewaktu bersama aku.


Semoga Allah SWT merahmati beliau serta keluarga, dan dengan perjalanan yang penuh teka teki ini Hj Kamaruddin telah diganjarkan dengan kesihatan yang baik olih  Allah SWT, penyakit 'asma" dan  'kencing manis ' kini telah diangkat dan kini beliau telah bebas sepenuhnya.