Thursday 27 September 2012

RENUNGAN JUMAAT :PERMAINAN PERASAAN ORANG KAFIR : ISLAM JADI MANGSA


  
KEKEJAMAN YANG DIGUNAKAN UNTUK MENGHANCURKAN ISLAM.





DUTA US YANG MATI KETIKA KEMUNCAK KEMARAHAN  ORANG ISLAM LIBYA TERHADAP FILEM MENGHINA RASULLULAH. DENGAN KEMATIAN DUTA INI MAKA KEBENCIAN TERHADAP ISLAM AKAN MEMUNCAK, ITULAH YANG DIHARAPKAN OLIH MEREKA.
Sekiranya dunia ini tiada manusia menghuni maka tiadalah Islam, Islam adalah untuk manusia yang mengambil Allah SWT sebagai Tuhan dan Muhammad s.a.w sebagai pesuruh Allah. Islam kini adalah Umat Muhammad olih itu mari kita tegakkan bersama agama yang di pilih olih Allah SWT, Rahman, Rahim dengan melakukan" penyatuan hati Islam Sedunia".untuk membentuk Kesatuan Islam Sedunia. Ketepikan perbezaan fahaman, mari kita bersatu demi AGAMA PILIHAN ALLAH. 








INI MERUPAKAN SIKSAAN MENTAL YANG DITUJU KEPADA UMAT ISLAM. MAHUKAH KITA MENGAMBIL YAHUDI DAN NASRANI SEBAGAI KAWAN,SAHABAT. RENUNG AYAT QURAN DIBAWAH.
Please Note: The photograph below has been provided to La Voz de Aztlan alleging that it is not an actress but an Iraqi girl raped by the three mercenaries in uniform.

Umat Islam atau pemimpin Islam didunia seharusnya memilih satu hari didalam setahun untuk mengingati hari Islam , dengan menyambutnya pada satu tarikh dan waktu yang sama berkiblatkan di Ka'abah. Pada hari tersebut semua Umat Muhammad yang berada diseluruh dunia akan bersolat serentak tidak mengira waktu, sama ada malam atau pun pagi dinegara masing-masing. Ini  bertujuan untuk menunjukkan kesatuan hati  terhadap Islam. Apabila bersatunya hati Umat Islam pada satu masa  inshaallah, pandangan dan keraguan terhadap kebesaran Islam dimata musuh Islam akan bergoyah. Mari kita war-warkan kebaikan ini. Sanggupkah Umat Islam melalui detik-detik yang sengsara dan memilikan ini?? Fikirkan...




MAYAT PEGAWAI US YANG MATI DIBUNUH AKIBAT FILEM MENGHINA RASULLULAH. MANUSIA INI MENJADI KORBAN ATAU TARUHAN DAN ALASAN UNTUK MEMBUNUH LEBIH RAMAI LAGI UMAT ISLAM 
ALLAHYARHAM SADDAM HUSSEIN YANG DIBUNUH OLIH AMERIKA KERANA KEKHAWATIRAN US TERHADAP PENENTANGAN IRAQ  TERHADAP PRESIDEN BUSH DAN KONSPIRASI YAHUDI UNTUK MELEMAHKAN KEBANGKITAN ISLAM DIRANTAU ASIA BARAT.
 
MAYAT ALLAHYARHAM MUHAMMAR GADAFFI YANG MATI DIBUNUH AKIBAT PERMAINAN POLITIK US DIDALAM MEMBANGKITKAN PERASAAN TIDAK PUAS HATI RAKYAT TERHADAP KERAJAAN PIMPINAN KERAJAAN  LIBYA.

Cukup sekadar beberapa imej yang menunjukkan bertapa kejam dan zalimnya mereka terhadap umat Islam. Sifat dendam yang terpahat dihati mereka tidak akan terhenti sehingga kiamat. Begitulah :-

"Wahai Orang-orang yang beriman ! Janganlah kamu melantik (mengambil) orang Yahudi dan Nasrani sebagai pemimpin kerana sebahagian daripada mereka adalah penolong sebahagian yang lain. Sesiapa yang melantik mereka (menjadi pemimpin mereka) sesungguhnya mereka adalah sebahagian daripada mereka. Sesungguhnya Allah tidak akan memberi hidayah kepada kaum yang zalim". (Al-Maidah: 51).

 
Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang yang menjadikan ugama kamu sebagai ejek-ejekan dan permainan - dari orang-orang yang telah diberikan Kitab sebelum kamu, dan orang-orang kafir musyrik itu: menjadi penolong-penolong; dan bertaqwalah kepada Allah, jika kamu benar-benar orang yang beriman. (Al-Maidah: 57

Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Dan sesiapa yang melakukan (larangan) yang demikian maka tiadalah ia (mendapat perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apapun, kecuali kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak mereka (yang kafir itu). Dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diriNya (menyeksa kamu). Dan kepada Allah jualah tempat kembali. (Ali Imran : 28)

 
Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang yang bukan dari kalangan kamu menjadi "orang dalam" (yang dipercayai). Mereka tidak akan berhenti-henti berusaha mendatangkan bencana kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telahpun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulutnya, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya telah kami jelaskan kepada kamu keterangan-keterangan itu jika kamu (mahu) memahaminya. (Ali Imran : 118)

 
Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil musuhKu dan musuh kamu menjadi teman rapat, dengan cara kamu sampaikan kepada mereka (berita-berita rahsia orang-orang mukmin) dengan sebab hubungan baik dan kasih mesra yang ada di antara kamu dengan mereka, sedang mereka telah kufur ingkar terhadap kebenaran (Islam) yang sampai kepada kamu; mereka pula telah mengeluarkan Rasulullah (s.a.w) dan juga mengeluarkan kamu (dari Tanah Suci Makkah) disebabkan kamu beriman kepada Allah Tuhan kamu. (Janganlah kamu berbuat demikian) jika betul kamu keluar untuk berjihad pada jalanKu dan untuk mencari keredaanKu. (Tidak ada sebarang faedahnya) kamu mengadakan hubungan kasih mesra dengan mereka secara rahsia, sedang Aku amat mengetahui akan apa yang kamu rahsiakan dan apa yang kamu zahirkan. Dan (ingatlah), sesiapa di antara kamu yang melakukan perkara yang demikian, maka sesungguhnya telah sesatlah ia dari jalan yang betul.   (Al-Mumtahanah : 1)


IMEJ YANG SENGAJA DIPAPARKAN UNTUK TUJUAN PSIKOLOGI
KEZALIMAN YANG SENGAJA DICIPTA UNTUK MENAIKKAN KEMARAHAN UMAT ISLAM. WANITA DIROGOL OLIH TENBTERA AMERIKA.
 

filem provokasi terhadap Rasullulah

Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang yang bukan dari kalangan kamu menjadi "orang dalam" (yang dipercayai). Mereka tidak akan berhenti-henti berusaha mendatangkan bencana kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telahpun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulutnya, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya telah kami jelaskan kepada kamu keterangan-keterangan itu jika kamu (mahu) memahaminya. (Ali Imran : 118)
 TULISAN YANG BERUNSUR PROVOKASI










TULISAN TULISAN YANG MENGHINA KEAGUNGAN ISLAM YANG DILAKUKAN TANPA ILMU.INI MERUPAKAN SATU PROVOKASI TERHADAP UMAT ISLAM.

Wednesday 26 September 2012

SAHADAH ATAU AKU JANJI :-" BOND" JAMINAN SEBAGAI UMAT RASULULLAH

KALIMAH  AGUNG BAGI SETIAP ,MANUSIA YANG  DIPINJAMKAN ROH  KEPADA SETIAP MANUSIA SAMA ADA YANG MENGENAL  ATAU PUN TIDAK AKAN TUHANYA  MAHU PUN YANG DISESATKAN ATAU PUN  YANG  TERSESAT.

BISMILLAH-HIR-RAHMAN-NIR-RAHIM.

Banyak perbalahan  atau berlawanan pendapat yang  diperdebatkan berhubung 'sahadah' atau 'perjanjian' atau ' aku janji'  . Aku janji atau sahadah diibaratkan seperti :- 'ikatan perjanjian diantara  kita dengan institusi pemberi pinjam', sekiranya kita gagal melunaskan pinjaman serta mengingkari terma syarat-syarat , maka pemberi pinjam bolih mengenakan tindakan undang-undang terhadap peminjam tanpa perlu merujuk kepada peminjam dan tanpa sebarang notis " begitulah juga perumpamaan  diantara kita manusia dengan Tuhan . Dengan ikatan itu terjalinlah tali pengikat diantara kita dengan Allah SWT.  Kalimah tersebut dinyatakan dibawah  :-

1.   LA ILA HA ILLALLAH
  Tiada Tuhan Melainkan Allah; .

Begitu juga dengan ikatan atau aku janji kita terhadap Baginda Rasullulah s.a.w, sekiranya kita menolak atau tidak menerima  peranan  Baginda sebagai Pesuuruh Allah seperti yang termaktub didalam firmanNya  maka dengan sendirinya ikatan  dengan Kitab Al Quran  tertolak . Firman Allah tidak akan tertulis dengan sendiri sama ada diatas kertas atau pun dilangit melainkan diturunkan dengan perantaraan iaitu malaikat  Jibrail a.s.dan pesuruhNya.  Sesungguhnya Al Quran itu berupa peringatan kepada hambanya termasuk Baginda Rasullulah s.a.w sendiri.

2.   MUHAMMADUR RASULULLAH.
  Muhammad Pesuruh Allah

Surah Al Imran
3-2: Allah, tiada Ilah (Tuhan) selain Dia (Allah), al-Hayyu (Yang Hidup), al-Qayyum (Yang Berdiri Dengan Sendiri).

Ungkapan pertama  merupakan satu satu ikatan atau akujanji yang dilakukan olih setiap manusia yang mengambil Allah SWT sebagai tuhan.
Ungkapan kedua adalah untuk umat Muhammad yang beriman dengan Al Quran serta mengaku janji menerima bahawa Muhammad adalah Pesuruh Allah.
Apabila kedua ungkapan ini temetri bererti seseorang itu telah Islam (agama yang dipilih namanya olih Allah SWT)  terikat dengan peraturan yang terkandung seperti  yang terdapat didalam Al Quran.

Banyak manusia mempertikaikan akan kebenaran akan lafas sahadah yang kedua kerana banyak beranggapan bahawa ungkapan itu tidak terdapat didalam Al Quran seperti yang didakwa. Permasaalah ini sebenarnya amat mudah difahami tetapi bagi mereka-mereka yang tertutup minda dan hati saja yang akan menolak 'kebenaran' ini.
Surah Al Imran

3-20: Jika mereka membantah engkau (Muhammad saw), maka katakanlah: “Aku ‘aslim’ (menyerahkan diriku) kepada Allah, demikian juga orang yang mengikut daku.” Dan tanyakan kepada orang yang diberi kitab itu (Yahudi dan Nasrani) dan kepada orang yang ummi (orang yang buta huruf, iaitu orang Arab kampung): “Sudahkah kamu Islam (menyerah diri?)” Jika mereka sudah Islam (menyerah diri) sesungguhnya mereka sudah mendapat petunjuk, tetapi jika mereka berpaling maka kewajipan engkau (Muhammad saw) hanyalah menyampaikan, dan Allah terhadap perihal hamba-hamba-Nya (hamba-hamba Allah) adalah al-Basir (Maha Melihat).

Dirangkap berwarna merah Allah SWT menegaskan bahawa suruhan atau  kewajipan  kepada baginda Rasullulah  hanyalah menyampaikan kepada hamba-hamba NYA bermaksud manusia (hamba Allah). Disini terbukti dengan jelas menunjukkan bahawa Rasullulah adalah "PESURUH ALLAH" yang Allah SWT mengiktirafnya.'kewajipan engkau (Muhammad) hanyalah menyampaikan" . Dalam bahasa mudah 'wajib" bermaksud berdosa sekiranya ditinggalkan 'Kewajipan" disini bermaksud "perlu dilaksana"  Olih itu tidak timbul persoalan yang menidakanan  bahawa Baginda Rasululah  adalah seorang pesuruh Allah.

Surah Al A’raf, Ayat 158
Katakanlah (wahai Muhammad): “Wahai sekalian manusia! Sesungguhnya aku adalah Pesuruh Allah kepada kamu semuanya, (diutus oleh Allah) yang menguasai langit dan bumi, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; Yang menghidupkan dan Yang mematikan. Oleh itu, berimanlah kamu kepada Allah dan RasulNya, Nabi yang Ummi yang beriman kepada Allah dan kalimah-kalimahNya (Kitab-kitabNya); dan ikutilah dia, supaya kamu beroleh hidayah pertunjuk”.


Melalui surah diatas Allah SWT telah dengan jelas berfirman kepada Nabi Muhammad s.a.w akan kebenaran yang diberi untuk baginda berkata atau mengakui bahawa Baginda adalah pesuruh Allah. Kepada mereka-mereka yang menolak Baginda Rasullulah sebagai Pesuruh Allah, perlu beristifar dan memohon keampunan dari Allah SWT diatas sifat terkhilaf atau kertelanjuran terhadap "pengitirafan" yang diberikan olih Allah SWT terhadap Baginda Rasullulah s.a.w.

Peringatan kepada kumpulan ini, sila rujuk ayat dibawah ini :-

Surah Al Imran :-

3-21: Sesungguhnya orang yang kufur kepada ayat-ayat Allah dan membunuh nabi-nabi tanpa hak (kebenaran), dan membunuh orang yang mengajak manusia berlaku adil, maka ancamkan mereka dengan azab yang pedih.
3-22: Itulah orang yang amalan mereka menjadi sia-sia di dunia dan di akhirat, dan mereka tidak mendapat penolong.

Peringatan :-
** Kepada golongan atau kumpulan yang menidakkan Nabi Muhammad s.a.w sebagai Pesuruh Allah , maka mereka itu tergolong didalam ketegori  manusia yang kufur kepada ayat-ayat Allah SWT dan bagi mereka ancaman Allah SWT adalah di ayat 3-22 Surah Al Imran


Surah At-Taubah ayat 33

هُوَ الَّذِي أَرْسَلَ رَسُولَهُ بِالْهُدَى وَدِينِ الْحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّينِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ الْمُشْرِكُونَ
Dia lah yang telah mengutus RasulNya (Muhammad) dengan membawa petunjuk dan ugama yang benar (ugama Islam), untuk dimenangkan dan ditinggikannya atas segala ugama yang lain, walaupun orang-orang musyrik tidak menyukainya.

SAHADAH ATAU AKU JANJI UMAT MUHAMMAD

  LA ILA HA ILLALLAH   MUHAMMADUR RASULULLAH.




Sunday 23 September 2012

PERLUKAH BERTARIKAT : MANUSIA TERIKUT-IKUT :

"Dan jika engkau menurut kebanyakan orang yang ada di muka bumi, nescaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah; tiadalah yang mereka turut melainkan sangkaan semata-mata, dan mereka tidak lain hanyalah berdusta". (Surah al-An'aam: 116). 
Suntingan ini dibuat untuk kermudahan kefahaman sahabat-sahabat . Sumber  dipetik dari sahabat blogger dan  terima kasih diucapkan kepada penulis yang berkesadaran untuk dikongsi bersama.
Allhamdullilah.

 PERSOALAN AMALAN TAREKAT TASAWUF*

Oleh:Profesor Zakaria Stapa

"Ketahuilah saudara-saudaraku .......bahawa ilmu tasawuf itu merupakan suatu penjelasan mengenai ilmu yang terhasil atau muncul di hati para awliya' ketika mana hati tersebut digilap dengan amalan yang terkandung dalam al-Kitab dan al-Sunnah. Maka setiap orang yang mengerjakan amalan [suruhan] al-Kitab dan al-Sunnah, terhasillah baginya berdasarkan amalan tersebut pelbagai ilmu, adab, rahsia dan hakikat yang lidah lemah dan kurang upaya untuk menjelaskannya".

rumusan mengenai tabii ilmu tasawuf, iaitu:
(a) ia merupakan jenis ilmu yang berpusat di hati seseorang manusia;
(b) ia terhasil berdasarkan perbuatan atau amalan;
 (c) perbuatan atau amalan itu dilakukan untuk mengilap bagi membersihkan hati supaya ia layak menjadi tempat berlsemayamnya ilmu;
(d)  amalan yang dilakukan  ialah  suruhan yang terkandung dalam al-Qur'an dan al-Sunnah;
(e) isi kandungan ilmu tasawuf tersebut berupa pelbagai adab, pelbagai rahsia dan pelbagai hakikat dan
(f) ia merupakan sejenis ilmu yang bersifat" rasa" an atau kecapan rohani (dhawq)

,Ilmu tasawuf merupakan  ilmu yang turun ke dalam hati yang  disediakan dengan cara ibersih dan digilap dengan pelbagai amalan yang diwajib mengikut  al-Qur'an dan al-Sunnah
 Penghasilan ilmu tasawuf tertumpu kepada key word "amalan", bukannya pembelajaran seperti yang biasa terjadi kepada ilmu-ilmu lain.
 Ilmu tasawuf tidak mungkin terhasil dari kegiatan-kegiatan keilmuan biasa seumpama pembacaan, kehadiran ke kelas-kelas tertentu,
Ilmu tasawuf sudah terbentuk dan menjadi satu disiplin dalam ilmu Islam yang khusus yang  mencapai tahap kematangannya pada kurun ketiga Hijrah
Di sinilah munculnya apa yang diistilahkan sebagai  "tarekat".
Perkataan "tarekat" bererti  "jalan".  Hal  yang dimaksudkan ialah "jalan menuju kepada Allah dengan  cara mentaati segala ajaran-Nya"

 ##Dari aspek teknikal, istilah tarekat itu, pada asasnya, merujuk kepada sirah atau jalan kerohanian khusus yang dilalui oleh orang-orang yang berjalan (al-salikun) menuju kepada Allah, di mana dalam perjalanan tersebut mereka perlu merentasi pelbagai rintangan dan mengalami pelbagai peningkatan kerohanian dalam pelbagai maqam##
"Amalan" yang perlu dilaksanakan bagi beroleh kejayaan dalam mencapai ilmu tasawuf itu diolah dan diusahakan dengan penuh kesungguhan dalam lingkungan tarekat. Jadi, tarekat, dalam hubungan ini, merupakan wasilah yang disediakan bagi mencapai matlamat yang terkandung dalam ilmu tasawuf. Maka itu, di sinilah terjalinnya hubungan di antara tasawuf dan tarekat;

Istilah tarekat itu boleh dirujukkan kepada cara, kaedah atau peraturan-peraturan khusus yang perlu diikuti dan dihayati kehendak-kehendaknya oleh seseorang murid di bawah naungan satu kumpulan kesufian yang mengikuti panduan daripada seseorang "syeikh"  terkemuka.

Kehidupan bertasawuf dalam Islam telah bermula dalam bentuk perseorangan, di mana setiap orang dari kalangan yang terlibat dalam kehidupan tersebut menggunakan cara-cara atau jalan-jalan tersendiri dalam melaksanakan pelbagai amalan ibadah dan mujahadah masing-masing.
Mulai pertengahan kedua kurun ketiga Hijrah barulah golongan sufi mula membentuk dan menyusun kumpulan-kumpulan atau tarekat-tarekat tertentu, di mana setiap kumpulan mula tunduk dan patuh kepada peraturan-peraturan tertentu.

Bolehlah dijelaskan bahawa pada asasnya tarekat itu merupakan lorong atau "jalan kecil" yang dilalui oleh golongan  yang terlibat dalam dunia kesufian. "Jalan kecil" tersebut merupakan satu lorong yang tercabang daripada "jalan besar" atau "lebuh raya" Syariat
Tarekat itu merupakan cabangan daripada keseluruhan Syariat Islam; yang juga memaknakan bahawa ia adalah lebih sempit dan lebih sukar untuk dilalui berbanding dengan "jalan besar" atau "lebuh raya" Syariat yang biasa dilalui oleh kalangan umat Islam.
Dalam sesebuah tarekat, syeikh sesungguhnya merupakan" focal point"  bagi segala kegiatan organisasi berkenaan tertakluk dan berpusat secara mutlak kepada kehadirannya.
Dalam kelompok golongan sufi istilah syeikh dirujukkan kepada seorang penunjuk jalan atau pembimbing kerohanian yang menjalani jalan kebenaran dan mengenali secara tepat batas-batas serta perkara-perkara bahaya dan perlu ditakuti .Lalu berasaskan ketepatan pengenalan tersebut dia memandu dan menunjukkan kepada murid perkara-perkara yang boleh memberi manfaat serta mengelak daripada perkara-perkara yang boleh mendatangkan kemudaratan , sehingga dengan petunjuk tersebut kalangan murid boleh mencapai atau sampai (melalui "rasa" an ) dan menjadi hampir dengan Allah.
Syeikh merupakan satu ciri yang terpenting dalam tarekat, bahkan kelahiran tarekat itu sendiri, dalam pengertiannya yang khusus, adalah disebabkan oleh wujudnya syeikh . Kerana itu kita dapati setiap tarekat yang muncul dalam sejarah tamadun umat Islam akan diberi nama berasaskan nama syeikh asal yang mengasaskan sesebuah tarekat berkenaan.

#Sandaran teori kepada konsep syeikh dalam tarekat ini, khususnya dalam konteks hubungan syeikh dengan para murid, adalah mengambil teladan daripada hubungan di antara Nabi SAW dengan para sahabat Baginda . Dalam kata lain, seolah-olah  kedudukan syeikh itu dalam hubungan dengan para murid adalah bagaikan kedudukan Rasulullah SAW dalam hubungan dengan para Sahabat. Isyarat perbandingan hubungan syeikh-murid adalah bagaikan hubungan Rasulullah-sahabat

##Hal yang lebih kurang sama dengan ungkapan al-Ghazali di atas dicatatkan juga oleh Syeikh ‘Abd al-Qadir al-Jilani dalam tulisan beliau al-Fath al-Rabbani:

Maka seseorang murid itu apabila kemahuannya [kemahuan untuk mejalani hidup secara bertasawuf] telah tiba dan fikirannya telah putus [untuk memulakan perjalan secara tasawuf], tetapi dia tidak mengikuti seseorang syeikh, maka dia akan sesat dan syaitan akan menjadi pemandu dan menjadi syeikh kepadanya .
Institusi ini memberikan kedudukan dan taraf yang begitu penting kepada golongan syeikh, sehingga mereka sewajibnya diikuti oleh kalangan ummah yang mahukan kejayaan dalam kehidupan kerohanian

##
al-Syeikh Abu al-Hasan al-Shadhili berpesan: “Apabila kashf engkau [yang engkau perolehi] bertentangan dengan al-Qur`an dan al-Sunnah, maka hendaklah engkau berpegang kepada al-Qur`an dan al-Sunnah dan tinggalkan kashf tersebut. Dan katakan kepada diri engkau: Sesungguhnya Allah telah menjamin kepadaku kemaksuman kandungan al-Qur`an dan al-Sunnah, tetapi tidak begitu halnya dengan kandungan al-kashf, al-ilham dan al-mushahadah, melainkan setelah [semua itu] dipadankan dengan [semanagat kandungan] al-Qur`an dan al-Sunnah [lalu didapati tidak bertentangan dengan semangat isi kandungan kedua-dua sumber berautoriti tersebut]” (‘Abd al-Halim Mahmud 1972, 247).

## Sahl b. ‘Abd Allah al-Tustari menjelaskan: “Setiap pengalaman wajd yang tidak dipersaksikan [kebenarannya] oleh al-Qur`an dan al-Sunnah adalah terbatal” (Badawi 1978, 57).

## Al-kashf, al-ilham, al-wajd dan al-mushahadah merupakan di antara perkara yang kerap mendatangi diri kalangan orang yang terlibat dalam kehidupan bertasawuf.

Persoalannya ???

Bagaimanakah seseorang syeikh jika  tidak  mengalami secara peribadi pengalaman-pengalaman seumpama di atas? . Maka syeikh dan para muridnya akan terdedah luas untuk terjerumus ke lembah penyelewengan.

"... tetapi Allah memberi petunjuk kepada orang yang dikehendakiNya, dan Dia lebih mengetahui orang-orang yang mau menerima petunjuk." (Al Qashash : 56)

 Isu yang berkaitan langsung dengan taksub kepada guru ialah adanya rabitah iaitu mund menambatkan hatinya dengan syeikh yang Kamil (sempurna). Syeikh yang roh dan hatinya mencapai maqam musyahadah dan tahqiq dalam hatinya, berbagai sifat zat yang dinisbahkan kepada zat Allah tanpa kaif dan tanpa kaifiat. Abdul Ghani al-Nabulsi berkata rabitah ialah rasa kasih sayang yang amat mendalam dari murid kepada syeikhnya sehingga hatinya sentiasa berhubungan dengan syeikhnya dalam apa juga keadaannya.

    Kesimpulan dari konsep rabitah ini dapat dirumuskan empat perkara:

   i.   Kasih sayang murid amat mendalam terhadap syeikh

 ii.    Ikatan ini menjadikan murid sentiasa ingatkan syeikhnya

iii.    Kasih sayang dan ingatan menghasilkan bayangan syeikh dalam khayalannya

iv.    Seorang syeikh sudah sampai maqam musyahadah dan bersifat karamah.

Tasauf menurut perspektif Islam adalah satu kaedah tertentu untuk mendekatkan diri kepada Allah. Al-Sya'rani mendefinisikan tasauf sebagai ilmu yang terhasil di dalam hati wali apabila mereka mempraktikkan al-Quran dan sunnah.


Ilmu yang terhasil daripada ulama fekah, setiap amalan yang dilakukan dengan panduan kedua-duanya akan menghasilkan pelbagai ilmu, adab, rahsia dan hakikat yang tidak dapat diungkapkan secara lisan dengan syarat amalan itu bebas daripada kecacatan dan kehendak hawa nafsu.Tarekat pula menurut huraian ulama tasauf mempunyai beberapa pengertian iaitu umum, khusus dan lebih khusus.

 Asal ilmu tasauf itu ialah tarekat kaum sufi  yang didakwa datangnya dari  sisi golongan terdahulu daripada umat ini dan pemimpinnya daripada kalangan sahabat, tabi'in dan golongan selepas mereka. didakwa  adalah tarekat kebenaran dari  hidayah.  Tarekat terjurus kepada ke tekunan beribadah, menumpukan sepenuh perhatian kepada Allah, berpaling daripada perhiasan duniawi, bersifat zuhud terhadap apa yang dicari  yang berupa kelazatan, harta dan pangkat serta menyendiri daripada makhluk dalam bersendirian untuk beribadat.

Pengertian  bagi tarekat pula ialah tata cara yang khusus atau himpunan adab dan ajaran yang kumpulan ahli tasauf. Tarekat dengan pengertian yang lebih khusus pula ialah perjalanan dan peningkatan tahap kejernihan rohani manusia .
Di antara  ajaran tarekat yang menyeleweng adalah pegangan terhadap istilah tasauf yang  bercanggah dengan syarak di samping istilah falsafah, kebatinan dan takwil tasauf yang menyimpang jauh daripada  persoalan akidah dan ibadah.
 Ajaran tarekat  menganjurkan pengikutnya agar meringankan atau tidak melaksanakan amalan ibadat dan kewajipan syarak. Ajaran tarekat yang sesat tidak segan silu melakukan maksiat.  Tarekat yang sesat juga membentuk gerakan politik bawah tanah yang boleh mengganggu gugat keharmonian dan kesejahteraan umat Islam.
Pengamal tasauf haruslah orang yang bersih hatinya, suci perbuatan dan tingkah lakunya daripada hal yang subahat apatah lagi perkara haram,  tidak terpesona dengan segala urusan dunia., dunia hanyalah jambatan menuju Allah.

Taksub dan fanatik adalah sikap menutup pintu bagi pandangan lain yang berbeza dan berusaha untuk menidakkannya. Sikap ini adalah pembawaan yang memandang bahawa hanya diri sendiri atau kumpulannya sahaja yang betul. Malah secara berani menuduh orang yang berlainan pendapat darinya sebagai jahil, bodoh, fasiq dan derhaka. Sikap taksub dan fanatik ini dikutuk kerana ia mengikat pandangan orang lain Keadaan akan menjadi lebih gawat, apabila ia mahu mewajibkan pandangannya ke atas orang lain dengan kekerasan seperti mengutuk dan menuduh orang lain melakukan bid'ah, kufur dan keluar dari agama. Kekerasan, fanatik dan taksub ini menjadi lebih bahaya, seperti mewajibkan sesuatu yang tidak diwajibkan oleh Allah S.W.T.
Sikap fanatik dan taksub adalah dilarang oleh Allah S.W.T. terhadap umat yang dahulu khasnya Ahli Kitab. Firman Allah:
Maksud: "Katakanlah, "Wahai Ahli Kitab! janganlah kamu melampau-lampau dalam agama kamu secara yang tidak benar, dan janganlah kamu menurut hawa nafsu suatu kaum telah sesat sebelum ini dan telah menyesatkan banyak manusia dan juga (sekarang) mereka telah tersesat (jauh) dari jalan yang betul".
(Surah al-Ma'idah:77 )
Allah memerintahkan hambaNya berdakwah secara bijaksana dan pengajaran yang baik seperti maksud Firman Allah S.W.T.:
"Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik, sesungguhnya Tuhanmu dialah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalannya, dan dialah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat petunjuk".
(Surah an-Nahl 125)
Tasawwuf (sufi) adalah daripada perkataan Greek, iaitu 'sofea' bermaksud hikmah atau bijaksana.
Ahli sejarah yang membuktikan asal usul kemasukan ideologi tarekat sufi ini ke dalam pemikiran Islam.  Sufi bukanlah dari syariat Islam, tetapi diresapkan ke dalam ajaran Islam oleh musuh-musuh Islam terutama di dalam bab akidahnya pada zaman di mana orang Islam telah berjaya menawan Rom dan Parsi. Banyak persamaan dikebanyakan doktrin dalam ideologi tarekat sufi dengan doktrin kepercayaan agama Hindu dan Buddha.
Sufi tumbuh dari kesan pemikiran falsafah, dengan adanya persamaan teori falsafah tarekat ini dengan teori falsafah dari Barat. 
Sufi diambil dari ajaran Masihi, Yahudi dan pendita-pendita dari kedua agama tersebut yang membawa masuk seterusnya menghidupkan ideologi tersebut di dalam ajaran Islam setelah mereka memeluk Islam.
Sufi pada kenyataannya diambil dari teori falsafah orang-orang kafir, terutamanya dari agama Hindu dan Buddha.
Tarekat sufi dan segala tarekat kebatinan yang terdapat dalam kepercayaan masyarakat Islam , pada asalnya adalah ciptaan yang dipelopori oleh Yahudi dan diresapkan ke dalam aqidah Islam. (Rujuk: Tarikh al-Tasawwuf fi al-Islam, Dr. Qassim Ganny)
Contoh :
Tokoh Sufi Ibn 'Arabi : Antara fahaman beliau adalah "Wahdatul Wujud".
العبد رب والرب عبد،

يا ليت شعري من المكلف،

إن قلت عبد فذاك حق،

أو قلت رب أني يكلف


"Hamba ialah Tuhan dan Tuhan ialah Hamba. Aku berharap agar aku mengetahui yang mana satukah perlu aku jalankan tanggungjawabku. Jika aku katakan hamba itu hamba atau jika aku katakan hamba itu adalah Tuhan, jadi bagaimanakah bentuk tugasan yang perlu aku jalankan bagi-Nya." (Rujuk: al-Futuhat al-Makiyyah, Ibn 'Arabi, ms. 43) 
Pasti ada yang tidak puas hati dengan  ini dan  ada yang berkata " begitu ramai ulama hari ini mengikuti aliran sufi ini, kenapa kita mesti menolaknya?" Jawapan yang tepat adalah firman Allah:


وَإِنْ تُطِعْ أَكْثَرَ مَنْ فِي الأَرْضِ يُضِلُّوكَ عَنْ سَبِيلِ اللَّهِ إِنْ يَتَّبِعُونَ إِلاَّ الظَّنَّ وَإِنْ هُمْ إِلاَّ يَخْرُصونَ


Dan jika engkau menurut kebanyakan orang yang ada di muka bumi, nescaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah; tiadalah yang mereka turut melainkan sangkaan semata-mata, dan mereka tidak lain hanyalah berdusta. (Surah al-An'aam: 116)

وَمَا يَتَّبِعُ أَكْثَرُهُمْ إِلاَّ ظَنًّا إِنَّ الظَّنَّ لاَ يُغْنِي مِنَ الْحَقِّ شَيْئًا إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ بِمَا يَفْعَلونَ
Dan kebanyakan mereka, tidak menurut melainkan sesuatu sangkaan sahaja, (padahal) sesungguhnya sangkaan itu tidak dapat memenuhi kehendak menentukan sesuatu dari kebenaran (iktiqad). Sesungguhnya Allah Maha mengetahui akan apa yang mereka lakukan. (Surah Yunus: 36)

 Pengukur kebenaran bukanlah disebabkan ramainya pengikutnya, tetapi ukuran yang dinilai adalah sejauh mana mereka menepati al-Quran dan al-Sunnah dalam amalan dan iktiqad.
 Firman Allah:

فَإِنْ تَنَازَعْتُمْ فِي شَيْءٍ فَرُدُّوهُ إِلَى اللَّهِ وَالرَّسُولِ إِنْ كُنْتُمْ تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الآَخِرِ ذَلِكَ خَيْرٌ وَأَحْسَنُ تَأْوِيلاً

Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) Dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya - jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya. (Surah al-Nisaa': 59)

Sebagai kesimpulan dari apa yang dipaparkan diatas terdapat berbagai bagai kekeliruan dan pendapat berhubung dengan 'tarekat'. Ada setengah golongan mengatakan  ianya adalah benar dan setengahnya pula masih ragu-ragu dan diantaranya menolak mentah-mentah aliran ini. Sebenarnya kita sebagai manusia tidak sepatut  taksub atau fanatik dengan ajaran-ajaran ataupun apa-apa kefahaman selain dari apa yang kita pelajari dari Al Quran dan Sunnah. Untuk mengagungkan individu-individu selain dari para Nabi dan Rasul serta Rasullulah kita adalah kertelaluan. Dari apa yang telah kita lihat,  bertahun  ini berbagai-bagai 'terekat' tumbuh dan bermacam-macam amalan yang tidak terjangka olih fikiran kita, kini  mula menular dan menerebosi dinding kepercayaan  dan keimanan manusia .Kenapa ilmu Allah SWT yang telah dijanjikan 'terkunci" dari kepengetahuan manusia perlu digodak dan digodam. Semestinya tidak akan berjaya, itu janji Allah SWT. Sedangkan banyak rahsia Allah SWT yang tersembunyi  masih lagi diselindungkan dari "pengetahuan" Rasul dan Nabi , ini kan pula "syeikh-syeikh" atau pun" pendita". Olih itu janganlah kita cuba mendahului keistemewaan para-para Nabi dan Rasul yang telah dijanjikan kemuliaan olih Allah SWT di sisiNya.
Anggaplah apa yang kita ketahui secara" tersembunyi"  itu merupakan rahasia antara kita dengan Allah SWT.
Olih itu beramallah mengikut apa yang di Firmankan Allah SWT  yang tersedia didalam Al Quran. Inshaallah, dengan keikhlasan hati dan diri serta bersifat rendah diri dihadapan Allah SWT segala kemusykilan akan terjawap. 
Sabar didalam setiap perlakuan.

"... tetapi Allah memberi petunjuk kepada orang yang dikehendakiNya, dan Dia lebih mengetahui orang-orang yang mau menerima petunjuk." (Al Qashash : 56)

Surah Al Jathiyah

45-18:  Kemudian Kami (Allah) jadikan engkau di atas suatu syariat (peraturan) tentang urusan itu. Maka ikutilah ia dan janganlah engkau ikuti hawa nafsu orang yang tidak mengetahui.  
45-19:  Sesungguhnya mereka tidak dapat melepaskan engkau daripada Allah sedikit pun. Dan sesungguhnya orang yang zalim itu, sebahagian mereka menjadi penolong bagi sebahagian yang lain, dan Allah adalah al-Waliyy (Pelindung) orang yang bertakwa. 

45-20:  Ini adalah pedoman bagi manusia, dan petunjuk dan rahmat bagi kaum yang meyakini.  
                                     Apa yang aku tuliskan ini adalah kisah benar dan hanya Allah SWT                     sebagai saksi
Aku mengenali Hafiz ketika di Langkawi. Waktu itu beliau berusia 20an dan masih bujang dan tinggal bersama keluarga. Mengikut cerita Hafiz beliau mengalami 'ketumbuhan atau 'tumur" di otak. Keadaan beliau amat kritikal dan telah menjalani pembedahan. Selepas pembedahan tersebut keadaan beliau sebagai manusia tidaklah normal kerana hampir setiap 2 jam beliau akan pengsan akibat dari ketumbuhan itu walaupun setelah dibedah. Memandangkan keadaan beliau begitu maka pergerakan beliau amat terbatas sekali.  Amat kecewa dengan keadaan yang terpaksa berkurung maka perasaan putus asa berlingkar dibenak fikiran namun kehidupan perlu diteruskan juga. Aku berkesempatan bertemu denganya yang s diatur olih kedua-dua anak perempuan aku. Alhamdullilah didalam pertemuan itu beliau menjelaskan segala-galanya kepada aku tanpa berselindung. Memahami keterujaan remaja yang sedang meningkat dewasa maka berbagai kesalahan telah dilakukan olihnya. Didalam perjumpaan itu aku menasihatkan beliau agar sujud dan memohon keampunan daripada kedua ibubapa dan bertaubat kehadrat Illahi keatas kelerlanjuran perbuatan. Didalam perjumpaan yang singkat itu ,tidak sampai sepertiga malam, aku berkesempatan untuk memberitahu beliau agar memulakan solat. Aku mengkehendaki beliau agar beliau mendirikan solat dengan bacaan Al fatihah saja memandangkan keupayaan beliau sudah terbatas. Alhamdullilah selepas beberapa bulan melakukan apa yang disuruh keadaan beliau bertambah baik dan bertambah ceria. Beliau tidak lagi pengsan pada setiap 2 jam. Alhamdullilah, dipanjatkan doa kesyukuran kehadrat Illahi yang memberikan kerahmatan kepada Hafiz.Pada tahun berikutnya Hafiz dikehendaki melakukan 'scan' untuk mengetahui tumbesaran tumur yang telah dibedah. Para Doktor berpendapat agar beliau menjalani satu lagi sesi pembedahan . Kata para Doktor, risiko untuk Hafiz buta selepas pembedahan adalah tinggi dan tiada jamiman beliau akan pulih seperti sediakala dan sekiranya tidak dibedah nyawa beliau jadi taruhan.. Bersandarkan kepada keyakinan dan pengalaman terhadap cara bacaan  solat yang diajarkan beliau memohon petunjuk dari Allah SWT, samaada untuk meneruskan pembedahan atau sebaliknya. Alhamdullilah, dengan petunjuk Allah beliau  tidak meneruskan pembedehan itu. Alhamdullilah sehingga kini kegusaran beliau terhadap tumbesaran tumor tidak lagi menganggunya walaupun tunor tersebut masih disitu. Yang ajaipnya  scan yang terbaru selepas beberapa tahun Doktor mendapati tumur tersebut terbantut pembesaranya. Inilah yang dikatakan 'kerahmatan" Allah terhadap hambanya yang ikhlas dan bertaubat keatas setiap kesalahan. Alhamdullilah , aku mendaakan yang terbaik buat Hafiz dan keluarganya dan kini Hafis sudah berumahtangga dan mempunyai seorang anak lelaki bernama "Iman". Alhamdullilah. Allah merahmati kamu.

Ikhlas dari : Cahaya Al Majid 
.    
Bertarekatlah dengan  suruhan Al Quran dan bukan dengan manusia                                        selepas Baginda Rasullulah.Yakinlah dengan suruhaNya.  Kerahmatan kepada kamu yang mengerjakanya.

Friday 21 September 2012

FIRMAN ALLAH vs HADITH : KEMANA ANDA? ANTARA KEBENARAN DAN KEPALSUAN:

SALAH SIAPA?? DIRI SENDIRI ATAU IKUT-IKUTAN."  HADITH  YANG DIRIWAYATKAN  MELEBIHI FIRMAN AL QURAN DIWAKTU BACAAN KHUTUBAH" BENARKAH INI AJARAN  RASULLULAH S.A.W.  


Bismillah-hir-rahman-nir-rahim

"Ya Allah, Limpahkanlah kerahmatan keatas Junjungan ku, Nabi Muhammad s.a.w, Para Nabi dan Para Rasul, serta umat Islam terdahulu dan juga yang terkemudian, limpahkanlah kerahmatan kepada kedua ibubapa kami,  kedua mertua kami serta berikan kami kerahmatan Mu Ya Rahman Ya Rahim."

Kisah yang ingin saya bentangkan kepada para sahabat sekalian. adalah kisah berhubung dengan "hadith" yang tersusun dikamar-kamar anda serta yang menjadi pegangan dan rujukan anda semua. Setiap "mazahab" mempunyai kerangaka dan ikutan masing-masing mengikut Imam mereka. Begitulah dunia Islam selepas kewafatan junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w. Setiap dari mereka samaada yang rapat mahu pun yang jauh begitu juga dengan sekadar mendengar kata kata  orang,  tidak ketinggalan musuh peribadi  baginda Rasullulah dan juga musuh Allah yang amat membenci akan Al Quran sentiasa bersedia untuk memesongkan apasaja ajaran yang dibawa olih Baginda s.a.w. Maupun dari yang nyata begitu juga dengan yang 'ghaib' sentiasa mencari ruang untuk mencelah bagi menyelewengkan apa yang ditutunkan didalam Al Quran. Begitulah sifatnya mereka didalam memerangi Al Quran dan ajaranya.

M17-47:  Kami (Allah) lebih mengetahui dalam keadaan bagaimana mereka mendengarkan engkau, tatkala mereka mendengarkan engkau, dan tatkala mereka berbisik-bisik, (iaitu) tatkala orang zalim itu berkata: "Tidaklah yang kamu ikuti ini, melainkan seorang laki-laki yang kena sihir". 
17-48:  Lihatlah bagaimana mereka membuat perumpamaan terhadapmu; maka mereka menjadi sesat, lantas mereka tidak menemukan jalan. 

Mari kita lihat kisah dibawah ini berhubung dengan puteri Baginda Fatimah .

FATIMAH AL-ZAHRA

Fatimah al-Zahra as (ucapan Alaiha Salam [as] sila rujuk misalnya dalam Sahih Bukhari, Juzuk 5, hadith 368, dan 546) adalah puteri kepada Rasulullah s.a.w. Ibunya Khadijah iaitu isteri Rasulullah s.a.w yang pertama dan amat dikasihinya. Tentang bondanya Khadijah, Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud: “Empat wanita yang terbaik ialah Khadijah binti Khuwailid, Fatimah binti Muhammad, Maryam binti Imran, dan Asiah binti Muzahim isteri kepda Firaun.” [Muhibuddin al-Tabari, Dhakha'ir al-Uqba fi Manaqib Dhawi al-Qurba, hl. 42; Al-Hakim alam al-Mustadrak, Juzuk 3, hlm. 157].

Hadith yang dinukilankan atau dikatakan disabda oleh Baginda Rasullulah amat keterlaluan. Sifat hadith yang dikatakan ini seolah-olah baginda membelakangkan  Allah SWT didalam ketetapan berhubung dengan kedudukan puteri Baginda.Tidakkah  ini berlawanan dengan sifat baginda sendiri? Kalau kita kaji selidik ketika ini tidakkah Shiyah bermula dengan Faitmah?

Mengapa diberikan Nama Fatimah?
Menurut Imam Ali al-Ridha AS nama “Fatimah” diberikan oleh Rasulullah s.a.w :-
Fathimah as dan para pengikutnya terpelihara dari api neraka. 
Imam Ja’far al-Sadiq AS berkata:
” Rasulullah s.a.w bersabda kepada Ali AS: Tahukah kamu nama mengapa nama Fatimah diberikan kepadanya? Ali menjawab: Mengapa dia diberikan nama itu?
Dia (Rasulullah s.a.w) bersabda:
Kerana dia dan golongannya akan diperlihara dari api neraka.”
“Sesungguhnya Allah bermaksud hendak menghilangkan kalian daripada kekotoran (rijsa), wahai Ahlul Bayt dan menyucikan kamu sebersih-bersihnya.”

Dalam ayat di atas ( mereka mendakwa ayat ini ditujukan kepada Fatimah),:
 Fathimah as adalah salah seorang daripada Ahlul Bayt Rasulullah s.a.w dan Allah SWT telah menyucikan Fathimah as dari sebarang dosa-dosa, bermakna Fathimah as adalah seorang yang ‘maksum’ – pendapat sesetengah ulama Ahlul Sunnah. [Sila baca Riwayat hadith al-Kisa]
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
“Fatimah adalah sebahagian daripadaku. Barang siapa yang membuat dia marah, akan membuat aku marah.” [a-Bukhari, Jilid II, hlm.185]

Kisah didalam satu riwayat :-(Sekiranya Fatimah bt Rasullulah seorang yang maksum seperti didakwa kenapa pertistiwa dibawah ini berlaku )

 Setelah wafatnya Rasulullah saw, Sayyidah Fatimah bertengkar dengan Abu Bakr mengenai Fadak, yang seharusnya menjadi miliknya dari warisan Nabi saw, Fatimah marah dan tidak akan berbicara dengan Abu Bakr sampai akhir hayatnya karena Abu Bakr tidak memberikan Fadak kepadanya. Kenapa Abu Bakr tidak memberikan tanah Fadak tersebut sedangkan Umar bin Abd Aziz saat menjabat sebagai khalifah mengembalikan kembali tanah Fadak ke keturunan Sayyidah Fatimah as?
Ibnu Abbas meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
“Pada malam aku diangkat ke langit (mi’raj), aku melihat di pintu syurga tertulis bahawa Tidak ada Tuhan melainkan Allah, Muhammad Rasulullah, Allah mengasihiku, dan Hasan, dan Husayn sofwatullah (sari yang terbaik dari Allah), Fatimah Khiratullah (sesuatu yang terbaik dari pilihan Allah), laknatullah ke atas mereka yang membenci mereka.” [Tarikh al-Baghdadi, Juzuk 1, hlm. 259]
i. Didalam Al Quran Allah SWT berfirman bahawa Nabi Muhammad seorang yang "buta huruf" tidak tahu membaca dan menulis, dimana kebenaran yang "dikatakan "dari Rasullulah ini??
ii. Adakah Rasullulah akan menjatuhkan hukum 'melaknat"dari  Allah tertimpa bagi mereka yang membenci Fatimah , Hasan dan Husin?
iii. dan adakah ini salah satu dari kebesaran Allah SWT yang ditunjukkan kepada Baginda sewaktu mikraj?Kalau benar sabda Baginda begini kenapa Abu Bakar mengingkari Rasullulah dan bertelagah dengan Fatimah? Tidakkah Abu Bakar memahami 'sabda" ini??
iv. adakah Rasullulah s.a.w mengadakan-adakan cerita menidakkan beliau seorang yang buta huruf?
v. Tidakkah sifat ini berlawanan dengan Al Quran 
Yang dinyatakan secara terangan olih Allah SWT  adalah ayat dibawah ini : Surah Al Isra:-

Surah Al Isra Ayat : 1
17-1:  Subhana (Maha Suci Dia/Allah), yang telah memperjalankan hamba-Nya (Muhammad saw) pada suatu malam dari al-Masjidi'l-Haram ke al-Masjidi'l-Aqsa, yang telah Kami (Allah) berkati sekelilingnya, agar Kami (Allah) perlihatkan kepadanya (Muhammad saw) sebahagian daripada tanda-tanda Kami (Allah). Sesungguhnya Dia (Allah) adalah al-Sami’ (Maha Mendengar), lagi al-Basir (Maha Melihat).  

17-47:  Kami (Allah) lebih mengetahui dalam keadaan bagaimana mereka mendengarkan engkau, tatkala mereka mendengarkan engkau, dan tatkala mereka berbisik-bisik, (iaitu) tatkala orang zalim itu berkata: "Tidaklah yang kamu ikuti ini, melainkan seorang laki-laki yang kena sihir". 
17-48:  Lihatlah bagaimana mereka membuat perumpamaan terhadapmu; maka mereka menjadi sesat, lantas mereka tidak menemukan jalan. 

Mereka menyatakan ada ayat-ayt al-Qur'an yang memang ditujukan kepada sahabat-sahabat Nabi; ada sahabat-sahabat yang lari ketika peperangan, melakukan perkara yang tidak diingini oleh Islam. Dan jika diperhatikan secara rasional tanpa Asabiyyah, tidaklah semestinya semua sahabat Nabi yang 'ratusan ribu' itu adil dan amanah, kerana celaan al-Qur'an itu ditujukan juga kepada mereka.

.Memang ada dari kalangan yang dinamakan sahabat, seramai lima belas orang, yang telah cuba membunuh Nabi sendiri selepas peperangan Tabuk di Aqabah (lihat Musnad ibn Hanbal, Beirut, 1943, Jilid 5, hal.428-9

Kebanyakan hadith yang dikatakan disabda olih Rasullulah kebanyakannya amat bertentangan dengan Al Quran serta berlawanan dengan sifat peribadi Baginda s.a.w sendiri. Berhubung dengan perilaku puteri baginda iaitu Fatimah, apa yang dinyatakan didalam hadith amat berlawanan dengan peribadi atau sifat yang diajarkan kepada anak-anak baginda agar mengikut ajaran Al Quran. Kalau hadith ini disandarkan ia menunjukkan bahawa Fatimah tidak mempunyai perilaku terbaik terhadap Abu Bakar, iaitu sahabat kepada ayahandanya Rasullulah. Disinilah banyak "sabda" yang berlawanan begitu juga dengan hadith ketika baginda 'mikraj'. Sangat lemah dan mementing diri sendiri.
Macammana kita hendak mengikut 'hadith' yang dikatakan "disabda" olih Rasullulah. Perlu diingat sekiranya 'kata-kata" itu tidak dilafaskan olih Baginda..apakah hukumnya kepada mereka yang menyampaikan dan menjadikan dahlil . Tidak kah ini bersifat ' memfitnah" terhadap Baginda Rasullulah??.
Kita difahamkan melalui hadith bahawa Fatimah mengasaskan fahaman Shiah..kalau diikutkan hadith hadith diatas dengan sendirinya  umat Islam yang menolak fahaman "shiah " telah tertolak dari suruhan yang dikatakan dari Rasullulah s.a.w.Dengan itu dimana kedudukan anda??yang tidak sealiran dengan "fahaman" mereka?

Saya kira ini merupakan post terakhir berhubung "hadith" yang ingin saya sampaikan kepada kalian, selainnya terpulanglah kepada anda semua. Yang ditinggalkan atau yang diwasiatkan kepada Umat selepas kewafatan  Baginda ialah agar umatnya MENGIKUT AL QURAN DAN SUNNAH RASUL". 

Ikhlas : Cahaya Al Majid




Tuesday 18 September 2012

NEGERI BERADAT : MENTERI BESAR TAK TAHU MENJUNJUNG ADAT- BAKAL MENGUNDANG PADAH

ADAT PERPATIH- ADAT DIJUNJUNG : TIADA ADAT TIADA UNDANG, TIADA UNDANG TIADA  YANG DI PERTUAN.  DATO UNDANG YANG EMPAT BERSERTA YANG DI PERTUAN BESAR  DIJAGA HAKNYA DIDALAM PERLEMBAGAAN NEGARA SEPERTI RAJA-RAJA MELAYU. KENAPA MENTERI BESAR ATAU AHLI POLITIK KERAJAAN PEMERINTAH CUBA MENAFIKAN HAK MEREKA DI JAJAHAN MASING-MASING. SIAPA YANG TAK IKUT ADAT ??


Bismillah-hir-rahman-nir-rahim

Negeri Sembilan merupakan sebuah negeri yang berbeza dari negeri-negeri lain diMalaysia didalam corak pemerintahan beraja. Negeri Sembilan diterajui olih kuasa yang diwakilkan olih Dato' Dato' Undang Yang Empat iaitu :-
                     YTM  Dato' Undang Luak Sungai Ujong
                     YTM Dato' Undang Luak Jelebu
                     YTM Dato' Undang Luak Johol
                     YTM  Dato' Undang Luak Rembau.
kepada  yang dilantik yang dipanggil :-
                     Yang Di Pertuan Besar N. Sembilan
untuk mewakili YTM Undang Yang Empat  bagi  mewakili jajahan pemerintahan masing-masing diperingkat Kerajaan Persekutuan.

Sebagai pembuktian untuk peristiwa sejarah yang termaktub , sewaktu kemangkatan Yang Di Pertuan Besar N. Sembilan yang lalu iaitu Almarhun Tuanku Jaafar Ibni Al Marhum Tengku Abd Rahman, penggantian Yang Di Pertuan Besar N. Sembilan hanya diputuskan olih Dato' Undang Yang Empat  melalui  persidangan  Dewan Keadilan yang dianggotai olih Dato' Undang Yang Empat . Memandang didalam hireaki pemilihan semuanya tertakluk kepada keputusan mereka berempat dan semestinya diketuai olih Jawatan Yang Tertinggi atau Terkanan didalam Undang Yang Empat iaitu YTM Dato' Undang Sungai Ujong yang disandang dengan Gelaran Dato Klana Putra. Hak tertinggi untuk menabal bakal pengganti Yang Di Pertuan Besar N. Sembilan adalah d  YTM Dato Undang  Luak Sg Ujong . Mengikut turutan Luak Sungai Ujong merupakan Abang Sulung daripada Empat beradik yang memerintah jajahan di Negeri Sembilan dimana adik kedua adalah Luak Jelebu diikuti olih Luak Johol dan Luak Rembau disandang olih adik bongku daripada keturunan yang sama. Mengikut sejarah keturunan keempat-empat Luak Undang ini adalah adik beradik kandung. Itulah serba sedikit sejarah negeri yang masih diikat olih adik perpatih yang masih lagi mengamalkan 'syariat" mengikut ajaran Nabi Muhammad melalui Al Quran iaitu melalui "wanita" sebagai pendokong utama didalam membentuk perilaku anak-anak. begitulah uniknya adat Pepatih di Negeri Sembilan.

DATO' UNDANG LUAK SG UJONG YTM DATO KLANA. PETRA RAJA JAJAHAN  SG UJONG YANG 'DINAFIKAN'  HAK  DAN  KEISTEMEWAAN OLIH MENTERI BESAR SEBAGAI RAJA MELAYU. WALAU PUN KEDUDUKAN YTM DATO UNDANG YANG EMPAT MERUPAKAN TONGGAK UTAMA DIDALAM PEMERINTAHAN  YANG DIPERTUAN BESAR . HAK PEMERINTAHAN RAJA SERI MENANTI  HANYA TERTAKLUK  DAN  HANYA MELIPUTI SERI MENANTI SAJA  NAMUN AHLI POLITIK YANG BERKUASA   DINEGERI SEMBILAN SEAKAN MENAFIKAN HAK UNDANG YANG EMPAT SERTA . PEMIMPIN POLITIK TEMPATAN HARUS INGAT BAHAWA DIDALAM MENANDATANGANI PERLEMBAGAAN PENUBUHAN TANAH MELAYU UNTUK MERDEKA DATO' UNDANG YANG EM[PAT MERUPAKAN RAJA RAJA MELAYU YANG TERPAKSA MENYERAHKAN KUASA PEMERINTAHAN KERPADA RAKYAT DAN HAK KEISTEMEWAAN MEREKA SEBAGAI RAJA-RAJA MELAYU TETAP TERPELIHARA ITULAH JANJI YANG DITANDATANGANI UNTUK NEGARA KITA UNTUK  MENCAPAI KEMERDEKAAN. KENAPA HAK MEREKA DINAFIKAN SEDANGKAN  MEREKA ADALAH ULUL AMRI .
.Pada waktu ini bermacam-macam perkara terjadi didalam Negara kita, institusi Beraja dipermainkan secara rakus olih "ahli Politik". Apa yang dapat kita lihat Parti Pemerintah mahupun Parti yang membantah parti Pemerintah dengan sewenang-wenangnya membelakangkan institusi Beraja ini. Dibibir mereka saja mengatakan bahawa kita mengamalkan Raja Berpelembagaan tetapi pada hakikatnya kedudukan Raja Raja Melayu hanyalah sebagai 'pohon' untuk mereka berpaut apabila dilanda 'perubahan' minda rakyat yang sudah mula menunjukkan gelombang ketidakpuasan hati kepada pemerintah mahupun pembangkang. Disana sini mereka menjaja nama Raja Raja Melayu untuk kepentingan politik dan kuasa mereka.

Berbalik kepada N. Sembilan . Politik Negeri Sembilan diterajui olih Barisan Nasional yang memenangi PRU 12 tetapi kemenangan mereka tidaklah sebesar mana hanya kelebihan beberapa kerusi saja. Kalau dibandingkan dengan keputusan PRU 11 banyak kerusi yang dimenangi olih BN telah terlepas kepada tangan penentang ideologi  BN  iaitu DAP, PKR dan PAS. Olih itu keputusan mutlak pemerintahan politik di Negeri Sembilan bukanlah mutlak kepada BN tetapi sebahagian besar adalah dibawah parti penentang BN.

Apa yang menyedihkan adalah sikap Pemimpin Melayu dari Parti Pemerintah yang diketuai olih Adun Rantau iaitu Dato Seri Mohammad bin Hassan yang telah dipilih olih pucuk pimpinan Parti Pemerintah iaitu BN sebagai Menteri Besar N. Sembilan. Pada awal pemerintahan beliau, banyak pergolakan politik berlaku di Negeri Sembilan terutama kepada parti teras BN iaitu UMNO. Banyak suara suara sumbang yang tidak sealiran dengan beliau datangnya dari pemimpin UMNO sendiiri. Perbalahan mereka berlarutan dan perpecahan berlaku dikalangan mereka. Disebabkan kerakusan kuasa maka cerminan peribadi Adun Rantau bertukar wajah. Beliau seakan-akan bersifat talam dua muka terhadap rakyat,  ahli UMNO dan juga terhadap Undang Yang Empat. Beliau hanya mahu membodek kalangan  Payung Kuning di Seri Menanti saja, itu pun untuk ajenda kepentingan peribadi.

Diawal beliau memegang kuasa sebagai Menteri Besar  beliau telah menobatkan" darah daging" beliau untuk mengisi jawatan Ketua Perhubungan UMNO, N.S, dan dikala peristiwa itu berlaku maka manusia yang memegang jawatan tersebut telah 'terlupa diri'. Mereka mendakwa pada ketika itu banyak perkara "ajaib"  berlaku dimana banyak kontraktor dari kalangan UMNO berasa tidak puas hati kerena setiap kerja kerja yang melibatkan Kerajaan Negeri harus menerima kata putus dari beliau dan untuk beberapa tahun beliau dikenali sebagai "Menteri Paling Besar " di N. Sembilan walaupun Mohammad Hassan  merupakan Menteri Besar. Cerita ini tersebar keseluruh pelosok N. Sembilan dan juga diperingkat Pusat. Itulah 'pesen' nya kata orang negori kepada Menteri Besar.

Berbalik kepada institusi 'beradat' dinegeri Sembilan. Tanpa perjalanan Beradat bagi Dato' Undang Yang Empat, maka tiadalah tertubuhnya 'Institusi Yang Di Pertuan Besar", sekiranya Dato' Undang Yang Empat tidak membuat perjalanan " adat-istiadat" beradat mengikut adat, maka, , Yang Di Pertuan Besar, tidak akan ' Di Pertuankan", itulah keunikan dan kebesaran dan hak Dato' Undang Yang Empat . Hak perlantikan itu terpakai sehingga kini dan tiada siapa-siapa lagi selain Dato' Undang Yang Empat berkuasa untuk tujuan ini.. Itulah Negeri Sembilan, negeri yang bersandarkan kepada nama 'angka", satu-satunya di Malaysia dan juga di dunia. Selagi matahari  terbit dari timur dan selagi itu hak perlantikan Yang Di Pertuan Besar, terpikul dibahu Dato' Undang Yang Empat .

Akhir-akhir ini apa yang dapat kita saksikan, ahli politik terutama dari parti pemerintah seakan meminggirkan hak dan keistimewaan Undang Yang Empat. Terdapat  desas-desus dikalangan , Lembaga Lembaga dan Tiang Balai di Luak Yang Empat ini merungut akan ' kejahilan" ahli politik terhadap institusi 'berundang" ini. Perjalanan kehidupan ahli politik masa kini kebanyakannya ' "tiada beradat"  kerana mereka berasa mereka berkuasa diatas tiket politik dan bolih melakukan sewenang-wenangnya. Disebabkan keangkuhan sesetengah ahli politik Melayu yang tidak "beradat" ini maka perhubungan diantara Menteri Besar serta Adunnya terhadap Dato' Undang Yang Empat ibarat seperti melepaskan batuk ditangga saja. Menteri Besar  menganggap darjatnya  lebih tinggi dari Dato Undang yang Empat, itu sebab Bangsa asing memperlekehkan institusi Raja Raja melayu sebab orang tak beradat ini menunjukkan contoh tauladan tak baik kepada mereka. Salah siapa??? Ahli Politik pemerintah??


Ikhlas " Cahaya Al Majid - "  MERAWAT LEBIH BAIK DARI BERI UBAT"






Sunday 16 September 2012

"KELOPONGAN" PEMIMPIN MELAYU BERNAMA UMNO/BN : :KELEMAHAN PERDANA MENTERI TERSERLAH APABILA INI BERLAKU.

TANDA TANDA AWAL MELAYU KEHILANGAN KUASA  DIDALAM  KONGLOMERAT TERBESAR MALAYSIA APABILA MELAYU LEMAH KUASA ,  MELAYU GILA KUASA DAN MELAYU GILA $$$$$$$$$
Walaupun kita menyedari bahawa peluang perniagaan yang terdapat didalam konglomerat ini kebanyakanya dikuasai olih jerung jerung jinak yang "bertuan"  namun sedikit sebanyak dapatlah  juga kontraktor ikan bilis Melayu mencari rezeki sesuap nasi tetapi sekiranya perkara yang "didedahkan"  ini berlaku maka siap-siagalah kepada kontraktor Melayu untuk bersedia untuk  gulung tikar, kerana "NAGA" sudah masuk kekolam anda. Terima kasih kepada Pemegang Kuasa kerena menggadaikan apa yang dimiliki Melayu . Syabas kerana anda mengesahkan bahawa Melayu itu bodoh dan bangang .

Artikel yang saya" copy paste" dari blog "gelagatanwar.wordpress.com" untuk tatapan semua. Terima kasih kerena mendedahkan 'kelompangan' ini.


Ramai rakan-rakan yang berada dalam industri minyak dan gas, yang berasa sangat pelik, hairan, khuatir dan risau dengan perkembangan terkini yang berlaku dalam Petronas. Mereka kata, kalau sebelum ini, mereka hanya bertemu dengan kalangan profesional berintegriti tinggi, mempunyai semangat nasionalisme yang utuh – nampaknya trend ini semakin berubah. Sudah ada perkembangan yang sangat tidak positif berlaku di dalam Petronas.
Buat beberapa bulan kebelakangan ini, Petronas sudah menerima influx bekas pekerja Shell yang bersepah di syarikat itu. Cukup ramai. Mereka ini diletakkan di tempat-tempat yang strategik, kononnya untuk merubah cara berfikir dan cara bekerja Petronas yang dikatakan ketinggalan zaman dan tidak up to date.
Bekas kakitangan Shell ini dikatakan akan memberikan pelbagai cadangan, untuk meletakkan Petronas di tempat yang lebih baik selepas daripada ini, Sayangnya, setakat ini, kebanyakan pemain industri minyak dan gas ini tertanya-tanya perubahan yang bakal dicadangkan.
Petronas hebat selama ini dengan usaha, komitmen, kerja keras dan semangat nasionalisme pekerja Petronas sendiri. Mereka jatuh dan bangun dengan Petronas. Setia dengan syarikat itu walaupun mendapat tawaran berpuluh kali ganda daripada syarikat utama dunia yang lain.
Sayangnya, satu demi satu, individu dan ‘kroni’ seorang pemimpin kanan Petronas dibawa masuk tanpa sebarang tugasan yang spesifik. Main bawa masuk kawan sahaja?
Bermula dengan kehadiran Datuk Wee Yiaw Hin; sekarang Petronas sudah dilanda dengan demam ‘bekas pekerja Shell’. Berlambak orang Shell yang sudah diberikan tempat di dalam Petronas. Apakah mereka ini benar-benar berkemahiran, atau dibawa masuk sekadar untuk melengkapkan semangat ‘Shell’ yang sudah berada dalam Petronas?
Ada kalangan mereka yang baru dilantik dibayar dengan harga puluhan ribu USD – dan hanya memainkan peranan sebagai Advisor!!!
Blog ini amat mengharapkan kalangan pimpinan tertinggi Petronas untuk melihat kembali POLISI dan pendekatan ini. Moral kakitangan berada di tahap rendah, bilamana kemahiran mereka dipertikai dan diarah untuk mengikut penyelesaian Shell dalam semua perkara. Tanpa mahu membawa semangat perkauman, mengapa kalangan ‘advisor’ yang dibawa masuk ini semuanya berbangsa Cina? Apakah budak-budak Melayu dalam Petronas sudah kurang bijak dan lembab belaka?
Lebih merisaukan apabila kalangan orang Shell yang sudah immigrate ke Petronas ini, kebanyakannya mempunyai semangat ‘sebangsa, senegara, sejiwa’. Mohon kepimpinan tertinggi Petronas nilai semula perkembangan yang amat merisaukan ini.
Boleh Dato’ Wee nafikan kebanjiran kontraktor minyak dan gas Singapura yang semakin berlambak di Petronas??? Kerja siapa? SHELLigali?

Saturday 15 September 2012

NASIB MELAYU KEUNTUNGAN KEPADA SIAPA :SEJAUH MANA KEBERKESANAN BN DALAM MENANGANI ISU YANG MELANDA.


Saya amat tertarik untuk membicarakan strategi dan perancangan Barisan Nasional didalam mengenengahkan serta melupuskan Pemimpin Pemimpin yang dianggap sudah lapuk serta berkarat dan bermasaalah untuk dijadikan cagaran untuk mewakili Barisan Nasional pada PRU 13 nanti.

Sesetengah dari mereka yang masih lagi menganggap bahawa diri mereka masih relevan dan diterima pakai olih pengundi seharusnya bermuasabbah diri dan membenarkan suara majoriti untuk menentukan calon atau wakil yang akan dipilih.

Senario pemilihan calon amat kritikal pada PRU 13 ini, sekiranya tidak berhati-hati silap langkah banyak nama besar kecundang. Ada beberapa tokoh politik yang agak besar namanya tetapi mempunyai masaalah intregriti dan ada diantaranya beberapa menteri yang kita lihat tidak relevan  atau membawa erti langsung didalam kabinet harus dikekalkan, kerana diantaranya bersifat 'play safe' didalam mengutarakan pandangan dan ada juga diantaranya terlalu 'ampu bodek' atau 'kaki ampu' terhadap kepimpinan tertinggi terutama terhadap PM ataupun TPM.

Sebagai contoh perlukah BN mengekalkan Tun Abdullah Ahmad Badawi, Shaidan Kassim  atau pun Nazri Aziz yang ternyata mendatangkan implikasi berat kepada BN begitu juga kepada sesetengah Menteri lain, Hishamuddin Tun Hussein yang dah berkarat dan tidak berfungsi didalam Kabinet . Banyak lagi nama nama besar yang sepatutnya dinyahkan dari barisan kabinet baru nanti. Begitu juga kepada calon BN dari MCA atau pun MIC yang diantara akan bakal kecundang didalam PRU 13 ini. Untuk MCA dan MIC yang berhajat untuk bertanding dikawasan yang bermajority Melayu, harap-harap BN perlu memikirkan berpuluh kali untuk meletakan calon ini sebagai sandaran, kerana, keputusannya akan berpihak kepada calon Melayu tak kira dari parti mana sekali pun, itu lah hakikat yang perlu ditelan olih barisan kepimpinan tertinggi BN. Salah letak calon, kawasan tergadai. Melayu ini bukannya bersifat 'perkauman' tetapi orang Melayu dan jelak mengalah untuk kepentingan bangsa lain, apa yang Melayu dapat hanyalah penghinaan dan cercaan dari kaum-kaum ini yang tak sedar dek untung.Orang Melayu dah banyak berkorban , jadi untuk pertama kalinya Melayu akan menuntut hak mereka, walau dengan apa cara sekali pun demi kelangsungan bangsa Melayu dan Islam.

Kebanyakan sifat pemimpin Melayu yang berada didalam UMNO tidak banyak yang benar-benar memperjuangkan hak Melayu dan Bumiputra. Apa yang dapat dilihat hanyalah setakat melepaskan batuk ditangga.Tetapi akhir-akhir ini mereka bertungkus lumus untuk memperbetulkan keadaan tetapi lagi banyak mereka ingin membaiki makin banyak kerosakan dilakukan.Kenapa saya katakan begitu? Kini Kerajaan memerintah melalui kuasa BN telah membelanjakan berbilion ringgit untuk membeli hati rakyat terutama anggota Perkhidmatan Awam (pekerja gomen) bermacam-macam imbuhan diberikan namun hasil kerja mereka masih ditahap lama. Penyeludupan berleluasa, dadah ada dimana-mana, kelab malam berunsur sex seperti cendawan tumbuh, pendatang tanpa izin berjuta meliputi berbagai bangsa, pelacur luar negara ibarat menjual goreng pisang, terdapat dimana-mana dan bermacam-macam lagi rungutan warga tempatan terhadap isu yang melanda ini ibarat virus yang seakan tiada vaksin  untuk menahan  penularanya.Disini rakyat menilai akan kerapuhan atau kegagalan kerajaan memerintah untuk menanganinya.Kegagalan ini disandarkan kepada BN dan sekutunya.

Pada setiap hari kerajaan melaungkan kepada umum bahawa ekonomi kita tetap stabil dan berada dibawah paras yang terkawal serta mengumumkan bahawa terdapat banyak FDI masuk kedalam negara, sejauh mana kebenaran, hanya Tuhan saja yang tahu. Kalau dilihat secara kasar kebelakangan ini kebanyakan kontaraktor sedang sunyi dibuai mimpi ngeri kerana kebanyakanya tiada 'kerja' yang mana rata-rata mengharapkan 'job atau tender' dari  kerajaan. Bagi Kontraktor atau supplier bukan bimiputra , job mereka tiada putus kerana job dari pembangunan swasta yang dicipta dari bangsa mereka akan diagihkan kepada kaum kerabat bangsa mereka sahaja, olih itu aliran kewangan mereka tidak terjejas langsung.Kelangsungan kontraktor Melayu ibarat 'telur di hujung tanduk".

Berbalik kepada senario BN, apakah yang dapat mereka perlakukan untuk memulihkan keadaan ini?Apa yang dapat kita saksikan kini hanyalah himpunan raksasa PM dan TPM di serata pelusuk negeri menjaja atau mempertaruhkan pemberian 'imbuhan' secara "one-off " kepada golongan sasar. Itu lah yang berlaku ketika ini. Selain daripada kehadiran PM dan TPM maka himpunan rakyat biasa dengan pemimpin tempatan mahu pun Menteri Besar amat dingin sekali. Perkara ini berlaku juga kepada himpunan PKR, PAS dan juga DAP, kurang sambutan. Kenapa begini??? Mungkin rakyat sudah jelak atau muak dengan omongan kosong pemimpin mereka..begitulah keadaannya.

Barisan Nasional sedar akan perubahan ini, tetapi apakah yang perlu mereka lakukan? Adakah BN akan berlagak seperti pembangkang, menceritakan keburukan atau mencanangkan keaiban orang lain? Nampaknya dikebanyakan perhimpunan yang diadakan semuanya adalah 'janji manis mu" saja yang ditaburkan kepada rakyat marhein, namun madu hanya mereka saja yang menikmati. Kekayaan dan kekuasaan hanya pada mereka dan kehinaan dan keburukan dijuruskan kepada rakyat. itulah pemimpin yang ada ketika ini.

Harus diingat, calon yang bertanding atas tiket BEBAS mempunyai kelebihan untuk menang. Tatapi bagi parti DAP sokongan yang akan diperolehi daripada bangsa Cina amat padu dan nasib MCA dan Gerakan untuk memenangi Kerusi pada PRU kali ini amat tipis kerana undi Cina untuk DAP akan kekal berkuasa dikawasan Bandar dan pekan besar. Strategi BN untuk meletakkan calon bukan Melayu dikawasan majoriti Melayu kali ini akan berkesudahan dengan kekalahan dipihak BN, untuk itu peluang BEBAS amat cerah.

Disebabkan kesedaran tentang Islam amat tinggi dikalangan pengundi Melayu maka calon UMNO /BEBAS yang berpendidikan Agama dan mempunyai intregiti dan perwatakan warak akan mengungguli pertembungan dengan PAS. Bukan Pas itu tidak baik tetapi hala tuju Islam bawaan PAS itu tidak menentu dan terlalu bersifat menghukum maka ini merupakan kebencian orang Melayu Islam yang lain tetapi disebabkan perkahwinan atau perbuatan sumbang mahram mereka dengan PKR dan DAP maka undi dari bangsa Cina dan India akan berpihak kepada mereka apabila dua kuasa ini meluluskan hanya PAS akan bertarung disatu-satu kawasan, olih itu keseluruhan undi yang akan dirain hanya dari ahli DAP dan PKR dan bukan dari Melayu Islam.

Salah satu lagi faktor yang membantutkan atau mengekekang  usaha BN adalah kisah dan peranan over expose  isteri PM.,  Rosman Mansor. Rata-rata cerita yang didengari adalah Rosmah terlalu menonjol melebihi watak PM sendiri seakan-akan PM dipanduarah olih isteri beliau. Cerita ini bertebaran diserata pelusok negeri, waima dinegeri kerajaan BN sekalipun cerita ini dengar dikata olih pemimpin UMNO sendiri. Kalau kita selak pula kepada usahawan mee segera ahli politik dan macai politik pula, nama Rosmah sememangnya  dimulut mereka ini, " ada ungkapan diluar sana berbunyi " hulur kepada Kak Ros, semua settle" tapi bahagian dia mesti ada", itulah ungkapan yang dilontarkan olih peraih-peraih 'peminta minit" daripada PM. Siapa punya angkara ni??Kalau bukan mereka yang berada disekeliling dan hampir dengan PM dan Rosmah Mansor.. siapa lagi.inilah kelompok yang merosakan kredibiliti dan intregiti PM dan isteri. Tetapi kalau diamati dengan teliti ada juga kebenaran  kata-kata ini. Kebanyakan mereka-mereka yang rapat dan banyak menghabiskan masa dengan Rosman Mansor  semuanya kaya raya dan hidup mewah walaupun bukan dari kelompok usahawan tetapi mendapat imbuhan 'ghaib'.Ini yang menghairankan. Penama seperti Dato' Mumtaz Jaafar, Dato  Shah Rezza , Dato' Syed Sobri dan Azie ( Penyanyi tetap)  yang didakwa mempunyai rantaian rapat dengan Rosmah Mansor kini semuanya kaya raya bertaraf jutawan..Ini adalah nama nama popular yang didakwa teramat rapat dengan Rosman Mansor. Kekerapan segmen hiburan di kediaman Perdana menteri sehinggalah ke Hotel yang dinaungi Rosmah Mansor menjadi bualan artis-artis yang rapat dengan isteri PM serta  mendapat  bayaran yang lumayan. Ini merupakan sebahagian cerita-cerita tidak enak yang berlingkar dipersada yang merosakan reputasi dan kredebeliti PM sendiri.

Namun begitu cerita negative pemimpin yang lain jarang kedengaran kecuali  kisah anak pak menteri yang hidup kaya raya dan mempunyai body guard dan memandu kereta  mewah serta menyewa helikopter untuk menunjukkan kekayaan dan kemewahan. Cerita sensasi ini walau pun terpencil tetapi membawa implikasi yang besar kepada keseluruhan BN . Darimana datangnya kekayaan yang melampau sedangkan bapa mereka cuma bertaraf menteri sahaja? Disebabkan nila yang setitik dua inilah yang merosakkan keseluruhan susu yang sebelanga itu.Nampaknya kerosakan yang dicipta itu bukan datang nya dari UMNO tetapi dari anak benih yang disemai..inilah kerosakan. ibarat anai-anai memakan kayu..akhirnya reput lalu tumbang..

Anak Melayu yang dicop sebagai tercicir atau yang tersisih serta menjadi Mat Rempit dan Mat Gian, apakah yang termampu dilakukan untuk membimbing mereka ini. Adakah kita hanya menyerahkan kepada NGO NGO untuk membentuk mereka. Begitu juga ada juga mereka ini terdiri dari anak pemimpin dan pak menteri yang terjebak dengan dadah ,arak, sex bebas tetapi disebabkan mereka dari keluarga kaya raya maka penghidupan mereka terjamin tetapi apa akan terjadi kepada anak-anak melayu?? Anak jutawan ciptaan BN  terutama UMNO kebanyakannya akan dihantar keluar negeri untuk meneruskan  pelajaran dikolej atau Universiti tetapi anak Melayu dari keluarga serdahana dan miskin ini perlu berentap mengikut merit untuk ke Universiti tempatan  tetapi apabila sudah mempunyai segulung Ijazah maka jawatan yang dipohon selalunya akan terarah kepada anak-anak pemimpin untuk menduduki ranking teratas sementara anak rakyat marhein jadilah pegawai biasa mengikut kuota .Untuk anak melayu berpeluang  berkerja dikengolomerat bukan Melayu memanglah susah itu pun sekadar untuk memenuni kuota yang terpaksa dan kebanyakan jawatan yang diberikan hanyalah pegawai biasa. Inilah yang terpaksa ditelan olih anak melayu sekarang ini. Kerana disebabkan kekangan ini maka pemikiran anak Melayu menjadi kental dan berani untuk menegakan ketidakpuasan hati..akibatnya..itulah yang dapat kita saksikan semasa "Perhimpunan Bersih" tempoh hari. Fikirkan, "salah siapa".. Adakah UMNO dan BN sedar akan perkembangan yang membimbangkan ini??

Perangai pemimpin UMNO dan BN hanya baik dikhalayak ramai tetapi apabila rakyat biasa masuk ke pejabat mereka untuk bertanyakan sesuatu..sifat mereka menjadi lain..ibarat sesumpah..itulah kenyataan. Tidak banyak pemimpin ini yang berjiwa rakyat..dan istilah rakyat didahulukan rakyat diutamakan hanya terpakai kepada penjawat awam saja itu pun bukan semua yang implimen.

Sadar tak sedar didalam Penjawat Awam terdapat ramai dikalangan mereka yang menyokong pembangkang, itulah hakikat sebenar  dan Kerajaan memerintah harus sedar akan hakikat ini.

Disebabkan elemen-elemen negative ini maka keseluruhan empayar Barisan Nasional menjadi rosak. Semestinya apa yang harus dilakukan  untuk menangkis  cerita negative ini  olih kepimpinan BN .Apa pun strategi yang akan diformulakan olih BN, halatujunya adalah untuk mengekalkan mereka kekal berkuasa itulah hala tujunya, samada  Melayu akan terjamin atau terpelihara hak mereka dibumi Malaysia ini, kita serahkanlah kepada Yang Maha Esa..sebenarnya nasib Melayu ini ibarat 'nasi sudah menjadi bubur' hanya sesuai dimakan olih mereka yang tidak bergigi saja.. itulah perumpamaan yang paling senonim dan terbaik untuk BN .
Nota "
Sekiranya harta dunia  ini yang dapat menjaminkan kebahagiaan anda didunia tanpa memikirkan rezeki orang lain   maka makanlah  sekonyong-konyongnya kerana diakhirat nanti tiada apa yang tinggal lagi untuk anda.. hanya nyalaan api neraka dan air mendidih minuman anda.












Thursday 13 September 2012

MANA LEBIH BAIK :RENUNGAN JUMAAT - KECIL TAPI BESAR IMPLIKASINYA

MANA LEBIH BAIK.' HADITH' YANG DIKATAKAN  OLIH RASULLULAH ATAU FIRMAN ALLAH  : HILANG KE PEHALA JUMAAT KALAU BERCAKAP KETIKA IMAM BACA KHUTUBAH?


Bismillah-hir-rahman-nir-rahim.

Dibawah ini dituliskan 'Hadith" yang amat popular yang dibacakan pada setiap hati Jumaat. Fikirkan adakah Rasullulah s.a.w akan mengucapkan sesuatu yang bukan hak Baginda untuk menetapkanya?

Hadith dari Abu Hurairah r.a.
 " Janganlah kamu berkata-kata pada hari Jumaat ketika imam membaca Khutubah, walaupun dengan menyuruh kawan  kamu berhenti bercakap dengan perkataan "diam' sekalipun  nescaya akan hilanglah pahala Jumaat kamu".
Ini adalah ungkapan atau peringatan yang selalu diwar-warkan pada setiap hari Jumaat sebelum Imam naik keatas mimbar untuk membaca Khutubah.
Mari kita renungkan dimana kebenaran dan kesahihannya berhubung 'hadith" ini.

Allah SWT sudah berjanji kepada kita bahawa setiap niat kepada  kebaikan yang ingin kita lakukan nescaya kita akan diganjarkan dengan pahala , itu adalah janji Allah SWT. Dan sebarang perkara keburukan yang kita niatkan sebelum kita lakukan keburukan itu mahupun kejahatan sehingga belum terjadinya perbuatan itu maka tiada dosa akan ditimpakan kepada kita sehinggalah kita melakukan kejahatan/keburukan itu,  barulah dicatitnya dosa keburukan/kejahatan itu. Itulah keadilan Allah SWT yang dijanjikan kepada kita.

Berbalik kita kepada "hadith" diatas, dimana kebenaran ungkapan yang dikatakan diucapkan atau dilafaskan olih Baginda Rasullulah s.a.w. Sepertimana kita semua tahu bahawa keperibadian Baginda hanya mendahulukan firman Allah SWT dan tidak sekali-kali akan menghukum perbuatan manusia dengan menjatuhkan hukum 'akan kehilangan' pahala, dimana perkara kebaikan telah pun dilakukan olih seseorang sedangkan Allah SWT telah menjanjikan setiap perbuatan kebaikan akan diganjarkan dengan 'pahala'.

Setiap kali 'hadith' ini dibaca olih khatib, maka pada setiap kali lah nama baginda Rasullulah s.a.w akan disandarkan untuk menguatkan 'hadith" ini yang dikatakan dilafaskan olih baginda Rasullulah s.a.w. Baginda Rasullulah s.a.w tidak akan mengucapkan sesuatu yang berbentuk  " menjatuhkan" atau ' menghukum" sesuatu  yang telah ditentukan Allah SWT seperti pahala dan dosa kerana itu adalah 'hak' Allah SWT dan baginda tidak akan sekali-kali mendahulukan diri sendiri dari Allah SWT. Baginda Rasullulah s.a.w adalah bersifat lemah-lembut  dan beramanah seperti yang difirmankan Allah SWT didalam Al Quran.

Olih itu janganlah kita mendahuluikan barang sesuatu yang bukan dilafaskan olih Baginda Rasullulah s.a.w kerana perbuatan/ungkapan  itu berupa "fitnah" terhadap baginda Rasullulah s.a.w. Tidakkah kita tahu apakah hukum nya perbuatan "fitnah"?.

                                                                        TETAPI

sekiranya kita ingin mengingatkan para jemaah supaya berdiam diri ketika bacaan khutubah olih Imam maka seeloknya peringatan bagini harus dilakukan "-

 Allah SWT mewahyukan kepada Baginda Rasullulah s.a.w yang berbunyi " , Sesungguhnya  Mesjid adalah rumah Ku dan kamu  adalah tetamu rumahKu ", olih itu marilah kita sama-sama menghormati Rumah Allah dan tetamu-tetamunya ,  marilah kita  mendiamkan diri dan jangan berkata-kata ketika Imam membaca kutubah  kerena didalamnya terdapat Kata-kata Allah, olih itu marilah kita sama -sama mendengarkanya  dan sesungguhnya mengingati Allah SWT  itu lebih baik bagi kamu dari dari berkata-kata   ,semoga kita berolih keberkatan dan pelajaran  dari Yang Maha Suci, Allah Maha Agung.

Ikhlas : Cahaya Al Majid.

Surah Al Wakiah "-


A075
Maka Aku bersumpah: Demi tempat-tempat dan masa-masa turunnya bahagian-bahagian Al-Quran, -


A077
Bahawa sesungguhnya (yang dibacakan kepada kamu) itu ialah Al-Quran yang mulia, (yang sentiasa memberi ajaran dan pimpinan),


A078
Yang tersimpan dalam Kitab yang cukup terpelihara,
A079
Yang tidak disentuh melainkan oleh makhluk-makhluk yang diakui bersih suci;


A080

Al-Quran itu diturunkan dari Allah Tuhan sekalian alam.

A081
Patutkah kamu (wahai golongan yang kufur ingkar) bersikap sambilewa terhadap keterangan-keterangan Al-Quran ini?