TERPERANJAT : INGATKAN MAMAK PENANG , RUPANYA INDIA MUSLIM DARI INDIA YANG BERNIAGA DIPADANG KOTA LAMA PENANG. |
INI MELAYU BARU KE????
Bertarikh 29hb June 2013 saya berkesempatan untuk ke Utara Tanahair, iaitu Pulau Pinang untuk urusan peribadi. Alhamdullilah, perjalanan kesana tidaklah memakan masa yang panjang, mungkin 4 ke 5 jam perjalanan dari Kuala Lumpur dengan kereta sendiri. Alhamdullilah, saya sampai dihotel lebih kurang jam 3ptg dan menginap disalah sebuah hotel di Butterworth. Hotel yang agak baru mungkin baru buka 4 ke lima bulan lepas, agak saya saja. Alangkah terperanjatnya diri, apabila mengetahui dihotel tempat saya menginap, dipenuhi dengan Artis dari Program Kilauan Emas yang baru berlangsung . Kelibat pemenang-pemenangnya juga kelihatan dihotel tersebut.
BADUT BADUT TUA YANG DI'RAKYAT" KAN ASTRO UNTUK BERSAING DENGAN PROGRAM MENCETUS MINDA ORANG ISLAM BERUMUR. ' MEREKA AKAN JAWAP : PROGRAM INI UNTUK MENCERNAKAN JIWA YANG TERTEKAN- JAWAPAN STANDARD UNTUK MELALAIKAN JIWA YANG SONGSANG |
Risik punya risek, rupanya Astro mengadakan konsert Kilauan Emas di Batu Kawan, konsert ala-ala Sure Heboh tu. Walauapapun sepanjang perjalanan kenegeri pimpinan DAP Lim Guan Eng tu, semuanya nampak biasa. Walaupun mungkin 6 bulan saya tidak kesini namun dari pemerhatian saya, kemungkinan politik disana tidak banyak berkocak mungkin musim pilihanraya sudah berlalu dan pula majoriti penduduk yang mendiami Pulau tersebut adalah kaum Cina belaka.
Pada sebelah malamnya saya diajak olih kenalan saya untuk ke Stadium Batu Kawan untuk menyaksikan konsert Planet Gempak anjuran Astro,. Memandangkan malam tersebut saya tiada ajenda 'khusus' maka saya menerima pelawaan itu sekadar ingin melihat sehebatmana 'Artis Vetren Baru' yang digilap dan dicungkil bakatnya olih Astro ,yang dikata telah menawarkan hadiah yang agak lumayan untuk seseorang 'veteran ' atau orang lama menyertainya.
Walaupun saya tidak mengikuti program Astro terutama yang berunsur 'hiburan' yang ' melalaikan hati orang Melayu yang gila 'sakan' ini" , namun disebabkan 'ajakan sahabat, saya teruskan juga menemani mereka.' Menuliskan tentang hiburan yang diketengahkan Astro ini, saya berpendapat, unsur hiburan yang cuba mengenengah golongan separuh umur ini, sebenarnya tidak baik atau elok untuk tontonan 'umum' , terutama bila program ini 'menunjurkan perserta yang dah 'tua' untuk dijadikan 'badut' diatas pentas.
Apa yang dapat saya persaksikan dibelakang pentas, 'artis kerepot separuh umur yang baru di "badutkan' olih Astro ' ini sepatutnya tidak dikendong diatas 'pentas lagi" kerana , apabila melihatkan 'kerenah serta tingkah laku' mereka yang dah ditakrif tua ini seeloknya melakukan perkara yang 'berguna' dan 'berfaedah' samaada untuk diri sendiri mahupun keluarga atau pun masyarakat setempat, dan itu adalah lebih baik, "bagi mereka yang mengetahui". Seeloknya pemenang tidak didendang diatas pentas lagi, melainkan, artis- Artis yang telah berjaya didalam kariernya nyanyian seawal muda. Bukan nak memperlekehkan 'bakat' mereka tetapi, apakah 'tujuan" tersembunyi 'media" ciptaan barat ini??
Nak dikatakan hebat dan setanding artis rakaman tidak juga, kerana, rata-rata pemenang yang menyampaikan lagu, kebanyakannya "sumbang" , "tiada voice control" dan apabila menyanyi 'feel tak da langsung', mungkin disebabkan 'tiada pengalaman'. Dari apa yang saya lihat, usaha Astro ini banyak menjurus 'merosak'kan imej Artis tempatan dengan 'menyalai orang tua ini kesana kemari' . Dengan usaha ini saya rasa tidak banyak dapat membantu industri muzik tanahair tetapi lebih kepada 'mempromosi program Astro" saja .Dari apa yang saya lihat program ini banyak membawa 'kemudaratan' kepada orang Melayu dan anak-anak Melayu saja walaupun 'badut tuan' ini dizahirkan untuk 'mengelikan' hati penonton Astro . Kenapa program ini dibuat untuk orang Melayu saja? Mana kaum Indi dan mana kaum Cina? Adakah program ini berteraskan rakyat Malaysia ?? Tidak..tujuannya hanya satu iaitu..hendak merosakan..institusi orang Melayu dengan 'program kelalaian' ciptaan Yahudi..
KEAHLIAN 'MAMAK' MELAYU DARI PENANG PERLU DI KAJI SEMULA
PADANG KOTA LAMA PENIAGA INDIA MUSLIM DARI INDIA DAN BUKAN MAMAK PENANG |
Kita lupakan kisah 'Artis Tua " yang berasa glamour' ni. Berbalik kepada tajuk utama post. Pada keesokkan harinya saya telah menyeberangi jambatan Pulau Pinang untuk ke Padang Kota. Nama Padang Kota ini sangat dikenalai ramai samada dari pengunjung tempatan mahupun luar negeri. Apa yang mengujakan diri saya iailah ingin merasai 'keenakan' pasembor dan chendol di Padang Kota.
Sesampai saya diPadang Kota saya terus ke Ruang Peniaga yang didirikan olih Kerajaan. Seronok melihatkan keharmonian peniaga disana. Rata-rata yang saya lihat golongan yang berniaga adalah 'mereka-mereka' yang saya sangka 'Mamak Penang" ataupun Melayu Penang, yang mana raut wajah dan kulit mereka adalah serupa. Apabila peniaga menghampiri saya, lalu saya bertanya sesuatu kepada mereka. Alangkah terkejutnya', India yang saya sangka Mamak Penang atau Melayu Penang ini ialah India Muslim bukan rakyat tempatan. Apabila saya mengajukan pertanyaan kepada mereka, mereka tidak tahu berbahasa Melayu. Rata-rata golongan ini mempunyai gerai dikawasan tersebut. Hairan pula saya, bagaimana 'puak puak India Muslim' dari India ini diberikan ruang perniagaan digerai Kerajaan atau pun Majlis??
Yang membezakan orang Melayu, mereka hanya menjual nasi Ayam tetapi selebihnya dimonopoli olih 'Kaum India Muslim dari India" ini. Apadah jadi dengan Mamak Penang atau Melayu Penang??Mana mereka??
Apa yang dapat saya fikir dan salahkan ialah, kerajaan yang memerintah, terutama Jabatan Imigresen atau KDN. KDN harus lebh bertanggungjawap didalam membenarkan warga asing terutama India Muslim dari India., Pakistan, Bangladesh, Myammar, Vietnam , China dan semua warga asing yang membanjiri Malaysia agar KDN melakukan pemantauan lebih ketat terhadap kelompok ini. Walaupun mereka beragama Islam atau berlagak Islam, Kerajaan harus memikirkan 'untung nasib' bangsa sendiri dari mengutamakan bangsa asing. Jangan disebabkan " duit" yang sedikit, Kerajaan mempertaruhkan" nyawa dan keselamatan" orang ramai didalam keadaan berbahaya.
Banyak sudah kita dengar, kebanyakan warga asing yang datang ke Malayisa, mempunyai Kad Pengenalan, samaada ianya tulin atau palsu, diharap Kerajaan dapat melakukan sesuatu, sebelum gejala lebih buruk 'melanda' negara kita. Olih itu 'amaran' parti Pembangkang tentang keujudannya pendatang asing' yang mempunyai Kad Pengenalan, bukanlah 'omongan kosong". Untuk itu saya ucapan syabas kepada Pembangkang yang 'perihatin' terhadap isu ini. Diharap Kerajaan yang memerintah melakukan tindakan 'susulan' terhadap isu ini.
Nota :-
Kini dah ada Hajjah dikilauan Emas, kemungkinan esok lusa Imam pula jadi perserta
Ikhlas dari :- Cahaya Al Majid