Thursday 28 February 2013

RENUNGAN JUMAAT : SEPATUTNYA HARI JUMAAT MERUPAKAN HARI UMAT ISLAM 'CAS POWER' BUKAN 'HILANG POWER " :INSTITUSI MESJID PERLU BERUBAH DEMI MENYANGSANG JIWA JEMAAH AGAR SENTIASA SEGAR DAN SEDAR BUKAN 'TIDUR'.

IMAM SEPATUTNYA BERTINDAK SEBAGAI MENYANGSANG JIWA-JIWA JEMAAH  DENGAN  KHUTUBAH YANG BOLEH MENCERNA HATI DAN PEMIKIRAN DAN BUKAN KHUTUBAH YANG MENDATAR YANG  'MENIDURKAN' HATI DAN JIWA JEMAAH. 

Bismillah-hir-rahman-nir-rahim

Hari Jumaat merupakan penghulu kepada hari-hari yang lain. Dihari ini umat Islam diwajibkan meninggalkan perniagaan atau sebarang kerja semata-mata  untuk menghadirkan  diri dirumah Allah untuk menunaikan solat  Jumaat seperti yang diwajibkan. Tetapi tidak pula terdapat ayat-ayat Allah SWT yang melarang kaum hawa dari bersama-sama untuk kewajipan ini. Mungkin disebabkan 'hadith-hadith" yang didakwa disabdakan oleh Rasullulah melarang kaum ini dari bersama-sama untuk berjemaah Jumaat , maka  kepastian dan ketentuan ini tidak  dapat dibuktikan kesahihanya.

Sabda Rasulullah SAW maksudnya: "Solat seorang perempuan di rumahnya lebih utama daripada ia solat di masjid". - 


Hadith
Sabda Rasulullah saw bermaksud, “(Solat) Jumaat adalah tanggungjawab yang wajib ke atas setiap orang Islam.”



Firman Allah swt bermaksud, “Wahai orang-orang yang beriman, apabila diserukan (azan) untuk mengerjakan solat pada hari Jumaat, maka bersegeralah kamu pada mengingati Allah dan tinggalkanlah jualbeli.”
(Surah al-Jumuah, ayat 9).

Berhubung dengan rutin solat fardu Jumaat yang dipraktikan dinegara kita. Dari dahulu hingga sekarang  contoh perlakuan atau aturcaranya adalah sama dan tidak berubah dan saya rasa tiada satupun penambahbaikaan dilakukan terhadap rutin ini sejak zaman berzaman. Kalau seawal  umur 7 tahun kita sudah menjejaki kaki dimesjid pada setiap Jumaat, cuba perhatikan, cara, bentuk dan khutubah adalah sama yang membezakan hanyalah pada tek atau topik yang dibacakan oleh Imam. 

Mungkin disebabkan aturcaranya sama, maka, dapat kita lihat dengan jelas disekeliling kita, sewaktu Imam menyampai atau membacakan  'khutubah ', terdapat segelintir dari jemaah yang melelapkan mata, ada yang mendiamkan diri dan bertasbih, ada yang berbual dengan rakan-rakan  dan tidak ketinggalan juga 'sibuk ber 'sms' atau ' khusuk main game dihandphone masing-masing. Kenapa gejala ini berlaku? Kenapa jemaah tidak menumpukan perhatian kepada Iman yang menyampaikan khutubah? Kenapa sikap sambil lewa ini terjadi kepada diri-diri yang menghadirkan tubuh badan  untuk berjemaah? Adakah kehadiran ini terpaksa atau secara sukarela atau hanya melunaskan 'tuntutan' Al Quran?? Siapa yang perlu kita persalahkan didalam hal yang kita rasa remeh tetapi berimplikasi besar ini?


KHUTUBAH JUMAAT MEMAINKAN PERANAN  PENTING DEMI MENYEMAI KETERUJAAN JEMAAH DAN BUKAN SEBALIKNYA. ADAKAH CONTOH INI BAIK UNTUK DIPANDANG OLEH ANAK-ANAK YANG SEDANG MEMBESAR??
                                   

Pernah ke kita fikirkan bagaimanakah caranya untuk mengatasi 'fenomena' kemalasan dalam keterpaksaan ini? Saya berharap institusi yang dipertanggungjawapkan didalam  memertabkan institusi  mesjid-mesjid  tidak memandang enteng 'gejala' yang merusakan 'individu-individu' yang tidak memahami 'erti sebenar ' solat Jumaat" ini.  Sesuatu pembaharuan perlu difikirkan demi menceriakan 'rumah Allah" ini. Kita tidak ingin melihat kehadiran jemaah-jemaah  yang  tidak mendapat keberkatan dari menghadirkan diri  mereka dimesjid. Kita tidak mahu mereka kerugian. Oleh itu satu tuntutan baharu perlu dilaksanakan demi kebaikan jemaah-jemaah itu sendiri.



Bagaimana caranya kita harus memupuk perasaan serta keinginan yang tinggi terhadap seseorang untuk berasa teruja untuk tidak melepaskan 'solat Jumaat'. Pembaharuan perlu dilakukan demi 'mentransformasi' institusi mesjid ini agar ianya bukan saja sebagai sebuah rumah ibadat tetapi sebagai 'ruang' untuk umat Islam bertumpu seharian sebagai ' gedung perbendaharaan Allah SWT".

Seperkara yang perlu kita hindarkan ialah menjauhkan gegala politik' dari menghuni  ruang pada setiap "Rumah Allah."

Ikhlas dari :- Cahaya Al Majid

Wednesday 27 February 2013

JATUHNYA" MAHKOTA TEMPELAN " IMPIAN PENGIKUT: INGATKAN BERUBAH TETAPI MAKIN MENJADI-JADI

BAGAIMANA ALLAH SWT NAK AMPUNKAN DOSA DAN KESALAHAN ANDA? ANDA MENYAKITKAN HATI DAN MENGURIS PERASAAN  RAMAI MANUSIA. KESALAHAN DENGAN TUHAN BOLEH DIAMPUNKAN TETAPI KESALAHAN DENGAN MANUSIA?? MACAMMANA!!!
                     "JANGAN BERANGGAPAN BAHAWA KITA SAJA YANG BENAR"

    'APABILA SESEORANG ITU MELAKUKAN KESALAHAN IANYA WAJIB DITEGUR' 

Assalammualaikum.

Terpanggil diri ini untuk menuliskan apa yang diperkatakan oleh Nik Aziz berhubung pemberian BRIM oleh kerajaan kepada rakyat. Alangkah terperanjatnya diri ini apabila seorang manusia yang diangkat oleh 'pengikut-pengikut'nya meluahkan ungkapan ' menyamakan ' penerima'  bantuan kerajaan (BRIM) sebagai 'haiwan' dengan  meluahkan" simpulan bahasa " yang amat jahat dan menguris hati dan perasaan bagi setiap manusia di Malaysia yang menerimanya.

Difahamkan beliau baharu saja pulang dari Tanah Suci Mekah kerana menunaikan 'Umrah" katanya. Amat terkilan dihati, apabila seseorang yang diangkat sebagai 'ulama'  terpacul perkataan yang tidak elok didengar terpancut  keluar dari mulut Nik Aziz. Kata-kata yang diluahkan tidak mencerminkan watak 'ulama' yang sepatutnya dimiliki oleh yang empunya diri. Sedih dan tergamang dengan tindakan beliau. Sepatutnya bagi setiap individu yang baru saja pulang dari menunaikan ibadah seperti yang didakwa dan merendahkan sayap terhadap Yang Maha Esa dan semestinya Nik Aziz  memohon keampunan keatas setiap kesalahan yang dilakukan dan berjanji dihadapan Rumah Allah setidak-tidaknya 'bertaubat'  dan berjanji  bahawa  setiap diri akan cuba meninggalkan segala keburukan dan mencuba melakukan kebaikan tetapi perbuatan Nik Aziz tidak mencerminkan perbuatan seperti sepatutnya.

Apa yang dapat ditakrifkan pemergian Nik Aziz untuk bermuhasabbah diri serta berusaha menjadi manusia terbaik  untuk dijadikan teladan kepada manusia lain tidak dimakbulkan Allah SWT. Sebaliknya Nik Aziz menjadi manusia yang amat bacul ucapan dan perkataannya. Sifat meninggi diri serta ego 'kekuasaan' dunia telah menyelubungi 'watak' Nik Aziz ini. Mungkin ini adalah petunjuk dari Allah SWT kepada manusia yang dipimpinnya agar menilai semula sifat  'ketaksuban' pengikutnya terhadap diri Nik Aziz. Contoh yang ditonjolkan oleh Nik Aziz umumnya kepada orang lain amat buruk implikasinya. Sifat merendah diri  seolah-olah hilang dari diri beliau dan sifat' aku saja yang betul' menguasai jiwa ini. Sifat inilah yang akan memakan diri beliau sendiri dan kejatuhan 'taraf ulama' terhadap diri beliau akan menghantui hari-hari terakhir beliau.
SEPATUTNYA PERKATAAN YANG KELUAR DARI MULUT BELIAU  SETELAH PULANG DARI MENUNAIKAN UMRAH  ADALAH YANG BAIK-BAIK TETAPI!!!!  ALLAH  SWT SURUH HINA ORANG LAIN KE?? ISLAM APA YANG ANDA PRAKTIKAN.  MACAMMANA NAK AJAK ORANG LAIN KEPADA ISLAM KALAU ORANG ISLAM SENDIRI  TIDAJ MEMBERIKAN CONTOH TERBAIK.
                 'TERSESAT DIHUJUNG JALAN KEMBALILAH KE PANGKAL JALAN '
                                          
Sifat menerima kebaikan orang lain tidak terdapat didalam diri Nik Aziz. Semua yang dipandang bertentangan dan  bersalahan dengan prinsip beliau. Setiap perilaku seteru beliau semuanya salah. Sifat memaafkan orang lain tidak terdapat dikamusnya. Mengiktiraf kebenaran dan kebaikan lawan adalah 'kebencian' beliau. Kejayaan orang lain adalah kekurangan pada beliau. Kemampuan orang lain adalah adalah  keburukan.

 Sifat-sifat keperibadian beliau amat bertentangan sekali dengan 'sifat' ulama sebenar. Percakapan beliau bukan lagi bersifat 'kasih sayang' tetapi lebih menjurus kepada 'memperlekeh' orang lain. Sifat-sifat ini menandakan 'sifat ulama jahat' yang berkeperibadian "lembut lidah dari gusi" sudah  mula  muncul dibumi Malaysia. Mungkin ini adalah permulaan dimana 'ulama-ulama' jahat sedang diangkat manusia yang jiwa-jiwa yang  sesat.  Sifat menuduh dan menjatuhkan hukum , kepada manusia lain menjadi 'permainan kata-kata' yang terlekat dibibir. 

Mungkin bagi Nik Aziz, Al Quran bukan lagi pegangan dan sunnah bukan lagi ikutan tetapi kefahaman yang boleh menjaminkan  ' kekuasaan dan kekayaan' adalah keutamaan. Menyakitkan hati dan menguriis perasaan orang bukan lagi kesalahan . Perasaan sesama Islam tidak perlu diambil kira.

                Itulah manusia  apabila kefahaman tidak selari dengan tuntutan Allah SWT

Ikhlas dari : Cahaya Al Majid


Tuesday 26 February 2013

ISU-ISU YANG MENGELEGGAK DIHATI RAKYAT : DITEPIS ATAU MENEPIS : ITULAH YANG TERJADI

MALAYSIA TUNGGANG LANGGANG : MACAM MACAM HAL. SEMUA NAK JADI HERO. SEMUA HERO HINDUSTAN.
Assalammualaikum.

Riuh rendah seMalaya dengan kabar angin yang mengatakan bahawa Najib akan mengumumkan pembubaran Parlimen pada Jumaat lepas. Setiap bahagian UMNO dan BN diserata pelusok negara telah dilanda 'kabar angin' ini, tidak terlepas parti pembangkang, semuanya, terkesima dengan ura-ura ini. Dari Pak Menteri hinggalah kemacai-macai politik terutama BN dan UMNO semuanya menjajakan 'perkabaran ghaib' ini seolah-olah mereka telah dibisekan oleh . malaikat' yang menjaga Najib, untuk menyampaikan berita 'gempar' ini.

Apa yang dapat dilihat dan dianalisis, Najib seakan-akan tidak ingin mengumumkan pembubaran Parlimen secepat . Agaknya masih banyak lagi agenda yang belum atau perlu diselesaikan.Atau Najib beranggapan kedudukan beliau atau BN masih belum menjamin kemenangan kepada mereka. Setiap hari parti politik akan mengutarakan 'andaian' masing-masing keatas perbuatan lawan masing-masing. BN akan mengandaikan 'persepsi' mereka terhadap tindakan pembangkang dan begitu juga sebaliknya 'pembangkang' akan melakukan seadanya untuk menimbulkan keraguan terhadap pemerintah. 

Tetapi isu yang terhangat dipasaran politik ketika ini adalah, isu pemberian BRIM yang dilabel oleh Nik Aziz sebagai ' penerima' ibarat 'ayam yang ditabur dengan makanan atau hampas ". Dengan pelabelan 'perumpamaan' tersebut,  dengan  tidak secara langsung telah menjerat 'leher' Nik Aziz dan bermacam-macam kecaman dilontarkan kepada beliau. Kebanyakan penerima, samaada ahli pembangkang mahupun ahli parti pemerintah semuanya 'bersuara' , menentang 'pandangan' Nik Aziz.  Kebanyakan yang menerima BR1M ini adalah dari kelompok yang bukan orang  kaya  dan miskin pun tidak, tetapi, kurang pendapatan. 

Isu kedua terhangat yang mendapat 'rating' tertinggi bangsa asing adalah kepulangan PI Balasundram, manusia yang melarikan diri keluar negara gara-gara kes pembunuhan Alantutya. Selepas bertahun menyembunyikan diri diluar negara, kini, dengan megahnya beliau pulang keMalaysia dan disambut oleh puluhan kaum kerabat parti pembangkang terutama 'yang sama colour' dengannya. Dengan menjaja kisah-kisah 'yang terselindung', maka bermula penjelajahan politik untuk dicanang diserata pelosok negara.

Isu yang tidak disentuh oleh kebanyakan ahli pembangkang adalah 'isu' pendaratan tentera Sulu di Lahat Datu. Berbekalkan M16 serta Bom ditangan dengan pakaian seragam, lebih kurang 100 orang yang mendakwa dari 'keturunan Sulu serta tentera setia kepada Sultan Sulu maka pendaratan ini atau kita simpulkan sebagai 'pencerobohan' terhadap kedaulatan negara, masih lagi berterusan. Kata sepakat belum lagi dimeteri dan kini Presiden Filipina telah mula menyuarakan pandangan agar 'tentera' tersebut dengan segera meninggalkan Lahat Datu. Tetapi semua usaha itu masih lagi belum membuahkan hasil.

Dimasa yang sama parti pemerintah masih meneruskan agendanya bertemu dengan rakyat dan berbagai-bagai tawaran atau 'buah tangan' telah dipersembahkan atau disalurkan kepada Rakyat. Nampaknya setiap inci rakyat menerima 'habuan' ini tanpa mengira latarbelakang politik bangsa mahupun agama, semuanya merasa 'hadiah' ini. Begitulah keadaanya ' strategi Najib atau pemerintah didalam memenangi 'hati' rakyat. Semenjak pembentangan budget 2013 yang lalu, berbillion ringgit telah diperuntukan kepada rakyat samaada melalui , Persatuan, Rumah Ibadat, Sekolah atau apa saja medium yang boleh sampai kepada rakyat semuanya disalur. Begitulah sifatnya BN yang sangat ' perihatin" kini, samaada benar-benar ikhlas untuk membantu rakyat atau sekadar "game"  membeli hati rakyat menjelang PRU 13 ini, hanya Tuhan saja yang tahu.

Samaada rakyat sudah membuat ketetapan atau pun belum tentang siapa yang bakal dipileh, semuanya tertakluk kepada bila 'pembubaran' Parlimen dibuat. Samaada March atau April itu tidak penting lagi. Yang penting PRU pasti terjadi. Samada Najib bersedia atau tidak ,detik itu pasti datang.

Kini rakyat sedang menimbang dan memerahati  perilaku orang-orang politik, siapa pembohong, siapa pembongak, siapa penipu, siapa perompak, siapa kaki minum, siapa kaki betina, siapa perasuah ,siapa putar alam, siapa sesumpah, siapa talam dua muka atau siapa lalang semuanya akan menerima hukuman dari rakyat pada PRU 13 .

Ikhlas dari :- Cahaya Al Majid

Thursday 21 February 2013

JANGAN GADAIKAN IDENTITI MELAYU :SEPATUTNYA PEMIMPIN MENJADI CONTOH :

PERNAH KE BANGSA LAIN MENGENAKAN  PAKAIAN INI DIDALAM MENGHADIRI UPACARA BANGSA MELAYU? KENAPA MELAYU LEMAH DIDALAM BAB ' MENGAGUNGKAN' PAKAIAN MELAYU INI.  MALU KAH MELAYU APABILA MEMAKAINYA DIDALAM PERAYAAN KAUM-KAUM LAIN?

Assalammualaikum.

Setiap bangsa yang dilahirkan dan menghuni dunia Allah SWT ini diserta dengan budaya tersendiri. Dari dahulu sehingga kini ada yang masih dikekalkan dan ada juga budayanya ditelah zaman. Perlu diingat adat dan budaya itu mencerminkan nilai budaya sesuatu kaum atau bangsa tersebut. Sebenarnya sekiranya budaya dan adat itu dikekalkan maka sesuatu bangsa itu dapat dikenali dengan mudah.  Budaya mencerminkan bangsa .Begitulah hakikatnya cerminan sesebuah bangsa atau  kaum itu.

Kini amalan budaya kita terutama Melayu sudah semakin dipinggirkan. Kalau dahulu bangsa ini merupakan cerminan bangsa lain didalam bermasyarakat, kini semua itu telah luntur dimamah peredaran masa. Kalau dahulu budi bahasa dan pertuturan bahasa merupakan pegangan Melayu tetapi kini tidak lagi menjadi amalan. Bangsa Melayu sudah banyak berubah.  Kebanyakan anak Melayu telah menjadi bangsa yang agak kasar samaada dari segi budi perkerti mahupun bahasa pertuturan. Peradaban ini telah memusnahkan 'jati diri' bangsa ini. 

Perkara yang masih lagi menjadi praktik Bangsa Melayu adalah 'Baju Melayu", mungkin disebabkan didalam adat istiadat perkahwinan untuk melambangkan kemelayuannya, maka, Baju Melayu merupakan pakaian 'wajib' untuk upacara ini, sekiranya tidak 'baju Melayu ini juga akan ditelan masa.
                                           
Yang menjadi persoalan, ketika ini bangsa Melayu terlalu mengikut budaya yang bukan dari budaya nenek moyang bangsa mereka. Kebanyakannya mereka sudah mula melupakan 'pakaian Melayu ini' dan merasa janggal sekiranya pakaian ini dipakai ketika menyertai perayaan kaum-kaum lain.

Saban tahun kalau kita perhatikan ketika kaum kaum lain meraikan perayaan mereka, maka, berduyun-duyunlah pemimpin Melayu mengenakan 'pakaian tradisi' kaum tertentu ketika mereka  bersama-sama merayakan hari kebesaran kaum tertentu. Pemimpin Melayu serta pembesar-pembesar lain terutama 'Pemimpin Politik" beriya-iya mengenakan 'pakaian tradisi' kaum tertentu untuk menyata atau menzahirkan 'sifat sama ratanya"  terhadap sesuatu budaya tetapi sebaliknya kaum-kaum tersebut tidak pula pernah mengenakan 'Baju Melayu' ketika menghadiri upacara bangsa Melayu. Tidak pernah pula kita lihat 'pemimpin Cina atau India mengenakan 'baju Melayu' ketika menghadirkan diri untuk merayakan upacara kebanggaan Melayu ini.

Dalam dewan parlimen,dalam adat istiadat istana, upacara perkahwinan Melayu atau apa saja upacara yang melibatkan Melayu, tidak pernah pula kita lihat kaum-kaum ini memakai 'Baju Melayu' untuk menyertai upacara ini. Kenapa??
PERNAH KAH  KETURUNAN BANGSA PEMIMPIN INI MENGENAKAN BAJU MELAYU DITUBUHNYA??UNTUK SEKALI? BEGITU JUGA DENGAN PEMIMPIN INDIA..PERNAHKAH KITA LIHAT MEREKA BERPAKAIAN BAJU MELAYU UNTUK UPACARA BANGSA MELAYU??
                                              

Perlu diingat, bangsa asing tidak akan cuba menerima 'budaya Melayu; tetapi sebaliknya mereka akan cuba mendakyahkan' budaya mereka agar kita menghormatinya. Tetapi tidak sekali mereka menghormati pemakaian 'budaya Melayu' ini. Oleh itu bangsa Melayu, terutama pemimpin Melayu, berhentilah didalam kepura-puraan ini, jangan khianati budaya sendiri dan jangan agungkan budaya luar. Semoga pemimpin Melayu mengambil iktibar.

Sepatutnya bangsa Melayu bermegah dengan budaya yang dimiliki dan mengenakan pemakaian Melayu ini disetiap majlis samaada menghadiri uparacra bangsa asing mahupun menghadiri perayaan mereka. Hentikan pemakaian 'pakaian tradisi' bangsa lain, jangan diangkat 'budaya dan tradisi' mereka, biar mereka yang memakainya dan buka kita yang memakainya.

Bangsa Melayu perlu sedar, hanya Melayu saja yang boleh mengangkat 'budayanya" jangan diharap pada bangsa lain'.

           "HILANG BAHASA KERENA BANGSA, HILANG IDENTITI SEBAB TAK RETI'

Ikhlas dari :- Cahaya Al Majid

Wednesday 20 February 2013

MILITAN DI LAHAT DATU : APA MASAALAHNYA: DALANG PERLU DIHAPUSKAN.

WALAU APA PUN ALASAN NYA : PERLU DIINGAT : KEDAULATAN MALAYSIA  TERCALAR.
Assalammualaikum.

Perjalanan kehidupan ini bukanlah sesuatu yang mudah seperti yang disangka. Berbagai-bagai halangan dan rintangan perlu kita lalui setiap hari. Orang kaya dengan kekayaanya dan yang miskin pula terpaksa berhempas pulas mencari penghidupan demi menyara keluarga. Sebagai ketua rumah atau yang dipanggil 'khalifah' pada setiap keluarga terpaksa melakukan 'pengorbanan masa'  untuk menentukan yang ditanggung mendapat apa yang dihajati . Begitulah kehendaknya bagi setiap yang dilalui oleh  manusia dibumi ini 

Topik yang ingin diketengahan adalah berhubung 'ketidaktelusanya' pemerintah didalam memberitakan perkara-perkara yang melibatkan 'kententeraman dan keselamatan' awam. Mengimbas kembali berita -berita yang sensasi, samaada yang benar ataupun berita yang dimenupulasi membuatkan minda rakyat didalam 'teka-teki'.. Disebabkan kegagalan menyampaikan berita 'yang terkini' maka minda rakyat akan mudah terjemumus didalam 'pemberitaan' yang berbentuk 'andaian' dan 'spekulatif' semata-mata, terutama  yang disebarkan melalui  sumber ' alam maya' atau 'internet'.

Kalau satu ketika dahulu apabila Iraq dibedil oleh tentera bersekutu dibawah telunjuk Amerika, boleh dikatakan setiap hari ;siaran secara langsung' dipancarkan keseluruh negara, begitu juga dengan insiden 'Highland Tower" perkara yang serupa juga dilakukan untuk dikongsi dengan rakyat untuk mengetahui  keadaan yang sebenar.  Kalau dahulu setiap stesen TV akan berlumba-lumba untuk menyiarkan berita yang dikatakan sensasi itu, tetapi, kini perkara sebaliknya terjadi. Kenapa??

Terkini, negara kita dikejutkan dengan peristiwa 'Tentera Sulu" yang mendarat diLahat Datu yang dikatakan lengkap bersenjata mendarat dan memasuki perkampungan FELDA disana, Namun pemberitaan tentang 'kes' berprofil tinggi yang dianggap mengugat keselamatan negara itu, pemberitaannya amat sedikit sekali, kenapa?? Apakah yang ingin disembunyikan kepada pengetahuan rakyat?? 

Mengikut post post didalam blog, berbagai berita yang berupa andaian dipaparkan dan ini amat merunsingkan rakyat, terutama penduduk di Sabah. Kenapa pemberitaan ini tidak disiarkan secara meluas atau di 'update' setiap jam??Kini sudah hampir seminggu kes 'pencerobohan' ini merobek hati setiap rakyat, namun, sehingga kini 'penyelesaian' masih tidak diketahui, hanya, kata-kata menyedapkan hati yang dikeluarkan oleh Ketua Polis Negara. Samaada berita itu 'sahih' atau sebaliknya, hanya mereka saja yang mengetahuinya.

Rakyat mempersoalkan , bagaimana? kumpulan militan ini berjaya membolosi laut atau sempadan negara kita?  Tidakkah tentera diamanahkan untuk 'mengawasi' laut dan perairan negara kita? Kenapa begitu mudah bagi kumpulan militan ini menyeberangi sempadan negara kita? Tidakkah tentera 'arif' tentang lalauan yang selalu digunakan oleh 'pelaut' Sulu ini?? Semua persoalan ini amat menganggu kententeraman dan keselamatan rakyat??
                                                      
Ada sesetengah blog mengatakan ini adalah angkara perbuatan 'seseorang'? Sekiranya benar seperti yang didakwa maka " Yang Di Pertuan Agung" , perlu bertindak mengikut Undang-undang Negara bagi mencegah 'perlakuan memalukan" negara dari berterusan terutama melibatkan kepentingan keselamatan Negara dan Rakyat yang dinaungi. Apabila sumpah DYMM Agung terlafaz maka secara 'automatik' Baginda adalah Pemerintah Tertinggi Anggota Tentera dan keselamatan Negara dan rakyat 'ternaung' dibawah nya.


Perkara 41. Pemerintah tertinggi angkatan tentera.

Yang di-Pertuan Agong hendaklah menjadi Pemerintah Tertinggi angkatan tentera Persekutuan.


Sekiranya benar seperti yang didakwa terdapat 'seseorang' memainkan peranan untuk memporak-peranda keselamatan Negara dan bersengkokol dengan 'musuh'  yang boleh mendatangkan kemudaratan kepada kesejahteraan Negara dan Rakyat maka, hukuman 'penderhakaan terhadap Yang Di Pertuan Agung serta pendurhakaan kepada Negara perlu dikenakan, kepada 'musuh' dalam selimut ini.

Walau apaun alasan  yang bermotifkan politik, semua ini tidak dibenarkan berlaku terhadap Kedaulatan  dan Kesejahteraan Negara. 

                                                POLITIK BUKAN SEGALANYA
Ikhlas  dari : Cahaya Al Majid

Tuesday 19 February 2013

ADAKAH INI SATU PETUNJUK :BATUAN LANGIT MENJADI ANCAMAN MANUSIA? ATAU SUDAH SAMPAI MASA

DAHULU BINTANG MERUPAKAN PEDOMAN TANDA ARAH UNTUK MEMULAKAN PERJALANAN. KINI MULA BERGUGURAN SATU PERSATU.  APAKAH LANGIT AKAN MENJATUHKAN BATUANYA DEMI MEREJAM MANUSIA YANG TIDAK MENGESAKAN TUHAN SEMESTA ALAM ATAU MENUSIA LUPA MENSYUKURI NIKMAT  TUHAN.  ATAU PETANDA PENGAHKIRAN.
Bismillah-hir-rahman-nir-rahim.

Angkasa yang dijadikan  Allah SWT terbentang luas, luasnya adalah sejauh mata memandang. Setiap kerdipan mata akan menggambarkan keindahan langit yang dilihat oleh pancaindera manusia tanpa dapat manusia mengapainya. Batuan-batuan ini atau lebih dikenali sebagai  serpihan 'bintang-bintang' yang terpecah dari induknya, melayang-layang diangkasa Allah SWT tanpa dapat dikawal oleh teknologi manusia. Hanya  kuasa saja yang boleh mengendalikannya, iaitu, ketentuan  Allah SWT.
Dan sesungguhnya Allah SWT berjanji dan bersumpah  pula dengan 'bintang-bintang' ini. Apakah 'kekebihan' dan ' keistemewaanya" sehinggakan Allah SWT bersumpah dengannya. Rahsia ini hanya Allah SWT saja yang mengetahui. Dibawah ini dituliskan beberapa Firman Allah SWT mengenainya.

Firman Allah SWT:


وَإِذَا النُّجُومُ انكَدَرَتْ

Maksudnya: "Dan apabila bintang-bintang berjatuhan." (Takwir :2)

فَإِذَا النُّجُومُ طُمِسَتْ
"Dan apabila bintang-bintang itu dihapuskan." (Mursalat : 8)

Ilmu metafizik diketahui oleh manusia pada akhir kurun ke 20 untuk menegaskan bahawasanya fasa perjalanan bintang-bintang melewati fasa di mana bintang tersebut berjatuhan dan juga fasa di mana bintang tersebut mengalami fasa penghapusan. 

Bintang merupakan benda-benda angkasa yang berpijar (menyala-nyala), bersinar,dan bercahaya denagn sendirinya dan salah satu penyebab yang membuatkan bintang tersebut bersinar ialah proses pemantikan reaksi penggabungan nuclear kerana panasnya inti bintang yang ada di dalam bintang tersebut. 

Apabila inti bintang berubah dengan sempurna menjadi besi, bintang melewati dua gumpalan proses  awal sebagaimana partikel pertama, yakni adakalanya ia akan meledak dan memancarkan cahaya. Bintang seperti ini dalam bahasa astronomi di sebut sebagai Supernova dan ada pula bintang yang berakumulasi dengan dirinya sendiri.

Firman Allah SWT: 
"Sungguh Aku bersumpah dengan bintang-bintang yang beredar dan tenggelam" (Takwir: 15-16)
Apa yang menakjubkan di sini adalah proses kehancuran bintang sehingga bertukar menjadi bentuk bunga ros ini dinyatakan oleh Quran. 
 Surah ar-Rahman ayat 37, 
  
فَإِذَا انشَقَّتِ السَّمَاء فَكَانَتْ وَرْدَةً كَالدِّهَان 
Maksudnya:"Maka apabila langit terbelah dan menjadi merah mawar seperti kilapan minyak, maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu ingin dustakan?"
Ayat ini menceritakan mengenai langit yang sedang melalui proses kehancuran dan pada masa itu berubah menjadi merah seumpama bunga ros yang menyinar. ]

Salah satu contohnya adalah apa yang dikirimkan oleh teleskop ruang angkasa-Habel kepada kita berupa gambar-gambar sejumlah bintang ketika sedang terpecah pada tanggal 31 Oktober 1999 M.Biro Penerbangan dan Ruang Angkasa Nasional Amerika (NASA) menyiarkan sejumlah gambar yang ditayangkan oleh teleskop ruang angkasa tentang bintang yang mengalami fasa pemecahan.
                                         
Sekelompok bintang yang membentuk seperti kabut bercahaya yang sering disebut dengan nama mawar kemerahan yang mengkagumkan, inilah ibarat Al Quran yang sangat terperinci dan mengkagumkan. 

Surah Al-Waqi'ah ayat 75-76 

فَلَا أُقْسِمُ بِمَوَاقِعِ النُّجُومِ
 "Maka Aku bersumpah dengan tempat beredarnya bintang-bintang (orbit)."

وَإِنَّهُ لَقَسَمٌ لَّوْ تَعْلَمُونَ عَظِيمٌ
"Dan sebenarnya sumpah itu adalah sumpah yang besar, kalau kamu mengetahuinya."

وَعَلامَاتٍ وَبِالنَّجْمِ هُمْ يَهْتَدُون
 "Dan Ia ciptakan tanda-tanda (penunjuk jalan). Dan dengan bintang-bintang itulah mereka mendapat petunjuk (arah yang hendak dituju)." (Surah an-Nahl ayat 16)

Apakah 'sumpah" Allah SWT itu?

Seperti yang pernah saya tuliskan dipost terdahulu, berhubung akan kembalinya serta  kebangkitan kedua 'manusia' terpileh ini.  Darimana asalnya, apa signifikanatnya, apa persamaannya, apa tandanya, apa abjadnya ,siapa keturunannya  dan bermacam-macam lagi, sehinggalah, terjatuhnya 'petunjuk" dari langit ini dibumi berabjad " R" bersamaan  hari Jumaat bertepatan waktu 3.15 (9). 
Allah SWT berjanji, "segala sesuatu akan terjadi  mengikut aturan dan kehendakNya."

Surah Fusillat:-

Kemudian Ia menunjukkan kehendakNya ke arah (bahan-bahan) langit sedang langit itu masih berupa asap; lalu Ia berfirman kepadanya dan kepada bumi: "Turutlah kamu berdua akan perintahKu, sama ada dengan sukarela atau dengan paksa!" Keduanya menjawab: "Kami berdua sedia menurut - patuh dengan sukarela"
(Fussilat 41:11) | 
Apakah Perjanjian dan sumpah Allah SWT sudah sampai kepenghujungnya.

Semoga manusia dapat memikirkannya.

Ikhlas dari : Cahaya Al Majid

PERLUKAH KITA MEMIKIRKANNYA ATAU BIARKAN

BERKILAUAN BINTANG DILANGIT  TERSELINDUNG  RAHSIA ALLAH.
Bismillah-hir-rahman-nir-rahim
Didalam perjalanan manusia yang berlumba-lumba mencari apa yang diingini atau dihajati, kadangkala taruhan untuk tujuan itu selalunya berakhir dengan kegagalan dan sedikit darinya yang beroleh kemenangan. Kegagalan yang dimaksudkan disini bukanlah bermaksud tidak merasai apa-apa tetapi pencapaian untuk kejayaan sepenuhnya tidak dicapai. Oleh sebab itu didalam peperiksaan setiap matapelajaran diukur melalui ' gred' nya, begitu jugalah kita , yang dinamakan manusia ini. Terpaksa melalui bermacam-macam matapelajaran untuk mempersiapkan diri dari ' ujian' , samaada lulus, gagal atau sekadar cukup makan, hanya Allah SWT saja yang mengetahui.

Allah SWT berjanji dan berfirman didalam Al Quran dengan mengatakan ' Setiap sesuatu yang terjadi dan berlaku dialam ini mengikut aturanNya, dan sehelai daun jatuh kebumi juga Allah SWT telah tetapkan sebabnya", oleh itu, tiada satupun  perkara yang tersembunyi disisi Allah SWT.

Minggu lalu dunia digemparkan dengan berita  'meteor' jatuh dari langit dan menghentam bumi. Walaupun meteor itu tidaklah sebesar mana dan beratnya tidak melebihi 10 tan padu, tetapi impak dan reaksi ketulan batu itu serta kelajuannya amat menakutkan dan dilaporkan banyak kecerderaan keatas manusia berlaku walaupun tidak secara langsung tetapi diakibatkan 'aura' batuan tersebut telah mengucarkacurkan 'signal' radar dan juga menjejskan perhubungan telekomunakasi. Begitulah dasyhatnya 'impak batuan seberat 10 "tan ini.
                                       

                       The meteor -- estimated to be about 10 tons and 49 feet wide -- entered the Earth's atmosphere at a hypersonic speed of at least 33,000 mph and shattered into pieces about 18-32 miles above the ground, the Russian Academy of Sciences said .
                       Chelyabinsk   
                        The meteorite fragments fell in a reservoir outside the town of Chebarkul.

Disebalik kejadian itu, pernahkah kita terfikir, kenapa batuan itu 'terhala' ke Russia? Bandar yang dilanda bernama Chelyabinsk.
Pernah kah terlintas dihati dan fikiran  kenapa 'batuan' ini jatuh di Rusia didaerah Chelyabinsk bersamaan haru Jumaat ?


WAKTU YANG DICATAT KETIKA MENGHENTAM IALAH  GMT 3.15
                                 
Apa yang Allah SWT rancangkan dan yang ingin dipertontonkan kepada manusia.??
Dunia ciptaan Allah SWT ini penuh misteri. Setiap perkara yang berlaku dan terjadi mesti ada sebabnya dan ianya dijadikan bukan untuk suka-suka, itu janji Allah SWT. Adakah ini merupakan tanda-tanda akan sampainya permulaan 'babak-babak akhir', iaitu satu tanda dari langit??
Apakah kaitannya dengan abjad 'R" dan "C" , hari Jumaat serta waktu 3.15 (9) sama-sama kita renungkan.

Semoga dengan kejadian ini akan terbuka lagi sebuah 'rahsia' yang terselindung". Semoga Allah SWT membukakan ' rahsia' ini.

Ikhas dari : Cahaya Al Majid


Sunday 17 February 2013

KALAU NAK MENANG : HAK MELAYU YANG HILANG PERLU DIPULANGKAN

UNTUK MENANG 2/3 : KEMBALIKAN SEMULA SEMUA HAK-HAK ORANG MELAYU. NAJIB HANYA ADA MASA TERHAD UNTUK MELAKUKAN TRANSFORMASI INI KALAU TIDAK 'SELAMAT TINGGAL'. UNTUK MUHYIDDIN SELAMAT BERTUGAS PERDANA MENTERI
Assalammualaikum

Rata-rata orang Melayu di Malaysia samaada yang menyebelahi parti pemerintah atau pun pembangkang terkilan dengan 'perlupusan terancang' hak yang dimiliki umat Melayu . Walau sekecil atau sebesar mana sekalipun 'pengharapan' yang dijanjikan oleh ' orang politik' semua itu tidak lagi dapat membeli 'jiwa-jiwa' yang memberontak. Begitulah kecewanya orang Melayu kini kepada pemimpin politik.

Pada suatu ketika dahulu orang Melayu membulatkan hati mengharapkan UMNO untuk mempertahankan 'hak milik' mereka, tetapi, amanah yang diberikan kepada 'puak' ini telah dicabuli dengan sewenang-wenangnya. Kepercayaan yang diberikan telah dikhianati. Sifat mementingkan diri sendiri serta kepentingan 'puak kroni' telah menghancurkan 'hati " orang Melayu. Berpuluh tahun UMNO diberikan mandat oleh orang Melayu untuk menerajui Barisan Nasional tetapi pada akhirnya 'hak Melayu' semuanya tergadai . Hak yang dimiliki Melayu seperti yang termaktub didalam perlembagaan hanya tinggal ' tulisan' saja. Apa yang tinggal kepada Melayu kini hanyalah ' hak mengundi' untuk menentukan Melayu terus berkuasa, itulah yang ditagih oleh UMNO dan kepimpinan Barisan Nasional kini.

Perlu diingat satu persatu hak milik Melayu gugur ditangan 'Pemimpin' sama ada ditangan Pemerintah mahu pun Pembangkang. Kalau dahulu setiap anak Melayu sepatutnya menerima sebidang tanah untuk kediaman tetapi hak itu kini sudah terlupus. Setiap anak Melayu pada suatu ketika dahulu yang dirasakan 'miskin' akan diberikan biasiswa dan ditempatkan di 'asrama' sekolah. Setiap dari mereka akan diberikan 'perhatian' sepenuhnya oleh Kerajaan bagi melindungi mereka ini.
Tetapi semua itu telah menjadi sejarah silam yang dikuburkan oleh pemimpin Melayu.

Kalau dahulu setiap anak Melayu yang kurang 'kredit' matapelajarannya tetap akan ditawarkan ke Universiti, tetapi kini, hak itu telah dilupuskan dan digantikan dengan kaedah 'mengikut merit'  dan bukan lagi 'hak istemewa' atau 'kuota istemewa'. Setiap lepasan pelajar Melayu kini terpaksa berhempas pulas atau berjuang bermatian-matian untuk menempatkan diri diinstitusi Pengajian Tinggi kerana 'hak tersebut' telah dibuka pemilikanya kepada 'bangsa asing'. Bukan kita merendahkan kebolehan anak-anak Melayu, tetapi, yang dipertikaikan adalah 'hak milik' anak Melayu. Apabila 'hak milik' ini telah dibukakan kepada 'bangsa asing' maka 'hak anak' Melayu hilang tempatnya.

Kalau diperbandingkan tentang 'ekonomi'nya pula ternyata Bangsa melayu masih lagi dibawah. Rata-rata pendapatan orang Melayu kelas pertengahan masih lagi terkial-kial dibumi nenek  moyang mereka. Kesemua ini adalah disebabkan 'kecurangan' yang dilakukan oleh pemimpin politik Melayu.

Setelah kegagalan BN terutama UMNO serta rakan kongsinya mendapat 'majoriti' di Parlimen, maka barulah mereka ini 'tersedar' bahawa ' kegagalan  mereka selama ini didalam memperjuangkan 'hak melayu' menjadi punca kehilangan kuasa mereka. Tidak pernah dalam sejarah orang Melayu menolak mereka, tetapi, 'perubahan' itu melanda dan membadai Barisan Nasional. Ketidakpuasan hati orang Melayu membuatkan beberapa kerusi Parlimen mereka bertukar tangan.

Pemimpin Melayu masih lagi tidak sedar  dari 'bermimpi' . Mereka masih  beranggapan bahawa undi Cina dan India amat penting untuk menentukan kejayaan mereka, tetapi, mereka silap. Dengan menyalurkan  jutaan ringgit kepada kaum Cina dan India dengan harapan untuk mendapatkan undi mereka adalah satu kesilapan besar.  Mereka perlu faham bahawa kini undi Cina sudah mutlak kepada DAP mungkin BN boleh dapat 3-5 peratus saja tidak lebih dari itu sementara India masih lagi berbelah bagi. Tertapi sekiranya tiada perubahan 'drastik' dapat dilakukan untuk orang Melayu, nescaya . Najib kali ini boleh mengucapkan 'selamat tinggal  romeo'. 

Semarah-marah Melayu kepada UMNO namun kemenangan masih lagi kepada BN kerana Melayu berasa cemas akan 'kelantangan' Cina DAP serta India DAP didalam 'memperjuangkan" keinginan mereka. Kini Cina dan India mencuba nasib bergabung untuk 'memecahbelahkan" undi Melayu didalam PRU 13 dengan menggunakan PAS dan Melayu PKR, tetapi disebabkan 'isu utama' Melayu iaitu ' kalimah Allah" mula tercalar maka, Melayu tiada pilihan lagi, hanya bergantung kepada pencaturan UMNO didalam Barisan untuk memulihkan ' imej Melayu" dan kali ini Melayu akan menjadi lebih 'vokal' lagi dimasa-masa yang akan datang.

Sekiranya UMNO dapat memulangkan 'hak Melayu' yang hilang dan menyerahkan kembali 'hak-hak anak Melayu' , 2/3 kerusi Parlimen akan berada ditangan Barisan Nasional . Cina dan India yang selama ini 'menekan Melayu"  akan 'tunduk' menikus.

                       'KEMBALIKAN HAK KEISTEMEWAAN ORANG-ORANG MELAYU"
                         1. PELAJARAN PERCUMA UNTUK ANAK MELAYU
                        2.  ANAK MELAYU BERHAK MENDAPAT 1 LOT TAPAK RUMAH 
                        3. ANAK MELAYU BERHAK  UNTUK KE UNIVERSITI TANPA MERIT
                        4. BIASISWA PENUH UNTUK ANAK MELAYU KE UNIVERSITI
                        5. SETIAP KELUARGA MELAYU BERHAK MENDAPAT IMBUHAN 
                        6. SETIAP SYER BAHARU MELAYU BERHAK UNTUK 1 LOT
                        7.KERAJAAN WAJIB MEMBAYAR GANTI RUGI KEPADA MELAYU 
                           TERHADAP HAK YANG HILANG.   

Kini Pemimpin UMNO melalui Barisan Nasional telah menjaya melaungkan diserata dunia dengan mengatakan, status semua rakyat Malaysia adalah sama tarafnya , Baik Melayu, China, India dan lain-lain bangsa semuanya sama. Dengan lelongan Barisan Nasional ini maka ' hak Melayu' dibumi ini sudah terhakis. Disebabkan terlalu inginkan 'undi' Cina dan India maka, UMNO dengan rela hati menggadaikan 'maruah' Melayu,  begitu juga dengan  PAS dan PKR cuma PAS dan PKR tidak mengiktiraf 'logo 1 Malaysia" namun penyamarataan hak taraf kerakyataan adalah setara dengan pegangan UMNO dan Barisan.


BERSATU MEMBANGUN NEGARA ADALAH BAIK TETAPI KENAPA HARUS MENGORBANKAN HAK ORANG MELAYU SEMATA-MATA UNTUK KEPENTINGAN POLITIK. SEMUA KERUGIAN ADALAH KEPADA MELAYU.
                                                       
Orang Melayu perlu bangkit menentang 'idea' kepimpinan Barisan Nasional yang secara 'licik' melupuskan hak Melayu. Melayu perlu berani membuat perubahan demi survival bangsanya sendiri. Sekiranya Malaysia dikuasai oleh DAP melalui proksinya PAS dan PKR maka, kemusnahan besar terhadap Melayu dan Islam bakal berlaku. Tetapi sekiranya diberikan kuasa penuh kepada BN maka rakan partinya akan bersorak kegembiraan dan 'mereka' sekali lagi akan 'menikam "Melayu" dari belakang sambil mengaut keuntungan untuk bangsa mereka . Seperti kebiasaan pemimpin UMNO sekali lagi akan 'mendabik dada" dan 'melacurkan' Melayu .

Apa yang saya sarankan, pileh atau menangkan calon Melayu tidak kira dari parti mana kecuali Melayu PKR. Menangkan calon yang mempunyai keperibadian yang elok, berpendidikan, beragama, berwawasan dan mempunyai budi perkerti. Pilehlah  bersandarkan kepada pencapaian mereka bukan kepada apa yang akan dirancang. Kerana semua itu adalah 'omongan' saja.

Nota : Sekiranya benar bagai yang dikatakan bahawa PAS akan meninggalkan Pakatan, ini adalah berita baik untuk Melayu, semoga PAS beranikan diri untuk bertanding disemua kerusi Parlimen bermajoriti Melayu. 

Ikhlas dari : Cahaya Al Majid

METEOR : BATUAN LANGIT MULA BERJATUHAN: APAKAH SIGNIFIKANTNYA?? MEREJAM SYAITAN ATAU PERINGATAN KEPADA MANUSIA

SURAH AL HIJR - AYAT 16-18 :  ADAKAH PERISTIWA BATUAN  BERAPAI  DARI LANGIT YANG MENGHENTAM  SALAH SEBUAH KAWASAN DIRUSSIA MEMBAWA MAKSUD TERSEMBUNYI??KENAPA JATUHNYA DINEGARA BERABJAD " R".  APA YANG  ALLAH CUBA 'ISHARAT' KAN??

Bismillah-hir-rahman-nir-rahim.

Kepercayaan orang-orang barat  apabila ternampak 'meteor atau pun yang dipanggil shooting star' maka, buatlah 'permintaan', itu adalah diantara kepercayaan-kepercayaan mereka. Tetapi didalam Al Quran Allah SWT berfirman dengan mengatakan kejadian tersebut adalah seperti ayat di atas (Surah Al Hijr.)

                                     Meteor strike

Kini balingan-balingan atau rejaman ini bukan lagi menjurus atau menghala  kelangit tetapi kini telah menghala kebumi. Apakah 'realiti"nya. Adakah Tuhan memberikan isyarat nyata kepada semua makhluk dibumi bahawa tanda-tanda seperti yang dialami Kaum Luth akan bermula atau menghantar' isyarat bahawa ' tiada' lagi rahsia yang tersembunyi" yang perlu diketahui manusia. Akhir-akhir ini bermacam-macam 'keagungan' Tuhan berbentuk malapetaka membadai bumi. 

Kejadian meteor ini bukan saja berlaku di Russia malahan pada keesoknya 'meteor' ini juga menghentam Cuba. Kekerapan ini amat 'menakutkan' umat manusia. Berbagai-bagai 'isyarat' telah dihantar kebumi, samaada, manusia itu faham atau sebaliknya, biarlah masa menentukanya.

METEOR ATAU BEBOLA API YANG MELEPASI 'RADAR' MENGHENTAM RUSIA.. PERMULAAN UNTUK SATU KEJUTAN DIERA KEMODENAN.
Kini bumi yang kita diami makin kerap dilanda gempabumi. Kalau dahulu sekali sekala dalam setahun tetapi kini hampir setiap minggu 'gempa' menerjah dimerata benua. Kiri, kanan, utara dan selatan semuanya tidak terlepas. Tanda menunjukkan bumi tidak lagi "menghargai " nyawa manusia. Laut yang suatu ketika dahulu menjanjikan rezeki kepada manusia kini sudah tidak selamat lagi. Cuaca berubah rupa, kalau dahulu kita boleh menjangkakan akan keadaan langit samaada hujan atau tidak tetapi kini musim atau ramalan tidak boleh diramal , sentiasa berubah.
Perubahan ketara terhadap 'fenomena' ini menjuruskan manusia kepada satu perkara iaitu ' tiada siapa dijamin selamat'di bumi .
Ingatlah satu perkara, apabila langit menggurkan batuan api, apabila bumi dibelah-belah, apabila hujan membanjir serta memusnahkan rezeki manusia dan apabila manusia terleka akan keagungan Maha Pencipta, apabila manusia mempersekutukan Tuhan, apabila kebenaran  Al Quran  'nyata' maka, tunggulah.......harinya semakin dekat..    



Surah Hud : Ayat:82
" Maka apabila datang (Masa perlaksanaan) perintah kami, Kami jadikan negeri kaum Lut itu diterbalikkan (tertimbus Segala Yang ada di muka buminya) dan Kami menghujaninya Dengan batu-batu dari tanah Yang dibakar, menimpanya bertalu-talu."


Asteroid size infographic
BATUAN ATAU METEOR DARI LANGIT
                                      

                                 Asteroid path infographic
                                 
Memanndangkan manusiakini ramai yang  bersifat 'syaitan' dan berleluasa  dibumi Allah , maka, hentaman ini perlu demi mengingatkan diri-diri yang 'menyombong' dan juga kepada manusia yang cuba 'menidakan', kekuasaan Allah SWT.  Dia adalah Tuhan sebenar tuhan yang berhak dan wajib di sembah serta dipuja dan dipuji.

Dan demi sesungguhnya! Kami telah menjadikan di langit: bintang-bintang (yang berbagai bentuk dan keadaan) serta kami hiasi langit itu bagi orang-orang yang melihatnya.
(Al-Hijr 15:16)
Dan Kami pelihara (urusan) langit itu dari (masuk campur) tiap-tiap Syaitan yang kena rejam.
(Al-Hijr 15:17)
Kecuali Syaitan yang curi mendengar percakapan (malaikat di langit), maka ia diburu dan diikuti (dengan rejaman) api yang menyala, yang nyata kelihatan.
(Al-Hijr 15:18)

                                        "  PERINGATAN KEPADA UMAT MANUSIA"


Ikhlas dari : Cahaya Al Majid

Friday 15 February 2013

MENTERI PERTAHANAN TIDUR KE ?? : KETUA TURUS ANGKATAN TENTERA BUAT APA?? MAKAN GAJI BUTA KE?? PANGKAT NAK TINGGI KERJA TAK RETI : LEBIH BAIK BERHENTI:

PENCEROBOHAN TENTERA  KESULTANAN SULU  DARI NEGARA YANG TIDAK BERDAULAT BERSENJATA PENUH  DIBUMI MALAYSIA : KEGAGALAN ZAHID HAMIDI SERTA PANGLIMA TERTINGGI TENTERA YANG  DIAMANAH  MELINDUNGI BUMI MALAYSIA  . OLEH MEREKA WAJIB MELEPASKAN JAWATAN DAN DIHADAPKAN DIMAHKAMAH RAKYAT. BUKTI KEGAGALAN PERALATAN YANG DIMILIKI TENTERA MALAYSIA. BERBILLION RINGGIT  MASUK  POKET
Assalammualaikum

 Minggu ini negara kita dikejutkan dengan pendaratan  penceroboh yang mengaku dari"Tentera Kesultanan Sulu" yang siap berkelengkapan tentera . Kehadiran mereka yang lengkap dengan senjata M16 memasuki perairan Malaysia lalu mendarat di Lahad Datu tanpa disedari oleh Tentera samaada Tentera Laut mahupun Tentera Darat.  Insiden ini menggambarkan bahawa betapa rapuh dan longgarnya pertahanan negara kita dari dicerobohi oleh 'musuh'. Kalau beginilah lemahnya pertahanan negara kita yang dikatakan membelanjakan berbillion ringgit untuk mengawasi perairan mahupun kedaulatan negara, nampaknya, kelengkapan yang dimiliki yang dikatakan 'terkini' terbukti 'sampah' semuanya.

Dengan mendaratnya 'tentera' asing  dibumi Malaysia ini, terlihat oleh kita akan  kelemahan agensi mahu pun kementerian yang sepatutnya melindungi 'kedaulatran'  serta keselamatan rakyat didalam negara. Kelemahan yang amat ketara ini membuatkan rakyat curiga akan kemampuan sebenar Tentera Malaysia didalam melindungi nyawa penduduk negara kita.

Kelemahan ketara ini menunjukkan bahawa Tentera Malaysia sedang dibuai mimpi, samaada Menterinya yang tidak cekap  atau Kementerian nya 'korup' atau Panglima Angkatan Tentera yang sibuk dengan Golf atau sibuk mencari habuan sebelum bersara. 

NONE
Dimana Kapal Perang atau kapal peronda Pantai yang dikata mempunyai 'radar' mengesan pencerobohan, dimana Tentera Udara yang dikatakan mempunyai Jet Pejuang atau Helikopter yang boleh mengesan musuh , dimana Tentera Darat berkampung yang dikatakan meronda sepanjang pantai Malaysia, dimana mereka?? Berbillion ringgit wang rakyat dihabiskan untuk kelengkapan ini, apa sudah jadi?? adakah mereka membeli ' dummuy radar' atau sekadar 'membeli 'peralatan lupus tempoh' yang bersifat 'silap mata'.
ASET TENTERA LAUT
                                                     

Nampaknya mandat atau kepercayaan yang diberikan rakyat kepada Kerajaan untuk membelanjakan berbillion ringgit untuk tujuan pertahanan serta keselamatan negara kita adalah sia-sia saja. Kelemahan ini tidak dapat dimaafkan kerana 'setiap inci tanah berdaulat ini berjaya ditembusi atau pun dicerobohi ,  bermakna 'rakyat tidak lagi berasa selamat".
JET PEJUANG MALAYSIA
                                                  
Oleh itu saya menyarankan agar satu Suruhanjaya Diraja ditubuhkan serta-merta untuk mengkaji atau mendakwa individu-individu yang gagal didalam melaksanakan tanggungjawap yang diamanahkan ini walaupun kita terpaksa memecat mereka atau apa saja hukuman yang setimpal dengan kesalahan yang dilakukan.
HELI PENGEMPUR
                                               
Untuk itu wajib bagi Menteri Pertahanan memikul kesalahan ini dan menyarankan agar  beliau  meletak jawatan begitu juga dengan Ketua-Ketua Tentera yang terlibat samaada Darat, Udara mahupun Laut, semuanya terpaksa memikul kesalahan ini.

Sekiranya benteng tentera ini dapat ditembusi oleh 'gerila Sultan Sulu" tidak mustahil pada masa akan datang berbagai ancaman yang lebih dashat akan berlaku. Untuk mengelakan kejadian ini berulang dimasa hadapan  maka satu tindakan 'drastik' dan ' kompresif' perlu diambil agar " kealpaan' pertahanan tidak berulang lagi.
                         
                                              


Kalau semua kelengkapan termoden terkini yang telah kita miliki gagal didalam mengesan pergerakkan musuh yang mendatang maka apa lagi yang boleh kita harapkan ? Tunggulah maut menjengah didepan pintu.  Kekuatan dan peralatan yang dimiliki tidak dapat menjamin 'kedaulatan' negara lagi. Kesian rakyat Malaysia, pemimpin yang ada hanya pandai berpolitik saja, perkara lain tak boleh harap lagi..

Ikhlas dari :- Cahaya Al Majid