|
KALAU KLHINZIR ITU HARAM MACAMMANA BOLIH JADI HALAL ATAU MAJLIS MAHU MEMFATWAKAN BAHAWA\ BABI ATAU KHINZIR ITU HALAL INI SYIAH KE SUNNI |
ATAS NAMA DUIT ATAU ATAS NAMA KEPENTINGAN
Bismillah-hir-rahman-nir-rahim
Keputusan Pengerusi Fatwa didalam 'kes' coklat 'berprofil babi' yang difatwakan 'halal' dilihat sebagai satu lagi penghinaan kepada umat Islam. Ketetapan yang diambil Majlis Fatwa bakal 'menggalakkan' lagi 'pengusaha bukan Islam' untuk 'merubah langskap halal' dalam makanan yang dilabelkan sebagai 'HALAL'.
Tanpa kata-kata yang 'mencemuh' mahupun ' mengancam' syarikat yang 'bertanggungn jawap', olih Majlis Fatwa berhubung 'makanan yang tercemar dengan profil babi ' dalam makanan ,umat Islam, umat Islam melihat bahwa Badan Tertinggi yang 'bertanggung jawap' tentang FATWA' JUGA dilihat sebagai 'libral' atau cubaan 'menggadaikan'kesucian agama Islam.
Dengan ungkapan " Islam itu mudah dan tidak menyusahkan" dilihat seolah-olah perkara 'halal atau haram' dalam makanan tidak lagi satu keutamaan. . Kalau beginilah 'pegangan' Majlis Fatwa, maka, sedikit masa lagi percampuran daging binatang yang tidak disembelih adalah 'halal' sekiranya bercampur dengan yang sembelih dan mungkin juga nanti 'daging khinzir' akan dihalalkan sekiranya bercampur dengan daging sembelihan umat Islam.
Olih itu tiada gunanya lagi JAKIM melakukan pemantauan mahupun menguat kuasakaan 'undang-undang' 'penghalalan' terhadap barangan makanan kalau sekiranya 'profil sahih babi' dalam makanan pun sudah dihalalkan.
Sifat ambil mudah yang diutarakan olih Majlis Fatwa ini amat dikesali dan mungkin selepas ini 'status' halal bukan lagi satuy keutamaan dalam pengeluaran produk makanan dan mungkin juga 'halal hub' yang diagungkan serta dijadikan kemestian kepada semua pengeluar makanan bolih lah di'peti sejuk'kan peranannya.
Sekiranya didalam perkara ini Majlis Fatwa mahupun JAKIM gagal mendidik orang Islam tentang keutamaan sesuatu produk yang berstatus 'Halal' tidak dipertahankan , maka, 'bergumbiralah' musuh Islam kerana berjaya 'membabikan' orang Islam dengan 'makanan' yang 'berprofil babi' untuk dimakan olih umat Islam atas dasar 'halal dimakan' dan disahkan olih JAKIM mahupun Majlis Fatwa.
Kalau beginilah 'mudah'nya amalan Islam mengikut 'fahaman' JAKIM mahupun Pengerusi Majlis Fatwa didalam 'menegakkan' kesucian Islam, isnhaallah..JAKIM dan Majlis Fatwa bakal diketepikan pandangan olih umat Islam dinegara ini.
Olih itu kami memohon agar Pengerusi Majlis Fatwa mahupun Jakim dibubarkan kerana tidak dapat memastikan 'halal' adalah 'halal' dan haram adalah haram dan bukan YANG HARAM ITU HALAL.
ikhlas dari :- Cahaya Al Majid
|
RAKYAT MAHU SEDEKAHKAN COKLAT YANG BERPROFIL BABI TU KEPADA TAN SRI UNTUK DI MAKAN SEISI KELUARGA SANGGUP KE??? |
Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Profesor Emeritus Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin berkata ia termasuk dalam kategori keadaan 'Umum al-Balwa', iaitu keadaan musibah atau kesukaran yang berleluasa dan sukar dielak.
“Dalam kes produk siap diproses dan telah dipasarkan kepada pengguna yang pada asasnya telah dihasilkan melalui pemprosesan serta menggunakan bahan-bahan yang suci dan halal, dan juga telah disahkan sebagai HALAL tetapi kemudian didapati telah berlaku kontaminasi DNA babi pada sebahagian produk (kelompok tertentu sahaja), maka dalam keadaan ini, Muzakarah telah memutuskan bahawa ia adalah dikategorikan sebagai 'Umum al-Balwa'.
"Hukum produk tersebut adalah merujuk kepada hukum asal iaitu halal dimakan kerana pencemaran atau kontaminasi yang berlaku adalah di luar kawalan dan amat sukar dielakkan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Kementerian Kesihatan sebelum ini mengesan dua sampel coklat Cadbury iaitu Coklat Susu dengan Kacang Hazel dan Coklat Susu dengan Buah Badam mengandungi DNA babi atau porsin.
DNA babi dikesan dalam sampel coklat susu dengan kacang Hazel bernombor kelompok NO200813M01H I2 bertarikh luput 13 Nov 2014 dan coklat susu dengan buah badam dengan nombor kelompok 221013N01R I1 bertarikh luput 15 Jan 2015.
Abdul Shukor berkata umat Islam yang termakan coklat itu juga tidak perlu ragu-ragu atau terlalu gusar terhadap kesucian tubuh badan mereka dan tidak perlu menyamak perut, mulut atau menukar darah.
"Islam bukanlah agama yang terlalu ketat (rigid) dan menyusahkan umatnya, lebih-lebih lagi dalam keadaan atau perbuatan yang di luar pengetahuan dan kawalan," katanya.
Beliau berkata pendekatan hukum yang dibuat Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan itu adalah selaras dengan ajaran Islam yang bersifat rahmah dan tidak memberatkan umatnya dalam kedaan yang mereka tidak ketahui atau tidak sedari sehingga menyukarkan kehidupan seperti pencemaran DNA babi dalam produk makanan seumpama ini.
Bagaimanapun, katanya, pihak berautoriti perlu mengambil tindakan sewajarnya sebagai peringatan terhadap pihak terbabit jika didapati perkara itu dilakukan secara sengaja dan lalai terhadap tanggungjawabnya terhadap pengguna.
Beliau turut menasihati umat Islam agar bertenang dan tidak bersikap terlalu emosional dalam memperkatakan isu itu dan mengelak daripada melakukan perkara yang dilarang Islam.
"Sewajarnya kita memberi kepercayaan kepada pihak autoriti yang telah diamanahkan untuk melaksanakan tugas dalam pengesahan halal haram sesuatu produk kerana pelbagai proses telah ditetapkan bagi memenuhi standard halal yang selaras dengan hukum syarak dan telahpun diiktiraf di peringkat dunia," katanya.
Abdul Shukor berkata hasil kajian mendapati pencemaran atau kontaminasi produk dengan DNA bahan yang diharamkan seperti babi boleh dikawal dari peringkat awal penyediaan bahan mentah lagi, dan jika sesuatu produk itu didapati mengandungi DNA babi semasa proses akhir penghasilannya dan sebelum dipasarkan, maka ia tidak boleh dikategori sebagai halal.
Majlis Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan sebelum ini melantik pasukan penyelidik dari Universiti Putra Malaysia (UPM) untuk menjalankan kajian saintifik selama setahun berhubung isu pencemaran DNA babi dalam pelbagai produk makanan siap diproses dan disahkan halal supaya hukum yang tepat dapat diputuskan, katanya.
Beliau berkata hasil kajian juga mendapati DNA babi boleh menyerap masuk ke dalam produk makanan sama ada ia disengajakan atau tidak, dan kontaminasi DNA babi yang berlaku boleh diukur dan diketahui jika berlaku melalui sentuhan secara fizikal.
Kontaminasi juga mungkin berlaku melalui edaran udara apabila daging babi dan bahan lain disimpan di tempat yang sama dan kedua-duanya dalam keadaan tidak bertutup, walaupun tiada persentuhan fizikal berlaku, katanya.
"Kontaminasi DNA babi tidak akan berlaku sekiranya daging babi dan bahan halal lain disimpan di dalam bekas yang bertutup kemas dan tiada sentuhan secara fizikal," katanya.
Abdul Shukor juga berkata keputusan muzakarah itu tidak bermakna sesuatu produk yang didakwa dicemari DNA bahan haram boleh dibiarkan begitu sahaja.
"Adalah lebih baik tindakan menggantung sementara diambil dan siasatan terperinci dilaksanakan bagi mengenal pasti kesahihan dakwaan dan untuk mengetahui bagaimana pencemaran tersebut boleh berlaku, sama ada disengajakan atau sebaliknya," katanya ~ Astroawani
BELUM KETEMU LAGI SEBARANG AYAT DIDALAM
AL QURAN YANG MENGHALALKAN APA YANG
TELAH DIHARAMKAN.
TAK TAHULAH KALAU ADA LAGI AYAT SAMBUNGAN
DALAM AL QURAN SEPERTI YANG DIDAKWA SYIAH
ATAU PUN KITAB MILIK JAKIM MAHUPUN MAJLIS FATWA