Wednesday 27 August 2014

THE PROMISED LAND : ADAKAH MELAYU AKAN DISEMBELIH SEPERTIMANA BANGSA PALESTIN LALUI ?

INILAH NYAWA NYAWA YANG DIBIARKAN OLIH
BANGSA ARAB UNTUK DISEMBELIH ATAU DIHAPUSKAN
OLIH  PENGANUT KRISTIAN MELALUI YAHUDI

Bismillah-hir-rahman-nir-rahim

Tidak ada satu kekuatan yang tinggal dibumi Arab yang dapat mempertahankan Islam. Semua yang ditinggalkan olih Rasullulah s.a.w Nabi Muhammad kepada bangsa Arab semuanya 'lenyap'. Semangat, jati diri dan keimanan yang ditonggakkan olih Al Quran tinggalan Baginda Rasulllulah s.a.w seolah-olah telah ditelan atau dikambus olih 'ribut pasir' dibenua tersebut.

Bermula dari bumi Arab Saudi sehingga keIraq dan juga dari  keutara benua Afrika sehingga Algeria semuanya 'tenggelam' dimakan 'ketamakan kuasa duniawi'. Hanya bumi yang kerdil yang pernah dihuni olih Isa Putera Maryam iaitu Bumi Palestin saja yang masih 'gagah' mempertahankan 'maruah Umat Arab' tinggalan Rasullulah s.a.w. Bumi yang sememangnya dirancang olih Kristian melalui Yahudi untuk dihancurkan 'seluruh isinya' bagi 'memburukkan imej' umat Islam atau Agama Islam 'yang dizahirkan' olih Allah SWT melalui Nabi Muhammad s.a.w sehingga kini sedikit demi sedikit mula dihancurkan.

Berbekalkan batu dan lastik serta beberapa senjata yang telah luput tarikh tetapi  masih digunakan olih pejuang Palestin bagi menentang kezaliman Yahudi. Walaupun begitu kekentalan hati dan iktizam umat Islam Palestin ini tidak mudah untuk dilunturkan olih Yahudi walaupun terpaksa berdepan dengan senjata moden Yahudi yang dibekal Amerika. Walaupun berpuluh ribu nyawa telah 'syahid' namun  Yahudi tetap takut terhadap semangat dan  'perjuangan' bangsa Palestin ini.

Apa yang terjadi di Palestin ini adalah satu peperangan fizikal,  'mental' serta 'jiwa' diantara kaum kafir dan umat Islam.Walaupun umat Islam yang cintakan Rasulllulah s.a.w yang  berjuang atas nama Islam kini bermandikan air mata dan darah  namun 'kekalahan' 'kepada kauf 'kuffar' lebih dirasakan kerana negara-negara ini sedikit demi sedikit telah menerima 'hukuman' dari Yang Maha Esa. Kekalahan 'jiwa raga' serta kehancuran dari segi ekonomi mula 'merantai' dan memburu mereka. Walaupun negara negara ini dilihat amat makmur namun hati dan jiwa rakyat mereka mula bergelojak dan memberontak .sesama merek Perasaan curiga mencurigai sesama mereka mula terserlah sedikit demi sedikit..

Korban demi korban terjadi kepada warga Palestin , namun, semua kematian yang dilalui ini sedikit ;pun tidak mendatangkan keinsafan kepada penduduk dunia Arab terutama mereka yang mengikut agama Muhammad s.a.w ini.. Kegagalan warga Arab yang menaungi seluruh benua Arab didapati tidak membantu langsung  di bumi Palestin malahan tetap menyalahkan Fatah mahupun Hamas didalam pertelingkahan ini. Begitulah legasi yang ditinggalkan olih datuk nenek bangsa yang pentingkan diri sendiri ini .'

Sifat kasih sayang atau sifat persaudaraan yang ditanamkan olih baginda Rasullulah s.aw ini tidak dipraktikkan dalam kehidupan bangsa  Arab.

Nampaknya kesedihan dan rasa simpati terhadap 'saki baki' umat Muhammad s,aw yang berjiwa Al Quran dibumi Palestin ini hanya mendapat perhatian sewajarnya dari Umat Melayu yang beragama Islam di nusantara saja.Tiada belas tiada simpati dari  bangsa lain terhadap apa yang berlaku terhadap umat Islam Palestin ini. Bangsa Cina , India juga berdiam diri terhadap penyembelihan umat Islam dibumi Palestin .

Tetapi sedarkah kita, apa yang berlaku di bumi Palestin merupakan kesenambungan kepada Perang Salib? Kalau dahulu perang ini berlaku diantara umat Kristian dan umat Islam tetapi apabila Kristian tidak berjaya untuk menghapuskan 'keutuhan' dan keimanan umat Islam, lalu, Kristian, menggunakan ' bangsa Yahudi' yang dibekalkan dengan segala bentuk senjata ini untuk memerangi umat Islam. Dengan  menggunakan helah ini saja Kristian dapat 'berselindung' dari perbuatan jahat serta dendam mereka terhadap umat Islam.

Apa yang pasti semua negara barat menyokong tindakan Yahudi atau Zionis ini bagi   melemahkan umat Arab yang disangkanya 'bakal' melahirkan 'pemimpin akhir zaman'.

Yakinlah !!! bahwa pemimpn akhir zaman akan bermula disini dan  bukan lahirnya  dari benua Arab mahupun bumi Asia Tengah.

Begitu jugalah  apa yang sedang  berlaku dinegara ini., bangsa Melayu sudah mula berpecah kepada beberapa kelompok. Mereka tidak lagi berkiblatkan kepada keimanan dan ketakwaan tetapi lebih menjurus kepada 'kepuasan nafsu diri' sendiri. Agama telah mula dijadikan 'alat' olih orang politik dan juga ahli agamawan  untuk 'memenuhi ;impian' samaada untuk ;kekayaan mahupun  kekuasaan . Tanpa rasa bersalah mereka mula mengatur strategi untuk kepuasan diri. Begitulah 'nasib'nya Islam apabila 'pengikutnya mula ''gila taksub'.

Tanpa menyedari diri mereka diperalatkan olih orang kafir atau ajenda Kristian, jiwa-jiwa ini mula terjebak dan mula menggadaikan diri dan sanggup pula melakukan apa saja demi kelangsungan 'ajenda' mereka.

                                      

                                                        ikhlas dari :- Cahaya Al Majid








Monday 25 August 2014

THE PROMISED LAND :- MELAYU NI BERMACAM-MACAM 'KEMARUK'!!!!

GILA SEMACAM : WAJAH 'DYMM' SULTAN NUSANTARA @  NOTOBROTO
YANG MENGAKU MENJADI PEBGATUR KEPADA RAJA-RAJA MELAYU SERTA
PENASIHAT KEPADA 'DYMM' AGONG MALAYSIA
DAN MENGAKU KEDUDUKANNYA LEBIH TINGGI DARI  RAJA-RAJA MELAYU
DAN YANG DIPERTUAN AGONG.
MENGIKUT KATA ORANG KANANNYA BELIAU LEBIH TINGGI DARJAT DARI
RAJA-RAJA MELAYU KERANA BELIAU DIKATA SULTAN YANG BERKUASA
DI NUSANTARA


Bismillah-hir-rahman-nir-rahim

Semalam berlangsungnya sebuah acara yang diadakan olih Majlis Penasihat serta Kumpulan yang menyokong atau mengiktiraf 'dymm Sultan Nusantara Al Haj' seperti yang saya 'caption' kan diatas. Kemungkinan acara yang diadakan secara berselindung atas nama 'untuk mengutip derma atau untuk menderma kepada anak-anak  Tahfis ' sekitar Kuala Lumpur dan  Selangor.

Berlangsung di menara Kuala Lumpur petang semalam, jamuan minum petang telah diadakan yang dengan 'tetamu' yang sememangnya 'teperangkap' atau 'terjebak'  dengan 'mainan penganjur yang berselindung atas nama Jamuan Aidil Fitri bagi tujuan 'menderma kepada anak yatim Tahfis'.

Alangkah 'gelinya' telinga ini, apabila Pengerusi Majlis mengumumkan Keberangkatan Tiba' manusia yang mengaku DYMM atau lebiih dari Agung dan Raja Melayu ini. Dua tiga minggu lepas' saya pernah menuliskan tentang 'kehadiran' seorang lagi 'Melayu Yang Gila',

Entah atas tujuan apa dan kapasiti apa terdapat Dato' Seri Dato Seri dan juga Dato' Dato ini 'mengangkat' 'mamat' ini  sebagai DYMM dan menlobatnya sebagai 'Tuan Ku' dan merafak sembah 'Ampun Tuanku beribu-ribu ampun', kepada 'Mamat' ni, hanya diri mereka saja yang mengetahui.

Melalui carian saya dilaman sesawang rupa-rupanya 'watak Raja  Melayu gila' ni telahpun muncul dikhalayak ramai seawal tahun 2010 dan terdapat beberapa 'blogger' telah menulis tentangnya  namun apa yang dapat saya katakan tiada satu tindakan diambil olih pihak berkuasa tentang 'keujudan' dan 'penipuan' ini.

Tetapi yang mengherankan saya Zahid Hamidi juga terjebaknya. Adakah Naib Presiden UMNO ini mengiktiraf Raja atau Sultan ini?



Agak-agaknya ramai Melayu yang tidak membaca atau mengkaji sejarah tentang Kesultanan di Nusantara ini. Mana ada Sultan Nusantara? Mana ada seorang Sultan yang  berkuasa manaungi seluruh Bumi Nusantara ini?

Alam Melayu ni dan bermacam-macam gila,. Gila nak jadi Tuhan macam "Ayah Pin' , Tuhan Man'
Gila nak jadi Sultan Melaka pun ada jugak. Tidak ketinggalan  sebelum ini ada juga yang 'mengaku' Sultan Melayu Nusantara' yang 'berkerajaan di Gombak..itupun ada juga. Apa lah nak jadi dengan Melayu.

Tetapi apa yang dapat ditakrifkan kat bumi Tanah Melayu ni,bermacam-macam ada.

Dah disahkan 'penjenayah' masih ada hati nak jadi Perdana Menteri
Dah terpampang gambar atau foto 'ice cream kena' ''tut....tut..tutu....tetapi masih lagi bergelar YB dan dihormati.
Dah tepampang gambar pakai 'spenda'..masih tak mengaku..tetap masih dinobat senagai  Ulama olih pengikut
Sudah terangan 'kena tangkap basah' ..masih nak menafikan dan masih nak berkuasa seperti tidak ada apa-apa..
Pemimpin tipu sana tipu sini..bohong sana bohong sini..masih diberi kepercayaan dan dihormati
Terang-terangan melanggar hukum Allah SWT..tetapi masih diberi keperrcayaan dan diberikan tempat yang mulia..
Pemimpn zina, minum arak, judi, runtuh rumah tangga orang, menipu, rasuah dan bermacam-macam lagi semuanya 'diangkat' .
Manalah 'ilmu' orang Melayu Islam ni, mana keimanannya, mana agamanya diletakkan.semuanya telah 'rosak', sepertimana 'rosak'nya makanan yang terbiar yang dihurung 'langau'..berulat akhir..
Begitulah Melayu pada kesudahannya..

Kepada orang Melayu cukup cukuplah  mengangkat dan 'mencalonkan' watak watak  yang Allah SWT murkai sebagai pemimpin, bukan apa, pada penghujungnya..bala juga yang akan tertimpa keatas anak cucu kita..sedarlah ..selagi masa  masih ada..

                                         INGATLAH..MASA SEMAKIN SUNTUK

                                            

                                                        ikhlas dari :- Cahaya Al Majid

Tuesday 19 August 2014

THE PROMISED LAND : IMMUNITI LANGIT MALAYSIA TELAH LUPUT...

SIAPA YANG MENGUNDANG 'BALA'
RAKYAT ATAU PEMIMPIN??
                                                       BALA BERTIMPA-TIMPA
                                                       DUGAAN ATAU AMARAN
Bismillah-hir-rahman-nir-rahim

Segala pujian bagiMu Ya Allah, selawat dan salam keatas junjungan  Nabi Muhammad s.a.w semoga kerahmatan juga dilimpahi keatasnya, kepada Ayahanda Ibrahim a.s.   dan juga Ayahanda  Musa a.s dipohonkan juga  kerahmatan  agar doa-doa ayahanda berdua akan mengangkat kembali mertabat  dan meletakkan Bani Meem dipersada Buimi Melayu ini agar setara dengan Bani Israel seperti  di bumi Isa putera Mariam.

Mengimbau  detik-detik yang berlalu yang dirasakan amat pantas dan secepat kilat sehinggakan apa yang berlaku sebelumnyanya juga amat payah untuk diingati secara terperinci, begitulah, yang dirasakan kini. Melihatkan anak-anak yang disangka berada didalam buaian dan masih dalam pelukan ibu kini mereka sudahpun dewasa dan membesar tanpa kita merasai perjalanan 20tahun itu sebagai sesuatu yang lama. Begitulah' nikmat" yang terselinduung yang Allah SWT sembunyikan kepada manusia.

Berbalik kepada topik yang ingin diutarakan, iaitu berhubung kait dengan perjalanan Najib yang menjawat jawatan Perdana Menteri yang di'rengkuh' dari Abdullah Badawi.

Seluruh rakyat Malaysia terutama ahli UMNO dan rakyat marhean Melayu dimomok=momokan olih media tentang ketidak upayaan Abdullah Badawi didalam mentadbir negara. Walaupun dijaja kesana kemari 'potret' Abdullah Badawi olih musuh politiknya terutama yang berada dalam UMNO namun pada hakikatnya sememangnya Abdulah Badawi  'tidur' . Disebabkan olih 'peojek'  keterbukaannya yang membuka ruang seluas-luasnya kepada musuh-musuh beliau dan juga musuh UMNO dimana beliau merasakan 'keterbukaan' ini akan memberi kelebihan kepada beliau dan menyangka musuh UMNO akan 'menghormati' beliau tetapi perkara sebaliknya berlaku.  Begitulah nasibnya Abdullah Badawi dan kini menjadi 'sejarah' dan pengajaran kepada diri beliau.

Najib yang sememangnya berada dipersada kedua tertinggi dalam UMNO diibaratkan sebagaikan 'sikudung mendapat cincin'.Apabila jawatan sudah disandang bermacam-macam dilakukan seolah-olah jawatan yang dipegang itu tidak kekal lama.

Memandangkan beliau merupakan Perdana Menteri dan juga Menteri Keewangan maka, bermacam-macam pembaharuan cuba dilakukan mengikut 'rasa'nya tanpa menoleh atau menyukat 'kantung kerajaan'. Alih -alih 'ekonomi negara' berada didalam 'prasa merbahaya' sehinggakan 'credit rating kita juga diturun taraf sehingga menyebabkan 'subsiidi' yang sememangnya patut dinikmati rakyat 'dinyahkan' sedikit demi sedikit dan berulalah era 'duit poket rakyat' dipaksa untuk 'disedekahkan kepada Kerajaan. Itulah kehebatan Najib.

Apa yang dapat dilihat bermula dari beliau mengambil 'kerusi Pak Lah' sehingga kini, apa yang berlaku dan terjadi kepada negara kita semuanya 'bala', belaka.

PRU 13 BN pada hakikatnya  kecundang walaupun menang banyak kerusi namun suara majoriti rakyat tidak dimenangi.Itulah hakikat yang perlu Najib terima dan kemenangan yang dimiliki BN hanya dari kerusi orang Melayu dan Bumiputra dan kaum selebihnya iaitu kaum Cina dan India  menolak kepimpinan UMNO dan juga BN. Tetapi apa nak dikenang, Melayu akan selamanya diperlekehkan samada olih UMNO /BN mahupun olih bukan Melayu.

Diera Najib juga berleluasa penghinaan terhadap Melayu, Agama Islam dsn juga Institusi Raja olih bukan Islam atau bukan Melayu  namun tindak balas kerajaan  pimpinan Najib sememangnya memualkan. Itulah diantara kelemahan dan kegagalan Najib didalam mempertahankan Melayu/Islam dan Raja Raja Melayu.

Diera Najib  jugalah Sabah diserang atau dicerobohi olih Pemisah atau Pengganas Suluk sehinggakan ramai anak bangsa terutama Melayu dan bumiputra terkorban nyawa disebabkan 'kelopongan' pertahanan. Berbelas hari 'pengganas' bermaharaja lela' mebunuh anak bangsa sesuka hati mak bapak dia orang, namun,
kelewatan bertindak mengakibatkan 'maruah' bangsa 'tercalar.

Tidak terhenti disitu , era Naib dirundung malang lagi, MH370 pula menerima 'nasib buruk' seluruh penumpang dan juga kapal terbangnya juga 'hilang' tanpa 'kesan'. Entah hidup entah  mati tiada siapa 'mengetahui' dan sehingga kini menjadi berita sedia kepada seluruh negara dan juga dunia dan pengkisahan MH370 ini diflip plop pula. Kejap kata sini kejap kata sana..akhirnya...berkubur ' penerbangan mh 370' tanpa nisan dialam serba canggih dan moden ini juga.

Tidak cukup dengan bala MH 370 , bala MH17 pula menjengah. Penerbangan yang berlepas dari Amsterdam menuju Kuala Lumpur ini pula ditembak jatuh . Beratsus penumpang yang menjadi 'tetamu' MH17 maut serta merta. Sekali lagi negara menghadapi bala dan diera Najib juga 'perkara' ini berlaku. Kalau kita menyerahkan semuanya ini kepada 'Takdir' dari ALlah SWT, tidakkah ;'takdir buruk' ini juga dibawah kepimpinan Najib? Kenapa terlalu banyak 'bala' yang menimpa dibawah kepimpinan Najib ?Atau adakah Allah SWT cuba ;menyampaikan' sesuatu kepada kita?

Cuba kita renungkan kenapa terlalu banyak 'malapetaka' dan 'huruhara' serta  penghinaan yang terjadi dibawah era Najib ini? Atau perlukah Negara ini membuat 'mandi tolak bala' atau ' "Najib perlu mandi tolak bala' ?

Atau sememangnya Najib 'membawa bala' kepada negara?

                                       

Belumpun panas  punggung Najib  dikerusi empuk di Putrajaya selepas sehari baru pulang dari bercuti 'tanpa' pengetahuan 'rakyat' , projek baby Najib iaitu MRT pula runtuh dan mengakibatan 3 orang terbunuh, Bala juga yang 'mengundang' sehinggakan CEO nya terpaksa 'letak jawatan' tanda sifat 'kebertanggungjawapan'nya. CEOnya sedar diri bahawa 'bala' yang terjadi dibawah tanggungjawanya, maka, beliau berani 'memikul' dengan 'meletak jawatan' TETAPI..NAJIB ..beranike nak letak jawatan sebab banyak 'bala' yang mendatangi negara ini?

Olih itu sedarlah wahai rakyat Malaysia bahawa 'insan sebenar insan', manusia sebenar manusia dan ulama sebenar ulama yang terdapat dinegara tercinta ini sudah tidak lagi 'menadahkan tangannya tanda ' memohon 'dijauhi malapeta' dibumi  . Mereka ini tidak lagi mendoakan 'kerahmatan keatas bumi Meem' ini lagi. olih itu perbanyakkanlah mengiingati Allah SWT diwaktu pagi dan juga malam dan juga diwaktu sedar mahupun  diwaktu tidur agar diri anda dan keluarga anda dilindungi selagimana anda yakin  dengan NYA.

                                                ikhlas dari :- Cahaya Al Majid


Thursday 14 August 2014

THE PROMISED LAND ; AKAR MELAYU MULA DI RODOK

INSTITUSI TUNGGAL MELAYU MULA DI ROBIK

Bismillah-hir-rahman-nir-rahim.

Segala pujian  untuk Allah SWT serta selawat dan salam keatas junjungan Nabi Muammad s.a.w agar kerahmatan juga terlimpah keatasnya dan begitu juga kerahmatan juga dipohonkan agar seluruh batang tubuh bangsa  Melayu diberikan keampunan dan petunjuk dari Yang Maha Esa.

Sebenarnya saya telahpun masuk tidur pada jam 12.15 malam dan berjaya melelapkan mata tanpa masaalah seperti sebelumnya tetapi...Allah berfirman..'Aku menidurkan kamu dan Aku juga yang membangkitkan kamu'.Aku digerakkan dan dibangunkan setelah hampir satu jam beradu dan ketika itu aku dimimpikan dengan 'kisah' pergelutan politik' yang melanda Selangor ketika ini yang sememang aku tiada kepentingan diatasnya. Atas apa perkara itu menjadi dan membuatkan otak ini memikirkan kemelut tersebut telah membuat aku terpanggil untuk menuliskan sesuatu yang di rasakan 'patut' diterjemahkan diruang ini.

Firman Allah :-
“-59- Dan pada sisi Allah jualah anak kunci perbendaharaan segala yang ghaib, tiada sesiapa yang mengetahuinya melainkan Dia lah sahaja; dan Ia mengetahui apa yang ada di darat dan di laut; dan tidak gugur sehelai daun pun melainkan Ia mengetahuinya, dan tidak gugur sebutir bijipun dalam kegelapan bumi dan tidak gugur yang basah dan yang kering, melainkan (semuanya) ada tertulis di dalam kitab (Lauh Mahfuz) yang terang nyata. -60- Dan Dia lah yang menidurkan kamu pada waktu malam, dan mengetahui apa yang kamu kerjakan pada siang hari; kemudian Ia bangunkan kamu (dari tidur) padanya, untuk disempurnakan ajal (masa umur kamu) yang telah ditetapkan. Kemudian kepadaNyalah tempat kamu kembali, kemudian Ia menyatakan kepada kamu apa yang kamu lakukan. -61- Dan Dia lah yang berkuasa atas sekalian hambaNya; dan Ia mengutuskan kepada kamu pengawal-pengawal (malaikat yang menjaga dan menulis segala yang kamu lakukan), sehingga apabila sampai ajal maut kepada salah seorang di antara kamu, lalu diambil (nyawanya) oleh utusan-utusan Kami (malaikat); sedang mereka pula (malaikat itu) tidak cuai (dalam menjalankan tugasnya). -62- Kemudian mereka (yang diambil nyawanya itu) dikembalikan kepada Allah Pengawas mereka yang sebenar (yang akan membalas dengan adil). Ketahuilah, bagi Allah jua lah kuasa menetapkan hukum (pada hari kiamat itu), dan Dia lah secepat-cepat Pengira – Penghitung.” Surah Al-An’am ayat 59-62.

Melalui ilham yang diberikan , penyataan itu saya turunkan melalui pemahaman sendiri.
Apa yang terjadi dinegeri Selangor ini bukanlah diatas kehendak dan kemahuan batang tubuh Sultan itu sendiri. Kemelut yang terjadi ini adalah diatas sifat rakus dan halobanya naluri manusia. Diatas rasa 'kehebatan pemikiran diri seseorang yang bergelumang politik' yang berpandukan kehidupan semata-mata kerana politik yang 'beriman'  hidup dan mati kerana politik serta mengenepikan kepentingan orang lain demi cita-cita politik untuk digapai maka semua tata susila serta adap sopan serta budibahasa bangsa yang diakui menyelubungi diri diketepikan. Adap yang terpakai sejak turun temurun dari bangsa yang agung iaitu Melayu yang sememangnya dipayungi olih "batang tubuh Raja" yang dilahirkan dari Keturunan Raja yang ditentukan olih Allah SWT kelahirannya, kini, mula dicabar olih 'pelaku-pelaku' yang di'caturkan' olih minda manusia yang sememangnya tidak berkiblatkan kepada keimanan' yang sememangnya telah ditaklinkan Islamnya telah menguncah ketinggian Institusi Bangsa Melayu. 

Raja atau Sultan yang beratus tahun dijunjung rakyat terutama bangsa  Melayu yang ditetapkan melalui Perlembagaan turun temurun yang tidak pernah terusik 'makam' nya telah cuba digali dan nafikan 'haknya olih 'pelaku-pelaku' politik ini. Pemegang kuasa politik harus dan wajib sedar bahawa rakyat dibawah naungan Tuanku dan Raja Melayu telah hidup aman damai beratus tahun lamanya tanpa ganggu gugat tetapi sedarkah kita bahawa 'politik' atau 'sistem demokrasi' yang dicanangkan olih mereka yang memusuhi bangsa Melayu hanya berkembang atau mula diperkenalkan hanya pada awal tahun 1900.

Sedarkah kita bahawa bumi Tanah Melayu yang kita diami ini diIslamkan penduduknya  olih Raja-Raja Melayu? Tidakkah kita sedar bahawa Keturunan  Raja Raja dan Sultan Melayu inilah yang mula-mula mengenali Islam sebelum rakyatnya? Sanggupkah kah kita menyangah 'keujudan' Raja Raja yang memerintah ini? Yakinlah, hanya dengan keujudan Raja-Raja dan Sultan bangsa Melayu inilah Islam dan penganutrnya akan 'terjamin' agamanya.

Ketahuilah 'pemimpin politik' tidak akan berjaya untuk 'menjamin' agama Islam akan sentiasa terpelihara' dibumi ini.

Ketahuilah hanya  Institusi  Raja dan Sultan saja yang  akan menjadi benteng 'terkuat' Islam dari diganggu gugat  dan sedarlah 'bahawa 'politik' atau 'pemain politik' hanya akan bermatian-matian mempertahankan 'kuasa'nya atau 'sekutunya' dan bukan rakyat yang ramai. Lihat saja apa yang terjadi kini, h, kerana 'individu-individu' tertentu yang berkepentingan, seseorang atau sesuatu kumpulan sanggup 'menikam' rakan sendiri demi 'sebuah kuasa'. Hal ini bukan saja terjadi kepada 'parti politik' pembangkang tetapi didalam perjalanan parti pemerintah juga mengalami keadaan yang sama. Masing-masing berkepentingan serta  menyorokkan keburukan mahupun salahlaku rakan yang didendang atau yang dinobat.

Tanya pada diri kita pernahkah Institusi Raja yang memerintah kini  bermusuhan dan saling jatuh menjatuhkan sesama mereka? Tetapi didalam politik 'menjatuhkan' serta 'mengaibkan' adalah lumrah . Adakah ini mengikut ;sunnah' atau sememangnya 'ahli politik' tidak perlu mengikut sunnah Nabi dan Rasul?

Adakah Raja perlu menerima nasihat atau pandangan dari makhluk yang dikategorikan sebagai 'penjenayah'? Kemungkinan sekiranya dizaman Kesultanan dahulu, manusia bagini telahpun dihukum 'pancung' dan tidak dibiarkan hidup lagi agar tidak merosakkan masyarakat. Tetapi kerana 'politik' yang dirasakan 'diatas 'undang-undang' maka 'pelaku-pelaku' ini amat galak melakukan onar dan duri kepada masyarakat.

Kepada masyarakat marhean lihatlah bertapa rakusnya 'manusia' yang beriaman kepada politik ini sehinggakan kumpulan ini sanggup melakukan apa saja demi ';mencapai' kuasa walaupun terpaksa menderhaki Raja dan Sultan Melayu. Perukah kita memberi muka kepada 'ahli politik' untuk 'merencanakan perjalanan kehidupan kita? Matikah kita kalau kita tidak berpolitik? Hinakah diri kita sekiranya  kita tidak berpolitik? Masuk neraka kah kalau kita tidak menyokong parti politik? Apa yang terjadi kini, politik hanya memecahkan belahkan kita serta meruntuhkan 'kesatuan' bangsa kita. Itulah bangsa Melayu. 

Cuba kita renung kepada bangsa Cina dan India, berpecah kah mereka? Apa yang terjadi bangsa ini semakin bersatu padu dan bersatu hati demi menghancurkan bangsa kita. Mereka berlumba-lumba 'mencari kejayaan' dan kekayaan dibumi Melayu tetapi Melayu ..bercakaran setiap hari...hanya kerana apa?.."kuasa' dan kekayaan dengan cara tidak halal.

Ingatlah, sekiranya benteng pertama di Selangor ini gagal dipertahankan olih orang Melayu maka laluan untuk negara ini kehilangan 'Raja yang menaungi' Islam dan Melayu  pasti menjadi kenyataan dan laluan untuk 'kaum pendatang' untuk merubah apa yang diperkukuhkan didalam Perlembagaan pasti berlaku dalam masa terdekat.

Hakikat untuk orang Melayu menjadi penduduk kelas ketiga dan merempat dinegara sendiri semakin terserlah.

                                                  ikhlas dari : Cahaya Al Majid

.

Monday 11 August 2014

THE PROMISED LAND : ALAM BANGSA MIM MULA TERBAKAR

MELAYU MEEM  MULA DIBAKAR OLIH KETENTUAN


Bismillah-hir-rahman-nir-rahim

Alhamdullilah kesempatan juga diizinkan Allah SWT yang mengerakkan jari jemari ini untuk terus meluahkan apa yang tersirat dan yang tersurat dihati untuk diterjemahkan diruang ini untuk dikongsikan bersama-sama teman dan juga sahabat yang menantikan perkhabaran terbaru dan terkini untuk dikongsikan bersama, mungkin ramai yang ternanti-nanti dan bertanyakan kenapa ruang dilaman ini agak sepi kebelakangan ini terutama dibulan Ramadhan dan juga selepas beberapa hari Shawal. Jawapannya mudah saja, Allah SWT tidak mengerakkan hati untuk menulis buat seketika.

Walauapa pun hari ini saya memulakan sesuatu untuk dikongsikan bersama.

MH 370, MH 17 dan TPPA

Pertalian diantara peristiwa yang disebutkan diatas amat rapat sekali.dan semuanya kerana mainan  Yahudi atau Zionist' terhadap  Malaysia melalui Amerika. Dengan 'perangkap" TPPA" yang diwar-warkan olih Amerika yang dikata akan menguntungkan negara ini dilihat 'gagal' dilaksanakan olih suruhan Zionist iaitu Amerika. Dengan keengganan Malaysia untuk 'tunduk' atau 'termakan' dengan 'umpanan' maka satu gerakan untuk 'melumpuhkan' atau 'mengucarkacirkan ekonomi' Malaysia digerakkan . Bermula dengan 'menghilangkan' MH370' yang sebenarnya 'dikuburkan' di Diego Gracia dengan harapan Melayu akan tunduk kepada kemahuan mereka dengan susulan kedatangan Obama kenegara ini dengan harapan Malaysia akan 'terikat' dengan TPPA namun Yahudi 'terlepas peluang'  apabila TPPA tidak ditangani. Berlarutan dari itu 'strategi' baru untuk 'memalukan Malaysia' digerakan.

Dengan menyalahkan Pihak Pemisah Ukrain yang pro Russia yang dituduh 'menembak' MH17, maka Amerika sekali 'bersuara' seolah-olah' puak Pemisah Ukrain yang bertanggungjawap sekali gus 'memadamkan' tangan ghaib  CIA mahupun Secret Service US dan sekali gus 'memadamkan' tinta Yahudi atau Zionist dari dipersalahkan dan pada masa yang sama pembunuhan beramai-ramai rakyat Palestin dilakukan olih Yahudi tanpa sekatan.

Satu dunia tahu bahawa Malaysia amat lantang menentang kezaliman Yahudi atau Zionist waima Amerika sendiri tetapi disebabkan Najib dikata amat rapat atau 'cium molot' dengan Obama maka, keberanian Najib untuk 'mengutuk' Amerika yang  'membela Israel tidak dilakukan olih Kerajaan Najib dan terkini dan yang terbaru Amerika melalui senetnya telah meluluskan pembekalan senjata kepada Israel untuk membunuh penduduk Palestin yang menggunakan 'batu dan pistol' serta 'roket yang luput tarikh'.Kenapa keraajaan Najib tidak bertegas dan mengutuk Obama tentang 'kelulusan' itu? Adakah tindakan Kerajaan Malaysia ini bersifat berpileh-pileh?

Berbalik kepada isu dalam negara pula, entah dan berpa banyak penghiinaan terhadap institusi Raja dan Islam diperlekeh dan dihina namun belum nampak satu pun tindakan berjaya diambil, kenapa? Raja dan orang Melayu tidak layak kah di'bela' atau 'sememangnya ' selayaknya 'Melayu dan Raja' dicaci olih bangsa lain? Sudahlah Melayu tak terbela dan ketingggalan dari segi ekonominya kini Yang Di Pertuan Agong dan Raja Melayu dihina, apa nak jadi ni??

Beralih kita ke Selangor pula, apa nak jadi ni?

Yakinlah DAP akan manyokong apa saja yang bolih 'melemahkan' Melayu. Sekiranya terdapat 'jalan' atau peluang' untuk merubah Perlembagaan Tubuh Negeri di Selangor, 'yakinlah', DAP akan 'sondol' semuanya walaupun terpaksa 'berhabis duit' asalkan ada Melayu yang sanggup 'jual diri' dan 'maruah' demi 'kelangsungan politik bangsa mereka'. Selagi Anwar Ibrahim 'sanggup ' memporak-peranda' Melayu, yakinlah DAP dan kaumnya akan menyokong usaha ini 100%.


Dan yang terbaru dan terkini yang sampai kepengetahuan sata ada seorang lagi 'hamba allah' yang dikata telah diwar-warkan sebagai Raja atau Sultan dinusantara ini. Dikatakan kedudukan dan mertabat  'beliau' adalah lebih tinggi dari semua Sultan dinegara ini dan juga di Brunei Darul Salam dan lebih tingggi kedudukannya dari Yang Di Pertuan Agong.

Sebenarnya bangsa Melayu ni, dah 'mula' rosak'. Mungkin disebabkan 'harta dunia atau 'gelaran' yang disandang membuatkan mereka-meraka ini lupa diri 'atau 'riak' agaknya. Dan apa yang kita dapat lihat masakini ''orang berada atau yang berharta' atau 'kaya' mula dipandang tinggi olih masyarakat walauppun latar belakang mereka tidaklah sebaik mana. Tatapi nak buat macammana...masyarakat Melayu sememangnya memandang pada 'pangkat dan harta'. Tanda-tanda dan kata-kata Ulama Muktabar semakin membenarkan.

 Penghujung semakin terserlah..manusia semakin rosak, penganut  agama semakin 'terpesong'.


                                                           Ikhlas dari :- Cahaya Al Majid