Saturday 27 September 2014

THE PROMISED LAND :- PAS DAH KENA 'CHECK-MATE'": '"JADILAH BONEKA SEUMUR HIDUP"

PAS DAH TERKURUNG. SEPATUTNYA PAS BERJUANG
UNTUK MEMBANGUNKAN EKONOMI UMMAH MENGIKUT
LANDASAN ISLAM TETAPI KERANA TERLALU
TAKSUB DENGAN ;POLITIK MAKA
SELURUH PERJUANGAN PAS MULA TERKELUAR DARI
LANDASAN
HASAD DENGKI SESAMA ISLAM YANG DITANAM
DALAM DIRI PENGIKUTNYA MULA MEMAKAN DIRI.


Bismillah-hir-rahman-nir-rahim.


Persetujuan atau 'bahalul siasi' yang di'gunapakai olih PAS terhadap 'musuh Islam' yang diangkat olih kepimpinan PAS kini 'memakan diri' mereka sendiri. Demi  untuk menghalalkan tindakan PAS serta mengelabukan mata pengikutnya yang 'buta agama' , 'sunnah' nabi dijadikan 'senjata'' demi kelangsungan 'poket' pemimpin mereka.

Tetapi berlainan pula dengan strategi Anwar Ibrahim, walaupun dia menjaja keseluruh 'alam' dengan mengatakan bahawa Wan Azizah adalah calon 'utama' atau 'wanita berkaliber' yang hanya terdapat dialam maya ini  'yang layak sebagai Menteri Besar Selangor' dan bukan calon yang lain. Atau mungkin kerana Anwar 'terbuai' dengan ungkapan yang diluahkan olih Wan Azizah sebagai 'Anugerah Tuhan' maka segala kehendak dan kemahuan Anwar perlu diutamakan, walaupun ianya mendatangkan kemudratan terhadap gang Pakatan. Dengan harapan rakan pakatan akan akur dengan kehendak Anwar yang dikuatkan lagi dengan 'sokongan DAP", telah 'menjerat  keseluruhan kepimpinan PAS untuk berserta dengan ideanya.

Malang seribu kali malang, , Duli Tuanku Sultan Selangor dengan rendah diri telah melihat 'perangkap' yang dipasang terhadap Institusi Beraja Kerajaan Selangor, maka, dengan Kuasa yang ditangan Baginda, maka, cadangan ataupun 'arahan' yang dikehendaki Pakatan tidak dituruti. Olih itu terjadilah 'gelora' dalam Pakatan. Maka calon yang disepakati olih PKR dan DAP ditolak olih Istana.

Sehingga hari terakhir, PKR dan DAP masih lagi lantang bersuara berkehendakan agar Wan Azizah dinobatkan sebagai Menteri Besar tetapi kali ini 'suara pakatan' 'menderam dan menggarau'' tanpa suara pemimpin PAS. Alasan yang diberi PAS adalah 'tidak mengingkari Titah Tuanku atau istana dan alasan ini merupakan jalan keluar 'yang selamat'  agar rakan 'tahlus siasi' mereka tidak terasa hati .

Kini Duli Tuanku memileh Azmin Ali sebagai Menteri Besar dan mengenepikan Wan Azizah. Walaupun semua ini merupakan strategi Anwar Ibrahim terhadap 'kelangsungan' politiknya,,walaupun isterinya tidak  dinobatkan sebagai Menteri Besar tetapi 'watak' Azmin ini juga adalah 'adunan' Anwar Ibrahim. Untuk itu cita-cita Anwar dan strateginya untuk 'menguasai' negeri terkaya di Malaysia 'tercapai' juga walaupun terpaksa 'membunuh karier' Tan Sri Khalid. '

Walaupun PAS selepas 'insiden' ini telah diserang bertalu-talu olih PKR dan juga DAP namun 'sikap mematikan diri' segelintir Pemimpin Tertingggi PAS menyebabkan 'pengikut bawahan semakin panas dan berapi.  Walaupun berbagai-bagai kemarahan disuarakan olih pengukut PAS namun PAS  tetap akur dengan ketentuan yang Azmin Ali umumkan , jika sebelum ini PAS mempunyai 4 orang wakilnya sebagai EXCO tetapi kini hanya tinggal 3 saja.

Walaupun 'pemberian' ini pahit untuk ditelan namun PAS 'terpaksa' juga menelannya, kerana, sekiranya PAS 'membantah' maka ,'peruntukan' atau 'dana' yang bakal di'pulun' di Selangor mungkin akan terjejas terutama untuk meenjana 'kelangsungan' politik PAS. Kalau sekiranya PAS hendak mengharapkan dana atau 'projek'  dari kerajaan negeri Kelantan, maka ' tidak berasap'lah dapur orang PAS lagi. Untuk itu apa saja yang 'diputuskan' olih PKR dan DAP , maka PAS terpaksa menurutinya walaupun terpaksa 'meggadai perjuangan'.

 Apa yang dapat dikata kini PAS dah kena 'ckeckmate' atau 'anjing yang dirantai leher' olih pemiliknya, begitulah nasib PAS dalam Pakatan ketika ini.

Walaupun PAS mempunyai 15 kerusi berbanding PKR 13 dan DAP 15, namun, 'kebodohon' serta 'strategi' 'bahalul siasi' yang diwar-warkan olih Nik Aziz serta Haji Hadi yang 'sia-sia' ini telah memakan diri.parti mereka dan apa yang dapat dikatakan 'bala Allah' tertimpa kepada mereka. PAS bolhlah diibaratkan sebagai 'pertubuhan yang dimakan anai-anai' yang akhirnya akan runtuh juga akhirnya.

                                               ikhlas dari "- Cahaya Al Majid




THE PROMISED LAND : ANTARA PELABURAN DAN TE"LEBUR " CETUSAN' "OTAK" NAJIB

BAGHAL YANG BERMIMPIKAN LEBIH LAJU DAN PANDAI  DARI KUDA
                            MELABUR,DILABUR DAN TERLABUR SAMA BANYAK


Bismillah-hir-rahman-nir-rahim

Nampaknya berita Rosmah terlebih utama berbanding Najib, itulah 'bodek yang terlampau' yang dipaparkan. Walauapa pun Najib amat 'teruja' dengan 'istilah 'lawatan dalam percutian' ke New York ini  beliau 'gambarkan' sebagai berjaya tetapi  diPengkalan Kubo 'orang' UMNO dan macai-macai mereka 'bermandi keringat' bagi memastikan 'kerusi mereka 'tidak terlepas'.

Didalam 'kerancakan' Najib dan gerombolannya ke New York yang dikata berpeluang 'meningkatkan' kemasukkan 'dana' untuk perlaburan namun dibelakang rumah kita sendiri (dalam negara), berita sensasi yang di'topedokan' olih ' OUTSYEDTHEBOX" amat menakutkan.

Kalau ditimbang atau difikirkan sejenak ' siapa sebenarnya yang menjadi 'baghal' sekarang ini.?

Tidakke 'Pak Arab' yang dijemput untuk 'melabur' atau 'me 'lebur' duit rakyat ini dibawa olih kroni Najib dan Rosmah?

Kalau tak 'kaya' nampaknya..negara ini berkemungkinan akan 'kayap'.


Malaysia sediakan iklim pelaburan terbaik


NEW YORK 26 Sept. - Ketika isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor memperkatakan soal pemerkasaan wanita di Malaysia pada satu persidangan di Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Datuk Seri Najib Tun Razak pula mempromosikan Malaysia kepada para pengurus dana, pelabur dan komuniti perniagaan Amerika Syarikat.

Sehari suntuk pada Khamis di AS (perbezaan waktu separuh hari di belakang waktu di Malaysia), Perdana Menteri meluangkan masa mengadakan pertemuan penting itu termasuk dalam majlis Invest Malaysia 2014 yang memberinya peluang bertemu 14 pengurus dana AS yang bertanggungjawab menguruskan dana di seluruh dunia berjumlah AS$8 trilion (RM26 trilion).

Ia disusuli dengan perjumpaan dengan golongan eksekutif kanan AS dan kemudian menyertai Forum Perniagaan Malaysia-AS yang menyaksikan beliau membawa bersama ahli-ahli dewan-dewan perniagaan di Malaysia.

Berbekalkan pelbagai maklumat yang berkaitan termasuk ekonomi dan iklim pelaburan di Malaysia, Najib yang juga Menteri Kewangan berupaya memberi gambaran tepat dan menyeluruh tentang Malaysia sebagai destinasi pelaburan yang terbaik.


Dalam usaha menarik minat mereka menanam modal serta mencari rakan kongsi niaga di Malaysia, Najib turut menghuraikan kelebihan iklim pelaburan termasuk jaminan kestabilan politik dan keharmonian yang berterusan di Malaysia.


"Asas-asas ekonomi Malaysia adalah kukuh. Enam bulan pertama tahun ini, kadar pertumbuhan kami adalah 6.3 peratus, melepasi kadar yang dijangkakan dan pelaburan langsung asing mencatat rekod tertinggi pada tahun lepas.

Dalam usaha menarik minat mereka menanam modal serta mencari rakan kongsi niaga di Malaysia, Najib turut menghuraikan kelebihan iklim pelaburan termasuk jaminan kestabilan politik dan keharmonian yang berterusan di Malaysia.

"Asas-asas ekonomi Malaysia adalah kukuh. Enam bulan pertama tahun ini, kadar pertumbuhan kami adalah 6.3 peratus, melepasi kadar yang dijangkakan dan pelaburan langsung asing mencatat rekod tertinggi pada tahun lepas.



Friday, September 26, 2014

Arabs L*wat Super Dunggus Again. Blogger UMNO Sila Get Ready Tutup Bangkai Gajah
Some days ago a couple of  friends and I were in a conversation with someone (wish I could say who) who said that all these Arab investors being brought in by the Najib regime are ripping us off.
Arabs certainly do not have any technology.
Their business skills are questionable.
It depends on a bottomless pit of buta oil money.

But it turns out now that they may not even have money. Yet they can still outsmart our local superdunggus.

Now the arab investment model has changed. They come here and borrow money from our local banks to finance their JVs with the dunggu GLCs. Depa pinjam duit kita lepas itu depa melabur duit itu dalam syarikat GLC dunggu.

They are brought here by really dunggu GLC nuts who seem to think the world about arabs.

They already l*watted Khazanah nice and proper in Iskandar.

Another bunch of superdunggus who have brought in arabs is 1MDB.

Now here is news about these arab investors pulling out from 1MDB's TRX project.

1MDB may face loss of global investors in Tun Razak Exchange and Bandar Malaysia
The Malaysian Insider
1MDB may face loss of global investors in TRX & Bandar Malaysia
Qatar & Abu Dhabi pulling billions of ringgit out
lack of transparency, slow progress, lack of experience ! ! !
substantial interest (costs) will accumulate
1MDB & Aabar raised RM9.7 billion to fund RM18bil projects
(Woi, what has happened to this RM9.7 Billion??)
TRX their first 50:50 joint venture - Abu Dhabi Malaysia Investment Co
Qatar Investment Authority (QIA) pledged US$5bil in Bandar M'sia
In exchange, 1MDB promised QIA 1st choice of land, before ..local developers.
investor from Kuwait recently pulled out.
1MDB developer for TRX & 200.3ha Bandar M'sia township
project had yet to start earthworks
several changes & this caused delays
KL mayor said all necessary approvals issued
Earthworks approved by (DBKL) last year
plans completed in 2012, construction to start June 2012.
DBKL had yet to receive any application (from) Bandar Malaysia.
Bandar Malaysia one year behind schedule
1MDB RE invited contractors for pre-qualification exercise - Edge 24/9/2014.
Folks, now they say  lack of experience  is one of the reasons this project is not moving.

I have met the earlier 1MDB CEO. The usual 'dont know much about much' type of  guy.

Its ok if they had given him RM100,000 to start up a mini market or something. But straight away they gave him an RM18.0 Billion development project.

Plus they brought the arabs into the picture. Just bend over lah. Apa lagi mahu cerita?

What I want to know is this - how many billions have been lost? Pay attention to the following :
Qatar Investment Authority (QIA) pledged US$5bil in Bandar M'sia
In exchange, 1MDB promised QIA 1st choice of land, before ..local developers
Qatar again. That would be Rosmah's friends.

What do you mean by "they pledged"? I too can "pledge".

"I, OutSyed The Box hereby pledge to shove US10 billion worth of durians up 1MDB's kazoo'.  There you see - that is a pledge.   But did they put in real money? Was there real money put on the table?

And in return for this "pledge" what did 1MDB do?

"In exchange, 1MDB promised QIA 1st choice of land, before ..local developers.."

Wow !!  They only gave a pledge. And in exchange you give them a 'promise' for first choice of land?? Village idiots.  And you also gave them priority ahead of local developers. Traitors.

They say "1MDB & Aabar raised RM9.7 billion.."

Ok, so where is this money? What happened to this RM9.7 Billion?
Project tak jalan.
Earthworks pun belum start lagi.
Investor pak unta dah lari.
So what has happened to this RM9.7 Billion that was borrowed from the banks?  Where has this money gone? Not another Bermuda Triangle?

So when they say  "Qatar & Abu Dhabi pulling billions of ringgit out" whose billions are they actually pulling out?  Is it
their own billions which they brought from Qatar and Abu Dhabi or
the billions which they borrowed from here in Malaysia?
Folks, we have to know how many billions we have lost in this escapade. 1MDB has borrowed maybe RM42 billion based on a gomen guarantee. That means you and me have guaranteed this money.

Lets say they are borrowing at 6% per annum. That means the RM9.7 billion incurs an interest expense of RM582 million per year.

The TRX project has not even begun. How are they going to service interest piling up  at  RM582 Million per year?

They raised the RM9.7 Billion in 2012. This means two years have gone by. That means they must pay RM582 x 2 yrs = RM1.164 Billion interest alone (bunga saja).

Project belum jalan. Bunga sudah beranak. Duit mana mari nak cover bunga?

Now assuming the project jalan and everything is sold, they still have to generate an extra RM1.164 Billion profit to cover the interest alone.  Fuiyyo !!

Pi jauh-jauh nak buat project kat Detroit pun depa kata pulangan dia 4% saja. Jadi maksudnya kalau buat project di Malaysia pulangan dia mesti lebih 4%? Ya tak? Mestilah. Otherwise how to pay bunga RM1.164 Billion?

So kalau project di Malaysia boleh kasi pulangan (Return on Investment) lebih dari 4%,  habis pasal apa satu lagi group superdunggu itu nak pi invest kat Detroit pula? Dapat 4% saja?

Lepas tu kalau project kat Malaysia tak boleh kasi pulangan lebih dari 4%, macam mana 1MDB nak bayar bunga saja RM1.164 Billion?

Blogger UMNO semua boleh faham ke?

Kalau dia pinjam kat 'Islamic banking' pun dia kena bayar 'al-kadar al-untung al-bank al-Islam'. Serupa juga. Tak boleh lari brader.

So, wak is my golok? Blogger UMNO boleh jawab ke?

                              




                                         ikhlas dari : Cahaya Al Majid



















Thursday 25 September 2014

THE PROMISED LAND : FRIDAY 13 : IGAUAN BAR COUNCIL DAN TERCUNGAP DENGAN GANG 13

KELANTANGAN DAN KEBERANIAN
MELAYU 13 INI MENGUSARKAN
AMBIGA DAN BAR COUNCIL

KINI MENJADI DURI DALAM DAGING 

                                     'TETIBA BUDAK 13 MENJADI SANGAT POPULAR
                                                         

Bismillah-hir-rahman-nir-rahim

Hari Jumaat yang lalu iaitu pada tanggal 13 hb telah berlangsungnya EGM tergempar Bar Council Malaysia yang mana 'harapan dan mandat' yang disepakati olih 'pencatur-pencatur' bayangan' ini yang menginginkan agar 'mendapat sokongan sebulat suara' dari pengamal-pengamal undang-undang' ataupun 'ahli-ahli' nya telah mendapat 'tanparan dimuka' apabila terdapat 'Gang 13' yang dibarisi olih anak-anak muda lelaki dan perempuan Melayu, dengan  berani telah  bersuara dan menentang apa yang 'dirancang' olih Barisan  Kepimpinan Tertinggi Bar Council , yang diketuai olih Ambiga dan sekutunya.

Sememangnya Bar Council Malaysia mengharapkan agar mereka mendapat sokongan penuh dari ahli-ahli mereka namun 'harapan' itu tidak dapat dicapai malahan ditentang olih anak-anak Melayu yang berani dan yang beretika ini  , mereka  mempercayai bahawa Akta Hasutan 1948 yang ingin dihapuskan olih kepimpinan Najib iaitu UMNO dan  Bar Council , walaupun kelompok tertinggi UMNO mahupun barisan Nasional masih  lagi ingin berdolak-dalih ,,perlu dipertahankan..

Kumpulan  13 yang 'tertegak'' dengan secara tidak dirancang ini mula mendapat perhatian dari keseluruhan ahli pengamal undang-undang yang menghadiri EGM tersebut  samadaada Melayu mahupun dari bangsa lain. Dan yang paling menghairankan tiada seorangpun Peguam UMNO yang sememangnya menjadi ahli-ahli Bar Council telah  bangun mahupun berkata sesuatu terhadap 'motion' yang diutarakan olih Bar Council, malahan ada diantara mereka juga tidak menghadirkan diri pada hari tersebut, Kenapa?

Samaada, sememangnya mereka-mereka  ini dihalang dari  menghadiri EGM ini atau ''tidak mahu periok nasi terjejas' atau  sememangnya 'Bos' mereka menghendakkan agar 'motion' ini diluluskan untuk dihapuskan, hanya mereka saja yang mengetahui. Tetapi apa yang malang buat Bar Council mahupun Pemimpin Tertinggi UMNO  yang bercadang untuk  'menghapuskan akta' ini,  'kumpulan budak 13' inilah yang menjadi 'duri dalam daging' buat  penderhaka ini. 'Menentang' penghapusan Akta Hasutan 1948 ini.dijadikan 'ajenda utama' bagi  anak-anak muda ini 'menongkah arus kepimpinan samaada terhadap Bar Council atapun perancangan Kerajaan pimpinan Najib, iaitu UMNO..


Kalau Kerajaan pimpinan Najib telah 'melupuskan ISA' dan menggantikan dengan SOSMA yang dilihat amat 'lemah' dan 'tidak praktikal' untuk dikuatkuasakan inikan ;pula untuk 'menghapuskan Akta Hasutan 1948 ', nescaya 'malapetaka' besar,' bakal mengundang setiap diri bangsa Melayu dan agama Islam. dinegara ini.

Apa yang menyedihkan  anak kepada 'Pencetus Media' bagi urusan publisiti Najib iaitu Johan Jaafar atau "BOS Besar "Media Prima  merupakan 'watak utama " bagi penyediaan 'draf'  'penghapusan Akta ini.

Mainan apakah ini? Adakah Najib sememangnya 'bulat hati' ingin  'memansuhkan' Akta ini dengan mengharapkan "Johan Jaafar & The Gang '  sebagai ' titian ' untuk memporakperanda' apa  yang di miliki Melayu dan Islam sebelum ini ?

Kepada anak-anak muda jurusan undang-undang Gang 13 ini , syabas diucapkan, kerana anda telah 'mengegarkan' Bar Council dan Ambiga' dan sekutu mereka'.

Jangan biarkankan mereka 'menganjing' Melayu dan Islam'.Dengan '"Tertunggak" nya Akta Hasutan 1948' sediaada,maka semua  'pertuturan DAN perbuatan ' bertujuan menghina ' diri anda ,bangsa anda dan agama  anda dapat dibendung.

                                                            


                                                        ikhlas dari :- Cahaya Al Majid





Thursday 18 September 2014

THE PROMISED LAND : TETAPI PEMIMPIN... 'BANGANG NAK MAMPUS'.

GOTAH SIGRAB  PUN LOBIH MAHA HARGA EEA DARI
OTAK PEMIMPIN MELAYU SEKARANG NI.
SETIAP HARI MELAYU KENA JUAL DENGAN PEMIMPIN


Bismillah-hir-rahman-nir-rahim

Syukur kehadrat Illahi yang 'mengilhamkan' kepada DYMM Sultan Selangor agar berpegang kepada 'susun atur Perlembagaan' yang diilhamkan olih Yang Maha Esa kepada Duli Yang Maha Mulia Terdahulu sewaktu 'merangka perlembagaan' agar 'benteng' dan maruah bangsa Melayu yang sebenarnya banyak bersandar kepada 'kuasa Mutlak' Raja-Raja tidak dapat diganggu gugat olih segelintir  pemimpin samaada dari bangsa yang mengaku Melayu dan juga olih mereka yang bukan Melayu. Keinginan puak yang sememangnya 'menentang' akan keistemewaan orang Melayu ini sanggup melakukan apa saja demi kelangsungan 'kuasa yang mereka  cengkam' dan juga demi kelangsungan 'bangsa pendatang' ini. Kerahmatan juga dipohonkan agar Duli Baginda dipelihara Allah SWT.

Keegoan kuasa yang dimiliki serta 'keriakan' yang membaluti diri para pemimpin pembangkang  kini 'terkangkang' kerana Duli Sultan Selangor telah menyatakan rasa kecewa kerana 'keingkaran' puak-puak ini didalam menjunjung Titah  Duli Tuanku Sultan Selangor . Tuanku sudah  bertitah  tetapi penderhakaan juga yang diinginkan olih mereka . Inilah jenis manusia yang tidak faham bahasa. Begitu juga diharapkan, kepada pemimpin Melayu yang 'seangkatan dengan pendirian Anwar Ibrahim mahupun yang setara dengan  pendirian Lim Guan Eng atau (DAP)  diharap mereka-mereka ini tidak diberikan 'immuniti' untuk 'berucap mahupun menjelmakan diri" dikhalayak ramai dibumi Selangor lagi kerena 'penderhakaan' kepada Duli Sultan Selangor.

Untuk seketika waktunya 'Kedaulatan Raja dan Bangsa Melayu' agak terselamat dari ancaman ini. Tetapi kita harus beringat bahawa 'cubaan' mereka ini sebenarnya tidak terhenti disitu saja malahan perancangan baru atau strategi baru sudah digembelling demi meruntuhkan 'benteng' ini.

Dalam diam tak diam langkah yang disusun atur untuk sekian lamanya didapati 'gagal' namun esok akan berlangsung satu lagi 'ajenda' terbesar kelompok yang menyokong ''kerukunan' ini yang dibenteng olih para professional yang berjurusan Peguam. Melalui EGM Bar Council esok satu lagi ketetapan bakal diterjemahkan olih 'pencatur' demi melemah atau 'meretakkan' apa yang telah terbina. Semua orang Melayu dan juga rakyat yang cintakan 'keamanan' dan keharmonian bakal dirodok hati dan perasaan mereka bilamana kelompok Bar Cpuncil ini bakal berhujah agar 'Akta Hasutan' yang terikat rapi dan yang menyelamatkan bangsa Melayu dan negara Melayu  ini bakal dirungkai talinya melalui 'tomahan-tomahan' serta 'ikatan yang didakwa diikat keatas  kaum mereka', dengan dakwaan 'Akta tersebut'tidak 'demokratik' dan 'hak bersuara perlu' kebebasan tanpa had dan sempadan.

Semua sedia maklum bahawa Kepimpinan tertinggi dan majoriti ahli yang bukan Melayu  ini kebanyakkannya adalah berfahaman 'pembangkang' ataupun bolihlah dilabel sebagai 'jurucakap dan pembela kepada Parti Pembangkang'. Ideologi yang dibawa mereka kebanyakkannya banyak yang menentang apa yang telah dimaktubkan didalam Perlembagaan. Olih itu Badan ini sebenarnya dilihat sebagai 'duri dalam daging kepada 'keutuhan Melayu dan Bangsa Melayu' seperti yang terpelihara didalam Perlembagaan. Hak sama rata dan hak sama rasa adalah 'perjuangan' mereka walaupun mereka tahu bahawa 'ayah atau datuk' mereka bukanlah kelahiran dinegara ini.

Untuk itu rakyat amat bersyukur kehadrat Illahi bahawa apa yang terikat didalam perlembagaan dan semestinya yang 'membaluti' kesejahteraan Melayu dan Islam, jangan di'usik', kerana sekiranya ianya diusik didiubah maka 'keistemewaan Melayu' yang tidak terdapat kepada bangsa lain bakal 'hilang identiti'nya. Sebenarnya ramai yang tidak tahu apa keistemewaanya Melayu itu . Apa yang difahami mereka hanyalah 'keistemewaan dari segi harta benda' saja tetapi yang lebih besar dari itu kebanyakkanya 'masih dalam kesamaran; atau tidak mengeri langsung. Bab 'keistemewaan' ini akan saya tuliskan diruang lain.

Cuba kita renung kebelakang, apa telah terjadi apabila Akta ISA dihapuskan? Bermacam-macam 'hal' telah berlaku. Inilah sebenarnya apa yang diinginkan olih kelompok ini tetapi 'kelembapan otak Najib' didalam 'menilai  stratgi musuh' tidak dapat ditembusi. Inilah tanda-tanda awal 'kelemahan atau ketidak tajaman' fikiran dan minda Najib'. Lemah dan 'lalai' macam kato  orang Nogori ' Bangang nak mampus',' hidup menyusahkan orang'.'BODOH eeh melantun-lantun macam gotah sigrap  yang dibulatkan.'

Yang terkini Najib akan menggunakan dana Tabung Haji untuk melabur sebanyak RM640  Juta di Detroit. Kan ke bangang nama na tu. Kalau Tabung Haji sudah terlampau banyak dana melaburlah di Mekah ke Madinah ke, sekurang-kurangnya harta tersebut milik orang Islam , bolih gak guna unrtuk jemaah haji Malaysia mahupun negara lain nampak gak dimata. Kalau macam nilah tindakan Tabung Haji dalam mengurus dana penyimpan eloklah difikirkan semula keperluan untuk menabung di Tabung Haji. Bukannya nak membangunkan ummah tetapi sifatnya Tabung Haji 'menghulur tengkok' kepada pemyembelih umat Islam sedunia.

Hukumnya ;

HARAM' DIVIDEN YANG DIPULANGKAN KEPADA PENYIMPAN.DAN WANG BANTUAN                  YANG DIBERIKAN KEPADA SETIAP  JEMAAH JUGA BERSIFAT HARAM..

KALAU LEHER DAH DI RANTAI
SIAPA YANG MERANTAINYA??

Kalau semua perkara dibiarkan kepada pemimpin akhiirnya orang  Melayu bakal jadi 'Pak Kaduk'.Hidup merempat negara tergadai maruah bangsa  tercela.

                                                   ikhlas dari :- Cahaya Al Majid

                                   



Wednesday 17 September 2014

THE PROMISED LAND : ERTI KATA SEBENAR :NEGARA KU MUFLIS MENJELANG 2020

NEGARA NAMPAK GAH
TETAPI
INI NASIB BANGSA  MELAYU MARHEAN  MENJELANG 2020



Bismillah-hir-rahman-nir-rahim

Apa yang diperkatakan  selama ini rupa-rupanya benarnya segalanya. Kalau rakyat marhean seperti kita yang menyatakannya, akan dikata "apa dia orang tahu' tetapi apabila Tun Mahathir mula mempertikaikannya..semua pemimpin mula 'menyorok', tak berbunyi langsung.


Kini Tun mula mengungkap bahawa terdapat salah cara didalam 1 MDB. 1MDB yang dikata merupakan 'entiti' yang didipertanggungjawapkan olih Kerajaan  kepimpinan masa kini iaitu Najib telah mula menampakkan 'true color'nya. Entiti yang didakwa iaitu 1MDB  olih Rafizi yang sememangnya menjadi 'penjamin kepada pinjaman' yang diperolehi, menampakkan 'entiti' tersebut berada dilandasan yang ;menjunam'. Menjunamnya 'projek' yang dibiayai membawa maksud 'negara ini diambang bencana'. Bak kata Tun Mahathir 'muflis' adalah 'kesudahannya'.


1MDB delayed IPO after restructuring US$1.7b debt - sources
Posted on 15 September 2014 - 05:37am
Print
HONG KONG/KUALA LUMPUR: Malaysian state investor 1Malaysia Development Bhd (1MDB) has delayed a more than US$3 billion IPO due to a longer-than-expected due-diligence process and negotiations around the restructuring of a RM5.5 billion (US$1.7 billion) loan, people familiar with the matter said on Friday.

The IPO, which was due to be launched in the fourth quarter of this year, is now likely to take place in the first few
months of 2015 at the earliest, said the people, who declined to be named as the matter remained confidential.

1MDB, seen as a cross between a sovereign wealth fund and a private investment vehicle, is struggling with a debt burden exceeding US$11 billion. It plans to reduce some of this debt by selling its power assets via the IPO.

In May, the state fund restructured a RM5.5 billion bridging loan into two tranches: a RM3.5 billion loan due after
123 months and a RM2 billion loan due in November, according to data from LPC, a Thomson Reuters unit specialising in loans.

The RM2 billion tranche, however, is likely to be extended for several more months or pared down through internal funds, easing the pressure off 1MDB to urgently pay off some of its debt, the sources said.

Shahriza Embi, senior vice-president of corporate communications at 1MDB, did not reply to emails seeking comment.

According to LPC, Maybank International Ltd and RHB Bank are mandated lead arrangers and bookrunners of the restructured loan. Maybank executives declined to comment while RHB Bank officials were not immediately available to comment.

The RM5.5 billion bridging loan has already been extended twice. It was originally part of a RM6.17 billion loan
1MDB took from Maybank Investment Ban

Kemungkinan 'projek' diatas akan dibiayi semula apabila GST 2015 bermula.

Diam tak diam kepimpinan Najib yang banyak diperkata 'menghabiskan duit rakyat' atau yang dikata 'menyusahkan rakyat', telah dikata mula 'menampakkan belang sebenarnya'. Kegagalan 'team yang dipilihnya' untuk 'meleburkan' duit negara mula 'terkesan' satu per satu namun didalam keadaan yang 'dirasa sukar' kini, Najib masih lagi tak sedar diri.

Tun Mahathir sudah mula memperkatakan pembelian yang dilakukan olih 1 MDB terhadap sykt Janakuasa yang dibayar tinggi, apakah rasionalnya? Membeli dengan harga yang tinggi?

Kata Dr Mahathir yang dia tahu adalah 1MDB digunakan untuk membeli 3 buah janakuasa masing-masing milik YTL, Ananda Krishna dan Jimah Power dan harga pembelian adalah tinggi dari harga pasaran. (melebihi RM 4billion). dan terkini didakwa 1MDB memiliki sebahagian pula dari saham Janakuasa milik Tenaga Nasional pula.

Lebih memuskilkan kini  'dana negara' ini  yang bernilai berbillion dollar diurus dimelalui sebuah bank di Pulau Carribean pula.

Apa sandiwara Kerajaan pimpinan Najib ni????

Sedarkah Najib bahawa perbelanjaan negara ini melebihi pendapatan?

Nampaknya kisah nasib 'ekonomi Malaysia' sekarang ini memangnya tidak menentu.Walaupun Najib mengatakan bahawa ekonomi negara ini telah berkembang dan berjaya mencapai lebih 6%, tetapi pada dasarnya harga sara hidup dalam negara ini semakin meningkat. Dari harga keperluan setiap hari sehinggalah kos perbelanjaan hangus setiap hari juga semakin meningkat tetapi pendapatan perkapita rakyat masih ditetap sama dan peningkatan kos  semakin ketara.

Tidak cukup dengan itu dalam beberapa bulan lagi satu lagi 'bebenan' pasti terletak dibahu setiap rakyat ,''Cukai GST' akan dikenakan pada setiap rakyat yang membeli.

Untuk itu kepada rakyat , hanya barangan asas saja yang dijanjikan tidak dikena cukai GST selain dari itu cukai GST adalah pasti. Sebagai contoh , MILO yang selalu kita beli dengan harga RM31.00 akan dikenakan cukai GST 6%, untuk itu kita terpaksa membayar 'upfront' kepada Kerajaan sebanyak RM1.86. Untuk 12 tin setahun kita membayar ssebanyak RM22.32 setahun, ini baru satu  barangan.


Saya kira barangan seperti TEH, NESCAFE.,dan lain lain jenama  pasti GST akan dikenakan. Untuk itu sebenarnya Kerajaan menyarankan agar kita minum air paip yang dimasak dan  dicampur  dengan sedikit gula saja kalau sekiranya  kita tidak mahu membayar  GST. Itulah jawapannya.

Alangkah 'azab'nya menjadi orang miskin dan tak berharta kat bumi Malaysia  ini. Setiap 'nikmat' yang diingini 'wajib' melunaskan GST.

Lima puluh tujuh tahun sudah kita merdeka , yang dipimpin dan diperintah olih Barisan Nasional melalui tunggak 'UMNO", akhrnya inilah yang kita terpaksa hadapi dan harungi. Pemimpin meletakkan berbagai 'cukai' dan rakyat pula 'terpaksa membayarnya' tetapi 'dana yang pungut' hanya mengayakan suku sakat dan kroni mereka saja. Walaupun bermacam macam pembangunan telah dilakukan namun hakikatnya kebanyakkan 'harga yang dibayar' untuk pembangunan ini berlipat kaliganda mahalnya dari harga sebenar. Itulah 'kependaian' mereka. Kalau tidak tak akan 'tanah rizab Melayu' hanya tinggal 12% saja dari keseluruhan 50%. Siapa jual siapa dan siapa khianat siapa? Fikirlah sendiri.



Perhatiakanlah setiap pemimpin UMNO yang berjawatan walaupun baru setahun jagung semua menjadi  'kaya raya' dengan 'instant', amat jarang sekali kita lihat pemimpin UMNO yang 'sengkek' . Yang adapun mungkin yang 'menongkah arus'. itulah hakikatnya.

Inilah nasib yang perlu ditangggung olih setiap nyawa yang berada dinegara yang 'kaya raya' ini. Yang sesak tetap Melayu.

                                      Sedikit demi sedikit 'kekayaan' mula menyusut.



TOTAL VISITORS FROM 2008:
13,262,104

SSK dengan 1MDB


1. Saya tertarik dengan tulisan sahabat saya Saleh Said Keruak (SSK) berkenaan 1MDB.
2. Beliau berpendapat 1MDB ialah untuk bantuan dalam bidang pelajaran. Saya akui saya tidak tahu akan kegunaan wang 1MDB untuk pelajaran. Tetapi ada iklan yang menyebut sudah lebih satu juta rakyat dapat bantuan pelajaran dari 1MDB. Bahagi 1 juta dengan 4 tahun ini bermakna 250,000 setahun. Jika benar, Alhamdulillah.
3. Yang saya tahu 1MDB diguna untuk membeli tiga buah stesen janakuasa dari YTL, Ananda Krishnan dan pemilik Jimah power plant di Negeri Sembilan. Harga pembelian lebih tinggi daripada harga pasaran. Kos tidak kurang dari 4 billion Ringgit
4. Baru-baru ini 1MDB akan memiliki sebahagian besar daripada saham stesen janakuasa yang akan dibina oleh Tenaga Nasional dan pihak lain. YTL telah tarik diri. Ramai yang menegur Tenaga kerana projek ini, kerana tidak mengadakan tawaran terbuka.
5. Pembangunan projek Tun Razak Financial Exchange di jalan Tun Razak akan di laksanakan dengan dana 1MDB juga.
6. Selain daripada itu berbillion dollar di urus melalui bank di sebuah Pulau Caribbean.
7. Sahabat saya tentu tahu bahawa dana 1MDB ini berlagak sebagai Sovereign Wealth Fund iaitu dana kekayaan Negara.
8. Banyaklah Negara pengeluar minyak mengadakan sovereign wealth fund daripada lebihan yang didapati setelah menjual beratus juta tong minyak setahun. Kuwait dan Qatar membeli banyak hotel terkemuka dengan wang yang banyak yang ada pada mereka.
9. Malaysia mengeluarkan hanya 650,000 tong sehari dan tidak ada lebihan wang daripada penjualan minyak oleh Petronas. Sebahagian besar keuntungan diserah kepada Kerajaan, selainnya untuk dilabur. Wang yang diserah ini tidak begitu besar.
10. Sebenarnya perbelanjaan Kerajaan lebih daripada pendapatan termasuk sumbangan daripada Petronas. Oleh itu bajet kita menghadapi defisit, bukan lebihan.
11. Duit untuk 1MDB bukan daripada lebihan kewangan Negara. Ia dihutang. Berbillion ringgit dihutang yang menambah hutang Negara dengan amat tinggi. Hutang oleh Negara mesti dibayar. Jika tidak kita akan muflis seperti Argentina. Sebuah Negara yang mengalami deficit tiap tahun tidak mungkin bayar hutang sebesar ini.
12. Biasanya dalam Kerajaan kita mengadakan belanjawan – iaitu catitan wang yang akan diterima oleh kerajaan bagi sesuatu tahun serta wang yang akan dibelanjakan oleh kerajaan pada tahun berkenaan. Pengurusan kewangan Negara perlu ikuti aturan peraturan. Diantaranya ialah kelulusan had siling hutang oleh Dewan Rakyat.
13. Memang saya tidak perhati betul-betul tetapi saya tidak tahu akan peruntukan dalam bajet untuk membeli stesen janakuasa atau pembangunan beberapa projek.
14. Untuk pelajaran kita tidak perlu berhutang. Sejak dahulu lagi kita peruntukkan hampir 25% dari bajet untuk pelajaran. Kita tidak pernah hutang untuk maksud ini.
15. Ada juga cerita-cerita yang merunsingkan berkenaan pembiayaan oleh 1MDB. Saya harap sahabat saya SSK dapat beri butiran lanjut dan dokumen tentang penggunaan 1MDB untuk semua tujuan, termasuk pelajaran.

Monday 8 September 2014

MANUSIA DAN ALLAH : ADAKAH KITA TERBATAS??

JANGAN TITISKAN AIRMATA KERANA NASIB
TETAPI
TITISKAN AIRMATA KERANA KEINSAFAN

Bismillah-hir-rahman-nir-rahim

Kerahmatan jua dipohonkan agar semua pelayar blog ini diberikan cahaya hidayah olih Yang Maha Esa untuk terus mencari dan merungkai apa yang diselindungkan  Allah SWT dari   pengetahuan manusia..

Walaupun tedapat berbagai bagai pendapat serta berselisih pandangan dididalam beberapa isu yang diutarakan didalam blog, saya memohon agar jangan sekali kesatuan kita terhadap Allah SWT dicerai beraikan olih 'syaitan'.

Selagi nyawa dikandung badan selagi nafas masih lagi menghela udara , selagi kederat masih lagi bertenaga 'galilah' ilmu Allah SWT yang diterdapat didalam Al Quran.

Perbanyakkan mengingati Allah SWT sesungguhnya mengingati Allah SWT adalah tuntutan kepada setiap manusia yang sanggup  'bersujud merendah diri ' yang mengaku hamba dan sanggup menyampaikan kata-kata Allah SWT dengan keikhlasan tanpa 'mengharapakan' balasan maka itu adalah sebaik baik makhluk disisi Allah SWT.

Bukan ganjaran yang dicari, dan juga bukan balasan yang diharapkan tetapi 'keredaan' juga yang sepatutnya mengiringi setiap perlakuan dan juga perbuatan.

Bukannya menangis kerana kesedihan tetapi menangislah kerana disisihkan Allah SWT diatas perbuatan mungkar diri sendiri.

Sesungguhnya kealpaan telah  meliputi diri, ditipu olih nafsu dan haloba , telah  membuatkan setiap diri berada jauh  dari garisan sempadan.

Doa dipanjatkan disetiap sujud , memohonkan agar segala keperluan dipenuhi namun segalanya masih belum dikabulkan, kenapa ?? Adakah diri sebenar diri mengerti atau faham apa yang dipohon? Atau kurangkan kelayakkan yang membolehkan permohonan dimakbulkan?

Jawapannya semuanya terkandung  didalam diri yang memohonya.

Keghairahan diri yang tidak dibatasi ilmu Al Quran akan menjuruskan diri kelembah yang paling hina dimana tarafnya lebih buruk dari syaitan yang direjam.

Setiap diri diberikankan kesempatan olih Allah SWT  namun adakah kita pernah mengambil kesempatan atau sekadar sambil lalu.

Perlihatkanlah diri dihadapan cermin, tanyalah diri, apakah yang telah kita kecapi selama ini? Berbaloikah apa yang 'diusahakan'? Cukupkah ?


                                                       ikhlas dari :- Cahaya Al Majid





Tuesday 2 September 2014

THE PROMISED LAND :- BENARKAH RAJA MELAYU SEKADAR SEBAGAI PENGADIL "SIMPANAN"?

ADAKAH RAJA RAJA MELAYU  MENJADI BELASAHAN ORANG POLITIK

                                   UMNO YANG MENJADIKAN  NASI MENJADI BUBUR

Bismillah-hir-rahman-nir-rahim


Mengimbau kembali detik-detik bilamana Raja Raja Melayu mula dilucutkan 'hak atau immuniti'' olih Kerajaan Barisan Nasional yang ketika itu dipimpin olih Dr Mahathir Mohamed. Dan apa yang dilakukan olih Kerajaan Pimpinan Dr Mahathir atau UMNO ketika itu telah meninggalkan 'kesan' yang mendalam dan 'buruk' terutama kepada Institusi Raja Raja Melayu  dan  orang Melayu khasnya dan kini 'kegusaran' yang ditakuti olih orang melayu  mula memberi 'impak'.

Kegelojohon bukan Melayu yang dilihat semakin bersikap kurang ajar dan  biadap menampakkan sikap berani mereka   menghina Institusi Raja Raja mahupun batang tubuh Raja atau Sultan , agama Islam dan yang paling pahit untuk ditelan ialah penghinaan terhadap bangsa Melayu itu sendiri.

Merenung kembali sejarah 10 tahun kebelakangan ini, trend yang dapat dilihat adalah  pemimin Melayu terutama dari UMNO sudah mula ditolak olih rakyat. Rakyat terutama yang dari generasi baru telah mula meminggirkan kepimpinan dari kelompok UMNO ini yang dilihat sebagai 'pemimpin tak cukup akal' yang mana kebanyakkan dari  mereka ini  hanya mementingkan 'kuasa' untuk diri sendiri atau lebih mesra dikenali sebagai 'hamba' atau " ampu bodek' atau  terlebih mulia dikenali sebagai 'Yes man' kepada Pemimpin Tertinggi parti, samaada terhadap Ketua Bahagian mahupun kepada Presiden parti.

Diatas faktor terlalu 'taksub'; atau 'takut' hilang projek' atau ;hilang sumber pendapatan' maka, pemimpin yang dilantik atau yang dipilih olih 'ahli haprak' ini telah mengakibatkan seluruh struktur parti UMNO dijangkiti 'virus' 'takut hilang jawatan'. Inilah yang berlaku kini  dan yang gagal diubati.

Ketika ini  'tembok' Institusi Kesultanan Melayu Selangor sedang dicuba untuk 'dirobohkan' olih Melayu Melayu bekas ahli UMNO ini dengan bantuan orang bukan Melayu.. Bangsa asing yang sememangnya menyedari bahawa ;kelompongan' atau 'kelemahan' telah dilakukan olih UMNO atau Barisan Nasional terhadap 'keistemewaan Raja Melayu' melalui 'tangan-tangan' Dr Mahathir maka kini UMNO Selangor dan juga UMNO Pusat  dilihat 'tidak berani' untuk 'menjadi benteng kepada Institusi Raja Melayu lagi. Segala kerja buruk yang ditinggalkan olih UMNO dahulu dan  kini Kesultanan Selangor terpaksa berdepan pula   dengan 'kerenah politik' akibat dari 'dendam'olih' bekas Pemimpin UMNO ini.

Hanya melalui sokongan dan penyatuan  bukan Melayu  dari Adun DAP dan Adun PKR telah menjadikan 'rakan pakat' mereka iaitu PAS yang dikata 'berkiblatkan kepada Islam' tidak berani untuk 'menemplak atau menidakkan' keinginan rakan mereka iaitu melantik Wan Azizah sebagai Menteri Besar. Walaupun Pihak Istana 'mengeluarkan Titah" namun 'Titah' yang dikeluarkan itu tidak 'mengoyahkan' rakan pakatan ini. Inilah akibatnya apabila benteng Melayu yang terakhir 'telah' diceroboh'.Kalau dahulu 'intutusi' tidak bolih disentuh dan diusik seperti yang telah termaktub didalam Perlembagaan seperti  yang disepakati olih Raja Raja Melayu terdahulu namun 'kerana' 'ketamakkan' atau ' gila kuasa' segelintir Pemimpin UMNO, maka, 'bala' yang sengaja diundang Pemimpin UMNO ini 'memakan' diri 'bangsa Melayu dan diri UMNO sendiri.

Kalau suatu ketika dahulu UMNO merupakan 'tonggak' kepada bangsa Melayu tetapi kini UMNO bukan lagi menjadi 'benteng' kepada majoriti Melayu lagi. Melayu kini terbagi kepada beberapa bahagian iaitu Melayu UMNO, Melayu PAS dan PKR dan 30% lagi adalah diatas pagar.

Pemimpin politik Melayu kini sebenarnya bersifat 'hipokrit' atau 'talam dua muka'. Kalau dinegeri Kelantan Menteri Besarnya amat 'akur' dan hormat kepada Rajanya begitu juga dengan di negeri Terengganu dan rakyatnya amat 'hormat' dan menyanjung tinggi terhadap Raja atau Sultan mereka tetapi sikap Melayu yang 'bermestautin' di Selangor yang terdiri dari rakyat negeri-negeri lain dilihat 'tidak langsung' menghormati Sultan atau Pihak Istana, malahan terdapat juga 'kata-kata' yang 'menentang titah' Raja. Inilah yang dilalui olih Istana Selangor kini. Segala onar dan duri terhadap negeri ini dicipta olih orang luar dsn juga bukan Melayu.

Mana perginya suara pemimpin UMNO mahupun suara  ahli UMNO Selangor yang dikata 'taat dan setia' kepada Raja mereka??

Apa yang terjadi kepada perjalanan Melayu dinegara ini semuanya adalah hasil penginggalan ataupun hasil kerja tangan pemimpin UMNO.Samaada UMNO akan terus 'bertakhta' sebagai Kerajaan pada PRU 14 atau sebaliknya  semuanya bergantung kepada  Pemimpn UMNO mencorakkannya. Sekirangnya Presiden UMNO gagal 'menawan' hati Melayu' dalam masa terdekat  atau konsep RAHMAN hanya akan terhenti sampai PRU 14, semuanya masih dalam teka teki kerana semuanya  terletak ditangan  bangsa Melayu mencorakkannya.

Tetapi apa yang pasti pemimpin 'hebat'  yang bakal 'hadir' dibumi ini bukanlah dari  Melayu UMNO, PAS ataupun PKR.

                                                   
                                                          ikhlas dari:- Cahaya Al Majid