PEMIMPIN POLITIK DAH MACAM BERUK DAPAT BUNGA |
Bismillah-hir-rahman-nir-rahim
Sebelum saya merangkapkan kata-kata untuk isu yang ingin dikongsikan, saya, dengan jari sepuluh memohon ampun dan maaf kepada semua pelayar blog ini kerana membiarkan anda tertanya-tanya kemana menghilangya penulisan blog ini yang senyap sunyi lebih kurang dua minggu dipersada maya.
Memandangkan keutamaan tuntutan untuk menyediakan prasara dunia untuk keluarga, maka tanggungjawap 'untuk' mereka selain tuntutan Illahi adala keutamaan.
Akhir-akhir ini 'mainan dajjal politik' semakin mengganas.Kalau satu masa dahulu "Raja' atau 'Sultan' merupakan 'benteng' terakhir' umat Melayu 'terhadap 'Keunggulan' Islam dirantau ini, tetapi apabila negara ini ditanamkan dengan 'prasa demokrasi' atau kuasa suara rakyat'telah mengatasi segalanya, maka, kuasa Raja yang sememangnya telah ditatoo' kan didalam Perlembagaan Negara mahupun didalam
perlembagaan syarat tubuh negeri, kini, terdapat dikalangan ahli-politik terutama terutama 'parti' yang dianggap 'hidup segan mati tak mahu' atau PAS atau parti 'yang mencalitkan 'taik' kepada setiap umat Melayu beragama Islam dinegara ini, yang telah diberikan sedikit kuasa olih Allah SWT, namun, diatas sifat kegelojohan 'riak dunia' atau 'publisiti duniawi'. maka, kuasa yang sememangnya 'dipasakkan' bagi melindungi kepentingan Melayu dan Islam, telah dipersoalkan olih 'perengus politik' ini.
Dengan beranggapan bahawa kuasa Raja tidak lagi diperlukan untuk menjamin keutuhan agama Islam, maka, empat sekawan dari PAS telah mula 'membuat onar dan 'duri', terhadap 'kuasa' tersebut.
Pemimpin perlu sedar bahawa 'kuasa' yang diberikan rakyat kepada ahli politik bukanlah untuk mereka 'melupuskan' apa yang 'terkandung' dalam perlembagaan tetapi seharusnya 'perlembagaan' yang telah termaktub perlu dipertahankan dan bukan diperjudikan. Sepekara yang kita perlu ingat, setiap pemimpin politik akan datang dan pergi dan pemilihan mereka hanya setiap 5 tahun dan kedudukan mereka tidaklah kekal tetapi bagi Raja mahupun Sultan 'kedudukan mereka tetap kekal sampai bila-bila dan takhta mereka akan bersilih ganti kepada pewarisnya dan salah satu dari sumpah dan janjinya' adalah 'mempertahankan agama Islam'. Melalui sumpah dilafaskan olih Raja dan Sultan ini, 'memungkinkan' Islam dan orang Melayu terjamin 'agamanya'.
Olih itu apa yang disarankan olih pemimpin politik yang dengan sengaja 'memperjudikan' 'Kuasa Raja' semata-mata 'bernafsukan politik' wajiblah ditolak. Kehadiran watak dajjal-dajjal politik ini sebenanya membawa lebih banyk buruk dari kebaikkan olih itu eluruh rakyat wajar menolak ideologi mereka walaupun sifatnya mereka ini 'terkhilaf'.
Sebelum nasi menjadi bubur atau pak kadok menggadaikan kampungnya, maka, orang Melayu dan umat Islam perlu bergandingan untuk menentang 'usaha' ini.
Telah kita saksikan tiada satu pun pemimpin Melayu masakini yang berjaya'mempertahankan' Islam mahupun 'umat Melayu dari dicemuh dan dicaci olih bangsa lain, olih itu apa yang 'benteng' terakhir yang dimiliki ini perlu dipertahankan.
Perlu diingat masa kini tiada Raja yang menyusahkan orang Melayu tetapi sebaliknya pemimpin politik Melayulah yang banyak menyusahkan orang Melayu...
Fikirkanlah...
ikhlas dari :- Cahaya Al Majid