Tuesday 28 October 2014

THE PROMISED LAND : SIAPA LEBIH HEBAT ANTARA NAJIB DAN ANWAR

MACAM 'HAMPEH' 

Bismillah-hir-rahman-nir-rahim


Pengikut UMNO mengaku bahawa Najib adalah yang terbaik diantara semua ahli UMNO. Olih sebab itu selayaknya Najib diangkat sebagai Presiden UMNO. Berbeza dengan Anwar, beliau adalah 'ahli UMNO' yang terpecat yang menubuhkan parti PKR yang dianggotai olih mereka-mereka yang kecewa dengan parti yang mereka anggotai samada UMNO, PAS, MCA mahupun MIC dan segelintir ahli DAP yang sememangnya di'tanam' bagi tujuan 'risik'.

Najib yang sememangnya dinobatkan olih ahli UMNO yang kecewa dengan Pak Lah telah 'menjaja' ketidakupayaan Pak Lah keseluruh negara ' sehinggakan Pak Lah 'dipaksa' secara hormat untuk melepaskan jawatan tanpa mengambil kira keupayaan penggantinya. Melupuskan 'kuasa' Pak Lah adalah 'ajenda'nya.

Berbanding dengan Najib, Anwar terpaksa 'mengekalkan' cengkamanya didalam politik dengan 'menjaja' cerita bahwa 'beliau teraniya' dan dipenjarakan  kerana 'ajenda politik' UMNO. Cerita-cerita mahupun ungkapanya didalam ceramah politiknya, selalu, menggambarkan bahawa beliau 'terfitnah' dan pengolahan cerita olih Anwar ini sememangnya 'menarik' simpati orang ramai untuk menyokongnya.

Dikala wakttu terdesak iaitu 2 PRU yang lepas, Anwar  telah berjaya  mengukukuhkan kedudukanya sebagai Ketua Pembangkang walaupun parti  DAP dan PAS terlebih senior penubuhannya berbanding PKR. Untuk itu Anwar dilihat sememangnya 'bertaring' berbanding Najib.

Najib pula dilihat sebagai seorang yang 'gentlement' didalam peningkatan persada Barisan Nasional namun 'tindak tanduk' Najib yang melebihkan bangsa Cina dan India dilihat sebagai satu 'kebodohan' pula olih orang Melayu. Dengan memberi bermacam-macam imbuhan serta pengiktirafan terhadap dua kaum terbesar dalam BN ini,  mula membuatkan orang Melayu mula menyampah dan meluat dengan perangai Najib.

Dengan mengharapkan kaum Cina dan India akan mengekalkan undi mereka kepada BN, namun, impian dan harapan Najib tidak menjadi kenyataan. Walaupun bermacam-macam telah dihulurkan kepada dua bangsa ini, namun pada PRU 13 terang-terangan mereka menolak BN. Inilah bukti kebodohan Najib dan akhirnya umat Melayu sekali lagi telah menyelamatkan 'maruah' UMNO dan kuasa orang Melayu.

Najib seolah-olah tidak sedar diri dan , masih lagi 'mengharap' ehsan' orang bukan Melayu . Sehingga kini segala tindak tanduk Najib banyak 'memudaratkan' orang Melayu. Dengan tindakan mengurangkan subsidi minyak dan bebarapa lagi barangan lain telah mula meninggalkan kesan sampingan kepada ekonomi orang Melayu.

Berbeza pula dengan Anwar, walaupun beliau didapati bersalah didalam kes liwatnya dan dijatuhi hukuman penjara 5 tahun  namun 'kedudukan' serta 'sokongan' yang diberikan olih Parti PAS serta DAP tidak melunturkan pengaruhnya, malahan kebanyakkan dari penyokong mereka 'merestui' pula 'perbuatan' itu dan bagi mereka itu bukan kesalahan.

Kalau Anwar dikenali sebagai 'Ketua Pembangkang' yang 'dambakan' kepada 'LGBT dan 'suka' mencabar 'perjalanan undang-undang', namun berbeza pula dengan Najib. Najib lebih suka kepada 'consulltant'. Bolih dikatakan semua projek yang dilaksanakan semuanya dengan 'nasihat' 'punasihatnya atau konsultan. Berguni-guni 'sumpahan' rakyat telah dilemparkan kepada Najib dan konsultantnya namun 'bagi Najib 'konsultant' adalah 'nyawanya' ataupun 'pengerak' nadi beliau. Begitulah Najib seadanya.

Hebat tak hebat sehingga kini hutang negara kita telah mencecah RM700 Billion kalau mengikut kata Gabenor Bank Negara Tan Sri Zetti tetapi Najib masih lagi mengatakan bahawa hutang negara ini pada paras RM547 Billion seperti yang dijawap di Parlimen. Kenapa angkanya jauh berbeza dan tidak selari dengan Gabenor atau adakah Tan Sri Zeti bukan dari kalangan 'konsultan' Najib yang menerima bayaran jutaan ringgit?

                    


Hutang negara turun hampir dua peratus berbanding daripada kadar Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), kata Menteri Kewangan Datuk Seri Najib Razak.

Ini merupakan kali pertama hutang negara turun sejak Najib yang juga perdana menteri mengambil alih pentadbiran kerajaan pada 2009.

Dalam jawapan bertulis kepada Teresa Kok (DAP-Seputeh) Najib menyatakan jumlah hutang negara tahun ini berjumlah RM568.9 bilion atau 52.8 peratus daripada KDNK, iaitu RM552.7 bilion hutang domestik dan baki RM16.2 bilion adalah pinjaman luar pesisir.

Hutang negara pada 2013 pula ialah RM547.6 billion atau 54.7 peratus - lebih 1.9 peratus berbanding tahun ini.

"Kedudukan hutang kerajaan ini kekal terurus di bawah 55 peratus daripada KDNK dan dikategorikan sebagai negara keberhutangan sederhana," kata beliau.

Pada 2010, hutang negara sebanyak RM407.1 bilion atau 51.1% daripada KDNK; pada 2011, RM456.1 bilion (atau 51.5%); pada 2012 sebanyak RM501.6 bilion (53.3%) dan naik kepada RM547.6 bilion (54.7%) pada tahun lalu.

Menurut Najib, sehingga kini kerajaan telah membayar balik semua hutang dan bayaran khidmat hutang dengan teratur serta mengikut jadual.

Beliau menyatakan ia hasil daripada pengurusan hutang yang berhemat diamalkan kerajaan di mana pembayaran dilakukan mengikut kemampuan dan jumlah hasil setiap tahun.

"Bayaran khidmat hutang dijangka kekal terurus pada 10.3 peratus daripada hasil, jauh di bawah paras 15 peratus seperti yang ditetapkan dalam peraturan pengurusan fiskal," katanya lapor Malaysiakini

Perlukah dua orang yang mengaku Melayu  ini dikekalkan  dipersada politik Malaysia ??

Lu fikirlah sendiri....

                                          ikhlas dari : Cahaya Al Majid


Friday 24 October 2014

THE PROMISED LAND : KHAS SEMPENA HIJRAH 1436

KU TULISKAN APA YANG AKU RASA
Bismillah-hir-rahman-nir-rahim

Syukur kehadrat Illahi yang masih lagi memberikan kekuatan minda serta ketelusan hati untuk terus menulis demi kelangsungan sebuah  perjuangan .

Walaupun setiap saat detik waktu berlalu dengan pantas begitu  jugalah usia ini semakin meningkat seolah-olah mengejar ataupun berlari kehujung tetapi garisan penamat masih lagi tidak kelihatan dan masih  dirahsiakan olih Yang Maha  Berkuasa Ya Rabb.

Setahun sudah berlalu begitu jugalah hilangnya tanda Hijrah 1435 dimata dunia namun detik-detik sedih serta gembira yang dilalui sepanjang tahun tersebut kebanyakanya tidak terungkap dan tersingkap dari pandangan mata tetapi 'nikmat' rasa yang ditanamkan didalam diri masih lagi kental seperti sebelumnya juga. Begitulah nikmatnya 'anugerah' yang dilimpahkan olih Sang Pencipta kepada hamba-hambaNya yang diberikan kelebihan.

Kalau dahulu watak Salahuddin Al Ayubi dapat dijelmakan atau diketengahkan olih masyarakat Arab untuk dijadikan 'ikon' atau 'idola' bangsa mereka tetapi untuk dunia Islam melahirkan seorang lagi 'watak' seperti Salahuddin Al Ayubi,dijangka amat mustahil kerana seluruh dunia Islam telah terkepung dan 'imej' Islam juga telah di'conteng' seburuknya olih bangsa Arab sendiri. melalui percaturan  tangan ghaib Amerika dan Zionist

 Dengan mainan yang drama yang diskripkan serta yang  diarahkan olih Amerika dimana Dajjal sebagai Pengarahnya . Kini pencaturnya telah mula  melebelkan 'Perkumpulan Islam' yang tidak sehaluan dengan pegangan mahupun kepercayaan mereka, maka, 'pertubuhan' ini akan di'tag' dan adalah menjadi  musuh mereka dan memeranginya adalah keutamaan.

Kalau dahulu Osama bin Ladin adalah musuh nyata yang dicipta Amerika  untuk dijadikan.alasan bagi memerangi Islam tetapi kini perkumpulan ISIS pula dijadikan sasaran. Walaupun ramai umat Islam tidak sehaluan dengan perjuangan IS namun satu perkara yang perlu kita tahu adalah bahawa Pertubuhan ISIS ini juga adalah 'ajen' Amerika atau 'zionist' bertujuan untuk 'melumpuhkan' kepercayaan umat Islam.

Dengan memaparkan beberapa 'tahanan' yang didakwa berjaya ditawan dan dibunuh olih pejuang ISIS , namun yakinlah bahawa semua ini  adalah bertujuan untuk 'menghina agama Islam'. Memaparkan 'kekejaman' pelaku pejuang ISIS yang 'dikata' beragama Islam, menambah burukkan lagi keadaan mahupun  tangappan penganut agama  lain terhadap  agama Islam.

Dengan keyakinan yang digarap olih Amerika dan sekutu mereka,maka  mereka telah  berjaya 'melebelkan kumpulan Islam' atau ' siapa saja atau sesiapa pun yang tidak sehaluan dengan mereka maka 'ini  dianggap 'menentang aturan mereka' .

Yakinlah Amerika dan Zionist serta sekutu telah mula  memasang  'peranti' terhadap kumpulan yang bergerak atas nama Islam dan sekiranya  mana-mana  pertubuhan berura-ura untuk membela nasib penganut Islam yang tertindas maka 'tindakan' menahan atau memenjarakan adalah 'senjata' yang 'diajarkan' kepada pemerintah negara yang mengikutinya.

Olih itu beringatlah, bahawa permulaan baru untuk tahun Hijrah  1436 tidaklah menjanjikan 'kemakmuran' untuk orang Islam mahupun negara-negara Islam. Umat Islam sebenarnya telah dirantai tangan dan kakinya olih musuh Islam melalui 'kuasa'  'pemerintah sesebuah negara..Walaupun sesebuah negara itu mengatakan bahawa negara mereka adalah  bebas dari cengkaman kuasa luar tetapi pada hakikatnya semuanya 'akur; dengan 'aturan' yang telah diikrarkan di Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu yang semestinya dicatur olih Amerika dan Zionist.

Untuk perjalanan negara ini dan seluruh rantau dibumi Asia Tengggara, keadaannya tidaklah beberapa baik samaada dari segi ekonomi, politik mahupun kehidupan sosial rakyatnya. Namun jangkaannya  dari segi 'malapetaka' akibat dari  cuaca, memungkinkan bencana besar bakal melanda bebarapa buah negara dan negara ini juga tidak terkecuali. Gempa bumi mahupun letusan gunung berapi samaada didarat mahupun didalam perut bumi 'pasti' berlaku. Banjir besar serta kemusnahan harta benda 'rakyat' memungkinkan 'rakyat' bertambah terhimpit.

Untuk  tahun Hijrah 1436 ini juga dijangka 'Tsunami' besar bakal melanda dan ini amat merisaukan benua ini. Ketidaktentuan politik di negara Gajah  putih Thailand pasti meledak sekali lagi . Begitu juga dengan politik di Malaysia, dijangka Najib akan 'digegarkan' olih ahli UMNO sendiri dan 'kelemahan' Najib pasti digembar gemburkan dan dijaja.

 Nasib Anwar Ibrahim juga tidaklah 'secerah' yang beliau harapkan semuanya menjadi 'senjata makan tuan'. Tetapi yang paling mengegarkan 'ekonomi' negara diselatan Malaysia iaitu Singapura 'bakal' merudum dan menjejaskan negara tersebut dan Perdana Menterinya bakal 'berundur' dan yang amat dinantikan, politik negara Indonesia sekali lagi bakal 'meledak' dengan .kehadiran 'watak' Jokowi, Ini bakal 'menceriakan rakyatnya serta negaranya. dan Kata-kata 'Jokowi' bakal dijadikan 'rujukan'.

Kepada bangsa Melayu dan umat Islam dinegara ini, perbanyakan "sabar" kerana hati anda akan ditusuk disetiap sudut.

                                                     ikhkas dari :- Cahaya Al Majid

Thursday 23 October 2014

THE PROMISED LAND : KESEDIHAN, KESYUKURAN DAN KEMARAHAN

YA ALLAH KAU TEMPATKANLAH
IBUKU DISYURGA MU
AMIN....


Bismillah-hir-rahman-nir-rahim


Pada tanggal 18hb Oktober 2014 jam 3.45 petang , ketentuan dan perjanjian diantara ibuku dengan Penciptanya ditunaikan. Ibu yang mengandungkan dan yang melahirkan aku dengan segala kesakitan, yang semestinya dirasai olih setiap ibu didunia,telah  dijemput Malaikat bagi memenuhi perjanjian Tuhannya dalam usia 77tahun.

Sedih dan hiba hati ini  mengiringi pemergiannya namun aku tetap bersyukur kehadrat Illahi yang menyempurnakan diriku dengan beribukan anak kepada Yaakob. Alhamdullilah.. Walaupun tiada kasih sebesar kasih  'ibu' yang dapat ditagih lagi dibumi ini  namun semua itu tidak mengoyahkan kerena kasih Allah SWT kepada makhluknya melebihi segalanya.

Kepada ibuku yang berbinti  Yaakob, semoga segala doa serta kerahmatan yang kami pohon kepada Allah SWT akan terlimpah kepada roh nya dan semoga kehidupan di'sana' lebih menyenangkan.

Inshaallah segala jasa dan budi serta kasih  ibu yang ditumpahkan kepada 'hamba-hamba' Allah dimuka bumi ini  akan terbalas dan diberikan kesempurnaan olih Alllah SWT.


Didalam kesedihan yang melanda hati ini, aku tetap bersyukur kehadrat Ilahi kerana 'Allah SWT tetap memberikan petunjukNya walauppun 'nyawa' ibuku  sudah dipenghujung. Alhamdullilah kesempatan yang Kau  berikan kepada diri ini adalah diluar  pemikiran manusia untuk menerimanya. Dan dengan kesempatan yang Kau berikan itu Ya Allah,,aku sangat bersyukur dan  mudah-mudahkan diri ini  akan merasa 'lebih rendah lagi' dari seorang yang mengaku  dirinya  'hamba'Allah..

Allahhuakbar!!!!!!!


Diwaktu diri disaluti kesedihan  dengan rasa kesyukuran, perasaan 'membara' kemarahan mula membuak  kerana agama yang aku anuti yang didatangkan 'khas dari Arash" yang diwahyu Allah SWT kepada junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w  melalui Jibrail, seringkali  diperlekehkan olih orang bukan Islam yang dibenteng  'imuniti politik'. Sungguh sedih!!!! Penghinaan demi penghinaan dilakukan terhadap penganut Islam namun 'kuasa politik' orang Islam masih lagi gagal 'membendung'nya.

Apakah perlu kita mengambil tindakan ditangan sendiri? sekiranya jelas Pemerintah gagal menanganinya?????

Kalau Raja atau Sultan dan juga Yang Di Pertuan Agung sudah mengaku seperti yang  termaktub didalam Perlembagaan Negara ini bahawa 'mereka' adalah Ketua Agama Islam, kenapa, perkara ini dibiarkan berleluasa???

                                         anjingserban


                                             ikhas dari :- Cahaya Al Majid








Wednesday 8 October 2014

THE PROMISED LAND : WAKIL RAKYAT DAN AHLI PARLIMEN..KAYA..KAYA..KAYA ....PI MATI LAH DENGAN RAKYAT !!!!!

YANG KAYA TIDAK TERKESAN DENGAN PENGURAGAN SUBSIDI
TETAPI YANG MISKIN  PASTI MENGELUUR KERANA TERPAKSA
MENANGGUNG "SIKAYA"  

                         MANA SUARA PEMIMPIN YANG MEMBELA KESUSAHAN RAKYAT

Bismillah-hir-rahman-nir-rahim

Nasib dan masa depan rakyat semakin tidak menentu diera Najib. Dikala rakyat tengah bersusah hati dengan 'pemotongan subsidi' minyak baru-baru ini. Tanpa rasa belas dan ehsan terhadap kesusahan rakyat yang  terbeban dengan peningkatan kos sara hidup yang semakin meningkat setiap hari tetapi sebaliknya keajaipan pula Najib 'limpahkan' kepada 'makhluk kaya raya' ini .  Melalui Kerajaan kepimpinannya, Najib  menaikkan pula gaji serta  elaun semua ahli parlimen dan wakil rakyat, seolah-olah mereka inilah yang terkesan dengan peningkatan kos penghidupan dan bukan rakyat.

Nampaknya 'golongan' manusia yang 'tak berotak' ini juga Najib hendak 'junjung atau sememangnya Najib mahu menutup mulut mereka-meraka ini agar 'patuh' dan 'mengikut telunjuk'.

Agaknya Inilah nasib malang yang TERPAKSA  'dipikul' olih rakyat marhean .dinegara kita ini.

Didalam keadaan hutang negara yang bertimbun-timbun atau yang berada dalam berkedudukan 'defisit' nyata 'mainan' Najib untuk 'memperbodohkan; rakyat, semakin menyesakkan kepala.

Dalam satu segi Najib kata, 'pengurangan subsidi' bolih mengurangkan 'deficit' , dan  Kerajaan tiada pilihan lain selain  'mengurangkan' subsidi ' yang sengaja dipikulkan dibahu rakyat tetapi pada masa yang sama 'poket wakil rakyat juga yang  dipenuhkan' dengan mengggunakan 'duit rakyat', 'adilkah???

Rakyat disuruh mengikat perut tetapi perut pemimpin di'boroikan' dengan wang rakyat.

Patutlah 'bala' datang  bertimpa-timpa kerana pemimpinnya 'menzalimi' rakyatnya sendiri .


WAKIL RAKYAT DAN AHLI PARLIMEN TERSENYUM KEGEMBIRAAN WALAUPUN
                                   RAKYAT TERUS MENDERITA KESUSAHAN.


Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim mengesahkan tiada tentangan yang diterima ahli Parlimen pembangkang, termasuk ketuanya, terhadap rancangan Putrajaya menaikkan gaji ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara.

Beliau berkata, pihaknya mengucapkan terima kasih kepada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana persetujuannya yang membolehkan pelaksanaan kenaikan gaji ahli Parlimen.

"Saya ucap terima kasih kepada ahli Parlimen pembangkang dan ketua pembangkang, terhadap persetujuan perubahan gaji.

"Kita akan menunggu pengumuman daripada perdana menteri kelak," katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata ‎kepada The Malaysian Insider membidas laporan sebuah portal yang menggambarkan dirinya mengugut pemimpin PR.

Ia merujuk kepada kenyataan sekiranya ada bantahan daripada pemimpin pembangkang itu maka kenaikan gaji itu harus dilupakan.

"Saya tidak maksudkan begitu ...‎ yang kita mahukan sekarang ini adalah gaji ahli Parlimen dinaikkan maka kita mahu ia dilaksanakan.

"Sekiranya ada tentangan, maka tidak adalah kenaikan gaji ahli Parlimen," katanya.

Terdahulu pada sidang medianya di Parlimen, Shahidan berkata kenaikan gaji itu tidak termasuk gaji perdana menteri dan menteri.

Bagaimanapun beliau tidak mendedahkan berapakah jumlah kenaikan, tetapi berkata pembangkang meminta ‎peruntukkan tambahan elaun pejabat dan pembantu penyelidik.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mencadangkan kajian semula elaun sedia ada bagi ahli Parlimen ketika membentangkan Bajet 2012.

Bagaimanapun, kenaikan yang memperuntukkan sebanyak RM30 juta dari belanjawan itu ditolak pembangkang lapor The Malaysian Insider

                                               ikhlas dari : Cahaya Al Majid

Tuesday 7 October 2014

THE PROMISED LAND : SILA JAWAP ADAKAH INI HUTANG PERIBADI NAJIB ATAU KERAJAAN MALAYSIA ATAU RAKYAT MALAYSIA

NAJIB MENAFIKAN  HUTANG 1MDB ADALAH HUTANG NEGARA
TETAPI  1MDB ADALAH MILIK KERAJAAN MALAYSIA
 SIAPA TEMBERANG SIAPA NI....

                             
Bismillah-hir-rahman-nir-rahim

Dr M raises eyebrow at 1MDB’s debt buildup
                                       Mahathir questioned why Malaysia needed a state investment fund such as the 1MDB, pointing out that these were usually formed by countries with a surfeit of wealth and revenue, rather than one heavily in debt. — Reuters pic
                                   
SEPTEMBER 11, 2014

KUALA LUMPUR, Sept 11 — Tun Dr Mahathir Mohamad has expressed concern over the debt being amassed by sovereign wealth fund 1MDB, warning that this could overwhelm Putrajaya’s already strained finances.

The former prime minister also questioned why Malaysia needed a state investment fund such as the 1MDB, pointing out that these were usually formed by countries with a surfeit of wealth and revenue, rather than one heavily in debt.

“Funds for 1MDB are not from the country’s surpluses. These are debts. Billions of ringgit owed will add to the country’s very high debts. Debts that the country must pay.

“If not, we will become bankrupt like Argentina. A country with a yearly deficit cannot possibly pay debts as high as this,” he wrote on his blog yesterday.

Dr Mahathir, who held the finance portfolio in the later days of his administration, suggested that 1MDB’s investments allowed Putrajaya to avoid parliamentary oversight for public spending, as these were not included in the Budget that is tabled annually.

He also said the off-budget investments could be used to circumvent the legal debt ceiling that Putrajaya is now just hovering under.

Malaysia's debt-to-GDP ratio stood at 53.8 per cent at the end of last year, close to an official debt ceiling of 55 per cent beyond which the government must seek parliamentary approval.

The fund has been dogged by negative publicity over massive fees paid for bond sales, the near one-year delay in publishing its financial accounts, and most recently, changing auditors.

1MDB, a brainchild of Prime Minister Datuk Seri Najib Razak, was set up to help drive Putrajaya's strategic investments.

Kerajaan tidak pernah jamin jumlah bon dan pinjaman 1MDB, kata Najib

KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak pernah menjamin jumlah bon dan pinjaman 1Malaysia Development Bhd (1MDB) sebanyak RM38 bilion, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata hanya pinjaman bernilai RM5 bilion sahaja yang menerima jaminan kerajaan.

"Selain daripada itu, 1MDB tidak menerima jaminan dari kerajaan bagi pinjaman-pinjaman yang lain," katanya dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan Lim Guan Eng (DAP-Bagan) yang meminta Menteri Kewangan menyatakan sama ada kerajaan menjamin jumlah bon dan pinjaman 1MDB dan sama ada ia melebihi RM38 bilion.

Najib berkata 1MDB ialah satu syarikat strategik milik penuh kerajaan dan kerajaan telah memberikan suntikan ekuiti sebanyak RM1 juta semasa penubuhan syarikat berkenaan.

Katanya, pelaburan 1MDB kebanyakannya bersifat strategik dan merupakan aktiviti kerjasama di peringkat kerajaan ataupun kerajaan-kepada-kerajaan.

Najib berkata antara projek Kumpulan 1MDB ialah Tun Razak Exchange yang bernilai RM26 bilion yang mempunyai visi untuk membangunkan Kuala Lumpur sebagai hab kewangan dan ekonomi antarabangsa.

Beliau berkata projek itu kini berada dalam fasa pembinaan dan pemasaran.

"Aset tenaga seperti Powertek Berhad dan Kuala Langat Power Plant Sdn Bhd dijangka akan terus menjana pertumbuhan negara," katanya.

Katanya, pelaburan 1MDB juga disalurkan secara terus kepada inisiatif tanggungjawab sosial korporat melalui Yayasan 1MDB yang menjadikan pendidikan, pembinaan kapasiti, pembangunan kemahiran dan lain-lain sebagai fokus meningkatkan taraf hidup rakyat.

"1MDB akan terus memikul mandat yang diberi kerajaan untuk menerajui inisiatif ekonomi strategik yang akan menghasilkan pembangunan jangka panjang yang mampan termasuk projek-projek sosial yang menekankan kemajuan modal insan," katanya.


AHAD, 14 SEPTEMBER 2014 @ 6:40 PM
1MDB dijangka tangguh IPO - sumber
 
HONG KONG: 1Malaysia Development Bhd (1MDB) menangguhkan pelancaran tawaran awam permulaan (IPO) untuk meraih RM10 bilion berikutan tempoh lebih lama diambil untuk proses ketekunan wajar dan rundingan penyusunan semula pinjaman RM5.5 bilion, kata sumber.

IPO itu yang dijadual dilancarkan pada suku keempat tahun ini, sebaliknya berkemungkinan dilaksanakan secepat-cepatnya pada suku pertama tahun depan.

1MDB, entiti milik penuh kerajaan yang dilihat sebagai dana pelaburan kerajaan dan firma pelaburan persendirian, kini mempunyai hutang lebih AS$11 bilion (RM35.15 bilion). Syarikat itu merancang mengurangkan liabiliti dengan menjual aset tenaga menerusi IPO itu.

Pada Mei lalu, dana itu menyusun semula pinjaman modal kerja RM5.5 bilion ke dalam dua bahagian iaitu RM3.5 bilion yang matang selepas 123 bulan dan RM2 bilion yang akan matang November ini, mengikut data LPC, sebuah unit dalam Thomson Reuters yang mengkhusus dalam penganalisaan hutang.

Bahagian RM2 bilion itu bagaimanapun dijangka dilanjutkan untuk beberapa bulan lagi atau dilunaskan sedikit menerusi dana dalaman, sekali gus mengurangkan tekanan untuk 1MDB segera membayar sebahagian hutangnya, kata sumber itu.

Mengikut LPC, Maybank International Ltd dan RHB Bank dipilih sebagai pengatur utama dan pengumpul bida bagi penyusunan semula pinjaman itu.

Pinjaman RM5.5 bilion itu sudah dua kali dilanjutkan tempoh. Ia asalnya adalah sebahagian pinjaman RM6.17 bilion yang diperoleh 1MDB daripada Maybank Investment Bank pada 2012.

Sementara itu, penganalisis di agensi penarafan kredit Moody's, Christian de Guzam, berkata penarafan 1MDB mungkin terjejas dengan penangguhan IPO kerana hutangnya dijamin oleh syarikat pelaburan milik kerajaan Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu (UAE). - Reuters


.Apa yang kerajaan BN tak beritahu kita tentang 1MDB-PetroSaudi ?
Date: Thursday, April 19 @ 20:04:38 MYT
Topic: Berita

KUALA LUMPUR, : Adakah usahasama carigali minyak Laut Caspian di antara  1Malaysia Development Bhd (1MDB) dan PetroSaudi International Ltd benar-benar satu pelaburan yang menguntungkan atau ia cuma skim cepat kaya yang bakal meleburkan berbilion ringgit wang rakyat?
Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua berkata, sikap kerajaan Barisan Nasional yang enggan memberi penjelasan menyeluruh tentang usahasama 1MDB dan PetroSaudi menimbulkan keraguan kerana ia melibatkan “pelaburan” berbilion ringgit.



Menurutnya, jika usahama itu adalah pelaburan yang sebenar, dan bukan satu bentuk penipuan atau scam , ia perlu dijelaskan kepada rakyat.
“Apakah yang cuba diselindungi? Kalau syarikat PetroSaudi benar-benar hebat, tolong beritahu Dewan Rakyat betapa hebat syarikat tersebut dengan angka-angka kunci kira-kira dan penyata kewangan.

“Tapi jika diam membisu, ini bermaksud ada yang tidak mengena dan apa yang disyaki oleh Pakatan Rakyat ini adalah berasas,” katanya.

Menurutnya, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah dua kali membangkitkan isu “pelaburan” 1MDB ke dalam syarikat usahasama bersama PetroSaudi tahun lalu tetapi gagal mendapat jawapan penjelasan terperinci mengenai pelaburan tersebut.

1MDB tak perlu jelas kepada Parlimen?

Pua yang juga Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara menjelaskan bahawa 1MDB merupakan sebuah syarikat yang dimiliki kerajaan sepenuhnya dan segala pinjaman yang diperolehi oleh 1MDB ini adalah dijamin oleh kerajaan persekutuan.

Dengan itu, katanya, segala perbelanjaan 1MDB sepatutnya tidak berbeza dengan perbelanjaan kerajaan secara langsung.

Akan tetapi, tambah beliau, 1MDB diberikan kuasa mutlak untuk membuat pelbagai perbelanjaan atau pelaburan tanpa pantauan secara langsung daripada Parlimen.

“Pelaburan (dengan PetroSaudi) ini merupakan pelaburan wang rakyat yang cukup besar – US$1 bilion pada Sep 2009. Pelaburan ini adalah sebagai modal untuk pegangan saham 40% dalam syarikat usahasama 1MDB-Petrosaudi.

“Walau pun PetroSaudi sepatutnya menyuntik US$1.5 bilion untuk memenuhi syarat ekuiti 60%,  PetroSaudi dibenarkan menyuntik sebuah aset medan minyak tengah Laut Caspian yang “berpotensi”.

“Maksudnya, yang disuntik bukannya wang tunai seperti pelaburan 1MDB.  Yang disuntik adalah satu kawasan laut yang mungkin ada minyak,” katanya.

Yang anehnya, menurut Pua, 1MDB membuat keputusan untuk melupuskan pegangan saham dalam syarikat usahasama tersebut dengan menukar ekuiti kepada pinjaman Nota Murabahah yang bernilai US$1.2 bilion sedangkan  Nota Murabahah itu bukannya pinjaman biasa di mana pinjaman dibayar balik secara beransur.

Untuk jangkamasa 11 tahun, PetroSaudi hanya perlu bayar balik nilai kupon sahaja sebanyak 8.67%  sebelum kesemua hutang dibayar dengan sepenuhnya selepas 11 tahun, tambah beliau.

Beliau mempersoalkan sama ada matlamat 1MDB adalah untuk untuk menjadi Ah Long besar antarabangsa kerana sanngup mengeluarkan wang rakyat yang begitu banyak untuk syarikat asing.

Siapa PetroSaudi, siapa pemiliknya?

“Siapa pula syarikat PetroSaudi ini sebenarnya?  Mengikut laman web PetroSaudi International, ia merupakan sebuah syarikat yang baru ditubuhkan pada tahun 2005, tak sampai 4 tahun pun apabila 1MDB membuat pelaburan sebanyak US$1 bilion.

“Siapa yang memiliki syarikat PetroSaudi ini? Mengikut laman webnya, PetroSaudi International diasaskan oleh Tarek Essam Ahmad Obaid bersama beberapa pelabur persendirian yang tidak dinamakan.

“Siapa pula Tarek Essam Ahmad Obaid ini?  Yang pelik, jika kita buat carian Google,  namanya hanya muncul selepas perjanjian di antara 1MDB dan Petrosaudi dibuat.  Langsung tidak ada berita mengenai Sheikh Tarek Essam ini di mana-mana pun yang boleh memberikan latar belakang beliau dengan lebih jelas,” jelasnya.

Malah, Pua mempersoalkan sama ada PetroSaudi yang ditubuhkan di kepulauan Seycelles benar-benar sebuah syarikat yang tulen – sehingga hari ini tiada siapa pun dari kerajaan atau  1MDB menjelaskan secara terperinci mengenai nilai syarikat Petrosaudi itu.

Menurutnya, rakyat tidak tahu sama ada 1MDB telah meminjamkan US$1.2 bilion kepada sebuah syarikat “kosong” atau pun sebuah syarikat yang benar-benar bernilai berbilion-bilion dolar.

“Apa yang membimbangkan ialah pinjaman tersebut tidak dibuat dengan sebarang ratings oleh agensi penilaian tempatan atau antarabangsa.  Pinjaman bon atau sukuk yang dibuat dalam negeri pun memerlukan sokongan laporan dari Ratings Agency Malaysia (RAM) atau Malaysia Ratings Corporation (MARC).
“Tetapi pinjaman sebanyak US$1.2 bilion yang dibuat dengan wang yang dijamin oleh rakyat Malaysia, langsung tidak memerlukan sebarang akreditasi daripada mana-mana pihak,” ujarnya.

1MDB terjebak dengan skim cepat kaya?

Apa yang lebih memeranjatkan adalah 1MDB bukan sahaja menukarkan ekuiti kepada pinjaman pada  31 Mac 2010, malah 1MDB telah memberikan pinjaman tambahan sebanyak US$500 juta (atau RM1.6 bilion) kepada PetroSaudi International, tambah Pua.

Menurutnya, semua maklumat itu terkandung dalam Penyata Kewangan 1MDB untuk tahun berakhir Mac 2011 yang diperolehi daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan penyata terkini tersebut telah dikemukakan kepada SSM pada Oktober 2011.

“Bila saya baca sampai hujung penyata, saya terkejut sekali lagi dalam bahagian “subsequent events”, di mana dilaporkan bahawa 1MDB telah memberikan pinjaman tambahan sebanyak US$200 juta kepada anak syarikat Petrosaudi pada Mei 2011.

“Maksudnya, walau pun anak syarikat Petrosaudi perlu membayar kadar kupon sebanyak US$105 juta setiap tahun kepada 1MDB, pinjaman tambahan yang dibuat adalah melebihi pulangan yang diterima.

“Ini seperti nak jadi skim Ponzi (skim cepat kaya),” katanya. – Roketkini.com


KEGUSARAN MAHATHIR TENTANG PENINGKATAN HUTANG
NEGARA DIBAWAH NAJIB
                                               
11. Perdana Menteri Kelima setelah menang besar dalam PRU 2004, kehilangan lima buah negeri, satu wilayah dan kemerosotan yang besar di Dewan Rakyat dalam PRU 12, 2008.

12. Sepatutnya pengganti memperoleh kemenangan yang lebih baik. Tetapi tidak. Pencapaian Perdana Menteri Ke-6 lebih buruk lagi dalam PRU13 setelah memberi wang Kerajaan kepada berjuta rakyat, membelakangkan Dasar Ekonomi Baru, melayan orang yang tidak hargai layanan, meningkatkan hutang Kerajaan, mendengar nasihat konsultan luar dan lain-lain lagi.

Wednesday 1 October 2014

THE PROMISED LAND : NAJIB WAJIB BERUNDUR KERANA MEMISKINKAN ORANG MELAYU

NAJIB KAU GAGAL

                                                   MELAYU BAKAL PAPA KEDANA


Bismillah-hir-rahman-nir-rahim

Berita yang dikabarkan olih Najib bahawa pendapatan perkapita isi rumah rakyat  negara ini telah bertambah serta berita pertumbuhan ekonomi negara ini berkembang sehingga 6.4%, kini telah menjerat keseluruhan rakyat negara ini dengan istilah 'pengurangan subsidi' yang diterjemahkan olih Kerajaan Najib dengan peningkatan harga petrol sebanyak rm0.20 kepada rm.2.30 seliter mulai malam ini.

Semenjak Najib menerajui negara ini berbagai-bagai 'wow' factor diejutkan kepada rakyat terutama kepada orang Melayu yang bermajoriti yang kebanyakanya bukanlah dari golongan berpendapatan tinggi atau kaya tetapi golongan yang 'ada-ada' dan bukan golongan 'berada'.

Denganbermacam-macam istilah 'transformasi' dikenalkan olih Najib namun 'taraf' kehidupan orang Melayu ,kebanyakanya masih ditaraf yang sama hanya segelintir saja yang menikmati 'nikmat' transformasi ini. Hasil transformasi yang di'gulaikan'kan Najib hanya menguntungkan sebelah pihak saja tetapi inplikasi kepada rakyat marhean amat ketara kesannya.

Kita didendangkan dengan bermacam-macam 'istilah' olih Najib, tetapi, semua cadangan atau perkara yang diimplimen semuanya 'menyesakkan' atau 'menyempitakan' poket rakyat.

Didalam kemerosotan harga minyak dipasaran dunia tetapi negara ini 'meningkatkan' harga petrol dengan alasan 'mengurangkan' subsidi.

Benarkah 'subsidi dikurangkan' seperti yang diperkata.

Atau mungkin 'nilai matawang kita 'telah menyusut! Ataupun hutang luar negara kita 'menggunung'?

Kerana melalui beberapa pendedahan sebelum ini terdapat  beberapa pendedahan dari  blog mahupun dari catatan Tun Mahathir sendiri , seperti yang dinyatakan bahawa 'hutang 1MDB" milik Khazanah sudah semakin parah dan utang negara sudah mencapai RM700Billion, dimana 'semua hutang' ini perlu ditanggung olih setiap rakyat.

Sebenarnya perkara 'Malaysia Bakal Merudum' dibawah Najib telah saya 'blogkan' sebelum ini,, tetapi saya tidak menjangkakan bahawa perkara ini berlaku dengan cepat. Walauapa pun semuanya semakin menyesakkan.

Untuk makluman semua, hanya satu saja jalan yang dimiliki olih rakyat negara ini untuk menyelamatkan 'situasi' ini, iaitu dengan 'menurunkan' Najib.

Orang Melayu atau penyokong UMNO perlu bersatu hati 'mendesak' Ketua Bahagian mahupun Wakil Rakyat  UMNO bagi  'menyatakan' pendirian untuk tidak menyokong 'tindakan Najib'. Sekiranya 'protes' ini bolih dilakukan dari dalam UMNO dengan 'mendesak' Najib untuk berundur dan wakil rakyat perlu berpendirian bahawa sekiranya Najib 'tidak mahu berundur' maka, wakil rakyat perlu menyatakan pendirian bahawa 'undi tidak percaya' perlu diusulkan untuk 'menurunkan' Najib.Tetapi sekiranya wakil rakyat tidak 'mahu' mengikut telunjuk 'pengikut' @ 'ahli umno' maka ahli-ahli UMNO perlu keluar dari UMNO secara beramai-ramai dan membuat pendirian tidak menyokong UMNO dan Najib lagi.

Sekiranya ini berjaya dilakukan 'inshaallah' suara ahli UMNO, bakal 'menjadi' penentu untuk 'kelangsungan' UMNO pada PRU 14.

Rakyat dan juga ahli ahli UMNO sudah muak dengan 'kata-kata' pemimpin UMNO yang tidak mementingkan 'kesejahteraan' Melayu tetapi mereka lebih menentingkan 'keuntungan' mereka berbanding keperluan rakyat dibawah.

Apa yang dipuutuskan olih Kerajaan pimpinan Najib ini sebenarnya 'menyusahkan' orang Melayu dan seeloknya 'Najib' diberhentikan dari jawatan Perdana Menteri dan Presiden UMNO.

Yakinlah Najib tidak akan berjaya mengangkat Melayu untuk phrasa seterusnya. Sebelum negara punah dan muflis...UMNO dan orang Melayu perlu nyahkan Najib dengan segera.


                                                     ikhlas dari :- Cahaya Al Majid