STRATEGI UNTUK MENGHILANGKAN IDENTITI MELAYU |
Bismillah-hir-rahman-nir-rahim
Pakar di Malaysia ketika ini beriya-iya sangat mahu menuntut agar Putrajaya memansuhkan status 'kaum' atau 'bangsa' didalam pengenalan identiti setiap rakyat dinegara ini.
Kenapa mereka ini mahu dikenali sebagai '1Malaysia'?. Adakah 1 Malaysia ini melambangkan bangsa diri mereka ? Kenapa? Adakah mereka ini malu untuk dikenai sebagai Cina, India, Serani, Iban atau apapun bangsa keturunan mereka? Tidak cukupkah mereka ini dikenali sebagai rakyat Malaysia saja.
Memandangkan ketika ini sudah terjadi banyak perkahwinan campuran antara rakyat tempatan iaitu Melayu dan Bumiputra dengan bangsa lain, tidak ketinggalan juga dengan warga asing seperti Indonesia, Bangladash, Nepal, Kemboja, , Negro dan lain-lain, apakah keturunan mereka ini akan tetap dipanggil dengan 'kaum Bumiputra ataupun Melayu?
Apakah anak keturunan mereka ini selayaknya diberikan ''keistemewaan' seperti yang dinikmati olih Melayu dan Bumiputra?
Untuk itu, sewajarnya Putrajaya mengekalkan apa yang dipraktikkan sejak 55 tahun dahulu tanpa diubah apa-apa. Kalau dalam Surah Al Hujerat Allah SWT telah menetapkan jenis bangsa-bangsa apakah kita mahu merubah dan menafikanya? atau adakah '1Malaysia' merujuk kepada bangsa yang dimomokan olih Najib?
Mansuhkan keseluruhan kategori kaum, kata pakar
Ketika Sabah dan Sarawak memutuskan memansuhkan perkataan 'lain-lain' dalam ruangan kaum di semua borang agensi kerajaan, pakar mahu Putrajaya mempertimbangkan menghapuskan sama sekali kategori kaum, mengatakan ia tiada gunanya melainkan hanya mengekalkan perpecahan antara kaum sedia ada dan bertentangan dengan konsep 1Malaysia. -
Firman Allah bermaksud:
"Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal".
Surah al.Hujurat (13)
Allah telah menurunkan sebaik-baik perkataan iaitu Kitab Suci Al-Quran yang bersamaan isi kandungannya antara satu dengan yang lain (tentang benarnya dan indahnya), yang berulang-ulang (keterangannya, dengan berbagai cara); yang (oleh kerana mendengarnya atau membacanya) kulit badan orang-orang yang takut kepada Tuhan mereka menjadi seram; kemudian kulit badan mereka menjadi lembut serta tenang tenteram hati mereka menerima ajaran dan rahmat Allah. Kitab Suci itulah hidayah petunjuk Allah; Allah memberi hidayah petunjuk dengan Al-Quran itu kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya); dan (ingatlah) sesiapa yang disesatkan Allah (disebabkan pilihannya yang salah), maka tidak ada sesiapa pun yang dapat memberi hidayah petunjuk kepadanya.
Surah Az.Zumar ( ayat 23 )
Cahaya Al Majid