Wednesday 29 April 2015

THE PROMISED LAND : BOLIHKAH UMNO MENANG PRU 14 DENGAN 3.5 JUTA AHLI??

SIAPA YANG MENARI DAN SIAPA YANG KENA IKUT TARI
                                    ADAKAH NAJIB TINGAL NYAWA-NYAWA IKAN ??

Bismillah-hir-rahman-nir-rahim.

Maaf kepada para pelayar yang selalu menjenguk ke blog ini, bukan kemana-mana cuma memerhatikan rentak tari dengan alunan dan  tempo yang dimainkan olih Sang  Maha Pencipta terhadap hambanya. Cara bagaimana hambanya menari ada yang mengikut tempo dan ada yang out tempo, begitu juga dengan suara-suara yang menyanyi ada yang lunak ada yang sumbang dan ada juga yang tak masuk note, itu lah yang saya perhatikan selama ini.

Kemelut yang sememangnya dalam perancangan Allah SWT, nampaknya semakin hari semakin hangat dan perkara ini telah saya tuliskan terdahulu bahawa 'alunan' ini pasti meledak dan memecahkan lagi kumulan yang mengaku berbangsa Mim ini.

Ada hati-hati yang telah diselewengkan olih Allah SWT untuk menjerumuskan 'makhluk' ini kelembah yang hina dan ada juga makhluk yang cuba memberi pandangan yang baik tetapi 'kehinaan' juga  dimata mereka yang 'tersesat hati' ini , malahan bersengkokol pula menafikan 'kebaikan' ini.

Terus kepada fakta, walaupun Dr Mahathir terus mengasak untuk 'menurunkan;' Najib dari persada 'kuasa' yang dilihatnya Najib telah tersasar jauh dari landasan sehinggakan hutang  1MDB kini mengunung mencecah RM50 billion, namun sebab musabab atau kenapa hutang ini mencanak naik tidak pula dijawap olih Najib . Sepatutnya sebagai Perdana Menteri aka Menteri Kewangan atau 'Penghulu' kepada  1MDB, seharusnya Najib 'menjawap' pertanyaan ini. Tetapi sehingga kini, semuanya telah 'dibisukan'.

Watak Jho Low yang didakwa olih Najib tidak mempunyai sebarang kaitan dengan 1MDB telah dinobatkan olih Dr Mahathir didalam blog nya dan input mengenai watak yang dikata bakal  'meranapkan' struktur ketahan Najib ini, diulas panjang lebar pengelibatannya olih Sarawak Report, namun, Najib mahupun 1MDB masih 'membisu' seribu bahasa, Tiada sebarang penafian mahupun percubaan 'mencela' terhadap Sarawak Report dilakukan samada olih Najib mahupun 1MDB sendiri. Namun dari apa yang berlaku dikata seluruh ali-ahli UMNO yang berjumlah 3 juta ini, di'sabda;' kan menerima segala apa yang dilakukan olih 1MDB atau Najib. Mungkin mereka menjangkan bahawa peningkatan hutang RM 50 billion ini tak sebesar mana.

Bermacam-macam 'kehinaan' dilemparkan terhadap Dr Mahathir kerena beliau dikata  'membuka' peti hutang' 1MDB ini, sebenarnya 'pengampu-pengampu' ini lupa bahawa Sarawak Reportlah yang mendahului segalanya namun belum ada satupun laporan ;polis dibuat  terhadap 'entiti' ini , walaupun mereka telah  'mencemar' nama baik Malaysia dan masa depan ekonomi negara.

Kenapa UMNO ataupun Kerajaan Malaysia ataupun Parlimen Malaysia tidak mengambil tindakan terhadap Sarawak Report? Atau adakah laporan yang dibuat Sarawak Report ini adalah satu kebenaran? sehinggakan Kerajaan takut untuk mengheret mereka kemuka pengadilan? Atau sememangnua apa yang didakwa olih Sarawak Report ini adalah benar belaka?

                                      SEMUANYA DARI SARAWAK REPORT
           ADAKAH INI SATU  FITNAH  TERHADAP KERAJAAN MILIK RAKYAT                                    MALAYSIA

           KENAPA KERAJAAN PIMPINAN NAJIB BISU SERIBU BAHASA
           APAKAH INI BENAR BELAKA!!!!!???

Further USD$330 million Went Straight To Jho Low’s Good Star Limited From 1MDB! NEW EXCLUSIVE


Further USD$330 million Went Straight To Jho Low’s Good Star Limited From 1MDB! NEW EXCLUSIVE

Good Star Connection – Jho Low’s Contact At Abu Dhabi Wealth Fund Is Removed From His Posts!


Walau apapun pun pendekatan UMNO terhadap perkara ini terutama berkenaan tingkahlaku mereka yang mengutuk ataupun 'mencerca'  Dr Mahathir, samaada melalui TV3 mahupun RTM, namun, luka yang dilakukan olih UMNO terhadap 'Dr Mahathir' bakal mengurangkan lagi kepercayaan 'pengundi' atas pagar terhadap Kerajaan. Kalau dahulu BN tergelincir 2% dibelakang Pakatan Pembangkang, rasai nikmat terkini, bahawa, anak-anak muda yang tudak sealiran dengan pegangan Kerajaan serta mereka-mereka yang terkesan dengan cukai 'idman' Najib GST, menjelang PRU 14, UMNO bakal dikuburkan. Tentang masa depan Najib sebagai Perdana Menteri 'inshaallah' June adalah terikh keramat buat beliau.

Apa yang diluah olih Dr Mahathir adalah untuk mengelakkan diri Najib dari  dijirankan dengan Anwar Ibrahim di Penjara Sungai Buluh. Namun dari apa yang dilihat, 'harapan' Najib amatlah cerah untuk didaftarkan sebagai 'sahabat Anwar', di penjara sekiranya 'tiada' perubahan dalam diri 1MDB mahupun UMNO.


                                                Deputy Finance Minister Datuk Ahmad Maslan has hit out at former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad, asking him to check the Customs website to learn more about the GST. – The Malaysian Insider pic, April 29, 2015.
       
               
"'Kesian orang tua tu' (pity the old man)," he told reporters at a press conference at the Barisan Nasional media centre in Permatang Pauh. -
                                       
                                           Image result for IMEJ MAHATHIR


    UMNO menepikan pandangan majoriti Melayu tetapi hanya bergantung kepada 3.5 juta ahlinya
                                              BOLIH KE TAHAN  SAMPAI PRU 14

                                                     ikhlas dari :- Cahaya Al Majid

Saturday 11 April 2015

THE PROMISED LAND : MELAYU TERLAKNAT KERANA 'ARAHAN'

 HANG TUAH. MEMBUNUH JEBAT KERANA ARAHAN SULTAN MELAKA
MOTIFNYA
 KERANA HANG JEBAT TELAH MENDERHAKA
KENAPA HANG JEBAT MENDERHAKA?
KERANA RAJA TELAH MEMBUNUH HANG TUAH
TETAPI
APAKAH 'MOTIF' , SEBAB ATAU  ALASAN 
SIRUL DAN AZHAR  MEMBUNUH  ALTANTUYA
 ATAS ARAHAN SIAPA?????..
                        " Sirul  mengulangi kenyataan bahawa dia bertindak atas arahan".

Bismilllah-hir-rahman-nir-rahim.

Hanya kerana "arahan'  Sultan Melaka',  Hang Tuah sanggup membunuh Hang Jebat walaupun mereka  ibarat 'isi dan kuku' atau macam  adik beradik, yang dikata  membesar dan bermain bersama-sama sedari kecil. Namun semua itu bertukar apabila Hang Tuah 'di'arahan'kan untuk menghapuskan Hang Jebat.

Terpanggil pula hari ini untuk membicarakan kisah "Pembunuhan Altantuya' dimana dua anggota Polis didapati bersalah dan dijatuhi hukuman mati, walaupun 'motif " pembunuhan terhadap 'model Mongolia' tersebut tidak dijelaskan sama sekali.

Samaada 'dua anggota' Polis tersebut iaitu Azilah dan Sirul membunuh model tersebut atas alasan atau tujuan   'merompak' , 'merogol' mangsa ataupun kedua Polis tersebut mempunyai dendam terhadap 'mangsa  kerana  mangsa telah mendatangkan 'ancaman' keselamatan bagi  'keluarga dua anggota ini tidaklah diketahui sebabnya sehingga kini. Apa yang pasti hanya merekalah orang terakhir  yang dilihat atau didapati bersama-sama Altantuya sebelum 'pembunuhan' tersebut.

Atas alasan apa Sirul mengatakan bahawa  pembunuhan terhadap Altantuya  itu dilakukan  kerana 'atas arahan'  tidak pula dijelaskan sepenuhhnya olih Sirul mahupun Azhar.Olih itu 'spekulasi' terhadap 'dakwaan Sirul' ini telah meninggalkan banyak tanda tanya kepada  rakyat seluruhnya.Dan rakyat mahu tahu 'punca' atau 'sebab' nya.

Walaupun Sirul merupakan salah seorang anggota Polis UTK yang ditugaskan untuk menjaga keselamatan Perdana Menteri, namun, atas alasan apa 'beliau' bertindak  'membunuh Altantuya? Atau adakah Sirul dan Azhar ini sememangnya 'pembunuh upahan' yang 'berselindung' disebalik 'uniform Polis? Ini yang perlu dijelaskan olih 'bakal mangsa tali gantung' ini.

Kalau diikutkan akal yang waras amatlah mustahil untuk kedua-dua orang  ini mencari alasan lain untuk membunuh Altantuya tanpa sebab. Mana mungkin mereka mengenali 'model' secantik ini secara 'kebetulan'. melainkan kedua-duanya diberikan 'tugasan' ataupun 'arahan'.

Kisah nya hanya terkait apabila syarikat Razak Baginda yang merupakan rakan rapat kepada Najib yang pada masa itu telah selesai 'membait Scorpene', dan dikata ' Altantuya merupaka salah seorang 'perantara' atau ' broker' yang memainkan 'peranan' terhadap 'Projek Scorpene' tersebut. Dikata juga hanya kerana Altantuya menuntut 'bayaran' commission' yang 'besar' terhadap 'kerja'nya, maka mungkin , ancaman  tersebut  dijadikan alasan  beliau dihapuskan.Selain dari itu 'tidak' dapat dilihat kemungkinan lain untuk Altantuya dihapuskan.

Namun kalau sebenarnya kedua-dua entiti ini sememangnya 'pembunuh upahan' yang teah menerima 'bayaran' bagi  'tugasan' tersebut dimana mereka  berselindung disebalik 'uniform Polis' maka, 'hukuman tali gantung' teramatlah layak untuk mereka tetapi sekiranya perkara sebaliknya seperti yang didakwa olih Sirul maka 'selayak'nya, kebenaran 'dakwaan' 'atas arahan' perlu ditimbang semula demi mencari sebuah  'keadilan' bagi  seorang yang bernama manusia.

      'Membunuh jiwa lain atas nama mempertahankan 'tanah air' dan 'agama' adalah tuntutan
       Tetapi membunuh jiwa seseorang ditali gantung kerana 'tersepit' atas alasan ' arahan' ,              maka itu  adalah, satu kezaliman."

Tetapi yang tak masuk akalnya, hanya Razak Baginda saja yang kenal  rapat  serta yang mempunyai 'akses' sepenuhnya terhadap Altantuya tetapi dimana dan apa  puncanya sehingga  Azilah dan Azhar ini 'meletupkan' Altantuya??Bagaimana pula mereka berdua mengenali 'Altantuya'?Apa yang pasti kita tidak tahu apakah 'alasan' bagi kedua Polis' ini membunuh Altantuya sehingga 'tubuh'nya diletupkan??? Ini yang 'memuskilkan'.

                    "Tetapi yang lebih memuskilkan rakyat kenapa Najib 'melompat'?"

Penyataan Najib :-

Mengenai dakwaan penglibatan beliau dalam kes pembunuhan Altantuya Shaarribuu, Perdana Menteri berkata telah menafikan perkara itu sejak 2008 lagi.
Jelasnya, beliau telah bersumpah termasuk di masjid  tidak terlibat dengan kes itu dan tidak pernah mengenali Altantuya sama ada secara langsung atau tidak langsung.

 Dari penyataan Dr Mahathir dibawah ini tidak ada pula Dr Mahathir menuduh Najib.

1. Ramalan oleh masyarakat sekarang ialah UMNO dan BN akan kalah Pilihanraya Umum ke-14 kerana terlalu banyak tuduhan yang dibuat terhadap Najib yang tidak dijawab olehnya.

2. Ia bermula dengan kes pembunuhan Altantuya, wanita Mongolia yang terlibat dengan skandal pembelian kapal selam.

3. Dua orang anggota polis dituduh menembak mati wanita berkenaan, dibicara, didapati bersalah, kemudian didapati tidak bersalah dan dibebaskan. Kemudian dibicara semula dan dikena hukum bunuh.

4. Seorang daripada mereka berada dalam tahanan tetapi Sirul seorang lagi berada di Australia. Dia membuat kenyataan bahawa dia diarah untuk membunuh.

5. Rakyat tertanya-tanya siapa yang memberi arahan. Sebagai pengawal peribadi Dato Sri Najib, dakwaan Sirul perlu disiasat untuk menentukan siapa yang memberi arahan. Tetapi selain daripada Najib berkata Sirul “merepet”, tidak ada siasatan yang dibuat. Ini adalah nyawa manusia. Amatlah zalim jika Sirul dibunuh kerana menjalankan arahan.


Walauapa pun alasan Azhar dan Sirul, dosa kerana  'membunuh' atau ' mengambil jiwa' orang lain yang bukan dari ' tuntutan agama' , maka perbuatan tersebut adalah satu kesalahan  disisi Allah SWT.

                                                 ikhlas dari : Cahaya Al Majid


Monday 6 April 2015

THE PROMISED LAND :MENTALITI PEMIMPIN UMNO : APABILA KEGUSARAN DIKATA 'TOMAHAN'

 KERANA HANYIR PEMIMPIN UMNO
 UMNO  BAKAL DISUMPAH
 APABILA OTAK DAH JADI SPARA MASAK
MAKA LINGKUPLAH 

Bismillah-hir-rahman-nir-rahim

Ada yang menyebut ibarat 'telur dihujung tanduk',dan ada juga perumpamaan seperti  'retak menanti belah' namun perumpamaan itu bukanlah sesuatu yang asing bagi orang Melayu untuk 'mengambarkan' situasi atau keadaan  yang dihadapi.Kalau dahulu bangsa Melayu sememangnya suka berucap akaua berkata dengan mengggunakan 'kata kias' bagi mengungkapkan 'tujuan' namun kini semua itu telah mula berkubur seakan-akan tidak terpakai lagi dizaman ini.

Menyatakan atau bercakap secara terus terang dan tidak berselindung dari kata-kata telah menjadi trend masa kini. Mungkin disebabkan kebanyakan orang Melayu tidak lagi mahu berselindung dari kata-katanya mahupun mengambarkan 'niat hati sebenar 'maka berkata  secara terus-terang bagi menggelakan 'maksud' ayat ' dari disalah ertikan dan  'straight to the point' adalah jalan terbaik.Inilah yang dilakukan olih Dr Mahathir tanpa berselindung' terhadap individu yang mengepalai pertubuhan terbesar orang Melayu iaitu UMNO dan juga Pengerusi kepada Barisan Nasional yang dilihat olh Dr Mahathir sebagai 'tersasar atau lari jauh ' dari 'laluan ataupun landasan ' yang dirintis olih Pemimpin  UMNO.terdahulu.

 'Ayat membunuh' diluahkan olih Dr Mahathir terhadap 'salahlaku 'Najib dihemburkan. Ada yang mendakwa Dr Mahathir 'iri hati' atau 'cemburu' terhadap Najib dan tidak ketinggalan ada juga yang mendakwa bahawa Dr Mahathir mahukan Najib mengikut 'telunjuk'nya, namun walau apapun alasan yang didakwa terhadap Dr Mahathir, semua ini akan terus menjadi tajuk yang paling panas diperkatakan samaada olih orang UMNO ,orang  Melayu , Cina, India dan juga olih pemimpin luar negara.

Tiap bait-bait kata Dr Mahathir dianalisa olih rakyat  namun bagi  Pemimpin.UMNO pula, apa yang diluahkan olih Dr Mahathir adalah satu 'pendustaan' atau 'cerita angan-angan mat jenin' yang selayaknya bagi mereka ini 'dibangkul sampahkan' saja .Pemimpin UMNO ini lupa bahawa apa yang digusarkan olih Dr Mahathir adalah 'masa depan UMNO' dan nasib orang Melayu. Tetapi pemimpin UMNO masih lagi mahu 'menyanggah' apa yang digusarkan olih Dr Mahathir. Disinilah 'tergambar'nya kebodohon dan kebaculan tahap pemikiran pemimpin UMNO dalam 'menyanggah' apa yang diluahkan Dr Mahathir.

                             BILA  DR MAHATHIR MULA MENEROPONG

                                                   Image result for teropong


          "  ADAKAH  NAJIB DAN UMNO BERSENGKOKOL DALAM PENIPUAN INI"

  1. Ramalan oleh masyarakat sekarang ialah UMNO dan BN akan kalah Pilihanraya Umum ke-14 kerana terlalu banyak tuduhan yang dibuat terhadap Najib yang tidak dijawab olehnya.

2. Ia bermula dengan kes pembunuhan Altantuya, wanita Mongolia yang terlibat dengan skandal pembelian kapal selam.

3. Dua orang anggota polis dituduh menembak mati wanita berkenaan, dibicara, didapati bersalah, kemudian didapati tidak bersalah dan dibebaskan. Kemudian dibicara semula dan dikena hukum bunuh.

4. Seorang daripada mereka berada dalam tahanan tetapi Sirul seorang lagi berada di Australia. Dia membuat kenyataan bahawa dia diarah untuk membunuh.

5. Rakyat tertanya-tanya siapa yang memberi arahan. Sebagai pengawal peribadi Dato Sri Najib, dakwaan Sirul perlu disiasat untuk menentukan siapa yang memberi arahan. Tetapi selain daripada Najib berkata Sirul “merepet”, tidak ada siasatan yang dibuat. Ini adalah nyawa manusia. Amatlah zalim jika Sirul dibunuh kerana menjalankan arahan.


6. Kemudian kes 1MDB. Tuduhan penyelewengan dalam urusan wang berbillion Ringgit oleh Jho Low telah dibuat dengan bukti-bukti yang jelas. Tuduhan ini tidak dijawab selain dari berkata ia adalah pembohongan.

7. Kononnya aset 1MDB berjumlah 52 billion sedangkan hutang hanya 42 billion. Aset tidak jadi keuntungan sebelum dijual (dicairkan). Kenapa untuk membayar faedah sebanyak 2 billion pun terpaksa hutang dari Ananda Krishnan. Kalau 1MDB tidak rugi kenapa terpaksa hutang. Kenapa wang Kerajaan sebanyak 1 billion diberi kepada 1MDB setelah hutang dibayar?

8. Kononnya wang yang disimpan di Cayman Island sudah dibawa balik. Tetapi separuh disimpan dalam bank Swiss (BSI) di Singapura. Di mana pergi separuh lagi dari 6 billion? Kenapa wang ini tidak diguna untuk bayar faedah 2 billion.

9. Kononnya disimpan di Singapura kerana Bank Negara akan menyoal simpanan lebih dari 50 juta. Jikalau duit itu duit kita yang hanya disimpan di Cayman, apa masalahnya menjelaskan kepada Bank Negara punca wang itu. Lagi pun duit ini dimiliki oleh 1MDB yang dikuasai penuh oleh Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan.

10. Soalan-soalan lain berkenaan 1MDB tidak dijawab selain daripada berkata asetnya besar. Soal harga tanah Kerajaan yang dibeli oleh 1MDB tidak dijelas. Sudah tentu jika dibeli dengan harga yang murah dan dinaik nilai berkali ganda, aset ini menjadi besar. Tetapi Kerajaan rugi banyak dengan tanah miliknya dijual dengan harga yang tidak mencermin harga pasaran.

11. US$700 juta dibayar kepada Petro Saudi untuk apa? Sudahkah ditentukan Petro Saudi memiliki konsesi kawasan minyak dan gas di Argentina dan Turkmenistan sebelum membayar wang yang begitu banyak.

12. Jho Low dilapor dalam New York Times, London Times dan Sarawak Report terlibat dalam pengurusan berbillion Ringgit duit 1MDB. Siapa dianya Jho Low yang begitu dipercayai oleh Dato Sri Najib. Pegawai Malaysia yang dilantik mengurus dana 1MDB mengaku mereka diarah oleh Jho Low yang mendakwa ia mendapat kepercayaan penuh dan arahan dari Dato Sri Najib.

13. Gambar-gambar Jho Low dan kelakuannya, umurnya yang amat muda serta cara hidupnya tidak menggambarkan peribadi yang menyakinkan orang ramai. Tetapi dia dilapur membeli rumah di New York dan Hollywood beratus juta Ringgit. Kemudian rumah-rumah ini dijual kepada anak tiri Najib dengan harga ratusan juta Ringgit bagi setiap satu kerana kononnya Jho Low telah jumpa rumah yang lebih indah di Hollywood yang harganya lebih tinggi.

14. Dari mana datangnya duit beratus juta kepada Riza Aziz tidak dapat dijelas. Keluarga Tun Razak termasuk Najib menafikan duit ini adalah dari keluarga. Pelaburan ratusan juta dalam filem “Wolf of Wall Street” oleh Riza datang dari mana?

15. Dan banyaklah lagi tuduhan dan soalan terhadap 1MDB yang ditubuh oleh Dato Sri Najib dan dikuasai sepenuh olehnya sebagai penasihat yang tidak dijelas dan dijawab selain dari menafi dan mendakwa semuanya bohong belaka. Laporan-laporan dalam akhbar di New York dan London amat memalukan negara.

16. Sementara itu, walaupun Kerajaan menghadapi kekurangan wang yang besar dan terpaksa hutang, Dato Sri Najib sebagai Perdana Menteri membeli sebuah lagi pesawat mewah. Umum mengetahui pesawat ACJ319 yang sedia ada diguna bukan sahaja untuk tugas rasmi tetapi sebagai kenderaan peribadi untuk Dato Sri dan Datin Sri.

17. Dalam keadaan ekonomi tidak menentu, dalam keadaan rakyat terpaksa bayar cukai yang lebih tinggi, dalam keadaan nilai Ringgit yang menurun teruk, dalam keadaan kos sara hidup meningkat dan rakyat dilanda banjir dan kehilangan ratusan juta Ringgit, Kerajaan membazirkan wang ratusan juta untuk pesawat mewah walaupun sudah ada pesawat-pesawat milik Kerajaan.

18. Cara pembelian tidak dapat menyembunyi bahawa akhirnya Kerajaan terpaksa menanggung beban pembelian ini. Jika syarikat bukan Kerajaan yang secara rasmi membeli, bayaran melalui lease (sewa) lebih tinggi daripada belian secara langsung kerana terpaksa memberi keuntungan kepada pemilik dan faedah yang dimasukkan.

19. Selain daripada ini dasar-dasar pemerintahan Dato Sri Najib terhad kepada pemberian wang percuma, menimbul kemarahan orang Melayu dengan mengenepikan Dasar Ekonomi Baru kerana ingin mendapat sokongan orang Cina. Namun penolakan BN dalam PRU 13 membuktikan orang Cina tolak pemerintahan Najib.

20. Sesungguhnya rakyat, baik Melayu, Cina, India atau suku kaum Sabah dan Sarawak sudah tidak percaya lagi kepada Dato Sri Najib. Ahli UMNO dan pemimpinnya perlu sedar bahawa UMNO dan dengan itu BN akan kalah jika Dato Sri Najib memimpin UMNO hingga PRU 14. Apabila UMNO kalah, orang Melayu akan kutuk kepimpinan yang menjadikan parti keramat ini begitu lemah sehingga ditolak oleh bangsa Melayu sendiri. Sekali UMNO kalah, ia tidak akan dapat dipulih semula.

21. Ramai juga ahli dan pemimpin UMNO yang setia secara buta tuli kepada pemimpin. Saya juga setia tetapi kesetiaan saya ialah kepada parti dan orang Melayu yang diwakili olehnya. Bukanlah mudah bagi saya menulis blog ini. Tetapi demi bangsa dan Negara saya terpaksa dedah semua ini.

22. Saya belum nyanyok walaupun umur hampir 90 tahun. Sesiapa yang berkata saya nyanyok sebenarnya menipu diri.

23. Melayu hanya akan selamat jika bersikap bangsa lebih utama daripada diri sendiri.


Setiap rakyat mengenali 'peribadi' Dr Mahathir secara terang. Semua tahu bahawa Dr Mahathir merupakan seorang manusia yang suka membaca dan menjadikan 'pembacaan' sebagai 'hobi dalam perjalanan hidupnya. Cerita ini bukan 'rekaan' tetapi merupakan satu kebenaran. Olih itu 'ilmu' yang 'digali' olih Dr Mahathir melalui 'pembacaan' bukanlah satu 'ilmu' yang  sia-sia.,

                                            ikhlas dari :- Cahaya Al Majid




.


Thursday 2 April 2015

THE PROMISED LAND ; AMANAT TERAKHIR : PENGAKHIRANYA SEDIH PERMULAANNYA BERDURI

SAYA BELUM NYANYOK WAL,AUPUN UMUR HAMPIR 90 TAHUN
SESIAPA YANG BERKATA  SAYA NYANYOK MEREKA
MENIPU DIRI SENDIRI

Bismillah-hir-rahman-nirrahim

Diri yang mengenal diri tidak semestinya mengetahui perancangan 'Tuan' yang mencipta diri kerana semua 'SILANG KATA' ATAU 'JAWAPAN KEPADA PERSOALAN, itu kebanyakkan terselindung disebalik tabir dan amat jarang sekali seseorang itu mengetahui akan 'pengakhiran' nya . Tetapi, kebanyakkan  manusia akan menyerahan perjalanan ini dengan ungkapan 'biarlah tuhan yang menentukan'.atau 'ini bukan urusan kita, ini urusan Tuhan Yang Maha Esa'. atau tiada siapa yang lebih mengetahui melainkan Tuhan Yang Esa.

Tetapi, kita perlu akur  bahawa manusia ini diciptakan dengan berbagai-bagai jenis dan species. Ada yang baik ada yang jahat, ada yang sempurna sifat dan ada yang 'tercela' ada yang buta hati dan ada juga yang terang mata hati ada yang diberi petunjuk dan ada juga yang sememangnya dikhilafkan namun semua itu tidak membezakan kejadiannya di hadapan Tuhan.

Bagi diri-diri yang  dipileh dan diberikan 'keistemewaan' untuk kesejahteraan 'manusia' serta diberikan 'petunjuk' pada dirinya maka 'berununglah' diri tersebut , namun, manusia itu sendiri tidak menyedari bahawa diri 'mereka' sememang' nya menjadi pilihan.Olih itu 'perjalanan dalam kesamaran' serta 'perjalanan melalui jalan  hati' adalah untuk  mereka yang terpileh.disisi Nya.

Selalunya diri akan menyedari bahawa kesalahan telah dilakukan namun untuk memalkumkan diri bahawa kesalahan telah dilakukan dihadapan 'umum' adalah 'keaiban' yang paling tinggi dirasai olih diri, olih itu 'alasan-alasan' akan tercipta olih 'fikiran' yang disumpit olih 'syaitan' yang membisekkan dan yang mengecewakan 'sekali akan ' terdapat 'sokongan-sokongan' dari 'pemusnah-pemusnah diri' yang 'berbatang tubuh  manusia' yang akan 'membenarkan' salah laku diri, maka, kesesatan dan kehanyahutan dalam lembah kehinaan adalah 'sumbangan' diri sendiri.

“Dan apa saja musibah yang menimpa kamu, maka adalah disebabkan oleh perbuatan tangan kamu sendiri, dan Allah memaafkan sebagian besar dari dosa-dosamu.” (QS. As Syura, 42 : 30)

Image result for IMEJ DR MAHATHIR
TERPULANG KEPADA  BANGSA MIM
SAYA BERLEPAS TANGAN
                                            

Berbalik kepada isu dalam negara kita, isu yang paling hangat diperdebatkan kini adalah berhubung kedudukan Najib yang sedang menjawat Jawatan Perdana Menteri. Melalui luahan-luahan rasa dari orang ramai dan tidak ketinggalan juga dari Dr Mahathir yang baru saja 'meluahkan' 'rasa' kebertanggungjawapanya terhadap perasaan  'rakyat marhean' berhubung 'kurangnya 'kebertangggungjawaban Najib dalam 'menjawap' kritik-kritik yang didakwa masyarakat yang sedang berlaku dan yang telah terjadi dibawah pimpinan Najib, yang melihatkan akan 'keterumbang ambing' nya 'bahtera Malaysia' yang disarati dengan berbagai 'salah laku' serta 'salah urus' 'kewangan negara' dan yang mengheret 'rakyat' dalam 'kancah ciptaan' Najib sendiri, maka, hari ini 'meledak' lagi 'luahan rasa' yang 'terkesumat'.

 Ada juga segelintir manusia  merasakan Dr Mahathir 'terkesan' dengan tindak 'tanduk  Najib' yang dilihat tersasar jauh dalam 'mengurus kesejahteraan kewangan negara' dan ada juga yang 'mengandaikan; bahawa 'Dr Mahathir tidak sehaluan' dengan Najib, namun semua itu dikata cuba untuk dijadikan 'bahan' bagi  'melaga' mereka. . Tetapi kebanyakkan mereka 'terlupa' bahawa 'trajedi' perjalanan ini semuanya bersebab.

Manusia yang beriman dan berpegang pada tali Allah selalunya akan mendapat 'petunjuk' dan petunjuk ini pula datangnya dalam berbagai cara dan bentuk. Namun bagi manusia yang selalu membaca 'gedung ilmu'  atau 'kalam Allah" dan beramal dengan 'ayat-ayat Allah'  pasti akan dapat merasakan 'kehangatan perasaan' ibarat seperti 'dua insan bercinta' samada 'cinta kasih dengan Rasul dan Allah' ataupun 'rasa cinta umpama 'dua kekasih bercinta' begitulah perumpamaan yang paling dekat yang dapat saya terjemahkan.

Ramai yang mengatakan bahawa Dr Mahathir juga melakukan kesalahan dalam pentadbiran .dahulu namun tidaklah sampai belliau dituduh 'berkonspirasi' membunuh 'jiwa' manusia.lain dan kisah pilih kasih dalam mengkayakan seseorang bukanlah 'perkara 'luarbiasa' , kerana perbuatan ini sememangnya  dilakukan olih  semua pemimpin sekarang waima pembangkang juga dan perkara ini adalah 'lumrah' bagi mereka, Mungkin disebabkan 'kurangnya 'keimanan kepada Allah SWT serta hilangnya 'kejujuran' dalam diri maka perbuatan ini selalunya 'dihalalkan' pemimpin walaupun pada hakikatnya  'perbuatan' ini 'tidak beretika' dan salah

Namun apa yang dirasakan olih Dr Mahathir perlu diberikan perhatian. Beliau bukanlah seorang yang 'kecik anak', samadaada dalam hal keduniaan mahupun dalam hal ketuhanan atau spritual. Melalui kata-kata mahupun perbuatan beliau kita bolih 'merasakan' bahawa 'terdapat' sesuatu faktor 'wow' dalam perjalanan beliau samaada sewaktu menjadi Perdana Menteri mahupun selepas meletak jawatan. Aura kehadiran serta 'nada suara' beliau amat 'berlaian' sekali, walauun kita bariskan diantara 'Yusuf Qardawi mahupun Pemimpin negara Arab yang lain mahupu Ulama-Ukama Besar masa kini, ''roh dan jiwa' Mahathir' amat berlainan sekali. Olih itu kehadiran serta kepengujung hayat diri beliau perlu diberikan perhatian olih orang Melayu mahupun orang Islam. Itulah yang dapat saya ungkapkan tentang diri yang bernama 'Dr Mahathir' ini.

Dalam post yang terdahulu yang bertajuk 'Debunga Kehancuran', semuanya salling berkait antara satu dengan yang lain. Mahathir tidak 'membaca kisah dirinya' tetapi 'kiita lah yang membacanya' olin itu 'signal yang diberi' olh Dr Mahathir sebenarnya 'meluahkan' 'penceritaan masa depan' yang bakal berlaku.

                "Bukanlah mudah bagi saya menulis 'blog' ini. Tetapi demi bangsa dan Negara saya                           terpaksa  dedah semua ini." kata Mahathir

                 Melayu hanya akan selamat jika bersikap bangsa lebih utama daripada diri sendiri.
                  (Sifat diri Bangsa Israel yang hilang masih utuh dalam batang tubuh Mahathir)

Kedegilan dan kebebalan Najib bukanlah kehendaknya tetapi kebodohan dirinya yang sememang dicatur bakal memulakan  ' The Promised Land' yang dinanti-nanti.

                              "Tidak akan ada dua pemimpin hebat diwaktu yang sama"

                                             ikhlas dari : Cahaya Al Majid

.