Tuesday 12 May 2015

THE PROMISED LAND : KEBUSUKAN PRESIDEN UMNO DULU DAN SEKARANG DILONDEH OLIH UMNO SENDIRI

PEMIMPIN UMNO BERLUMBA-LUMBA MENTALKINKAN
BARISAN NASIONAL
                                                           '  AJAL SUDAH SAMPAI '

                               CUBAAN  'MENCAGAR MINYAK DAN GAS TERENGGANU'
                                                 LEBIH TERUK DARI KES TABUNG HAJI

Bismillah-hir-rahman-nir-rahim

Hanya kerana kuasa, kekayaan serta kepentingan diri sendiri serta kepentingan kumpulan sendiri , semua keburukan mula di ungkit. Hanya kerana ditegur kerana gagal menjelaskan 'apa yang ditanya' membuatkan Najib dan konco-konconya naik angin dan meroyan . Walaupun pihak yang mendakwa mencuba untuk membetulkan keadaan demi kebaikan dan masa depan pertubuhan yang pernah diterajuinya, namun,  'keburukan' yang didedahkan semuanya terpalit dan terpercik kemuka UMNO sendiri. Itulah akibatnya apabila akal fikiran gagal  menimbang'  tetapi sebaliknya 'cemuhan' dan 'kebodohan' kerana mengikut nafsu

.Walaupun bertubi-tubi mereka mengasak dan 'mencemar' kejayaan Mahathir sselama 22 tahun  dahulu tetapi yang sedihnya  mereka tetap mahu menghalalkan  segala  'kegagalan' dan ketidak upayaan Najib .  Kini  'rakyat' terbeban dengan berbagai kenaikan kos sara hidup serta peningkatan harga barangan ditambah burukkan lagi syarikat yang diasaskan Najib iaitu 1MDB mula mengumpul hutang sehingga RM 49 Billion,, namun, semua itu bukan penghalang untuuk Najib terus berkuasa.  Walaupun Najjib diberikan 'ruang' untuk menjelaskan kemana dan bagaimana wang tersebut dibelanjakan, namun beliau  masih membisu .

Walaupun Mahathir mendesak Najib untuk berundur diatas merit Najib gagal  'menjawap' beberapa persoalan  berhubung hutang 1MDB dan beberapa isu lain  , sebaliknya  Najib mengungkit pula kisah kisah silam  yang menyelubungi UMNO dibawah pemerintahan Mahathir.Segala keburukan yang didakwa dilakukan olih Mahathir itu sebenarnya 'melondehkan' lagi kecurang UMNO dalam menerajui negara. Sebenarnya bukan Mahathir saja akan terpalit tetapi 'busuk' yang didedah 'membusukkan' UMNO lagi, itulah yang terjadi.

Ditambah burukkan lagi, hari ini , disiarkan melalui TV 3 News , bekas 'tunggak DAP' iaitu Tengku Aziz  yang selama ini banyak membawa onar kepada politik Melayu dan UMNO ,, tiba-tiba  menjadi juara kepada  Najib dan UMNO  dengan 'memburukkan' Mahathir dengan berbagai tuduhan. Tidakkah UMNO sedar bahawa apa yang dilakukan olih 'bekas ahli DAP" ini, sebenarnya 'melondehkan keburukan Perdana Menteri  UMNO' dimata bukan Melayu? Inilah diantaranya 'kemudaratan' yang diterima olih UMNO apabila 'membenarkan'musuh sendiri 'membuka pekung'sendiri. Inilah yang 'gagal' difikir olih UMNO dan ahli pertubuhannya.

Perlu diingat Najib belum lagi 'berjaya' membawa kejayaan kepada negara dalam menerajui negara ini walaupun teah 6 tahun berlalu , belum ada satu lagi 'pembaharuan' dilakukan . Cuma apa  yang nampak dan dirasai rakyat hanyalah 'kenaikan' kos sara hidup dan kenaikan harga barang yang terpaksa dinikmati rakyat berserta GST. .

Walaupun Najib dan ahli kabinetnya cuba membohongi rakyat tetapi 'kejahatan' atau 'keburukan' mereka pasti terserlah juga. Cuba baca dibawah ini :-

Hari ini timbul lagi satu 'bala' kepada Najib. Seolah-olah setiap hari akan ada pendedahan dan pembongkaran skandal 1MDB.

Paling mengejutkan ialah pendedahan beliau berkaitan cubaan pihak yang ingin mencagarkan hasil gas dan minyak Terengganu dan akhirnya dibatalkan atas bantahan pihaknya dan menyebabkan dia “diturunkan” dari jawatannya.

Beliau menyentuh perkara itu ketika menjawab pertanyaan yang dikemukakan oleh Wakil Bukit Payong, Ustaz Mohd Nor Hamzah berkenaan kaitan 1MDB dengan kerajaan negeri Terengganu.

Wakil Kijal itu menjelaskan beliau akan mendedahkan dengan lebih banyak lagi pada masa akan datang tetapi buat masa ini, beliau hanya akan mendedahkan sebahagian sahaja sambil mengakui kebenaran kaitan kerajaan negeri dan 1MDB yang dibangkitkan itu.

Tambah beliau lagi 1MDB pada asalnya ialah Terengganu Investment Authority (TIA) tetapi menarik diri apabila terjadi permasalahan yang tidak dapat beliau terima, iaitu cubaan mencagar hasil minyak dan gas di perairan Terengganu.

“Saya memohon maaf, buat masa ni saya tidak dapat menjawabnya, tapi saya tunggu masa yang sesuai. Dan saya akui, betul, 1MDB asalnya TIA, Terengganu Investment Authority bukan Agency yang modalnya berbayar dan saya dan kerajaan negeri yang bayar.


Tetapi apabila kita dapati “hanky panky” (perkara tidak betul), ada permasalahan yang tak boleh kita terima, termasuk saya boleh sebut di sini buat permulaan ini dulu, mereka nak cagar minyak dan gas di laut Terengganu ketika itu.



Inilah satu sebab kenapa saya dimarah oleh Perdana Menteri, termasuk kes-kes yang lain, akhirnya kita menarik diri dan kerajaan negeri tidak rugi apa-apa, saya minta balik wang satu juta sebagai modal berbayar ketika itu.

Ini sebagai penjelasan permulaan, tidak ada yang tidak benar, melainkan yang benar belaka Yang DiPertua,” jelas beliau dengan panjang lebar yang mendapat tepukan dari wakil pembangkang.

Semenjak diturunkan dari jawatan Menteri Besar semenjak setahun yang lalu, inilah kali pertama Dato’ Ahmad Said bangun menyertai perbahasan, namun kesempatan itu, beliau memilih menyerang kerajaan dengan pendedahannya itu.

Samaada orang UMNO sedar atau tidak, ahli tertinggi pertubuhan mereka sedang 'menggali' kubur mereka sendiri.
                                        Image result for Mat said
                                Doa orang yang  teraniya pasti dimakbulkan Allah SWT.


                                                  ikhlas dari :- Cahaya Al Majid

Sunday 10 May 2015

THE PROMISED LAND : 'GANJARAN ALLAH BAYAR TUNAI??? DI DUNIA

'GANJARAN'  ALLAH DIBAYAR TUNAI
SEWAKTU HAYAT DIKANDUNG BADAN


Bismillah-hir-rahman-nir-rahim.


Masa berlalu  dengan pantas. Satu demi satu "kekhilafan" berlaku tanpa disedari. Semua 'tindak balas atau 'cubaan menepis' yang cuba membenarkan tindakan sendiri', nampaknya , semakin menjerat pula jadinya. Adakah Allah SWT telah menutup 'pintu hati dan  akal' mereka?

Kebodoan serta ke'bangang' an mereka semakin terserlah dan terbelit dalam tindakan sendiri. Kemana mereka ingin berselindung? Dibalik batu? atau 'disebalik  alasan'' ?Namun untuk mereka mengaku 'salah' atau 'mengaku terkhilaf'" amat jauh sekali. Begitulah lumrahnya manusia , Bagi seseorang manusia apabila ";amanah'  yang digalaskan atas kerelaan diri  sendiri tetapi pada akhirnya 'amanah' itu juga yang 'menjerumuskan' mereka kealam 'kehinaan' apabila 'ketakwaan dan keimanan'  tidak dijadikan 'dinding' atau benteng  namun  kemewahan duniai yang menguliti kehidupan kemewahan   dijadikan  pegangan sebagai ''ukuran' .

Begitulah rendahnya nilai budi  manusia apabila mengukur kehebatan manusia melalui kemewahan dan kekayaan.   . Namun apa yang dijanjikan Allah SWT iaitu 'syurga'Nya sebagai ganjaran untuk mereka yang merendah diri dan 'beramanah' , tidak dijadikan 'pegangan' malahan 'diremehkan pula olih sesetengah golongan. Begitulah rasanya 'nikmat' bagi manusia yang sememangnya 'dilencongkan' hatinya olih Alllah SWT, sebagai 'tauladan' untuk  contohan kepada orang  lain.

Mari kita merenung kisah dibawah ini.


Ramai yang mempertikain tindakan Tabung Haji dalam membeli tanah milik 1MDB dengan harga yang terlalu tinggi. , ditambah burukkan lagi 'urusan itu' dibuat secara 'tunai' .Sepatutnya urusan ini dibuat melalui proses biasa tetapi apa yang berlaku dalam tranksasi ini amatlah luar biasa. Itulah yang banyak menimbulkan kecurigaan. Salah siapa? Semuanya salah 'tangan-tangan'  'pememegang amanah' tadi. tetapi adakah mereka sebenarnya 'memegang amanah'? Itu terpulanglah kepada anda untuk menilainya.

Tetapi hari ini Najib menafikan bahawa 'transaksi' pembelian tanah TRX  ini bukan lah sebagai satu 'bail out' terhadap 1MDB tetapi lebih kepada urusan perniagaan yang dikata bakal meraih keuntungan ratusan juta malahan ribuan juta sekiranya projek TRK itu terlaksana..

Kalau benar urusniaga ini dikatakan akan membawa 'untung' besar dan sememangnya' dalam portfolio TH untuk menjana keuntungan, kenapa perlu 'menjual' semula tanah ini? Tidakkah tindakan ini tidak beretika dalam memegang  'amanah'? Dan kenapa perlu takut dan tergesa-gesa untuk  'menjual semula'. Apakah rasionalnya? Atau TH sendiri tidak pasti akan 'masa depan TRX '  seperti yang digambarkan olih 1MDB. atau Najib ?

Kalau benar-benar TH tidak 'dikuasai' olih 'kuasa ;politik', kenapa harus tunduk dengan 'nasihat Najib'? untuk menjual semula tanah ini? Tidakkah 'pelaburan' untuk tanah seluas setengah padang bolasepak yang berjumlah lebih RM188 juta ini dikata menguntungkan TH? Sepekara lagi , adaakah TH bakal dapat semula ' cash money'nya  dari pembeli yang dikata bakal meraih keuntungan 'atas angin' sebanyak RM 5 juta? semasa S n P ditandatangani ?

 Kalau begininya 'etika' nya Pengurusan Tertinggi TH dalam menguruskan 'dana bakal-bakal- haji' maka amat malanglah  nasib 'pendeposit' TH serta masa depan TH itu sendiri, kerana Pengurusan Tertingginya tiada kuasa sendiri untuk menentukan hala tuju tetapi sebaliknya 'tunduk' kepada kuasa politik atau PM untuk menentukan jalan..

Kalau benar Najib telah nampak keuntugan yang amat lumayan untuk diraih olih TH, kenapa beliau sendiri 'menasihati' Lembaga Pengarah TH untuk 'menjual harta tersebut', sepatutnya beliau sendiri menghalang penjualan ini demi membuktikan kepada rakyat atau pendeposit bahawa 'pulangan terhadap pelaburan adalah 'pasti', .

Namun semua kisah yang menyelubungi 'kegagalan' pemerintah Najib tidak terhenti setakat ini. Banyak lagi kejadian sebelum ini yang belum terjawap . Namun apa yang dapat dilihat  kes TH/1MDB gagal ditangani secara 'berotak' malahan 'kelemahan' Najib untuk menyelesaikan masaalah dilihat 'fail' lagi.

                                          Image result for imej najib

Datuk Seri Najib Razak hari ini menafikan pembelian tanah 1Malaysia Development Bhd (1MDB) oleh Lembaga Tabung Haji pada harga RM188.5 juta ialah satu tindakan menyelamat atau “bailout”, mengatakan isu itu diputar belit bagi memperlihatkan seolah-olah Tabung Haji menggunakan wang pendeposit untuk menyelamatkan 1MDB daripada masalah kewangan. 


Kini 'ketempangan' Najib semakin terserlah.

 Anggota tertinggi UMNO , bermula dari Muhyiddin Yassin,Zahid Hamidi, Shafei Afdal, Hishamuddin Hussein, Ketua Pemuda UMNO KJ dan juga Ketua Putri Erni mula 'melafaskan' keraguan terhadap Najib.

Tidak ketinggalan juga, anggota barisan Nasional, MCA MIC dan juga mungkin dari Gerakan mula'berkotak' akan 'kegagalan' Najib dalam 'memperjelaskan' isu-isu 'wang rakyat' dan juga 1MDB.Apa lagi yang mahu di'pertahankan' olih Najib? Ketua Bahagian UMNO sudah di'brief'
 begitu juga dengan 'Timbalan Ketua Bahagian ' . Apa, masihkah Najib ingin 'meminta nyawa' politiknya lagi? untuk ' membetulkan 'kegagalan'nya?

Kegagalan Najib mengheret 'Sarawak Report' dalam 'membersihkan' salahlaku 1MDB yang didakwa berlaku penyelewengan  olih Jho Low dan juga skandal Petro Saudi dan juga membentangkan 'punca kewangan Riza Aziz anak tirinya yang membeli hartanah mewah bernilai ratusan juta ringgit, masih belum terjawap lagi. Dan ini sekali gus 'menanamkan' shak wasangka rakyat bahawa 'Najib' terlibat dalam penyelewengan sehinggakan 1MDB berhutang melebihi RM40 billion.

                                       



Ketidakpercayaan rakyat kepada kerajaan dan Umno ialah satu penyakit yang mesti dicegah segera sebelum ia menjadi barah yang merebak ke seluruh badan, kata Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi. -

Terkini :- Najib dah mula membalun Dr Mahathir di Sabah.

                                             bersambung
                                     Cahaya Al Majid

Friday 8 May 2015

THE PROMISED LAND : KUASA RAJA RAJA MELAYU DIPERLUKAN????

MAJLIS RAJA RAJA MELAYU PERLU BERTINDAK
DEMI MENYELAMATKAN MALAYSIA
DARI 'DIULIT BARAH'
MELAYU SELALU KENA TIPU
OLIH  ORANG POLITIK
                                              TERKUBOR ATAU DI KUBORKAN

Bismillah-hir-rahman-nir-rahim

Sebelum saya meneruskan luahan hati ini pertama sekali saya ingiin mengucapkan tahniah kepada Sultan Johor diatas 'upacara Pengmahkotaan' yang telah berlangsung  dibumi Johor. Walaupun saya berada dibumi Negeri Sembilan, namun, 'aura' 'Adat Istiadat' yang dilangsungkan hari itu  juga dirasai dibumi kami  Tahniah kepada Sultan Johor dan juga kepada seluruh rakyat Johor amnya.

Umumnya bumi negara Melayu ini bukanlah 'segagah' mana pun. Walaupun bumi ini dikata pernah melahirkan Pendekar dan Penglima Terhebat yang paling setia kepada 'Tuan' nya., namun diakhir penceritaannya, 'menghilang diri' adalah penutupnya. Begitulah 'kisah 'nya.


Kalau dahulu kuasa pemerintah terletak ditangan 'Raja-Raja' yang memerintah tetapi apabila bumi ini telah dijajah olih British maka semua 'perjalanan' ataupun 'cara pemerintahan' diubah sama sekali. Samada perkara ini dilakukan dengan 'suka rela' atau 'terpaksa' , hanya 'mereka' saja yang mengetahui, namun, kalau dikira dalam perkiraan 'perjalanan', ini adalah satu  'ketentuan' dari Yang Maha Esa.

Begitu juga dengan Negeri Perak, hanya beberapa hari lepas telah berlangsungnya Majlis Adat Istiadat Permahkotaan Sultan Perak Raja Nazrin, alhamdullilah, semuanya berjalan lancar 'seperti' 'kehendak Nya'.Tahniah Tuanku!!!

Nampaknya Raja Raja Melayu kini mula digantikan dengan 'raja-raja' berdarah muda, ini termasuklah Sultan Terengganu, Sultan Kelantan, Sultan Perak dan tidak lupa juga Sultan Johor namun dikalangan Sultan atau Raja yang memerintah yang dilihat telah melepasi umur 'tua' adalah Raja Perlis, Sultan Pahang, Sultan Kedah namun Yang Di Pertuan Negeri Sembilan bolihlah di kira 'pertengahan' dan tidak tergolong dari kumpulan ' Raja' yang telah berusia atau tua.

Dari apa yang dapat dilihat, Raja atau Sultan yang muda-muda  ini nampaknya amat berdisplin sekali. Terdapat juga dikalangan Raja yang muda ini amat 'lantang' dan 'vokal' didalam mempertahankan 'hak-hak' orang Melayu dan  bumiputra. Tetapi dikalangan Raja yang muda ini, dilihat Sultan Kelantan amat condorong 'jalan' Islam dalam  kehidupannya . Lagak dan tingaklaku serta budi perkerinya amat 'tinggi' nilainya disisi agama. Perjalanan yang berserdahana ini amat menarik sekali untuk di'perhatikan' dan diulit..

Namun apa yang ingin diperkatakan disini adalah satu saja, iaitu, dapatkah  Raja-Raja atau Sultan Sultan ini melindungi 'kepentingan dan ' orang Melayu' dari diporak perandakan olih 'kuasa politik'? Yang amat ketara sekarang ini adalah 'perbuatan' salah laku,'orang Politik' yang dilihat semakin hari semakin 'menekan' kehidupan dan keselesaan orang Melayu di negara ini tidak ketinggalan bangsa lain juga..

Tidakkah Sultan ataupun  Raja Raja melayu tidak melihat apa yang berlaku sekarang ini? Satu demi satu 'skandal' 'penyalah gunaan kuasa' telah berlaku,'Penyalah gunaan kuasa serta 'pengunaan kuasa veto'  digunakan olih Memanda Menteri aka  Perdana Menteri? Tidakkah Sultan Sultan atau Raja Raja Melayu mahupun Yang Di Pertuan Agong merasa gusar keatas apa yang berlaku terhadap ketirisan ekonomi sekarang ini? Serta tidak gusarkah baginda akan kemaslahatan orang Melayu dan peribumi sedang 'terancam' ketika ini? Atau adakah Sultan tiada kuasa untuk 'campurtangan' dalam kemelut ini?

                                       KABINET NAJIB WAJIB DIREHATKAN

                           Image result for FOTO KABINET NAJIB

                                         
Orang Melayu sebenarnya memerlukan Raja Rajanya 'untuk membela' nasib dan masa depan mereka kerana 'kuasa orang politik' dilihat semakin hari semakin menggila 'dalam 'meranapkan' masa depan negara serta mengikis  'khazanah kewangan ' negara ini? Apa yang dilihat 'kuasa veto' Memanda Menteri 'mengatasi segalanya'.

Tidak sedarkah  Sultan Sultan atau Raja Raja bahawa 'kegusaran' rakyat semakin hari semakin memuncak? Atau adakah Baginda mengizinkan kumpulan yang mempunyai ahli tidak melebihi 4 juta orang ini memporak-perandakan 'ekonomi' dan 'masa depan' negara rakyat  yang 23 juta ini? Atau adakah kumpulan yang mempunyai ahli 4 juta ini mempunyai 'immuniti' atau 'kebal'?

                             

Nampaknya rakyat yang 23 juta ini tiada pilihan lain,melainkan  berkehendakan agar Memanda Menteri aka Perdana Menteri serta seluruh anggota Kabiinetnya dilucutkan jawatan dan melakukan  'peralihan kuasa' .  Sebagai cadangan , semua kuasa politik dipangku olih 'Majlis Raja Raja' dan urusan pentadbiran Kerajaan di'amanahkan' kepada Ketua Setuausaha Negara, sementara menunggu perlantikan Ahli Baru Kabinet  dari kumpulan Barisan Nasional untuk  'memileh Kabinet Baru , semua  kuasa keselamatan dipertanggung-jawapkan kepada
 Tentera Di Raja dan dibantu olih Polis Di Raja.Malaysia.

                               Image result for skandal 1mdb

Tindakan ini adalah perlu bagi 'menjamin masa depan ' serta 'membersihkan' Kerajaan yang sedia ada agar 'rakyat' kembali selesa dan tidak berpecah belah.

                                Image result for skandal tabung haji

                   MAHYUDDIN JUGA RESAH DENGAN KEPINCANGAN CARA NAJIB
                             

Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini secara terbuka mengkritik cara kontroversi 1Malaysia Development Berhad (1MDB) ditangani, dengan berkata isu itu sangat serius dan bakal menjadi parah. -

                              Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata isu hutang 1MDB merupakan faktor utama kekalahan Barisan Nasional (BN) di Permatang Pauh semalam. – Gambar fail The Malaysian Insider, 8 Mei, 2015.

"Saya tidak tahu apa nak cakap apa.

"Rakyat mahu tahu, bukan sahaja Tun Dr Mahathir Mohamad," kata Muhyiddin, merujuk bekas perdana menteri yang sejak kebelakangan ini mengasak pentadbiran Datuk Seri Najib Razak berkenaan 1MDB.

"Rakyat mahu tahu mengapa tidak ada seorang pun didakwa, mengapa lembaga 1MDB tidak dipecat, dan status CEO serta perdana menteri sebagai penasihat," kata Muhyiddin.

Tambahnya, perkara itu makin melarat dan bakal memberi kesan buruk bukan sahaja ke atas rakyat tetapi juga Umno.


                        June 2015  semakin menghampir

                         GEMPAR GEMPAR GEMPAR


                                                 TERKUBUR ATAU DI KUBORKAN

                                                 IKHLAS DARI ; CAHAYA AL MAJID



Thursday 7 May 2015

THE PROMISED LAND : ANTARA CEO TABUNG HAJI DAN CEO 1MDB- SIAPA LEBIH TELUS

KALAU TABUNG HAJI BOLIH REPORT POLIS T PASAL
DOKUMEN BOCOR
KENAPA 1 MDB TIDAK PULA BERANI MELAKUKAN
YANG SAMA TERHADAP SARAWAK RAPORT
                                               BERANI KERANA KEBENARAN

Bismillah-hir-rahman-nir-rahim

Perkara mencari kebenaran atau menegakkan kebenaran  bukanlah suatu perkara yang utama lagi. Membiarkan sesuatu perkara  itu agar 'dipersepsi'kan atau 'dipersangkan' sememangnya dibiarkan. Amat sedih sekali apabila perkara begini tidak diberikan perhatian serius samaada olih individu mahupun organisasi.

Didalam kes model Mongolia yang mati dibunuh olih 'body guard' Najib, "motif atau sebab' mengapa' model itu dibunuh tidak diketahui sehingga kini dan seperti dakwaan Sirul bahawa beliau "menerima arahan' juga tidak disiasat seperti sepatutnya bagi mengetahui kebenaran  'siapa  sebenar yang mendalangi pembunuhan ini' .

Begitu juga dengan kes hutang  "terbesar negara terkini" yang sedang merudumkan kekukuhan serta melemahkan ekonomi negara kita iaitu 1MDB ,kenapa? jumlah hutang yang dijana olih entiti ini sudah menghampir  RM50 billion, namun, sebab mengapa dan bagaimana syarikat milik Kerajaan ini 'berhutang' sehingga mencecah 50 billion ini tidak pula diperincikan.

Banyak dakwaan 'salah laku' dikhuatiri telah berlaku didalam "penjanaan hutang"  1MDB ini seperti yang dilaporkan olih 'Sarawak Report', serta terdapat 'dakwaan telah ' berlaku 'insider arrangement' olih mereka yang berkuasa namun sehingga ini belum ada satupun 'laporan polis' dibuat olih 1MDB dilakukan terhadap 'pencetus laporan' dari 'blog' ini. Kenapa ? Adakah 1MDB ataupun Kementerian Kewangan ataupun Pejabat Perdana Menteri 'takut' untuk 'menggali' apa yang diketahui olih Sarawak Report ataupun sememangnya 'terdapat' 'insider arrangement'?

                          ANTARA  DAKWAAN DAN TULISAN  DARI SARAWAK REPORT

HEIST OF THE CENTURY – How Jho Low Used PetroSaudi As “A Front” To Siphon Billions Out Of 1MDB!


From 1MDB To The UBG Bank Buy Out – How The USD$700 Million Was Managed


Berbeza pula dengan Tabung Haji , kes dimana Tabung Haji dikata telah membeli sebidang tanah dalam kawasan TRX dimana 1MDB adalah tuan tanah kedaungnya.namun, disebabkan 'takut' terkena tempias' dimana TH dikata telah membeli tanah dengan harga yang 'melambung tinggi' dari sepatutnya, kerana menggunakan 'dana penyimpan ' maka, dengan 'sepanntas sekilat' CEO nya membuat laporan polis, bagi meredakan 'hati' pendeposit ' bakal-bakal jemaah Haji', Tahniah diucapkan kepada 'pengurusan' namun 'apa yan ditakuti' olih  penyimpan TH, janganlah 'dana' gtersebut digunakan bagi 'menyelamatkan' entiti yang sedang 'karam' kerana TH sebagai 'pelabur' seharusnya 'pandai ' didalam 'berdepan' dengan syarikat 'bermasaalah', dan sepatutnya 'harga' yang dirunding pembelian' seharusnya 'lebih murah' lagi, itupun kalau benar TH pandai berurus niaga.

Image result for tabung Haji images
PELABURAN BAGI MENYEDIAKAN PERUMAHAN BAGI
PENDEPOSIT TH LEBIH UTAMA DARI
MEMBINA SERVICE APARTMENT .
GUNAKAN WANG PENDEPOSIT DENGAN CARA HALAL.
                                                 

Pihak polis akan mengkaji kandungan laporan yang dibuat Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Lembaga Tabung Haji (LTH) Datuk Johan Abdullah berhubung dokumen sulit cadangan pemilikan tanah 1MDB sebelum mengambil tindakan lanjut. -

Namun apa yang ingin dicari  sehingga satu laporan polis telah dibuat olih CEO TH adalah untuk mencari kebenarnan 'siapa' yang 'membocorkan' rahsia atau 'dokumen' pembelian tersebut. Cara dan bagaiman Zaril ataupun 'blog' Benchmark' mendapat '''sesalinan' dokumen, tersebut, itu yang cuba digali, kebenarannya. Syabas Tabung Haji.

Inilah yang  sepatutnya yang dilakukan olih 1MDB ataupun  Najib. Sepatutnya laporan Polis dibuat terhadap Sarawak Report dan juga Sirul,  Kerana kedua-duanya dituduh  KERANA mendakwa 'terdapat' ' 'tangan ghaib' atau 'suara ghaib' didalam 'dua kes' berprofil tinggi' ini, itupun kalau mereka ingin 'mencari kebenaran'.


                                           ikhlas dari :- Cahaya Al Majid

Wednesday 6 May 2015

THE PROMISED LAND : TABUNG HAJI- 'SERVICE APARTMENT TU TEPAT BERNIAGA 'LENDIR'!!!!

SERVICE APARTMENT BEGINILAH YANG
BANYAK MEMPELOPORI PERNIAGAAN
PELACURAN. ADAKAH TABUNG HAJI
 MAHU TERJEBAK DENGAN PENDAPATAN
'LENDIR' INI??

Bismillah-hirrahman-nir-rahim


Nampaknya manusia-manusia yang 'berniaga' atas nama 'agama' ini, semakin hari semakin 'sesat'.  Bukan saja 'anak-anak yatim' yang berkeliran menjaja sekeping kertas untuk meminta sedekah atas nama 'rumah anak-anak yatim' yang semestinya cara  ini bukan dari ajaran agama Islam, namun, 'atas nama' 'sedekah' untuk 'kantung' 'tuan--tuan' penyelia' maka segalanya yang dilakukan 'semuanya' halal.

Namun hal ini bukan saja 'tertimpa' kepada 'individu-individu' yang 'sengkek' agama, namun, hal yang paling 'menjijikkan' , apabila, Tabung Haji pula terlibat sama dalam perancangan untuk membina 'service apartment' yang tanahnya dibeli dari 1MDB iaitu sebuah syarikat yang 'diilhamkan' olih Najib' tetapi syarikat milik Kerajaan ini pula telah 'terlabur' dengan berbillion ringgit hutang dan syarikat yang dikata 'mempunyai' pulangan pelaburan yang berbillion dan telah disimpan di salah sebuah bank Singapura , Tetapi  akhirnya' syarikat 1MDB ini juga gagal membayar 'instalment'nya kepada bank tempatan sehinggakan terpaksa 'ditangguh' beberapa kali, yang akhirnya 'Kerajaan' juga yang 'membayar'nya.

 Itulah syarikat 1 MDB, tuan tanah kedaung dimana Tabung Haji 'telah' membeli tanahnya dengan harga yang berpuluh kali ganda ''mahal' nya. Kerana apa ? Manusia yang mendalangi Tabung Haji dengan 'niat' menghancurkan' 'hati-hati'  penyimpan Tabung Haji iaiitu umat Islam ini, jenis manusia ini  sememangnya 'keparat' .

Kita ingatkan hanya  Bank Tempatan saja yang dimangsakan olih 1 MDB tetapi kini Lembaga Tabung Haji pula dijadikan 'mangsa'.

Tidal cukup dengan hutang yang 'menggunung' dan 'bakal meletop' macam 'gunung berapi' tetapi kini wang penyimpan 'LUTH" pula digula-gulakan olih Kerajaan Najib untuk 'membeli' tanah yang dirancang pembangunannya  olih  'sekutu' Najib, dengan menjanjikan 'pulangan' yang lumayan' pula'.

Sepatutnya  simpanan lebihan'  Tabung Haj digunaikan untuk membangunankan 'hartanah' yang mereka miliki diseluruh negara dengan 'membina' rumah-rumah ' kediaman' setidak-tidak'nya, bolih jugalah  membantu ahli-ahlinya ataupun  'penyimpan 'Tabung Haji' memiliki rumah sendiri, dan, barulah 'bermenafaat' dan 'berfaedah'  yang dapat dirasai olih 'penyimpan' ataupun 'pemilik' simpanan' di Tabung Haji.

Tahu ke tidak  Tabung haji ini bahawa sekiranya mereka membina 'service apartment' merka seolah-olah sedang membina 'tempat maksiat'?. Tidakkah mereka sedar bahawa kebanyakan 'service apartment'lah tempat ' perniagaan lendir-' berleluasa. Adakah jenis perniagaan ini yang diidam-idamkan olih Tabung Haji untuk 'menambah' portfolio' kewangan mereka?

Tidakkah Tabung Haji tahu bahawa 'pulangan' yang bakal diraih dari 'penyewaan  bangunan' ataupun ataupun 'pendapatan' dari 'sewa' tersebut 'yang  semestinya' terdapat 'perniagaan pelacuran' didalamnya, ,Adakah  'halal'  pendapatan yang diraih itu  untuk diagihkan kepada 'penyimpan' Tabung Haji?? Atau 'terdesak' sangatkah Tabung Haji' untuk 'mencari' dana' lebihan ?

Tak tahu nak kata apa lagi, inilah, jenisnya manusia,  apabila 'hati dah mati'  tiada satu apa' pun 'hidayah'  dari  Allah SWT tertumpah keatas mereka
, Tunggulah  'kehancuran' dari Allah SWT.






'


















Beginilah bermulanya keruntuhan moral orang Islam, apabila, duit penyimpan untuk digunakan untuk mengerjakan Haji di Mekah bakal digunakan untuk 'perniagaan' 'lendir' olih Tabung Haji.

                                                          ALLAH HU AKBAR

                                                                  Cahaya Al Majid