Wednesday 24 June 2015

PROMISED LAND : 'LINTASAN ' SEPERTI SEPTEMBER 11 BERULANG-

INILAH GAMBARAN YANG DITUNJUKKAN.

Bismillah-hir-rahman-nir-rahim

Alhamdulliah..sudah seminggu umat Melayu Islam dinegara ini berpuasa. Puasa yang datang dan pergi pada setiap tahun namun samaada pengajaran yang dikutip dibulan ini dapat menambah iman dalam diri atau sebaliknya hanya diri anda yang mengetahui.

Walaupun sudah bertahun kita menjalani ibadah puasa pada setiap kali Ramadhan,namun samaada kita insaf atau masih lagi ditahap yang sama seperti sebelumnya, eloklah 'cermin-cermin diri', kerana, setiap kali kita berada dibulan Ramadhan setiap kali itulah umur kita bertambah. Samaada kita sedar atau tidak, kalau dahulunya kita amat berselera ketika menghadap juadah berbuka tetapi kini salera itu mungkin sudah berkurangan, Atas sebab apa dan mengapa, kita tanyalah diri kita sendiri.

 Semoga Ramadhan yang berbaki 3 minggu ini diharap sahabat dapat mempertingkatkan lagi ibadat samaada dengan bertahajud atau mentelaah Al Quran, cuma lakukankan lah dengan sebaik mungkin.

Pemerintah Negara kita masih lagi bergelut dan berdepan dengan bermacam-macam problem. Satu-demi satu masaalah 'yang melibatkan' wang rakyat yang disalah urus menjadi semakin kronik dan semakin menjadi-jadi. Penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan dana awam dilihat menjuarai isu ketika ini.

Tidak cukup dengan masaalah 1MDB yang dikata dahuluu tidak bermasaalah, tetapi akhirnya silap-silap haribulan..'negara ini bolih muflis' jadinya. Ada pulak juak-juak yang masih cuba menafikan 'kegagalan' pemerintah, dalam menangani isu 1MDB,tetapi 'bangkai gajah' yang sebesar itu dan berbau busuk manakan dapat dinyahkan baunya walaupun 'khemah sebesar dataran merdeka digunakan untuk menutup bangkainya.

Alih alih keluar pula berita dari Thailand yang mengatakan 'pemberi maklumat' atau 'bekas pekerja' yang berasal dari Petro Saudi , yang dikata ''memeras ugut' majikannya iaitu Petrosaudi, namun, bekas pekerja itu asebenarnya tekah diberhentikan dengan pampasan jutaan ringgit walaupun bekas pekerja itu dikata telah melanggar syarat etika kerja. Namun juak-juak pro Pemerintah dinegara ini pula bersorak gembira seakan-akan 'dengan penahanan 'bekas pekerja' itu 'segala hutang 1MDB' yang ditimbunkan sehngga berjumlah 42 Billion itu seakan 'terhapus' secara automatik, apa pun ya tur..

Adapulak golongan membalun dengan menuduh Mahathir dengan bermacam-macam tuduhan. Malahan segala cerita lama diungkit..tidak kah ini menunjukkan bertapa tidak matangnya 'kelompok' ini apabila berdepan dengan sesuatu isu. Yang diperkata 1MDB berhutang berbillion-billion tetapi sebab pencacai nak 'upah' maka , segala cerita buuruk 'Mantan Presiden UMNO' dijaja dimerata tempat. Inilah cerminan bangsa Melayu yang 'terbeli' jiwanya .

Cuba tengok bangsa Cina terutama pemimpin DAP, adatak  mereka 'mengungkit' salah laku 'Cina MCA atau Cina Gerakan' walaupun mereka itu tidak sealiran pemikiran? Dalam apa apa hal mereka tetap bersatu..ada tak mereka mengungkit salah laku Koh Soo Kun atau Lim Chong Yew..ada tak???

Tetapi apa yang kita marah adalah salah guna kuasa dan tidak beretika dalam menjalankan amanah. Kalau apa yang dilakukan tidak terpalit kepada rakyat..kita tak kisah pun..tetapi apa yang berlaku..segala salah laku mereka maka akibatnya rakyat yang tanggung..itu yang kita sakit hati..Dah lah hdup senang lenang dengan duit rakyat..tetapi belagak lah pulak..macam .harta negara ini..mak bapak dia orang yang punya..

Tetapi apa yang mengusarkan saya..beberapa hari yang lalu..lintasan seperti apa yang pernah saya lihat dahulu ketika sebelum peristiwa September 11, terjadi sekali lagi. Tetapi kali ini 'gambaran' yang saya lihat 'sungai Klang bertukar warna..airnya merah seakan-akan darah'.Langit hitam menyelubungi bumi negara ini. Asap tebal sana sini..manusia dan kenderaan tidak kelihatan dijalan raya. Itulah gambarannya.

Kalau dahulu 'lintasan' yang digambarkan adalah dibumi Amerika, tetapi kali ini, gambarannya adaalah dibumi  ini..

Itulah yang dapat saya perkatakan ketika ini..semoga Allah SWT melindungi 'umat yang berhati mulia' dan 'beramal' kejalan Allah SWT.

                                                  '
 Cahaya Al Majid










Wednesday 17 June 2015

THE PROMISED LAND :"PEMBOHONGAN " - WAWASAN 2020 ADALAH MIMPI NGERI

TAHUN MEREMPATNYA  BANGSA MELAYU
DI  TANAH TUMPAH NYA DARAH
KERANA KAKI PEMBOHONG DAN KAKI PENIPU
YANG DIANGKAT SEBAGAI PEMIMPIN.



                           MENITI KE TAHUN 2020  DENGAN PELBAGAI PEMBOHONGAN                                                                                                PEMIMPIN
                                 INILAH JENIS PEMIMPIN YANG BERKUASA SEKARANG
                                       SAMAADA KERAJAAN MAHUPUN PEMBANGKANG
                                                         SEMUANYA SAMA SPECIS

Bismillah-hir-rahman-nir-rahim.

Yang muda pasti menjadi tua. Yang baru pasti kan jadi  lama. Tetapi hakikat yang tidak bolih dinafikan, umur kita semakin meningkat setiap saat dan waktu, tetapi adakah kita menghargainya?, Tiada yang lama manakan ada yang baru. Itulah hakikat .  Selagi kita bernafas dibumi ini, selagi itulah 'tuntutan' Allah SWT yang perlu kita 'penuhi'. Samaada kita melakukan secara rela atau terpaksa, ,  Semua itu terletak pada keikhlasan ' dihati' kita.'



Firman Allah SWT :-
“Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang melampaui batas lagi pendusta.” (Q.S. 40 : 28).

Kemudian sesiapa yang membantahmu (wahai Muhammad) mengenainya, sesudah engkau beroleh pengetahuan yang benar, maka katakanlah kepada mereka: "Marilah kita menyeru anak-anak kami serta anak-anak kamu, dan perempuan-perempuan kami serta perempuan-perempuan kamu, dan diri kami serta diri kamu, kemudian kita memohon kepada Allah dengan bersungguh-sungguh, serta kita meminta supaya laknat Allah ditimpakan kepada orang-orang yang berdusta".
(A-li'Imraan 3:61) |

Hadith :

“Sesungguhnya kejujuran akan menunjukkan kepada kebaikan, dan kebaikan itu akan menghantarkan kepada surga. Seseorang yang berbuat jujur oleh Allah akan dicatat sebagai orang yang jujur. Dan sesungguhnya bohong itu akan menunjukkan kepada kelaliman, dan kelaliman itu akan menghantarkan ke arah neraka. Seseorang yang terus menerus berbuat bohong akan ditulis oleh Allah sebagai pembohong.” (Hadits riwayat Bukhari dan Muslim )

“Pertanda orang yang munafiq ada tiga: apabila berbicara bohong, apabila berjanji mengingkari janjinya dan apabila dipercaya berbuat khianat” (Hadits riwayat Bukhari dan Muslim.).


Bukan menuduh atau membuat fitnah tetapi ini adalah hakikat keatas apa yang telah dilakukan olih Najib aka Perdana Menteri aka Menteri Kewangan aka Penasihat 1MDB aka Ahli Parlimen Pekan aka suami Kak Ros aka Bapa kepada Anak-anak Najib aka Anak kepada Tun Razak.

Najib dan Kabinetnya masih cakap berbelit belit ( Pembohong)

Kata Najib :-

Baki dana pelaburan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang diuruskan Cayman Monetary Authority sebanyak AS$1.103 bilion ditebus dalam bentuk wang tunai, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. -

"Keputusan untuk menggunakan bank di Singapura bertujuan untuk memudahkan urusan pengeluaran wang memandangkan peraturan yang ditetapkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) memerlukan kelulusan BNM diperoleh bagi setiap transaksi wang melebihi RM50 juta," katanya dalam jawapan bertulis yang diedarkan kepada media di lobi Dewan Rakyat,  -

Tetapi kini, kata Najib :-


Kerajaan hari ini menjelaskan bahawa baki pelaburan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang diuruskan oleh Cayman Monetary Authority sebanyak AS$1.103 bilion, telah ditebus dalam bentuk aset dan bukannya wang tunai.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, baki pelaburan itu ditebus dalam mata wang dolar US (US$) dan masih disimpan di BSI Bank Limited Singapore (BSI Singapore), bertujuan untuk mengimbangi liabiliti dolar US syarikat.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/56112


Kata 1MDB tiada masaalah, tetapi kenapa perlu 'menyelamat'?

 Kita percaya bahawa langkah2 pemulihan boleh kita lakukan untuk mengurangkan jumlah hutang 1MDB dan inilah perkara yang sedang diusahakan oleh pihak kerajaan. Saya yakin MOF boleh bersama2 memastikan pelan pemulihan itu dapat dilaksanakan walaupun kita berdepan dengan begitu banyak kritikan. Lambat laun kita boleh membuktikan bahawa langkah2 menyelamatkan ataupun memulihkan 1MDB boleh mencapai matlamatnya.

Najib Masih lagi nak menegakkan "pembohongan?

Najib juga menafikan 1MDB kehilangan RM42 bilion, iaitu jumlah tanggungan hutangnya, dan berkata nilai itu kini tersimpan dalam bentuk tanah TRX seluas 70 ekar dan Bandar Malaysia seluas 500 ekar. -


Datuk Seri Najib Razak akhirnya mengaku wang syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dibawa pulang daripada Pulau Cayman tidak disimpan di bank di Singapura. - See more at: http://www.themalaysianinsider

Husni pulak menambah :-

"Saya rasa ini satu kesilapan, kesilapan dalam erti kata tafsiran apabila mereka (1MDB) mengatakan sudah menebus dan menyimpannya di sebuah bank di Singapura," kata Husni yang tidak menamakan bank di Singapura itu semasa ditemui pemberita di luar Dewan Rakyat. -
"Ia sebenarnya simpanan, ia dalam bentuk unit, ia disokong oleh dana kekayaan berdaulat." 


 Duit Hutang didakwa 'dana kekayaan' 'Dana Cayman' menyerlahkan 'pembohong' Pemimpin

                                Muhyiddin Mula Menyampah dengan isu 1MDB

Kata Muhyiddin Yassin :-


“Saya bukan nak menunjukkan kehebatan saya atau nak menunjukan saya benci kepada pimpinan atau tak sebulu dengan presiden saya… tidak. Saya hormat. Sebagai manusia saya kena hormat.

“But this a real problem..bagaimana dalam tempoh yang begitu singkat sebuah syarikat yang ditaja menanggung beban sampai RM42 bilion.

“Saya beritahu perdana menteri..Sack all those guy Board of 1MDB..buang mereka.

“Saya nak sebut di sini supaya ahli parti faham..Pasal mereka yang menyebabkan perdana menteri terpaksa menanggung (beban),…tapi ( masih) tak buang lagi…,” ujarnya dalam nada kesal.


Dalam rakaman itu, Muhyiddin turut mengakui bahawa 1MDB membayar kadar faedah sehingga RM200 juta setiap bulan.

“Tak pernah saya terfikir mana-mana syarikat dalam dunia tanggung beban seperti berlaku di Malaysia. Buang lah CEO ini.. buang..

Kata Zam pulak :-

“Saya bukan nak menunjukkan kehebatan saya atau nak menunjukan saya benci kepada pimpinan atau tak sebulu dengan presiden saya… tidak. Saya hormat. Sebagai manusia saya kena hormat.

“But this a real problem..bagaimana dalam tempoh yang begitu singkat sebuah syarikat yang ditaja menanggung beban sampai RM42 bilion.

“Saya beritahu perdana menteri..Sack all those guy Board of 1MDB..buang mereka.

“Saya nak sebut di sini supaya ahli parti faham..Pasal mereka yang menyebabkan perdana menteri terpaksa menanggung (beban),…tapi ( masih) tak buang lagi…,” ujarnya dalam nada kesal.

Ucapan itu dirakam dalam satu video yang dimuatnaik di Youtube oleh penulis blog yang juga bekas wartawan, Firdaus Abdullah.

Dalam video bertajuk ‘Luahan Hati Timbalan Presiden Umno-1MDB’ itu, Muhyiddin ditunjukkan berucap kepada pemimpin tertinggi Umno, termasuk naib presiden.

Antaranya Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan dan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob.

Pertemuan itu dipercayai berlangsung semasa sambutan ulangtahun Umno ke-68.

Dalam rakaman itu, Muhyiddin turut mengakui bahawa 1MDB membayar kadar faedah sehingga RM200 juta setiap bulan.

“Tak pernah saya terfikir mana-mana syarikat dalam dunia tanggung beban seperti berlaku di Malaysia. Buang lah CEO ini.. buang..

                                  Najib tetap tak mahu buang  CEO 1MDB

Kerajaan hari ini menafikan bahawa Ketua Pegawai Eksekutif 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Arul Kanda Kandasamy, mengemukakan penyata bank palsu berkaitan akaun anak syarikatnya yang dikatakan dari cawangan Bank BSI di Singapura.

"Kenyataan ahli Yang Berhormat bahawa Arul Kanda mendapat penyata bank yang bukan milik BSI adalah tidak benar," kata Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Razak dalam jawapan bertulis kepada Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz (Raub-DAP) yang diedarkan di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Ariff bertanyakan Najib bagaimana Arul mendapat penyata bank yang bukan milik BSI, dan jika penyata itu bukan dari bank berkenaan, ia ternyata pemalsuan dokumen, dan sama ada ia mendedahkan 1MDB kepada tindakan undang-undang oleh BSI.
- See more at: http://www.melanaublogger.com

                          Pemimpin UMNO Batu Pahat pula membalun Muhyiddin
                                                             Kata Zam pula :-

MENTERI KOMUNIKASI ARAH JASA SERANG TAN SRI MUHYIDDIN


Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Ahmad Shaberi Cheek telah mengarahkan Ketua Pengarah JASA,Mohd Puad Zarkashi melancarkan serangan terhadap Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin berikutan pendedahan klip video ucapannya  yang menyanggah  cara Perdana Menteri Datuk Seri Najib menguruskan masalah pengurusan kewangan  1MDB yang melibatkan lebih RM 40 billion.

Logiknya Ketua  Pengarah JASA terletak  secara langsung di bawah Menteri yang berkenaan dan jika ini dilakukannya bersendirian maka berarti Menteri tidak lagi mempunyai kawalan keatas pegawainya yang juga anggota Majlis Kerja Tertinggi UMNO.

Puad Zakarshi telah mengecam   Muhyiddin dalam facebooknya  sebagai Menteri Pelajaran yang malas  mengadakan lawatan berbanding dengan beliau ketika menjadi Timbalan Menteri Pelajaran yang sanggup  melawat ke sekolah -sekolah  di daerah terpancil.

                            Menteri Kabinet dari Kota Belud Sabah pula berkokok :-

         Cakap Pemimpin UMNO  dari Sabah kebanyakanya tak bolih pakai, semua lalang

Rahman Dahalan pulak tidak menyokong Muhyiddin :-

Memecat ahli lembaga pengarah syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tidak akan memberikan jawapan terhadap isu yang membabitkan syarikat pelaburan strategik Kementerian Kewangan itu, kata seorang menteri Umno. 

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata, sekiranya saranan yang diutarakan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin itu dilaksanakan, belum tentu kebenaran sebenar akan dapat diperolehi. 


Tidak mahu ulas panjang-panjang, kalian fikirlah sendiri, apa yang dinanti  tahun 2020 bukanlah satu petanda baik sebaliknya ianya merupakan 'malapetaka' kepada Umat Melayu dibumi ini.
                                   
                                       

                                                  ikhlas dari :- Cahaya Al Majid



Monday 15 June 2015

THE PROMISED LAND : BAKAL -BAKAL MANTAN

AZAN SUBUH SUDAH BERKUMANDANG
PERSIAPKAN DIRI ANDA
CAHAYA PELITA UMNO SEMAKIN MALAP
BAKAL DITIUP APABILA MATAHARI MULA MENYINAR.

                       " AHLI UMNO  HANYA LAYAK SEBAGAI KUDA TUNGGANGAN"

                                                      Bismillah-hir-rahman-nir-rahim

Tiada satu haripun dimana UMNO mahupun Perdana Menterinya berserta menteri  pilihan Najib tidak melakukan onar terhadap Melayu ataupun mencalarkan 'bangsa Melayu'.Kalau Najib di'belasah' rakyat mahupun olih Dr Mahathir diatas ketidakupayaannya mentadbir negara terutama sekali didalam hal-hal 'ekonomi' sehinggakan  1MDB meledak hutangnya keparas RM50 Billion (termasuk faktor bunga), sehingga menyebabkan nilai ringgit kita merudum keparas terendah selepas 9 tahun, namun, bagi Najib dan Menteri kabinetnya ini bukan kerana faktor 'kebodohon' mereka tetapi sebaliknya didakwa kerana 'salakan' Mahathir, kata Ahmad Maslan.

Begitulah 'bangangnya' statement dari Menteri 3.85 ini.

Sekarang ini kita bukan lagi berbicara  untuk menyelamatkan UMNO mahupun Menteri Menteri UMNO yang kaya raya tetapi kita berbicara demi untuk menyelamatkan Malaysia atau orang Melayu dari 'muflis' atau 'merempat' dinegara sendiri akibat dari  'kesalahan' Kabinet Najib.

Apa yang diusahakan terkini  olih Najib iaitu 'mengadakan closed door' meeting' dengan semua Ketua Penerangan UMNO' dan cuba menerangkan 'kenazakan' kedudukan beliau sebagai Perdana Menteri kerana kesalahan 'mengurus tabir 1MDB' serta 'salah laku' namun dengan bersemuka dengan 'Ahli UMNO' ini beliau menjangkakan bahawa beliau akan diberikan peluang dan  'mandat' lagi untuk memperbetulkan, namun, Najib mahupun Pertubuhan UMNO perlu sedar bahawa 'kemenangan tipis UMNO sebenarnya bukan kerana sokongan ahli UMNO saja tetapi kerana sokongan Melayu diatas pagarlah yang banyak membantu  Melayu UMNO dalam PRU 13 yang lalu..

Kalau UMNO atau Najib berpendapat bahawa beliau berjaya menjawat jawatan Perdana Menteri diatas undi ahli UMNO, saya kira, Najib tersilap. Walau apa pun 'kerosakan' telah berlaku dan tidak mungkin bolih diperbaiki. Apa yang perlu difikirkan olih UMNO adalah, apakah strategi untuk menentukan bahawa 'kekalahan' PRU 14  ini sangat 'menimum' kepada Melayu, Itulah yang perlu difikirkan. UMNO sudah dimantankan!!!, olih orang Melayu, itulah hakikat.

Bakal Mantan iaitu Nazri Aziz pula, 'celupar' mulut pulak. Kalau nak membodek tak usahlah berlebih-lebihan. Tetapi mungkin beliau sudah merasakan bahawa 'nyawa' UMNO dah dipenghujung, maka, 'belasah' sajalah, asalkan, 'jawatan menteri sehingga PRU 14' tidak terjejas.  Tetapi beliau lupa bahawa 'impak' dari apa yang dikata terhadap 'bakal Sultan Johor' menyesakkan lagi usaha UMNO untuk memenimakan  kekalahan.

Dari tindakan melulu yang tidak berpandangan jauh atau mungkin Allah SWT telah 'menutup' pintu 'hati dan akal' mereka, maka, satu-satu 'kebodohan' pemimpin UMNO terserlah. Cuba perhatikan, semenjak Najib memegang kuasa siapakah 'Melayu' yang sebenarnya 'berkuasa' yang  'berada disekeliling Najib, majoriti yang dipilih Najib dan 'berkuasa' adalah seperti dibawah ini. Mana muka anak Melayu ??????


                                                   

Image result for Ketua Setiausaha Negara

                                                     Image result for ketua setiausaha perbendaharaan malaysia

                                                     10988929_999819313378886_902095137910692892_n

                                                     1378534_999819183378899_2169956795055719391_n

                                                     Limkokwing_600_1

                                                     


                                                     Image result for Idris Jala


Hanya Melayu  UMNO berstatus ' badut' saja,, yang digunakan untuk 'menguncah' atau 'menobatkan' Najib sebagai Presiden UMNO .

                 Antara paparan masyarakat gelandangan di negara ini. Negara dah Maju? Melayu dan                          .Maju. Siapa miskin dulu ???

                                                 Image result for Melayu gelandangan di Kuala Lumpur

                                                 Image result for Melayu gelandangan di Kuala Lumpur

                                                 Image result for Melayu gelandangan di Kuala Lumpur

                                                 Image result for Melayu gelandangan di Kuala Lumpur

Najib sudah pun meninjau kemiskinan dan kesusahan  rakyat jelata namun tetap mahu bermewah dengan wang rakyat.

              Najib beli jet  baru ketika rakyat tersepit gara-gara GST dan kemeruduman ekonomi

                                               jet-baru-najib

                                           
            

              Image result for 1MDB berhutang 42 Billion



                          Siapa yang untung?? Adakah Melayu yang mendapat 'menafaatnya'?

                                                             Sarawak Report
                     Further USD$330 million Went Straight To Jho Low’s Good Star Limited
                                              Further USD$330 million Went Straight To Jho Low’s Good Star Limited From 1MDB! NEW EXCLUSIVE



Image result for Jho Low




1Malaysia Development Bhd, Malaysia’s state investment company, named Arul Kanda as its new president.

Mr. Arul joins the company, which is planning an initial public offering of its energy assets to raise more than $3 billion, from Abu Dhabi Commercial Bank, where he was the head of investment banking.

He is replacing Mohd Hazem Abd Rahman, who will step down as managing director and chief executive “as part of a transition plan,” 1MDB said in a statement Monday.

                                                        Image result for Abdul Hazam Rahman of !mdb 


                                                               
Mana muka Melayu lagi?...Melayu dibawah Najib adalah  sampah., bergunanya Melayu UMNO .hanyalah untuk 'membenarkan' Najib dan punasihatnya 'membalun' atau 'memusnahkan' kekayaan negara ini. Inilah kebodohohan ahli UMNO yang tak sedar diri namun masih mahu 'mengangkat' Bugis.ini.

Di era 'Bugis' inilah  'bangsa Melayu' dikafankan secara tersembunyi. Masih tak sedar diri lagi !!!

Kepada mereka-meraka yang memegang 'jalan' , perjalanan anda sudah bermula. Perjalanan 'Bani Meem' diaangkat kesatu tingkatan..perjalanan anda bukan kerana dunia lagi tetapi kerana Allah SWT. Rapatkankanlah saf-saf anda dan kenalilah 'sahabat-sahabat' anda dengan lebih dekat. Ramadhan ini adalah masa yang paling sesuai...Allah Maha Esa ALLAH , ALLAH Al Majid...Amin...


                                                 ikhlas dari ::- Cahaya Al Majid