Thursday 30 July 2015

THE PROMISED LAND : HARI KETENANGAN BUMI MEEM BERAKHIR

Bismillah hir rahman nir rahim.

Salam Jumaat.

Jumaat adalah penghulu segala hari.

Jumaat juga adalah hari terkuburnya alam maya

Jumaat ini jugalah hari terakhir bagi Melayu dibumi ini mengecapi ketenangan hati.

Jumaat ini jugalah  pemimpin  mungkar atau "dajal" dipohonkan kerahmatan olih mukmin.tanpa kesedaran.

"Ya Allah aku memohon perlindungan dari kemunafikan yang berleluasa ini.


"Kesyukuran ini juga aku panjatkan kepada Ar Rahman Arl Rahim " Allah sekian alam.

                                              Cahaya Al Majid
 

Wednesday 29 July 2015

THE PROMISED LAND : TAHAH SUMPAHAN "RUM BOW" SIAPA LAGI BAKAL TERCELA!!!!

Bismillah hir rahman nir rahim.

Lain padang lain belalang. Dimana bumi dipijak disitu langit dijunjung.

Sebelum ini belum ada lagi pemimpin tertinggi UMNO samaada yang berstatus Perdana Menteri mahupun Timbalan Perdana Menteri memijak tanah pusaka Rembau dengan "keizinan" , selepas "Rum Bow" mengenal dirinya sendiri.

Bumi Rumbow bukan sembarangan bumi, bumi ini "terangkum" dalam sumpahan.
Ke"keromah"  bumi Rumbow telah saya tulis dahulu.Perlu diingatkan kembali, bahawa bumi Rumbow telah ujud dahulu sebelum ujudnya Kesultanan Melaka, begitulah "tuanya" bumi Rumbow ini.

Untuk makluman semua, segala "mentra kuno Rumbow" masih aktif terpakai sehingga kini, tetapi yang selalu digunakan adalah "alter  Rumbow kuno" dan terbukti berkesan kepada pengamalnya.Begitulah "perjanjian" nya.

Orang politik yang pertama jadi mangsa  gugur dibumi "Rumbow" adalah Dato Mokhtar Hashim, bekas Menteri Belia.Gugur juga kerana "khianat" kerana kuada dan akhirnya terjebak dalam kes pembunuhan yang akhirnya diituduh membunuh dan dipenjara.

Begitu juga dengan Gangster ternama Melayu iaitu Mokhtar Komando beliau juga "tersungkur" dibumi Rumbow.Dalam erti kata sebenar sesiapa saja yang mengkhianati Melayu,  atau "pengkhianat" pasti menerima "balasan" apabila "menjejak" kaki dibumi Rumbow.

Sebelum bulan puasa Muhyiddin Yassin juga  telah menjejakan kaki dibumi Rumbow kerana merasmikan program, belum pun sampai 3bulan, sumpahan bumi Rumbow terkena juga kebatang tubuh Muhyiddin.Kenapa? Beliau juga telah dipertanggungjawapkan untuk memegang amanah untuk 'melindungi' Melayu sebagai orang nombor 2 dalam Kerajaan, tetapi "amanah" itu juga gagal digalas ketika berkuasa, maka, hari ini beliau juga "terkena" sumpahan itu

Berselang beberapa bulan dari lawatan Muhyiddin , ketentuan Allah Swt mengatasi segalanya, jamuan Perdana Hari Raya 2015 juga akan diadakan dan berlangsung di bumi dan langit Rumbow dan dijangka Perdana Menteri, Najib akan menghadiri majlis tersebut, inshaallah, Najib juga pasti akan terkena "sumpahan" yang serupa juga.seperti bekas Timbalannya.Hanya kerana apa? "khianat".

Perjalanan Najib kearah yang sama juga nampaknya semakin terang.

Lintasan lintasan yang telah diperkata dan yang saya tulis juga sudah mula menjurus kearahnya.

Semoga Allah swt melindungi kita dari bencana kerana bersengkokol dengan "pengkhianat"  bangsa "Meem".

                                      Cahaya Al Majid







I

Monday 27 July 2015

THE PROMISED LAND : BALA NAJIB ATAU BALA RAKYAT

Bismillah hir rahman nir rahim.

Setiap yang hidup pasti mati, samaada muda atau tua tiada penghalang bagi Allah Swt , semuanya adalah ketentuan dari Nya juga.Samada kita reda atau tidak tiada siapa bolih menahannya.

Umat melayu Islam dinegara ini masih lagi merayakan sisa sisa 1Syawal walaupun kini telah pun melangkaui 11 syawal.Fitrahnya hanya 1 Syawal saja yang wajib dirayai tetapi kerana sifatnya Melayu ni yang kuat mengikut adat nenek moyang maka genap 30 harilah umat melayu akan beraya, dan ada juga diantaranya merayai kehangatn idul fitri sehinga bulan seterusnya. Selagi hari itu terangkum dalam bulan syawal selagi itulah umat melayu akan beraya, begitulah rakusnya sifat Melayu dinegara ini.

Bercakap tentang isu rakus ini, selalunya ia terkait dengan sikap seseorang.Kalau seseorang itu dilihat akan sifat ketamakkan, membalun apa saja yang melintas depan mata "perumpamaan melayu" atau membolot apa saja (harta atau kekayaan) samaada secara baik atau sebaliknya, samaada untuk kepentingan sendiri atau keluarga itulah yang digambarkan sebagai rakus. Ada tergolong dalam rakus kuasa dan ada yang rakus harta, tetapi kekedua duanya sama saja "ketamakan" nya.

Perlu kita lihat dalam diri kita, sebanyak mana dugaan Allah swt terhadap diri kita. Ada yang mengatakan lagi banyak dugaan terhadap diri kita semakin sayang Allah swt terhafap kita. Adakah ini kebenaran? Atau alasan ini sengaja nak menyedapkan hati saja? Kebanyakkanya alasan Allah swt "sayang"akan kita dijadikan sandaran. Ada ini benar? Kalau dugaan atau cabaran datang silih berganti bettali arus, adakah ini tandanya Allah swt sayang kita?

Pernahkah kita berfikir disebaliknya? Bahawa segala dugaan dan cabaran yang datang itu merupakan satu " bala" ataupun "musibah" ?yang menuntut kita supaya berada dilandasankebenaran? Tidakkah kita dituntut untuk "berfikir"?

Begitu juga yang dilalui olih negara kita dengan bermacam macam kes, mh370 hilang, mh17 kena tembak, kes serangan di sampornalah, gempa bumilah, banjir besarlah, kes Najib kena kelentong rm42 billionlah, kes tabung haji kena "kelentong"lah, kes MAra beli bangunan dengan harga tinggilah dan bermacam macam lagi, adajah ini petanda Allah Swt sayang? Atau Allah Swt suruh kita "berfikir"?

Begitu juga dengan Najib yang saban hari dilanda masaalah? Masalah hutang bertimbun 42 bilion 1mdblah, masaalah duit bilion bilion masuk akaun dia lah, akaun bini dia
 Rosmah masukk duit 2jutalah, masaalah anak tiri dialah yg banyak duit juta jutalah sampai bolih labur buat filem puluh juta, semua ini terpalit kat kepala Najib, adakah ini dugaan ? Atau adakah ini "bala" kepada Najib?

Tidak cukup dengan itu, kepala Najib juga berpiung, manakan tidak, nilai matawang ringgit sudah jatuh, nilai simpanan juga menyusut , sekarang dah tinggal Rm100 billion je, ekonomi domestuk juga dah mula menyusut, rakyat dah mula marah, bertambah kusutlah lagi Otak Najib. Dengan bertalis arusnya masaalah yang dihadapi ini, adakah Allah Swt zalim terhadap Najib atau sememangnya "bala" menyengah Najib? Atau ini "bala" kerana sumpah dia sendiri?

Umat melayu fikirkanlah.

ALLAH SAYANG ATAU ALL
AH SWT TURUNKAN
BALA

             Cahaya Al Majid















S








Monday 20 July 2015

THE PROMISED LAND : YANG DINANTI DAH TIBA

Bismillah hir rahman nir rahim

Kerahmatan Allah swt jua dipohonkan agar semua pelawat blog in dirahmati Allah swt.Dengan kesabaran serta ketabahan hati didalam mengharungi segala cobaan mahupun dugaan yang dibentangkan olih Yang Maha Kuasa untuk dilalui olih setiap manysia samaada yang miskin mahupun yang kaya, berserah diri dan bertawakal adalah satu satunya jalan terbaik.
Hari ini merupakan hari yang ke 4kita berada dalam bulan Shawal Alhamdullilah.

Seperti yang saya paparkan sebelum ini iaitu 'ulangan 'imbasan seperti Trajedi  9.11 tetapi ''bayangan atau gambaran sungai kelang berwarna merah dan awan hitamenyelubungi langit kuala lumpur manakala jalan raya lengang hanya asap hitam menyelubungi persekitaran bandaraya Kuala Lumpur.

Nampaknya kisah Low Yatt yg baru terjadi itu mula membenarkan 'imbasan' tersebut.Permulaan untuk terjadinya seperti ulangan seperti yang digambarkan dalam imbasan itu nampaknya bakal terjadi juga dan bukan ramalan.

MELIHATKAN kehangatan bumi Malaysia kebelakangan ini bakal membenarkan imbasan itu untuk terjadi.
Dengan perangai kepala negara, perangai orang orang politik dan perangai perangI manusia yang loba dengan harta demi diri sendiri serta meluasnya penipuan serta fitnah samada dari penguasa mahupun yang memegang kuasa telah mempercepatkan untuk perkara ini untuk berlaku.

Memandangkan kebatilan telah mula diterima sebagai kebenaran maka 'roh tanah'bertuah mula tercemar maka untuk memulihkan beberapa pengorbanan perlu dilakukan. PENGORBANAN yang bakal berlaku ini amat pedih sekali untuk dihadapi.

Ini yang kau pinta.AllahSwt membenarkanya.

                         Cahaya Al Majid



Monday 6 July 2015

The Promised Land: BALA

Bismillahhirrahmannirrahim.

Alhamdulilah kerahmatan Allah swt jua saja yang memungkinkan untuk kitabertemu dilembaran ini.Syukur kehadrat Illahi kerana masih meminjamkan
Rohnya kepada jasad ini  bagi meneruskan kehidupan sebagai manusia Dan hamba kepadaNya.

Marilah kita berpijak dibumi nyata.Apa yang berlaku dalam negara kita sekarang serta yang sedang mengulitdiri Najib dan juga keseluruhan kepimpinan kerajaannya yang dilihat sedang  dilalui merupakan satu 'laluan' yang semangnya merupakan satu 'ketetapan' dari Yang Maha Esa. Apa yang dikata olih Najib bahawa ini merupakan satu dugaan adalah tidak tepat tetapi sebaliknya apa yang dilalui Kerajaan pimpinan Najib kini adalah satu 'balasan' dari Yang Maha Esa diatas kesalahan kepimpinan Najib sendiri.

Maaf bercakap. Kebanyakkan barisan kepemimpin yang dipilih Najib samada yang berjawatan Menteri ataupun pemimpin politik 'yang sememang berpenyakit' telah diberikan kuasa, kebanyakkannya 'tidak ikhlas' tetapi sebaliknya kelompok ini majoritinya adalah ' "hamba sahaya" yang taat membuta  tuli terhadap tuannya, dan tugas mereka adalah "membenarkan" apa saja "salah laku" tuannya.

Tetapi apa sedang berlaku adalah dari hasil ciptaan tangan mereka sendir Sifatnya manusia mereka tidak akan mengakui kesalahan diri mereka sendiri tetapi sebaliknya, kesalahan itu akan diletakkan kepada orang lain bagi menghalalkan kejahilan diri mereka sendiri.

Nampaknya apa yang sedang dilalui kini, keadaannya seperti yang telah saya wakafkan dalam penulisan terdahulu.

Apa yang bakal dilalui olih rakyat dibulan yang mendatang pasti menyesakkan jiwa setiap jiwa dinegara ini. Kenaikkan kos barangan kehidupan semakin meningkat walaupun kerajan cuba menafikan. Apa yang paling ketara kini nilai matawang kita semakin merudum dan hari ini nilai USD 1 bersamaan Rm3.82 .Tidakkah ini menunjukan bahawa ekonomi kita semakin lemah dan tidak stabil?


Tidak kah Ini  petanda nyata bahawa kepimpinan Najib dan kabinetnya tidak menyakinkan serta lemah yang mana intrigriti mereka sedang dicabar.

Apa yang sedang berlaku dan terjadi ini merupakan "laluan" kepada malapetaka yang lebih besar untuk berlaku.

Tiada apa yang dapat saya ulas lagi melainkan menyerahkan kepada Yang Maha Esa .

ALLAH MAHA BESAR.

                Ikhlas dari : Cahaya Al Majid