Sunday 30 August 2015

THE PROMISED LAND : DOA MAKAN TUAN

Bismillahhirrahmannirrahim.

Doa adalah sesuatu yang dituntut olih agama lebih lebih lagi bagi  mendoakan kedua ibubapa. Dan salah satu kretria anak yang soleh yang diangkat Tuhan ialah anak yang sentiasa mendoakan kesejahteraan kedua orang tuanya dan begitulah kehendak Yang Esa daripada hamba hambanya.

Bagi mereka mereka yang bersolat secara sendirian mahupun berjemaah selalunya doa yang dipohon lebih menjurus kepada memohon kerahmatan untuk diri dan keluarga tidak terkecuali Baginda Rasullulah serta keluarga Baginda  tetapi untuk yang lain amat jarang didoakan.

Seawal tahun 1500 tahun lagi agama Islam telah bersendi dibumi Meem ini dan sejak itulah disetiap kali Jumaat , umat yang menganut agama Islam ini tanpa henti mendoakan kesejahteraan Raja atau Sultannya dan ini masih lagi berlarutan sehingga kini. Begitulah senonimnya "doa" umat Islam kepada Raja atau Sultan sesebuah negeri.

Semenjak negara kita mengecapi kemerdekaan,  kuasa tidak lagi berpusat kepada Raja atau Sultan tetapi kuasa pemerintahan berpindah kepada suara rakyat dimana sebuah sistem yang dicopy paste dari pemerintahan Kerajaan Britain dijadikan contohan atau yang diikut. Kini negara kita diterajui olih pemimpin yang dipileh rakyat melalui sistem parti. Nampaknya semenjak negara ini mencapai kemerdekaan hanya parti UMNO yang mendemonasi jawatan Perdana Menteri kerana gabungan UMNO dengan parti kaum lain yang dikenali sebagai BN telah berjaya mengungguli kerusi Parlimen mahupun DUN dan ini membolihkan kelompok ini membentuk kerajaan sediaada.

Tetapi kini kuasa BN telah mula melemah dan banyak kerusi Parlimen dan DUN telah dimenangi olih pesaing mereka yang dikenali sebagai Pakatan Rakyat yang bertindak sebagai pembangkang dan sehingga PRU 13 tiga negeri telah gagal ditawan semula dari tangan pembangkang.

Pulau Pinang , Selangor dan Kelantan dikuasai olih pembangkang dan dua dari negeri ini tergolong dalam kelompok negeri yang kaya dan termaju diantara negeri negeri di Malaysia.

Apa yang menjadi persoalan kini, pada setiap Jumaat mimbar tanpa henti tetap mendoakan kesejahteraan Raja Raja atau Sultan tetapi kini doa dipanjangkan juga terhadap pemimpin pemimpin negara. Walaupun doa doa ini dipohonkan agar pemimpin ini diberi hidayah dan petunjuk namun apa yang terjadi adalah sebaliknya. Pemimpin yang didoakan olih jemaah seakan akan tertolak permohonan dari Yang Maha Esa.

Telah banyak kira saksikan ramai golongan pemimpin Islam kita telah tersasar jauh dari amanah yang dipegang .Jemaah selalu mendoakan agar pemimpin berlaku adil dan beramanah serta mengambil sunnah sebagai cara hidup nampaknya doa yang dipanjatkan kepada Allah swt semakin memakan diri samaada bagi
yang mendoakan begitu juga kepada yang didoakan. Cuba perhatikan cara hidup serta perilaku anak cucu mereka, kebanyakkanya tersasar jauh dari cerminan Islam. Bukan saja anak cucu mereka tersasar malahan diri pemimpin itu sendiri juga tersesat jauh. Itulah bala yang tertumpah akibat doa doa tadi. Doa yang bukan pada yang hak. Terimalah akibatnya.
                                             Ikhlas dari :

                                               Cahaya Al Majid










Friday 28 August 2015

THE PROMISED LAND : RAKYAT LWN NAJIB ATAU NAJIB TIPU RAKYAT???

Bismillahhirrahmannirrahim.

Hari ini bermulalah satu episod baru dalam sejarah Malaysia dimana dijangka ribuan rakyat yang menyampah dengan kepimpinan Najib yang mana skandal RM42BILLION hutang yang gagal dijawap Najib dan kuncu kuncunya dengan secara telus, ditambah burukkan lagi dengan cukai GST yang dikenakan terhadap rakyat dan isu yang paling hangat yang tertonjjol diperut Najib dan Rosmah ialah tentang gaya hidup mereka berdua yang bermewah mewah melebihi pendapatan sebagai Perdana Menteri , membuatkan rakyat lagi mengesyaki bahawa "rasuah" adakah didakapan Najib.

Begitu juga isu RM2.6 BILLION serta berpuluh juta  lagi yang masuk keakaun peribadi NAJIB masih lagi belum terjawap secara terangan olih Najib cuma wang yang berjumlah Rm2.6billion @ USD700 juta telah dikata sebagai derma politik olih penjilat Najib. Ketidak jujuran Najib didalam menjelaskan isu ini telah menghangatkan lagi sisi politik negara. Bukan ahlu UMNO saja yang mencurigai "derma" ini malahan seluruh rakyat juga meraguinya. Begitulah dramatiknya episod "duit free" yang masuk keakaun peribadi Najib ini.

Ketidak puasan hati rakyat serta alasan alasan "standard longkang" ahli kabinetnya membuatkan rakyat serta pemimpin parti pembangkang dan disertai  beberapa NGO bergabung didalam satu perhimpunan yang dikenali sebagai BERSIH 4.  Walaupun kerajaan melabelkan pergerakan ini sebagai "haram" namun itu semua adalah presepsi Kerajaan Najib saja , apa yang dilihat dan dirasakan ini adalah satu  ancaman kepada Kabinet Najib sebenarnya.

Ketidak tentuan arah ekonomi , nilai ringgit yang merudum, pasaran saham yang lemah serta pengeluaran dana dana asing telah mula dirasai kini. Peningkatan kos sara hidup, kenaikkan harga barang, basah atau kering, telah mula menghimpit kehidupan rakyat. Kelemahah kos pembeli mula dirasai olih peniaga dan ini memberi impak besar kepada golongan peniaga, samaada melayu mahupun bangsa lain.

Kegagalan Najib mentadbir negara amat ketara. Kebimbangan rakyat diatas kebolihan Najib sememangnya berasas.
Perlucutan jawatan beberapa orang menteti serta Tpm serta penamatan kontrak AG secara tetiba serta pembubaran team penyiasat kes 1MDB menguatkan lagi andaian rakyat bahawa terdapat lagi "isu terbesar" yang disorokkan dari pengetahuan rakyat dan juga negara.

Yang sedihnya DYMM YDPA dan Raja Raja Melayu semuanya "hilang suara" terhadap kebimbangan rakyat kecuali Sultan Johor. Apakah "tuanku tuanku" ini juga telah tergadai "MAHKOTA" nya dari memayungi rakyat?

Walauapapun semoga apa yang berlaku hari ini bakal tercatit dalam sejarah moden negara ini.
Suara siapa lebih lantang, kuasa siapa lebih besar.

                                               Cahaya Al Majid








Thursday 27 August 2015

THE PROMISED LAND : SIAPA YANG BAKAL MATI

Bismillahhirrahmannirrahim.

"DARI DIA KITA DATANG KEPADA DIA JUGA KITA BALIK" Ayat ini amat sinonim dan rapat dengan umat Islam. Semuanya dari DIA. Ajal maut , hidup dan mati adalah  ketentuan ALLAH SWT jua, tetapi kalau kita sendiri yang menempah maut, jangan salahkan TUHAN, itu salah sendiri. Neraka jahanam tempatnya.

Walau diasak dan  digasak bertubi tubi namun Najib sekali kali tidak akan berganjak walaupun setapak. Kerana merasakan kuasa berada ditangan nya, alang alang mengengam bara api biar sampai jadi abu, mungkin itulah kata kata azimat yang kuat dipegang Najib.Apa nak jadi , jadilah..mengundur kebelakang jauh sekali.

Biarpun berpatah arang berkerat rotan namun untuk melepaskan apa yang dipeluk , jauh sekali, dan Najib pun dah mengaku bahawa sekira bahteranya roboh dipukul ombak dan layarnya patah ,  namun pendayung tetap digunakan juga. Itulah perumpaan akan kata kata Najib.

Namun sesuatu yang Najib terlepas pandang didalam menilai jatidiri ,  kejituan  dan kebersatuan hati hati orang bukan Islam terutama yang berbangsa Cina, mereka sanggup membunuh diri demi membela maruah bangsa mereka. Inilah yang tiada didalam diri bangsa Melayu tetapi kalau kerana agama Islam inshaallah ramai yang sanggup "shahid". Itulah sebabnya jenama "IS" mereka sanggup bergadai nyawa walaupun kita sedar bahawa perjuangan itu adalah sia sia.  Ini kita namakan "mencari maut".

Samaada Polis akan bertindak kasar ataupun tidak, kejadian tidak diinginkan pasti berlaku.  Mati dibunuh atau peserta terbunuh dihari tersebut pasti mengundang bala yang lebih besar kepada kepimpinan Najib, bukan Kabinetnya saja yang akan disalahkan namun Ketua Polis Negara dan PDRM juga akan terseret sama.

Kalau banyak kematian berlaku dikalangan peserta Pendemo, maka, kedudukan negara ini pasti terancam, bukan saja dimata rakyat tetapi dunia luar akan menekan Malaysia. Samaada Najib suka atau tidak, "sanction" pasti dijadikan ugutan.

Sebelum perkara buruk  ini berlaku terhadap negara ini  diharap Najib mempertimbangkan pengunduranya. Kepada UMNO timbanglah seadil adilnya keadaan yang bakal mendatang pada lusa ini.

Turunkan Najib, Malaysia selamat dan UMNO akan terus memerintah , kalau biarkan Najib , pertumpahan darah pasti berlaku, kalau ada yang mati , negara adalah "cagaran"nya.
Lakukan sesuatu sebelum terlambat.

Sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tak berguna.
Sebelum api marak membakar, sebelum kayu menjadi arang dan sebelum arang menjadi debu, buatlah pilihan terbaik.

Siapa yang bakal mati kita tunggulah BERSIH 4 .

                                          Cahaya Al Majid










Tuesday 25 August 2015

THE PROMISED LAND : KUNING LAWAN MERAH HANYA KERANA NAJIB

Bismillahhirrahmannirrahim.

Pada tanggal 29 dan 30 August ini pertembungan bakal meletus diantara kelompok "undi popular 52%" yang dikenali sebagai Pejuang BERSIH yang sinonim dengan warna KUNING bakal bertembung dengan puak yang memenangi "kerusi Parlimen terbanyak iaitu UMNO" dan NGO NGO yang menjadikan warna "MERAH" sebagai "identiti" mereka adalah dibawah naungan parti yang mendukong dasar UMNO. Untuk apa kelompok baju "merah" ini beriya iya sangat hanya "tuan"nya saja yang tahu "game"nya.

Bersih 4 bakal dibarisi olih kelompok yang sememang tidak sehaluan dengan Kerajaan BN dimana dalam PRU 13 dahulu majoriti mereka ini adalah dari kumpulan Parti pembangkang, samaada DAP, PKR mahupun  PAS . Sementara gerombolan berbaju merah ini adalah dari kelompok BN yang bermajoritinya adalah UMNO dan itu amatlah pasti.

Bagi kelompok warna kuning, ini sememangnya teramat sinonim dengan parkataan BERSIH dan demo kali ini adalah kali yang ke 4 dan fokus utama mereka kali ini adalah menuntut Najib letak jawatan.Isu isu yang lain hanyalah sampingan saja.Tetapi bagi kelompok baju merah pula berkemungkinan tujuanya adalah untuk mempertahankan NAJIB .Itu saja yang dapat difikirkan ketika ini.

Dari apa yang dapat dilihat dipermukaan, belum ada lagi provokasi berbentuk fizikal yang ditonjolkan olih penganjur BERSIH pada ketika ini tetapi berlainan pula lagaknya dengan kumpukan berbaju MERAH ini. Tidakkah "demo kekuatan" yang dipamirkan kepada khalayak ramai di Sogo tadi sebagai satu tanda provokasi?

Kepada Melayu yang tunjuk kuat tu janganlah berlebihan sangat. Jangan cari penyakit. Biarkan kepada penguasa menguruskanya. Jangan masuk campur, kalau dah gaduh besok satu sen pun tak guna lagi, mak bapak dan bini bini juga yang susah. Ni sekadar peringatan je..budak budak Melayu ni lsin sikit perangai dia orang..bila dah ramai ramai kutuk mengutuk sesama lawan..lain pulak yang jadinya.
Biarkan je..BERSIH tu nak Demo..berhari hari pun lantaklah, biaqpi kat dia orang..tengok brapa lama bolih tahan..sehari, dua hari, seminggu..

BERSIH ni nak nyahkan Najib je..bukan BN ataupun UMNO. Kalau dah ahli UMNO pun suruh Najib turun atau letak jawatan..apa masaalahnya? UMNO dah tak da pemimpin lsin ke? Dah bermacam macam skandal membaluti diri Najib sehinggakan maruah UMNO tercemar. .masih lagi nak mempertahankan Najib?  terpulanglah labu....

Saya sebagai orang tua hanya bolih menasihati saja,  nak dengar dengar tak nak dengar ..terpulanglah. .tetapi..apa yang saya khawatiri..perkara diluar jangkaan akan berlaku. Sebelum ini saya diberikan "lintasan" Sg Klang berwarna merah, awan hitam menyelubungi langit Kuala Lumpur , asap hitam berkepul kepul, jalan raya di Kuala Lumpur lengang. Ini yang saya amat takuti..sekiranya apa apa berlaku.pada hari tersebut.

Bukan nak meremehkan tindakan pemuda berbaju Merah..tetapi asbabnya tak tepat langsung, bertambah merosakan lagi adalah. Cuba tanya diri sendiri, adakah Agama Islam tergugat sekiranya Najib hilang jawatan atau adakah Melayu akan hilang kuasa jika Najib tak jadi PM?

Buatlah macammana pun Najib pasti turun takhta, tak usahlah nak gaduh gaduh. Tetapi kalau masih lagi nak tunjuk kuat.."benteng kedamaian" pasti pecah. Kepada pemimpin UMNO, kalau negara ni nak selamat,  tegah lah budak budak ni .Perlu diingat bahang Low Yatt masih panas lagi...

Perlu diingat sempadan negara kita longgar, dah berapa banyak kes senjata api lolos ketangan penjenayah yang ditangkap polis.Itu yang berjaya dikesan, yang tak dapat dikesan macammana? Takut takut penjenayah juga berada didalam kelompok yang ramai pula.

Yang ditakuti kalau trajadi seperti di Thailand berlaku disini, takut musuh mengambil kesempatan terhadap situasi gelora negara ni.
Olih itu jangan biarkan "nasi jadi bubur".

                                           Cahaya Al Majid


















Monday 24 August 2015

THE PROMISED LAND : YDPA DAN RAJA MELAYU JUGA "TERBANGSAT"???

Bismillahhirrahmannirrahim.

                       IKUT SEDAP MULUT KAU!!!!

Bangsat, bangsat dan bangsat  @ terbangsat itulah maksudnya kata kata Najib. Bukan saja ditujukan kepada Melayu UMNO malahan semua orang melayu dibumi Malaysia ini termasuklah Yang Di Pertuan Agong, Raja Raja Melayu serta kerabatnya yang berketurunan Melayu, Undang Yang Empat berserta Tuan Tuan Yang Terutama ataupun Gabenor bagi negeri yang tidak beraja, dari Perlis hinggalah ke Sabah semuanya pasti "TERBANGSAT" sekiranya UMNO kuasa. Begitulah kehendak Najib sekiranya UMNO pimpinanya hilang kuasa.

Lupa atau sememangnya "bangang" meminjam kata kata Najib yang dipelajarinya dari Rosmah, tiadapula kita lihat orang Melayu samaada diSelangor mahupun Kelantan dan juga Pulau Pinang "terbangsat" kerana diperintah Pembangkang .Yang kita nampak "bangsat" atau " terbangsat" hanyalah Melayu UMNO sahaja kerana  berimamkan Najib @ iman billion billion duit tak sah punca @ duit saudi ka, duit Qatarka, duit Caymen Island ka  atau mungkin duit Bunyian Puteri Gunung Ledang.

Hoi Najib!!! Cakap tu biar berlapik sikit, Melayu  akan bertambah kuat dan lagi bersatu bila awak dilupuskan dari jawatan. Melayu takkan mati dan tidak akan terbangsat sekiranya UMNO terkubor. Yang bakal terbangsat hanyalah pemimpin UMNO yang kuat menjilat saja.
Tunggulah..yakinlah..orang disekeliling awak sendiri yang akan menurunkan anda dari persada "istana" yang kau dakap.

Sementara menunggu harinya yang tidak beberapa lama lagi yang dijangka kurang dari 60 hari, bergelumanglah anda dengan kejatuhan nilai matawang dan index pasaran saham. Kalau cerdik pandai kau terlalu yakin dengan "pemulihan atau pembetulan" seperti yang disangkakan..ini janji untuk bekalan " tidur malam". Selagi kau dan kuncu kuncu kau mereka reka cerita, selagi itulah nilai wang kita dan pasaran kita merudum. Sanggup ke menghadapi USD1/Rm4.80 dalam masa 14 hari ni? Sanggup ke tengok pasaran saham mencecah 1450 mata dalam masa terdekat. Tak takut ke simpanan luar negara menyusut keangka USD 80 billion?

Fikirlah sendiri.
Kepada Yang Di Pertuan Agong, Raja Raja Melayu, Undang Yang Empat serta Tuan Yang Terutama, adakah Tuanku semua akan "TERBANGSAT" sekiranya UMNO hilang kuasa?

Cakap jangan sebarang cakap
                            Cahaya Al Majid










Saturday 22 August 2015

THE PROMISED LAND: MERDEKA KAH MELAYU UMNO ???

Bismillahhirrahmannirrahim.

Negara ini telah merdeka sejak Ogos 1957 lagi. Umat Islam pula dimerdekakan  olih Baginda Rasullulah sejak 1400 tahun dahulu tetapi yang menjadi persoalan kenapa umat Melayu yang ditakrifkan berevolusi semenjak Kesultanan Melayu Melaka masih lagi tidak merdeka?

Ramai yang mengaku telah merdeka , itu kalau diukur melalui silibus pelajaran samaada  disekolah rendah mahupun dipusat pengajian tinggi, terma itulah yang terpakai.
Kini kita berada ditahun 2015 berpuluh tahun dari 1957 tetapi pemikiran Melayu Umno diera Najib ini nampaknya semakin kebelakang. Bukan saja semakin jumud tetapi semakin membodohkan orang ramai terutama Melayu UMNO.

Sindrom ini bukan saja terpalit kepada pemimpin UMNO malahan otak pemimpin Pembangkang juga tidak terkecuali dan yang paling keji ada pulak Ulama makan gaji juga setaraf ataupun setara otak nya dengan pemimpin UMNO.

Kita ingatkan apabila Najib menggantikan Muhyiddin dengan Zahid serta beberapa lagi anggota kabinetnya bolihlah merubah keadaan sikit tetapi sebaliknya makin teruk pula kebodohan dan kedunguan mereka Agaknya melaun yang dikutip Najib ni semenangnya berstatus kabinet dapur ke ..aka  atau sebaris sebagai kabinet kayu saja aka yang hanya digunakan untuk bakar lemang je

2 orang diimpot Najib dari Sabah kerjanya tak lain dan tak bukan  "menyondol" je, macam tenuk di Zoo , tak kiralah apa isunya, menjilat Najib saja pandainya. Sebenarnya dua mangkok hayun nilah yang merugikan peluang  orang Sabah untuk menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri setidak tidaknya berpeluang untuk menduduki 3 teratas dalam hireaki UMNO. Disebabkan wakil Semporna telah terkeluar dari saf Kabinet Najib, jawatan
Naib Presiden juga pasti terlepas juga akhirnya. Sepatutnya mereka bersama sama mempertahankan wakil Semporna ini ,tetapi sebaliknya racun juga yang disuapkan.Itulah sebabnya rakyat Sabah makin terpinggir.

Kini Zahid  membuka mulut lagi, mula kata ada orang tua nak guling kerajaan la, duit 700juta USD  bukan duit 1mdblah, dah tengok check 100 juta USD lah, dah jumpa pak arab tulah, duit yang diterima Najib untuk perang ISIS la dan macam macam lagi .a
Adakah Zahid takut kehilangan jawatan  TPM ? Rakyat  dah muak dengan alasan tak masuk akal ni , lagi banyak kau merapu bertambah mengelonsor keyakinan orang Melayu .

Melayu UMNO bolihlah kau kelentong, sedar atau tidak ahli UMNO semakin dibodohkan olih pemimpinya. Statement Aziz Sapawi pun bungko juga.

Hari ni pulak Najib bersuara lagi,  katanya  Melayu akan terbangsat sekiranya UMBO hilang kuasa. Peergh...Najib mengugut lagi. .bukan Melayu yang bakal terbangsat tetapi Melayu  Umno dan Najib dan sekutu nya saja.
Tak pa Najib..awak cakapla..apapun..persada ANDA dan sampai kepenghujung.Bolih ke Najib bertahan apabila matawang merudum sehingga Rm4.80 /1Usd dan index saham merosot 1520 minggu ni?

Nak tengok reaksi Badut badut ni melompat lagi..

Maaflah  ..tiada lagi..jalan pulang..

                                             rCahaya Al Majid










Thursday 20 August 2015

THE PROMISED LAND : JANGAN DI USIK!!!!!

Bismillahhirrahmannirrahim.

Penghulu segala hari menjadi saksi.
Diantara dia, aku dan DIA
Tak kenal maka tak cinta.
Kebenaran banyak pada dirinya.
Jangan disentuh batang tubuh nya.

Cakap jangan sebarang cakap
Tuduh jangan sebarang tuduh.
Jangan ingat dia sebarangan orang.
Walaupun dia tak berkopiah dan berjubah labuh.
Tetapi katamnya melebihi  semua.

Harap Najib tak tersalah usik..silap langkah..
padah menjengah didepan pintu.

Sekadar mengingatkan.

Tambat atau tidak ,tiada siapa  dapat menahanya lagi .
Menjunamnya nilai matawang dan pasaran saham adalah
pasti.

Detik waktu adalah kesengsaraan dan keresahan Najib.Tik tik tik hatinya
tetap berderau setiap detik.

Waktu tetap menujah hatinya.

Kepada "ayah" yang membentang  jalan, selamat buat ayahanda, "jalan ALLAH" akan anakanda payungkan.

Mata belum bertentangan tangan juga belum bersalaman
tetapi "ROH" tetap berkirim salam.

                              Cahaya Al Majid








Wednesday 19 August 2015

THE PROMISED LAND : TIDAK PERNAH MENDENGAR DIA MEMBANGGA DIRI..

Bismillahhirrahmannirrahim.

Nama nya gah segagah Tugu Peringatan. Namanya disebut diserata dunia. Wataknya disanjung olih dunia Islam.Kegigihan usahanya mengharumkan Islam merentasi benua. Kegigihannya dalam melepaskan umat Islam diBosnia dari dihapuskan dimuka bumi bukan lagi ukuran kejayaannya.

Namanya  menjadi keceman dunia barat , kelantangan memerangi tindakan kezaliman zionist adalah ajendanya , semuanya adalah kerana Agama Islam tetapi kini pemimpin parti yang pernah diterajui nya dan yang  telah melakarkan banyak legasi melalui acuanya , kini semua ahli parti tersebut telah bertukar kiblat, semuanya hanya kerana kelantangan suaranya membidas salah laku 1Mdb kerana hutang berlunggok (rm42 bilion). Kini seluruh struktur Majlis Tertinggi UMNO mula memusuhinya.

Alhamdullilah diucapkan kepada Ahli Majlis Tertinggi kerana sanggup berkiblat kan kepada fatwa Najib .."CASH IS KING".

Dari apa yang berlaku kini secara jelas dapat kita lihat saksikan betapa buta dan dunggunya pemimpin  UMNO sekarang.

Nama UMNO yang telah gah diseluruh dunia dulu dan dihormati diseluruh dunia termasuk dari negara negara Islam kini tercemar gara gara Presiden UMNO  dan sekutunya kerana didakwa rasuah.

Berbagai tuduhan dibuat olih akhbar dan makalah luar negeri berhubung "salah guna dana" samaada dari 1MDB, SRC INTERNATIONAL, KWSP, Tabung Haji dan beberapa instituasi lagi, namun semua itu belum terjawap secara pasti lagi. Dana USD700 juta yang masuk keakaun peribadi Presiden UMNO yang dikata "derma" untuk pilihan raya dan diakui olih seluruh kepimpinan UMNO akan kehadiran Dana tersebut tetapi belumpun sempat mengolah penceritaan tiba tiba Sarawak Report melaporkan bahawa sejumlah USD 650 JUTA dari sebahagian USD681 JUTa telah dihantar semula keSingapura pula diatas nama bank yang sama mengirimnya.  Tidakkah ini satu kepelekan dalam transaksi?.

Bermacam macam alasan diberikan olih pemuja Presiden sehinggakan setiap seorang pemimpin mempunyai versi yang berlainan sesama mereka dalam menghalalkan perbuatan Presiden mereka.

Apa yang ada kini dan yang membaluti pertubuhan UMNO kini hanyalah "kebusukan" dan flip flopnya pemimpin. Keberanian mengaku kesilapan dan keberanian menyanggah salah laku Presiden bukan lagi perkara pokok. Mengungkit dan mencari salah lampau dari kepimpinan silam adalah ajenda.

Olih kerana tiada peluru lain yang dirasakan bolih menembusi batang tubuh Mahathir maka segala salahlaku  UMNO yang diterajui Mahathir yang mana pada ketika itu memasing duduk dibawah Kabinet Mahathir  tetap jua tidak bersuara.Itulah sindrom Melayu UMNO. Yang penting bagi mereka ini "jawatan menteri" tetap ditangan atau " perut sendiri lebih utama berbanding "prinsip". Itulah yang diwarisi hingga kini.

Yakinlah Melayu UMNO tidak akan berubah sampai bila bila pun walaupun siapa pengantinya. Dan yang terpenting bolihkah UMNO menerima hakikat bahawa PRU 14 bakal menguburkan mereka ?.

Sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tak berguna lagi.

Ringkasan :
Hebat Mahathir negara transform kenegara perindustrian dan pembangun pesat dimerata tempat. Seluruh dunia terkesima kemajuan Malaysia

Hebat Pak Lah : mahzab baru ": islam hadari"

Hebat Najib : Transformasi sana sini. ETP GTP TERAJU BAHTERA DLL
1MDB SRC INT. KWAP KWSP TABUNG HAJI FELDA
semua billion. Menanam atau ditanam ..
Terkenal satu dunia kerana Rasuah. Silap silap negara ini dilabel sebagai pusat "pengubahan wang haram"


Walau apa pun bergembiralah wahai UMNO..Pak Arab akan derma lagi berbillion USD SEBAB Najib dah setaraf Ulama Besar yang maksum yang tidak melakukan kesalahan.

Ahli  UMNO dan berbaiah ke belum dengan Najib?


                                                   Cahaya Al Majid




















Tuesday 18 August 2015

THE PROMISED LAND : BILA JANTUNG DAN HATI BERSATU..

Bismillahhirrahmannirrahim.

Kini bahang kemeruduman ekonomi telah mula dirasai. Ini baru sikit. Sekarang kepimpinan Najib sudah mula mencongak apa nak buat seterusnya. Walaupun mereka cuba untuk menyalahkan faktor luaran tetapi hakikat sebenarnya ,kenapa nilai matawang dan pasaran saham kita menjunam adalah kerana kepimpinan kerajaan sekarang

Skandal rasuah yang berpanjangan, pemimpin tak jujur, pembohong, menyalah gunakuasa, menteri tak berintrigiti dan bermacam macam lagi tetapi apa yang pasti " sifat kemunafikan"  Perdana Menteri amatlah terserlah. Walau apapun alasan Najib bagi menghalalkan perbuatannya, rakyat yang dipimpin pasti mendapat bahananya.

Tiada seorang pun ulama Kerajaan berani menegur salahlaku Najib. Begitu juga dari kalangan Ulama Pas, semuanya dah semput. Tiada lagi keberanian . Berjela jela makian dan  berkarung sumpah seranah namun semua itu tidak menjadi kudis sedikitpun terhadap batang tubuh Najib malahan Najib merasakan dirinya kebal pula.

Kalau Najib terlampau yakin bahawa KEDUDUKAN beliau tidak terjejas kerana telah berjaya "memagar diri" .dari tindakan undang undang..biarkan dia ..kekebalan itu tidak akan bertahan lama.

Inshaallah..biarlah Najib berkeyakinan bahawa tiada lain manusia berupaya menurunkanya.

                                               TUNGGU DAN LIHAT

.nilai matawang kita akan menjunam keparas Rm4.80 berbanding 1USD dan                    index bursa kita menurun keparas 1, 500 poin..


Adakah kepimpinan Najib dan jemaah menterinya bolih bertahan.

                                  60 hari adalah jangkamasanya.


                                        bila hati mula berbicara
                                             Cahaya Al Majid

Monday 17 August 2015

THE PROMISED LAND : "TEBU" KENA BUAT KERJA DULU NANTI NILAINYA RM5 JUTA..NAK TAK?

Bismillahhirrahmannirrahim.

Dimana ada gula disitu ada semut menghurung dan bukan lagi matinya semut kerana gula. Semua dah tukarlah...

Mungkin ketakutan kerana ura ura bakal ditendang  melalui "undi tidak percaya" cepat cepat Najib mengumumkan bajet atau peruntukan sebanyak Rm5 juta kepada ahli parlimen BN bagi" mengoyahkan iman" MP MP Bn agar tidak berpaling tadah.

Memandangkan kebanyakan  MP BN sememangnya jiwa mereka bolih dibeli dengan wang ringgit atau sememangnya "kebulok", duit, apa saja tindakan yang memungkin mereka kekal berkuasa , samaada pangkat atau jawatan, keutuhan parti mereka iaitu UMNO, BUKAN lagi keutamaan. Sama ada UMNO melingkup atau ditolak rakyat bukan lagi keuutamaan. Yang penting sekarang ni..fulus mashyuk...status YB tak hilang.

Sebenarnya inilah masanya rakyat menilai kejujuran dan ketulusan pemimpin mereka. Samaada pemimpin mereka itu bersama rakyat atau membuta tuli mengikut telunjuk Presiden mereka atau membiarkan rakyat terus terbeban dengan segala  kenaikan kos sara hidup, menjadi penilaian.rakyat untuk PRU14.

Untuk jangka masa pendek atau dimasa terdesak ini, rakyat mungkin tidak berdaya melakukan apa apa terhadap pemimpin BN/Umno tetapi jangkamasa 3 tahun ..bukanlah lama sangat.pun untuk memberi "pengajaran" .Melayu sudah terbiasa dengan pepatahnya, "kalah jadi abu  dan menang jadi arang " atau "alang alang menyolok perkasam biar sampai kepangkal lengan" , itulah yang bakal terjadi.

Walauapapun "gempak" Zahid agak menjadi jugalah.walaupun gempak "dalang sandakan" tidak kemana mana dan hilang entah kemana mana , setidak tidaknya bolihlah juga Najib tidur tidur ayam malam tadi.

Tetapi dari statement MP yang merasakan diri mereka dituduh atau ditomah, benar mereka mengatakan bahawa mereka tidak akan sekali kali  berkomplot untuk menumbangkan kerajaan kerana katanya mereka juga adalah geng kerajaan tetapi untuk menggulingkan Najib tidak pula ditanyakan.

Makan tak kenyang tidur tak lena mandi tak basah, itulah perumpanaan yang terbelit pada diri Najib,. Hari ini timbul pulacerita baru dari Sarawak Report mendakwa bahawa duit yangdidakwa "dderma"yang berbillion dari Pak Unta yang masuk keakaun Najib yang dikata untuk "DANA POLITIK" cuma transit sekejap saja dalam akaun Najib,aai..main kasar pulak Sarawak Report ni...ha..Najib..Sarawak Report dan buat fitnah lagi..bila nak saman ni..katanya "derma" untuk Umno..tapi kenapa bilion juga dipulangkan?  Ada apa apa ke?  Yang rakyat perlu tahu?..

Kemain lagi Sarawak Report tulis, tuduh kak Ros  belanja juta juta belu emas pernata dan berlian dan juga hand bag ratusan ribu USD ..biar betik..kak ros... kan kak  ros cuma surirumah je..tak kan kak ros mampu  berbelanha juta juta .ini mesti kes fitnah ni..baik kak ros saman Sarawak report..cuba memalukan orang nismillan pulak..tongah marah ni...

Walauapapun..kak Ros..masa utk Najib. dah sampai ke penghujung..tak dape nak nolong eea ni..

                                      Cahaya Al Majid


G

Saturday 15 August 2015

THE PROMISED LAND : UNTUK KEPENTINGAN SENDIRI ..HALAL TAPI..

Bismillahhirrahmannirrahim.

Beginilah sikapnya puak politik. Kalau dahulu Kerajaan Pakatan pimpinan Nizar diPerak digulingkan ikut jalan "belakang" , halal pulak, tak da pun  istilah "haram" atau " tidak demokratik" tetapi bila nak terkena kat muka sendiri kerana salah sendiri mulalah "melatah", mengalabah.

Alasan nak menggulingkan kerajaanlah, tak ikut perlembagaanlah, tak beretikalah dan macam macam lagi , semuanya kerana "takut hilang kuasa". Itulah sifatnya manusia apabila "nyawa dah sampai kat halkum".

Kalau dahulu kau "hinakan" orang , kini, perkara yang sama mula menghantui "sepi malam anda".

Setiap perilaku buruk atau menghalalkan ;"aniya" pasti mendapat balasan, tak payah tunggu akhirat, kat dunia Tuhan pasti tunjukkan.

Maaflah Zahid, saya tahu anda tersepit, "ditelan mati emak diluah mati bapak" tetapi demi politik serta kuasa, " sifat munafik" dihalalkan juga. Kegusaran dan gundah gulana terpapar diwajah anda. Seri muka serta wajah girang anda sudah "meluput" hanya wajah suram saja terpapar.

Waktu Najib dah tinggal sisa sisa , masih ada kesempatan untuk Zahid kembali kepangkal jalan.Terlajak perahu bolih undur terlajak kata "jawatan melayang".
Fikirlah mana lebih utama " Umno atau Najib".

Pilihan ditangan anda.

                            Cahaya Al Majid

P/s : kalau Zahid masih lagi sekapal dengan Najib, maka En Khairi persiapkan diri untuk bergandingan dengan Muhyiddin untuk bertakhta diIstana Puterajaya.









Friday 14 August 2015

THE PROMISED LAND : SHAWAL TERAKHIR BUAT NAJIB

Bismillahhirrahmannirrahim.

Shawal datang dan pergi. Samaada kita mendapat kerahmatanya atau sebaliknya hanya Allah Swt saja yang mengetahui.

Bersalam salaman dan bermaaf maafan itulah rutinnya pada setiap Syawal.Antara ikhlas atau buat buat hanya hati sendiri yang mengetahui.

Tak cukup sehari syawal maka 30 hari diraikan, walau apapun sambutan Syawal akan berlarutan juga untuk 1minggu yang akan datang, begitulah rasanya "nikmat" yang dari berpuasa yang diamalkan di Malaysia.

Kepada Najib serta isteri dan juak juaknya , raikanlah hari terakhir syawal ini sepuas puasnya kerana ini adalah Syawal terakhir buat anda semua di Kediaman Resmi kerajaan dibawah Kabinet Najib & The Gang.

Kepada Muhyiddin Yassin persediakan diri untuk bertakhta semula di Istana Putrajaya.

                                          Cahaya Al Majid

THE PROMISED LAND: NAJIB DAH DIPENGHUJUNG JALAN

Bismillahhirrahmannirrahim.

                       NILAI MATAWANG MENJUNAM
                       BURSA SAHAM MENJUNAM

Sanggupkah seluruh rakyat menerima hakikat ini?

Apakah rakyat akan membiarkan nilai matawang kita merudum setiap hari?

Kata kata hikmat Najib tidak laku lagi.

Harga barangan pasti melonjak

Poket rakyat pasti gawat.

Pemimpin tidak terkesan kerana banyak simpanan USD

Rakyat jelata bakal menderita.

Namun ini adalah jalan cerita untuk rakyat / ahli UMNO menunjukkan jalan keluar kepada Najib dan isteri serta gerombolanya yang menjilat setiap hari.

Tiada lagi saat bahagia bagi mereka.

Hari hari terakhir mereka ini bakal dalam kehinaan.

Manamungkin "doa" orang teraniya ditolak Tuhan.

                        1USD BERSAMAAN 4.133 TENGAHARI

Import akan bertambah mahal.

Tiada apa yang dapat menahan "kejatuhan" ini.

      Sifat Munafik amat dibenci ALLAH SWT

                                            Cahaya Al Majid





Thursday 13 August 2015

THE PROMISED LAND : "SIAPA BAKAL TERGOLEK DOG"

Bismillahhirrahmannirrahim.

Pepatah melayu mengungkapkan "sudah jatuh ditimpa tangga" "harapkan pagar, pagar makan padi"dan banyak lagi perumpamaan sebagini yang dijadikan katakata kias yang masih dipakai sehingga kini.Tetapi prasa melayu yang terbaik ialah " biar ku menjadi lilih, walaupun membakar diri, hakikatnya dapat menerangi hidup orang lain". Tetapi dizaman iniada lagi kemanusia yang begini?
Walauapapun terpulanglah kepada diri masing masing.

Dari apa yang dilihat Najib tidak akan sekali kali berundur dari jawatan PM. Bujur lalu melintang patah, api yang digengam biar menjadi arang. Begitulah peganganya. Namun untuk melepaskan jawatan jauh sekali. Apa nak jadi jadilah, begitulah "khaulu" nya hati Mat Bugis ni.

Kini ringgit kita semakin melemah begitu juga dengan pasaran saham, nilai matawang kita paling lemah berbanding matawang  lain lain negara di Asia Tenggara. Kalaupun alasan yang diberi bersebabkan faktor ekonomi luar, kenapa nilai matawang kita paling terjejas teruk , walaupun dibandingkan dengan Indonesia?

Nampaknya kestabilan politik serta ketelusan sesebuah kerajaan menjadi pengukur kepada prestasi sesebuah Kerajaan. Walaupun pada hakikatnya kerajaan mengatakan faudemantal ekonomi stabil namun statement dari kerajaan sediaada tidak dapat membeli kepercayaan  pelabur. Ketidak tentuan politik dalaman adakah ketakutan utama mereka.

Cakap berbelit belit dan ketidak amanahnya pemerintah negara yang dirasakan sedang diulit korupsi yang sememangnya diketahui olih satu dunia, membuatkan pelabur melabur kepasaran lain samaada Singapura ataupun Hongkong. Itulah yang terjadi kini. Kejatuhan matawang bukan baru minggu ini menjunam tetapi sudah berbulan tetapi apabila paras matawang sudah melepasi Rm4 untuk 1dolar USD, tekanan keatas tengkok pemerintah mula dirasai.

Kejatuhan ini samaada terhadap nilai matawang mahupun index bursa bakal berterusan.Inilah yang saya rasai. Dalam tempoh 2 bulan ini keadaan akan menjafi bertamabah buruk samaada Najib dan kabinetnya dapat menstabilkan keadaan kita saksikanlah bersama.

Hari ini juga Najib dah bersuara dan mula meletakan kesalahan kepada politik diatas kejatuhan nilai matawang.

Kenaikan harga barangan masih belum ketara dan dirasai lagi, tunggulah..Kalau sebelum ini para pencinta Najib berlumba lumba "menjilat bontot" dan menyalahkan orang lain ..episod..seterusnya..lebih sadis lagi.Nantikan....

                                    Cahaya Al Majid




Monday 10 August 2015

THE PROMISED LAND : SAYANG NAJIB UMNO HANCUR, TIIADA JALAN KEMBALI

Bismillahhirrahmannirrahim.

     TIPUAN MENIPU SEMAKIN TEPU : PERANCANGAN ALLAH PASTI MENGATASI TIPUAN             MANUSIA


Setiap langkah yang diatur Najib semuanya mengarah kepada menjerat diri sendiri. Samada beliau sedar atau sememangnya "jalan kebenaran" tidak lagi terlihat olih pandanganya, apa saja tindak tanduknya yang dirasakan bolih menyelamatkan maruah atau mensucikan diri semuanya terpalit  dan membelit  diri nya sendiri.

Samaada tindakan itu datangnya dari buah fikirannya atau sememang dari punasihatnya, hanya Najib saja yang tahu sepertimana "rahsia" Rm2.6 billion itu yang tersembunyi dari pengetahuan Ahli Kabinetnya serta Anggota Tertinggi partinya iaitu UMNO tetapi apa yang pasti Kak Ros juga pasti maklum dengan dana tersebut.

Kak Ros juga pernah mengaku bahawa beliau terpaksa membelajakan Rm1, 200 untuk setiap kali mendandan rambut bagi menghadiri program rasmi Najib dan juga program beluau sendiri. Tetapi setahu kita isteri Perdana Menteti tidak  dibayar gaji mahupun alaun tetapi mampu untuk membelanjakan ribuan ringgit sebulan untuk dandanan rambut saja.Yang menjadi persoalan dari mana Kak Ros memperolehi dana sebagitu banyak? Oh..mungkin gaji PM diserah sepenuhnya kepada Kak Ros. Apa pun itu cerita dalam kelambu mereka. Whatever lah Kak Ros..janji meletop.


Bermula dengan pemecatan Gani Petail, mengugurkan Muhyiddin dan Shafei, merobek kerja keras SPRM, menganggu jugat siasatan dan bermacam macam lagi, begitu juga hilang berani untuk menyaman WSJ mahupun Sarawak Report yang dituduh "memfitnah" Najib tentang kemasukan dana "Rm2.6 billion" keakaun Najib, tetapi pada akhirnya "terpaksa" menebal muka atau muka tak tahu malu terpaksa mengaku kebenaran akan transsaksi tersebut.Alih alih beliau mengatakan dana tersebut adalah "derma".

Sebenarnya rakyat pun tak heran dengan " derma" tersebut cuma rakyat kehairanan, betul ke ada penderma sebanyak tu?

Berantaian dari kes hutang 1MDB yang dipertikaikan berpunca dari pelaburan yang dikata menguntungkan olahan "drama" dari pengarah Jho Low serta penulis script Pak Arab  Petro Saudi akhirnya Najib bersetuju membiayai "drama" tersebut dengan kos melebihi USD1Billion dan akhirnya terkangkang kerana terpaksa membiayi pula hutang penulis script lagi dengan dana tambahan beratus juta lagi bagi merealisasi drama "Haven in Caymen Island". Begitulah plot drama seterusnya.

Hari ini seluruh plot "drama terhebat" alaf ini menjadi drama box
office satu dunia dan menjadikan pengarah serta script writer serts seluruh pelakonnya terkenal dan masyur mengalahkan publisiti 'opa ghanam star" dari Korea itu. Begitulah masyur dan ternamanya "drama" terbitan Malaysia.

Terkesima dengan publisiti yang meletop yang diberikan olih penonton telah membuatkan teraju utama tak senang duduk sehinggakan penonton dilarang dan diharamkan sama sekali untuk membicarakanya lagi , begitulah popularnya "drama" ini. Masaalahnya hasil kutipan drama ini tidak tahu masuk keakaun siapa sehingakan menjadi pertikaian penonton pula.  Ada yang mengatakan masuk akaun Jho Low tetapi Majalah WSJ dan Online media Sarawak Report melapurkan USD 700 berakhir keakaun peribadi  Teraju utama, dan ini tidak dinafikan samasekali.

Walauapapun semuanya telah nyata dan tidak bolih diselindungkan lagi cuma yang bolih dilakukan hanya lah mecari jalan untuk menghalalkan perbuatan, itulah yang berlaku kini.
Walauapa cubaan yang dilakukan dilihat berjaya dipermukaan, ataupun berjaya membeli jiwa jiwa yang tergadainya kerana "kedudukan" dan pangkat, yakinlah apa yang berlaku dan apa yang cuba diselindungkan ini tetap juga meletop akhirnya. Nahkoda serta panglima panglima perang yang buta mata dan hati ini bakal tenggelam bersama nahkodanya dalam sedikit masa lagi.

Kalau Muhyiddin tercela dalam masa 40 hari dari menjejaki bumi Rumbow tidak terkecuali juga  terhadap batang tubuh Najib. Beliau juga bakal terhina dan lebih hina lagi dari nasib yang menimpa Muhyiddin.

Kalau  bangkai haiwan kita kata busuk sebenarnya perangai peneraju utama sera mereka
yang bersekutu dengannya adalah  terlebih busuk dari yang disangka.

                                            Cahaya Al Majid


Saturday 8 August 2015

THE PROMISED LAND : SCRIPT ALLAH SWT NYATA : APA PENDIRIAN ANDA??

Bismillahhirrahmannirrahim.

Mengingati Allah swt setiap waktu adalah tuntutan. Cara bagaimana untuk melakukanya terpulanglah pada diri sendiri, mungkin murshid tuan tuan dah pun mengajarkanya. Alhamdullilah.

Berserah kepada Allah swt adalah tuntutan, kerana apa yang berlaku adalah diatas kehendakNya, tetapi sebagai manusia wajib berusaha sedayanya .

Rezeki adalah ketentuanNya. Tetapi untuk mendapat rezeki kenalah berusaha. Kalaupun kita hanya bersujud setiap saat mahupun duduk sepanjang waktu ditikar sembahyang tanpa berusaha , hanya duduk memohon rezeki agar  diberikan Allah swt ,inshaallah, rezeki tidak akan sampai didepan kita sampai bila bila.Allah swt hamparkan bumi ini dan dijadikan manusia berbangsa bangsa didalamnya, untuk kita kenal mengenali sesamanya.

Ada diantaranya beriman dan ada juga yang kufur nikmat tuhan. Ada yang kaya ada juga yang miskin. Ada yang takut akan Tuhan dan ada juga yang nak jadi Tuhan. Bermacam macam perangai "makhluk" dibumi ini.

Manusia ini dilahirkan tanpa ada sesuatu membalutinya. "Bogel".Semuanya terdedah baik lelaki mahupun perempuan, samada rasul ataupun Nabi kecuali Nabi Adam a.s. dan Hawa.
Selebihnya semua sama , hanya melalui rahim ibu. Itulah ketentuan Allah swr terhadap makhluknya.

Fitrahnysla Manusia dididek olih ibu dan bapanya .Tetapi ada juga yang dididek olih orang lain sekiranya seseorang itu kematian ibu atau ayah tetapi itu tidak bermakna seseorang itu tidak dididek, samaada sebagai anak angkat mahupun dibesarkan dirumah anak anak yatim. Itulah kehidupan.

Sedari kecil kira diajar untuk bercakap benar dan diajar untuk melakukan kebaikan samaada pada diri sendiri mahupun kepada orang lain, itulah yang ditanamkan kepada setiap  manusia.samada yang dilahirkan dalam agama Islam ataupun dalam agama lain.Semua nya menjurus kapada kebaikan.


Tetapi kenapa seseorang itu berubah perangai atau perwatakan. Adakah kerana perjalanan hidupnya, kekayaanya, darjatnya ataupun pegangan agamanya?
Kalau  simiskin mencuri  atau menipu maka diakan dikata "kerana tekanan kehidupan kerana kemiskinan" tetapi kalau si kaya atau berada pula mencuri atau menipu apapula alasannya?

Hari ini majoriti rakyat mendakwa Kerajaan samaada pemerintah atau kerajaan pembangkang adalah penipu atau pencuri hak rakyat, apakah alasan kerajaan yang ingin kita takrifkan? Adakah kerajaan akan memfatwakan bahawa tindakan mereka ini halal?

Tapi apa yang dapat kita saksikan kini adalah kebisuan ulama ulama , samaada ulama kerajaan mahupun ulama pondok. Kebisuan kelompok ini agak merungsingkan, samaada mereka ini takut atau tidak berani menyatakan kebenaran amatlah dikesali.

Berhubung dengan dakwaan rasuah yang  berlaku dikalangan pemimpin juga tidak disentuh  dan ini nenandakan ulama juga turut terpalit dan akan dituduh sebagai rakan bersubahat kerana gagal bersuara. Apakah ulama mahu menelan salah laku dan kejahilan ini?

Terdapat juga hadith Nabi yang mengatakan bahawa orang yang memakan rasuah jenazahnya tidak wajib disemvahyang. Tidakah ini memberi  impak atau kesan kepada sipelaku atau sememangnya "rasuah" ditakrifkan halal olih Islam anutan Malaysia?

Kepada umat Islam, tanyalah diri sendiri, adakah anda semua mahu "bersarikat" dengan pemimpin yang mengamalkan rasuah? Akhirat nanti jawaplah dihadapan Allah swt.

                                                       Cahaya Al Majid














Thursday 6 August 2015

THE PROMISED LAND : LURAH DAH KELIHATAN

Bismillahhirrshmannirrahim.

Apa yang telah dinyatakan diblog ini bahawa nilai ringgit bakal merudum sehingga paras Rm4.00 bersamaan USD 1 sudah semakin nyata.Tanda tanda kegelonsoran ekonomi negara ini sudah semakin nyata. Tukaran matawang hari ini telahpun menandakan Rm berada pada paras Rm3.92 untuk USD1
.
Malaysia tengah berada dihujung tebing curunam, selangkah saja lagi untuk jatuh kedalam gaung.Perlu diingat index bursa saham BSKL juga telah merudum setiap hari dan ini menandakan big player serta small player tetutama Cina Malaysia telah beralih tempat terutama kebursa negara jiran mahupun Hong Hong, tidak secara langsung mencerminkan bahawa "stratgei" mereka untuk "mengajar" kepimpinan Najib sedang memberi impak.

Mereka tahu bahawa kaum mereka menguasai lebih dari 50% ekonomi Malaysia dan hampir 80 peratus billionair dinegara ini adakah dari kaum mereka.

Sekarang mereka membiarkan orang Melayu berusaha untuk menurunkan Najib kerana mereka melihat Najib gagal dan lemah dalam urusan pentadbiran dan mereka melihat Najib sebagai seorang yang boros dalam hal perbelanjaan negara dan mereka beranggapan bahawa kaum merekalah penyumbang terbesar dalam percukaian yang dikutip Kerajaan.

Pada ketika ini amat jarang sekali kita melihat kaum ini "memberontak" secara nyata kecuali kelibat pemimpin DAP saja .Tetapi ketidakpuasan hati mereka hanya dapat diilihat dalam paparan facebook dan medium lain seperti tweet mahupun komen diblog atsu online media.bagi menyemarakan ketidak puas hati mereka.

Apa yang bakal berlaku kaum ini akan menggunakan kekuatan kewangan mereka untuk  merudumkan lagi prestasi Bursa dan kini mereka juga telah mengalihkan simpanan mereka keseberang laut dengan alasan "pulangan tinggi" dan simpanan dalam matawang asing mereka juga telah meningkat dengan mendadak sekali.

Apakah ertinya ini? Mereka tidak lagi yakin dengan kemampanan ekonomi negara ini.

Yang bakal terkesan dengan "gelembong" ekonomi kita  adalah orang Malayu. TETAPI Sanggupkah kita bertahan sehingga nilai matawang kita menjadi RM4.5 bersamaan USD1 atau bersamaan Singdollar 3.5 dan sanggupkah kita melihat Bursa kita menyurut kepada index 1400 point?

Allah telah berfirman " Allah tidak akan merubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri yang merubahnya"

Baik atau buruk adalah pilihan kira sendiri , jangan nanti kita mengatakan ini adalah " kada dan kadar" Allah sedangkan kita hanya berpeluk tubuh.
Jawapan ditangan anda. Renungkan.

                                          Cahaya Al Majid
 









Tuesday 4 August 2015

THE PROMISED LAND : DUIT PANAS BAKAL MENCURAH ATAS NAMA "DERMA " POLITIK"

Bismillahhirrahmannirrahim.

Puas bersilat berbulan, berjenis jenis bunga dan buah dijuruskan kepada mereka yang mendesak , demi untuk menepis apa yang diperkata olih rakyat dan juga yang telah diantarabangsa olih Sarawak Report serta beberapa akhbar harian diserata dunia, berhubung entry USD700 juta masuk keakaun Najib, sehinggakan Najib pada awalnya beriya iya mahu menyaman akhbar tersebut, tetapi kini USD700 juta itu semuanya telah terhalal dengan "fatwa" olih SPRM dengan mengatakan bahawa dana itu adalah derma atau pun sumbangan yang diterima Najib. Sebenarnya inilah satu satunya jalan untuk menyelamatkan "salah laku"  Najib. Secara outomatiknya perbuatan Najib itu adalah halal dari segi  perundangan.

Yang menjadi kemuskilan kita, takkan  Muhyiddin tidak diberitahu mengenai "sumbangan" tersebut kalau sekiranya dana tersebut untuk kepentingan UMNO atau untuk tujuan perbelajaan pilihanraya. Tetapi sekiranya dana tersebut sememang khas untuk peribadi
NAJIB , atas alasan apa "pak Arab" itu mahu menderma kepada Najib? Dan aps pulak balasan atau timbal baliknya terhadap "derma" tersebut.?

Kalau sekiranya "dana" tersebut telah diketahui olih Muhyidin, kenapa bodoh sangat Muhyiddin mahu mempertikaikan apa yang dia dah tahu dan menyalak ? ATAU pun sememangnya helah Najib untuk menendang Muhyiddin?

Walau apa pun cara Najib dan gerombolannya cuba menutup kebenaran bagi melindungi salahlakunya, mahupun menghalalkan apa saja perbuatannya terhadap sesiapa saja yang terfitnah diatas sebab mahu menghalalkan perbuatan pemimpin , inshaallah, balasan Allah swt amat cepat menjengah depan pintu rumah masing masing.

Kalau  pun Pak Arab tu  derma atau sumbang  sebanyak  USD 10 juta atau lebih semata mata untuk pembangunan Islam bolih juga diterma dek akal, tetapi ini derma peribadi USD700 juts, susah nak diterima akal tambahan pula untuk kepentingan politik, semestinys berajenda. Atau berkepentingan .

Amat mustahillah bagi seseorang bertaraf billionair untuk  menderma wang sebegitu banyak untuk dibayar kepada penama peribadi melainkan "wang panas" yang mahu dicuci , kalau tidak mengapa akaun  Najib ditutup selepas itu?

Apa faedahnya Pak Arab tu derma USd700 juta kepada Najib? Atau negara dah tergadai danterikat kepada Pak Arab? INI yang perlu rakyat tahu. Kalau dana tu dari Kerajaan Arab Saudi ke UAE ke itu kita bolih terima...tetapi dana dari Anak Raja negara Arab..adake diantaranya yang benar benar billionair ?

Tetapi apa yang pasti hutang 1MDB RM42billion tetap ada. Ekonomi dah menguncup, nilai ringgit dan merudum dan sehingga pandangan ini ditulis ringit berada diparas Rm3.85 bersamaan USD1.

TETAPI kerajaan tetap mendabik dada.

                                                Cahaya Al Majid







Sunday 2 August 2015

SABAH BAKAL KEMPUNAN

Bismillahhirrahmannirrahim.

Semenjak UMNO bertapak di Sabah, jawatan yang paling kanan yang dapat diungguli olih wakil mereka ( anak Sabah) adalah Naib Presiden. Walaupun sebelum ini banyak nama hebat dan besar yang dapat diperketengahkan hanya Shafei Afdal seorang saja yang berjaya melangkah ketangga Naib Presiden dan beliau merupakan satu satunya peluang bagi anak Sabah yang bertunjangkan UMNO bagi menduduki jawatan samaada Perdana Menteri ataupun Timbalan Perdana Menteri sekiranya terjadi apa apa malapetaka kepada Presiden dan Timbalan Presiden UMNO.

Peluang yang tersedia ada cuma memerlukan beberapa langkah saja, namun hakikat itu dinafikan olih Najib selaku Perdana Menteri yang beralasan sesiapa yang tidak sehaluan dengan corak kepimpinanya atau mempertikaikan 1MDB perlu digugurkan dari Kabinet Najib.Bukan hanya Shafei saja yang dibuang malahan Muhyiddin juga mengalami nasib yang sama.

Walaupun jawatan Shafei Afdal sebagai Naib Presiden dikata tidak terjejas namun jawatannya sebagai Menteri telah terlucut dan ini dijangka akan menjejaskan pergerakannya terutama dimusim persidangan atau mesyuarat bahagian. Dan kini terdapat juga bahagian UMNO telah membatalkan jemputan keatas diri beliau walaupun mendudukitangga ke 4 dalam hireaki UMNO.Dengan keterbatasan ini beliau bakal pasti terkeluar dari grand prik pemilihan UMNO nanti.

Apa yang terjadi ini merupakan satu kerugian kepada orang orang Sabah. Untuk wakil Sabah sanaada Rahman Dahalan ke, Anifah Aman ke atau Syed Keruak, personal touch mereka terhadap Perwakilan dari bahagian bahagian adalah satu kekangan. Kalaupun mereka ini bergantungan keatas diri Najib untuk beroleh salah satu kedudukan dalam 3 jawatan Naib Presiden pun mereka ini belum tentu bolih meraih sokongan ramai.

Melainkan sekiranya seluruh Ketua Bahagian dan seluruhpenyokong UMNO Sabah berdiri teguh dibelakang Shafei Afdal dan menafikan tindakan Najib, inshaallah, peluang untuk anak Sabah untuk bergelar sekurang kurangnya Timbalan Perdana Menteri ada lah cerah.

TETAPI adakah itu dapat disepakati olih pemimpin Sabah? Sedangkan semuanya berhajat untuk kerusi tersebut.

Untuk orsng Sabah pisau dan mentimun sudah ditangan, nak potong macamana, terpulang kepada anda. Antara maruah dan kuasa mana satu pilihan.


                                            Cahaya Al Majid