Tuesday 25 August 2015

THE PROMISED LAND : KUNING LAWAN MERAH HANYA KERANA NAJIB

Bismillahhirrahmannirrahim.

Pada tanggal 29 dan 30 August ini pertembungan bakal meletus diantara kelompok "undi popular 52%" yang dikenali sebagai Pejuang BERSIH yang sinonim dengan warna KUNING bakal bertembung dengan puak yang memenangi "kerusi Parlimen terbanyak iaitu UMNO" dan NGO NGO yang menjadikan warna "MERAH" sebagai "identiti" mereka adalah dibawah naungan parti yang mendukong dasar UMNO. Untuk apa kelompok baju "merah" ini beriya iya sangat hanya "tuan"nya saja yang tahu "game"nya.

Bersih 4 bakal dibarisi olih kelompok yang sememang tidak sehaluan dengan Kerajaan BN dimana dalam PRU 13 dahulu majoriti mereka ini adalah dari kumpulan Parti pembangkang, samaada DAP, PKR mahupun  PAS . Sementara gerombolan berbaju merah ini adalah dari kelompok BN yang bermajoritinya adalah UMNO dan itu amatlah pasti.

Bagi kelompok warna kuning, ini sememangnya teramat sinonim dengan parkataan BERSIH dan demo kali ini adalah kali yang ke 4 dan fokus utama mereka kali ini adalah menuntut Najib letak jawatan.Isu isu yang lain hanyalah sampingan saja.Tetapi bagi kelompok baju merah pula berkemungkinan tujuanya adalah untuk mempertahankan NAJIB .Itu saja yang dapat difikirkan ketika ini.

Dari apa yang dapat dilihat dipermukaan, belum ada lagi provokasi berbentuk fizikal yang ditonjolkan olih penganjur BERSIH pada ketika ini tetapi berlainan pula lagaknya dengan kumpukan berbaju MERAH ini. Tidakkah "demo kekuatan" yang dipamirkan kepada khalayak ramai di Sogo tadi sebagai satu tanda provokasi?

Kepada Melayu yang tunjuk kuat tu janganlah berlebihan sangat. Jangan cari penyakit. Biarkan kepada penguasa menguruskanya. Jangan masuk campur, kalau dah gaduh besok satu sen pun tak guna lagi, mak bapak dan bini bini juga yang susah. Ni sekadar peringatan je..budak budak Melayu ni lsin sikit perangai dia orang..bila dah ramai ramai kutuk mengutuk sesama lawan..lain pulak yang jadinya.
Biarkan je..BERSIH tu nak Demo..berhari hari pun lantaklah, biaqpi kat dia orang..tengok brapa lama bolih tahan..sehari, dua hari, seminggu..

BERSIH ni nak nyahkan Najib je..bukan BN ataupun UMNO. Kalau dah ahli UMNO pun suruh Najib turun atau letak jawatan..apa masaalahnya? UMNO dah tak da pemimpin lsin ke? Dah bermacam macam skandal membaluti diri Najib sehinggakan maruah UMNO tercemar. .masih lagi nak mempertahankan Najib?  terpulanglah labu....

Saya sebagai orang tua hanya bolih menasihati saja,  nak dengar dengar tak nak dengar ..terpulanglah. .tetapi..apa yang saya khawatiri..perkara diluar jangkaan akan berlaku. Sebelum ini saya diberikan "lintasan" Sg Klang berwarna merah, awan hitam menyelubungi langit Kuala Lumpur , asap hitam berkepul kepul, jalan raya di Kuala Lumpur lengang. Ini yang saya amat takuti..sekiranya apa apa berlaku.pada hari tersebut.

Bukan nak meremehkan tindakan pemuda berbaju Merah..tetapi asbabnya tak tepat langsung, bertambah merosakan lagi adalah. Cuba tanya diri sendiri, adakah Agama Islam tergugat sekiranya Najib hilang jawatan atau adakah Melayu akan hilang kuasa jika Najib tak jadi PM?

Buatlah macammana pun Najib pasti turun takhta, tak usahlah nak gaduh gaduh. Tetapi kalau masih lagi nak tunjuk kuat.."benteng kedamaian" pasti pecah. Kepada pemimpin UMNO, kalau negara ni nak selamat,  tegah lah budak budak ni .Perlu diingat bahang Low Yatt masih panas lagi...

Perlu diingat sempadan negara kita longgar, dah berapa banyak kes senjata api lolos ketangan penjenayah yang ditangkap polis.Itu yang berjaya dikesan, yang tak dapat dikesan macammana? Takut takut penjenayah juga berada didalam kelompok yang ramai pula.

Yang ditakuti kalau trajadi seperti di Thailand berlaku disini, takut musuh mengambil kesempatan terhadap situasi gelora negara ni.
Olih itu jangan biarkan "nasi jadi bubur".

                                           Cahaya Al Majid


















1 comment:

  1. Tiada lagi jalan keluar.
    Hendak tak hendak, kena terima.
    Sudah sampai masanya kali...
    Sistem dajjal permintahan kita akan runtuh.
    Sistem dajjal matawang kita akan runtuh.
    Inilah zamannya tahunnya di mana kumpulan pro dajjal (zionis) sedang diserang kumpulan melayu & islam tulin.
    Tiada lagi tangguhan, masanya sedang rancak berjalan. Jika masih lewa, Putrajaya akan menjadi kubu kuat dajjal ini.
    Seperti bayangan yang tuan nampak dulu, inilah maksudnya: kena ada cash price bagi pertempuran ini. Nyawa, harta benda dan negara kita kena musnah dahulu sebelum sistem yang betul dapat tertegak di bumi tanah melayu ini.
    Bersabar-sabarlah kita dan kuatkan hati kita dalam menempuh tahun2x sukar ini.

    ReplyDelete