Saturday 22 August 2015

THE PROMISED LAND: MERDEKA KAH MELAYU UMNO ???

Bismillahhirrahmannirrahim.

Negara ini telah merdeka sejak Ogos 1957 lagi. Umat Islam pula dimerdekakan  olih Baginda Rasullulah sejak 1400 tahun dahulu tetapi yang menjadi persoalan kenapa umat Melayu yang ditakrifkan berevolusi semenjak Kesultanan Melayu Melaka masih lagi tidak merdeka?

Ramai yang mengaku telah merdeka , itu kalau diukur melalui silibus pelajaran samaada  disekolah rendah mahupun dipusat pengajian tinggi, terma itulah yang terpakai.
Kini kita berada ditahun 2015 berpuluh tahun dari 1957 tetapi pemikiran Melayu Umno diera Najib ini nampaknya semakin kebelakang. Bukan saja semakin jumud tetapi semakin membodohkan orang ramai terutama Melayu UMNO.

Sindrom ini bukan saja terpalit kepada pemimpin UMNO malahan otak pemimpin Pembangkang juga tidak terkecuali dan yang paling keji ada pulak Ulama makan gaji juga setaraf ataupun setara otak nya dengan pemimpin UMNO.

Kita ingatkan apabila Najib menggantikan Muhyiddin dengan Zahid serta beberapa lagi anggota kabinetnya bolihlah merubah keadaan sikit tetapi sebaliknya makin teruk pula kebodohan dan kedunguan mereka Agaknya melaun yang dikutip Najib ni semenangnya berstatus kabinet dapur ke ..aka  atau sebaris sebagai kabinet kayu saja aka yang hanya digunakan untuk bakar lemang je

2 orang diimpot Najib dari Sabah kerjanya tak lain dan tak bukan  "menyondol" je, macam tenuk di Zoo , tak kiralah apa isunya, menjilat Najib saja pandainya. Sebenarnya dua mangkok hayun nilah yang merugikan peluang  orang Sabah untuk menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri setidak tidaknya berpeluang untuk menduduki 3 teratas dalam hireaki UMNO. Disebabkan wakil Semporna telah terkeluar dari saf Kabinet Najib, jawatan
Naib Presiden juga pasti terlepas juga akhirnya. Sepatutnya mereka bersama sama mempertahankan wakil Semporna ini ,tetapi sebaliknya racun juga yang disuapkan.Itulah sebabnya rakyat Sabah makin terpinggir.

Kini Zahid  membuka mulut lagi, mula kata ada orang tua nak guling kerajaan la, duit 700juta USD  bukan duit 1mdblah, dah tengok check 100 juta USD lah, dah jumpa pak arab tulah, duit yang diterima Najib untuk perang ISIS la dan macam macam lagi .a
Adakah Zahid takut kehilangan jawatan  TPM ? Rakyat  dah muak dengan alasan tak masuk akal ni , lagi banyak kau merapu bertambah mengelonsor keyakinan orang Melayu .

Melayu UMNO bolihlah kau kelentong, sedar atau tidak ahli UMNO semakin dibodohkan olih pemimpinya. Statement Aziz Sapawi pun bungko juga.

Hari ni pulak Najib bersuara lagi,  katanya  Melayu akan terbangsat sekiranya UMBO hilang kuasa. Peergh...Najib mengugut lagi. .bukan Melayu yang bakal terbangsat tetapi Melayu  Umno dan Najib dan sekutu nya saja.
Tak pa Najib..awak cakapla..apapun..persada ANDA dan sampai kepenghujung.Bolih ke Najib bertahan apabila matawang merudum sehingga Rm4.80 /1Usd dan index saham merosot 1520 minggu ni?

Nak tengok reaksi Badut badut ni melompat lagi..

Maaflah  ..tiada lagi..jalan pulang..

                                             rCahaya Al Majid










No comments:

Post a Comment