Thursday 27 August 2015

THE PROMISED LAND : SIAPA YANG BAKAL MATI

Bismillahhirrahmannirrahim.

"DARI DIA KITA DATANG KEPADA DIA JUGA KITA BALIK" Ayat ini amat sinonim dan rapat dengan umat Islam. Semuanya dari DIA. Ajal maut , hidup dan mati adalah  ketentuan ALLAH SWT jua, tetapi kalau kita sendiri yang menempah maut, jangan salahkan TUHAN, itu salah sendiri. Neraka jahanam tempatnya.

Walau diasak dan  digasak bertubi tubi namun Najib sekali kali tidak akan berganjak walaupun setapak. Kerana merasakan kuasa berada ditangan nya, alang alang mengengam bara api biar sampai jadi abu, mungkin itulah kata kata azimat yang kuat dipegang Najib.Apa nak jadi , jadilah..mengundur kebelakang jauh sekali.

Biarpun berpatah arang berkerat rotan namun untuk melepaskan apa yang dipeluk , jauh sekali, dan Najib pun dah mengaku bahawa sekira bahteranya roboh dipukul ombak dan layarnya patah ,  namun pendayung tetap digunakan juga. Itulah perumpaan akan kata kata Najib.

Namun sesuatu yang Najib terlepas pandang didalam menilai jatidiri ,  kejituan  dan kebersatuan hati hati orang bukan Islam terutama yang berbangsa Cina, mereka sanggup membunuh diri demi membela maruah bangsa mereka. Inilah yang tiada didalam diri bangsa Melayu tetapi kalau kerana agama Islam inshaallah ramai yang sanggup "shahid". Itulah sebabnya jenama "IS" mereka sanggup bergadai nyawa walaupun kita sedar bahawa perjuangan itu adalah sia sia.  Ini kita namakan "mencari maut".

Samaada Polis akan bertindak kasar ataupun tidak, kejadian tidak diinginkan pasti berlaku.  Mati dibunuh atau peserta terbunuh dihari tersebut pasti mengundang bala yang lebih besar kepada kepimpinan Najib, bukan Kabinetnya saja yang akan disalahkan namun Ketua Polis Negara dan PDRM juga akan terseret sama.

Kalau banyak kematian berlaku dikalangan peserta Pendemo, maka, kedudukan negara ini pasti terancam, bukan saja dimata rakyat tetapi dunia luar akan menekan Malaysia. Samaada Najib suka atau tidak, "sanction" pasti dijadikan ugutan.

Sebelum perkara buruk  ini berlaku terhadap negara ini  diharap Najib mempertimbangkan pengunduranya. Kepada UMNO timbanglah seadil adilnya keadaan yang bakal mendatang pada lusa ini.

Turunkan Najib, Malaysia selamat dan UMNO akan terus memerintah , kalau biarkan Najib , pertumpahan darah pasti berlaku, kalau ada yang mati , negara adalah "cagaran"nya.
Lakukan sesuatu sebelum terlambat.

Sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tak berguna.
Sebelum api marak membakar, sebelum kayu menjadi arang dan sebelum arang menjadi debu, buatlah pilihan terbaik.

Siapa yang bakal mati kita tunggulah BERSIH 4 .

                                          Cahaya Al Majid










2 comments:

  1. Kalau yang turun 50000-100000 ribu, berkesankah tembakan renjatan elektrik?
    Jika tembakan itu hanya mencetuskan perasaan makin berang dan berani, kita boleh fikir tak, apa akan terjadi?
    Huru hara! Jika ada peserta yang cedera, darah akan di bayar darah. Bermakna, anggota PDRM tidak berdosa (yang terpaksa menurut perintah bosnya) berada dalam keadaan sangat berbahaya. (Saya berharap perserta bersih bukan kejar anggota PDRM, tapi kejar kepalanya (KPN) di Bukit Aman jika tak berpuashati, baru REAL punya filem Tahun 2015 – headline akhbar KPN LARI LINTANG PUKANG KE PUTRAJAYA DIKEJAR BERSIH, hehehehe – lawak sekejap).

    Bersih 4 tidak sama dengan Bersih 1 atau 2. Dulu Bersih 1&2 bawak isu GE yang kununnya mahu lebih bersih dan adil ,orang tak berapa minat nak amek port sangat.
    Bersih 4 disusun cantik selepas serangan bertubi2 ke atas PM dan negara yang melondehkan semua kebusukan PM dan menterinya, maka peserta Bersih 4 membawa semangat dan tuntutan yang jitu iaitu BERSIHKAN BARISAN PIMPINAN DI BAWAH NAJIB.

    Saya benar-benar bimbang jika pihak berkuasa (Menteri & IGP) tersalah mencatur dan meneka/menjangka permainan Bersih 4 ini. Sangat merbahaya beb.

    Sebagaimana keputusan Mahkamah Tinggi, kumpulan bersih tidak salah di sisi undang-undang. Mereka bukan membawa cap parti BERSIH yang haram tidak berdaftar.
    Salahnya Bersih 4 ialah dari segi teknikal sahaja iaitu PERHIMPUNAN YANG MENYALAHI AKTA PERHIMPUNAN. MEREKA TIADA PERMIT BERHIMPUN DI TEMPAT AWAM.
    Jadi, hendak dakwa penganjur BERSIH, ialah dakwa penganjur perhimpunan yang tiada permit dan menyalahi kehendak akta perhimpunan.

    Semoga perkara yang menakutkan saya tidak terjadi.
    Maka apa PDRM yang kena lakukan ialah menghalang penganjur-penganjur sebelum perhimpunan ini akan berlangsung, tapi macamana nak adakan bukti penganjur bersalah selagi belum terjadi. Inilah payahnya undang2x kita selepas ISA tiada. Selagi belum terjadik, tak salah.

    Justeru, cadangan saya, PDRM hendaklah memberikan PERMIT. Diorg hendak tergolek terlolong biarkan. Dah 1 point boleh guna dalam Mahkamah nanti. Iaitu PDRM dah bagi permit, tapi diorg salah guna permit PERHIMPUNAN HALAL KEPADA RUSUHAN HARAM.

    Keduanya, jangan ada seorang pun anggota polis berada dalam kawasan/parameter perarakan/perhimpunan itu. Sebaliknya, PDRM meletakkan anggota polis di suatu port yang munasabah dalam keadaan berjaga-jaga jika berlaku rusuhan iaitu mereka telah menjangkakan jalan2x masuk yang cepat dan pantas ke tempat rusuhan dan mengepung peserta rusuhan dengan pantas supaya tidak merebak ke kawasan parameter yang lebih luas.

    Ketiganya, jangan ada lah polis pekak badak tunjuk power bising sana bising sini semasa perhimpunan/perarakan tersebut. Bila mereka dah penat berjalan, penat terjerit terlolong, taulah mereka balik ke rumah cari air sebab haus. Mereka akan bersurai.
    Ini bermakna, jika ada peserta bersih sendiri yang mencipta rusuhan (tanpa provokasi polis), mereka akan kalah dalam hujah di Mahkamah iaitu penganjur gagal mematuhi syarat permit perhimpunan dan boleh mendakwa mereka niat dengan sengaja membahayakan ketenteraman awam.

    Ke empatnya, perhimpunan BERSIH ini akan menjadi tontonan musuh Malaysia seluruh dunia, mereka akan bertepuk tangan jika kerajaan tidak bijak menangani BERSIH. Biarkan bersih berpesta macam pesta air di Thailand, kerajaan sediakan bergelen-gelen air dan pistol mainan air supaya mereka ingat mereka sedang pesta main air. Kekekeke.

    Saya berharap, sebagaimana BERSIH yang lepas2x, adalah orang alim2x turut serta di perhimpunan (BUKAN SEBAB SOKONG BERSIH) tapi mendoakan hujan turun selebat-lebatnya supaya perserta bersih lari sebab takut air hujan. (INI RAMAI YANG TAK TAU DOA ORANG ALIM DIKABULKAN ALLAH KERANA ALLAH MASIH HENDAK SELAMATKAN KESATUAN BANGSA MAJMUK KITA DARIPADA HANCUR LEBUR DISEBABKAN NIAT JAHAT TERSEMBUNYI PENGANJUR BERSIH)  WALAUPUN SAYA MELUAT DENGAN SISTEM CACA MERBA PENTADBIRAN YANG ADA SEKARANG.

    AMIN.

    ReplyDelete
  2. Mungkin naluri saya pada 2009 hingga GE 13 dahulu ternyata semakin hampir sekarang.
    Saya merasakan ada pemimpin yang akan mati dalam keadaan tragik & menjadi lipatan sejarah dalam negara.
    Ntah mati nyawa, mati apa, saya tak tau masa itu (Urusan ALLAH).
    Tak taulah apabila melihat gambarnya di awal dia jadi PM, saya mengatakan dalam hati, DIA AKAN MATI.
    Walaupun senyum saya sampai ke telinga suka dia jadi PM masa itu (2009), tapi menjelang PRU 13, saya tawar hati dan mengulangkan kata yang sama kepada kawan2x pejabat, DIA AKAN MATI. Mungkin mati nyawa mungkin mati hayat politik.
    ALLAH Lebih Mengetahui.

    ReplyDelete