Monday 24 August 2015

THE PROMISED LAND : YDPA DAN RAJA MELAYU JUGA "TERBANGSAT"???

Bismillahhirrahmannirrahim.

                       IKUT SEDAP MULUT KAU!!!!

Bangsat, bangsat dan bangsat  @ terbangsat itulah maksudnya kata kata Najib. Bukan saja ditujukan kepada Melayu UMNO malahan semua orang melayu dibumi Malaysia ini termasuklah Yang Di Pertuan Agong, Raja Raja Melayu serta kerabatnya yang berketurunan Melayu, Undang Yang Empat berserta Tuan Tuan Yang Terutama ataupun Gabenor bagi negeri yang tidak beraja, dari Perlis hinggalah ke Sabah semuanya pasti "TERBANGSAT" sekiranya UMNO kuasa. Begitulah kehendak Najib sekiranya UMNO pimpinanya hilang kuasa.

Lupa atau sememangnya "bangang" meminjam kata kata Najib yang dipelajarinya dari Rosmah, tiadapula kita lihat orang Melayu samaada diSelangor mahupun Kelantan dan juga Pulau Pinang "terbangsat" kerana diperintah Pembangkang .Yang kita nampak "bangsat" atau " terbangsat" hanyalah Melayu UMNO sahaja kerana  berimamkan Najib @ iman billion billion duit tak sah punca @ duit saudi ka, duit Qatarka, duit Caymen Island ka  atau mungkin duit Bunyian Puteri Gunung Ledang.

Hoi Najib!!! Cakap tu biar berlapik sikit, Melayu  akan bertambah kuat dan lagi bersatu bila awak dilupuskan dari jawatan. Melayu takkan mati dan tidak akan terbangsat sekiranya UMNO terkubor. Yang bakal terbangsat hanyalah pemimpin UMNO yang kuat menjilat saja.
Tunggulah..yakinlah..orang disekeliling awak sendiri yang akan menurunkan anda dari persada "istana" yang kau dakap.

Sementara menunggu harinya yang tidak beberapa lama lagi yang dijangka kurang dari 60 hari, bergelumanglah anda dengan kejatuhan nilai matawang dan index pasaran saham. Kalau cerdik pandai kau terlalu yakin dengan "pemulihan atau pembetulan" seperti yang disangkakan..ini janji untuk bekalan " tidur malam". Selagi kau dan kuncu kuncu kau mereka reka cerita, selagi itulah nilai wang kita dan pasaran kita merudum. Sanggup ke menghadapi USD1/Rm4.80 dalam masa 14 hari ni? Sanggup ke tengok pasaran saham mencecah 1450 mata dalam masa terdekat. Tak takut ke simpanan luar negara menyusut keangka USD 80 billion?

Fikirlah sendiri.
Kepada Yang Di Pertuan Agong, Raja Raja Melayu, Undang Yang Empat serta Tuan Yang Terutama, adakah Tuanku semua akan "TERBANGSAT" sekiranya UMNO hilang kuasa?

Cakap jangan sebarang cakap
                            Cahaya Al Majid










No comments:

Post a Comment