Thursday, 26 November 2015

THE PROMISED LAND : TERKEJUT BERUK DIBUAT OLEH BERUK BERUK MAT YEH..

Bismillahhirrahmannirrahim.

Penyakit yang amat sinonim dengan orang Melayu adalah " terkejut", sehinggakan perbuatan ini samaada berlaku secara spontan atau terkedu @ tergamang , ianya dipanggil atau diungkap sebagai "terkejut beruk". Tetapi bagaimanalah rupanya "terkejut beruk" ini agaknya ya?

Rakyat Terkejut Beruk apabila perkara ini diumumkan :

Subsidi beras dan gula ditarik
GST tergalas dibahu rakyat
Kos sara hidup melambung
Barang keperluan harian meningkat
Harga rokok meletup naik hingga rm4

Tetiba meletop isu 1MDB berhutang RM42 bilion
Meletop isu 1MDB melalui EDRA beli IPP swasta melebihi harga pasaran.
Terkejut beruk lagi tanah sekangkang kera milik 1MDB dibeli oleh Tabung Haji. Meletop hati pendeposit TH.
Meletus lagi hati rakyat , tetiba 1MDB tak mampu bayar hutang bank, menyalak jumpa Ananda pinjam plak 2 billion.
Meletop lagi..kerajaan kena bagi pinjam 900 juta lagi kepada 1MDB..senak perut rakyat..

Tekinchit berak rakyat..tetiba akaun Najib masyuk RM2.6 billion, muntah lagi rakyat duit juta juta masuk akaun Najib yang kata WSJ dari SRC International. Muntah hijau rakyat bila Najib kata itu wang derma..Pak Arab..

Lemah jantung rakyat apabila Muhyiddin dan Shafei kena pecat . Sebab tanya lebih pasal hutang 1MDB mencanak langit..
Rakyat disahkan diabetis apabila team penyiasat  1MDB disergah lalu terkejut beruk dan Gani Petail disuruh pencen.

Doktor sahkan jantung rakyat lemah dan terpaksa menaikkan pangkat ahli jemaah PAC menjadi Menteri..ICU rakyat 3 bulan nasib baik belum koma lagi.

Ibu mithali pula dapat 2 juta ringgit dalam akaun dikata tukang tilek duit dari berniaga dengan orang bunyian..bertambah "beruk" rakyat nasiblah umur panjang.

Tak cukup lagi " terkejut beruk" dan mungkin kena sawan babi pula, "nothing to hide" dah jadi " everything must hide".
Program "anti rasuah" juga dia tak berani datang sebab takut di "kejutkan oleh raja raja Beruk" sebab sifat dia macam " beruk dapat bunga".

Disebabkan rakyat dah terkena  sindrom "terkejut beruk" ini, maka kerana tindakan  beruk beruk ini maka nilai matawang dan pasaran saham merudum. Disebabkan itu maka" jiwa rakyat" mula kacau berakibat dari " terkejut beruk kerana dikujutkan oleh "beruk beruk  matyeah..ni..".

                Cahaya Al Majid


Wednesday, 25 November 2015

THE PROMISED LAND : MALAYSIA DALAM GENGGAMAN YAHUDI

Bismillahhirrahmannirrahim.

Kerahmatan juga dipohonkan kehadrat Illahi semoga kasih dan cinta para para Nabi dan Rasul yang diberkati Allah swt ini tertumpah keatas umat umatnya. Dengan rasa kasih dan sayang yang terpahat dihati ini , dipohon agar ditetapkan oleh Al Rahman Al Rahim supaya  berpanjangan sehingga akhir nafas.

Dipanjatkan AL FATIHAH untuk para para Nabi dan Rasul .

                    AL FATIHAH

Kalau dahulu sebut saja  nama Yahudi atau dipanggil Jews dalam bahasa Inggerisnya, maka terpaculah dan tergambarlah diminda kita akan kekejaman dan kerakusan bangsa ini.

Bangsa yang amat kuat sifat dendamnya terutama terhadap umat Islam. Dendam mereka  ini bukannya bersifat sementara tetapi kekal selamanya sampai kiamat. Begitulah sifatnya Bangsa ini yang dulunya pernah diangkat Tuhan sebagai sebuah bangsa yang terpileh.

Sememang negara kita tiada hubungan diplomatik mahupun hubungan ekonomi dengan negara mereka walaupun setelah hampir 60 tahun merdeka. Sebut saja nama Israel pasti semua pemimpin mahupun umat Melayu negara akan melenting. Begitulah "busuknya"pandangan dan tanggapan umat Melayu Islam terhadap negara dan Bangsa ini.

Kalau diera Mahathir dulu, dengan lantang beliau mengecam tindakan luar tabaiee tentera negara Israel ini sehinggakan beliau dituduh dan dicop sebagai anti yahudi dan dituduh pula dengan bermacam macam panggilan.

Disebabkan kekentalan jati diri pemimpin Melayu Islam dahulu, walaupun sekelumit cubaan agent agent Yahudi ingin memerangkap nescaya cubaan mereka tetap dapat dihidu, itulah kehebatan iman yang tertanam dijiwa mereka.

Tetapi kini usaha bangsa Yahudi telah mendatangkan hasil. Keakraban serta kekuatan ekonomi bangsa mereka telah mengikat rakan sekutunya iaitu Amerika dan Eropah serta beberapa blog negara di Asia Tenggara.

Kerana kebergantungan negara tersebut terhadap kemampuan cerdik pandai serta kekayaan billionair bangsa Yahudi yang mendinomasi konglomaret terbesar US , menyebabkan ahli  politik  serta parti politik dinegara tersebut dapat dicatur mengikut kehendak mereka dan inilah yang tercatur keatas mereka.

Ahli politik Amerika dan sekutunya telah diikat erat tangan dan kaki  mereka oleh Yahudi, oleh itu apa saja tindakan Yahudi didunia ini tidak akan berjaya dikekang oleh sesiapa pun. Tetapi apa yang nyata Amerika atau batang tubuh Presiden Amerika" merupakan "robot"  bagi Yahudi. Keseluruhan tindak tanduk Amerika adalah atas keinginan Yahudi dan diumpamakan bahawa negara Israel itu adalah "Tuan Besar" bagi Amerika .

Yahudi atau pun negara Israel sebenarnya bercita cita untuk mengengam dunia tetapi bukan lagi melalui peperangan tetapi sebaliknya melalui perniagaan ataupun ekonomi. Usaha itu tidak akan berjaya kalau mereka yang dihadapan tetapi disebabkan seluruh system Perbankan dicorakan oleh bangsa Yahudi sendiri dan terpakai diseluruh dunia maka merekalah yang menentukan nilai kekuatan matawang. Walaupun sesebuah negara mempunyai simpanan emas yang banyak diWorld Bank namun itu bukan jaminan kekal untuk kekukuhan matawang masing masing.

Semua tahu bahawa ekonomi Amerika sudah tidak berkembang , pengangguran serta peluang perkerjaan juga sudah semakin terhad dan kalau sebelum ini perdagangan mereka hanya terarah keeropah, Amerika Selatan serta negara negara Arab namun semua punca ekonomi tersebut semakin menguncup tambahan pula peralatan tentera yang menjadi punca utama ekonomi juga semakin sempit kerana persaingan ,maka ruang lain perlu dicipta. Maka  IDEA  TPPA adalah solusinya.

Tidak secara langsung Amerika mengikat anggota anggota ini , walaupun dalam perjanjian itu Amerika membenarkan beberapa kelebihan perdagangan bersama negara anggota , namun kelebihan tetap dipihak mereka dan yang terpenting sekali dengan termetrinya perjanjian ini Bangsa Yahudi atau Jew ataupun Rakyat Israel akan bebas bergerak memasuki negara anggota , semuanya dengan alasan "kepentingan syarikat melabur" samaada sebagai "pembawa dana" , " consultant", manager atau staff bagi sesebuah organisasi, semuanya tidak bolih lagi dinafikan kemasukkanya kenegara ini lagi.

Kebarangkalian kaum Yahudi untuk memiliki hartanah mahupun memiliki syarikat gergasi negara ini senemangnya bakal terjadi. Bukanlah kedatangan mereka dinegara ini semata mata kerana wang ringgit tetapi muslihat untuk meranapkan agama Islam adakah ajenda sebenar mereka.

Pemimpin UMNO/BN atau pemerintah kata tujuan TPPA adalah untuk mencambah peluang perniagaan dan manjana  pendapatan baru bagi negara tetapi pemerintah  lupa bahawa " apa yang mereka bayar bukanlah semata mata kerana ekonomi,  tetapi mereka menjangkaui lebih dari itu".

Jadikan negara Arab sebagai tauladan sebelum terlambat.

                Cahaya Al Majid





Tuesday, 24 November 2015

THE PROMISED LAND : MELAYU DAH TAK JUMPA JALAN ISLAM

Bismillahhirrahmannirrahim.

        TAK JUMPA JALAN PULANG

Perjalanan negara ini nampaknya sudah semakin songsang.

Pasangan  bercinta sesama jenis nampaknya semakin menjadi jadi, kaum perempuan berlagak "jantan" dan kaum lelaki berlagak "wanita" juga semakin berani memperagakan watak jelmaan mereka dikhalayak ramai. Tindakan berani kelompok ini juga gagal dikekang penularanya.Nak salahkan siapa?

Cuma watak Mat Nyah (pondan) saja yang belum diangkat sebagai Menteri, tetapi watak "pengkid" rasanya dah ada. Nak buat macammana , pengundi Melayu yang mengaku Islam telah buta hati, buta mata dan buta agama , mereja inilah yang menobatkan watak ini, akhirat nanti tanggunglah sendiri. Allah swt telah berfirman "tiada jiwa lain yang menanggung dosa orang lain melainkan menanggung dosa jiwa sendiri".

Satu lagi malapetaka yang sedang berlaku ialah cubaan untuk  menghalang kemungkaran dari terus berlaku telah dikenakan tindakan oleh undang undang manusia. Menghalalkan apa yang  haram itulah yang diangkat masakini.

Perbuatan salah laku, rasuah, makan harta anak anak yatim, fitnah dan menafikan kebenaran telah menjadi darah daging dan amat susah untuk diubati lagi. Waima, golongan agamawan,ulama mahupun Ustaz, kebanyakan mereka juga seolah olah merestui perbuatan ini dan yang paling terkilan dihati, mereka juga terlibat sama. Inilah yang menyedihkan sekali.

Diceramah ceramah atau diforum forum merekalah yang berdegar degar suara suara menghentak, itu salah, itu haram itu tak betul dan itu sesat, alih alih "harta perang "juga yang disapu.Perasaan malu langsung tidak ada.

Sepatutnya apabila ada aduan tentang sesuatu salah laku maka sepatutnya siasatan dibenarkan demi mencari kebenaran tetapi ini tidak, orang yang cuba menegur pula dilumati dengan berbagai tuduhan. Adakah mereka yang menawarkan diri untuk memegang amanahkan Allah swt ini sedar dengan apa yang digalas?

Amat sedih sekali diatas apa yang berlaku, disebabkan mereka mereka ini tidak mematuhi apa yang ditentukan Allah swt seperti yang termaktub didalam Alquran serta terjemahan perbuatan melalui sunnah sunnah Nabi dan Rasulnya, mengakibatkan intergriti , maruah serta keindahan Islam dicemar kesucianya oleh pemuka pemuka yang mengaku Islam ini.

Benar sabda Nabi "semakin dekat dunia dengan kiamat, semakin jauh umatnya dari ajarannya"?

Rupanya semakin ramai yang mencari jalan pulang  semakin jauh pula mereka dari jalan kebenaran.
          KESIAN...KESIAN...KESIAN

                 Cahaya Al Majid






Monday, 23 November 2015

THE PROMISED LAND : DAH JADI KENYATAAN

Bismillahhirrahmannirrahim.

             BERMULA SUDAH ERA JUAL JUAL

Inilah yang terjadi dan inilah kesudahanya dan ini jugalah yang dirancang , dilakukan bukanlah untuk merakyatkan hakmilik punca tenaga tetapi sebaliknya dilakukan untuk menjahanamkan pemilikan rakyat atau menidakan peluang anak anak
Malaysia atau konglomarat Syarikat Malaysia dari memiliki janakuasa atau mungkin juga kerana 1MDB atau Najib tidak menginginkan "watak atau individu dari kelompok yang ditolong Mahathir" , seperti yang didakwa oleh "pemakan dedak " belaan Najib, bahawa kelompok ini harus dinyahkan atau disekat punca kewangannya .

Inilah kepandaian yang dimiliki oleh Panglima Bugis. Kalau sejarah lampau Kesultanan Bugis mempunyai Kerajaannya sendiri tetapi selepas era Kesultanan Melayu Melaka dan apabila Portugis datang ke Tanah Melayu dan juga Belanda menakluk Indonesia maka nama Kerajaan Bugis lenyap sama sekali Samaada Kerajaan Bugis menyerah diri atau menggadaikan diri kepada Belanda hanya Keturunan Bugis boleh menjelaskan.

Pepatah Melayu mengatakan "bapa borik anak rintik" begitu jugalah agaknya "perangai Pahlawan Bugis" ini agakya. Tergadai Kesultanan Bugis kepada Belanda kerana Panglima mereka "menggadai kan diri" kerana harta tawaran.

Kini perkara yang serupa berlaku dibawah pemerintahan Panglima Bugis. Kalau dulu beriya iya mempertahankan kewajaran membeli IPP milik rakyat Malaysia walaupun dengan harga yang tinggi termasuk hutangnya sekali tetapi kini Sykt 1MDB yang sanggup berhutang berbillion ringgit demi idea bernas Panglima Bugis, kini, harta pemilikanya iaitu IPP yang dikata bolih menjana pendapatan bagi sykt 1MDB, dijual 100 % kepentingannya kepada China dengan alasan demi rasionalisasi hutang. Dengan menjual semua kepentingan ini ternyata tiada lagi sekatan untuk konglomerat negara luar untuk memiliki aset penting dinegara ini.

Nampaknya semua aset yang berjajaran nilai tinggi akan menjadi intaian negara uncle Sam,apabila TPPA ditandatangani. Silap silap haribulan sedikit masa lagi PLUS Highway ke, TM ke, TNB je pasti kena risik.

Apa yang berlaku ini menunjukkan kelemahan Pemerintanan Kerajaan pimpinan parti  UMNO. Penjualan aset milik Edra (IPP) ini perlu disekat.

Hanya kuasa rakyat yang bersatu dengan Raja Raja Melayu saja yang bolih menghentikan kegilaan President UMNO ini dari terus menjahanamkan masa depan negara ini.

Sebelum keadaan menjadi tidak terkawal ,eloklah nyahkan Panglima Bugis ini.

   Cahaya Al Majid









Wednesday, 18 November 2015

THE PROMISED LAND : HUKUM ALLAH vs HUKUM MANUSIA

Bismillahhirrahmannirrahim.

Adakah  kerana "kuasa ditangan" bolih merubah hukum halal haram Allah.

Tidak tahu dimana silapnya, adakah kerana pangkat, kuasa, harta benda atau kepentingan diri , membuatkan perkara yang diperdebatkan ini menjadi tumpuan hangat oleh seluruh rakyat terutama yang beragama Islam.

Isu pertama adalah mengenai YAPEIM dan kedua mengenai Pusat Pungutan Zakat (PPZ)  Kedua dua entiti ini amat terkait rapat dengan orang Islam.

Isu YAPIEM yang meletup baru baru ini amat dikesali. Entiti ini dikata telah membelanjakan ratusan ribu ringgit bagi membiayai sebuah Program diluar negara bagi seorang Menteri . Dan program yang didakwa itu pula dilihat oleh sesetengah orang Islam amat tidak sesuai sekali untuk dibiayai dengan skala yang mahal .

Walaupun YAPIEM dan Menterinya cuba untuk menghalalkan Program mereka namun dengan alasan "TIDAK MENGGUNAKAN DUIT ANAK ANAK YATIM" tetapi sebaliknya menggunakan dana dari hasil perniagaan Ah Rahnu nya, serta hasil dari keuntungan perniagaan mereka namun dimata dan hati umat Islam, dana YAPIEM dijana melalui potongan wang gaji mereka mereka yang bersedekah bagi membantu  anak anak yatim dan miskin ini , tetapi, apabila kes ini meletup dan meledak , adakah kita perlu menyalahkan pihak yang "mengangkat" isu ini?
Ketidak pekaan YAPIEM terhadap slogannya yang "berkiblat" atas nama " ANAK ANAK YATIM DAN MISKIN" membuatkan masyarakat Islam marah dengan "perbelanjaan mewah ini".
Adakah menjadi kesalahan untuk menegur "salah laku ini".?

PPZ pula mengharamkan pemberian wang zakat olih masyarakat kepada fakir miskin dan bukan kepada pemerintah dan tindakan ini dikata sebagai "haram" olih PPZ.
Adakah kebaikan ini jatuh " haram" ?mengikut Al Quran?
Akan di sambung..m
                   Cahaya Al Majid











Monday, 16 November 2015

THE PROMISED LAND : ISI PERUT MALAYSIA KRONIK

Bismillahhirrahmannirrahim.

Sakit adalah satu penyakit dan penyakit ini hadir dalam berbagai bentuk. Penyakit sakit ini bukan saja dihadapi olih manusia malahan binatang pun ada penyakit yang membuatkan ianya sakit.

Ada penyakit yang berjangkit dan ada juga penyakit yang berpunca dari kebodohon manusia .  Disebabkan penyakitlah yang membuatkan seseorang itu sakit.

Tetapi sedarkah kita bahawa negara ini sedang sakit? dan kenapa pula saya kata negara ini sedang sakit ?

1. Perdana Menteri menghadapi penyakit hati. Temberang sana sini. Penyakit sorok sorok. Penyakit kritikalnya adalah "bermewah " tetapi yang dapat sakit adalah rakyat
 Rakyat sakit hati
 Poket rakyat sakit.

2. Kewangan negara sakit.
     Nilai matawang jatuh
     Pasaran saham merudum
     Simpanan negara menguncup
     Hutang negara bertambah
3.  Pemimpin kerajaan banyak penyakit
     Penyakit takut hilang jawatan
     Penyakit takut hilang punca
      Kewangan.
    Penyakit ampu bodek
    Penyakit takutkan kebenaran
    Penyakit iri hati
4. Pemimpin pembangkang juga berpenyakit.
    PAS sakit kerana hilang intergriti
    PKR sakit kerana ketua umum dalam
    penjara.
   DAP berpenyakit hati dan mulut.
   Pemimpinnya mulut jahat dan hati
   busuk.
   Penyakit hati yang kronik kerana
   berprasangka sesama sendiri.Tiada
   ikhlasan sesama sendiri, curiga
   mencurigai sesama sendiri.
5.Penyakit buta mata dan buta hati.
   Penyakit ini telah merebak keseluruh
   Ahli parti samaada Umno,Mca,Mic,Gerakan,PAS,PKR,DAP termasuk juga dari Sabah juga Sarawak.
Buta mata kerana tak dapat membezakan antara kebenaran dan pembohongan. Buta hati..kerana terbeli
dengan wang ringgit.

6.Tetapi penyakit yang belum dijumpai penawar  ialah "penjualan agama" demi menghalalkan tindakan.
Islam didagangkan tanpa had
Ulama, ustaz, imam..berlumba lumba
mencari publisiti.
Mencari dana atas nama agama dan
Menghalalkan atas nama derma atau sedekah.

Iman,takwa,ikhlas dijual atas nama penampikan  pakaian " jubah,serban, tudung,janggut"

               Cahaya Al Majid













Sunday, 15 November 2015

THE PROMISED LAND : INI LAH YANG RAKYAT DAPAT..

Bismillahhirrahmannirrahim.

Tiada apa yang dapat diubah lagi. Semakin hari semakin genting dan bakal ranap menyembah bumi.

Bukan saja negara yang punah tetapi yang paling dikesali olih kelompok pencinta Umno dan ahli anggotanya, pertubuhan ini sedang menuju kehancuran.

Kehancuran yang sedang dilalui ini ibaratkan seperti anai anai memakan dari dalam pasak dan kereputan ini sedang merebak.  Dari luar nampak cantik tetapi hakikatnya , tiang seri tersebut semakin mereput.

Kehancuran kepercayaan terhadap pemimpin samaada terhadap pemimpin parti pemerintah mahupun pembangkang sudah terhakis. Tiada lagi kelayakan yang dapat dinilai terhadap pemimpin politik lagi. Semuanya dah rosak.

Kalau UMNO kerosakannya kerana pemimpinnya cintakan Najib berbanding parti sendiri. Kalau PKR mereka lebih cintakan ANWAR berbanding gabungan Pakatan. PAS pula pemimpin mereka lebih mempercayai Arwah Nik Aziz berbanding Hj Hadi. Begitulah kegilaan yang melanda ahli dan macai politik masa kini.

Tetapi kegilaan ahli UMNO dan pemimpin tertinggi  lah yang terlebih merosakan. Keberanian untuk mempertikai isu hutang 1MDB dan derma yang masuk akaun  NAJIB berjumlah 2.6B, walaupun terpaksa membunuh Timbalan Presiden UMNO Muhyiddin dan Shafei, namun demi kelangsungan periok nasi sendiri, kemungkaran juga tetap dihalalkan oleh UMNO.

Kalau dilihat dari maruah, ahli UMNO hilang kredibiliti. Presiden nya yang dibongkar salahlaku terimaduit tak sah taraf telah dibongkar oleh WSJ dan sehingga kini Najib tak berani nak saman .Maruah UMNO , maruah Institusi Perdana Menteri, maruah Malaysia dan maruah peminpin bangsa Melayu juga dikotori olih Najib. Untuk itu Najib hanya berani berkokok dan tunjuk kuat macam ayam jantan tetapi malangnya dalam reban sendiri saja.

Berbeza dengan Anwar Ibrahim, walaupun berhelah menunda puluhan kali kes mahkamah namun beliau berani menghadapi hukuman , waima , dijel, itu baru dinamakan pejuang dan anak jantan. Berani mengambil risiko atas kesalahan dan perbuatan sendiri bukan lari larau macam Najib..lari dari reporter dan tak mahu bersoal jawap. Adakah itu tindakakan seorang yang berani?

Dap pula tidak usah cakap la...lagi belit..Alvin Tan pun masyarakat mereka gagal menangkis...seolah olah mereka merestui perbuatan budak gila tu..itulah kegilaan yang melanda negara sekarang ini.

Tidak cukup dengan institusi agama juga menerima tempias yang serupa, kalau dulu Tabung Haji terjebak kerana terpaksa membeli tanah 1Mdb dengan harga tinggi tetapi kali ini pula YAPIM yang dikata ditubuh bagi mencari dana untuk kepentingan anak anak yatim dan miskin, telah didakwa menyelewengkan dana tersebut bagi membiayai program Menteri diluar negara pula, sepatutnya dana tersebut untuk pembangunan anak yatim dan miskin , tetapi nampaknya..kini..dah lari dari tujuan.

Tak tahu lah apa nak jadi dengan manusia manusia yang berkuasa kini, semuanya cuba berselindung disebalik  jubah yang mereka momokan yang dinamakan "pemimpin untuk rakyat". Yang mana akhirnya "poket rakyat" juga yang mereka damba untuk melunaskan hutang yang mereka cipta. Begitulah nilainya pemimpin yang berkuasa masa kini.

                                Cahaya Al Majid





Thursday, 12 November 2015

THE PROMISED LAND : RENUNGAN JUMAAT

Bismillahhirrahmannirrahim.

"SESUNGUHNYA AKU MENYEMBAH KAU YA ALLAH DAN TIDAK MEMPERSEKUTUKAN KAU DENGAN SESIAPA PUN DAN SESUATU PUN DALAM IBADAH KU TERHADAP MU"

DAN AKU FIDYAHKAN "ALFATIHAH" UNTUK ROH DAN JASAD DIRI INI AGAR SENTIASA BERSUJUD DAN BERTASBIH DENGAN KEIKHLASAN DIATAS RAHMAT YANG KAU LIMPAHI.

                              AMIN

                 Cahaya Al Majid


Monday, 9 November 2015

THE PROMISED LAND : STRATEGI NAJIB MENJUAL NEGARA...!!!!

Bismillahhirrahmannirrahim.

Merancang secara terancang itulah jawapan kepada urusniaga yang diusahakan olih Syarikat Sarat Hutang yang menghutangkan rakyat Malaysia, syarikat  yang diilhamkan olih "anak Razak". Walaupun Rm42 Billion  diperolehi melalui pinjaman namun pinjaman sebanyak itu berjaya diperolehi diatas jaminan Kerajaan Malaysia atau maksud sebenar  ( setiap rakyat dipaksa atau terpaksa tanpa kerelaan ) menjamin sepenuhnya pinjaman tersebut tanpa dolak dalik.

Dikata sebahagian dari dana tersebut digunakan untuk membeli beberapa buah IPP bagi tujuan untuk menjana "pendapatan" untuk mendapatkan aliran tunai disamping mengekalkan pegangan tersebut agar dikuasai olih Kerajaan ataupun milik penuh kerajaan yang dipileh olih rakyat. Itulah diantara beberapa alasan pemimpin Kerajaan. Walaupun pembelian ini dilihat amat  meragukan kerana harga yang dibayar adalah tinggi dan tidak sepadan dengan harga pasaran ditambah burukkan lagi bahawa pembelian yang terpaksa dibayar termasuk hutang tertunggak syarikat IPP yang berbillion, dilihat pelaburan itu tidak berbaloi malahan terlihat kebodohon sipembeli iaitu "one m dee bee " Walaupun bagitu syarikat "one m dee bee" masih menobatkan bahawa pulangan dari apa yang dilaburkan itu akan diperolehi dalam jangka masa panjang.Maksud nya "long term investment".Itulah yang dijaja demi mensucikan tindakan mereka. Tetapi itu bukan tujuan sebenar mereka tetapi sebaliknya .

Cetusan idea Najib yang brilliant yang sebenarnya terbaik diatas kertas saja rupa rupanya telah mencetuskan Hutang Fizikal Rm42 Billion (mungkin kini telah mencecah RM50billion kerana nilai ringgit menyusut),yang terpaksa ditanggung Kerajaan. Walaupun Najib mengatakan implikasi hutang tidak terbeban dibahu kerajaan namun wang Ananda 2 billion juga ditagih apabila one m dee bee gagal melunaskan bayaran balik pinjaman dari beberapa buah bank .

Dengan harapan bolih membuat turn around atau membuat duit dengan pembelian beberapa IPP  melalui Edra syarikat milek penuh "one m dee bee",namun perancangan mereka tak berapa nak menjadi, disebabkan track records mereka yang telah beberapa kali "tertunggak" gagal membuat bayaran balik pinjaman maka kebolihan percayaan terhadap mereka mula diragui.. Tak cukup dengan itu satu Malaya dah terbau kebusukan yang menusuk. Kini IPP yang pada awalnya milik rakyat Malaysia kini bakal dijual atau dilelong pemilikannya kepada entiti luar negara. Itulah yang terbaik dari idea Najib. Inilah yang dikata "idea terbaik dari Najib anak Tun Razak". Sekarang ini baru syarikat IPP nak dijual demi melangsaikan hutang 1MDB tak mustahil pemilikan kerajaan terhadap Talikom Malaysia atau Tenaga Nasional juga pasti diintai untuk dijual. Tiada yang mustahil diera Najib yang "bengap otak " ni.

Walaupun cerita yang diskriptkan olih Najib ini berjaya dilayar perakan olih Panglima dan hulubalang UMNO yang masih berkuasa  namun bekas bekas mantan pendukong takhta UMNO kelihatan tidak sealiran dan berbeza pendapat tentang penambahan hutang negara yang tidak terkecuali 42 billion itu.

Itulah kehebatan pemimpin UMNO masakini. Jual...jual...dan....jual...Yang terakhir bakal dijual adalah negara ini..melalui..Perjanjian  TPPA..

                          CAHAYA AL MAJID












THE PROMISED LAND : MALAYSIA DAH DILEMBUKAN NAJIB

Bismillahhirrahmannirrahim.

Kerajaan mentakrifkan bahawa segala bentuk imbuhan samaada wang tunai atau pun barangan yang dihadiahkan kepada penjawat awam adalah menyalahi etika kerana pemberian ini dikategorikan sebagai rasuah terutama sekiranya ianya diberikan kepada individu dan SPRM juga mengklasifikasi pemberian ini sebagai "rasuah".

Tetapi amat pelik juga, apabila Najib yang mengaku menerima "derma" RM2.6 billion  yang diizinkan serta  kerelaan dirinya dengan suci hati telah menerima
Dana tersebut secara sembunyi namun apabila dana itu diketahui ramai dan bocorkan , tetiba mengakui kewujudan tersebut dan diberkan alasan sebagai "derma".

Walaupun 'dana" ini diakui olih Najib sebagai "derma;" namun perbuatan itu tetap salah dan menyalahi undang undang.  Untuk itu Najib wajib didakwa mengikut undang undang negara ini. Itu baru satu hal.

Kesalahan Najib yang membenarkan  1MDB berhutang sebanyak 42 billion sehingga menjejaskan reputsi kewangan negara juga perlu diambil tindakan . Disebabkan reputasi Najib merudum dimata pelabur serta hilang kebolih percayaan terhadap diri beliau sehingga menjejaskan kekuatan nilai ringgit yang meluncur keparas 4.37 berbanding USD,maka tidak secara langsung Najib menjadi penyebab kepada ketidaktentuan ini, maka Najib wajar direhatkan dan tindakan undang undang wajar dikenakan dengan alasan "mensabotaj ekonomi negara".


Tetapi sedarkah kita bahawa untung nasib negara ini telah dikorbankan ? Sedarkah kita Najib dan gerombolannya telah mengorbankan apa yang telah terbina selama ini. Sejak dua menjak ini perasaan curiga mencurigai sesama bangsa Melayu mula menebal dan perasaan ketidakpuasan hati terhadap bangsa lain mula menyerlah.

Kegagalan Najib serta anggota kabiinetnya yang menyusahkan rakyat dengan ketidaktentuan ekonomi serta mensabotaj masa depan negara wajar bagi mereka untuk dikenakan tindakan undang undang.
                Cahaya Al Majid