Monday 28 December 2015

THE PROMISED LAND : BERANI KERANA BENAR : NAJIB BERANI KE???,

Bismillahhirrahmannirrahim.

       "SUMPAH LAKNAT " ADA BRAN?

Najib mendahului SPRM dalam menghalalkan penerimaan "duit 2.6 b" yang didakwanya dari Putera Arab tetapi Rm42 juta dari SRC International yang merupakan anak syarikat Kementerian Kewangan yang dikredit keakaun Menteri Kewangan yang iaitu Najib Razak , adakah wang itu juga "derma" syarikat kepada Najib? dan isu ini juga belum dijelaskan Najib sepertimana TPM dan macai macai beliau "menghalalkan" duit RM2.6 B itu?

Berjela jela penafian dan berkajang kajang penjelasan berhubung derma politik  "Rm2.6 B" namun tiada seorang pun macai Panglima Bugis bersuara atau menidakkan kemasukkan Rm42 juta dari SRC International. Kenapa? Begitu juga dengan Najib, diam sediamnya.

Walauapa pun alasan yang diberikan oleh Najib , kepercayaan rakyat yang ramai sudah terhakis dan tidak lagi mempercayai kata kata anda, hanya mereka mereka dan pemimpin UMNO yang mempunyai kepentingan peribadi dengan kedudukan anda saja yang akan menelan dan menghalalkan perbuatan anda.

Adakah anda (Najib) berani "bersumpah laknat" atas nama ALLAH swt bagi membuktikan bahawa dana RM2.6B itu benar benar "derma Pak Arab dan bukan berpunca dari 1MDB" .

Hanya melalui "sumpah laknat" saja yang dapat meyakini hati rakyat.

Diharap Najib berani menyahut seruan ini dan kita minta Najib lalukan secara "live telecast" keseluruh negara.

                   Berani kerana benar.

                       Cahaya Al Majid

Saturday 26 December 2015

PERUTUSAN THE PROMISED LAND : APA YANG PERLU DIUBAH SELEPAS MAULUD NABI.

Bismillahhirrahmannirrahim.

SANGGUPKAH ANDA BERUBAH

Semua orang Islam selalu cakap, ikut sunnah Nabi, ikut cara Nabi, bersederhana dalam semua cara kehidupan. Apakah  benar seperti yang mereka ucapkan?

Sebelum kita menjengah keluar ,cuba kita renung dan timbang dalam diri kita adakah kita mempraktikan seperti apa yang diajarkan Rasullullah saw dalam kehidupan seharian yang berintikan Al Quran.

Solat kita, apakah benar kita melakukanya atau mendirikanya atau menunaikanya sepertimana yang dilakukan oleh Rasullullah? Bermula dari langkah pertama mendirikan sehinggalah salam terakhir, apakah kita sebenar benarnya mendirikan solat atau kita seperti pencuri dalam solat?

Atau adakah kerana kita melakukan solat kerana kita dituntut sepertimana yang dikehendaki atau keikhlasan hati untuk mendapat keredhaan Allah swt? Terpaksa, memaksa, dipaksa  dan rela hati adakah ianya sama disisi Yang Maha Esa? Ataupun kita terpaksa lakukan kerana kita takutkan siksaan api neraka berbanding kita mengikhlaskan diri dalam "mengesakan" Tuhan Yang Berhak Disembah?

Begitu juga dengan niat dan lafas niat, adakah gerak dan pengkhususan lafasnya "tidak mempersekutuan Nya dengan segala sesuatu " terhadap Nya? Atau kita hanya mendirikan solat mengikut waktu yang dilafas kerana Allah swt?

Adakah Rasullulah saw mendirikan solat dengan lafas niat kerana waktunya ataupun Baginda saw mendirikan solat dengan lafas "tidak menyukutukan Kau Ya Allah  dengan segala sesuatu atau sesiapapun didalam ibadahku ".

Begitu juga didalam mendirikan solat adakah Rasullullah mengulangi ayat Firman penceritaan Allah swt kepada Baginda ataupun Baginda melafaskan puji pujian mengesakan Tuhannya? dan tidakkah Solat itu untuk "mengesakan" Ya Rabb? dan tidakkah sujudnya Muhammad saw kerana sifatnya sebagai hamba kepada Allah swt kerana keikhlasan dalam ketakwaan Baginda saw?

Begitu juga didalam perjalanan kehidupan Baginda saw seharian. Semua hadith hadith menceritakan perilaku dan tutur bahasa Baginda saw ketika bercakap mahupun berdakwah, adakah Baginda menggunakan bahasa yang kasar atau dengan nada suara yang tinggi ketika menyampaikan ayat ayat Allah swt. Adakah Baginda  mengherdik melawak sehingga sehingga seluruh tetamu yang datang ketawa berdekah dekah sepertimana Pendakwah atau Ustaz Ustaz kita masa kini yang mana diantaranya ada yang menyanyi, menyindir dan mengumpat. Adakah ini sunnah Rasullulah saw?

Sedarkah kita apa yang sebenarnya dilakukan oleh Baginda saw adalah "memujuk hati" mereka mereka yang dalam keraguan terhadap kebenaran dan kekuasaan ALLAH swt tetapi apa yang dipraktikan oleh pendakwah masa kini sebenarnya amat jauh terpesong dari laluan sebenar Rasullullah saw.

Menakutkan manusia dengan balasan balasan api neraka tidak akan berjaya melahirkan manusia yang benar benar bertakwa , beriman dan ikhlas terhadap Allah swt tetapi sebaliknya hanya akan melahirkan manusia yang keras hatinya samaada terhadap kebenaran yang dibawa Baginda Rasulullah saw dan juga terhadap Al Quran itu sendiri.

Alhamdullilah apa yang saya tuliskan ini adalah melalui pengalaman yang saya lalui sewaktu "memujuk hati" mereka yang berjaya ditawan dengan KERAHMATAN ALLAH SWT sehingga mereka mereka ini sanggup meninggalkan agama asal nenek moyang mereka dan mengambil Allah swt sebagai Tuhan yang di Esakan.

BERANI KERANA MENCARI KEREDHAAN
ALLAH SWT.

                    Cahaya Al Majid

p/s  : Tahun 2012-2015 ada yang mahu saya adakan program atau berkongsi pengalaman atau bercerita  berhubung Perjalanan Saya sebagai Mubaligh tetapi saya belum bersedia sepenuhnya tetapi 2016 adalah tahun Perjalanan UMMAH.
Sesiapa berkeinganan untuk saya menyertai program mereka sila hantarkan keblog ini.
Sekian terima kasih.

















Wednesday 23 December 2015

THE PROMISED LAND : KUASA YDPA DAN RAJA MELAYU MULA DISENTAP ORANG POLITIK

Bismillahhirrahmannirrahim.

    INSTITUSI YDPA SEMAKIN TIDAK
    DIPERLUKAN OLEH PEMAIN
    POLITIK.

KEHANCURAN SESEBUAH NEGARA
BERPUNCA DARI KELAHAPAN KUASA
PEMIMPIN PEMIMPIN POLITIK.

Kerajaan Najib tetap menafikan bahawasanya Kuasa YDPA tentang pengistiharan darurat tidak terusik langsung dalam keinginan kepimpinannya dalam meluluskan Rang Undang Undang MKN minggu lepas.

Walaupun RUU MKN ditentang oleh sesetengah rakyat dan juga dari kelompok sesetengah senator BN dan Pembangkang namun disebabkan majoriti senator datangnya dari kelompok parti pemerintah maka kelulusan untuk menjadikan ianya satu rang undang undang bukanlah halangan dan itu yang terjadi apabila ianya diluluskan walaupun ruang untuk berdebat dan memperincikan keperluannya dilihat sebagai terlalu terburu buru dan tergesa gesa. Apa yang tersirat disebalik tindakan terburu buru ini hanya Najib dan kepimpinanya saja yang mengetahui.

Tanpa merujuk atau mendapat perkenan Raja Raja Melayu atau Majlis Raja Raja serta Institusi Yang DiPertuan Agong , bolehlah kita sifatkan bahawa menjunjung institusi Raja Raja Melayu yang selama ini dikata dijulang dan diletakkan ditempat yang tertinggi oleh Kerajaan Barisan Nasional hanya omongan kosong saja. Dari apa yang dilihat Institusi Yang DiPertuan Agong hanya digunakan untuk "Rubber Stamp" saja oleh Kerajaan memerintah.

Kerajaan memerintah sering mengula gula rakyat agar menjunjung institusi Raja Raja dan menwar warkan agar rakyat tidak menderhaka terhadap Institusi tertinggi ini tetapi sebaliknya pemerintanlah yang banyak membelakang institusi Raja Raja ini, semuanya kerana kepentingan "kuasa politik" dan survival mereka.

Dengan kuasa Esekutif ditangan Perdana Menteri yang bertindak sebagai Field Marshall dalam Majlis Keselamatan Negara dikhawatiri menyalah gunakuasa dan bertindak sesuka hati ditakuti berlaku. Kalau sebelum RUU MKN diluluskan juga Perdana Menteri sesuka hati telah melanggar undang undang serta Perlembagaan inikan pula apabila sudah berada diatas kuasa YDPA.

Kalau dahulu Mahathir telah melakukan kesilapan dengan melucutkan kuasa Raja Raja Melayu sehinggakan orang bukan Melayu berani mencela dan menghina Kesultanan Melayu tidak terkecuali Agama Islam yang kita anuti, namun, untuk itupun Kerajaan gagal untuk membela nya .

Musibah dari apa yang diluluskan ini hanya akan ditangisi oleh orang Melayu dimasa depan. Apabila kerajaan memerintah tidak didemonasi oleh orang Melayu dan Perdana Menteri dari kalangan bukan orang Melayu masa itu air mata darah pun tidak berguna lagi.

Akhir kalam orang bukan Melayu dan orang bukan Islam tidak perlu lagi merubah atau meminda perlembagaan kerana jalan untuk mereka meminggirkan kemahuan Melayu telah disiapkan oleh Najib atas kerelaan dan persetujuan UMNO.


             Cahaya Al Majid

Tuesday 22 December 2015

THE PROMISED LAND : MASIH BENARKAH PEGANGAN KITA

Bismillahhirrahmannirrahim.

MAULID YANG SEMAKIN JAUH

Syukur kehadrat Illahi kerana masih lagi membenarkan jiwa dan jasad ini untuk terus menghidup udara dan berjalan dimuka bumiNya yang berkhalimahkan "lailahaailalllah" dan yang bersahadahkan "muhammaddarasulallah" serta berkiblatkan ke "Tanah Haram Mekah Al Mukaramnah" serta yang berpandukan kepada Kitab Allah Swt.

Salawat dan salam keatas junjungan kita Nabi Muhammad saw berserta salam kepada para para Nabi dan Rasul semoga kerahmatan ALLAH swt jua terhimpun keatas mereka dan keluarga mereka yang dirahmati.  AMIN..

Walaupun tarikh keputeraan dan kewafatan baginda Rasullulah saw dikata sama  namun ianya masih lagi menjadi perdebatan olih Alim Ulama serta cerdik pandai samada yang terdahulu mahupun masakini. Oleh itu tak usah lah diperdebatkan lagi dan jangan kerana isu ini kita berbalah sesama kita, memadailah kita menyerahkan kepada Yang Maha Esa saja.

Apa yang perlu diimani hanyalah apa yang tertulis didalam Al Quran saja. Selain dari Al Quran Allah swt tidak menjamin kebenarannya dan kesohihannya .

Apa yang diajarkan olih Rasullulah saw yang bersandarkan kepada kitab ALLAH swt , itulah yang sepatutnya kita pegang dan kita amalkan.


Al Quran diturunkan bukan untuk umat Muhammad saja malahan kitab atau Firman Allah swt yang terkandung didalamnya ditujukan kepada setiap manusia yang sanggup beriman dengan Allah swt.

Ianya bukan untuk Bangsa Arab saja malahan meliputi keseluruh bangsa yang dipanggil makhluk Allah swt. Cuma bahasa yang digunakan adalah Bahasa Arab kerana Nabi dan Rasul terakhir pilihan Nya datangnya dari Bangsa Arab, oleh itu untuk mengatakan Bahasa Arab sebagai bahasa pilihan Allah swt..sangat dangkal pandangan ini.

Sayang seribu kali sayang kelebihan bahasa yang digunakan dalam Al Quran ini tidak dimenafaatkan secara total oleh dunia Arab. Segala ilmu yang terkandung didalamnya tidak diikut dan diamalkan sepenuhnya oleh kaum Arab.

Disebabkan keangkuhan kerana menyangka bahawa bahasa petuturan mereka adalah sama dengan bahasa yang tertulis didalam Al Quran jugalah yang telah membuta dan membatukan hati mereka.

Kini seluruh bangsa Arab telah dihina sehinanya. Negara dan rakyat mereka kini diambang kehancuran. Satu demi satu pemerintah negara Arab telah terjual meruah dan harga diri mereka.Kehidupan dan kelestarian masa depan mereka sudah dipegang oleh Bangsa Asing. Apa lagi yang mereka miliki?

Kini Arab Saudi juga telah terjerumus kedalam kancah peperangan dengan jiran jiran mereka namun .Perasaan curiga mencurigai sesama bangsa mereka amat tinggi , semuanya kerana mainan hati yang ditiup oleh "pemain politik" Barat sehinggakan nyawa kaum mereka yang berada diambang maut dibumi Palestin juga tidak dapat dibenteng. Begitulah untung nasib bangsa Arab setelah kewafatan Baginda Rasullulah saw.

Apa yang tinggal bagi bangsa Arab kini hanyalah "impian", keyakinan mereka bahawa Imam Mahadi akan lahir dari susuk Bangsa Arab dan didambakan bahawa "watak" ini saja yang boleh memulihkan maruah bangsa mereka.

Untuk mereka mencuba merubah nasib dan hidup mengikut syariat yang disunnahkan oleh Rasulullah saw amat jauh sekali.

Nasib yang sama juga bakal dilalui oleh negara ini sekiranya Ulul Amri atau pemerintah mempermainkan ketetapan dan kehendak Al Quran.

Apabila  kebhatilan dihalalkan, apabila "kebenaran "dinafikan,  apabila yang berkuasa "menganyiya" yang benar, apabila alim ulama menghalalkan kemungkaran apabila penegak agama dicaci apabila kemungkaran diangkat sebagai kebenaran maka tunggulah saatnya...pasti datang..

Sempena bulan Maulid ini, kembalilah kejalan Allah swt dan berusahalah untuk menegakkan kebenaran sementara belum terlambat.

Ingatlah..hati akan ditanya akan  tetapi lidah yang berbicara menentukan kemana akhirnya kita..Syurga mahupun Neraka..

Berbahagialah mereka mereka yang sentiasa mengingati Allah swt sewaktu jaga mahupun tidur..

           Cahaya Al Majid













Monday 21 December 2015

THE PROMISED LAND : ZAMAN MAKAN UBI KAYU BAKAL BERULANG

Bismillahhirrahmannirrahim.

"HATI RAKYAT DAH MENGELEGGAK"

Tajuk yang diperkata diatas telah pun menjadi sejarah bagi rakyat negara ini yang hidup dizaman permerintahan Jepun namun untuk mengingatkan kembali cerita mahupun pengalaman ibubapa kita dahulu ataupun cerita datuk dan nenek kita yang terpaksa bergantung hidup dengan memakan ubi kayu kerana ketiadaan beras. Berpunca dari penjajahan tentera Jepun maka rakyat tidak dapat kebendang untuk menanam padi bagi kegunaan sendiri dan diburukkan lagi sesetengah hasil padi pula dirampas olih tentera Jepun sendiri. Disebab ketiadaan beras maka ubi dijadikan menu  utama samada secara direbus ataupun dibakar, itulah yang dihadap setiap hari.

Mengikut cerita arwah ibu dulu selain ubi kayu , ubi keledek dan pisang rebus juga dijadikan makanan untuk mengalas perut. Begitulah sengsaranya mereka dahulu.

Tetapi hari ini semua barang keperluan itu boleh didapati dimana mana saja kedai runchit samaada kecil mahupun besar , dikampung kampung mahupun dibandar bandar. Tetapi masaalahnya , semuanya perlu menggunakan duit.

Yang kurang enaknya semua barang keperluan seharian , kosnya semakin meningkat ataupun mahal. Kalau dahulu negara kita ada jelapang padi untuk menampung keperluan dalam negara tetapi kini tidak lagi. Hasil yang dituai tidak mengcukupi oleh itu kekurangannya ditampung melalui impot dari luar, begitulah adanya.

Kini subsidi beras telah ditarik Kerajaan dan beras 15%  bercampur beras hancur juga ditarik subsidinya oleh Rejim Najib, tidakah ini satu penganiyaan terhadap rakyat yang miskin? Nampaknya kegawatan ekonomi rakyat semakin mencengkam. Bukan beras saja menjadi isu atau mahal tetapi keperluan lain seperti harga  ikan, daging, ayam semua mahal begitujuga dengan sayur sayuran semuanya semakin mahal. Siapa yang perlu kita persalahkan,Kerajaan, peniaga, orang tengah ataupun rakyat? Salah siapa?

Pemerintah, kuasa ada, penguatkuasa ada, akta ada, duit pun banyak tetapi kenapa gagal membendung gejala kenaikkan ini? Atau adakah kerajaan sebenarnya mahu rakyat bergantung sepenuhnya terhadap ehsan BRIM atau sengaja membiarkan agar rakyat "patuh" dengan kebodohan pemerintah?

Dari apa yang dilihat kelemahan pemerintahan kerajaan Najib amat ketara. Tidak ada satupun kenaikkan harga barangan yang dapat ditahan. Barangan yang tiada kena mengena dengan penurunan harga minyak dunia pun meningkat. Tidakkah ini satu kegilaan?

Kepada Najib dan kebinetnya ingatlah..kalau rakyat dah mula merusuh dan tidak lagi mengendahkan undang undang sepertimana yang berlaku di Low Yatt dan Kota Raya,dan apabila ketua keluarga tertekan kerana ketidakmampuan memberi anak bini makan..perkara lebih buruk pasti berlaku..adakah Najib dan Kabinetnya menunggu " rakyat bakar negara"?

                Cahaya Al Majid


Friday 18 December 2015

THE PROMISED LAND : SATU MALAYSIA KENA JUAL

Bismillahhirrahmannirrahim.

Percaturan Allah swt tiada siapa yang tahu. Kita sebagai manusia hanya sekadar meneka dalam kesamaran namun dikalangan ribuan atau jutaan umat Islam dinegara ini semestinya ada juga golongan yang diberikan petunjuk mahupun pedoman untuk sesuatu perkara. Samaada perkara itu terjadi secara spontan mahupun secara tanpa sedar , semua itu adalah ketentuan dari Yang Maha Esa.

Antara sedar atau tidak , rakyat negara ini sedang diulit dengan peristiwa peristiwa yang belum diketahui kebenaran disebalik sesuatu trajadi ,malapetaka ataupun skandal.

Bermula dengan peristiwa MH370 sehinggalah skandal 1MDB semuanya masih samar samar dan belum lagi diketemui kebenarannya jawapan. Apa yang diwar warkan oleh Kerajaan masih belum dapat dihadam semuanya menanti jawapan konkrit dan diterima akal.

Pesawat yang sepatutnya mendarat di China tetapi didakwa dilencongan dan berpatah kearah yang bertentangan dan dikata hilang diselatan Lautan Hindi iaitu keterangan  atau pandangan yang belum sahih dari segi fakta. Semua ini masih lagi belum terungkai .

Tetapi didalam keterujaan kita mencari kepastian kemana dan mengapa MH370 dighaibkan tanpa bukti nyata sekali lagi kita dikejutkan dengan  petistiwa MH17.


Yang menariknya dengan perancangan ini , pesawat MH17 pula ditembak jatuh diwilayah Ukraine. Perkara serupa juga menghantui hati dan jiwa rakyat negara ini. Antara Russia dan Ukraine kedua dua pun menafikan akan kebertanggung jawaban yang mereka terlibat. Penafian dibuat olih kedua dua pihak. Apa yang dihadapkan kepada rakyat hanyalah pandangan pihak pihak berkepentingan samaada USA, EUROPE, RUSSIA mahupun Ukraine. Kita sebagai mangsa hanya "akur" dengan perintah mereka.

Didalam kegawatan kita mengulit perjalanan ini, Kerajaan lemau Najib dilanda bermacam macam bala. Samaada bala kecil mahupun bala bencana. Tetapi kita harus ingat, bala yang datang ini bukan Najib dan Kabinetnya yang terkesan tetapi bala yang diundang Najib ini kita sebagai rakyat yang menanggungnya bala bahangnya. Tiada satu barang  pun yang turun melainkan hujan saja.

Didalam  musim ketidak tentuan ini samaada Najib yang lemah atau UMNO yang sudah ditolak ahlinya mahupun PAS yang terbaban kerana arwah Nik Aziz semua kini terbeban dikepala Hj Hadi. Dan semenjak Hj Hadi menggepalai PAS ini keruduman partinya semakin melemah.

Percintaan UMNO dan Pas ini walaupun dilihat seakan akan "menjadi" hingga kejinjang PRU 14 seperti namun "akad nikah" kumpulan " lesbian" ini pasti dihentikan olih saksi saksi mereka. Ijab yang dinantikan ini hanyalah menyerlahkan kelemahan peribadi Presiden mereka sendiri.

UMNO dah mula ditolak tetapi apabila PAS menyorong kepalanya, terpakut jugalah ,melingkup semuanya?

Kalau PAS juga mahu juga bersubahat dengan UMNO berhubung keruduman ekonomi negara kerana dosa dosa pemimpin UMNO maka " sumpahan" rakyatlah yang akan terjunjung dikepala mereka.

Dosa pemimpin pemimpin UMNO yang bertahun tahun yang dipeluk dan menggunung tanpa "taubat" bakal dibakar dipentas PRU 14.

                   Cahaya Al Majid




Monday 14 December 2015

THE PROMISED LAND : HAKIKATNYA ITU UNTUK YANG MENGUNJUNGI

Bismillahhirrahmannirrahim.

KEBENARAN ITU  PAHIT UTK DITELAN

Sebenarnya dia pun dah tahu tujuannya tapi sengaja nak pehangat hati dan pengikut  Khalufiah dia dulu..sebab Khalifah dia dulu sedang  mengatakan kebenaran tentang salah laku Khalifiah kini dan Khalifah kini mengatakan bahawa kononnya projek ERL itu semuanya salah dan bukan pemangkin untuk kemudahan perhubungan antara Kuala Lumpur dan KLIA dan projek ini tak perlu pun kerana menghabiskan duit.

Siapa Melayu yang bergelar "billionair" diera Mahathir? Ada ke? Yang ada cuma proksi UMNO saja ketika itu antaranya Halim Saad dan yang kemudian Tajuddin Ramly. Selain itu..masih lagi berstatus jutawan instant ciptaan UMNO dan group ini pun tak berduit melainkan kekayaan UMNO yang mereka simpan.

Suka tak suka terpaksa bagi kat YTL , macammana YTL nak korek duit dan dari mana bukan masaalah itu dia punya pasal yang penting ERL dan infranya mesti siap selari dengan KLIA.

Kalau diikutkan berapa ramai sangat orang kita atau orang Malaysia yang menggunakan ERL ini hari hari. Kemudahan itu untuk pelancong dan pengunjung yang ke Kuala Lumpur sebenarnya dan bukan dikhaskan untuk orang tempatan, itu sebab tambangnya mahal RM35.00. Tetapi sebenarnya kos menaiki teksi dari KLIA ke Kuala Lumpur lagi mahal.

Bukan kita nak mempertahankan pemilik ERL ni, tetapi itu saja pilihan yang ada masa tu..suka tak suka..terpaksalah  lagi pun ..bukan rakyat Malaysia yang naik hari hari pun.

Cuba tanya Najib sudah berapa banyak menafaat yang negara perolehi dengan adanya ERL ini dari kaca mata pelancong mahupun pelawat kenegara ini. Bangsa Pak Arab yang didakwa penderma 2.6 billion pun terkejut beruk dengan kemudahan yang negara kita miliki.Itulah yang dinamakan "pengswastaan".

Kalau ikutkan Najib lagi hancur, kerja yang bolih dilakukan olih anak bangsa diberikan kepada bangsa lain. Bayar konsultant Yahudi pun berbillion ringgit. Mana lebih merosakkan?

Bangsa UMNO kenalah terima hakikat bahawa Khalifah Najib otaknya tak boleh pakai. Kalau lah otaknya bergeliga tidaklah 1MDB berhutang sampai 42billion dek kerana kebodohan dialah 1MDB terpaksa bayar Goldman Sachs beratus juta semata mata untuk menggunungkan hutang 1MDB. Itu pun bangsa UMNO tak bolih nampak?

Patutlah orang Melayu dah menyampah dengan Bangsa UMNO .Bangsa yang dah buta mata dan hati dan tergadai diri kerana wang ringgit.

Nasiblah..bangsa UMNO..berbanggalah dengan 3 juta bangsa kamu..

                     Cahaya Al Majid




Sunday 13 December 2015

THE PROMISED LAND : KENAPA BANGSA UMNO KATA INI SEMUA FITNAH???

Bismillahhirrahmannirrahim.

Tak faham kenapa Bangsa UMNO yang baru saja habis bersidang tempoh hari mengatakan isu yang dibangkitkan oleh rakyat termasuk bangsa Melayu yang bukan dari Bangsa UMNO mengenai isu isu besar seperti hutang 42billion , Edra, pembelian tanah 1MDB olih Tabung Haji, beli murah jual mahal, wang masuk 2.6 billion serta beberapa puluh juta lagi dari SRC  keakaun Najib, wang Caymen Island dari tunai jadi unit semua ini FITNAH?????

Tak cukup dengan itu fitnah juga dilabel olih Bangsa UMNO apabila rakyat marhein mempertikaikan kesahihan"derma Pak Arab" dari seorang dah jadi beberapa orang.Khalifah utama bangsa Umno dulu kata hanya seorang penderma tetapi Timbalan Khalifiah pula kata dari derma dari sebuah kerajaan Tok Arab pulak, mana satu kebenaran dan adakah ini juga fitnah??

Tak tahu apa yang dikatakan fitnah oleh bangsa UMNO ni.

Adakah ketidakmampuan 1MDB untuk membayar hutang sehingga terpaksa pinjam sana sini itu fitnah?
Adakah hutang 1MDB  RM42 billion itu fitnah?
Adakah pembelilan Ipp dengan harga melebihi pasaran itu fitnah?
Adakah  tanah yang dijual olih 1MDB kepada  Tabung Haji dengan harga tinggi itu fitnah?
Adakah joint veture dengan Petro Saudi yang bertahan 6 bulan dengan terpaksa mendahulukan billion kepada Petro Saudi itu fitnah?

Adakah pertemuan Najib dan keluarganya diatas kapal mewah Pak Arab berserta Jho Low itu juga fitnah?

Atau adakah kekayaan mendadak anak tiri Najib yang membeli kondo ratusan juta itu fitnah juga?

Adakah bayaran komisen kepada Goldman Sachs itu juga fitnah?
Begitu juga dengan Rm2.6 billion yang masuk keakaun Najib itu juga fitnah?
Begitu juga dengan kemeruduman ekonomi serta susutnya nilai ringgit sehingga 4.30 berbanding 1USD, adakah itu juga fitnah?

Kalau semua ini diklasifikasikan sebagai fitnah oleh Bangsa UMNO .nyatakan apa yang benar dan jangan berdolak dalik. Dan minta Khalifah Bangsa UMNO untuk menafikan semua ini.

Dan kalau apa yang dinyata ini adalah fitnah yang bertujuan untuk menjatuh dan memalukan Khalifah UMNO diharap Khalifah Bangsa UMNO ini bersumpah atas nama ALLAH swt dan juga atas nama ibu bapanya demi menafikan apa yang didakwa sebagai fitnah ini.

Kalau kes Altantuya beliau berani melakukan yang serupa ..kenapa tidak kes ini???

                   Cahaya Al Majid












Thursday 10 December 2015

THE PROMISED LAND : TRANSFORMASI & RASIONALISASI VERSI BANGSA UMNO

Bismillahhirrahmannirrahim.

Hari ini seluruh Bangsa UMNO yang berkumpul di PWTC sebulat suara bersetuju dengan tindakan Presidennya tanpa berasa malu diatas segala putar belit serta penafian yang selalu berubah ubah .

Tentang tindakan Presidennya yang menghalalkan pengumpulan hutang 1MDB 42 Billion yang diciptanya melalui Jho Low serta beberapa orang  Pak Arab yang kononnya boleh menjana pendapatan melalui skim "cepat kaya" di Caymen Island diterima sebulat suara dengan suci hati.

Skim yang dikata boleh memberi pulangan yang berlipat kali ganda ini tetapi pada akhirnya , jadilah macam perniagaan buluh kasap. "Pangkal hilang untung pun lesap". Yang untung tukang atur, Jho Low, Pak Arab Petro Saudi dan Goldman Sachs.

Begitu juga dengan Sykt Edra , pemilik baru IPP yang dibeli dengan harga tinggi dari anak Malaysia akhirnya tergadai juga kepada China. Ini yang dimegahkan olih Bangsa UMNO , semuanya kerana hutang yang tak mampu dibayar olih 1MDB.

Siapa yang untung , Goldman Sachs, Jho Low dan Penternak Unta Petro Saudi sebab dah kebas duit beratus juta USD Yang mengangga , yang pokai adalah "poket rakyat". Yang suka kegembiraan dan bertepuk tangan  adalah Bangsa UMNO yang bersesak di PWTC kerana kejayaan mereka menyusahkan hidup rakyat dan Bangsa Melayu kerana kepandaian Khalifah mereka berniaga.

Sepatutnya apabila Khalifah Bangsa UMNO dah mengumumkan kejayaan tentang penurunan hutang hutang 1MDB yang dikata berjaya diturunkan sebanyak 17 billion, tetapi nilai ringgit tetap juga tak stabil masih lagi diparas rm4.26-4.28 kenapa? Dan index bursa juga merudum hari ini keparas 1,650 , tidak ada impak ke diatas pengistiharan Khalifah Bangsa UMNO itu?

Nampaknya hanya Bangsa UMNO saja yang mempercayai akan kewibawaan dan kata kata Khalifah Bangsa UMNO ini, bagi rakyat biasa dan Bangsa Melayu, semua yang keluar dari mulut Khalifah mereka mahupun Imam serta khatib mereka, semuanya auta belaka.

Apa yang pasti, semua barang serta kos penghidupan sara diri semuanya naik semenjak Khalifah Najib Bangsa UMNO memerintah. Dari gula hinggalah keberas hancur makanan ruji rakyat marhean Bangsa Melayu semua subsidi telah dihapuskan.

Dari tol hingga lah kekos pengangkutan semuanya telah berjaya dinaikan. Inilah yang dinobatkan olih seluruh Bangsa UMNO sebagai satu kejayaan transformasi buat rakyat dan Bangsa Melayu.

        Syabas Bangsa UMNO....3 tahun
        Bukannya lama.
        Bersedialah untuk dikafankan
 
        Cahaya Al Majid






Wednesday 9 December 2015

THE PROMISED LAND :BANGSA UMNO GADAI DIRI KEPADA PERASUAH

Bismillahhirrahmannirrahim.

   BANGSA UMNO BAKAL HILANG

Apa yang mahu dimegahkan lagi. Terang terang Presiden UMNO Najib menyembunyikan kemasukkan dana Rm 2.6 billion yang didakwanya sebagai "derma" dari pengetahuan seluruh jemaah UMNO termasuk Muhyiddin dan seluruh kepimpinan tertinggi UMNO .

Yang peliknya  "dana derma" yang Najib terima ini dikreditkan kedalam akaun peribadi Najib di Ambank dan apabila dibocorkan oleh WSJ dan Sarawak Report,barulah seluruh ahli UMNO dan seluruh Tanah Melayu mengetahuinya. Kalaulah kemasukkan dana ini tidak diketahui oleh WSJ dan Sarawak Report nescaya tiada siapa yang tahu. Tetapi Allah swt  itu adil dan saksama maka salahlaku dan cubaan menyembunyi itu akhirnya terbongkar juga.

Walaupun "derma" yang diterima Najib itu adalah satu kesalahan seperti yang ditakrifkan dalam undang undang yang terpakai disetiap batang tubuh penjawat awam namun disebabkan salahlaku ini dilakukan oleh Najib ataupun Presiden Umno merangkap Perdana Menteri maka segala kesalahan itu dihalalkan oleh seluruh Bangsa UMNO.

Kesalahan menerima "dana" ini walaupun salah dari mata rakyat biasa serta bertentangan dengan apa yang telah dihalalkan oleh Rasul s.a w namun disebabkan Bangsa UMNO ini melebihi mertabat bangsa lain di Malaysia maka perbuatan Najib difatwakan oleh mufti Bangsa UMNO sebagai halal. Halal dan halal perbuatanya serta tidak haram untuk dimakan hasilnya oleh segenap lapisan Bangsa UMNO.

Dan kalau dilihat secara dekat perilaku Bangsa UMNO ini, tiada apa yang haram semuanya halal belaka ,malahan alim ulama mereja juga telah menghalalkan apa saja tindakan demi kepentingan Bangsa mereka (bangsa UMNO)..
Kemungkinan pegangan agama mereka juga berlainan dengan amalan bangsa Melayu yang bukan dari Bangsa UMNO.

Kalau dahulu presiden presiden Bangsa UMNO ini perihatin juga lah dengan Bangsa Melayu tetapi kini tidak lagi. Disebabkan Bangsa UMNO tersalah pileh Imam  , yang mana, seorang ini lebih berkiblatkan "hiburan diri dan harta kejayaan" seperti yang tersirat dalam perjuangan mereka, maka kesusahan rakyat bukan lagi keutamaan untuk dibantu tetapi sebaliknya "poket rakyat" yang bukan Bangsa UMNO jugalah yang dipaksa menampung atau melunaskan hutang hutang yang mereka cipta.

Tetapi khalifah Bangsa UMNO yang menerajui kini bukanlah seorang yang budimanpun malahan kegagalan beliau mentadbir mahligai rumahtangga dulupun sudah melambangkan kegagalan beliau sebagai khalifah inikan pula nasib masa depan negara ini, hancurlah..bila khalifah tidak dapat petunjuk ...

Oleh kerana Khalifah Bangsa UMNO merupakan seorang yang terbukti gagal dan tiada keupayaan memerintah...maka..seluruh Bangsa UMNO pun akan hancur juga olehnya.

Kalau Perdana Menteri Bangsa UMNO pertama dulu dikata "melebihkan Cina" , tetapi yang terakhir ini pula dikata sebagai "ikut telunjuk bini". Begitulah kehebatan Bangsa Umno ini.

                 Cahaya Al Majid




Tuesday 8 December 2015

THE PROMISED LAND : DAH TINGGAL NYAWA NYAWA IKAN..NAK TUNJUK SAMSENG GAK..

Bismillahhirrahmannirrahim.

Untung nasibnya terletak ditangan ketua ketua bahagian dan kekuatanya hanya tersandar dibahu bahu kaki ampunya yang dibarisi oleh Zahid Hamidi Rahman Dahalan, Salleh Keruak serta Panglima Aceh iaitu Teuku Adnan. Dan mereka mereka inilah yang dikata bertindak "terlebih sudu dari kuah".

Zahid Hamidi terpaksa berhempas pulas demi menyelamatkan jawatan "TPM". Walaupun beliau menyandang jawatan  Naib Presiden UMNO tetapi perlakuannya seolah olah beliau adalah Timbalan Presiden UMNO. Mungkin merasakan kekananan diri beliau dalam pentadbiran Najib iaitu sebagai TPM, maka sifat untuk menghormati Jawatan Timbalan Presiden yang disandang Muhyiddin bukanlah satu keperluan lagi. Apa yang utama, batang tubuh Najib serta segala salah laku berkaitan diri Presiden perlulah dipertahankan demi untuk menempatkan dirinya agar kekal disitu sehingga PRU 14.

Bagi diri dua orang "jinbaok" dari Sabah ini pula iaitu Rahman Dahalan dan Salleh Keruak", membenteng,menepis serta menjadi "nasi tambah" merupakan kepakaranya. Membodek serta mengampu Najib  secara terangan adalah sifat semulajadinya, namun mereka ini lupa diri bahawa cara pengampuan  yang mereka bawa dan amalkan diSabah untuk digunapakai di Semenanjung sebenarnya menjengkel hati orang Melayu sini.Oleh sebab itu orang melayu  Semenanjung tidak berapa suka dengan 2 orang "jinbaook" ini.

Sementara Teuku Adnan lain pula mainannya. Hanya setakat berstatus Setiausaha saja dalam UMNO dan jawatan itu pula adalah ehsan atau dilantik dan bukan menang dalam pertandinganpun, tetapi lagaknya pula macamlah "polis" ataupun "lawyer"mahupun penasihat UMNO.Ibaratkan memegang segala kuasa penentu dalam UMNO, warning sana warning sini. Agaknya bagi Teuku Adnan ni Jawatan Timbalan Presiden tiada nilai langsung . Mungkin begitulah sifatnya bangsa Aceh ini kot ,tak tahu mengenang budi .Padahal zaman Mahathir dulu dia hanya" boy";yang menarik kerusi PM saja sewaktu bersidang. Kini lagaknya mengalahkan Timb. Presiden.

Walaupun UMNO mengharapkan  3 juta ahlinya menyokong Presidennya namun pengeseran ini telah menyebabkan sokongan terhadap Najib semakin munyusut. Walaupun dalam PAU ini berdegar degar suara ahli mahukan perpaduan tetapi pada hakikatnya sokongan orang Melayu terhadap kepimpinan Najib dan gerombolanya sudah semakin sesak.

Jika 3 juta ahli UMNO ini  tidak dapat ditautkan hati mereka mana mungkin UMNO bolih meyakinkan hati Melayu yang lain. Ataupun hanya mungkin ketua bahagian saja yang boleh menjamin kemenangan UMNO pada PRU 14 nanti Ataupun mungkin kerana  kerisma Najib,Zahid, Rahman,Salleh mahupun Teuku Adnan yang bolih memenang BN.

Tetapi sekilas pandang....barzah.PRU 14 adalah tempatnya..

                  Cahaya Al Majid




Monday 7 December 2015

THE PROMISED LAND : KIAMAT BAGI 3 JUTA MELAYU UMNO

Bismillahhirrahmannirrahim.

Muda tetap tua. Tua akan mati dan setiap kejadian dibumi ini tetap akan mati dan dunia ini pun pasti didatangi kiamat. Begitulah ketetapan Yang Maha Esa Allah swt. Hanya masa dijadikan ukuran.

Apa yang ingin diperkatakan disini adalah mengenai untung nasib UMNO dan seluruh pendukongnya, samaada yang berjuang diatas dedak taburan Najib atau Kem Najib mahupun kelompok yang menjulang Muhyiddin .

Kata bidalan orang melayu, untung sabut timbul untung batu tenggelam. Tetapi semua itu hanyalah perumpamaan yang tidak bolih disanggah kebenarannya mengenai sifat batu dan sabut apabila berdepan dengan air. Itulah ketentuan si Sang Pencipta Ya Rabb.

Najib tak mahu mengalah kerana merasakan tindakan dan perbuatan nya "dihalalkan " oleh 3juta ahli UMNO.yang mana 3 juta ahli yang didakwa serta yang didendang itu termasuklah Mahathir, Muhyiddin, Shafei Afdal, Muhyiddin serta ketua ketua cawangan yang menentang termasuk juga dikalangan mereka mereka yang dipecat itu.

Namun disebalik itu pula Muhyiddin yang kini didokong oleh puak puak UMNO yang sedar diri dari dibodohkan Najib pula mencari dahan lain untuk bersama sama bersetia diri demi untuk menyelamatkan pokok UMNO dimana ketika ini UMNO telah dijangkiti virus yang dikata bolih membunuh.

Penyakit yang dilihat amat berbahya diramal bakal bertembung . Muhyiddin mengatakan UMNO semakin parah dibawah Najib dan beliau menawarkan ubat kepada Presiden UMNO tetapi Najib pula berpendapat sebaliknya dan menyuruh Muhyiddin pula pasrah dengan keputusan pememecatan beliau dan berdiam diri dan jangan melakukan apa apa.

Telan saja segala kesalahan yang Presiden lakukan demi untuk menyelamatkan  keutuhan serta perpaduan seluruh ahli UMNO tetapi disebabkan Najib dilihat telah membawa banyak kemudaratan terhadap UMNO maka tindakan untuk menyelamatkan UMNO harus digerakkan dari sekarang.

Tetapi apa yang berlaku ini sebenarnya adalah "asbab"  untuk UMNO dan ahlinya menuju kejalan akhirat dan apa yang terjadi kini adalah susun atur saja. PRU 14 adalah "kiamat" buat UMNO.

Dua dua puak mengaku mereka dijalan yang benar tetapi apa yang pasti "kerakusan" dan ketamakan merekalah yang menjahanamkan Tanah Melayu.

BERSEDIALAH...ANAK CUCU AHLI UMNO
PASTI MENYUMPAH

                   Cahaya Al Majid






Wednesday 2 December 2015

THE PROMISED LAND : RAKYAT DIKEPUNG

Bismillahhirrahmannirrahim.

Ingatkan sokong UMNO maka terjaminlah nasib dan masadepan orang Melayu, rupa rupanya semua itu omongon kosong saja. Sebelum dapat undi nasib rakyat jelatalah nadi perjuangan dan keutamaan mereka. Tetapi kini segala janji manis itu semuanya tinggal janji.

Katanya nak melastari kehidupan orang Melayu dengan janji kos saraan famili akan menjadi murah , tiada kenaikan kos barangan , kos pengangkutan awam juga murah dan serba serbi dikata dalam kemampuan rakyat tetapi itu semua hanyalah kata kata dari lidah yang tidak bertulang pemimpin pemimpin kepimpinan Najib.

Kini pemulangan paku buah karas dihadapkan kemuka rakyat yang mengundi mereka.

Hari ini semua benda telah naik harga kos makanan hinggalah kepada tambang pengangkutan semua naik. Nampaknya kesusahan rakyat marhean berganda ganda dan bertimpa timpa . Semuanya beralasan kos perkhidmatan dan penyelengaraan semakin tinggi ataupun sudah lama tak naik. Itulah alasan kerajaan bagi menghalalkan tindakan mereka.
Tetapi dari apa yang dilihat sebenarnya bukan kos itu meningkat tetapi kerana nilai matawang negara yang semakin rendah dan untuk menampung kemerosotan dan mengimbanginya susut nilai duit kita, itulah saja cara yang sebenarnya. Tetapi kerajaan Najib tak mahu mengaku.

Dan hari ini pula Parlimen akan meluaskan kuasa PM melalui MKN. Semua kuasa ekesutif keselamatan dibawah kuasa PM.  Pemusatan kuasa ini sebenarnya untuk kepentingan UMNO dan BN tetapi kita harus ingat kuasa politik UMNO atau BN tidak akan berkekalan..apa akan jadi sekira BN dan UMNO kalah PRU 14 (DAN kemungkinan kekalahan itu amat jelas sekarang ini. ) Sekiranya DAP dapat kuasa memerintah melalui gabungan mereka, Pas ke, pkr ke, amanah ke ataupun mungkin kerjasama mca mic atau parti apa pun demi melingkupkan Melayu dan Islam, apakah kesan nya terhadap negara ini..lebih lagi orang Melayu.

Apakah perlu kita pusatkan kuasa keselamatan ini ditangan PM?

DIHARAP RAJA MELAYU intai sikit perkembangan yang diusul ini.

       Cahaya Al Majid



Tuesday 1 December 2015

THE PROMISED LAND : SEMUA DAH BEBAL KE????

Bismillahhirrahmannirrahim.

Dah berbuih mulut rakyat dan berkajang surat serta berpuluh blog mahupun laman facebook mengingatkan Kerajaan pimpinan UMNO agar akur dan patuh akan kemahuan orang ramai agar Pemimpin menjiwai kehendak rakyat agar Najib direhatkan atau letak jawatan kerana kegagalanya mentadbir negara.

Kegagalan beliau dalam mengimbangi pendapatan antara golongan kaya dan miskin serta menambah kos yang terpaksa ditanggung rakyat samaada kerana cukai GST serta peningkatan kos sara hidup membuatkan rakyat benci terhadap pemerintah terutama Pemimpin UMNO.

Salahlaku Najib  dalam menerima dana rm2.6 billion yang masuk keakaun peribadinya dikala 1MDB berhutang RM42 billion dengan portfolio perniagaan atau investment yang meragukan dan gagal pula dijawap Najib ataupun Pro Najib dengan alasan yang munasabah atau logik , menjadikan rakyat hilang keyakinan .

Sikap dolak dalih Najib serta alasan bangang gerombolan kebinetnya membuatkan investor mahupun pemain pasaran menjauhkan diri dari pasaran, akibatnya pasaran saham menjunam dan nilai matawang menyusut dan sehingga kini matawang berlegar disekitar rm4.25-4.30 berbanding 1USD.Adakah ini pencapaian terbaik bagi Najib dan kebinetnya?.

Kalau direnung kembali keputusan PRU 13 sebenarnta kerajaan pimpinan Najib telah hilang kepercayaan majoriti rakyat. Hanya berkuasa diatas suara 47% rakyat menandakan kepercayaan terhadap kepimpinan Barisan Nasional telah hilang. Adakah Najib dan gerombolannya tidak merasa malu dengan mendabik dada menwar warkan bahawa BN dan UMNO telah diterima rakyat ?

Tetapi hari ini Kerajaan BN pimpinan Najib yang pada hakikatnya tidak mendapat sokongan rakyat jelata telah melakukan banyak  kerosakkan , samaada terhadap ekonomi, agama, perpaduan serta imej negara tetapi yang paling tidak dibolih terima ialah imej Melayu.

Imej bangsa Melayu tercemar habis , hina sehina hinanya , semuanya kerana Najib. Kalau Najib dan gerombolan UMNO nya saja yang mendapat malu tak pa juga tetapi ini tidak, seluruh bangsa Melayu terpalit sama.

Rasuah, salah gunakuasa, tidak ikut agama, pembohong , menipu serta menyalahkan orang lain adalah mainan mereka. Menakut nakutkan rakyat dengan undang undang dijadikan senjata. Ditahan, dilokap dan dikenakan tindakan sivil adalah keutamaan.

Keberanian hanyalah terhadap rakyat sendiri tetapi apabila makalah luar negara menuduh Perdana Menteri terlibat dengan bermacam macam skandal sehinggakan maruah jawatan "PERDANA MENTERI MALAYSIA" dicemarkan dan memalukan negara tidak pula berani diambil tindakan. Kenapa????

Adakah bangsa Melayu hanya berani dilaman sendiri? Kalau macam ni sifatnya Pemimpin bangsa Melayu macammana lah  nak jadi bangsa yang disegani dan dipandang tinggi olih dunia luar ? Tidakah agama Islam yang dijunjung oleh orang Melayu  juga terpalit sama?

Adakah kerana Melayu itu bebal atau pegangan Islam dalam diri umat Melayu itu telah terhakis ataupun pengajaran Islam telah tercemar?????

    "KERANA DUIT SEMUAPUN BOLEH?"

                  Cahaya Al Majid