Monday 28 September 2015

THE PROMISED LAND : KEMURKAAN ATAU CARI NAHAS

Bismillahhirrahmannirrahim.

                Apa pegangan kita, berserta atau tidak peduli

Kaabah adakah kiblat umat Islam.Makkah adalah point terakhir bagi umat Islam bagi menyempurnakan rukun Islam. Tanah Haram bukan digazetkan olih manusia tetapi diangkat "kesucian" nya olih Allah swt namun setelah kewafatan Baginda Rasullulah lebih 1400 tahun dahulu maka berbagai kemusnahan atau kerosakkan dilakukan olih penguasa atau pemerintah yang menaungi bumi itu samaada secara sedar atau sengaja , perubahan itu semakin ketara dizaman ini.

Keagungan atau keberakahan bumi ini , iaitu Makkah bukanlah dijanjikan "kemasyurkan" kepada Nabi Muhammad saw tetapi bumi ini dijanjikan "keberakahanya dengan tumpuan manusia yang sudi beriman" dengan Tuhan Ibrahim, begitulah janjinya Allah swt terhadap Nabi Ibrahim a.s.

Kesinambungan dari Nabi Ibrahim a.s itu yang dianugerahkan dua putera iaitu Nabi Ismail dan Nabi Ishak maka berjurailah keturunan ini yang diakhiri olih Nabi Muhammad s.aw dibawah jursi Nabi Ismail sementara Nabi Isa a s dinasabkan dibawah keturunan Nabi Ishak. Maka terbahagi lah dua kelompok ini iaitu Bani Arab dan Bani Israel.

Walaupun kedua dua kelompok ini berpusat dari Nabi Ibrahim a.s namun perbezaan pegangan didalam hal ketuhanan dan kepercayaan amat ketara.

Umat Islam berkiblatkan Kaabah diMakkah Al Mukarammah sementara Bani Israel yang diasah dengan kefahaman Yahudi pula berkiblatkan Jurusalem dimana mereka masih berpegang kepada Kitab Nabi Daud a s yang berpandukan kepada Solomon Seal. Namun kepercayaan Bani Israel lebih terarah kepercayaan dan amalan  nenek moyang .

Apa yang terjadi kini kedua kelompok ini sering bercakaran dan berselisih pandangan. Umat Islam dikata mengamalkan kefahaman Islam yang exterim sementara Bani Israel pula masih berpegang dengan kepercayaan "bangsa terpileh", namun didalam konflik yang berpanjangan ini sebenarnya adalah mainan puak Nasrani. Puak ini sebenarnya adalah kelompok yang memerintah Jurusalem yang telah menyelewengkan ajaran Nabi Musa a.s. dan mereka ini jugalah yang memfitnah ajaran Nabi Isa a.s sehinggakan Allah swt terpaksa menyerupakan seseorang bagi menyelamatkan Isa putera Mariam dari disalib . Tetapi kerana kejahilan penguasa Agama Bani Israel, maka, mereka terpedaya dengan mainan Raja Nasara dan sehingga kini Bangsa Israel dipersalahkan diatas penyaliban "Isa Putera Mariam" dan Nasara berlepas tangan diatas perbuatan itu.

Olih itu sehingga kini apa yang dapat kita lihat hanya agama kaum Nasara yang menjadi musuh utama Umat Islam tetapi sebenarnya umat Islam terkhilaf pandangan terhadap permainan halus ini. Apa yang nampak dimata hanyalah "kebaikkan terancang" yang menjerat.

Menwawarkan kejahatan dan keburukkan Bangsa Israel dengan momokan bangsa tidak berhati perut ini, semuanya adalah ajenda Nasara sepertimana jeratnya terhadap Nabi Isa dan ajaran Musa a.s..

Antara sedar atau tidak Agama Nasara telah berkembang secara aktif. Kalau dahulu hanya benua Eropah saja jajahanya tetapi apabila British, Portugis,Perancis dan Spanyol meluaskan empayarnya maka agama Nasrani juga  ditanamkan disetiap tanah jajahan mereka. Namun skala penerimasn terhadap agana ini adajuga yang  menemui kegagalan tetapi usaha mereka tidak terhenti.

Diera tahun 90an banyak negara yang tidak bermajoriti Islam telah dijajah agama mereka. negara seperti China, Korea, Jepun, Taiwan, Singapura serta beberapa lagi negara yang pernah dijajah kini mula bertukar arah. Agana nenek moyang telah mula dilupakan tetapi agama Nasara yang digambarkan dibawa olih Isa Putera Mariam @ Jesus dijadikan sebagai sandaran puak Nasara ini. Tujuannya hanyalah untuk melemahkan kepercayaan Umat Islam atau Umat Muhammad.

Kerana kealpaan umat Islam dan juga penguasa Islam yang memerintah, maka, jerat halus ini lah yang mereka terlepas pandang.

Kepercayaan terhadap penjual penjual ayat yang bukan berasalkan Al Quran yang diamalkan berkurun kurun telah merubah langskap sebenar sunnah yang dituntut tetapi kejayaan Nasara yang "mengambarkan" mereka terlebih baik dari segi "pengagihan kewangan" untuk mentarbiah "umat Islam" dan juga "pemerintah Islam" nembuatkan umat Islam tergadai keimanan. Dan umat Islam dan juga penguasa Islam "terlalai" dengan jerat ini.

Tiada apa lagi yang dapat dibuat, semuanya telah terlanjur. Ada yang mengatakan ini suratan yang tertulis tetapi Allah swt telah berjanji bahawa kita diberikan pilihan, tetapi adakah kita telah membuat pilihan yang betul? Atau adakah kita sekadar mengikut nafsu?

                             BERSAMBUNG
                                  Cahaya Al Majid

Thursday 24 September 2015

THE PROMISED LAND : PENUTUPAN ATAS APA YANG DIBUKA

Bismillahhirrahmannirrahim.

                 PERINGATAN ALLAH SWT
                 APA KAH KELEKAAN KAMU

Allah Maha Besar Allah Maha Agung.

Segala Pujian hanya untuk Nya.

Bersyukur kehadrat Mu Ya Allah. Pengatur dan Perencana . Segala sesuatu yang berlaku semuanya diatas kehendak Mu jua. Tiada siapa dapat menahannya.

Setelah runtuhan Kren di Hadapan Kaabah , lebih 100 jemaah "syahid" darah mengalir ke bumi, setelah terjadinya kebakaran hotel yang juga menempatkan para para jemaah yang berlindung dari langit Makkah dan hari ini setelah hari wukuf berlangsung, satu lagi bencana Kau timpakan keatas keatas jiwa jiwa yang kau pileh, namun kejadian diArafah ini telah mengorbankan lebih 700 jiwa. Hanya pada Mu kami berserah.

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim , sesunguh apa yang telah  Kau berita itu adalah benar belaka dan sedikit tidak aku meraguinya. Sesungguhnya tiada daya dan upaya aku menyebarluaskan perkabaran itu. Walaupun hati ini bergelora ibarat kapal dipukul ribut, diharapkan semoga insiden diArafah ini menjadi penutup kepada kesedihan umat Islam yang terlibat dan semoga jiwa jiwa yang terkorban ditempat disyurga Mu.

Kepada umat Islam , nantikan kegemparan yang lain, tanda tanda yang perlu dinantikan adalah "gempa bumi" diantara tiga kawasan ini, Makkah , Madinah dan Jurusalem, di Palastin.

Persiapkan diri.

              Satu telah ditutup tetapi yang lain mula dibuka.

                               Cahaya Al Majid



Tuesday 22 September 2015

THE PROMISED LAND : KREADIBILITI UMNO LUNYAI

Bismillahhirrahmannirrahim.

Hanya kerana Najib UMNO yang telah 58 tahun memerintah diBumi Melayu, diizinkan olih Ahli nya yang berjumlah 3 juta ahli untuk dilunyaikan.

Tiada seorang pun Perdana Menteri terdahulu yang terbeban dengan bermacam macam skandal melainkan Najib.

Najib yang dikenali dengan gaya hidup ala ala billionair walaupun hanya sekadar seorang Penjawat Awam yang berpendapatan tidak lebih dari Rm1juta setahun tetapi mampu untuk berbelanja melebihi dari pendapatan.

Perbelanjaan peribadi isterinya juga melebihi dari kemampuan suami. Sekiranya mereka ini berjuraikan dari keluarga yang sememangnya  jutawan tidaklah ianya menjadi pertikaian tetapi ini tidak. Mungkinlah Tun Abd Razak ada meninggalkan puluhan juta ketika beliau meninggal dunia tetapi tidak mungkin melebihi USD10 juta. Tetapi apa yang tayangkan Najib kepada rakyat amatkah bertentangan. Kaya giler.

Begitu juga dengan Rosmah, apa punca pendapatan beliau? Ada gaji ke atau ada alaun ke sehingga berkemampuan berbelanja ratusan ribu mungkin juga juta setahun.  Yang menjadi kemuskilan, dari mana datangnya punca kewangan itu. Adakah punca kewangan Rosmah dari harta peniinggalan bapanya atau keluarganya? Tidak pula kita dengar bahawa keluarga Cikgu Mansor ini dari kelompok Jutawan samaada dari Rembau mahupun Kuala Pilah.

Tak cukup dengan itu, kini anak tiri Najib juga dikata memalit "kotor" kepada diri Najib. Kini kekayaaan nya yang beratus juta di US dan hartanah yang dibeli melalui shell company kinimula disiasat olih pihak berkuasa US kerana dipercayai dananya berpunca dari punca money laundering yang didakwa berpunca dari urusniaga diantara 1MDB dan Petro Saudi yang digilap melalui Jho Low.

Didalam negara setiap rakyat mempertikaikan Najib dan menuduh Najib terlibat dalam penyelewengan dana 1MDB serta SRC internatiobal apabila USD 700 juta dikreditkan keakaun peribadinya namun Najib menafikan dana itu untuk kegunaan peribadi.Olih itu bermacam macam alasan dihemburkan olih para menteti kabinet tidak ketinggalan para pencacai juga.

Kini kisah skandal Najib sekeluarga diperkatakan diseluruh dunia dan bahan cerita menjaditajuk utama.

Kalau dahulu kelantangan Mahathir mencebik barat dijadikan isu tetapi kini giliran Najib pula tetapi kes Najib terlebih malu berbanding Mahathir. Kalau Mahathir dahulu Malaysia terlebih berani dan dianggap wira olih rakyat Malaysia tetapi macammana nak kita kategorikan Najib ni..hancur lunyai Malaysia ni dikerjakan olih Najib dan yang sewaktu denganya.

                                                    Cahaya Al Majid

Thursday 17 September 2015

THE PROMISED LAND: BISIK KAN SYAITAN ?????

Bismillahhirrahmannirrahim.

                           JUMAAT YANG BERMUNAJAT
Alhamdullilah, syukur kehadrat Allah swt yang masih lagi memberi nikmatnya kepada seluruh umat manusia , samaada yang beriman mahupun terhadap manusia yang ingkar mahupun yang menolak Nya sebagai Tuhan Yang Esa begitu juga terhadap mereka mereka yang menolak suruhanNya. Kesejahteraan juga dipohonkan keatas mereka. Amin.

Tidak akan berlaku sesuatu dialam ini melainkan atas keizinan Nya jua. Begitu jugalah sifat nya kasih dan sayang yang tercetus dihati setiap manusia, semuanya diatas kehendak Allah Yang Esa.

Syukur diatas limpah kurnia serta kasih dan ihsan Nya, terangkum kita lagi dibulan Zulhijah bulan yang penuh dengan keberkatan dimana seluruh umat Islam yang berkemampuan dari segi wang ringgit , kelapangan dan juga kesihatan yang baik bertumpu di Makkah Al Mukarammah bagi tujuan menyempurnakan rukun Islam yang ke lima.

Yang membezakan kali ini dengan musim musim Haji terdahulu adalah "musibah "dimana sebelum ibadah Korban dilakukan,jemaah yang datang pula menjadi korban. Inilah yang dikata "ketentuan" Allah swt. Ajal maut hidup dan mati adalah ketentuannya dan janganlah kita meraguinya.


Perlu kita renung dan fikirkan adakah sempurna perjalanan haji kita sekiranya kita melakukan tawaf tetapi bahu kita tidak sejajar dengan Kaabah tetapi tawaf yang dilakukan melimpasi bumbung Kaabah?  Sebenarnya had yang ditentukan dan yang  tidak bolih dilimpasi ketika tawaf adalah bumbungnya. Itulah had ketinggian yang sebenar.

Mungkin ramai yang tidak bersetuju dengan pandangan ini, tetapi sunnahnya begitulah aturanya.

Berkali kali pernah saya katakan, Kerajaan Arab Saudi telah melakukan kerosakan yang besar terhadap agama Islam. Sepatutnya tiada menara yang lebih tinggi dibina disekeliling Kaabah dan juga tidak sepatutnya hotel bertaraf berbintang bintang didirikan berhampiran mesjidil Haram .Apa yang telah dilakukan kini semuanya mengikut kesedapan mereka saja tanpa mengambil kira sensitiviti umat Islam yang lain.

Kalau semua umat Islam sudah mengakui bahawa tiada siapa yang lebih , diantara sikaya dan miskin semuanya sama, tetapi kenapa dibenarkan tempat penginapan berbeza beza . Yang kaya dihotel 5 star dan simiskin pula berkongsi bilik. Kenapa? Siapa banyak duit keselesaan adalah tempatnya tetaou bagi sesiapa yang  tiada duit cukup sekadar apa yang termampu.saja keberadaanya.  Adakah itu yang dituntut olih Islam. Apa yang terpapar hanyalah pakaian ihram yang sama selainnya darjat adalah batasanya.

Apa yang berlaku kini, Islam yang diamalkan adalah "islam pilih bulu" .Patutlah Allah swt menurunkan bala, sebabnya, "agama sudah jadi bahan dagangan". dan bukan Islam anutan dan amalan Rasullulah saw.Itulah sebabnya malapetaka silih berganti namun umat Islam tetap buta, buta mata buta hati.

Kalau dihadapan Kaabah juga darah tetamu Allah swt  dah bersemai ..apa lagi yang tinggal.. phrasa terakhir akhir zaman dahpun ber mula ..

Beringatlah....kalau berita ghaib pun diketahui manusia..apa ada lagi..

                                   Cahaya Al Majid
 














Y


Wednesday 16 September 2015

THE PROMISED LAND : NAJIB OH NAJIB

Bismillahhirrahmannirrahim.

SUMBER HARAM PUN NAK DIJADIKAN PUNCA KEWANGAN NEGARA.

Mungkin dah terlalu banyak "sumber wang haram" disumbatkan kemulut keluarga mahupun kemulut pemimpin UMNO, kini, ketika negara sedang dilanda kemelut ekonomi yang berpuncakan dari kelemahan Najib sendiri .

Nilai matawang jatuh,pasaran saham jatuh, harga barangan naik kos sara hidup naik dan semua ini bukanlah kerana kegagalan Kerajaan Najib tetapi sebaliknya kelembapan ekonomi serta desas desus kenaikan interest rate olih Federal Reserved  di US dijadikan sandaran .

Mengenepikan permasaalanan skandal 1MDB 42Billion, skandal SRC International RM4Billion, pelaburan Cayman Island dari cash jadi units, skandal USD700 "Derma" masuk dan keluar dari akaun peribadi Najib, penamatan jawatan AG, Penamatan jawatan TPM Muhyiddin dan Shafei Afdal,pembubaran Task Force yang menyiasat 1MDB dan bermacam macam lagi yang didakwa bukanlah punca kemeruduman ekonomi dan pasaran yang disangka bukan punca utama terhadap kemelut ini.

Kerana masih lagi menafikan semua salah laku Najib, imej Perdana Menteri dan Malaysia mula terjejas dimata dunia. Dengan hilangnya keyakinan dan kepercayaan terhadap kebolihanpercayaan terhadap Perdana Menteri, mengakibatkan nilai matawang merudum teruk jika dibandingkan dengan matawang rakan Asia yang lain.

Kalau sebelum ini rakyat tidak  berapa naik minyak kerana beberapa isu seperti kenaikan harga barangan, penarikan beberapa subsidi seperti minyak dan juga gula tetapi apabila skandal 1MDB meletup dan berantaian pula hingga ke Pulau Caymen sehingga berbillion ringgit "landed" diakaun Najib ditambah burukkan lagi apabila watak Jho Low dan rakan sekutunya "pak arab" dari Syarikat yang didakwa "rakan dagangan 1MDB", telah berjaya "menipu" ratusan juta USD melalui "umpanan kerjasama" yang dipaparkan olih Sarawak Report dan WSJ ,maka, seluruh rakyat marah.

Kemarahan rakyat bukanlah tidak berasas tetapi apabila Najib dan panglimanya gagal memberikan alasan yang munasabah serta yang dapat diterima akal, membuatkan rakyat mengesyaki "sesuatu yang besar" ingin ditutup. Akibatnya seluruh rakyat hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Najib. Mungkin yang membenteng Najib ketika ini hanyalah mereka mereka yang berkepentingan saja samaada dari UMNO mahupun dari gabungan BN, itupun tidak semua.

Kegagalan demi kegagalan ditempa Najib namun semua kegagalan ini berjaya ditutup olih orang mengelilingi beliau samaada yang bertaraf menteri mahupun penjawat awam yang berkedudukan.

Antara sedar atau tidak kali ini Najib sekali ingin menggunakan dana awam sekali untuk merancakkan kembali pasaran dan kali ini pula nya jumlahnya sebanyak RM20 billion . Antara konglomerat atau GLC yang bakal diperah dananya adalah Khazanah, KWSP dan juga KWSP. Walau apapun tindakan yang cuba dilakukan demi merancakkan bursa namun cara mengambil untung atau permainan spekulasi ini sebenarnya menjeratkan lagi masa depan kewangan.

Walaupun cara begini bolih menguntungkan namun hasil pulangan dari perniagaan spekulatif ini adalah haram hukumnya. Perniagaan yang bukan bersifat fizikal tetapi mencari keuntungan melalui turun dan naik nilai sesebuah kaunter yang didorong kekuatan wang ringgit yang dilabur adalah haram hukumnya. Dan juga cara yang ingin digunapakai ini juga bukan lah satu jaminan ianya akan berjaya. Risiko kegagalan adalah amat tinggi .

Nampaknya Najib sudah hilang pertimbangan lagi. Halal atau haram bukan lagi penghalang bagi dia merealisasikan impiannya untuk memperbetulkan kesalahanya.Apa yang bakal berlaku ini bolihlah diumpamakan sebagai "sitikus membaiki labu"

Nasib nasib..apalah bala negara ini.

                                               Cahaya Al Majid

P/s : Hari ni berlangsungnya perhimpunan Baju Merah . Walaupun UMNO secara sembunyi tangan dalam penganjuran 16 september ini namun kegagalan utama kumpulan merah ini adalah "gagal menawan Dataran Merdeka". Sepatutnya Dataran Merdeka lah tumpuannya kerana dipadang tersebutlah setiap jiwa rakyat terlepas dari belenggu penjajah atau merdeka, barulah ada makna perarakan tersebut, barulah Melayu bolih berasa megah tetapi ini tidak, disebabkan perarakan ini "bertuan" atau orang Melayu UMNO yang  bersifat ""terikat kakinya" atau " mengikut telunjuk" atau " tidak merdeka" jiwanya maka Padang Merbok lah standard tempatnya. Apa sinonimnya Padang Merbok dengan jiwa yang merdeka? Atau adakah Melayu Ini ibarat macam burung merbok yang terjerat kakinya kerana sikap sipenjerat yang suka memikat burung ?



Monday 14 September 2015

THE PROMISED LAND : AKU YANG MENCARI JAWAPAN :KENAPA PERINGATAN 9/11 BERULANG???

Bismillahhirrahmannirrahim.

     
     TIADA DAYA DAN UPAYA KU UNTUK MERUBAHNYA
      MELAINKAN ALLAH SWT MENGIZINKAN
   

Detik 9/11 , 2001 merupakan tarikh yang tidak bisa dilupakan olih setiap manusia diseluruh dunia samada bukan Islam mahupun umat Islam semuanya gempar ketika peristiwa itu berlaku dinegara uncle Sam (USA). Dua buah kapalterbang awam yang didakwa telah dirampas olih pengganas Islam telah melanggar WTC dan dari semenjak kejadian itu imej umat Islam telah terjejas teruk dimata dunia dan umat Islam keseluruhanya telah dilabel sebagai "terrorist" olih masyarakat bukan Islam. Begitulah impaknya yang terpaksa ditanggung umat Islam sehingga kini dimata penduduk dunia barat walaupun berbagai pencerahan telah dilakukan.


9/11, 2015 , terjadi juga peristiwa besar pula terhadap umat Islam pula. Kini kejadian berdarah yang meragut nyawa lebih 100 orang jemaah haji yang ketika ini sedang bersedia
untuk menyempurnakaan ibadat haji iaitu rukun Islam ke 5, malapetaka menimpa mereka dibumi Makkah apabila kren yang digunakan olih kontraktor runtuh dan menghempap lantai dan menghempap jemaah yang berada dibawahnya. Runtuhan ini mengakibatkan ratusan jemaah "syahid" dan ratusan juga tercedera.

Persoalan demi persoalan timbul dibenak ini, kenapa kedua dua peristiwa atau malapetaka ini perlu dikhabarkan kepada jiwa saya  terlebih dahulu ? Dan kenapa tarikh malapetaka ini juga bersamaan?

Nak kata diri ini "berkepentingan" tiada pula.

"Allah swt juga berjanji bahawa setiap kejadian yang berlaku  itu "bersebab" dan Allah swt tidak jadikanya untuk suka suka.""Sehelai daun jatuh juga diketahui Allah swt jua".

Walaupun sebelum ini  telah banyak berita" Ghaib" telah dikabarkan kepada jiwa ini, namun peristiwa yang bersangkutan dengan angka 9/11 ini meninggalkan banyak persoalan untuk dipecahkan.

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim Kau lah Tuhan Yang Maha Agung, Kau sempurnakan lah janji janji Mu.  Keredaan Mu juga yang kami pohonkan.Sesungguhnya aku adalah hamba yang tidak berdaya.

                                               Cahaya Al Majid




Saturday 12 September 2015

THE PROMISED LAND : KEBENARAN YANG MEMILUKAN, INILAH AKU

Bismillahhirrahmannirrahim.

"Sesungguhnya apa yang ditulis ini adalah kebenaran, hanya Allah swt menjadi saksi".
".
Setiap yang bermula pasti berakhir. Begitu juga dengan dunia ini,semuanya pasti hancur, begitulah janji Allah swt. Semuanya berjalan mengikut seperti apa yang dirancang. Hanya kata kata kias saja yang didapat diungkapkan bagi mengambarkan apa yang bakal berlaku bagi mengambarkan pengakhiran alam maya ini.

Begitu juga dengan berita berita "ghaib" yang dihamparkan . Syukur dipanjatkan kehadrat Ilahi kerana masih lagi mengasihi jiwa ini.Walaupun perkabaran mengenai insiden di hadapan Kaabah, Makkah,telah pun dikhabarkan seawal Ramadhan yang lalu, namun sebagai hamba yang berpegang pada janji, "perkabaran " itu tidak dapat dipanjangkan untuk pengetahuan umum melain keluaraga terdekat saja.

 Walaupun "perkabaran" itu  memberitahu "akan berlaku satu malapetaka diMakkah dimusim Haji" namun jiwa ini tetap bersyukur kerana "bala" yang diberi ini setidak tidaknya dapat menguatkan keimanan diri agar lebih perihatin dengan perkembangan dunia diakhir zaman.

Terima kasih Allah , kerana telah mengangkat kerunsingan itu semenjak "perkhabaran ghaib" tersebut, setidak tidaknya "keresahan" itu tidak lagi menganggu perjalanan jiwa ini.
Alhamdullilah.

Tetapi diri ini tetap seperti dahulu tiada yang kurang dan tiada apa yang lebih.Semuanya biasa biasa saja macam anda juga.

                                   Cahaya Al Majid


    




Friday 11 September 2015

THE PROMISED LAND : HUKUMAN DAN KEBETULAN

Bismillahhirrahmannirrahim.

                                KAABAH BUKAN PERNIAGAAN

                         Syahid Kerana Allah
                         Kegagalan Kerajaan Saudi

Adakah ini secara kebetulan tentang apa yang telah diketahui?

Belumpun bermula untuk menuliskan secara detail berhubung post mortem terhadap Bangsa Arab dan Bani Israel yang bersengketaan sejak dari dahulu sampai kini, tentang ketidak upayaan Bani Arab selepas era Rasullulah saw untuk 'mensuci"kan tanah Mekkah dan Kaabah, dalam mengurus dan mentabir Tanah Suci Mekah Al Mukarramah seperti yang telah diamanahkan kepada seluruh umat Islam, namun, disebabkan kerakusaan Pemerintah Arab Saudi yang menjadikan Kaabah dan Mekah sebagai alat "perniagaan" demi kepentingan Keluarga Pemerintah Arab Saudi, tanah dan bumi yang dijanjikan keberkatan olih Yang Maha Esa, kini, diturunkan bala olih Allah swt.

Doa yang dipohon dan dipanjatkan hadrat Yang Maha Esa agar dijauhkan segala malapetaka olih jemaah nampaknya tidak diperkenan .Kenapa?

Allah swt memberi peringatan dengan bermacam macam cara. Adakah kita memahaminya?

Kepada Kerajaan Saudi jauhi kemaksiatan dan sifat takabur dan hentikan permusuhan sesama Islam.

Alfatiha...



                                         Cahaya Al Majid

Thursday 10 September 2015

THE PROMISED LAND : RENUNGAN JUMAAT : ANTARA BANI ARAB DAN BANI ISRAEL

Bismillahhirrahmannirrahim.

                            SIAPA LEBIH
Siapa ujud dahulu? Bani Arab atau Bani Israel?
Kenapa Bani Arab berpecah sampai kini?
Kenapa Bani Israel tetap bersatu?
Adakah Bani Israel itu Yahudi ? Atau
Adakah orang Bani Arab itu Yahudi?

Siapa diantara mereka terlebih jahat ?
Siapa diantara mereka yang benar benar mengikut Kitab Tuhan?

Adakah Bani Israel cemburukan Kaabah? Atau adakah Bani Arab gagal mentaati Rumah Allah Kaabah?

Apa pengakhiran Bani Israel , apa kesudahan kaum Yahudi dan dimana pula kelangsungan
Bani Arab ?

Atau adakah Kaabah , Mekah menjadi milik Bani Arab selamanya?

Antara Bani Arab, Bani Israel, orang Arab dan orang Yahudi, siapa bakal berkuasa?

                                  Cahaya Al Majid

Tuesday 8 September 2015

THE PROMISED LAND : NEGARA DAH HILANG PUNCA

Bismillahhirrahmannirrahim.

        MATI UMNO SUDAHNYA KERANA NAJIB DAN ISTERI

  Kenapa Najib tak nak buat laporan polis di London
  terhadap Clare dan Sarawak Report?

Nampaknya corak pemerintahan dibawah Najib ni lebih banyak perkara diluar kotak pemikiran telah berlaku.

Siapa sangka dalam masa 6 tahun saja syarikat yang diilhamkan Najib, 1MDB mengumpul RM42 BILLION hutang.

Siapa sangka wang KWAP 4 biilion juga digunakan bagi merealisasikan rancangan nya.
Siapa sangka berbillion ringgit digunakan untuk "berbaiah" dengan Petro Saudi walaupun baiah itu terbatal selepas 6 bulan. Dan dikata pula duit pelaburan baiah itu dilabur pula di Caymen Island. Dan macam macam wayang opera cina diguna bagi menghalal tindakannya.

Tidak cukup dengan itu, siapa sangka 1MDB mebeli IPP swasta dengan harga yang tinggi dan juga terpaksa pula menanggung hutangnya sekali yang berbillion ringgit pulak tingginya.Berbillion jugalah jumlahnya.

Tidak memadai dengan skandal itu, siapa sangka, tetiba pula wang tunai yang dikata telah disalur kebank Singapura dari Caymen Island tetiba  bertukar pula dari tunai menjadi "unit".

Tiba tiba meletus pulak wang USD700 juta masuk akaun peribadi Najib yang didedah olih Wall Street Journal dan Sarawak.Report.  Najib pula menafikan. Tetiba adalagi kezutan SRC international dikata duit USD700 Juta berpunca darinya. Dinafikan juga. Dan kini dikata SPRM sedang menyiasat.Tetiba pulak Pengarah yang terlibat termaduk Jho Low tak dapat fijejaki. Pulak dah..

Tetiba pula kes Justo meletop. Dah timbul pulak ada konspirasi teori nak jatuhkan kerajaan pulak. Ada pulak conspirasi dikata antara Justo,Tauke Media Malaysia, clare Sarawak Report, Tony Pualah, Nurrul Izzahlah dan terbaru Mahathirlah.Apa punya carca marba dah jadi ni.Malam ni pula TV3 berulangan menyiarkan yang Justo mengaitkan wstak watak yang disebut dan menyiarkan berita simpati terhada Justo kerana dikata termakan janji. Dah sememangnya Justo tu "penjenayah" apa adahal.
Isu yang utama RM2.6 BILLION DAN RM40 JUTA keakaun Najib belum terjawap, yang pergi menyangkit ke isu lain , kenapa? Berlambak lagi isu dalam negara belum selesai lagi.Kalau berita itu dari mulut Justo sendiri melalui interview dengan wartawan TV3 barulah credible pemberitaan itu. Ini tidak pungut dari berita NST Singapore. Peliklah.

Tetiba pulak Najib dikata nak saman Wall Street n Sarawak Report tapi sampai arini semua cakap cakap kosong je.

Kepanasan isu USD700 juta yang masuk keakaun Najib, dikata "derma" pula olih Najib. Walaupun duit ini masuk tahun 2013 namun seorang umat UMNO pun tak tahu. Tetiba pula ada yang mengatakan duit ini untuk PRUlah sebab takut kalah dgn Pakatankah, duit keranaperang ISISlah,dan bermacam segala alasan tok neneklah, tapi akhirnya..Najib pun tak menjawap..masak negara macam ni.

Tetiba pula Zahid mengaku dah jumpa Pak Arab yang derma tu, katanya dah tengok dokumen dan cheque tu beratus juta. Terkantoi pulak..duit tu ditransfer keakaun Najib diAmbank bukan melalui "wang tunai" tetapu melalui "wire transfer" atau "swift transfer" ,macammana Zahid bolih kata tengok "CHEQUE FIZIKAL", dah membohong pulak.


Tak cukup Najib menghuruhara negara, timbul pulak kes terbaru. Bekas Ketua SB Hamid Bador pulak menuduh Rosmah menghadiri Mesyuarat perpindahan beliau. Tak habis satu kes timbul pulak kes lain. Antara Najib dan Rosmah sana sama naik rating nya kerana skandal. Apa nak jadi ni...

Kalau baginilah "berantakan" nya kisah dalam negara ini, Perdana Menteri lemah, skandal diri Najib  berlipatan, skandal isterinya Rosmah berpanjangan, kelemahan penguasa Polis berlarutan, krisis matawang terawang awangan, kelemahan pasaran tiada nokhta.."LINGKUP" adalah jawapan yang paling tepat.

                                          Apa nak jadi..negara ini..

                                          Cahaya Al Majid




Monday 7 September 2015

THE PROMISED LAND : KAU COVER AKU, AKU COVER KAU,

Bismillahhirrahmannirrahim.

       BANYAKNYA SKANDAL ..BOLIH TUTUP KE?

Janjinya mudah saja. Selagi Najib gagal menjelaskan isu RM42 Billion, isu USD 700 juta dan isu Rm40 juta dari SRC International yang disalur keakaun peribadi Najib, selagi itulah masaalah kemeruduman nilai matawang dan pasaran saham kita terjejas.

Selagi isu ini tidak diperjelaskan secara terangan olih Najib , semakin lemah pasaran kita. Walaupun KSP serta kumpulan pemikir yang baru ditubuh untuk menangani "sentimen" yang melanda negara, selagi tiada pencerahan logik dari Najib, selagi itulah pasaran "meragam".

Lagi banyak team Najib cuba divert isu "kes justo la, kes guling la, kes melayu nak demo la" selagi itulah pasaran kita demam panas berpanjangan.

Selagi banyak team Najib mencipta alasan demi kelangsungan politiknya, selagi itulah pasaran kita dijangkiti virus sawan berpanjangan.

Selagi mana kalimah Allah s.w.t dan kalimah Muhammad s.a.w terjunjung dikepala anggota Polis, dan apabila Polis gagal menjunjung keadilan dan amanah rakyat, selagi itulah beban tergalas dikepala mereka.Gagal menegakkan kebenaran dan ada manusia teraniya maka "neraka" lah tempatnya.

Dan diantara kata kata penafian  Zahid Hamidi, PA Rosmah dan pengakuan  Hamid Bador,   berhubung perpindahan beliau (Timbalan SB Hamid Bador) yang mesyuarat tersebut turut dihadiri Rosmah, penyataan siapakah  yang benar agaknya? Antara orang berkepentingan dan orang tidak berkepentingan.

Balas Hamid Bador kepada Zahid  "jangan ingat kes ini sudah selesai kerana imbuhan dari "surat sokongan luar biasa" beliau merujuk kepada kes Paul Phua "tauke judi tersohor".
Apakah ada satu lagi skandal besar terhadap Zahid yang cuba dicover pihak berkuasa?

                                                  Cahaya Al Majid

Sunday 6 September 2015

THE PROMISED LAND :NAJIB BAKAL DIKEJAR : MENJUNAM, MERUDUM,MENGELONSORR

Bismillahhirrahmannirrahim.

                               SIAPA KEJAR SIAPA

Tiada penawar, tiada ubat tahan sakit namun disebabkan kenazakan Najib dalam berjuang demi kelangsungan nyawa politiknya serta maruah nya juga telah tercemar gara gara melarikan diri dari menghadiri persidangan Pencegahan Rasuah Peringkat Dunia  yang berlangsung dibelakang kediamanya iaitu Putrajaya ,mula merasa goyah,  ibarat gigi yang hampir tercabut kerana digerudi rakyat mahupun olih ahli partinya sendiri.

Benarkan lah apa mereka dakwa bahawasenya ekonomi negara ini adalah stabil malahan telah dikata sedang berkembang dan melepasi sasaran dan mereka juga berpendapat mana mungkiwn kemelesetan ekonomi telah berlaku. Itulah yang didakwa olih KSP Perbendaharaan.Mereka tetap menafikan kemeruduman ekonomi.Mereka masih mengatakan bahawa ekonomi tetap stabil.

Sedarkah mereka bahawa nilai ringgit sedang merudum atau sedang jatuh ibarat jatuh tangga? Sedarkah mereka bahawa apabila nilai matawang kita menjunam kita terpaksa membayar kos yang tinggi untuk barangan impot? Sedarkah mereka perbelanjaan untuk mensmpung kos hidup pelajar pelajar diluar negara juga terjejas? Sedarkah mereka kenaikan ini membebankan ibubapa?

Begitu juga dengan prestasi bursa kita? Setiap minggu mengelunsur, apakah sebabnya? Kini pelabur pelabur mula melepaskan pegangan mereka demi meminima kerugian. Sedarkah mereka apa implikasi yang bakal didepani? Index kini bersada pada paras 1590 saja. Itu kedudukan minggu lalu.bagaimana dengan esok. Kalau trend menurun lagi, bolih sustain ke?

Kalau benarlah dapatan MOF yang mengatakan ekonomi kita stabil tetapi kenapa nilai ringgit dan index bursa tetap menjunam? Adakah kerana mereka tidak mempercayai stastistik yang dikeluarkan olih kerajaan? Atau adakah mereka tidak yakin dengan kerajaan? Kenapa?

 Sedarkah kerajaan bahawa peniaga bumiputra yang berniaga secara kecilan ini sebebarnya terjejas teruk kerana impak kemeruduman nilai ringgit. Kuasa membeli semakin mengekang . Lemahnya kuasa membeli mengakibatkan peniaga kurang pendapatan . Sedarkah mereka ?

Dari apa yang dapat dinilaikan, kalau ekonomi stabil, impot mengurang ekspot bertambah, nilai dagangan meningkat tetapi kenapa nilai matawang merudum?Jawapannya hanya satu saja iaitu..Pemegang dana jangka panjang dan pendek tidak meyakini Perdana Menteri .Kerana kurang keyakinan  terhadap akauntibiliti Perdana Menteri yang didakwa terlibat dengan isu "rasuah" serta kedungguan dan kebebalan barisan jemaah menteri nya, membuatkan pelabur meluat .

Ketidak telusan kepimpinan kerajaan, menyebabkan mereka menjauhkan diri.

Kalau minggu lepas nilai matawang kita diparas USD1/RM4.31 dan minggu ini kegelonsoron RM pasti mencecah RM4.45/USD1.Tetapi kalau sekiranya index  bursa menjunam diparas antara 1500 - 1550 kebawah, Bursa Saham pasti digantung .

Untuk menyedapkan hati semua..berbanyaklah bersedekah Al Fatihah.

                                   Cahaya Al Majid


Saturday 5 September 2015

THE PROMISED LAND : NAJIB DAH MULA KECUT HATI

Bismillahhirrahmannirrahim.

             MELAYU UMNO BAKAL MATI BERANGAN

Suara suara lantang telah berkemundang diserata pelusuk negara. Kegarauan suara yang melantang menyeru agar Najib letak jawatan sebagai Perdana Menteri. Bukan saja suara kramat rakyat malahan ahli parti UMNO sendiri sudah mula mengilai melaungkan ketidakpercayaan mereka lagi terhadap Najib yang mana telah memalukan seluruh anggota parti UMNO kerana gagal mencerahkan "derma" USD 700 juta keakaunnya tanpa pengetahuan ahli parti malahan juga tidak diketahui olih TPMnya ketika itu Muhyiddin Yassin.

Hanya setelah 2 tahun berlalu itupun apabila Wall Steet Journal serta online media iaitu Sarawak Report mendedahkan kemasukkan berbillion ringgit keakaun peribadi Najib, baru Najib bersuara, itupun setelah diasak bertalu talu baru mahu mengaku tetapi yang bangangnya , ada pulak Menteri status "kitchen kabinet" mengatakan "tak kan PM bodoh skali untuk menyimpan dana sebanyak itu keakaun peribadi" dan apabila kebenaran terbukti, memang sahlah PM Najib tu bodoh" kalau mengikut kata Menter 3.85 ini.

Yang dibodohkan adalah Najib dan yang membodohkan adalah Mat Maslan. Rupa rupanya dua dua pun bodoh.

Kini Najib mula gusar akan suara suara yang mahukan dia dijatuhkan melalui undi tidak percaya. Cai cai telah bermula namun didalam kelantangan ini terdapat pula " kaki ampu dan kaki poyo mengatakan bahawa cara yang ingin dilakukan untuk menurunkan Najib dikata pula tidak ikut perlembagaan, maksud tepat penjilat , kalau ikut kitab penjilat "undang undang tidak membenarkan."

Mungkin Najib atau penjilatnya lupa kot. Tidakkah mereka melakukan perkara yang "terkutuk" semasa menghalau Nizar MB Perak dari jawatan Menteri Besar dulu. Adakah mereka mengikut perlembagaan seperti yang cuba dinafikan Najib dan pencinta jawatan nya? Kalau Najib bolih ikut jalan belakang, dan "menghalalkan" tindakanya , kenapa orang lain tidak bolih melakukan perkara yang serupa terhadapnya? Nah, sekarang kau rasakanlah apa yang dirasakan olih Nizar, bertapa sakitnya hati dan perasaan Nizar, kini kau tanggunglah perasaan itu pula.

Allah swt itu adil, apa saja perbuatan keji kita terhadap orang lain, inshaallah, pasti kita terkena balik, cuma masa menjadi sempadannya.

Cuma yang kita terkilan sedikit, disebabkan Mahathir tersalah pilih dan groom Najib maka bahana terhadap Malaysia ditanggung olih rakyat .Walaupun Mahathir telah memohon kemaafkan dari rakyat, namun kerosakkan yang terpaksa ditangung rakyat Malaysia amatlah besar padahnya.

Kegagalan demi kegagalan menguncah negara ini dibawah pemerintahan Najib.Ketidakupayaan pentadbiran, kegagalan proses keadilan dari dilaksana, membuatkan imej negara ini tercalar dimata dunia. Keindahan serta keserdahanaan yang dituntut dalam Islam tercemar gara gara cara hidup Najib sekeluarga. Kehidupan yang bermegah megah dengan kekayaan serta bermewah mewah walaupun kalau dikira dari segi pendapatan mana mungkin beliau termampu tetapi dari mana datangnya wang ringgit sebanyak itu telah mula dipertikaikan.

Kini, demi kelangsungan survival politik mahupun ketakutan diheret kemahkamah, segala penjuru keadilan mula dikepong dan dipasak dengan juragan yang bolih dicucuk hidung. Untuk berapa lama kepongan ini mungkin bertahan,? Sebulan, dua bulan setahun? Belumpun lama masa berjalan, kini, ahli partinya sendiri telah mula membuat laporan Polis,satu demi satu laporan polis telah dibuat, bolihkah pihak Polis mendiamkan diri atau membakul sampahkan report tersebut? Kalau dah berpuluh macammana Polis nak jawap.

Tekanan demi tekanan mula dirasai olih Najib, bukan saja dari dalam malahan luar negara juga telah memandang serong terhadap beliau. Masihkah beliau merasakan dirinya ada maruah? Kalau cerita dalam kain pun telah diketahui olih orang luar, inikan pula cerita diluar kain. Semua nampaklah. Mana Najib nak letak muka lagi.

Kalau dulu ini hanya melibatkan maruah Najib saja, tetapi kini seluruh pertubuhan UMNO terseret sekali.Apakah UMNO ada maruah lagi apabila terjebak sama dipalit Najib.Kini apa saja yang diungkapkan untuk mensucikan dirinya, sebanyak itulah kebodohannya akan terserlah. "
" Ayuh semua ahli kabinet, layar dah terbuka, belayar lah bersama saya"
"" Hoi!! Siapa diburitan tu., labuhkan sauh, ombak besar sedang datang, mari kita rempuh bersama, biar bahtera kita karam, kalau nak lemas, kau matilah seorang, "aku dan ada life jacket. Nasib hang la UMNO.."

                                          Cahaya Al Majid










THE PROMISED LAND : SIAPA ATAS SIAPA ?


Bismillahhirrahmannirrahim.

Sedari  kecil  atau  sejak dari bangku sekolah lagi kita telah diajar tentang  Kedaulatan Raja Raja yang memerintah samaada Yang Dipertuan Agong begitu juga terhadap Raja atau Sultan yang menaungi  negeri  negeri di Malaysia. Begitu lah terpatuhnya rakyat negara ini terhadap institusi Raja Raja Melayu.

Institusi  Raja Raja yang  memerintah  disetiap  negeri  diajarkan  pada  setiap  pelajar  malahan  sejarah  kesultanan  Raja Raja  Melayu  terdahulu juga  diajarkan dalam  matapelajaran  Sejarah dan ini  membuatkan  institusi  Raja  Raja  Melayu  amat  rapat dihati  rakyat .

Yang  Dipertuan  Agong  adalah  Ketua  negara seperti  yang  termaktub dalam perlembagaan namun  pemilihan kerajaan yang memerintah adalah melalui undi rakyat dan Yang Dipertuan Agong atau Sultan mahupun Raja dinegeri negeri tiada kuasa dalam pentadbiran yang diterajui samaada Perdana Menteri diperingkat pusat mahupun jawatan Menteti Besar dinegeri negeri. Kuasa YDPA mahupun Sultan bagi negeri hanyalah memperkenankan sahaja apa yang diusurkan. Tetapi katanya ada juga permohonan pelantikan Menteri Besar yang ditolak atau tidak dapat perkenan Raja Raja namun kes begini amat jarang berlaku.

Didalam situasi ini adalah sedikit kuasa ditangan YDPA mahupun Raja Raja tetapi dalam urusan pentadbiran Kerajaan, mereka langsung tiada kuasa, cuma "cop mohor"  YDPA dan Raja Raja saja digunakan untuk  perlantikan jawatan jawatan tertentu dalam kerajaan. Tetapi pemilihan individu individu yang mengetuai Kementerian dalam kerajaan adalah pilihan Perdana menteri.

Yang muskilnya kenapa title " Di Raja" digunakan seperti Polis Di Raja Malaysia, Tentera Di Raja, Kastam Di Raja, adakah kerana institusi ini berada atau bertanggung jawap sepenuhnya kepada YDPA? Atau hanya sebagai simbol akan keberadaan Raja Raja DiMalaysia? Atau nak menunjukkan kedaulatan negara yang merdeka?

Wakau apa pun yang terjadi segala keputusan samaada negara ini diserang musuh atau terjerat dengan apa apa masaalah samaada yang mengugat kedaulatan negara ini semuanya terletak dibahu pemerintah iaitu Perdana Menteri. YDPA dan Raja Melayu " got no say", itulah hakikatnya selepas negara ini mengecapi kemerdekaan.

Yang menjadi persoalan kini, diwaktu kepimpinan negara sedang tenggelam dengan isu rasuah yang mengulit batang tubuh Perdana Menteri sehinggakan negara luar mentertawakan Malaysia lebih lebih lagi Perdana Menteri sebagai seorang berbangsa Melayu serta beragama Islam, tidakkah ini memalukan? yang mana YDPA dan Raja Raja Melayu yang dikata menaungi Kerajaan Berperlembagaan? Tidakkah YDPA dan Raja Raja Melayu merasakan "maruah" dan "integriti" Raja Berpelembagaan tercemar gara gara pemimpin utama atau Perdana Menteti diulit rasuah? Bukan saja dituduh olih rakyat malahah satu dunia mengutuk!!

Nampaknya institusi Raja Raja yang mengaku menaungi rakyat rupa rupanya bukanlah seperti apa yang dikata. Jauh sekali melindungi kepentingan rakyat. Apa yang dapat ditakrifkan institusi Raja bukanlah tempat rakyat mengadu untung nasib dan masa depan anak cucu lagi. Begitulah seadanya kini.

Kalau Polis Diraja mahupun Tentera Diraja gagal melindungi hak rakyat dan tidak bertindakdemi kepentingan  bangsa ;negara dan agama Islam tetapi hanya bertindak demi kepentingan individu tertentu maka seluruh Perlembagaan Negara  yang  termaktub dan bersumpah diatas nama Tuhan , seeloknya   "tong sampah" lah tempatnya.

Kegagalan Polis , SPRM, AG mahupun agensi yang terbabit didalam menegakkan kedaulatan undang undang negara maka status mereka ini adalah "PEMBELOT". Pembelot kepada bangsa, negara dan yang paling terkutuk adalah "pencemar kesucian agama Islam serta pendusta ajaran Nabi Muhammad s.a.w.

Beringatlah hidup tidakan lama tetapi mati adalah pasti. Mahukah kita "bala" menimpa kepada yang kita sayangi. Fikirkan.

                                                  Cahaya Al Majid









Friday 4 September 2015

THE PROMISED LAND : KEMALUAN YANG TIDAK BOLIH DITUTUP LAGI

Bismillahhirrahmannirrahim.

                NAJIB DIMALUKAN DILAMAN SENDIRI
                AHLI UMNO TAK MALU KE?????
                ATAU UMNO DAH TIADA KEMALUAN ???

Tajuk yang diutarakan bukanlah bersangkutan dengan sex tetapi sebaliknya kita membincangkan sesuatu yang ditakrif sebagai sesuatu yang memalukan Samaada melalui perbuatan mahupun percakapan yang dilakukan olih seseorang. Setiap manusia pasti ada sifat malu baik lelaki mahupun wanita tidak terkecuali juga bagi kanak kanak yang telah "baligh",

Apa yang terjadi diarena politik negara, Najib dituduh "rasuah", kerana menerima USD700 juta yang telah masuk keakaunnya secara sah berserta beberapa puluh juta lagi melalui beberapa Syarikat yang dikata mempunyai kepentingan dalam tranksaksi melalui punca SRC International Sdn Bhd. Namun didalam perkara yang dirasakan rasuah ini hanya USD700 juta didakwa sebagai "derma" yang diterima olih Najib selainya penafian belum dibuat lagi.

Yang anihnya, tampa perasaan malu Najib mendakwa bahawa dana USD700 juta ini merupakan pemberian Pak Arab untuk tujuan pilihanraya 2013 namun suara suara rakyat tidak meyakini ketelusan dana ini kerana selepas itu terdapat banyak versi yang keluar darimulut pemimpin UMNO. Ada alasan kerana lawan ISIS la, kerana Malaysia berpegang kuat Ahli Sunnah la dan bermacam macam lagi. Walau apapun alasannya kenapa lebih dari USD600 Juta dihantar semula kepada Bank yang menghantar ? Apa alasan nya. Olih itu dana atau "derma" yang diterima bukanlah untuk tujuan seperti apa yang didakwa pemimpin UMNO ataupun Menteri UMNO?

Olih sebab itu kita katakan dana yang diterima bukanlah sebenarnya "derma" dan apa yang bolih kita takrifkan secara umumnya , tranksaksi ini lebih menjurus sebagai "cuci duit" dan cara ini  tergolong dalam kategori "pengubahan wang haram". Kalau inilah yang caranya Najib mencari dana, maka, malulah jawatan "perdana menteri"Malaysia. Kalau Najib nak malukan  "jawatan Presiden UMNO , itu dia punca pasal la tetapi ini Malaysia lebih lebih lagi Melayu.

Hari ini merupakan hari terakhir persidangan Anti Rasuah dan yang menariknya ianya berlangsung di Putrajaya. Saban hari perserta dari seluruh pelosok dunia menyertainya, yang memalukan semua delegates menceritakan kelangsungan Najib dengan scandal USD700 juta. Malu negara lebih lebih lagi orang MelayuUMNO, yang anihnya tidak pulak Ahli UMNO melalak kerana dimalukan sebagitu rupa .

Najib cakap berani menentang badai, terapu diri sendiri tidak pula berani menghadirjan diri diperjumpaan tersebut. Kenapa? takut nak berdepan dengan"international media" ke? Takut kena tanya banyak banyak ke? Tiada apa yang lebih memalukan melainkan Najib sendiri yang memalukan dirinya sendiri dan akibatnya Malaysia yang malu.

Kini  Najib dimalukan ditanah air sendiri olih bangsa asing tetapi jangan terperanjat, Najib juga bakal dimalukan lagi diluar negara. Tunggu je la..kali ini pasti lebih mengaibkan jawatan "Perdana Menteri"

Sehingga itu "junjung" lah manusia ini sementara ditakhta.

                                           Ikhlas dari : Cahaya Al Majid









Wednesday 2 September 2015

THE PROMISED LAND : BIAR AKU YANG BUKAN AKU MAIN TALI

Bismillahhirrahmannirrahim.

                         KERANA MEREKA MAIN KASAR
                         KERANA MEREKA NAK MENYELAMATKAN
                                  DEMI SEBUAH KEBENARAN
Kebenaran perlu ditegakkan kemungkaran perlu dicegah. Kalau kebenaran juga ingin dinafikan olih sekutu nya  dan kemungkaran pula dijunjung tinggi melangit maka tiada daya dan kekuasaan lain yang dapat menghapuskannya melainkan  kuasa Yang Maha Tinggi saja yang bisa memeranginya.

Mencari kesalahan orang lain, memburukkan pencapaian orang lain, mencari kesalahan orang lain serta memfithah orang yang  mencari kebenaran sesungguhnya tidak dapat diterima olih akal orang orang yang celek. Begitulah apa yang dilalui olih bumi Melayu ketika ini.

Kalau sebelum ini Pak Menteri bertalu talu "menghentam" Mahathir kerana Mahathir mahu Najib meletak jawatan alasan "Najib" terlibat dengan rasuah samaada melalui 1 Mdb ataupun menerima USD700 juta yang didakwa sebagai "derma" namun semua itu telah membengkakan lagi hati rakyat. apabila Najib dan kuncu kuncunya asyik memberikan alasan yang berbeda beda diantara mereka.

Mungkin kerana terasa bahang kepanasan akibat Mahathir turun BERSIH 4, hari ini kita dihidangkan dengan satu lagi cubaan yang dibuat olih Laster dengan mengatakan Mahathir bersengkokol dengan Sarawak Report untuk menjahanamkan Najib. Malahan Mahathir dikata membiayainya.

Kalau dua bulan lepas kita lihat Lester sungguh sihat dan berkobar kobar dan petah berkata kata tetapi kali ini, "pelempang ghaib" telah hinggap dimukanya.  Dia dikata diserang "angin ahmar" dan kini Lester  tergagap gagap berbicara dan kata katanya tidak difahami lagi tetapi ada juga manusia yang cuba mengangkatnya. Begitulah sikapnya manusia apabila tiada pegangan hidup dan dimurkai Tuhan.Penghinaan dan  Keceluparan terhadap Nabi Muhammad s.a.w "terbalas" juga.

Lagi banyak Lester memfitnah lagi cepat dia kena "stroke" silap silap lumpuh seluruh badan. Tetapi "hadiah" kearah itu amat cerah sekali. Silap silap tak sampai 40 hari.

Walau apapun "aku" tengah main tarik tarik.  Hari ini nilai matawang jatuh seperti yang dijangka begitu juga dengan bursa saham, merudum juga,  index petang tadi berada pada paras 1509 mata. Esok kita main lagi..kita main sampai USD1/4.35 dan kita tarik pasaran esok keparas 1480 pulak.

Kabinet Najib dan pakar ekonominya bolih tahan ke??

                                            Ikhlas dari : Cahaya Al Majid




Tuesday 1 September 2015

THE PROMISED LAND : NAJIB YANG SURAM KINI KELAM

Bismillahhirrahmannirrahim.

Dua hari jiwa tidak mencecah bumi Malaya , semuanya seakan akan tenang namun onak dan duri dari perhimpunan jalanan yang menobatkan diri mereka sebagai BERSIH 4, hanya sebagai pelengkap perjalanan saja. Ada yang mengatakan bahawa implikasi dari Perhimpunan itu bakal meninggalkan kesan yang dalam kepada pucuk pimpinan sedisada, sebenarnya " tidak berkesan. Walaupun hampir 400 ribu rakyat dilihat membanjiri kawasan perhimpunan yang tertumpu di kawasan Dataran Merdeka selama hampir 2 hari (34 jam)  namun semua itu tak terkesan.

Cubs kita perlihat pada sukatan nilai matawang dan juga stock market, adakah peratusan nya menurun selepas perhimpunan BERSIH 4 ini? Jawapannya tidak malahan nilai matawang kita berlegar disekitar rm 4.15 -4.20 saja berbanding USD 1. Begitu juga dengan statistik pasaran, unjuran menaik pula, tidakkah ini terbalik? Sepatutnya apabila keadaan bergelombang, sudah semestinya pasaran merudum kan. Tetapi ini tidak berlaku, kenapa ?
Bukan kerana BERSIH 4 atau ramainya rakyat yang melimpai dijalanan punca nya, "pasaran tertangguh" tetapi, doa doa insan tertentu yang "membenteng" nya.

Tetapi selepas BERSIH 4 berlalu, kita lihat mulut mulut jahat dari kabinet Najib mula memperlekehkan tindakan rakyat. Juga tindakan Mahathir yang memberi semangat dan berjuang demi mencari jawapan dan kebenaran juga telah dispin dan dicela secukupnya. Kenapa? Dulu kabinet Najib mengatakan kata kata Mahathir tidak menjadi kudis dan sesetengahnya menuduh beliau sebagai "nyanyuk" , juga ada juga suara yang mengatakan hanya beliau seorang saja yang menentang dan bukan semua ahli UMNO.

Biarkan saja mereka mereka ini menghina dan mengeji batang tubuh Mahathir. Hanya "jauhari mengenal manikam". Kita lihat saja siapa bakal menjilat ludah sendiri.

Kini sudah tiba masanya kita main tarik tali. Sambutan merdeka sudah berlalu dan Pak Menteri semuanya telah berlapang dada, membuat perancangan bagaimana hendak menghentikan isu 1Mdb dan Rm2.6 billion. Sementara mereka mencari helah cara bagaimana hendak menutup mulut rakyat, sebaliknya mereka ini akan dicatur juga tanpa disedari.

Kepada rakyat...perhatikan..

Bermula minggu ini nilai matawang kita bakal merudum lagi dan akan diikuti olih pasaran saham. Kita nak tengok lagi macammana mereka nak bersilat dengan pasaran serta pemegang pemegang dana antarabangsa pula.  Begitu juga kepada kabinet Najib..nanti jangan pula malu apabila PM Umno dimalukan diarena antarabangsa.
Bak kata pepatah melayu " ada ubi ada batas" " hari ini hari kau, mungkin esok hari kami".

                                           Jangka 60 hari sedang berjalan
                                             Ikhlas dari : Cahaya Al Majid