Monday 29 February 2016

THE PROMISED LAND : KUBUR DAH SIAP

Bismillahhirrahmannirrahim.

                       PRU 14
        PARTI PIMPINAN NAJIB
                          vrs
    DR MAHATHIR & THE GANG

Hari ini bakal tercatat didalam lipatan sejarah bahawa Parti UMNO  yang telah sekian lamanya telah berjaya mengemudi negara ini melalui Presidennya yang terlantik kerana bermajoriti diParlimen melalui wakil Parti UMNO pasti dikuburkan .

Kalau dulu dizaman Tunku Abd Rahman Dr Mahathir dipecat dari UMNO tetapi diterima semula dizaman Tun Razak. Tetapi setelah menerajui negara ini selama 22 tahun sebagai Perdana Menteri beliau melepaskan jawatan dan mengangkat Abdullah Badawi pula sebagai pengganti.

Dizaman Pak Lah pula Dr Mahathir mendapati penggantinya gagal menyempurnakan apa yang dirancang dan mendapati pula Budak Tingkat Empat lebih berkuasa dari Perdana Menteri. Disebabkan kegagalan Pak Lah menangani kuasa Budak Tingkat Empat maka Dr Mahathir mengistiharkan dirinya keluar dari UMNO dan memerangi Perdana Menteri secara total. Antara yang bersengkokol termasuklah Najib dan gerombolan tertinggi UMNO yang ada kini.

Setelah Pak Lah berundur,jawatan Perdana Menteri diserah kepada Najib Tun Razak dan Muhyiddin pula sebagai Timbalannya. Dan ketika itu Dr Mahathir mendaftar semula sebagai Ahli.

Tetapi hari ini Dr Mahathir sekali lagi mengistiharkan dirinya keluar dari UMNO. Semuanya kerana beliau tidak lagi mempercayai kepada Perdana Menteri aka Najib Razak yang dibaluti dengan berbagai skandal.

Dari skandal "derma"RM2.6 Billion dan RM42 Juta dari SRC Int  hinggalah keskandal hutang 1MDB RM42 billion,membuatkan Dr Mahathir hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Presiden UMNO itu.

Memburukan lagi keadaan dengan pemecatan beberapa nama besar dalam UMNO serta pemecatan Muhyiddin serta Shafei Afdal dari jawatan masing masing (kerana "bertanya" tentang rahsia yang dibongkar oleh Wall Street Journal yang mahukan kebenaran demi kelangsungkan UMNO) telah disalaherti oleh Pengampu Pengampu dan juga Najib. Tindakan mereka berdua ini pula dituduh bertujuan untuk menjatuhkan Najib dan Kerajaan pula.

Oleh kerana terlalu banyak skandal yang dikata disembunyikan kerajaan demi kelangsungan Najib serta ketaksuban tahap "cash is king", hari ini Dr Mahathir mengistiharkan bahawa beliau akan berjuang menggulingkan Parti Najib aka UMNO.

Bermula dari hari ini UMNO dan Barisan Nasional pimpinan Najib Razak bukan saja bakal ditentang oleh PKR, DAP ,Pas dan Amanah namun  Dr Mahathir  and The Gang pasti menjadi duri dan semilu kepada kelangsungan kuasa UMNO dan BN.

Kalau PRU 13 dahulu undi popular Barisan Nasional merudum keparas 47% dikala Dr Mahathir ang The Gang bermati matian bertungkus lumus siang malam berkempen demi kemenangan calon UMNO , namun apa bakal berlaku pada PRU 14  sekiranya Dr Mahathir & The Gang pula turun padang siang dan malam membalun Najib dan Kabinetnya serta  UMNO?

Bolehkah pemimpin UMNO mempertahankan UMNO dan BN.?

Kubur dah disiapkan hanya tunggu masuk dan kambus saja.

Dengan wajah wajah yang membarisi Kabinet pilihan Najib ini , kemarahan rakyat bakal diterjemahkan dipeti undi.

        Benarkah konsep RAHMAN ?

                 Cahaya Al Majid











Sunday 28 February 2016

THE PROMISED LAND :TAMPUK YANG SUDAH DIPEGANG

Bismillahhirrahmannirrahim.

   BUAH TUA YANG PASTI GUGUR

Bismillah telah didahului dengan kalimah Laa ila ha ail allah telah dimeteri , sumpah sudah dilafas, janji telah diikat ,Alquran dijunjung ,sunnah ditaati namun pembohongan juga yang mereka diimani.

Najib dan gerombolannya mentadbir negara semahunya. Apa yang diidam itulah yang akan dilakukan. Apa kemahuan rakyat jelata tidak diendahkan, kesusahan rakyat dijadikan medan untuk mereka ratah.

Tidak cukup dengan itu, rang undang undang baru diperkenalkan demi untuk menyekat kebebasan suara rakyat. Media massa , blog blog serta facebook yang tidak tidak sealiran dengan nafsu pemerintah disekat dan dikenakan tindakan.

Bagi individu pula sesiapa yang kritikal terhadap pemimpin kerajaan pula disiasat dan ada juga yang ditahan reman dan tindakan ini didakwa pemerintah sebagai mencegah .

Kelantangan suara serta tajamnya tulisan para pengkritik pula dituduh sebagai mahu menggulingkan kerajaan pula.

Kebiadapan penggunaan kata kata oleh pemimpin Kerajaan dalam menyanggah kerungsingan rakyat dituturkan secara kasar serta menyakitkan hati. Hujah hujah yang dibentang diibaratkan seperti rakyat sememang bodoh dan tak berotak.

Sifat rakus dan menggunakan undang undang bagi menekan penentang mereka samaada secara terangan mahupun secara tersembunyi dilihat semakin kerap berlaku.

Kalau ahli parti yang tidak sealiran Perlembagaan Parti akan digunakan untuk menyahkan. Apa yang tinggal dalam parti mereka semuanya pak turut belaka. Sedangkan dalam agama perbezaan pendapat pun dibenarkan. Kenapa dalam perkara begini pandangan agama tidak dipakai?

Apa yang berlaku kini hanya kedungguan saja yang diimpikan agar rakyat semua menghalalkan perbuatan mereka.

Kini pemberontakan dari dalam pertubuhan mereka semakin nyata dan satu persatu keterlanjuran mereka terserlah.  Semakin banyak mereka menafikan semakin jauh pula hati rakyat terhadap mereka.

Pada skala pandangan rakyat kepercayaan terhadap pemimpin parti kerajaan telah merudum teruk dan untuk kita mempercayai bahawa mereka akan beroleh kemenangan pada PRU14 adalah meleset.

Keguguran mereka bakal diraikan.

               Cahaya Al Majid







Friday 26 February 2016

THE PROMISED LAND : PUAS HATI DAH...

Bismillahhirrahmannirrahim.

   "BUKAN RETAK MENANTI PECAH"
                 

Selagi tak di"buang" selagi itulah hati mereka  membengkak dan membara. Selagi ada penghalang selagi itulah penyebab akan dicari cari demi untuk penyingkiran.

Salah atau benar bukan lagi jadi kayu pengukur apa yang pasti batang tubuh Presiden jangan diusik walaupun sekelumit.

Kalau seluruh gerombolan telah "menghalalkan" maka seluruh dosa dosa yang lampau mahupun yang belum dilakukan, semuanya diampunkan.

Tiada lagi menjadi kesalahan walaupun terang terangan perbuatan membenarkan wang RM2.6 Billion dan RM42 juta masuk keakaun sendiri . Semua ini tidak menjadi kesalahan selagi seseorang itu berjawatan Perdana Menteri dan kuasa ditangan sendiri.

Mungkin mereka berpandangan bahawa dengan "menggantung: jawatan Timbalan Presiden dari diri Muhyiddin ,UMNO akan kembali diterima rakyat dan bersangka bahawa tindakan "menyiang" Timbalan Presiden UMNO akan memudahkan jalan mereka untuk menyatukan UMNO? Itu alasan mereka je..nak sedapkan hati

Hanya kerana tidak berani untuk menerima kenyataan dan hakikat seperti apa  yang didakwa oleh Muhyiddin bahawa Presiden UMNO telah melakukan kecurangan terhadap negara dan juga UMNO maka keterbukaan yang dilafas beliau telah mula mengusarkan seluruh pemimpin tertinggi UMNO.

Semua tukang bodek dan pengampu tegar sileh berganti membalun watak nombor dua dalam pergerakan mereka ini seolah olah apa yang diperkata oleh Timbalan Presiden terhadap apa yang telah dilakukan oleh Presidennya adalah pembohongan.

Tukang ampu yang mula mula membelasah Muhyiddin adalah Nazri Aziz. Puuuh..berapi kata kata Nazri sehingga mengibaratkan Muhyiddin seperti anjing yang suka mengigit kaki dan juga menggelar Naib Presiden UMNO iaitu Shafei Afdal sebagai bodoh.

Mamat ni lupa diri kot atau sengaja memberi signal kepadanya Presidennya bahawa dia seorang yang boleh harap. Maklumlah hanya diera Najib saja lah beliau diberikan kepercayaan untuk menerajui sebuah Kementerian yang mana selama ini beliau hanyalah salah seorang Menteri diJabatan Perdana Menteri saja.

Kalau nak dibandingkan antara Muhyiddin dengan dirinya (Nazri) taraf Nazri lagi sengkek tetapi kalau nak dibandingkan antara Nazri dengan Shafei Afdal pula rasanya tak setara. Kalaupun Nazri nak mengatakan Shafei Afdal bodoh..tak kan Shafei Afdal mampu mendaki tangga UMNO sampai keperingkat Naib Presiden, malahan kedudukan itu pula Shafei Afdal menang bertanding. Tak kan perwakilan UMNO bodoh kot..kerana memileh Shafei Afdal..tambahan pula orang Sabah pulak tu..

Tetapi..dimana kepandaian Nazri eek..Bertahun jadi Menteri..tetapi tak pernah pulak berani untuk bertanding. Jawatan Ahli Majlis Tertinggi pun dilantik..cakap macam hebat..tapi..habuk pun tarak.

Walauapapun mereka " berghamok" namun isyarat yang pasti perpecahan dalam Pertubuhan mereka telah berlaku dan bukan lagi " retak menunggu pecah" hanya PRU 14 menjadi tanda pengakhiran buat mereka.

    Rakyat Menghitung Hari
    Pemimpin Mengira Jari


                Cahaya Al Majid






Monday 22 February 2016

THE PROMISED LAND : KEBENARAN YANG DI CARI TETAPI

Bismillahhirrahmannirrahim.

 UGUTAN MENJADI SENJATA

Hanya kerana bertanyakan kes 1MDB dan dana RM 2.6 Billion yang dibocorkan Wall Street Journal, beliau dipecat dari jawatan Timbalan Presiden. Walaupun beliau menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri aka Timbalan Presiden UMNO, yang sepatutnya terlebih maklum akan segala perjalanan didalam Kerajaan mahupun Partinya, namun, segala urusan urusniaga yang melibatkan perjalanan  syarikat 1MDB yang berilhamkan dari otak Najib Razak, dengan tiba tiba meletup.

Syarikat yang bermodalkan RM1 JUTA alih alih telah berhutang sebanyak RM42 Billion. Dalam kekalutan hutang syarikat 1MDB melonjak keparas tidak terkawal meletup pula kisah dana RM2.6 billion yang didakwa berpunca dari 1MDB telah masuk keakaun peribadi Najib Razak aka Perdana Menteri.

Dua isu yang dibangkitkan Muhyiddin telah mengakibatkan diri beliau dipecat. Walaupun kes hutang 1MDB telah menggunung dan kes dana RM 2.6 billion cuba diselindungi dari pengetahuan rakyat negara ini , tetapi, dimata dunia dan pengamal media luar semua ini tidak dapat kita lindungi.

Tetapi yang terlebih malang Timbalan Perdana @ Timbalan Presiden UMNO sendiri pun tidak mengetahui kerahsiaan ini sehingga kes ini dipaparkan diluar negara.

Kini pekung tersebut, semuanya telah terdedah dan berulat dan bau busuknya bukan saja dihidu didalam negara malahan diluar negara juga. Tetapi yang sedihnya nama dan maruah Jawatan Perdana Menteri dan nama negara kita terpalit sama.

Kegusaran Muhyiddin serta keresahan rakyat negara ini bertempat dan bukan suka suka. Memandangkan isu ini telah teramat serius dan membabitkan struktur pengurusan negara ,ekonomi serta kemakmuran rakyat maka wajiblah bagi Muhyiddin yang bertindak sebagai Timbalan Presiden UMNO  untuk memperjuangkan isu ini dan menjernihkanya.

Tetapi yang malangnya Pemimpin Tertinggi UMNO yang berjawatan dan yang tidak berjawatan samaada didalam Kabinet mahupun di Bahagian kebanyakkanya "menghalalkan" alasan alasan yang tidak masuk akal ini. Tindakan mereka yang bermati matian mempertahankan kejelikan Najib walaupun kebenaran demi kebenaran walaupun dituduh " fitnah" oleh Penyokong Najib mula terungkap satu persatu namun semua itu tidak dipedulikan.

Adakah  yang diperkatakan oleh Muhyiddin itu merupakan fitnah terhadap Najib?
Salahke sekiranya Muhyiddin mahu membersihkan imej UMNO??
Kenapa Pemimpin UMNO merasa takut apabila Muhyiddin bersuara?

Apa sebenarnya yang diperjuangkan oleh pemimpin dan ahli UMNO ini?
Adakah individu bernama Najib ataupun UMNO?

Kalau Muhyiddin memperjuangkan kebenaran demi bangsa, agama dan negara, inshaallah, rakyat akan bersamanya.

         " JANGAN MENGUNDUR"

P/s: Kepada Nazri Aziz sila cermin diri               bersihkan diri dulu jangan
        suka mengugut orang.

                Cahaya Al Majid






Sunday 21 February 2016

THE PROMISED LAND : UMNO : TIMB PRES. vs PRESIDEN

Bismillahhirrahmannirrahim.

    KEBENARAN vs PEMBOHONGAN

Semalam bertempat didaerah yang dinaungi oleh Raja asal orang orang Melayu N. Sembilan iaitu Teluk Kemang dibawah jajahah Dato Klana Putera, Timbalan Presiden UMNO ,Muhyiddin Yasin telah mengugurkan "BOM" .

Bom yang sememangnya  ditujukan keatas diri Presiden Parti UMNO , Najib Razak , kehadiran Muhyiddin yang semenangnya dinanti nantikan oleh penyokong penyokong beliau  mahupun ahli ahli UMNO yang telah jelak dengan segala pembohongan serta penipuan yang terhampar, terubat hati dengan pembongkaran dan pendedahan "berani mati" ini.

Walaupun isu isu yang diutarakan oleh Muhyiddin bukanlah isu isu yang tidak diketahui rakyat, tetapi, apabila isu ini diangkat sendiri oleh orang nombor dua dalam hireaki Parti maka impak dan kesan terhadap segala penipuan , penafian serta cubaan mensucikan diri Presiden telah menyerlahkan lagi kelicikan dan kejelekan Najib dan Kabinetnya berserta pembodek pembodek yang berada diMajlis Tertinggi UMNO yang  berstatus "pencacai angkat najis" mula dipandang hina dan terkesan dihati dan mata rakyat.

Penyelewengan serta penggunaan dana dana awam yang tidak terkawal yang diguna sesuka hati tanpa menghirau implikasi dan berisiko dibelakang hari demi memenuhi impian dan kehendak Perdana Menteri telah menyebabkan rakyat dipaksa menanggung bebannya.

Persengkokolan dikalangan Pemimpin Kabinet serta ikut telunjuk beberapa Penjawat Awam dalam menghalalkan pembohongan telah merudumkan lagi kepercayaan pelabur dari terus melabur dinegara ini dan ini dapat dibuktikan dengan penjualan stok stok kewangan dan sekali gus melepaskan pegangan mereka dan impak dari itu telah menyebabkan pasaran bursa dan kewangan merudum.

Apa yang cuba dilakukan Muhyiddin adalah untuk menegakkan kebenaran dan mencuba untuk membersihkan UMNO dari cengkaman Presiden. Tetapi disebabkan kerana terlalu ramai Yes Man dan tukang jilat tegar maka usaha yang cuba diangkat itu nampaknya kesukaranya.

Antara watak yang lantang dan tegar yang diharapkan Najib untuk membentengnya , adalah  Zahid Hamidi, Ku Nan, Saleh Keruak, Rahman Dahalan, Mat Maslan dan Azalina dan diluar kabinetnya pula Anuuar Musa dan Azeez adalah Kuda Tunggangnya.

Walaupun jawatan Timbalan Presiden merupakan kedudukan paling tinggi dalam UMNO selepas Presiden namun disebabkan Timbalan Presiden tidak lagi menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri dan tidak ada kuasa untuk "mengayakan" orang sekeliling maka jawatan Timbalan Presiden yang dimenangi Muhyiddin melalui undian ahlinya hanya berstatus "jaga" dari Napal dan tidak lebih dari itu dimata Pemimpin UMNO samaada dipusat mahupun di Bahagian.  Itulah kerakusan kuasa yang diterjemahkan oleh Najib dalam mengemudi  bahtera UMNO.

Walaupun dilihat Muhyiddin bersendirian dalam mengharongi gelora ini namun perjalanan menongkah arus dan terpaksa menggalas kebenaranya dibelakangnya, diharapkan akan ada tangan tangan yang rengan yang menginginkan kebenaran agar diletak dipersada keagungan akan turut serta dalam perjuangan ini dan menyertai beliau.

Dan sesungguhnya lakukanlah demi agama, negara dan bangsa dan bukan kerana kepentingan diri.

                  Cahaya Al Majid









Thursday 18 February 2016

THE PROMISED LAND :LANGKAWI & MAHSURI !! BACA SEBAGAI PERINGATAN

Bismillahhirrahmannirrahim.

"Sesungguhnya apa yang saya tulis ini adalah kebenaran dan hanya Allah swt menjadi saksinya".

              Kisah benar dari Langkawi
               KEPULANGAN BERSEBAB

Alhamdullilah dan syukur kehadrat Allah swt yang memperjalankan aku berserta isteri dan dua orang anak perempuanku sekali lagi ke Langkawi setelah 15 tahun. Yang sulung berusia 32 tahun dan yang kedua berusia 30 tahun.

Kedua duanya telah berjaya dalam kerjaya masing masing, yang sulung merupakan Pengurus Kewangan disebuah bank antarabangsa dan adiknya pula merupakan seorang Peguam Jenayah.

Walaupun Langkawi telah mencatatkan sejarahnya kepada saya namun apa yang berlaku pada 14hb Februari 2016 yang lalu amat memeranjatkan kami sekeluga.

Pada awal tahun 1990 saya sekeluarga berserta dua orang anak saudara isteri saya pergi bercuti ke Langkawi dan antara destinasi yang kami lawati adalah Makam Mahsuri. Itulah kali pertamanya kami menjejakkan kaki di Makam Mahsuri dan ketika itu anak sulung saya belum lagi berumur 7 tahun.

Namun ketentuan Allah swt tiada siapa tahu.  Pada tahun 1997 negara dilanda kegawatan ekonomi, disebabkan saya terkesan secara langsung maka kami sekeluarga telah berpindah ke Langkawi, diantara banyak banyak negeri hanya Langkawi menjanjikan kami peluang kewangan yang tetap dan lumayan.Oleh itu kami berhijrah kesana.

Kedua dua anak saya menyambung pelajaranya ke Tingkatan 3 dan Tingkatan 1 di Sek. Menengah Mahsuri sehingga ke Tingkatan Lima.  Pada permulaan ke Tingkatan 5 iaitu tahun anak sulung saya menghadapi peperiksaan SPM beliau telah menumpang dirumah rakan baiknya kerana disitu anak saya dapat melakukan Grup Study tanpa gangguan. Alhamdullilah keputusan SPM yang dicapai amat baik dan beliau berserta rakan rakan Study Groupnya berjaya ke Mahligai Gading.

Pada ketika itu saya telah menyedari akan perubahan fizikal dikakinya. Kakinya bengkak dari aras lutut hingga kebuku lali. Ketika itu anak saya tidak merasakan apa apa perubahan mungkin kerana tubuh badanya yang agak berisi ketika itu.

Kebengkakan itu tidak reda dan susut dan itu mengusarkan kami suami isteri. Rawatan dari beberapa Doktor Pakar telah kami lakukan dan yang terakhir adalah di Prince Court Hospital. Walaupun beribu ringgit telah dibelanjakan namun keputusanya adalah sama, alasan Doktor "pembuluh darah halus" dan tiada apa yang boleh dilakukan.

Perasaan kasih serta simpati yang sememangnya terendam dihati apabila melihat akan ketidakselesaan beliau yang selalu mengadu penat, letih dan selalu sakit kaki ketika berjalan dan tidak boleh duduk terlalu lama kerana kaki menjadi bengkak membuatkan saya menyuruh beliau meletak jawatan. Ditambah dengan kesedihan apabila berpisah dengan suami yang dinikahi tidak sampai 2 tahun membuatkan hati seorang ayah dalam keadaan gundah gulana.

Ada juga saudara mara dan rakan rakan mengesorkan agar perubatan cara tradisional dan Perubatan Islam dilakukan dan kami turuti juga namun hasilnya tetap sama. Tiada perubahan.

Pada awal tahun 2016 saya membuat keputusan untuk ke Langkawi bagi merawat  sendiri "penyakit misteri" yang
membelenggu beliau. Walaupun tertunda beberapa kali atas alasan yang tidak munasabah, alhamdullilah, pada 9hb Februari 2016 kami menjejakkan kaki sekali lagi di Langkawi namun tujuan atau sebab ke Langkawi tidak saya nyatakan kepada anak saya.

Setiap hari ada saja halangan untuk kami ke Makam Mahsuri sehinggalah pada hari terakhir.

Walaupun Ferri Roro yang kami tempah telah menetapkan agar semua kenderaan perlu berada di Pelabuhan pada jam 3 petang namun anak saya ini beiya iya mahu ke Pelabuhan untuk mendaftar kenderaan pada jam 1.30. Ketentuan Allah swt mengatasi segalanya.

Perjalanan manusia adalah ketentuan Tuhan. Apabila sampai dipelabuhan saya diberitahu bahawa kenderaan hanya boleh didaftar pada pukul 2.30 saja. Dengan gerak hati saya terus memandu ke arah Makam Mahsuri.
Apabila sampai saja dikawasan letak kereta saya mengajak isteri dan anak anak saya turun untuk melawat makam dan berpesan kepada mereka agar memerhatikan disekeliling sekiranya terdapat bunga yang jatuh atau gugur dihadapan mereka.

Tujuan saya kesana semata mata mahu membuang sekiranya terdapat ada elemen lain yang menumpang pada diri anak saya.

Mula saja kaki dia mencecah tanah diluar Makam dia memberitahu saya bahawa dia mula rasa mual dan loya. Dia berjalan seiringan dengan adiknya. Saya menyuruh dia meneruskan langkah juga.

Lebih kurang 10 meter dia dan adiknya berada dari jarak pintu utama , dia mengadu lagi. Dia kata perasaanya amat sedih dan hiba ketika. Tak sampai 3 langkah dia berjalan dia mula menangis teresak esak. Ketika itu saya berada 5 langkah dari anak saya.

Apabila anak saya  telah menghampiri diri saya, dia terus meluru dan memeluk saya sambik menangis teresak esak tersedu sedu.

Anak perempuan sulung saya ini memang seorang yang lemah lembut, berbudi bahasa dan tutur katanya memang lembut dan dia amat penyayang sifatnya tetapi amat tegas dalam pendirian.

Dalam keadaan dia sedang teresak esak dengan sedu sedannya saya memujuknya  supaya berhenti menangis. Makin dipujuk semakin kuat dia menangis.

Dia asyik asyik mengulang kata kata "along sayang babah" berulang ulang diucapkan. Ketika itu orang yang lalu lalang mula berhenti dihadapan kami.
Ketika itu saya dah mula merasakan bahawa "suara entiti" yang berkata kata itu bukan diri anak saya.

Yang pada ketika itu anak yang masih saya peluk, saya terus bercakap denganya. Saya kata " kak long kena balik awak tak boleh ikut lagi". "Dia " kata lagi " along sayang babah". Setelah beberapa kali memujuk dan masih jawapan yang sama, lalu saya memekap ubun ubun kepalanya dengan tapak tangan sambil membaca Al Fatiha tiba tiba "dia" dia menjerit sekuat hati. Jeritan itu lantang, kuat dan lama"

Orang ramai mula merapati kami. Setelah lebih kurang 7 kali jeritan berserta dengan 7 kali Al Fatiha barulah "dia" reda dan mengajak kami kedalam kawasan Makam.

Dengan keadaan anak saya yang lemah dan tidak bermaya itu, beliau terpaksa kami papah dan berjalan menuju tempat "nya". Dengan laluan yang biasa " dia" membawa kami kekawasan " favourite"nya.

Disitulah saya memisahkan "dia" dengan anak saya yang mana selama ini " dia" telah "menyertai" diri anak saya sejak bertahun lamanya.

Sebelum perpisahan itu terjadi "dia" telah membaca surah Al Fatiha dengan memulakan bacaannya dengan kalimah "aku berlindung dari syaitan yang direjam".

Dengan kata kata akhirnya "dia" memanggil saya dengan ungkapan "ayah".

Untuk peringatan bagi para pelawat yang ingin menziarah makam nya :

1. Fidyahkan Al Fatiha
2. Pakaian mestilah menutup aurat
3. Bukan muhrim tidak boleh berpegang
    tangan
4. Jangan meludah merata rata

    Surah Ali Imran : 169-170
    Maksudnya :-

  "MANUSIA YANG MATI SYAHID HANYA MATI PADA PANDANGAN MANUSIA TETAPI DIA HIDUP SELAMANYA DISISI    TUHAN."


                 Cahaya Al Majid


Tuesday 16 February 2016

THE PROMISED LAND : "MAHATHIR YANG DICACI"

Bismillahhirrahmannirrahim.

     KEJIAN MENUJU NERAKA

Mahathir bukanlah Nabi mahupun Rasul dan beliau juga bukanlah Ulama mahupun Kiai ataupun Ustaz tetapi sedarkah kita, bahawa beliau adalah seorang yang berilmu?

Ilmu yang diperkatakan disini bukanlah setakat ilmu ilmu yang berbentuk Islam semata tetapi merangkumi ilmu duniawi juga.

Ilmu beragama atau ilmu tentang agama Islam hanya boleh dipelajari melalui kitab Al Quran tetapi ilmu mengenai agama Allah swt pula terkandung didalam semua kitab kitab Nya  iaitu Zabur, Taurat, Injil mahupunpun Al Quran. Mengkaji, membaca dan berfikir dengan nama Allah swt, inshaallah, pasti dapat ilmu.

Maksudnya sekira kita rajin membaca inshaallah ilmu atau ilmu pengetahuan kita pasti bertambah dan bercambah. Tetapi berilmu dan beramal adalah dua perkara berbeza. Perbezaanya adalah seperti langit dan bumi. Kalau berilmu tetapi tidak beramal , tidak akan bermakna tetapi sekira berilmu dan beramal maka darjat seseorang itu akan diangkat Allah swt.

Mengimbau kembali kezaman Mahathir.
Beliau telah berjaya mentransform negara ini dari negara berasaskan pertanian bertukar kepada negara perindustrian. Konsep pengswastaan diperkenalkan bagi merancakkan pertumbuhan dan pengekonomian kepada negara.

Walaupun jangkamasa 22 tahun beliau memerintah dirasakan terlalu lama oleh musuh politiknya namun bagi rakyat itulah zaman kegemilangan bagi rakyat Malaysia. Segala pembangunan amatlah pantas , segala teknologi terbaru dunia masa itu pasti dikongsikan kepada rakyat.

Ketika itu nama dan maruah negara amat dijagai sebaik mungkin dan nama negara dikenali diserata dunia lebih lebih lagi dimata dunia negara negara Islam. Begitulah hebat dan harumnya nama Malaysia diseanterio dunia.

Didunia Islam pula suara beliau amat lantang memperjuangkan ajenda ajenda Islam terutama mengenai nasib rakyat Palastin yang ditindas oleh Remim Zionis serta talam dua muka PBB. Disebabkan kelantangan suara beliaulah membuatkan negara negara besar didunia memusatkan tumpuan terhadap negara ini.

Perlu diimbas bagaimana perancangan beliau melalui Dawn Reid berjaya merampas kembali Syarikat Sime Darby dari tangan Inggeris. Ini dinamakan berilmu.

Memperjuangkan nasib umat Islam yang terkesan dalam perang saudara di Bosnia dari dijadikan " korban dalam penghapusan ethnik" oleh Serbia serta kuasa puak Kristian, berjaya beliau perjuangkan diarena antarabangsa. Ilmu dunia digunakan semaksimum mungkin untuk tujuan menegakkan agama Allah swt ini.

Adakah selayaknya beliau dihina dan dicaci diatas apa yang dilakukan demi agama, bangsa dan negara ini?

Adakah menjadi kesalahan apabila beliau menegur Najib tentang hutang 1MDB yang menggunung? Apakah juga menjadi kesalahan apabila menegur Najib apabila RM 2.6 billion dikata derma dan RM 42 juta dari SRC juga menjadi kesalahan.

Apakah hutang 1MDB  RM42 billion, dana RM2.6 B dan RM 42 Juta itu fitnah.

Isu ini pada mulanya dinafikan sekeras kerasnya tetapi akhirnya semua benar belakan. Dimana letaknya air muka atau maruah penafi isu ini? Semestinya tiada maruah lah mereka yang menggendong kes ini. Masih salah Mahathir ke kalau beliau lantang bersuara bagi menentang salah laku ini?

Atau adakah kerana ingin mempertahankan pesalahlaku ini sehingga kita sanggup mencaci dan mencerca manusia yang telah mengangkat nama negara dan imej umat Islam ini?

Dimana letaknya keimanan dan sunnah Rasul yang dijunjung?

Adakah kerana kuasa ,pangkat dan wang ringgit ,menyebabkan kita menghalalkan kemungkaran ini?

                   Cahaya Al Majid










Monday 15 February 2016

THE PROMISED LAND : STRATEGI KERAJAAN MELUMPUHKAN MAHATHIR

Bismillahhirrahmannirrahim.

       TAKUT DENGAN KEBENARAN
       TUN DIPENGHUJUNG NYAWA
       KERAJAAN NAJIB SEMAKIN TAKUT

Hanya kerana Dr Mahathir tidak sehaluan dengan Najib serta barisan Kabinetnya , dimana Dr Mahathir sendiri tidak boleh menerima alasan alasan yang "membangangkan" yang dihujahkan oleh Panglima Najib .

Dari  CEO 1MDB mahupun ke Pemimpin Tertinggi UMNO berserta AG Apandi  isu 1MDB serta dana RM2.6 billion dan isu dana RM42 juta yang didapati dimasukkan keakaun peribadi Najib telah membuatkan seluruh anggota yang dilantik Najib samaada sebagai Menteri, Pengerusi Syarikat Milik Kerajaan mahupun individu yang dilantik untuk menduduki kerusi tertinggi dalam UMNO , semuanya menuding jari kepada bekas Presiden UMNO ini dan kini beliau (Dr Mahathir) mula dilabel  sebagai "musuh" yang perlu dinyahkan atau dibisukan walau dengan apa cara sekali pun.

Kelantangan suara bekas Presiden UMNO yang bertali arus ini tidak disenangi oleh Najib Razak serta konco konconya samaada yang berada didalam Kerajaan mahupun yang diluar Kerajaan.

Ledakan suara beliau yang disokong oleh Rakyat samaada dari kem pemerintah ataupun pembangkang dalam menentang gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang dilakukan oleh Pemimpin Kerajaan mula membibitkan keresahan kepada Kerajaan.

Kepatuhan "membuta tuli" para pemimpin UMNO serta ketakutan hilang jawatan dikalangan Ahli Parlimen serta ADUN Barisan Nasional serta Ketua Bahagian dilihat sebagai sesuatu yang membimbangkan.

Walaupun isu hutang 1MDB serta dana RM2.6 Billion serta RM42 juta SRC amat ketara kesalahannya ditambah burukkan lagi dengan GST yang membebankan rakyat namun semua ini dihalalkan juga . Ini menyebabkan seluruh rakyat hilang keyakinan terhadap kerajaan pimpinan Najib.

Kerajaan pada hari ini melalui IGP dah mengumumkan bahawa kertas  siasatan terhadap Dr Mahathir telah dibuka.  Cai Cai Najib serta pendukong pendukong salah laku ini amat teruja dengan perkembangan mutahir ini dan mengharapkan agar Dr Mahathir juga disumbat ke penjara.

Perlu diingat oleh Kerajaan ketika Anwar Ibrahim atau TPM ketika diheret kemahkamah..fikirkan..apa terjadi.
Sanggupkah Kerajaan Najib dan UMNO berdepan dengan perkara yang lebih buruk dari itu?


Jangan merendahkan sokongan rakyat terhadap Dr Mahathir. Mahathir dah banyak berjasa kepada umat Islam dinegara negara Islam didunia dan beliau juga  telah diterima sebagai Pemimpin Terulung Dunia Islam terutama kes Bosnia dan Perang terhadap Zionist.

Sanggupkah Kerajaan Najib menerima tamparan ini?
Demi kuasa Najib tidak mengendahkan salahlakunya.

              Cahaya Al Majid


Saturday 13 February 2016

THE PROMISED LAND : 1MDB DITELANJANG DITIGA BENUA

Bismillahhirrahmannirrahim.

MARUAH NEGARA DITALI GANTUNG

Ku sangka panas hingga kepetang rupanya hujan ditengahari.
Ingatkan pelandok dah lupakan jerat rupa rupanya jerat pulak tak pernah lupakan pelandok.
Ingatkan gali lubang boleh kambuskan lobang lain tetapi sebelum lubang dikambus tiba tiba tiba hujan pulak turun..berlopak, berair ..kesudahanya..menjadi jerat pula kepada penggalinya..terjerumus .terselimpuh kaki didalamnya..

Kisah dan perumpamaan diatas adalah kisah Syarikat Sarat Hutang Negara iaitu OneMdeebee , syarikat yang dicetuskan idea penubuhanya oleh Najib Razak@ Perdana Menteri Malaysia.

Syarikat yang telah menjana hutang setinggi RM42 Billion dahulu dan juga syarikat yang terpaksa menggadaikan beberapa hak kepentingan negara demi untuk mengurangkan hutang mereka namun usaha yang dilakukan itu boleh dikategorikan sebagai perniagaan "buluh kasap", untung tak nampak tetapi pangkal pulak lesap. Nampaknya begitulah kisah syarikat oneMdeebee ni..

Rakyat dan juga pengkritik pengkritik terhadap salah laku ini sebenarnya telah banyak membuat posting posting samaada diblog, facebook mahupun twitter masing masing berhubung kepincangan dan salah urus syarikat ini, namun pihak yang didakwa tetap mahu menghalalkan tatacara dan urusan mereka dan menafikan salah laku ini tetapi kini semua salah laku tersebut mula dipancutkan oleh negara luar.

Keperihatinan dunia terhadap salah laku rasuah dan jenayah pengubahan wang haram , telah memanaskan suhu dalam negara. Bilamana kes ini telah mula dihadapkan kepermukaan , Najib dan konco konco yang terlibat sama samaada secara langsong atau yang terselindung mula gundah gulana.

Dari Swiss, London, USA, Hong Kong dan Singapura , pihak berkuasa telah memulakan siasatan susur galur kewangan  Syarikat oneMdeebee ni dan Swiss telah mendapati ada kes penipuan berjumlah 4BILLION namun syarikat milik negara masih lagi menafikan.

Tak cukup dengan itu pengkomplotan melapon dana onemdeebee dikesan diseberang tambak Johor dan kes tersebut sedang berjalan. Dari Jho Low sehinggalah kepada Pengurus syarikat kewangan yang mengurus dana tersebut, "lobang penipuan "kini sudah mula terbongkar sedikit demi sedikit tetapi syarikat oneMdeebee serta AG masih lagi membisu seribu bahasa.

Walaupun Kerajaan tetap menafikan tentang ujudnya penyeleweng dalam urusniaga OneMdeebee ini, hutang telah mula bertapuk tapuk sehinggakan terpaksa menjual aset dan ini mendatangkan curiga dihati rakyat.

Sampai bilakah kerajaan ataupun penguatkuasa undang undang akan bertindak terhadap pemimpin yang membusukkan nama negara tidaklah diketahui. Jangan sampai negara luar cop negara kita sebagai negara berakyat kena cucuk hidung sudahlah.

Diharap kali ini Raja dan rakyat bersatulah demi penyatuan kelangsungan orang Melayu dibumi bertuah ini.

               Cahaya Al Majid










Tuesday 9 February 2016

THE PROMISED LAND : LAYAK UNTUK AWARD WORLD FAMOUS INDIVIDUAL

Bismillahhirrahmannirrahim.

   Atas nama ALLAH  atau atas dasar
                  CASH IS KING
           "Teramatlah famous nya"
 
Orang seni mencipta nama diatas bakat sendiri. Kalau penyanyi semestinya perlu mempunyai nada suara yang menarik dan begitu juga dengan pelakon, semestinya pandai dan berbakat untuk melakonkan berbagai watak.

Sekiranya semua ini terangkum didalam diri seseorang itu inshaallah seseorang itu pasti berjaya didalam bidang yang diceburi.

Dan untuk menjadi fofular faktor publisiti , gimmick ataupun kontrovasi. Dengan cara ini seseorang itu boleh menaikkan nama ataupun imej mereka. Samaada baik atau buruk semuanya bergantung kepada penerimaan masyarakat.


Tetapi berbeza dengan Perdana Menteri Malaysia, beliau dikenali dan famous diserata dunia bukanlah kerana aura jawatan Perdana Menteri tetapi sebaliknya beliau meletop fofular kerana skandal . Antara skandal yang meletop dipersada dunia dan yang diperkatakan adalah seperti berikut :

1. Kes Pembelian Scorpene
2. Kes Pembunuhan Altantuya
3. Kes Hutang 1MDB 42 billion
4. Kes SRC International
5. Kes USD 700 juta masuk akaun sendiri.
6. Kes pecat TPM dan Menteri Kabinet
7. Kes  pecat AG
8. Kes pindah Pegawai Kerajaan.

Semua kes yang dinyatakan diatas adalah antara kes yang menjadi perhatian samaada didalam negeri mahupun luar negara.

Kini semua akhbar utama dunia telah memaparkan semua berita mengenai kes ini. Kes mengalih alasan telah menjadi viral .

Pemberian yang diterima yang sememangnya berstatus " rasuah" kalau diikut dari Akta SPRM tetapi dihalalkan oleh AG Apandi yang dikata sebagai derma pula.

Popularnya Perdana Menteri keseantaero dunia bukanlah kerana kehebatanya dalam memajukan negara tetapi sebaliknya terfofular kerana terlibat dalam kes atau skandal rasuah.

Kalau didunia Jim Carey terkenal kerana lakonan, kalau Micheal Jackson terkenal kerana menyanyi, tetapi, Najib @ Perdana Menteri Malaysia pula terkenal kerana skandal rasuah.

Apalah malangnya Pemimpin UMNO ini, mengaku Allah swt Tuhannya,Al Quran ikutan, Muhammad saw Rasulnya, Kaabah kiblatnya tetapi pembohong dan menipu amalannya.

Oleh itu tunggulah bala dari Nya.

                 Cahaya Al Majid









Sunday 7 February 2016

THE PROMISED LAND : PERANG DAH MELETUS

Bismillahhirrahmannirrahim.

Majoriti negara berketurunan Arab di benua Timur Tengah sedang rancak berperang. Semuanya kerana kumpulan kumpulan yang tidak berpuas hati sesama mereka. Dari perbedaan pandangan dan pegangan samaada dalam hal politik, agama mahupun kekayaan memuncakkan lagi kemarahan ditambah burukkan lagi terdapat mainan perang saraf oleh pembenci agama bawaan Muhammad saw, dan kini, keadaannya semakin buruk.

Disebab ketidakpuasan hati rakyat terhadap pemimpin pemimpin Politik atau Kerajaan, yang bercuriga sesaama negara jiran membuatkan negara mereka dalam huru hara. Menindas rakyat bukan lagi dongengan , membuatkan rakyat hilang sabar dan akhirnya rakyat bangun menentang.

Adakah kerajaan BN juga mengidamkan perkara  yang serupa sehingga sanggup mengenepikan pandangan suara popular 53% yang berjaya mengungguli PRU 13 dulu?

Satu persatu masaalah timbul dan tindakan kerajaan pula amat menjengkelkan.

Pembohongan, koberup, lain ditanya lain dijawab, alasan berubah ubah, jawapan menteri menyakitkan hati dan banyak lagi kebangangan yang mahu disuakan kepada rakyat, sampai bila rakyat mahu menelan kebodohan ini????

Najib melalui  AG yang mensucikan beliau mula menunjuk kuku demi untuk "membisukan" penentangnya melalui Akta OSA dengan hukuman Penjara Seumur Hidup serta Rotan.

Kerajaan Pemerintah yang berstatus suara minoriti atau Kerajaan 47%  mula  main kasar . Ugutan mula dibuat melalui AG Apandi untuk memperuntukan "hukuman penjara seumur hidup serta rotan 10 sebatan" kepada sesiapa yang membocorkan rahsia kerajaan.

Sekira usaha AG ini dibenarkan oleh Parlimen maka salah laku pentadbiran atau Penjawat Awam yang membelakangi kepentingan awam bakal berleluasa dan penyeleweng bakal besar kepala."

Sepatutnya segala salah laku Penjawat Awam atau Pemimpin  Kerajaan yang berlaku seperti ketirisan dalam dana kerajaan yang dibelanjakan yang didapati tidak mengikut peraturan sepatutnya mereka mereka ini dihadapkan kemuka pengadilan dan bukan setakat diberi peringatan saja.

Kegagalan Kerajaan dalam menguatkuasakan undang undang untuk dikenakan kepada mereka inilah telah menyebabkan wang rakyat kerugian berbillion ringgit. Sebagai contoh kes Scorpene, bagaimana Razak Baginda boleh "menyebat" £30 million  " duit atas angin" hanya kerana beliau bertindak sebagai perantara ? Layakkah beliau dibayar sebanyak itu? Ini baru satu projek,  bagaimana pula dengan projek projek yang lain, tak kan broker makan angin kot!.

Sepatutnya pembenterasan mencuri wang rakyatlah yang sepatutnya didahulukan oleh AG Apandi dan bukan menghalalkan perompakan oleh pemimpin atau penjawat awam.

Beringatlah sikit, masa sumpah aku janji jawatan dulu, beriya iya menyebut nama Allah swt, berjanji akan memegang amanah tetapi bila kuasa dah ditangan, semua janji buang ketepi..berkatke makan duit haram???

Apa yang dilihat sekarang Kerajaan BN seolah olah mahu berperang dengan rakyat 53%. Tunggulah PRU 14 , 2 tahun pun bukan lama mana, hari ni Kerajaan BN bolehlah buat silap mata, takut nanti bila kecundang PRU 14 mereka pula kena silap mata, baru tahu langit Malaysia ni tinngi ke rendah..

                   Cahaya Al Majid




Friday 5 February 2016

THE PROMISED LAND : PEMBELIT DAN TERBELIT

Bismillahhirrahmannirrahim.

       CUKUP CUKUP LAH.

Astagafirullahaladzim....Najib !!!!

Apa kau buat ni....

Macam macam alasan kau buat

Mana satu alasan yang betul ni.

Kau cakap derma dari Raja Arab Saudi.

Tapi Menteri Luar Arab Saudi menafikan
pemberian tu dan menafikan dana sebagai derma tetapi sebaliknya untuk satu syarikat pelaburan.

Dulu Zahid cakap lebih dari seorang penderma..alih alih seorang pula penderma.
Tetapi Arab Saudi kata bukan derma pulak.

Jibby.apalah pembohong sangat..

Jib...kau tak takut ke bala Allah swt  ?

Jangan sampai Allah swt uji dengan yang disayangi...

Benar..balasan Allah swt yang kau rasa tu lambat....tetapi..bila banyak permohonan sampai dihadapan Allah swt..jangankan yang..ang pun takut tak tersebut nanti.

Dah terlampau banyak bohong..
Masih lagi nak membohong....

 YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM
 TIMPAKANLAH KERAHMATAN MU
 KEPADA PEMIMPIN.

 YANG BENAR KAU RAHMATI
 YANG MUNGKAR KAU INGATI
 YA ALLAH...ADA RAHMATMU YANG MENGEMBIRAKAN..

DAN ADA JUGA RAHMAT MU YANG MENYIKSAKAN.

LIMPAHKANLAH ATAS KETENTUAN
MU.

             Cahaya Al Majid

Thursday 4 February 2016

THE PROMISED LAND : KATA KATA vs TINDAKAN

Bismillahhirrahmannirrahim.

KATA KATA MESTI SERUPA BIKIN

Semua yang tidak sealiran dengan kepimpinan tertinggi UMNO samaada Muhyiddin Yassin, Shafei Afdal mahupun Mukhriz Mahathir serta beberapa kerat lagi penentang didalam UMNO samaada diperingkat Bahagian mahupun dicawangan berserta beberapa orang Adun ataupun  Ahli Parlimen dilihat tiada keberanian untuk meninggalkan parti tersebut mahupun menentang ketidakadilan yang berleluasa didalan parti.Kenapa?

Sewaktu diawal pemecetan kemain berapi api lagi statement melangit meletup dimulut mereka. Ada yang menganggap Parti mereka bakal kalah dalam PRU nanti dan ada juga yang mengaku akan melakukan perubahan namun sehingga kini semuanya senyap sunyi
Kenapa?

Mukhriz juga meluahkan ungkapan yang serupa dan beliau juga mencurigai tindak tanduk Presidennya yang dianggap membelakangi Perlembagaan. Tetapi sejauh mana kebolehan mereka untuk memperbaiki parti mereka amatlah diragui.

Kelompok  ini  yang berstatus Pemimpin Kanan dalam Parti yang sememangnya berotak dan berpendidiken sudah mula terlihat tanda tanda kehancuran parti dan penolakan rakyat terhadap keseluruhan barisan Kabinet presiden mereka, namun kenapa mereka mereka ini tidak berani untuk bertindak demi menyelamatkan Parti mereka. Kenapa mereka terlalu takut?

Adakah mereka meyakini bahawa mereka akan dipileh oleh Presiden mereka untuk bertanding lagi pada PRU 14 nanti? Tidakkah mereka sedar bahawa Presiden dan seluruh Ahli Majlis Tertinggi telah " berkerat rotan" terhadap mereka.

Sedarkah mereka bahawa istilah membaiki kerosakan dari dalam tidak akan membawa kesan atau faedah. Tambahan lagi mereka mereka ini tergolong dari jerung jerung yang kelaparan yang mementingkan diri dari perjuangan bangsa.

Merekapun tahu dan sedar bahawa keseluruhan struktur pertubuhan politik mereka telah pun rosak bermula dari Bahagian sampailah kepucuk pimpinan.Adakah mereka masih mengharap ikhsan keatas apa yang telah mereka lakukan?

Sebenarnya tiada jalan lain lagi bagi mereka untuk membersihkan diri dari terpalit dengan dosa Presiden dan Kuncu kuncunya.

Demi untuk mendapat kepercayaan pengundi atas pagar serta ahli akar umbi UMNO ,meletak jawatan dan menghebahkan ketidakpercayaan terhadap Presiden dan istiharkan diri sebagai wakil bebas adalah jalan terbaik.

 Memandangkan peluang mereka didalam UMNO untuk menegakkan kebenaran telah tertutup rapat. Keluar parti adalah jalan paling bermaruag dan dengan tindakan ini mereka bebas untuk berceramah dimana saja untuk meluahkan kepincangan .Tidak perlu takut lagi sebab masyarakat telah menetapkan pendirian bahawa kepimpinan UMNO perlu ditolak. Oleh itu persiapkan diri untuk mengolah kerajaan campuran.

Kalau diri tidak berani berubah anda sendiri bakal diubah. Hanya waktu akan jadi saksi.

                 Cahaya Al Majid









Wednesday 3 February 2016

THR PROMISED LAND : ANDA TERKESAN ?

Bismillahhirrahmannirrahim.

     MENCARI  TITEKNYA????

Segala pujian bagi Allah. Tuhan semesta Alam. Bersujudnya hati tunduk dihadapan Nya.Terlaksana semua kehendak Nya. Segala sesuatu yang terjadi adalah atas ketentuan Nya juga. Tiada suatupun yang terlindung dari Nya melainkan semua itu adalah kehendak Nya.

Ketahuilah bahawa alam dunia ini semakin singkat. Jangkahayatnya tidaklah terlalu lama . Lamanya ibarat bayi sedang menyusu dibadan ibunya.

Ketahuilah seluruh kerangka bumi ini ibarat tulang belulang dibadan manusia. Diwaktu muda ianya amat kuat tetapi apabila tua ianya menjadi rapuh dan reput. Begitulah adanya tentang bumi ini. Tidak lagi segagah dahulu.

Dibajak, dirata, dikambus, dikorek dicerucuk, dihentak, disimen, dibaja, diracun dan  dibom. Bukan sekali sekala tetapi setiap hari. Tanah yang gersang diairkan, tanah yang berair dikeringkan, sungai diluruskan, tebing pantai diratakan, semuanya gara gara tangan manusia. Tiada seincipun tanah dunia terlepas dari kerakusan nafsu manusia.

Dari utara hingga selatan, bergerak ketimur menuju barat semuanya terusik. Tiada satu ketinggalan, begitulah semahunya.

Manusia ibarat debu debu yang melata. Ditiup dihela berterbangan tanpa arah. Berdebu , keberadaanya ada  diistana istana dan ada juga yang melata merempat menagih simpai manusia .

Ada putih ada hitam dan juga coklat namun semuanya berhati dan berjantung yang mengalir cecair merah didalamnya. Tiada satu yang bersamaan sesamanya, itulah kehendak Nya .

Segala perancangan, segala ketentuan, segala kejadian adalah kehendak Nya. Setiap inci bumi tidak pernah terlepas dari peperangan dari dahulu sehingga kini semuanya tetap sama. Kenapa manusia rakus membunuh sesama sendiri samaada lawan atau rakan tiada satu jadi pemisah. Yang kaya bertambah kuat yang miskin semakin ganas. Adakah ini keadilan ciptaan manusia? Ini semua tiada penentu melainkan Allah swt saja yang mengetahui.

Antara sedar atau tidak ,antara cepat dengan lambat ,dunia ini pasti berakhir .
Keberadaan manusia bukanlah selamanya , perjanjian pengakhiran sudah termaktub seawal diperut ibu. Perjanjian kaya atau miskin hidup dan mati, semuanya telah temetri cuma apa yang berlaku kini hanyalah senda dan gurau Allah swt terhadap hamba ciptaanNya.

Pada hakikatnya jika kita ikhlas dan beriman kepada Al Quran dan yakin kepada Yang Esa ketahuilah apa yang berlaku diseluruh alam ini hanyalah permainan "silap mata" ,semata mata untuk menguji keteguhan kasih dan sayang hambanya terhadap Pencipta.

Datangnya kita membawakan keriangan perginya kita diiringi tangisan. Itulah ketentuan " rasa" yang menyelubungi diri manusia.

             Cahaya Al Majid





Tuesday 2 February 2016

THE PROMISED LAND : DENDAM YANG MERUNTUHKAN

Bismillahhirrahmannirrahim.

                 "ASBAB"

Biarpun namanya diusung keserata pelusok negeri dan menjanjikan kepada rakyat bahawa sekiranya mereka dapat menguasai semula negeri maka beliau akan dilantik sebagai ketua negeri.

Itu janji dahulu dan hanya terpakai dikala Barisan Nasional atau UMNO ketika keadaan terdesak . Mengula gulakan rakyat dengan janji janji manis dan akan berubah untuk menjadi lebih baik dari pemerintah terdahulu hanyalah sekadar janji manismu.

Walaupun ketika itu negeri Jelapang Padi ini dikuasai olih Parti Pas dimana Pas berjaya menumbangkan UMNO buat pertama kalinya dan pengalaman pahit ini telah membuatkan UMNO negeri dan juga Pusat menyedari bahawa rakyat telah hilang keyakinan terhadap UMNO dan juga Kerajaan Barisan Nasional.

Walaupun majoriti ahli Adun UMNO yang berkuasa  kini merupakan liabiliti atau penyumbang besar kepada kekalahan UMNO dahulu namun pada PRU 13 juga tiada seorang pun dari mereka yang namanya boleh dijual kepada rakyat sebagai calon untuk jawatan Menteri Besar melainkan Mukhriz.

Melalui dendangan lagu untuk rakyat berjudul Mukhriz Mahathir , negeri Kedah berjaya dijala dan akhirnya Mukhriz dinobatkan sebagai Menteri Besar.

Hari ini semuanya tunggang langgang. Watak Mukhriz yang dijulang dan digahkan oleh Najib dan kuncu kuncu sewaktu kemenangan dahulu dicemburui oleh otai otai pemimpin UMNO .

Kelantangan beliau yang inginkan ketulusan dan kerajaan yang berintrigriti dan bersih yang mendahulukan kepentingan rakyat dilihat sebagai ancaman oleh kepimpinan UMNO Pusat.

Memburukkan lagi keadaan apabila ayahandanya iaitu Tun Dr Manathir yang begitu lantang menentang keberadaan Najib  sebagai Perdana Menteri yang telah terjebak dengan berbagai skandal kewangan yang melibatkan syarikat milik negara dan menyebabkan hutang syarikat  bertapuk tapuk sehingga berbillion ringgit dan ditambah burukkan lagi apabila Najib menafikan bahawa ada kemasukkan dana RM 2.6 billion keakaun peribadinya , namun pada akhirnya dana tersebut ternyata benar benar  wujud  dan didakwa pula sebagai derma dikala Syarikat cetusan idea Najib iaitu  1MDB menanggung hutang RM 42 billion dan rekod perakaunannya dipertikaikan oleh Dr Mahathir, menyebabkan pemimpin UMNO terutama Najib "menyinga"dan berdendam.

"Hilang manis sepah dibuang", " tak dapat tanduk telinga dipulas" begitulah perumpamaan yang paling tepat untuk diungkap kepada tindakan kelompok ini.

Kepuasan hati atau sikap " aku boleh buat apa saja" , atau " aku boss" , diterjemahkan hari ini oleh UMNO Pusat melalui "buah catur" mereka diKedah.

Maka hari ini tercapailah segala cita cita bagi mereka mereka yang mendukong istilah " cash is king" . Istilah mencari pemimpin muda sebagai pelapis yang berwawasan dan berintrigriti dan diterima oleh masyarakat bukan lah keutamaan lagi.

Tiada pelajaran, ikut telunjuk, atau tidak bersih adalah kriteria pilihan UMNO masakini.

Pergelutan kuasa ini adalah perancangan  Tuhan dan ini bakal menjadi "asbab" keruntuhan empire UMNO .

               Cahaya Al Majid










Monday 1 February 2016

THE PROMISED LAND : MAHUKAH ANDA INI TERJADI????

Bismillahhirrahmannirrahim

BUKAN ISLAM NAMPAK LEBIH BAIK

                          Dosa.

Tiada siapapun manusia terlepas dari melakukan dosa. Setiap manusia melakukan dosa samaada kecil atau besar . Hanya sipelaku saja yang mengetahui kesalahanya.

Ada dosa yang diampunkan Allah swt dan ada dosa yang memerlukan keampunan dari manusia. Walau apa pun setiap dosa itu akan dihijab diakhirat nanti dihadapan Allah swt.

Apa yang ingin dikongsikan disini adalah mengenai dosa negara ini. Adakah negara juga berdosa sepertimana berdosanya manusia terhadap pencipta Nya.

Kita imbau kembali kisah yang difirman Allah swt didalam kitab kitab Nya, samaada Zabur, Taurat, Injil mahupun Al Quran yang menceritakan perihal kisah Kisah Nabi terdahulu.

Ambil kisah Nabi Nuh..kenapa Allah swt mendatangkan "banjir besar" sehinggakan Allah swt terpaksa mewahyukan kepada Nuh agar beliau membina sebuah bahtera , adakah kerana kesalahan umatnya ataupun adakah Allah swt mahu membersihkan dosa negara tersebut?

Begitu juga dengan kisah Nabi Luth. Tidakah beliau didatangi oleh dua malaikat yang di utus Allah swt yang mahukan Baginda agar meninggalkan negerinya. Kenapa Allah swt mendatangkan bala kenegeri itu, adakah kerana dosa umatnya atau adakah kerana dosa negerinya? sehinggakan difirman Allah swt bahawa kedua dua Nabi tersebut iaitu Nabi Nuh dan juga Nabi Luth terpaksa meninggalkan negeri mereka.

Apakah signifikanya sehinggkan kedua dua negara tersebut terpaksa dihancurkan oleh Allah swt.

Kita sebagai umat dan juga rakyat negara ini perlu bermuhasabah diri. Renung kembali peringatan Allah swt terhadap dua kisah diatas. Walaupun dua negara tersebut dinaungi oleh dua orang Nabi namun " bala" Allah swt pun tidak terlepas juga..kenapa ?

Sebabnya adalah kerana  umat ataupun rakyat negara itu bersubahat ataupun membenarkan segala kemungkaran untuk terus berlaku. Perlu diingat kedua dua Nabi tersebut bukanlah ketua Kerajaan dinegara masing masing.

Inilah yang kita takutkan. Hanya kerana kesalahan Pemimpin pemimpin yang berkuasa dan rakyat menghalalkan kemungkaran mereka ,kita takutkan bala Allah swt juga bakal tertumpah dibumi ini juga.

Sikap takutkan Pemimpin melebihi takut kepada balasan Allah swt yang terukir kini bakal meruntuhkan lagi keimanan seseorang.

Hanya kerana takut kehilangan kuasa, kedudukan serta harta benda telah menjadikan seseorang itu hilang keyakinan dan keimanan terhadap Allah swt.

Dosa atau balasan Tuhan bukan  lagi menjadi sempadan untuk tidak melakukan kemungkaran malahan bersubahat dan bersengkokol dipamirkan secara terangan.

 Inilah nilainya bagi seseorang manusia kini ,kemusnahan jati diri yang berpandukan ajaran Rasulullah saw dan yang berimamkan Al Quran sudah menampakkan kehancuran.

Islam yang diakui agamanya hanya terpahat di dokumen dan sebutan saja, perlakuan dan tindak tanduk lebih buruk dari Yahudi , itulah Pemimpin bangsa Melayu kini.

Segala dosa dosa ini tertumpah juga dibumi ini dan bala Allah swt pasti datang juga sepertimana bumi Nuh dan Bumi Lut menerimanya.

Mahukah kita digantikan dengan kaum yang lain?
Surah An Nisaa ayat 133
Surah Muhammad      38
Surah Ibrahim            19-20

Fikirkan jika kamu berakal.

           Cahaya Al Majid