Wednesday, 30 March 2016

THE PROMISED LAND : NAJIB MENDABIK..NEGARA TERJERAT..

Bismillahhirrahmannirrahim.

       "SENGAJA SESATKAN DIRI
         DALAM TERANG"

Kita sangkakan skandal yang membaluti diri Najib semakin reda, tetapi sebaliknya kes ini semakin besar pula. Kalau dahulunya hanya WSJ dan Sarawak Report saja yang cuba mengorek dan memaparkan salahlaku Najib tetapi kini syarikat Australia pula iaitu ABC mendedahkan detail tranksaksi terhadap kemasukkan dana yang tidak sah taraf keakaun Najib pula.

Lepas satu satu berita hangat mengenai skandal Perdana Menteri meledak disana sini. Walaupun ABC mengesahkan kemasukkan dana yang berbillion ringgit keakaun Najib yang dikata berpunca dari derma anak Tok Arab itu yang telah disahkan kebenarannya oleh Pejabat Perdana Menteri tetapi yang mengusarkan rakyat , jumlah yang diterima Najib ini bukan lagi RM2.6 billion tetapi angkanya telah mencecah hampir RM4 billion. Dari manakah punca dana ini?  Adakah anak Tok Arab juga yang menderma kepadanya?

ABC mendedahkan lagi bahawa semua dana selain dari SRC International yang masuk keakaun peribadi Najib semuanya berkait rapat dengan pinjaman 42Billion oleh 1MDB. Tranksaksi atau urusniaga yang temeteri dengan Petrosaudi serta beberapa syarikat pelaburan yang dinyatakan ABC
semuanya menjurus kepada urusan penipuan secara terancang dan tertakluk dibawah kategori "pengubahan wang haram".

Disinilah, samaada Najib ataupun Kerajaan Malaysia mahupun Ahli Parlimen BN ataupun Institusi Yang Di Pertuan Agong, perlu mengheret "fitnah" yang didakwa oleh ABC mahupun Wall Street Journal ataupun Sarawak kemuka pengadilan demi maruah dan penghinaan yang dibuat terhadap Perdana Menteri negara ini.

Kerana keterlanjuran Ambank yang didakwa terbabit dengan "pengubahan wang haram", ANZ selaku pemegang saham terbesar dalam Ambank, sebagai mengambil tanggungjawap terhadap kesalahan Ambank, maka, ANZ bakal melepaskan pegangan mereka, kerana tidak mahu bersengkokol dengan "kes" jenayah terancang yang melibatkan kuasa tertinggi negara ini.

Sedar atau tidak, kini kuasa kuasa besar ekonomi didunia mula melepaskan kepentingan  mereka sedikit demi sedikit. Walaupun Kerajaan cuba untuk menafikan hakikat ini, namun kebenaran dan impak bakal kita lihat pada bulan bulan yang mendatang.

Walaupun Najib dan kepimpinanya cuba bersilat dan  menafikan salahlaku mereka dengan kata kata namun pendedahan demi pendedahan yang terbongkar diluar negara bakal menyesakkan lagi UMNO dan Kerajaan Barisan Nasional.

Samaada Celik atau buta, samaada melihat dengan telinga atau mendengar dengan mata,  Dr Mahathirlah "khalifah"nya, sebabnya  UMNO dan Ahlinya " sesat dalam terang"  atau "meraba dalam terang".

                 Cahaya Al Majid






Tuesday, 29 March 2016

THE PROMISED LAND : SIAPA BADUT ?

Bismillahhirrahmannirrahim.

   "BADUT MENGGADAIKAN"

Kemaafan jua dipinta dari semua pelayar atau tetamu yang sanggup singgah dan membaca dan mendekati blog ini. Sebenarnya saya baru balik dari Kota Singa kerana mempromosi produk saya.

Walaupun seminggu saya disana hanya 4 hari saja Expo itu berlangsung . Terima kasih kepada Megaexpress International(S) Pte Ltd kerana jemputan ini.

Jauh disudut hati ini merasa sedih dan amat terkilan kerana pada suatu masa dahulu negara Singapura ini adalah sebahagian dari Tanah Melayu tetapi disebabkan kelemahan "otak pemimpin Melayu" serta kecurangan" pemimpin Melayu dalam mempertahankan "hak orang Melayu " maka semua itu tergadai, seperti mana tergadainya Pulau Batu Putih. Begitulah kecekapan dan "kehebatan" nya perancangan para Pemimpin Melayu samaada dari Perikatan mahupun Barisan Nasional yang kesemuanya bertunjangkan UMNO.

Kita rasa hanya setakat itu saja yang dilupuskan oleh orang UMNO rupa rupanya banyak lagi khazanah atau hak milik negara yang, telah dan sedang dijual.

Baru baru ini pula syarikat milik penuh 1MDB iaitu  Edra  Energy telah menjual semua  syarikat IPP nya kepada syarikat milik negara China.  Syarikat yang dijual pada harga kerugian ini dahulu semuanya milik rakyat Malaysia, tetapi IPP ini pula dibeli dengan harga yang tinggi dan ada diantaranya pula lesen yang dah nak luput juga dibayar dengan harga yang tinggi pula. Inilah kepandaian tahap mega Penasihat Agong 1MDB. Tergadai juga !!

Bandar Malaysialah, tanah TRX la dan bermacam macam lagi yang dahulunya milik Bumiputra tetapi hakmilik ini dijual juga kepada 1MDB dengan harga murah tetapi akhirnya pegangan majoriti hak pembangunan tanah ini juga sudah jadi milik negara China juga akhirnya. Tergadai juga lagi!!!

Semua ini gara gara Pemimpin UMNO yang tak berotak perasan pandai tetapi akhirnya semuanya hilang hak sepertimana hilangnya  hak rakyat negara ini terhadap pulau Singapura dan juga Pulau Batu Putih. Semuanya kerana kebodohan Pemimpin UMNO itu sendiri.

Yang diracunkan kepada rakyat, kalau kaum Cina memerintah, melayulah yang bakal merempat tetapi sedarkah mereka bahawa Pemimpin UMNO lah yang memerempatkan Bangsa Melayu kini. Cuba lihat di Pulau Pinang berpuluh tahun negeri ini berada dalam Barisan Nasional dan UMNO yang menjadi tunjangnya, kenapa pembangkang (DAP) dapat menguasai negeri ini dan ramai Melayu merempat dan tidak berumah? Adakah kerana DAP ataupun PKR ?
Berpuluh tahun negeri ini dibawah MCA dan Gerakan , apa yang mereka buat????

Apa yang kita saksikan kini hanyalah perebutan kuasa dikalangan ahli ahli politik, baik dalam UMNO,DAP, PKR mahupun PAS tetapi sedarkah kita bahawa apa yang direbutkan ini sedikitpun tidak membantu Bangsa Melayu melainkan keuntungan duniawi buat puak puak ini. Itulah yang terjadi. Yang tetap menjadi mangsa dan yang terbeban dengan masaalah ciptaan mereka  adalah rakyat semuanya.

Kini satu Malaysia diseret dengan kelemahan pentadbiran, samaada soal ekonomi mahupun soal maruah.

Rakyat terbeban dengan kenaikan kos barangan dan kos sara hidup. Peningkatan kos hidup semakin memuncak tinggi semuanya disebabkan nilai matawang kita yang semakin lemah dan rendah. Kenapa?  Salah rakyat ke ataupun kerajaan sememangnya lemah?

Tak cukup dengan itu, intrigriti dan maruah negara sudah mula tercemar. Presiden UMNO @ Perdana Menteri terpalit dengan berbagai skandal dan ini memberi implikasi negative terhadap pertumbuhan serta kemasukkan pelabur negara ini.

Kalau setakat Lim Kit Siang ataupun Dr Mahathir yang didakwa terlibat rasuah tidaklah mengusarkan kita tetapi ini tidak, Perdana Menteri Malaysia @ Menteri Kewangan @ Penasihat 1MDB aka Presiden UMNO pula yang didakwa terlibat dalam berbagai skandal..tidak ke haru dibuatnya.

Tak cukup dengan itu,Parti UMNO pula sedang bermasaalah, ahli ahlinya sedang berkecamuk . Ada yang menyokong Presiden dan tak kurang pula yang nenentang. Semuanya gara gara skandal yang terpalit dibatang tubuh presiden mereka. Isunya RM2.6 billion , RM42 Juta, Alasan bertukar tukar, Menipu dan yang terhangat hutang 1MDB 42 billion, duit masuk akaun Peribadi Perdana Menteri, perbelanjaan boros PM yang tidak setara pendapatannya begitu juga dengan pemecatan Muhyiddin , Shafei Afdal serta beberapa individu ternama, semuanya menjuruskan lagi ketempangan pegangan politik negara ini.

Apa yang berlaku ini telah merosakkan dan merudumkan lagi reputasi Kerajaan negara Malaysia serta intrigriti Institusi Yang Di Pertuan Agong  dan Majlis Raja Raja yang telah memperkenankan Najib Razak sebagai Perdana Menteri Malsysia.

Siapa badut dan siapa dibadutkan.
Lu... timbanglah...

                 Cahaya Al Majid






Tuesday, 22 March 2016

THE PROMISED LAND : GABENOR DAH NAK JADI RAJA KE?

Bismillahhirrahmannirrahim.

"KADUK DAH NAIK JUNJUNG KE?"

Negara kita dibarisi oleh 9 Raja Raja Melayu cuma gelaran mereka saja yang berbeza. Ada yang dipanggil Raja ada yang digelar Sultan dan ada yang bergelar Yang Di Pertuan Besar.

Tetapi bagi negeri negeri yang tidak mempunyai Raja atau Sultan maka Gabenor adalah Ketua bagi negeri negeri tersebut. Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak dinaungi oleh Gabenor yang bergelar Tuan Yang Terutama. Mereka mereka ini adalah wakil Yang Di Pertuan Agong dinegeri negeri yang tidak beRaja dan mereka ini bukan dari kalangan kaum kerabat  mahupun keturunan Raja.

Sebenarnya Gabenor atau TYT ini tidak mempunyai kuasa diatas pentadbiran sesebuah kerajaan negeri malahan mereka hanyalah sebagai "lambang" yang mewakili YDPA .

Sepatutnya Kuasa memileh Gabenor ini seharusnya dipileh oleh YDPA melalui nasihat dari Majlis Raja Raja. Tetapi apa yang dilihat kini seolah olah Jawatan Gabenor ini dipileh oleh Perdana Menteri cuma perkenannya saja dari YDPA .

Ini dapat dilihat melalui perlantikan Tan Sri Taib Mahmud iaitu bekas Ketua Menteri Sarawak dan Tun Khalil Yaakob iaitu bekas Menteri Persekutuan. Kedua dua orang ini adalah ahli politik dari parti Pemerintah.

Untuk menguatkan lagi dakwaan bahawa Jawatan ini sememangnya dari kuasa Perdana Menteri,  semalam Tan Sri Munyiddin ada menyebut bahawa Perdana Menteri menawarkan kedudukan sebagai Gabenor Pulau Pinang kepada beliau, dan dengan tawaran tersebut maka sahihlah bahawa YDPA atau Majlis Raja Raja tiada hak tentang pemilihan calon Gabenor.

Cuba kita fikir sejenak, kan negeri negeri yang tidak bersultan atau beraja ini dipayungi oleh YDPA, tidakkah selayaknya YDPA atau Majlis Raja Raja yang memileh dan memutuskannya.

Disebabkan jawatan ini diberi atau dipileh oleh Perdana Menteri dan bukan oleh YDPA atau  Majlis Raja Raja maka perlanggaran adat dan warna di Raja ,dipakai seweneng wenengnya tanpa menyedari status diri . Atau mungkin Gabenor ini terasa dirinya sudah setaraf Raja ataupun Sultan.

Gabenor Melaka dah naik taraf ke ataupun dah nak jadi Sultan Melaka?
Layakke menggunakan alas warna "kuning diraja", apabila menerima hadiah atau pemberian???

              Cahaya Al Majid



Monday, 21 March 2016

THE PROMISED LAND : LAGI BANYAK DIUNGKIT SEMAKIN BUSUK JADINYA.

Bismillahhirrahmannirrahim.

Lain yang ditanya lain yang dijawap.

Yang ditanya oleh Mahathir tak berani pula Najib jawap. Yang menjawap semuanya "tentera" tahap  2 star Jeneral.

Mereka yang tahap 2 star jeneral ni pulak suka menokok tambah dan jawapan pula setara budak derjah 6 dan jawapan  selalunya terkeluar dari topikm

Tetapi yang paling kesian , puak nilah yang mengungkit kisah 22 tahun dahulu. Kalau dahulu semuanya wangi belaka tetapi sekarang semua yang telah berlaku semuanta berbau"taik" . Begitulah hakikatnya ahli UMNO ini.

Kalau dahulu merekalah juak juak yang selalu mengharap imbuhan dari atas dan mereka ini jugalah yang mendokong segala aspirasi Mahathir. Tetapi kini semuanya telah beralih kiblat.

Nak kata tak faham bahasa semuanya pandai pandai belaka tetapi apa yang dibentangkan Mahathir tentang " deklarasi selamat kan Malaysia tidak pula berani menafikan, tetapi tentang alih alasan, mereka lah champion.

Semua rakyat tahu dan sedar bahawa Najib sedang mencengkan kuasa , semua ajensi Kerajaan dalam genggamnya tetapi kesedaran yang cuba diterangkan Mahathir ini pula, dijadi senjata untuk memburukkan Mahathir sebaliknya.

Kita yang diluar UMNO ni faham dan jelas akan kerungsingan mantan Presiden mereka terhadap masa depan parti UMNO namun disebabkan kepentingan peribadi dan takut hilang jawatan yang disandang maka menentang Mahathir dan mempertahankan Najib walaupun Najib dengan sengaja menyorokkan dana derma yang masuk ke akaunnya, namun menghalalkan kesalahan Najib adalah keperluan dan kemestian bagi setiap ahli.

Nampaknya sikap hasad dengki semenangnya berkembang maju dalam UMNO dan gejala ini pula telah dijadikan amalan tradisi selepas  Pak Lah.

Menbalun dan membusukkan seseorang sekiranya  tidak sealiran dan tidak bersependapat dengan kepercayaan mereka adalah perkara biasa.

Betullah kata kata orang dahulu, UMNO ni perosak adat dan beradap Bangsa Melayu. Manakan tidak ,yang bukan Melayu pun boleh menjadi Melayu sekira menjadi ahli UMNO.

Sebenarnya UMNO bukanlah kerana Melayu tetapi UMNO telah me"melayu"kan orang bukan Melayu.

               Cahaya Al Majid








Sunday, 20 March 2016

THE PROMISED LAND : KAYA!! KAYA!!"UMNO KAYA RM200 BILLION" DAKWA RPK

Bismillahhirrahmannirrahim.

ADAKAH UMNO NAJIB DAN PIMPINANYA
MAHU MENAFIKAN RM200 BILLION


Adakah benar seperti yang didakwa RPK bahawa UMNO mempunyai kekayaan melebihi RM200 billion yang tersimpan ataupun terperam sepanjang mereka menarajui negara ini?

RPK sendiri mendakwa bahawa semua kekayaan UMNO  itu tersimpan dan diamanahkan kepada beberapa individu yang dikata rapat dengan pemimpin.

Biar betik..UMNO kumpul harta berbillion ringgit?

Nampaknya bukan kuasa politik saja yang mereka bermati matian mempertahankannya tetapi kerana kekayaan harta dunia jugalah mereka sanggup menghalalkan yang bathil.

Isu yang diketengahkan oleh RPK ini sekiranya benarlah, maka, seluruh ahli UMNO samaada yang hidup mahupun yang telah mati,  wajib bertanggungjawap diatas semua dosa ataupun perbuatan pemimpin pemimpin yang mereka pileh kerana telah bersengkokol ataupun bersubahat dalam mencuri wang negara atau dana kepunyaan rakyat demi kelangsungan dan kepentingan parti mereka.

Tidak kira siapa, samaada Mahathir ke, Pak Lah ke waima Najib sekalipun yang pernah atau yang sedang menerajui parti ini, wajib, menjelaskan isu yang dibangkitkan oleh RPK ini.

Apa benarkah UMNO memiliki hartakekayaan melebihi RM200 billion hanya melalui kuasa politik?

#kalau rm2.6 billion dan rm42 juta boleh masuk keakaun Najib tanpa pengetahuan ahli..rasanya RM200 billion milik UMNO mungkin tidak mustahil. Tetapi cara mana UMNO dapat duit ? UMNO berniaga apa haa?

       Tak kan gadai Melayu kot!!


                  Cahaya Al Majid


Saturday, 19 March 2016

THE PROMISED LAND : ADAKAH "N" PENGAKHIRANYA. BHG AKHIR

Bismillahhirrahmannirrahim.

      "JALAN MATI DIDEPAN"

2018 adalah tahun penentuan. Mandat Pru 13 bakal berakhir pada 2018 manakala mandat YDPA Sultan Kedah sebagai Agong pula bakal berakhir pada 2017.

YDPA Sultan Kedah merupakan Agong yang ke 14 tetapi kali ini merupakan kali ke 2 Baginda diangkat sebagai YDPA setelah satu pusingan atau pengiliran Raja Raja Melayu telah berlaku. Hanya baginda seorang saja yang berkesempatan untuk kedua kalinya.


Apa yang bakal berlaku merupakan satu pengakhiran terutama kepada parti politik yang telah lama mendemonasi persada kuasa dinegara ini iaitu UMNO. Walaupun kelompok UMNO masih mahu menafikan "aturan" ini namun dengan segala "kebetulan yang diatur"telah menjurus mereka kearah yang ditetapkan.

Melanggar pantang, melangkah sumpah serta menafikan yang hak sejak bertahun tahun telah membebankan lagi imbangan yang semakin menipis ini. Suka atau tidak berisi atau lompong isinya pasti pahit dan kelat untuk dikunyah. Begitulah ketentuan bagi mereka yang bersumpah dan beramanah yang dilafas atas nama bumi ini.

Cobaan dan dugaan yang sileh berganti hanyalah permainan perjalanan untuk bumi ini namun disebabkan langkah sumbang serta nyanyian yang tidak mengikut rentak dan tempo maka penyahan calon yang tercalon sangat mendebarkan buat seisi alam bumi ini.

Hak Tuan yang berhak telah disisehkan. Darjat yang sepatutnya terpakai dibatang tubuh Tuan sebenar dibakar jubah nya. Tanah yang menjadi milek dan hak mereka telah digali dan diisi dengan tuba..apa lagi yang tinggal..hak tuan sebenar telah digadai..masih kah bermaruah..

Pesaka berasal di balai
Takhta bertukar harta
Maruah tidak dinilai
Titah bertukar kata kata

Pesaka menuntut hak
Maka "N" adalah penghujungnya dan "Nun" jugalah permulaan buat Bumi Meem ini.

"Selamat kembali kepada jiwa jiwa yang tenang".

                 Cahaya Al Majid




THE PROMISED LAND : GIGITAN DR MAHATHIR ..NAJIB LUKA PARAH

Bismillahhirrahmannirrahim.

           LEMBUT SUARANYA
           KENAPA KEPANASAN

Nazri kata " baling gelas pun tak pecah",itulah perumpamaan kata kata yang digambarkan oleh Nazri terhadap batang tubuh Dr Mahathir yang telahpun melangakui usia 90 tahun itu.

Nazri , pencacai dan pemakan dedak serta puak puak UMNO hanya melihat dari luaran saja dan apa yang berdiri tegak menungkat batang tubuh Mahathir tidak terlihat oleh pandangan mata kasar mereka.

Apa yang terlihat dipandangan mata mereka hanyalah sosok tubuh badan Mahathir yang semakin lembik dan kulit yang telah berkedut, dan mereka merasakan bahawa diri Mahathir itu seolah olah "kosong"dan tidak berjiwa.

Nak kata macammana " jangan salahkan ibu yang mengandungkan" jiwa jiwa yang terkhikaf dan tersalah jalan ini.

Rupa rupanya tubuh badan yang sasa atau sado bukanlah takrifan yang setara dengan Mahathir, hanya dengan pandangan, kata kata serta suaranya yang lembut menghurai persoalan telah menyebabkan Najib mengelupor seolah olah bermandi dan bernafas dalam lumpur.

Mula kata  tindakan Mahathir tidak mendatangkan kudis terhadap Najib dan UMNO , alih alih, kini semua Pendukong Najib dan UMNO telah mula mengerakkan tindakan "selamatkan Najib".

Kini puak Najib sana sini telah mengelupor kelemasan. Bukan kelemasan kerana terendam dalam air tetapi kelemasan kerana dipandang serong oleh rakyat.

Kalau dahulu Nazri kata Mahathir bukan sapa sapa hanya setakat rakyat biasa saja tetapi hari ini dan juga bukan esok ataupun tulat..kini setiap hari puak UMNO menyalak kat Mahathir macam salakan anjing gila.

Renung kes semalam. Jamal Ikan Bakar aka Panglima UMNO berserta 400 pengikutnya menyalak dihadapan Pejabat Mahathir..aai..Nazri kata orang tua tu..baling gelas pun tak pecah..tetapi kenapa perlu angkut bala tentera..

Inilah UMNO..rakyat tengah marah dengan Najib..bukan nak meredakan kebencian dan kehangatan tetapi menambahkan lagi kepanasan. Inilah yang terjadi, apabila samseng diangkat sebagai ketua..

                         Nasibla...

Padamkan api dengan api..elokla tu

                     Cahaya Al Majid



Friday, 18 March 2016

THE PROMISED LAND: SOKONGAN 47% DAH KELAUT..UMNO IKUT SKALI KE???

Bismillahhirrahmannirrahim.

   LUPA DIRI ATAU BUAT BUAT LUPA

Perpatah Melayu ada mengatakan " bukit sekiranya ditarah lama lama pasti rata" begitu juga dengan perumpamaan " sikit sikit lama lama pasti membukit".

Kekuatan UMNO masa kini hanya gah pada suara . UMNO yang didakwa mempunyai keahlian tidak melebihi 4 juta ini dilihat semakin goyah dan bermasaalah.

Masaalah yang melanda kali ini sepatutnya adalah isu peribadi Presiden dan tiada sangkut paut dengan UMNO tetapi apabila Presiden telah "mengumnokan" isu ini maka tidak secara langsung seluruh ahlinya kini dipertanggungjawapkan dan terpaksa menggalas semua dosa dosa Presiden diatas dikepala mereka.

Perlu diingat oleh segenap ahli UMNO bahawa menghalalkan salahlaku serta rasuah yang dilakukan Presiden sama lah tarafnya seperti bersubahat atau bersengkokol . Kalau diikutkan hukum , hukuman bagi orang orang yang bersubahat adalah lebih berat dari pelaku. Tetapi puak ini tidak peduli pun.

Walauapapun, hukum Allah swt dilihat lekeh dan diperlekehkan pula oleh puak ini. Bagi mereka apa yang penting, hajat tercapai. Dan mungkin mereka menganggap bahawa Najib dah bertaubat kerana Najib telah beberapa kali menunaikan umrah dan mereka mungkin meyakini bahawa dosa Najib telah terampun semuanya.

Dari apa yang dapat dilihat kemungkaran bukan lagi keutamaan untuk dibenteras oleh puak UMNO. Selagi seseorang itu berjawatan Perdana Menteri atau memegang jawatan presiden UMNO maka segala kesalahan atau salahlaku samaada secara terang atau tersembunyi, semua adalah halal.

Tiada apa lagi yang tinggal dalam UMNO.  Segala kebaikkan yang telah disemai oleh  pemimpin terdahulu semuanya telah dicemar oleh pempimpin kini. Segala kebaikkan terdahulu bukan lagi dianggap sebagai melunaskan tanggungjawap tetapi dicop sebagai menghabiskan duit rakyat dan tidak berfaedah.

Kini program mencaci, menghina dan mengungkit sejarah lampau dijadikan senjata bagi mempertahankan diri dalam menghalalkan perbuatan salahlaku mereka.

Apa yang berlaku , perbuatan ini dilakukan sendiri oleh mereka mereka yang pernah duduk di saf pertama dimana pada ketika itu mereka juga sanggup menggadaikan diri , jual maruah ,asalkan dapat makan sedulang dengan Presiden.

Adakah dengan segala carca marba politik UMNO ini,  UMNO masih menjangkakan bahawa sokongan 47% undi popular akan berpihak kepada mereka ?

Atau mereka sememangnya mahu menguburkan parti mereka demi seseorang yang bernama Najib?

              Lu fikirlah sendiri..
          Mahathir dah sedar diri
        Ahli UMNO sedar diri ke???

               Cahaya Al Majid






THE PROMISED LAND : MEREKA WAJIB MEMBERSIHKAN DIRI DIMAHKAMAH.

Bismillahhirrahmannirrahim.

"Tiada angin manakan pokok bergoyang."

Orang UMNO menuduh Lim Guan Eng kerana salah guna kuasa untuk kepentingan diri. Lim Guan Eng didakwa membeli harta dibawah harga pasaran kerana kedudukannya sebagai Ketua Menteri.

Tetapi rakyat pula berpendapat bahawa tindakan Najib menerima dana RM2.6B dan RM 42 juta yang dikata "derma" itu pula menyalahi undang undang seperti yang diperakui dalam akta SPRM.

Tidakkah kedua dua  kesalahan yang didakwa ini sepatutnya dibawa kemuka pengadilan(Mahkamah). Janganlah kerana seorang itu berjawatan Perdana Menteri dan seorang lain Ketua Menteri maka keadilan tidak ditegakkan.

Perlu diingat rakyat memileh pemimpin bukan untuk diberi lesen kepada mereka untuk mengingkari undang undang negara tetapi sebaliknya mereka perlu patuh pada undang undang. Kuasa yang disandang itu pula bukan bererti mereka "kebal" dan tidak terusik oleh Undang undang .

Oleh itu wajib bagi pihak berwajib samaada SPRM atau yang sewaktu dengannya,  menyelesaikan isu ini sebab penyalah gunaan kuasa telah berleluasa.

                Cahaya Al Majid


Thursday, 17 March 2016

THE PROMISED LAND : KEBENARAN NAJIB YANG TIDAK DISOROK

Bismillahhirrahmannirrahim.

Masih nak menafikan?

Inilah mercu tanda baharu yang dilakar oleh Presiden UMNO @ Perdana Menteri Malaysia aka Pengerusi Barisan Nasional ataupun Menteri Kewangan aka Penasihat 1MDB.

HUTANG NEGARA
RM630 BILLION
Bersamaan 54.5% KDNK
SILING NAZAK : 55% KDNK

Adakah ini semua salah Tun M
Atau adakah negara sedang menuju kepuncak?

Jangan salahkan BN atau UMNO

Ini semua hutang rakyat bukan hutang Menteri .

Kan hutang 1MDB dah settle.

So apa masaalah..

Rakyat boleh cip in kan untuk stabilkan hutang negara kan..


           Cahaya Al Majid

Monday, 14 March 2016

THE PROMISED LAND : BEDEGAR NAJIB MENGAKU TAPI...

Bismillahhirrahmannirrahim.

   "YANG MANA SATU BENAR"

Berani kerana benar.  Kebenaran inikah yang membuatkan Najib beriya iya melaungkan kepada seluruh rakyat bahawa Sultan Johor "pekena teh" dengan beliau serta sekereta dengan Sultan dan kereta itu dipandu oleh Sultan sendiri.

Berdegar degar suara Najib dalam membenarkan kisah yang berlaku ketika lawatan sambil kerjanya di Johor tempoh hari. Isu yang dihangatkan dan yang diviralkan yang mengatakan perkara sebaliknya...secepat kilat Najib menafikan isu itu. Yang menghairankan berani pulak Najib bersuara...tetapi tak da pulak suara suara pengampu pengampu kedengaran..mengapa eek..

Tetapi yang tak leh tahan..sudah berkajang kajang tuduhan mengatakan Najib songlap duit 1MDB yang didakwa masuk keakaun beliau oleh Wall Street Journal serta Sarawak Report dan beberapa lagi tulisan dimajalah antarabangsa , tidak pulak berani Najib menafikanya, tidak seperti kes sehari dengan Sultan Johor..sepantas kilat dia menjawab.

Kalau kerana berpegang pada hakikat "berani kerana benar" kenapa tindakan beliau berpileh pileh..atau adakah benar apa yang dibocorkan oleh penulis luar itu???

   Macam macam perangai Najib ni kan!!

                 Cahaya Al Majid



THE PROMISED LAND : ADAKAH "N" PENGAKHIRANYA. BHG 5

Bismillahhirrahmannirrahim.

       "ANTARA TITAH DAN SABDA"
               NEGARA SEMAKIN PARAH

Bukan menafikan tetapi ini adalah kebenaran. Kebenaran yang pahit untuk dihadam.

Perlu diingat bahawa Kesultanan Johor hanya bermula selepas penghijrah atau pelarian seisi Istana Raja Melaka keJohor apabila Belanda menawan Melaka.

Tetapi Kerajaan Melayu sebenarnya adalah di Rembau dan pada era Sultan Muzaffar Shah perhubungan antara Kesultanan Melaka telah terjalin erat .

Yang menbezakan dua kerajaan ini adalah melalui ungkapan dari Raja atau Sultan mereka. Ucapan Raja disebut sebagai "titah" sementara ucapan Pemimpin Kerajaan Melayu Rembau pula dipanggil " sabda".,Dan untuk pengetahuan umum sehingga kini ucapan oleh mana mana batang tubuh Undang Yang Empat yang bersukukan "bidunda" tetap dipanggil "sabda".


Ucapan atau kata kata dari Yang DiPertuan Besar juga disebut sebagai "titah" dan disinilah letaknya ketinggian nilai diri Pesaka yang dipegang oleh Datuk Undang Yang Empat berbanding Raja mahupun Sultan.

Raja atau Sultan boleh berkahwin dengan orang kebanyakan dari berbagai latarbelakang ataupun dari bangsa lain tetapi , untuk batang tubuh diri yang ingin mewarisi pesaka Biduanda Undang Yang Empat maka untuk berkahwin dengan orang yang tidak bersuku atau orang luar maka hak untuk mewarisi Pesaka Biduanda Undang Yang Empat terbatal dengan sendirinya.

Begitulah teguhnya perjanjian dan sumpah Pesaka Biduanda dibumi ini.

Walaupun Institusi Raja , Institusi YDP Agong ,Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri selalu mengenepikan keujudan dan Kepentingan Instutusi Undang Yang Empat ini namun "pesaka" yang ditangan Biduanda Undang Yang Empat ini serta " perjanjian lama "yang temetri diantara kuasa "titah" dan "sabda" saja yang tahu akan pengakhiran "RAHMAN" ini.

Martabat " titah" dan " sabda" berkait antara satu sama lain.

                   Bersambung

                Cahaya Al Majid







THE PROMISED LAND : SANGGUP KE KALAU NEGARA INI DIBOIKOT DUNIA??

Bismillahhirrahmannirrahim.

Nama dahlah busuk.  Pandangan negara luar dah semakin menjengkel terhadap negara. Mendabik sebagai negara Islam progresif dan mengikut sunnah tetapi tindak tanduk mengalahkan kafir. Itulah yang terjadi kini.

Hanya kerana dihalalkan oleh AG Apendi, seluruh saf pemimpin pilihan Najib, memperlihatkan sikap siapa juara diantara juara yang berjaya menobatkan Najib  sebagai manusia yang "paling suci" dan Perdana Menteri " anugerah tuhan" dan manusia yang paling sempurna diMalaysia sehinggakan keseluruhan kepimpinan BN dari utara hingga ke selatan termasuk Sabah dan Sarawak , yang sanggup sujud dikaki Najib demi memeluk kuasa dan kekayaan.

Semua pemimpin pemerintah Kerajaan BN samaada Melayu atau bukan Melayu atau yang beragama Islam ataupun bukan Islam, samaada di Sabah mahupun di Sarawak ,semuanya mengaku bersetia bahawa Najib tidak melakukan sebarang kesalahan selagi Najib menjawat jawatan Perdana Menteri dan kedudukan beliau adalah diatas undang undang tetapi Raja Raja Melayu ataupun Sultan tetap tertakluk dibawah undang undang dan Perlembagaan.

Apa saja buah tangan atau buah fikiran Najib semuanya dihalalkan samaada oleh BN, UMNO, Menteri  Kabinet, MT mahupun Ketua Bhg UMNO tidak ketinggalan juga mereka mereka yang mendapat habuan samaada secara terus atau sebaliknya semuanya menghalalkannya.

Walaupun bertubi tubi persoalan di Parlimen ditimbulkan namun penghalalan juga dilakukan oleh Speaker Parlimen dan perbuatan ini mencerminkan bertapa rakusnya perbuatan membenteng Najib dibuat demi mengagalkan kebenaran dari didebat .

Hari ini negara luar memandang rendah terhadap negara ini. Ketelusan ,hak asasi manusia dan kebebasan bersuara berada diparas paling terendah. Kebebasan sebenar telah terhakis dan hanya suara kerajaan dan suara pemerintah saja yang halal , suara penentang yang tidak sealiran dengan suara pemerintah akan diblok dan segala sejarah silam penentang diviralkan dan dimomokkan dimedia utama milik kerajaan pemerintah.

Dunia luar sedang memerhatikan. Segala salahlaku dan tindak tanduk parti pemerintah terutama tentang salah laku salah tadbir dan gaya hidup pemimpin parti pemerintah boros dan hooha pasti dipaparkan dimedia milik mereka.

Hanya didalam negara ini saja tindakan pemimpin kerajaan pemerintah dihalalkan tetapi bersediakah kita apabila negara ini diboikot oleh dunia luar? Bersediakan kerajaan kita sekiranya negara kita dikenakan sanction kerana pencabulan undang undang terhadap demokrasi?
Atau bersediakah negara kita sekiranya mereka menuduh bahawa kerajaan negara kita secara langsung terlibat dalam skandal pengubahan wang haram?

Hanya masa menanti saat..

               Cahaya Al Majid












Wednesday, 9 March 2016

THE PROMISED LAND : ADAKAH "N" PENGAKHIRANYA .BHG 4

Bismillahhirrahmannirrahim.

Maaf, terpaksa bagi line untuk isu semasa.

          Siapa terkena "daulat:"

Sehingga coretan ini diluahkan UMNO melalui Parti Perikatan dan terkemudian dikenali pula sebagai  Barisan Nasional pula dan telah menerajui negara ini selama 59 tahun.

Sedarkah kita diwaktu penetapan tarikh pengistiharan ini,  ianya dilakukan melalui kesepakatan para para alim ulama terdahulu diantaranta Syeikh Abdullah Fahim merangkap Mufti Pulau Pinang tetapi yang mengerak dan yang berjuang sehingga terkorban nyawa menentang Inggeris termasuklah golongan ulama dan jumlahnya juga ramai.

Kalau dahulu pemimpin negara yang menggalas tugas adalah kerana amanah.

Apa yang membuatkan negara ini cepat mencapai impiannya adalah kerana doa doa dan keikhlasan  anak bangsa yang menerajui dan mengepalai kerajaan. Setiap doa dan usaha mereka hanyalah untuk menaburbudi dan membalas jasa rakyat.

Walaupun ketika itu institusi Istana hanya berfungsi sebagai pelindung kepada kerajaan rakyat yang baru ditubuhkan namun kesungguhan Pemimpin dalam merealisasi impian kepimpinan dilihat amat sukar.

Dengan segala kuasa ekonomi dimonopoli oleh bukan Melayu serta kelompok bangsawan maka isu pendidikan menjadi kekangan utama .
Tetapi selepas merdeka isu pendidikan bukan lagi menjadi halangan.

Prasa mengenal diri dan batang tubuh bumi ini pada mulanya berada dijalan sebenar tetapi apabila pemimpin mula taksub dan mengandaikan diri bahawa jalan yang dirintis adalah berpasakkan kepada kebenaran yang pada hakikatnya hanyalah ilusi, keberkatan keatas batang tubuhnya  mula "tergantung".

Segala hasil masyul batang tubuh mula hilang keberkatanya. Segala yang dimiliki habis sedikit demi sedikit. Gunung ganang yang merimbun menghijau mula hilang seri. Hasil emas semakin berkurangan dan bijeh besi pula makin hilang harga namun semua hasil kekayaan isi bumi diboloti oleh kaum tertentu pula. Begitulah nasib batang tubuh ini.

Amanah dan wasiat yang dipasakkan oleh Raja Terdahulu yang terpaksa berhijrah meninggalkan bumi Melaka menuju ke Johor demi melengkapkan sebuah pengkisahan telah disia siakan oleh pewaris.

Merapatkan diri demi sebuah janji yang telah temetri diantara Kerajaan Jin Gunung Ledang dengan Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka, dengan "jaminan", telah membebankan lagi fikiran Sultan , namun perjanjian yang telah termaktub itu tiada siapa boleh membatalkan kecuali....

Kini negara ini diperintah melalui kuasa atau suara rakyat melalui jawatan Perdana Menteri. Institusi Raja hanya bersifat pelindung untuk hal hal keugamaan saja. Hala tuju dan kecondrongan mencorak terletak dibahu pemerintah atau kerajaan.

Segala sumpah dan daulat Raja Raja terhadap batang tubuh Kerajaan Melayu yang telah tertembuni sejak azalinya mula dimakan sumpah. Bukan Raja yang menderhakai sumpah moyangnya tetapi pemimpin yang dipileh rakyat yang menderhakai bumi ini.

   Cukup setakat ini....inshaallah..Bhg 5
   akan menyusul..

               Cahaya Al Majid





Tuesday, 8 March 2016

THE PROMISED LAND : KATA TIADA IMPAK?? KENAPA GABRA??

Bismillahhirrahmannirrahim.

        SIAPA MUSUH RAKYAT ?
               ADAKAH NAJIB
               ADAKAH UMNO
       ATAU ADAKAH MAHATHIR

Sebelum ini beriya iya semua pemimpin UMNO mengatakan bahawa apa yang dilakukan oleh Dr Mahathir tidak akan mencatatkan perjuangan UMNO malahan akan menguatkan lagi parti tersebut dan sokongan terhadap pertubuhan mereka tetap kekal dan tidak tergugat.

Semua juak juak yang berkepentingan serta mereka yang mencari tapak untuk bertakhta dihati Najib berlumba lumba mencari ruang untuk mengutuk dan meluahkan perasaan ketidakpuasan hati terhadap tindakan Mahathir yang mereka sifatkan sebagai penderhaka.

Dari apa yang dapat dinilaikan hampir semua yang berkedudukan didalam MKT UMNO sehinggalah NGO NGO yang berpaksikan kepada " limpahan dana politik" semuanya " berkotak" ibarat " ayam bertelur sebiji riuh sekampung" begitulah perumpamaan yang setara untuk mereka.

Hanya kerana "deklarasi selamatkan Malaysia" yang dilihat tidak menyebelahi Presiden UMNO yang mana intipati keseluruhan deklarasi tersebut yang menyatakan tentang salah laku Najib sebagai seorang Perdana Menteri, dan mahukan beliau dilucutkan jawatan Perdana Menteri dari dirinya telah membuatkan seluruh juak juak dan pembodek Najib dan UMNO kepanasan macam cacing.

Segala salahlaku yang membelenggu diri Perdana Menteri cuba dihalalkan melalui pemegang kuasa Penguasa samaada melalui SPRM, PDRM, AG, PAC mahupun Bank Negara. Oleh kerana keengganan pihak berkuasa untuk bertindak demi menegakkan sebuah kebenaran" dinegara ini maka "deklarasi selamatkan Malaysia" dilancarkan.

Dari apa yang dinilai dalam usaha gerakan ini , apa yang paling ketara adalah "penyatuan untuk satu tujuan" -iaitu pegangan dan perbezaan politik bukan halangan, semuanya demi untuk menyelamatkan " maruah, intergriti dan nama baik"  negara dari kacamata negara luar dan pelabur.

Perlu diingat bahawa jawatan Perdana Menteri bukanlah milik mutlak Najib Razak atau milik 3 juta ahli UMNO( yang UMNO miliki hanyalah jawatan Presiden UMNO)  tetapi jawatan Perdana Menteri tersebut adalah milik 30 juta rakyat negara ini yang diGST oleh Najib dan UMNO. Oleh itu segala salah laku atau penyalahan gunaan kuasa oleh Najib perlu diadili dimahkamah dan bukan dengan kuasa AG untuk memutuskannya.

Apa yang dilakukan oleh Mahathir bukanlah satu kesalahan , mungkin kerana kegusaran beliau terhadap kesusahan rakyat yang terbeban dengan masaalah ciptaan Najib yang dihalalkan Pemimpin UMNO , membuatkan beliau berasa berasa bertanggungjawap sepenuhnya terhadap kegagalan pentadbiran Najib.

Baju yang dipakai tidak mencerminkan isihati seseorang.  Terkhilaf kerana pesona keturunan telah membutakan seseorang . Kerana sifat terlalu taksub terhadap kegahan keluarga Mantan Perdana Menteri Tun Abd Razak membuatkan Mahathir hilang pertimbangan dan mencalonkan Najib dalam gerakan menjatuhkan Pak Lah. Namun itu semua tinggal sejarah.

Demi untuk membetulkan keadaan dan untuk menjernihkan parti yang pernah diterajui selama 22 tahun dari terus dipunahkan oleh pewaris pewaris mencuci , menebas dan membakar lalang diladang dilihat wajar demi menghalau atau membunuh haiwan haiwan perosak demi kelangsungan UMNO.

Walaupun cara ini tidak disukai oleh pendukong pendukong Najib demi kedudukan dan laba maka apa yang diluah bahawa tindakan Dr Mahathir hanya " sia sia" sebenarnya memberi impak yang besar kepada kerajaan pimpinan Najib dan masa depan UMNO.

Gerakan yang tidak berpaksikan politik ini telah disambut oleh rakyat dengan hati terbuka cuma ahli politik dari UMNO saja yang cuba memesong niat ini dengan memainkan isu menakutkan orang melayu  iaitu" sekiranya Cina memerintah, hak melayu tergadai".

Apa yang ditonjolkan pemimpin UMNO hanyalah " ketakutan hilang kuasa".

               Cahaya Al Majid




Monday, 7 March 2016

THE PROMISED LAND : ADAKAH "N" PENGAKHIRANYA??? BHG 3

Bismillahhirrahmannirrahim.

     " ADAKAH INI SALAH SKRIP"

Usia kemerdekaan negara bakal mencecah 59 tahun dan usia Penubuhan UMNO pula bakal mencecah 68 tahun , tahun ini.

Dalam usia yang ditakrifkan masih lagi muda namun dalam waktu sesingkat itu negara ini telah diterajui oleh 6 orang Perdana Menteri dan 14 Yang Dipertuan Agong . Dalam kekerapan pertukaran jawatan Perdana Menteri itu hanya Dr Mahathir saja yang memerintah negara ini melebihi 20 tahun.

Manakala dalam sistem penggeleran yang YDPA pula hanya 4 orang Yang Di Pertuan Agong saja yang mangkat ketika memerintah manakala hanya seorang saja Perdana Menteri yang meninggal dunia ketika berkuasa iaitu Tun Abd Razak. Yang lainnya menyerahkan kuasa kepada Timbalan.

Sepanjang kehadiran UMNO sebagai tunjang kepada kerajaan hanya pada tahun 1969 kepimpinan negara dicobai dengan insiden pertembungan antara kaum yang bermotifkan politik. Itulah sejarah hitam buat kerajaan.

Selain dari itu hanya kemalapan ekonomi saja yang menggusarkan negara.

Pertembungan politik yang paling besar adalah ketika pertembungan dalaman UMNO. Dr Mahathir bertembung dengan Tengku Razaligh, Umno terpecah dua dan sekali gus membatalkan pertubuhan itu dan diharamkan pendaftaranya dan terpisahkan dua kem ini . Tengku Razaligh dan rakan sepejuangan menubuhkan parti Semangat 1946.

Tidak cukup dengan itu pemecatan Anwar Ibrahim dari jawatan Timbalan Perdana Menteri telah merubah langskap politik negara. Kalau dahulu Semangat 46 telah memecahkan UMNO tetapi ketika Anwar Ibrahim tersingkir UMNO juga terpecah dan kali ini kesanya amat besar kepada BN dan juga UMNO.

Walaupun semua perkara besar ini berlaku diera Mahathir namun perjalanan Kerajaan dan untung nasib rakyat tidak terjejas. Kenapa?

Kita simpan dulu persoalan ini , okay.

"Tidak akan bergerak sebesar zarah  melainkan semuanya Allah swt yang menggerakkan"
" semua yang melata dibumi ini adalah Allah swt penentuNya."

        SEMUANYA SALING BERKAIT

                   Bersambung

                  Cahaya Al Majid










THE PROMISED LAND : ADAKAH "N" PENGAKHIRANYA . BHG 2

Bismillahhirrahmannirrahim.

    "Kebenaran Yang Tersembunyi"

Hidup mati, ajal maut, jodoh serta rezeki adalah ketentuan Allah swt namun sebagai seorang manusia kita diwajibkan berusaha . Usaha yang dibenarkan semestinya usaha yang tidak melanggar syariat yang diizinkan dalam Islam.

Menyingkap kembali sirah Tanah Melayu. Sebelum kita mencapai kemerdekaan setiap negeri negeri diSemenanjung Tanah Melayu diperintah oleh Raja Raja sendiri dan rakyat bernaung dibawah kuasa Raja mahupun Sultan kecuali Melaka.

Melaka merupakan satu satunya negeri di Semenanjung Tanah Melayu yang tidak beraja selepas era Kesultanan Melaka. Yang diketahui dan yang termaktub didalam sejarah, sultan Melaka telah melarikan diri ke Johor sewaktu Belanda menawan Melaka dan selepas itu sejarah kegahan Melaka terkubur begitu saja.

Kita simpan bab ini dulu.

Imbau kembali , dinegeri manakah pengistiharan kemerdekaan yang pertama kali dilafaskan oleh Tunku Abd Rahman. Tidakkah di Melaka? Tidakah perjalanan pertama Tunku Abd Rahman juga bermula di Melaka ? Tidakkah kita tahu bahawa penubuhan parti Melayu pula berpunca dan bermula dari negeri Johor.

Tetapi kenapa penubuhan parti UMNO dan perjuangan politik orang Melayu bermula dari Johor (Istana Johor)?Kenapa? Adakah kerana kesedaran Sultan Johor sendiri ataupun adakah kerana Dato Onn yang tidak secara langsung sememangnya orang Johor? Apakah sinonimnya antara Melaka dan Johor terutama kepada UMNO.

Kita simpan dulu persoalan ini.

Nama nama Perdana Menteri dan negeri berasal adalah seperti berikut :

Tunku Abd Rahman dari Kedah. Tun Razak dari Pahang . Tun Hussein Onn dari Johor. Tun Dr Mahathir dari Kedah. Tun Abdullah Badawi dari Pulau Pinang dan Najib Razak dari Pahang.

Kiraan : -
Melaka                          6
Johor                              5
RAHMAN                      6
Malaysia                       8
Jumlah                         25

Mengikut turutan abjad adalah RAHMAN. Kalau kita menyingkap Al Quran dan mengira nama Allah swt yang 99 itu maka pengertian nama Ar Rahman bermaksud "yang pemurah".
Dalam bahasa hebrew, Rahman juga membawa maksud yang serupa.

Senarai penukaran YDP Agong semenjak Merdeka                                   14 kali
Tempoh setiap YDPA               5 tahun
Senarai Perdana Menteri       6  
Jumlah                                      25

Dalam Islam Nabi Muhammad saw adalah Nabi dan Rasul yang ke 25 dan Allah swt telah menjanjikan bahawa Baginda adalah Nabi dan Rasul yang terakhir sehingga hari kebangkitan.

Kalau mengikut angka yang dibentangkan angka 25 juga merupakan angka keramat buat perjalanan batang tubuh negara ini.

Mengapa Melaka kenapa Johor dan mengapa 25 akan dikupas dilembaran Bahagian 3.
Kenapa Najib mengapa Mahathir kenapa Malaysia dan kenapa UMNO , apahubung kait dengan "perjanjian bathin", kenapa Khaturah mengapa Gunung Ledang dan kenapa Raja Raja Melayu, inshaallah, dengan izin Nya, akan dipersembahkan buat tatapan semua.

        Aku bukannya aku dan kau
                Bukannya engkau
             
                   Cahaya Al Majid



                         






















Friday, 4 March 2016

THE PROMISED LAND : ADAKAH "N" PENGAKHIRANYA : BHG 1

Bismillahhirrahmannirrahim.

Dah lama rasanya tidak menyentuh tentang "perjalanan" lebih lebih lagi tentang konsep "RAHMAN" yang dipakaikan kepada "batang tubuh" yang bernama Malaysia ini.

Mungkin juga ada yang tidak tahu bahawa nama Malaysia ini telah ujud sebelum negara ini mencapai kemerdekaan lagi. Pada era kemerdekaan negara kita dikenali sebagai Persekutuan Tanah Melayu atau dalam bahasa Inggerisnya dipanggil Malaya.

Itulah serba sedikit mengenai kisah lampau yang perlu kita ketahui sebagai anak bangsa.

Hari ini politik dalam negara kita tengah bercelaru. Semua parti politik samaada parti pemerintah mahupun parti pembangkang semuanya bercelaru dan menjurus kepada kerosakan.

Kalau dulu pemimpin pembangkang selalunya sentiasa tidak sehaluan dengan parti pemerintah tetapi kini dalam parti pemerintah sendiri terdapat pembangkang didalamnya dan begitu juga sebaliknya terhadap pembangkang.

Punca dan sebabnya adalah penyalahgunaan kuasa dan rasuah oleh pemimpin tertinggi parti. Samaada dilakukan demi kepentingan parti atau peribadi hanya mereka saja yang tahu. Tetapi masaalahnya Penjawat Awam atau Kaki Tangan Kerajaan yang bukan dilantik oleh politik juga terjebak dengan rasuah malah kehidupan mereka melebihi kemampuan gaji dan gejala ini amat membimbangkan.

Disebabkan kecurangan dan ketirisan ini telah melonjakkan index penyalahan gunaan kuasa dan rasuah pada skala yang tidak terkawal dan ini meletakkan negara ini pada skala antara 10 negara yang paling korup.

Hari ini  tercatit dalam sejarah moden negara ini, Dr Mahathir yang telah menerajui negara ini selama 22 tahun sebagai Perdana Menteri dari UMNO, dengan lantang menyuarakan kekhawatiranya terhadap corak pemerintahan UMNO yang diterajui oleh anak kepada mantan Perdana Menteri kedua, Tun Razak Hussein iaitu Najib Razak.

Perdana Menteri atau Presiden UMNO iaitu Najib Razak kini sedang bergelut dengan berbagai skandal. Dari skandal Pembunuhan model Mongolia sehinggalah kepada skandal "dana 2.6 b dan Rm42 juta" yang masuk keakaun peribadinya telah menghambat intrigriti dan maruah dirinya.

Segala skandal ini bukan saja diadili oleh rakyat negara ini malahan seluruh dunia sedang memerhatikan tindak tanduknya. Belum pernah terjadi dalam sejarah negara ini ,seorang Perdana Menteri dipalit dengan berbagai bagai skandal sehinggakan didakwa beberapa Penjawat Awam dalam Pentadbiran Kerajaan bersengkokol demi untuk menyelamatkan seorang Perdana Menteri.

Pemecatan, penahanan individu, penyekatan media ekectronik, sosial media serta ugutan ditahan dengan akta yang tidak setara serta tuduhan mencabul dan menguggat keamanan dijadikan alasan penahanan seseorang.

Walauapapun, apa yang berlaku semalam iaitu gerakan menyelamatkan Malaysia yang digerakkan oleh mantan mantan Menteri dari Umno serta Pemimpin Pembangkang dan disertai NGO NGO telah memecahkan tembok perseteruan demi sebuah perjuangan.

Apa yang terjadi semalam adalah bibit bibit pengakhiran kepada konsep RAHMAN.

RAHMAN bukanlah satu kebetulan tetapi merupakan satu ketentuan yang tertakdir untuk negara ini. Walaupun ramai yang mengatakan ini hanya sekadar kebetulan, namun, biarlah mereka berfikir begitu.

Imbas kembali tulisan diatas, nama Malaysia telah ujud terlebih dahulu sebelum terbentuknya Persekutuan Tanah Melayu dan nama Malaysia hanya sah digunapakai hanya apabila Sabah dan Sarawak menyertainya dan apabila Singapura diceraikan.

                    - bersambung-

                   Cahaya Al Majid









THE PROMISED LAND : MUHYIDDIN SALAH CATUR

Bismillahhirrahmannirrahim.

      DIRI YANG TERCATUR

Adakah kerana sayangkan UMNO? Atau adakah kerana takutkan kisah kisah silam akan diangkat atau adakah kerana masih mengharap simpati dari ahli ahli parti?

Atau adakah kerana mengimpikan jawatan Perdana Menteri sehingga sanggup menerima cacian dan makian dari geng MKT Umno yang mengumpamakan diri awak bagai "anjing yang suka menggigit kaki".

Apakah begitu rendahnya nilai diri, harga diri serta maruah diri awak? Apakah awak merasakan bahawa dalam platform UMNO saja kebenaran itu dapat diperjuangkan?

Sedarlah..semenjak dihumban oleh Najib dan kengkawannya dari jawatan Timbalan Perdana Menteri..apa platform yang awak ada untuk melaungkan perjuangan itu.

Ingatlah, semua lorong lorong dan jalan belakang semuanya tertutup buat awak. Sehinggakan awak terpaksa menggunakan Padang Stadium Kg Baru untuk meluahkan isi hati dan matlamat anda.
Imbau kembali..apakata kengkawan anda yang berada di MKT, semuanya menolak anda. Apa lagi yang ada untuk ditunggu? Apa yang nenunggu anda adalah sindiran belaka. Tiada siapa lagi yang akan menghargai jasa anda.

Kalau baginda Rasullulah saw sanggup berhijrah demi sebuah kebenaran kenapa anda tidak melakukan perkara yang serupa. Pernahke Rasullulah saw bercampur atau bergaul dengan musuhnya semata mata untuk menjatuhkan musuhnya? Jawapannya adalah "tidak".

Untuk mengalahkan musuh demi menegakkan sebuah kebenaran maka pendekatan menceraikan diri dari kelompok tersebut adalah yang jalan terbaik. Selagi anda masih sekawah dengan mereka, yakinlah, kaki dan tangan anda pasti diikat dan suara anda pasti dibisukan dan sekiranya anda masih lagi menongkah arus maka kuasa pemecatan pasti tertimpa pada diri anda.

Anda pun turut merasakan bahawa kepercayaan rakyat terhadap parti pemerintah dan ketuanya telah terhakis dengan drastik. Imbau kembali keputusan PRU13, tidakkah 53% undi popular dimenangi oleh pembangkang?

Dengan segala kekalutan politik Umno serta skandal Perdana Menteri yang tak terjawap tu , tak mustahil kemerosotan kepercayaan pengundi terutama pengundi atas pagar serta penyokong Umno yang terkesan dengan pembohongan serta kata kata kesat Menteri UMNO bakal memberi impak besar pada Pru 14.

Kalau anda masih menaruh harapan untuk bertanding pada PAU 2018 untuk menentang Presiden anda, saya jangka anda sudah hilang peluang tetapi sekiranya PAU berlangsung tahun depan, mungkin ada peluang.

Tetapi dengan segala kekangan yang anda hadapi saya rasa peluang untuk berjumpa dan melobi bahagian amatlah sukar dan pasti menghadapi halangan dari Pusat dan konco konconya.

Tiada jalan lain selain dari meninggalkan UMNO. Janganlah menaruh harapan lagi, samaada tinggalkan UMNO dan istiharkan Parlimen anda sebagai Bebas atau ucapkan selamat tinggal kepada diri anda.

Sekiranya anda berjuang atas landasan Bebas untuk menegakkan kebenaran yakinlah anda akan lebih dihormati oleh rakyat .










Thursday, 3 March 2016

WAJIB BACA DEMI KESIHATAN :DARI MIMBAR MAYA THE PROMISED LAND

Bismillahhirrahmannirrahim.

  KENAPA MAKANAN MENJADI MUSUH
                    BUAT MANUSIA

Segala pujian untuk Allah swt. Selawat dan salam buat Nabi junjungan Nabi Muhammad saw. Dan kerahmatan jua dipohon semoga para pelawat blog ini dirahmati Allah swt selalu.

Salam.

Hari ini saya ingin berkongsi ilmu dengan semua pelawat diblog ini. Walaupun isu yang ingin diketengahkan ini merupakan amalan kita setiap hari namun kenapa dan mengapa ianya tetap memudaratkan diri kita.

Makan. Setiap manusia perlu makan . Dari sarapan pagi hinggalah kemakan malam dan kekadang juga ketika tengah malam  , sekiranya lapar, pasti kita makan, samaada makanan ringan ataupun berat , tetapi apa yang pasti perut wajib diisi.

Semua sedar dan tahu bahawa makanan yang kita makan itulah penyebab dan punca segala penyakit. Masin, manis, masam , pedas dan bermacam macam lagi perisa dan rasa yang kita makan setiap hari demi memenuhi nafsu atau salera makan kita namun untuk menahan kemahuan makan itu sangatlah susah lebih lebih lagi kalau kita tengah lapar.  Dapat jer ..terus ngap.

Yang alhamdullilahnya, kita umat Islam diajar untuk membaca doa ketika hendak makan tetapi umat Kristian juga ada yang berdoa ketika hendak makan , samaada berdoa itu dijadikan rutin harian atau sebaliknya cuma mereka saja yang tahu.

Pernahkan kita menyoal diri kita sendiri, kenapa kita jatuh sakit, adakah kerana kita tidak mengambil makanan yang seimbang ataupun kita tidak mengamalkan makanan yang baik baik?

Ada juga yang berpendapat bahawa sekiranya setiap hari kita makan makanan yang berkhasiat atau berimbang juga tidak akan menjamin bahawa penyakit tak akan datang.. Tetapi saintis tetap mengatakan bahawa untuk hidup sihat dan tidak berpenyakit, maka, makanan sihat adalah keperluan.

Cuba renung dalam diri kita, setiap hari sebelum makan pasti kita membaca doa. Begitu juga halnya dengan orang lain, pasti mereka baca doa sebelum makan tetapi kenapa makanan yang kita makan itu memudaratkan diri kita.

Adakah kerana doa kita tidak dimakbulkan Allah swt sehingga ramai dikalangan kita hidup dalam berpenyakit.

Makanan semuanya baik , suci dan halal tetapi tetap memudaratkan pemakanya. Kenapa?

Mari kita tengok pengertian bacaan doa makan.

DOA MAKAN

"Ya Allah Engkau berkatilah apa yang telah Engkau berikan kepada kami dan jauhi kami dari azab api neraka."

DOA LEPAS MAKAN

"Segala pujian bagi Allah yang telah memberi kami makan dan minum serta jadikan kami diantara orang Muslim"

Adakah doa makan itu bertepatan dengan perbuatan?

Doa lepas makan ini lebih tepat tetapi melafas minta dijadikan antara orang muslim dilihat janggal.

Namun dari analisa didapati doa makan diatas tidak bertepatan dan longgar dalam pengertian.

 Lafas doa makan :

"Ya Allah kami/saya bersyukur diatas makanan halal ini dan kami/saya berdoa agar makanan ini menjadi penawar dan penyembuh bagi penyakit dalam diri ini samaada zahir mahupun  bathin ".Amin.

Dan sesudah makan memadai dengan lafas : Alhamdullilah.

Kalau nak menghindarkan diri dari penyakit samaada kecil atau besar atau tidak mahu menjadikan  makanan yang kita makan sebagai punca kepada segala penyakit..amalkan doa tersebut.


Kongsikanlah ilmu ini dengan orang lain..inshsallah..Allah swt akan melindungi dan menjauhkan penyakit dari diri kita.

               Cahaya  Al Majid




Wednesday, 2 March 2016

THE PROMISED LAND : MUHYIDDIN...ALANG ALANG SUDAH DILUDAH

Bismillahhirrahmannirrahim.

   ESOK MUHYIDDIN BAKAL MELIBAS
          UMNO BAKAL TERCANTAS.

Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama tetapi apabila hati telah mati dibunuh rakan sendiri maka demi maruah dan harga diri pasti diperangi.

Semaunya sekalian pemimpin UMNO telah dikutip oleh Najib dan diberikan kedudukan serta jawatan samaada dalam Pentadbiran mahupun dalam UMNO.

Seperti Salleh Keruak dan Rahman Dahlan , mereka.ini  diterbangkan terus dari Sabah dan didudukkan sebagai Menteri mengikut cara jalan belakang ( Salleh Keruak) dan begitu juga dengan Nazri Aziz dan Fuad Zakashi, mereka ini dilantik oleh Najib aka Presiden UMNO untuk kedudukan sebagai Ahli Majlis Tertinggi dan dalam pertandingan jawatan MKT pun mereka kalah.

Tapi yang terlebih malang dan yang terlupa cermin diri adalah Fuad Zakashi, dahlah kalah pada PRU 13 tapi lagak dia melebih lebih pulak. Kalau bercakap dialah yang terlebih arif.

Semenjak Muhyiddin digantung tak bertali oleh UMNO, semua juak juak penglipurlara Presiden UMNO , menuding jari kepada Muhyiddin dan tak ketinggalan Shafei Afdal. Dan kini juak juak Najib mula mencurah api kebencian terhadap diri Munyiddin dan Shafei Afdal.

Rencah tuba baru sangaja dibubuh. Nazri Aziz sekali lagi mencucuh api dengan mendakwa bahawa Muhyiddin dan Shafei cuba menyahkan Najib sebagai Perdana Menteri dan mereka berdua Muhyiddin dan Shafei dituduh pula inginkan jawatan PM dan TPM pula. Tidakkah cara Nazri ini sebenarnya mahu memporakperandakan ahli UMNO sendiri atau adakah Nazri mahu dilihat lebih berkaliber  berbanding Annuar Musa ataupun Teuku Nan.

Luka didalam hati Muhyiddin dan Shafei Afdal tiada siapa yang nampak  dan sebagai manusia pasti hati dan perasaan mereka terkesan dengan lolongan mulut mulut orang yang mencari rangking ini. Watak yang paling ketara menentang musuh Najib adalah Nazri Aziz.  Setiap hari akan ada saja isu yang angkat. Nama nama yang popular seperti  Dr Mahathir dan Muhyiddin adalah favouritenya. Perhatikanlah..

Kepada Muhyiddin ambillah iktibar. Tidak ada apa yang boleh diharapkan lagi dalam UMNO itu. Ingatlah pemimpin Pertubuhan itu sudah jauh menyimpang jauh dari tujuan asal. Bukan masanya lagi dah untuk mengingati kisah kisah lampau dan bukan lagi masanya untuk play safe.

Kali ini kena " go for the kill " buktikan diri itu pejuang dan ahli politik matang. Jangan kerana namanya UMNO awak takut untuk menentang balik. Lakukanlah demi maruah dan harga diri. Biar dipandang hina dimata Pemimpin UMNO asalkan dimata rakyat dan anak anak muda , awak akan dikenang sepanjang zaman.

Biarlah beberapa kerat pemimpin UMNO itu menyumpah kamu tetapi dihati orang Melayu dan Islam, doa mereka tetap bersama anda.

                  Cahaya Al Majid




Tuesday, 1 March 2016

THE PROMISED LAND : SIAPA LEBIH BERKUASA SEKARANG?

Bismillahhirrahmannirrahim.

ADAKAH PIHAK ISTANA DAN RAJA RAJA JUGA TERLAKLUK DIBAWAH
RANG UNDANG UNDANG MKN INI ?

Kalau dahulu setiap inci tanah negara ini sekiranya dicerbohi oleh petualang atau musuh negara ataupun terdapat anasir anasir yang didapati ingin menghuruhara negara ini maka pengistihran untuk mewartakan samaada ianya adalah 'zon keselamatan" adalah dibawah kuasa Yang Di Pertuan Agong. Tetapi semua itu sudah tidak terpakai lagi apabila Rang Undang Undang Baru MKN telah diluluskan oleh Parti Pemerintah melalui kelulusan 107 orang Ahli Parlimen yang mewakili Parti Pemerintah walaupun terdapat 77 orang Ahli Parlimen Pembangkang menentangnya.

Dari apa yang dapat dirungkai dan melihat secara detail rang undang undang ini ,maka  kuasa MKN melalui Pengerusinya iaitu Perdana Menteri diberikan  kuasa sepenuhnya untuk menguatkuasakan Akta tersebut, Kuasa Perdana Menteri meliputi semua kawasan didalam negara termasuklah Istana Istana dan Institusi Raja Raja Melayu.

Untuk itu perlu diingat bahawa sekiranya terdapat suara suara sumbang dari pihak Istana yang condong untuk tidak bersama Kerajaan Pemerintah atau bercita cita untuk melumpuhkan institusi Perdana Menteri mahupun masuk campur dalam hal hal politik serta pentadbirannya yang dikira sebagai mengugat keharmonian dan kepercayaan rakyat terhadap Kerajaan Pemerintah, maka, Rang Undang Undang ini boleh diaplikasikan terhadap Institusi Raja tersebut dan Perdana Menteri berhak untuk mewartakan sesebuah kawasan Istana tersebut sebagai 'zon keselamatan atau zon bermasaalah".

Melihatkan akan kecelaruan politik masa kini terutama yang melibatkan Parti Pemerintah iaitu Barisan Nasional yang ditunjangi UMNO sedang berkocak dan Perdana Menterinya diselubungi dengan berbagai skandal serta perpecahan telah berlaku dalam pertubuhan mereka maka peluang untuk mereka mengungguli atau menang pada PRU 14 amatlah diragui . Oleh itu satu pendekatan untuk membatalkan rang undang undang MKN ini perlulah ditangani dengan segera..
Untuk itu disarankan kepada Pemimpin Pemimpin Politik dan  Kerajaan Pemerintah mahupun Institusi Yang Dipertuan Agong agar menilai semula kekhilafan ini demi masa depan Islam dan Melayu. Keburukanya lebih banyak berbanding kebaikan.

Fikirkanlah....sebelum terlambat.

p/s : Kerana Menegur Ahli Politik ini dihemburkan :-

        Nazri Aziz sendiri selaku Ahli Parlimen berbangsa Melayu sanggup mengugut untuk  

        untuk membelasah Bakal Raja inikan pula apabila bukan Melayu memegang kuasa.    

        Hari ini Sultan Perak Raja Nazrin juga telah meluahkan kekecewaan tentang berleluasanya

        rasuah. Tidakkah ini juga ditujukan kepada orang Politik ? Siapa makan cili pasti terasa pedas             nya.

Antara lain :-

Di bawah zon keselamatan, pasukan keselamatan akan dibenarkan untuk membuat tangkapan, mengawal pergerakan, menahan atau memindah suspek, menyita dan menggeledah, merampas atau memusnahkan harta serta mengetepikan inkues dikemukakan pihak berkaitan.

Antara hujah keika perbahasan pembangkang adalah bahawa rang undang-undang itu menghakis kuasa perlembagaan Yang di-Pertuan Agong.

ADAKAH TINDAK TANDUK RAJA RAJA SERTA SEISI ISTANA TERANGKUM DALAM AKTA INI?

Rang undang-undang itu antara lain, memberi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, sebagai pengerusi majlis MKN, kuasa untuk mengisytiharkan mana-mana kawasan sebagai "zon keselamatan" dengan hanya kelulusan anggota majlis itu.
Di bawah zon keselamatan, pasukan keselamatan akan dibenarkan untuk membuat tangkapan, mengawal pergerakan, menahan atau memindah suspek, menyita dan menggeledah, merampas atau memusnahkan harta serta mengetepikan inkues dikemukakan pihak berkaitan.