Saturday 30 April 2016

THE PROMISED LAND : LIM GUAN ENG vrs JHO LOW : TV3 HAKIMNYA

Bismillahhirrahmannirrahim.

   CILOK SIAPA PALING BESAR

  SALAHKAN TV3 BILA UMNO LINGKUP

Pukul dulang paku yang serpih tuduh orang dia yang lebih.

Semenjak Lim Guan Eng didakwa menyalahguna kuasa apabila membeli sebuah banglo pada harga dibawah pasaran . Didakwa lagi pembelian itu dikata terdapat  unsur  unsur yang meragukan kerana dikata penjual berkepentigan untuk mendapat ganjaran lain. Itu adalah antara inti pati tuduhan yang dikenakan terhadap Lim Guan Eng dan satu lagi kes yang diungkit berkali kali adalah mengenai tanah Taman Manggis.

Berhari hari TV3 mengulas serta memaparkan watak watak UMNO dari Penang mengulas ketidakpuasan hati terhadap Lim Guan Eng.

Kalau dihitung dan diterjemahan kepada angka yang terkumpul, tidaklah mencecah keangka RM200 juta pun yang terseleweng oleh Lim Guan Eng.

Tetapi.......

Cuba bandingkan dengan kerosakkan yang dibawa oleh Jho Low, orang Penang juga.

Jumlah yang diseleweng atas kapasiti rakan baik kepada anak tiri Najib, USD 700 juta dan USD 330 juta kepada Goodstar Star Limited. Apa sumbangan Jho Low kepada negara sehingga Najib dan 1MDB sanggup melepaskan dana sebesar itu kepada Jho Low.

Tetapi yang hairannya tiada pulak TV3 memaparkan kisah Cina Jho Low ini . Atau adakah kerana Jho Low ini rakan niaga anak Rosmah sehingga TV3 takut untuk membongkar skandal ini?

Ataupun TV3 pun dah termakan dedak ayam specis pondan?

Oleh itu kesalahan kedua dua orang ini tetap tertakluk dalam akta jenayah . Sepatut Jho Low pun wajib dapat pendedahan sepertimana Lim Guan Eng dibedal TV3.

Walaupun TV3 milik UMNO namun sepatutnya kebenaranlah yang wajib dijunjung tanpa mengira latarbekakang.
Benar tetap benar jangan sampai kita dilaknat oleh anak cucu sudahlah...

               Cahaya Al Majid






1 comment:

  1. jhlow tu putera arab, wakil kepada kerajaan arab dalam mesyuarat bersama 1mdb. putera arab vs cina, melayu nampak arab lagi hebat berbanding cina. so, kena maki cina la bukan putera arab tu.

    ReplyDelete