Thursday 26 May 2016

THE PROMISED LAND : INI KIBLATNYA!!!..

Bismillahhirrahmannirrahim.

PERINGATAN TUHAN
         BUKAN
PENGHALANG MEREKA
         UNTUK MENIPU

Kesalahan membohong, menipu, membongak serta memutar belit cerita nampaknya semakin menjadi barah. Pemimpin politik serta penjawat awam yang mementingkan "poket sendiri" juga dilihat sanggup menggadai "pegangan" mahupun " kepercayaan beragama"demi sebuah kepalsuan.

Ahli Politik serta penjawat awam dalam negara semakin hari semakin rosak akhlaknya, semuanya angkara Najib, 1MDB atau dana Pak Arab RM2.6 Billion serta dana RM42 Juta dari SRC keakaun peribadi Najib yang telah diakui kebenaran kemasukkanya.

Yang menghairankan, walaupun telah terbukti kebenaran akan kemasukkan 2 dana ini keakaun Najib serta telah dibelanjakan semahunya oleh Najib walaupun dana tersebut diketahui dari SRC International iaitu dana milik awam, namun begitu belum ada lagi apa apa tindakan diambil, kenapa?

Adakah sebagai seorang Perdana Menteri beliau berhak menggunakan atau mengambil mana mana dana dari GLC untuk kepentingannya walaupun untuk tujuan peribadi?

Apakah semua tindakan salahlaku seorang Perdana Menteri "kebal" dari undang undang mahupun Perlembagaan negara? Atau adakah Perdana Menteri terlindung dari tindakan undang undang?

Atau adakah Ahli Ahli Politik serta Penjawat Awam tidak tertakluk kepada "sumpah" yang lafas ketika menerima watikah perlantikan. Ataupun adakah sumpah atau aku janji untuk beramanah itu sekadar  "olok olok". Siapa yang hendak mereka tipu ni, rakyat? YDPA ?ataupun Allah swt?

Tidakkah mereka takut akan peringatan Allah swt tentang " subahat" ataupun " menipu"?

Ibadah Haji dah tunai, Umrah telah berkali kali, tetapi tingkah laku..lebih buruk dari orang bukan Islam. Macammana nak dijadikan contoh ?

Patutlah orang bukan Islam memandang rendah terhadap orang Islam, rupa rupanya Pemimpin Politik ni namanya  saja yang berimej Islam tetapi pada zahir dan bhatin..Islam bawaan Nabi Muhammad saw amat jauh dan bertentangan sekali dengan diri mereka.

Kepercayaan, keimanan terhadap agama Islam hanya lah topeng buat mereka dan sebaliknya kekayaan,kuasa adalah Tuhan yang mereka sembah.

Peluklah selagi ada masa..

            Cahaya Al Majid








Monday 16 May 2016

THE PROMISED LAND : HOSPITAL BESAR SEREMBAN: KEPAYAHAN DAN KESUSAHAN RAKYAT

Bismillahhirrahmannirrahim.

CUKAI RAKYAT BAYAR, GST WAJIB BAYAR
NAJIB ENJOY BERBILLION BUAT BISNIS 1MDB LAH, BELI POWER STATIONLAH BERNIAGA LUAR NEGARALAH HINGGA KEMONGOLIALAH..DAN MACAM MACAM LAGI..
KESUDAHAN BISNIS HANCOR
NAJIB ENJOY SAKAN DUIT SRC INT.
MODAL BERBILLION ENTAH KEMANA
TAHU TAHU RM2.6 BILLION & RM42 JUTA LANDING KEDALAM AKAUN NAJIB.

Bak kata Rafizi Ramli, kalau duit RM27.8 billion yang tak tahu kemana hilang tu sebenarnya boleh membiayai pembinaan 2 universiti awam dan pembinaan 3 hospital baru setahun.

Banyak tu..tapi Najib and the gang , SPRM, PDRM semua senyap je..apa hal..Apandi lagi la..bisu terus.

Hari ini pergi melawat kawan kat Hospital Tunku Jaafar Seremban. Nampak kat luar memang gah and cantikla tapi..cuba check pintu tandas, lelaki atau perempuan..kebanyakkan dah " tergajai" , takkan selak pintupun tak mampu tukar kot.

Ada 6 lif untuk utama dan 2 darinya dikhaskan untuk pesakit dan kakitangan yang menjadi masaalah 1 lif dah rosak, mengikut kata "jaga" kat situ dah seminggu rosak dan masih belum dibaiki.

Hoi Najib, dahlah duit rakyat kau telan berbillion ringgit, ini untuk kemudahan rakyat, kenapa tak repair..cakap berjuang demi kesejahteraan rakyat, sejahtera menda apa ni?

Hari ini kawan saya yang sakit tu mengadu, ada juga Doktor pakar yang "liat" dan mementingkan diri . Ada yang ikut mood untuk sesuatu tugasan. Semua tahu majoriti Doktor kat sini ramai India. Kita bukan rasis tetapi mereka mereka ini pandang sebelah mata kat Melayu. Jangan ingat kerana Menterinya orang India, dia pun mula besar kepala sudahlah.

SANGGUP KE NAJIB KALAU ISU KEKURANGAN PERALATAN N KEMUDAHAN HOSPITAL  INI DISENSASIKAN...DUIT DAH BERBILLION HABIS..KONTRAKTOR BERTAMBAH GEMUK...APA YANG PASTI..RAKYAT SEMAKIN SUSAH..

Sebenarnya banyak rungutan dari warga marhein terhadap kemudahan Hospital Kerajaan ini. Equipment tak cukuplah dan bermacam macam lagi ..tetapi apa yang pasti..rakyat dah banyak membayar bermacan macam cukai kepada Kerajaan, hai..tak kan tak da duit nak beli peralatan hospital untuk rakyat.

Apa..pemimpin saja ke yang perlu diberi perhatian..dan diutamakan..rakyat macammana pula? Biar mati atau biar merana je??

Apa punya bangang Najib ni, tak ke elok kalau duit RM2.6 billion itu tak ..
dipulangkan...sekurang kurangnya kalau duit itu  diberikan kepada hospital kerajaan..setidak tidaknya..boleh juga memberi menafaat kepada rakyat..apa punya bodoh siperdana menteri ni..

Betullah kata Mahathir..eloklah dikalahkan BN ni di PRK Sg Besar dan Kuala Kangsar.sekurang kurangnya Ahli UMNO lain juga akan sedar akan kebodohon Presiden mereka dan setidak tidaknya..akan berhentilah pemimpin UMNO dari mengucapkan kata kata yang membodohkan diri mereka sendiri dari membangsatkan Melayu.

Singapura dah mengesahkan salah laku terhadap urusan 1MDB dan yang terlibat sedang didakwa..tetapi..dinegara kelahiran 1MDB..semuanya suci dan halal.
Itulah perbezaan ..antara orang kafir dan orang yang mengaku beriman.

Terbaikla.. kepada mereka mereka yang mengaku Umat Muhammad ni..

              Cahaya Al Majid


Saturday 14 May 2016

THE PROMISED LAND : PEROMPAKAN RM50BILLION POKET RAKYAT BAKAL DIADILI!!

Bismillahhirrahmannirrahim

  "MASAK UMNO/BN KALI NI"
Ayam BN/UMNO berkotak di PRK.
Kehadiran Tun Mahathir bakal penentunya
 

Kesedihan kehilangan orang yang tersayang amat dirasai oleh keluarga mangsa nahas helikopter diSarawak baru baru ini. Akibatnya dua wakil Parlimen BN dari UMNO terkorban.

Kekosongan 2 kerusi Parlimen ini sekali gus memaksa SPR mengadakan pilihanraya kecil bagi mengisi kekosongan ini.

Setiap parti bertanding berusaha untuk mengenal pasti calon masing masing samaada UMNO/BN , PAS mahupun kelompok pakatan PKR/DAP serta pecahan parti PAS mula mencongak. Apa yang pasti UMNO/BN selaku penyandang bagi  kedua dua kerusi Parlimen tersebut, senak perut ataupun tercungap cungap amatlah dirasai.

Bagi puak pembangkang , kelebihan berada dipihak mereka dan apa yang perlu dilakukan hanyalah bersekutu atau berpakat sesama mereka demi kelebihan ini.

Isu tiada kesepakatan sesama ahli pembangkang bakal dijadikan topik oleh parti UMNO/BN dalam mematah atau melumpuh anganan pembangkang.

Tetapi pembangkang mempunyai banyak peluru untuk ditabur atau diarah terhadap UMNO/BN.

Kisah penyelewengan 1MDB, isu dana awam diguna SRC International masuk keakaun Najib, isu dana SRC International membiayai filem spara porno milik anak tiri Najib, pembelian hartatanah ratusan juta ringgit oleh anak Rosmah dengan dana SRC yang berpunca dari 1MDB seperti yang dilapor WSJ, tindakan undang undang oleh Kerajaan Singapura terhadap dana 1MDB yang dituduh dibawah akta pengubahan wang haram yang melibatkan Jho Low rakan rakan karib anak Rosmah, perbelanjaan mewah Najib suami isteri bershopping dengan dana dari SRC International serta pembohongan Najib tentang kemasukkan dana RM2.6 billion keakaun peribadi Najib serta dolak dalih Najib dalam menjawap isu 1MDB dan semua isu ini amat panas kalau dipentaskan dihadapan bakal pengundi.

Berserta laungan GST yang sedang menghambat kehidupan setiap rakyat terutama golongan berpendapatan rendah dan miskin, cukai yang dilihat hanya untuk menyelamatkan poket pemerintah kerana keborosan berbelanja dan hanya menentingkan projek mega yang menguntungkan warga kotaraya terutama dibandaraya Kuala Lumpur saja.

Dengan MRT/LRT serta  kemudahan prasarana moden dibandar dan ini dilihat hanya menguntungkan sebahagian rakyat saja.  Warga kota yang sememangnya telah menolak kepimpinan UMNO/BN dilihat mendapat menafaat yang lebih besar berbanding dari kemenangan yang diberi oleh penduduk luar bandar.

Tetapi UMNO/BN masih mendabik dada dengan kemenangan PRU13. Tetapi sekiranya Tun Dr Mahathir turun padang pada PRK ini dan berdiri atas flatform "Selamatkan Malaysia" dengan "Deklarasi Rakyat", walaupun Najib dan Zahid serta seluruh Kabinetnya berkampung dikedua dua Parlimen ini,kekalahan atau penolakkan rakyat terhadap UMNO/BN adalah pasti.

Selagi petualang bangsa tidak dinyahkan selagi itulah sekiranya ada PRK lain, kekalahan adalah hadiahnya.

                  Cahaya Al Majid

Friday 13 May 2016

THE PROMISED LAND : INSAN YANG TERBIMBING

Bismillahhirrahmannirrahim.
       
 Ikuti contoh terbaik

Alhamdullilah, syukur kehadrat Illahi yang masih lagi meminjamkan "roh Nya" kepada kita , manusia .
Ada dikalangan manusia yang bernasib baik dan ada sesetengahnya disebalik pula. Walaupun begitu sebagai manusia kita wajib mensyukuri setiap detik dan waktu yang kita lalui samaada gembira mahupun dalam kesedihan.

Mempelajari sesuatu atau mengambil iktibar dari pengalaman insan insan yang pernah melalui proses transformasi amatlah berbaloi untuk difikirkan.

Transformasi bertujuan untuk mencari,mengenal dan memahami diri serta memfokuskan amalan yang dituntut semuanya bermula dengan langkah pertama.

Syukur kehadrat Allah swt, manusia yang pernah singgah, beristerihat,menjamu juadah (dari "tubuh badan" yang kehausan dan  kelaparan dalam perjalanan dipadang gersang) alhamdullilah, penyinggahan manusia ini (penulis ayat kenari.blogspot) di"taman firdusi"ciptaan Allah swt untuk manusia, telah banyak merubah diri beliau.

Untuk mengikuti kisah benar beliau yang telah menempuhi serta melalui berbagai dugaan dari Allah swt, ikuti luahan hati dan kata kata hatinya  di ayatkenari.blogspot.

Dia adalah diantara kalangan mereka mereka yang menerima keistemewaan terus dari Allah swt.

Sekadar memberi peringatan bahawa jalan pulang terletak ditangan kita.

P/s: Catatan Ayat Kenari : PHD Al Quran wajib dibaca.

                 Cahaya Al Majid

Friday 6 May 2016

THE PROMISED LAND: 1MDB KINI TANGGUNGAN RAKYAT

Bismillahhirrahmannirrahim.

     SIAPA PENGKHIANAT?

Benar apa yang dikata 1MDB adalah "biawak hidup" ciptaan Najib yang bertujuan untuk mengayakan dirinya serta seluruh kaum familinya , rakan rakannya ,"geng"politiknya berserta ampu ampu bodek nya yang sering mempertahankan beliau. Dan ini tidak terkecuali AGnya, Ketua Polisnya serta beberapa kerat Penjawat Awam yang berselingkuh dengan Najib.

Hanya kerana bernafsu  kekayaan harta dan wang ringgit untuk menjadi billionair dengan cara mudah serta bernafsu pula menjadi seorang Perdana Menteri buat selama lamanya berbagai akta undang undang telah digubal , semuanya bertujuan untuk mencengkam kuasa demi survival karier politiknya yang sedang merudum kini.

Bukan kepercayaan saja yang sedang merudum malahan maruah ,jatidiri , intrigriti juga telah merosot. Nilai moral juga jatuh berguguran macam nangka busuk jatuh. Begitulah nasib.

Kini Najib , tanpa rasa malu dan segan telah mengarahkan agar Lembaga Penasihat 1MDB dibubarkan secara sukarela atas kepentingan diri beliau sendiri dan secara langsung semua hutang piutang 1MDB serta tanggungannya terletak dikantung Kementerian Kewangan untuk menyelesaikan najis najis tersebut dan tak secara langsung "dana perlaburan" yang dilabur dan yang telah lebur secara automatik ditanggung Kementerian Kewangan ataupun Kerajaan iaitu Rakyat.

Bak kata Dr Mahathir jumlah hutang 1MDB  RM50 Billion ini berupaya "membangkrap" Malaysia.

Kalau dahulu dengan gah dan megahnya Najib melaungkan harta kekayaan milik 1MDB dan mengembar gemburkan bahawa aset 1MDB melebihi hutang dan bolih berdiri senduri atas keupayaan Penasihat serta Lembaga Pengarahnya dan tidak memerlukan dana kerajaan untuk "backup", sekarang apa sudah jadi?

1MDB tak mampu lagi ke untuk hidup?

Semua orang dah tahu niat buruk disebalik penubuhan 1MDB ini. Kegagalan yang terpampang kini bakal membungkamkan jawatan Perdana Menteri milik UMNO dan sekali gus menguburkan UMNO .

Kisah benar disebalik 1MDB ini, pemimpin UMNO  buta mata buta hati yang kenyang orang luar dan yang bodoh ahli UMNO yang menjadi Pak Turut.

Bayangkan sekiranya penyokong tegar mati ketika sama bersubahat dengan ketua yang penipu serta pembohong.

Apakah laknat Allah swt yang bakal ditanggung oleh simati apabila ditanya oleh Mungkar dan Nangkir kerana bersengkokol dengan manusia yang diatas.

             Cahaya Al Majid