Bismillahhirrahmannirrahim.
Kalau dahulu dosa dan pahala adalah sempadan kehidupan bagi setiap batang tubuh Melayu yang mengaku Islam tetapi kini perbuatan halal atau haram bukan lagi ukuran.
Kini diera UMNO pimpinan Najib dan para para pentaksubnya, salah atau benar hanya ditentukan oleh kuasa wang ringgit dan bukan lagi dalam kepercayaan beragama.
Kepercayaan dosa dalam menipu, bersubahat ,bersengkokol dan menganiya serta fitnah akan terhapus apabila menziarahi Kaabah, samaada dengan Umrah mahupun Haji ,dipegang seeratnya. Begitulah kepercayaan umat Melayu akhir zaman ini.
Pemimpin yang terang terangan menipu dan merompak hak rakyat dan memerah kudrat rakyat yang secara terangan melanggar hukum Allah swt dijunjung seadanya , dan bukan lagi satu kesalahan kepada mereka malahan sifat riak dan takbur pula diraikan.
Ahli ahlinya dan semua mereka yang diberikan habuan sebagai ganjaran mula menghalalkan dosa pemimpin walaupun Al Kitab telah menententukan status kesalahan tersebut.
Begitulah halobanya umat Melayu kini dalam menghalalkan apa yang diharamkan oleh Agama apabila ganjaran atau habuan dunia yang boleh didapati secara nyata mengatasi ganjaran yang dijanjikan Allah swt.
Benar dan sememangnya benar. Duit atau harta dunia telah berjaya membeli kepercayaan manusia dan hukuman Allah swt bukan lagi dianggap satu tuntutan.
Kepercayaan kata kata serta taburan wang ringgit dari Pemimpin politik telah merubah keimanan dan kepercayaan beragama umat Melayu yang diimamkan oleh UMNO terhadap hukum Allah swt .
Cahaya Al Majid
AL QURAN ADALAH PANDUAN KU, SUNNAH ADALAH IKUTAN KU. ALLAH SWT ADALAH TUHAN KU
Wednesday 22 June 2016
Saturday 18 June 2016
THE PROMISED LAND : PEMIMPIN UMNO MULA BERUBAH ARAH
Bismillahhirrahmannirrahim.
BN mula tempah keranda.
Kematian BN ..ditalkinkan oleh Rakyat di Kuala Kangsar dan Sg Besar.
Bermula era penolakkan Pemimpin UMNO terhadap Najib.
Allah Maha Besar..
Cahaya Al Majid
BN mula tempah keranda.
Kematian BN ..ditalkinkan oleh Rakyat di Kuala Kangsar dan Sg Besar.
Bermula era penolakkan Pemimpin UMNO terhadap Najib.
Allah Maha Besar..
Cahaya Al Majid
Friday 10 June 2016
BERITA DARI THE PROMISED LAND : ILHAM DARI ALLAH SWT
Bismillahhirrahmannirrahim.
" TIADA CARA BARU SEMUA CARA LAMA"
Kemaafan jua saya pohon dari pelawat ataupun peminat setia blog ini,yang mana agak lama saya tidak bersiaran dalam penulisan diblog ini dan juga bukan untuk membuat pelawat semua ternanti nanti untuk update terkni.
Walaupun isu dalam negara yang saya kupas atau ditulis masih lagi panas dan hangat diperkatakan oleh rakyat mahupun blogger namun untuk seketika ,, dibulan yang mulia ini , isu kepanasan dalam negara saya hentikan buat seketika.
Dan didalam bulan yang mulia yang penuh berakah ini, saya ingin berkongsi kegembiraan, bahawa perniagaan yang saya usahakan bersama isteri dan anak anak telah membuahkan hasil. Alhamdullilah berkat sabar serta kekuatan yang dipinjamkan oleh Allah SWT kepada diri ini, serta kerja keras dan yang terpaksa berulang alik ( TIDAK AKAN BERGERAK SEBESAR ZARAH MELAINKAN KEHENDAK NYA) dari Malaysia ke Singapura dalam mempromosikan jenama keluaran kami, kini, jenama tersebut telah mula mendapat sambutan di Malaysia dan di Kota Singapura. . Syukur kehadrat Illahi.
" OLBLEND" ATAU CARA LAMA YANG MEMBERKATI
Kita mempunyai tiga pilihan :
Olblend Milk Tea
Olblend Coffee ( Arabica)
Olblend Cocoa ( Chocolate)
Yang paling mengembirakan untuk dikongikan bersama adalah jenama keluaran kami telah menjadi menjadi viral ataupun fenomena di Kota Singapura, Terima kasih Allah SWT.
Kepada semua pengemar kopi, teh atau minuman Coklat yang diadun secara 'Olblend"atau 'Cara lama"yang semestinya sedap dan tanpa bahan pengawet boleh mendapatkannya dialamat dan nombor dibawah.
Dan kepada sahabat sahabat di Singapura, sepanjang bulan Ramadhan ,,produk ini boleh didapati di Baazar Ramadhan di Gayleng Serai belakang TKC booth G304.Maya Rahman.
Kepada para Sahabat yang ingin mendapatkankan produk diatas bolehlah menghubungi :-
wattsapp : 0176781329 atau
e-mail :- titanius.global@gmail.com.
Subscribe to:
Posts (Atom)