Tuesday 27 September 2016

THE PROMISED LAND : JIN DISISIH ATAU MANUSIA YANG TAK FAHAM: BAB SATU.

Bismillahhirrahmannirrahim.

Sebut saja perkataan "JIN" ramai yang berdiri bulu roma dan ramai juga yang teetelan air liur , perasaan takut atau seram pasti menyelubungi diri seseorang kerana kita telah dimomok momokkan dengan bermacan cerita oleh manusia mahupun cerdik pandai agama ataupyn ustaz.

Sememangnya Allah swt jadikan alam ini untuk manusia dan Jin semata mata untuk menyembah Yang Maha Esa iaitu Allah swt.

 Sementara Malaikat pula mendiami alam "langit" yang kerjanya hanya membesarkan Allah dan bersujud mengikut ketentuan dan kehendak Allah swt. Tetapi kali ini kita bercerita tentang makhluk yang diamanahkan Allah swt untuk mendiami bumi ini bersama manusia iaitu Jin.

Bab syaitan yang telah terusir kerana "janjinya" dihadapan Allah swt juga berada dikalangan antara manusia dan jin. Bab syaitan kita kupas dientry yang lain ok...

Jin terdiri dari dua kelompok iaitu Islam dan bukan Islam. Rupa susuknya samalah seperti manusia cuma jin tidak dijadikan dari tanah. Yang membezakan jin , kelompok mereka "ghaib" dari pandangan mata manusia. Cara hidup gaya dan peradaban , sama seperti manusia.

Kini tersebar luas melalui pemahaman orang Melayu dan juga ustaz uztaz mahupun bomoh bomoh ,mendakwa bahwa segala penyakit yang berlaku yang tidak dapat dikesan oleh Doktor mahupun pengamal perubatan, mereka akan menjurus kepada "ankara jin" ataupun dimomokkan "hantu" atau " saka".

Tetapi apa saja dakwaan yang ditujukan kepada "makhluk" ini dapatkah Pengamal atau bomoh ini membuktikanya, atau ianya sekadar "kata katanya" saja.

Berbalik kepada Al Quran, terang dan nyata ,salah satu Surah juga dinamakan Allah swt iaitu Surah Al Jinn tetapi pernahkah kita mengambil iktibar bahawa didalam Surah ini terselindung ilmu yang paling besar buat manusia. Itupun kalau manusia itu benar benar beriman dengan isi Al Quran, bukan yang ambil separuh buang lagi separuh. Maklumlah golongan bagini amat banyak berkeliaran sekarang ni .

Tahukah kita bahawa bangsa Jinn ini tiada kitab buat mereka bagitu juga dengan Nabi mahupun  Rasul tetapi kelompok Jinn ini diwajibkan oleh Allah swt untuk mereka beriman kepada Al Quran dan bernabi dan berasulkan keatas diri baginda Rasullullah Nabi Muhammad s.aw.

Kehebatannya bangsa Jinn ini, walaupun mereka tiada Kitab Al Quran yang nyata buat mereka tetapi ramai dari kelompok mereka yang "tahfiz", macam manusia, malahan sunnah yang diikut amat tepat sekali berbanding manusia macam kita.

Itu sebabnya apabila rumah kita yang selalu dibacakan Alquran akan terdapat ramai golongan Jinn ini menghampiri dan mendekati .l Kedatangan mereka bukanlah untuk tujuan keburukkan tetapi datang untuk mencari ilmu . Itu sebab kitab Al Quran yang kita miliki jangan disimpan ditempat tersorok atau dalam Almari, tetapi sebaiknya diletakkan diatas sejadah sembahyang .
 
        ....bersambung... .

              Cahaya Al Majid








Friday 23 September 2016

THE PROMISED LAND: GEMPAK !!! UMNO KEPANASAN SEMINGGU!!!

Bismillahhirrahmannirrahim.

Kata mengata keji mengeji hina menghina semuanya terburai. Tetapi yang tak sedap didengar ditelinga dan memualkan tekak adalah penafian serta cacian tentang tertubuhnya Parti Politik yang diilhamkan oleh Tun Dr Mahathir.

Dari Perlis hingga ke Johor tak ketinggalan di Sabah dan Sarawak semuanya berkotak macam ayam yang bertelur sebijik tetapi habis riuh sekampung begitulah keadaannya apabila menyentuh Parti Bersatu yang baru diluluskan pendaftaranya.

Bukanya ahli yang baru saja yang mendaftar tetapi kebanyakkannya adalah mereka mereka yang tidak pernah berparti tetapi yang menghangatkan keadaan adalah dari golongan  mereka mereka yang lari UMNO. Ini yang menghangatkan lagi Pemimpin UMNO.

Berbagai sindiran dan kata kata sindiran diluahkan oleh Menteri Menteri UMNO. Bukan saja Parti Bersatu yang menghangatkan pasaran, tetapi, persepakatan diantara Tun Dr Mahathir dan bekas timbalannya iaitu Anwar Ibrahim menentang  akta MKN yang memusatkan kuasa ditangan Perdana Menteri dan bukan lagi pada Agong telah menyatukan dua "pejuang" ini dan suhu dalam Parti UMNO pun kepanasan juga.

Bukan  Pemimpin UMNO sahaja yang meluahkan kata kata cercaan tetapi Pemimpin dari gabungan BN seperti MCA Gerakan MIC dan beberapa parti kecil lain juga tidak ketinggalan untuk tumpang semangkok.
Begitulah kegilaan atau ketakutan melampau yang dipaparkan oleh" kelompok "yang memenangi Kerusi Parlimen dan DUN dari undi orang Melayu ini kepanasan, macam cacing kena salai keadaannyam

Kedok naik jinjung atau kacang lupakan kulit amatlah sesuai dilabelkan kepada golongan ini.

Kecoh lagi tak henti henti apabila Persidangan besar dunia, Najib tak menyertai tetapi Timbalannya pula yang pergi , bukan sekali tetapi 2 kali, yang jadi ironinya, kedua duanya di New York, USA, hai dah kenapa pulak ni..Begitulah disimpulkan oleh rakyat..Najib takut..takut kena soal dengan CIA atau FBI..dah bermacam macam hak.m pulak nak jawap.

Tak cukup dengan itu, Rosmah yang diwar warkan akan menerima "Anugerah" , tetapi upacara tersebut telah dibatalkan pada saat saat akhir. Dah..terkucil lagi..pung pang..lagi..Rosmah kena bancuh..tak cukup dengan tu..ada pulak Pemimpin Kerajaan mengatakan bahawa ini adalah ajenda untuk mencampuri kedaulatan .negara ini.. Apalah punya bangang .

Tetapi yang paling panas, adalah Pertemuan Dr Mahathir menghadap Yang DiPertuan Agong. Pertemuan tersebut adalah pertemuan 4 mata iatu diantara YDPA dan Tun Dr Mahathir, tetapi yang anehnya Blogger RPK lebih mengetahui topik perbualan tersebut, maka berjela jelalah andaian dan telahan tetapi yang menariknya,Najib pula menjadi jurucakap YDPA dan mengatakan bahawa YDPA menolak deklarasi kerana tidak mengikut Perlembagaan. Aduuuuuhhh..

Hai..YDPA belum lagi berbincang dengan Sultan ataupun dengan Raja Raja Melayu tentang "deklarasi rakyat" tetapi Najib pula telah mendahului kesepakatan tersebut.....apa tindakan Majlis Raja Raja Melayu ha....?

Dari apa yang dilihat, kelihatan Kepimpinan UMNO iaitu Najib berserta Ahli Barisan Nasional nampak kegusarannya terhadap gelombang yang dicetuskan olih Tun Mahathir and the Gang, sehinggakan Najib dilihat lebih rela bergelumang dengan Peserta dan Pengusaha kekulut serta Peneroka Tanah Felda kerana takut kehilangan undi Peneroka daripada menjadi sasaran Media ataupun terjahan WSJ di USA.

Waima, walau apapun TERJAHAN yang cuba dilakukan UMNO dan kroni mereka demi untuk melemahkan perjuangan Parti BERSATU atau mereka yang tidak sealiran dengan Parti Pemerintah, namun dari hari kehari gelombang rakyat yang menyertai BERSATU dilihat semakin mengancam keutuhan Najib ,UMNO dan gerombolannya.

Untuk sekalian kalinya kita lihat UMNO dibawah teraju Najib telah hilang fokus sebabnya seluruh kekuatan UMNO telah digembeling untuk mempertahankan kekalutan Najib berbanding maruah agama,bangsa dan negara.

Tiada apa lagi yang  bolih diharap melainkan perubahan terhadap kerajaan pada PRU 14 perlu dibuat oleh rakyat demi agama, bangsa dan negara.

               Cahaya al Majid




Thursday 15 September 2016

THE PROMISED LAND: PERSOALANNYA KENAPA DENGAN 4

Bismillahhirrahmannirrahim.

Kebenaran untuk memiliki isteri sehingga 4 orang Allah swt terangkan secara nyata dan tidak berselindung didalam Al Quran melalui firmanNya disurah Al Nisa Ayat 3. Begitu terang dan nyata sekali keizinanNya kepada umat yang mengimani Alquran.

 TETAPI

didalam bab solat setiap hari kenapa Allah swt tidak menetapkan jumlah waktunya?
Antara firmannya :'

"Dirikanlah solat pada dua tepi siang dan pada bahagian permulaan malam (surah Hud 114)  dan Surah Al Isra Ayat 78.
Kenapa???

Ada yang mengatakan 4 waktu dan melalui Hadith Rasul pula dikata 5 waktu. Walau apa pun ,yang penting adalah sujud merendahkan diri dihadapan Allah swt.

Nabi Adam a.s beristerikan Hawa, yang diketahui hanya Hawa saja isteri Baginda.

Isteri Nabi Nuh hanya disebut ketika Bantera Baginda mula dihanyut banjir. Bagitu juga dengan isteri Nabi Luth.

Tetapi Nabi Ibrahim difirman Allah swt mempunyai 2 orang isteri iaitu Siri Sarah dan Siti Hajar namun didalam kitab terdahulu beliau juga dikata telah berkahwin lagi dengan wanita bernama Qanturah. Tetapi ramai juga yang menolak pendedahan ini. Walau apa pun kebenaran itu hanya disisi Allah swt jua.

Tetapi dikalangan para Nabi dan Rasul hanya Nabi Isa yang bujang dan tidak berkahwin dan yang menakjubkab Baginda diangkat kelangit ketika  cubaan menangkap dan untuk menyalib baginda. Kisah ini difirmankan secara jelas didalam Al Quran.

Yang hebat antara yang terhebat adalah Baginda Rasululah.  Baginda telah memperisterikan lebih dari 4 orang , namun untuk umatnya Allah swt hanya mengizinkan tidak lebih dari 4.

Berbalik kepada persoalan kenapa angka 4?

Apakah sinonimnya angka 4 ini dengan umat Muhammad?

Solat yang  tiada rekaat hanyalah solat Jenazah
Solat subuh 2 rekaat Mahhrib 3 rekaat tetapi Isha,Asat dan Zuhur adalah 4 rekaat.

Tetapi kenapa Allah swt menetapkan terdapat 4 bulan yang Haram daripada 12 bukan? Kenapa?

Sebagai umat Islam atau sebagai manusia, sememangnya kita ingin mengetahui dan mencari dalil kenapa dan mengapa?

Begitu juga dengan kejadian manusia, manusia dijadikan melalui 4 elemen juga iaitu Api, air, tanah dan angin.

Bagitu juga dengan rumah Allah (Kaabah) kenapa mesti 4 penjuru? Jadi rahsia dan perasaan ingin tahu ini nampaknya semakin membara.

Saya  berdoa kehadrat Illahi ,pada malam yang mulia ini agar diberikan hidayah dan petunjuk agar Allah swt membisikkan Kebenaran dihati ini.

ALLAH MAHA SUCI
HANYA PADAMU AKU MEMOHON KERAHMATAN DAN BERILAH AKU
ILMU AGAR AKU DAPAT MENERANGKAN APA YANG SAMAR.
ALLAH RABIUL AL AMIN.

            CAHAYA AL MAJID














Tuesday 13 September 2016

THE PROMISED LAND : "OTAK BUNGKO" KATA ORANG NISMILLAN

Bismillahhirrahmannirrahim.

Kalau diri sendiri dah "bodoh" atau "bangang" aka "bungko", kata orang Nismillan, seeloknya, TUTUP MULUT, adalah yang perkara terbaik yang perlu dibuat.

Kalau "otak dah bungko" tolong jangan heret orang ramai untuk ikut sekali. Cukuplah keluarga Keruak saja yang "bungko" dan bengap.

Yang kita persoal bila pulak WSJ mencampuri urusan pentadbiran Malaysia, setahu kita, WSJ, menuduh Rosmah aka bini Najib kerana berbelanja sakan @ "shopping" lebih 6 juta US Dollar dalam tempoh tak sampai 7 tahun.

Yang dipertikaikan adalah darimana datangnya "dana" @ duit sebanyak itu? Kerana semua rakyat tahu bahawa gaji Najib sebagai Perdana Menteri Malaysia tidak memunkinkan untuk Rosmah berbelanja semewah itu?

Oleh itu sekiranya Rosmah atau Najib merasakan diri mereka difitnah oleh WSJ cepat cepatlah saman demi membersihkan nama dan Jawatan Perdana Menteri .

 Ini tidak..dibiarkan Syed Keruak ini membuat statement bangang lagi membangangkan.

Apa yang kita lihat bukan saja orang UMNO yang bangang tetapi Syed Keruak yang berstatus Menteri dari Parti UMNO dan berasal dari Sabah pun semulajadi bangangnya.

Memang bangang...sampai mati...

              Cahaya Al Majid



Monday 12 September 2016

THE PROMISED LAND : LALUAN PERUBAHAN UNTUK "SATU"

Bismillahhirrahmannirrahim.

Hidup mati ajal pertemuan semuanya ketentuan Allah swt. Setiap perjalanan anak anak Adam semuanya telah diatur Allah swt dan semuanya telah tertulis diLuh Mahfus. Yang membezakan diantara kita hanyalah sifat mengenal diri seseorang ,samaada kenal Allah swt atau sebaliknya.

Kenyataan yang terpaksa diterima Melayu UMNO!

"Aku melihat Bendera UMNO diturunkan dilipat dan disimpan didalam kotak dan  dari dalam kotak berwarna keemasan pula dikeluarkan bendera berlatarkan warna keemasan yang tertulis perkataan "SATU" dinaikkan, lalu berkibar".

Adakah ini tanda tanda perubahan?

Semoga Allah swt, memberkati dan memakbulkan permintaan yang "Satu" ini.

Amin.

             Cahaya Al Majid