Saturday 29 October 2016

THE PROMISED LAND : ADAKAH 1MDB SATU PENGKHINATAN OLEH BEKAS MENTERI???

Bismillahhirrahmannirrahim.

ATAU PENGKHIANATAN KERAJAAN BN
TERHADAP NEGARA???

Salah ke kalau Ex Minister mempertikaikan 1MDB.

Dulu Najib kata hutang 1MDB tidak melibatkan duit Kerajaan hanya RM1juta saja yang diinjek kesyarikat tersebut dan kalau ikut kata Husni dia pun tak tahu apa keperluan  menubuhkan 1MDB ini.

Sebelum 1MDB meletop Muhyiddin pun tak tahu 1MDB berhutang berbillion ringģit.

Kalau syarikat 1MDB dulunya hanya tanggungan syarikat tetapi kenapa kemungkaran yang berlaku dan dibelasah olih Menteri dan Pembangkang tetapi kini menjadi kesalahan pula.

Sudahlah hutang 1MDB tersebut telah berpindah bahu dari Syarikat ikut telunjuk Najib dan kini dipaksa galas pula kebahu rakyat.  Kegilaan apa kah ini?

Memang benar Menteri diwajib menyimpan rahsia Kerajaan tetapi takkan terpaksa menyimpan rahsia atau bersubahat dengan penyelewengan yang berlaku, tambah tambah lagi yang melibatkan hutang yang terpaksa ditanggung olih rakyat.

Kalau kerajaan yang memerintah sekarang ini benar benar berani atau sememangnya diterima rakyat seperti yang diwar warkan UMNO dan setelah terjadinya skandal 1MDB ini, apakata kita buat pungutan suara, nak tengok samaada betul ke rakyat tidak terkesan dengan skandal Najib ini atau benarkan Najib dan Kabiinet UMNO dan BN nya masih diterima rakyat.

Tujuannya untuk menutup mulut pembangkang seperti yang selalu dituduh iaitu kegagalan 1MDB berpunca dari Pembangkang dan bukannya dari penyelwengan dana 1MDB.

Mengambil tindakan keatas bekas Menteri yang berjuang untuk membetulkan apa yang pincang adalah satu pengkhianat terhadap negara ini .

                 Cahaya Al Majid

THE PROMISED LAND : HUTANG RAKYAT PASTI BERTIMBUN..

Bismillahhirrahmannirrahim.

SAMPAI LIANG LAHAT PUN TETAP BERHUTANG GARA GARA NAJIB NAK BUAT PROJEK MEGA BERPULUH BILLION.


Dizaman Najib yang serba mahal ni ditambah dengan peningkatan kos sara hidup serta dengan bertambahnya hutang negara dari tahun kesetahun yang tidak pernah susut, Najib tetap juga mahu meneruskan projek Meganya yang berbilliun harganya

Sebenarnya unjuran pendapatan dari hasil projek yang dicadangkan Najib untuk dilaksanakan ini sebenarnya indah khabar dari rupa. 

Katanya "projek ini " bakal mendatangkan keuntunganlah, menjana ekonomilah dan segala balanyalah , tetapi semuanya hanyalah gambaran untuk menyedapkan hati saja. 

Kalau 1MDB yang dikata dulu bakal menjana pendapatan yang dikata bolih membantu untuk satu cabang pendapatan negara, apa kesudahannya?
Hutang berbillion, tanah tergadai, IPP tergadai dan akhirnya..negara diketawakan ..alih alih rakyat kena GST..alasannya hasil Petronas dan komoditi merudum..

Kalau dahulu Negara China dikecam Parti Perikatan atau UMNO kerana ideologi komunisnya serta Chin Pengnya..tetapi kini..semuanya berubah..Komunis adalah punca kewangan untuk Malaysia terutama bagi Presiden UMNO.

Kalau dahulu nyawa Melayu melayang kerana ancaman Komunis dari China tetapi kini Malaysia secara suka rela dan suci hati menggadaikan tanah negara ini kepada China Komunis.

Baguslah UMNO dan tahniah Kerajaan Najib.

                 Cahaya Al Majid

Wednesday 26 October 2016

THE PROMISED LAND : ITU RAMALAN NAJIB..TETAPI KALAU SEBALIKNYA..???

Bismillahhirrahmannirrahim.

Bersediakan Kerajaan sekiranya
Keadaan jadi sebaliknya??

Manusia hanya bolih meramal tetapi ketentuannya hanya Allah swt yang tahu.

Apa yang dibentang Najib seperti yang semua tahu adalah bersandarkan dari pendapatan yang dijangka dikutip oleh Kerajaan. Dan input yang digunakan berlandaskan pendapatan yang berjaya atau diperolehi pada tahun sebelumnya.

Walaupun pada tahun pembentangan budget 2016 yang terpaksa diolah semula kerana merudumnya pendapatan Kerajaan dari hasil Petronas dan implikasinya yang menyebabkan banyak peruntukan kepada Kementerian yang terpaksa dipotong atau dikurangkan sehingga menjejaskan beberapa Kementerian namun dalam situasi itu Kerajaan tetap mengatakan semuanya terkawal yang pada hakikatnya semua itu adalah alasan yang terpakai bagi menyedapkan hati rakyat saja.

Sebelum ini juga kerajaan mensasarkan kutipan dari poket rakyat iaitu GST berjumlah 30-40 billion ringgit namun sehingga kini sasaran tersebut ternyata jauh dari sasaran. Kenapa? Rakyat dah lokek berbelanja.

Kalau dahulu setiap hari kedai makan tomyam ke, kedai mamak ke, Cafe ternama ke, selalu penuh dan sesak tetapi kini keadaan tersebut telah berubah. Hanya hujung minggu saja yang penuh sesak berbanding hari hari lain.

Kerancakan ekonomi tidak dirasakan kini oleh peniaga kecil mahupun orang ramai. Apa yang dirasakan duit yang dipegang semakin kecil nilainya.

Walauapapun yang cuba didendangkan olih Kerajaan Pemerintah tentang kelincahan ekonomi yang didakwa yang tidak akan membawa impak kepada pengguna, yakinlah..tahun yang datang bakal menyesakkan lagi kehidupan rakyat.

Suka atau tidak apa yang dijangka dan diramal olih Kerajaan pasti akan terbalik kesudahannya.

Bersedia atau tidak kemungkaran ekonomi pasti membelenggu negara ini.

              Cahaya Al Majid




THE PROMISED LAND : KEBANYAKKAN MANUSIA BUTA HATI BUTA MATA

Bismillahhirrahmannirrahim.

"Yang baik itu datangnya dari Allah swt dan yang buruk itu dari tangan kamu sendiri."

Semua umat Islam tahu dan faham dengan firman Allah swt diatas.

Kita renungkan sejenak. Adakah penyakit yang dihadapi itu datang dari Allah swt

Tetapi kebanyakan orang kita selalu menganggap bahawa penyakit itu sebahagian dari pembersihan diri dari dosa yang dilakukan dan selalunya ungkapan diungkapkan samada olih orang umum mahupun olih alim ulama. Sejauh mana kebenaran tentang ungkapan ini hanya melalui ilmu dari Allah swt yang dapat merungkainya.

Sebenarnya penyakit.ini berpunca dari manusia itu sendiri. Kalau seseorang itu tidak mengamalkan permakanan yang baik  serta  yang memudaratkan , pasti penyakit akan menjengah.

Dan begitu juga dengan cara hidup yang tidak mengikut peraturan, inshallah bala pasti datang, begitulah aturannya yang ditetapkan Allah swt terhadap hambaNya didunia ini. Samaada kita sedar atau tidak mahupun mahu menolak ketentuann Allah swt, terpulanglah kepada manusia untuk menilainya.

Tetapi kebanyakan manusia selalu menyerahkan kesalahan ini kepada Sang Pencipta.
Apabila seseorang mendapat penyakit atau sakit mereka pasti berkata " ini ketentuan Tuhan" dan " penyakit" ini juga kehendak Tuhan ataupun " ini kada dan kadar Tuhan"

Adakah Tuhan mahu makhluknya sakit atau berpenyakit? Sudah.semestinya tidak kerana Allah swt tidak.zalim terhadap.hambanya tetapi sebaliknya manusia itu yang menzalimi dirinya sendiri.

Tuhan itu sifatnya Maha Pengasih dan Maha Penyang, mustahil Allah swt akan menganiya hambaNya . Allah swt mahukan hambaNya berfikir namun berapa ramai yang mahu berfikir?

Sedarkah kita bahawa setiap hari kita sebenarnya melihat kata kata Tuhan disekeliling kita. Tetapi berapa ramai yang benar benar faham akan ayat ayat Allah swt ini ataupun tahu membacanya dan mentaksirnya ?


Setiap kejadian yang berlaku disekeliling kita semuanya diterangkan sejelas jelasnya kepada manusia tetapi berapa ramai yang benar benar mahu.mengambil iktibar darinya. Untuk menyatakan semua hitam dan putih itu datangnya dari Allah swt, perlulah seseorang itu mendekatkan diri dengan Sang Pencipta..agar faham dengan nikmat yang sedang.dipeluk ini.

Setiap yang berlaku.itu ada asbabnya sendiri dan kenapa ianya berlaku.

Kalau perbuatan yang haram pun telah sama sama.dihalalkan..inshaallah..tiada lagi kerahmatan buat yang bersubahat.

             Cahaya Al Majid

Inshallah..kita akan sambung dan kupas lagi tajuk ini.








Tuesday 25 October 2016

THE PROMISED LAND :BUKAN WANG KABINET NAJIB TETAPI..

Bismillahhirahmannirrahim.

  WANG TUNAI RAKYAT YANG
  MENYELAMATKAN  NEGARA YANG
  HAMPIR MUFLIS INI.

Masihkah Najib mahu mendabik dada kebanggaan ..??

Duit memang banyak dinegara ini tetapi adakah duit itu milik kerajaan??

Dana kerajaan datangnya dari hasil pencukaian . Semua hasil cukai milik kerajaan . Sudah dikutip atau belum dikutip semuanya milik kerajaan.

Najib sendiri mengaku bahawa hutang kerajaan berjumlah hampir RM680 billion atau pun 53% dari KDNK negara.

Kalau dahulu hasil dari Petronas boleh menyumbang 50-60 billion ringgit setahun tetapi kini tidak lagi se besar dahulu dan begitu juga dengan hasil komoditi , semuanya  telah merudum dengan drastik.

Akhir Tahun 2009 hutang negara berada diparas RM348 billion dan baru baru ini Najib mengistiharkan hutang negara berada pada paras 53% dari KDNK dan beliau masih lagi mengatakan semuanya berada pada kadar terkawal.

Adakah seorang Perdana Menteri akan mengaku untuj mengatakan bahawa hutang negara berada pada paras hidung? Mustahil bukan.?

Begitulah keadaannya tetapi Najib telah terlepas cakap samada secara sedar atau spara sedar Najib mengatakan bahawa GST telah menyelamatkan negara dari bengkrap.

Sedar atau tidak GST dari poket rakyatlah yang menyelamatkan Najib dan pentadbiran di negara ini .
Olih itu disarankan kepada Kerajaan Najib bahawa kemenangan parti pemerintah dahulu bukan kemenangan suara majoriti tetapi undi 48% saja.
Untuk itu eloklah Kerajaan pimpinannya bermusabahah diri.

Jangan kerana nak mengayakan suku sakat Parti sendiri maka rakyat pula yang jadi mangsanya.

Kalau dah tak cukup duit berbelanjalah ikut kemampuan .

Kalau.diikutkan kenaikan.mendadak jumlah.hutang negara diera Najib ni..belum lagi nampak hasilnya..duit dan berbillion habis..yang paling terang 1MDB dibawah telunjuknya telah menjana hutang hampir 50 billion ringgit dan maruah negara tercemar diseluruh dunia..masihkah mahu mendabik dada???

           Cahaya Al Majid




.

      

Monday 24 October 2016

THE PROMISED LAND : LEGEND ROBIN HOOD PUN TAK SETARA.NAJIB..!!!!

Bismillahhirrahmannirrahim.

Siakap senohong gelama ikan duri. Bercakap bohong lama lama mencuri.

Itulah bait bait pantun yang selalu digunakan terutama orang Melayu.

Kalau dahulu sebelum meletopnya kes 1MDB dialam dunia siber, setiap kali berita penyelewengan dana 1MDB timbul setiap kali itulah samada Perdana Menteri akan berbohong ataupun Menterinya akan bercakap bohong, semuanya  demi untuk menutup penyelewengan kelompok ini.

Perdana Menteri dan sekutunya bermati matian menafikan akan keberadaan kes tersebut . Begitu juga dengan dana USD 681 juta dan Rm40 juta dari SRC  yang masuk keakaun Perdana Menteri, dengan muka selamba beliau berbohong dihadapan rakyat.

Tetapi apabila kemasukkan dana itu disahkan oleh entiti luar negara dan disahkan juga olih PAC dan audit negara, bukan beliau hendak memohon maaf kepada rakyat diatas pembohongan itu tetapi memberi alasan lain pula. (Tidak gunakan dana untuk tujuan peribadi kata Najib)

Pembohongan demi pembohongan diungkapkan oleh Perdana Menteri, namun mungkin kerana sikap suka bercakap bohong secara semula jadi itulah yang berakhir dengan pencurian. Pencurian yang dilakukan itu bukanlah dari harta milik ibubapanya tetapi sebaliknya "harta milik rakyat dan negara" . Ini bukan pencurian berskala kecil tetapi bertahap mega.

Benar dan sahih  pepatah Melayu yang berbunyi, bercakap bohong lama lama mencuri.

Bukan  didalam negara saja yang menuduh Najib pencuri malahan satu dunia menganggap Perdana Menteri Malaysia iaitu Najib Tun Razak anak kepada Perdana Menteri Ke 2 Malaysia adalah seorang Pencuri.

Hari ni bekas Perdana Menteri Malaysia yang berjaya memimpin dan mentransform negara ini kearah kemodenan juga menggelar Najib sebagai seorang pencuri juga.

Adakah Najib mahu meniru style Robin Hood , iaitu dengan merompak dari orang kaya dan mengagihkan hasilnya kepada orang susah?

Nak samakan dengan Robin Hood pun tak setara , NAJIB mencuri hak rakyat dan hasil pencurian itu dinikmati oleh kroni terdekat beliau saja. Jho Low, Riza Aziz, 2 ToK Arab  yang kaki arak serta beberapa orang lagi selain anak bininya.

Kerana pencurian berskala mega itu, bukan saja syarikat yang diujudkan itu bermasaalah malahan negara dan rakyat terheret sama.

Begitulah akibatnya apabila pemimpin yang suka bercakap bohong diberikan amanah,  bukan amanah yang dijinjung tetapi amanah yang sepatutnya dijunjung digadaikan..itulah sifatnya seorang pencuri..Hasil pencurian akan dijual untuk mendapatkan wang ringgit dan dengan wang ringgit..jiwa pengsubahat dapat dibeli.

Olih itu bermaharajalah Sang Pencuri.

                Cahaya Al Majid


THE PROMISED LAND : APA MAKSUD HUSNI HANADZLAH ???1MDB KANTOI KE???

Bismillahhirrahmannirrahim.

Kalau Husni Hanadzlah sendiri mempertikaikan kewibawaan 1MDB tentang cara mereka melabur serta menggunakan dana hutang yang belanjakan olih 1MDB secara suka hati.

Berkemungkinan Bekas Menteri MOF ini terkesan hati serta sedar bahawa terdapat penyelewengan secara besar besaran yang disusun secara terangan dengan membelakangkan kepentingan negara dan rakyat membuatkan beliau melepaskan semua jawatannya dalam Kerajaan.

Hari ini dengan rendah hati beliau mempertikaikan apa yang dilihat dan dirasakan iaitu penyelewengan telah berlaku didalam 1MDB dan beliau luahkan disidang Parlimen.

Sekarang kita tunggu apa yang bakal dijawap samada oleh Rahman Dahlan ke, Salleh Keruak ke, waima Nazri Aziz ke , samaada apa yang diluahkan olih Husni Hanadzlah itu akan dituduh untuk merosakan ekonomi negara ke atau untuk tujuan merosakkan reputasi Presiden UMNO ataupun Kerajaan Malaysia olih pencacai UMNO mahupun pencacai Najib, sama sama kita nantikan.

Kalau dilihat tidak ramai Pemimpin UMNO yang berani  bangun untuk menentang salah laku 1MDB atau  Najib namun pendekar UMNO yang seorang ini benar benar berhati mulia dan bertanggung jawap diatas sumpah jawatan dan amanah yang dijunjung.

Alangkah beruntungnya orang Melayu sekiranya masih terdapat lagi insan seperti Husni ini didalam Kabinet.

Tetapi apa yang sedih..masih ramai orang Melayu UMNO masih mahu mempetahankan Najib walaupun berbagai skandal membaluti dirinya.

Samaada Najib lebih penting atau maruah negara bukan lagi keutamaanan, hanya masa depan dan intregriti negara ini bakal ditimbang dalam kes " pengubahan wang haram" yang didepani 1MDB ini.

Samaada 1MDB terlepas atau Najib terkait sama atau Pertubuhan UMNO menjadi galang gantinya..
Mahkamah dunia pasti bersuara.

                 Cahaya Al Majid

Sunday 23 October 2016

THE PROMISED LAND : BILA "BOHONG " JADI TOPIK .

Bismillahhirrahmannirrahim.

" Dimana kedudukan kita"
        Disisi ALLAH swt.

Berucap sana sini, satu Malaysia dia jelajah tetapi cerita bohong ,sana sini, dijual, yang hairannya, pendengar tu atau yang hadir tu tak ada otak ke atau otaknya dan tak bolih fikir lagi atau hadirnya mereka sekadar datang kerana dapat duit mahupun dapat door gift free.
Kesian mereka ni..

Semalam diMelaka, Annuar Musa mengatakan bahawa semua duit atau dana yang diterima olih Najib yang dikata masuk keakaun Najib telah diagih ke Bahagian Bahagian UMNO.

Itu apa yang diakui oleh Annuar Musalah.

Memangpun ada kebenarannya, seperti yang pernah diakui diterima olih Sharir Samadlah? Ahmad Maslanlah serta Ketua Puteri UMNO, tetapi samaada dana yang di terima ini dimasuk keakaun Pertubuhan atau akaun sendiri hanya Bahagian yang bolih mengesahkannya.

Tetapi DANA yang diterima olih Najib yang dikata diterima dari penderma Arab berjumlah USD 681 juta yang juga didakwa DOJ bahawa dana tersebut bukan berpunca dari Penderma Arab tetapi sebaliknya dari dana 1MDB, tetapi bak kata Najib dan disahkan olih Doj bahawa "dana "lebih kurang USD 620 juta juga telah dihantar pulang semula.

Benarke semua Bahahgin UMNO dapat injection dari dana yang dipertikai ini.. seperti yang diakui olih Annuar Musa ni..adakah dari dana USD 681 juta ni atau pun dari dana RM 40 juta SRC International?


Atau  cukupkah lebihan dari dana USD 681 ke nak membiayai semua aktiviti PRU 13 dengan baki dana yang sekecil itu? Kalau benarlah..

Walau apapun kesahihan serta ketulusan dana yang diterina Najib itu yang dipertikaikan rakyat. Najib  wajib membentangkan kepada rakyat status
Dana tersebut.

Kalau benar dana "halal toiyibban" lebihan dari derma "Pak Arab" itu diagihkan kesemua Bahagian UMNO itu rakyat tak kisah lah.tetapi..kalau dana yang diagih agihkan keBahagian UMNO itu bukan berpunca dari derma Pak Arab tetapi sebaliknya dari  pinjaman 1MDB dan SRC International seperti yang didakwa Sarawak Report mahupun DoJ, dimana setiap diri rakyat jelata terpikul dibahunya hutang tersebut.maka..dunia dan akhirat hasil itu tidak akan dihalalkan.

Bagi mereka yang berpegang pada hukum Allah swt, halal dan haram, maka memakan dan berbelanja dari hasil tersebut adalah berdosa serta haram hukum sifatnya.

Dah tahu atau tak mahu tahu puncanya serta membenarkan perlakukan tersebut maka "bersubahat" adalah takrifanya. Maka kesalahan tersebut amat dibenci Allah swt.

Pilihan ditangan sendiri.oleh itu jangan salahkan takdir apabila "bala Allah swt" menjenguk pintu rumah kita. Olih itu JANGAN kita jadikan mereka yang kita sayangi menanggung bala dari kesalahan pilihan kita.


                Cahaya Al Majid




Wednesday 19 October 2016

THE PROMISED LAND : MALAYSIA....APA DAH JADI..

Bismillahhirrahmannirrahim.

Ada Pepatah Melayu mengatakan " untungnya batu tenggelam, untungnya sabut timbul". Begitulah luahan kata kata yang selalu disebut sebut apabila keadaan sudah tidak terkawal atau terdesak , walaupun telah mencuba.

Najib mengatakan bahawa tanpa GST, Kerajaan akan lumpuh. Nak tanya gak..bukankah Kerajaan yang memerintah ini dibawah Kepimpinan beliau iaitu Barisan Nasional ?

Aai..sampai macam tu sekali. .maknanya tanpa duit dari poket rakyat..maksudnya..bengkraplah ye..atau tak bolih berfungsi..kan??

Hai..kata ekonomi rancak dan dakwa banyak menerima  dana dari  foreign investor yang melabur billion billion dinegara ini? Mana hilang nya pelaburan mereka tu??

Apa maknanya kata kata Najib tu????

Kan Najib mengatakan ekonomi kita tak bermasaalah dan dikata pula KDNK kita pun maintain dan diakui oleh Bank Dunia mahupun Fitch Rating .Kata Semuanya baik selainnya hanyalah fitnah pembangkang saja, bak kata Menteri Menteri Najib la..

Kalau semuanya ok tetaou kenapa nak ikat perut atau kurangkan budget kementerian pula? Apa puncanya? Kalau sebelum ni..announce projek billion sana billiun sini, tapi..apa yang nampak eek?

Yang rakyat nampak, kekayaan melimpah ruah tetapi kroni UMNO je, anak pinak Menteri je. hingga anak tiri Najib pun kaya raya mengalahkan syarikat publik listed. Tak ketinggalan juga sianak Nazri Aziz tu. KAYA giler beb..Dato' Ku Putih pun kalah..

Rakyat kat bawah ni dah macam hamba abdi...cari duit macam nak mati..barang keperluan semakin mahal..kos semakin meningkat..GST kena lagi..tapi Kerajaan Najib..rasuah sana sini..bukan lagi ribu riban...tapi..songlap juta juta..

Kalau dulu ikan sardin bolihlah beli dengan harga 5-6 ringgit..tapi sekarang rm8 ringgit...giler punya mahal tu..

Tapi nak buat macammana..Pemimpin sendiri sanggup "pecah amanah" .tapi..tak pa lah...selalunya manusia yang suka membelakangkan tuntutan agama ni..bayangan bala selalu berada disisi..cuma tunggu masa je nak kena.

Setiap salah laku samaada melalui ungkapan kata kata mahupun perbuatan samaada secara sembunyi atau secara terangan..balasan tuhan selalunya " cash on delivery" ...ingat ya..bukanya ." Cash is king"..

Ingat ya.." C.O.D". jangan sampai bala menimpa anak yang disayang" ataupun " nikmat yang kita miliki..diambil Tuhan.. Kena selaku beringat ..sesaat saja hati dialpakan ..sepanjang hayat..hidup.merana..
Janji Allah swt sentiasa benar.

Yang benar pasti mengatasi yang bathil.

Kegembiraan dan kekayaan yang kamu nikmati dan miliki itu merupakan tanda kesengsaraan rakyat yang kamu menempah sendiri.

              Cahaya Al Majid

P/S : Minggu lepas saya ke Pekan.
         Heeem...
         Telah ku sampaikan salam
         Berita besar pasti menderam
         dilangit..
         Tunggu...






Monday 17 October 2016

THE PROMISED LAND : ISLAM ANUTAN UMNO WAJIB DISANGGAH DEMI ISLAM

Bismillahhirrahmannirrahim.

APABILA AJARAN AL QURAN
JADI BAHAN POLITIK

Memohon keampunan dan kemaafan adalah tuntutan.

Melakukan kesalahan adalah lumrah kerana itu adalah fitrah yang ditetapkan bagi settiap manusia.Kalau tidak nescaya Allah swt tidak akan menjanjikan neraka kepada pelaku yang melakukan dosa oleh sebab  sifat Allah swt itu Yang Maha Pengasih dan Maha Penyang maka pengimbang untuk kebaikan ,syurga adalah ganjaranya.

Kepada pelaku yang melakulan kesalahan dan mengaku kesalahannya serta berendah diri dihadapan Allah swt, itu adalah satu sifat terpuji dan patut dicontohi.

Mengaku kesalahan dan memohon keampunan dari manusia yang pernah terkesan dengan tindakan kita samada secara sedar atau sebaliknya maka permohonan maaf yang dilakukan adalah bersifat terpuji dan dirahmati Alllah swt kehidupannya .

Sebarang bentuk pemohonan maaf  yang dilafas dari lidah yang lancar dan  yang datang dari keikhlasan hati inshaallah..kehidupan kita akan lebih bahagia dan dirahmati Allah swt.

Dr Mahathir telah secara terbuka memohon kemaafkan daripada rakyat terhadap tindakannya yang telah memberi kesan dan terkesan dengan tindakannya didalam membangunankan negara ini, walaupun ramai rakyat yang mendapat limpahan ekonomi  dari cara beliau namun tidak dinafikan terdapat juga golongan yang tercicir .

Walaupun kelompok ini amat sedikit namun kos sara hidup dizaman itu amat bersepadanan dengan pendapatan. Itu yang membuatkan rakyat marhean terutama Melayu amat berterima kasih.

Walaupun bagitu Dr Mahathir tetap memohon kemaafan.

Perlukan manusia memperlekehkan cara beliau. Adakah bersalaman dengan Anwar Ibrahim itu salah.? Mempererat silatulrahim , adakah itu bersalahan dengan tuntutan agama. Perlukan pemimpin UMNO memperlekehkan?

Apa yang kita lihat, Najib bermati matian menafikan kepada rakyat bahawa ada kemasukkan dana sebesar 2.6 billion dan 40 juta keakaun beliau. Tetapi apabila siasatan dilakukan , kebenaran terbukti dan sahih ada kemasukkan dana seperti yang didakwa. Walaupum Najib mengatakan beliau tidak pernah menggunakan dana itu untuk kepentingan peribadi namun penafian yang dilakukan tidak bisa mengurangkan prasangka bahawa Najib adalah sesorang pembohong atau pembongak.

Menipu dengan berbagai alasan serta disepakti oleh Kabinet serta Ahli Pertubuhannya uaitu UMNO telah meletakan status "mungkar" keatas seluruh ahli pertubuhan tersebut.

Bersengkokol, bersubahat serta menipu secara beramai didalam "menghalalkan perbuatan yang haram"adalah satu perbuatan haram yang dilaknat Allah swt.

Adakah ahli Pertubuhan UMN0 yang berjumlah 3 juta itu sanggup menolak hukum Allah swt semata mata untuk menyelamatkan Najib?  Dan  adakaj diri anda sanggup untuk sama sama terjerumus keneraka Allah swt? bilamana ramai orang tahu akan keterpesongan telah berlaku?

Kalau begitulah taksubnya ahli pertubuhan UMNO terhadap Parti yang mereka anggotai, maka, selayaknyalah hukum yang terpakai dan sunnah Rasul yang diikuti, yang dikata, menjadi ikutan orang Islam, selayaknya, hukum Allah swt dikaji dan diubah bagi menyesuaikan dengan kehendak pemerintah.

Oleh itu sebagai umat Islam yang beriman dengan Al Quran dan Rasullulah saw, maka, pengikut serta ahli pertubuhan UMNO tidak layak dianggap sebagai pendukong Islam serta telah terpesong amalanya dari agama Islam.

Adakah mereka ini layak kita anggap sebagai pengamal atau umat Nabi Mubammad??

              Cahaya Al Majid



Thursday 13 October 2016

THE PROMISED LAND : MANA SATU PILIHAN : PARTI MAHATHIR ATAU PARTI NAJIB : BHG 2

Bismillahhirrahmannirrahim.

  SIAPA PILIHAN ANDA
PANAS LAGI MEMANASKAN
Dizaman pemerintahan Dr Mahathir, walaupun rakyat atau ramai Melayu marhean berpendapatan kecik seperti kerani sekolah , askar mahupun Polis waima pekebun kecil atau pun bekerja disawah bendang namun kesusahan atau ketidakcukupan untuk menyara keluarga tidaklah dirasai sangat.

Sekurang kurangnya tambahan pendapatan melalui perniagaan kecil kecilan seperti menjual kuih muih bolih mencukupkan perbelanjaan. Walaupun harganya 10 sen sebiji namun tambahan pendapatan ini sekurang kurangnya bolih menampung perbelanjaan anak kesekolah waima 3 orang sekalipun.
Itu aku saksikan didepan mata dan bukan mereka reka cerita.

Barangan keperluan harian samada yang basah atau kering tetap murah dan mampu dibeli.  Sayur sayuran mahupun ikan dan ayam harganya amat berpatutan dan peristiwa kehabisan barang keperluan dipasaran tidak pernah berlaku.

Sudu, gula tepung serta beras harganya amat berpatutan dan murah. Itu adalah diantara beberapa kesenangan yang dihadiahkan oleh pemerintahan UMNO dahulu ketika Dr Mahathir.

Tetapi kesenangan yang dihamparkan oleh UMNO dibawah Dr Mahathir, sedikitpun tidak mengheret rakyat apabila krisis matawang dan kemelesetan ekonomi berlaku.

Walaupun kerajaan dikata menghadapi situasi ekonomi yang tidak menentu namun kemaslahatan rakyat tetap menjadi keutamaan Dr Mahathir serta Kabinetnya.

Walaupun terdapat segelintir rakyat tidak berpuas hati tetapi itu adalah dalan hak politik dan kebanyakkannya mereka ini kebanyakkannya berada dikem parti pembangkang, samaada PAS mahupun DAP. Lain lain isu kebanyakkan rakyat bersama parti pemerintah. Itu adalah hakikat.

Kini semua scenario  itu telah bertukar Kalau dahulu parti memerintah yang dinaungi UMNO amat perihatin dengan kemaslahatan bangsa Melayu tetapi keadaan kini amat berlawan sekali.
Kebanyakkan Melayu yang kaya raya kebanyakkannya bernaung dibawah bendera UMNO. Walaupun hanya berstatus Ketua Pemuda Bahagian atau setidak tidaknya Ajk Bahagian, namun kekayaan yang dimiliki, melebihi Cina yang telah berniaga 20 tahun.

Ketua Pemuda UMNO yang tidak berkerja pun bolih hidup macam jutawan. Semuanya kerana apa..terlalu banyak duit free..

Menteri Kabinet tidak lagi memikirkan perasaan rakyat apabila menjawap beberapa isu yang berkepentingan terutama terhadap rakyat. Sehinggakan ada Menteri yang sanggup berkata "kalau ayam mahal jangan makan ayam , makan ikan je". Tidak ke "tolol" namanya .Adakah itu standardnya Menteri Kabinet ? Bukan seorang Menteri yang berperangai macam tu, tetapi ada ramai . Kebangangan kelompok yang membarisi Kabinet Najib amat terserlah.

Kini negara sedang dipimpin oleh Najib Razak, namun, apa yang ketara dan jelas dimata rakyat, kos sara penghidupan bukan saja tinggi dan mengerunkan malahan harga barangan keperluan seharian semakin mahal kekadang bekalan juga terputus atau susah didapati.

Kos kenaikan barangan ini bukan baru malahan kosnya telah mendadak naik yaitu sebelum GST  lagi. Tetapi apabila GST dikenakan maka kenaikan kos barangan bertambah lagi bukan sedikit tetapi amat membebankan setiap jiwa yang berkeluarga malahan orang bujang juga terkesan kerana kos penghidupan.

Yang peliknya cukai GST dikenakan pada setiap rakyat .Yang miskin atau golongan kurang upaya juga dikenakan GST. Dimana kita nak kata kerajaan Najib perihatin terhadap kesusahan golongan ibi. Untuk GST atau untuk memenuhkan kantung Kerajaan Najib, maka tiada siapa terkecuali melainkan jin dan iblis saja.

Yang membebankan dan yang membuatkan rakyat sakit hati, Perdana Menteri dan isteri berbelanja mewah . Shopping sakan sana sini, beli handbags beratus riban itu tak termasuk intan berlian serta jam tangan. Juta juga kosnya.

Isteri yang tiada kena mengena dengan pentadbiran kos sekali dandan rambut mencecah RM1000 ringgit itu tak termasuk kos cucuj anti penuaan mahupun botok. Hai..cukup ke gaji Najib....itu baru sikit..kita sambung lagi..kasi hangat..era Pemerintahan Najib....

P/s : Kita dedah lagi..

Siapa rasuah siapa makan suap...

                Cahaya Al Majid




Wednesday 12 October 2016

THE PROMISED LAND : MANA SATU PILIHAN : PARTI MAHATHIR ATAU PARTI NAJIB

Bismillahhirrahmannirrahim.

         Bahagian Pertama

MAHATHIR TAK DENDANG APA YANG DIBUAT
NAJIB SUKA MENWAR WAR KAN APA YANG DILAKUKAN.

PEMIMPIN MANA YANG LAYAK DIIKUTI?

Allah swt membekalkan manusia dengan akal dan fikiran namun bagi manusia yang tidak mahu berfikir dan tidak mahu menggunakan akal fikiran dan hanya mahu mengikut tanpa berfikir, samalah kategorinya seperti seekor keldai mahupun seperti seekor lembu atau kerbau yang dicucuk hidung.

Mana satu pilihan anda, terpulang.

Dr Mahathir , berusia 91 tahun dan telah memimpin negara ini selama 22 tahun. Dari kepimpinannya maka transformasi besar besaran telah berlaku dalam negara kita.

Dari negara yang berusurkan pertanian telah diubah kepada negara berunsurkan perindustrian. Walaupun pada mulanya perubahan itu dilihat janggal namun melalui perancangan yang teliti dan diselia oleh kaki tangan yang berintrigeiti dan bermoral, hala tuju negara dapat dilihat secara jelas.

Perubahan yang dilakukan dapat dilihat secara fizikal oleh rakyat dan menafaatnya dapat dirasai dan dinikmati. Sebagai contoh, negara kekurangan dana untuk melakukan perubahan tetapi dengan idea pengswastaan dengan bantuan kerajaan maka semua impian untuk mempercepatkan pembangunan infrastruktur bagi memudahkan pembangunan sektor industri maka kemudahan rantaian jalan raya atau lebuhraya adalah satu keperluan bagi sesuatu perhubungan direalisasikan.

 Itu adalah salah satu dari apa yang telah dibangunkan. Dan kini rantaian kemudahan tersebut digunakan setiap rakyat dinegara ini didalam urusan seharian. Walaupun kos pembinaannya menelan lebih dari 3 billion pada ketika itu namun pulangan yang dinikmati rakyat tidak terkira jumlahnya.

Walaupun kini, jika dikaji semula, yang bermenafaat dan mengaut keuntugan dari Projek ini tetap anak syarikat Kerajaan dan mungkin beberapa peratus saja dimiliki oleh beberapa konglomerat yang memegang syer sebagai nominee kepada pemimpin tertentu.

Walaupun kita tidak tahu siapa dia tetapi semestinya mereka mereka ini terdiri dari proksi dari parti pemerintah iaitu BN. Oleh itu menafaat sebenar adalah Parti yang menjadi tonggak utama dalam BN. Saya rasa semua tahu.

Tetapi semua tahu dan maklum akan kejayaan Dr Mahathir dalam membangunkan negara bukan saja didalam negara malahan luar negara juga amat kagum dengan perubahan drastik yang berlaku dinegara ini.

Perbelanjaan berhemah serta perbelanjan kerajaan  mengikut keperluan dijadikan kunci utama walaupun terdapat sini sana kelopongan kerana ketamakkan beberapa orang manusia yang rasuah namun skalanya tidaklah menggila.

Walaupun ramai yang berkata Zaman Dr Mahathir hanya segelintir Melayu yang dapat menafaat dari dasar beliau namun kebanyakkan yang jadi kaya raya adalah Melayu yang bernaung dibawah UMNO samaada sebagai proksi atau nominee kekayaan mereka ini amat nyata sekali.

Berlainan  pula kini, Dr Mahathir menjadi musuh utama bekas Parti yang ditubuhkan selepas UMNO lama dibatalkan pendaftarannya gara gara pertembungan dengan Tengku Razaligh. Semuanya kerana masing masing mahu menjadi juara didalam Parti UMNO.

               ....bersambung...

P/s: Nanti kita singkap pula apa yang Najib bangunkan atau apa menafaatnya terhadap rakyat dan negaram


Tuesday 11 October 2016

THE PROMISED LAND : ISLAM ANUTAN PEMIMPIN UMNO vrs ISLAM AJARAN NABI MUHAMMAD

Bismillahirrahmannirrahim.

Islam itu indah, Islam itu mudah, Islam itu berserdahana, Islam itu menolak keganasan, Islam hanya akan bertindak sekiranya ajaran Baginda diseleweng. Tetapi yang paling utama adalah melakukan kebaikan  sesama makhluk Allah swt walaupun terhadap musuh. Itulah keindahan Islam yang sepatutnya ditanam dijiwa umat yang mengaku Umat Muhammad s.aw.

DIMANA ANDA INGIN DINILAI
JANGAN SALAHKAN SYAITAN KERANA BERJAYA MENEROBOS HATI ANDA

Masih ada lagikah ajaran Nabi Muhammad  yang tertanam dijiwa Pemimpin Islam masakini?

Berbohong, menipu, mencuri, menyeleweng, rasuah, mengambil harta yang bukan hak, bersubahat serta tegahan lain yang memudaratkan , semuanya berdosa . Apakah kita mahu terjebak sekali?

Terdapatkah golongan  Pemimpin yang anda  pilih itu terpalit atau tergolong dalam dalam kategori diatas?

Kalau ada dikalangan yang disebut, apa patut anda buat? Adakah anda tetap mendiamkan diri ?

Baru baru ini seorang Ketua Bahagian UMNO yang  mengetuai  Kumpulan Baju Merah dan mengasari seseorang . Mangsa yang dikasari secara fizikal itu adalah seorang Melayu dan beragama Islam. Patutlah mangsa ditendang dan dikasari hanya kerana tidak sehaluan dan berbeza pemikiran?

Adakah Islam yang dianuti geng baju merah itu berbeza aturannya dengan kitab yang diimani olih mangsa? ATAU geng ini sememangnya "pengganas" yang dibela oleh Jamal Ketua Bahagian UMNO?  ATAU sememangnya UMNO yang membela geng ini?

Perbezaan pendapat sememangnya dibenarkan didalam agama Islam tetapi kekerasan dan permusuhan sesama agama adalah dilarang.

Firman Allaah swt yang mana satu yang mahu dinafikan oleh kumpulan ini?

Atau adakah kerana duit atau imbuhan dunia yang dijanjikan membuatkan kelompok ini mengingkari tuntutan agama .

Satu lagi yang amat ketara, adakah keborosan Perdana Menteri Malaysia serta keluarganya mencerminkan mereka menurut tuntutan agama yang dibawa olih Baginda Rasullulah saw.

Segala perilaku serta sokongan moral yang anda berikan kepada mereka yang tidak menjunjung ajaran RASULLULAH S.AW, yakinlah..Baginda sendiri tidak akan sekali kali mengaku bahawa pelakunya adalah dari golongannya.

               Cahaya Al Majid


Monday 10 October 2016

THE PROMISED LAND : ITU SEBAB NAZRI AZIZ TAK KEMANA...

Bismillahhirrahmannirrahim.

Mengungkapkan kata kata adalah mudah tetapi adakah kata kata kita itu sekadar suka suka atau adakah kita sedar bahawa apa yang kita ungkapkan itu sebenar bersaksi?

UKURLAH BAJU DIBADAN SENDIRI

Nazri Aziz berkata bahawa Dr Mahathir tiada berkelayakan untuk bercakap tentang Perlembagaan Negara berbanding dirinya. Alasan nya Dr Mahathir adalah seorang Doktor berbanding beliau, seorang Lawyer  dan katanya beliau amat arif tentang undang.

Perlu kita tahu bukan semua Peguam atau Lawyer itu pandai dan bukan semua Doktor tu hebat. Tetapi Dr yang dikata tak pandai itulah yang beliau julang sebelumnya. Bekas Presiden parti beliau juga lah yang telah berjaya mentransformasikan negara ini. Itulah perbandinganya.

Siapa hebat?  Nazri Aziz kah atau Mahathir kah ?

Hai dalam kehebatan Nazri seperti yang beliau dendangkan kelebihanya berkenaan  undang undang, kenapa Pulau Batu Putih bolih terlucut.


Keangkuhan Nazri Aziz amat ketara sekali.

Diwaktu negara kita terlepas Pulau Batu Putih kepada Singapura dimana kelantangan suara Nazri Aziz. Hai kepakaran Nazri Aziz tak membantu ke waktu tu . Cuma otak dia terencat sikit bilamana mengatakan kejatuhan nilai matawang kita baik untuk negara.

Yang kita nampak..orang bangla, nepal, myanmar serta tak kurang pelacur cina saja yang berselirat kat negara ni..pelancong ke tu?

Kalau dah mengaku hebat dan mengalahkan kehebatan bekas Perdana Menteri Dr Mahathir ,kenapa Nazri Aziz tidak kehadapan bertungkus lumus macam JAMAL PAK TONGKOL ( Ganster UMNO) dalam mempertahan Pulau Batu Putih, kan isu itu melibatkan Undang Undang . Atau pulau Batu Putih tu tak penting berbanding UMNO?

Kalau dah terlalu hebat dan arif tentang Undang Undang seperti yang beliau dakwa kenapa maruah dan imej negara yang telah dicemar dan dituduh olih dunia luar dengan bermacam macam panggilan, kenapa, Nazri Aziz,  yang mengaku arif tentang Undang Undang tidak mengambil tindakan? Kenapa? Kedaulatan  negara tidak perlu dipertahankan ke ?

 Kenapa tak gunakan undang undang untuk mengheret kelompok ini.

Janganlah kita angkuh dengan kata kata kita dengan merendah rendahkan kelebihan orang lain. Lihat dahulu pencapaian kita adakah kita telah berjaya melakukan sesuatu yang bermenafaat buat orang lain?

Atau diri sendiri pun tak berapa betul lagi.

Kepada MP Padang Rengas ni...cuba cubalah bertanding kat Wilayah atau KL,  ..kan orang KL mengharapkan watak seperti Nazri ni...berani ke??? Setakat jaguh kampung je...tak kemana la..

Apa apa pun...kalau setakat dipilih jadi ahli MKT .dan bukan menang bertanding.tak macho la...

                  Cahaya Al Majid














Thursday 6 October 2016

THE PROMISED LAND : LAKUKAN SEKARANG ATAU SELAMANYA TERKEPUNG

Bismillahhirrahmannirrahim.

  MADU DITANGAN KANAN
  RACUN DITANGAN KIRI
  SIAPA BAKAL TERJUAL

Majlis Raja Raja Melayu pada tahun 2015 pernah menitahkan agar kes 1MDB diselesaikan dengan kadar segera tetapi sehingga kini kemelut 1MDB yang memalitkan Najib Razak aka Perdana Menteri Malaysia aka Presiden UMNO merangkap Menteri Kewangan aka Penasihat 1MDB telah dengan sengaja dilewatkan selamanya.

Kini pihak luar telah mula berani memperlecehkan maruah dan intigriti negara kita.

Bukan saja nama baik negara dicemari malahan jawatan yang disandang Najib iaitu PERDANA MENTERI MALAYSIA, juga diperlekeh sehina hinanya.sehingga negara kita dilabel sebagai negara "klepetokrasi", gara gara berbillion dollar Amerika masuk keakaun peribadi  Perdana Menteri berserta beberapa "rakan songlap"  Najib berserta anak tirinya yang  menjadi kaya raya dalam  sekelip mata , semuanya berpunca dari dana pinjaman 1MDB.

Namun apa yang berlaku ini sedikitpun tidak diendahkan oleh Najib mahupun Kerajaan pimpinan beliau tetapi sebaliknya Menteri menteri pengampu Najib menganandaikan pula bahawa tindakan pihak luar ini pula sebagai usaha untuk menggulingkan kerajaan  Malaysia atau sebagai campur tangan asing terhadap politik.

Yang didakwa hanyalah penyelewengan ,penipuan serta perompakan dana yang ditanggung rakyat.

Pihak yang mendakwa seperti  DoJ di Amerika dan juga Swiss mula bertindak terhadap "perompakan" dana 1MDB  ini bilamana dana tersebut memasuki negara mereka malahan dana tersebut juga telah diguna untuk membeli harta mudah alih serta hartanah  serta pelaburan , maka, akta Pengubahan Wang Haram dikenakan keatas perlaku an tersebut.

Kerana kes ini didakwa telah melibatkan MO1 atau yang diakui oleh Rahman Dahlan (Menteri Lantikan Najib) adalah Najib Razak iaitu  Perdana Menteri Malaysia, maka, Pembersihan atau pensucian terhadap jawatan " PERDANA MENTERI MALYSIA", wajiblah diberikan keutamaan olih Kerajaan mahupun olih Yang DiPertuan Agong sendiri., kerana, Najib Razak adalah individu teratas dalam hieraki Pentabdiran Malaysia.

Tetapi sebelum semua ini dapat dilakukan, Yang Di Pertuan Agong sepatutnya tidak menolak atau memberi apa apa keputusan tentang cadangan Dr Mahathir dan sepatutnya Baginda meminta tempoh agar perkara sebesat ini dapat dirunding, dibincang dan disepakti oleh Raja Raja Melayu. Kerana keputusan deklarasi rakyat yang disembahkan oleh Dr Mahathir ini amat besar implikasinya serta bolih merubah keputusan Ahli Parlimen Barisan Nasional  dari mengaktifkan  akta MKN dari dikuatkuasakan. Tetapi sayang seribu kali sayang..tuah yang diampar ..beburung pula yang kenyang.

Suka atau tidak, akur atau terpaksa, Akta MKN menjadi hak exclusif Perdana Menteri.

Yakin atau tidak atau pada bila bila masa sekiranya  Pihak Istana mahupun rakyat marheah cuba bersengkokol dengan Raja atau Sultan, cuba :MENYAHKAN" Perdana Menteri, mengikut terjemah mereka, maka, akta Darurat yang ditangan Sang Perdana Menteri , adalah senjata yang paling ampun dan teebaik untuk dikuatkuasakan.

Apakah ada taksiran lain tentang Akta MKN yang ditangan Perdana Menteri.

Untuk itu semoleknya Raja Raja Melayu bersepakatlah sesama mereka, demi, menyelamatkan Negara, Rakyat serta Institusi Di Raja atau Institusi Yang Di Pertuan Agong dari diuncah oleh Ahli Politik yang tidak bermaruah dan tidak berakhlak ini demi survival parti mereka.

Masih belum terlambat buat Raja Raja Melayu untuk menongkah arus atau msnbetulkan apa yang terseleweng, kerana Pemimpin  Parti  Pemerintah sedang dilanda skandal dan keampuhan parti mereka juga sedang teruncai raput ibarat sedang dibaiki sianai anai.

Sekiranya tidak berani sekarang maka sampai bila bila pun institusi Di Raja tidak akan dipandang tinggi olih Ahli Politik.

Tepuk dada tanya salera, pisau ditangan mentimun dikiri, jangan sampai terluka perut.

                   Cahaya Al Majid





Wednesday 5 October 2016

THE PROMISED LAND :BAB 3 : JIN DISISIH..MANUSIA SELALU BONGKAK

Bismillahhirrahmannirrahim.

"Manusia kurang arif tetapi berlagak hebat."


Kepada semua pengamal ilmu samaada Ustaz ke, bomoh ke atau siapa saja, berhentilah dari menyalahkan makhluk Allah swt yang lain apabila kita didatangi musibah.

Bertawakal dan berserah kepada Yang Maha Esa dan melakukan apa yang disuruh dan menjauhkan apa yang dilarang  adalah yang terbaik bagi kita.

Kita selalu ditakutkan dengan makhluk makhluk Allah swt seperti Jin dan Syaitan dengan gambaran dan cerita yang menakutkan jiwa manusia.

Sekiranya kita beriman dan takutkan balasan Tuhan terhadap kesalahan kita, maka, bermusahabah diri lah dan lakukan seberapa banyak kebaikan .

Adakah jin tu jahat?

Macam manusia juga, ada yang baik dan ada yang jahat dan tak semestinya manusia yang beragama Islam itu semuanya baik begitu jugalah dengan Jinn . Sifatnya sama saja seperti manusia, cuma, manusia tidak dapat melihat mereka tetapi mereka dapat melihat kita. Itulah kelebihan mereka yang Allah swt  bekalkan.

Melalui pengalaman saya, ketika pelatih pelatih kem PLKN Pasir Panjang diserang "histeria", saya, telah dijemput untuk membantu memulihkan kawasan kem tersebut namun apa yang saya lakukan adalah "berunding" dengan cara baik . Dengan meluahkan kata kata yang baik dan elok, allhamdullilah, semuanya beres dan terkawal cuma terdapat seekor atau diekor Jin yang bukan Islam yang agak aggresif tetapi melalui kata kata yang meyakinkan ,Jin bukan Islam pun akur dengan kehendak kami. Itulah sebabnya, bertutur dengan kata kata yang baik pasti melembutkan sesiapa saja waima jinn sekalipun.

Sudah sampai masanya kita berbaik dengan jiran kita melalui kata kata. Bukan mengherdik, bukan menghina atau mengeji, waima terhadap Jinn sekalipun ,inshaallah, Jinn tidak akan menganggu kita melainkan Syaitan, kerana, Syaitan sudah berjanji dihadapan Allah swt bahawa mereka akan cuba menyesatkan manusia dan syaitan juga berjanji bahawa manusia yang ikhlas terhadap Allah swt, dia akan menjauhkan diri.

Oleh itu berhentilah menyalahkan orang lain ataupun Jinn tetapi sebaliknya salahkanlah diri sendiri kerana alpa dengan nikmat dunia. Janji Allah swt sesungguhnya benar, Yang baik dari Allah swt dan yang buruk itu dari diri kamu sendiri.

"Firma Allah swt yang mana satu yang mahu kamu nafikan"

Jangan kamu cemari alam ciptaan  Allah swt yang tidak kamu ketahui. Kerana itu adalah perbuatan terlebih buruk kalau kamu mengetahui.

                   Cahaya Al Majid






Tuesday 4 October 2016

THE PROMISED LAND : BAB 2 : ANTARA JIN DAN MANUSIA

Bismillahirrahmannirrahim.

Segala puji bagi Allah swt, Tuhan semesta Alam, tumpuan manusia dan seisi alam mensuci dan mengagungkan kebesaran Allah swt.

Berbalik kita kepada makhluk yang berkongsi alam dengan kita.

Antara sedar atau tidak , antara suka atau terpaksa, kemungkinan kediaman yang kita huni atau kampung  yang kita diami , berkemingkinan  tertangga yang paling dekat dan hampir dengan kita adalah kelompok ini.

Antara contoh contoh yang paling ketara terjadi kerana kehadiran kelompok ini dikediaman kita adalah suasana rumah kita akan selalu kelihatan suram dan sepi seolah olah tidak bermaya.

Kehadiran kelompok ini dapat kita rasai dengan mudah.
 Apa saja jenis bauan wangian yang kita gunakan dirumah, semestinya, ini akan mengundang kehadiran kelompok ini. Sekiranya kita menggunakan wangian atau membakar setanggi pula, bukan saja jin Islam yang datang malahan jin bukan Islam juga akan hadir sama.

Kini pengamal paranormal, ustaz mahupun bomoh bomoh mula mengambil kesempatan terhadap makhluk ciptaan Tuhan yang selalu dituduh dihina dan dikeji ini.

 Semuanya gara gara kerana manusia jatuh sakit ataupun rumahtangga hancur mahupun  hilang pedoman dan apa saja semuanya pasti sedikit sebanyak akan memalitkan kepada kelompok jin .

Minggu lepas saya ke Kota Singapura kerana urusan perniagaan di Singapapore Expo Hall, dan alangkah terperanjatnya, pada hari pertama hingga terakhir (4HARI) sesi perubatan berhubung ankara jin diperkatakan oleh kelompok yang mengaku Uztaz.

Berbakul bakul kesalahan yang manusia lakukan tanpa sedar dan tidak dijatuhkan keatas jin , sehinggakan ada yang mendakwa bahawa jin adalah punca segalanya diatas kekewatan manusia.

Allah swt berfirman bahawa yang baik datangnya dari Allah swt dan yang buruk itu dari tangan manusia sendiri. Firman yang mana satu yang cuba manusia nafikan?

Manusia kena faham Alquran.

Yang bolih membisikan dihati dan telinga manusia hanyalah Iblis dan bukan Jin.

 Iblis dan jin tidak berupaya untuk mendatangkan keburukan atau kesakitan kepada manusia tetapi sekiranya hati dan fikiran manusia itu terlalu taksub dan suka berprasangka buruk terhadap orang lain, maka Jin bolih meresapi tubuh manusia itupun untuk jangka masa yang singkat saja dan bukan selamanya.

Kini sudah menjadi kebiasaan, setiap kes yang tidak berjaya diubati melalui keadah saintifik atau moden maka ankara jin adalah jawapan yang bakal dihembur samaada Ustaz, bomoh mahupun pengamal paranomal.

Sedarkah kita bahwa jin sebenarnya memerlukan manusia untuk mendalami agama Islam.  Jin tiada kitab nyata Al Quran begitu juga dengan Nabi atau Rasul. Tiada seorang pun Nabi dan Rasul dari bangsa Jinn yang dijadikan Allah swt tetapi kelompok ini diamanahkan Allah swt untuk beriman dan menyembah Allah swt.

Yakin atau tidak ,  suka atau tidak ,mentelaah lah Surah Al Jinn, barulah anda tahu bahawa kelompok inilah yang paling awal mendengar lafaz niat solat yang dilafazkan Rasullulah saw.

Berbalik pada kisah saya diSingapore Expo. Pada hari kedua saya dipertemukan Allah swt dengan seseorang yang diberi hidayah. Beliau adalah  Cina Indonesia dan beragama Kristian sebelum ini tetapi sejak dua bulan yang lalu beliau telah mendapat hidayah Allah swt melalui mimpi. Walaupun telah mengambil Islam sebagai pegangannya namun ibunya masih belum lagi dimaklumkan akan penghijrahanya.

Tetapi apa yang menakjubkan saya beliau memberitahu bahawa terdapat ramai jin berkeliaran dan berterbangan disekitar dewan ketika Ustaz melakukan ritualnya. Katanya beliau nampak apa yang sepatutnya "ghaib" dipandangan manusia. Dalam keadaan itu saudara baru ini amat keliru dengan ritual yang dilakukan Uztaz berbanding tuntutan Al Quran.

Menghina mengeji dan memprovoke kelompok dunia sebelah dan menyalahkan kelompok jinn beliau merasakan satu kejanggalan ditambah dengan melakukan  jual beli air rawatan tujuan penyembuhan atau menghalang jinn dirasakan amat keterlaluan, seolah olah menjual ayat quran dan agama demi wang ringgit, itu lah yang dirasakan oleh saudara baru ini.

Oleh itu cuba kita renungkan apa yang benar, sebenarnya.
Kenapa perjalanan saya diExpo Spore tetap menghuraikan topik yang sama dengan apa yang cuba saya ketengahkan. Adakah ini satu kebetulan? Atau adakah ini satu ketetapan dari Allah swt, untuk saya ketengahkan atau perbetulkan?
Dan kenapa Allah swt mempertemukan saya dengan saudara baru ini, Ebrahim.
Hanya pada Mu aku berserahm

Hanya Allah swt saja yang mengetahui.

                Cahaya Al Majid