Sunday 31 January 2016

THE PROMISED LAND : ADA MARUAH LAGI KE???

Bismillahhirrahmannirrahim.

      MARUAH DAH HILANG

Sanggupkah manusia hidup dengan tiada maruah?

Tetapi dipenghujung zaman ni, apa yang dapat kita saksikan kebanyakkan manusia tidak lagi memperdulikan soal maruah.

Apa yang berlaku penggadaian maruah bukan saja terjadi dikalangan orang orang yang telah berumur malahan seawal remaja juga ada yang menggadaikan maruah.

Perkara ini bukan saja terjadi dikalangan orang bukan Islam tetapi umat Islam juga terjebak sama.Apakah sebabnya? Adakah kerana kurangnya dididekan agama ataupun terikut ikut budaya asing?

Kalau seawal umur 7 tahun kita telah dididek secara terus dari ibubapa dan berterusan sehingga dewasa, kenapa perkara ini berlaku juga.

Adakah kerana pegangan dan kepercayaan agama yang disemai oleh ibubapa dan juga disekolah ataupun dipusat pengajian tinggi yang kita pelajari tidak tertanam dijiwa masing masing secara kukuh ? Atau adakah ini telah membuatkan ramai manusia terkulai dalam buaian syaitan.? Anda saja yang tahu jawapannya.

Kini masaalah "tiada maruah" menjadi perkara pokok dalam pentadbiran negara. Bukan saja Parti Pemerintah dilihat tiada maruah malahan pembangkang juga melakukan perkara yang serupa.

Tetapi yang paling sedih penyokong dan pendukong parti mereka juga menggadaikan perkara yang serupa, semuanya gara gara mahukan parti mereka kekal berkuasa walaupun mereka menyedari pemimpin mereka melakukan kerosakkan terhadap agama dan juga negara. Perlukah mereka ini menggadaikan maruah demi penghidupan yang singkat didunia ini?

Kini bukan saja maruah negara kita dipijak pijak malahan maruah umat Islam juga terpalit sama , semuanya kerana perlakuan buruk Ketua negara yang terpalit dengan skandal penyelewengan dana milik negara.

Wall Street Journal, Sarawak Raport dan bermacam macam lagi surat khabar mahupun dalam media sosial, semua berita tertumpu terhadap Ketua Negara yang didakwa terlibat sama dalam penyelewengan dana negara, namun tiada satu pun tujahan ini berani dibentis melalui perundangan apa yang dilakukan hanyalah penafian saja.

Mengolah cerita dengan alasan alasan yang berubah ubah telah memburukkan lagi keadaan. Kadangkala alasan yang diberi juga tak masuk akal malahan dijadikan lawak pula oleh rakyat.Itulah yang berlaku.

Disinilah dapat kita amati bahawa maruah pemimpin sudah tergadai bukan saja kepada rakyat malahan negara luar juga telah merendahkan maruah negara kita gara gara kecurangan Pemimpin.

Adakah kita perlu lagi mempertahankan pemimpin jenis ini untuk mengepalai negara, bangsa dan agama?

Keresahan meresapi seluruh masyarakat, bukan saja umat Melayu yang terkesan akibat salah laku ini malahan umat Islam dan bangsa asing luar negara juga mula mempertikai tentang ajaran Islam yang dikata umat Muhammad ini terbendung dan terangkum dengan Al Quran serta sunnah ?

Bagaimana pula nak menyakinkan mereka tentang keindahan Islam sedangkan pemimpin Islam juga mencuri  sifatnya. Oleh itu jangan salahkan bangsa lain kerana merendahkan umat Islam , salahkan lah umat Islam sendiri kerana gagal memileh pemimpin.

Kalau pileh pemimpin bersandarkan arahan pemimpin atasan dan bukan kerana kehendak rakyat maka dapatlah kita pemimpin setaraf burung kakak tua. Pandai berkata kata tetapi tak tahu apa yang dicakap.

            Cahaya Al Majid











Friday 29 January 2016

THE PROMISED LAND : PERTEMBUNGAN POLITIK DAN DANA TAK BERSTATUS

Bismillahhirrahmannirrahim.

   ASBAB MELALUI ORANG LAIN

Rakyat Kedah bakal menunjukkan kejantananya. Demi kelangsungan dan keterbukaan minda rakyat Kedah dari dibelenggu dan dikudakan oleh pemimpin yang menyebabkan Kedah jatuh ketangan PAS pada 2008 bakal mengegarkan keutuhan UMNO pusat.

Dengan mengira bahawa rakyat Kedah boleh diperkotak katik semaunya menyebabkan rakyat bangun menentang kemahuan dan kehendak pucuk pimpinan UMNO pusat.

Saksikan lah percaturan Najib ini adakah beliau boleh bertahan?

Tambah burukkan lagi, berita bahawa terdapat unsur penyelewengan dalam kes 1MDB yang melibatkan dana USD 4 Billion yang tranksaksi nya melalui Swissbank, didapati ada terdapat unsur pengubahan wang haram yang melibatkan kepimpinan  negara.

Tak mahu bercerita panjang..saksikan lah sendiri apa yang bakal berlaku dalam masa terdekat ini.

                Cahaya Al Majid


Thursday 28 January 2016

THE PROMISED LAND :RENUNGAN JUMAAT : ISLAM YANG SEMAKIN MISKIN.

Bismillahhirrahmannirrahim.

        UMAT YANG PAPA KEDANA

Wahai manusia ingatlah akan kamu bahawa segala kemungkaran yang kamu lakukan pasti mendapat balasan. Ingatlah dikala kamu disemadikan dipekuburan maka akan datang dua malaikat iaitu Mungkar dan Nangkir. Dikala itulah kamu akan ditanya tentang keimanan .

Walaupun diatas dunia kita berjaya menghafalnya namun apabila roh dan jasad berpisah atas ketentuan Tuhan Yang Esa maka dialam kubur semua berbeda sekali.  Ingatlah disaat kematian seluruh sistem  tubuh kita terhenti serta merta.

Apa yang menjawap soalan dari Mungkar dan Nangkir hanyalah amalan kita saja. Samaada kita kekal selamanya dialam barzakh atau ditempatkan ditaman taman syurga, semuanya terletak pada amalan kita didunia ini.

Hari ini ramai cerdik pandai, ada yang ditarafkan sebagai ulama, ustaz , imam dan ada juga  yang berpangkat Mufti kadi  namun semua kelebihan yang terdapat dalam diri mereka tidak digunakan dengan sebaik mungkin. Semuanya gara gara kenikmatan dunia.

Ada penceramah agama ada penyanyi agama ada pelawak agama ada motivsi agama dan ada juga peminta sedekah agama namun semua ini dilakukan atas nama "dakwah" yang berimejkan agama demi menghalalkan  wang ringgit yang diraih.

Ada penjual agama dan ada juga pembeli agama. Kedua duanya seiringan. Namun titek tolaknya tetap berkiblat kepada wang ringgit. Cuba tanya diri kita bolehkah kita membeli dan menjual pahala?

Didalam dunia yang semakin pantas ini terdapat banyak golongan yang dahagakan agama. Disebabkan kehausan yang terlampau, apa saja yang dihidangkan pasti dihirup semahunya , halal atau haram bukan lagi penghalang

Ramai manusia terjebak samaada secara sedar atau tidak, ada yang melakukan atas kerelaan sendiri dan ada juga kerana pengaruh luar namun apa yang dilakukan semuanya dipalitkan atas nama agama.

Apa yang terjadi adalah kerana kurangnya kefahaman tentang tuntutan Al Quran dan sunnah. Menjual agama untuk kepentingan diri berleluasa tanpa sempadan. Bukan saja rakyat marhean yang menjual malahan pemimpin juga membuat jumbo sale terhadap isu serupa.

Sedarlah kerana perdagangan atas nama agamalah yang telah membuatkan ramai manusia tergadai maruah diri dan negaran. Semua ini sedang berlaku.

Perhatikan sekeliling kita setiap hari akan ada "penunggang agama". Adakah anda salah seorang dari golongan itu?

Keindahan Islam acuan Al Quran sudah dicemari. Renungkan dalam diri anda. Manusia semakin kaya peradaban nya tetapi muflis pegangan dan miskin amalan.

                    Cahaya Al Majid

     









Tuesday 26 January 2016

THE PROMISED LAND : BEBAS ATAU BERKECUALI

Bismillahhirrahmannirrahim.

Yang jujur yang baik dan yang mengutamakan kehendak rakyat dinyah dan difitnah.
Yang bodoh yang bangang bertaraf penyamun didengari dan diutamakan. Itulah Pertubuhan Melayu UMNO.

Makanya nasib dan masa depan dan kedudukan Mukriz Mahathir sebagai Menteri Besar  bakal dilucutkan. Semuanya gara gara ketidak puasan hati kelompok yang iri hati samaada terhadap Menteri Besar mahupun Dr Mahathir.

Apa yang terjadi kini didalam pertubuhan UMNO itu sudah tiada lagi ruang bagi manusia yang ikhlas dalam perjuangan untuk bangsa atau pun agama.

Apa yang tinggal hanyalah pekong yang bertukar menjadi  virus kanser yang sedang memakan pertubuhan itu secara senyap dan kanser itu sudah merebak dari akar umbi hinggalah keperingkat tertinggi. Tiada apa lagi yang dapat menahannya dari mereput untuk tumbang menyembah bumi.

Kepada pemimpin pemimpin Melayu yang mengaku Islam dan merasakan diri mereka masih lagi mempunyai maruah dan beramanah serta tanggungjawap terhadap bangsa dan agama maka memerangi kebatilan serta menegakkan kebenaran mestilah menjadi perjuangan. Menentang atau menghapuskan perosak perosak bangsa dan penunggang agama wajiblah dilakukan walaupun jawatan atau kedudukan dijadikan taruhan.

Yakinlah..Allah swt tetap bersama orang orang yang memerangi kemungkaran demi menegakan kebenaran. Mungkin ganjaran Allah swt tidak semudah "cash is king" tetapi keberkatan serta doa doa insan yang ikhlas terhadap kejujuran pasti berlipat ganda nikmatnya.

Telah sampai masanya bagi pemimpin pemimpin Melayu UMNO yang benar benar Islam dan yang berjuang atas nama AlifBaTa dan yang menjunjung kalimah "Lailahaailallah" meninggalkan kepimpinan yang "korup" dan tiada harga diri ini.

Walaupun tindakan ini bakal mengundang presepsi negatif dari kepimpinan tertinggi UMNO walaupun terpaksa membubarkan majoriti kuasa pemerintah, namun tindakan ini boleh merubah langskap politik dari sikap ikut telunjuk bakal bertukar kepada takut kepada Tuhan.

Kalau keberanian mengangkat kebenaran ini diangkat oleh Pemimpin inshaallah , istilah "pemakan dedak" atau "burung camar" tidak akan membaluti diri mereka .

Apa yang perlu pemimpin seperti Muhyiddin , Shafei Afdal dan juga Mukriz serta Kumpulan Ketua Cawangan serta beberapa orang lagi..perlu menyatakan hilang kepercayaan terhadap kepimpinan tertinggi UMNO dan istiharkan keluar parti dan sertai pihak bebas dan berkecuali.

Kalau sifat kebenaran ini dapat dijunjung dan dijuangkan..inshsallah..maruah agama Islam,  bangsa Melayu serta masa depan negara akan lebih terjamin.

Kalau mereka tidak sanggup berubah sekarang  pasti PRU 14 mereka bakal diubah.

                Cahaya Al Majid



THE PROMISED LAND : BERSIH TETAPI TETAP KOTOR

Bismillahhirrahmannirrahim.

    SEORANG BERBANDING RAMAI

Alhamdullilah, hari ini Najib disucikan dengan sebersih bersihnya oleh Apandi. Semua dakwaan salah laku atau telah menerima dana Rm2.6 billion serta Rm42 juta keakaun peribadi beliau juga dihalalkan dan tidak menyalahi undang undang yang terpakai terhadap semua anggota penjawat awam.

Dengan alasan dana yang terima sebagai derma dan hanya menggunakanya tidak lebih dari USD60 juta dan bakinya telah dipulangkan semula kepada penderma tersebut (Kerabat Arab Saudi), serta tiada pengetahuan akan kewujudan RM42 juta, maka, dengan kuasa AG Apandi, semua kebenaran tentang kemasukkan wang keakaun peribadi Perdana Menteri dianggap tidak salah.

Berbekalkan kebenaran yang takut diketahui umum oleh Najib akan derma RM 2.6 BILLION  maka Muhyiddin serta Shafei Afdal yang terkejut akan kemasukkan dana sebesar itu keakuan Najib maka pemecatan adalah jalan terbaik demi kewujudan Penderma Putera Arab Saudi.

Begitu juga halnya dengan nasib Gani Petail, hanya kerana kebenaran dana derma 2.6 billion keakaun Najib dari Putera Arab Saudi, maka, pemecatan Gani adalah perlu demi intrigriti dan maruah Najib.

Tidak cukup dengan itu demi kebenaran dana derma itu ketiga tiga anggota PAC dinaikkan pangkat menjadi Timbalan Menteri demi untuk memendamkan kebenaran tentang kejujuran Najib dari diketahui umum.

Anggota SPRM serta beberapa kerat pegawai AG dan anggota Polis diganggu dan disoal siasat , semuanya dilakukan demi memendamkan kejujuran Najib dari pengetahuan umum. Begitulah telilinya perancangan Najib demi menghalalkan acuanya.

Hari ini seluruh rakyat Malaysis dan seluruh pemimpin dunia yang mengikuti skandal terbesar Najib mentertawakan negara kita.

Sudalah 1MDB terhutang berbillion ringgit , tergadai IPP , terjual pula pegangan majoriti Bandar Malaysia, dimalukan dan dikata difitnah pula oleh WSJ serta Sarawak Report, tetapi akhirnya Saman pun tak mampu dilaksanakan, itulah kemampuan Perdana Menteri Malaysia...kehidupan seharianya hanyalah untuk dicemuh, dicaci, dimaki, disumpah dan ditertawakan oleh Pemimpin Dunia.

Yang paling malang buat negara walaupun Najib disuci dan dibersihkan oleh Apandi namun impak terhadap pembersihan itu tetap tidak melonjakkan nilai matawang dan pasaran saham. KENAPA???
          NAJIB TAK DA VALUE KE??

                     Cahaya Al Majid









Monday 25 January 2016

THE PROMISED LAND : MAKMUR YANG HILANG

Bismillahhirrahmannirrahim.

     DOSA DAN MALAPETAKA.

Allah swt telah berjanji kepada Nabi Ibrahim as bahawa bumi yang kering kontang yang dihuninya iaitu bumi Mekah dimana tertegaknya Kaabah didalamnya akan dimakmurkan Allah swt dengan kelimpahan rahmat buat seluruh  manusia . Kini seluruh umat Islam tertumpu kesana untuk menyempurnakan Rukun Islam iaitu ibadah Haji . Umrah dah ziarah juga memakmurkan lagi bumi ini.

Sehinggakini hasil buminya iaitu minyak serta hasil ekonomi berhubung kedatangan jemaah Haji serta pengunjung  umrah juga telah meningkatkan hasil pendapatan negara itu.

Begitulah bertuahnya negara yang bernama Arab Saudi yang terletak Mesjidil Haram serta Madinah didalamnya.

Berlainan pula jika dibandingkan dengan negara kita. Dahulu negara kita dirimbuni dengan hutan belantara yang menghijau dan sebelum era merdeka negara kita pernah dijajah beberapa kali dari Portugis, Belanda, Inggeris serta Jepun .Namun begitu semuanya tidak kekal tetapi "buah tangan" yang dibawa bersama iaitu " rakyat China dan Rakyat India" tetap tinggal dibumi ini. Mereka inilah yang dijadikan tangan dan kaki bangsa Inggeris untuk mengimbangi orang Melayu. Begitulah sejarahnya.

Hampir 60 tahun bangsa Melayu menerajui negara dan begitu juga dengan Parti UMNO dan selama ini juga lah Pemimpin UMNO saja yang dilantik sebagai Perdana Menteri tetapi yang sedihnya "buah tangan" peninggalan British ini juga lahb yang kaya raya dan memegang tampuk ekonomi. Kenapa?

Kini negara kita mengalami kemeruduman ekonomi. Hasil pendapatan dari sektor minyak dan gas mula menjejaskan pendapatan negara begitu juga dengan hasil dari kelapa sawit, semuanya menyusut. Semua ini mula memberi kesan negative kepada penghidupan rakyat terutama majoriti rakyat ini iaitu bangsa Melayu.

Kini kehidupan rakyat terutama bangsa Melayu mula terkesan dengan kemeruduman ekonomi.Harga sara hidup semakin meningkat setiap hari dan kehidupan seharian menjadi bebanan kerana kos barangan semakin naik dan nilai matawang kita semakin murah.

Nak salahkan siapa?

Telah berpuluh tahun kita menuai hasil bumi ini bermuka dari getah, sawit, kayu kayan, bijeh, emas serta minyak dan gas namun negara ini tetap terkesan dengan kemeruduman ekonomi, kenapa?

Tak cukup dengan itu Kerajaan juga mengutip berbagai bagai cukai dari sekecil kecil perniagaan hinggalah yang berskala gergasi termasuklah cukai pendapatan dan terakhir ini cukai GST, tidakkah ini memadai dalam mengumpul hasil untuk negara? Atau sememangnya kerajaan ini terlalu boros?

Sepatutnya negara kita tidak terkesan sangat dengan kemuruduman ini tetapi oleh kerana hilangnya kepercayaan investor atau pelabur terhadap Perdana Menteri dan kebinetnya membuatkan mereka ini menjauhkan diri .

Akibatnya nilai matawang dan pasaran saham menjunam .

Kemeruduman ini bakal menyenakkan lagi kegelisahan hati orang orang Melayu. Dengan bermacam macam kesundalan serta kesalahan pemimpin Melayu masa kini dijangkakan bakal memusnahkan lagi  kepercayaan rakyat terhadap Perdana Menteri dan kabinetnya serta dengan tersebarnya lagi cerita penyamunan Najib terhadap kewangan 1MDB yang dibaraikan oleh Sarawak Report dan WSJ menambahkan lagi presepsi buruk negara luar terhadap kerajaan masakini.
Tanpa tiada tindakan undang undang diambil terhadap mereka , ini semua bakal menjunamkan lagi maruah institusi Perdana Menteri Malaysia.

Samaada Najib itu seorang yang angkuh atau semenangnya benar beliau menyonlap dana tersebut , tiada apa yang boleh ditahan rakyat melainkan PRU 14 lah jawapanya.

               Cahaya Al Majid





Saturday 23 January 2016

THE PROMISED LAND : ADAKAH INI KESESATAN NYATA???

Bismillahhirrahmannirrahim.

 

Amalan manusia bertingkat tingkat. Makin rendah hatinya maka makin tinggi pula ikhsannya. Makin kurang perkataannya maka makin berkeromah kata katanya. Semakin rendah suaranya semakin tinggi  pula darjatnya. Begitulah perumpamaan apabila seseorang itu telah mengenal dan memahami kata kata Tuhan nya.

Bukan semua manusia diberikan petunjuk oleh Allah swt dan petunjuk itu pula berbagai bagai. Ada yang tulus dan ada yang samar sanar sifatnya. Dan ini semua tergantung kepada keikhlasan hati seseorang terhadap Tuhan.

Ada manusia diberikan Allah swt petunjuk untuk dirinya dan ada juga Allah swt beri petunjuk untuk kemakmuran bagi orang lain. Begitulah halusnya sifatnya Tuhan terhadap hamba hambanya yang dikasihi.

Cuba kita renung kepada diri pemimpin pemimpin Melayu yang beragama Islam dan yang berkuasa masa kini. Cuba tanya diri kita adakah mereka ini sebenarnya mendapat petunjuk Allah swt dalam urusan mentadbir negara?

Bercerita tentang Pemimpin yang mengemudi negara iaitu Perdana Menteri Najib Razak. Adakah beliau tergolong dari seseorang yang mendapat petunjuk  dari Allah swt?

Adakah seseorang itu apabila didatangi dengan berbagai bagai cubaan dan dugaan yang bertimpa timpa yang sileh berganti dikata mendapat petunjuk ataupun kerahmatan dari Allah swt ?

Semenjak beliau mengambil alih kepimpinan negara adakah situasi negara ini betambah baik dan makmur atau rakyat pimimpinanya berlapang hati menerima keputusanya?

Bermacam macam malapetaka terlingkung dibawah pemerintahanya. Dari kemashalatan rakyat sehinggalah kepada isu kemakmuran ekonomi adakah rakyat tidak terbeban dengan segala keputusan akhir beliau?

Kenapa keputusan dan tindakan beliau selalu mengundang kemudaratan kepada rakyat.Kenapa segala keputusan dan idea yang ilhamkan, kebanyakkanya menjerat diri beliau sendiri dan juga terhadap negara.

Atau adakah kerana beliau tidak mampu membuat keputusanya sendiri atau lebih kepada mendengar nasihat dan pandangan dari punasihat disekelilingnya?

Dari apa yang dapat saya ditakrifkan beliau bukanlah dari salah seorang yang diberikan petunjuk namun dari apa yang menimpa diri beliau dan malapetaka yang melanda nasib rakyat masakini merupakan tempias dari kesalahan lampau beliau.

Kegagalan beliau dalam menilai diri dan memileh para anggota kabinetnya dari kelompok manusia yang benar benar jujur dalam memakmurkan negara serta menjadi payung bagi rakyat serta mengangkat kebenaran sebagai jati diri seperti yang diamanahkan oleh Allah swt serta Rasullulah saw  , tidak dijadikan pedoman menyebabkan kehancuran mula mengundang keseluruh sistem didalamnya.

Apabila pembohongan diangkat sebagai kebenaran dan diangkat pula oleh manusia manusia munafik sekelilingnya dan memfatwakan pembohongan sebagai fitnah maka tergolonglah manusia itu dalam kelompok manusia yang disesatkan.

Adakah anda tergolong dari kelompok itu?

              Cahaya Al Majid










Thursday 21 January 2016

THE PROMISED LAND : RENUNGAN JUMAAT: KESEMPURNAAN HIDUP

Bismillahhirrahmannirrahim.

        RINDU KESEMPURNAAN

Tiada apa yang terlebih baik untuk dilakukan melainkan mengingati Nya pada setiap detik dan waktu. Ingatlah pada setiap hembusan nafas dan udara yang kita hirup semuanya adalah nikmat Allah swt kepada manusia.

Tiada apa yang terlebih baik untuk dikenang melainkan belaian kasih ibu yang mengandungkan kita selama 9 bulan dengan segala serba kepayahan.

Tiada apa yang lebih mengembirakan melainkan apabila terlihat senyuman bapa.

Tiada apa yang lebih mengujakan melainkan apabila berkumpul dengan adik beradik yang disertakan ibu dan bapa.

Tiada apa lagi yang terkilan dihati melainkan dapat memanjatkan doa memohon kerahmatan Allah swt  untuk kedua ibubapa kita.

Tiada apa yang lebih menenangkan melainkan apabila hati telah diisi dengan Al Quran.

Tiada apa yang lebih mendebarkan melainkan ketika kita bersujud memohon keampunan diatas segala kesalahan dan  dosa dosa kita yang lalu.

Tiada apa yang lebih mengembirakan melainkan apabila kita tahu bahawa Islam adalah agama kita.

Tiada apa lagi yang lebih sempurna melainkan apabila kita berjaya menyempurnakan segala tuntutan Allah swt.

Tiada apa lagi yang terlebih dirindui melainkan kerinduan yang amat sangat kita untuk bertemu dengan Junjungan kita iaitu Baginda Rasullulah saw.

Tiada lagi ungkapan terlebih hebat untuk diucap melainkan kalimah Allah swt ..lailahaailallah..

Maka sempurnalah segala teka teki diri apabila semua kehendak Nya ditaati.

                  Cahaya Al Majid






Wednesday 20 January 2016

THE PROMISED LAND : PILIHAN NAJIB DIPERTIKAI

Bismillahhirrahmannirrahim.

   UMNO GALI KUBUR SENDIRI

Timbalan Ketua Perhubungan UMNO Kedah berserta beberapa orang Ahli Parlimen yang berstatus Menteri dan Timbalan Menteri dan juga Ketua Ketua Bahagian telah mula mempertikai " kegeligaan otak Najib" dalam memileh Menteri Besar.

Mukhriz Mahathir merupakan calon pilihan Najib berbanding tokoh tokoh UMNO yang lain. Mungkin kerana perwatakan Mukhriz yang elok serta bersih dari segala kebusukan rasuah dan masih tak tercemar seperti Pemimpin UMNO yang lain ,mungkin dijadikan kayu pengukur dalam pemilihan beliau.

Mungkin untuk berterus terang bagi menyatakan pilihan Najib adalah salah maka apa yang terbuku dihati selama ini sudah tidak tertahan lagi.

Mungkin bersandarkan dari kegagalan Presiden UMNO  yang kecundang dalam pentadbiran , samaada dalam Kerajaan mahupun Parti  serta kegagalan Najib dalam mendemokrasikan UMNO maka "hilang kepercayaan" terhadap Mukhriz juga sebenarnya merupakan satu "signal", seperti kata perpatah Melayu " pukul anak sindir menantu " kepada Presiden mereka yang dilihat telah membawa banyak kemudharatan terhadap UMNO dan juga masa depan Melayu UMNO.

Tiada cara lain lagi melainkan menyindir Najib melalui "hilang kepercayaan terhadap Mukhiz".

Tetapi sebenarnya antara Najib dan Mukhriz , Mukhriz dilihat lebih bersih berbanding Najib tetapi kalau dibanding pula antara Mukhriz dengan Timbalan Ketua Perhubungan UMNO Kedah serta beberapa kerat lagi pemimpin UMNO diKedah, rasanya Mukhriz belum lagi menggadaikan maruah dirinya berbanding mereka mereka yang menentang Mukhriz.

Apa yang dilakukan olih Timb. Ketua Perhubungan  berserta konco konconya akan menambah parah terhadap keupayaan UMNO dalam meyakini hati rakyat yang sememangnya sudah hilang kepercayaan.

Walau siapa pun yang dipileh selepas ini semuanya bakal mentalkin BN/UMNO pada PRU 14.

Diharap pemimpin pelapis PAS dapat menggunakan kesempatan ini untuk memperkasakan kepimpinan dan safnya.

                 Cahaya Al Majid

.

THE PROMISED LAND : MELAYU YANG BERKESUMAT

Bismillahhirrahmannirrahim.

      KESUMAT KE NERAKA

Sejarah lama tidak pernah mengajar mereka. Itulah perumpamaan yang paling tepat dan lekat yang wajar dipakaikan terhadap Pemimpin UMNO negeri yang dipanggil Jelapang Padi negara.

Kekalahan atau terlucutnya kepercayaan rakyat terhadap UMNO Kedah sehingga PAS yang entah apa apa telah berjaya menawan Kedah dari tangan UMNO /BN yang ketika itu diterajui oleh Mahdzir Khalid , sekelumit pun mereka tidak pernah belajar dari pengalaman tersebut.

Berbekalkan kesumat yang mendalam terhadap Dr Mahathir serta sokongan tidak berbelah bagi Mukhriz terhadap keterbukaan perjuangan Timbalan Presiden UMNO Muhyiddin Yassin yang berpegang teguh dengan Perlembagaan UMNO, membuatkan Pemimpin No 2 Kedah iaitu Timbalan Ketua Perhubungan berserta beberapa Ketua Ketua Bahagian yang telah menghampiri tarikh luput (bakal expired) , berusaha secara kolektif bagi "menghambat" manusia yang berbinkan Dr Mahathir.

Berbekalkan kesumat Najib terhadap Dr Mahathir maka alasan "hilang kepercayaan" adalah alasan terbaik untuk menyingkiran Mukhriz tanpa dakwa dakwi. Itulah kelebihan yang terpakai dalam UMNO yang dikemudi Najib.

Tanpa mengendahkan sejarah silam ketika BN/UMNO yang dihambat PAS malah meremehkan keupayaan Pemimpin Muda yang berketerampilan telah meroyankan pemimpin tua ini yang kalau dilihat kekuatan mereka hanyalah terhadap duit RM2.6 billion Najib yang dilambai lambai .Tetapi pada hakikatnya PRU 14 nanti..selamat tinggal romeo ..UMNO Kedah.

Tetapi apa yang dikesalkan hanya kerana pemimpin yang luput masa masih perasan akan kehebatan diri, dan perasan diterima generasi kini, maka jambatan yang baru saja dibina dan mula padat tanahnya tetiba manusia yang dah terbau kapur barus diubun ubunnya..mula tunjuk tebiat..maka UMNO dan pendokong bakal dibawa bersama keliang lahad dan dengan gembiranya PAS dan PKR yang akan membaca talkinnya..


                  Padanla muka
     
                  Cahaya Al Majid




Tuesday 19 January 2016

THE PROMISED LAND : RAHSIA SEMAKIN NYATA

Bismillahhirrahmannirrahim.

Maaf kengkawan, baru balik dari Kota Singa, ada urusan sikit. Alhamdullilah, setelah lebih 15 tahun Allah swt memakukan diri ini dari keluar negara untuk melihat gelagat umat Muhammad saw dinegara luar, syukur kehadrat Illahi kerana perjalanan ini.

Namun dalam kegirangan perjalanan itu tersisip juga keresahan terhadap tanah air. Masaalah dalam negara bertimbun timbun seakan akan air panas sedang mengelegak.

Kes RM 2.6 B Najib, hutang 1MDB 42 B, SRC Int. Nilai matawang merudum , pasaran saham menjunam, harga barangan meningkat, ancaman ISIS juga meningkat dan bermacam macam lagi. Tidak ketinggalan para ahli politik juga tidak berhenti meracun fikiran rakyat samaada pemerintah mahupun pembangkang semuanya sama saja. Begitu juga dengan NGO NGO semuanya berkotak bising  macam ayam betika bertelur, riuh satu negara dibuatnya.

Tidak cukup dengan itu agensi Kerajaan seperti Jab Peguam Negara dan SPRM juga mendapat perhatian rakyat, dakwa atau tidak si Najib dan bermacam macam lagi.

Begitulah runcingnya keadaan negara ketika ini. Kepercayaan rakyat kepada Najib dan kebinetnya semakin mengelongsor dan diburukkan lagi dengan isu TPPA semuanya semak sekarang ini.

Dengan terjadinya letupan diJakarta minggu lalu kini isu keselamatan negara menjadi keresahan rakyat. Dengan terlolosnya ribuan pendatang tanpa izin kenegara ini ditakuti pula oleh rakyat sekiranya ada dikalangan PATI itu juga pejuang pejuang ISIS.  Masak negara ini sebab semua dah tak terbendung lagi gara gara Penjawat Awam dah menggadaikan diri kerana wang. Oleh itu tidur malam rakyat sudah tidak lena lagi.

Tidak cukup dengan itu ada pula Menteri yang terlebih sudu dari kuah..suka hati mak bapak dia mengatakan bahawa tempat tumpuan ramai seperti Bangsar dan Hartamas menjadi sasaran ISIS.  Tidak ke gila nama nya Menteti ini apabila menakutkan kehidupan rakyat seharian.

Dari Kota Singa ini yang dapat saya cungkilm Tetapi apa yang pasti orang asli dari Suku Biduanda adalah penduduk asal Kota Singapura. Biduanda adalah keturunan Undang Yang Empat yang diRajai di Negeri Sembilan. Siapa suku biduanda dan asal usul mereka telah saya post dahulu. Nabi Ibrahim ,Khaturah @ Qanturah adalah leluhur mereka.

Inshaallah...akan ada coretan lain

                  Cahaya Al Majid

Saturday 9 January 2016

THE PROMISED LAND : BOLEH PAKAI KE OTAK DIA NI..???

Bismillahhirrahmannirrahim.

OTAK TEPU ATAU OTAK UDANG
           ATAU OTAK PENIPU

Allah swt bekalkan otak kepada kita untuk kita gunakan sebaik mungkin. Otak inilah yang kita gunakan untuk berfikir. Otak inilah yang bertindak sebagai pencadang dan pengimbang kepada keputusan kita. Tetapi sesetengah manusia bukannya suka sangat menggunakan otak untuk memikirkan sesuatu tetapi sebaliknya menggunakan hati untuk membuat keputusan, bukan tidak boleh tetapi cuba tanya diri kita sudah beribu kalikah hati kitab sudah bertasbih, tahmid atau menyebut Allah. Sudah bersihkah hati kita?

Tetapi sekiranya hati kita jarang sekali melakukan seperti yang disebut tadi adakah keputusan hati kita itu benar benar tepat. Ataupun kita sekadar mendengar bisekan syaitan.

Isunya sekarang ini kita telah meletakan Pemimpin UMNO dan sekutunya untuk mengemudi negara ini dan ketuanya adalah Najib Razak dan dibantu oleh Zahid Hamidi serta beberapa orang pilihannya. Persoalannya benarkah mereka ini mempunyai otak yang tajam ataupun bergeliga? Ataupun mereka ini tidak "betotak".

Kita kemukakan satu contoh terbaik dan terhangat yang diilhamkan melalui otak Najib.

Najib mengilhamkan agar 1MDB ditubuhkan dengan tujuan untuk mencari kekayaan ataupun untuk  mencambah satu lagi ruang dan peluang menambah dana . Tujuanya samaada untuk kepentingan negara ataupun untuk kepentingan syarikat tersebut mahupun untuk kepentingan diri beliau sendiri atau kengkawan rapatnya , semua itu tiada siapa yang tahu niatnya.

Apa yang terjadi , berbekalkan modal yang didahulukan kerajaan sebanyak RM1 Juta kini syarikat yang dipengerusikan Najib atau Syarikat yang diilhamkan Najib iaitu 1MDB menanggung hutang sebanyak RM53 billion.

Berbekalkan dengan modal permulaan sebanyak RM 1 Juta sehingga berjaya memperolehi pinjaman berbillion ringgit apakah takrifan kita ,samaada kita nak mengklasifikasi otak Najib ini sebagai hebat atau genius , semua itu terpulanglah kepada anda untuk menilainya.

Berbekalkan ribuan bilion ringgit itu , melalui otak Najib , Syarikat yang dipengerusikan itu terpaksa membayar RM4.5 billion untuk mendapatkan pinjaman tadi .Sebahagian dari dana itu pula dilabur dengan menggunakan syarikat pelaburan yang dikata beroperasi di Caymen Island. Dan sebahagian lagi dana tersebut diguna untuk membeli Ipp Swasta dalam negara dan pembelian ini melebihi harga pasaran sebenar. Tidak cukup dengan itu melalui dana itu juga mereka telah membeli beberapa keping tanah. Yang tak boleh tahan, tanah kerajaan yang berada dalam lingkungan "golden velley" mereka membelinya dengan harga yang murah tetapi tanah yang tidak mempunyai pasaran atau nilai tinggi kerana ramai setinggan dan bermasaalah untuk membangunkanya sebaliknya dibeli dengan harga yang n
mahal pula. Adakah kita hendak kategorikan otak Najib ini sebagai bijak?

Diakhir ceritanya ,kerana otak Najib apa yang telag dirancang semuanya hancur. Kerana idea idea dari otak Najib, kini, syarikat 1MDB yang digahkan itu kini telah berhutang sebanyak lebih kurang RM53 billion dan kerana ketidakmampuannya mengimbang pendapatan dan perbelanjaan, semua aset yang dibeli tadi terpaksa pula dijual.

Adakah dengan cara menjual semula aset aset tadi yang bertujuannya untuk mengurang hutang mengambarkan kegeligaan otak Najib? Tidakkah otak Najib terkesan akan kerugian kerana terpaksa membelanja RM4.5 billion kepada Goldman Sach sebagai bayaran sia sia.? Ini otak udang ke atau tak da otak?

Kalau apa yang diputuskan oleh Najib telah banyak membawa banyak kemudaratan kepada negara, samaada isu ekonomi, kehidupan dan masa depan adakah keputusan otak Najib yang beriya iya mahukan negara kita menandatangani TPPA itu tidak akan membawa malapetaka?

Perjanjian dengan Petro Saudi pun dan kena kencing..ini pula perjanjian yang melibatkan masa depan. Adakah rakyat yakin lagi dengan "otak Najib"?

                    Cahaya Al Majid


Thursday 7 January 2016

MIMBAR MAYA "THE PROMISED LAND" : RENUNGAN JUMAAT

Bismillahhirrahmannirrahim.

        SEMOGA ANDA SEDAR DIRI

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim "Tiada daya dan usaha ku melainkan semuanya adalah ketentuan Mu jua" Bergeraknya aku dibumi ini adalah diatas kehendak Kau juga. Sesungguhnya tiada kekuatan ku melainkan kekuatan Mu jua yang aku harapkan  Bernafasnya aku didalam perjalanan ini juga diatas rahmat Mu.

Ingatlah wahai saudara saudara ku bahawasanya kehidupan kita dibumi ini bukanlah untuk selamanya. Mungkin lepas ini, esok, lusa atau pun tulat, kita tidak tahu bilakah nokhta terakhirnya diri kita.

Kematian sileh berganti, setiap hari pasti kita mengetahui berita ini samaada melalui suratbkhabar, TV, Radio atau apa saja medium informasi, berita ini pasti kita amati.

Mungkin juga kita pernah melalui detik detik sedih diatas kematian orang yang kita sayangi atau juga orang yang kita kenali tetapi pernahkah kita membayangkan  diri kita pula dimatikan. Apakah perasaan anda? Boleh anda bayangkan?

Bayangkan diri anda terbujur kaku. Bayangkan wajah anda yang handsome, cantik dan gebu itu bertukar  pucat lesi ,tidak berdarah, sejuk ibarat air batu tak bernyawa, tebujur , diselimuti kain dan dikelilingi anak anak, isteri , saudara saudara mahupun rakan dan sahabat anda, ada yang menangis, bersedih, ada yang membaca Al Quran ada yang membaca Yassin dan ada juga yang duduk disisi pembaringan anda sambil mengusap wajah anda dengan iringan bacaan Al Fatihah..apa perasaan anda?

Bayangkan pula ketika diri anda diangkat dan diusung ketempat pemandian. Tubuh anda dimandikan dibersihkan dan disabunkan dengan setiap inci tubuh anda akan disentuh. Bayangkan ketika anda masih hidup dimana semua ini anda boleh lakukanya sendiri tetapi hari ini semua kederat itu telah dihentikan olih Yang Maga Esa..apa perasaan anda ?

Tidak cukup dengan itu cuba  bayangkan pula ketika diri anda dibungkus dengan lapisan lapisan kain putih yang membaluti tubuh yang penuh dengan kepingan kepingan kapas yang menutupi seluruh ruang ruang rongga anda dimana diri tubuh anda terkujur kaku diperlakukan mengikut kehendak mereka. Apa perasaan anda? Tidak terbaukah oleh anda wangian yang disemburkan diseluruh jasad yang terbeku kaku itu? Terbayangkah oleh anda akan bauan "kapur barus" itulah bauannya.

Apa pula perasaan anda ketika tubuh anda yang sasa , cantik dan montok itu yang berbalutkan kain kain putih yang dipanggil kain kafan itu diusung dan diangkat lalu dimasukkan keliang lahad. Bayangkan ketika itu Allah berikan rahmatnya untuk anda melihat dari celah celah kafan yang diuraikan diwaktu tubuh dan muka sedang dirapatkan ketanah liang lahad dan apabila kedengaran juga oleh anda suara suara yang menberi arahan dari atas untuk menutup lubang lahad . Apa perasaan apabila suara suara itu mulai sayup kehilangan.

Apa perasaan anda tiba tiba tanah dan kayu penghadang lubang lahad tadi mula menghimpit diri anda. Bayangkan. yang dalam kesempitan ruang itu adalah diri anda.

Pernahkah anda membayangkan bahawa keadaan inilah yang bakal anda lalui satu ketika nanti.
Bersediakah anda????

Adakah kelapangan dan kenikmatan yang dapat menebus segala ketakutan ini?

Ikuti seterusnya.

Semoga apa yang ditulis dapat membantu anda untuk menilai diri sendiri. Kemana distinasi anda dan kesudahanya.

               Cahaya Al Majid






THE PROMISED LAND : TEMPIAS YANG MENGUYUPKAN

Bismillahhirrahmannirrahim.

Benteng mula pecah.Tirai yang digantung gagal menghindar tempias. Payung yang dijunjung juga gagal menepis tempias hujan. Begitulah terdedahnya kita apabila hujan ribut melanda. Bukan tempias saja yang menguyupkan kita tetapi sekiranya hujan mencurah curah maka malapetaka banjir pula yang mengancam.

Begitukah nasibnya setiap jiwa yang melata dibumi ini.

Kestabilan sesebuah negara itu bergantung kuat terhadap ekonominya namun peranan Pemerintah dalam mengumudi  adalah kunci utama untuk kejayaan .

Ketulusan serta keikhlasan dalam menterjemahkan tindak tanduk dalam mengimbang tara keputusan halatuju haruslah berlandaskan keupayaan namun apa yang berlaku kini adalah sebaliknya.

Adakah Kerajaan yang diterajui Najib dari UMNO ini telus dan berwibawa? Atau adakah keputusan keputusan yang diputuskan Kerajaan telah memberi menafaat kepada rakyat?

Mengambil kira 6 tahun Pemerintahan Najib sebagai Perdana Menteri, apakah negara dan rakyat bertambah makmur masa depannya? Samaada dari segi perpaduan, ekonomi atau pun kelangsungan kehidupan serta kos sara hidup . Adakah semuanya berjaya dirungkai ataupun  distabilkan?

Dari segi perpaduan atau persamaan antara kaum adakah ianya berada ditahap yang terbaik ? Atau adakah perbezaan pegangan agama diantara kaum berada pada tahap selamat dan tidak membimbangkan?

Dari segi ekonomi pula, apakah Najib telah berjaya mengangkat pegangan ekonomi orang Melayu dalam negara? Atau sudah berjayakah Najib mengangkat mertabat orang Melayu kesatu tahap yang membanggakan? Atau adakah Perdana Menteri dari UMNO berpuas hati dengan pencapaian Melayu yang terpaksa membanting keringat demi kelangsungan politik Melayu?

Dimana tahap kemantapan ekonomi orang Melayu. Sudah berjayakah UMNO merapat jurang pendapatan antara kaum Melayu dengan kaum Cina dan India? Semua ini tidak mampu dijawap oleh Pemimpin UMNO . Apa yang dijaja hanyalah menakutkan orang Melayu sekiranya UMNO hilang kuasa. Tetapi keresahan orang Melayu tidak diendahkan.

Kini ekonomi negara tertekan. Kerancakan ekonomi semakin suram.  Hasil pendapatan minyak semakin menurun walaupun pengeluaran minyak tidak berganjak. Harga komoditi utama juga tidak serancak mana. Gara gara ini menyebabkan pendapatan menyusut dengan ketara dan ini merencatkan kerancakan ekonomi. Namunpun begitu hasil tetap ada dan tertuai juga.

Namun masaalah terbesar yang dihadapi negara adalah kewibawaan Perdana Menteri dan Kabinetnya. Masaalah salahlaku rasuah, kronise serta intrigiti penguat kuasa undang undang yang takut dan akur dengan kuasa politik menghanyutkan lagi negara ini kelubang kehancuran.

Ketidakpercayaan  rakyat kepada Kerajaan Pemerintah dan Pembangkang serta ahli Politik semakin memuncak Keraguan dan rungutan rakyat tidak diambil kira namun apa yang terjadi kesalahan mereka akan dibeban kan diatas kepala rakyat. Sepatutnya mereka yang mencari alternatif membantu rakyat tetapi jawapan mereka terpulang kepada rakyat pula. Ikan mahal ganti ayam..ayam mahal gantilah dengan perisa ayam..kalau tidak pun makanlah dedak ayam ganti beras. Begitulah otak pemimpin yang dipileh rakyat. Sepatutnya ahli Parti yang menentukan calon tetapi sebaliknya Pemimpin atasan pula yang mahukan pilihannya.

Kerajaan Najib dan UMNO lah yang bertanggung jawap diatas kemeruduman ekonomi.

Hilangnya keyakinan negara luar terhadap kepimpinan negara samaada Pemerintah mahupun Kerajaan Pembangkang serta Penjawat Awam semuanya kerana telah menghalalkan RASUAH.

Hilangnya kerahmatan Allah swt terhadap negara juga kerana Ulul Amri yang telah menghalalkan perkara yang sama.

Hujan hujan inilah yang menguyupkan rakyat. Biarlah rakyat kebasahan. Apabila unggun api berjaya dihidupan dan rakyat mendiangkan diri dari kesejukkan dan diharap api itu jugalah akan digunakan orang Melayu untuk membakar jambatan fantasi Najib dan kabinetnya dari memusnahkan Islam dan negara ini.

                  Cahaya Al Majid









Monday 4 January 2016

THE PROMISED LAND : 2016 TAHUN KEMUDARATAN UMAT ISLAM???

Bismillahhirrahmannirrahim.

Tiada apa yang dapat dibanggakan lagi. Kemeruduman dan kehancuran semakin dekat, samaada kematian rakyat beramai ramai kerana ketaksuban pemimpin memeluk kuasa sehinggalah ketaksuban serta ketakutan Pemimpin dunia yang digambarkan sebagai umat Islam adalah "pencetus huruhara". Atau umat Islam dikategorikan sebagai umat yang perlu diawasi pergerakanya.

Memandangkan umat Islam berkiblatkan Ke Mekah Al Mukarammah dimana terletaknya Ka'abah yang merupakan rumah ibadat pertama didunia mengikut kepercayaan orang Islam maka strategi musuh Islam adalah untuk memporakperandakan negara negara yang telah dilabelkan sebagai bumi Arab ini.

Perancangan dilakukan secara teliti dan tersembunyi. Setiap kelemahan dan kekurangan bangsa Arab diselidiki dan dianalisa secara terperinci. Dari kelemahan Pemimpin sehinggalah kelebihan puak penentang digunakan semaksium mungkin untuk dijadikan umpanan bagi memporakperandakan sesebuah negara tersebut.

Hasil dari gerakerja terancang itu kini telah membuahkan hasil. 80% dari negara Timur Tengah telah punah kepimpinannya tetapi yang paling terkesan adalah rakyatnya. Ada diantaranya terpaksa menjadi mangsa pelarian semuanya angkara mainan jahat musuh Islam yang menggunakan sentimen keagamaan dan harta dunia. Berlarutan dari itu kebanyakkan Pemimpin Politik mahupun Raja Raja mereka berpaksikan kenegara Barat terutama Amerika yang bertujuan memperkukuhkan kedudukan masing masing.

Perhubungan sulit antara Pemimpin Arab dan Barat semenangnya terjalin sejak dulu tetapi disebabkan kebodohan serta kejumudan pemikiran bangsa ini telah mengakibatkan ekonomi dan maruah negara tergadai. Negara yang semenangnya dari dahulu kaya raya dan berpendapatan tinggi tetapi kini mula ranap. Bukan kerana negara mereka tiada keberkatan tetapi kerana kesombongan serta riak terhadap nikmat Allah swt, maka balalah yang mereka hadapi ketika ini.

Kalau dahulu Mesir merupakan tempat tertinggi menimba ilmu berhubung Islam tetapi kini tidak lagi. Apa yang terhasil kini hanyalah pelampau pelampau agama yang extrim dan kebanyakkan lepasan graduannya sudah mula diketepikan. Yang sepatutnya dilahirkan dari institusi ini adalah para saintis ataupun pakar pakar selain dari ilmu agama tetapi semua itu bukan keutamaan lagi.

Percangaahan serta pertelagahan berhubung agama pula diangkat sebagai perkara utama dan perseteruan sesama sendiri kian menular dan akibatnya institusi kerajaan dan agama menjadi huru hara dan akibatnya ..kehancuran melanda satu persatu.

Begitu juga halnya dengan Arab Saudi. Akhir akhir ini Pemerintah Beraja mereka telah mula berkocak. Dari institusi keluarga di Raja sehinggalah kepersada ekonominya, semuanya menjurus kelembah kehancuran. Kalau dahulu kerajaan Arab Saudi ini sering berkiblatkan ke Amerika tetapi kerana peristiwa Sept.11 semuanya sudah terbalik. Alhamdullilah..setidak tidaknya Raja Arab Saudi sudah sedar diri.

Malang datang bertimpa timpa samaada negara itu sudah hilang kerahmatan atau kedungguan Pemerintah semuanya ketentuan Allah swt . Kini Arab Saudi berada diambang perang. Kalau dahulu perkara ini hanyalah sipi sipi tetapi kini tidak lagi.  Arab Saudi sendiri terlibat secara langsung dalam  peperangan. Peperangan berhubung perbezaan pegangan sesama jiran yang sebangsa semakin parah. Bukan setakat menggunakan senapang dan pistol tetapi perang menggunakan senjata berat seperti meriam, peluru berpandu serta jet pejuang adalah keutamaan. Syria dan Yaman kini telah menjadi musuh utama berbanding Yahudi

Apa yang ditempa Arab Saudi kini telah meletakan keselamatan pengunjung ke Rumah Allah iaitu Ka'abah di Mekah dan Madinah  dalam bahaya keseluruhannya.  Tidak mustahil musuh keatas dasar pegangan Raja Arab Saudi mungkin tertumpah keatas pengunjung yang tidak berdosa. Kemungkinan itu amat besar untuk terjadi dan berlaku.

Perlu kita ingat bahawa bangsa Arab yang bersuku suku ini amat kasar dendamnya. Mata diganti mata, darah diganti darah dan nyawa diganti nyawa. Yang terkesan adalah umat Islam yang akan menunaikan umrah dan Haji.

Selamatkah lagi perjalanan menuju ke Tanah Suci?

              Cahaya Al Majid

Saturday 2 January 2016

THE PROMISED LAND : ANDA BERSAMA MEREKA : BHG II

                  Bahagian II

       Bismillahhirrahmannirrahim.

Melalui pengkhianatan dari pengikut sendiri, Jesus Putera Mariam akhirnya diangkat Allah swt dan watak Jesus Putera Mariam dan wajah beliau diserupakan dengan seseorang dari kalangan pengikutnya. Akhirnya watak yang diserupakan itu dijatuhi hukuman salib.

Namun didalam perjalanan menegakkan kebenaran agama dan kitab Musa (Taurat)  Jesus Putera Mariam, telah melakukan banyak "keajaipan" termasuklah "menghidupkan" orang yang baru mati yang ketika itu jenazah masih lagi dipembaringan, namun, kebenaran peristiwa ini tidak dihujahkan kebenaranya dihadapan Raja Roman malahan " kebenaran" peristiwa itu dihujahkan pula sebagai sihir oleh Pemuka Agama Yahudi.

Perlu juga diteliti bahawa semua penulis kata kata Jesus Putera Mariam yang dikenali sebagai Injil bukanlah terdiri dari mereka yang bersahabat dengan Baginda melainkan kata kata Barnabas saja. Itupun tidak kesemuanya. Barnabas hanya berkesempatan mempelajarinya itupun kerana Jesus Putera Mariam dan Barnabas berkongsi "bilek tahanan" selama kurang dari 30 hari" sebelum Jesus Putera Mariam dibebaskan dari tahanan buat kesalahan pertama yang didakwa Pemuka Agama Yahudi.

Kerana kepercayaan orang ramai terhadap kata kata Jesus Putera Mariam mula bertambah dan apabila Baginda mula berani menyanggah kepalsuan yang dibawa oleh Pemuka Agama Yahudi yang tidak mengikut Kitab Musa, membuatkan Timbang Tara dikenakan terhadap Baginda dan strategi penangkapan terhadap diri Jesus Putera dicanangkan keseluruh negara dengan umpanan "wang " sebagai ganjaran. Begitulah kesudahannya.


25hb Disember adalah hari kemenangan bagi Pemuka Agama Yahudi dalam mengingati kejayaan mereka menyalib "Jesus" yang didakwa olih pengikut Jesus sebagai " anak Tuhan". Kerana ketaksuban ini yang telah banyak memudaratkan institusi Agama Yahudi maka penyaliban atau siksaan itu dilaksanakan dilapangan sebagai tontonan umum yang bertujuan nenyedarkan orang ramai yang taksub mengatakan "Jesus Anak Tuhan".

Disebalik kejayaan Pemuka Agama menyalip Jesus yang dianggap sebagai pendusta Agama Musa yang mana hukuman mati adalah hukumannya, tetapi sewaktu "watak Jesus"  yang terpaku dan terjuntai diatas kayu penyaliban beliau berseru " biarlah aku jadi menebus kesalahan kamu".Kerana ungkapan itulah maka tarikh 25 Disember atau tarikh penyaliban diambil sebagai hari Kebesaran pengikut Jesus di Penyaliban bagi mengenangkan Hari Penebusan Dosa untuk pengikut Jesus @ Jesus who died on the cross.

Pada tanggal 31hb Disember pula Yahudi mengistiharkan bahawa Jesus yang disalib telah mati dan tiada tanda tanda kemurkaan Tuhan telah berlaku sepanjang penyaliban tersebut maka satu perayaan besar besaran diadakan diseluruh pelosok dan takkala kepercayaan orang ramai terhadap Jesus yang mati diatas kayu mula goyang kerana ketidakupayaan "yang disalib" menggunakan "mukjizat" untuk melepaskan diri, maka, apabila jenazah Jesus diletakkan ditempat umum untuk tatapan masyarakat , satu usaha dilakukan oleh pengikut pengikut "Jesus" untuk mencuri dan mengkebumikan jenazah tersebut.

Usaha mereka berjaya dan mengkebumikan jenazahnya tetapi untuk mengelakkan siasatan oleh pihak Pemuka Agama Yahudi  maka mereka mengaadakan cerita dan menwar warkan bahawa jasad Jesus hilang dibilek penyimpanan.

Dan itulah yang berlaku dan kenapa bangsa  Yahudi berjaya menipu seluruh dunia serta masyarakat Kristian namun disebabkan kepintaran serta bersatunya bangsa ini maka seluruh dunia akur dengan  mereka.

Kenapa kita kata mereka hebat semuanya kerana mereka memiliki lebih dari satu Kitab. Hanya Nabi Isa Putera Mariam dan Nabi Muhammad saw saja yang buka dari jurai Bani Israel dan kebanyakkan kitab diturunkan kepada Nabi dan Rasul dari Bani Israel. Itu sebab mereka melebihi dari umat umat bangsa lain didunia.

Kenapa angka 626
Tahun Masihi 2016 tolak tahun hijrah 1437 campur 33 tahun Isa berkhidmat pada Allah swt dan setelah  14 tahun diangkat sebagai Nabi maka hijrah bermula.

                      2016
 Tokak          1437
 Campur           33
 Campur           14
Jawapan         626

       Nantikan pendedahan seterusnya


            Cahaya Al Majid




Friday 1 January 2016

THE PROMISED LAND : MASIH SAMAKAH KITA ??? ANDA BERSAMA MEREKA??

Bismillahhirrahmannirrahim.

Semua sudah tahu dan maklum bahawa tahun Masihi yang ditinggu tunggu pada setiap pengjujung 31December itu merupakan kiraan kalander Kristian .

Tujuanya tidak lain dan tidak bukan hanyalah sebagai mengingati hari kematian Jesus Christ yang dianggap oleh puak Kristian sebagai "anak Tuhan" yang disalib dan adajuga diantara mereka mengangkat  Jesus Christ itu sebagai Tuhan.

Berdasarkan itulah makanya kalander yang berunsurkan Kristian ini dijadikan acara tahunan yang disambut secara besar besaran sedari dahulu hingglah kini.

Walaupun negara ini "mengakui" bahawa agama Islam merupakan agama resmi negara dan dikata pula mengikut syariat Islam dalam corak pemerintahanya yang didokong oleh Raja Raja Melayu yang beragama Islam namun didalam pencatatan tarikh , bulan serta tahun , namun kerajaan yang memerintah tetap menggunakan Kalender "mengingati" Jesus Christ sebagai catatan resminya. Begitulah hebatnya  "promosian"  watak Jesus untuk diperingati oleh setiap manusia didunia samaada kaum Hindu , Buddha mahupun umat Islam sendiri.

Sedih teramat sedih , apabila dibandingkan dengan sambutan bagi tahun Islam atau Hijri. Walaupun Kalander Islam yang dikenali sebagai Hijri atau Hijrah ( yang merujuk kepada Hijrah Rasullulah) dan umat Islam merupakan kedua kelompok yang teramai didunia namun kemeriah menyambut kedatangan tahun Hijrah tidaklah setanding kemeriah menyambut Tahun Masihi. Kenapa?

Kita renung sejenak dibawah ini :-

Tahun Masihi           2016  tolak
Tahun Hijrah           1437   campur
Tahun Nabi Hijrah   14     campur
ISA dibumi                  33

Jumlah                       626
Perbezaan tahun antara Isa dengan Muhammad

Dalam doktrin Kristian para para pendukong agama mereka
 telah menetapkan bahawa tarikh kelahiran dan tarikh "kematian" Jesus adalah berhampiran bertujuan memudahkan "pentarbiahan" agama tersebut kepada bangsa lain dimana ketika itu Pendokong Agama Bangsa Yahudi tidak dapat menerima Jesus Christ sebagai anak Tuhan seperti mana yang didakwa .

Sebenarnya 25hb Disember hari yang dikata sebagai Hari kelahiran Jesus adalah satu pembohongan yang amat nyata. Tiada sesiapa pun dikalangan mereka mereka yang dekat dengan Jesus mengenali Jesus secara peribadi melainkan Mariam Putra Imran ditambah burukkan lagi apabila majoriti Pemuka Agama Yahudi sendiri sememangnya memusuhi Jesus kerana ketidak sealiran pendapat dan pandangan berhubung isu agama maka keadaan ini merencatkan perjalanan Jesus dalam menyampai kata kata Tuhannya

Sehinggalah apabila diketahui sendiri oleh Raja Roman melalui kata kata hasutan Pemuka Agama Yahudi yang takut akan kehilangan kepercayaan dari orang ramai serta institusi agama itu sendiri maka Jesus diarah oleh Raja Roman untuk ditangkap dan dihadapkan kemuka pengadilan untuk diadili.

          ...BERSAMBUNG..

                 Cahaya Al Majid

Nantikan : Kenapa 25hb December
                     Kenapa 626
                     Kenapa 31 Disember
                     Semuanya bersangkutankah?