Wednesday 28 December 2016

THE PROMISED LAND : 1/4 RAKYAT MALAYSIA MISKIN

Bismillahhirrahmannirrahim.

SEJAHTERAKAH RAKYAT DIBAWAH KERAJAAN BARISAN DAN UMNO?

Kerajaan BN dengan bangganya menyatakan bahawa terdapat lebih dari 7 juta rakyat negara ini bakal menerima BR1M.
Kategori yang layak menerima adalah golongan yang berpendapatan rm 3,000 kebawah dan ketegori ini adalah paras kemiskinan yang diwartakan oleh Kerajaan.

Berbanggakah Kerajaan BN atau Perdana Menterinya apabila terdapat lebih dari 7 juta rakyatnya apabila berpendapatan mereka ini kurang dari RM3000?

Adakah ini kesejahteraan yang diwar warkan oleh mereka?

Adakah dengan pemberian BR1M ini benar benar menolong kesesakkan rakyat apabila golongan ini juga terpaksa berdepan dengan GST?

Kemungkinan dari imbuhan BR1M itu juga digunakan untuk membeli keperluan harian yang diGST kan terhadap mereka.Sifirnya..bagi sikit ambil balik. Itulah kepandaian Pemerintah kerajaan BN.

 Kalau ikut syarak..kategori yang dihafalkan Kerajaan BN ini bertaraf zalim.
Zalim kerana mengambil  cukai dari golongan yang miskin.

Kemiskinan 7 juta rakyat negara ini menandakan bahawa Pemerintah negara atau Kerajaan BN gagal dalam mengurus kemaslahatan rakyatnya.

Kalau setakat 1% saja 30juta rakyat yang terketegori dalam sifir kerajaan ini, boleh gak berbangga tetapi apabila angkanya telah mencecah 7juta..ini sudah terlebih parah..

Perlukan kita.memberi peluang lagi kepada kerajàan sedia untuk memerintah? Dengan berbagai salah laku serta berbagai pembohongan yang telah dilakukan..eloklah rakyat berkira kira dalam PRU 14 ..

Cukup cukuplah ..apa yang telah dipaparkan Kerajaaan BN.

P/s: Nilai matawang semakin kecil masih nak salahkah foktor luaran. Bawa bawalah.bermuhasabah..jangan asik tuding jejari keluar..malapetaka bila tak kenal diri.

               Cahaya Al Majid

Tuesday 27 December 2016

THE PROMISED LAND : RAKYAT DIPANGGANG LUAR DALAM.

Bismillahhirrahmannirrahim.

Kemàaf jua dipohon kepada pelayar pelayar blog ini . Disebabkan kerana kekangan masa yang agak terhad kerana urusan perniagaan , inshaallah, kerana terdapat banyak isu negara yang masih lagi tergantung atau belum lagi dijelaskan secara telus kepada rakyat, inshaallah, blog ini akan terus mempertikaikan kesiputan kerajaan.
Ketika ini banyak isu yang panas terutama berhubung soal kebajikan dan kos kehidupan rakyat yang sangat terjejas dengan kenaikan kos barangan.

Dengan ketidaktentuan ekonomi serta merudumnya nilai ringgit Malaysia ditambah pula dengan hutang negara yang semakin tinggi , maka harga barangan keperluan juga semakin meningkat dan ini sekali gus mengekang rakyat untuk berbelanja dan akibatnya peniaga kecil dan juga usahawan Melayu terjejas pendapatan.

Dipersada politik pula, uncahan dan tujahan antara parti kerajaan serta parti pembangkang semakin runcing. Mengungkit kisah silam serta masuk bakul angkat sendiri adalah permainan bagi menghalalkan salahlaku namun untuk mengaku salah ..amat jauh sekali.

Kisah dana one M Dee BEE  kena songlap dan dimunipulasi oleh Jho Low dan Malaysia.Official 1, langsung senyap tak berbunyi walaupun Mahkamah Singapura telah pun membukti terdapat unsur penipuan atau bersubahat.

Minggu ini kecoh lagi bila Rafizi mula berhujah bahawa kos projek MRT Najib dikata berharga 2x ganda dan termahal jika dibanding dengan projek MRT Korea. Sejauh mana kebenaran tentang kos yang dibentang Najib adalah benar..kita tunggu PRU 14.

Ditambah untuk derita pemimpin Melayu UMNO dan Kerajaan BN, kini pertikaian tentang pembelian ladang sawit oleh Felda diIndonesia dengan harga melambung tinggi seperti yang didakwa Rafizi dan adik Najib (NAZIR) menjadi hangat.

Kalau benar apa yang didakwa Rafizi dan Nazir tentang pembelian "harakiri" tersebut, inshaallah, dalam masa setahun FELDA pasti bangkrap dan terlelong.

Walauapapun cukup setakat ini dulu, inshaallah kita berbicara dipost yang lain.
Alhamdullilah..semoga semua pembaca dirahmati Allah swt.

                  Cahaya Al Majid