Friday 18 August 2017

THE PROMISED LAND : GANJARAN IKHLAS ATAU HAWA NAFSU???

Bismillahirrahmanirrahim.

Manusia seringkali terkeliru antara keikhlasan ataupun terpaksa.
Segala keputusan yang dibuat sekiranya bertunjangkan kepada keikhlasan, Insha allah , Allah SWT akan " memberi" hidayah dan rahmat.

Berbeza pula dengan tindakan yang " "terpaksa" ataupun melakukan sesuatu perkara dengan "berajenda", walaupun keputusan yang dibuat bertujuan untuk mengangkat  diri, namun, usaha ini tergolong dalam kategori "riak".
Dan perbuatan ini amat dibenci disisi Allah SWT.
Tetapi kebanyakkan manusia sering   "tergelincir".

Antara ciri ciri manusia yang kita lihat tergelincir dan tersasar dari ' nikmat dan rahmat Allah SWT .

Samaada beliau tergolong dalam kategori diantara orang orang yang diberi petunjuk atau orang orang yang terpelihara, renung renung kan lah.


Antara kes dibawah  Kuasa dan kawalan Najib Razak.

Kes Pembelian Scorpene dibawah Tanggungjawab Najib Razak .

1. Kapal Selam didakwa dibeli dengan harga tinggi
2. Sykt Perimaker di dakwa menerima imbuhan berstatus " kick back"
3. Model Mongolia Altantuya dibunuh gara gara urusniaga ini.
4. Anggota Polis cawangan SB iaitu Sirul dan Azilah dihukum gantung, dituduh meletupkan mayat Altantuya.
5. Razak Baginda pemilik Perimekar yang terlibat secara langsung dengan Altantuya bebas dari tuduhan.
6. Razak Baginda adalah rakan baik Najib.

IMDB
Setiap satu urusan berhubung 1 MDB segala kata putus adalah ditangan Najib Razak.
Semua hutang mula tampuk tapuk dari I juta daripada Kerajaan sehingga lah hutang 1MDB menjadi RM 50 billion .
Dana RM 2.6 billion dan RM40 juta masuk akaun sendiri dan dinafikan diawalanya.
Mengakui dana RM 2.6 Billion tersebut adalah derma manakala dana RM40 juta, tak tahu siapa mengkreditkan keakaun. Tetapi dana RM40 juta dibelanjakan sendiri.
Kes.1MDB menjadi tular dan fames satu dunia dan memalukan dan kesudahanya hutang IMDB  diserah kepada Kerajaan untuk menyelesaikan.

Felda adalah " baby' Najib.
Syarikat yang tidak bermasaalah diawalanya, kini, dibawah Najib, hutang Felda jadi berbillion ringgit.
Mula mula peneroka hanya berhutang tak sampai ,10 ribu, kini, menjadi puluh dan ratus ribu.
Dan sekarang Felda terpaksa terbit sukuk untuk cari dana
Masaalah felda mula bertimpa timpa.

Penerbangan MH370 GHAIB tanpa kesan.
Penerbangan MH17 berkecai ditembak.

Kenapa bala bertimpa timpa dibawah pimpinan Najib??

Adakah Allah SWT menguji beliau atau sebenarnya "kerahmatan"  Allah SWT tidak
Memayungi beliau??

             Cahaya Al Majid











Thursday 17 August 2017

THE PROMISED LAND: JANGAN SAMPAI DIRI SENDIRI TERLAKNAT!!!

Bismillahirrahmanirrahim.

MAHATHIR YANG DAPAT ILHAM
              TETAPI
PENGGANTI YANG MANGHANCURKAN

Mengungkapkan kebenaran amat pedih untuk ditelan. Tetapi itulah hakikat yang perlu diterima olih semua orang, walaupun hati dan fikiran selalu dalam bersalahan.

Cuba timbang dengan keluhuran serta keikhlasan hati masing masing.

Semua pemimpin mengaku bahawa mereka adalah pilihan dan hanya melalui ketentuan dari Allah SWT saja yang menjadi asbab buat mereka untuk terpilih sebagai pemimpin tetapi adakah mereka ini benar benar kelompok yang benar benar mendapat "hidayah" dari Allah SWT?

Kebelakangan ini banyak sangat "keburukan" Dr Mahathir diangkat walaupun kebanyakan dari nya hanyalah himpunan himpunan "rasa ketakutan" terhadap kelantangan beliau.

Bukan UMNO saja yang merasakan kepanasa bawaan Dr Mahathir  malahan parti PAS yang mengaku " menjulang Islam mengikut selera Presiden"  juga merasa bahangnya.

Bagi memudahkan untuk semua menghadam kisah lama , mari kita timbang peristiwa ini dengan hati dan akal yang sempurna.

Kenapa Dr Mahathir merancang "Malaysian Dawn Raid" 4 BULAN selepas dilantik menjadi Perdana Menteri. Hebat sangat kah beliau?
Jawapan nya tidak. Tetapi kerana sifat dan rasa tanggungjawab terhadap harta negara yang diambil olih British sewaktu era PENJAJAHAN maka merampas kembali secara sah perlu dilakukan. Dan kini semua tanah harta milik Guthrie adalah milik negara.
Tidak pulak kita dengar bahawa tanah beribu ekar ini dipindah milik kepada keluarga beliau!!!
Adakah apa yang beliau lakukan ini untuk kepentingan diri beliau???

Telah banyak kali isu Memali diulang ulang. Tetapi berapa ramai yang sanggup menerima hakikat dan kebenaran??
Adakah perjalanan Dr Mahathir ke China sehari sebelum kejadian Memali itu tidak dirancang seawalnya.

Bukankah perjalanan seseorang Perdana Menteri aka ketua negara  atau Dr Mahathir itu telah dirancang berbulan bulan sebelum kes Memali .Dan bukan nya ad-hoc.

Telah menjadi amalan bahawa apabila Perdana Menteri membuat lawatan luar negara agak lama maka melantik Pemangku Perdana Menteri.bukan perkara baru. Dalam kes Memali Musa Hitam adalah Pemangku PM. Adakan kita masih mahu menuding jari kearah Dr Mahathir lagi??

Dalam.dua kes dibawah kenapa Dr Mahathir masih lagi mendapat rahmat Allah SWT?

Kes Guthrie Allah SWT mengizinkan perancangan Dr Mahathir.

Kes Memali , asbab ketentuan Allah SWT adalah " perjalanan Dr Mahathir ke China" dan " perlantikan Pemangku PM".
Tidakkah Allah SWT masih lagi melindungi Dr Mahathir?

Dalam perebutan kuasa sehingga UMNO diharamkan, kenapa, Allah SWT tetap memenangkan Dr Mahathir dan tidak Tengku Razaleigh.
Adakah kita ingin menafikan bahawa kemenangan ini bukan Allah SWT?

Dalam kes serangan mata wang negara. Anuar Ibrahim sedia menerima Imf sebagai agen Penyelamat tetapi tidak kepada Dr Mahathir.
Kenapa Allah SWT tetap mengilhamkan ke Dr Mahathir bahawa " menambat matawang' adalah jalan keluar atau penyelamat. Walaupun Bank Dunia dan Pemimpin Luar meraguinya..Tetapi..Akhirnya .. TINDAKAN Dr Mahathir adalah benar.

Kenapa.kebenaran ini tidak diangkat????

Perhatikan kebanyakkan apa yang dibuat Dr Mahathir amat bermenafaat buat rakyat dan negara dan amat jauh sekali beliau akan mendahulukan kepentingan keluarga sendiri.
Apa.yang dilakukan adalah untuk bangsa agama dan negara.

Bersambung :-
Apa.yang diusik Najib adalah malapetaka

              Cahaya Al Majid




Wednesday 16 August 2017

THE PROMISED LAND: UMNO DAN PAS MASIH MENGUNGKIT MEMALI???

Bismillahirrahmanirrahim.

Kisah silam melebihi 20 tahun masih lagi dijadikan isu, walaupun rakyat telah melupakan atau meninggalkan kenangan silam itu.

Tetapi disebabkan kes itu terjadi diera Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri tambahan pula  kini Dr Mahathir merupakan pencabar serta pesaing  kepada UMNO dan PAS,  maka segala apa yang dirasakan tidak menepati "rasa gundah gulana" mereka , maka "mengcungkil" kisah silam seperti "kerugian FOREX" dan ' isu Memali", dipentaskan semula demi kepentingan kesinambungan politik masing masing.

Memandangkan kekecohan berlaku dalam forum Nothing to Hide yang dikata berpunca dari soalan mengenai Memali yang telah dijawap Dr Mahathir, yang tidak menepati kehendak pihak tertentu ,maka sekali lagi Hj Hadi bersuara seolah olah ketetapan SOP pihak Polis melebihi batas dan kuasa dan sekali gus  mahu meletakkan kesalahan tersebut dibahu Dr Mahathir.

Nampaknya pemimpin UMNO mahupun PAS tetap mahu memalitkan isu ini terhadap diri.Dr Mahathir.

Namun bagi mereka , samaada Musa HItam yang memegang jawatan Menteri Dalam Negeri iaitu dari UMNO mahupun  Hj Hadi dari PAS , mereka tetap tidak mahu memikul tanggungjawab ini sebaliknya tetap mahu menyalahkan orang lain.

Sebenar nya  "amanat Hj Hadi" itulah punca segala galanya namun untuk beliau mengaku kesalahan sehingga  kehilangan 48 nyawa , amat jauh sekali.

Ingat lah Allah SWT Maha Adil, setiap perbuatan kita pasti diadili seadil adilnya. Cuma balasan Allah SWT itu, cepat dan lambat saja , kalau mengikut waktu manusia.
Namun pembalasan Allah SWT adalah pasti.

Saya selalu pesan kepada semua, jangan sampai Allah SWT membayar kesalahan kita melalui orang yang kita sayang. Contohan telah banyak berlaku disekeliling kita.

Nampaknya mereka mereka yang diamanahkan olih rakyat untuk melindungi hak rakyat rupa rupanya telah bertukar wajah. Bukan saja hak rakyat yang di dambakan malahan hutang yang mereka cipta pun diletakkan diatas kepala rakyat.

Inilah wajah dan rupa pemimpin Islam kini, apabila kuasa seakan akan terlepas dari tangan maka apa saja yang tidak terkenan dihati maka mengungkit ,menjaja cerita dan bersubahat dijadikan amalan.

Cuba kita renung, kenapa tangan Dr Mahathir tidak terlibat dalam isu Memali seperti yang dimahukan PAS, kenapa isu Forex juga beliau tidak tersentuh secara langsung, begitu juga dengan kes BMF, kenapa Allah SWT tetap memelihara keberadaan beliau.
Adakah kerana Dr Mahathir terlalu hebat dalam merancang seperti yang beliau ingin kan?

Jawapannya, apabila kita ikhlas dalam memegang amanah, InshaAllah, Allah SWT akan melindungi kita.

              Cahaya Al Majid










Tuesday 15 August 2017

THE PROMISED LAND: MANUSIA SENTIASA DALAM KEKELIRUAN

Bismillahirrahmanirrahim.

   "TERLUPA CERMIN DIRI"

Isu Memali dijadi kan alasan untuk menutup ajenda sebenar olih pihak yang dalam ketakutan .

Kebangkitan serta keberanian rakyat yang dipimpin olih Dr Mahathir dalam menegakkan kebenaran dan menentang kemungkaran yang dilakukan olih Kerajaan BN dan UMNO mula "menyula" setiap rongga Pemimpin parti pemerintah.

Menyanggah dengan ketiadaan fakta keatas segala tuduhan atau dakwaan yang ditujukan kepada Pemimpin UMNO terutama terhadap Najib dan barisan kepimpinannya dilihat gagal dijawap dengan kebenaran .

Jawapan mahupun penerangan yang diberi olih Pemimpin UMNO mahupun olih Najib sendiri juga  tidak menyakinkan, malah mengelirukan.

Ketidakberanian Najib menghadiri diri dimajlis Nothing to Hide  mahupun untuk menghantar wakil peribadinya sebagai wakil dirinya mahupun dari Ahli Majlis Tertinggi UMNO bagi menyahut cabaran Dr Mahathir telah menyerlahkan kebaculan dan ketakutan mereka.

Dari dapatan serta perkara yang berlaku, sememangnya kekecohan itu dirancang sepertimana "api suar" yang diguna.

Tidakkah ini menyerlahkan lagi bukti bahawa "menyorok" dan membakar "suar" bagi  mendatangkan kekecohan sememangnya dirancang.
Tujuannya tidak lain dan tidak bukan adalah untuk " merosakkan majlis".

Walau apapun, 'rancangan' yang tidak beretika itu telah memberi satu impak negatif terhadap UMNO dan juga terhadap kepimpinan BN dan sekali gus menaikkan lagi rating Dr Mahathir dimata rakyat dan Pakatan Harapan.

Bagi sesiapa yang merancang "plan" tersebut ternyatalaj bahawa  'senjata telah makan tuan"

Berhubung STATEMENT Pemimpin PAS yang menyalahkan Dr Mahathir tentang peristiwa Memali 33 tahun dahulu janganlah bertepuk tangan dan mendabik dada.

Hj Hadi serta pengikut PAS perlu bermuhasabah diri .

Kalau PAS masih lagi tidak mahu bergerak kehadapan dan tidak mahu melupakan peristiwa itu,  elok lah Ahli Pas mengimbau atau menilai semula  'Amanaat Hadi' tahun 1981.

Sedarlah Hj Hadi, manusia kebanyakkannya akan teruja dengan kata kata pemimpin terutama kalau ada sisip sisip agama dan syurga.

Kerana kata kata anda atau amanat andalah telah membuatkan jiwa jiwa yang songsang telah 'teracun" maka keberanian Ibrahin Libya dalam memerangi kerajaan dengan keganasan  buat mereka bukan lagi satu kesalahan. Itu lah yang terjadi.

Tiada guna menuding jari kearah orang lain, lihat diri sendiri dan bertaubatlah selagi ada kesempatan.

Mengaku kesalahan sendiri adalah terlebih mulia dari menyalahkan orang lain.

               Cahaya Al Majid











Thursday 3 August 2017

THE PROMISED LAND: RENUNGAN JUMAAT :ASAL USUL DAN BANGSA

Bismillahirrahmanirrahim.

BOLIH KAH KAMU MEMILIH IBU-BAPA?
BOLIHKAH KAMU MEMILIH BANGSA KETURUNAN?
BOLIHKAH KAMU MEMILIH KELUARGA
PUTIH ATAU HITAM???



Apa bezanya ungkitan ungkitan ini diantara " nabi dari bani Israel " dan " nabi dari kaum Arab Kuraish". Ada perbezaan ke?

Manusia kena selalu bermuhasabah diri, ingat kan diri bahawa, ibu bapa, keturunan, warna kulit dan juga agama kelahiran tidak bolih kita dipilih, semua itu adalah ketentuan Yang Maha Esa, Ya Rabb.

Kalau dahulu apabila Nabi Muhammad dilahirkan, menerima wahyukan dan dipilih sebagai Nabi dan Rasul maka seluruh pelusuk Bumi Arab termasuk kaum Bani Israel memperlekehkan diri Rasullulah saw.

Kelompok yang ada termasuk bangsa Arab juga memperlekeh kan keturunan Baginda. Tetapi bagi  Bani Israel pula mereka tetap mempertahankan kepercayaam mereka bahawa Nabi dan Rasul yang datang mesti dari kaum mereka saja. Maka itu lah yang menjadi perbalahan sehingga kini.

Menolak ketentuan Tuhan dan siapa pilihan Tuhan dijadikan senjata untuk memerangi sesuatu kaum. Itu lah yang terjadi sehingga kini.

Apakah keturunan dan  bangsa itu menjadi ukuran buat Yang Maha Esa?

Adakah kita akan mengungkit keberadaan Nabi Nabi dari Bani Israel ?

Cuba tanya diri, kenapa Allah SWT tetap mengangkatnya Musa a.s sebagai Nabi walaupun Baginda telah melakukan kesalahan besar iaitu membunuh. Adakah keluarga dari " mangsa itu " memaafkan' kesalahan beliau?

Tetapi sebagai umat Islam dan yang beriman dengan Al Quran kita wajib mengimani setiap ayat yang difirmankan Olih Allah SWT dalan Al-Quran bukan?

Kenapa?

Sebab hanya Allah SWT saja yang mengetahui perancangan Nya.

Olih itu jangan kita mempelekehkan asal usul atau bangsa sesuatu kaum kerana kita tidak tahu apa perancangan Allah SWT selanjutnya.

Apa yang perlu kita tegakkan adalah kebenaran dan yang kita wajib perangi adalah kemungkaran.

Bersekutu dan bersubahat dengan kemungkaran, amatlah dibenci Allah SWT.
Olih itu sesiapa saja yang melindungi kemungkaran maka tergolonglah mereka dalam kelompok yang wajib diperangi, samaada melalui tangan, kata kata mahupun hati.

Kalau masih ramai yang tidak memahami ayat ayat Allah SWT seperti firman-Nya dalam Al Quran, maka, aku memohon agar diri ini dilindungi dari "laknat" Allah SWT.

                 Cahaya Al Majid