Tuesday 26 September 2017

THE PROMISED LAND : ISU " DOBI"

Bismillahirrahmanirrahim.

ADA UMAT ISLAM SETUJU
ADA YANG TIDAK SETUJU

Satu pihak mempertahankan dan satu pihak lagi menentang, semuanya gara gara pemilik mahukan perniagaan kedai dobinya hanya menyasasarkan buat pengguna Islam saja.

Adakah itu menjadi satu kesalahan ?

Kita jangkakan isu ini tidak lah diangkat sebegitu rupa tetapi sebaliknya isu ini menjadi hangat dan tular.

Dari rakyat biasa, mufti mahupun ilmuan agama semuanya mahu memberi ulasan dan juga pandangan.

Tetapi perbezaan pandangan dan pendapat semakin menjadi jadi dan hangat dan terkini Sultan Johor juga melahirkan kegusaran tentang isu ini.

Melalui pandangan serta perspektif baginda sebagai ketua Agama dan Sultan dinegeri nya ,  baginda Sultan tidak bersetuju atau tidak rela dengan " terma" yang di perkenalkan olih pemilik kedai dobi ini kerana pada pandangan baginda terma yang dipaparkan sebagai tidak mencerminkan keterbukaan malahan ditakrif sebagai' extremis'

Amaran keras juga Baginda berikan sekiranya pemilik masih tidak berganjak dan ingkar atau masih mahu meneruskan niatnya, maka , lesen bolih dibatalkan dan kalau tak suka bolihlah berpindah keluar dari negeri Johor.

Sebenar isu ini tidak lah sebesar mana pun dan tiada keperluan pun untuk baginda bersuara tetapi apabila Mufti Mufti atau ilmuan agama mula memberi pandangan dan pendapat yang berbeza beza dan apabila isu ini menjadi tumpuan umum maka barulah Baginda terpanggil untuk mengulas sebagai Ketua Agama dinegeri nya.

Begini lah yang sepatutnya, apabila terdapat beberapa kekeliruan dikalangan masyarakat dan rakyat serta perbedaan pendapat sesama mereka maka eloklah Rajalah bersuara.

Tetapi apapun kata putusnya, semuanya mestilah berlandaskan pada Al Quran dan Sunnah Rasul dan keputusan itu bukan bertujuan untuk memuaskan hati kaum kaum tertentu.

Tetapi bagi saya tuntutan Agama adalah perkara paling utama yang sepatutnya dipertimbangkan.

Sememangnya agama menuntut kita untuk berbuat baik sesama mereka namun kebaikan dan keterbukaan itu janganlah sampai kita menggadaikan apa yang kita Imani sudahlah.

             Cahaya Al Majid












Sunday 24 September 2017

THE PROMISED LAND: NAJIB! NAJIB! NAJIB!

Bismillahirrahmanirrahim.

KENAPA HAK DALAM PERLEMBAGAAN
PUN MAHU DIPERTIKAI???

Sepatutnya seorang Perdana Menteri sepatutnya menekankan apa yang hendak di perjuangkan atau yang bermenafaat buat golongan India bagi menangi undi kaum ini.

Desperate teramat desperate NAJIB ini.
Semua orang sudah tahu malahan Mahathir sendiri mengaku bahawa datuknya sememang berasal dari India Selatan ataupun Kerala.

Tetapi Najib perlu ingat bahawa perlembagaan tertinggi yang dijunjung Negara ataupun Parlimen Negara ini telah mengiktiraf kedudukan dan hak kaum ini dimana kaum ini di kategori kan sebagai' Melayu' .

ATAU adakah Najib mahu menafikan Perlembagaan Negara atau sengaja " mahu menghina" Perlembagan Negara?

Kalau pun berseteru dalam politik, janganlah mengungkit keturunan orang. Tak pernah pun dilihat dimana mana Mahathir mempertikaikan keturunan Najib.

Apa yang dilakukan Najib macam budak budak tak pas sekolah. Mengajuk keturunan orang lain bagi menghalalkan salah-laku sendiri.
Ini lah contoh kerendahan tata budi dan kesedaran sivik Najib.
Mungkin ibu bapanya tak sempat mengajar dia tentang cara menghormati orang lain.

Benar!  Sememamgnya Mahathir menuduh bahawa Najib seorang pencuri mahupun penyangak ataupun penyamun. Semua ini gara gara ada dana 2.6 billion ringgit dan 40 juta ringgit masuk ke akaun peribadi Najib yang disangsikan punca " dana" itu.

Mula mula.Najib menafikan kemasukkan dana tersebut berulang ulang kali dinafikan tetapi apabila terbukti kebenaran ada masukkan dana sebanyak yang didakwa , tiba tiba Najib mengaku. Tidak kah ini satu pembohongan yang nyata.

Apabila akhbar dunia melaporkan dana itu berpunca dari syarikat bermasalah yang ditubuhkan Najib iaitu 1 MDB, tup tup, DUIT itu didakwa sebagai " derma dari Raja Arab' pula.

Apa.yang dilakukan olih Najib dan kebinetnya hanyalah nafi dan nafi , numun usaha pembuktian terhadap dana derma tersebut langsung tiada surat mahupun dokumen dari Raja Saudi yang ditunjukkan kepada rakyat mahupun Parlimen, bagi,menafikan tuduhan besar ini.

Lihat apa terjadi sekarang , seluruh dunia melabelkan Najib sebagai seorang ' crook' ATAU penjahat yang  digelar KLEPTROKASI menyamun negara untuk kepentingan diri , keluarga dan untuk  ahli kabinet nya.

Yang mana satu lebih memalukan?
Menghina dan mengungkit keturunan Mahathir atau Najib yang dihina dunia kerana KLEPTROKASI nya?

Nampak nya keredaan ini hanya akan berakhir selepas PRU 14 nanti.

Walaupun Najib dan gerombolan nya cuba menyakinkan rakyat bahawa mereka adalah yang terbaik namun hakikatnya ramai rakyat sudah mula muak dan menolak mereka sedikit demi sedikit.

Rakyat sebenarnya sudah muak mendengar Najib mengangkat diri sendiri dan mengaku telah berjaya meningkatkan ekonomi negara.

Namun apa yang dirasai oleh rakyat bukanlah kerancakkan ekonomi negara tetapi sebaliknya kerancakkan ekonomi melalui cukai GST yang mengembung kan kantung Kerajaan Najib melalui poket rakyat untuk perbelanjaan negara.
Itulah hakikat yang sebenar nya.

Sebenar apa yang di usahakan atau kejayaan yang didendang Najib sebenarnya tidak dirasai olih masyarakat umum .

Apa yang dinikmati rakyat hanyalah penghapusan subsidi, peningkatan kos barangan keperluan kehidupan serta keperitan tentang cukai GST yang didakwa olih menteri nya akan menurunkan kos barangan.
Adakah semua itu menyenangkan kehidupan rakyat?

Alhamdullilah lah, nampaknya polar politik telah nampak perubahan dengan kehadiraan Mahathir dengan Pakatan Harapan. Sekurang kurang rakyat dan Melayu.punyai pilihan.lain selain UMNO dan PAS.

Peningkatan sokongan terhadap Parti setahun jagung PPBM seperti yang didakwa Najib dan KLEPTROKASI nya , semakin meningkat dan diterima rakyat.

Dan semalam di Kuching juga, ribuan warga menghadirkan diri untuk mendengar tawaran Pengerusi Harapan.  Nampak nya tawaran yang dibuat amat bersesuaian sekali dengan hak Sarawak. Begitu lah sepatutnya, perlu berlaku adil kepada semua wilayah di Malaysia.

Itulah bezanya pemikiran orang tua yang dituduh nyanyuk atau baling gelas tak pecah, memecah kebuntuan pengertian dan penterjemahan Perjanjian Malaysia.

Mahathir tidak mengkelaskan Sarawak sebagai sebuah negeri tetapi sebaliknya Semenanjung Tanah Melayu Sabah dan Sarawak  adalah  "wilayah' yang membentuk Malaysia. Ini baru jelas dan nyata mengikut Perjanjian dahulu.

Sudah terbukti Mahathir berjaya mengangkat Malaysia di persada antarabangsa dan dunia dengan kemodenan yang dilakarkan.

Tiada jiwa dinegara ini yang bolih menafikan kebenaran ini melainkan Najib dan KLEPTROKASI saja yang merudumkan imej negara dan Perlembagaan Negara yang dijunjung.

            Cahaya Al.Majid











Saturday 23 September 2017

THE PROMISED LAND: DIMANA SILAPNYA AMALAN MANUSIA??

Bismillahirrahmanirrahim.

DIMANA KESILAPAN DIRI?

Setiap ajaran agama didunia mencuba mendidik pengikutnya agar mematuhi perintah Tuhan yang disembah.

Tiada satu pun agama didunia mengkehendaki pengikutnya untuk melakukan keburukan .

Tiada satupun ajaran dari mana mana agama mahukan pengikutnya bermusuhan sesama manusia.

Tetapi kenapa manusia bertindak melebihi kehendak ataupun perintah Tuhan atau agama yang dianuti.

Adakah manusia  sememangnya mahu "mendurhakai' perintah Tuhannya??

Manusia diajar agar berkata benar dan tidak berbohong tetapi setiap manusia yang mengaku mengikut perintah Tuhan sanggup melakukan Pembohongan?

Tidakkah mereka berasa bersalah atau berdosa terhadap Tuhan yang disembah, iaitu Tuhan yang mereka yakini yang telah memberikan mereka nikmat kehidupan?

Mengambil contoh yang terdekat dengan pegangan kita iaitu agama Islam.

Setiap detik dan setiap waktu ramai diantara kita yang melakukan suruhan Tuhan . Sembahyang lima waktu ditambah pula dengan solat solat sunat.

Ada yang berjemaah pada setiap waktu dimesjid mesjid dan ada pula berjemaah bersama keluarga .

Ada yang bertasbih setiap waktu dan tak lekang kumut kamit mulut nya, agaknya menyebut nama Tuhan nya mahupun membaca surah surah. Alhamdullilah.

Namun apa yang disaksikan yang melakukan rutin ini kebanyakkannya mereka yang telah melimpahi umur pencen. Hanya mungkin ada seorang dua anak muda dikalangan mereka yang turut serta tetapi majoriti nya , semua dah lanjut usia.

Ada yang bertaraf ulama, ada yang dipanggil Ustaz, ada Da'i dan ada yang telah berkali kali menunaikan Haji mahupun Umrah namun pada hakikatnya " contohan" diri mereka ini tidak dapat merubah kaum keluarga sendiri. kenapa?

Terdapat dikalangan keluarga mereka samada saudara dekat mahupun jauh mahupun anak sendiri terjebak dengan perkara perkara mungkar atau bersalahan dengan kehendak agama, kenapa perkara ini berlaku?

Kenapa tiang agama yang ditanam gagal membentuk diri mereka kearah akhlak yang dituntut agama?
Kenapa?

Begitu juga terdapat dikalangan mereka ini yang amat "extreme' pegangan agamanya, namun pembentukan akhlak sebagai umat yang diidamkan Rasullulah tidak berjaya dibentuk?
Dimana agaknya kesilapan ini?

Menutur kata kata lucah serta yang tidak sepatutnya diucapkan dijadikan 'mainan lidah, bukan saja dikalangan anak anak muda remaja malahan.yang telah berumur juga tak lekang lidah menitipkan kata kata "buruk' ini, kenapa?

Nak.tanya, kenapa.agama suci yang dianuti ini iaitu Islam yang dipilih Allah SWT, yang diyakini olih semua umat Nabi Muhammad saw GAGAL membentuk peribadi seseorang seperti yang dituntut agama?

Kenapa.solat.lima.waktu yang di lakukan pada setiap hari , gagal "mentransform' diri sebagai umat.yang bolih dibanggakan olih junjungan kita??

Sepatutnya apabila kita mentaati perintah Allah SWT dan Rasulnya, sepatutnya kita menjadi manusia atau insan yang terlebih baik dari penganut agama lain?

Tetapi kenapa kebanyakkan umat Islam hanyut?
Adakah kerana kekayaan yang tidak dimiliki?
Adakah kerana kurangnya keyakinan terhadap Allah SWT?
Adakah kerana kurangnya kefahaman tentang agama?
Adakah kita akan berkata " manusia.ini.sememangnya lemah?

Lihat dalam diri.anda,.Dimana salahnya?
Berhenti dari menuding jari dan  menyalahkan orang lain.

Selagi kita tidak dapat merubah diri sendiri yakinlah tiada apa yang akan berubah.

              Cahaya Al Majid





Friday 22 September 2017

THE PROMISED LAND: " OTAK WANITA HANYA SUKU" KATA ULAMA SAUDI!!

Bismillahirrahmanirrahim.

KITAB MANA YANG ULAMA INI IMANI??

Inilah taraf pemikiran ulama yang berasal dari negara kelahiran Baginda Rasullulah s.a.w.

Sanggup dia memperlekehkan kaum wanita dengan mengatakan bahawa wanita hanya ada 1/4 otak berbanding lelaki.

Tidak terdapat sebarang  dalil  samaada dalam Al Quran mahupun sunnah Rasul yang menyebut tentang perkara ini.

Firman Allah SWT atau sunnah yang mana satu yang membenarkan penghinaan terhadap kaum.Hawa ini??

Nampaknya bukan ilmu Al Quran yang terpahat dan terucap dilidahnya tetapi kedustaan terhadap Allah SWT dilakukan secara terang  dan nyatakan.

Nescaya kalau benar benar  beliau seorang yang berilmu dan beriman dengan Al Quran, nescaya, ungkapan seperti itu tidak akan terpacul di mulutnya.

Lupa kah beliau bahawa Allah SWT telah mengangkat wanita sebagai perencanaan Nya dalam melaksanakan kehendaknya??

Lupakah beliau akan kisah Ibu Nabi Musa ? Lupa kah beliau tentang keperitan Mariam dalam 'mengendong bayi' yang tidak berbapa?

Lupa kah beliau akan kisah Siti Hajar yang terpaksa berlari lari anak mencari air sehinggakan sunnah itu menjadi satu rukun dalam Haji?

Adakah semua kejadian itu membezakan diantara lelaki dan wanita.

Kenapa pula ulama Arab Saudi yang cuba "membezakan"?

Allah SWT tidak pernah membezakan antara kejadian lelaki mahupun wanita.

Hanya mereka yang tidak berfikir dengan waras saja yang cuba membezakan dan tergolonglah mereka dalam kelompok kelompok manusia yang dungu dan yang hanya berimankan dengan nafsu syahwatnya saja.

Kelompok inilah yang  merosakkan serta merendahkan martabat agama Islam dipandangan mata penganut agama lain .

Kesucian Islam tercemar gara gara perlakuan mereka sendiri dan bukan dari tomahan penganut agama lain.

Allahhuakbbar.

Cahaya Al Majid









THE PROMISED LAND : KEMELUT DUNIA :NEBIRU DAN KIAMAT.

Bismillahirrahmanirrahim.

CUKUPLAH DENGAN PEMBOHONGAN

Diseluruh pelusuk dunia terutama kelompok fanatik pondokong agama Kristian  termasuk para pengkaji bintang yang bersalurkan kepada kitab kitab atau ungkapan ungkapan yang dikata berpaksikan kepada wahyu yang diterima olih para para Nabi terdahulu , sedang hangat dibincangkan.

Tanggal 23 September 2017 adalah tarikh yang dinanti . Dengan merujuk kepada berrbagai bagai kajian serta dapatan samaada melalui kitab lama serta analisa dari NASA telah dijadikan teras kepada kepercayaan itu.

Mereka percaya bahawa tarikh ini akan terjadi 'kiamat' seperti yang mereka yakini.

Penularan keyakinan ini sudah berlaku sejak sekian lama dan pendukung pendukung kitab ini seolah olah terikat hati dengan dapatan dari pengkaji ini.

Disebelah Israel pula mereka juga menantikan tarikh keramat ini, kerana, mereka meyakini bahawa tanggal ini merupakan tahun yang genap buat kalender yang diyakini akan kebangkitan bangsa Yahudi sebagai." Bangsa Yang Terpilih" disisi Tuhan setelah lebih 2000 tahun disisih olih bangsa dunia.

Dengan segala sifir serta pusingan bumi dan planet serta tahun yang mereka kaji berserta dari dapatan melalui ungkapan atau kata kata kitab terdahulu yang dijadikan sandaran serta kajian tentang pusingan planet , maka, pada tarikh yang sama juga diharapkan akan berlaku sesuatu yang besar buat bangsa mereka. Namun pertelingkahan "keputusan" atau " kejadian" diantara Kristian dan Yahudi ini tampak perbezaan yang ketara.

Satu mengharapkan kemusnahan dan satu lagi menanti kebangkitan.
Jadi yang mana satu diantara dua kelompok ini yang mahu mereka yakini.
Kiamat yang dinanti atau kemusnahan mahupun kebangkitan atau keunggulan bangsa Yahudi yang diimpikan.

'Kebetulan' kata umat Melayu, tetapi "ketetapan" atau "aturan" kata Yang Maha Esa.
Hari ini , mengikut kalender Masihi adalah 22hb September 2017 dan diMekah Al Mukarramah esok adalah 23 hb September 2017 dan hari ini merupakan Awal Muharram buat umat Islam di Malaysia dan jatuhnya pada hari Jumaat, iaitu penghulu kepada semua hari.

Adakah kiamat akan terjadi selain dari Hari Jumaat?

Nampaknya umat Kristian masih lagi buta mata dan hati dan tersesat jauh dari kebenaran.

Sepatutnya, walaupun mereka tidak dapat menerima Muhammad saw sebagai utusan Allah SWT, tetapi sekurang kurangnya kaji dan bacalah Al-Quran untuk dijadikan perbandingan.

Mengkaji dan mencari titik kebenaran dan mencari tanda tanda pengakhiran terselit dianataranya iaitu antara kitab kitab terdahulu dan Al.Quran. barulah akan mendapat petunjuk.

Sekiranya mereka menidakkan  segala isi Al Quran sampai matipun mereka tidak akan dapat mencari jawapan malahan akan tertipu dengan kepercayaam mereka sendiri.

Yakinlah, bahana taufan yang baru melanda baru baru.ini juga tidak mampu untuk Pope mereka atau Ketua Gereja mereka redakan.

Apa.yang saya lakukan untuk tujuan dibawah adalah benar , hanya Allah SWT sebagai saksi diatas " doa" atau " permintaan khusus" buat melindungi rakyat negara tersebut.


Hanya dengan doa dan keimanan kami terhadap Allah SWT  saja yang berjaya "melemahkan" pusaran dan tiupan taufan tempoh hari.
Semua itu dilakukan demi  ' hamba hamba Allah' dan. kejayaan itu adalah diatas izin dan kerahmatan Allah SWT saja. Tiada daya dan upaya kami " melemahkan taufan' melainkan dengan kehendak Allah SWT jua.

Cukup cukuplah warga dunia dipesongkan dengan kepalsuan.

Buat Yahudi mahupun Israel, tiada apa.yang terlebih agung dari mengangkat bangsa sendiri" sekiranya hidup masih didalam ketakutan. Kalau Yaakob bolih ditipu olih anak anaknya, inikan pula, Bangsa yang sanggup memfitnah Isa Al Masih sehingga dikata berjaya di salib. Kitab yang mana satu yang mahu kamu nafikan kebenaranya ..wahai Israel.

Sesungguhnya Isa Al Masih bukan datang untuk menyelamatkan bangsa kamu mahupun agama kamu ataupun kitab kamu tetapi kedatangan nya adalah untuk melengkapkan janji Tuhan iaitu setiap manusia yang hidup mesti merasai kematian dan tidak lebih dari itu.

Olih itu pada tanggal 23 September 2017 ini tiada apa yang luar biasa akan berlaku hanya kejadian rutin alam saja yang akan berlaku.

                 Cahaya Al Majid










Thursday 21 September 2017

EDISI KHAS AWAL MUHARRAM : ANDA SIAPA???

Bismillahirrahmanirrahim.

MENYULUH DALAM TERANG
MELIHAT DALAM GELAP

Syukur kehadrat Illahi yang masih lagi memberikan nikmatnya keatas hamba hambaNya yang ikhlas dan yang masih berpegang kepada janji sebagai ' hamba Allah".

Alhamdullilah, perjalanan ke dua ini sangat bererti dan terasa kemanisan walaupun perlu menjalani rutin rutin kebiasaan sebagai hamba.

Sebagai peringatan kepada diri ini agar tidak lupa dan alpa diatas segala nikmat dunia yang sememangnya menghairahkan nafsu serta melempiaskan kepuasan hati dalam bersujud tanpa ragu dan terpaksa, mengindahkan perjalanan sebagai hamba.

Kenikmatan dikala mengingati Allah SWT serta keceriaan dikala melakukan tuntutan sememangnya tiada batasan untuk diungkapkan.

Hanya penyerahan total secara spiritual disertai dengan amalan fizikal mengindahkan lagi pemandangan ciptaan Allah SWT ini dikala jatuhnya pandangan. Tiada ungkapan membatasi keagungan ciptaanya.

Allahhuakbbar.. Allahhuakbbar

Semoga perjalanan yang dijanjikan ini akan membuatkan lagi  hati ini agar terpilu merintih dalam lautan air mata bila mengingat dan menyebut Nama Nama MU yang Agung.

Berserah, menyerah serta dapat membezakan siapa dianataranya itu hamba dan siapa pula itu manusia, semoga Allah SWT, memberi petunjuk kepada mereka mereka yang tersasar.

Amin.

Cahaya Al Majid.


THE PROMISED LAND: CUKUP CUKUPLAH..PROPA.TU..

Bismillahirrahmanirrahim.

UMPAN DAH BAGI TAPI
"SELFIE' TAK DAPAT...

Letih, loya dan mual , hari hari dengar omongan kerajaan Najib samada dari Najib mahupun dari Pak Lalak Pak Lalak Najib tentang kehebatan dan keampuhan kepimpinan nya yang dikata berjaya menjulang hingga kelangit dan pada masa yang sama semua ini diangkat sendiri samadaada olih Menteri nya mahupun dari pentaksub mereka sendiri.

Namun untuk mereka berpihak dibumi nyata ternyata amat jauh sekali.

Cukup cukup lah..Rakyat dah tahu dan nekad untuk memiliki kelompok mana satu yang perlu mereka dipilih.

Apa yang yang ditonjolkan olih Kerajaan Najib kini bukan hendak menolong atau membantu kesusahan yang dihadapi rakyat tetapi sebaliknya banyak tindakan yang dibuat menyusahkan hati rakyat pula.

Apa sudah jadi jadi dengan janji janji yang ditabur?
Yang terbaru dan terkini, Kedai Rakyat 1 Malaysia, apa sudah jadi?

Katanya kedai ini diujud untuk membantu rakyat marhean yang berpendapatan rendah untuk mendapatkan barangan keperluan dengan harga murah..Alih alih.. Tutup...

Tak secara langsung ianya menggambarkan bahawa kerajaan Najib  tidak bersungguh sungguh dan sepenuh hati dalam membantu dan meringankan kesusahan rakyat.

Kalau diera Dr Mahathir dahulu ada juga kerajaan berusaha bagi merancakkan ekonomi domestik dengan berbagai bagai cara tetapi kini tiada usaha langsung yang dilihat olih kerajaan dalam membantu merancakkan ekonomi domestik.

Setiap peniaga samaada kecil dan besar terkesan dengan kemeruduman ekonomi kini. Apa Najib dan kabinetnya buat???

Kalau cakap memang gah dan melangit..Sehingga..Sanggup melabur di USA bagi meningkatkan ekonomi Amerika, apa hal??
Betul atau tak betul otak Najib ni???

Semua ahli kabinet Najib cakap tak serupa bikin, buat malu ya.

Oh ya lupa nak tanya Najib, katanya sambutan yang diterima Najib di Washington terutama dari Trump amat luar dari kebiasaan .
Katanya, Trump pernah dakwa bahawa Najib kawan baik beliau..tetapi yang anihnya dan luar dari biasa tabiat Najib ..Tiada pulak " selfie" kali ini bersama Trump? Kenapa eek??

Hai.. Umpan dah beri tak kan "selfie" tak dapat pulak.

Cahaya Al Majid



Wednesday 20 September 2017

THE PROMISED LAND: LAMA NA ..DAH BERSABAR!!!

Bismillahirrahmanirrahim.

TAK LARAT DAH..
CUKUPLAH

Najib mengatakan ekonomi kita meningkat dan tidak tergolong dalam kategori sakit.Melalui data data yang diperolehi Najib dan yang telah dibentangkan olih para ekonomist nya,  semua data tersebut menjurus kepada peningkatan.

Tetapi masalahnya kenapa " ekonomi rakyat sakit"? dan tidak terkesan langsung dengan peningkatan yang dibentangkan?

Kenapa harga barangan harian semakin mahal dan tidak setimpal dengan apa yang dicanangkan Kerajaan?

Begitu juga dengan nilai mata wang negara, kenapa semakin rendah nilainya? Bukan ke nilai KDNK negara kita sudah melonjak dan begitu juga dengan Reserved juga sudah meningkat" ditambah pula dengan peningkatan eksport , katanya" tetapi kenapa nilai wang kita masih rendah berbanding negara tertangga?

Apa yang tak kena??

Dan terkini baru saja Najib luluskan bahawa negara akan membuat pelaburan melebihi USD 40 billion ke US untuk beli itu dan ini.
Tidakkah pengaliran wang keluar sebesar ini akan meningkatkan lagi tekanan terhadap mata wang negara?

Sanggup kah negara menghadapi tekanan sekirannya nilai matawang kita jatuh lagi keparas MRY5 berbanding USD1 dollar?

Berbalik kepada isu rakyat, sedarkah Najib bahawa rakyat dalam kesempitan hidup. Rakyat terpaksa bersengkang mata berkeringat dimatahari terik, semata mata untuk mencukupkan perbelanjaan keluarga yang tidak pernah cukup?

Tidakkah Najib sedar bahawa cukai yang "dipaksa "terhadap rakyat(GST) sesungguhnya membebankan kehidupan setiap jiwa dinegara ini?

Beginilah..Kalau.Najib tidak dapat meringankan " bebanan" yang diempuk dikepala rakyat" "InshaAllah" , saya doa kan bahawa dalam 40 hari ini, 'bebanan" yang rakyat junjung ini diangkat Allah SWT dan ditukar menjadi"bala" kepada Najib dan keluarganya pula.

Biarlah Najib dan keluarganya pula menanggung penderitaan yang maha menyiksakan ini dan baru dia tahu pengertian , apa itu kasih sayang dan kasih sesama umat.

Al Fatihah.

DIHARAP PARA PEMBACA DAPAT MELENGKAPKAN BACAAN AL FATIHA INI.

AMIN.

CAHAYA AL MAJID



Tuesday 19 September 2017

THE PROMISED LAND: BALA YANG DIIDAM...TUNGGU JE LAH...

Bismillahirrahmanirrahim.

ULUL AMRI DAN PEMIMPIN SENDIRI YANG MENGUNDANG BALA.

Kesian teramat kesian terhadap Najib dan UMNO.

Segala apa yang mahu dibuat semuanya mendapat tentangan dari rakyat. Tiada lagi pujian melata dari rakyat untuk gerombolan UMNO lagi, semuanya gara gara pembohongan berterusan dari kepimpinanya.

Belum pernah terjadi kepada mana mana Perdana Menteri sebelum Najib dimana segala keburukan seorang Perdana Menteri dan isterinya dilelong di serata dunia kerana " perlakuan peribadi"nya.

Cemuhan masyarakat samaada masyarakat tempatan mahupun dunia terhadap Najib dan Rosmah kini berada ditahap yang paling tinggi dan memalukan .
Bukan saja diri mereka yang perlu merasa malu tetapi negara juga terheret sekali dan itu yang paling memalukan.

Yang paling memalukan adalah statement NAJIB yang katanya mahu membantu Amerika dalam meningkatkan ekonomi negara Uncle Sam Itu, samaada NAJIB sedar atau tidak seluruh dunia sedang mentertawakan Perdana Menteri Malaysia ini.

Agaknya, apakah perasaan Raja Raja Melayu terhadap perlakuan Najib dan isterinya dan adakah Raja Raja ini juga merasakan apa yang kita rasakan.

Sayang seribu kali sayang, kalau dizaman dahulu Raja Raja berkuasa penuh dalam hal pemerintahan dan hal ehwal agama tetapi kini Raja Raja Melayu hanya jadi lambang untuk dijaja olih parti politik demi kelangsungan kuasa mereka dalam mengaut kekayaan dan pada masa yang sama merusakkan perpaduan dan keharmonian rakyat demi undi.

Yakinlah apabila hati manusia bolih dibeli dengan wang ringgit dan apabila manusia sanggup menggadaikan keimanan hanya kerana kuasa dan apabila kata kata pembohongan mula dipertahankan, maka, tunggulah, bala Allah SWT pasti datang dengan segera dan tanpa diduga.

Cahaya Al Majid








Monday 18 September 2017

THE PROMISED LAND : INILAH GENERASI YANG LAHIR...

Bismillahirrahmanirrahim.

                KERANA
    KESIBUKAN IBU-BAPA
   KEDAYUSAN PEMIMPIN
AGAMA JADI BAHAN DAGANG

Ucapan takziah buat semua Ahli keluarga yang terlibat dan AlFatihah untuk semua mangsa yang terkorban.

Sedih, terkejut dan marah menyelubungi perasaan dan denyutan nadi yang bernyawa dinegara ini.

Mungkin bukan orang Melayu saja yang marah malahan bangsa asing juga marah dan sedih terhadap apa yang menimpa murid murid tahfiz ini namun inilah yang terjadi.

Dikala orang politik berperang sesama mereka mengenai kuasa dan harta ,dikala puak puak ilmuan agama pula bertegang urat bagi membuatkan pendengar pendengar berdekah dekah pecah perut ketawa samaada lelaki mahupun wanita mendengar lawak, dikala artis artis ditelanjangkan dengan kisah kisah " popular" serta yang " mendedahkan kebetinaan"mahupun 'kejantanan'nya, dan dikala rakyat marhean berkeringat dari pagi hingga malam bagi mencari rezeki buat keluarga yang sememangnya kehidupan tengah tertekan, namun keterlekaan masyarakat tentang "kewujudan" anak anak dibawah umur ini yang "terlebih dewasa dari orang dewasa"tengah" ashik" dengan dunia yang mereka cipta.

Siapa yang perlu di persalahkan? Siapa menjadi contohan  dan dorongan buat anak anak ini ?

Pemimpin?
Ulama Ulama?
Gelembunghan Artis?
Ini bapa?
Masyarakat?
Media sosial?

Bayangkan anak anak dibawah umur ini sanggup melakukan "keganasan' serta membunuh" semuanya  hanya kerana dendam.
Tidak tercapai olih fikiran kita melihat kesanggupan mereka ini meletupkan 'tempat kediaman" musuh mereka dengan menggunakan "gas masak" bagi memuaskan hati.

Bayangkan apa akan terjadi pada generasi hadapan jika perlakuan begini telah tertanam dihati dan sanubari mereka. Mereka memilih "keganasan" sebagai senjata.
 Apa akan jadi???

Tidak mustahil kalau sekarang mereka sudah berani bertindak diluar pemikiran orang dewasa, nescaya, satu hari nanti pula mereka akan sanggup meletupkan apa saja demi "memuaskan" hati mereka.

Olih itu tindakan bersepadu dalam mendidik generasi ini perlu diutamakan dan diberi perhatian.

Kerajaam pemerintahan perlu mengurangkan tekanan ekonomi terhadap rakyat kerana dengan ini akanembuatkan ketua keluarga dapat memberi perhatian serta bimbingan terhadap ahli keluarga.

Kerana kekangan ekonomi Keluarga serta  kos kehidupan yang tinggi dalam menguruskan keluarga membuatkan ibu bapa " terlepas" tali dalam mengikat kasih sayang dan mendidik anak anak.

Satu struktur baru perlu dirangka dalam merangka kerangka bagi merungkai permasalahan ini.
 Dari kerajaan pemerintah, ahli politik , ilmuan agama serta masyarakat perlu digerakkan demi menyelamatkan "orang Melayu" dan Islam dinegara ini.

Cahaya Al Majid





Thursday 14 September 2017

THE PROMISED LAND: PERGI SAUDI DAPAT QUOTA ,PERGI CHINA DAPAT HUTANG, PERGI USA DAPAT AIR LIUR!!!

Bismillahirrahmanirrahim.

BUKAN PERGI UNTUK MENYELAMATKAN EKONOMI AMERIKA
TETAPI PERGI UNTUK MENYERAH TENGKOK RAKYAT MALAYSIA.

Nak kata "bukan salah ibu mengandung' tak bolih.
Nak kata "  bapak borek anaknya rintik" tak kena pulak.
Nak kata " bodoh', pengikut kata " pemimpin terbaik alaf baru".
Nak kata pencuri atau perompak " duit berlambak dalam akaun' sehingga tak tahu siapa yang "bank in".
Pelik mamat Najib ni.

Pergi Arab Saudi , sembah Raja Arab Saudi dapat lah tambah kuota haji sikit dan dapatlah sikit investment masuk kat Johor.. Tetapi Arab Saudi  hanya buat pembayaran bila projek dah nak siap...Tak pa la..Lambat pun lambatlah asalkan " maasyuuk"..
Tapi kalau Arab Saudi "kencing' cam na???

Pergi pulak ke China.. Dapatlah ' FDI" katanya.. alih alih China kata..Kena bayar balik 20 tahun.. dah tu kena pulak beli " 4 biji kapal perang" dari China..Terkena jugak
Tambah lagi yang buat rakyat.

Pergi pulak US, jumpa Trump.. Ingat kan dapat lah cari pelabur baru ke..
Rupa rupanya kena jadi "pelabur" pulak.
Diam tak diam " berbillion" USD pula terpaksa mengalir keluar lagi duit rakyat.
Kena beli kapal terbang la, KWSP kena melaburla dan Khazanah juga kena tambah pelaburan lah..

Hai..Tak serik serik lagi nampaknya Najib ni!
Kenapa.Najib sendiri tak kata kat Trump bahawa 1 MDB yang telah di Perbadankan dibawah MOF tu  nak melabur ?
Kenapa mesti KWSP mahupun Khazanah?

Kenapa Najib tak sebut pulak tentang Bandar Malaysia ataupun Tun Razak Exchange untuk US melabur disini?
Kan Najib dan jamin bahawa pulangan dari kedua projek tersebut berbillion dollar nilainya. Kan kedua dua  projek ini " baby' Najib macam '1MDB"?

Agaknya Najib ni tak tahu menilai kot?

Yang mana pelaburan dan yang mana satu "lebur" kot??

Walaupun Najib cuba menggambarkan bahawa dia seorang yang cerdik dimata rakyat tetapi pada hakikatnya kercerdikan beliau hanyalah dalam"mengebang" warga peneroka dan ahli UMNO saja.

Cahaya Al Majid

Wednesday 13 September 2017

THE PROMISED LAND: NAJIB SHOPPING "MARUAH"

Bismillahirrahmanirrahim.

NAJIB BUAT BUAT LUPA
RAKYAT TENGAH IKAT PERUT

Putrajaya mengatakan bahawa lawatan Najib ke White House adalah lawatan resmi buat Ketua Negara ataupun jemputan Presiden Amerika buat Perdana Menteri Malaysia.

Walaupun rakyat meragui ketulusan jemputan dari Uncle Sam ini bila mana DoJ Amerika tengah melengkapkan siasatan dari kes sivil ke kes jenayah, tup tup Rafizi Ramli pula mendedahkan bahawa "jemputan" terhadap Perdana Menteri ini adalah usaha dari pelobi pelobi yang dibayar oleh negara.

Dana siapa kah yang terlibat tu???? Itu satu hal.

Dalam pertemuan yang singkat itu, yang diumpamakan kan " amat berharga" buat imej negara, rupa rupa nya, pertemuan itu adalah bertujuan untuk memberitahu Trump bahawa Malaysia akan membeli beberapa buah pesawat Boeing buat MAS serta enjin kapal terbang .

Tidak ketinggalan juga Najib menjanjikan akan menggunakan dana KWSP untuk projek prasarana di US serta Khazanah juga akan melabur sama.

Diam tak diam Najib menjanjikan pengaliran dana menggunakan wang rakyat sebanyak USD10 ke USD 20 billion, paling tidak MYR40billion atau lebih.

Inilah yang dinamakan " membeli maruah" yang telah tergadai dan menggadai.

Belum sempat pun Trump bersuara Najib dan melayangkan MYR 40 billion kepada US.
Inilah ketakutan Pemimpin Melayu Malaysia yang bertunjangkan UMNO.

Dah diungkap kan banyak kali, apa saja yang diusik Najib, pasti " bala" yang datang. Contoh dah banyak dan tak perlu dituliskan lagi.
Mungkin Najib dah lupa agaknya bahawa 2 buah kapal terbang milik MAS iaitu Boeing satu hilang tanpa kesan dan satu lagi di tembak. Dua dua buatan USA.  Apakah kehilangan MH370 Najib buat buat lupa?
Atau Najib dah kusut fikiran terhadap France atau Air Bus, kerana, kes Scorpene dan Razak Baginda dah timbul semula??

Walauapapun, ini merupakan " shopping" terakhir buat Najib, tak apa lah..
Bak kata Mahathir..Nanti kita kaji semula apa yang dijanjikan olih Kerajaan Najib.

Cahaya Al Majid



Tuesday 12 September 2017

THE PROMISED LAND: JANGAN CACI DAN JANGAN DABIK DADA!!!

Bismillahirrahmanirrahim.

MANUSIA KONFIUS SEBAB TAK BERILMU
DAN HATI TAK TELUS.


Mencerahkan apa yang dipertikaikan olih kaum kaum yang tidak mahu beriman dengan kebenaran Al Quran.

Apa yang tidak disebut dan diceritakan olih kitab kitab terdahulu sebelum datangnya Al Quran diantara adalah kisah kisah tentang Nabi Ibrahim menghancurkan patung patung yang disembah olih bangsanya.
Dimana Nabi Ibrahim a.s mempertikai keupayaannya " patung patung tersebut" dalam melindungi mereka yang menyembah.

Adakah kitab terdahulu sebelum Al Quran menyatakan bangsa keturunan Nabi Ibrahim.. serta penghijrahan beliau dari negara asalnya ke Mekah?

Sedarkah mereka bahawa apa yang mereka yang pertikai itu sebenarnya berlawanan dari hakikat sebenar.

Benar! Sememang Siti Sarah merupakan isteri pertama kepada Nabi Ibrahim, tetapi disebabkan umur mereka telah semakin tua dan tidak mempunyai anak maka Siti Sarah membenarkan Nabi Ibrahim menikahi." hambanya" iaitu Siti Hajar. Tetapi sedarkah mereka mereka yang mempertikaikan isu ini? Apabila Nabi Ibrahim telah membebaskan Situ Hajar dan mebebankan beliau sebagai "hamba" maka Siti Hajar dinikahi.

Kerana pengorbanan Siti Sarah terhadap kehendak Nabi Ibrahim( untuk mempunyai zuriat ) mereka didatangi olih Malaikat dan memberitakan bahawa mereka akan dikurniakan anak.

Kerana sifat dan sikap Siti Sarah yang tidak berapa tertarik dengan apa yang didengari dari malaikat tersebut,maka, beliau berteriak sambil memukul.mukul diri nya seolah.olah "menafikan" keajaiban yang bakal terjadi atasnya.

Adakah peristiwa ini dicatatkan didalam kitab terdahulu secara " telus' ?

Jawapannya ada.tetapi bukan didalam " "Taurat" mahupun " Injil".

Cuba selidik dan kaji, kenapa, Bani Israel tidak mengangkat Nabi Ibrahim .a.s seperti mana.mereka mengangkat Nabi Daud , Nabi Musa mahupun Nabi Isa??
Kenapa???

Kenapa mereka tidak mengangkat Nabi Ishak seperti selayaknya?

Kenapa anak anak Yaakob dilabel sebagai keturunan Bani Israel dan tidak kepada bapa mereka?

Adakah peristiwa Nabi Ibrahim dicampak "ke dalam api" dicatatkan didalam kitab sebelum Al.Quran ?
Tetapi kebenaran ini di"nyah" dari kitab mereka, sebab, Sifat Nabi Ibrahim tidak sehaluan dengan pegangan mereka.
Olih itu apa saja tindakan Nabi Ibrahim yang bertentangan dengan kehendak mereka maka, semuanya dinafikan.

Cuba tanya mereka, kenapa, mereka tidak menuruti apa yang dibawa olih Nabi Musa a.s.

Kenapa ajaran Musa tidak dipegang dan ditaati malahan rangka rangka Kitab Injil semuanya berpaksi kan kepada Kitab Musa atau Taurat.

Tidakkah.ini bermaksudnya ambil setengah buang setengah buat pengikut Kristian? Nabi Isa pun pernah melafazkan bahawa apa yang dibawanya adalah untuk membenarkan ajaran Tuhan Musa dan bukan agama baru.

Olih itu dimana mulanya agama Kristian kalau Nabi Isa atau Jesus mengaku kebenaran agama Musa???

Mencari perbezaan dan tidak meng Esakan Yang Maha  Esa , Tuhan Seluruh Alam, serta mengangkat Manusia sebagai Tuhan atau Anak Tuhan, hanya menyisihkan diri dari Kebenaran.

Cahaya Al Majid


Monday 11 September 2017

TERKINI !!!: KEMANGKATAN SULTAN KEDAH

Bismillahirrahmanirrahim.

Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah,telah kembali ke rahmatullah.
Al Fatihah buat Almarhum.
Semoga Allah SWT merahmati Almarhum.

THE PROMISED LAND : BILA PEMIMPIN KEMUNGKARAN DIANGKAT!!!

Bismillahirrahmanirrahim.

Hanya kerana kuasa dan harta
Islam.bukan "keutamaan" lagi.

Al Quran dan Rasul mengajar kita untuk melakukan kebaikan dan jauhi kemungkaran.
Namun dewasa ini terutama dinegara kita yang dikata berpaksikan kepada Islam dan sunnah , tetapi, menyempurnakan apa yang dituntut hanya sekadar melepaskan batuk di tangga saja gamaknya.

Terdapat banyak kes kes menghina ajaran Islam serta penghinaan terhadap Firman Allah SWT, namun, apa yang dilihat, pemimpin politik samaada Parti Pemerintah mahupun Pembangkang, semuanya, kelu lidah seolah olah bisu seribu bahasa.

Kini telah viral di media sosial, ada beberapa pihak menghina dan mempersoalkan kesahihan Firman Allah SWT berhubungan kisah Nabi Ismail tentang status diri belia serta upacara" korban" yang dilakukan olih Nabi Ibrahim. Terdapat juga seorang dua Melayu Islam yang meremehkan ibadah tersebut, namun, ahli Politik yang beragama Islam tetap mengunci mulut dalam menegakkan kebenaran .

Sedih teramat sedih, kelompok Ulama yang berstatus Mufti mahupun Ustaz Kerajaan yang " makan gaji" juga dilihat gagal bersuara mahupun bertindak dalam menangani penghinaan ini.

Dimana kesatuan umat Melayu Islam yang benar benar "menjunjung" kalimah Syahadah ini?

Begitu juga , dimana keberadaan Institusi Raja Raja Melayu yang mengaku Agama Islam berada dibawah " naungan" mereka, atau mengaku bahawa mereka "Ketua' agama juga tidak bersuara? Kenapa??

Inilah nasib "Islam" yang dikata dianuti dan dikata Agama Persekutuan buat negara Malaysia, tetapi, pada hakikatnya, " kesucian" ini diperlekehkan olih rakyatnya terutama olih yang bukan Melayu.

Olih itu siapa yang perlu kita persalahkan? Adakah Pemerintah ataupun diri kita sendiri?

Cahaya Al Majid

Thursday 7 September 2017

RENUNGAN JUMAAT : HIPOKRIT MANUSIA SEBAB JIWA TERGADAI.

Bismillahirrahmanirrahim.

Hari berganti hari ,jam demi jam dan saat berdetik laju. Itulah sifatnya alam yang ditentukan Allah SWT yang dalam ketentuan Nya.

Sifatnya manusia ada yang tajam fikiran ada yang lemah ada yang cergas dan ada yang lembam, semua ini " anugerah" yang perlu dijagai dengan lepasan lepasan nafas yang bertasbih memuji dan mengagungkan Allah SWT yang tanpa disedari olih manusia yang tidak mengenal "Tuhan" nya.

Berbalik kita diperjalanan yang dititipkan untuk kita lalui seharian dimana hati, otak yang berfikir, yang selalunya tidak sehaluan, namun, dalam perselangkahan menusia dalam menegakkan kebenaran, tetapi, hati dan fikiran selalu bersengketa dan tidak sehaluan.

Tetapi akal, hati dan nafsu manusia selalu tergadai kerana lemahnya " iman" dan  " tergugatnya pegangan dan kepercayaan yang sanggup di gadai samaada kerana kuasa, harta mahupun wanita. Itulah manusia.

Contoh :

Dalam kes Najib dan 1MDB yang berhutang berbilion ringgit tanpa diketahui samada olih Timbalanya mahupun Ahli kabinetnya serta kemasukkan berbillion ringgit keakaunnya juga tanpa diketahui olih Timbalan dan anggota kabinetnya juga, namun kerana kuasa dan imbuhan imbuhan berupa "wang" , maka, segala salahlah, bukan lagi halangan.
Namun apabila.dipertikai kesalahan dan perbuatan tersebut, ada saja yang menghalalkan malahan menambah dan menokok dan diputar , tetapi, yang hebatnya, semua nya "halal'.

Tetapi apabila Dr Mahathir dituduh tidak mengetahui  dan terlibat dalam kerugian FOREX diera pemerintahannya, dan dituduh pula cuba untuk melindungi kebenaran, namun, dipihak yang menuduh pula tidak dapat menerima hakikat, bila mana Nor Yaakob mengakui pula bahawa kesalahan tersebut terpikul dibahunya. Namun untuk menerima kata kata kebenaran dari " yang melakukan' ada saja yang berbunyi dan berbalah.

Inilah sifatnya , dua jenisnya manusia , apabila seseorang beriya iya mengejar kuasa dan berimankan kemungkaran, maka , hati, kepercayaan mahupun pegangan selalu saja tergelincir.

Selam dalam hati anda..Lihatlah..Cerminan hati sendiri.
Dimana letaknya kesucian dan ketelusan hati anda.

Salam Jumaat dari Cahaya Al Majid

THE PROMISED LAND: LAWATAN BERMENAFAAT KAH??

Bismillahirrahmanirrahim.

ADAKAH LAWATAN INI SATU
KETERUJAAN BUAT NAJIB DAN
GEROMBOLAN UMNO???

Walaupun lawatan Najib ke White House ini merupakan jemputan dari Trump iaitu Presiden Amerika namun kalau dilihat dari segi ekonominya dirasakan tidak banyak membantu pun .

Kalaupun dahulu Najib pernah melawat Amerika dikala Obama sebagai Presiden dan bermain Golf dikala negara kita dilanda banjir namun kepulangan Najib selepas "golfing" bersama Obama juga tidak menambah pun julat ekonomi negara.

Yang kita tahu dan didedahkan hanyalah " kisah bini Najib,  Rosmah " menyopping" sakan dan  Rosmah terbang sana sini menggunakan " jet Kerajaaan".

Kalau ketika itu kes 1MDB belum meledak lagi . Hanya kes Anwar Ibrahim saja yang Meletop.

Tetapi kali ini, perjalanan dan jemputan Najib ke White House dari Trump amat berbeza sekali.

Belum pun berlepas, namun, "pelabelan perilaku buruk" keatas diri Najib sedang hangat diberitakan  olih akbar akbar utama negara Uncle Sam.ini.

Bermacam macam " ungkapan buruk" terhadap Najib sedang meniti disana.

Agaknya apa yang difikirkan olih Najib dan gerombolan UMNO dalam menangani isu yang maha "memalukan" ini?

Walauapapun, seperti dijangka, tiada apa yang bakal merubah ekonomi kita tetapi apa yang pasti, ,seperti yang saya tuliskan sebelum ini ada " berhutang" untuk" pembelian' keatas kelengkapan ketenteraan dari US pasti terjadi.

          Cahaya Al Majid

Wednesday 6 September 2017

THE PROMISED LAND: KEMENANGAN 1-0 TERHADAP DR MAHATHIR

Bismillahirrahmanirrahim.

LANGKAH KLEPTROKASI KERAJAAN NAJIB
MULA TERCUNGAP!?

Kunci segala kunci tentang kerugian FOREX yang dicanang untuk ' mengaitkan Dr Mahathir" seperti yang dirancang kerajaan Najib dan kepimpinan BN ,bagi, mencalar imej seteru nya iaitu Dr Mahathir, nampaknya tidak mengena.

Hari ini Nor Yaakob secara jelas , menjelaskan bahawa tiada langsungnya kelibat atau tangan Dr Mahathir tergaul dalam kerugian yang dialami olih BNM ketika itu.

Malahan secara jantan Noh Yaakob mengakui bahawa dia bertanggung jawab dalam kerugian itu dan meletak jawatan. Tiada nama lain dikaitkan, samaada Anwar Ibrahim mahupun Daim.Zainuddin.

Peergh...Tak sangka..Ada jugak keturunan Mamak yang berintegriti dan bermaruah dalam mengakui kesalahan sendiri.

Dan kini Dr Mahathir telah mendahului Kerajaan KLEPTROKASI Najib dengan didepan dengan KEMENANGAN pertama.
Tanpa perlu bersorak mahupun mendabik dada kini,.Kita.menantikan pula keberanian Najib dan pasangannya Zahid Hamidi dalam isu Memali pula, seperti yang disarankan Zahid Hamidi.

Nak tanya jugak, berani ke Kerajaan Najib melabel amanat Hj Hadi sebagai " seruan memberontak terhadap Yang Di Pertuan Agong" kerana, 4 orang anggota Polis DiRaja terkorban atau dibunuh olih pengikut Ibrahin Libya kerana " memegang sumpah taat setia kepada Raja dan Negara?

Berani ke Najib memalingkan kesalahan itu kepada pengikut Ibrahim Libya? Dan berani kah Najib melabel Hj Hadi sebagai " ketua Pengganas serta ketua Ajaran songsang???

Cahaya Al Majid


Tuesday 5 September 2017

THE PROMISED LAND: "MEMBABI DAN MENGANJING" JADI TITIPAN TULISAN UMAT MELAYU??

Bismillahirrahmanirrahim.

       'ASTAGHFIRULLAH'

Atas nama perbezaan pendapat , namun,  pertelingkahan atau persengketaan tulisan dan pandangan, diakhiri dengan melabel seseorang sebagai " babi" mahu pun "anjing', amatlah dikesali.

Tidak kira samaada seseorang itu beragama Islam mahupun sebaliknya,dengan menggelar atau menghina seseorang dengan panggilan 'babi' atau " anjing", sebenarnya menyerlahkan lagi keperibadian seseorang itu sebagai seorang manusia yang tidak mensyukuri nikmat yang dianugerahkan serta tidak mentaati hak Sang Pencipta.

Adakah  kerana berbeza pendapat dan pandangan maka menghukum seseorang dengan panggilan yang jelek itu dapat memuaskan hati?

Walaupun ungkapan itu hanya bersifat " tulisan" dan bukan diungkapkan melalui kata kata, namum, sifat benci dan perasaan mahu menghina' tetap " tertitip dihati', dan itu amat buruk .

Sedarlah, insaflah, bertaubatlah, nyawa bila bila bolih melayang..Takut takut tak sempat memohon keampunan dari yang dituduh sebagai " babi" mahupun " anjing".
Sebelum terlanjur..Beringatlah

             Cahaya Al Majid

Monday 4 September 2017

THE PROMISED LAND : " DUIT TAK JATUH DARI LANGIT"

Bismillahirrahmanirrahim.

Duit dari Langit???

Itulah statement Najib.
Tahu pun.!??Tahu ke Najib akan kesusahan rakyat yang terpaksa bersengkang mata dan bermandi peluh siang dan malam?

Sedarkah Najib bahawa semua.yang diperah itu sebenarnya hanya untuk memenuhkan kantung kerajaan BN dan untuk  membuatkan  Najib senang berbelanja sesuka hati.

Kalau dah tahu yang wang rakyat pun bukan jatuh dari langit, maka, sebaiknya eloklah Kerajaaan Najib tidak berbelanja sesukanya.

Ini tidak, dah lah IMDB bayar kepada syarikat IPIC tipu, tindakan pun tak berani nak ambil. Senang senang saja letakkan syarikat sarat hutang tu dibawah tanggungjwap Kerajaan.
Masa pinjam dulu tak hingat pulak kat rakyat.

Nak tahu jugak, apa dah jadi duit SRC International yang masuk keakaun Najib tu? Dah pulangkan ke? Atau pun dah lupus macam tu je???

Cahaya Al Majid











Saturday 2 September 2017

THE PROMISED LAND : UNDANGAN MENJERUT

Bismillahirrahmanirrahim.

    TERJERAT

Alhamdullilah 9 Zulhijjah telah berlalu dan kini para jemaah Haji di Tanah Suci telah menyelesaikan apa yang disunnahkan.

Kembali kita kedunia nyata dalam merentas fantasi MOI serta keghairahan seluruh anggota Pejabat PM tidak terkecuali semua pemimpin tertinggi UMNO dalam menyembah dan mensucikan undangan Donald Trump buat  Najib .

Walaupun media US dan DOJ telah melebelkan kerajaan Najib yang di terajui Barisan Nasional sebagai sebuah Kerajaaan pimpinan KLEPTROKASI namun keberadaan untuk berada di White House bagi memenuhi undangan Presiden dilihat sebagai pucuk dicita ulam mendatang.

Kini isu.undangan dari Donald Trump aka Presiden Amerika yang dibuat secara resmi kepada pimpinan Putrajaya mula di perbesarkan dan dihebohkan seolah olah segala isu yang dibangkitkan olih DoJ serta penyitaan beberapa aset aset yang terhubung dengan 1MDB yang dituduh telah terlibat dengan pengubahan wang haram di Amerika adalah berita palsu belaka.

Yang herannya kes ketika Najib ditangkap bermain golf dengan Obama di US sewaktu negara dilanda.musibah banjir tidak pula dihebohkan lawatan tersebut. Tahu tahu keluar gambar dan berita Najib main golf bersama.Obama ketika.rakyat sedang bertarung nyawa.

Itulah perjalanan . Samaada lawatan Najib ke Amerika untuk bermain golf dengan Obama ketika musibah melanda negara merupakan satu undangan resmi atau sebaliknya tiada siapa yang tahu..Kecuali Najib.

Tetapi ,kalau diikutkankut fikiran manusia yang waras dan bertanggung jawab terhadap yang dipimpin..Nescaya undangan ketika negara sedang menghadapi bancana, mana mungkin seorang Perdana Menteri akan meninggalkan negara demi memenuhi undangan Golf, tetapi tidak bagi Najib.

Berbeza pula dengan undangan kali ini. Trump yang dilihat amat tidak digemari olih pemimpin negaranya sendiri dan keputusanya selalu menerima kecaman dan tentangan namun buat Najib dan ikepimpinannya.. Itu bukan MASAALAH.

Semua kena faham bahawa Amerika hanya akan mendahului keperluan negara mereka dahulu . American First adalah , motto mereka.

Dengan rekod buruk yang dimiliki oleh Najib serta kerajaan pimpinannya, bermacam macam perkara bolih berlaku dalam " Traders deal'.

Hati saya berat mengatakan bahawa kali.ini negara kita" terpaksa ", membeli senjata dari Amerika samaada " jet pejuang" mahupun kelengkapan ketenteraan yang lain yang berbillion dollar harganya.

Itu yang dapat saya "rasa" untuk perjalanan dan lawatan Najib ini.
Perjanjian " timbal balik" demi menyelamatkan apa yang sedang berlaku.

                  Cahaya Al Majid