Tuesday 31 October 2017

THE PROMISED LAND: TANDA TANDA EKONOMI MERUDUM!!!KENYATAAN "VANGANG' MENTERI!!

Bismillahirrahmanirrahim.

MANA ADA PENIAGA AKAN TUTUP KEDAI
KALAU EKONOMI RANCAK DAN MENGUNTUNGKAN

Sewaan premis djadikan alasan olih Pasaraya Giant untuk memberhentikan perniagaan mereka. Itu STATEMENT selamat Giant.

Pasaraya Giant akan menutup atau memberhentikan  pengoperasiannya dilima buah cawangannya serentak.

Menteri KPDNKK mengatakan bahawa penutupan 5 cawangan Pasaraya Giant itu tiada kena mengena dengan isu kemeruduman ekonomi yang dirasai rakyat ketika ini.

Samaada menteri itu sedar atau sememang "lalok" ketum, tidak lah diketahui statusnya.

Mana mungkin sesebuah perniagaan yang telah established lama mahu ditutup kalau perniagaanya menguntungkan .

Melainkan kalau mereka sememangnya mahu berpindah ke premis yang lebih besar, barulah logik alasan penutupanya.

Sedarlah wahai Menteri KPDNKK,  sekarang ni kuasa membeli rakyat semakin lemah. Rakyat tidak punyai banyak wang untuk berbelanja. Rakyat hanya akan berbelanja sekiranya keadaanya terdesak saja.

Begitu juga lumrahnya bagi sesebuah perniagaanya , kalau pendapatan jualan semakin rendah dan perbelanjaan pula tinggi, seperti kos gaji, elektrik dan segala macam kos, maka kalau ikut hukum ilmu perniagaan,maka,  tutup kedai, adalah jalan terbaik. Mengurangkan kos kerugian. Itu baru ekonominya.

Wahai Hamzah, janganlah kerana nak bodek Najib maka berbagai STATEMENT "VANGANG' terpacul dari mulut anda.

Rakyat tengah sesak jadi jangan bakar hati rakyat dengan  kebodohan anda.

Cahaya Al Majid


THE PROMISED LAND : BERERTIKAH PANGKAT DAN GELARAN??

Bismillahirrahmanirrahim.

GELARAN ATAU PANGKAT
RASUAH, TIPU ORANG, BELASAH ORANG, CURI BINI ORANG, BOHONG SANA TIPU SINI ..ALIH ALIH DAPAT.. DATO'

Malaysia adalah satu satunya negara didalam dunia ini yang kemaruk memberi berbagai panggilan "gelaran" ataupun "pangkat" kepada sesiapa saja.

Kalau dizaman Kesultanan dahulu sememangnya gelaran mahupun pangkat hanya diberi kepada mereka mereka yang benar benar berjasa kepada Sultan mahupun Rajanya. Itupun tertakluk dan tidak sesuka hati.

Gelaran Dato' yang dipakai dahulu kala hanya diberikan kepada pembesar pembesar atau wakil Raja dijajahan jajahan takluk sesebuah kerajaan dan tiada panggilan terpakai untuk siisteri.

Tetapi kalau didalam Istana Sultan atau negeri berRaja hanya gelaran seperti Dato' Laksamana, Dato' Memanda Menteri serta Dato' Paduka Menteri saja yang digunakan.

Tetapi kini walaupun negara kita bukanlah berpaksikan kepada Kesultanan mahupun diperintah oleh Raja Raja secara mutlak tetapi pemakaian darjah kebesaran ini dilihat semakin menjadi jadi pula.

Tetapi adakah gelaran yang diberikan ini memberikan gambaran sebenar tentang perilaku , budibahasa mahupun adap seseorang?

Negara kita memperuntukkan bahawa gelaran Tun dan Tan Sri adalah hak persekutuan untuk penganugerahanya dan gelaran Tun ini adalah gelaran buat mereka yang benar benar " menghambakan diri" kepada negara dan kemaslahatan negara.

Dan sepatutnya pemakai yang menyarung gelaran ini juga tidak bolih dihina mahupun dicaci olih sesiapa saja.
Anugerah ini adalah anugerah dari negara yang dipakaikan olih Yang Di Pertuan Agong iaitu lambang Raja Raja Melayu yang berdaulat yang mendukung kewujudan negeri Beraja dan Bersultan.

Tun adalah anugerah tertinggi negara dan Tan Sri adalah yang kedua tertinggi.

Manakala buat semua negeri didalam negara samada yang Beraja atau Bersultan serta yang bertaraf Gabenor semuanya mempunyai anugerah masing masing. Ada yang bergelar Dato'seri, Dato'Sri Utama, Dato' Paduka Seri , Dato' Sri Panglima, Dato' Petinggi dan bermacam macam itu tak termasuk gelaran Dato' yang bertingkat. Ada Dato' kelas pertama dan ada Dato' kelas kedua.

Tetapi apa maknanya gelaran tersebut sekiranya penerima terlibat dalam bermacam macam skandal mahupun rasuah.

Bukan itu saja ada juga dikalangan mereka ini perangai macam "gangster" dan kemungkinan ahli kongsi gelap pun ada yang dapat pangkat ini.

Tun Mahathir digelar dengan bermacam macam panggilan yang buruk. Ada Tan Sri yang didakwa rasuah . Ada. Tan Sri sedang disiasat kerana salah guna kuasa dan bermacam macam lagi.

Ada Dato'Seri yang didakwa terima billion ringgit dan digelar pencuri atau penyamun. Ada Dato' Seri yang " try" bini orang sampai cerai. Ada Dato' seri seludup duit dan bermacam macam lagi.

Namun dengan segala gelaran yang terpakai dan yang dianugerahkan ini ada yang benar benar layak terima kerana jasanya.  Tetapi layakkah bagi mereka yang membeli anugerah ini diangkat sama?

Untuk itu gelaran yang exclusive ini akhirnya akan ditertawakan rakyat dan tidak dihormati lagi.

So..Siapa yang dapat nama.buruk???
Raja raja dan sultan.

Cahaya Al Majid.



Monday 30 October 2017

THE PROMISED LAND: PASTI KAH SARAWAK AKAN BERSAMA BN SEKIRANYA PAKATAN HARAPAN MENANG PRU14

Bismillahirrahmanirrahim.

Kelangsungan kemenangan kerusi Parlimen BN pada PRU 13 lepas disumbangkan kebanyakkanya dari calon BN dari Sabah dan Sarawak.

Sabah menyumbang 22 kerusi Parlimen kepada BN dari 25 kerusi yang ditandingi.

Begitu juga dengan Sarawak, 25 dari 31 kerusi yang dimenangi adalah dari pelbagai komponen yang bernaung dibawah Barisan Nasional.

Untuk itu dari keseluruhan kerusi Parlimen yang berjumlah 222 itu, Sabah dan Sarawak menyumbang 47 kerusi Parlimen kepada Barisan Nasional.

Namun dari apa yang berlaku kebelakangan ini, ukuran kemenangan BN pada PRU13 tidak bolih lagi dijadikan sandarkan bagi menjamin kemenangan BN pada PRU 14 ini.

Walaupun pada masa kasarnya pemimpin Sarawak dilihat tidak banyak masaalah terhadap BN pusat namun dari desahan rakyat marhean tentang kos sara hidup yang tinggi diburukkan lagi.dengan cukai GST yang dikenakan terhadap setiap.diri warga , sedikit sebanyak penentangan rakyat secara senyap.sedang berlaku.

Keresahan pemimpin serta warga nya tentang isu royalti minyak, autonomi serta kelembapan dana yang disalur kepada kerajaan Sarawak juga sudah mula berbunyi disana sini.

Ketidak puasan hati terhadap kelemahan penyaluran dana dari Kerajaan Pusat dalam frasa pembangunan infrastruktur terhadap negeri ini juga sudah kedengaran dan mula dijaja  di kedai kedai kopi.

Kelantangan suara Pemimpin Sarawak juga telah mula dibentis secara biadap olih pemimpin UMNO iaitu Nazri Aziz baru baru ini.

Kebiadapan tingkahlaku Nazri Aziz yang merupakan orang kuat Najib dalam meremehkan pemimpin Sarawak juga telah "meluluhkan" hati orang Sarawak.

Namun diSabah senarionya berbeza sekali.

UMNO adalah tunjang bagi kerajaan.BN diSabah. Semenjak.Shafei Afdal meninggalkan parti itu dan menubuhkan. Parti Warisan , gelombang perubahan dan penerimaan orang tempatan terhadap parti Warisan Sabah mula berlaku.

Dengan isu Sabah untuk.Sabah serta mengungkit bahawa Sabah dipinggir kan serta ketinggalan dari segi ekonomi dan pembangunan dan lain lain, kini Barisan Nasional hanya tinggal nyawa nyawa ikan dan semakin melemah.

Najib, UMNO dan Kerajaan Barisan. Nasional ketika ini sedang "menggelupur". Keresahan serta ketakutan akan hilang kuasa dan kepercayaam olih dua negeri ini terhadap kata kata Najib juga mula "diperleceh' olih rakyat.

Kekuatiran Najib, UMNO dan BN pusat terhadap " sumbangan kerusi untuk BN" olih Sabah dan Sarawak sudah amat jelas.
Apa yang berlaku ini memberi impak  dan kesan yang amat besar kepada Kerajaan pimpinan Najib.

Kegelunsuran serta kegelinciran dipeti peti undi buat UMNO dan BN di Sabah dan Sarawak bakal mengheret Najib dan gerombolannya bertukar kerusi iaitu dari pemerintah menjadi pembangkang.

Adakah Sabah dan  Sarawak tetap bersama Najib dan BN sekiranya Pakatan Harapan mengungguli kerusi parlimen diSemenanjung?

Cahaya Al Majid




THE PROMISED LAND: NAK GAH APA! BUDGET MELANGIT PENDAPATAN TAK CUKUP!!

Bismillahirrahmanirrahim.

"MATILAH MAK...NAK!!!"

INI BARU SATU GAMBARAN
BELUM LAGI KAWASAN FELDA LAIN??

Gegak gempita seluruh dewan kerana kegembiraan pihak kerajaan bilamana Najib melontar kan kata kata akhir dalam pembentangan BUDGET.

Antara sedar atau tidak mahupun sengal kepala otak mereka samaada faham atau tidak tentang apa yang telah dibentang Najib tempoh hari.

Memang gah bunyi nya angka yang dibentang Najib untuk belanjawan tahun 2018 iaitu lebih kurang RM280 billion tetapi adakah ahli Yang Berhormat sedar bahawa perolehan hasil kutipan kerajaan hanya lebih kurang RM230 billion?

Tetapi sedarkah ahli ahli yang berhormat bahawa angka yang diunjurkan Najib untuk perbelanjaan 2018 itu tidak mencukupi. Kekurangan RM40.Billion dari jumlah yang akan dikutip iaitu RM230 Billion. Mana Najib nak "raba"??

Namun angka belanjawan RM280.billion itu dikatakan olih YB YB Barisan Nasional sebagai belanjawan.yang terhebat kerajaan UMNO dan BN setelah memerintah 60 tahun.

Peergh..Gila meroyan betul seluruh Ahli UMNO dengan pembentangan Najib kali ini seolah olah segala MASAALAH yang ditanggung rakyat  selepas dikenakan GST.selesai semuanya.

Begitulah "hampeh" nya Kerajaan kini.

Tetapi selalu nya apabila makin tinggi peruntukan yang diberikan kepada sesebuah kementerian maka semakin tinggilah "ketirisan" atau " laba" yang bakal diperolehi olih puak ini.

Macam kes KBS, RM100.juta ..Apa jadi?
Scorpene ..Komisen Razak Baginda pun dah cecah RM500.juta..Dan banyak lagi.. Tak terkira. Tetapi sehingga kini..Dakwaan atau diheret ke mahkamah pun tak da.

Itu tak termasuk lagi skandal 1 MDB.
Inilah standard Kerajaan Najib kini. Tetapi yang menjadi mangsa adalah rakyat.

Nak dijadikan cerita, saya baru balik dari Bandar Baru Jengka . Tiga malam saya disana.  Dapatlah cerita hangat dari penduduk setempat sendiri.

Punyalah takutnya  Kerajaan Najib terhadap Dr MAHATHIR , sehinggakan ketika.Dr Mahathir kesana tempohari bagi "road show" nya , PDRM telah membuat beberapa sekatan jalan raya disemua laluan kesana.

Tujuannya amat mudah untuk dibaca iaitu untuk mengurangkan kedatangan peneroka dari menghadiri road show Dr Mahathir Bandar Baru Jengka.

Namun begitu , walaupun dengan sekatan Polis yang cuba melengahkan  setiap pemandu selama 5 minit , kejadian itu tidak "mengubah" niat mereka untuk bersama sama dengan Dr Mahathir.

Malam tersebut terdapat lebih dari 2000 orang memenuhi ceramah tersebut.
Nah...Nak kata apa lagi.
Dr Mahathir laku, tak dapat aura,

Dari apa yang diluahkan kengkawan di Jengka itu, ternyata kehidupan mereka sekarang ini semakin tertekan dengan peningkatan kos hidup dan GST.

Jaminan bahawa kehidupan diluar bandar tidak terkesan dengan kelembapan ekonomi adalah meleset.

Kini Deretan kedai kedai yang dimiliki orang Melayu dibandar Baru Jengka, semakin sedikit dan telah ramai peruncit mahupun usahawan tempatan sudah gulung tikar.

Event yang di kelola usahawan tempatan sudah semakin suram dengan pengunjung kerana kuasa membeli pengunjung sudah semakin kecil.

Kengkawan peneroka juga merasakan bahawa FGV telah memiskin dan menyusahkannya kehidupan mereka.
Kalau dahulu bayaran diterima dua kali sebulan tetapi kini bayaran diterima hanya sekali sebulan dan ini memeritkan kehidupan mereka seharian.

Begitu lah kemakmuran yang dijaja Najib dan UMNO kepada Melayu diluar Bandar agaknya.

Walauapapun, kebarangkalian peneroka memileh untuk bertukar arah sudah semakin dirasai olih Najib mahupun UMNO dan kegusaran kehilangan kuasa semakin menekan dan amat digeruni pemimpin olih UMNO dan BN kini.

Berada di lapangan,  baru tahu kesusahan yang dihadapi  peneroka.

Semoga peneroka memilih kebenaran berbanding kemungkaran mahupun kemudaratan.

Cahaya Al Majid.



Sunday 29 October 2017

THE PROMISED LAND : CIAN KAT UMNO!!

Bismillahirrahmanirrahim.

TAK DA ROTAN..AKAR PUN OK LAH!!

Tukang gelembung mahupun tukang propaganda UMNO kebanyakkanya terdiri dari mereka yang tidak dilantik oleh perwakilan mahupun dari kalangan mereka yang menang dalam pemilihan UMNO.

Najib amat bertuah kerana tidak perlu untuk bertanding bagi menjawatPerdana Menteri sebaliknya diangkat olih pemimpin terdahulu melalui desakan kelompok Mahathir.

Selain dari itu Ku Nan, Rahman Dahalan, Salleh Keruak, Annuar Musa mahupun Fuad Zarkashi semuanya dilantik atau dipileh sendiri olih Najib dana bukan melalui pemilihan dalam UMNO.

Ku Nanti dilantik untuk menjadi Setiausaha agung UMNO. Tidak perlu bertanding atau bersusah payah.

Rahman Dahalan dipileh olih Najib bagi mengisi kuota UMNO Sabah untuk menjadi Menteri. Sebelum ini tiada siapa kenal pun.

Begitu juga dengan Salleh Keruak. Beliau hanya berstatus Ahli Dewan Negeri namun diangkat sebagai Senator olih Najib untuk mengisi jawatan Menteri. Cuma diera Dr Mahathir beliau diangkat sebagai Ketua Menteri itupun untuk 2 tahun saja. Lepas tu senyap.

Manakala Annuar Musa hanya berstatus Ahli Parlimen yang telah "malap" tetapi diangkat sebagai Ketua Penerangan UMNO olih Najib. Baru kini suara dia semakin kuat apabila Najib lantik sebagai ketua penerangan.

Ini adalah antara barisan pemimpin yang " terkucil" yang diangkat kerana " angkatan ampuan" yang  bertaraf lima bintang bagi Najib.

Kalau sebelum era Najib watak watak ini amat jarang sekali diketahui kewujudanta namun kerana keserakahan politik dalam membodek Najib maka kini nyawa mereka seakan-akan hidup semula.

Dalam ramai ramai ini hanya Ku Nan saja yang sering dilihat kelibatnya dalam pentas UMNO Pusat.
Nama Annur Musa memang telah ujud lebih lama iaitu diera Dr Mahathir lagi dan pernah diangkat sebagai Menteri tetapi disebabkan beberapa skandal yang meliputi diri beliau maka namanya digugur kan.

Tetapi diera Dr Mahathir wajah Ku.Nan hanya akan terlihat ketika Dr Mahathir mempengerusi Mesyuarat iaitu kelibatyang akan menarikkan kerusi buat Dr Mahathir mahupun tukang menyediakan peralatan untuk seperti meletak air mahupun gelas untuk Dr Mahathir.

Diera Pak lah pula watak Rahman Dahalan Salleh Keruak dan Annuar Musa langsung tidak timbul.

Tetapi yang sedih nya hanya Fuad Zarkashi yang kalah dipetik undi.  Tetapi Najib tetap mengangkat beliau untuk menerajui JASA iaitu Jabatan Propaganda UMNO. Namun suara lantang kelibat yang kalah dipeti undi tambahan pula dikawasan kuat UMNO membuat kan beliau dijadikan bahan belasahan masyarakat.

Walau segagah mana atau selantang mana pun suara mereka ini dalam memperlekeh Dr Mahathir, namun, sekali Mahathir bersih, tercungap-cungap mereka ini macam ikan kelemasan di daratan.

Namun begitu kelibat inilah yang disandarkan Najib dalam mempertahankan imej Najib yang telah merudum dimata rakyat .

Nak buat cam mana itu saja yang UMNO ada, belasah saja LA..

Cahaya Al Majid



Friday 27 October 2017

THE PROMISED LAND: BUDGET NAJIB : POKET.RAKYAT TETAP KEMPIS!!

Bismillahirrahmanirrahim.

Malas nak kira dah tentang berapa kali dah Najib telah bentangkan "BUDGET"Atau belanjawan .

Dari dahulu hingga sekarang cuma angka saja yang berbeza tetapi halatuju nya tetap sama. Tak da beza pun.

Apa yang ketara setiap tahun penambahan BUDGET pengurusan tetap meningkat tetapi yang paling tak tahan BUDGET pengurusan tetap melebihi dari BUDGET pembangunan.

Nampaknya budget dibawah pentadbiran tetap naik setiap tahun macam kenaikan harga barangan. Bukan sikit tapi berbillion.

Lagi banyak BUDGET pengurusan lagi tinggi geraf  penyelewengan. Begitu juga sebaliknya dengan BUDGET pembangunan. Ketirisan dan pembaziran tetap melangit namun dalam diam diam ubi itu tetiba saja yang kaya raya. Begitulah lazim nya.

Namun usaha untuk meringankan bebanan rakyat terutama tentang peningkatan kos sara hidup dan kenaikan kos barangan tidak diberi keutamaan.
Tiada usaha langsung dipihak kerajaan dalam mencari.jalan untuk membendung kenaikan ini.

Begitu juga dengan kemeruduman nilai matawang serta kejatuhan ekonomi poket rakyat, apa yang diusahakan oleh Najib dan kerajaan untuk membendungnya?

Sebenarnya banyak aspek kos penghidupan rakyat tidak di sentuh olih Najib tetapi apa yang diutamakan adalah "picisan berupa sedekah" yang didapati dari cukai yang dipungut dari rakyat , dan itulah yang banggakan Najib.

Kebanggaan dan kegembiraan Najib tahap gaban kerana masih terdapat 7 juta penerima BRIM yang dikategorikan sebagai " miskin" dan mungkin jumlah penerima nya akan bertambah kerana kegagalan dan kebebalan beliau dalam mengurus serta mentadbir negara bakal menyebabkan ramai lagi rakyat negara ini akan jatuh miskin atau kedana.

Cahaya Al Majid








Thursday 26 October 2017

THE PROMISED LAND: BOLIHKAH KELIBAT RAHMAN DAHALAN, SALLEH KRUAK MAHUPUN BUNG MOKHTAR MENANDINGI SHAFEI AFDAL??

Bismillahirrahmanirrahim.

ADAKAH.UMNO SENASIB USNO
MAHUPUN PBS

Shafei Afdal merupakan orang yang bertanggung jawap dalam menjemput UMNO untuk bertapak di Sabah.

Kalau sebelum ini tiada UMNO diSabah tetapi disebabkan Barisan Nasional telah menabur dana yang banyak kepada pemimpin pemimpin Sabah untuk membeli jiwa rakyat namun akhirnya usaha itu berjaya juga.

Usaha UMNO dan BN dalam mencantas dan menabur racun dibumi Bawah Bayu bagi "mengkasi' PBS dan Parti Kecil lain yang seangkatan dengan nya telah berjaya.

Permainan mencucuk jarum dan menabur baja benih dari pokok UMNO yang diimport dari Semenanjung  dijadikan umpanan maka, pokok UMNO mula hidup dengan rendang dan bercambah di Sabah.

Dan dari dahan itu ia mula bercambah menjadi ranting dan akhirnya pucuk pucuk itu mula menghasilkan buah. Ada yang berbuah di batang dan ada juga buah diranting selain dari pucuk.

Kini selain Shafei Afdal ,siapa lagi nak watak yang paling hebat dan paling berpengaruh dibumi Sabah dari UMNO?
Adakah Rahman Dahlan, Salleh KRUAK mahupun Bung Mokhtar?

Episod pokok UMNO Sabah yang ditanam Shafei Afdak yang mahu ditebang, diracun hingga ke akar dan dibakar semuanya sedang berlangsung.

Shafei Afdal yang dibarisi oleh anak anak watan Sabah yang mahukan keseimbangan pembangunan setara Semenanjung  serta yang meinginkan kerancakan ekonomi bagi kemaslahatan rakyat dibumi Sabah seperti Semenanjung dijadikan tekad dalam menendang UMNO.

Keterbukaan rakyat Sabah dalam menyatakan sokongan terhadap tujuan ini dilihat positif dan diterima.

Namun proses percepatkan usaha ini berlaku tanpa diduga bilamana Shafei Afdal ditahan, di lokap serta disiasat olih SPRM kerana didakwa terlibat rasuah.

Usaha yang dibuat SPRM ini dilihat olih orang Sabah sebagai usaha UMNO dan Najib untuk.mencemar nama dan kredibiliti Shafei Afdak yang dilihat telah berjaya "mengawal" Sabah.

Kini kerusi Parlimen yang dicop sebagai "simpinan tetap" Barisan Nasional atau keutuhan kerusi UMNO dalam Barisan Nasional di Parlimen terlihat kegoyahanya.

Samaada Rahman Dahalan atau Salleh Keruak mahupun Bung Mokhtar berjaya mengawal "gelombang" yang dibawa Shafei Afdal berjaya membadai bumi Sabah, PRU 14 adalah " medan" nya.

         ......Cahaya Al Majid





Wednesday 25 October 2017

THE PROMISED LAND: BUDGET MAHATHIR VRS BUDGET NAJIB

Bismillahirrahmanirrahim.

Pakatan Harapan yang dipimpin dan diterajui olih Mantan Perdana Menteri Malaysia iaitu Dr Mahathir telah menggariskan beberapa inisiatif dalam menangani usaha untuk membetulkan ekonomi dan poket rakyat.

Mengambil iktibar atas kesusahan rakyat yang diakibatkan dari kegopohan Najib dalam cubaan untuk membangunkan ekonomi negara namun kelompok yang paling banyak meraih laba dari perancangan Najib ini adalah kelompok eletis yang rapat dengan kepimpinan termasuklah syarikat besar yang bertaraf internasional.

Perhatikan dibawah Najib berapa banyak projek Mega yang dahulukan, semuanya beralasan untuk kepentingan orang ramai. MRTlah ECRLlah dan sebagainya. Tetapi yang pelik dan hairan kenapa projek mega ini tidak ditender dan kenapa diberi ruang "direct nego".

Ruang ruang ketirisan didalam pemberian tender atau projek ini mengakibatkan kerugian berbillion ringgit. Contoh seperti projek Kapal Selam Scorpene dan penubuhan syarikat 1MDB.

Kedua dua entiti ini mendatangkan kerugian dipihak kerajaan dan rakyat namun disebabkan penghalalan ketirisan olih pemimpin Kerajaan, tiada tindakan dikenakan keatas mereka yang mengambil kesempatan.

Jadi bagaimana?

22 tahun Dr Mahathir memerintah. Bermacam macam perkara berlaku dari kemelesetan ekonomi hinggalah kepada serangan mata wang namun kesusahan yang ditanggung rakyat tidaklah seburuk yang ditanggung olih rakyat masakini.

Kalau dizaman dahulu ramai dikalangan anak tempatan diberikan biasiswa untuk melanjutkan pelajaran diperingkat Diploma mahupun Ijazah diUniversiti, dalam negara mahupun luar negara, namun, diera selepas Dr Mahadir, hutang PTPTN untuk ke Universiti adalah "kemestian' untuk ditanggung pelajar. Adakah ini dinamakan" transformasi"?

Pernahkah belanjawan 22 tahun yang dibentangkan olih Dr Mahathir ' menyusahka rakyat ? sepertimana belanjawan yang "digah"kan Najib?sebelum ini?
Cuba imbau kembali telah berapa kali Najib  " adjust" belanjawan yang beliau bentangkan setiap tahun.

Belanjawan yang dibentangkan beliau selalunya "lari" atau tidak mengcukupi.
Alih alih.kita dengar banyak peruntukan yang diluluskan kebanyakkanya dipotong. Kenapa?

Setiap kementerian dan jabatan kerajaan semuanya mengeluh . Alasan " BUDGET" TAK ADA.

Tetapi BUDGET Jabatan Perdana Menteri " berbillion billion' ringgit disediakan. Sehinggakan setiap minggu ada saja event diSeri Perdana.
Makan makan sambil berhibur dengan band residen Sri Perdana iaitu Dato' Syed Sobri dan Datin Azie dan beberapa artis jemputan.

Ini yang menjadi masaalah apabila rakyat dalam kesusahan dalam mencari rezeki maka terpaksa pula membayar GST untuk kerajaan. Apa punya gila!!

22 tahun Malaysia gah dan makmur rakyatnya dibawah MAHATHIR tetapi 9 tahun Najib memerintah bukan saja rakyat susah lebih buruk lagi subsidi untuk rakyat dipotong sebaliknya rakyat pula kena bagi subsidi kat kerajaan setiap hari dalam bentuk GST.

Mana yang lebih baik belanjawan Mahathir atau belanjawan Najib??

Cahaya Al Majid


THE PROMISED LAND : ISU BUGIS DAN MAMAK : SIAPA YANG KEPANASAN!!

Bismillahirrahmanirrahim.

KEANGKUHAN MELEBIHI YAHUDI!!!

Apa sudah jadi dengan Bangsa Malaysia yang dijulang julang kerajaan Najib?

Kalau dahulu kerajaan Najb amat mengangkat tinggi 1Malaysia, apa saja yang diungkap atau mahu dijulang semuanya akan menjurus kepada slogannya iaitu 1Malaysia.

Tetapi kini.. aik...Apa sudah jadi??

Kenapa Zahid Hamidi memperlekeh Mahathir dengan menyebut keturunan beliau sebagai sebagai "Kutty". Dan sekali gus memperlekehkan segala keturunannya.
Bukankah telah termaktub didalam perlembagaan tentang " hak mereka" sebagai rakyat. Apa yang tak puas hati lagi.

Begitu juga halnya dengan Najib, dua kali lima macam Zahid. Seolah olah keturunan India atau yang dikenali sebagai Mamak yang beragama Islam ini amat lekeh dimata Zahid dan Najib bilamana Mahathir tidak lagi menyokong mereka.

Kedengaran suara seorang Perdana Menteri memperlekeh Dr Mahathir sebagai " pendatang dari Kerala" amat kesali.

Sepatutnya sebagai seorang Perdana Menteri yang mengakui menjadi Perdana Menteri bagi mewakil semua suku erhnik dan bangsa dinegara ini, sepatutnya tidak "menghina" sesuatu bangsa mahupun keturunan.
Tetapi Najib terbawa bawa dalam keangkuhan diri kerana diangkat sebagai Panglima Bugis olih bugis Makassar. Adakah Najib benar benar berbangga akan keturunan Bugis nya?

Kalau Zahid mahupun Najib bolih memperlekeh Mahathir adalah menjadi kesalahan pula apabila Mahathir melabel Najib sebagai Lanun Bugis?

Apakah menjadi kesalahan?

Nampaknya cucuhan dari kata kata Mahathir menyebabkannya keturunan Bugis yang rata rata duduk di Johor "kepanasan" sehinggakan ada NGO yang membuat bantahan dan laporan Polis.

Nak tanya juga, adakah Mahathir menuduh semua Bugis itu lanun atau Lanun Bugis itu merujuk kepada Najib seorang je?

Ingatlah sejarah lama, siapa yang membawa agama Islam kenusantara ini? Adakah keturunan Bugis? Ataupun Raja Bugis?

Bukankah pedagang dari India dan Arab yang menyampaikan agama Islam kebumi nusantara ini?

Kebenaran.yang mana satu yang mahu kamu nafikan?

Wahai.manusia janganlah kamu berbangga bangga dengan keturunan dan bangsa kamu. Sesungguhnya semua itu tidak menjamin keimanan dan kemuliaan disisi Allah SWT.
Jangan memperlekehkan keturunan, bangsa dan kaum lain kerana semua itu ketentuan Allah SWT.
Adakah kamu juga mahu mempertikaikan kehendak Allah SWT??
Sepatutnya kebenaran itu yang kita junjung dan bukan kerana kita.ada kepentingan maka kemungkaran itu kita halalkan.

Cahaya Al Majid

Tuesday 24 October 2017

THE PROMISED LAND: 1MDB UNTUK SELESAIKAN MASAALAH ATAU BANYAKKAN MASAALAH ??

Bismillahirrahmanirrahim.

    SENDIRI YANG BANGANG
    TAPI!!! SALAHKAN ORANG
    LAIN!!!!

Telah bertahun kes atau isu IMDB dipertikaikan rakyat sehinggakan kerajaan pimpinan Najib meng"OSA" kan segala dokumennya dari pengetahuan rakyat.

Hujan tidak ribut pun tidak tup tup hari ini Najib mengatakan bahawa penubuhan 1MDB adalah untuk menyelesaikan masalah kepimpinan terdahulu.

Chuup..Chuup..Dulu..Nak gelak niii
Kakkakkak!!!!!!

Amat kelakar dengan penyataan Najib aka Presiden UMNO ni..

Nak tanya gak.."dana yang di hutang 1MDB" tu dah selesai ke atau telah bertambah dari hutang atas hutang???

Mengaku telah beli banyak IPP menggunakan ' dana hutang 1MDB" samaada yang berada didalam negara mahupun yang diluar negara tetapi kenapa pulak jual semua "harta harta" tu kepada China Komunis .

Kalau boleh jana keuntungan dari semua IPP tu untuk menebus hutang kepimpinan terdahulu, MASAALAHnya kenapa dijual semua kepentingan itu 100%?

Nak tahu jugak, Beratus Billionkah hutang yang ditinggalkan olih pemimpin dahulu?? Kepada Najib???

Hai.najib?!!! jangan.nak gelembung lah..Kalau.kawan you sendiri Razak Baginda bolih dapat komisyen ratusan juta dalam pembelian Scorpene dengan harga yang melambung-lambung..Salah siapa??
Salah Pak Lah kah ? Atau salah Dr Mahathir  juga??

Beratus juta duit Felda FGV kena songlap dan kena seleweng..Adakah ini juga salah Pak Lah dan Dr Mahathir juga???
Adakah hutang FELDA berbillion ini juga hasil ciptaan kepimpinan terdahulu??

Kalau benarlah.1MDB tu dah menjana berbillion keuntungan sehingga dapat hantar orang pergi Haji berpuluh puluh orang, kenapa hutang dengan IPIC terpaksa ditunda sehingga kena bayar panelti pula? Kenapa tak bayar ikut time??
Tak ke.gila namanya tu?

Ni kalau benar lah tiada sesen pun dana dari 1MDB terseleweng seperti yang didakwa  Najib dan Kerajaannya  kenapa MAS Singapura serta beberapa lagi.institusi kewangan luar negara menyiasat dan mengklasifikasikan " rantaian dana 1MDB" yang melalui sistem mereka sebagai " pengubahan wang haram" ?

Kenapa tidak diambil tindakan mahkamah kalau.Najib dan 1 MDB yakin bahawa mereka telah difitnah seperti yang didakwa olih penyokong UMNO dan Kerajaan sehinggakan.kepimpinan kerajaan Najib juga telah dilabel sebagai KLEPTROKASI?
Tak malu.ke atau tiada maruah lagi di mata dunia.

Cukup cukup lah Najib!!!

Berhenti lah dari menghalalkan segala salah laku sendiri.
Berpijak lah dibumi yang nyata.

Cukup cukup lah .
Meletak dan menuduh orang lain diatas kelemahan dan kegagalan diri sendiri hanya akan menyerlahkan kebodohan sendiri.

Orang nogori cakap "jangan jadi bangang"

Cahaya Al Majid




Monday 23 October 2017

THE PROMISED LAND: "KERETA KEBAL SABAH" BAKAL MEMBEDIL UMNO DAN BN

Bismillahirrahmanirrahim.

SABAH MENUKAR LANGSKAP

Nampaknya kemaraan dan kemarahan rakyat Sabah terutama mereka yang mendukung perjuangan Parti Warisan yang diterajui olih Shafie Afdal terhadap Kerajaan Pusat yang ditunjangi UMNO semakin membuak buak dan terserlah.

Nampaknya penyokong Parti Warisan yang mana penerajunya sedang ditahan reman olih SPRM tidak 'bisu" didalam mempertahankan ketua mereka.

Mereka sanggup beramai ramai berkumpul di perkarangan pejabat SPRM Sabah bagi.memberi semangat mahupun hadir bagi menunjukkan sifat 'kesatuan" bagi membuktikan kepada UMNO Kuala Lumpur bahawa apa yang sedang dilakukan olih SPRM terhadap ketua mereka sedikit pun tidak akan merubah persepsi mereka terhadap Shafie Afdal.

Apa yang terjadi , keyakinan mereka terhadap perjuangan Shafie Affal yang cuba "melepaskan Sabah" dari pengarian olih UMNO dan Kerajaan Pusat terhadap Sabah dapat dirungkai mahupun dibuka.

Sekarang UMNO Pusat mahupun Pemimpin Tertinggi UMNO dan BN sedang "mentertawakan' apa yang sedang dilalui olih Shafei Afdal namun disebalik gelak ketawa tersebut mereka alpa dan lupa bahawa yang diheret sekali adalah adik atau keluarga Shafei Afdal.yang mana mereka ini adalah Ketua UMNO Bahagian dan juga Wakil rakyat UMNO yang masih sah.

Walaupun Shafei Afdal belum lagi didakwa di mahkamah namun apa yang berlaku sekarang ini  cubaan untuk menampakkan sifat rasuah Presiden Warisan sedang ditampilkan .

Walaupun UMNO dan BN pusat menafikan keterlibatan mereka  dalam mengolah " kes rasuah" Shafei Afdal ini, namun persepsi orang Sabah terhadap watak Shafei Afdal berbeza sekali dengan pandangan orang Semenanjung.

Itu sebab Rahman Dahlan, Salleh Said Keruak mahupun Bung Mokhtar tidak berani untuk " menyampuk" mahupun" memberi komen pedas " terhadap kes Shafei Afdal ini.

Sebabnya mereka tahu dan nampak apa kelebihan yang mampu  dan bakal dizahirkan olih orang  orang Sabah terhadap UMNO Pusat dan BN. Dan mereka juga takut  akan "kekuatan" Shafei Afdal serta gerombolan nya.

Kalaulah dibuat perbandingan diantara semua pemimpin pemimpin UMNO Sabah di Pusat, " kekuatan akar.umbi" Shafei Afdal diibaratkan seperti akar.pokok balak dan inilah yang merungsingkan Musa Aman serta pendokong-pendokong Najib di Sabah.

Walau.apapun keputusan SPRM terhadap Shafei Afdal,.Dua malapetaka perlu UMNO depani.

1. Jika Shafei Afdal Hilang kuasa
2. UMNO terkubur di Sabah.

Sebabnya orang Sabah telah hilang peluang untuk menduduki jawatan  kedua tertinggi dalam negara mahupun UMNO iaitu jawatan Timbalan Perdana Menteri mahupun sebagai  Timbalan Presiden UMNO..

Untuk Rahman Dahalan atau Salleh Keruak mahupun Bung Mokhtar untuk menaiki tangga  sebagai Naib Presiden UMNO amat jauh atau sukar sekali buat mereka .

               Cahaya Al Majid

Saturday 21 October 2017

THE PROMISED LAND : KUD 2017 YANG GAGAL??

Bismillahirrahmanirrahim.

KARNIVAL YANG GAH PADA NAMA

Karnival Usahawan Desa sedang berlangsung dan hari ini adalah hari kedua. Ismail Sabri selaku Menteri KKLW dirasakan gagal dalam mencapai matlamat matlamat , kenapa dan mengapa KUD  diwujudkan.

Walaupun terdapat lebih 700 vendor bumiputra atau Melayu yang menyertai nya yang didatangkan dari seluruh pelusuk desa dinegara kita ternyata kurang sambutan dari warga kota mahupun yang berdekatan dengan Kuala Lumpur.

KKLW perlu tahu bahawa tujuan vendor menyertai Karnival ini bukan untuk membuat pameran barangan tetapi sebaliknya mereka mahukan agar barangan yang dijual vendor dapat dibeli olih pengunjung.

Kehadiran warga negara yang secara suka hati mahupun secara suci hati untuk datang dan memeriahkan karnival ini dilihat amat sedikit walaupun setiap hari publisiti Meletop diradio.

Walaupun anggaran pengunjung yang disasarkan adalah 1,000,000 orang namun sehingga ke saat ini sasaran itu amat jauh untuk dicapai.

Berbas bas warga luar bandar didatangkan berserta duit poket dibekalkan.
Tujuan hanya satu iaitu untuk meramaikan pengunjung.Duit poket antara RM30 ke RM50 seorang diberikan kepada mereka mereka ini, kehadiran mereka hanyalah untuk meramaikan saja dewan PWTC ini.

Namun " kuasa membeli" dikalangan yang didatangkan secara " dedak" ini  gagal merancakkan penjualan dibooth booth.

Juga pada hari pelancaran sewaktu kehadiran Najib, lebih kurang 12 bas dipenuhi dengan orang asli samaada dari BERA mahupun Banting yang diberikan " duit poket" atau " dedak sebanyak RM50 ringgit seorang telah memenuhi dewan pelancaran dan selebihnya adalah anggota dari berbagai ajensi kerajaan serta beberapa vendor saja.

Dan pada hari ini pula 4 buah bas lagi dipenuhi dengan orang asli dari Mantin dan Lenggeng N. Sembilan dengan duit poket yang diberi sebanyak RM40 memenuhi ruang legar PWTC. Namun sasaran vendor untuk membuat penjualan tetap masih sama atau lemah.

Majoriti vendor hanya berjaya mengutip jualan antara RM100 ke Rm 500 sehari pada hari pertama dan bagi hari kedua juga dikatakan lemah dan ini amat tidak berbaloi jika diukur dari waktu pembukaan jualan iaitu dari jam 10 pagi hingga 10 malam. Terdapat juga dibeberapa ruang niaga vendor yang lengang dari pengunjung.

Dari apa yang dilihat kesungguhan KKLW hanya lah terjurus kepada " show FREE" dari Artis artis tempatan. Dari ruang aras dua hingga aras empat berbagai corak persembahan diadakan tetapi artis yang diundang untuk cuba memeriahkan ruang booth makanan hanya artis kelas 3 disaji kan.

Berbanding dengan artis kelas A, konsert mereka diadakan didalam dewan tetapi yang menjadi masaalah,  PAS percuma telah diedarkan namun mereka mereka yang dapat PAS konsert ini hanya berminat untuk menyaksikan konsert berbanding untuk melawat booth booth.

Seawal 8.00 malam laluan dibooth booth terasa lengang dan kosong dan ini membosankan vendor vendor kerana pengunjung malam kebanyakkannya lebih berminat untuk tengok konsert.

Apabila acara konsert bermula kelihatan banyak ruang niaga vendor lengang dan kosong. Dan dari pengkongsian luahan luahan hati vendor, ramai dikalangan mereka mengambil keputusan untuk menutup booth seawal jam 8 malam walaupun waktu yang di galakkan menutup booth adalah jam 10 malam. Kerana kekurangan pengunjung maka booth ditutup awal.

Pada lewat petang pula kebanyakkan pengunjung yang datang hanya berminat untuk menyaksikan konsert percuma artis tanpa sudi melawat booth booth peniaga.

Vendor tertanya tanya atau KONFIUS  tidak tahu yang mana satu keutamaan KKLW, samaada nak tonjolkan konsert artis atau pun nak meningkatkan jualan vendor diKarnival KUD.

Walauapapun ramai vendor yang tidak pulang modal ataupun mengeluh kerana kurangnya jualan, maka, bolihlah disifatkan, hari pertama dan kedua sudah menampakkan kegagalan KKLW dalam mengendali dan mengelola program mereka sendiri.

Samaada KKLW sedar atau tidak akan kelemahan mereka ini,hanya vendor saja yang merasainya kerana terlalu banyak kelemahan dipihak penganjur.

Sebaiknya eloklah KKLW belajar dari Penganjur Expo Johor Bekemajuan yang berlangsung dua minggu lepas.
Penganjuran selama 9 hari yang amat berjaya.

Cahaya Al Majid


Friday 20 October 2017

THE PROMISED LAND: APA SUMBANGAN HJ HADI ??

Bismillahirrahmanirrahim.

JIKA DIBANDING DENGAN SALLIH YAAKOP
PUN BELIAU TAK KEMANA INIKAN
DR MAHATHIR.


Puas saya mencari cari artikel mahupun projek projek yang menjana ekonomi untuk rakyat negara ini dibawah cetusan idea Hj Hadi.

Walau pun beliau berjaya menjawat jawatan Menteri Besar dibawah PAS selama sepenggal, apa perubahan dan kemajuan yang berjaya diangkat atau dimasyhur kan sebagai kejayaan yang membawa impak kepada ekonomi Terengganu?

Adakah syarikat multi nasional yang sudi melabur berbillion RM KETIKA beliau menyandang  jawatan tersebut.

Yang dibanggakan hanyalah kewujudan PETRONAS yang sememangnya telah berkurun sebelum Hadi jadi Menteri Besar.
Segala apa yang wujud adalah dibawah era Mahathir. Adakah itu satu kezaliman dari pandangan Hj Hadi.

Adakah nama Hj Hadi terukir dipersada dunia seperti mana kejayaan Mahathir meletakkan negara ini ditempat paling atas. Kalaupun pembangunan yang dibawa Mahathir tidak dapat dihadam kejayaannya oleh Hj Hadi, sekurang kurangnya Mahathir telah berjaya "menghalang penghapusan etnik.umat Islam" di Bosnia.

Apa pula sumbangan Hj Hadi pulak pada dunia Islam?
Jawapan nya adalah "Hampas"..

Apa yang dapat dibanggakan olih Hj Hadi dan seluruh ahli PAS hanyalah " kematian Ibrahim Libya dan Pengikutnya" dan alam kes Memali.

Adakah memerangi Titah Duli Yang Maha Mulia yang diangkat olih anggota Polis yang terkorban dalam kes Memali, merupakan kejayaan dan istiqomah PAS terhadap Islam?

Bagi tahu kat Hj Hadi kalau setakat berjaya berbini dua dan katanya mengikut sunnah.. mana lebih hebat kalau dibandingkan dengan si Salleh Yaakob.?

BEB..Sallih pada satu masa ada 4 biji at one go..Hj Hadi ada??

             Cahaya Al Majid
Siapa.lebih berjaya??

Thursday 19 October 2017

THE PROMISED LAND: SABAH BERGOLAK KERANA RASUAH DARI UMNO SENDIRI

Bismillahirrahmanirrahim.

HALAL DALAM UMNO
HARAM DILUAR UMNO

Benar belaka kata kata rakyat, apabila seseorang yang berjawatan tinggi dalam UMNO dan apabila cuba melawan kepimpinan UMNO kembali maka segala "pemberian" atau istilah " beri projek" yang dibuat atas nama kepentingan undi UMNO atau secara kasarnya dipanggil " membeli batang tubuh " penyokong, maka semuanya kini adalah satu kesalahan disisi kepimpinan UMNO.

Semua tahu bahawa Shafei Afdal adalah Naib Presiden UMNO sebelum beliau dilucutkan jawatan.

Beliau menduduki hierarki ke 4 dalam kepimpinan UMNO dan beliau merupakan satu satunya anak Sabah yang berharapan untuk menduduki jawatan Timbalan Presiden mahupun Timbalan Perdana Menteri sekiranya 'taufan" tidak melanda UMNO.

Semuanya berpunca kerana Shafei Afdal menongkah arus terhadap Najib yang dilihat nya telah mengkhianati perjuangan UMNO.

Najib yang didakwa menerima lebih dari RM2.6 bilion dari 1MDB yang masuk keakaun peribadinya adalah alasan yang paling kukuh  buat Shafei dan sekutunya untuk menentang salah laku ini.

Kemungkinan tidak mahu bersengkokol atau bersubahat atas pengkhianat ini, maka, meneruskan perjuangan demi kelangsungan politik beliau, semuanya diteruskan.

Tetapi disebalik perjuangan Shafei itu segala hasil mashyul yang diperolehi olih beliau yang bertali arus itu sememamgnya berpunca dari kuasa yang dimiliki .

Atas tiket Naib Presiden UMNO mahupun sebagai Menteri dikala itu, ditambah pula sebagai orang ke4 tertinggi dalam UMNO, maka, kepungan " laba" dari projek, sememang lumayan .

Namun yang mengaut keuntungan dari kejayaan Shafei Afdal "menawan" Sabah serta  "melutut" kan Sabah dibawah kuasa pemimpin UMNO Pusat adalah Parti UMNO serta "sepupu sesapat" serta mereka yang bernaung dalam UMNO diSabah.

Dari ketua hingga lah ke akar umbi semuanya dapat agihan "laba" dari kuasa yang dimiliki Shafei Afdal.

Tetapi apabila Shafei Afdal telah bertukar arah dan menubuhkan PARTI Warisan maka semua "pemberian' yang "direstui' Presiden UMNO untuk "membela" juak juak dalam UMNO Sabah pada suatu ketika dahulu semuanya adalah kesalahan buat UMNO.

Kini siapa saja yang "terpalit' dengan kuasa yang dimiliki Shafei Afdal dan berjaya "mengekau" kekayaan melalui Shafei Afdal dahulu semuanya "seram sejuk".

Sebenarnya ramai pemimpin politik yang bergelumang dengan "rasuah" sejak dahulu. Tetapi yang paling ketara adalah Pemimpin dari UMNO sendiri.

Bukan saja pemimpin dari Sabah yang rasuah tetapi pemimpin UMNO diSemenanjung  juga keadaan rasuahnya juga lebih buruk lagi tetapi disebabkan mereka mereka ini "takut di bogelkan" olih SPRM maka  'berlutut" atau ' tutup mulut" adalah jalan terbaik.

Kini UMNO Sabah sedang dilanda "taufan". Warisan yang baru ditubuhkan olih Shafei Afdal dan mula diterima kehadiranya olih masyarakat tempatan telah menjadi duri dalam daging kepada kepimpinan UMNO Pusat.

Ketakutan UMNO terhadap kegelinciran sokongan serta kehilangan "simpanan tetap" atau kuasa diSabah mula dirasai dan menakutkan Pemimpin UMNO Pusat.

Kini seorang demi seorang pemimpin UMNO dan bekas Pemimpin UMNO Sabah diheret olih SPRM atas dakwaan" salah guna kuasa" atau rasuah.

Adakah ketakutan diheret SPRM atau dimalukan dengan tuduhan rasuah akan melemahkan semangat orang Sabah untuk menukar pemerintah?

Sama sama lah kita lihat kesudahanya.

Kalau Najib sendiri mengaku menerima RM2.6 Billion dan disahkan olih AG Apandi sebagai bukan kesalahan kerana mendakwa dana itu bukan untuk "kepentingan peribadi"maka adakah alasan sama juga boleh diguna pakai oleh Shefei Afdal terhadap kesalahan yang sama?

Nampaknya rasuah hanya akan "halal" atau suci sekiranya bernaung dibawah UMNO dan BN tetapi akan bertukar menjadi "haram" atau"kesalahan" sekiranya tidak lagi bernaung dibawah UMNO.

Perhatikan berapa ramaikah Pemimpin UMNO yang disiasat dan direman olih SPRM telah didakwa di mahkamah?

Cahaya Al Majid








Tuesday 17 October 2017

THE PROMISED LAND: PUSAT SEGALA BAHANA

Bismillahirrahmanirrahim.

KESEMPATAN DR MAHATHIR TERBATAS
SANGGUPKAH KITA MELALUI???

"Asbab" yang dicetus Allah SWT terhadap 'pencurian' wang 1MDB ' yang berpaksikan kepada" unsur riba' yang terzahir secara fizikal duit tersebut sebanyak RM2.6 Billion diakaun peribadi seorang Perdana Menteri Malaysia aka Najib membuatkan Najib dan seluruh gerombolan UMNO terpaksa berbohong dan menipu rakyat.

Najib adalah watak yang bertanggung jawap diatas penubuhan dan segala keberhutangan yang dijana melalui " terbitan Bond" tersebut dan kini  sedang ditanggung olih negara.

Kerana ketaksuban  Najib tehadap cerita macammana mahu cepat kaya atau mahu mencari dana pantas yang sangat sangat popular sekitar tahun 1990 dahulu iaitu melalui penjualan " Bond", dimana" pengatur' atau " broker" dijanjikan akan mendapat pulangan tinggi sekiraanya berjaya mendapat "pembiaya" atau Bank yang sanggup melanggan " Bond" tersebut, maka, 1MDB adalah "vehicle'nya.

Komisyen atau percentage yang diperolehi olih "pengantara" atau " broker" amat lumayan .

Apa yang saya lihat dan saya takrifan 1MDB sengaja di jadikan "mangsa" olih pihak pihak dalaman .  Segala takrifan " pulangan yang dijanjikan dengan angka angka yang "memberahikan", maka, akhirnya, 1MDB terjebak.

Allah SWT telah memberikan isyarat kepada kepada kita dengan bermacam macam " petunjuk " namun apa yang terjadi ramai dikalangan kita tidak tahu menilai .

Untuk mengharapkan mereka yang tidak menjunjung kitab Allah SWT dalam mencabar penipuan ini amat jauh sekali.

Tetapi apa yang kelihatan hanya Dr Mahathir  saja yang nampak "kegawatan" dari malapetaka bawaan Najib ini.

Untuk mengatakan bahawa Mahathir melakukan ini untuk menyelamatkan kroni.beliau atau mahu mengangkat anaknya sebagai Perdana Menteri atau mahu beliau disanjung semula atau diangkat kembali sebagai Perdana Menteri adalah pandangan mereka yang tidak siuman otak nya.

Kegawatan atau kemeruduman ekonomi pada skala mega yang bakal berlaku adalah yang amat ditakuti olih Dr Mahathir.

Kebabrokan kepimpinan Najib dan kuncu kuncunya dalam menghancurkan masa depan negara ini amat cerah untuk berlaku.
Pencacaian tentang " salah laku"  berleluasa dan kemungkaran dalam agama bergalang tiada.

Saya tidak mahu bercerita panjang sekadar mahu mengingatkan orang ramai tentang apa yang akan terjadi pada negara ini sekiranya kita masih lagi mahu mengangkat mereka yang terang-terang menolak hukum Al Quran sebagai pemimpin.

Allah SWT telah memberikan berbagai bagai petunjuk maka pilihan adalah ditangan kamu.

Allah SWT tidak akan merubah nasib kamu melainkan kamulah yang merubahnya.

Cahaya Al M






Sunday 15 October 2017

THE PROMISED LAND: "NAFSU SHAHWAT TINGGI"

Bismillahirrahmanirrahim.

TAPI PAS TAK STIM!??

Tak terkata kata apabila Tok PA melafazkan  kecamannya terhadap PAS dengan ungkapan " nasfu shahwat tinggi" yang saya rasa paling "world" diwaktu ini.

 Diwaktu Annuar Musa sedang sibuk mengatakan bahawa "persefahaman" antara UMNO dan PAS sedang terjalin "kecaman" terhadap PAS terpacul olih mulut Tok PA.

Mengungkit ungkit segala pemberian olih kerajaan Pusat kepada Kelantan dijadikan landasan untuk membalun kegagalan PAS dalam membangunkan Kalantan dan mengalakkan ekonominya.

Nampaknya apa yang dilaungkan olih Annuar Musa terhadap "penyatuan" dua gerombolan politik ini hanya mainan mulut manis UMNO dan Annuar Musa saja demi mengelak alik hati dan fikiran akar umbi PAS.

Dalam hal yang lain pula PAS tetap melekeh perhimpunan yang dianjurkan Pakatan Harapan. Bermacam macam perbandingan dilakukan.  Dengan angkuh PAS mengaku bahawa mereka berjaya mengumpul lebih kurang 200,000 ahlinya dalam perhimpunan diTerengganu dua minggu lepas.

Namun apa yang pasti hala tuju PAS dilihat kabur dan tidak jelas dalam perjuangan mereka . Tidak tahu apa dan keperluan apa untuk mengangkat PAS sebagai Pemerintah dimana kerusi yang ingin ditandingi juga tidak cukup untuk membentuk Kerajaan.

Apa yang.ingin diperjuangkan untuk rakyat juga tidak diterjemahkan kepada rakyat. Dan apa menafaat buat rakyat juga tidak dinyatakan secara details .

Tidak seperti Pakatan Harapan, walaupun kehadiran penyokongnya tidak mencapai angka yang diinginkan  namun kehadiran lebih 10000 ribu orang sudah memadai kerana hala tuju dan tujuan serta keazamananya  dalam memulih imej sebagai negara KELEPETROKASI adalah jelas kelihatan dan terang.

Keazaman untuk meringankan bebanan rakyat kerana kemerosotan ekonomi dan kemerosotannya nilai matawang adalah keutamaan disamping mengheret mereka yang menyebabkan hutang 1 MDB RM 50 billion SERTA kes dana FELDA lesap atau diseleweng yang menyebabkan rakyat dan warga peneroka menjunjung hutang akan disiasat dan didakwa.dimahkamah.

Hala tuju Pakatan Harapan Amar jelas dan nyata namum.buat PAS apa yang digembar gemburkan hanyalah RUU 355 yang entah kemana dan tidak.berkesudahan.

Samaada PAS sedar atau.sengaja membutakan hati, tanpa sokongan dari pengundi bukan Melayu atau gabungan dari parti bukan Melayu , peluang untuk beroleh kemenangan adalah mustahil .

Kemungkinan strategi PAS adalah untuk bergabung dengan UMNO bila mana UMNO atau BN kurang majoriti untuk membentuk Kerajaan dan disinilah helahnya.

Walau apapun.yang ingin dicapai olih PAS mahupun Pakatan.Harapan atau UMNO dan BN keperluan undi Sarawak dan Sabah adalah penentu segalanya dalam membentuk Kerajaan.

Siapa yang dapat "membeli" hati pengundi Sabah dan Sarawak, maka,  kelompok merekalah yang bakal menerajui negara untuk itu keupayaan PAS amatlah diragui.

Cahaya Al Majid

Thursday 12 October 2017

THE PROMISED LAND : RENUNGAN JUMAAT : DILEMMA BUAT MELAYU DAN UMAT ISLAM .

Bismillahirrahmanirrahim.

PENYATAAN ALLAH SWT
                 DAN
PEGANGAN MANUSIA

Firman Allah SWT tentang pelebelan olih ALLAH SWT terhadap orang kafir adalah nyata dan terang serta disebutkan didalam Al Quran.

Tetapi kini, pelabelan dari Allah SWT melalui Firman Nya seperti yang dinyatakan didalam Al Quran dijadikan senjata pula olih orang bukan Islam dalam mempertahankan 'hak dan diri mereka' agar pelabelan dari Allah SWT itu tidak ditujukan terhadap mereka.

Inilah yang telah dilakukan dan yang telah diucapkan olih Zamihan ketika beliau berucap diceramah ceramahnya sebelum ini.

Adakah pelabelan olih Allah SWT terhadap kaum yang dianggap kafir olih Allah  SWT dan apabila kita mengulangi amaran Allah SWT itu melalui ceramah mahupun dakwah, adakah ini merupakan satu kesalahan?

Tidak boleh kah kita memanggil mereka yang tidak beriman dengan Al Quran dan yang menafikan bahawa Tuhan sebenar tuhan atau Yang Maha Esa adalah Allah SWT sebagai orang kafir menjadi kesalahan dinegara ini.

Adakah menjadi kesalahan juga apabila kita mengatakan orang Kristian dan bangsa lain yang tidak menyembah Allah SWT  itu sebagai kafir?

Salahkah Zamihan apabila didalam ceramah nya  beliau mentakrifkan Christian atau penganut agama lain sebagai kafir didalam penyampaian kuliaah beliau mahupun ceramahnya apabila rata rata yang hadir dan mendengarnya adalah umat Islam?

Adakah apa yang disampaikan oleh Zamihan.itu merupakan satu hasutan?

Kalau.benar. kes ini ingin dikategorikan sebagai akta hasutan maka adakah pemerintah Malaysia.ingin malebelkan bahawa Al Quran itu juga  berunsur hasutan  dan firman Allah SWT itu juga hasutan dan adakah Nabi Muhammad yang dijunjung Umat Islam itu juga mahu dilabel sebagai pembawa agama hasutan??

Yang mana satu umat Islam dan umat Melayu mahu mempertahankan?

              Cahaya Al Majid


Wednesday 11 October 2017

THE PROMISED LAND: PAKATAN HARAPAN VRS PAKATAN PASUMNO

Bismillahirrahmanirrahim.

HELAHNYA UNTUK PERPADUAN
MELAYU

Kerana keyakinan akan kecundang di PRU 14, maka strategi penyatuan Bangsa dan Agama dijadikan alasan.

Melalui kenyataan yang dibuat olih Ketua Penerangan UMNO  Annuar Musa, UMNO telah memberikannya "lampu hijau" untuk Najib meneruskan perbincangan mengenai kerjasama politik atau Pakatan Politik .

Tidak tahu apa haleh sebenar UMNO melontarkan persetujuan pakatan ini, tetapi kalau dilihat dari segi politik nya, amat ketara sekali bahawa " keterdesakan" UMNO amat terserlah.

Mengambil kira dari ulasan ulasan terdahulu dari pemimpim pemimpin PAS, pakatan.yang hendak jelmakan ini agak mustahil untuk di laksanakan.

Perbezaan pendapat dan pandangan dari kepimpinan tertinggi PAS terhadap UMNO juga nampak kejanggalan yang nyata.

Sejauh mana keputusan UMNO dan Najib dalam menubuhkan Pakatan ini akan dapat diterima olih seluruh ahli PAS amatlah diragui. Tetapi Mengeliru dan memanipulasi fikiran ahli PAS adalah ajendanya.

Sekali pandang dapatlah disimpulkan bahawa tujuan Annuar Musa dan UMNO dalam isu pakatan ini politik adalah bertujuan untuk mengekalkan kuasa atau mengekalkan kerusi kerusi wakil rakyat yang mereka miliki agar ahli PAS tidak menolak calon mereka tetapi sebaliknya menolak calon dari Pakatan Harapan.

Samaada kepimpinan PAS sanggup menafikan semua  kenyataan Annuar Musa ini , semuanya bergantung kepada kata putus Presiden PAS iaitu Haji Hadi.

Cahaya Al Majid


Tuesday 10 October 2017

THE PROMISED LAND: KEUTAMAAN NEGARA TIDAK DISENTUH!

Bismillahirrahmanirrahim.

Mana satu lebih utama
    Isu Dobi Islam atau
    Isu KLEPTROKASI

Maka bertitah lah Majlis Raja Raja Melayu tentang keperluan untuk umat Islam bertelorensi dengan bangsa asing.

 Apa yang dikategori sebagai bangsa asing adalah merujuk kepada Kaum Cina dan India yang menjadi komposisi utama dalam masyarakat Malaysia.

Sebenar nya isu Dobi yang viral sebelum ini bukanlah perkara "besar" pun untuk diulas olih Mufti mahupun Ulama politik.

Tetapi apabila isu ini disambut olih rakyat terutama umat Islam yang merasakan kesucian agamanya mahu diangkat ke satu tahap lebih tinggi tetapi malangnya isu ini ditentang.

Tetapi kini Majlis Raja Raja Melayu mengeluarkan kenyataan yang mahukan agar umat Islam mengamalkankan sikap toleran serdahana dan inklusif.

Tidak cukup kah toleransi umat Islam terhadap bangsa lain?
Tidak cukup kah perpaduan yang ditonjolkan olih umat Islam terhadap bangsa dan penganut agama lain dinegara ini?

Atau apa lagi yang mereka mahu??

Cahaya Al Majid


THE PROMISED LAND: BANGSA YANG SEDANG DIRUDUMKAN NAJIB!

Bismillahirrahmanirrahim.

UMNO DALAM MENANAM KETAKUTAN

Hari ini maka berkata katalah si Salleh Keruak yang bertujuan untuk menakutkan orang Melayu terutama ditujukan terhadap Melayu UMNO bahawa Lim Kit Siang berharapan untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia kerana dakwa nya Parti DAP adalah parti paling dominan atau mempunyai kerusi lebih berbanding rakan sekutu lain dalam Pakatan Harapan.

Sedih dan kesian juga terhadap pemikiran wakil UMNO dari Sabah ini.
Tak tahu nak kata apa lagi.

Apa yang bolih ditakrifkan terhadap otak Menteri yang dilantik ikut pintu belakang ini cuma satu saja, iaitu " Melayu Semenanjung" bukan tidak berotak seperti beliau. Itu saja.

Mungkin Melayu atau bumiputera terutama UMNO  Sabah jenis bangsa yang suka makan dedak dan ikut telunjuk pemimpin yang mana jari pemimpin mereka tetap berkait.

Kerana ketakutan hilang jawatan dan kuasa maka " isu DAP jadi Perdana Menteri" diulang ulang ditelinga Melayu dan Bumiputra.

Itulah perumpamaan yang sepatutnya buat mereka.

Berhentilah menggunakan sentimen Cina DAP dalam meraih sokongan dari rakyat. Kalau benar UMNO dan BN selama ini benar benar mementingkan hak Melayu dan Bumiputera serta Perdana Menteri tidak berdolak dalik dalam kemasukkan dana RM2.6 billion keakaun peribadi beliau serta tiada keborosan mahupun ketirisan dalam pentadbiran, nescaya, rakyat akan menyokong.

Tetapi disebabkan terlalu banyak keborosan pemerintahan Najib serta ketirisan dalam projek yang dilaksanakan sehingga memudaratkan ekonomi serta kehidupan rakyat, maka, hari ini, rakyat telah mula menyuarakan ketidakpuasan hati.

Salah kah rakyat mahu mengubah Kerajaan pada PRU14?

Kita sebagai  umat Melayu yang beragama Islam dan berpegang teguh kepada ajaran Al-Quran  berasa amat.malu dan terhina apabila pemimpin yang terang terangan melakukan kemungkaran tetapi masih  mahu dipertahankan?

Kegilaan apa kah ini??

Kalau Najib ingin diangkat oleh kelompok Menteri nya serta ahli ahli UMNO dan BN, kategori apa yang layak dipadankan terhadap Najib bilamana anak tirinya sendiri , yang amat rapat dengan dirinya, sanggup menerbitkan filem lucah, bapa atau ketua keluarga jenis apa kah ini?

Adakah Najib dan Rosmah berjaya mendidik dan mentarbiah anakmya mengikut ketetapan agama Islam?
Kalau ahli keluarga sendiri pun gagal beliau bimbing.inikan rakyat yang ramai.

Jadi kepada Salleh Keruak cukup cukuplah dalam cubaan untuk memperbodoh dan menakutkan rakyat.
Tak dapat mana nya!!!

Lagipun dalam UMNO dan BN pemimpin nya ramai yang korup dan tak berakal.
Macammana nak dijadikan mereka ini contoh atau teladan untuk anak anak muda dan umat Islam.

Jadi eloklah rakyat berusaha untuk mengubah apa yang ada sekarang agar negara ini selamat dari bala.

Cahaya Al Majid






Monday 9 October 2017

THE PROMISED LAND : KATEGORI AMPU AMPUAN

Bismillahirrahmanirrahim.

BODEK DAN AMPU SELAGI BOLIH
HARGA DIRI TAK BERNILAI LAGI

Ampu ada beberapa jenis ampu. Ada yang mengampu untuk jawatan ada ampuan untuk dapat nama dan ada ampu untuk mengangkat diri dan ada ampu sengaja untuk membodek.

Bukan saja mengampu pemimpin malahan mengampu Raja Raja dengan berbagai bagai hadiah atau sumbangan demi untuk mendapat gelaran juga semakin menjadi jadi.

Tetapi yang tak bolih tahan adalah ampuan pemimpin politik terhadap ketua atau Bos besar.

Apa yang ketara adalah pengampuan keatas Pemimpin atasan atas sebab diri sudah terpalit dengan berbagai skandal terutama rasuah atau sedang menghadapi siasatan salah guna kuasa .
Dengan harapan semoga kes yang dihadapi bolih diketepikan atau di"frozenkan".

Diantaranya Annuar Musa yang sedang disiasat terhadap kes penjualan atau pembelian hartanah MARA serta salah.guna kuasa tentang pembiayaan TRW olih MARA.

Isa Samad sebolih bolihnya mahu menyelamatkan diri dari di dakwa atas tuduhan atau dakwaan salah guna kuasa dan rasuah tentang kerugian FGV dan juga terhadap Felda.

Pengampuan Ahmad Maslan terhadap dasar Najib yang konon dengan cukai GST barang akan lagi murah.

Pengampuan Fuad Zarkashi yang kalah dalam PRU 13 terhadap Najib dengan "membalun" musuh besar Najib iaitu Bekas Presiden UMNO iaitu Dr MAHATHIR yang telah mengangkat nama UMNO diera pemerintahannya dengan telahan telahan yang meragui seperti pemberian RM 1 billion kepada Lum.Kit Siang.

PEMBODEKAN Rahman Dahlan dari Sabah yang dilantik Najib sebagai Menteri yang kebolehannya diragui olih orang semenanjung.

Begitu juga dengan ampuan silih berganti dan berapi api  Saleh Kruak terhadap kepimpinan Najib yang dilabel sebagai KLEPTROKASI olih dunia.

Tak.ketinggalan juga terhadap ampuan ampuan olih ahli Majlis Tertinggi UMNO terhadap Najib dan Rosmah kini juga.

Namun ampuan dan pembodekan ini membuatkan rakyat meluat dan loya apabila kata kata mereka terpapar di media.

Namun apa yang dilakukan adalah semata mata untuk kepentingan diri sendiri.

Namun perlakuan pengampuan mereka ini bakal diadili oleh rakyat apabila berlangsungnya PRU 14 yang dinanti.

Samada pengampuan dan pembodekan ini dapat merubah landskap pandangan rakyat, sama sama kita lihat keputusannya.

Cahaya Al Majid

Sunday 8 October 2017

THE PROMISED LAND: HILANG PUNCA

Bismillahirrahmanirrahim.

BEROKAH YANG HILANG

Bangsa Melayu yang beragama Islam sedikit demi sedikit mula hilang pegangan. Semua nya kerana mereka mula taksub dan terlena dengan kata kata samaada dari Pemimpin, ulama mahupun pengaruh pengaruh sosial media.

Berlandaskan kepada kekangan ekonomi yang membelangu keluarga serta kurangnya pendapatan maka gejala "menurut kata" atau " mejual harga diri" demi untuk mendapat sedikit bantuan demi kelangsungan hidup terpaksa dilakukan.

Pemimpin menjanjikan bermacam macam perkara demi "melembutkan" hati hati mereka yang " memberontak" namun apa yang sampai kepada mereka tidak seberapa jika diukur dari pengorbanan rakyat yang "terpaksa mendepani cukai" atau " membiayai kerajaan" dengan cukai GST setiap hari.

Namun begitu para para pemimpin politik tetap "menjual" cerita rekaan pemimpin demi "melalaikan" fikiran rakyat dengan dakyahnya.

Ada cerita yang dapat dihadam olih rakyat dan ada juga yang mempertikaikan namun keresahan tetap mengamit kehidupan seharian rakyat yang dalam terumbang ambing dan tidak menentu.

Kalau dahulu graduan tidak perlu risau untuk mendapat pekerjaan tetapi hari ini lulusan universiti belum tentu akan mendapat pekerjaan tetapi apa yang pasti " hutang PTPTN" adalah pasti buat mereka untuk ditanggung.

Kalau dahulu pendapatan Rm3000 sebulan bagi setiap seorang ketua rumah mampu untuk membeli rumah kediaman dan membiayai keluarga untuk sebulan tetapi kini RM3000 tidak lagi cukup menampung seisi keluarga dan mana mungkin cukup untuk membayar kos  bulanan pinjaman perumahan.

Kalau dahulu harga sebuah rumah teres setingkat tidak melebihi RM70 ribu tetapi kini telah meningkat 3 kali ganda. Kalau dahulu RM 20 ringgit cukup untuk belanja dapur seharian tetapi kini tidak lagi.

Alasan alasan yang diberi adalah peningkatan kos atau penawaran melebihi permintaan.

Dari segi pegangan dan kepercayaan terhadap  agama pula dilihat amat bercambah dan rancak. Namun dalam kerancakan ini, keterlanjuran kepercayaan, ramai yang sesat jalan.

Kalau dahulu Ulama dan ustaz banyak memainkan peranan penting dalam pembangunan masyarakat madani. Tetapi kini terdapat pula Ulama atau Ustaz yang berpaksikan kepada parti parti politik.

Kecondrongan ulama ulama dan ustaz ustaz politik dalam hal keagamaan , ramai yang dilihat extrim dan berat kepada kepentingan blok sendiri.

Lihat saja antara ulama atau ustaz politik, pandangan mereka selalunya menimbulkan perbezaan yang ketara apabila sesuatu isu berbangkit.

Isu RUU yang dibawa atau yang diusul olih PAS, perbezaan pendapat dan perbalahan pandangan selalu digoreng. Apa yang pasti mengaut keuntungan atau meraih laba politik telah menjadi kan masyarakat Islam berpecah.

Tetapi apa yang sedih, mengikut Perlembagaan Negara atau Perlembagaan Tubuh Kerajaaan dinegeri negeri, ketua Agama adalah Raja Raja ataupun Sultan, tetapi, ahli politik dan puak yang berkepentingan selalu membelakangkan Institusi Beraja ini.

Apabila isu agama atau kepentingan agama diambil alih olih orang orang politik, maka, timbul lah bermacam macam kelompok dalam masyarakat.

Renung kembali isu Memali, kenapa benda ini terjadi atau kenapa timbul kumpulan Daesh ,IS dan bermacam macam lagi kumpulan? Semua ini tumbuh kerana dendam dan kepercayaan yang ekstrim yang dibawa olih " kelompok cari makan dengan jalan mudah". Jual agama demi kepentingan itulah yang terjadi.

Makanya, hari ini apa yang telah disemai sedari dahulu telah mula membuahkan hasilnya.
Ramai dikalangan masyarakat tidak lagi menghormati institusi agama. Bahkan fatwa fatwa yang dikeluarkan olih Kerajaan juga mula dipertikai keberkesananya.

Ulama dan Ustaz tidak lagi dipandang tinggi olih masyarakat sebabnya kebanyakkan dari mereka ini diangkat olih orang politik dan bukan lagi dari Istana Raja mahupun Sultan. Inilah yang membezakan.

Kalau dahulu Raja Raja mahupun Sultan meletakkan Ulama dan Ustaz sebagai role model bagi masyarakat Melayu dan Islam, tetapi kini , semua itu hanyalah sejarah.

Disebabkan keterlekaan pemimpin politik dalam membolot kekayaan dan kuasa, maka tempias dari kerakusan mereka itu telah mula menyusahkan kehidupan rakyat.

 Kepentingan agama bagi mereka bukan lagi keutamaan tetapi dianggap  sebagai barang dagangan.

                Cahaya Al Majid




Wednesday 4 October 2017

THE PROMISED LAND : DIAKUI ANNUAR MUSA : PAS DAN UMNO - DNA YANG SAMA

Bismillahirrahmanirrahim.

DNA SAMA YANG KAFIRKAN UMNO
PATUTLAH SEMUANYA HAMLAU!!!!

Annuar Musa pemimpin kelahiran Kelantan ini mengakui bahawa PAS dan UMNO adalah dari DNA yang sama.

Berkemungkinan kata kata atau pandangan Annuar Musa ini hanya merujuk kepada kesepakatan atau persamaan mereka ketika ini.

PAS diterajui oleh Haji Hadi manakala Najib pula menerajui UMNO.

Sewaktu Nik Aziz masih hidup, hala tuju dan perjuangan PAS dilihat amat fokus dan jelas terutama didalam memerangi " kejahilan" UMNO sehinggakan PAS  sanggup bergabung dengan DAP dan PKR dalam membentuk pakatan Rakyat demi memerangi pemimpin UMNO dan BN.

Tetapi selepas Nik Aziz meninggal dunia PAS dilihat semakin hilang arah dan lari dari ajenda yang pernah di sepakati ketika arwah masih hidup.

Kenapa dan mengapa Hj Hadi bertukar arah tiada siapa tahu niatnya.

Walauapapun akhir akhir ini percambahan rasa ingin mendampingi pemimpin UMNO dan BN semakin ketara dan nyata .

Kenyataan yang keluar dari mulut Presiden PAS juga dilihat agak senada dengan Presiden UMNO dan tidak menyengat lagi seperti dahulu.

Samaada tujuannya ingin mengail hati pengundi UMNO atau memenangu hati pengundi atas pagar, hanya masa yang yang menentukan.

Tetapi melalui kenyataan yang dibuat Annuar Musa , menggambarkan bahawa kelompok PAS dan UMNO adalah dari DNA yang sama , banyak kebenaranya.

Disebabkan dari asal DNA yang sama, patutlah Presiden PAS Hj Hadi berani membuat Amanat yang mengatakan bahawa Ahli UMNO itu kafir dan UMNO tidak melompat, sebab kelompok mereka dari asal DNA yang sama, dua dua 'khafir".

Cahaya Al Majid










Tuesday 3 October 2017

THE PROMISED LAND: NUAR MUSA TAKUT KAN MELAYU

Bismillahirrahmanirrahim.

RAKYAT LAGI TAKUT PERANGAI NAJIB
BERBANDING MAHATHIR

Berapi api sindiran NUAR Musa menghentam Mahathir.

Seolah olah yang berkata kata itu ( Anuar Musa) amat suci dan bersih dari segala salah laku .

Sentimen menakutkan nakutkan Mak Cik Mak Cik dan Pak Cik Pak Cik  bangsa Melayu serta pendukung UMNO terhadap DAP serta penggabungan parti PPBM dibawah Dr Mahathir dijadikan modal.

Dengan olahan sekiranya Melayu UMNO hilang kuasa dan hilang kuasa di Putrajaya dimomokkan Melayu akan tergadai apa yang dimiliki.

Sebenarnya mereka atau UMNO atau Pemimpin UMNO yang sebenarnya dalam ketakutan . Takut hilang kuasa, takut masuk penjara,  takut dikenakan undang undang dan takut harta dirampas kerana rasuah.

Mereka mulai merasai keresahan ini kerana pengundi dan rakyat sudah semakin celik dan sedar akan pembohongan serta pembolotan harta rakyat olih puak mereka.

Dengan harapan rakyat akan termakan dengan segala hujah hujah yang dibentangkan. Itulah yang dilakukan olih Annuar Musa mahupun olih seluruh jentera UMNO dan BN.

Rakyat dah tak kisah atau amik pot lagi terhadap DAP atau senggolan senggolan UMNO terhadap Pakatan Harapan, apa.yang rakyat perlukan adalah sifar kenaikan harga barangan kering mahupun basah, pengembalian semula subsidi , serta harga minyak kenderaan yang munasabah serta penghapusan cukai GST.

Selain dari itu, semua rakyat tidak peduli.

Kalau isu isu selain kepentingan kemaslahatan maayarakat atau kepentingan umat Islam, rakyat sudah tidak peduli.

Kau cakap lah apa pun..Mahathir dah songlap beratus billionlah atau Pemimpin DAP rasuah..Lah..Atau DAP musuh Islam lah..

Orang dah tak kisah lagi..Semua rakyat tahu dan faham keadaan sebenar...

Kerana kebodohan Pemimpin UMNO dan BNlan anak.anak Melayu terpaksa berhutang apabila mula menginjakan diri ke IPTA.

Kerana kebodohan Pemimpin UMNO dan BNlah  kewangan FELDA tenat dan peneroka dibebani hutang.

Kerana kebodohan Pemimpin UMNO dan BNlah..Hutang negara semakin meningkat.

Kerana kebodohan mereka lah nilai Ringgit menjunam jatuh 30 peratus.

Cuba tanya pemimpin UMNO dan BN apa yang majoriti Melayu marhean dapat??

Yang Melayu mejoriti dapat adalah cukai GST . Yang miskin pun kena jugak.

Apa yang eletis UMNO dan BN dapat..
Kaya raya..
Harta 3 keturunan tak habis makan.

Cukup cukuplah membodohkan orang Melayu lagi.

Cahaya Al Majid
   

THE PROMISED LAND: RASUAH !RASUAH !RASUAH !

Bismillahirrahmanirrahim.

SEMUA MULA GELAP MATA


Nampaknya isu rasuah ini " berpisah tiada" dengan Najib dan Kerajaan BN.

Dari Ketua Kerajaan iaitu Najib sehinggalah kepada kakitangan Kerajaan, kebanyakkannya , samaada terlibat ,disyaki atau mengamalkan budaya rasuah menjadi amalan harian tidak terkecuali Polis dan Tentera.

Najib sebagai Perdana Menteri mula memberi bermacam macam habuan aka rasuah kepada kakitangan kerajaan bagi memastikan kesetiaan mereka terhadap kerajaan Najib yang kini dilabel olih dunia sebagai Kerajaan Pimpinan KLEPTROKASI.

Memandangkan tempoh kuasa PRU 13 yang dimenangi secara tipis dahulu semakin luput tempoh maka bermacam macam bentuk pemberian bagi membeli jiwa sedang diatur atau telah diberi.

Yang paling ketara  menerima adalah Menteri Menteri Kabinetnya serta Ahli Majlis Tertinggi nya.

Ahmad Maslan, Sharil Samad,Erni Ermawati serta ramai lagi yang tidak disebut ada menerima imbuhan atau rasuah " berbentuk" ini.

Segala bentuk 'pembelian jiwa" atau dalam bahasa kasar yang dipanggil " beli undi" sedang berlangsung.

Rasuah jawatan, Rasuah kedudukan, Rasuah wang ringgit serta Rasuah Naik Haji semuanya sedang berlaku tanpa segan silu.

India, Melayu, Cina, Iban, Keadaan waima kaum "lut" juga,  kalau terdapat dikalangan rakyat Malaysia, pasti semuanya cuba dibeli oleh Najib ataupun oleh Kerajaan pimpinannya.

Namun pada hari ini umat Melayu terutama yang beragama Islam khasnya sedang bergelut antara keperluan kewangan dan keimanan.

Yang satu pihak memerlukan kewangan bagi meringankan perbelanjaan dan disatu sisi pula terpaksa menjerumus kan diri dalam 'pengsubahatan" dan persengkokolan dengan "perasuah" yang dikeji.

Mana satu pilihan , pegangan agama atau dosa bersubahat.


Adakah umat Melayu Islam sanggup menggadai maruah??? demi WANG RINGGIT???

                Cahaya Al Majid