Thursday 30 November 2017

THE PROMISED LAND: RENUNGAN JUMAAT: MAULIDUR RASUL

Bismillahirrahmanirrahim.

IKTIBAR MAULID

Alhamdullilah. Syukur kehadrat Allah SWT kerana melimpahkan rahmat dan hidayahnya kepada sesiapa saja yang dikehendaki dibumi ini.

Samada kepada yang beragama Islam mahupun kepada makhluknya yang dilahirkan dari kalangan orang bukan Islam, semuanya itu adalah diatas kehendakNya jua.

Tetapi sebagai makhluk  yang dilahirkan dari keluarga Islam, syukur dan rahmat jua kita panjatkan kehadrat Illahi, kerana telah dipilih Allah SWT sebagai muslim.

Tetapi adakah kita benar benar Islam sepertimana yang telah digariskan dalam Al Quran?

Untuk itu perlu lah kita mencerminkan kembali diri kita seadanya.

Tiada siapa yang terlebih tahu tentang siapa diri kita sebenarnya, samaada diri kita benar benar beriman dengan Al Quran atau sebaliknya, yakin atau pun tidak, beramal ataupun tidak, atau apa saja, melainkan diri kita sendiri.
Semua persoalan dan jawapanya ada pada diri kita.

Ada manusia Allah SWT berikan kesempatan samaada untuk menjadi baik mahupun sebaliknya. Ada juga yang Allah SWT tetapkan hala tuju perjalanannya.

Untuk itu kita perlu berhati-hati didalam membuat pilihan. Kerana setiap pilihan itu ada jalan cerita nya yang telah di tetapkan sepertimana Allah SWT tetap perjalanan antara bulan dan matahari berserta bumi.
Begitulah kehendakNya.

Sempena hari keputeraan baginda Rasulullah saw ini, marilah sama-sama kita hayati perjalanan baginda dalam menegak dan menyebarkan agama Islam yang Allah SWT pilih untuk umat baginda.

Tetapi yang sedih nya terdapat juga dari golongan yang mengaku umat Baginda saw ini yang memfitnah diri baginda tanpa sedar.
Dari kata kata atau hadith hadith nya mahupun perbuatannya yaitu sunnahnya ramai dikalangan kita tersasar jauh dan tidak mempraktikkanya.

Semakin jauh diri seseorang dari Al Quran dan Sunnah Rasulullah maka semakin tersasar jalan manusia menuju Illahi.

Allah SWT telah berfirman sekira terdapat sebarang perbezaan pendapat dan pandangan sesama kamu maka kembalilah kepada Al Quran dan sesungguhnya Al Quran itu adalah kebenaran yang datangnya dari Allah SWT.

Untuk itu marilah kita sama sama damaikan hati hati manusia yang terbelenggu dan yang hidup dalam kepura-puraan serta yang hidup dalam perasaan syak wasangka, agar mereka membersih hati.

Sebagai tanda permohonan kita kehadrat Allah SWT agar kita dan keluarga kita diberikan hidayah dan kerahmatan dan perlindunganNya maka marilah kita berselawat seperti yang difirmankan :

Al Ahzab Ayat 56.
"Sesungguhnya Allah SWT berserta Malaikat berselawat keatas Nabi'

" ALLAHHUMMA SOLLIALA SYAIDINA          MUHAMMAD WAALAALIHI SYAIDINA MUHAMMAD"

                  Cahaya Al Majid









THE PROMISED LAND: EDISI KHAS:: ANTARA MAULIDUR RASUL, UMNO DAN.ISLAM.

Bismillahirrahmanirrahim.

SALAM MAULIDUR RASUL

Syukur kehadrat Illahi kerana diri ini masih lagi diberi limpahan peluang untuk melayari satu lagi hari yang amat bersejarah untuk sama sama meraikan hari Hari Keputeraan Junjungan umat Islam iaitu Nabi Muhammad saw .

Tarikh kelahiran baginda ini akan dirai olih seluruh umat Islam dimuka bumi ini.

Berselawat keatas junjungan kita iaitu Baginda Rasullulah Nabi Muhammad saw adalah tuntutan seperti yang difirmankan Allah SWT seperti yang termaktub didalam Al Quran.

Bagi setiap umat Muhammad saw Yang beriman dengan Al Quran.maka berselawat keatas Baginda adalah kewajiban.

"Allahummasollialasyaidina Muhammad waala alihiSaidinaMuhammad"

Memohon dan berharap dari Yang Maha Esa Allah SWT agar segala keberkatan yang dipohon moga moga  Allah SWT akan melimpahi kerahmatan keatas setiap diri yang berselawat keatas diri Baginda Rasullulah saw. Amin.

Timbalan Presiden UMNO aka Zahid Hamidi berkata bahawa hanya UMNO saja yang bolih menjadi  benteng terakhir buat Islam dan orang Melayu di negara ini.

Fahamkah Zahid apa yang diucapkan?

Islam tidak memerlukan sesiapa pun untuk di pertahankan.
Cukup hanya Allah SWT saja memelihara agama pilihanya iaitu Islam.
Janji Allah SWT itu benar.
Islam akan menuju kejayaan.

Hanya Zahid dan UMNO saja yang nak tunjuk bangang.

Jadi.. kepada Zahid Hamidi jangan cuba nak jual minyak unta okey!!! Tetapi kepada pemakan."dedak" mungkin bolihlah kau jual lebong tu.

Sebenarnya orang Melayu ni tak perlu pun bergantung hidup pada UMNO kerana tanpa UMNO pun orang Melayu bolih hidup senang lenang asalkan mereka yakin pada Allah SWT dan berpegang kepada Islam serta  Al Quran dan berusaha.

Itulah kunci segala kunci dibumi Allah SWT ini.

Tetapi disebabkan sikap ramai orang Melayu yang mahu hidup senang dengan jalan mudah dengan cara singkat maka menggadaikan diri pada UMNO dan sanggup menjadi hamba abdi kepada UMNO dan bukan pada yang hak iaitu Allah SWT, maka, tanggungan sendiri lah akibatnya.

Politik.yang ujud dan yang dipraktikkan olih umat Islam sekarang ni, semuanya berkiblat kan kepada amalan Barat.

Kalau ikut cara Islam mahupun ikutcara tuntutan Rasullulah saw dalam mencati calon pemimpin,nescaya, tiada harapan buat Najib mahupun Zahid Hamidi atau semua Ahli kabinetnya layak untuk diangkat jadi pemimpin.

Tetapi kerana berkiblatkan kepada sistem barat yang dipakai,.Maka, penipu, penyangak, perompak, pembohong mahupun pembunuh, maka semuanya layak dan berpeluang untuk jadi pemimpin politik.

Olih itu cukup cukuplah UMNO dan pemimpin pemimpinya menggunakan dan menjual nama Islam untuk kepentingan parti mereka sendiri.

Sedarlah bahawa Islam dan bangsa Melayu sekiranya ingin menjadi bangsa besar bukanlah kerana parti UMNO mahupun mana mana parti yang lain.

Tetapi Islam dan bangsa Melayu akan menjadi bangsa terpuji bila mana penganutnya dengan sepenuh hati mendahulukan Allah SWT, Al Quran dan sunnah Rasulullahnya dalam kehidupan seharianya.

Tiada jalan lain melainkan itulah ketetapan dan sifir mudahnya kalau bangsa Melayu mahu mengiringi Islam dalam menuju kejayaan seperti yang dituntut dalam laungan "azan'.

Cahaya Al Majid




THE PROMISED LAND: PERLUKAH RAKYAT MENGEKALKAN UMNO LAGI?

Bismillahirrahmanirrahim.


KETAKUTAN NAJIB SEMAKIN NYATA
DEMI HOTEL SG BULUH
BUJUR LALU MELINTANG PATAH

Apabila Najib Razak mengambil alih jawatan Perdana Menteri dari Abdullah Badawi atas desakan Dr Mahathir berserta diri Najib sendiri berserta beberapa lagi anggota tertinggi Parti UMNO, usaha itu telah meletakkan Pak Lah antara Perdana Menteri Malaysia yang paling pendek memerintah dalam sejarah.

Kerana ketidakmampuan serta kegagalan diri Pak Lah untuk mentadbir negara kelompongan ini dijadikan ruang dan peluang untuk merehatkan beliau sebagai Perdana Menteri. Itulah nasib yang menimpa diri Pak.Lah.

Kali ini perkara yang sama berulang lagi dalam UMNO. Kalau dahulu Dr Mahathir merupakan Presiden UMNO yang paling lama berkuasa namun kini Dr Mahathir merupakan musuh nombor satu UMNO pula.

Semenjak 4 tahun kebelakangan.ini pula Perdana Menteri yang menggantikan  Pak Lah iaitu Najib dilihat terlebih buruk lagi perangai serta tingkah laku berbanding pemimpim dahulu.

Kalau dahulu tidak pernah kita dengar Presiden UMNO aka Perdana Menteri dari UMNO ini bersikap celupar dan kurang ajar samaada terhadap penyokong sendiri mahupun terhadap rakyat.

Tetapi kini, Presiden UMNO aka Perdana Menteri Najib Razak telah menjadikan diri beliau sebagai seorang ikon yang setaraf " "haprak' dimata rakyat.

Dengan dipalit dengan berbagai skandal dari pembunuhan model Mongolia Altantuya, skandal Kapal Selam Scorpene, hinggalah keskandal 1MDB yang tidak berkesudahan dan tidak terjawap ini menyerlahkan lagi kegagalan diri beliau samaada sebagai Perdana Menteri mahupun sebagai Pengerusi Barisan Nasional.

Jika dibuatkan perbandingan antara Menteri dahulu dan yang ada sekarang, perumpamaanya adalah ibarat langit dan bumi.

Waima Menteri menterinya mahupun bekas bekas Menterinya dahulu jika dibandingkan, sekarang ini lagi teruk dan buruk perangai dan menyakitkan hati.
Itulah yang jeliknya tentang Parti UMNO kini.

Jadi bolehlah disimpulkan bahawa parti UMNO selepas era Dr Mahathir, UMNO tidak banyak melahirkan pemimpin yang berintegriti, bermaruah, berakhlak tinggi serta yang bolih dipercayai lagi, kerana kebanyakkan yang ada dan berkuasa kini hanya mementingkan "takhta' ,"ganjaran' serta kekayaan kebendaan berbanding nasib rakyat dan keperluan rakyat Melayu. Itulah UMNO kini.

Kebanyakan dari kalangam pemimpin tertinggi nya terlalu banyak terlibat dengan bermacam skandal, samaada rasuah, salah guna kuasa serta menyorokkan kekayaan diluar negara tanpa pengetahuan rakyat adalah kebiasaan dan telah dijadikan amalan.
Kalau tidak tak kan banyak syarikat luar pesisir atau " tax heaven company' ditubuhkan untuk  dijadikan " padang mengumpul " kekayaan'. Itulah realiti nya kini.

Jadi benarlah bahawa dalam UMNO itu semenjak dari dahulu sehingga kini mereka tetap mendahulukan kepentingan diri sendiri berbanding nasib dan keperluan rakyat.

Untuk itu sebaiknya rakyat wajib menilai poket sendiri berbanding bermati.matian mempertahankan pemimpin sekarang kerana setelah 60 tahun UMNO memerintah tetapi sejak 5 tahun kebelakangan ini banyak harta dan hak pegangan tanah milik negara dan hak milik bumiputra telah terlepas dari tangan orang Melayu.

Semua ini berpunca dari pemimpin UMNO yang ada sekarang yang tidak lagi berhati Melayu tetapi lebih condong kepada asal dan bangsa keturunan masing masing.

Slogan memperkasa bangsa Melayu dan berjuanh demi agama Islam hanyalah ibarat ' menanam tebu dibibir' atau" habis manis sepah dibuang'.

Cahaya Al Majid.






Wednesday 29 November 2017

THE PROMISED LAND: RCI "FOREX' NAJIB VRS FOREX KEPUTUSAN RAKYAT

Bismillahirrahmanirrahim.

ELOKLAH NAJIB DAN UMNO JADIKAN LAGU BANGAU OH BANGAU
SEBAGAI PEGANGAN DAN BUKAN
LAGI SHAIR ANAK KECIL BERMAIN API

Keputusan RCI yang ditubuhkan olih Kerajaan Klepetokrasi BN berhubung kes kerugian berniaga Forex ,kini telah didedahkan.

Seperti semua sedia maklum, bahawa, kes kerugian berniaga Forex yang dilakukan olih Bank Negara Malaysia dibawah kerajaan pimpinan UMNO masa itu mendapati bahawa Nor Yaakob bersalah.
Namun RCI Najib tetap menyabitkan Anuar Ibrahim dan Dr Mahathir.

Sekilas ikan di air dah tahu jantan betinanya.

Begitu lah persepsi rakyat terhadap usaha Najib dalam menyabitkan seteru nya iaitu Dr Mahathir dan Anwar Ibrahim dalam kes Forex ini.

Itulah hakikat dan perangai pemimpin tertinggi UMNO bilamana mereka terdesak mahupun "terkepung" dek kerana skandal ciptaan sendiri.
Menyalahkan orang lain serta mengungkit kisah silam adalah falsafah UMNO, seolah olah diri sendiri suci dari dosa.

Memandangkan Dr Mahathir dan Anuar Ibrahim kini telah bergabung untuk menentang Najib dan UMNO kerana keterlibatan Najib dan kroni terdekatnya dalam skandal 1MDB yang telah didakwa Doj kerana menyalurkan dana sebanyak USD 681 juta keakaun peribadi Najib, maka, pertembungan politik telah berlaku .

Kerana keterdesakan untuk menyelamatkan diri maka seluruh ahli parti dari bawah hinggalah kepucuk kepimpinan UMNO diheret sekali .

Kini Najib menggunakan parti UMNO sebagai tembok ataupun benteng untuk mempertahankan diri beliau dari serangan musuh beliau sendiri.

Keputusan yang dirumus olih RCI terbitan Najib itu sebenarnya telah dijangka pengakhiranya. Olih itu tiada rasa terperanjat mahupun terkedu diatas dapatan RCI ini.

Sebagai rakyat kami.mahukan satu pungutan suara dibuat keatas isu dan keputusan ini.

Kami mahukan sesuatu yang tidak bersifat "berat sebelah' kerana kerugian masa lalu tidak pun dirasai olih rakyat.

Begitu juga dengan keterlibatan Najib serta Menteri menteri lain yang sama sama duduk didalam Kabinet masa itu,  juga patut dipertanggungjawabkan sama.

Biar rakyat yang memutus.dan menilai samaada berbaloi atau tidak rakyat mengungkit kerugian perniagaan yang berlaku 30 tahun dahulu.

Cahaya Al Majid.


THE PROMISED LAND: 'JAGUH GIGIT " DIANGKAT NAZRI SEBAGAI DUTA PELANCUNGAN NEGARA!!

Bismillahirrahmanirrahim.

BERBEZA KE ?
ANTARA DUTA PELANCONGAN
DAN DUTA KLEPTROKASI

Itu lah kehebatanya pegangan serta kepekaan seorang Menteri Najib dalam menilai seseorang untuk dijadikan "ikon" atau " Duta Pelancungan" buat negara.

Luiz Suarez pemain bolasepak professional dari Barcelona FC Sepanyol, telah dinobatkan olih Nazri Aziz selaku Menteri Pelancongan dalam memutuskan siapa ikon yang dipilih.

Hanya bersandarkan kepada follower Luiz Suarez yang dikata berjumlah tidak lebih dari 30 juta itu yang terdiri dari peminatnya diseluruh dunia, maka, kriteria itu dijadikan alasan olih Nazri untuk menghalalkan keputusannya.

Berapa nilai kontrak atau apa apa 'perk' yang bakal di nikmati olih Luiz Suarez sepanjang kontrak ini, tidak didedahkan.
Sasaran yang ingin di raih Nazri Aziz melalui "ikon Pelancungan' ini adalah market dari China dan Asia khasnya.

Yang menjadi persoalan ialah bagaimana caranya Luiz Suarez dapat membantu menaikkan jumlah kedatangan pelancong kenegara ini?

Atau adakah dengan Luiz Suarez bermain bolasepak dinegaranya yang dipancarkan secara live di TV mahupun dikedua-dua media sosial ,maka, akan berpusu-pusulah rakyat China atau pun warga Asia datang untuk mengunjungi Malaysia?

Atau adakah dengan terpapar nya logo Malaysia atau bendera Malaysia mahupun logo Tourism Malaysia dibaju Luiz Suarez itu bakal meningkat kan lagi kedatangan pelancong kedalam negara?

Tidak kah perangai buruk Luiz Suarez yang suka menggigit pihak lawannya ketika perlawanan bolasepak yang dipaparkan di kaca TV itu bakal tidak merosakkan imej negara ini?

Dengan dua kes yang serupa serta dikenakan tindakan digantung untuk bermain kerana masaalah disiplin serta dikenakan tindakan tidak bolih menyertai beberapa perlawanan itu, tidakkah itu bakal menjejaskan imej negara ini?

Kalau begini lah mentaliti Menteri UMNO yang sanggup mengambil Luiz Suarez yang dikenali sebagai seorang yang ganas dan tidak berdisplin didalam karier bola sepak nya, apa ada hal  buat ahli ahli UMNO untuk mengangkat Najib serta Ahli Kabinet nya yang dikenali dunia sebagai Kerajaan KLEPTROKASI, untuk dinobatkan sama sebagai ' Duta KLEPTROKASI" pula.
Tak gitu???

Cahaya Al Majid

VIRAL ARTIS 'BERGADUH" DI EXPO SINGAPURA.

Bismillahirrahmanirrahim.

ADAKAH ROSLAN SHAH MAHU
AMBIL TUGAS DAJJAL?

Sebelum saya menulis panjang ingin saya menegur sedikit perangai Roslan Shah ketika membuat live video difacebooknya.

Kalau nak makan tu biarlah beradab jangan "mengecap gecap bunyinya " itu tidak sopan. Dan satu lagi apabila makan jangan meludah didalam pinggan yang kita makan dan kemudian kita suap semula ke mulut kita.

Itu tanda nya kita suka menjila apa yang kita ludah.
Harap harap faham maksud nya.


Melalui siaran langsung facebook yang diviralkan olih seseorang yang mengaku artis , walaupun puas saya 'google" akan status beliau namun untuk mengketegori beliau samada sebagai penyanyi atau pengacara , pelawak ataupun pelakon tidak dapat dipastikan.

Sedikit kronologi:-

Yang terdapat dalam Mr Google hanya satu lagu saja. Adakah itu kelayakan atau lesen buat beliau untuk dikenali sebagai penyanyi?
Dan adakah lagu yang diangkat atau dinyanyikan  beliau itu mendapat sambutan hangat dari peminat mahupun meletup dipasaran?

Begitu lah serba sedikit latar belakang saudara Roslan Shah yang memviralkan isu Artis bergaduh di Expo.

Melalui kata kata atau cerita yang diviralkan sendiri olih Roslan Shah, beliau telah menuduh seorang artis Malaysia iaitu seorang penyanyi yang dijadikan mangsa tomahan atau difitnah olih beliau tanpa menyelidiki kisah sebenar terhadap apa yang terjadi tentang punca " gaduh" tersebut.

Untuk pengetahuan semua saya adalah salah seorang vendor yang bersama sama terlibat di Expo kelolaan Mega Express tersebut.

Olih itu saya tahu dan peka tentang kejadian yang diviralkan.

Sedar kah Roslan Shah bahawa apa saja tuduhan yang beliau lemparkan terhadap artis tersebut merupakan satu fitnah dan cubaan mengaibkan ?

Dengan mengatakan artis tersebut sebagai plastik, suka bermuka muka dihadapan peminat dan kurang didikan serta jijik dengan peminat seperti yang ditomahkan, adakah itu satu kebenaran?.

Dengan merendah rendahkan integriti dan menjatuhkan maruah serta mengaibkan artis tersebut , adakah itu satu kepuasan buat beliau?

Atau Roslan Shah mahu mencari publisiti dan popular yang  sengaja mahu mengheret semua yang menonton dan yang membuat komen di Facebooknya, terheret sekali kedalam ' dosa memfitnah' beliau.

Atau adakah Roslan Shah benar benar kenal hati budi dengan artis yang difitnahnya.

Adakah Roslan Shah sedar akan implikasi yang bakal didepaninya sekiranya semua tuduhan dan tomahan.itu adalah dusta yang direka reka.

Andai kata benar artis tersebut sememangnya berjiwa besar dan taat kepada Allah SWT dan tidak seperti apa yang digambarkan dan ditomahkan olih Roslan Shah.
Sanggupkah Roslan Shah membebani dosa tersebut sampai keliang lahad?

Atau adakah kerana Roslan Shah sangat marah kerana tidak ada 'booth" di Mega Express seperti sebelum nya?

Apa yang saya lihat dan saya perhatikan Roslan Shah hanya "menumpang" booth tudung disebelah pentas utama kali.ni.

Cuma yang saya dapat tahu dari Ah Chong sendiri ,sepatutnya Ah Chong join booth dengan Roslan Shah tetapi Ah Chong menolak kerana terpaksa berkongsi dengan 4 vendor lain dalam booth yang bersaiz 3 X 3 itu.

Adakah kerana Ah Chong dapat menumpang  dibooth Angah Maharaja Lawak membuatkan beliau marah". Kerana sebelum ini Ah Chong pernah join booth dengan Roslan Shah.

Saya detailkan lagi..dalam siaran langsung facebook Shah Roslan , beliau ada menyebut bahawa beliau tidak pernah mengambi duit dari sesiapa pun untuk sesiapa mahu berkongsi booth dengan Roslan Shah di Expo Mega Express.

Apa benarkah dakwaan atau kata kata Roslan Shah bahawa beliau tidak pernah ambil duit orang lain untuk tujuan join Expo Mega Express?

Harap tiada siapa yang membuka isu diatas tadi.

Ingatkah Roslan Shah akan insiden Ziana Zain diatas pentas dimana pengacara Moor dan Roslan Shah mahu menyarungkan tudung kekepala Ziana?
Ziana terpaksa menolak untuk disarungkan di kepalanya? Kenapa?

Tidakkah Roslan Shah dan Moor sedar apa yang cuba dilakukan?
Disini lah professionalism seseorang itu diambil perhatian.

Semua orang tahu Ziana Zain sedang mempromosikan tudung beliau tetapi kenapa Roslan Shah dan Moor tidak peka dengan situasi.

Tak kan Ziana Zain nak pakai tudung orang lain diwaktu dia sedang mempromosikan tudung beliau sendiri.

Tindakan yang cuba dibuat Roslan Shah dan Moor itu sedikit sebanyak telah memalukan Ziana.Zain dan secara tidak langsung pemunya tudung yang di bawa pengacara Moor itu juga akan terasa hati terhadap Ziana Zain.

Inilah yang dikatakan tidak profesional langsung.

Berlangsung dari insiden itu, Ziana Zain meminta Iffa Raziah untuk memberitahu Ria dari Mega Express agar slot yang lain untuk Ziana Zain ,beliau tidak mahu kehadiran Roslan Shah mahupun Moor untuk sepentas ketika Ziana Zain membuat promosi.
Salah siapa?

Sebenarnya saya sudah masak dan faham akan perjalanan diExpo  Mega Express ini. Sudah bertahun saya ikut program En Hamzah dan Vivien ini.

Bolih dikata 80 % vendor yang menyertai Mega Express dari dahulu sehingga kini saya kenali cuma mereka tidak tahu.siapa saya.sebenarnya.

Biar saya ulang cerita lama,

Untuk pengetahuan semua selepas.Dato' Khatijah Ibrahim mengundur diri dari Mega Express tiada lagi artis Malaysia diberikan booth olih Mega Express.

Tetapi Artis pertama yang dijemput Mega Express bagi memenuhi ruang yang ditinggalkan olih Dato' Khaty adakah artis yang Roslan Shah fitnahkan ini.
Ketika itu Roslan Shah pun belum timbul lagi.
Begitu lah lamanya kehadiran saya di Mega Express.

Saya tidak mahu tulis panjang panjang takut nanti aib  Roslan Shah pula yang terbongkar.

Tiada perlu nya kita menunjuk nunjuk diri seolah olah kita orang yang beriman , solat tidak tinggal, berjubah  ,berkopiah dan bertutur hal hal agama, kerana itu.tidak mencerminkan bahawa diri kita seorang yang soleh dan beriman.

Saya pun mengenali siapa Roslan Shah ini dan pernah berbual bersama cuma dia tidak tahu siapa saya.
Saya tahu katekter diri beliau dan gaya beliau. Tiada hak saya untuk komen diri beliau.

Kita tiada upaya untuk mengukur dan mengata kan bahawa orang itu dan orang ini adalah ahli syurga dan orang ini plastik seperti yang Roslan Shah war war diatas pentas, kerana  kayu pengukurnya tidak Allah SWT turunkan kepada manusia.

Olih itu sedarlah bahawa apa yang Roslan Shah ucapkan itu adalah hak Allah SWT dan bukan hak  manusia untuk menentukanya.

Jadi ,tolonglah..jangan permainkan agama untuk kepentingan diri atau mengeji orang lain , kerana murka Allah SWT sangat pedih balasannya.

Perlu diingat dosa kita terhadap ibubapa bolih kita minta ampun. Begitu juga dengan dosa terhadap Allah SWT bolih kita mohon keampunan tetapi berbuat dosa dengan memfitnah manusia lain, bagaimana? Sampai akhirat kita akan bertanggungjawab.

Jadi kepada sesiapa yang terjebak dengan video viral fitnah Roslan Shah  itu, eloklah berhenti dari bersubahat atau terpalit
dengan dosa dosa yang besar ini.

Olih itu jadilah manusia yang berpegang kepada Al Quran dan Sunnah Rasul serta
Jauhkanlah diri dari mendapat dosa free akibat perbuatan orang lain.

Cahaya Al.Majid

P/S : Banyak lagi kebaikan dan keberkatan yang di bawa olih artis yang terfitnah ini terhadap artis Malaysia, Singapura serta banyak lagi menafaat' yang diberikan kepada warga Singapura yang tidak didedahkan olih artis tersebut.

THE PROMISED LAND: HAHAHA!! ROSMAH!!! CERITA KAT UMAH PUN NAK BAGITAHU?!

Bismillahirrahmanirrahim.

"Najib yang kawal saya." Kata kak Ros.

Kalau ikut Islam dan sunnah sememangnya dan sewajibnya Kak Ros mentaati suami.
Dan kewajipan mentaati suami semua sang isteri sudah memahami dan tak perlu pula untuk dijelaskan kepada sesiapa pun.

Tetapi dari gaya bahasa yang diucapkan olih Kak Ros, nampak nya ucapan beliau nampak  jangal pulak dan pelik.

Apa perlunya Kak Ros menerangkan kepada hadirin bahawa.' beliau dikawal Najib's dan bukan sebaliknya. Apa faedahnya dan apa motif nya.beliau berbuat begitu.

Nak ambil perhatian ke? Atau ada ajenda tersembunyi.
Nampak semacam je.. ayat ayat menyengat ni.

Belek punya belek rupa rupa nya beliau nak bagi tahu kat seluruh rakyat Malaysia bahawa beliau Kak Ros aka Rosmah Mansor adalah " First Lady Malaysia".

Tapi agak pelik juga pengakuan Kak Ros.ni, adakah beliau merupakan 'First Lady Malaysia' bilamana Yang Di Pertuan Agong merupakan ketua negara?

Tetapi itulah yang diakui olih Kak Ros . Beliau mengatakan bahawa beliau diminta untuk menggantikan suaminya.Najib dalam event yang dihadirinya.

Sepatutnya apabila melibatkan urusan Perdana dan Ketua Kerajaan, sepatutnya sekiranya Perdana Menteri tidak dapat hadir maka seseorang yang berjawatan Menteri dari Jabatan Perdana Menteri perlu menggantikannya. Tetapi...

Tetapi dibawah kepimpinan Najib ni..Siapa siapa pun bolih..Silap hari bulan jangan terperanjat mungkin anak dia pula disuruh mewakili diri dia pulak.

Apa apa pun...dibawah kerajaan Najib ni..Tiada apa yang mustahil..'Bolihland"

Cahaya Al Majid.








THE PROMISED LAND: HAPRAK BETUL UMNO NAJIB NI??!

Bismillahirrahmanirrahim.

UMNO ADA KESAH KE..AKAN
IMPLIKASI, KESAN YANG TERKESAN

"Yang baik dijadikan tauladan , yang buruk dijadikan tauladan". Itu adalah ungkapan emas orang orang Melayu yang berpegang pada adap dan kesopanan dalam hal mendidik anak anak.

"Melentur buluh biarlah dari rebung'
Tetapi pepatah Melayu.mengungkapkan " lidah tak bertulang".

Tetapi adakah pepatah Melayu ini dihayati sepenuhnya olih orang Melayu terutama pemimpin.

Siapa kah yang perlu memberi contoh terbaik kepada rakyat?
Semestinya yang memegang kuasa iaitu Pemimpin UMNO mahupun Kerajaan BN. Kerana amanah berada di tampuk dan dibahu mereka.

Imbau kembali!
Najib berbohong dalam isu RM2.6 billion. Juga berbohong dalam penerimaan wang RM40 juta dari SRC International berpunca dari wang KWAP.
Berbohong dan menafikan bahawa takkan dana RM2.6 akan masuk keakaun peribadi.
Berbohong dan menafikan bahawa skandal 1MDB tidak akan memberi kesan kepada kewangan negara.
Berbohong dan menafikan bahawa cukai GST tidak akan membebankan rakyat.

Tidak kah pembohongan ini memberi implikasi buruk terhadap kehidupan rakyat dan juga masa depan bangsa dan negara?

Ungkapan Bangsat, Haram Jadah, kepala bapak kau. Tidakkah ungkapan ini akan membawa kesan nyata terhadap rakyat?
Kesan bertali dari ungkapan tersebut, kini rakyat telah jadi kan ungkapan Najib ini sebagai " tagline" UNTUK  menghina.
Salah siapa?

Begitu juga dengan Zahid Hamidi bersengkokol dalam pembohongan RM2.6 billion Najib. Berbohong dan mengaku pula telah berjumpa anak Raja.Arab tetapi tetap gagal menamakan siapa anak Raja Arab tersebut. Inilah corak implikasi dan rantaian keatas yang berlaku, apabila ketua pembohong dan menipu maka yang bawah pun turut menipu.
Siapa salah. Adakah salah didikan dari ibubapa?

Teuku Adnan Mansor pula melabel graduan yang masuk ke ITM atau UiTM kini terdiri dari golongan " slow learner" atau " lembam" mahupun kategori " bangang'.

Walaupun pada akhirnya.beliau memohon maaf diatas keletanjuran kata kata beliau itu namun implikasi dari tuduhan itu amat berat kesan nya dan amat terkesan dihati para para graduan lulusan UiTm.ini.

Perlu diingat negara ini bukan dihuni olih orang Melayu saja tetapi terdapat berbagai bangsa yang menjadi rakyat negara ini. Iktibarnya kebanyakkanya syarikat swasta atau konglomerat yang besar dan kaya raya adalah milik bukan Melayu kerana itu orang terkaya di Malaysia kebanyakkannya dari bukan Melayu.

Implikasinya, syarikat besar atau konglomerat tahap International INI tidak akan memandang tinggi graduan lulusan UiTm ini untuk diambil bekerja di syarikat mereka.

Sebabnya Menteri UMNO merangkap Setiausaha Agong Parti UMNO sendiri telah melabel graduan lulusan dari UiTM ini sebahai tidak berkualiti" dan suka melawan 'tauke" bak kata Teuku Adnan " tidak mengenang jasa ' dan juga terhadap ' pelebelan " slow learner" ATAU.' lembam" oleh Teuku Adnan.

Apa.yang dilebel olih Teuku Adnan ini bakal dijadikan alasan olih syarikat besar atau konglomerat International untuk tidak menerima graduan ini untuk digajikan disyarikat mereka.

Kesan nya, anak anak Melayu lulusan UiTM ini bakal berhadapan situasi yang "sukar' untuk bersaing dengan graduan lulusan dari Universiti lain.

Olih itu yang terkesan dari kesan kata kata Setiausaha Agong UMNO ini adalah graduan anak anak Melayu lulusan UiTM.

Bercakap tanpa berfikir dan memohon maaf selepas terlanjur tidak akan menjernihkan " susu sebelanga lagi apabila nila setitik jatuh kedalamnya".

Jawapannya= UMNO sendiri yang menyalai  hidup hidup anak anak Melayu dalam kawah yang api marak dan dibakar dari bawah.

Cahaya Al Majid








Tuesday 28 November 2017

THE PROMISED LAND: AGAMA BAWA KESAN NEGATIF??

Bismillahirrahmanirrahim.

ADAKAH KEMATIAN ALTANTUYA JUGA
RAZAK BAGINDA
NAK SABITKAN "AGAMA'?

"Agama memberi kesan negatif kepada sistem pendidikan" kata Razak Baginda.

Peergh..Gempak topik yang dibincangkan olih Razak Baginda dalam sesi ICON nya.

Sedapnya mulut Razak Baginda mengatakan bahawa "agama"memberi kesan negatif kepada sistem pendidikan".

Samada dia ni separa sedar ke atau tengah mabuk ketum belum dapat dipastikan lagi tetapi dalam forum ICONnya , Razak Baginda suka suka menyalahkan "agama" kerana kegagalan sistem pendidikan.

Mungkin Razak Baginda hanya hebat dari segi pendidikan sehingga berjaya ke menara gading serta berjaya menjawat beberapa jawatan tinggi dan itu adalah rezeki dari usaha beliau.

Tetapi adakah beliau pernah menyelongkar dalam institusi keluarga ibubapa nya bagaimana "didekan agama'yang telah berjaya diterapkan olih kedua ibubapa terhadap adik beradik nya sehingga beliau dan adik beradik nya bolih berjaya?

Ataupun sememangnya " agama' tidak pernah diterapkan olih ibubapanya keatas keluarga beliau dalam membentuk jati diri serta keperluan beragama?

Siapa.diri beliau ni... nak menyalahkan "agama".bila kegagalan berlaku.

Adakah.beliau juga mahu menyalahkan "agama"semasa beliau dituduh terlibat dalam kes pembunuhan model Mongolia Altantuya?

Atau adakah kerana kegagalan "agama" juga beliau dicari olih Altantuya sebelum Altantuya ghaib dan mati dibunuh?

Sesungguhnya agama itu adalah "tiang" bagi diri seseorang dalam menghadapi semua pancaroba dunia .

Jadi jangan jadikan "agama" sebagai kambing hitam dalam menyalahkan sistem pendidikan atau apa pun bidang.

Pegangan yang tidak berpandukan Al-Quran dan Sunnah itulah yang menyesatkan.

Sesungguhnya kesalahan dan kegagalan itu berpunca dari cetek nya ilmu agama manusia dan bukan agama tidak memberi ilmu.

Cahaya Al Majid



THE PROMISED LAND: UMNO DITEMPAH "ONE WAY TICKET'

Bismillahirrahmanirrahim.

BUKAN ANAK KECIL BERMAIN API
TETAPI
UMNO YANG BERMAIN API!!!

Sikap pimpinan UMNO sememangnya dah tepu . Dari peringkat bawahan sampailah keperihatinan tertinggi semuanya dah " beku" samaada jatidiri sebagai Melayu mahupun sebagai seorang Islam, semuanya dah kelaut.

Najib dah terkantoi dengan bermacam macan skandal . Kes 1 MDB masih lagi tak terungkai . Di luar negara dah ada yang masuk kelas sebab skandal 1 MDB. Itu tak kira lagi Rm2.6 billion dan RM 40 juta duit SRC International yang masuk akaun peribadi.

Kalau Zahid Hamidi pulak dakwa MAHATHIR Al Iskandar dijadikan isu. Tak cukup.dengan itu terjebak juga dengan dakwaan dah bertemu "penderma Arab" RM2.6 billion Najib. Mula mula kata seorang penderma  tetapi kemudian ada beberapa orang penderma pula.

Teuku Adnan pula "melembamkan" otak anak Melayu yang masuk UiTM seolah olah anak melayu termasuk anak orang UMNO pun status " bangang".

Ahmad Maslan pulak , dengan GST harga barang jadi murah.

Bak kata Nazri Aziz, kejatuhan nilai ringgit Malaysia adalah baik kerana pelancongan akan berpusu-pusu datang.
Tetapi yang ramai datang adalah rakyat China yang datang " jual tubuh" dan datang langsung tak keluar.

Terdapat juga beberapa lagi Menteri Najib berkata,. Kalau harga ikan mahal , berhenti makan ikan ganti makan ayam pulak.

Kalau tol naik,.Ikut jalan lama. Kalau harga petrol.naik, jangan bawa kereta.guna motosikal.

Itu adalah beberapa contoh kelembapan otak tepu pemimpin UMNO kini.

Apa yang amat ditakutan olih pemimpin UMNO kini adalah hilang kuasa memerintah. Namun tunjuk arah atau gelombang yang melanda kini sebenarnya menjurus kearah itu.

Isu bangsa , isu nasib Melayu dan agama Islam serta isu DAP akan memerintah negara ini dijadikan alasan untuk menakut nakutkan orang Melayu.

Dah 60 tahun memerintah tetapi masih takut pada bayang-bayang sendiri, itulah UMNO.

Anak kecil bermain api dijadikan 'pembakar", tetapi sedar atau tidak UMNO Najib lah yang sedang membakar Malaysia serta hati orang Melayu khasnya.

Cahaya Al Majid.

Monday 27 November 2017

THE PROMISED LAND:SUKU ACHEH LABEL " BANGANG" PUN BOLIH JADI GRADUAN" UITM

Bismillahirrahmanirrahim.

KETURUNAN ACHEH UMNO
MENGHINA ANAK MELAYU
DAN ANAK MELAYU UMNO

Tiada penghinaan yang paling menghina yang dianggap telah menghina seluruh anak anak Melayu dan Bangsa Melayu yang pernah atau yang masih menuntut di UiTM.

""Slow learner" atau dalam bahasa mudah melayu bermaksud " lembab, lembam ataupun bangang" pun bolih masuk UiTM. "

Itulah label yang ditujukan oleh "Keturunan Acheh" aka Teuku Adnan Mansor yang telah berhijrah ke Tanah Melayu yang diangkat oleh Najib Bugis sebagai  Setiausaha Agung UMNO.

Walaupun bangsa Acheh ini  aka Teuku Adnan yang  juga merupakan bekas graduan ITM ketika itu atau kini dikenali sebagai UiTM dilihat semakin lancang lidah nya" dalam mengecam anak anak Melayu lepasan UitM.ini.

Kerana graduan ' slow learner' ATAU " otak lembam' ini telah melihat secara nyata akan segala kepincangan UMNO dan kepimipinanya  yang "korup" dan " merosakkan masa depan "bangsa Melayu  , maka, kebangkitan " rasa tanggungjawab" dalam diri mereka tidak disenangi olih kepimpinan  UMNO.

Hanya kerana takut pada bayang-bayang bayang sendiri atau mula merasai denyut ditolak generasi muda ,maka, uncahan ' tidak mengenang budi" dilaungkan.

Nampaknya "bangsa Acheh' ini @ Teuku Adnan telah tersilap "menjolok sarang tabuan ".
Kerana kata kata Teuku Adnan yang ' memperlekehkan" UiTM ini,  seluruh graduan lepasan UiTM mahupun yang masih menuntut mula bermusuhan' dengan UMNO secara terangan.

Sekarang kita akan lihat siapa yang sebenarnya " slow learner" .
Adakah graduan UiTM itu yang sebenar benarnya "lembam" ataupun  " pemimpin UMNO" itu yang lembam?

Teukeu Adnan adalah jenisnya manusia yang tidak kenang dek untung, dah lah tanah Melayu.ni sanggup menerima bangsa nya untuk menumpang dinegara ini dan memberikan segala kemudahan kepada keturunanya, ada hati pulak nak menghina bangsa Melayu.

Ini lah hebatnya ahli ahli UMNO yang sanggup mengangkat dan menjilat " bangsa lain" dan sanggup dihina pula olih orang luar .
Sanggup kah orang Melayu "bertuan" UMNO lagi???.

Cahaya Al Majid






Tuesday 21 November 2017

THE PROMISED LAND: UNGKIT KISAH LAMA!! KERAJAAN KLEPTROKASI KERIANGAN

Bismillahirrahmanirrahim.

PRU DAH DEKAT TAPI..
SIBUK.UNGKIT KISAH SILAM
MOVE ON LA....

Ingatkan semua dan bergerak kehadapan dan sanggup berjuang berhabis-habisan bagi menumbangkan kerajaan KLEPTROKASI.
Rupa rupanya masih ramai lagi yang hidup dalam kepompong dizaman 30 tahun dahulu dan ada juga yang cuba menumpang mangkok.

Kalau asyik nak mengungkit dan mengutip kisah silam, sampai kiamat pun tak habis.

Siapa lagi selain Dr Mahathir yang bolih diharap untuk membawa rakyat kesatu level yang lebih tinggi dan bermaruah? Dan yang bolih menentang Najib and The Gang?

Cakap semua hebat lompang lompung macam meriam buluh, tetapi habuk pun tak da.

Tetapi tak tahulah..Mungkin yang suka mengungkit tu sebenarnya lebih suka akan pemerintahan Najib berbanding era Dr Mahathir.

Mungkin yang mengungkit itu sebenarnya mahu perhatian dari geng Najib kot, agar dapat dedak berlipat kali ganda.

Sedarlah..dapatke orang orang yang bermulut murai dan berlagak hebat ni berpeluang untuk bersoal jawab secara berdepan dengan Najib?

 Jangan harap la..NAJIB  akan lari ikut pintu belakang adalah.
Jadi tak usah gebang lebih lebih ok.

Sedar lah .. Bahawa Dr Mahathir tu, kalau dia nak senang lenang dah tak payah pening pening fikir masaalah negara ni, tetapi disebabkan " perompakan harta negara' berlaku tanpa had olih Najib dan Geng UMNO dan BN .maka Dr Mahathir pun tak mahu lihat negara ini punah ranah dan kita pun sedar akan perbuatan, so siapa nak bersama Dr Mahathir?.

Ini tidak, ungkit operasi lalang, Isa la dan bermacam macam lagi..Cukup cukup lah!!!

Rakyat dah terbeban dengan bermacam macam kos dan maruah negara dah tercemar, mana satu lebih utama untuk diperjuangkan?

Turunkan Najib UMNO, BN ataupun sanggup bersengkokol bersubahat bersama sama Geng Najib?

Fikirkan!!!?

Cahaya Al Majid


THE PROMISED LAND: NAJIB TANYA BILA??

Bismillahirrahmanirrahim.

KEPUTUSAN DITANGAN KAK ROS?

Minta pandangan atau bertanya adalah dua perbuatan berbeza.

Samaada meminta izin atau melakukan tanpa izin juga dua perkara berbeza.

Cerita Rosmah :-
Najib tanya " when we should do the (Pilihanraya)?

Cuba bayang kan scenario diatas.

Adakah keputusan untuk mengadakan pilihanraya berada ditangan Najib?
Atau Kak Ros yang memutuskan?

Kalau Kak Ros tiada sangkut paut atau tidak terlibat langsung mengenai segala keputusan yang Najib buat, apa perlu nya Najib bertanya kepada Kak Ros mengenai bila nak adakan pilihanraya?

Lupa fikirkan sendiri.

Cahaya Al Majid

Monday 20 November 2017

THE PROMISED LAND: RAKYAT NAK HARAP SIAPA LAGI??

Bismillahirrahmanirrahim.

Nampaknya ahli parlimen yang dipilih rakyat bagi mewakili suara mereka diParlimen nampaknya gagal berfungsi seperti yang diharapkan.

Apa yang dilihat kebanyakkan Ahli Parlimen yang dipilih ini hanya mentingkan status dan gaji free saja. Memperjuangkan akan kesusahan atau bebanan yang ditanggung rakyat nampaknya tidak sepenuh hati.

Kata kata "memperjuangkan hak rakyat' hanyalah retorik saja . Sehingga kini belum terlihat lagi kelibat seorang Ahli Parlimen yang benar benar sanggup bermati-matian matian atau bersungguh sungguh dalam membela apa yang dirasai olih rakyat.

Kalau Ahli Parlimen parti pemerintah jangan cakap.lah...Sememangnya hampeh.
Tetapi bagi.puak Pembangkang pula samada PAS mahupun Pakatan, apa yang dilihat usaha mereka hanya sekadar melepas batuk ditangga.

Kalau untuk Anwar Ibrahim sanggup pula Ahli Parlimen Pembangkang terutama PKR berkumpul beramai-ramai sambil pasang lilin sampai tengah malam bagi menunjukkan solidariti  dan sokongan terhadap Anwar Ibrahim

Begitu juga dengan PAS, sanggup pulak berhimpun beribu ribu orang di Terengganu semata mata hendak menunjukkan kekuatan atau kesepakatan walaupun niat tersirat mereka adalah untuk memperlihatkan solidariti  ahli mereka disamping cuba untuk melekeh kepimpinan BN mahupun  PKR dan sekutunya terutama terhadap Dr Mahathir.

Sanggup pula mereka berembun?

Kalau dihisap, apakah menafaat dan faedah secara langsung  yang dapat dirasai rakyat terhadap tindakan mereka itu?

Bukan kah lebih baik sekiranya  Pakatan dan PAS berganding bahu dalam ajenda membela nasib  rakyat yang semakin terdesak kini.

Sepatutnya dengan segala kenaikkan serta ketidak tentuan ekonomi masakini sepatutnya dua puak ini bolih bersama sama menekan kerajaan, tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya.

Nampak nya ajenda rakyat bukan lagi keutamaan buat mereka tetapi gaji FREE serta elaun  sebagai Ahli Parlimen adalah terlebih utama.

Kepada rakyat buatlah renungan sendiri samaada Ahli Parlimen Kerajaan mahupun Ahli Parlimen Pembangkang, kedua dua pun sama .

Apa yang utama buat mereka adalah ' kuasa" dan kuasa itu adalah " wang ringgitnya'.

Nampak nya hanya Dr Mahathir dilihat amat komited dengan apa yang cuba dilakukan untuk rakyat..
Walaupun ramai yang tidak bersependapat dengan Dr Mahathir namun sekurang-kurangnya usaha beliau dalam memperjuangkan rakyat dan negara serta mahu mengembalikan maruah yang tercemar perlu di sokong oleh seluruh rakyat.

Dakwaan beliau mahu jadi PM semula atau mahu mengangkat Mukhriz jadi PM ataupun mahu menyelamatkan kroni adalah omongan kosong belaka.

Cahaya Al Majid





Friday 17 November 2017

THE PROMISED LAND : NASIHAT SALAH TAK NASIHAT LAGI SALAH!!

Bismillahirrahmanirrahim.

INGAT MENGINGATI ITU KAN TUNTUTAN
BUKANKAH ITU JUGA DAKWAH.
MANUSIA PERLU BERLAPANG DADA DALAM MENANGANI ISU PEMBUANGAN BAYI DAN ZINA TERLARANG NI.

Judi, arak, zina semangnya ditegah olih Islam kepada umatnya dari melakukanya.

Namum semua perkara yang disebut itu kebanyakkan ramai yang melakukanya tetapi untuk menafikan agar perbuatan itu tidak terjadi dalam masyarakat Melayu atau Islam, agak mustahillah.

Difahamkan Syed Saddiq ada membangkitkan isu ini dalam " Twitter"nya. Ada yang setuju dan ada yang tidak.

Benar. Manusia ini dijadikan Allah SWT dengan akal fikiran. Namun nasihat, pandangan dan pendapat yang cuba dilontarkan olih pemuda ini bukanlah bersalahanpun.

Tujuannya hanya mahu " gejala' mengandung sebelum kahwin atau pembuangan bayi tidak dijadikan budaya olih dipelaku " sex".

Yang melakukan zina itu sememangnya berdosa dan pembuangan bayi yang tak berdosa oleh sipelaku zina adalah terlebih lagi berdosa bukan saja berdosa terhadap Allah SWT malahan terhadap 'anak" tersebut.

Dari pengamatan saya, bukan niat Syed pun untuk menggalakan zina tetapi apa yang cuba disampaikannya adalah ' mengingati' atau " menasihati' mereka mereka yang " berniat' untuk mencuba kearah itu.

Kita perlu sedar bahawa mencegah adalah terlebih baik dari merawat.

Mencegah sebelum berlaku adalah terlebih baik dari merawat selepas terlanjur.
Renungkan.

Jangan kerana beliau berada di posisi politik pembangkang maka apa saja kebaikan yang mahu diutarakan, kita remehkan.

Islam itu luhur tetapi adakah umat Islam itu seluhur agamanya?
Fikir lah sendiri.

Cahaya Al Majid


THE PROMISED LAND: DAH KENAPA KAU NI NAJIB??

Bismillahirrahmanirrahim.

HAI!! NAJIB NAJIB??
MAHATHIR TAK PERGI
HOSPITAL TUNG SHIN PUN
NAK JADIKAN ISSUE JUGAK???

Akhir akhir ni nampak lain macam sikit perangai Najib aka Presiden UMNO ni.
Satu satu "tebiat'" luar jangka dilakukan
Tak tahu lah nak kata apa.kat Najib ini, ataupun dia dah " tebiat' , bak kata orang Nismillan " perangai macam orang dah nak mati".

Bermula dengan ' kepala bapak kau' , lepas itu " ungkapan " dua ekor', tak cukup dengan itu pergi pulak kat Tung Shin Hospital, angkat diri pulak, kata,perdana Menteri dahulu 22 tahun memerintah, tak pernah sekali pergi ke Tung Shin Hospital , tak cukup dengan itu, pergi pulak melawat Anwar Ibrahim kat Hospital, dah kenapa, Najib ni?

Dari apa yang bolih ditakrifkan Najib akhir akhir ni terlihat akan ketidaktentuan arahnya. Dari tutur kata hinggalah keperibadianya, agak songsang dan pelik.Mengapa agaknya ya?

Menuduh tidak dan mengatapun tidak, tetapi itulah hakikatnya.

Tapi dari gerak dan gayanya, Najib ni lebih kepada nak mengangkat dan mempromosi diri sendiri.

Adakah rakyat akan teruja dengan olahan perilaku Najib ni? Atau sememangnya Najib dah "terkelololong" , bak kata orang Nismillan.

Apa apalah Najib, janji kau bahagia dipenghujung jalan ni.

Cahaya Al Majid


THE PROMISED LAND:ENSEL PINTU KIAMAT BAKAL DITARIK

Bismillahirrahmanirrahim.

Sabda sabda Rasulullah saw tentang permulaaan akan datangannya kiamat semakin terserlah dan nyata.

Bermulanya perebutan kuasa keatas takhta Kerajaan Arab Saudi bakal berlaku. Bara bara api kemarahan mahu pun semaraknya perpecahan atau kebencian dikalangan keluarga Saud sudah menjurus keatas frasa pecah saudara hilang kerabat.

Atas alasan kemeruduman harga minyak serta rasuah yang berlaku di kalangan ahli keluarga menyebabkan kewangan Arab Saudi berada dalam defisit.

Persengketaan atau perbalahan pasti berlaku dikalangan mereka. Jatuh dan menjatuhkan sesama sendiri sedang berlaku.

Kini persengketaan Arab Saudi.bukan saja tertumpu didalam negeri tetapi telah melibatkan seluruh dunia Arab pula

Iran dijadikan alasan bagi Arab Saudi untuk mencetuskan ketegangan dikalangan negara Arab.
Dengan mengaitkan puak Haouti yang dikata mendapat sokongan Iran, maka, perang mulut sudah bermula.

Semua sudah tahu bahawa Arab Saudi sememamgnya bersengkokol dengan Amerika tetapi apa yang ternyata kini Arab Saudi juga telah menjalinkan hubungan dengan Israel.

Israel atau Yahudi yang selama ini menjadi kekangan utama untuk perdamaian di Palestin yang telah membunuh banyak nyawa umat Islam Palestin namun dengan pensubahatan Arab Saudi/ Yahudi ini bolih kah dunia Islam lain mahu dilihat akan keberadaan mereka disisi Arab Saudi lagi?

Tetapi apa yang pasti peperangan atau kemusnahan dunia Arab pasti berlaku tidak lama lagi.  3 bulan yang mendatang ini atau selewat lewatnya bulan April 2018 adalah waktu yang kritikal buat dunia Arab.

Tetapi apa yang pasti Arab Saudi sebagai pencetus kepada peperangan ini bakal terjerat dengan " mainan" mereka sendiri. Penentangan dari dalam serta dendam dari keluarga sendiri pasti membuatkan pemerintah Arab Saudi kucar kacir dalam mengimbangi kekuatan Iran dan sekutunya.

Allah Maha Besar. Semua yang terjadi adalah diatas kehendaknya.

Bersedia atau tidak , ketentuan Allah SWT mendahului segala galanya.
Kemungkinan peejalanan Umrah dan Haji untuk tahun 2018 dan 2019 juga bakal tertunda.

Cahaya Al Majid

THE PROMISED LAND: ADAKAH INI TANDA KEMAKMURAN RAKYAT?

Bismillahirrahmanirrahim.

EKONOMI YANG TIDAK MELAMBANG
KEMAKMURAN RAKYAT.

Mengikut laporan yang dikeluarkan olih Bloomberg ekonomi negara berkembang pada sesi 3 tahun kebelakangan ini. Berbagai statistik diterjemahkan olih Bloomberg bagi membenarkan dapatan mereka.

Disebalik dengan penyataan bahawa berkembanganya ekonomi seperti yang dilapor Bloomberg itu , BNM pula melaporkan bahawa hutang luar negara kini berada pada paras RM873 billion atau 65% dari KDNK negara.

Samaada indikasi hutang yang tinggi ini sebenarnya baik atau sebaliknya Kerajaan BN tetap mengatakan bahawa hutang negara terkawal.

Kerajaan mengatakan bahawa ekonomi negara kita berada di landasan yang betul ditambah dengan rangsangan ekonomi yang dilihat meningkat.

Tetapi pada masa yang sama nilai tukaran wang negara berada pada paras 1USD bersamaan RM4.17 atau 1SGD bersamaan RM 3.07.

Adakah apa yang dinyatakan samaada olih Bloomberg mahupun BNM atau Pemerintah benar benar mengambarkan situasi ekonomi sebenar yang dirasakan amat perit olih rakyat kini?

Kenapa peningkatan atau pengembangan ekonomi yang dikata ini tidak dirasai olih rakyat marhean.

Sepatutnya sekiranya ekonomi negara berkembang dan meningkatkan pada sesi 3 tahun yang dinyatakan seperti yang didakwa kenapa masih ramai lagi rakyat terpaksa bergantung kepada BRIM.

Lebih kurang 7 juta rakyat yang dikategorikan sebagai miskin atau berpendapat dibawah RM4000 masih tidak mampu atau terkial kial menanggung keluarga.
Adakah mereka saja saja mahu duit BRIM itu atau sememangnya kos sara hidup semakin melonjak?

Harga Barang naik , kos sara hidup naik,minyak naik namun adakah pendapatan rakyat juga naik seperti meningkatnya ekonomi? Dan kenapa pendapatan rakyat dibawah masih tidak naik?

Kenapa limpahan ekonomi dan berkembangnya ekonomi negara seperti yang didakwa tidak dirasai olih rakyat kebanyakkan? Apa punca nya.

Atau adakah nikmat peningkatan ekonomi ini hanya dinikmati olih kapitalis kapitalis yang menanam modal dinegara ini atau pun hanya dinikmati olih tauke tauke Besar mahupun bos bos GLC ataupun orang politik saja.( Kan mereka banyak syarikat).

Kalau benarlah ekonomi negara berkembang dan ekonomi rakyat juga berkembang kenapa kerancakkan urusniaga dipasar malam mahupun dievent event yang melata dinegara ini semakin suram pendapatan dan jualan.

Contoh terdekat adalah di Karnival Usahawan Desa yang berlangsung baru baru ini. Dari 1 juta pengunjung yang disasarkan hanya terdapat lebih kurang 300 ribu saja pengunjung yang datang , kenapa?
Hitung panjang purata pendapatan yang diraih oleh usahawan di KUD tempoh hari pun tidak sampai Rm700 sehari.

Masihkah kerajaan tetap mahu mengatakan bahawa ekonomi negara sedang meningkat dan rakyat berada dalam sejahtera?

Cukup cukuplah..Kalau ekonomi negara meningkatkan dan memberangsangkan kenapa kerajaan mahukan rakyat melakukan 2 pekerjaan .

Tidakkah ini menandakan bahawa kerajaan gagal dalam menjana peluang pekerjaan dan meningkatkan ekonomi buat rakyat.

Yang dilihat meningkat olih rakyat adalah kemewahan pemimpin pemimpin kerajaan serta kaum keluarga mereka bukan saja dari segi perbelanjaan malahan tersergam rumah banglo serta deretan deretan kereta mewahnya.
Itu tak termasuk " gundik" atau " perempuan simpanan"malahan ada juga yang isteri isteri baru yang disorokkan.

Cahaya Al Majid


Thursday 16 November 2017

THE PROMISED LAND: SUMPAH PUSAKA. SIAPA BAKAL TERKENA!!

Bismillahirrahmanirrahim.

PUSAKA YANG BAKAL JADI PUAKA

Masyarakat Melayu dan kaum peribumi adalah kaum yang terawal mendiami bumi pusaka ini.

Berkurun lamanya alam melayu berpaksikan kepada pusaka. Dan pusaka ini juga terpakai olih Kesultanan Melayu .

Cuba kita imbas kembali dalam penggantian Sultan atau Raja Raja Melayu, semuanya terkait dengan pusaka

Sekiranya seseorang Raja yang dilantik yang bukan datangnya dari keturunan yang memegang pusaka, niscaya, berbagai bagai rintangan dan dugaan pasti berlaku.

Ambil contoh di Istana Lama Seri menanti, kenapa pengganti  Allahyarham Tuanku Abdul Rahman terpaksa meninggalkan Istana Lama dan tidak melakukan adat istiadat pertabalannya diistananya tersebut.

Adakah pengganti nya dahulu tidak yakin dengan "takhta" yang dipegang itu tidak menepati syarat pusaka?

Banyak penceritaan dari mulut kemulut menngatakan bahawa " pusaka" tinggalan Yang Di Pertuan Besar dahulu amat " keras".

Begitu juga dengan Istana Bukit Chandan. Adakah kelompok yang bukan dari keturunan yang memegang pusakanya berani untuk melakukan istiadat pertabalan diatas singgahsana sekira yang menggantikan itu bukan dari yang berhak? Begitu lah senonim tentangnya kebenaran dari perihal pusaka ini.

Yang ingin diutarakan adalah mengenai keceluparan lidah dan kata kata Najib
Beliau mengungkapkan kata-kata bangang, bodoh, kepala bapak kau dan terkini melabel seseorang dengan ungkapan " dua ekor".

Adakah peradaban Bangsa Melayu yang kaya dengan kata tutur yang berbudi pekerti yang didakwa dilahirkan dari kalangan orang orang kaya Istana,menggunakan istilah ini?

Kelompok istana mahupun anak-anak Raja pun tidak akan sanggup mengungkap kata kata menghina terhadap sesiapa pun dikhalayak ramai kerana pusaka yang diwarisi tidak mengizinkan.
Kata kata yang dilafaz adalah kata kata kias dan berlapik.

Tetapi tradisi ini dipecahkan olih golongan yang mengaku diri dari orang orang kaya Istana.

Walaupun kita diera moden dan maju ini terdapat juga dari kalangan anak cucu cuba memperlekehkan hal hal' "pusaka" yang dikata kepercayaam kuno dan tidak masuk akal ini namun perlu kita ingat ' bahawa" setiap pertabalan samaada Raja , Sultan mahupun YDPA, " istiadat " pertabalan tetap mengikut ' cara lama.  kenapa?

Adakah itu peraturan adat???

Berbalik pada cerita dan perilaku Najib Adakah "pusaka" tanah Melayu bersetuju dengan apa yang diluahkan oleh Najib?

Bagi diri manusia yang berkeadaan zahir ini ada yang suka dan ada juga yang menentang Najib tetapi adakah " pusaka" Tanah Melayu ini juga bersetuju dengan Najib yang berjawatan Memanda Menteri?

Perlu diingat bahawa kita tidak hidup sendirian dibumi pusaka ini tetapi ' bangsa jin" juga ada bersama.

Cahaya Al Majid

Pengetahuan Ilmu tentang "Alam Melayu" dan Pusaka Tanah Melayu perlu dihayati.










Wednesday 15 November 2017

THE PROMISED LAND: TANAH YANG DIHINA.

Bismillahirrahmanirrahim.

ANAK CUCU PESAKA DIHINA
TUAN TANAH YANG MEMBELA

Tanah Melayu ini adalah tanah pusaka
Pusaka yang kita miliki dari arwah arwah moyang kita telah dahulu.

Kenapa kita panggilkan tanah melayu ini sebagai tanah Pusaka?
Pusaka itu bermaksud tanah yang 'bersaka" atau berpenunggu.

Bagi orang kebanyakan atau yang tidak berilmu seperti yang ada kini apa yang mereka tahu dan faham hanyalah " tanah berpenunggu' seperti tanah milik ibubapa ataupun tanah milik turun temurun yang berpindah dari nenek moyang mereka dan kepada ibubapa mereka. Itu yang mereka faham dan sangkakan.

Namun istilah sebenar tentang " pusaka" atau " pusaka yang ditinggalkannya" dan apa.yang dimaksudkan olih orang terdahulu sebenar nya membawa maksud " penunggu tanah tersebut atau saka tanah tersebut" yang tidak termengerti olih orang masakini.

Itu sebabnya kabanyakkan mereka mereka yang telah menjualkan " tanah.pusaka' peninggalan nenek moyang mereka kebanyakkanya " merana" ataupun ditimpa bala.

Kita bukan bercakap tentang cerita tahyul atau rekaan tetapi Allah SWT telah berfirman bahawa kita manusia dijadikan olih Allah SWT dari tanah. Dari tanah ini juga Allah SWT akan membangunkan kita kembali.

Oleh itu fahamkah kita tentang " hebat"nya tanah ini?
Lupakah kita tentang kisah Simiri bahawa dengan tanah yang dipijak dari bekas tapak kuda Jibrail itu telah dijadikan ' lembu" yang pandai berkata kata?

Untuk pengetahuan pembaca " pesaka tanah' yang kita warisi ini sedang marah ?
Perhatikan betapa banyak kes histeria berlaku dinegara kita? Berapa banyak kes orang hilang dihutan? Ada yang jumpa jalan balik dan ada juga yang hilang terus tanpa jejak.

Kenapa bila kes orang hilang dalam hutan tetapi apabila " azan" dilaungkan, kebanyakan mereka yang hilang ini pasti akan jumpa jalan pulang kedunia sebenar? Kenapa?

Begitu juga apabila terdapat kes kes orang jatuh sungai ,lemas.dan hilang tetapi apabila kaedah.yang serupa dilakukan, InshaAllah, mayat pasti timbul?
Adakah dengan "azan' yang dilaungkan itu Allah SWT makbulkan doa ?
Fikir dulu.sebelum buat tekaan atau andaian

Disingkatkan pengolahan.

Hutan telah kita tebang, emas.hitam telah kita korek serta bermacam macam lagi khazanah alam diatas tanah mahupun didalam tanah telah kita terokai, pernah kah kita memperdulikan " pesaka' tadi?

Tak cukup dengan itu, dengan hasil yang diraih dari segala hasil masyulnya buminya namun apa yang terjadi, bergaduh sesama sendiri kerana ' kuasa" .
Kuasa yang dikejar adalah " hasil kekayaan" iaiti hasil masyul bumi .Itu.yang diperebutkan.

Kini anak cucu bergaduh, mencaci,menghina sesama.sendiri..Ungkpan ungkapan yang diajarkan tentang tertib bahasa mula hilang dari lidah atau mulut anak cucu.

Kerana kemarahan yang tidak tertahan maka digelarnya mereka.ini " dua ekor". Menitipkan kata kata kemarahan dengan ungkapan " 2 ekor", bukan manusia saja.yang marah tetapi " pesaka" bumi pun turut marah.

Nak tahu apa akibatnya, secara details akan saya sambung tuliskan ini. InshaAllah.

Kepada Najib dan Ahli Keluarga ,.Apa.yang anda titipkan itu sebenar mengundang banyak bala.
Buka keluarga awak saja yang akan kena malahan ramai dari sekutu awak juga pasti akan terkesan kerananya.

                 Cahaya Al Majid













Tuesday 14 November 2017

THE PROMISED LAND: DOSA GUAN ENG DIA NAMPAK TAPI...

Bismillahirrahmanirrahim.

ISLAM SEMAKIN PUPUS
DIHATI MEREKA

Kuman seberang laut nampak tapi bangkai gajah depan mata, busuk dan berulat buat buat tak nampak pulak .

Inilah manusia, apabila kesalahan orang lain semuanya dikata ' bala" dari Tuhan tetapi ' melanun duit rakyat" , " curi duit rakyat" tak pula berani mengatakan salah dan tak berani pulak ikut hukum Tuhan.

Baik UMNO mahupun PAS dua dua sama, dua kali lima je.

Dah tentulah Lim.Guan Eng tu bukan Islam dan tak beriman dengan Al Quran tetapi dua mangkok hayun.ni, seorang dari UMNO dan seorang lagi dari PAS, mengaku je Islam tetapi tidak pulak berani menegakkan kebenaran.

Kalau benarlah mereka ni benar benar mementingkan Islam seperti yang diwar-warkan, kenapa, tak berani tegur Najib tentang wang SRC 40.juta yang masuk keakaun Najib?

Bukan menjadi kesalahan ke kalau duit tersalah masuk keakaun kita dankita terus membelanjakanya. Bukan ke sepatutnya Najib memulangkan semula wang tersebut?
Menteri tahu mufti tahu ulama tahu,kenapa " bisu".
Mana undang undang?

Kalau rakyat biasa tersalah terima dan terbelanja " dah masuk dalam" dah.

Berbalik cerita Guan Eng dan Penang ni.
Masihkah UMNO dan PAS mahu ' melebel isu banjir dan tanah runtuh ini sebagai " hukuman" atau " peringatan" dari Tuhan.

Kalau itulah fahaman UMNO dan PAS, maka, apakah kehilangan MH370, pengeboman MH 17, kerugian 1MDB, penyelewengan FGV, dan bermacam macam hal berlaku dibawah Kerajaan BN ini bukan petunjuk dari Allah SWT atau mereka nak kata bahawa peristiwa-peristiwa itu adalah takdir dan ketentuan dari Allah SWT pula?

Jangan mempermainkan "hak" Allah SWT. Sepatutnya bila bencana banjir terjadi maka sama samalah berikhtiar untuk membantu mereka yang terlibat dan bukan "mengaitkan" Allah demi.kelangsungan politik masing-masing.

Ada otak letak kat lutut!!!!
Bangang!!!
Cahaya Al Majid

THE PROMISED LAND:JANGAN.DABIK DADA.

Bismillahirrahmanirrahim.

BERKUASA DALAM MINORITI
ITUPUN MASIH TAK SEDAR DIRI.
SENGAJA TEMPAH MAUT
ITULAH KERAJAAN YANG TAK
KENANG DEK UNTUNG!?!

Jangan terlalu perasan kerana kuasa yang dimiliki adalah diatas komposisi kemenangan yang hanya 49% dan buka 51%.
Hanya kerana memenangi kerusi yang rendah penduduk dalam kerusi Parlimen yang dimenangi tidak bermakna anda menang semuanya.

Kena sedar diri. Kalau ikutkan populariti dan pengiraan pengundi rakyat BN dah pun kecundang.

Jadi kepada Pak menteri Pak menteri mahupun pemimpin BN serta UMNO cukup cukup lah mendabik dada.

Disisi rakyat anda dan kecundang.

UMNO dan BN kena sedar diri walaupun dalam PRU 13 " banyak" dedak ditabur untuk membeli jiwa rakyat namun kejayaan besar BN dan UMNO  hanya diperolehi dari kerusi kerusi Parlimen luar bandar serta kerusi diSabah dan Sarawak saja untuk membentuk kerajaan.
Tanpa sumbangan kerusi Sabah dan Sarawak dah lama UMNO dan BN melingkup.

Dengan berbagai bagai  isu timbul samada terhadap Najib mahupun terpecatnya Muhyiddin , Shafei Afdal, Mukhriz serta keluarnya Dr Mahathir dari UMNO adakah UMNO merasakan kelompok mereka bertambah kuat?

Atau dengan keluarnya Shafei Afdal dari UMNO dan menubuhkan Warisan adakah UMNO dan BN merasakan bahawa tidak akan ada perubahan ketara di Sabah?

Adakah  Najib ,UMNO dan BN merasakan bahawa dengan cukai GST serta subsidi minyak dilupuskan tidak akan memberi kesan kepada penurunan sokongan terhadap mereka?

Kalau dahulu dengan segala benda telah disuakan kepada rakyat,  Najib, UMNO dan BN hanya dapat 47% undi.  Adakah dengan segala bala yang terpaksa ditanggung rakyat serta kenaikan harga barang serta kos sara hidup yang tinggi, adakah Najib, UMNO dan BN dapat mengekalkan peratusan undi seperti dahulu lagi?

Najib, UMNO dan BN dan sesak nafas . Kalau dahulu tiada PPBM dan gerombolan Dr Mahathir dalam perebutan tetapi kini?

Laga kepala, BN, Pakatan Harapan dan PAS.

Mungkin ada yang kena "serangan jantung" malam pengiraan undi itu nanti atau mungkin juga ada yang lari malam.
Sama sama kita saksikan.

Rakyat dah tetap dengan pendirian.

Cahaya Al Majid

Monday 13 November 2017

THE PROMISED LAND: BUDGET DILULUS: NAJIB SUKA RAKYAT TERKENA!!

Bismillahirrahmanirrahim.

KEKIRI RAKYAT
KEKANAN PUN RAKYAT

Pada pembentangan pertama semalam ahli parlimen kerajaan menyokong sepenuhnya budget Yang dibentang Najib.

Manakala geng nyata pembangkang tidak menyokong budget NAJIB sementara PAS yang blur dengan jantinanya samada pembangkang mahupun kerajaan dilihat seolah olah sedang mencari kepastian tentang gender nya.
Kemungkinan terlebih mirip kepada " kelompok "mak nyah" atau " manusia dua alam"  tidak dapat dipastikan yang gagal menyatakan pilihan nya, amat dikesali dan sekali gus memperlihatkan gender sebenar kelompok mereka.

Najib teramat gembira dengan apa yang dibentang dan melabel Budget 2018 beliau sebagai " ibu segala budget" tetapi buat rakyat apa yang pasti  'bayaran tunai untuk kerajaan Najib dan UMNO'  terpaksa dibuat setiap hari waima 6 sen sehari.

Setiap hari tanpa cuti sepanjang 365 hari rakyat terpaksa membayar cukai GST kepada Kerajaan.Najib dan begitu juga dengan minyak. Setiap hari rakyat terpaks mendepaninya secara tidak rela.

Inilah yang satu satu nya kelebihan Najib dalam mengolah cara bagaimana untuk memenuhi kantung kerajaan beliau walaupun rakyat dipaksa untuk mengikat perut .

Perbelanjaan mengurus yang melebihi segala segala peruntukan dilihat dan dirasakan tidak  memenafaatkan rakyat marhean tetapi lebih kepada kakitangan kerajaan dan pengurusan tertinggi saja.

Dengan imbuhan imbuhan yang tidak setara dengan jawatan mahupun servis kepada rakyat dilihat lebih kepada " membeli diri" penjawat awam untuk kepentingan pemerintah.

Namun satu lagi yang dilihatnya tidak memenafaatkan rakyat adalah pemberian gaji , pencen serta alaun yang tinggi kepada wakil wakil rakyat perlu dinilai semula.

Ketirisan demi ketirisan dikesan disana sini dikementerian mahupun dijabatan. Penambahbaikan mahupun ditegur Akauntan General tidak membawa perubahan.

Gaya hidup kemewahan melampau pemimpin politik Kerajaan mahupun kaum keluarga serta kroni dilihat semakin ketara.

Tetapi apa yang pasti setiap projek kerajaan yang kecil mahupun yang mega, pasti penerimanya berkait dengan kroni parti pemerintah.

Salah laku satu demi satu telah dibongkar dan disiasat namun belum satupun dihadapkan ke mahkamah.

Inilah Malaysia ku.

Cahaya Al Majid





Sunday 12 November 2017

THE PROMISED LAND: BHG AKHIR : SIAPA JADI TANDA KEMUNCULANNYA AL MAHDI??

Bismillahirrahmanirrahim.

KELIBAT DR MAHATHIR PUN TERCALON?

Dari dapatan mahupun pandangan Ulama ulama dari berbagai medium pengajian terutama dari kalangan pengkaji dinegara Indonesia ,Malaysia mahupun  dari beberapa lagi dari negara dari Asia Tengah, kebanyakkan sosok Raja Salman dan Presiden Erdogan dikata bakal meruntumkan jiwa jiwa umat Islam serta orang-orang awam sekiranya dua watak ini ditimpa bencana nyawa.

Haji Hadi yang saya war warkan bahawa beliau adalah diantara salah seorang dari "sasaran" adalah tidak munasabah sebenanya.

Sosok beliau hanya dikenali dikalangan ahli politik Malaysia saja dan sejauh dari itu tidak terkait langsung.
Tetapi antara sosok sosok di Malaysia yang dirasakan sekiranya malapetaka nyawa terjadi keatas beliau.bukan saja mungkin tetapi adalah pasti kegemparan bakal berlaku.

Dr Mahathir adalah diantara Ketua Negara yang ketika di era pentadbiran nya beliau sangat lantang suaranya dan dikenali ramai samaada dipersada dunia mahupun dinegara Islam khasnya.

Ketegasan kata kata beliau dalam mempertahankan bumi Palestin dari belasahan tentera Israel amat ketara dan kerana itu beliau digelar sebagai anti Yahudi.

Begitu juga dengan kelantangan penentangan beliau terhadap usaha Amerika dalam usaha menghapuskan Saddam Hussein dan Iraq melalui jalan perang juga mengundang kebencian Barat terhadap beliau.

Dalam isu penghapusan etnik  umat Islam yang berlaku di Bosnia telah mengangkat lagi kedudukan dan kemarahan Barat terhadap Dr Mahathir secara senyap. Kerana kelantangan beliau dalam mengusulkan dan mengangkatnya isu semasa membuatkan negara Islam di Timur Tengah menyangjungi beliau.

Beliau adalah sosok yang menggerakkan bantuan agar Bosnia dilepaskan dari belenggu dan penyembelih yang dilakukan olih Serb terhadap umat Islam. Dan jasanya sehingga kini dibumi Bosnia tetap dijulang .

Diwaktu Presiden Yasser Arafat berkuasa hanya kepada Dr Mahathir saja tempat beliau mengadu.

Adakah sosok sosok seperti Mahathir terhadap lagi dari kalangan pemimpin Islam masa kini?

Walaupun Dr Mahathir bukan lagi dari kelompok Pemerintah masakini maka musuh politik nya bertambah ramai kini. Dengan kebencian yang ditanam secara berlebihan terhadap batang tubuh ini,membuatkan ' keselamatan' beliau berada pada skala yang merbahaya.

Kalau dahulu musuhnya adalah dari golongan negara yang tidak bersetuju dengan beliau tetapi kini musuh nya datang dari dalam negeri sendiri.

Sebagai rangkuman hanya dua watak ini saja yang kebarangkalian untuk terjadi amat tinggi iaitu:-

Presiden Tayipp Erdogan dari Turki dan
Mantan Perdana Menteri Malaysia iaitu Dr Mahathir Mohammad saja
yang bakal menggegar dunia dan dunia Islam .
Hebat nya Dr Mahathir ini,  didua belah dunia iaitu Timor dan  barat menyangjungi beliau.
Dibarat adalah Bosnia Herzegovina dan ditimur adalah Jepun mahupun Korea .

Ribuan malahan jutaan pasti menjuraikan air mata sekiranya " malapetaka terancang' ini terjadi terhadap watak ini.

Kalau mengikut pengkajian peristiwa " malapetaka terancang' ini akan berlaku dahulu sebelum kemuncak Arab Saudi berkocak sesama keluarga dan serta negara negara jiran.

Semoga Allah SWT merahmati mereka

                 Cahaya Al Majid





THE PROMISED LAND: BHG III: SIAPA JADI TANDA MUNCULNYA AL MAHDI

Bismillahirrahmanirrahim.

ADAKAH TAYIPP ERDOGAN WATAKNYA??

Dari Hadith Rasulullah s.a.w  Timur Tengah ada lah "asbab" yang dijanjikan untuk terjadi " malapetaka" tersebut. Tetapi adakah kematian atau pembunuhan watak yang ditunggu itu datangnya dari Timur Tengah ?
Adakah peristiwa itu bakal menjadi punca kepada segala nya?

Kalau mengikut Hadith Rasulullah s.a.w tentang akan kering nya air Sungai Eufurat atau Sungai Furat, perkara itu kini telah menjadi kenyataan yang tidak dapat dinafikan. Dimana akan timbunya Gunungan Emas dari dalamnya saja yang belum Allah SWT, izinkan.
Adakah ianya bakal jadi kenyataan?

Kalau segala apa yang disabdanya telah pun berlaku atau terjadi satu persatu adakah kita mahu menafikan akan timbulnya Gunungan Emas dari dalam Sungai tersebut?

Berbalik kepada calon-calon atau watak yang sedang diperhatikan.
Watak King Salman sudah, sosok Sultan Brunei dan Presiden Jokowi pun sudah, tetapi kini kita pertaruhkan pula watak seterusnya.

Presiden Tayyip Erdogan

Presiden ini sungguh berjaya dan bergaya. Beliau amat lantang dalam mempertahankan pegangan agamanya iaitu Islam. Beliau sememamgnya seorang ahli politik yang tegas dan amat bertanggung jawab terutama terhadap warga negara nya.
Namun pun begitu nasib umat Islam yang kalau pada pandangan nya dilihat tertindas, sosok ini tidak akan duduk diam malahan akan bersuara di persada antarabangsa bagi menyuarakan pandanganya.
Beliau satu satunya watak yang berani untuk menegur pemimpin Yahudi secara terangan tanpa berselinsung.
Beliau pernah mengherdik Pemimpin Israel iaitu Simon Peres di Pertubuhan Bangsa Bersatu kerana Simon Peres berbangga dengan kerakusan.bangsanya dalam menindas umat Palestin.

Dengan ucapan yang amat 'riak' ,sombong dan membanggakan diri itu yang telah diberikan tepukan hangat kepada Simon Peres, maka, dengan selamba dan penuh berani Tayipp Erdogan menyergah dan memperlekehkan  Israel di PBB. Ketika Ban Kim Moon ada Setiausaha PBB.

Kehebatan beliau yang telah berjaya membangunkan negara nya dalam masa yang singkat lebih kurang 10 tahun amat dikagumi.
Kini Turki sudah setaraf negara Eropah atau negara yang menuju maju.
Kelancangan mulut beliau terhadap sesiapa saja yang cuba memperlekehkan Islam dan negara Islam pasti dibentes .

Tetapi dikalangan pemimpin pemimpin negara Arab pula, ada yang bersekutu dengan beliau dan ada yang tidak. Mungkin diatas kelantangan beliau dalam memperlekeh pemimpin Islam yang dilihat nya.hanya sebagai mementingkan kekayaan peribadi dan suku sendiri, beliau dilihat seolah-olah seperti "duri dalam daging' kepada Timur Tengah.
Dan satu lagi faktor yang dilihat beliau sebagai bukan dari "kalangan" adalah kerana beliau berbaik baik dengan Iran. Dimana sebahagian pemimpin Timur Tengah termasuk Arab Saudi melabelkan Iran sebagai " seteru".

Sekiranya  dengan pembunuhan mahupun kematian terancang terhadap diri beliau , adakah dunia Islam akan meratapi nya. Atau adakah kemarahan orang ramai dan orang Islam akan memuncak di serata bumi Islam sekira nya beliau terbunuh?

Nampaknya sosok Tayipp Erdogan dilihat sebagai calon yang dekat dan yang paling berkemungkinan.

                    Cahaya Al Majid

                Bersambung BHG IV



Saturday 11 November 2017

THE PROMISED LAND : SIAPA JADI TANDA KEMUNCULAN AL MAHADI BHG II

 Bismillahirrahmanirrahim.

KAJIAN ATAU DAPATAN AKHIR ZAMAN YANG TIDAK BOLIH DIKETEPIKAN
SIAPA BAKAL MELEDAKAN
KETIBAAN AL MAHDI

Siapakah diantara watak watak pemimpin Islam yang benar benar menegakkan syiar Islam dan jasanya di rasai olih umat Islam di dunia dan "meledakkan' kesayuan hati umat Islam " kerana "malapetaka" keatasnya adalah di rancang.

Apakah kematianya mahupun pembunuhan terhadap watak watak ini adalah permulaan kepada kedatangan watak yang dinanti iaitu Al Mahdi

Adakah Raja Salman dari Arab Saudi ?
Adakah Sultan Hassanal Bolkiah dari Brunei Darussalam?
Adakah Jokowi dari Indonesia?
Adakah Tayyip Erdogan dari Turki atau
Adakah Hj Hadi selaku Timbalan Ketua Kesatuan Ulama Muslim Sedunia?
Atau......

Kerana watak yang dicari ini telah mencetuskan  'keriuhan" serta ' kegemparan' diserta dunia kerana ' kelantangan' suara dan tindak tanduknya dalam mempertahankan Islam dan kebiadapan musuh Islam.

Adakah pembunuhan mahupun kematian watak ini bakal mencetuskan fenomena yang akan dirasai di serata pelusuk dunia termasuk yang dilangit.

Kita lihat satu persatu watak yang disebutkan.

Raja Salman dari Arab Saudi.

Naik takhta pada tahun 2015. Memulakan intervensi terhadap Yaman dan berperang sehingga sekarang.

Untuk membuat justifikasi bahawa beliau adalah seorang yang telah memakmurkan dunia Islam, rasanya belum layak lagi dan untuk mendatangkan kegemparan mahupun keriuhan didunia Islam juga belum lagi.

Mungkin Yamen ATAU Syria serta Iran juga tidak akan terkesan sekira apa apa yang bakal berlaku kepada beliau.

Justifikasi untuk mengaitkan Baginda bakal meriuhkan dunia Islam tentang kedatangan Al Mahdi bolih dipertikaikan.

Tetapi permulaan terhadap perpecahan dan peperangan sesama sendiri dibumi Arab Saudi kebarangkalian  untuk berlaku adalah amat tinggi.
Dan punca kepada pertembungan ini bakal menghadirkan Al Mahdi diBumi Mekah.

Sultan Hassanal Bolkiah Brunei Darussalam.

Baginda merupakan satu satunya Raja mahupun Sultan dari Negara Islam yang memerintah negaranya paling lama dan paling kaya.

Kalau dilihat secara mendalam
Baginda tidak mungkin ada musuh diluar mahupun dalam negara nya sendiri.

Disegi keutamaan agama pula, Baginda hanya dilihat sebagai Sultan yang hanya menjaga hal ehwal kepentingan negaranya dan rakyatnya saja.

Keterlibatan beliau dalam isu isu besar yang memungkinkan agama Islam tercemar dikalangan masyarakat dunia selalu dijauhi.

Dengan watak yang tidak keras dan tidak meninggalkan "uumph' atau " wow' factor kepada umat Islam dunia maka Baginda bukanlah salah seorang dari  faktor itu.

Presiden Joko Jokowi Indonesia.

Beliau merupakan Presiden ke 7 buat Indonesia  yang mengambil alih kepimpinan dari Bambang Yudhoyono. Beliau satu satu nya Presiden yang bukan berlatarbelakang tentera yang menggapalai negara Indonesia.
Merupakan orang ke 11 paling berpengaruh didunia Islam pada 2016 dan dilahirkan pada June 1961.

Walaupun beliau telah menerima bermacam macam anugerah dari luar negara namun keberadaanya dalam posisi ketua negara amatlah baru.

Untuk meletakkan beliau sebagai salah satu watak yang dapat menggegarkan dunia sekiranya malapetaka menimpa beliau dan ditangisi olih seluruh warga Islam , mungkin belum sampai tahap.

Walaupun negara Indonesia membarisi 90 peratus rakyatnya beragama Islam, namun jasa serta kelantangan suara beliau di peringkat dunia terutama berhubung isu Islam masih belum'memberangsangkan'
Untuk itu Jokowi bukanlah pencetusnya.

                  - Bersambung-
                 Cahaya Al Majid








THE PROMISED LAND : SIAPA JADI TANDA KEMUNCULA. AL MAHADI

Bismillahirrahmanirrahim.

Rata rata segala apa yang disabda Baginda Rasullulah saw berhubung permulaan terjadinya kiamat kini semakin nyata dan telah berlaku.

Sabda baginda berhubung percakaran pewaris takhta Raja Arab Saudi antara ketiga tiga putra Rajanya sudah diambang peletusan.

Pertembungan yang 'berasbabkan ' harta duniawi" yang berpaksikan kepada ' kuasa' dari kalangan anak anak mahupun cucu serta waris keturunan mula menimbulkan percakaran sesama mereka.

Kalau dahulu Arab Saudi sebuah negara yang kaya raya dari hasil minyak nya dan telah membuatkan semua cabang cabang zuriat dari Rajanya hidup seolah olah seakan tiada esok, mewah dengan kemewahan melampau tetapi kini keadaan itu telah bertukar wajah.

Kalau dahulu simpanan luarnya bernilai beratus billion USD dengan hanya membarisi 27 juta penduduk , namun, kini keadaan ekonomi nya semakin merudum dan perbelanjaan negara pun dalam keadaan " dificit".

Hanya tinggal King Salman serta dua orang lagi putra dibawah ayahanda nya yang masih ada namun hari ini kisah indah keluarga terdahulu semakin suram. Dengan penangkapan beberapa tokoh dari kaum keluarga terdekat serta beberapa putera raja dan menteri nya sedang ditahan dan dituduh rasuah dan dikatakan telah mengaut kekayaan negara demi kepentingan mereka sendiri.

Penyisihan dari keluarga terdekat Raja Salman untuk bergilir takhta telah nyata dan kini anaknya telah diangkat sebagai Putra Mahkota olih Raja Salman.

Menafikan hak putra Mahkota yang dilucutkan hak sekali gus menafikan hak takhta seperti yang diamanahkan oleh Ayahanda nya bakal ' membenarkan" lagi sabda Rasulullah saw terhadap hadith hadith tentang kemunculan sosok Al Mahdi.

Pergeseran dalaman yang menjurus kepada perpecahan Arab Saudi sebagai sebuah negara berdaulat sudah semakin nyata . Perlu kita tahu bahawa " dendam" dan "mendendam" adalah.sifat yang amat ketara bagi bangsa ini.

Kekecohan adalah pasti dan tidak dapat dielakkan lagi. Keruntuhan kerajaan amatlah dekat ibarat ' nyawa dipangkal halkum'.

Ramai dikalangan pengkaji , Ustaz mahupun Kyai Kyai Agama akhir zaman atau berpendapat bahawa kedatangan Al Mahdi atau munculnya yang ditunggu terkait dengan keberadaan Raja Salman.

Beliau dijadikan penanda aras kepada permulaan ketidak stabilan Timur Tengah dan permulaan kepada kedatangan Al Mahdi.

Adakah dapatan  ini benar atau cubaan untuk meraih halwa pendengar pentaksub atau sememang ada ajenda sebaliknya, nantikan , pencerahan selanjutnya.
Atau ada watak lain selain Raja Salman yang menjadi asbab kepada kumunculan Al Mahdi, nantikan diepisod yang lain.

Salam.

Cahaya Al Majid



Friday 10 November 2017

THE PROMISED LAND: APA YANG NAJIB MERAPU NI!!?

Bismillahirrahmanirrahim.

GST NAJIB : GASAK SAMPAI TENAT
SST MAHATHIR : SIKIT SIKIT TAU!!!

Terkesan dengan cadangan Dr Mahathir yang mahu menghapuskan GST sekira Pakatan Harapan berjaya ke Putrajaya , tetiba hari ini Najib meroyan seluruh badan.

Yang sedap nya Najib kata pembangkang menipu tentang GST.
Samaada Najib faham atau sebenarnya sakit jiwa atau tak bolih fikir, biar lah kat dia.

Yang diutarakan olih Dr Mahathir adalah menghapuskan cukai GST tetapi mengekalkan kembali percukaian cara lama iaitu SST. Salah ke?

Kalau SST itu sememangnya tidak membebankan rakyat dan bolih memakmurkan kehidupan rakyat seharian tanpa terbeban dengan cukai seperti GST, apa ada hal.

Sebenarnya apa yang diperjuangkannya Dr Mahathir adalah untuk kemaslahatan rakyat dan.bukan untuk kepentingan diri nya. Itu yang tidak mahu diterima dan dihadam olih Najib dan UMNO yang cuba di perlekehkan.

Dan kenapa Najib dan UMNO serta Kerajaan yang  beriya iya mengenakan cukai GST adalah untuk mencukupkan' dana' perbelanjaannya yang terkucil akibat kejatuhan harga minyak global.

Olih itu untuk menampung 'kelopongan" dari hasil minyak itu maka,cukai atas rakyat atau GST adalah sumber nya.

Tetapi kita perlu ingat bahawa diera SST dahulu walaupun lapuk bak kata Najib, adakah subsidi untuk rakyat yang diberikan kepada rakyat ditarik atau dilupuskan? Tidak ada bukan.

Tetapi dengan pengenalan cukai GST yang dibebankan keatas rakyat dan pada masa yang sama subsidi yang sepatutnya dinikmati rakyat ini kenapa perlu ditarik. Ini yang kita tak faham.

Ini tidak balik balik kata, GST elok untuk negara  dan harga barang akan turun.

Kini Najib pula nak tahu makesnima apa yang Dr Mahathir atau pembangkang nak gunakan bagi mengimbangi kelompongan dari hasil Petroleum itu.

Agak agaklah Najib, tak kan Pembangkang nak buka rahsia atau senjatanya cara bagaimana nak menampung " kelompongan" hasil itu kepada awak.

Kalau dahulu dizaman negara di serang Soros kes matawang pun Dr Mahathir tidak menggunakan " cara konvensional" yang barat dan Imf mahukan tetapi melalui " otak geliga' nya, negara berjaya mengharunginya tanpa meminjam pada IMF pun.

Satu dunia mentertawakan " kegilaan idea Mahathir", tetapi, apa kesudahanya?
Satu dunia terpegun dan tekesima dengan kejayaan Dr Mahathir.

Siapa yang malu ketika itu?
Satu dunia malu dibuat olih Mahathir.
Ini baru dipanggil " otak  brilliant " , gunakan otak sendiri dalam menyelesaikan masalah dan bukan meletakkan bebanan kebahu orang lain.

Baru lah layak dipanggil Pemimpin rakyat.

Sudahlah Najib, kalau setakat pandai nyanyi dan berhibur saja di Sri Perdana tu,.pada tiap tiap minggu, sambil dengar bini nyanyi dan joget apa kejadahnya.

Rakyat kat bawah ini hidup susah pun kau bukan peduli pun.

Cahaya Al Majid

# band pengiring Dtn Sri Rosmah, Dato' Syed Sobri dan Datin Azie tak ikut sekali ke,  ke Vietnam tu..Manalah tahu kot kot Dtn Sri Rosmah nak hiburkan kengkawan  kat sana plak, macam lawatan lawatan sebelum ini.







Thursday 9 November 2017

THE PROMISED LAND : ANTARA ANNUAR MUSA -LIM GUAN ENG

Bismillahirrahmanirrahim.

JASA LIM GUAN ENG NAMPAK
JASA ANNUAR MUSA ADA KE???

Annuar Musa adalah Ahli Parlimen Katereh dan kini diangkat olih Najib sebagai Ketua Penerangan UMNO tetapi malangnya apabila jawatan Pengerusi MARA diamanahkan kepada beliau, berbagai onar berlaku dalam MARA.

Pembelian asrama di Australia dengan harga "markup" serta membiaya atau sponsor pasukan TRW Kelantan sewaktu beliau menjadi "boss' untuk kedua dua entiti tersebut didapati ada kesalahan " conflict of interest' .

Melalui Ismail Sabri kini beliau tiada lagi jawatan di MARA sementara menunggu hasil siasatan untuk pendakwaan ataupun kena bicara.

Tapi biasa lah kalau orang kuat UMNO atau geng Najib...Susahlah nak dibawa kemahkamah untuk didakwa kerana imuniti yang dimiliki mereka seolah olah satu SOP atau ikutan buat badan berkuasa samaada Polis, SPRM mahupun AG mentaati nya.

Berbalik pada cerita Annuar Musa ni, dia kata Penang tu "failed state". Samaada Annuar Musa sedar atau tidak, yang failed adalah diri beliau.
Dari menjadi ketua kemudi  bagi TRW Kelantan sampai lah ke MARA , apa dah jadi?

Dibawah  dia TRW hutang gaji pemain berbulan bulan tak bayar sampai kecoh satu Malaysia. Duit sponsor masuk tapi tak tahu belanja kemana. Apa dah jadi sekarang pada TRW.

Begitu juga dengan MARA, jadi Pengerusi MARA , MARA pun terjebak hutang juta juta hingga terpaksa jual asrama penuntut di Australia.  Tak cukup dengan tu, dikata pula hartanah itu dibeli dengan harga " runding" dimana ada kroni yang sapu duit overpriced tu.

Macammana nak kata Annuar Musa berkredibiliti dan berjaya sebagai ketua?

Lihat apa.yang dipegang olihnya semuanya hancur.bukan sekarang saja tetapi sejak dia jadi Menteri dulu pun sama gak. Banyak jugalah skandal yang tertimpa atas dia.

Bukannya saya nak mengangkat Lim.Guan Eng tetapi kita harus berpijak pada bumi yang nyata.
Semenjak Lim Guan Eng menjadi ketua menteri setelah mengambil alih dari Gerakan,.Bermacam macam perubahan ketara yang dibuat keatas Penang.

Kemajuan yang dibawa berlipat kali ganda jika dibandingkan dengan Gerakan mahupun MCA.
KDNK Penang pun mencanak  dan rakyat Pulau Pinang pun gembira dengan apa yang dikecapi kini.

Nak tahu samaada rakyat negeri nya berduit atau tidak..Terutama Melayu..pergi lah tanya usahawan usahawan  kuala Lumpur yang join Booth Di Pulau Pinang..Gempak BEB..hasil lumayan , itu tanda nya rakyat dia menikmati hasil kemajuan dinegerinya.

Kalau nak banding antara Lim.Guan Eng sebagai puak pembangkang dengan Annuar Musa sebagai agen Kerajaan yang berstatus,  jarak nya, ibarat langit dan bumilah.

Kejayaan Lim Guan Eng nyata dan dapat dilihat dan dirasai olih warganya tetapi apa kejayaan Annuar Musa yang dapat dilihat olih rakyat terutama pengundi nya di Katereh?
Berjutakan kah investment yang berjaya dibawa masuk ke Ketereh?

Lain kali bila nak sindir orang, ukurlah baju di badan sendiri. Jangan asyik nak melalak dan membodek.

Rakyat tahu siapa itu ANNUAR MUSA.

Cahaya Al Majid


THE PROMISED LAND : RENUNGAN JUMAAT : TIPS: CARA MENGESAN SEKIRA NYA "TERKENA"

Bismillahirrahmanirrahim.

JIN ATAU SYAITAN

Kenapa dunia Melayu di nusantara ini terkait dengan permainan sihir?

Kenapa terdapat banyak kelompok kelompok yang menghuni bumi nusantara masih mempraktikkanya sehingga sekarang.

Kalau dahulu kita pernah digembar gemburkan dengan cerita orang kebal, parang terbang malahan "menjurus" musuh hanya dengan menggunakan " mantra" atau pun " ayat ayat " adakah itu semua benar?

Walaupun cerita cerita begini amat susah untuk dihadam kebenaranya diera serba canggih ini, namun kebenaran kejadian tidak dapat dinafikan keujudanya.

Ada yang berkata ini terjadi kerana terdapat "perantara" yang diguna disebalik kejadian ini,namun pembuktian secara ilmiah ataupun nyata belum dapat dipastikan.

Tetapi apa yang pasti tuduhan terhadap menggunakan khidmat " jin" sering dijadikan alasan untuk menguatkan hujah.

Walauapapun kejadian histeria mahupun penyakit misteri atau gangguan dari makhluk halus selalu diperkata kan dan dijaja merata rata namun punca sebenar kepada kejadian belum lagi dikenal pasti.

Jadi apa benarkah ' jin" yang dituduh sebagai " penyebab" akan terjadinya sesuatu penyakit misteri itu juga benar?

Orang Melayu yang rata rata beragama Islam dan beriman dengan Al Quran dan melakukan suruhan Allah SWT serta membaca " Bismillahirrahmanirrahim" serta membaca sepenuhnya ayat ayat suci Al-Quran juga terkena ?
Tidak takutkah jin mahupun syaitan terhadap ayat ayat ini?
Olih itu dimana "perlindungan'nya?

Mukadimah permulaan kata kata yang sering kita terlupa untuk melafazkan nya, adalah "Aauuzubillah "yang membawa maksud ' aku berlindung dari syaitan yang rejam" seikhlasnya,saja yang akan menjadi senjata kepada diri kita dari  jin mahu pun syaitan .

Hanya lafas ini saja senjata buat diri kita untuk berlepas mahupun terhindar dari kelompok ini dari melepasi tembok pertahanan diri kita.

Walauapapun untuk mengetahui samaada diri kita terkena ataupun tidak, hanya satu cara yang mudah untuk mengetahui nya.

1..Ambilkan pucuk sebarang dedaun kecuali pucuk atau dedaun yang bolih dimakan.
2. Ambilkan semangkok air biasa.
3. Fidyahkan Al Fatihah kepada diri sendiri sebanyak 10 kali sambil memegang pucuk dedaun tersebut.
4. Celupkan dedaun tersebut didalam mangkok air tadi, lalu letakkan diatas pusar kepala.

Antara 2 ke 3 minit, sekiranya kepala kita berasa pening, tekak merasa mual ataupun badan rasa seram sejuk, itu tanda nya " "terkena"

Untuk menuturalkan semula simptom pening , mual mahupun seram sejuk tadi, ambil air suam dan minum. InshaAllah keadaan akan jadi seperti biasa balik.

Cahaya Al Majid









THE PROMISED LAND: HUSNI TENGAH ' TEST WATER"

Bismillahirrahmanirrahim.

Kita ingat benar benarlah bekas Timbalan Menteri Kewangan iaitu Husni Hanadzlah benar benar mahu meninggalkan portfolionya dalam Kementerian Kewangan kerana terkesan dengan 1MDB seperti yang beliau dakwa sebelum ini.

Dengan alasan mahu mendalami ilmu agama di luar negara maka segala jawatan beliau dalam partinya diserahkan cuma jawatan sebagai Ahli Parlimen saja yang beliau kekalkan.

Mengimbau kembali 15 bulan yang lepas dimana ada satu ketika dalam perbahasan dalam Parlimen beliau mempertikaikan keperluan keberadaan 1MDB dan adakah sosok sosok yang terlibat akan dibawa kemuka pengadilan?

Namun dengan pertanyaan tersebut beliau telah dipanggil untuk memberi keterangan di ibu pejabat polis.
Selepas itu sosok Husni Hanadzlah terus ghaib dipersada arus perdana politik.

Samaada benar benar beliau pergi untuk melanjutkan pengajian agamanya diluar negara tidak pula diketahui. Hanya beliau saja yang tahu jawapan nya.

Hujan tidak ribupun tidak, tetapi kalau hujan dan ribut membadai Pulau Pinang dan sebahagian negeri Kedah itu kita fahamlah, sebab cuaca dan serta taburan hujan yang tinggi pada satu hari. Maka wajiblah banjir dan kecoh satu negara.

Ini tidak.. ketika  dalam.sidang parlimen.. tup tup ..meletup menuduh ada "anak buah" nya diliwat olih Anuar Ibrahim.

Peergh...Bolih bikin gawat ni....

Adakah Husni Hanadzlah pasti dengan tuduhan atau dakwaan itu?
Apa yang diucapkan dalam perlimen pasti dicatat semuanya.

Kita sebagai seorang manusia yang sempurna akal fikiran dan berpegang pada kitab Allah SWT , bolih kah kita menerimanya segala tudhan mahupun dakwaan Husni Hanadzlah itu tanpa disokong dengan bukti?

Peergh...Hancur pegangan umat Islam ni.

Adakah kerana Husni Hanadzlah mahu "mengendurkan" kepanasan Najib terhadap dirinya , yang lantang tentang bicara nya berhubung  1MDB dan sosok sosok yang terlihat dahulu?

Kalau benarlah tuduhan Husni Hanadzlah terhadap Anuar Ibrahim itu mahu dipersaksikan olih Allah SWT, sepatutnya beliau menyebut dengan nama Allah SWT dan jadikan Allah SWT sebagai saksi kepada kata katanya, barulah , kata kata atau tuduhan HUSNI Hanadzlah itu bolih diangkat tanpa ragu.

Tetapi kalau sekadat mahu mengangkat Boss dan takut kepada terbongkarnya rahsia rahsia sendiri, maka, nanti kan lah azab api neraka  atau tunggulah azab dunia dari Allah SWT didepan rumah kamu.

Memohon keampunan dan kemaafan dari manusia lebih berat berbanding mohon keampunan dari Allah SWT.

Jadi...bersihkanlah hati..Dan ingat Allah SWT banyak banyak.

Cahaya Al Majid.

Wednesday 8 November 2017

THE PROMISED LAND: NAIK! NAIK!! NAIK!?

Bismillahirrahmanirrahim.

RAKYAT BAKAL TRANSFORM JADI MALAIKAT MAUT BUAT PEMERINTAH!!!

Nampaknya fenomena naik naik dan naik sudah menjadi kemestian diera Barisan Nasional ni.

Walaupun hujan turun turun dan turun di seluruh negara terutamanya yang terlebih turun di Pantai Barat terutama di Pulau Pinang, Kedah dan sebahagian dari Perak.

Walaupun fenomena ini sedikit sebanyak dapat menyejukkan kepanasan hati warga marhean diatas kenaikan harga minyak namun disesetengah bahagian di negara ini pula ada  yang mendung, namun, untuk mengelak perasaan menggelegak hati terhadap Pemerintah atas kenaikan minyak ini sudah tidak terbendung lagi.

Rata rata sindiran, carutan mahupun ungkapan makian terhadap pemerintah iaitu Barisan Nasional dan Najib nampak nya sudah tidak terkawal lagi.

Walaupun ada dedakian pihak UMNO dan Barisan mempertahankan kenaikan ini kerana mendapat upah atau ganjaran dari ketua ketua cybertrooper UMNO namun kehangatan keceluparan kata kata yang dihamburkan olih pengguna menambah lagi kebencian rakyat marhean terhadap kepimpinan sekarang.

Walaupun kerajaan Pemerintah tetap bermegah dengan " sifir" pengiraan harga minyak yang " dikata" mengikut harga pasaran semasa, namun, jika dibanding kan dengan negara jiran yang menggunapakai sistem yang sama, tiada pula sebarang perubahan harga minyak distation mereka.

Atau adakah kerana nilai ringgit kita tidak stabil atau nilainya samakin rendah dan lemah berbanding negara jiran.

Nampaknya kebencian dan kemeluatan rakyat terhadap ketidakupayaan kerajaan memerintah dalam membendung segala kenaikan ini bakal menjadikan rakyat sebagai malaikat maut buat UMNO-BN dan seluruh kabinet Najib untuk dijadikan bacaan talkin pada PRU14.

Cahaya Al Majid


THE PROMISED LAND : SIAPA LEBIH MENGHINA??

Bismillahirrahmanirrahim.

YANG MANA LEBIH UTAMA?

Hanya kerana menggelar Najib sebagai "Lanun Bugis" seluruh warga Bugis di Malaysia berang.

Begitu juga baginda Sultan Selangor juga dikatakan "murka" dan melalui pembesar Istana maka dititah agar Dr Mahathir disiasat dibawah Akta Hasutan.

Walaupun secara terangan bahawa tuduhan dan kenyataan Dr Mahathir itu ditujukan kepada diri Najib saja, tetapi, pengolahan berita yang mungkin sampai kepengtetahuan Istana mungkin dalam versi yang tertambah kuah, maka timbang lah sendiri.

Hari ini pula penyataan dari wakil Rakyat UMNO Selangor pula cuba menitiskan cuka terhadap luka yang belum sembuh dengan cadangan untuk menghantar isyarat sokongan yang dirasakan terkesan sama diatas kemurkaan Baginda Sultan Selangor terhadap Dr Mahathir.

Begitu lah sifat nya ahli politik dalam menjuarai permainan siapa lebih hebat atau siapa juara dalam membelai hati Raja mahupun rakyat.

Lupa kah kita terhadap tingkah laku Jamal Ikan aka Ketua Gerakan Baju Merah aka Ketua UMNO Bahagian Sg Besar terhadap institusi Kerajaan Negeri Selangor atau pun terhadap Azmin Ali selaku Menteri Besar Selangor aka Memanda Menteri kepada Sultan dan Raja kepada Kerajaan Negeri Selangor?

Bukankah tindakan memecah botol minuman keras dihadapan Pejabat SUK Selangor serta melabel kepimpinan Kerajaan Selangor yang dinaungi olih Baginda Sultan iaitu  Azmin Ali sebagai 'haram jadah" tidak pula mereka terkesan akan kebiadapan tersebut?

Sebenarnya apa yang  dibuat olih Jamal aka Ketua UMNO Bahagian Sg Besar dari Parti UMNO itu sendiri sebenarnya telah "menghina" institusi Beraja yang ditubuh atas  syarat syarat Perlembagaan Tubuh Negeri serta yang dilindungi olih Perlembagaan Negeri  yang  mana dinaungi pula olih Baginda Sultan Selangor sendiri. Tetapi.....

Tidak terhina kah Baginda Sultan Selangor serta Kerajaan Negeri Selangor  yang dinaungi Baginda,  serta waris waris Sultan mahupun kerabat kerabat di Raja Selangor diatas penghinaan yang ditujukan kepada Kerajaan Negeri Selangor olih Jamal Ikan ini?

Mana lebih buruk pelebelan keatas Najib sebagai Lanun Bugis  olih Dr Mahathir atau penghinaan olih Jamal Ikan aka Ketua UMNO Bahagian Sg Besar atas keberadaan dan Daulat Kerajaan Negeri Selangor .

Fikirlah sendiri......

Cahaya Al Majid

THE PROMISED LAND : LUAHAN HATI INSAN BERNAMA MAHATHIR !!

Bismillahirrahmanirrahim.

'AKU AKAN PERGI TAK LAMA LAGI'

Sesungguhnya hidup itu lawannya mati. Namun semua itu adalah ketentuan dari Allah SWT Tuhan Yang Maha Esa.

Samaada cepat mahu pun lambat tidaklah seseorang itu mengetahui akan kematiannya melainkan jika seseorang itu benar benar pilihan mahupun mempunyai ilmu Allah SWT iaitu Al Quran.

Cerita ilmu guru guru agama yang hebat dan tahu akan hari kematianya bukanlah sesuatu yang mustahil atau tak masuk akal dan bukan juga tidak pernah berlaku. Cuma kisah itu tidak diperbesarkan olih masyarakat.

Peristiwa seorang Guru Agama di Ampang, Selangor yang pernah mengajar ilmu tentang ilmu Allah SWT dan Al quran , maka, pada hari kejadian, beliau sendiri memberitahu kepada isteri dan anak anak nya bahawa beliau akan kembali kepada Tuhannya sambil mempersiapkan diri di pembaringan menunggu saat.

Setelah semua kewajipan dan amanah telah disempurnakan dan  diberikan kepada isteri dan anak anak beliau, maka, waktu beliau pun sampai.

Dalam.sekelip mata nyawa berpisah dari jasad. Begitu lah hebatnya pemergian arwah Hj Halim yang dicerita sendiri olih anak sulung arwah iaitu Hj Kamaruddin.

Hj Kamaruddin juga merupakan sahabat yang perjalananya juga saya titipkan dalam kisah saya iaitu Perjalanan ke 2 Cahaya Al Majid bersama sama sahabat yang lain.

Prasa gerak diri dan rasa yang tinggi kini sedang dilalui olih Dr Mahathir.

Luahan rasa yang dibuat didalam U tube itu bukan  tujuan untuk meraih simpati tetapi "rasa dalam diri" beliau yang berkemahuan untuk meluahkan ' rasa diri nya".

Kalau mengikut akal manusia, seseorang yang telah lanjut usia semestinya akan merasa sudah tidak lama, tetapi amat jarang sekali kita dapat saksikan akan keterujaan beliau dan kesedihan nya dalam mengenang nasib bangsanya, agama nya dan negaranya yang dirasai olih diri sebagai satu kegagalan beliau merubah nya.

Walaupun mereka mereka ini akan berkata dan menuduh bahawa luahan rasa  ini adalah helah politik namun kesedaran rasa diri bahawa masa beliau sudah semakin singkat dan mana mungkin dapat diperbaiki"nya dalam masa yang singkat ini, maka, berserah dalam kekecewaan pasti menyelubungi diri beliau.

Selalunya manusia.yang hebat, jasa kehebatannya hanya akan di kenang dan diingati selepas kematianya .

Fansuri salah seorang yang dituduh " jahil" dan " songsang" dalam.agama namun selepas kematiannya baru jelas terang perjalananya.Hanya.kata kias yang menjadi sebab.dan asbab nya.

Signal dah pun Dr Mahathir berikan ataupun diaktifkan. Maka dalam waktu kritikal dan nazak ini, tiada siapa dapat menahannya keluh kesah diri nya.

Kehilangan " seorang  pemikir dan pejuang bangsa' bakal  meruntun jiwa setiap bangsa dinegara ini.

Yang mencela, yang menghina dan yang mencaci pasti dalam " keterujaan" bila mengetahui isi hati watak ini  kerana musuh nyata mereka bakal lenyap untuk selama lamanya.

Namun apa yang pasti " diri nya sudah tahu" akan nokhtah nya.

Salam dan doa buat Ayahanda semoga Allah SWT merahmati pemergian serta sempurnalah perjanjian buat setiap anak Adam dibumi ini.

Allahhuakbar.

Cahaya Al Majid.


Tuesday 7 November 2017

KATA KATA HIKMAH : AKU AKAN PERGI TAK LAMA LAGI

https://youtu.be/pRGFs2RnkcU
Type saja kat U tube :AKU AKAN PERGI TAK LAMA LAGI.

Ulasan saja menyusul kemudiannya.

THE PROMISED LAND: JUSUF KALLA PUN NAK TUMPANG SEKAKI GAK??

Bismillahirrahmanirrahim.

URUSIN TEPI KAIN KAMU
JANGAN REPOT REPOT HAL
RUMAHTANGGA KAMI.

Hanya Melayu yang tiada jati diri saja yang mahu mengangkat " suku" nya.

Kalau di Indonesia pun mereka tetap mengaku sebagai " bangsa Indonesia", dan bukan mahu dikenali melalui suku kaumnya maka apa hal Jusuf Kalla mahu Dr Mahathir minta maaf tentang isu suku Bugis pulak?

Hebat sangat kah suku Bugis di Indonesia tu??

Bagida Sultan Johor dan putera putera Baginda pun dari keturunan Bugis.. Tidak pulak Baginda Sultan mahu di kenali sebagai Bangsa Bugis.mahupun berbangga dengan suku Bugis   tetapi , sebaliknya Baginda mahu diri Baginda dikenali sebagai orang Melayu Bangsa Johor .

Baginda perihatin dan arif , bahawa, sekiranya rakyatnya terikat dan terbawa-bawa dengan  "suku kaum" maka ianya hanya akan menggagalkan penyatuan rakyat seperti yang diinginkan baginda Sultan tetapi apabila Baginda meletakkan Bangsa Johor sebagai ' jati diri rakyatnya maka perpaduan dikalangan rakyat terbentuk secara sendiri. Tahniah Tuanku.

Kini semua bangsa dan keturunan di Johor, amat berbangga sekali untuk mengaku diri sebagai Bangsa Johor.
Waima kaum Cina dan India pun berbangga untuk mengaku sebahagian dari rakyat Bangsa Johor.

Ini baru Sultan yang berpandangan jauh dan peka dengan peradaban bangsa serta kemahuan rakyat.
Barulah Sultan disanjung dan disayangi.

Olih itu tidak usahlah Jusuf Kalla cuba menangguk ikan diperairan Malaysia.

Sekiranya Jusuf Kalla selaku Timbalan Presiden Indonesia masih mahu " suku Bugis"nya diangkat, angkat lah semahunya dinegaranya sendiri, kerana di Malaysia kita mahu mengangkat bangsa Melayu sebagai cerminan jati diri yang bersultan dan Beraja kan Raja Raja Melayu serta yang bertuankan kepada Yang Di Pertuan Agong  sebagai lambang penyatuan Bangsa bangsa dinegara ini.

Untuk itu kepada Jusuf Kalla jagalah tepi kain sendiri dari cuba mengintai apa yang ada dalam balutan kain tersebut.

Salam.
Cahaya Al Majid.