Wednesday 27 December 2017

THE PROMISED LAND: TAK USAH KEPOH KEPOH!!!

Bismillahirrahmanirrahim.

ITU URUSAN ALLAH SWT
ALLAH SWT YANG MENENTUKAN

Akhir zaman ni akan terdapat banyak kelompok kelompok manusia yang mendakwa atau mengaku bahawa kumpulan mereka adalah kelompok yang paling dekat dengan susuk yang "dinanti".

Beralasan dengan berlandaskan dari susur galur serta sejarah yang mereka sengaja ciptakan ini,  akan ada yang mengaku bahawa mereka adalah berasal dari nasab dan  keturunan Baginda Rasulullah dan " kata kata manis" ini akan dijadikan "umpanan" dan "pengikat " dalam membuai jiwa jiwa manusia yang " gersang".

Berhati hati...semua, jangan sampai terjebak dan tergadai diri..

Cerita bolih dengar tetapi untuk percaya bulat-bulat , harus, dipertimbangkan dan jangan mudah terpedaya dan menggadaikan diri.

Walaupun tanda tanda yang kita yakini itu semakin dekat dari kiraan pandangan manusia namun itu tidak semestinya sama disisi Allah SWT.

Cuma kita sebagai manusia , kita harus berhati hati dalam perlangkahan kita sendiri.

Mempersiapkan diri untuk menghadap Allah SWT, sekiranya 'diajalkan" dahulu adalah terlebih utama berbanding mengejar "bayang" yang tuan tuan sendiri tidak tahu dimana "keberadaan" bayangan tersebut.

Perkara siapa,dimana dan bila akan turunkan sosok yang dijanjikan itu akan turun atau lahir atau sudah lahir bukanlah hak kita menentukanya kerana semua itu adalah ketentuan Allah SWT dan cuba tanya diri sendiri adakah kita sebenarnya 'telah persiapkan diri"?

Cukup kah amalan?
Sudah beratus ribukah zikir?
Lengkap sudahkah Al Fatihah " membi'ah diri?
Lengkap sudah kah AlFatihan untuk ibu dan bapa?
Sudah "dimatikan'kah empunya diri ?

Banyak lagi kalau mahu diperjelaskan, olih itu jangan nak memandai mandai .

Biarah yang "empunya" diri menyelesaikan apa yang sepatutnya diselesaikan atas perintah 'khaliq"nya.

Seruan hanya akan datang dari Allah SWT, sepertimana "datangnya' diri diri manusia berbondong bondong ke Mekah Al Mukarramah seumpama menunaikan Haji, semuanya diatas kehendak Allah SWT jua.

Sesungguhnya Allah SWT itu amat kasih dan amat sayang keatas hamba hambaNya yang menuruti akan segala perintah Nya.

Cahaya Al Majid.





THE PROMISED LAND: BIDUANDA KALLANG DARAH QANTURAH???

Bismillahirrahmanirrahim.

SELETAR NAN HILANG

Alhamdullilah. Cari punya cari jumpa juga akhirnya.

Walaupun terkeselatan tempatnya,namun, darah keturunan tetap mengalir ditubuhnya.

Kalau dahulu diberitakan hampir semua keturunan Biduanda ini pupus kerana epedemic kolera yang melanda namun ada segelintir lagi yang dipelihara oleh Allah SWT terhadap anak cucu Nabi Ibrahim ini dan masih kekal sehingga kini.

Namun penyentuan seluruh bangsa Biduanda ini pasti akan dijuruskan Allah SWT kepada "kepompong" nya.

Baru baru ini ada sekelompok warga Singapura berbangsa Melayu telah dengan rela hati atau tanpa sedar akan keterlibatan mereka atas nama " persaudaraan sesama Islam" hadir di Luak Johol.

Alhamdullilah walaupun kehadiran mereka disana tanpa kesedaran diri, namun, menjurus tanpa sengaja ini membawa seribu makna yang terungkap.

Walaupun beratus tahun terpisah namun kerana kehendakNya Allah SWT, maka, Bangsa Biduanda ini bakal menghimpun kan lagi " suku sakat" mereka dibumi "Nagari nan satu" ini.

Pangkal ditetas pucuk di lirih
Batang sebatang daun berkuncup.
Batang dibakar nan abu jawapanya
TETAPI umbi tetap memutikkan pucuk.

Selamat kembali moga diberkati.
Biduanda Kallang
Seletar Namanya.

Cahaya Al Majid.

Tuesday 26 December 2017

THE PROMISED LAND : KETURUNAN QHANTURAH DIBUMI MEEM YANG...

Bismillahirrahmanirrahim.

ATAU MASIH ISTIREHAT

Akan menyambung kembali apa yang terhenti.

Penulisan terhenti bukan kerana terpaksa tetapi dihentikan  untuk memberi laluan kepada peristiwa yang telah diaturkan Allah SWT untuk mengambil tempat atau akan keberadaan peristiwa yang bakal berlaku.

Pembenaran akan hadith hadith Rasullulah saw sedang melalui prasanya dengan pantas.

Seluruh bumi nusantara sedang memperkatakan tetapi adakah bumi Arab juga memperkatakannya kebenaran hadith hadith Baginda?

Dibumi Meem yang akan menghadirkan "Nun"  dan  kini, ulama dan cerdik pandai agama serta " pengkaji" " sufi" mahupun " kelompok " makrifat' sedang hangat atau sedang isim dalam mengungkapkan hadith hadith Baginda saw.

Alhamdullilah.

Perlu diingat siapa "anak cucu dan cicit" QHANTURAH.

Walaupun dalam perjanjian Kemerdekaan Tanah Melayu mereka telah menurunkan tanda tangannya tanda bersetuju namun, kehadiran mereka dalam Majlis Raja Raja Melayu kini telah dinafikan haknya.

Sepertimana juga hal nya dengan Israel yang menuntut hak mereka diatas tanah nenek moyangnya, begitu jugalah halnya dengan keturunan Qanturah ini "terhadap" hak nya.

Cuma ketika ini kaum Qanturah sedang dibuai mimpi atau terleka sekejap kerana "dugaan" dunia.

Sedar atau tidak tuan yang pegang 'hak" belum lagi   "menggunakan" "hak veto" nya seperti mana "veto" yang digunakan oleh Kuasa besar dunia dalam PBB.
Begitu. jugalah "perkasa" nya puak.ini.

Kelompok ini melata di serata bumi Tanah Melayu ini. Tetapi kebanyakkanya berpusat di tengah dan selatan Tanah Melayu termasuk Singapura.

Kelompok mereka yang beranak pinak di Singapura juga telah berkembang maju namun antara sedar atau tidak dalam diri mereka tetap mengalir "darah" Qanturah.

Perlu diteliti dalam kelompok Qanturah ini belum lagi melahirnya seorangpun "ulama besar" diantara nya.  Kenapa?

Biarkan dahulu Qanturah ini, waktu dan ketikanya pasti sampai...

Cahaya Al Majid.




Monday 25 December 2017

THE PROMISED LAND : KALAU KERAJAAN CHINA LUPA DIRI!!!

Bismillahirrahmanirrahim.

SANTAU MELAYU PERNAH SAMPAI KE CHINA!!!

Telah tersingkap kisah dahulu kala dizaman Kesultanan Melayu Melaka.
Dengan kangkung, seluruh rombongan Kesultanan Melayu Melaka berjaya melihat rupa Maharaja China.
Masih ingat kisah itu??

Begitu juga kisahnya apabila Maharaja China ketika itu memburuk burukkan Sultan Melaka  dengan  kata kata kejian. Sumpah seranah Maharaja China itu difahami olih ahli rombongan Kesultanan Melayu Melaka dan disampaikan kepada Sultan.

Baginda teramat murka dengan kecaman dan penghinaan dari Maharaja China itu.
Apa terjadi lepas itu???

Maharaja China tersebut didatangi penyakit kulit yang amat kronik iaitu gatal gatal satu badan.

Berpuluh puluh tabib dan pakar "spritual' dari seluruh negara China dikerahkan untuk mengubati penyakit gatal tersebut sehinggalah ada salah seorang diantara tabib tabib itu menyatakan bahawa Maharaja nya terkena "sumpahan' dari Sultan Melaka

Tanpa berlengah Maharaja China telah menghantar rombongannya ke Melaka untuk mendapatkan 'ubat penyembuh" nya dari Sultan Melaka.

Ubatnya hanyalah "air basuh kaki Sultan".
Air itu terpaksa diminum dan dibuat air mandian buat Maharaja.

Begitu lah kejadiannya.

Tahu kah anda apa yang berlaku?

Maharaja China telah di"santau" melalui angin.
Peergh.....

Adakah Kerajaan China telah lupa akan peristiwa yang terjadi kepada Maharaja tersebut?

Alter" tersembunyi' MELAYU masih belum digunakan.

Hanya pengamal pengamal 'ilmu" ini masih "menyorokkan kuku'.

Pengulangan perkara seperti yang dialami Maharaja China ..Masih.dalam pertimbangan "master master'.

Sebagai peringatan kepada Kerajaan China, harap jangan salah langkah.

Jangan sampai "tentera ghaib' menghuru-harakan negara anda.

Cahaya Al Majid.










Sunday 24 December 2017

THE PROMISED LAND : NAJIB TAK G HOLIDAY KE?

Bismillahirrahmanirrahim.

DAH PANEH!!!DAN POLAK !!!
TAK MAIN SALJI KE? JIB!!?

Selalunya pada tika dan saat ini, selalunya Najib dan Keluarga serta kengkawan rapat selalunya meraikan cuti Christmas nya luar negara.

Kalau dahulu malam Christmas, beliau dan gerombolannya di Australia dan pada malam tahun baru pula di Amerika selalunya di Vegas atau LA.

Tetapi pelik bin ajaib jugak, tak dengar pula beliau keluar negara . Tetapi tak tahulah kalau Najib dan gerombolannya dan keluar negara senyap senyap.

Manalah tahu, episod FELDA dah membuak buak dan peneroka Felda pun dah mula "melengseng"  lengan ditambah pula siri kerugian BNM yang berjumlah RM161 billion pun dah mula disungkit Dr Mahathir.

Paneh!!!Paneh?!
Kah Mah pun dah "polak" dah ni.

Nantikan episode..Siapa kena???

Cahaya Al Majid.


Saturday 23 December 2017

THE PROMISED LAND : NAJIB!!NAJIB!!NAJIB!!!

Bismillahirrahmanirrahim.

TAK HABIS HABIS NAJIB NI..

Kerugian serta hutang berpuluh billion ringgit  terbitan 1MDB adalah tanggungjawab Najib.

Kerugian berpuluh billion  FELDA sebab penyenaraian saham FGV juga tanggung jawab Najib.

Kehilangan hak keatas tanah FELDA yang diberikan PA olih Pengerusi FELDA yang "meletup" kini juga dibawah tanggungan Najib.

Kerugian dalam membeli dan menjual beberapa buah hotel di Kota London milik FELDA juga dibawah tanggungan Najib.

Pembelian beberapa buah apartment kediaman olih MARA  yang dianjurkan harga pembelian yang melebihi harga pasaran dan dijual pada harga kerugian di Australia juga dibawah tanggungjawab Najib.

Kenapa Najib terlalu culas dalam memberi kebenaran kepada Pengerusi yang beliau pilih sendiri untuk mengetuai GLC milik Melayu ini terus dirompak semahunya?

Dan yang terkini adalah dana China pula digunakan untuk melunaskan bayaran IPIC yang terhutang dan dikhabarkan sebagai pulangan terhadap pemberian tersebut , semua hartanah milik 1MDB samada di Pulau Pinang, Pulau Indah serta beberapa keping lagi hartanah disekitar Kuala Lumpur juga telah diberikan kepada China termasuklah tanah Lapangan Terbang Sungai Besi.

Berbaloikah tindakan Najib ini ?

Hanya kerana mahu menyelesaikan hutang yang di ciptanya sendiri melalui 1MDB, maka, harta negara dijadikan"galang ganti" atau  'ufti" kepada China sebagai pulangan.
Adil kah buat rakyat dan negara?

Berapa banyak harus digadai  olih Melayu UMNO demi mengekalkan NAJIB??

Cahaya Al Majid.


THE PROMISED LAND : KESABARAN DITAHAP MERBAHAYA.

Bismillahirrahmanirrahim.

SALAH LANGKAH ...PUNAH!!

Tentang kestabilan dan keselamatan negara sememang dari dahulu sehingga kini tiada yang berubah. Semuanya pada kadar biasa dan tiada yang luar biasanya kalau mahu diukur.

Negeri Kelantan, Pulau Pinang serta Selangor yang diperintah olih Parti Pembangkang pun selamat dan sejahtera juga kerajaanya. Malahan rakyat pun tidak pernah menghuru-harakan kerajaan.

Untuk Kerajaan mendabik dada akan ketenteram ini berpunca dari Pemerintahan nya amat jauh sekali.

Kerana, sememangnya sifat rakyat Malaysia ini bukanlah kelompok yang suka cari gaduh mahu pun cari  pasal cuma sedikit peningkatan kadar jenayah disana sini, sememangnya tidak dapat dielakkan, kerana mungkin kerana kesesakan ekonomi sendiri atau keluarga ataupun gangsterisme.

Tetapi sekiranya penguatkuasa samada Polis mahupun badan keselamatan yang lain , dari pangkat tinggi hingga kebawah kalau tidak terlibat dengan "suapan' atau " rasuah" untuk mengisi perut sendiri mahupun berkumpulan inshaallah, ketenteraan awam dan keamanan pasti terkawal.

Olih itu apa yang berlaku bukanlah kerana hebatnya system kerajaan dalam memerintah mahupun bermaruahnya kerajaan yang sedia ada, akan tetapi kerana patuh nya rakyat Malaysia terhadap undang undang,  itu yang sebenar-benarnya melegakan kerajaan.

Akan tetapi sejak kebelakangan ini, situasi melaga laga atau menjebakkan rakyat kepada situasi panas yang dicetuskan olih ahli politik nampak nya semakin ketara dan membimbangkan.

Tuduh menuduh,keji mengeji, hina menghina serta mengungkapkan segala perkataan tidak elok terpacul di mulut pemimpin.

Bohong, tipu dan segala putar belit dalam menghalalkan perbuatan dan salah laku sendiri mahupun kelompok sendiri dilakukan secara terangan olih orang politik. Namun untuk mengakui salah sendiri ,jauh sekali.

Samaada Pemerintah mahupun pembangkang segala tingkah laku mereka sedang diperhatikan olih rakyat secara dekat.

Kerana perbalahan dua pihak ini yang sebenarnya tidak menguntungkan rakyat namun segala salah laku Pemerintah amat ketara ketika.ini.

Salah guna kuasa dan salah guna wang yang dikutip kerajaan melalui cukai  amat jelas kini. Namun tindakan membenteras yang dilakukan hanya sekadar melepas batuk di tangga.

Dan ini mengusarkan rakyat marhean.

Tetapi kali ini kesabaran rakyat sedang teruji samaada rakyat bolih  menerima segala " cemeneh" kerajaan atau sebaliknya hanya keadaan bakal menentukan.

Cahaya Al Majid.




Friday 22 December 2017

THE PROMISED LAND: HARI MINGGU : HARI "CUCI OTAK, CUCI JIWA" -SIAPA ANDA?

Bismillahirrahmanirrahim.

MANA PILIHAN & TIADA PAKSAAN

Siapa mubaligh dan siapa pula pendakwah. Ada yang mengatakan bahawa usaha sebagai mubaligh dan usaha sebagai pendakwah adalah serupa.

Tetapi sedar atau tidak bahawa gerakan mubaligh ini  selalunya bergerak secara sendirian dan tidak berkumpulan dan kebanyakkanya usaha ini tidak digembar gemburkan dan pergerakan mereka selalunya tidak  dapat dikesan akan keberadaanya.

Berbezanya dengan kelompok pendakwah ini . Pergerakan mereka selalunya dalam berkumpulan dan diketuai olih seseorang yang dipanggil ketua.

Kebiasaannya kumpulan pendakwah ini dinaungi oleh kelompok kelompok tertentu samaada Pertubuhan bebas kerajaan mahupun kelompok tertentu yang berdaftar mahupun yang tidak berdaftar.

Gerakan golongan ini kebanyakkanya mensasarkan rumah rumah ibadat seperti surau mahupun mesjid mesjid  atau persatuan persatuan penduduk serta komuniti yang "terkepung'.

Golongan pendakwah ini pula banyak dibarisi olih pendakwah pendakwah yang bergelar "ustaz" , mahupun terdiri dari pegawai pejabat Agama sendiri mahupun orang perseorangan yang dilihat popular dan akan kecondrongan dalam hal hal mengolah permasalahan tentang agama.

Text ceramah mahupun pengisiannya kebanyakkanya disampaikan hanya berkisarkan kepada masaalah yang diketahui sendiri olih masyarakat seperti kisah kisah nabi, tentang hukum, dan yang berkaitan dengan seruan dalam kepentingan beragama serta menyeru masyarakat kearah kebaikan.

Tetapi golongan sasar mereka adalah golongan dari kaum penganut agama mereka sendiri saja.
Namun uniform pendakwah ini selalunya berjubah , berserban, berketayap, mahupun berpakaian kurta.

Namun ada juga personaliti yang menyampaikan ceramah ceramah ini berpakaian serba lengkap seperti berbaju Melayu dan beruniform ala ala "Arab" ini dikenakan samaada mengikut kawasan mahupun persekitaran.

Tetapi amat berbeza dengan "mubaligh". Antara mubaligh mubaligh yang amat 'ketata" keberadaannya dalam masyarakat adalah kelompok 'tabligh".

Tetapi  kelompok "tabligh' ini, pakaian dan uniform mereka amat mudah dikenali akan penampilannya. Kebanyakkan dari mereka selain dari pakaian "kurta'nya, namun seluar yang dipakai hanya setakat atas buku lali yang tidak bercorak.

Dialis mata mereka,  selalunya mengenakankan celak hitam.

Cara pendekatan mereka terhadap masyarakat Islam adalah mengunjungi rumah rumah dan mengajak masyarakat untuk bersama sama mereka untuk menghadirkan diri dimesjid samaada untuk sama sama berjemaah mahupun untuk mendengar kuliah yang di sampaikan oleh ketua ketua mereka.

Dan kelompok inilah yang paling banyak keluar meninggalkannya kaum keluarga . Ada yang berbulan bulan atau setidak tidaknya 40 hari dalam perjalanan berdakwah ini.

Bagi dua kelompok ini iaitu "Pendakwah bebas "dan "tabligh' ini , sasaran mereka adalah dari kelompok umat Islam sendiri. Amat jarang atau tidak pernah  sekalipun 'pendakwaahan" secara terbuka dilakukan kepada penganut agama lain dilakukan dinegara ini.

Belum sekali pun kita dengar penceramah penceramah mahupun para para tabligh ini menwar war kan kepada penganut agama lain secara "open" untuk mereka sama sama menyertai program berbentuk ilmiah yang mereka kendalikan ini.
Kenapa?

Adakah dakwahan hanya untuk umat Islam saja?

Bukankah penganut agama lain selain Islam adalah agama atau kepercayaan terlebih sesat seperti yang dijanjikan olih Allah SWT.?

Kenapa kebenaran kata kata Allah SWT seperti yang diimani sepenuh hati dan penuh keyakinan ini tidak mahu disampaikan kepada bukan Islam?

Bukankah usaha  "mendakwahan" terhadap mereka mereka yang belum mengangkat Allah SWT sebagai  Tuhan itu terlebih utama berbanding dari mengajak umat Islam yang sememangnya "bersahadah" dan mengakui bahawa Allah SWT adalah sebenar benar Tuhan.

Oleh itu dimana keutamaan kita yang dikategorikan olih Allah SWT sebagai hamba-Nya? dalam  menyampaikan kebenaran akan kata kata Nya kepada umat manusia?

Alhamdullilah, tiada satu pun kategori diatas saya tertakluk didalamnya samada sebagai pendakwah mahupun sebagai kumpulan "tabligh".

Apa yang saya lakukan sebagai "makhluk" yang dijadikan olih Allah SWT yang ditakrifkan hanya sebagai "hamba" , seperti telah yang difirmankan dalam beberapa surah Al-Quran terhadap setiap jiwa yang diciptakan Nya, maka menyampaikan kebenaran akan kata kata Nya kepada mereka yang belum mengangkat  atau mengambil Allah SWT sebagai Tuhan yang selayaknya disembah adalah keutamaan .

Alhamdullilah, tugas yang diamanahkan tetap dan masih di teruskan walaupun berbagai rintangan atau kekangan datang sileh berganti.

Olih itu tuan tuan tanyalah diri sendiri, adakah  tuan tuan ini selayaknya dipanggil " Tuan" atau adakah tuan tuan ini hanya " "hamba" kepada Tuhan yang selayaknya manusia itu hanya  sebagai hamba "tebusan sampai "mati'".

Fikirkan, renungkan dimana keberadaan kita sebenar benarnya disisi Allah SWT.
Ada tiga kelompok yang dinyatakan Allah SWT.
Golongan kiri Nya kah,
golongan dikanan Nya kah, atau golongan yang keberadaan yang sisi Nya kah?

Pilihan ditangan kamu? Kata Allah SWT.

Cahaya Al Majid.




RENUNGAN JUMAAT: DUNIA TANPA SEMPADAN?? BENARKAH???

Bismillahirrahmanirrahim.

BETULKAN PERSEPSI.

Dunia dan alam maya ciptaan Allah SWT ini sememangnya tiada garisan ataupun tiada garis pembahagi yang terlihat olih mata manusia.

Tetapi sebenarnya pembahagi mahupun garis pemisah itu sebenarnya ujud melalui kejadian Allah SWT sekira nya manusia itu mengerti bahasa Tuhan.

Allah SWT menjadikan manusia itu bersuku suku dan berbangsa bangsa dibumi ini untuk kamu saling kenal mengenali sesama kamu. 

Dan sekiranya seseorang manusia itu adalah seorang pengkaji mahupun orang awam yang mengerti akan bahasa bahasa Tuhan, niscaya garis persempadanan diantara kamu atau kaum kamu , sudah pasti ini akan dapat membuktikan bahawa garis itu sememangnya wujud dan tergaris tanpa disedari.

Warna kulit samada putih,hitam mahupun coklat adalah jalur yang paling nyata akan garis sempadan nya ditambahkan lagi dengan bahasa yang dituturkan menjadikan lagi barisan barisan itu semakin terang dan dikasarkan lagi garisan itu dengan petak petak dialek bahasa serta suku dan yang terakhirnya dibundarkan melalui pegangan dan kepercayaan agama masing masing. 

Tidak kah itu garis persempadanan atau jalur jalur pembahagian yang Allah SWT gariskan sesama kamu?

Namun persempadanan itu kini sudah semakin lenyap sedikit demi sedikit dan pemisahan itu kini menjurus kepada menjadi satu.

Perkahwinan campur antara kulit putih dengan kulit hitam dan kulit coklat dengan kulit putih serta sebaliknya menjadikan kejadian itu semakin terarah kesatu arah yang Allah SWT tetapkan. Namun garis bahasa dan dialek bukan lagi pemisah diantaranya.

Namun dalam pemisahan berbangsa-bangsa dan bersuku-suku itu hanya kepercayaan dan pegangan agama saja yang masih membezakan.

Tetapi Allah SWT  Tuhan Yang Maha Esa tetap dalam perancangan dan ketentuanNya dan hanya Dia saja yang tahu pengakhiranya.

Walaupun berbagai "clue" atau " kata kias" Nya telah di firmankan melalui kitab kitabnya yang telah diturunkan kepada hamba pilhannya namun untuk manusia atau umat nabinya untuk memahami seratus peratus ketepatan seruan isi kandunganya amatlah diragui.

Perancangan hari Kiamat mahupun liku liku yang menjurus kepada terjadinya Kiamat telah pun dinyatakan dengan terang seperti yang termaktub didalam kitab Al Quran , tetapi penceritaan mahupun jangkamasa bila akan terjadinya peristiwa tersebut " diselindungi' dari pengetahuan makhluknya.

Hanya peringatan Allah SWT dalam surah Al-Anbiya ayat 95- 97 tentang Yaajud dan Maajud saja yang terang dan nyata yang disorotkan buat peringatan semua manusia tentang akan terjadi nya permulaan hari Kiamat.

Al Qamar ayat : 1
Telah dekat datangnya kiamat .Maka terbelah lah bulan

Al Arafah 7/187
Pengetahuan hari kiamat adalah sisi Allah SWT, dan kebanyakkan manusia tidak mengetahuinya.

Untuk itu segala apa yang telah berlaku dan yang telah dan sedang berlaki kini tentang kemunculan akan tanda tanda yang dikata sebagai tanda akhir zaman tidaklah boleh dijadikan sebagai hujah 'soheh" jika Al Quran dijadikan pegangan dan ikutan.

Untuk itu berserah dan melakukan perkara kebaikan demi suruhan Allah SWT serta contohan diri Rasullulah saw sebagai cerminan diri dalam perlumbaan membina diri sebagai umat Muhammad terpilih adalah satu tuntutan.

Menunggu ,menanti dan mencari tanpa berusaha memperbaiki diri adalah satu kerugian.

Cahaya Al Majid












Wednesday 20 December 2017

THE PROMISED LAND: YANG RAKYAT KISAH MACAMMANA KERAJAAN NAJIB NAK TURUNKAN KOS SARA HIDUP..BUKAN...

Bismillahirrahmanirrahim.

BUKAN MENGUNGKIT KISAH SILAM
RAKYAT TAK UNTUNG PUN
SEPATUTNYA FIKIRLAH MACAM
MANA NAK SELESAI MASAALAH RAKYAT
INILAH JADINYA BILA MANA PEMIMPIN
HANYA PENTING KUASA BERBANDING
KEMASLAHATAN RAKYAT.

Yang rakyat kisahkan adalah kepedulian Kerajaan Najib untuk menurunkan kos sara hidup dan menurunkan harga barangan dan keperluan seperti kediaman mampu milik dan pulang pekerjaan untuk rakyat  dan bukan mengungkit kisah 30 tahun dahulu yang tak mendatangkan hasil buat rakyat.

Perkara pokok adalah kemaslahatan kehidupan rakyat buat semua kaum.

Ini tidak ashik ashik menyelongkar kisah lama yang tak membawa faedah pada kehidupan rakyat .

Kalau benarlah UMNO Najib dan kerajaan nya ambil peduli akan wang rakyat yang hilang atau yang tak tahu ke mana, galilah 1 MDB ke, Felda ke, Felcra ke atau mana mana yang bermasalah tu.
Harta harta pembelian MARA pun termasuk sekali.
Kalau benarlah kerajaan yang memerintah ini sebenarnya BERINTEGRITI dan telus serta beramanahlah.

Kalau pemimpin pemimpin  nak menyamun ke, nak melingkup ke atau nak menggadai ke negara ini atau nak pemimpin nak membuang Raja pun rakyat tak kisah, tetapi, jangan menyusahkan kehidupan rakyat sudah lah..

Dahlah Kau orang  hidup dalam kesenangan dan kekayaan kau orang bolih menampung 7 keturunan, tetapi, kami rakyat??
BERSENGKANG mata kena buat dua tiga kerja..

Ini tidak hidup anak bangsa pun susah, semua nya bercukai tetapi hasil cukai tak tahu entah kemana.
Hutang negara bertambah dari.hari kehari.

Kalau dah tahu nilai duit dah merudum dan ekonomi pun tak serancak seperti yang digambarkan, tanggunhkanlah dahulu projek mega tu. Tak perlu pun terburu buru.

Stabilkan dahulu kehidupan rakyat yang sedang sesak ini.

Bila dah ada dana lebih nanti, buatlah apa nak buat, rakyat pun tak kisah. Ini tidak semua nya nak buat serentak, macam negara ni banyak sangat duit.

Dah lah "BUDGET" pun belanjawan difisit tapi masih nak berlagak macam dalam kantung ada "beratus billion dollar".

Ini satu lagi celaka punya pemimpin Melayu.  Ada saja "akal jahat" pemimpin UMNO untuk menjerat rakyat untuk membayar bermacam macam cukai pulak. Tak ke gila namanya tu!!!

Dah lah segala subsidi ditarik dikenakan pula GST dan ada hati pulak nak mengcukai atau mencuri duit jemaah umrah dan Ziarah melalui IMAMS, apa punya giler la kerajaan ni.

Nampaknya pahala dosa atau kebajikan rakyat bukan keutamaan Kerajaan UMNO Najib  lagi untuk diperjuangkan melainkan hanya 'poket rakyat" saja yang mereka mahukan.

Giler punya Kerajaan Najib.

Kalau bagini la modus operandinya Kerajaan UMNO Najib, tiada lagi sebaik doa buat mereka, melainkan, kehancuran parti UMNO saja yang perlu didoakan oleh rakyat.

Cahaya Al Majid.

THE PROMISED LAND: UMNO BUKAN LAGI MUSUH PAS

Bismillahirrahmanirrahim.

ANGANAN CINTA PAS MUSNAH MACAM
KISAH SILUNCAI DENGAN LABUNYA.

PAS tidak lagi bersekutu dengan PKR dan DAP dalam mendepani PRU 14 yang akan datang.

Terungkai dan berkecai sudah persefahaman yang dikenal sebagai Pakatan Rakyat yang diketuai sendiri olih Arwah Nik Aziz mewakili PAS, PKR diketuai olih Anwar Ibrahim dan DAP diketuai olih Lim Kit Siang.

Kelompok pemimpin yang disingkir PAS ketika kalah dalam pemilihan pucuk kepimpinan telah mengakibatkan perpecahan dalam parti PAS .

Kerana didakwa terdapat ajenda peribadi dalam kelompok elitis PAS ketika pemilihan terdahulu, maka kelompok yang tidak sealiran dengan tindak tanduk pucuk pimpinan parti maka ramai dikalangan ahli parti PAS keluar dari parti dan menubuhkan pula parti PAN atau Amanah dalam meneruskan perjuangan mereka.

Antara nama nama besar pemimpin PAS yang disingkir antaranya  Mat Sabu, Mahfuz, Khalid Samad, Hanipah dan beberapa tokoh lagi termasuklah Raja Bahrin dan Mujahid .

Mungkin kerana kelantangan suara mereka berbanding Nik Amar ataupun Tuan Man Tuan Ibrahim dalam menghentam UMNO dan Barisan Nasional yang mungkin tidak digemari ataupun tidak sehaluan dengan pandangan Presiden PAS iaitu Hj Hadi maka, mencantas "pucuk pucuk" yang dilihat sebagai "racun" terhadap kelompok Presiden maka, mengenepikan mereka adalah jalan terbaik .

Diera saf kepimpinan baru ini, cara PAS tidak lagi dilihat sebagai kelompok pembangkang sebenar. Tindak tanduk kepimpinan PAS sekarang dilihat amat mesra dengan UMNO malahan memusuhi pula pihak pembangkang iaitu PKR dan DAP dan terkini PPBM pula.

Segala tindak tanduk kepimpinan PAS ketika ini bolihlah diterjemah sebagai "rakan bersekutu" buat UMNO tetapi tidak mesra kepada MCA, MIC mahupun komponen lain dalam Barisan Nasional.

Kini keakraban kedua dua Presiden iaitu Presiden Parti iaitu PAS dan Presiden Parti UMNO semakin terserlah keintimanya.

Mungkin inilah ajendanya kenapa Presiden PAS untuk tidak mahu ada pemimpin  "suara lantang" dalam PAS  lagi kerana ini akan memudahkan  usaha Hj Hadi  dalam " menjalin ikatan mesra dengan pemimpin UMNO.

Dari apa yang dilihat akan strategi sebenar Hj Hadi , tindakan beliau sebenarnya telah meletakkan kedudukan PAS di Kelantan dalam keadaan bahaya sebenarnya.

Walaupun Ahmad Yaacob dan Nik Amar mentadbir Kelantan secara "back to back's melalui  jurumudi nya ' Hj Hadi's yang berpangkalan dari Terengganu namun kelemahan PAS  amat terserlah diKelantan masa ini.

Sebenarnya keputusan "mutlak" buat negeri Kelantan bukan berpusat di Kota Bharu tetapi ianya berpusat dari Terengganu, itulah yang terjadi kini.

Suara suara pemimpin PAS Kelantan yang satu masa dahulu amat lantang menentang keputusan UMNO dan BN kini "suara suara" itu telah tenggelam dan ghaib semuanya termasuklah suara dari anak Allahyarham Nik Aziz sendiri.

Segala tindak tanduk parti pemerintah bukan lagi keutamaan buat PAS untuk bantah malahan menyokong dan berkecuali dalam beberapa isu penting juga dilihat menjadi amalan PAS diera Hj Hadi ini.

Kenapa dan mengapa PAS berubah versi ataupun sememangnya pemimpin PAS "telah disunatkan' olih UMNO dengan dakwaan RM90 juta, belum dapat dipastikan lagi

Tetapi mengubah pegangan dan pusingan 360 darjah kini telah berlaku.

Walauapapun segala tindak tanduk PAS yang amat yakin akan menjadi King Maker dalam PRU nanti , sebenarnya PAS akan bertukar menjadi "joker' pula pada PRU 14 nanti.

Angan angan Mat Jenin.

PAS akan menang sorak tetapi PAS Kelantan bakal tergadai kerana kebodohan sendiri. Jadi lah macam kisah Pak Kaduk.

Cahaya Al Majid.









THE PROMISED LAND: DENGUNGAN UMNO ...ANAK KECIL BERMAIN API!!!!

Bismillahirrahmanirrahim.

Laungan suara pemimpin UMNO semakin menyakitkan telinga dan bolih membuatkan telinga menanah bilamana diulang ulang setiap hari.

Slogan demi bangsa dan agama itulah temanya dalam cubaan sekali lagi dalam helah untuk menyunting hati hati Melayu marhean.

Dari dahulu hingga sekarang itulah yang diulang ulang walau pun pada hakikatnya,hak milik bangsa Melayu telah banyak yang digadai demi kelangsungan kuasa dan kekayaan kaum kerabat mereka.

Namun dalam cubaan pemimpin UMNO untuk menyakinkan pengundi Melayu Islam, sekali lagi, terutama tentang kedatangan PRU 14 maka isu agama dijadikan "buah mulut" atau sandaran mereka dalam memujuk orang Melayu Islam agar melupakan segala onar dan kesalahan yang telah mereka cipta kan buat umat Melayu.

Salah satu kesalahan besar yang dilakukan sehingga.kini dan tanpa mereka rasa bersalah adalah "mengubah status tanah" dari pemilikan bumiputra kepada bukan bumiputra. Serta memberi pemilikan hartanah berstatus "Free hold' ATAU " pegangan selama lamanya" kepada pembeli negara luar terutama dari China Komunis untuk pemilikan harta dinegara ini dibawah skim "Rumah kedua".

Apa.yang bakal tergadai adalah ' hak kerakyatan' yang bakal mereka ini miliki setelah beberapa tempoh dan sekaligus bakal menjadikan mereka ini berhak untuk mengundi apabila hak kerakyatan telah diperolehi.

Dengan terdiri nya berbagai jenis 'rumah kediaman mewah dan mahal yang telah berjaya mereka beli dan miliki tanpa kawalan maka penghijrahan beramai-ramai  orang Melayu tak berkemampuan bakal berlaku bila bila masa.

Pertukaran status hak milik tanah secara haram banyak berlaku dan perkara ini bukan lagi menjadi isu terpencil tetapi telah menjadi barah yang bakal menghumbankan orang Melayu untuk tinggal dipinggir hutan ataupun mungkin kedalam hutan pasti terjadi.

Segala keistimewaan orang Melayu yang terpelihara dibawah Perlembagaan  negara sedikit demi sedikit terhakis.
Semua nya terjadi kerana kerakusan pemimpin pemerintah yang ditunjangi UMNO dan Barisan Nasional.

Hak sebagai anak bangsa Melayu yang sepatutnya diberikan segala hak seperti biasiswa, pembiayaan percuma ke universiti serta peluang pekerjaan yang secukupnya buat anak bangsa yang berkelayakan namun semua itu telah lupus ditangan UMNO.

Segala kemudahan lain yang sepatutnya dinikmati olih anak Melayu kini, semua itu telah dilupuskan dan kebanyakkan kehidupan anak bangsa Melayu kini sudah setara atau.setaraf dengan anak bangsa lain.

Olih itu apa keperluan lagi buat pemimpin UMNO untuk menawarkan 'apa yang akan mereka buat atau lakukan terhadap bangsa Melayu ini lagi.

Sudah 60 tahun Melayu UMNO memerintah negara.
Apa yang orang Melayu bolih banggakan?

Diawal kemerdekaan negara kita melawan komunis yang berkiblat kan kepada negara Komunis China CCP.
Dan diantara ketua mereka adalah China Peng.

Berapa ramaikah anak bangsa Melayu yang gugur atau mati dalam perjuangan ini dan berapakah pula yang cacat seumur hidup dalam mempertahankan kedaulatan negara.

Tetapi apakah balasan diatas perjuangan yang melibatkan "kehilangan nyawa" dan kecacatan seumur.ini?

Kini Kerajaan UMNO Najib yang diwarisi dari pemimpin terdahulu UMNO telah dengan rela dan suci hati, menyerahkan "hak milik" pembekalan kuasa tenaga kepada syarikat negara Kerajaan China yang di tunjangi olih Parti Komunis China.

Tetapi sifir sifir yang dijawapkan Najib dan pemimpin UMNO adalah " mereka adalah pelabur'.

Begitu juga dengan beberapa lagi projek yang diberi kan atas nama pelaburan kepada China, tetapi kalau diamati secara kasar pun bukanlah kedatangan mereka ini sebagai pelabur tetapi lebih kepada sistem' Along'.

Contoh : Projek ECRL
Syarat.

Kami sedia kan duit pinjaman untuk kamu.yang datang dari bank kami berserta faedah , kami buat projek untuk awak, kami datang dengan tenaga kerja kami serta bahan binaan dari negara kami, maka, kami bagi kamu pilihan untuk membayar balik kepada kami untuk beberapa tempoh.

Kalau di teliti apa benarkah China Komunis ini datang dengan dana pelaburan?
Bukankah kedatangan mereka.ini sebagai "Along" ataupun 'peminjam'?

Jadi dimana takrifan ' melabur'?
Adakah pinjaman yang terpaksa dibayar balik itu ditakrifkan sebagai 'pelaburan' mereka?

Inilah diantara salah satu yang UMNO dan Najib lakukan terhadap negara ini.
Apakah puncanya?

Puncanya adalah kerana negara kita kekurangan dana untuk memacu pembangunan kerana ketirisan serta keborosan yang melampau walaupun GST telah dikutip dari rakyat.

Keberhutangan negara dibawah UMNO dari dahulu atau semenjak 8 tahun kebelakangan ini amat memeritkan kantung negara.

Ditambah dengan kegagalan syarikat 1MDB yang mencipta RM50 billion hutang juga, menyebabkan beberapa kepentingan negara terpaksa di lepaskan kepada negara luar atas nama "pelaburan'.

Sebenarnya banyak kerosakan telah UMNO dan kepimpinanya lakukan terhadap negara ini selama 60.tahun ini.

UMNO sendiri melakarkan bahawa kerugian sebanyak RM31 billion diera Dr Mahathir dalam kes Forex.

Diera Najib UMNO pula selain kerugian.RM 50 billion dalam 1MDB "kerugian' Rm160.billion pula hangus dalam menstabilkan Ringgit..

Tak cukup dengan itu skandal Scorpene yang terpaksa membayar komisen sebanyak RM500 juta kepada beberapa syarikat dan individu.Juga dikesan.

Dan sebenarnya banyak lagi ketirisan dan kerugian wang rakyat yang dikutip melalui cukai telah disalahguna oleh Kerajaan pimpinan UMNO ini dari dahulu.

Olih itu perlukah.kita memberikan mandat lagi kepada UMNO yang telah membebankan rakyat selama.ini terutama terhadap bangsa Melayu untuk mengemudi negara ini .

Dan sedarlah.bahawa UMNO telah mencalarkan nama baik agama Islam bilamana hukum  dan ajaran agama Islam juga mereka gagal tegakkan .

Pembohongan , penipuan pun mereka tidak pedulikan lagi bilamana mereka sendiri pun melakukan perkara yang dilarang itu.

Itulah contohan pemimpin UMNO yang berbangsa Melayu dan beragama Islam tetapi tetap melagukan irama ' demi bangsa dan agama'.

Cahaya Al Majid.




Tuesday 19 December 2017

THE PROMISED LAND: FITNAH JADI MAKANAN RUJI UMAT MUHAMMAD.

Bismillahirrahmanirrahim.

UMAT ISLAM DAN FITNAH
DIRI SENDIRI PASTI TERBAKAR.

Benar, benar dan  benar dan sesungguhnya apa yang telah disabdakan olih Baginda Rasullulah saw Nabi Muhammad kekasih Allah SWT tentang keberadaan umatnya tentang "memakan fitnah" atau " menelan fitnah" tanpa berusaha menegakkan hakikat kebenaran seperti yang dituntut "adalah nyata dan terbukti berlaku.

Bukan Nabi Muhammad saja yang difitnah tetapi umat Baginda juga menjadikan fitnah sebagai "makanan ruji" dalam cara hidup seharian samaada dalam menggapai impian nafsu serakah dalam ketamakan mengenggam kuasa atau miliki harta dunia dengan cara fitnah.

Menjatuhkan, mencerca keperibadian dan menghina orang lain dengan cara melempar  fitnah bukan lagi dianggap " dosa" malahan semakin menjadi jadi dalam masyarakat Islam.

Tanpa rasa takut terhadap siksaan yang Allah SWT janjikan kepada pelaku fitnah dan juga yang bersubahat dengannya mahupun mereka mereka yang menyampaikan fitnah tanpa rasa bersalah kini semakin menjadi jadi dalam masyarakat.

Kalau bukan Islam yang melakukan fitnah terhadap kita, sememangnya kita tidak akan terasa atau terkesan ,kerana itu sememangnya telah dijanjikan Allah SWT terhadap umat Muhammad saw.

Tetapi bila umat Muhammad sendiri yang mendakwa beriman dengan Al Quran serta menjadikan baginda Rasullulah saw sebagai Junjungan tetapi melakukan perbuatan itu secara terangan, maka, dimana kita hendak meletakkan Islam yang kita yakini sebagai sebuah agama yang Addin dan melebihi dari agama lain menjadi contohan?

Jadi, dimana keberadaan kita dan kepercayaam kita terhadap agama yang kita anuti?

Samaada dalam politik mahupun dalam kehidupan seharian , samaada ahli politik mahupun rakyat marhean, perbuatan fitnah ini sudah tidak terbendung lagi dan semakin merosakkan.

Ketakutan laknat Allah SWT terhadap pemfitnah semakin hilang.
Walaupun Allah SWT mengkategorikan fitnah sebagai terlebih jahat dari pembunuh, maka, jaminan Allah SWT tidak lagi dihiraukan.

Mempercayai bulat bulat "kata kata fitnah yang dilemparkan" terhadap seseorang tanpa menyelidik akan kebenaran peristiwa atau kejadian sebenar dijadikan "pengkisahan" dalam mereka-reka atau menokok tambah penceritaan dalam keadaan tanpa rasa bersalah

Perbuatan ini  bukan lagi satu kejanggalan buat pemfitnah malahan mendapat sokongan pula dari rakan sekutu.

Astaghfirullahalahazim.

Kata kata kebenaran disanggah tetapi kata kata dan ungkapan fitnah disampaikan dan dipanjangkan kepada masyarakat tanpa rasa bersalah mahupun tanpa rasa berdosa buat pelaku .

Maka inilah tanda tandanya bahawa  umat Muhammad saw sudah semakin jauh dan tersasar jauh dari Islam yang telah diajar dan yang dibawa  olih Baginda Rasullulah saw .

Keperibadian, ungkapan kata kata serta pakaian yang menutup tubuh badan yang terlihat sopan serta mengikut sunnah mahupun mengikut tuntutan agama tidak lagi mencerminkan akhlak peribadi yang sebenar.

Apa yang pasti jiwa jiwa mereka ini terlebih songsang dan rosak apabila menjadikan pakaian sebagai "pelindung" dari kejahatan diri mereka yang sebenar.

Samada seseorang itu mahu berubah secara rela ataupun secara semulajadi mahupun diubah secara paksa olih alam, hanya doa doa dari manusia yang teraniaya dan terfitnah bakal Allah SWT jengahkan "bala" dihadapan pintu rumah pemfitnah dikala mereka lupa dan alpa terhadap perbuatan mereka.

"Sesungguhnya manusia itu sentiasa dalam kerugian."

Cahaya Al Majid.




Monday 18 December 2017

THE PROMISED LAND: PAS : MAHATHIR MUSNAHKAN NEGARA???

Bismillahirrahmanirrahim.

SIAPA YANG MENJAHANAMKAN?
ADAKAH DR MAHATHIR ATAU
NAJIB DAN HJ HADI YANG PERLU
DIJAHANAMKAN DALAM PRU14

PAS tak habis habis menyalahkan Dr Mahathir.

Tiap kali pemimpin PAS bersuara sama ada olih Presidennya mahupun dari Timbalan Presidennya,.semuanya menjurus dan menyalahkan batang tubuh Dr Mahathir dan bukanya terhadap  parti UMNO mahupun Barisan Nasional.

Dan hari ini pula Timbalan Ketua Pemuda PAS juga melemparkan tuduhan yang seakan akan sama dengan pendapat ketua atau Presiden mereka.

Samaada menjadikan isu Memali mahupun isu menghadkan Kuasa Raja Raja Melayu serta kisah penahanan Anwar Ibrahim yang menyebabkan tercetusnya " reformasi" dijadi bahan cemuhan PAS untuk menafikan keinginan Harapan bagi melantik  Dr Mahathir dalam " memperbetulkan" kerosakan yang telah berlaku kini.

Namun dalam ulasan Timbalan Ketua Pemuda PAS itu tidak pula mereka menyatakan sebarang alternatif ataupun cadangan PAS dalam usaha mereka untuk membetulkan 'kerosakkan' yang di lakukan olih UMNO atau Najib ini.

Berhubung isu Memali yang diangkat pemuda PAS sebagai senjata untuk "memerangi" Dr Mahathir pula, adakah mereka sedar atau tidak bahawa tindakan pengikut PAS yang diketuai olih Ibrahim Libya dan kuncu kuncunya sebenarnya telah memerangi perintah dan watikah Yang Di Pertuan Agong dalam kes Memali.

Siapa yang diperangi olih Ibrahim Libya? Adakah Dr Mahathir mahupun UMNO ketika itu?
Bukankah Polis Di Raja Malaysia yang mereka perangi?
Tidakkah ini merupakan satu ' penderhakaan terhadap perintah Yang Di Pertuan Agong.

Dan sepatutnya pada masa itu juga Hj Hadi pun patut ditangkap sekali dan dipenjara kerana mengeluarkan Amanatnya yang bolih dianggap menghasut.
Dan amanat beliau juga bertentangan dengan konsep Perlembagaan dan pegangan agama negara ini.
Sedarkah PAS akan hakikat ini?

Masihkah PAS mahu mempertahankan Amanat Hj Hadi itu dan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kematian Ibrahim Libya dan pengikutnya?

Dalam isu Raja Raja Melayu yang dilupuskan "kekebalan". Masih kah PAS tetap mahu menyalahkan Dr Mahathir.

Kerana dua insiden jenayah yang melibatkan nyawa dan keselamatan rakyat negara ini dari diperlakukan sesuka hati olih Raja mahupun Kerabat Di Raja, tidak patutkah " kekebalan' dari jenayah" ini ditarik ?
Tidakkah semua ini dibuat demi menjaga maruah dan martabat Raja Raja Melayu agar tidak terjebak dengan jenayah?

Begitu juga dengan kes Anwar Ibrahim. Kalau Anwar sememangnya bersalah kenapa PAS sanggup berkerja sama dengan PKR  iaitu Parti yang ditubuhkan olih Anwar dan DAP, dalam cubaan menumbang kan kerajaan BN yang diterajui UMNO?

Adakah menjadi kesalahan pula bilamana Dr Mahathir menubuhkan PPBM dan menganggotai Pakatan Harapan, maka, adakah ini dilihat sebagai satu dosa besar pula olih kepimpinan PAS dan Ahlinya?

Sedarlah wahai PAS, apa yang sedang diusahakan olih Dr Mahathir dengan bantuan PKR mahupun DAP serta Amanah adalah untuk "menurunkan" Perdana Menteri yang digelar Kerajan Klepetokrasi olih dunia.

Disamping itu juga, Dr Mahathir mahu membantu rakyat marhean yang dalam prasa "sesak ekonomi" serta kos kehidupan yang meningkat kerana kerakusan pemerintah yang boros dan rasuah.

Olih itu apa alternatif yang ada buat rakyat dalam menentang kezaliman pemerintah ini?

Kini PAS suka cakap banyak, kenapa PAS dan kepimpinanya tidak berani menentang kerakusan kerajaan pemerintah yang diketuai olih Najib ? Kenapa tak berani bersuara? Kenapa takut? Apa yang membelenggu?

Kenapa harus takut pada kelantangan Dr Mahathir yang berumur 93 tahun dalam menentang UMNO dan BN?

Atau sememangnya jiwa dan raga PAS dah digadai kepada Najib?  ataupun dah jadi ahli kongsi gelap  BN?

Cahaya Al Majid.


Sunday 17 December 2017

THE PROMISED LAND : ANTARA LELAKI DAN WANITA, DAN ANTARA PONDAN DAN TOMBOY, SIAPA BERMULUT JAHAT???

Bismillahirrahmanirrahim.

ADAKAH KUNSYA LEBIH BAIK DARI PONDAN
ATAU ADAKAH MAKNYAH LEBIH
LEMBUT DARI WANITA.

Allah SWT menjadikan manusia dalam dua golongan iaitu samaada lelaki mahupun wanita.

Cuma ada segelintir diantaranya Allah SWT pilih mereka ini  untuk dijadikan sebagai golongan khunsa' bagi membuktikan keagungan kekuasaan Nya.

Khunsa bermaksud "lembut" dalam bahasa Arab .

Sifat lembut mereka ini "dijadikan " petunjuk" kepada golongan ini samaada dalam sifat peribadi mahupun terhadap perbuatan mereka.

Dan golongan "khunsa" ini dijadikan Allah SWT sebagai makhluk yang mempunyai dua alat kelamin.

Tetapi bagi kaum "khunsa"ini mereka bolih membuat pilihan samaada mahu memilih lelaki sebagai " jatidiri"nya mahupun sebaliknya sebagai pegangan.

Kerana " sifat rasa" yang terbit dalam hati, serta sifat nafsu diri  yang terbit , pilihan hati akan mendorong diri mereka kepada kecondrongan pilihan, samaada lelaki atau perempuan.

Lelaki dan wanita ,Allah SWT jadikan golongan ini "mengikut fitrah" semula jadi dari penciptaan Nya untuk saling lengkap melengkapi antara satu sama yang lain.

Lelaki dengan sifat kelakiannya yang tegas dan manakala perempuan juga "terbentuk" mengikut peraturan lemah lembut dan berkeperibadian seperti "kaum" hawa .

Sifat dan perilaku diantara lelaki dan wanita ini amat berlawan akan sifat dan keadaan fizikalnya. Yang membezakan adalah "naluri" dan " rasa" diantara mereka.
Itulah kejadian dan perbezaan antara lelaki dan perempuan.

Tetapi amat berbeza sekali sekiranya perbandingan kejadian antara kaum "lembut" atau " Mak.Nyah" atau dalam bahasa kasar yang  kita panggil " pondan" ini dijadikan ukuran.

Dalam kelompok ini ( mak nyah ataupun pondan)  bukan semua dianataranya Allah SWT jadikan mereka dari kelompok yang mempunyai "dua alat' kelamin, tetapi disebabkan ' naluri' mereka yang berperwatakan seperti wanita atau dengan sengaja "buat buat" condong kepada sifat kaum wanita, maka, pada hakikat sebenarnya, mereka ini sedang atau tengah " menghina" kekuasaan Allah SWT.
 Itupun kalau mereka mengerti.

Dengan sifat yang terlebih "wanita dari wanita"  yang dipaparkan olih " mak nyah atau pondan " ini, sebenar, perangai dan perlakuan mereka adalah terlebih buruk dari lelaki ataupun "terlebih buruk dari kebukuran wanita" dari  kaum wanita sendiri.

Mak Nyah atau pondan sebenarnya adalah "pengkaryaan diri" atau "jelmaan" semata mata olih tuan punya diri.

Dari gaya bahasa pertuturan, lenggok berjalan serta keterampilan diri sememangnya "terlebih lebih" dari kaum wanita.

Tetapi mak nyah atau pondan ini "buah kata" mereka kebanyakkanya amat lazer" serta celupar mulut. Kata kata sumpah seranah ,kata lucah serta "sifat suka mengumpat" sememangnya senonim dengan mereka.

Sifat menunjuk nunjuk, cemburu ,busuk hati, berdendam, bermuka muka serta berperangai hipokrit amatlah rapat dengan dengan golongan ini.

Kerana sifatnya kaum Mak Nyah atau pondan yang mereka sendiri cipta ini selalunya suka mengambil kesempatan keatas orang lain samaada terhadap lelaki mahupun wanita bagi menonjolkan diri ataupun untuk menjadi perhatian orang lain.

Walaupun mereka ini terlebih suka kepada kaum "lelaki" berbanding perempuan , namun, sikap dengki dan cemburu kepada kaum wanita teramat ketara.

Sepertimana sifat kaum lelaki yang "tersesat" dan ego maka kelompok"mak nyah' ataupun pondan" ini juga terlebih buruk sifat nya berbanding sifat lelaki sebenar.

Berbeza dengan sikap " tomboy" atau perempuan yang cuba transform seperti lelaki.

Kelompok ini pula hanya dominan terhadap kaum sejenis nya saja. Namun sikap dan perilaku tomboy ini selalu nya terlebih terbuka berbanding lelaki sebenar.
Tetapi nafsu dan rasa diri lebih kepada kepada sifat jantan. Tetapi tutur kata dan gaya bahasa lebih baik berbanding mak nyah atau pondan.

Untuk menghindar diri dari terjebak dengan mainan dari majoriti perempuan jadian atau "pondan ' atau " mak Nyah' ini mahupun " "jantan sempurna" ini, maka, mengelakkan diri dari menjadi teman rapat mahupun menyampai cerita yang orang lain kepada golongan ini wajib di hindari.

Lelaki akan tetap lelaki
Wanita tetap dengan sifat kewanitaan
Sikap KUNSYA tetap terlebih baik barbanding 'mak nyah" atau 'pondan" dan tomboy terlebih jantan berbanding lelaki.

Cahaya Al Majid.







THE PROMISED LAND:" IMAMS" MEMBURUKAN JAWATAN IMAM .

Bismillahirrahmanirrahim.

NAMA "IMAMS" MEMANG GAH
TETAPI TUJUAN....
"MENCURI DISIANG HARI"

Makin menarik isu "IMAMS" ini bilamana semua pemimpin tertinggi UMNO dari Najib Razak, Zahid Hamidi dan juga Nazri Aziz tidak ketinggalan juga Mas Ermiyati iaitu Ketua Puteri Umno dalam menegakkan keperihatinanya.

Dalam usaha mereka untuk menghalalkan isu " merembat duit jemaah" melalui syarikat yang terang terang  mereka sendiri lantik yang "ditopengkan" untuk tujuan menjerat jemaah Umrah dan Ziarah yang rata rata terdiri dari orang Melayu ini , kini, perbezaan alasan yang ketara mula terserlah sesama mereka.

Kata Najib:-

Dalam tweet Najib, beliau tidak bersetuju IMAMS dibebankan kepada jemaah.

Kata Nazri Aziz :-
Keputusan kerajaan membatalkan IMAMS BUKAN disebabkan ada pegawai Ekesutifnya bukan Islam.
Membatalkan IMAMS kerana tak bersetuju dengan caj RM90.10

Tetapi dalam Parlimen dalam ucapan balas Nazri memperakui pula akan jumlah RM90.10 termasuk Fee penyelenggaraan,kos insuran dan GST.
Tetapi kini bila dah terjerat lain pula jawapan , tidak bersetuju pula dengan caj RM90.10.

Kata Zahid Hamidi:-

Terhidu bau yang tidak enak jika ada yang ambil peluang apabila CEO yang tidak pernah mengerjakan umrah jadi CEO.

Kabinet memang berbincang tetapi tidak langsung menyentuh akan perlantikan yang membabitkan syarikat swasta bagi tujuan pemantauan.

Jadi...Bagaimana IMAMS SDN BHD diberi kuasa mutlak olih MOTAC untuk semua pengendali urusan Umrah dan Ziarah dipaksa untuk melalui IMAMS KALAU tidak wujud green light dari Kabinet.

Mustahil Najib dan Zahid Hamidi tidak baca proposal paper  IMAMS tambahan pula yang melibatkan jemaah yang akan dikenakan dicaj nak pergi umrah.

Walaupun Kerajaan telah membatalkan IMAMS ini, tetapi banyak persoalan yang mencurigakan telah timbul terutama bilamana Menteri yang berkedudukan kanan memberikan jawapan dan alasan yang bolih dipertikaikan.

Cahaya Al Majid.




Saturday 16 December 2017

THE PROMISED LAND: "IMAMS" SIAPA YANG CULAS??

Bismillahirrahmanirrahim.

KALAU TAK SAKAU BUKAN
UMNO LAH NAMANYA!!!

Najib ber"tweet' seolah olah dia tak tahu akan kewujudan projek IMAMS .

Bertindak seolah olah projek itu tidak pernah di bentangkan atau dibincangkan dalam mesyuarat Kabinetnya mahupun yang telah diluluskan olih Kabinet yang beliau sendiri ketuai.

Ayat ayat yang digunakan Najib seolah olah menunjukkan beliau seakan akan terkejut dan tidak tahu menahu langsung akan keputusan yang dibuat olih Kementerian Nazri Aziz dalam meluluskan projek IMAMS itu.

Memandangkan projek IMAMS ini melibatkan duit orang Islam yang hendak menunaikan UMRAH dan Zairah mustahil lah kalau Najib tak tahu.

Takkan nak selamatkan diri dengan menyalahkan orang lain pulak.

Yang Ketua Puteri ini pun bingai jugak. Tak kan tak buat company search. Kalau.macam.nilah standardnya Ketua Puteri UMNO yang menjawat jawatan Timbalan Menteri maka sama kah tarafnya dengan Mat Maslan.

Nampak sangat kebodohan yang bertingkek tingkek.

Dari ketua nombor satu UMNO tak berhati perut sampai lah ke Timbalan Timbalan Menteri nya, semuanya "nak menyakau" duit orang je.

Cukup cukuplah..

Cahaya Al Majid.


THE PROMISED LAND : MH 370 : GHAIB, MENJUNAM KELAUT ATAU MENDARAT??

Bismillahirrahmanirrahim.

BENARKAH CARA MODEN TIDAK BERKESAN???
CARA SPRITUAL DAH CUBA KE BELUM.

Tak tahu kenapa tetiba diilhamkan untuk menyorot kembali kisah MH370 Boeing 777-200  datang menganggu.
17-12-2017....

Surah Yusuf Ayat 17

Mereka berkata, wahai ayah kami! Sesungguhnya kami telah pergi berlumba lumba berburu dan kami telah tinggalkan Yusof menjaga barang barang kami, lalu ia dimakan oleh serigala dan sudah tentu ayah tidak akan percaya kepada kata kata kami, sekali pun kami adalah orang-orang yang benar.

8hb March 2014, pesawat Boeing 777-200 milik MAS yang membawa seramai 239 penumpang dan krew telah berlepas dari Lapangan Terbang KLIA menuju China.

Pesawat Boeing 777-200 milik MAS itu berlepas dari KLIA pada pukul 12.41 tengah malam dan hilang dari pengawasan radar dicatat pada jam 1.30 pagi malam yang sama.

Namun sehingga kini jejak mahupun serpihan dari bangkai yang dikata terhempas ataupun menjunam ke dalam lautan masih belum dapat dipastikan lagi .

Namun ada beberapa objek yang ditemui dibeberapa lokasi di Lautan Hindi tetapi masih belum dapat dipastikan kesahihanya samaada serpihan itu sebenarnya berasal dari " pesawat malang "MH370 atau sebaliknya ,masih lagi dalam penilaian.

Berbagai usaha telah dilakukan samaada selaman melalui  dasar laut,tinjauan atas laut , tinjauan dari udara mahupun melalui cerapan dari satelit satelit juga belum membuahkan hasil.

Persoalannya dimana pesawat MH370 777-200 itu ???

Apa benarkah pesawat itu menjunam kelaut, atau benarkan pesawat itu melakukan pendaratan diatas air dan tenggelam atau ada kah pesawat itu disembunyikan olih " jin lautan" dari pandangan mata manusia  atau adakah "syaitan" yang bersembunyi di Diego Gracia" itu yang menyorokkanya?

Pada pandangan saya hanya satu saja kaedah yang bukan berbentuk  saintifik yang perlu dilakukan.

Pencarian melalui "spritual" atau melalui  "mata hati". Hanya cara ini saja yang bolih merungkai segala kekalutan .

Bagi memutuskan dimana dan bagaimana pesawat ini bolih hilang dari "mukabumi" atau untuk mencari kebenaran tentang nasib MH370 777-200, hanya, "perjalanan secara spritual" saja yang dapat merungkai kisah MH370 ini.

Satu lagi perkara yang perlu dilakukan adalah dengan bertanyakan kepada ahli keluarga terdekat mangsa, samada suami atau  isteri, anak ataupun ibubapa kepada mangsa.
Pernahkah mereka mendapat mimpi mimpi mahupun sebarang indikasi berhubung ahli keluarga orang yang terlibat ( mangsa).

Jawapan timbal balik dari keluarga yang terlibat adalah satu KLU yang bolih dijadikan titik untuk merungkai "kehilangan" ini.

Cahaya Al Majid.










THE PROMISED LAND: IMAMS DIBATAL : PENCURIAN YANG DIHALALKAN!!!

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdullilah. KSU Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan telah membatalkan IMAMS.

Kerana desakan orang ramai yang merasakan penubuhan IMAMS yang dikata bertujuan untuk memastikan tiada penipuan dikalangan agen agen Umrah dan Ziarah, walaupun tujuan utama mereka adalah  untuk mengaut 'duit free" dari poket Jemaah, alhamdullilah,. pencurian secara terangan dapat digagalkan.

Walau pun kata pelaksanaan itu dibuat olih Timbalan Menteri Pelancongan Mas Ermiyati  tetapi pembatalan dilakukan olih KSU Motac  Datuk Rashidi Hasbullah .

Wahai manusia janganlah kamu bertolong tolongan dalam perkara "pencurian' sesungguhnya perbuatan itu amat dibenci olih Tuhan.

Cahaya Al.Majid.


Friday 15 December 2017

THE PROMISED LAND: "IMAMS" DAN UMRAH. KAPIR JUGA YANG SAPU!!

Bismillahirrahmanirrahim.

Begitu lah terdesak nya Kerajaan Klepetokrasi pimpinan Najib Razak dan kebinetnya ni.

Apa saja yang bolih mendatangkan keuntungan buat pihak dia atau sekutunya asal saja dapat memulun duit dari"poket rakyat"pasti diluluskan.

Begitulah hebat dan gahnya syarikat yang diberikan mandatkan mandatoti olih Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan keatas syarikat yang dinamakan sempena nama Imam.

IMAMS atau Intergrated Manasik Monitoring System diberi kuasa untuk menjadi "payung" kepada semua syarikat pengendali umrah dan ziarah secara exclusive.
Semua syarikat pengendali umrah dan ziarah  terpaksa bernaung dibawah syarikat ini tetapi bukan secara percuma.

Setiap jemaah yang berdaftar dibawah pengendali atau agen bagi menunaikan umrah atau ziarah dipaksa untuk berurusan dibawah IMAMS , setiap jemaah akan dikenakan kadar tambahan sebanyak RM90.10.

Kos tersebut adalah untuk
Sistem dan Pengurusan   RM 45-00
Insurance.                           RM 40-00
GST.                                       RM. 5-10
Jumlah.                                 RM90-10

Itu adalah angka yang perlu dibayar kepada IMAMS.

Kalau mengikut berita dari portal online Syarikat IMAMS ini , bekas Adun BN Batang Kali  Zainal Abidin Sakom adalah Pengerusi Ekesutifnya tetapi Ketua Pegawai Operasi nya adalah Ryan Loh.

Peergh..Kafir juga yang diharap untuk menjalankan operasi..

Sah sah lah.. Pengerusi bertindak sebagai pengantara antara MOTAC dan IMAMS .

JADI "kuli"LAH kepada syarikat ini.

Yang jadi mangsa  adalah"jemaah" yang kena bayar extra.
Siapa untung????

Sememangnya orang melayu dalam UMNO ini sentiasa bangang dan bodoh kerana masih mengharapkan orang kafir untuk mengurus perjalanan " ibadah'.

Dah berkurun ibadah Umrah dan Ziarah dilakukan, alih alih Cina kafir juga yang dijadi "ketua operasi"  untuk buat duit bagi mereka.
Memang nak melingkup lah negara ni.

Cahaya Al Majid.

Wednesday 13 December 2017

THE PROMISED LAND: TERKHILAF ATAU SENGAJA

Bismillahirrahmanirrahim.

ANTARA PENJAWAT AWAM DAN
PENTADBIR
SIAPA DIATAS UNDANG UNDANG.

Lim Guan Eng ( LGE) merupakan seorang ahli politik dan juga merupakan seorang Ketua Menteri di Pulau Pinang.

Kini beliau sedang menghadapi tuduhan salah guna kuasa dalam isu pembelian hartanah yang dikata telah dibeli dibawah harga pasaran.

Kesalahan yang didakwa adalah kerana beliau berjawatan sebagai ketua Menteri yang didakwa menggunakan pengaruhya untuk mendapat hartatanah tersebut.

Tetapi yang anehnya kenapa beliau dikategorikan sebagai" penjawat awam"? Sedangkan Najib Razak dalam kes penyalahgunaan kuasa terhadap 1 MDB , melalui lawyernya, Hafarizam pula menafikan bahawa Najib adalah seorang Penjawat Awam mengikut Perlembagaan.

Jadi apa bezanya antara Lim Guan Eng yang menyandang jawatan sebagai Ketua Menteri dan Najib sebagai Perdana Menteri?

Tidakkah kedua duanya tertakluk dalam bidang kuasa dan akta yang sama dan dibawah Perlembagaan yang sama.

Atau adakah Perlembagaan Negara hanya mengiktiraf bahawa hanya Perdana Menteri dan Menteri Kabinet saja tidak dikategorikan sebagai Penjawat Awam?

Kekeliruan ini mesti dijelaskan kepada umum kerana banyak perkara berbangkit yang menyalahi antara satu dengan yang lain.

Undang undang kena adil kepada semua dan bukan berpilih pilih.

Cahaya Al Majid.




THE PROMISED LAND: FOREX RM 31.5 BILLION DAN DANA PENSTABILAN RM160 BILLION. SIAPA SALAH???

Bismillahirrahmanirrahim.

UMNO DAN BN PECAH
AMANAH RAKYAT??
DULU KINI DAN SELAMANYA?

Perdana Menteri Najib Razak aka Presiden UMNO aka Pengerusi BN, menggunakan kes kerugian FOREX 30 tahun lalu sebagai senjata untuk menutupi mulut Dr Mahathir aka " bekas Perdana Menteri aka  "bekas Presiden UMNO" aka " bekas Pengerusi BN" yang menerajui negara ini selama 22 tahun.

Dr Mahathir aka bekas Perdana Menteri aka Bekas Presiden UMNO dan bekas Pengerusi BN itu, tidak pula didapati ada kemasukkan wang berbillion keakaun peribadinya.

Segala apa yang diperbuat olih Dr Mahathir adalah demi kemajuan dan kesejahteraan negara dan rakyat dan bukan untuk kepentingan diri sendiri.

Semua ahli UMNO mahupun pemimpin tertinggi UMNO ataupun barisan Kabinet Mahathir sendiri yang terdiri dari Parti UMNO, MCA, MIC serta beberapa lagi Parti Kecil Sabah dan Sarawak  sedar dan tahu bahawa negara kita pada ketika diambil alih Dr Mahathir bukanlah berada pada kedudukan" kaya gaban" atau beratatus" maju". Oleh itu kekangan belanjawan untuk membangunkan negara amatlah terhad.

Maka apabila istilah "pengswastaan" diperkenalkan olih Dr Mahathir dalam mebangunkan negara yang dipelopori olih syarikat swasta yang berkerja sama dengan Kerajaan, maka, pembangunan fizikal terhadap negara kelihatan amat ketara.

Bayangkan sesingkat 20 tahun negara kita berubah wajah. Dari negara yang berpaksikan kepada pertanian diubah dan ditransform kepada negara perindustrian.

Banyak ruang ruang pengekonomian terjana ketika itu dan menafaatnya dirasai olih rakyat. Samaada dari segi perkerjaan mahupun perniagaan semuanya terhidang untuk rakyat nikmati.

Walaupun dalam tempuh 22 tahun negara kita makmur dan sejahtera namun dikala negara dibadai "gelora" kerana ringgit diserang, Dr Mahathir dan kebinetnya tetap cekap dalam menangani isu isu tersebut.

Kehidupan rakyat tidak terkesan . Alhamdullilah tiada kesan langsung terhadap rakyat hanya syarikat syarikat besar saja yang terkesan.

Tidak pula kita dengar syarikat syarikat besar gulung tikar mahupun melakukan pemberhentian pekerja. Namun dalam waktu itu juga banyak juga pelabur masuk menanam modal dinegara ini.

Walaupun skandal FOREX yang dilaung laungkan olih Najib mengalami "kerugian" berpuluh billion ,"forex trading"  adalah urusniaga Bank Negara yang dilakukan secara sah di sisi undang-undang undang. Dan kerugian forex itu pula diaudit dan disahkan olih Akauntan Negara.

Tiada pula kita dengar dikalangan orang yang diamanahkan itu didapati ada kemasukkan " wang besar" keakaun masing masing.

Tetapi kerana Dr Mahathir aka bekas Perdana Menteri, aka Bekas Presiden UMNO aka Bekas Pengerusi Barisan Nasional yang kini sedang lantang bersuara ditambah pula Dr Mahathir telah menjadi "pesaing" utama kepada Parti UMNO, maka, "mengolah" cerita lama dimana mereka sendiri (Najib dan Pemimpin UMNO dan BN) turut serta didalam kebinet Dr Mahathir, seharusnya turut sama dipertanggungjawab.

Olih itu untuk Najib dan Seluruh kabinetnya mahu menyalahkan Dr Mahathir mahupun Anwar Ibrahim mahupun Daim Zainuddin dalam isu forex ini adalah tidak adil.

Kesalahan itu sepatutnya dipikul oleh seluruh ahli Kabinet UMNO dan BN kerana lalai atau bersubahat dalam "penyelewengan kuasa" yang didakwa Kerajaan pimpinan Najib kini.

Bermacam macam cerita tidak baik atau kerakusan melahap harta negara didakwa dilakukan olih Najib aka Perdana Menteri aka Presiden UMNO aka Pengerusi BN , bukan saja dalam negara malahan diluar negara juga, olih itu , apakah tindakan yang dilakukan untuk membersihkan maruah " "Perdana Menteri Malaysia" yang disandang oleh Najib kini.

Untuk itu adakah UMNO dan BN  masih relevan untuk memegang amanah rakyat terutama melibatkan kepentingan "wang rakyat"?

Cahaya Al Majid.



THE PROMISED LAND: DUNIA ARAB BAKAL DIBAKAR!!!

Bismillahirrahmanirrahim.

KERANA KEJAHILAN SENDIRI

Sedikit demi sedikit percikan api mula membara dibumi Arab.

Satu persatu hadith Nabi saw tentang kemunculan "orang yang dinanti" semakin menghampiri.
Kini seluruh mata manusia didunia samada umat Islam mahupun bukan Islam yang mengkaji tentang kedatangan sosok Al Mahdi sedang menjurus ke Tanah Arab.

Tanah Arab yang dimaksudkan adalah Mekah Al Mukarramah dimana disitu berdirinya Ka'abah yang telah dibangunkan olih Nabi Ibrahim a.s berserta putera sulungnya bernama Nabi Ismail.

Kini kaum keluarga Saud telah memercik bibit bibit "pergaduhan". Ketegangan sesama ahli keluarga sendiri semakin memuncak.

Curiga serta ketidakpercayaan sesama ahli keluarga semakin terserlah. Apa yang sedang berlaku adalah tentang siapa lebih ber " kuasa' dan terlebih kanan dianatara mereka menjadi alasan.

Bibit bibit percikan api kemarahan ini mula timbul apabila Arab Saudi sedang melalui frasa" defisit' dalam pengekonomian.

Semenjak Putra Mahkotanya Muhammad bin Salman diangkat bagi mewarisi takhta Saud yang melangkaui dua orang lagi Putra keturunan Saud diatasnya, bermacam macam perkara berlaku.

Situasi ini telah merencatkan perjalanan Arab Saudi namun perencanaan hadith Nabi tentang "persengketaan" membawa " bahana" semakin terserlah dan semakin dekat.

Dengan ketegangan yang berlaku antara Palestin dan Israel yang semakin memuncak kerana pengiktirafan Amerika terhadap permindahan ibukota Israel dari Tel Aviv ke Jurusalem, maka, ketegangannya dibumi yang pernah didiami oleh Nabi Isa a.s ini semakin memuncak.

Walauapapun keberadaan Arab Saudi serta negara negara Islam di Teluk ,sebenarnya tidak berkeupayaan untuk membantu rakyat Palestin. Ini adalah kerana perbalahan serta perasaan curiga mencurigai sesama mereka juga masih kuat dan membelenggu Pemerintah masing masing.
Sifat tikam belakang belakang masih berlaku sesama mereka.

Yaman, Jordan dan Lebonan masih belum stabil dan masih dalam kancah perang saudara. Libya, Iraq telah punah sementara Mesir masih kucar kacir. Begitu lah keadaanya.

Namun dalam masa yang amat terdekat ini,bermacam macam perkara pasti berlaku dan kepastian untuk aman damai semakin jauh dan keadaan nya ibarat telur dihujung tanduk.

Tetapi apa yang pasti..Jangka waktu itu amat dekat dengan kita.

Cahaya Al Majid.



Tuesday 12 December 2017

THE PROMISED LAND: SIAPA MEMBAKAR SIAPA??

Bismillahirrahmanirrahim.

MAHATHIRKAH YANG MEMBAKAR RAKYAT
ATAU NAJIB YANG MEMBAKAR NEGARA

Adakah "mencela" Najib sebagai " lanun Bugis" menjadi kesalahan?

Kenapa Dr Mahathir melabel Najib sebagai 'lanun Bugis"?

Kerana Najib didakwa olih Dr Mahathir telah mencuri dan merompak dana dari terbitan Bond  1MDB olih Goldman Sachs yang di atur serta telah menyalurkan dana tersebut keakaun peribadinya.

Najib yang pada mulanya menafikan akan kemasukan dana tersebut keakaun nya namun selepas dibuktikan "money trail" nya olih pihak luar, maka, pengakuan telah dibuat tetapi mendakwa bahawa wang tersebut adalah "derma' dari Raja Arab.

Bermula dari saat pembohongan pertama itulah, rakyat mula mempertikaikan ketelusan, kebenaran dan kebolehan percayaan terhadap kata kata Najib lagi.

Itulah permulaan nya penentangan Dr Mahathir dan rakyat terhadap Najib.

Kerana pencurian itulah Dr Mahathir mula mempertikaikan akan kewibawaan Najib sebagai Perdana Menteri. Itulah puncanya Dr Mahathir melabel Najib sebagai pencuri atau " lanun Bugis".

Namun label" lanun Bugis"  yang diucapkan Dr Mahathir adalah merujuk kepada "Batang Tubuh Najib" saja dan bukan pula merujuk kepada warga Bugis yang lain tetapi kerana Dr Mahathir adalah pemimpin utama Pakatan Harapan, maka, sentimen "melaga-laga' atau ' cucuk mencucuk" dengan pihak Istana dijadikan senjata untuk merebahkan Dr Mahathir.

Sebenarnya ramai yang "bengkak hati" terhadap sosok 93 tahun ini.

Kerana kelantangan beliau dalam usaha merobek "perompakan UMNO" terhadap harta negara yang tiada henti ini, membuatkan lagi pemimpin Tertinggi UMNO "kecut perut", maka, menghancurkan imej dan integriti Dr Mahathir adalah satu keperluan buat mereka.

Penceritaan "kisah silam" atau apa saja yang bolih menyekat Dr Mahathir dari terus mara adalah keutamaan.

Isu Bugis yang dikata telah membuat Sultan Selangor murka, telah, diambil kesempatan semaksimum mungkin olih BN dan UMNO dalam menyemarakkan kemurkaan Sultan terhadap Dr Mahathir.

Dalam temubual Sultan Selangor di The Star baru baru ini , baginda secara terangan telah mendakwa bahawa " kamarahan  Dr Mahathir akan membakar seluruh negara" serta baginda merasakan bahawa Dr Mahathir tidak mahu penggantinya terlebih baik dari beliau. Itu adalah antara apa yang Baginda luahkan.
Itu persepsi Baginda terhadap Dr Mahathir.

Walauapapun itu adalah pandangan pihak Istana atau Sultan terhadap Dr Mahathir.

Tetapi bagi rakyat kebanyakkan pula, Dr Mahathir merupakan ketua pejuang dan suara rakyat dalam memerangi rejim Klepetokrasi ini.

Rakyat telah sesak hidup dengan segala kenaikkan harga barangan, kos sara hidup, cukai GST serta bermacam macam lagi isu yang melanda negara namun Kerajaan Najib dan kebinetnya selalu memberikan alasan yang kurang bijak dalam menjawab persoalan rakyat.

Dengan segala tekanan yang dihadapi rakyat kini, hanya, suara Dr Mahathir saja yang lantang 'menatang" kerisauan rakyat jelata, olih itu adakah menjadi kesalahan apabila rakyat bersepadu untuk menyokong Dr Mahathir?

Isu rasuah Scorpene
Isu Altantuya
Isu 1MDB
Isu Edra Energy
Isu Bandar Malaysia
Isu Razak Exchange
Isu MARA
Isu FGV
Isu projek China diMalaysia
Isu Projek Perumahan mewah untuk
Warga China
Isu pekerja asing
Isu Rasuah
Isu maruah negara
Isu Klepetokrasi dan macam macam lagi.

Semua apa yang diperkatakan diatas adalah kesannya dirasakan langsung olih rakyat.
Dan yang terbesar adalah peng" OSA" kan dokumen  1MDB dari pengetahuan umum serta laporan PAC.
Perkara perkara ini melibatkan wang rakyat yang dibayar melalui cukai.

Keberadaan dimana Jho Low dan rakan sekutunya nya yang didakwa telah menyebabkan kerugian berbillion dollar yang terpaksa ditanggung rakyat dan kini kelompok tersebut telah menjadi "musuh rakyat" namun kerajaan Najib tidak mengambil tindakan sewajarnya terhadap mereka.

Olih itu siapa kah yang membawa " suara rakyat" keperingkat tertinggi agar didengar pemerintah?

Olih itu salahkah Dr Mahathir sebagai Mantan Perdana Menteri berjuang untuk membantu rakyat?

Adakah kerana kelantangan suara Dr Mahathir dalam menegakkan kebenaran itu dilihat sebagai " membakar seluruh negara"???

Umat Islam telah diseru agar " menegakkan kebenaran dan memerangi kebhatilan"   dan itu adalah  dari tuntutan.

Olih itu dimana keberadaan kita?

Cahaya Al Majid.








Saturday 9 December 2017

THE PROMISED LAND: BARANG NAIK IKUT HADITH NABI ..TAPI CURI DUIT KENAPA TAK IKUT SUNNAH??

Bismillahirrahmanirrahim.

HADITH DIJADIKAN BENTENG
TAKUT MENGHARAMKAN SALAH LAKU SENDIRI.
ITULAH PEMIMPIN UMNO
KALAU.UMNO SEMUA HALAL BELAKA!!!

Ini jenisnya manusia, kalau hendak menghalalkan segala macam perbuatan untuk kepentingan kelompok sendiri, hadith nabi pun sanggup dilelong demi menyelamatkan tengkok .

Hari ini Menteri KPDNKK di PAU 2017 sanggup menjual hadith nabi bagi menghalalkan tindakan Kementerian sendiri.

Bagi membuai  hati rakyat terutama orang Melayu agar " tidak' meLalak atau menghamun Menterinya kerana.gagal mengimbangi kenaikan harga barangan seharian , maka, hadith Nabi dijadikan pisau penyembelihan agar rakyat " bisu" atau akur dan tunduk pada "hadith" tersebut.

Tetapi hairan jugak, kenapa dana yang tak sohih RM2.6.billion Raja Arab  serta RM 40 juta dana SRC International yang BUKAN DUIT Najib, kenapa tak hukum ikut Al Quran?  sehingga Najib membelanjakan tanpa was-was was.

Bukan ke duit itu bukan "hak Najib" dan sepatutnya dipulangkan, kenapa dalam hal hal ini UMNO dan pemimpinya tak mahu pula menggunakan nas Al Quran mahupun Sunnah dalam menghalalkanya.

Begitulah keadaannya,.Bilamana, ayat Al-Quran akan dijual semahunya demi menghalalkan kemungkaran.

Baguslah UMNO dan Menteri.UMNO, jualkan seberapa banyak ayat Allah SWT mahupun Sunnah atau Hadith, semoga keberkatan yang diharapkan, kemusnahan juga.yang akan Allah SWT pulangkan. Amin.

Cahaya Al Majid.

Wednesday 6 December 2017

THE PROMISED LAND: SUMPAH LAKNAT NOORSHILA TAK SAH???

Bismillahirrahmanirrahim.

BUKAN HAK MANUSIA UNTUK
MEMPERTIKAIKAN.
ITU HAK ALLAH SWT
SIAPA KITA DISISI ALLAH

Astaghfirullahalahazim.
Astaghfirullahalahazim
Astaghfirullahalahazim

Saya cadangkan agar pendakwah bebas yang mengulas " sumpah laknat" Noorshila itu agar mengucap panjang dan ingat pada Allah SWT banyak banyak.

Allah SWT telah berjanji bahawa sekiranya terdapat perbezaan pendapat atau pandangan diantara kamu maka kembalilah kepada Al-Quran.

Kebenaran perlu ditegakkan agar pendapat yang bersalahan tidak lagi diguna pakai dalam masyarakat.

Contoh 1.

Apabila sisuami dengan niat , melafazkan " "talak" dihadapan orang ramai tanpa mengira tempat dan waktu, adakah ' talak" itu jatuh dan diterima  Allah SWT talaknya?

Contoh 2.

Apabila seseorang melafazkan syahadah walaupun tanpa " wuduk" keatas diri sipelafaz dihadapan orang ramai seperti yang berlaku didalam ceramah Zakir Naik, adakah Allah SWT, menerima syahadah itu dan ada kah Islam menerima"pengakuan sahadah" tersebut?

Jadi apa bezanya " sumpah' yang dilakukan Noorshila yang menyebut :

Sesungguhnya Allah SWT itu Tuhan Ku
Nabi Muhammad saw itu Rasul ku dan
AlQuran yang aku beriman dengannya.

Tidakkah" niat" dan " keikhlasan" itu yang Allah SWT nilaikan terhadap semua hamba hambaNya.

Tidak kah niat dan lafas talak dari contoh 1 tadi telah " jatuh' talak keatas isteri nya.

Dari contoh 2.
Tidakkah dengan melafazkan "sahadah" walau dimana mana sekalipun , bahawa Allah SWT akan menerima "penyataan'  atau " pengakuan" olih yang melafaznya.

Tetapi sekiranya lafaz  talak mahupun pengakuan bersadah atau bersumpah atas nama Allah SWT  itu  yang dilakukan semata-mata mahu " mempermainkan' agama Allah SWT, nescaya" laknat" Allah SWT akan berbalik keatasnya.

Yakinlah, sekiranya segala sesuatu yang kita buat dan yang kita lakukan atas "lafaz niat" terhadap Allah SWT, tiada satu pun" yang bolih menjadi  penghalang dianataranya Allah SWT dan hambanya.

Tolong jangan jadikan sesuatu perkara yang berniat baik itu sebagai penghalang untuk umat manusia mendekati agama pilihan Allah SWT ini,.Iaitu Islam.

Cahaya Al Majid.

THE PROMISED LAND: UMNO DAH JADI TUAN BESAR..

Bismillahirrahmanirrahim.

UMNO DAH TAK BOLIH TEGUR!!!

Inilah sikapnya Parti Tuan Melayu UMNO apabila sudah terlalu lama berkuasa. Lupa diri dan lupa daratan.

Macamana orang lain nak hormat bilamana Pemimpin dan ahli sendiri tidak tahu menghormati orang lain.

Fatiha Latiff hanya sekadar meluahkan perasaan akan keperluan  kes 30 tahun dahulu diungkit lagi walhal banyak lagi perkara yang lebih berfaedah untuk dilakukan.

Begitu juga dengan statement.Shila Majid yang mengutarakan akan kegelisahan serta kesusahan rakyat yang terpaksa ditanggung akibat dari peningkatan kos, cukai GST kejatuhan nilai ringgit dan lain lain.

Bukankah apa yang diutarakan oleh dua.selebriti ini sememangnya isu yang amat rapat dengan kehidupan rakyat.

Macam kes Forex 30 dahulu, apa menafaatnya kepada rakyat?
Walau kelangit pun isu ini mahu diwar warkan ,namun adakah keputusan nya akan menyelesakan masaalah dan kehidupan rakyat?

Atau adakah dengan kemenangan atau pun kejayaan menyalahkan Dr Mahathir and the team akan mengembalikan maruah negara yang telah tercalar mahupun merancakkan ekonomi negara yang tengah suram?
Ada menafaat ke buat rakyat?

Begitu juga halnya dengan teguran Shila Majid. Salahkan beliau menegur perkara yang benar benar di rasai rakyat?

Ini tidak , satu UMNO menghentam beliau. Begitukah caranya UMNO menangani permasalahan yang diutarakan. Adakah Shila Majid itu berkepentingan dalam politik?

Atau adakah UMNO mahu bertindak seperti Presiden Korea Utara. Semua tak boleh tegur. Patutlah ahli UMNO dah semacam kena "nasi kangkang". Tunduk ibarat dicucuk hidung.

Akai tak da..langsung..Patutlah banyak orang marah ..

Patutlah ramai yang dah beralih arah.

Cahaya Al Majid.


Tuesday 5 December 2017

THE PROMISED LAND: CERCAAN "KLEPTROKASI" SIAPA YANG PERLU MEMBERSIHKAN?

Bismillahirrahmanirrahim.

TIDAKKAH INSTITUSI YDP AGONG
DAN
RAJA RAJA MELAYU TIDAK
TERSINGGUNG DENGAN
KENYATAAN PEGUAM NEGARA
AMERIKA?

Kenyataan yang dibuat olih Peguam Negara Amerika terhadap penyelewengan dana 1MDB dalam persidangan Forum Global bagi Pemulihan Aset yang dianjurkan olih Amerika dan United Kingdom dilihat sebagai satu penghinaan samada terhadap negara ini mahupun terhadap Institusi Yang Di Pertuan Agung dimana YDPA merupakan ketua Negara yang memayungi rakyat negara ini.

Seharusnya Institusi Yang Di Pertuan Agung mahupun Majlis Raja Raja Melayu harus melihat kenyataan yang dikeluarkan olih Peguam Negara Amerika ini dilihat sebagai satu penghinaan.

Memandangkan isu Klepetokrasi yang dilabelkan ini sudah berlarutan sekian lama dan belum pun terdapat mana mana pihak dinegara ini yang secara lantang mempertikaikan kewajaran pelabelan tersebut terhadap negara olih DoJ dan Amerika, maka, kesepakatan Majlis Raja Raja Melayu dan Institusi Yang di Pertuan Agong , perlu tampil bagi menjelas dan membersihkan Imej dan maruah dari terus dihina ini.

Kerajaan pimpinan Najib sejak sekian lamanya belum lagi membuat sebarang bantahan terhadap penghinaan yang dibuat olih DoJ Amerika ini.

Kerana penghinaan yang ini dibuat dihadapan wakil wakil luar negara yang menyertai persidangan ini menjadi tular di serata dunia  dan ditakuti pula implikasinya terhadap niat pelabur langsung yang mahu melabur dinegara ini akan menjauhkan diri, maka bantahan secara langsung perlu dibuat.

Untuk itu keperluan buat Institusi  YDPA dan Majlis Raja Raja Melayu yang memayungi rakyat negara ini wajib membuat bantahan resmi terhadap kenyataan DoJ dan Amerika terhadap pelabelan negara ini sebagai "Klepetokrasi'.

Cahaya Al Majid








THE PROMISED LAND: ADAKAH KERAJAAN BANGGA DENGAN STATEMENT 'KLEPETKROSI PALING TERUK???

Bismillahirrahmanirrahim.

RAHMAN DAHLAN KATA TIADA KES SIVIL
TETAPI TAK TAK PULAK MENAFIKAN DANA 1MDB TERLIBAT .

Walaupun nama Najib Razak tidak lagi atau belum lagi dikaitkan dengan skandal Pengubahan wang haram melibatkan 1MDB di Amerika, namun, Najib adalah sosok yang bertanggung jawap atas penubuhan 1MDB.

Tetapi hasil dari dana skandal yang disita melalui pengubahan wang haram Jho Low dan anak tiri Najib terlibat namun kebertanggungjawapan sebenarnya adalah dibahu Najib sendiri.

Peguam Negara Amerika telah melabel isu 1MDB adalah "Klepetokrasi paling teruk' ketika bercakap dalam Forum Global Mengenai Pemulihan Aset anjuran Amerika dan United Kingdom Di Washington.

Hampir separuh dari hasil kutipan korupsi yang berjumlah USD3.5 billion adalah melalui tindakan 1MDB.

Antara yang bakal jadi sitaan adalah aset aset mewah berjumlah USD 540 juta termasuklah karya seni, barang kemas, kapal layar serta hak cipta filem dari dana yang diseleweng 1MDB dimana Jho Low Dan Riza Aziz anak Rosmah atau anak.tiri Najib terlibat secara langsung.

Terdapat juga beberapa lagi hartanah seperti hotel hotel ,kondominium mewah serta jet peribadi yang disasar namun karya filem separa porno The Wolf of Wall Street juga tidak terkecuali.

Untuk itu adakah Rahman Dahlan mahu menidakkan keberadaan Najib Razak sebagai Pengerusi Lembaga Penasihat 1 MDB sehingga "ditangkap" penguasa DOJ tentang " Pengubahan wang haram"?

Kesimpulannya memang benarlah tuduhan DoJ itu terhadap 1MDB yang dikata bahawa dana dari 1MDB telah disalur atau digunakan bagi mengayakan kroni kroni iaitu Jho Low Dan Riza Aziz dan yang lain lain dalam menyonglap hasil dari Bond yang diterbitkan.

Masaalah nya kenapa UMNO dan Barisan Nasional mahupun Kerajaan Malaysia tidak mahu membuat bantahan terhadap Amerika mahupun DoJ tentang  " pelabelan terhadap Kerajaan pimpinan Najibnya yang dipanggil  sebagai " KLEPTROKASI PALING TERUK".?

UMNO,BN atau Najib tak malu ke dihina sehina hinanya olih Peguam Amerika ini?

Cahaya Al Majid.

Monday 4 December 2017

THE PROMISED LAND: BERANIKAH MEREKA BERSUMPAH LAKNAT DEMI MENAFIKAN?

Bismillahirrahmanirrahim.

BERANI KERANA BENAR
DAN JADIKAN ALLAH SWT
SEBAGAI SAKSI DIANTARA
MEREKA.

"Sumpah laknat" bukanlah perkara yang bertentangan dengan agama Islam.

Demi untuk membersihkan diri dari tuduhan ataupun  fitnah yang dilemparkan terhadap mangsa yang difitnah, yang dilihat amat susah untuk dibuktikan oleh mangsa fitnah dalam perundangan duniawi olih itu, menyerahkan kepada Allah SWT Tuhan Yang  Esa, melalui cara " sumpah laknat' adalah jalan terbaik.

Saiful Bahari yang pernah mendakwa diliwat olih Anwar Ibrahim  telah melafazkan "sumpah laknat" .

Selain dari beliau Najib Razak yang juga merupakan Perdana Menteri Malaysia juga telah dikata melakukan perkara yang serupa berhubung fitnah yang dihadapi nya.

Olih itu bukan satu kejanggalan atau kepelekkan bagi sesiapa pun untuk melakukan perkara yang serupa sekiranya
Fitnah tertumpah keatas mereka bagi tujuan untuk membersihkan diri dari tohmahan dan fitnah manusia.

Dalam kes Saiful yang didakwanya sebagai "mangsa" juga telah mengangkat  sumpah laknat bagi mengakui akan kebenaran "liwat" yang ditanggung nya.

Tetapi sebaliknya Anwar Ibrahim yang dikata telah "meliwat' beliau, sebaliknya tidak melakukan " balasan sumpah laknat' terhadap  sumpah laknat Saiful.

Samada berani atau tidak atau atas apa saja alasan Anwar Ibrahim untuk tidak melakukan sumpah yang serupa itu," iaitu membalas sumpah laknat Saiful" maka pandangan umum serta takrifan umat yang beragama Islam terhadap kreadibiliti Anwar Ibrahim mula diragui.

Semalam satu lagi peristiwa yang serupa telah melanda persada dunia seni tanahair.

Melalui berbagai sumber berita yang dipetik dan dilaporkan, penyanyi popular era 80 Noorshila Amin bangun mempertahankan maruah beliau dari tohmahan dan fitnah.

Beliau yang dituduh dan difitnah melalui kata kata yang diluahkan samaada olih Lana Nordin, Roslan Shah mahupun Rakan Artis yang lain, telah "melafazkan sumpah laknat" bagi menafikan segala tuduhan yang dilemparkan keatas dirinya.

Isunya disini,  beranikah Lana Nordin mahupun Roslan Shah ataupun rakan artis yang disebutkan dalam "siaran Facebook' yang didakwa oleh Noorshila itu berani untuk menyahut dan membalas " sumpah laknat' tersebut,  bagi menafikan fitnah fitnah yang telah mereka lemparkan keatas batang tubuh Noorshila?

Berpegang pada hakikat berani kerana benar dan menyerahkan "sumpah laknat" tersebut kepada  Allah SWT sebagai "hakim" maka,  bagi yang menuduh itu adakah mereka sanggup " bersumpah laknat" bagi menafikan bahawa segala apa yang telah mereka kata itu adalah benar dan  bukan datang dari mulut orang lain melainkan dari kata kata mereka sendiri?

Berani kerana benar itulah yang dilakukan olih Noorshila Amin demi membersihkan nama dan maruahnya .

Menyerahkan kepada Allah SWT sebagai hakim dan pelindung dari fitnah yang terbeban keatasnya ,beberapa perkara telah dinyatakan untuk dilakukan beliau.

Bagi memanjatkan doa dan mengiringi permohonan kepada Allah SWT Noorshila Amin :-

1. Memfidyah bacaan Al-Fatiha sepuluh kali
2. Memfidyah bacaan Surah Yaasin
Kepada yang menuduh beliau selama 44 hari.

Allah Maha Besar Allah Maha Agung.
Semoga Allah SWT memperkenan doa doa orang yang teraniaya. Amin.

Cahaya Al Majid.






THE PROMISED LAND: FOREX DICUIT FATIHA LATIFF. UMNO MENGGELINTIN!!

Bismillahirrahmanirrahim.

"ISTILAH YANG CACA MARBA'

Orang yang belum lahir dizaman isu FOREX pun tetap mengatakan tiada faedah mengungkit kisah 30 tahun dahulu.

Fatiha Latiff yang mencuit isu itu melalui ruang Twitter.

Bukan Fatiha Latiff  seorang saja yang menganggap isu ini sudah lapuk malahan rakyat marhaen yang majoriti juga tak berminat lagi terhadap isu tersebut.

Lainlah sekiranya dalam kes Forex itu dahulu ada nama nama besar yang didapati ada kemasukkan duit beratus juta keakaun masing masing ataupun ada yang mati dibunuh atau terbunuh ketika isu itu tengah hangat ataupun tiada langsung siasatan dibuat terhadap kerugian tersebut, maka, berbaloilah, sekiranya isu itu mahu diungkit semula.

Tetapi mengungkit bila mana Gabenor nya sendiri iaitu Jaafar Hussein sendiri telahpun di soal' mungkar dan nangkir' dialam kuburnya manakala Ishak Tadin yang  juga bekas Ketua Audit negara juga telah hilang ingatan, maka adakah  'kepincangan' ini menghalalkan penyabitkan mereka iaitu Dr Mahathir, Anwar Ibrahim mahupun Daim Zainuddin yang menjadi seteru Najib masakini mengusarkan Najib dan UMNO?

Bukankah Najib dah mengatakan bahawa setiap keputusan Perdana Menteri itu juga merupakan keputusan bersama seluruh ahli kabinet nya jua membawa maksud " "kebertanggungjawapan bersama".

Tetapi kenapa dalam kes  FOREX yang berlaku diera Dr Mahathir , dimana Najib juga diantara salah seorang Menteri nya " mengenepikan" kebersamaan tanggung jawab" ini?
Kenapa?

Nampaknya diera Najib ini, bermacam macam istilah terungkap.

Kalau untuk Dr Mahathir seorang Perdana Menteri diistilahkan sebagai Penjawat Awam tetapi kalau melibatkan Najib Razak pula, Penjawat Awam tidak terpakai pada dirinya?

Inilah dianatara sila sila yang digunakan Najib.Razak untuk menghalalkan tindakan sendiri yang didokong olih mereka yang telah dibeli akan  " diri dan jiwa" mereka melalui pangkat mahupun ganjaran dunia.

Walauapapun tindakan ataupun jerat yang di pasang atau mahu  memalitkan getah Forex keatas diri Dr Mahathir, namun, belum ada satupun " cop jari" Dr Mahathir dikesan di atasnya.

Semoga segala kebhatilan yang mahu diangkat ini akan merubah hati manusia manusia yang mahu menegakkan kebenaran demi agama dan kesucian agama Islam.

Cahaya Al Majid.










Sunday 3 December 2017

THE PROMISED LAND: RAKYAT HILANG TEMPAT BERGANTUNG?

Bismillahirrahmanirrahim.

PAYUNG KUNING HILANG SERI
TANPA RAKYAT.

Rakyat sedang mengelupor, rakyat sedang kepanasan dan hati rakyat sedang mendidih. Rakyat merayu,.mengemis dan merintih namun keluhan dan keresahan hati rakyat tiada siapa peduli.

Rakyat marah dan rakyat ingin tahu kenapa keborosan tentang duit rakyat yang hilang tapi dapat dikesan tetapi tidak dipedulikan , rasuah berada pada paras yang paling menjijikkan.

Salah gunakan kuasa serta ketirisan berlaku sana sini dibawah kerajaan pemerintah hampir setiap tahun walaupun beraudit yang berulang-ulang setiap tahun namun penyelewengan tetap berlaku sana sini.

Rasuah melibatkan billion ringgit samada diperingkat kerajaan pemerintah, wakil rakyat mahupun diperingkat kementerian dan jabatan, tiada satu pun kementerian atau jabatan mahupun ajensi kerajaan yang tidak terlibat dengan rasuah mahupun salah guna kuasa.

Rakyat marhaen hidup dalam kesempitan, rumah tidak mampu beli,. harga barangan melambung naik, gaji kecil, peluang perniagaan terhad, pengangguran meningkat , cukai ditanggung rakyat berbagai bagai cabang, jadi.bagaimana?

Kerajaan pula memberi beribu ribu alasan dalam menghalalkan tindakan tanduk mereka.
Kepada siapa lagi rakyat mahu mengadu?

Rakyat sudah penat, rakyat sudah jelak.

Orang dalam siasatan samaada kes rasuah, salah guna kuasa, mahupun terlibat dengan berbagai kes jenayah tetap berkuasa dan tetap bebas.

Pendakwaan mahupun.didakwa dimahkamah seperti semut.

Apalagi yang bolih rakyat harapkan dari Penguatkuasa Undang Undang.
Penguasa yang berat sebelah.
Pendakwa yang berat sebelah.
Pendakwaan pula berpilih pilih.

Ikan bilis, ikan parang,ikan tenggiri tetap masuk jaring tetapi standard jaws mahupun paus tetap bebas dilautan luas yang tiada sempadan.

Begitulah hakikatnya Negara ku ini.

Institut Raja sekadar menegur namun untuk membetulkan keadaan ibarat melepaskan batuk di tangga.

Isu melibatkan suku dan isu remeh-temeh agama dijadikan keutamaan

Agenda kesusahan rakyat golongan 7 juta miskin kategori BRIM semakin ramai. Rakyat tak berumah semakin tinggi jumlahnya namun siapa pembela rakyat?

Seandainya ini berterusan inshaallah generasi akan datang bakal menjadikan "institusi raja" sebagai "tugu" ataupun sebagai " taman perhiasan ditaman larangan".

Tiada lagi pilihan buat rakyat hanya melalui ketetapan satu undi saja semuanya bakal merubah seluruh langskap kepimimpin negara.

Cahaya Al Majid.







Saturday 2 December 2017

THE PROMISED LAND: DUIT FOREX TAK MASUK POKET MEREKA TAPI DUIT 1MDB...

Bismillahirrahmanirrahim.

DUIT 1MDB TERURAI KEAKAUN
PELANUN PELANUN.
SIAPA LEBIH BERBAHAYA?

Inilah kerja Najib yang beriya iya dan berusaha walau apapun keadaan asalkan keburukan dan kesalahan beliau sendiri dapat dikambus.

Satu dunia tahu bahawa skandal penipuan atau penyelewengan terbesar 'dana negara" telah berlaku dinegara ini.
Sosok yang dituding tidak lain dan tidak bukan adalah Najib Razak atau Perdana Menteri Malaysia.

1MDB yang keberhutanganya melebihi RM50 billion telah terjana melalui beberapa Bond Bond yang diterbitkan.

Najib merupakan sosok yang bertanggung terhadap penubuhanya dan merupakan Penasihatnya kepada 1MDB.

Didalam lembaran lembaran surat menyurat yang dipaparkan di internet telah membuktikan lagi akan keterlibatan beliau dengan secara langsung.

Kerana hutang dan kegagalan 1MDB dalam meneruskan "misi" impian Najib Razak, maka kesan langsung yang terpaksa dihadap kerajaan adalah terpaksa meletakkan syarikat 1MDB itu dibawah tanggungan Kementerian Kewangan.

Puncanya adalah Bond Bond yang diterbitkan olih 1 MDB melalui Goldman Sachs Yang bernilai berbillion dollar USD yang telah dijamin sepenuh nya olih Kerajaan Malaysia.

Yang menjadi issue besarnya adalah sebahagian besar dari dana yang diterbitkan melalui Bond Bond tersebut telah didapati dibayar kepada penama penama yang kesnya sedang disiasat olih Department of Justices Di Amerika.

Dan tuduhan yang dikenakan pula adalah kesalahan merentas negara iaitu ' pengubahan wang haram'.

Kerana kes 1MDB ini dan terbukti kemasukkan dana sebanyak RM2.6 billion keakaun peribadi Najib, dan diakui benar olih Najib sendiri, maka , timbul lah huru-hara politik UMNO dalam negara.

Melalui berbagai sumber yang datang samaada dari luar mahupun dari dalam negara telah mengaitkan dana 1 MDB itu terurai sebahagiannya keakaun Najib yang dibuktikan melalui money trail .

Itulah puncanya.

Ingin menunjukkan bahawa pemimpin UMNO terdahulu yang kini menjadi seteru utama beliau, maka, Rci diadakan buat "menjerat' mahupun " memalit'  keburukan terhadap Dr Mahathir .

Isu nya adalah kerugian forex atau kerana urusniaga yang berlesen dibawah kelolaan Bank Negara Malaysia.

Namun dalam kerugian yang dicatatkan menunjukkan tiada siapa diantara mereka yang didapati ada kemasukkan hasil ataupun imbuhan dari urusniaga tersebut seperti yang dibentangkan dan yang telah disahkan olih Jabatan Akauntan Negara.

Tetapi kerugian atau usaha yang dibuat oleh 1MDB adalah berlainan. Dengan menggunakan 'jaminan kerajaan Malaysia" maka berpuluh billion hutang dijana.

Yang jadi masaalah nya, perniagaan 1MDB itu telah kaput sehinggakan kerajaan terpaksa masuk campur dan meletakkan syarikat tersebut dibawah tanggungan Mof berserta hutangnya sekali.
Dan kini hutang itu terpaksa ditangguhkan olih rakyat.

Yang menjengkelkan rakyat pula, berbillion dollar USD terurai kepada penerima penerima yang tiada berkaitan dengan 1MDB.
Ada diantara nya telah menjadi instant billionaire dan ada yang jadi jutawan. Semua ini adalah wang rakyat.

Yang di kesalkan segala report dan hasil dari dapatan mengenai laporan urusniaga 1MDB ini, semuanya dirahsiakan dan di OSA untuk capaian umum.

Ini menambah lagi keraguan tentang 1MDB.

Sarawak Report dan beberapa lagi akbar luar negara melaporkan ' kes penyelewengan' ini, sehinggakan sebuah Bank di Singapura terpaksa diarah tutup olih kerajaan Singapura kerana didakwa terlibat dalam skandal pengubahan wang haram.

Dan sehingga kini banyak negara telah melakukan siasatan namun kerana tiada kerjasama dari pihak dalam negara maka kelewatan dalam siasatan mereka agak terbantut.

Untuk itu cuba kita renungkan siapa yang lebih membahayakan negara?

Adakah orang tua yang berumur 93 tahun itu dimana jasanya selama 22 yang telah mentransformasi negara ini dari negara pertanian keperindustrian dengan segala prasarana moden badan hidup rakyat yang selesa.

Atau Najib Razak yang secara singkat nya telah mejadikan negara hilang maruah, hilang penghormatan serta dilabel sebagai kerajaan Klepetokrasi dan terpalit dengan berbagai-bagai skandal?

Yang mana satu pilihan rakyat?

Cahaya Al Majid