Wednesday 28 February 2018

THE PROMISED LAND: KSN: ALI.HAMSA DAN KSP: IRWAN SIRIGAR WAJIB BERTINDAK DEMI NEGARA

Bismillahirrahmanirrahim.

DEMI DUIT RAKYAT YANG
DISITA.USD400JUTA

Pihak berkuasa Swiss mengumumkan bahawa sebanyak USD 400 juta telah disita kerana penyelewengan keatas dana 1 MDB dan kemungkinan besar "hasil sitaan" itu bakal dilupuskan dan mungkin menjadi milik kerajaan Swiss akhirnya, sekiranya tiada sesiapa dari Malaysia yang menuntutnya walaupun 1 MDB sendiri.

Walaupun Kerajaan Najib dan Kementerian Kewangan Malaysia menafikan terdapat unsur "penipuan" dalam urusan 1MDB, sehinggakan hutang 1MDB telah mencecah RM53 billion, dan, hutang itu pula telah dibebankan dibahu rakyat Malaysia, namun, " duit free" yang depan mata ini lanhsung tidak diendahkan. kenapa????

Terdapat juga lagi beberapa buah negara lain telah 'menyita" berbillion Ringgit hasil dari penyelewengan 1MDB ini, namun, Kerajaan pimpinan Najib masih "membisu" seribu bahasa .

Mungkin penyelewengan ini dilakukan olih "orang bunyian yang bernama MOI"yang kini berada dialam  lain.kot!!!

Mungkin itu jugalah sebabnya kenapa "saman" sehingga kini tidak dapat diserahkan.

Kalau dikira dari hasil yang dinilai yang telah terseleweng, jumlahnya melebihi USD7 bilion.
Tidakkah Kerajaan Malaysia tidak mahu menuntutnya?  Lagipun penyelewengan ini mereka dakwa berpunca dari "hasil pinjaman olih 1MDB"?

Ataupun kerajaan Malaysia mahupun Najib takut , kalau kalau " pekong 1MDB" pecah lagi?? atau Najibpun takut 'terkait" sekali?

Olih itu wajib bagi rakyat mendesak Ketua Setiausaha Negara,  Tan Sri Ali.Hamsa dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan , Tan Sri IRWAN Siregar, untuk, menuntut kembali.dana 1MDB yang disita ini dari Kerajaan Swiss.mahuoun dari kerajaan Amerika.

Lagi pun kini 1MDB telah dijadikan syarikat Milik Kementerian Kewangan, iaitu milik rakyat.

Negara perlu bertindak demi duit rakyat!!

Cahaya Al Majid


Monday 19 February 2018

THE PROMISED LAND: "PELABURAN BERTARAF HUTANG" JADI PRODUK JUALAN NAJIB DAN UMNO.

Bismillahirrahmanirrahim.

AGAKNYA INILAH KEBANGAAN
NAJIB DAN UMNO.KOT!!

Sepatutnya Najib hanya "jual" segala kejayaan beliau saja selama 9 tahun ni sebagai Perdana Menteri. Itupun kalau ada banyaklah kejayaan seperti yang diwar-warkan.

Tetapi kalau diimbau kembali 9 tahun yang lalu sehingga kini, nampaknya, tiada banyak yang dirasai rakyat terbanyak kecualilah projek.seperti MRT .
Itupun yang merupakan projek yang telah terlaksana dizaman Mahathir, cuma Najib hanya menyambung saja kepada laluan baru.

Selain itu tiada kot kecuali pemberian BRIM yang dilaung.laungkan Najib yang dikata dapat meringankan bebanan rakyat .

Pemberian itupun "pemberian' berstatus berimbal balik kerana Kerajaan Najib mengenakan cukai GST kepada setiap warganegara , dari keperluan nak bersalin sehinggalah matinya seseorang individu tersebut, semuanya wajib membayar cukai GST.

Kalau nak sebut buat projek perumahan untuk rakyat , zaman Tun Razak pun dah ada "rumah murah" , tetapi sebaliknya dizaman Najib, tiada lagi istilah " rumah murah" tetapi dipanggil " rumah mampu milik", itupun jumlahnya tidak mengcukupi, malahan " rumah mampu lihat" , berlipat kali ganda didirikan, dimana, majoriti orang Melayu hanya mampu "lihat" saja.

Tetapi kebanyakkan projek yang dilaksanakan atau yang sedang berjalan kebanyakkannya merupakan projek yang tanahnya dijual dengan harga murah kepada  Syarikat Bermasaalah iaitu 1MDB .

Walaupun berbilion dolar dipinjam olih 1MDB melalui terbitan Bond yang di jamin Kerajaan namun kegagalan 1MDB telah mengakibatkan beberapa keping tanah yang dimiliki secara murah dari negara, dijual untuk melunaskan " bunga' pinjaman tersebut.

KWSP, Tabung Haji, PNB dan beberapa lagi GLC kerajaan " dikerah" secara tersembunyi untuk membeli tanah tersebut dengan harga mahal.

Adakah ini "kejayaan" Najib yang mahu didendangkan kepada rakyat?

Bandar Malaysia dan TRX merupakan dua "bakal"mercu tanda yang sedang dalam pembinaan . Tetapi taak tahulah bila projek Bandar Malaysia ni, nak dimulakan.  Namun apa yang dijual kepada pelabur hanyalah "keindahan' diatas kertas saja. Tetapi bila nak.siap.taj tahulah..10 tahun lagi kot!

Lagi satu yang dilelong kepada seluruh negara adalah pembinaan ECRL dan Kereta api Laju KL Singapura, itupun kita tak tahu samaada ianya akan "berlaku atau pun tidak". Sebab kos yang nyata melebihi RM100 bilion. Dan kosnya pula dipinjam daripada China .
Tetapi gebangnya , projek.ini adalah "pelaburan" dari China..Tetapi Malaysia kena bayar balik "pelaburan' tersebut .
Yang tak masuk.akalnya, semua "warga kerja, peralatan dan bahan asas" semuanya didatangkan dari China.
Hebat kan "pelaburan" Najib ni!

Tak cukup dengan itu, dari Pantai Timur sehingga Kepantai Barat, semua pelabuhan yang akan dibina atau dinaik taraf semuanya di"tapau" sebagai "pelaburan" olih China dan sebagai "pelaburan" jenis ini, negara kita perlu bayar balik.
Untung mana mana negara yang dapat "pelaburan" stail Najib.ni.

Tetapi disegi politik pula, Najib tak berani nak "gelembung' pelaburan ni,, asik asik beliau akan katakan ini adalah.baik untuk negara.
Baik ikut mana, hanya, Najib dan UMNO saja yang tahu.
Tetapi yang tak leh tahan..Najib asik asik menyindir Mahathir.

Samaada dia lupa atau semangnya "bingai" terhadap kejayaan yang telah dicipta olih Mahathir dalam membangunkan negara ini, serahkanlah kepada rakyat untuk menilainya.

Tak pernah pun kita dengar Mahathir menjaja apa yang telah dilakukan untuk negara ini . Bagi rakyat kejayaan dan kemampuan Mahathir , tiada siapa yang dapat menandinginya.

Apa.yang dibuat Najib hanya menambah sesak nafas rakyat kerana berbagai kenaikan harga barangan dan kemeruduman nilai ringgit.
Baru sehari dua nilai RM menokok, bagai ayam dicabut ekor lagaknya di Najib .


Cahaya Al


THE PROMISES LAND; HAJI HADI CAGAR 'BAIAH" UNTUK SOKONGAN!!!

Bismillahirrahmanirrahim.

KALAU PERJUANGAN PAS TU BENAR
TAK.KAN PEMIMPIN DAN AHLI BERPECAH!!!

Lebih 1400 era Baginda Rasullullah telah berlalu. Kalau dahulu Islam hanya diterima dikalangan manusia diMekkah dan Madinah, tetapi, kini, Allah SWT telah menyemarakkan Islam di serata pelusuk dunia.

Kalau dahulu agama Islam hanya tertumpu kepada Bangsa Arab akan tetapi kini semua bangsa didunia pasti ada yang beragama Islam. Itulah ketetapan dan janji Allah SWT terhadap Islam.

Apa yang ingin diutarakan disini adalah berhubung  tatacara " baiah'  yang "dicanang" mengikut takrifan Hj Hadi ataupun PAS.

Dengan cubaan beliau Hj Hadi atau PAS yang mahu mengaitkan antara "baiah' Rasullulah dengan ' bai'ah" takrifan PAS , maka,.Dengan lidah yang berbelit belit dan berputar putar dimulut Hj Hadi,.maka, usulan untuk "menyamakan" tindakan Rasullulah saw dan tindakan beliau, beliau tetap mengatakan "sama".

Nampaknya " bai'ah" yang cuba dilelong ini, dilihat sebagai jalan terakhir beliau dalam" menakut-nakutkan" ahli PAS agar tetap bersama PAS.

Walaupun semua tahu bahawa PAS telah 'menghalalkan" segala kemungkaran dan kebhatilan" Kerajaan UMNO dan Najib, dalam beberapa isu besar negara, namun, buat rakyat atau orang Melayu, mereka bukan lagi bodoh atau buta huruf seperti dahulu.

Segala apa yang berlaku dan telah dilakukan olih pemimpin PAS, semuanya dapat diakses olih rakyat samaada melalui media awam mahupun media sosial. Olih itu untuk PAS menutup.segala kepincangan dan keterlanjuran mereka, semuanya tidak dapat disembunyikan lagi.

Cukup cukup lah Haji, kalau Haji tetap mahu meneruskan agenda yang "bukan bukan" itu, cukup cukuplah.

Cukup cukuplah Haji.   hentikan lah menggunakan.agama  Islam sebagai " mainan politik awak.tu.
Cubalah gunakanlah pengaruh atau aura awak sendiri dalam menjerat " manusia tak berotak" tu, seperti ahli PAS tu, dalam "menggapai' kuasa .

Parti politik di negara yang bermajoriti umat Islam.beratus juta pun.tak menjual agama untuk berkuasa.Inikan parti yang ahli tak sampai 2 juta...

Cukuplah  memperbodohkan orang lain..

Dah bertahun tahun kot, PAS menjual nama agama Islam, tetapi,.Perangai pun tetap tak berubah juga.. makin buruk adalah..

Cahaya Al.Majid.


Saturday 17 February 2018

THE PROMISED LAND: "DNA"KURANG AJAR JANGAN SALAHKAN ORANG LAIN !!!

Bismillahirrahmanirrahim.

MONYET PUN BOLIH DIAJAR
TAPI SEKOR NI..
MEMANG KURANG AJAR!

Kalau hidup ni asik asik nak menyalahkan orang lain, lebih baik " pergi mati".

Tak pernah pula kita dengar anak anak Mahathir ni, kurang ajar, ataupun kurang adab.
Dari Mokhzani sampai lah ke Mukhriz, tak da pulak kita dengar cerita " kekurangan ajar" mereka terhadap orang lain.

Begitu juga dengan pemimpin Melayu UMNO lain samaada diera Pak Lah sekalipun.
Samaada Pak Lah ke ataupun Muhyiddin Yassin ke, yang pernah sama sama menduduki kerusi Ahli Majlis Tertinggi UMNO mahupun jawatan Timbalan Perdana dan Perdana Menteri ketika diera Mahathir, manusia manusia ini tidak pula pernah bertindak "kurang ajar" samaada kepada lawan mahupun kawanpun.

Tak da pula kita dengar Menteri Menteri Besar dinegeri yang diperintah oleh UMNO mahupun olih parti PAS diera Mahathir mahupun Pak Lah mereka ini, bertindak "kurang ajar" , kepada rakyat.

Adake Menteri Menteri Kabinet dibawah pemerintahan Mahathir ke atau Pak Lahpun yang suka bersikap kurang ajar kepada orang lain.

Tetapi perangai seekor "buragas" dari Rengas ni, lain sikit spesis nya, Monyet pun sanggup diumpamakan kepada Mahathir. Inilah seekor "buragas" UMNO yang paling kurang ajar dizaman Najib.ni.

Walaupun Nazri Aziz selayaknya sebagai Timbalan Menteri saja dizaman Mahathir, namun portfolio yang diyakini Mahathir ketika itu pun hanya sekadar menjaga Parlimen je. Suara pun jarang jarang dengar.

Tetapi bila mana Nazri mula diangkat olih Najib sebagai Menteri penuh di Kementeian Pelancongan, barulah kita nampak "warna' beliau .
Dan barulah kita tahu dan nampak "Kaler" dan sifat kurang ajarnya menyerlah
Sehinggakan " isyarat lucah" pun pernah beliau tunjukkan.

Adakah ini ajaran Dr Mahathir atau beliau sememangnya "kurang diajar" olih ibubapa nya?

Cukup cukuplah menyalahkan orang lain.Bila mana ibubapa kita gagal mendidik anak.anak.nya tentang adap dan kesopanan serta  berbudi bahasa, maka, sifat kurang ajar dari.anak itu akan "terserlah" dengan sendiri.

Olih itu jangan menyalahkan orang lain bilamana  kita sendiri bersifat kurang ajar olih itu salahkan " ibubapa awak kerana tak mendidik.dengan betul.

Atau adakah Nazri nak menyalahkan Najib juga bilamana Nazri kata " kemerosotan.nilai matawang ringgit adalah baik untuk pelancongan negara?"

Atau sememangnya Nazri ni, "otak udang" ataupun "kaki ampu"?

Cahaya Al Majid.


Thursday 15 February 2018

THE PROMISED LAND: NEGARA KECUNDANG : BALA DIBAWAH NAJIB???

Bismillahirrahmanirrahim.

WIRID DAN RATIP
YANG MENYONGSANG
NEGARA.

Kalau sebelum jadi Perdana Menteri semua orang tak tahu "perangai sebenar" anak Tun Razak ni.

Walaupun diawalanya ketika beliau menyandang jawatan Menteri Besar juga beliau telah didakwa "terpalit" dengan skandal sehingga 'bercerai" dan berskandal dengan bini orang namun,  indikasi, yang dihantar olih Sang Pencipta, tidak dapat dibaca olih Pemimpin teratas UMNO.

Atau mungkin pemimpin UMNO ketika itu teramat taksub akan "jasa jasa bapa nya" maka skandal itu telah membutakan hati mereka semua .

Begitu juga halnya ketika Najib masih lagi sebagai Menteri penting, namun, "Kaler" sebenar Najib juga tidak nampak sepenuhnya lagi.

Tetapi apabila skandal Scorpene dan pembunuhan model Altantuya meletus dan mengheret sama diri Najib, maka mula lah keperibadian beliau mula terserlah dan mula dipersoalkan.

Tetapi apabila beliau mula memegang kuasa sebagai Perdana Menteri, sedikit demi  sedikit " warna" sebenar Najib menyerlahkan lagi akan keberadaan beliau sebagai yang tidak menyenangkan.

Sebagai ketua negara maka tanggungjawab adalah teramat besar namun Najib perlu sedar bahawa segala malapetaka yang dilalui negara ini sebenarnya mencerminkan perjalanan dirinya.

Bukan Allah SWT sekadar memberikan ingatan malahan "signal" yang diberikan adalah untuk beliau dan juga kepada seluruh rakyat negara ini yang dipimpinnya.

Sedar atau tidak malapetaka sileh berganti telah datang menghujani negara ini. Adakah itu tandanya negara ini dirahmati?

Segala malapetaka yang menimpa negara ini dari kes MH370 yang hilang dan MH17 yang ditembak sehinggalah kemasukkan warga Zionist dalam program PBB Habitat diibunegara minggu lalu, semuanya menjurus kepada " keterserlahan" kegagalan pemimpin Islam negara ini iaitu Najib dan Melayu UMNO Islam yang terang terangan"terpesong" dari kehendak agama iaitu " menegakkan kebenaran dan menolak kemungkaran" yang tidak dijadikan "amalan sunnah" dalam pemerintahannya.

Dari Raja yang menaungi negara ini mahupun pemimpin politiknya, semuanya telah alpa dengan "keseronokan" dunia.

Ditambah burukkan lagi, diatas kealpaan dan kegagalan alim ulamanya juga dalam menasihati Rajanya mahupun Pemerintahan nya, maka itulah yang menjuruskan lagi"malapetaka" untuk terus berlaku sileh berganti.

Keyakinan dan ketakwaan yang didendangkan olih alim ulamanya hanyalah bersifat "ala kadar' atau bersifat " melepas batuk di tangga", namun " sifat" "mencari keuntungan diri" dan " menyalahkan orang lain dijadi "amalan sebagai manusia kamil".

Bertasbih, berwirid mahupun melaungkan kalimah kalimah Allah SWT hanya bersifat 'menunjuk.nunjuk" dikhalayak manusia namun " pengisian" sebenar amatlah menyedihkan.

Begitulah keadaannya negara ini dibawah pemerintahan Najib dan Kabinetnya. Perkara mungkar yang ditakrifkan olih Al Quran untuk dihindari, kini, amalan meratip dengan berbagai bagai kalimah yang bertujuan menghalalkan, dijadikan amalan harian.

Dari Penguasa SPRM mahupun PDRM ataupun AG sehinggakan kepada yang diamanahkan menjaga perbendaharaan, semuanya dilihat seperti kawanan " serigala" yang akan membaham mengikut " ratipan" tuannya.

Perasaan takut terhadap " bala" dan "malapetaka" dalam mempermainkan isu isu agama serta tempat suci seperti Mekah atau Kaabah mahupun Makam Rasullulah,.Dijadikan bahan "dagangan" untuk mengangkat diri.

Begitulah parahnya tahap negara ini bila pemimpin " tak kenal diri" dan " tak kenal Tuhan" apabila, memeluk kuasa bagi kepuasan diri.

Cahaya Al Majid.




Wednesday 14 February 2018

THE PROMISED LAND: ISRAEL MULA DITATANG

Bismillahirrahmanirrahim.

PARA WALI DAN ANBIA
MENYUMPAH AKAN KEHADIRAN
YAHUDI.LAKNATULLAH DIBUMI
TANAH MELAYU!!?
PEMIMPIN.YANG BERSENGKOKOL
BAKAL.DI JENGAH MALAPETAKA

Hari ni, berlumba lumba posting mengenai kehadiran delagasi Kerajaan Zionist Israel Laknatullah , bertebaran sosial media.

Namun begitu , Kerajaan  Najib mahupun Melayu UMNO , semuanya "senyap sunyi", keadaannya.
Tidak seperti waktu Trump "mengiktiraf" Baitul Mukaddis dimana, seluruh warga Melayu UMNO dan pendedak tegar mereka, "melaung laung"  seakan akan ditimpa histeria lagaknya.

Samada UMNO atau Kerajaan Najib hanya sekadar" menghangatkan hati' atau sekadar "memainkan perasaan Melayu UMNO" hanya mereka yang tahu tujuanya.

Begini lah sifatnya Kerajaan UMNO dan Najib dengan sifat talam dua muka mereka.

Mungkin kerana takut kerana 1MDB telah menjana hutang melalui Goldsmans Sachs iaitu sebuah syarikat milik bangsa Zionist  yang mengatur "pinjaman" buat 1MDB dengan sandaran Bond yang dijamin Kerajaan Malaysia, maka, ketakutan Najib sekiranya '.pinjaman" akan di called off", maka, "berdiam diri" atau " menghalalkan kemasukkan kelompok Zionist" adalah jalan terbaik buat Najib.

Baru dua bulan je kot, Najib dan kelompok nya, "melaung laung"  akan 'kebiadapan Zionis" , tup tup..ZIONIST ..Bebas menjejakkan kakinya dibumi ini.
Semuanya kerana " hutang" yang "menggadaikan maruah bangsa".

Sepatutnya UMNO dan Melayu UMNO menyerahkan nota bantahan kepada Kerajaan.Zionist melalui Duta mereka.yang hadir, tetapi sebaliknya, mereka bertemu dan berbincang pula dengan pegawai dari Kerajaan Malaysia, seperti yang mereka dakwa.

Ha..APA Nak.jadi???

Jadi.labu labilah.. Negara Malaysia kalau berpanjangan dibawah UMNO Najib ni..

Cahaya Al Majid.

Tuesday 13 February 2018

THE PROMISED LAND : KERAJAAN NAJIB HANYA BERANI MENYALAK DARI JAUH JE..

Bismillahirrahmanirrahim.

LAFAS PEMIMPIN UMNO
BERTARAF SAMPAH???

Kalau duta Israel tidak mendedahkan dalam Twitternya, mampus! semua rakyat Malaysia tak tahu akan kehadiran delegasi mereka dinegara ini dalam program Penempatan Semula Manusia PBB atau PBB Habitat yang mana Kuala Lumpur atau Malaysia sebagai Tuan Rumah.

Kenapa kerajaan Najib melindungi kehadiran "kelompok Zionist" dinegara ini.?

Apa ajenda Kerajaan Najib?
Adakah kerana APKO? ataupun Kerajaan Najib yang cuba melindungi "perdagangan terselindung" yang bernilai USD1.5 billion dengan Malaysia seperti yang didakwa Timbalan Duta Israel?

Bukan main lagi Kerajaan Najib ni terpekik terlolong apabila Kerajaan Zionist ni, menyembelih umat Islam di Palestin?

Bagai nak runtuh langit Malaysia bilamana UMNO dan Ahli Ahli nya "menyinsing lengan" dan bertakbir Allah Hu Akbar tetapi bilamana Zionist terang terang berada dibumi Malaysia , langsung tiada " bantahan dibuat" terhadap kekejaman kerajaan mereka. kenapa?

Mana Pemuda UMNO mana Ahli Syurga dari PAS?
Kan PAS dah "berbaiah" dengan UMNO?

Kenapa Bisu sebisu-bisunya,. Pimpinan UMNO dan PAS ??? dalam isu " Zionist"?

Apa yang dilihat UMNO dan Kerajaan Najib ni, hanya berani dari jauh je...Bila depan mata.. Kecut perut...tetiba...pondan dan memondan jadinya.

Itulah hakikat nya Kerajaan pimpinan Najib yang tak berprinsip...Gebang je lebih...

Apa yang dilihat dan disaksikan..UMNO dan kepimpinan Najib dah mula menggadai prinsip yang ditanam olih Pemimpin terdahulu terhadap "keberadaan" Kerajaan Zionist dibumi Palestin.

Tetapi..Diera Najib ni..Semuanya tergadai... Sepertimana tergadainya kepingan kepingan tanah milik negarq kepada kerajaan kawalan komunis dari negara . China!!!!

Padan muka Melayu..

Sumpah yang dilafaz Pemimpin Melayu UMNO sekarang hanya setaraf sampah yang membusuk dan yang menggunung saja.

RENUNGKAN!!!!

SIAPA AKU DALAM AKU

Yang sebenar-benar Diri itu ialah Hidup,
Yang sebenar-benar Hidup itu ialah Ruh,
Yang sebenar-benar Ruh itu ialah Nafas,
Yang sebenar-benar Nafas itu ialah Allah,
Yang sebenar-benar Allah itu ialah Muhammad,
Yang sebenar-benar Muhammad itu ialah Diri Ruhani,
Yang sebenar benarnya Diri Ruhani itu telah menjadi Nyawa,

Kerana Tiada hidup Jasad melainkan dengan Nyawa,
dan Tiada hidup Nyawa melainkan dengan Jasad,
Jadi Yang bernama Allah itu ialah Kehendak,
Yang bernama Kehendak itu ialah Hidup,
Yang bernama Hidup itu ialah Ruh,
Yang bernama Ruh itu ialah Nafas,
Yang bernama Nafas itu ialah yang Hidup,
JADI yang Hidup itulah Dzat Wajibul Wujud

Tahapan Antara Alam Nasut dan Alam Malakut adalah SYARIAT,

Tahapan Antara Alam Malakut dan Jabarut adalah TARIKAT,

Tahapan Antara Alam Jabarut dan Alam Lahut adalah HAKIKAT

Maka Akulah Pencipta Tempat, dan Aku tidak memiliki Tempat.

Maka Aku Ciptakan Malaikat dari Cahaya Manusia, dan Aku Ciptakan Manusia dari Cahaya Aku.

Maka Aku Jadikan Manusia sebagai kendaraan-Ku, dan Aku jadikan seluruh isi Alam sebagai kendaraan bagi Manusia"

Maka Betapa indahnya Aku sebagai Pencari, dan Betapa indahnya Manusia sebagai yang dicari,
Betapa indahnya Manusia sebagai pengendara, dan betapa indahnya Alam sebagai kendaraan baginya"

Maka Manusia adalah Rahsia-Ku dan Aku adalah Rahsianya"

Maka Tidaklah Manusia makan sesuatu, atau minum sesuatu, dan tidaklah ia berdiri atau duduk, berbicara atau diam, tidak pula ia melakukan suatu perbuatan, menuju sesuatu atau menjauhi sesuatu, kecuali Aku ada di situ,
Bersemayam dalam dirinya dan Menggerakkan Tubuh Manusia, Jiwanya, Hatinya, Ruhnya,

Pendengarannya,Penglihatannya,Tanganya
Kakinya, dan Lidahnya, semua itu Aku Persembahkan kepadanya dari Diri Aku, untuk Diri Aku, kerana Aku tak lain adalah AKU.

Demi Agama dan demi Bangsa hanya , gula gula buat " pemabuk agama", seperti mereka.

Cahaya Al Majid.




Monday 12 February 2018

THE PROMISED LAND: KERAJAAN NAJIB MENYENANGKAN RAKYAT??

Bismillahirrahmanirrahim.

RAKYAT BANYAK DUIT
EKONOMI DAH MEMUNCAK
HARGA AYAM PUN DAN STABIL
IKAN PUN DAH MURAH
HARGA MINYAK PUN LAGI MURAH BERBANDING SINGAPURA KAN...

Pung pang pung pang Kerajaan Najib mengangkat kejayaan yang entah apa apa.

Berlandaskan dari input input yang dibekalkan olih kementerian yang dikendalikannya oleh para juak juaknya terutama dari menteri menteri yang takut hilang jawatan mahupun kedudukan,jawapan yang diberikan kepada rakyat semuanya hebat belaka.

Nak tanya ni.

Adakah kehebatan dan keunggulan 1MDB yang diideakan olih Najib dalam "menjana pendapatan" tambahan  buat negara seperti yang didakwa Najib telah dapat meningkatkan pendapatan rakyat mahupun peluang pekerjaan buat rakyat?

Begitu juga dengan penyenaraian FGV, adakah "termakmur" seluruh warga peneroka Felda, kerana penyenaraian kedua terbesar didunia.
Adakah menafaat penyenaraian ini telah meringankan beban hutang peneroka mahupun meningkatkan ekonomi negara mahupun rakyat jelata?

Begitu juga dengan "terserah"nya tanah Felda kepadq Syarikat Promenade dijalan Semarak itu, telah, meningkatkan pendapatan warga peneroka mahupun telah meringankan beban hutang peneroka.

Adakah hasil dari "pemberian " tanah kepada Syarikat Promenade dijalan Semarak tersebut telah ' meningkatkan" kantung warga peneroka?

Adakah dengan projek projek Mega yang dilaksanakan oleh kerajaan Najib samada Projek Bandar Malaysia, TRX mahupun ECRL telah meningkatkan ekonomi rakyat ?
tetapi

MASAALAHnya kenapa kos sara hidup rakyat semakin meninggi dan kos barangan semakin menjulang kalau ekonomi kita meningkatkan dan kenapa ekonomi rakyat masih menyesak?

Kenapa rakyat dibawah ini tidak menikmati "pertumbuhan' dan kerancakkan ekonomi yang didakwa itu?

Kalau ekonomi kita dah meningkat dan diiktiraf badan dunia seperti yang didakwa, kenapa, Kerajaan Najib tidak.mahu meringankan beban rakyat?
Pulangkan lah subsidi yang dilupuskan itu, setabilkanlah "harga minyak" semula, juga, kurangkanlah percent GST itu, setidak tidaknya kepada 3%.

Kan ekonomi dan memuncak dan mengatasi pendapatan ekonomi negara jiran?

Ataupun sememangnya "petunjuk" atau prestasi yang dicanang itu, semata mata gula gula PRU?

Cahaya Al Majid.


Saturday 10 February 2018

THE PROMISED LAND: " BAIAH"

Bismillahirrahmanirrahim.

CUKUP CUKUPLAH PAS
MENJUAL NAMA ISLAM NI!!!
MUAK...TAHU TAK???

Hari ini ada seorang lagi lebai PAS yang masih mendendangkan " bai'ah".

Perlu beliau ingat adakah  'baiah' yang Rasulullah saw ungkapkan itu sama tarafnya ataupun sama tujuanya dengan " bai'ah" yang PAS lakukan bertahun tu.

"Baiah" yang baginda Rasullullah buat itu adalah semata mata berjuang untuk menegakkan agama Islam yang dibawa Baginda seperti yang diwahyukan Allah SWT kepada baginda saw.

Ketika itu "bai'ah" yang dibuat Baginda Rasullullah adalah sebagai "pengikat diri" buat sahabat sahabat mahupun pengikutnya yang sanggup berjuang dan bergadai nyawa dan berperang, demi kerana Allah SWT dalam memerangi pihak "kafir" atau mereka yang memusuhi Baginda Rasullullah saw Dan juga agama yang baru Baginda "ratibkan" kepada penduduk Mekah.

Tetapi kini agama Islam telah tertegak dan dianuti oleh semua lapisan manusia didunia .
Disemua pelusuk dunia dari utara hingga keselatan mahupun dari barat ke timur,.Penganut Islam.ataupun agama Islam ada dimana-mana.

Tidak ada kita dengar pun penganut politik mahupun rakyat marhean nya " berbaiah' kepada Parti mahupun kepada pemimpin mereka malahan  dinegara yang memiliki umat Islam terbesar didunia juga tidak melakukan ' bai'ah" kepada pemimpin mahupun kepada parti politik mereka.

Kenapa pulak dengan PAS ni?

Atau adakah PAS sedang bermimpi  disiang hari?
Atau PAS hidup dalam dunia fantasi?
Atau adakah dalam dunia PAS "agama Islam" tidak tertegak lagi ataupun pegangan agama Islam ahli ahli PAS sedang 'goyang" atau sedang " berkecamuk fahamanya"?

Sedarlah wahai ahli PAS.

Agama Islam bukan saja terdapat di kalangan ahli PAS saja, malahan , ahli ahli parti parti yang berada di negara ini juga samada UMNO ke , PKR ke, PPBM ke, mahupun Parti Parti dari Sarawak dan Sabah, rata rata ahlinya yang berbangsa Melayu, semuanya beragama Islam .

Termasuk juga yang tidak berparti , ada juga India Muslim, China Muslim dan macam macam muslim lagi,

Berbaiah' kita hanya pada Allah SWT dan bukan kepada Parti mahupun Pemimpin Politik.

Yang membezakan mereka hanyalah yang beriman dan tidak saja.

Cukup cukuplah menjual nama " bai'ah" ini demi keuntungan politik sendiri. Tak kemana pun.

Kalau benarlah Parti PAS itu yang didakwa  berjuang atas nama Islam , takkanlah Allah SWT, tak ganjarkan apa apa kepada pejuangnya terutama terhadap Presidennya Hj Hadi.

Kalau Hj Hadi tu namanya besar dan pemimpin yang berkeromah dan bermulut masin bak kata orang orang Melayu, tak kan Hadi sanggup senyap sunyi bila mana Najib berdalih dalih dalam wang yang masuk keakaun peribadi Najib sendiri?

Tak kan Hj Hadi tak berani "menegakkan" kebenaran dalam kes penyelewengan dana rakyat mahupun dalam kes pembunuhan Altantuya.

Yakinlah kalau perjuangan parti PAS itu adalah benar dan berlandaskan Al-Quran dan Sunnah takkahlah Allah SWT kecundang kan PAS di Terengganu dalam PRU yang lepas.

Sebenarnya apa yang diperjuangkan PAS hanyalah ideologi ideologi yang 'mengembung" kan poket pemimpin atau memperbodohkan ahli saja.

Nak jaga Islam?
Haha..Parti sendiri tak terjaga!
Nak pimpin negara?
Negeri sendiri (Kelantan) pun terkebelakang dan miskin.
Nak perjuangkan Islam?
Islam jenis apa yang nak diperjuangkan?
Agama Islam pun dibawah kuasa Raja Raja Melayu.
Olih itu nak gebang apa lagi wahai PAS??

Cakaplah nak sambung lagi sebagai Yang Berhormat . Kan senang... supaya boleh dapat duit gaji free, elaun free dan macam macam free.

Cukup cukup lah membohongi orang lain.
Ahli PAS bolih lah kau temberang..

Tanpa PAS pun agama Allah SWT iaitu Islam tetap utuh dinegara ini . Tak usahlah jual nama Islam mahu pun jual sunnah nabi demi kelangsungan Parti yang songsang tu.  Cukup cukup lah.

Harap harap pada PRU 14 ini, dikuburkan terus PAS ni dari muka.bumi Malaysia olih rakyat.
Merosakkan nama Islam.je..

Cahaya Al Majid.







Friday 9 February 2018

THE PROMISED LAND: MCA PARTI YANG DAH NAK MATI .

Bismillahirrahmanirrahim.

MCA USIK SALAH ORANG
MCA BAKAL DI KUBURKAN.

MCA sebuah parti yang hidup dan berjaya menjawat jawatan Menteri atas ehsan orang Melayu,.Kini, MCA cuba memperlekehkan Tun Dr Mahathir dihadapan Duta China.

Sedarlah sikit, MCA, kesemua kawasan yang ditandingi dan kamu menangi adalah diatas undi undi orang Melayu.

Dah dua PRU kot orang Cina dinegara ini menolak semua calon MCA .

Walaupun Mahathir tidak lagi bersama UMNO dan menubuhkan PPBM namun sokongan orang Melayu yang sedar diri terhadap kemampuan Mahathir yang mahu "menghindar" parti Komunis China dari berleluasa yang kini cuba "memulas" tengkok pemimpin Melayu terutama Najib dan sekutunya, melalui bantuan MCA, pasti akan ditentang oleh orang Melayu. Walaupun MCA berharap akan terjadi sebaliknya.

Kini orang Melayu dah sedar diri akan kelemahan diri Najib yang suka berpoya-poya dengan " hutang" bagi menjerut Malaysia.

Walaupun terdapat segelintir pemimpin UMNO yang sedar akan perkara itu namun disebabkan skandal yang telah membaluti diri mereka maka 'membakar Malaysia" adalah jalan terbaik buat menyelamatkan diri mereka.

Olih itu untuk mereka menegur Najib  atau berusaha untuk membetulkan keadaan yang berlaku dinegara ini, diibaratkan seperti " jauh panggang dari api", begitulah hakikatnya.

Kini MCA pula mencuba untuk menjadi jaguh dan pelahab kepada China Komunis yang ditentang olih parajurit Malaysia dahulu.
Beriya iya betul MCA memperlekehkan Dr Mahathir dihadapan Duta China Komunis.

Samaada MCA ini sedar diri ataupun bersengkokol dengan kuasa China Komunis yang ditentang olih Parajurit Melayu dahulu, maka, wajib bagi setiap warga Melayu menolak atau menghukum MCA diatas kebiadapan mereka dalam memperlekehkan seorang Perdana Menteri yang mengangkat Malaysia dipersada dunia.

Nak tanya juga..Apa pengorbanan MCA terhadap orang Melayu??

Kalau setakat nak memperlekehkan parti tak mengapa juga tetapi ini dah melibatkan Bekas Perdana Menteri yang telah melakar sejarah buat negeri ini.
Adakah MCA buat sejarah untuk bangsa Melayu??
Nak tanya jugak..Apa sejarah MCA yang bolih dibanggakan olih orang Melayu dan Malaysia.

Olih itu MCA wajib dikuburkan kerana "lupa diri" kerana hidup atas ehsan orang Melayu dan bukan diatas kekuatan sokongan kaum mereka sendiri.

Kita nak tengok sejauh mana MCA bolih menang ketika berdepan dengan DAP ataupun Pakatan Harapan pada PRU 14 ini tanpa undi Melayu. Agak agak bolih lepas ke..Laluan maut ni...

Yakkinlah...Kali ini... lingkup semuanya..Dan MCA dah bolih tempah KERANDA untuk Parti MCAnya dan juga parti yang sewaktu dengan nya.

Cahaya Al Majid.




Thursday 8 February 2018

THE PROMISED LAND: NAJIB: " BERGANTUNG KEPADA UMNO"!!!

Bismillahirrahmanirrahim.

HANYA BALA DAN MALAPETAKA
MENUNGGU RAKYAT JIKA TIDAK
BERUBAH!???

Peeergh... kemain hebat ayat Najib tu!! bergantung kepada UMNO...

Samaada Najib ni lupa atau sememang tak pernah baca Al-Quran atau tak pernah baca taksiran Al Quran ..terserahlah buat mereka yang menghadam kata kata Najib ni.

"Tidak akan bergerak sebesar zarah melainkan semuanya atas dikehendak Allah SWT"

"Setiap rezeki hamba hamba Nya atau makhluk  yang melata dimuka bumi Allah SWT ini, semuanya ditanggung Allah SWT".

Allah SWT yang menentukan segalanya dan bukannya manusia yang menetapkan.

Manusia.hanya berkederat atau berusaha tetapi Allah SWT yang menentukan.

Itu sebahagian dari "bait bait" firman Allah SWT yang tercatat didalam Al Quran.

Kenapa rakyat diseru olih Najib untuk "bergantung" kepada UMNO dan BN.
Adakah UMNO dan BN yang menentukan "rezeki" setiap warga yang melata dibumi Malaysia.ini?

Cuma melalui pilihanraya rakyat memberikan kuasa kepada pemimpin politik untuk "mewakili" suara mereka untuk didengari diperingatkan Parlimen.

Benar selama 60 tahun UMNO melalui perkongsian bersama beberapa parti lain seperti MCA ,MIC serta beberapa lagi parti dari Sabah dan Sarawak yang membentuk Barisan Nasional, namun, keseimbangan peruntukan kepada setiap negeri negeri dilihat amat berat sebelah.

Peruntukan kepada Sabah dan Sarawak adalah yang terkebelakang sekali, samaada disegi peruntukan infra mahupun peluang ekonomi, semuanya, tercicir jauh barbanding Semenanjung.

Begitu juga dengan Kelantan dan Terengganu, walaupun, kedua.negeri ini berada di Semenanjung dan merupakan negeri pengeluar minyak yang menghasilkan dana berbillion dollar Amerika kepada negara, namun, disegi pembangunan jika dibandingkan dengan negeri pantai barat, amat terkebelakang s kali.
Adakah itu tanda "keadilan" pemerintah bernama Barisan Nasional atau UMNO?

Bayangkan Selangor dan Pulau Pinang, kedua dua negeri ini merupakan penyumbang KDNK yang tertinggi didalam negara berbanding negeri lain.

Walaupun negeri ini merupakan negeri yang diterajui oleh Pembangkang namun kemakmuranya disegi ekonomi dan peluang perniagaan buat warganya umatnya terbuka luas sekali berbanding negeri yang ditadbir kerajaan BN? Kenapa?

Bermacam macam insentif diberikan kepada warga negerinya.
Kenapa "kelebihan" ini tidak dinikmati oleh negeri yang ditabir Kerajaan Barisan Nasional?

Apa yang dirasai kini terutama selepas pemerintahan Pak Lah dan kini ,diera Najib, bermacam-macam "mala petaka" ekonomi serta " penyelewengan " mula dirasai olih rakyat seluruh negara.

Bukan saja GST saja malahan peningkatan kos barangan dan peningkatan kos sara hidup makin menghimpit setiap jiwa rakyat terutama golongan pertengahan kebawah.

Oleh itu apa yang hendak digembar gemburkan oleh Najib untuk "kebergantungan" rakyat kepada  Barisan dan UMNO lagi.

Bukankah telah bermacam macam huru hara ekonomi menghimpit rakyat negara ini akibat perbuatan Najib dan Kerajaannya?

Kalau dahulu pengekonomi negara kita tidak hanya bergantung kepada satu pelabur saja, tetapi, kenapa kini?, semuanya disatukan kesatu bakul saja, iaitu China?
Adalah negara negara lain tak berminat atau tak berduit?

Begitu juga halnya dengan projek.projek Besar atau Mega.
Kenapa hanya diberi atau diserah kepada China?

Tiada lagikah syarikat besar yang lain mahupun Syarikat tempatan yang "berduit" yang berwibawa untuk menerajuinya atau sememangnya Najib dan UMNO mahupun Kerajaan BN dah "terikat"dengan China??

Kalau peningkatan kos harga barangan mahupun pentingkatan kos sara hidup pun Najib dan UMNO mahupun BN gagal untuk mengawal bagi kemaslahatan kehidupan rakyat, apa lagi, yang bolih rakyat harapkan  kepada Najib mahupun UMNO untuk 5 tahun lagi?

Kalau sekarang pun gagal untuk membantu kehidupan dan meringankan beban rakyat ..inikan pula diberikan peluang lagi.untuk memerintah lagi 5 tahun??
Memang tidak lah..

Cukup.Cukuplah...

Cahaya Al Majid.











THE PROMISED LAND: KA'ABAH YANG DIRATAPI TETAPI PERANGAI MASIH TAK UBAH!!

Bismillahirrahmanirrahim.

ANTARA RIAK DAN BALASAN.

Sejak kebelakangan ini ramai diantara pemimpin dunia negara Islam termasuk pemimpin Melayu Islam dari Malaysia telah diberikan keizinan olih Pemerintah Arab Saudi untuk masuk kedalam KA'ABAH.

Sejarahnya KA'ABAH ini mula diwahyukan semula kepada Nabi Allah Ibrahim a.s yang dibantu olih puteranya iaitu Nabi Allah Ismail, untuk dibangunkan semula selepas era kerosakan selepas era Nabi Noh.

Itupun selepas.baginda Nabi Ibrahim merantau jauh selepas baginda berkahwin dengan Siti Hajar yang dicemburui oleh isteri pertama Baginda kerana mengandung.
Kerana itu baginda terpaksa merantau dan meninggalkan sementara isteri pertamanya Siti Sarah buat mencari kediaman lain buat Siti Hajar.

Sebenarnya bagi orang yang beriman dan bertakwa kepada Allah SWT dengan sepenuh keikhlasan hati, sebenarnya tidak "terpahat hati" mereka terhadap KA'ABAH, kerana bangunan itu hanyalah bangunan empat segi yang diperbuat dari batu saja.

Dan KA'ABAH itu hanyalah sebagai simbol rumah ibadat pertama yang diwahyukan Allah SWT untuk mereka yang menyembah Allah SWT atau Kiblat buat umat Islam saja bagi menentukan arah solat dan tidak lebih dari itu.

Cuma yang yang kita agungkan adalah kerana bangunan itu didirikan semula olih Nabi Ibrahim bersama Nabi Ismail dengan kederat mereka kerana wahyu Allah SWT.

Tetapi lain pulak tanggapan bagi segelintirnya pemimpin yang berkesempatan atau diberi peluang olih Pemerintah Saudi untuk masuk ke dalamnya.

Sebenarnya didalam mahu diluar Ka'abah sedikit pun tiada bezanya disegi amalan.

Yang membezakan bagi sesama manusia hanyalah keimanan dan "kepatuhan"nya kepada suruhan Allah SWT dan tidak lebih dari itu.

Yassir Arafat, Muhammar Ghadafi, Saddam Hussein mahupun Sukarno mahu Dr Mahathir sendiri, semuanya berpeluang memasuki KA'ABAH tetapi adakah mereka itu "teristimewa" disisi Allah SWT.

Yang Allah SWT janjikan hanyalah bertakwa dan berlaku adil kepada semua tanpa membatasi bangsa bangsa lain dan menghormati orang lain seperti yang disunnahkan olih Baginda Rasullulah, barulah bermakna seseorang itu seperti sepatutnya.

Hanya mereka yang benar benar sujud hatinya kepada Allah SWT saja yang dapat menggariskan mana.yang benar dan mana yang mungkar.

Selagi kita bergelumang dengan penipuan, pembohongan serta mencuri dan menyamun harta yang bukan hak kita maka, sisi Allah SWT, sama saja tarafnya dengan sipencuri.

Tambah tambah lagi jika kita riak dengan "peluang" tersebut, lagi tak bermakna..Apapun tak dapat..

Cahaya Al Majid.

P/S : Making ramai.jugak.yang balik dari Mekah malahan mencium.Hajar Aswar pun..namun perangai mereja terlebih buruk dari orang kafir.


Wednesday 7 February 2018

THE PROMISED LAND: DEMI WANG RAKYAT: RAFIZI SANGGUP KEPENJARA.

Bismillahirrahmanirrahim.

SIMPATI KAMI PADA RAFIZI
SEMOGA ALLAH SWT MELINDUNGI
SAUDARA.

KEBENARAN DAN KEBHATILAN
SIAPA BENAR DAN SIAPA CURI DUIT
RAKYAT?

Kemungkaran, kebhatilan dan salah laku pentadbiran Najib serta penyalah gunaan dana awam yang disalurkan kepada syarikat berkepentingan milik pemimpin wanita UMNO, telah menyebabkan Rafizi Ramli dijatuhkan 30 bulan penjara, walaupun kesalahan beliau kerana "membocorkan" maklumat dan kepentingan pelanggan bank yang tertakluk dibawah BAFIA.

Adilkah!!!

Rafizi Ramli merupakan seorang warganegara dan seorang pemimpin pembangkang dari parti PKR iaitu YB Pandan.

Kerana, merasakan tanggungjawabnya terhadap dana rakyat yang cuba dipertahankan dari salahguna olih kerajaan UMNO/BN dan kroni nya, maka,. penyelongkaran kes NFC yang diamanahkan untuk menyediakan lembu dan daging lembu buat keperluan domestik, maka, usaha penyelongkaran dilakukan olih Rafizi dengan bantuan orang dalam  bank tersebut.

Apa yang dilihat kesalahan "membocorkan" maklumat pelanggan itu adalah satu kesalahan tetapi bagaimana pula syarikat NFC tersebut?

Bukankah dana RM250 juta yang diperolehi NFC itu merupakan wang rakyat?

Kenapa dan mengapa dana yang diperolehi itu tidak dibelanjakan seperti yang sepatutnya iaitu "menyediakan lembu.lembu dan daging" buat keperluan dalam negara?
Kenapa dibelanjakan dana tersebut disektor yang tidak dipersetujui?
Bukankan ini merupakan satu "pecah amanah" yang dilakukan olih syarikat NFC.

Hairan dan pelik kenapa sehingga hari ini tiada siasatan mahupun dakwaan dilakukan terhadap syarikat NFC  tersebut?
Bukankah mereka telah memperolehi dana.sebanyak RM250.juta.

Apa dah jadi??

Lebur ke duit tu.. atau peminjamnya hanya perlu goyang kaki bersenang lenang tanpa perlu membayar balik dana rakyat tersebut???

Peeergh ...Senang hidup pemimpin dalam.UMNO.ni.. hutang dikira "burnt", Asalkan " bodek" Najib dan Kerajaan setiap hari.

Yang jadi mangsa dan dipersalahkan kerana "kebocoran" dana RM250.juta hanyalah Rafizi Ramli..

Manusia.yang menentang "penyelewengan" ini dimasukkannya kepenjaran demi mempertahankan "duit rakyat" tetapi
mereka yang "merembat" berbillion ringgit wang rakyat....Bebas begitu saja.

Adakah ini amalan yang disunnahkan Rasullulah saw.

Cahaya Al Majid.

Tuesday 6 February 2018

THE PROMISED LAND : PENIPUAN APAKAH INI???

Bismillahirrahmanirrahim.

JUAL BELI HARTA NEGARA
RAKYAT JUGA YANG TERKENA!!!
INI BARU KES DALAM NEGERI!!
LUAR NEGARA????

Zaman Najib ni macam macam ada.

Bohong ada, tipu ada, bunuh ada, culik ada, pembunuh terlepas keluar negara ada dan macam macam ada.

Tetapi yang tak leh tahan, jual beli harta samaada tanah Kerajaan kepada swasta atau kerajaan kepada kerajaan, semuanya "terselindung" demi menyelamatkan tengkok Najib.

Samaada hasil nya akan mengembungkan kantung kerajaan atau diguna pakai untuk melunaskan hutang tertentu, belum dapat dipastikan lagi.

Tanah Kerajaan yang dinamakan sebagai TRX olih Najib yang jeluasannya 70 ekar dijual kepada 1 MDB iaitu sebuah syarikat yang dikatakan Najib sebagai Syarikat Pelaburan Strategik yang kini menanggung hutang melebihi RM50 billion, telah membeli tanah tersebut dengan harga RM350 juta.
Namun dilokasi yang sama sebidang tanah telah berjaya dijual dengan harga melebihi RM6billion .
Oleh itu dimana kewarasan kerajaan Najib dalam mempertimbangkan  jualan tanah TRX tersebut pada harga RM350 juta kepada 1MDB.

Tidak cukup dengan itu tanah dan Kem lapangan terbang  Sg Besi yang berkeluasan 495 ekar pula, di jual juga oleh Najib pada harga RM363. 5.juta.
Apa rasionalnya tanah tersebut dijual dengan harga dengan begitu murah kepada 1MDB?
Apa jasanya 1MDB kepada rakyat dan Kerajaan Malaysia sehinggakan dijual dengan begitu murah?
Yang kita tahu hanya "hutang" dari 1MDB yang telah dibebankan kebahu rakyat. Adakah itu kepuasan buat Najib pada rakyat negara ini?

Tak cukup dengan itu, semua tahu.bahawa Bank Negara Malaysia adalah milik rakyat dan Kerajaan Malaysia.
Tetapi kenapa kerajaan Najib menjual tanah bersebelahan Sesama Kijang yang berukuran hanya 55.79 ekar itu dijual pula kepada agensi Kerajaan  dengan harga yang mahal iaitu RM 2billion.
Permainan apakah yang Najib nak buat ni?
Atau adakah tujuan "tersembunyi" disebalik jual beli ini

Semua kena faham, bahawa setiap sen yang keluar dari Bank Negara ini adalah milik rakyat Malaysia.
Dan rakyat yang akan menanggung bebannya.

Olih itu apa rasional Najib dalam menghalalkan transksaksiini jual beli ini. Dengan 1MDB jual murah.
Dengan Kerajaan atau BNM dijualnya harga pasaran.
Tak ke gila namanya!!??

Itulah kerajaan Klepetrokasi pimpinan Najib sekarang ini.
Semuanya duit rakyat yang dia nampak.
Penjanaan ekonomi baru ... Hampeh...

Wajib kah Kerajaan.Najib diberikan kuasa untuk 5 tahun lagi????

Tempah mautlah rakyat Malaysia kalau bagi lagi kuasa kat BN dan UMNO.

Cahaya Al Majid.



THE PROMISED LAND: NAJIB BUAT BERITA PALSU???

Bismillahirrahmanirrahim.

JUAL SELAGI ADA NYAWA
ITULAH NAJIB!!!

Tak sudah sudah si Najib ni . Apa.yang dicakap pasti ada yang menyanggah. Betul atau tidak  atau sihat kah Najib ni?

Kisah perjalanan Najib dan keluarga menunaikan umrah baru baru ini dijadikan "intipati" dalam ucapan beliau.

Walaupun Najib mengatakan bahawa lawatan tersebut adalah atas urusan resmi kerajaan diatas jemputan King Salman namun tiada pula kita lihat Najib diberikan sambutan negara seperti mana King Salman menerima Donald Trump.

Olih itu disini nampak kejanggalan lawatan resmi Najib sebagai seorang ketua Negara.

Diam tak diam isu memasuki makam baginda Rasullullah dijadikan alasan olih Najib untuk mengangkat dirinya.

Dicanangnya!
Katanya beliau telah diberikan keizinan olih King Salman untuk beliau masuk kedalam makam Nabi bagi menepis desas desus yang mengatakan beliau sebenarnya bukan berada didalam tempat"makam" seperti yang beliau fahami.

Tup tup "Kebenaran" kata kata Najib itu disanggah pula olih Pegawai dari Masjid Nabawi iaiatu Ustaz Abu Syafik , dan beliau menafikan akan keberadaan Najib didalam"makam' tersebut.

Peeergh....Siapa menipu dan siapa pembohong ni????

Adakah kita mahu mempercayai Najib?Semua sedia maklum bahawa Najib jenis manusia yang kuat berbohong ni atau adakah kita nak menuduh ada Ajenda jahat olih Ulama Arab Saudi terhadap Najib??

Satu perkara Najib kena belajar dan tahu, bahawa"peluang" yang didapati kerana "dakwa"nya dapat "masuk ke makam Nabi"itu bukan lah kerana beliau itu seorang yang terpilih tetapi "diberi" kebenaran olih King Salman.

Kalau kita ikuti perkembangan dunia Arab, baru kita tahu siapa  dan jenis apa sebenar King Salman ni.

Campur tangan beliau diatas peperangan dengan jirannya terutama Yaman adalah "pembunuhan" yang dirancang Arab Saudi. Adakah kita mahu mengangkat Raja yang ditanganya dilumuri darah umat Islam lain? sebagai manusia 'ikut Nabi"?

Begitu juga didalam hareiki pemilihan penggantian untuk Raja Arab. Kenapa beliau sanggup mengkhianati saudara saudaranya sendiri dalam menentukan siapa pengganti beliau? Kenapa 'memileh" darah sendiri dan mengkhianati pengganti yang lain?

Adakah manusia yang tidak amanah dan mengkhianati darah sendiri perlu.diangkat dibanggakan?

Olih itu "keizinan" dari King Salman keatas Najib dalam memberi izin masuk makam Nabi serta masuk Kaabah "samalah tarafnya seperti keizinan dari "sekutu syaitan'.

Oleh itu cukup cukuplah mendabik dada dan menjual nama dan makam Nabi.

Cahaya Al Majid.

Friday 2 February 2018

THE PROMISED LAND: NAJIB NI KALAU CAKAP TAK INGAT DUNIA!!!

Bismillahirrahmanirrahim.

UMNO NAJIB MENJAJA JANJI

Nak tergelak pun ada. Geli hati hati pun ada bila dengar Najib kata bahawa beliau akan bantu  Proton .

Tak tahu nak cakap apa.

Semua orang tahu bahawa majoriti saham syarikat Proton telah dimiliki oleh.syarikat dari China iaitu Geele.

Oleh itu apa keperluan Kerajaan Najib untuk menyalurkan dana yang dimiliki oleh China ni.

Bukanlah Najib kata syarikat ini merupakan pelabur  bagi mengambil alih Proton. Oleh itu apa keperluan lagi buat Kerajaan menghulur atau mendanai syarikat Geele yang 'kaya' atau " bertaraf gergasi" yang dikata "Besar" ini?

Perlukah Kerajaan Najib menyuntuntik dana dari hasil keringat rakyat Malaysia bagi membantu kewangan buat Proton.China ni?

Cukup cukuplah lah Najib!!!

Felda dibawah kau pun dah hancur dan punah kau kerjakan . Berbillion hutang warga Felda kau cipta melalui FGV.

Tak cukup  dengan itulah, Tanah Felda jalan Semarak  pun kau dah "lenyapkan" hakmilik nya  melalui " skim terancang  kau.
Apa lagi yang nak kau bebankan pada rakyat ni!!!

Begitu juga  dengan MARA , beli.hartanah kat Australia konon konon nak bantu buat penempatan pelajar Malaysia, tetapi "beli" pulak dengan harga yang mahal bila MARA dah bila  nak melingkup dan bila rahsia dah bocor dan diketahui olih orang ramai kau jual harta itu semula.

Yang untung kengkawan kau jugak. Kengkawan kau jugak lah yang "mengaut" keuntungan atas angin. Tak ingat langsung akan kesusahan orang lain suka suka cilok duit  rakyat.
Memamg hampeh....

Tak usahlah yakin sangat dengan janji UMNO Najib dan Kerajaan nya.
Penipu ..

Halal haram bukan dia kira.pun.

Kini bila kerajaan.pimpinan.beliau  nak melingkup baru ingat pada rakyat.

Hahaha.....Rakyat tak caya lagi..

Kau tunggu lah nasib pada PRU 14.

Rakyat akan 'telungkup" kan Kerajaan kau.dengan Kau kau sekali.

Cahaya Alaj