Tuesday 27 March 2018

THE PROMISED LAND :AKTA 'BERITA PALSU' BAKAL MAKAN DIRI PEMERINTAH????

Bismillahhirrahmannirrahim.

BERITA PALSU VRS BERITA BENAR.

"Berita palsu" yang ,menular terutama dari media utama luar negara serta tindakan penguatkuasa kerajaan kerajaan luar negara terhadap beberapa individu yang dikata terlibat dalam Pengubahan Wang Haram 'yang dituduh 'disalur' melaui Penipuan terhadap 1MDB, dan diantaranya didapati bersalah dan ada yang dipenjara, namun, bagi 1MDB tiada dana miliknya 'kehilangan' mahupun dicuri.

Penin..penin..penin..

Adakah ini pendakwaan terhadap ' penipuan palsu atau cerita palsu atau berita palsu atau kes palsu' samada yang berlaku dimahkamah Singapura mahupun dimana mana jua???

Hari ini merupakan hari bersejarah buat negara dimana 'Akta Berita Palsu' akan dibacakan di Parlimen.

Adakah Rang Undang Undang Baru ini bakal menyaksikan 'banyak' 'kemungkaran yang telah dan yang sedang dilakukan olih pemimpin Politik yang mana sedang menguasai kerajaan' bakal disembunyikan dibelakang ' Akta Berita Palsu "ini, demi menyelamatkan 'kroni' mahupun kaum kerabat masing masing.

Pengekangkan terhadap 'berita berita yang sohih yang akan diketengahkan olih pihak yang cuba menentang kemungkaran  dan yang perlu diutarakan ataupun untuk diberitakan kepada rakyat, samada 'kes' untuk disiasat', bakal, dikategorikan sebagai 'berita palsu' demi menghalalkan kemungkaran salah laku pemimpin mahupun pemerintah.

Dan ini pasti berlaku bilamana 'pemimpin tidak amanah dan bermoral mengetuai Kerajaan, samaada diperingkat negeri mahupun diperingkat pusat.

Adakah dapatan DoJ ini dikategorikan sebagai 'berita palsu'? Dan Bagaimana takrifan 'berita palsu' yang  bakal diaktakan ini?

DoJ suit noted how Malaysian financier Low Taek Jho, better known as Jho Low, had purchased, using money from 1MDB, a 22-carat pink diamond necklace for the “wife of Malaysian Official No. 1” (MO1).

 Dr Mahathir Mohamad has challenged the prime minister’s wife, Rosmah Mansor, to sue the Department of Justice (DoJ) for linking her with a 22-carat pink diamond necklace, which allegedly cost US$27.3 million (RM117 million). 

RM2.6 Billion yang masuk keakauan pribadi Najib yang dikata 'derma' dari Kerajaan Arab Saudi dan  Zahid Hamidi pula kata  dari Putra Arab Saudi.

                                           INI ADALAH 'BERITA PALSU"

                               KENAPA NAJIB TIDAK MEMULAKAN SAMAN 
                    TERHADAP WALL STREET JOURNAL DAN SARAWAK REPORT


                           1MDB-Scandal-How-Prime-Minister-Najib-Razak-Becomes-Billionaire

Apakah 'kerugian Forex' dizaman Mahathir yang diRCIkan tersebut, "dibuktikan" akan kesalahan Mahathir. Dan adakah dapatan ini terketegori sebagai ' berita palsu ?

Cahaya Al Majid.

Sunday 25 March 2018

THE PROMISED LAND : PENGAKUAN BENAR JOHARI : GRADUAN RAMAI 'JOBLESS'

Bismillahhirrahmannirrahim.

Katanya, ekonomi negara meningkat :

“Kita masih dapat mencatatkan 5.9 peratus pertumbuhan ekonomi walaupun berdepan turun naik mata wang, pasaran komoditi dan suasana geopolitik yang tidak menentu.

Namun dalam kerancakkan ekonomi yang didakwa Pak Menteri, kenapa peluang perkerjaan tidak dapat diujudkan buat lepasan Universiti? 
Apa maknanya  kerancakkan ekonomi tetapi peluang pekerjaan tiada !
Jadi, apa hebatnya 'pemerintah' bilamana peluang kerja tidak dapat diujudkan kepada anak bangsa.

Ekonomi negara berjaya meskipun keadaan ekonomi yang tidak menentu kebelakangan ini, kata Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Johari Abdul Ghani.
                                  Image result for imej johari ghani
“Ramai graduan hari ini tidak mempunyai pekerjaan, pasaran pekerjaan adalah sukar, justeru itu graduan ini boleh menimbang untuk menjalankan perniagaan,” katanya.

Nampaknya kejayaan mahupun kekayaan yang diraih Kerajaan ini hanya dinikmati olih segelintir kelompok saja la ya.
Yang kaya terus kaya dan bertambah kekayaan, yang miskin terus miskin, manakala anak bangsa lepasan Universiti, 'berniaga' la..lepas tu tanggung bayar PTPTN. Bila tak dapat bayar..'sekat perjalanan' atau 'senarai hitam.

Senang betul jadi pemerintah!!!!!!

Dah dua penggal Najib dan gerombolannya diberi kuasa namun kejayaan yang dibanggakan hanyalah 'peningkatan ekonomi' yang didakwa namun rakyat marhean tidak merasakan akan limpahan ekonomi yang dijaja. Dan yang memburukkan keadaan adalah cukai GST yang dibebankan pada setiap diri rakyat dari yang hidup sehinggalah yang bergelar 'mayat' semuanya tertakluk kepada GST.

Peningkatan kos sara hidup dan kos lain lain semakin hari semakin meningkat dan disebelah pemerintah pula, rasuah, salah guna kuasa, berbelanja boros dan penyalahan gunaan dana awam semakin menjadi jadi.

Cahaya Al Majid.










THE PROMISED LAND ; BILA PULAK ISLAM MENGHUKUM 'PELAKU' MENGIKUT JASA!!!!!



Bismillahhirrahmannirrahim.


“Islam ini kalau menghukum orang bukan menilai salah dia sahaja, tetapi mesti lihat kepada jasa-jasa dia, bila dia buat baik mesti diambil kira jasa dia," katanya ketika berucap di program Dialog Anak Muda Gagasan Sejahtera seperti dipetik.


Image result for imej Hj Hadi

Ùˆَلا ÙŠَجْرِÙ…َÙ†َّÙƒُÙ…ْ Ø´َÙ†َآنُ Ù‚َÙˆْÙ…ٍ على Ø£َلاَّ تَعْدِÙ„ُÙˆْا اِعْدِÙ„ُÙˆْا Ù‡ُÙˆَ Ø£َÙ‚ْرَبُ Ù„ِلتَّÙ‚ْÙˆَÙ‰
“Dan janganlah sekali-kali jenayah sesuatu kaum mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah, kerana adil itu lebih dekat kepada takwa.” (Surah Al-Maaidah, 5: 8)
Sejak bila pula agama Islam bila menghukum orang perlu 'selak' dahulu jasa jasa sipelaku.
Salah tetap salah. Sejak bila pulak hukum tuhan berubah!!!!
Atau 'klausa' ini hanya terpakai kepada ahli politik 'saja.

Contoh :- 
Apabila terdapat seseorang 'ustaz' mahupun 'imam' ,ataupun orang ternama mahupun Raja, apabila 'terbukti' bersalah, maka, perlukah kita 'menyelak' jasa jasa baik mereka dahulu, sebelum menjatuhkan hukum?

Adakah ini 'trend baru' atau pendekatan PAS terkini  yang mahu dibawa olih Hj Hadi?

Nampaknya pemimpin pemimpin yang telah berjasa terutama kepada negara dan juga kepada Raja Raja mahupun kepada Yang Di Pertuan Agong, maka, segala salah laku mahupun 'kesalahan yang telah dilakukan' jika didapati bersalah maka hukum yang perlu dijatuhkan perlu ditimbang atau ditibal balik dengan segala kebaikan yang pernah disumbangkan seperti yang disaran Hj Hadi.

Kalau ikut kata Hj Hadi, akan terpakaikah Firman Allah  SWT ini?

Al Maidah :-

Artinya:
1.       Laki laki yang mencuri dan perempuan yang mencuri, potonglah tangan keduanya (sebagai) pembalasan dari apa yang mereka kerjakan dan sebagai siksaan dari Allah. Dan Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. (Qs. 5;38)

2.      Maka barang siapa bertaubat (diantara pencuri pencuri itu) sesudah melakukan kejahatan itu,dan memperbaiki diri, maka sesungguhnya Allah menerima taubatnya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha penyayang. (Qs. 5:39).

S      Salah tetap salah hukum tetap hukum namun sipelaku hanya diminta 'bertaubat" .

  Cahaya Al Majid.


Friday 23 March 2018

THE PROMISED LAND : KALAU TAK BERSALAH KENAPA TAKUT DENGAN MEDIA ANTARABANGSA

Bismillahhirrahmannirrahim.

KENAPA SELALU ELAK SIDANG MEDIA????

Najib hanya berani membersihkan diri didalam negara  saja, bercakap pula hanya secara 'one way street", tambahan pula beliau adalah seorang Perdana Menteri.,
Siapa berani mempersoal?
Kementerian mana? mahupun jabatan mana ? ataupun penguat kuasa mana ? yang berani mempersoal Najib?.

PAC? JAN?SPRM? PDRM ataupun KDN? Semua dibawah cengkeman.

Siapa berani?

Siapa berani bantah!!!!! bilamana Menteri Kewangan dan Perdana Menteri adalah orang yang sama!!!!

Terhadap pembelian tanah milik Kerajaan olih 1MDB, siapa berani bantah seperti dua lot tanah Kerajaan yang amat bernilai ini. 

1MDB membeli 70 ekar tanah di TRX pada harga RM320 juta iaitu RM64 per kaki persegi. Transaksi terakhir hartanah di kawasan itu adalah RM7,000 per kaki persegi.
1MDB juga membeli 495 ekar tanah dibekas lapangan terbang Tentera Sg Besi yang dikenali sebagai Bandar Malaysia pada harga RM363.5 juta iaitu RM91 per kaki persegi. Harga pasaran lebih kurang RM1000 per kaki persegi. Beli mpada harga ama murah.
Siapa berani mempertikai dan bantah salah laku ini bila mana Najib adalah "Boss". Dibawah Ini merupakan antara dapatan dari PAC yang  terungkai akan kesalahan yang dilakukan.


Menurut laporan PAC, pihak pengurusan 1MDB beberapa kali tidak mematuhi keputusan dan arahan lembaga pengarah ataupun mengambil tindakan sebelum mendapat kelulusan khusus daripada lembaga pengarah.
Terdapat beberapa pelaburan dan pinjaman besar yang dibuat tanpa penilaian terperinci, termasuk penelitian kesannya terhadap aliran tunai syarikat. Banyak pula keputusan penting hanya dibuat melalui resolusi bertulis tanpa perbincangan dalam mesyuarat.
1MDB membayar deposit cagaran sekitar US$1.4 bilion (RM5.5 bilion) kepada Aabar Ltd tanpa persetujuan lembaga pengarah.

Malah, bukan itu sahaja, bayaran dibuat tanpa memastikan syarikat tersebut benar-benar dimiliki dana kerajaan Abu Dhabi, International Petroleum Investment Co (IPIC).
Sehingga kini, 1MDB masih belum dapat menentukan mana satu anak syarikat IPIC, Aabar Ltd ataupun Aabar Investments PJS di Abu Dhabi, yang mempunyai nama mirip.
1MDB tidak mendapat kebenaran lembaga pengarahnya apabila membayar US$700 juta (RM2.72 bilion) kepada Good Star Ltd pada 2009, sebuah syarikat yang tiada kena mengena dengan usaha sama dengan firma minyak Arab Saudi, PetroSaudi International Ltd.
Daripada US$1 bilion peruntukan untuk usaha sama tersebut, 1MDB memindahkan cuma US$300 juta ke akaun bank JP Morgan (Suisse) SA milik syarikat bersama 1MDB PetroSaudi Ltd.
Manakala bakinya masuk ke akaun RBS Coutts Bank Ltd yang dimiliki Good Star.
Ini kata Najib!!! "'mengaku beliau tidak besalah"
Image result for imej Najib
SENDIRI TANYA SENDIRI JAWAP
                                          .
“Kita tanya beberapa perkara pokok dalam laporan itu.
 Pertama, adakah dalam laporan itu mana-mana ayat menyatakan saya curi duit 1MDB? Jawabnya tidak sama sekali.

“Kedua, sama ada laporan PAC menyatakan saya ada buat kesalahan? Jawapannya, tidak.

 Ketiga, adakah laporan tersebut mengatakan derma kerajaan Arab Saudi merupakan duit 1MDB? Jawapannya, tidak sama sekali.

“Laporan tersebut membuat kesimpulan, saya tidak melakukan sebarang kesalahan,”katanya.

Adake???? dokumen resmi dari Kerajaan Arab Saudi yang mengesahkan bahawa USD 761 juta yang masuk keakaun peribadi Najib  itu merupakan 'derma' dari Kerajaan mereka mahupun dari Putera Arab yang dikata Zahid Hamidi sebagai 'telah bertemu'?itu.

Kalau semuanya bersih dan telus seperti yang didakwa Najib, kenapa sehingga hari ini 'dakwaan' dari DoJ mahupun dari 'berita dari luar negara' itu tidak dihentikan dengan 'tindakan undang undang"?
Begitu juga dengan panggilan 'klepetrokrasi" kenapa 'tidak saman' dan heret mereka kemahkamah?

Kalau setakat 'menafikan' tanpa menunjuk sebarang bukti samalah tarafnya seperti 'menyiram air didaun keladi".

Cahaya Al Majid.


THE PROMISED LAND : MENTERI BESAR NEGERI SEMBILAN 'TERKOLELOLONG'

Bismillahhirrahmannirrahim.

"Kerana santan pulut binasa, kerana mulut badan binasa".

 Kerana  bermulut celupar, itulah yang terjadi.  Kalau selama ini ramai orang Negeri Sembilan menganggap bahawa kedudukan Mohammad Hassan dinegeri ini agak selamat kerana keperibadian Menteri Besarnya yang dilihat sopan dan berbudibahasa  namun disebabkan keterdesakkanya kerana melihat akan penerimaan rakyat negeri ini terhadap Pakatan Harapan terutama kalibat Dr Mahathir pula yang memimpin, bukan saja Najib yang 'panas ponggong dan telinga' malahan Menteri Besar Negeri Sembilan yang dikenali sebagai Tok Mat ini juga tidak terkecuali 'menanah telinga'..

 Itu sebab beliau 'menunjukkan 'belang' sebenar beliau.

Kerana silap pecaturan, maka, kecoh satu Malaysia diatas 'kata kata " beliau itu.

 Ayat yang dituturkan beliau sememangnya "menghasut', dan, bukan pun 'kata kiasan".
Alih alih Tok Mat kata, 'ucapan atau ungkapan' itu diambil dari luar kontek.
Hahahah...tok Mat...

“Jika ada kedai kopi yang menjadi sarang memfitnah kerajaan, gempur kedai kopi tersebut, ganyang dia, terbalikkan meja dia.


Kena tangkap dengan polis, saya jamin. Jangan bagi muka dengan pembangkang, hentam pembangkang.

Cukup cukupla...

Bang..lain kali agak agak lah bilo nak bercakap..jangan ikut sodap mulut yo,,
bahanoo..

Ingat.. segala ungkapan kito..dicatit  dan disoal olih Allah SWT ..kek dunio leh lah..lok lak lidah tu..tapi...kek "sanun" tiada pengertian 'diluar kontek'.

Jangan kerana 'politik' dan kerana nak mempertahankan 'seseorang' kito sanggup 'membelakangkan' perintah Allah SWT.

Sekadar mengingatkan yo..kerana itu satu amanah Allah SWT.

Cahaya Al Majid.

Monday 19 March 2018

THE PROMISED LAND : ANTARA NAJIB YANG SEKAPAL DENGAN YANG DIDAKWA MENYAMUN 1MDB ......


Bismillahirrahmannirrahim.

KEBENARAN ITU AMAT MENYAKITKAN
TETAPI ITULAH HAKIKAT

Kecoh pendedak masing masing. Tuduh menuduh walhal..isu 1MDB yang telah memberikan impak yang busuk kepada negara,tak pulak mereka 'melatah"!!!!!

Fikirkan!!!!!!

Tak payah tulis panjang panjang...semua bolih membuat kesimpulan sendiri.



Image result for gambar najib dan jho low atas kapal
ANTARANYA ADA WAJAH WAJAH YANG DISEBUT DOJ TERLIBAT DIDALAM KES 1MDB






       Image result for gambar najib dan jho low atas kapal


Antara Najib yang 'mencintai; 1MDB dan Jho Low serta Riza Aziz dan gambar
Lim Guan Eng yang 'dituduh' dan yang cuba 'digambarkan' bersalah olih
pencacai pencacai termasuk yang diputar olih TV3SUKU.

Sekurang kurangnya 'kes terowong' belum lagi menyebabkan rakyat menanggung hutang sepertimana 1MDB 'menhutangkan' rakyat dan negara ini.

Image result for gambar guan eng bersama ghanaraja


Image result for gambar guan eng bersama ghanaraja dalam kereta                                                      

PATUTLAH TAN SRI RAIS YATIM DAN TAN SRI RAFIDAH AZIZ MENYALAK TENTANG KENAPA PERLUNYA DIPERTAHANKAN JHO LOW DAN 1MDB  YANG MENJAHANAMKAN NEGARA, UMNO DAN KEPERCAYAAN ORANG MELAYU
Cahaya Al Majid,