Tuesday 22 May 2018

THE PROMISED LAND : MEREKA YANG MENJEBAKKAN NEGARA DALAM HUTANG 1MDB WAJIB DISUMBATKAN KEDALAM PENJARA!!!

Bismillahhirrahmannirrahim.

BUNGKAM DAN SUNGKIT MEREKA.

Kerajaan hari ini yang diterajui olih Dr Mahathir wajib bersikap tegas dan keras dalam menangani kemelut keberhutangan yang dijana melalui 1MDB.

Kerana menipu dan menyembunyi kebenaran "jumlah hutang sebenarnya yang perlu ditanggung rakyat dan negara' dari pengetahuan rakyat maka mereka ini wajib dikategorikan sebagai "pengkhianat negara".

Melalui pendedahan yang dibuat olih Menteri Kewangan, pembayaran balik sebenar yang perlu dilunaskan kepada peminjam atau pemberi hutang bukanlah melalui penjanaan keuntungan dari syarikat 1MDB  mahupun dari program resionalasasi yang diwar warkan Kerajaan terdahulu mahupun melalui kenyataan CEOnya iaitu Arul Kanda, tetapi sebaliknya pembayaran hutang tersebut ditanggung dan dibayar  sepenuhnya olih Kementerian Kewangan atau kantung rakyat maka, jelaslah, disini bahawa mereka mereka ini secara terang terangan telah menipu dan berbohong.

Olih itu ke"bertanggungjawab" samaada olih Najib mahupun olih seluruh anggota Pengarah 1MDB berserta seluruh anggota Kabinet Najib wajib digalaskan kebahu mereka kerana "pembohongan dan penipuan secara berkumpulan yang terancang ' ini.

Olih kerana rakyat telah dikenakan dengan cukai GST serta cukai cukai lain yang dibebankan dibahu rakyat demi menyelamatkan Kewangan negara kerana " kecurangan pentadbiran" yang menyebabkan hutang negara  melambung tinggi", maka, merampas harta dan melupuskan kekayaan yang mereka miliki melebihi pendapatan wajib disiasat .

Rakyat berhak diberikan keadilan sebenar kerana, pemimpin yang tidak Amanah ini telah menyebabkan kelacuran ekonomi dan menyusahkan kehidupan rakyat.

Cahaya Al Majid.

THE PROMISED LAND : YANG MENCURI DAN YANG BERSUBAHAT JUGA WAJIB DIDAKWA!!!

Bismillahhirrahmannirrahim.

CUCI SAMPAI BERSIH
JANGAN ADA TANDA KEKOTORAN LAGI
YANG SALAH TETAP DIHUKUM
YANG BERSUBAHAT PUN PERLU DIDAKWA.

Terkejut, terkedu dan teperanjat,  itulah reaksi rakyat jelata apabila mendengar 'keluhan' ataupun 'kekesalan' yang diluahkan olih Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Mohd Sukri Abdul berhubung 'ketidakmampuan' atuapun 'ketidaksungguhan' badan badan berkuasa untuk mengambil tindakan berlandaskan undang undang dalam menangani kebenaran terhadap skandal salahlaku Najib aka Perdana Menteri dalam 1MDB yang beliau siasat.

Dapatan dari siasatan yang beliau lakukan, terdapat 'penyelewengan' dan 'salah guna kuasa' yang dirasakan sohih dan benar benar  telah berlaku didalam isu SRC International mahupun 1MDB, namun kebenaran yang mahu di'bentangkan', telah "disanggah" olih mereka mereka yang berkepentingan.

Walaupun berbagai usaha dilakukan untuk 'menjelmakan' skandal ini buat pengetahuan beberapa Menteri namun disebabkan terlalu ramai 'manusia berkepentingan bagi melindungi pangkat atau mahu mencuri pangkat orang lain serta mahu menjaga periuk nasi sendiri' maka, usaha murni itu digagalkan, malahan beliau diugut dengan bermacam macam cara, sehinggakan 'maut' pun dijadikan 'ugutan' malahan tindakan tersebut sememangnya mahu 'menyusahkan' diri dan juga keluarga Mohd Sukri .

Peergh...kita ingat 'kisah atau cerita seperti ini hanya berlaku didalam filem atau movie saja..tak sangka betul....anak anak Melayu yang berjawatan tinggi dan berkepentigan dalam Kerajaan pun sanggup menjadi 'mafia' demi kekayaan, pangkat dan harta dunia...

Tak cukup dengan itu, mengadu kepada Majlis Raja Raja pun tidak mendapat 'perhatian' sewajarnya. Kalau setakat Majlis Raja Raja hanya mengeluarkan ketetapan mengenai 'kegusaran" Raja Raja terhadap isu yang dibangkitkan dan hanya mahu Kerajaan memerintah menyiasat saja, sememangnya tidak memadai pun tambahan pula yang diadu itu melibatkan kelibat Perdana Menteri ..memang tak jalan lah...sedih.sedih..sedih...

Syukur Alhamdullilah, sesungguhnya Allah SWT telah memakbulkan doa rakyat Malaysia yang tidak buta mata dan yang , tidak pekak telinga bersungguh sungguh dalam menumbangkan Kerajaan Klepetrokasi Najib, UMNO dan Barisan Nasional walaupun pihak berkuasa seperti Polis, SPRM, mahupun AG tidak bersama rakyat namun dari apa yang diceritakan olih Mohd Sukri ternyata usaha Majlis Raja Raja pun ibarat 'melepaskan batuk ditangga saja' seolah olah kerisauan rakyat dan kesusahan rakyat bukan lagi  keutamaan mereka untuk mendengarnya.
Itulah hakikat yang berlaku sebelum PRU 14.

Sekarang rakyat telah membuktikan keberanian dalam menukar Kerajaan, dan apa yang rakyat mahu, semua pemecah pemecah amanah, samaada secara persendirian mahupun secara berkumpulan, dari ketuanya atau Perdana Menterinya mahupun Timbalannya, ataupun semua ahli Kabinetnya yang bersengkokol dan bersubahat dalam 'melindungi' perlakuan jenayah yang dilakukan olih ketua mereka, mereka meraka ini perlu dikenakan tindakan .

Sipelaku mahupun yang bersubahat perlu dihukum seberat beratnya agar menjadi 'teladan' kepada yang lain agar ahli Parlimen mahupun Penjawat Awam yang lain berfikir dua kali untuk melakukan pecah amanah mahupun bersubahat.

Tak cukup dengan sabun maka gunakanlah klorok ataupun peluntur untuk mencuci segala kekotoran yang berlaku dahulu, jangan sampai ada tinggalan bekasnya.

Cahaya Al Majid.


Monday 21 May 2018

THE PROMISED LAND : DALAM MENDEPANI MASA MENDATANG!!!!

Bismillahhirrahmannirrahim.

USAHA MERAWAT LUKA HATI RAKYAT

Bagai ular dipukul ekor, begitulah tindakan Najib aka Bekas Perdana Menteri aka Bekas Presiden UMNO aka Bekas Pengerusi Barisan Nasional dalam mempertahankan diri dalam mendepani serangan serangan samaada dari pihak dalaman UMNO sendiri mahupun melalui tindakan pihak berkuasa terutama pihak Polis yang mengelidah beberapa kediaman yang beliau miliki, dengan tuduhan mahupun dakwaan bahawa dikatakan terdapat unsur ketidak adilan pihak Polis dalam menjalankan 'siasatan' mahupun 'serbuan' samaada dikediaman peribadi beliau ataupun dirumah anaknya, itulah yang dibangkitkan Najib, sehinggakan 'coklat' dalam 'freezer' pun dijadikan isu.

Pihak berkuasa terutama  Polis yang menjadi benteng hadapan dalam menguatkuasakan 'undang undang"negara, dilihat amat 'cergas" dan 'berwibawa' dalam menjalankan tanggung jawap seperti yang telah diamanahkan namun semasa Najib menjadi Perdana Menteri, 'kecekapan' Polis didalam 'menegakkan' undang undang terutama yang melibatkan kroni politik yang memihak kepada parti pemerintah samaada UMNO mahupun Barisan Nasional, tindakan mereka dilihat sedikit 'kaku' atau ' salah tingkah' dalam menguruskan undang undang .

Samaada ketuanya takut atau sememangnya 'bersengkokol" dengan mainan kuasa pemerintah atau sanggup 'bersubahat' dengan Perdana Menteri , atau demi kelangsungan 'harta dan pangkat' yang dmiliki , hanya mereka saja yang tahu niatnya.

Bukan kita hendak menyalahkan pihak berkuasa tetapi itulah hakikat yang dipamirkan olih bos bos penguatkuasa terutama Polis, SPRM mahupun AG dalam mendepani situasi yang melibatkan kelibat atau puak pembangkang. Begitulah "sengsaranya" hati rakyat apabila melihat penguasa penguasa ini tidak menjunjung  amanah yang diamanahkan kepada mereka.

Begitulah hilangnya imbangan nilai manusia apabila 'amanah' yang dipegang yang bersumpah dilidahnya akan, kalimah Allah SWT dan yang dilafas dimulutnya, akan tetapi dikedua dua tanganya bergelumang dengan najis najis 'wang haram' yang disuap untuk anak bini makan serta dosa bersubahat, namun, rasa bersalah tetap tidak wujud dalam diri mereka.

Walauapapun, berita yang amat mengejutkan negara, terdapat berpuluh puluh beg yang mengandungi wang tunai samada matawang negara mahupun matawang luar negara telah dirampas dirumah milik Perdana Menteri. Disamping itu berpuluh puluh beg tangan wanita berjenama serta jam jam tangan mahal puluhan ribu sebiji  berserta emas berlian juga telah berjaya dirampas mahupun disita.

Kenapa dan mengapa terdapat begitu banyak wang tunai serta barangan berharga yang dimiliki Najib dikediamanya serta darimana puncanya kekayaan itu, hanya siasatan pihak berkuasa saja yang dapat mengesahkan.

Diharap kali ini, dibawah kepimpinan Dr Mahathir atau dibawah Pakatan Harapan, segala program Kerajaan mahupun program sesebuah Kementerian, hendaknya, hentikanlah budaya ' mengangkut' penjawat awam bagi memenuhi sesebuah program demi menjimatkan 'kos' atau perbelanjaan.
Jangan jadikan 'penjawat awam' sebagai kayu pengukur atau sebagai 'tanda' penerimaan masyarakat terhadap diri seseorang pemimpin sepertimana yang pernah dilakukan olih pemerintah terdahulu.

Untuk YB YB yang baru dilantik sebagai Menteri, jadikanlah, jawatan itu sebagai penghubung dalam mengeratkan diri atau mendekatkan diri kepada rakyat.

Tempoh 5 tahun bukanlah lama, tetapi, salah laku atau kesombongan diri pemimpin bakal diperhati olih rakyat.

Cahaya Al Majid.








Sunday 20 May 2018

THE PROMISED LAND: KONSEP RAHMAN DAN SELESAI.

Bismillahhirrahmannirrahim.

KONSEP APA YANG MENGGANTI!!

Alhamdulillah, Allah SWT tetap memberikan kesihatan dan minda yang baik buat Dr Mahathir. Syukur kehadrat Allah SWT kerana limpah kurniaNya terhadap diri Tun.

Walaupun terdapat sok sek sok sek yang kurang enak didengar yang diluahkan olih segelintir pemimpin dari sekutu Pakatan Harapan namun, semua "bisekan bisekan" atau " hembusan hembusan" itu sedikit pun tidak melemahkan Tun dalam" mengemudi" hala tuju yang beliau telah tetapkan. Syabas Tun.

Sepekara yang kurang "cantik" dilakukan adalah dari tindakan Anwar Ibrahim yang mengadakan "himpunan Refomasi"  Yang dikata untuk " meraikan" pembebasan Anwar Ibrahim.

Walaupun Anwar Ibrahim merupakan Ketua UMUM PKR namun untuk  diri Anwar atau PKR untuk memgambil kredit diatas kemenangan Pakatan Harapan pada PRU 14 adalah tersasar sebenarnya.

Figura yang memenangkan Pakatan Harapan adalah Dr Mahathir, bukan Anwar Ibrahim mahupun Wan Azizah ataupun Lim Kit Siang mahupun Guan Eng waima Mat Sabu sekalipun tetapi kerana kesungguhan serta hala tuju yang jelas dan yang mahu diarahkan kepada masa depan negara ini,olih Dr Mahathir telah memungkinkan kemenangan terhadap Pakatan Harapan.

Dan kekalahan parti pemerintah iaitu UMNO Najib Dan Barisan Nasional telah saya nyatakan sebelum ini.

Apa yang akan terjadi sekarang adalah apa yang kita pilih jalannya.
APA Yang dibentangkan olih Dr Mahathir untuk masa depan negara ini adalah yang terbaik buat negara ini tetapi kerana ada sikap segelintir pemimpin yang tidak memahami akan "jalan Tun" , maka ianya bakal " menghuru harakan " masa depan negara.

Akan tetapi konsep RAHMAN  telah pun memenuhi kitarannya dan konsep Baru pun dah bermula.

Walauapapun perancangan Yang mahu dilaksanakan atau dibuat iaitu untuk melanntik Anwar Ibrahim sebagai pengganti Dr Mahathir iaitu sebagai Perdana Menteri, saya rasakan, Anwar Ibrahim tidak akan "berpeluang' untuk kearah itu.

Benar !!! keinginan Dr Mahathir mahukan Anwar Ibrahim untuk menggantikan beliau tetapi keinginan itu tidak kesampaian.

Tak mahu bercerita panjang tetapi itulah hakikatnya.

Konsep RAHMAN pun dah lengkap kini konsep..(..........) Akhir zaman bermula...

Cahaya Al Majid.

Thursday 17 May 2018

THE PROMISED LAND: RENUNGAN RAMADHAN DAN KERAJAAN.

Bismillahhirrahmannirrahim.

Alhamdulillah. Terima kasih Kerajaan Pakatan Harapan kerana melepaskan sekatan terhadap blog ini serta beberapa lagi blog kengkawan yang lain.

Bukan tujuan blog ini untuk "menyakitkan" hati sesiapa sebelum ini tetapi sekadar mahu menyadarkan pemimpin dan masyarakat tentang bertapa perlunya kita menjunjung Kebenaran Dan menentang KEBHATILAN yang dirasakan telah dilakukan olih segelintir pemimpin atasan Kerajaan terdahulu dimana tindakan yang  mereka lakukan telah membebankan seluruh kehidupan rakyat marhean yang " kais pagi makan petang" dan yang hidup dalam serba kekurangan itu.

Alhamdulillah.

Semoga dengan perubahan Kerajaan INI diharap Nasib Dan masa depan rakyat akan lebih terjamin dan selesa dan semoga tidak dibebankan dengan bermacam macam cukai mahupun kenaikan harga barangan mahupun penyelewengan.

Diharap dengan kemenangan yang dicapai ini tidak melalaikan pemimpin Dan Kerajaan dalam memperjuangkan kemaslahatan kehidupan rakyat semua.

Jadikan sepertimana kehendak Allah SWT bahawa Al Quran itu untuk semua manusia dan bukan untuk umat Islam saja tetapi melangkaui kepada semua bangsa didunia.

Inshaallah, sekiranya pemimpin Islam dapat "menyarungi " kehendak Allah SWT dan "beriman" dengan setiap "bait bait' kalimah Allah SWT itu, nescaya Allah SWT pasti melindungi Dan memberikan segala pentunjuk kepada yang memimpin.

Inshaallah, sekiranya pemimpin kita mendampingi Al Quran para setiap masa, inshaallah, kejayaan tetap bersama kita.

Amin.

Cahaya Al Majid.

Monday 14 May 2018

THE PROMISED LAND : HEBAT MANUSIA HANYA SEKADAR MERANCANG!!

Bismillahhirrahmannirrahim.

KETENTUAN ALLAH SWT MEMBATASI
PERANCANGAN MANUSIA

Berkerja melebihi had waktu, bertungkus lumus memerah otak demi memuaskan hati rakan rakan sekutu tanpa membelakangkan "Perjanjian" itulah yang dilakukan olih susuk yang berumur 93 ini, iaitu Dr Mahathir Mohamed, Perdana Menteri Malaysia buat kali kedua.

Tidak lekang dibibir dan lidahnya mengatakan bahawa segala janji janji pasti dikotakan terutama kepada rakan sekutunya. Namun dalam kocak air yang deras itu ada juga derauan percikan songsang  yang datang dari Rafizi.

Namun kocakan itu terhenti bilamana air dihulu mula tenang bila sampah sarap rantingan serta kayuan telah menghilir.

Namun dalam kerangka yang telah dipersetujui bersama  iaitu ajenda utama Pakatan Harapan adalah untuk "memulihkan" keadaan negara dan rakyat samaada disegi ekonomi mahupun pentadbiran Dan undang undang nampaknya, ajenda tentang keberadaan "kedudukan Anwar" dijadikan bahan utama pula dalam perancangan.

Semua.pemimpin dalam.kelompok Pakatan Harapan mesti memahami.situasi semasa dan keperluan Rakyat atau mana yang terlebih penting, antara keutamaan Rakyat atau Anwar.

Olih itu kewajaran mendahulukan ajenda Rakyat adalah terlebih utama. Itupun kalau mereka ada" perasaan"la.

Walaupun kepimpinan tertinggi PKR lebih mengutamakan "keberadaan Anwar" berbanding 'usaha" Dr Mahathir "membersih negara" namun fokus.dan hala tuju Dr Mahathir terhadap ''amanah" yang dipikul dibahunya,. sedikit pun tidak berganjak.
Tahniah Ayahanda!!!

Walaupun Dr Mahathir serta kepimpinan Pakatan Harapan mengharapkan untuk Anwar Ibrahim sebagai pengganti beliau sebagai Perdana Menteri melalui jalan pilihanraya seperti yang.pernah dilakukan melalui Langkah Kajang, namun, pada hakikatnya ' rancangkan itu tidak akan membuahkan.hasil kepada Anwar.

Walauapapun manusia bolihlah merancang tetapi perancangan Allah SWT jua.yang menentukanya semuanya.

Cahaya Al Majid.






Sunday 13 May 2018

THE PROMISED LAND: BLOG YANG TELAH DISEKAT

Bismillahhirrahmannirrahim.

MOHON KERAJAAN PAKATAN HARAPAN MELEPASKAN SEKATAN TERHADAP BLOG BLOG YANG TELAH DISEKAT KERAJAAN BARISAN NASIONAL
KAMI BERJUANG DEMI MENEGAKKAN KEBENARAN DAN MENYINGKIRAN KEBHATILAN DEMI AGAMA.BANGSA DAN NEGARA.

TERIMA KASIH.

CAHAYA AL MAJID.

Saturday 12 May 2018

THE PROMISED LAND: ALHAMDULILAH..KERIANGAN YANG DIBATAS MASA

Bismillahhirrahmannirrahim.

Allah Maha Besar, Allah Maha Suci. Segala pujian hanya untuk Mu. Amin. Amin. Amin.

Kemungkaran yang diimani olih Najib serta yang dijemaahi olih seluruh Ahli Kabinetnya samaada yang berjawatan ''Menteri Agama" mahupun  Ahli ahlinya,.kini mengelupur , mengelepar ibarat nyawa nyawa ikan , ibarat "batang tubuh yang nazak sedang menunggu " malaikat maut"  ROS untuk dicabut nyawanya ". Kematiannya Akan diumumkan dan proses menanam dan mentalkin bakal diterjemahkan.

Tetapi blog ini " Cahaya Al Majid" telah terlebih dahulu mengistiharkan akan "kekalahan" mereka sekali gus mengistiharkan "kematianya" dan ditalkinkan".

Walaupun blog ini tidak pernah melafaskan kata kata " sumpah seranah" kepada mana mana diri pemimpin BN mahupun PAS malahan hanya mengutarakan pandang mahupun kritikan yang pedas dan berbahasa yang sopan namun kerana "KUASA" yang Kerajaan terdahulu miliki iaitu Kerajaan UMNO NAJIB, maka, melalui kuasa SKMM, blog, ini disekat untuk diekses olih orang ramai.

Walaupun blog ini bukan lah "sehebat" blog yang mempunyai traffic yang tinggi Dan bernama besar serta mempunyai pengunjung yang ramai namun kerana "ketakutan" Pemimpin BN terhadap kata kata kebenaran dan tulisan yang sinis terhadap mereka maka blog ini disekat.

Walauapapun tahniah diucapkan kepada peneraju "kebangkitan Rakyat" , iaitu  Dr Mahathir dan Pakatan Harapan kerana kejayaan ini.

Walaupun dalam keterbatasan waktu yang dimiliki olih Tun, diharap, ahli gabungan yang mendukung Pakatan Harapan ini dapat memenafaatkan "waktu yang dimikili Tun" dengan sebaik baiknya.

Sekiranya ahli gabungan Pakatan Harapan mahukan yang terbaik buat negara maka "dampingilah" diri Tun sekerap mungkin.
Itu saja pesan saya.

Ikhlas Dari:
Cahaya Al Majid