Friday 29 June 2018

THE PROMISED LAND: MELAYU TAK NAMPAK JALAN???

Bismillahhirrahmannirrahim.

                BILA MELAYU DIPANDANG SEBELAH MATA

Kemana hala tuju UMNO ataupun apa strategi UMNO mahupun 'mandrem jenis apa" yang bakal pemimpin UMNO gunakan dalam membaikpulih  imej mahupun keyakinan orang Melayu yang ketika itu menumpang "tuii"  dalam memberikan undi kepada PPBM atas nama  pakatan sewaktu PRU 14, nampaknya usaha kearah ' pembetulan" sehingga kini semuanya masih lagi 'kelabu', 'gelap" ataupun tidak jelas.

Kalau dalam 'perjalanan saya' , sebelum ini  sahabat sahabat saya pernah bersumpah bahawa ,
" I born Catolic and i die catolic' tetapi kesudahannya bila Allah SWT menumpahkan rahmatNya kepada mereka, sumpah yang dilafas pun 'terpadam' atau ' tertelan"' dan akhirnya Islam, menjadi pegangan mereka, Allahhuakbar.

Kini kelompok terbesar orang Melayu ini sebenarnya 'dalam proses pencucian zahir dan bhatin" dari kekotoran mahupun dari dosa dosa rakyat, pemimpin. pemerintah mahupun Raja Raja lampau mahupun terkini.
Kerana 'tergelincir" nya pemahaman 'para Khalifah" mahupun ' ulul amri' nya terhadap ajaran Islam yang 'bersumpah lidah mereka menyebut nama Allah SWT' dan bilamana "amanah"dikhianati, maka,'pengajaran' ataupun 'menyusuri kepangkal jalan', adalah pilihan yang diberikan.

Ironinya,  persamaan nama diantara Yang Dipertuan Agong yang pertama dengan Perdana Menteri yang pertama juga sebenarnya  membawa 'petanda' yang amat jelas kepada orang Melayu dibumi Tanah Melayu ini.

Bagi alim alim ulama mahupun mereka mereka yang mengkaji mahupun sedang 'belajar' atau mencari tentang ilmu akhir zaman, nescaya, mereka akan tahu 'sifir' ini.
Dan bukanlah "RAHMAN' itu sekadar kebetulan.
Berpaksikan kepada keyakinan kita terhadap firman firman Allah SWT iaitu ' Perancangan Allah SWT" mengatasi segala sesuatu..maka..tiada keraguan diatas perancangan tersebut.

Rahman, Razak,Hussein,Mahathir,Abdullah, Najib bukanlah kebetulan tetapi semua itu adalah aturan ataupun "susunan" bagi yang 'mengetahui".
Allah SWT adalah sebaik baik 'pengatur'.
Allah SWT yang mengatur segalanya.

Hakikat ini kalau diketahui akan 'rahsiaNya" mahupun dipelajari sedalamnya, mahupun disampaikan kepada penganut kepercayaan lain, inshaallah, mereka semua akan tunduk sujud dihadapan kebesaran Allah SWT. Tetapi kerana sifat Allah SWT itu Kaya, maka, hanya segelintir saja dikalangan hambanya  yang diberikan 'petunjuk' dan 'hidayah".

Kan manusia itu sifatnya 'riak',  'takbur' dan kurang 'bersyukur".
Riaknya manusia kerana ilmunya,  kekayaanya ataupun kuasanya.
Takburnya manusia kerena 'kaya dan kuasa'nya yang dirasakan dapat membeli 'iman'.
Kurangnya bersyukur kerana dirasakan semuanya diatas 'usaha'nya sendiri.
Dan Allah SWT telah berjanji bahawa ' tidak akan bergerak sebesar zarah melainkan kehendak Nya".
Kerana sebab sebab inilah yang membataskan 'manusia' untuk 'menghadirkan' diri serendah rendahnya dihadapan Allah SWT.

Kembali kita kepada isu yang membelanggu umat Melayu ini.

Sebenarnya Pakatan Harapan bukanlah 'platform' atau 'lantai" bagi orang Melayu untuk meneruskan 'perjuangan' mereka. Pakatan Harapan adalah 'asbab' untuk 'penyatuan' ini dan PPBM hanyalah 'alasan' untuk semua 'peraturan' ini untuk berlaku.

Paling utama, pertubuhan kelompok terbesar Melayu ini perlu di'baharui" halatujunya.
Kerangka atau dasar dasar baru tentang Melayu, Islam dan hak hak orang Melayu perlu dijadi tunjang dalam 'manisfesto" ini. Fokus penyatuan mahupun kejituanan pertubuhan ini perlu disandarkan kepada kepentingan orang Melayu dahulu. Gabungan parti parti lain bukanlah keutamaan masa kini. Pembentukan dan perantaian antara Melayu dan Islam perlu dijadikan 'paksi' utama dalam perjuangan.

Persediaan rapi untuk tempoh 2 tahun ini adalah 'kritikal" dan adalah wajib untuk pertubuhan ini "menyandarkan menisfesto" barunya untuk perjalanan kali ini.
Inshaallah, dengan 'tertitipnya' bunga bunga kemarahan orang Melayu dengan ber 'mula'nya dan  "terjentiknya hati" sebenarnya, adalah 'laluan' untuk 'kemercu impian' Melayu dan Islam.
Inshaallah, 'isu isu' sensitif yang 'bakal' melanda nanti, bakal, mencerminkan lagi 'penyatuan' Melayu.

Berbalik kepada Dr Mahathir, telah saya katakan berkali kali  bahawa beliau adalah 'pembuka jalan' kepada perkara ini untuk berlaku. Jangan salahkan beliau. Watak beliau adalah berbeza dengan 'watak watak Perdana Menteri yang lalu mahupun Pak Lah atau Najib. Apa yang pasti, keadaan amat berbeza sekarang.

Walaupun parti beliau PPBM hanya memenangi 13 kerusi Parlimen dan menjadi 'peneraju' dan 'arkitek" utama dalam Pakatan Harapan dalam mengemudi negara, namun, 'masa' tidak menyebelahi beliau sebenarnya.

Cuba lihat perjalanan Dr Mahathir.
Kenapa terdapat ramai dikalangan Raja Raja Melayu dan Sultan tidak bersependapat dengan beliau, walaupun ketika beliau berkuasa mahupun selepas beliau 'memerangi UMNO'. Kenapa?
Adakah kerana beliau 'menghapuskan imuniti jenayah" terhadap Raja Raja Melayu dijadikan alasan untuk memerangi atau 'meletakkan kesalahan' keatas beliau?
Ramai yang mengatakan bahawa Dr Mahathir tidak 'mendahulukan' Islam dan Melayu didalam pemerintahannya. Benarkah??

Adakah kerana menyentuh dan menuduh ' Najib lanun Bugis" maka beliau harus diperangi ataupun dihina, sehinggakan, Pingat Kebesaran yang pernah dianugerahkan olih Sultan atau Raja Melayu pun ditarik balik?

Perhatikan adakah 'perlakuan' terhadap Dr Mahathir ini mendatangkan kesan kepada beliau?
Tidak bukan...malahan beliau 'diangkat' dan direzekikan untuk kedua kalinya olih Allah SWT,sekali lagi kepada Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri?
Adakah tuan puan nak 'kategorikan' rezeki Allah SWT terhadap Dr Mahathir ini sebagai 'bala' atau "bencana"?

                                                                bersambung.....
                                                              Cahaya Al Majid














\





Wednesday 27 June 2018

THE PROMISED LAND: DISINI KJ, DISANA KU LI DISINUN ZAHID. SIRI AKHIR.

Bismillahhirrahmannirrahim.
SIAPA PILIHAN MELAYU UMNO!!

Hujung minggu ini nasib ketiga-tiga calon bakal President UMNO yang "mencalonkan" diri sendiri untuk menerajui parti UMNO , nasib mereka bakal ditentukan olih seluruh perwakilan mereka.

Kalau sebelum article ini, blog ini hanya memperkatakan tentang 2 nama besar UMNO yang "menawarkan" diri untuk jawatan President,tetapi seorang lagi yang belum diperkatakan adalah KJ atau bekas Ketua Pemuda UMNO aka "menantu Pak Lah".

Sejarahnya, walaupun seawalnya nama KJ tidak pernah ujud atau "tertera" dalam "kelompok" UMNO ketika peralihan kuasa Perdana Menteri  iaitu dari Dr Mahathir kepada Pak Lah, namun sewaktu Pak.Lah berkuasa dan menjawat jawatan Perdana Menteri aka sebagai President UMNO, tetiba, nama ''KJ' aka Khairy Jamaluddin "meletup" dan "viral" dikalangan kelompok UMNO termasuk rakyat marhean.
Waima orang Rembau dan  warga Negeri Sembilan pun "terkejut"beruk dibuatnya
Itulah sejarah asalnya.

Kini KJ menawarkan diri untuk jawatan nombor satu UMNO. Walaupun usianya muda jika ditakrif melalui keanggotaanya dalam UMNO, begitu juga jika dibuat perbandingan antara usia antara dua lagi calon presiden, maka,sememang KJ Masih hijau dan mentah dalam selok belok politik kalau mengikut terma orang politiklah.

Tetapi pada hakikatnya "ilmu' yang berselirat dalam diri seseorang itulah yang lebih penting dan utama sebenar nya terutama untuk menjadi pemimpin.

Walaupun dalam era kepimpinan UMNO Najib, KJ dilihat sebagai " calon berwibawa' untuk menggalas keinginan anak anak muda atau generation baru sebagai 'pelapis kepimpinan teratas', namun, ketentuan dalam PRU 14 tidak menyebelahi beliau. Walaupun beliau mengekalkan kerusi Parlimennya, namun, Kerajaan pemerintah telah berubah.

Kalau.nak jadikan "track record' kepimpinan sebagai "wadah" perbandingan buat ketiga-tiga calon ini, semesti KJ akan tercorot dibelakang tetapi sekiranya UMNO mahukan "kelompok muda" untuk menggalas atau "menebas"  "jalan baru' buat kesinambungan politik UMNO dan Melayu, memilih KJ adalah yang terbaik.

Dengan usia yang masih lagi dalam lingkungan 40an, dinamik, terbuka dan berbekalkan sedikit pengalaman dalam Kerajaan mahupun ketika menjadi Ketua Pemuda UMNO, mungkin, Banyak pembaharuan mahupun perubahan ketara terhadap parti akan dilakukan demi menyaingi PPBM mahupun PAS.

Tetapi sekiranya "motif" perjuangan beliau jelas iaitu untuk "mengangkat semula hak hak orang Melayu serta Islam" kesatu peringkat yang lebih tinggi dan berusaha pula untuk menebus maruah ' Melayu " yang telah dicalar dan yang telah dibusukkan olih President nya dahulu, maka selayaknya beliau diberikan peluang dan diangkat.

Tetapi apa yang penting ,pemegang  jawatan timbalan semestinya lebih tua daripada beliau agar "perkara yang tersasar akan lebih mudah untuk ditegur dan mudah untuk dibawa berbincang.

Sebagai perbandingan dan pandangan resmi blog ini, "orang Baru" adalah lebih mudah untuk dibentuk , ditegur dan dibawa berbincang berbanding mereka mereka yang dah "sebati" atau "totok hati" dengan "kuasa" dan yang " takut hilang kuasa".

Sebagai rumusan JANGAN dipusatkan 'kuasa mutlak" atau " kuasa veto"  ditangan Presiden seperti sebelum INI, bagi mengelakkan kes serupa  berulang.
Jadikan kuasa majority suara atau undi lima pemimpin teratas' sebagai "rujukan' untuk membuat keputusan.

MELAYU sedang menilai kemana arah tuju kelompok terbesar ini, samaada, ditakuk lama atau sanggup berubah atau rebah selamanya.
Cahaya Al Majid.



THE PROMISED LAND : DISINI KJ, DISITU KU LI DISINUN ZAHID. BHG: II.

Bismillahhirrahmannirrahim.
  SIAPA PILIHAN MELAYU UMNO
             
Kalaupun Ku LI dilihat telah memulakan langkah pertama dalam bertemu kelompok UMNO diseluruh negara termasuk UMNO Sabah, kemeriah sambutan terhadap sosok ini, tidak dapat dinafikan sambutanya.
Namun apa yang pasti, pendirian UMNO Kelantan iaitu  dikampung kelahiranya, tidak pula menyatakan sokongan terbuka terhadap keinginan beliau.

Zahid Hamidi yang kini sedang memangku jawatan President, sedari awal telah menyatakan kesanggupan beliau untuk mengalas jawatan nombor 1 dalam UMNO tersebut.
Antara sedar atau tidak, terkecundangnya Kerajaan BN dan hilangnya kuasa UMNO dibawah Najib dan banyak juga  kerosakkan imej UMNO disumbangkan olih  "batang tubuh" Zahid, maka perlukah Zahid, diangkat?

Dari kes "menumbuk orang" ala ala samseng  sehinggalah ' bersengkokol" dengan Najib dalam menghalalkan salahkan 1MDB dalam "keberhutangan" yang menjejaskan  masa depan negara  sebenarnya  tiada kelayakkan langsung untuk beliau bagi dipilihkan untuk ke jawatan Presiden UMNO.
Itupun kalau Ahli UMNO tak buta la.

Mengangkat seseorang yang dilihat tiada intergriti dan tidak maruah dalam menerajui parti terbesar orang Melayu ini, sekiranya "diangkat";juga makhkuk.ini, nescaya, bukan saja kerusi parlimen 54 yang ada kini bakal 'bertukar arah" malahan pada PRU 15 Yang bakal pasti melenyapkan baki baki  "kerusi"Yang dimiliki UMNO.

Walaupun sedang memangku jawatan Presiden.UMNO,  penghijrah MP UMNO untuk berstatus " BEBAS" menunjukkan bahawa "kepercayaan" pemimpin UMNO terhadap keupayaan  Zahid untuk "mengangkat" UMNO dan parti Melayu terbesar ini, diragui olih mereka.

Sehinggalah kini tiada hala tuju sebenar yang diterjemahkan secara nyata olih Zahid dalam mengembalikan "keyakinan" orang Melayu.
Kerangka atau master plan " pemulihan" bagi UMNO untuk 3 Tahun yang mendatang pun tiada satu disebutkan.

Kemana arah , hala tuju  mahupun wawasan Zahid terhadap masa depan ahli yang ingin diterap terhadap parti UMNO pun tidak pasti mahupun jelas.
Dengan kegagalan bertindak sebagai Timbalan Perdana Menteri mahupun sebagai Naib President UMNO dalam membantu "mengemudi" UMNO ketika "berkuasa " , patutkah beliau dipileh atau diberikan peluang?
Semuanya terpulang....
Bersambung...

Cahaya Al Majid.

Tuesday 26 June 2018

THE PROMISED LAND: DISINI KJ, DISANA KU LI DISANUN ZAHID.

Bismillahhirrahmannirrahim.

MELAYU MANA SATU PILIHAN UMNO??
BHG : 1

Dua nama besar dalam UMNO telah menyatakan pendirian untuk bertanding bagi sesi pemilihan bagi jawatan No. 1 dalam parti UMNO iaitu jawatan Presiden selain dari KJ.

Tiga sosok ini yang telah menamakan diri mereka sendiri bagi mengisi jawatan Presiden yang telah tidak dipertandingkan buat sekalian lamanya. hanya setelah kegagalan BN dan UMNO  dalam mempertahankan kuasanya diPutrajaya, dan apabila rata rata pemimpin UMNO semua peringkat menyalahkan Najib aka Presiden UMNO atas kekalahan calon BN dan UMNO dalam PRU 14, maka, sikap "luar biasa" atau " luar tabiee" ahli ahli UMNO mula terserlah dan menuntut perubahan.

Namun untuk mereka mengaku segala kesalahan Pemimpin mereka kerana" mengkhianati akan "  amanah Bangsa Melayu", tiada seorang pun dari mereka mereka ini mahu "memohon maaf"diatas keterlanjuran pemimpin mereka terhadap orang Melayu, itulah sifatnya Melayu UMNO yang ada masa kini.

Walauapapun semua itu sudah terlambat, kerana "nasi dah jadi bubur dan hangit".

Nak kata apa lagi.
Ibarat kata perpatah Melayu " Dah terhantuk baru nak terngadah" ..terlewat dah..

Kini, Ku Li, KJ dan Zahid, merupakan tokoh atau calon yang "menawarkan" diri  dan bertanding untuk mengisi jawatan President UMNO.

Ku Li merupakan Ahli Parliament Gua Musang sejak azalinya.
Tidak perlu diperkenalkan kerana seangkatan dengan Dr Mahathir didalam politik UMNO.
Tetapi sejarah lampau kalau imbau.dan dijadikan " kitab rujukan" nescaya ramai yang akan menolak beliau. Tetapi apa yang pasti selalunya  " manusia berubah" . Samaada "Prasa" itu berlaku atau sebaliknya hanya tuan punya diri saja yang tahu.
Kalau nak dihitung atau diperincikan kebolehan dan dan kemampuan Ku LI untuk mengemudi dan mentransformkan UMNO kealaf teknolgi terkini ditambah dengan berkembangnya "media sosial"miliki anak anak muda, dirasakan sosok Ku LI tiada kemampuan untuk mengimbangi keinginan orang muda.

Penawaran mahupun keinginan anak anak muda terutama bangsa Melayu yang berpelajaran mahupun yang terdiri dari kalangan middle income , dilihat sangat menjauhkan diri dari pemimpin terutama terhadap golongan "yang tidak bolih ditegur, terutama mereka yang berdarah dan keturunan bangsawan"ini.

Samaada pemimpin mahupun Ahli biasa UMNO dapat menerima calon " bangsawan aka Anak Raja " sekali lagi sebagai Ketua mereka, hanya masa yang bakal menentukanya kerana  sifatnya orang Melayu, mereka hanya suka mengikut telunjuk  dan tidak suka membantah pemimpin mereka secara berdepan.
Itulah masaalah terbesar orang Melayu.

Ketidakpuasan hati dilepas dibelakang dan lepas tu mengungkit .

bersambung...

Cahaya Al Majid.





Monday 25 June 2018

THE PROMISED LAND : MELAYU DALAM PERJALANAN !!!!JANGAN BUTA HATI!!

Bismillahhirrahmannirrahim.

"PENYALAIAN HATI HATI MELAYU"

Hanya ada 1 jenis bahasa dan satu jenis tulisan saja yang diwarisi olih bangsa Melayu dibumi Melayu ini, sejak azalinya, iaitu Bahasa Melayu dan tulisan Jawi.

Setelah merdekanya negara ini dari British dan berkembang biaknya pendatang dari China dan India yang  diimpot olih British bagi tujuan menjadi "kuli' kepada mereka, maka, kelompok ini, telah berikan "kerakyatan" sebagai prasyarat untuk "kemerdekaan".

Walau berpuluh tahun Bahasa Melayu telah menjadi bahasa pertuturan resmi majoriti penghuni bumi Melayu ini, namun, kebanyakkan "kaum yang " mahu menjadi sebahagian dari masyarakat bumi ini masih
"lintang pukang" Bahasa Melayunya walaupun mereka berjiran, berkerja mahupun dari institusi atau sekolah yang sama.

Kini, semenjak Dr Mahathir  dan Pakatan Harapan menerajui kepimpinan negara ini melalui gerak kerja dan kesepakatan dengan parti PKR, DAP, AMANAH Dan PPBM, maka parti pemerintahan tardahulu iaitu BN telah berjaya ditumbangkan.

Sebab dan asbab Barisan Nasional tumbang adalah kerana kerakusan Najib dan Pemimpin kanan UMNO dalam "merompak" hak rakyat , mengayakan suku sakat serta tidak adil dalam mengagihkan "kek ekonomi", membebankan kehidupan rakyat dengan berbagai kenaikan terutama cukai GST, selain dari menyisih dan menafikan hak hak orang Melayu, maka, penolakkan majoriti rakyat menjadi realiti.

Sebenarnya "kehilangan kuasa" ini merupakan satu "turning point" sebagai satu kebangkitan Bangsa Melayu Dalam peejalanan untuk 'membentuk Bangsa Melayunya yang padu".

Bibit bibit "api pembakaran hati Melayu" dah pun bermula tanpa mereka sedari.

Penggunaan bahasa resmi negara selain Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris olih "Geng' Kerajaan Pakatan iaitu DAP telah mula digunapakai.
Dan kini dipertahankan serta "disah"kan atau " dihalal" kan olih sipelaku sendiri, iaitu Menteri Kewangan, Lim Guan Eng.

Tanpa memandang "sejarah" mahupun menghormati Bahasa Melayu yang dijunjung olih orang Melayu yang ber Rajakan mahupun bersultankan Sultan Sultan berdarah Melayu,maka, implikasi dari "penjarahan" penggunaan selain Bahasa Melayu dan Inggeris ini bakal menjadi " during dalam daging' terhadap kepimpinan  Kerajaan Harapan.

Bukan hanya penggunaan bahasa Melayu saja yang bakal "meledak", malahan "sifat riak" dan ' bahasa mulut leser"  tak bertapis dari kelompok ini juga bakal, menjurangkan lagi "hati hati Melayu" terhadap Kerajaan Pakatan walaupun pada zahirnya dilihat "intim".

Inilah jalan jalan yang perlu ditempuhi mahupun diharungi olih Bangsa Melayu untuk tempoh 2 Tahun yang mendatang ini.

Olih itu, perlu saya ingatkan "JANGAN salahkan Dr Mahathir" dan bersedialah untuk prasa yang lebih menyakitkan hati'

Cahaya Al Majid.








Saturday 23 June 2018

THE PROMISED LAND: RINTANGAN MENUJU KEMANISAN.

Bismillahhirrahmannirrahim.

Adakah Kristian  Hindu ataupun Buddha akan menjadi penghalang kepada kebangkitan Islam dan Melayu dibumi Melayu?

Kalau ikutkan rasa hati orang UMNO atau PAS  sememangnya isu ini bakal dijadikan"modalniaga" politik masing masing.

Tetapi jangan takut!!!

Penganut agama Kristian, Hindu mahupun Buddha tidak akan menjadi penghalang kepada kebangkitan dan perjuangan ini.

Terdapat ramai umat Melayu Islam gusar hati mahupun takut dengan kehadiran ramai Rahib Rahib mahupun Pastor pastor Kristian mahupun Sami Sami dari agama lain bekeliaran dibumi Melayu ini bagi menyampaikan "pegangan" ataupun kepercayaan mereka walaupun mereka tiada hak seperti yang termaktub didalam perlembagaan.

Namun golongan inilah yang amat ditakui olih kebanyakkan orang Melayu Islam,  kenapa?

Tidak perlu dikhawatiri akan kehadiran mereka ini sekiranya tuan tuan beriman dan yakin dengan Al Quran dan agama Islam.

Sebenarnya kelompok kelompok agamawan bukan Islam ini adalah manusia yang paling mudah untuk dipujuk hatinya.

Mereka mereka ini sebenarnya " berhati lurus" dan hati hati mereka sebenarnya sedang mencari 'pohon untuk berteduh" dan mahu berpaut pada kebenaran, cuma, mereka terkhilaf pegangan saja.

Kebanyakkan agamawan kita sendiri yang lalai atau buta hati dalam menilai sesuatu yang berlaku disebalik sesuatu kejadian.

Merungkai "permasaalah hati mereka" ini, sekira dibuat secara berhemah, tertip dan dengan perasaan merendah diri , inshaallah, kekangan , perbezaan tentang kepercayaan beragama, pasti mudah untuk dilakukan.

Apa yang bukan Islam fahami dan terlekat diminda mereka adalah"semua agama itu sama" , iaitu, agama menyeru kepada kebaikkan dan saling hormat menghormati sesama manusia dan berlaku adil.
Dan mereka juga yakin bahawa Tuhan itu adalah Satu.

Persepsi dan fahaman bahawa "semua agama itu sama" inilah yang perlu kita perbetulkan dan kita rungkai secara ilmiah.

Kerja kerja menyampaikan kata kata kebenaran ini sebenarnya tidak tertakluk kepada sebarang syarat samaada dari pihak Berkuasa agama mahupun sesiapa saja.
Kerana kerja ini adalah * fisabililah* "menyampai kerana Allah SWT".
Tidak ada bayaran mahupun imbuhan.
Atau dengan "redha" hati.

Dan kebenaran tentang Allah SWT, Al Quran dan Islam pasti disusuli dengan bantuan dari Allah SWT untuk diberikan petunjuk.

Sekarang umat Islam kebanyakkan nya sedang diperolok olokkan serta ditakut takutkan olih kelompok para agamawan dan penguasa agama Islam sendiri.

Kemungkinan ahli agamawan ini takut hilang pengikut mahupun hilang kedudukan mahupun  hilang matapencarian,maka inilah yang menjadi penghalang kepada kelompok ini dalam menyampaikan "kata kata" kebenaran .

Berlainan cara menyampai dan berbeza pandangan, dipandang serong serta dilabelkan dengan berbagai gelaran.
Itulah yang berlaku mutakhir ini.

Sebenarnya kekangan yang nyata tentang usaha penyebaran agama Islam ini sebenarnya datangnya dari pemerintah Islam sendiri,  terutama Penguasa Agama dan Pejabat Agama.
Berbagai sekatan dan syarat telah dikenakan.

Kerana terlampau banyak 'syarat" yang dihempuk keatas  usaha "pembelai hati" ini, maka, usaha dan "Kerja" mulia ini terganggu dan terbantut mahupun tertangguh.

Sebenarnya untuk menyampaikan "kata kata " Allah SWT ini, tidak memerlukan ''kertas kelayakkan pun.
Kerana disebabkan "kepentingan" puak tertentu, maka ruang sebenar, semakin menyusahkan.

Penceramah, Ustaz mahupun cerdik pandai agama tidak sama stailnya dengan " pembelai hati".
Definasi dan tanggungjawap mereka juga amat berbeza.

Kepada "pembelai pembelai hati" teruskàn usaha, bertawakal kepada Allah SWT, inshaallah  ,Allah SWT bersama anda.

Cahaya Al Majid.










Thursday 21 June 2018

THE PROMISED LAND: ADAKAH REMBAU ATAU " RUMBOW' TITEK PERMULAAN KEBANGKITAN MELAYU??

Bismillahhirrahmannirrahim.

ANTARA SEDAR ATAU TIDAK
PERJALANAN BERTAMBAH
NYATA!!!!.

Allahhuakbar....semacam mengikut perancanganlah pulak.

Macam kena kena saja apa yang yang saya tuliskan diblog ini berkenaan "perjàlànan" bangsa Mim ini.

"The Promised Land" , itulah yang saya gambarkan tentang "kebangkitan" ini.

Tentang kehilangan kuasa UMNO dan BN dan tentang kembali berkuasanya Dr Mahathir untuk menerajui semula bumi bertuah ini , semuanya ini satu "perancangan' Allah SWT Yang Maha Hebat.

Najib hanyalah  ' asbab', untuk kekalahan  UMNO .

Najib sebenarnya bukan berdarahkan Melayu asli dari Tanah Melayu ini. Keturunan beliau adalah "berumbikan" Bangsawan / Keturunan Raja Bugis.

Kalau dizaman Tunku Abuul Rahman negara mengalami keributan Trajedi 13 Mei yang membawa kepada kejatuhan Tunku sebagai Perdana Menteri kini sorang lagi keturunan Bangsawan/Raja yàng berumbikan Bangsawan/Raja juga mengalami nasib yang sama cuma " asbab'" kejatuhan saja yang berbeza.

Tetapi kejatuhan NAJIB adalah kerana "Salah diri sendiri".

Dari seseorang yang berketurunan "Bangsawan/ Raja"  kini UMNO telah kehilangan "kuasa" maka, perjàlànan bangsa Mim nampaknya semakin jelas dan nyata untuk menuju "destinasi' sepatutnya. Lagipun konsep RAHMAN pun tidak dapat dinafikan perjalanan "Kebenaran"Nya.

Kini ,Anak dari "benih" atau " zuriat" Rembau atau " RUMBOW', mencalonkan diri untuk " menerajui" Parti terbesar Bangsa Melayu.

Tidakkah pertembungan untuk kemercu tanda ini macam di"atur diatur".

Tengku Razaleigh dan Annuar Musa Dari Kelantan, sorang bertanding Presiden Dan sorang lagi untuk Timbalan President.
Yang merebut jawatan Presidentnya adalah lebih Tua  dari Timbalanya, manakala Zahid Hamidi keseorangan dan tiada calon lain dari Perak untuk mengisi jawatan Presiden mahupun Timbalanya Presiden.
.
Tetapi buat "benih" dan " zuriat" mahupun "baka" dari " Rembau, berbeza sedikit.
Yang muda bertanding jawatan paling tinggi manakala yang tua hanya mahu mengisi jawatan Timbalan saja.

Peergh...baik " buah" "percaturan.

Tidakkah ini semuanya "gerak"Nya.

Bersambung...

                Cahaya Al Majid.

Lahirnya UMNO dari Istana Keturunan Bugis
Terlungkupnya juga  melalui Bangsawan Bugis.

Tetapi Bangsa Melayu Lama asalnya dari Negeri yang.tua.
Kesultanan.Melaka.ujud berjiran dengan Bumi " Rumbow "@ ' negeri kebangkitan".
Salah silah Undang Yang Empat yang berjurai dari keturunan " orang dalam' menguatkan lagi "bait perjalanan Melayu".







Tuesday 19 June 2018

THE PROMISED LAND: SIAPA DIPERJALANAN KEDUA??

Bismillahhirrahmannirrahim.

Hanya dibumi bertuah ini saja , insan insan dari kalangan yang terpilih serta mereka mereka yang benar benar berjalan mahupun berjuang dan berpegang kuat  kepada tuntutan Allah SWT saja dilihat dapat peluang kedua dari Allah SWT.

Bukan saja hanya dari golongan Bangsawan mahupun dari kalangan para pemimpin masyarakat malahan dari kalangan rakyat biasa pun ada yang Allah SWT pilih.
Begitulah hebat Nya nikmat Allah SWT ini.

Almarhum Sultan Kedah, Sultan Abdul Hakim, juga diangkat Allah SWT serta diberikan darjat sebagai Yang Di Pertuan Agong untuk 2 Kali.
Almarhum Baginda Sultan Kedah juga merupakan seorang yang amat taat dalam beragama dan kuat pegangan terhadap agama Islam.

Begitu juga Dengan Dr Mahathir, beliau juga diberikan peluang 2 olih Allah SWT sebagai Perdana Menteri .

Walaupun ramai diantaranya mempertikaikan akan keberadaan Dr Mahathir yang lanjut usia sebagai Perdana Menteri, maka satu hakikatnya yang tidak sepatutnya disangkal ialah  ' "Semuanya terjadi diatas KETENTUAN Allah SWT".

Apa yang jelaslah kini, Dr Mahathir sedaya upaya mahu "memperbetulkan" atau " memperbaiki"  apa yang dirasakan salah dari rantaian pemerintahan beliau dahulu .
Alhamdulillah, memperbaiki dan memperbetulkan apa yang salah adalah tuntutan disisi Allah SWT.

Walaupun terdapat ramai orang pandai agama mahupun yang bergelar Mufti ataupun orang politik yang berjubah labuh ala Arab, cuba memperlekehkan pengetahuan dan "ketaatan" agama Islam Dr Mahathir ,namun, Allah SWT tetap mengangkat beliau sebagai Perdana Menteri.
Adakah Allah SWT " terkhilaf" ? Dari pandangan mereka?

Samaada beliau berjaya atau kandas dalam merentasi "perjàlànan kedua" nya, semuanya terpulang kepada diri beliau sendiri.
Halangan, cobaan mahupun dugaan pasti sileh berganti hanya "berusaha, berdoa  bertawakal" dan menyerah diri kepada Allah SWT sajalah jalan terbaik buat Dr Mahathir.


Dari contohon Perjalanan sahabat sahabat saya yang sanggup  berubah arah dari agama anutan terdahulu kepada agama Islam mahupun ajaran agama nenek moyang yang disampaikan melalui  kata kata mahupun perbuatan, maka, melalui pembacaan dan pengertian terhadap setiap ayat yang ditambah dengan doa kepada Allah SWT untuk diberikan petunjuk serta penjelesan maka perjalanan mereka yang terpilih ini lah yang saya panggil sebagai "perjalanan kedua".

Ikhlas dari : Cahaya Al Majid.








Saturday 16 June 2018

THE PROMISED LAND: PILIHAN YANG SONGSANG

Bismillahhirrahmannirrahim.

Hilang punca atau hilang arah, itulah yang dapat digambarkan apabila segelintir Ahli  UMNO tetap mahukan Ku Li untuk menerajui UMNO.

Kemungkinan mahu mencontohi BERSATU atau PPBM yang berpresidenkan Dr Mahathir yang berusia 93, maka, dengan harapan semoga UMNO dapat dipulihkan olih individual yang berusia lanjut sepertimana Mahathir, maka, pemilihan Ku Li dijadikan sandaran.

Pandangan Mahathir dan pegangan Ku Li adalah ibarat langit dan bumi.

Walaupun Ku Li Yang telah berpuluh tahun bertindak sebagai YB mahupun Ahli Parliament dan juga sebagai Menteri paling  kanan dalam Kabinet Mahathir dan UMNO dahulu dan juga dalam hareiki Majlis Tertinggi UMNO ,kenapa beliau gagal untuk menyatukan rakyat untuk menyebelahi UMNO mahupun BN di Kelantan?

Kelantan dari dahulu sehingga kini tetap dibawah kuasa PAS yang tidak sealiran dengan Kerajaan Persekutuan.
Dimana kelebihan mahupun kekuatan Ku LI dalam menyatukan seluruh ahli UMNO
diSemenanjung sedangkan  dinegeri beliau sendiri pun beliau gagal melemahkan PAS?

Kalau Ku Li  benar' benar ikhlas dan  mahu memperbaiki UMNO,kenapa perlu menunggu pandangan  Ahli ahli untuk menyatukan pendirian untuk bertanding jawatan Presiden UMNO?

Sepatutnya beliau terlebih awal lagi telah menyatakan pendirianya untuk memperbaiki UMNO dan bukan menunggu.

Sepatutnya singnal siapa yang dimahukan olih Ahli akar umbi untuk menerajui parti atau menjadi president sepatutnya datang dari suara Ahli Ahli akar umbi serta cawangan dan bukanya pemimpin sendiri yang mencalonkan diri sendiri.

Kalau dari awal dah tidak Betul....PRU 15 lenyap Semuanya..

JANGAN jadi tikus baiki labu sudahlah..

Cahaya Al Majid.


Thursday 14 June 2018

THE PROMISED LAND: BERAYA TETAPI TAK BERGAYA

Bismillahhirrahmannirrahim.

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidul Fitri kepada seluruh pelayar yang tak putus putus mengunjungi blog ini.

Alhamdulillah, syukur kehadrat Illahi kerana 'menggerakan" hati ANDA semua untuk mengikuti perjàlànan blog ini.

Tiada daya dan upaya saya mahupun sesiapa saja untuk merubah pendirian mahupun pandangan diri orang lain melainkan semua itu adalah di atas kehendak Yang Maha Kuasa saja.

Saya disini hanyalah sebagai asbab untuk anda mahupun mereka atau sesuatu yang mungkin berlaku atau mungkin telah berlaku atau berubah atau akan berubah pada diri diri sahabat sahabat saya mahupun anda samaada yang telah saya dampingi dari dahulu mahupun sekarang dan yang telah berhijrah semuanya adalah diatas kehendak Allah SWT yang maha Mengetahui.

Alhamdulillah.

Walau siapapun kita, samaada kaya melangit nya seseorang mahupun melaratnya hidup seseorang mahupun tidak memiliki apa jua kekayaan didunia, namun Janji Allah SWT adalah benar, "Aku tidak Akan merubah Nasib sesuai kaum, melainkan kaum itu sendiri yang merubahnya".

Berpegang dari Firman Allah SWT itu, inshaallah, berusaha, bertawakal Dan terus berdoa kepada Allah SWT Yang Maha ESA  adalah kunci buat segala galanya.

Inshaallah.

Semoga Aidul Fitri yang kita raikan ini akan membawa rahmat kepada diri kita dan juga keluarga  dan sekali gus memantapkan lagi  keimanan kita untuk hari hari yang bakal mendatang.

Sepuluh jari dihulur tanda kemaafan dipinta dari seluruh pelayar blog ini.

Selamat Hari Raya.

Cahaya Al Majid.

Tuesday 5 June 2018

THE PROMISED LAND :PERANCANGAN YANG TIDAK DISEDARI MELAYU

Bismillahhirrahmannirrahim.

TUKAR BAJU UBAH IDENTITI
JADI WAJAH BARU

Ada yang suka ada yang duka, ada yang menentang ada yang menyokong dan begitulah sifatnya bagi manusia yang telah dibekalkan otak dan hati berserta naluri olih Allah SWT kepada makhluknya yang bernama manusia.

Ada manusia yang diberikan petunjuk dan ada yang disesatkan, namun, semua itu adalah atas ketentuan dan kehendak Allah SWT.

Ada keputusan yang diredai dan ada juga tindakan yang tidak disenangi. Setiap rakyat mempunyai pendirian dan pandangan masing masing, namun, pada hakikatnya, perjalanan yang dirancang Allah SWT ini tiada siapa yang tahu melainkan mereka mereka yang terpileh dan  yang benar benar 'berjalan diatas' jalan Allah SWT ' saja yang bolih mendapat 'imbasan imbasan' yang tidak meragukan.

Semenjak kekalahan parti Najib, UMNO dan Barisan Nasional dalam PRU 14, dan terlepasnya kuasa UMNO ketangan Pakatan Harapan yang dipimpin olih Dr Mahathir, maka, kini timbul bermacam macam isu yang tidak disenangi olih masyarakat Melayu dan Islam dinegara ini.
Semua ini 'asbabnya' adalah kerana "Najib dan gerombolan" yang tidak amanah dalam memikul amanah yang diberi rakyat terutama orang Melayu Islam dinegara ini.

Bermula dengan keberhutangan 1MDB yang menggunung, terleburnya 'saham FGV' yang merengut leher peneroka, pembelian aset aset pertahanan negara yang tidak sepadan dengan harga serta 'pengkomplotan' melindungi penjenayah olih penguasa penguasa undang undang ditambah pula dengan kos barangan dan sara hidup yang meningkat berserta GST, ditambah dengan penyebaran berita kekayaan Menteri menteri dan anak beranak mereka berserta kroni , telah membuatkan rakyat 'membuat pilihan' maut pada kali ini.

Kebergantungan kepada perpatah 'alang alang menyeluk pekasam', atau 'untung batu tenggelam,untung sabut tenggelam' maka, apa yang dipilih kini adalah menuai apa hasil apa yang ditanam sedang berlaku.

Saya dah katakan bahawa untuk 2 tahun kedepan ini, benih yang telah ditanam bakal menghasilkan 'tuaian' yang sedikit demi sedikit membakar jiwa 'orang melayu'. Bukan saja Raja Raja Melayu akan 'mengelupur' kemarahan malahan ' orang Melayu' juga bakal 'memakan hati' dan bakal berani 'berdepan' dengan 'ketegangan'.

Apa yang terjadi ini merupakan proses pencepatan 'kedatangan' yang ditunggu.

Telah saya nyatakan bahawa Melayu ini adalah keturunan 'Bani Mim', dan 'telah' saya postkan dilembaran lembaran terdahulu, namun, rentetan perjalanan tersebut nampaknya 'berjalan' mengikut apa yang 'terancang'.
Itu sebab saya tidak 'melatah' diatas 'kelancangan' beberapa pihak dalam 'mencaturkan' ajenda masing masing, samaada Dr Mahathir, Anwar Ibrahim mahupun barisan kepimpinan Pakatan Harapan.

Apa yang saya 'perhatikan' hanyalah 'mayat UMNO'.
UMNO telah didaftarkan sebanyak 2 kali, olih itu 'perjalanan keduanya telah pun tamat' ataupun telah menjadikan jenazah..

"UMNO" perlu dijadikan "hantu" atau "lembaga hitam ", olih orang Melayu. Kerana UMNO memiliki, terlampau banyak saka. Maka Ahli Ahli  "saka atau lembaga hitam" ini perlu menjadikan "Panji Panji Hitam"  sebagai wadah dalam perjuangan baru demi "Abata".

Ingat kembali hadith Nabi tentang watak "kebangkitan Dari Timur".

...bersambung...

Cahaya Al Majid.











THE PROMISED LAND: HANYA "'A BA TA' BOLIH MENJULANG 'UMNO" SEMULA

Bismillahhirrahmannirrahim.

DENGAN KAMU ATAU TANPA KAMU.

Kalau tentera baginda Rasullulah sanggup kembali dan taat kepada Allah SWT seperti yang dituntut dan menjadikan kekalahan pada perang Uhud sebagai pengajaran kerana kekalahan  berpunca dari mengingkari arahan Rasullulah saw serta perintah Allah SWT maka, pemulihan secara 'ilmiah' telah dilakukan olih baginda Rasullulah terhadap tentera tenteranya. Maka selepas itu 'kekuatan' dan keyakinan mereka makin bertambah dalam 'mempertahankan' Islam.

Menyelami kembali 'hakikat' 'abata' dalam perjuangan dan menjadikan 'abata' sebagai teras dalam perjuangan semula 'UMNO", inshaallah, dalam waktu yang singkat ( 2 tahun) inshaallah, 'UMNO' bolih bangkit tetapi 'bersyarat'!!!

'UMNO' perlukan seorang 'reformis' .

Menjadikan Al Quran serta Sunnah Rasul sebagai 'pegangan' ataupun sebagai 'panduan' dalam perlembagaan pertubuhannya, inshaallah, kekuatan ahli parti pasti menjadi kenyataan.

Bendera dan warna UMNO perlu diubah dan nama 'UMNO' perlu digantikan dengan nama Melayu.

"UMNO" perlu bijak bertindak atau berubah dan sekirannya sanggup mentransformasikan semangat yang ada seolah olah kamu adalah 'pejuang' atau   'pemegang' Panji Panji Hitam" dari Timur, inshaallah, . sekiranya 'perubahan' ini dapat dilakukan dan diterima  olih seluruh anggota 'UMNO", inshaallah, tiada penghadang untuk kamu meraih kemenangan .

Terlebih baik adalah sekiranya pertubuhan ini hanya dapat dianggotai olih orang Melayu saja dan tidak pula bergabung dengan mana mana parti bukan Melayu.
Itu adalah diantara prasyaratnya.

Selainnya...bincang kemudian.

Prasa 'fitnah' akhir zaman tidak akan terhenti sehingga munculnya 'kiamat'.

Cahaya Al Majid.







Monday 4 June 2018

THE PROMISED LAND :MAHATHIR SEKADAR PEMBUKA JALAN ???

Bismillahhirrahmannirrahim.

POKOK DAH DITEBAS !!,
JALAN DAH DIBUKA!!
TUNGGU SIAPA PULA NAK LALU.

Syukur kehadrat Illahi yang masih memberi keizinan untuk saya terus menulis dan semoga penulisan  saya ini akan memberi inspirasi atau sisi sisi baru kepada pelawat.

Minta maaf jua dipohonkan kepada seluruh pelawat, kerana, kurangnya penulisan dibulan Ramadhan ini.

Walaupun telah hampir 3 minggu negara ini bertukar tangan dari pemerintah UMNO Najib kepada Dr Mahathir dari PPBM namun keseluruhan kebinet masih belum terbentuk.
Kini Dr Mahathir baru melantik sebahagian saja dari ahli Kabinetnya namun terdapat desas desus samaada yang mahu 'memcucuk' atau ' sengaja mengocakkan air' yang bertujuan untuk 'memecahkan' kesepakatan, namun bagi Dr Mahathir, itu semua itu adalah hal 'remeh temeh' saja.

Apa yang sedang dilakukan Dr Mahathir kini merupakan sebahagian dari 'pencucian' ataupun 'penyaringan" bagi mendapatkan calon atau tokoh yang tebaik dari kalangan yang baik untuk membarisi Kabinet beliau.

Untuk itu 'bersabar' adalah jalan terbaik untuk semua.

Kenapa Dr Mahahtir tetap menggunakan warna merah untuk latar belakang bendera PPBM? Tidakkah warna tersebut juga digunakan olih  UMNO?
Apakah signifikannya warna merah ini untuk dikekalkan?
Adakah warna 'merah' membawa erti yang lain disisi Dr Mahathir?

Kenapa dinamakan PPBM atau Pertubuhan Peribumi Bersatu Malaysia?
Kenapa gabungan empat Parti iaitu PPBM, PKR, DAP dan Amanah yang dibentuk itu dinamakan Pakatan Harapan (PH)? Dan kenapa Dr Mahathir pula mengetuainya?
Apakah rasionalnya?

Terlalu banyak yang cuba dilingkari olih Dr Mahathir dalam 'memperbaharui' jalan yang baru direntas ini. Dan bersandarkan dari 'keinginan' beliau yang mahu menebus 'kesalah silam"ini, dengan 'merentas' jalan baru buat negara ini, namun, satu hakikat yang perlu Dr Mahathir disedari adalah bahawa kekangan dari Raja Raja Melayu serta  ' masa tidak bersama beliau' itulah yang mengusarkan seluruh warga kini.

Bagi bukan orang Melayu,  mereka berpendapat bahawa kini adalah masa terbaik buat mereka dan tetapi bagi orang Melayu Islam pula waktu kini merupakan waktu 'terdesak' atau 'waktu kecerderaan yang 'menyakitkan'.

Terdapat berbagai isu hangat yang mula diutarakan seperti, Anwar melebihi batang tubuh TPM Wan Azizah, pemilihan  Peguam Negara, dimana YDPA tak 'sealiran' dengan pemilihan Perdana Menteri Dr Mahathir  serta isu institusi JAKIM, juga didakwa telah mula 'diusik', permintaan berlebih lebihan olih pertubuhan India seperti  Hindraff,  juga menyumbang kepada kehangatkan masyarakat Melayu terutama warga UiTM kini.

Tak cukup dengan itu, Ketua UMUM PKR Anwar Ibrahim, mengadap Raja Raja Melayu, untuk apa atau dan atas kapisiti apa, tiada sapa tahu 'niat' dan 'tujuan'nya lawatan tersebut. Semua apa yang berlaku ini membawa banyak 'implikasi' kepada mereka sekiranya mereka 'celik'.

Begitu juga dengan bekas Parti pemerintah iaitu UMNO, walaupun namanya 'gah' kerana berjaya memerintah negara ini untuk tempoh lebih dari 60 tahun namun disebabkan 'kejatuhan' atau 'kekalahan' ini ,parti mereka dilihat terumbang ambing kerana dipukul 'tsunami' rakyat.

Dengan ketiadaan Najib dalam menerajui UMNO   kerana terpaksa meletak jawatan, kerana didesak atau mungkin kerana 'rasa kebertanggungjawapnya' diatas kekalahan pada PRU 14 lepas, kini, sesiapa saja dalam UMNO dah mula 'melatah' dan 'bertasbih'.

Adakah ini permulaan baru?

Permulaan baru sebenarnya hanya kepada ahli gabungan Pakatan Harapan yang baru saja menjadi Kerajaan.

Tetapi pada hakikatnya PPBM yang hanya memenangi 13 kerusi Parlimen dimana Dr Mahathir merupakan sebagai pengerak utamanya merupakan 'anchor' atau 'master mindnya' kepada Pakatan Harapan.
Ramai yang menuduh DAP atau Lim Kit Siang mahupun Anwar Ibrahim dari PKR yang menjadi 'dalang besar" kepada Pakatan Harapan, tetapi semua itu hanyalah 'mitos' buat mereka yang 'buta mata' atau 'buta hati' saja.

Kalau dilihat disegi 'perjalanan' angka 13 merupakan angka yang 'menakjubkan' dan membawa erti yang sangat ideal tambahan pula kalau dilihat dari segi prasa 'akhir zaman'.

Mahathir sebenarnya mahukan lebih banyak kerusi untuk dimenangi dari calon PPBM tetapi itu tidak terjadi. Dalam banyak banyak kerusi yang ditandingi kenapa Allah SWT tetap menetapkan 13 kerusi Parlimen saja buat PPBM. Dan salah satu dari 13 kerusi itu adalah kerusi Dr Mahathir sendiri.
Kenapa tidak berangka 'genap' saja?

Disinilah penilitian perjalanan yang perlu diperhalusi olih 'pendukung' perjalanan.

Siapakah selepas Dr Mahathir yang akan 'mengangkat' jalan ini, itu adalah urusan Allah SWT.

Imbau kembali, kalau dahulu konsep RAHMAN telah terpakai,  tetapi kini dunia telah masuk keprasa akhir zaman, ..apa pangilan atau sebutan terhangat kini????

Nantikan...sambungan...lain...masa.. kalau ada 'keizinan'..

Cahaya Al Majid.