Saturday 14 July 2018

THE PROMISED LAND: APAKAH LANGKAH MAHATHIR SUMBANG???

Bismillahhirrahmannirrahim.

Bukan salah ibu mengandung dan juga bukan salah Dr Mahathir.  Berkali kali telah saya nyatakan bahawa Mahathir hanyalah sekadar 'pembuka jalan' untuk satu peristiwa yang tidak terjangka olih beliau sendiri. Sebenarnya ajenda selepas ketiadaan Dr Mahathir adalah yang ditunggu, bukan sekarang!!!

Rentetan dari apa yang berlaku ketika pertama kali beliau diangkat sebagai Perdana Menteri sehinggalah beliau diangkat untuk kedua kalinya. Apa yang pasti semua kejadian ini amat 'terkait rapat' sekali dan perlu diperhalusi sedalam dalamnya.

Kalau nak diikutkan rentak 'hati dunia' sememangnya tingkah laku dan cara perbuatan Dr Mahathir amat menyinggung sekali terhadap hati hati dan naluri naluri bangsa Melayu dibumi Melayu ini.

Ditambah burukkan lagi ketika  beliau berada diluar 'petak' parti pemerintah serta bersengkokol dan berpadu hati dengan parti cap roket setelah 'berkompromi' dengan PKR dalam merudumkan 'petak' pemerintah.
Namun dalam semua perkara dan peritiwa ini sekira kita 'buta mata dan buta hati' nescaya, memaki hamun dan mencemuh serta menghina batang tubuh Dr Mahathir, pasti 'terhembur' setiap saat.

Tetapi ketetapan dan perancangan Allah SWT mengatasi segala galanya.

Pada hakikatnya, sememangnya PPBM tiada kekuatan langsung dalam Pakatan Harapan sekiranya kerusi Parlimen yang dimenangi itu diambil kira.

Tetapi melalui 'mufakat' ataupun 'kompromi' , ' try and error' ini, yang telah dipersetujui bersama olih kesemua rakan parti termasuk Anwar Ibrahim,  bahawasanya  Dr Mahathir akan diangkat semula sebagai Perdana Menteri sekiranya menang. Tetapi apabila Pakatan Harapan di'takdirkan'  'mengondol' kuasa ' tanpa mereka jangka' dalam PRU 14, maka, terpaksalah 'memeteri'' perjanjian atau persetujuan itu , dan terlantiklah Dr Mahathir secara automatis.

Manusia hanya bolih merancang tetapi perancangan Allah SWT mengatasi segalanya.

Perlu diingatkan disini bahawa tujuan ataupun ajenda orang bukan Islam dalam DAP mahupun yang berada dalam PKR , sedari dahulu telah kita ketahui akan 'hala tuju' dan matlamatnya.
Namun 'warna sebenar' mereka telah menyerlah sedikit demi sedikit.
Walaupun Dr Mahathir mahu 'menafikan' hakikat ini, namun jauh disudut hatinya perasaan 'curiga' tetap ada dan  beliau 'sedar' akan perkara ini, samaada, beliau berjaya atau tidak untuk 'membenteng ombak badai' kelompok ini  sama sama kita lihat nanti.

Dr Mahathir bukan 'kecik anak' atau calang calang orang. Hanya mereka mereka yang mengenal dan mengetahui saja yang tahu 'siapa dia Mahathir'.

Walauapapun, dalam 'perjalanan' ini, apa yang bolih saya katakan, kita tidak bolih 'tinggalkan' beliau 'keseorangan' dalam 'menongkah arus' ini.
Antara sedar atau tidak 'beliau' sebenarnya memerlukan 'kita' dalam dalam waktu yang singkat ini dalam 'mengharungi' gelombang' besar ini. Walaupun terdapat ramai orang' yang 'belingkar' dikelilingnya, namun tiada seorang pun dari kalangan itu yang benar benar 'kenal' beliau.

Maksud 'keseorangan' mahupun ' memerlukan kita' yang saya tuliskan diatas bukan bermaksud kita perlu bersama 'kelompok' Pakatan mahupun PPBM, tetapi, kelompok yang bakal  'menyahut' segala 'tindakan luar kotak' dari kelompok kelompok dari prasa yang saya tuliskan diperenggan keempat diatas.

Kebelakang ini banyak 'isu isu' panas mencurat dalam negara. Samaada disuarakan olih orang bukan Islam mahupun dari kalangan orang Melayu sendiri,semuanya, menjurus kepada 'satu' matlamat iaitu cubaan menafikan apa yang telah dipraktikan dahulu dengan menggantikan 'apa yang disangka'nya bermenafaat buat rakyat dengan alasan 'hak kesamaratan' keatas semua bangsa .

Orang bukan Islam tak tahu apa itu 'perjalanan" atau "kebangkitan" Bangsa Mim melalui pemuda pemuda Panji Hitam diakhir zaman. 
Tetapi penganut Kristian hanya mempercayai  bahawa " Jesus"nya, akan kembali kedunia untuk  menjadi Raja segala Raja yàng dipanggil " son of man"itu. Tetapi mereka lupa bahawa ' Jesus' yang datang ini bukan untuk menghancurkan Islam tetapi sebaliknya datang untuk 'menghancurkan kecurangan Israel dan menafikan ' Kristian' sebagai agama  anutan Baginda.

Apa yang saya tuliskan dan mengapa kita kena tunggu sehingga tahun 2020 atau 2 tahun dari sekarang, semua itu bersangkutan dengan apa yang telah berlaku dan bakal 'menghantui' kepimpinan Pakatan Harapan ini. Samaada Wan Azizah mahupun Azmin ataupun Anwar Ibrahim, ketiga tiga sosok ini tidak akan berjaya 'mengawal' rakan sekutu mereka apabila 'kes besar' meletop.

Perlu saya ingatkan sekali lagi, hanya mereka mereka yang 'berkelebihan' dengan anugerah Tuhan saja bakal menerajui kebangkitan ini dengan sokongan dari 'orang Melayu' serta Raja Raja Melayu. Kebangkitan ini bakal 'merubah' langskap bumi ini .Apa yang berlaku bukanlah kerana PPBM mahupun PAS ataupun UMNO dan juga bukan PKR tetapi..'masa' dah tiba!!!!

Sebagai kesimpulan adakah langkah Mahathir sumbang???

Cahaya Al Majid.





Thursday 12 July 2018

THE PROMISED LAND: KISAH 1001 MALAPETAKA MELAYU SEHINGGA 2020

Bismillahhirrahmannirrahim.

BUKAN SEMUA YANG MAHATHIR BUAT ITU BETUL BELAKA
DIA MANUSIA , KESALAHAN TETAP ADA
YANG PENTING ORANG MELAYU ISLAM KENA PANTAU DAN 'BALUN'
KALAU TAK BETUL.

1001 kisah telah bermula dan sedikit demi sedikit telah mula 'melenjan hati-hati' bangsa Melayu  dibumi ini . Tonggak serta tujahan 'simbolik' ini bakal melingkari penghidupan serta perjalanan bangsa Melayu untuk 2 tahun mendatang ini.

Dari isu bahasa Melayu, UEC, pelantikan bukan Melayu kepersada jawatan tertinggi,isu agama samaada 'khalimah Allah', ajaran sesat mahupun 'penghakiman' tentang soal tukar agama dan juga soal akidah bakal menghangatkan suhu negara.

Tidak ketinggalan kurangnya 'rasa hormat' serta kebiadapan 'pemimpin bukan Melayu' terhadap 'isu babi' yang baru saja meletop di Melaka juga  telah mengundang kemarahan orang orang Melayu.



SIKAP tidak sensitif penganjur Anugerah Pencapaian Kecemerlangan Agro Malaysia di Sekolah Pay Fong, Melaka, malam tadi menyebabkan beberapa wartawan beragama Islam dan Hindu hampir termakan daging khinzir sebaik menyedari hidangan itu diletakkan di atas meja.

Begitu mudah!!!!! Ayat biasa yang tidak perlu dibayar...
Perlukan lagi wartawan mahupun jemputan dari kalangan orang Islam menghadiri
program Menteri bukan Islam yang secara terangan  'memperlekehkan' umat Islam?

Penganjur mohon maaf, tak sengaja 'jamu' babi pada Muslim


Islamic authorities in Malaysia have declared Ahmadi Islam as a deviationist sect because its followers believe Mirza Ghulam Ahmad of Qadian, who died in 1908, is the promised Messiah.


Kementerian Pendidikan akan melaksanakan pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersama (UEC) seperti yang terkandung dalam manifesto Pakatan Harapan (PH).
Menterinya, Dr Maszlee Malik berkata, pihaknya tidak akan melakukan pusingan U atau flip-flop terhadap manifesto yang dijanjikan.

Tidak cukup dengan itu dua jawatan tertinggi dalam perundangan negara juga mengalami 'tsunami' yang diciptakan olih bukan Melayu. Hanya kerana desakan politik dan tidak berpaksi kepada 'perkenan olih YDPA"?maka ini terjadi :-

Tekanan ke atas Raus dan Zulkifli untuk meletak jawatan bertambah dengan yang terbaru daripada Persatuan Peguam Bela Sarawak (AAS), olih Presidenya Ranbir Singh Sangha.

Presiden Majlis Peguam, George Varughese dalam satu kenyataan pada 16 Mei lalu turut menggesa Raus dan Zukkefli berundur kerana kerajaan pimpinan BN yang mencadangkan dan menpertahankan.

Andaikata jawatan itu dipegang olih orang bukan Islam, adakah mereka akan melakukan tindakan yang serupa??

Persoalan terhadap apa yang berlaku ini hanya akan dijawap olih 'ultra'
Melayu Islam pada tahun 2020.

Cahaya Al Majid.


Wednesday 11 July 2018

THE PROMISED LAND: SIAPA YANG HILANG PUNCA

Bismillahhirrahmannirrahim.

Kalau tersesat dihujung jalan maka kembali lah kepangkal jalan. Itu perpatah dari orang orang lama.
Samaada nak ikut atau tidak semua itu terpulang .

Begitu juga lah halnya tentang Pakatan Harapan mahu pun UMNO.

Kita cerita dulu Bab Pakatan Harapan.

Kalau sebelum menang PRU berjela jela ketidakpuasan hati mereka terhadap BN dan UMNO dihemburkan . Tujuan adalah mahu meraih atau menanam rasa benci atau meluat terhadap pemimpin mahupun terhadap BN/UMNO.

Tetapi apabila kuasa dah dalam genggaman dan menjadi kerajaan , lain pula yang terjadi.
Janjinya mahu merubah apa yang tak kena dengan pentadbiran terdahulu. Ini salah itu salah, sana tak betul sini tempanglah tetapi, namun apa yang dijanjikan, akan ada pemulihan dan pembetulan, tetapi dilihat masih ditakuk lama.

Kalau dahulu kes kilang China di Kuantan yang berkilo meter terpagar yang terdendang, namun, sehingga kini semuanya senyap belaka, apa dah jadi?? Begitu juga dengan projek Forest Hill di Johor tu, apa citer.
Yang lain lain tu kita nampak lah sikit akan perubahanya , tetapi tak dalah sampai 'sapu bersih'.

Tetapi Bab UMNO pulak, apa yang dilihat, pembaharuan mahupun pemulihan yang dicuba untuk dilakukan masih belum nampak apa apa lagi. Yang ketara hanyalah petukaran ketuanya . Dari Presiden hinggalah Ahli Majlis Tertingginya, tetapi masih mengekalkan muka muka yang sama.
namun sehingga hari ini pemulihan yang dikata mahu dilakukan masih lagi dilihat  'terkial kial' seolah olah hilang punca.

Samaada mereka ini semua didalam kealpaan, buta hati dan buta mata  ataupun dipaksa  'tunduk' kepada 'tekanan politik' , kesemua pihak samaada  PPBM mahupun 'suara garang UMNO, kini tiga tonggak utama Kerajaan bukan lagi disandang olih Melayu Islam.
Ketua Hakim Negara diagihkan kepada Richard Melanjun yang menggantikan Tun Raus Sharif. Tak cukup dengan itu Peguam Negara juga dihabukan kepada Tommy Thomas untuk menggantikan Apandi Ali. Namun yang paling 'win' adalah Datuk Lui Keong pula dilantik sebagai Menteri di JPM yang menjaga hal ehwal Undang Undang.

Adakah ini sememangnya 'percaturan' Yang Maha Esa terhadap Bumi Tanah Melayu ini agar negara ini 'menjurus' kepada yang 'situasi' yang lebih mencabar yang  mencacatkan hati Raja Raja Melayu dan umat Melayu Islam???

Apakah dengan tindakan dan keputusan Kerajaan ini , negara bakal diundang 'bencana' atau bakal 'menjarakkan' orang Melayu Islam" kepada Pakatan Harapan? Atau akan 'terjadi' kah ,'pembelotan' diantara pendukong pendukung Kerajaan atau pihak Pembangkang agar  menjadi lagi 'extreme'?

Sebagai renungan :-
Manusia apabila telah hilang pertimbangan, hanya melalui kata kata  'sindiran', membunuh dijadikan
jalan terakhir.

Pembantu tadbir Kolej Vokasional maut dipercayai dibunuh rakan sekerja

"Mangsa dikatakan selalu menyindir suspek ada 'hubungan sulit' dengan seorang staf di tempat kerja sama. Walaupun dinafikan oleh suspek, mangsa masih juga menyindir dan mengata suspek.


Adakah 'hilang punca' Kerajaan Pakatan bakal 'meremukkan' kepercayaan Umat Melayu kepada 'sistem' yang diamalkan tanpa mengambil kira 'pandangan' kaum majoriti???

JANGAN CAKAP ABANG TAK PAYUNG!!!!

Cahaya Al Majid.

Tuesday 10 July 2018

THE PROMISED LAND : ISU ZAKIR NAIK UJI KESATUAN UMAT ISLAM.

Bismillahhirrahmannirrahim.

SIAPA YANG KEPANASAN SEKARANG??

Nampaknya kaum yang sangat kuat melatah dan merasa teramat tergugat diatas keterangkuman Kerajaan terdahulu iaitu Najib (BN) mahupun terkini dibawah Pakatan Harapan iaitu Dr Mahathir dalam mempertahankan dasar untuk tidak menghantar pulang Zakir Naik ke India.

Tak tahu kenapa dan kenapa beriya iya sangat kaum ini mahu beliau dihantar pulang ke India sedangkan Zakir Naik telahpun memperolehi status 'penduduk tetap' bak kata Dr Mahathir, namun, kelompok ini dilihat semakin 'garang' dan 'mendesak' pula.

Berselindung disebalik 'parti politik' ,mahupun 'NGO', puak ini seakan akan tidak mahu 'mengalah' malahan 'mendesak secara simbolik'.

Adakah kelompok ini sebenarnya 'bertaat setia' kepada negara ini ataupun masih 'bertaat setia' kepada negara nenek moyang mereka? 
Tetapi jika dilihat dari segi tindak tanduk dan cara mereka 'mendesak', kelompok ini seolah olah 'taat setia' mereka masih lagi kepada negara nenek moyang mereka dan itulah yang dipapar kini.

Nak tanya juga, adakah kehadiran Zakir Naik dinegara ini akan 'menjejaskan' keharmonian rakyat berbilang kaum mahupun akan membawa 'pecah belah' ?
Ataupun  sebenarnya kelompok ini  sakit hati?

Atau mungkin kaum ini takut akan 'kebenaran " yang dihujahkan olih  Zakir Naik dan bakal 'menguggat' kepercayaan mereka?

Kalau sebelum ini P Ramasamy iaitu Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang yang kuat mendesak agar Zakir Naik diextradisi ke India sehinggakan 'desakan' itu terpaksa ditepis olih Dr Mahathir, namun kini timbul pula pengasas NGO  Freedom bernama G Ganeson ,pula mula 'menyalak' dengan alasan yang sama..

Sebaliknya, beliau berkata Zakir menimbulkan kebimbangan masyarakat berbilang kaum dan agama di negara ini dan menjadi 'alat' oleh elit politik negara untuk memenuhi kepentingan politik mereka.

Ganesan memberi respon terhadap Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang berkata Zakir boleh tinggal di Malaysia kerana beliau tidak melakukan sebarang jenayah di negara ini.
Mahathir hari ini juga berkata Malaysia tidak akan tunduk kepada tekanan untuk mengusir Zakir kerana pelbagai faktor telah dipertimbangkan termasuk undang-undang.

Dr Mahathir dengan tegas telah menjalankan tanggungjawapnya terhadap isu ini, namun "langau langau" ini  'tidak akan berhenti' , olih itu, kejituan dan kesatuan orang Islam dan Melayu perlu bersama sama dalam mempertahankan apa yang dibenarkan mengikut undang undang negara .

Apa yang dapat dilihat Dr Mahathir mengenepikan kepentingan politik beliau demi mempertahankan apa yang dibenar dalam undang undang.

Tahniah Dr Mahathir!!!

Harap orang Melayu dan umat Islam dinegara ini dapat menilai pendirian Dr Mahathir tentang pejuangan  Islam.

Cahaya Al Majid.











Monday 9 July 2018

THE PROMISED LAND : KINI ISU 'ISLAM' PULAK TERANGKAT!!!!

Bismillahhirrahmannirrahim.

Belumpun sebulan isu bahasa Melayu yang menjadi 'tonggak' orang Melayu diperlekehkan , kini isu agama Islam dan Raja Raja Melayu pula terangkat.

Peergh!!!!

Mahkamah arah jabatan agama jangan ganggu Ahmadiah

Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam, Vazeer Alam Mydin Meera, memberikan keputusan yang menyebelahi permohonan semakan oleh 39 pengikut fahaman itu, atas dasar pihak berkuasa agama Islam di Selangor tidak mengiktiraf Ahmadiah sebagai orang Islam.


Adakah rentetatan ini sekadar 'kebetulan', 'ketentuan' ataupun ada tangan yang 'merancang'?

Orang Melayu sebenarnya amat sensitif jika hal hal pokok seperti 'agama' , bahasa dan kedudukan Raja Raja mereka mula diusik tetapi nak buat macam mana, ini semua 'perancangan' sebab 'bumi Tanah Melayu ini berkharomah' dan menunggu 'pesakanya' bangkit dari tidur.

Antara sedar ataupun 'hati telah' tertutup ',Zainuddin Maidin seorang Bekas Menteri UMNO menyarankan kepada Menteri Hal Enwal Agama, Mujahid Rawa agar 'Pusat Thafis ditutup" mula 'memanaskan 'suhu' alam Melayu..

Sebenarnya, setiap ibubapa mahupun setiap keluarga Melayu dan keluarga Melayu Islam, mengidamkan atau mengimpikan  agar anak anak akan menjadi 'Huffaz  Al Quran' kalau tak semua seorangpun sudah memadai.

Zainuddin Maidin..walau apapun alasan yang cuba awak  berikan bagi 'menghalalkan' statement atau keterlanjuran 'kata kata' anda, apa yang pasti 'orang Melayu" yang bukan Mamak 'dah mengetahui apa yang tersirat dan yang tersurat dihati anda.

Kini tonggak tonggak orang Melayu serta pasak pasak berhubung agama Islam yang telah tertanam 'padat', kini telah 'disungkit' sedikit demi sedikit.

Fahamilah 'kebangkitan" ini tidak semestinya 'dicetuskan' olih orang bukan Melayu atau Islam , tetapi 'Melayu' yang 'buta hati' juga terjebak dalam 'memanaskan' hati Melayu' sendiri.

Kepada mereka yang 'pegang jalan' dan juga kepada mereka yang 'khashaf' hati dan mata', sedarlah 'perjalanan anda dah bermula'.
Apa yang anda miliki dan anda pelajari 'bakal berguna' untuk 'kebangkitan' ini.

Cahaya Al Majid.




Friday 6 July 2018

THE PROMISED LAND : RENUNGAN JUMAAT

Bismillahhirrahmannirrahim.

JANGAN BODEK KERANA UPAH
TAPI BODEKLAH DEMI KEBENARAN

Alhamdullilah, syukur kehadrat Illahi, Tuhan Yang Maha Esa, Tuhan yang tetap memberikan limpah kerahmatan kepada setiap manusia walaupun ada dikalangan makhluk ciptaan Nya , masih, tetap dan ada yang 'menafikan' akan keEsaanya.

Pembaharuan yang tiada barunya!!!

Khutbah bertajuk Tanggungjawab Kepimpinan itu sempena pemerintahan Malaysia baru selepas pilihan raya umum ke-14 pada 9 Mei lalu.

Pertanyaan : Tetapi kenapa text khutubahnya menetapkan pula agar rakyat yang wajib taat kepada Pemimpin sedangkan tajuk yang dibaca adalah "Tanggungjawap Kepimpinan".
Kenapa pula rakyat yang disasarkan??
Adakah rakyat yang memimpin atau Pemimpin itu yang memimpin?
KHUTBAH | Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) hari ini menyeru rakyat agar menunjukkan contoh baik dengan mentaati pemerintah dan negara.
Pertanyaan : Kenapa pula rakyat yang perlu mentaati pemerintah? Bukankah sepatutnya pemimpin yang seharusnya mentaat '"sumpahnya dan sedia  berkhidmat kepada rakyat".
Mimbar berkata negara hari ini menyaksikan pembentukan kepimpinan barisan kabinet baru yang akan menentukan arah tadbir demi keamanan dan pembangunan negara serta kesejahteraan rakyat.
Menurut mimbar, penting untuk semua rakyat menghormati pemimpin kerana ia selaras dengan pandangan disepakati majoriti ulama - tafsir, fuqaha dan sebagainya - yang menyifatkan rakyat menderhaka kepada pemerintah bermakna mereka menderhaka terhadap Allah SWT.
Pertanyaan :- Apa pula pandangan Mimbar terhadap penderhakaan yang dilakukan olih para pemimpin mahupun pemerintah terhadap 'penderhakaan mereka mahupun mereka yang "mengkhianati kepercayaan yang diberikan rakyat" ?
"Justeru sebagai rakyat, kita wajib mentaati pemimpin yang adil sebagaimana disepakati majoriti ulama tafsir dan fuqaha," teks khutbah itu dipetik.
Pertanyaan : Wajibkah rakyat mentaati pemerintah yang tidak berlaku adil dan curang serta menipu rakyat?
Memetik Surah an-Nisa ayat 59, kata mimbar ketaatan rakyat itu dituntut kerana jika tidak mereka akan dianggap tidak beradab di sisi Allah.
"Rakyat wajib taat kepada pemerintah dan negara. Jika mereka cuai dan tidak bertanggungjawab, maka mereka tidak beradab di sisi Allah.
Maksud Al Nisa Ayat: 59
"Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul (Nya), dan ulil amri di antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (Al Quran) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya".
"Inilah tugas rakyat yang paling asas terhadap pemimpin seperti yang difirmankan Allah melalui ayat tersebut," kata mimbar.
Khutbah bertajuk Tanggungjawab Kepimpinan itu sempena pemerintahan Malaysia baru selepas pilihan raya umum ke-14 pada 9 Mei lalu.
Pada masa yang sama, mimbar berkata hubungan antara umara’ (pemerintah) dan ulama sememangnya tidak wajar dipisahkan.
Bahkan kata mimbar umara’ perlu menjadikan ulama sebagai rujukan semasa menjalankan sistem pemerintahan atau melantik ulama iaitu para cendekiawan muslim, lebih-lebih lagi dalam urusan berkaitan hal ehwal agama Islam.
"Banyak hal dalam pentadbiran negara yang memerlukan kepada pandangan dan ijtihad ulama. Di sinilah pentingnya hubungan akrab antara dua institusi ini,' kata mimbar.
Sebenarnya pihak ulama mahupun pihak berkuasa agama lah sebenarnya yang telah gagal dalam 'menjunjung  amanah' berhubung perihal agama Islam.
Kerana kegagalan menegur salah laku pemerintah atau ulul amri yang berlaku sehingga ada diantara ulama atau Mufti terpaksa 'sujud' dan ' takut' akan kehilangan 'kuasa dan pangkat' serta 'imbuhan dunia', maka, 'menelan salah laku atau menutup mata' kesalahan 'pemerintah atau ulul amri' dijadikan 'ritual' seharian.
Jadi, siapa yang tidak menjunjung amanah? Atau adakah Jakim masih ditahap pemikiran 'menjaga' periok nasi sendiri??
Adakah rakyat? atau...????
Cahaya Al Majid.


Thursday 5 July 2018

THE PROMISED LAND : PAKATAN MULA KEPANASAN ???

Bismillahhirrahmannirrahim.

"MAHATHIR BUKA JALAN DENGAN SADIS"
"NAJIB ADALAH "ASBAB" MELAYU HILANG 'MARUAH;" DAN
 "ORANG MELAYU ADALAH PERINTIS MERUBAHNYA".

Dr Mahathir kata kes mengunakan text Bahasa Mandrin Lim Guan Eng adalah kecil. Namun apabila Tommy Thomas melakukan sidang media berbahasa Inggeris dikhalayak ramai terutaman dihadapan 'press' telah mendapat bantahan olih 'pendukong Najib mahupun kelompok Melayu UMNO, namun, komen dari Dr Mahathir belum lagi kedengaran.

Berbalik kembali kepada Pakatan Harapan yang 'menabur' bermacam macam janji kepada orang ramai sekira berjaya 'menumbangkan' kerajaan 60 tahun UMNO serta Najib dan BN, namun, selepas 60 hari 'orang Melayu' dan rakyat marhean merasakan tiada apa yang berubah. Hanya yang ketara dan nyata hanyalah rakyat tidak lagi perlu membayar 6% untuk cukai GST.

Bagi kelomopok Melayu pula 'umpanan' dari manifesto yang dijanjikan Pakatan , hanyalah janji janji yang 'seindah kabar' dan jauh dari kenyataan untuk menjadi realitI. Dan kini kebanyakkan orang Melayu mula 'merasakan' diri mereka telah diperdaya atau ditipu didalam terang.

Antaranya, kos sara hidup masih lagi tinggi, harga barangan masih kekal seperti dahulu ditambah burukkan lagi kegagalan melunaskan janji untuk  memansuhkan bayaran Pinjaman Tabung Pendidikan Nasional (PTPN), memansuhkan bayaran tol dan menurunkan kadar harga minyak dengan tampungan subsidi kerajaan menyebabkan sebilangan besar pengundi terutama orang Melayu mula kesal.

Ketidakpuasan hati kelomopok Melayu ini bakal belarutan untuk tempoh yang panjang sehingga PRU 15 namun kehadiran 'diri Dr Mahathir' dalam Pakatan tidak akan bertahan lama kerana 'masa tidak bersama beliau'.

Dengan hujahan serta sindiran yang menujah mahupun yang dilontarkan olih puak Pro Pakatan terutama Ahli DAP serta segelintir bukan Melayu dalam PKR ,terutama terhadap ' isu isu' yang sensitif' yang melibatkan 'maruah Melayu', serta 'pengolahan isu' yang dipaparkan kepada rakyat terutama orang Melayu, tidakkah orang Melayu mahu sedar?

Kalau dahulu ketika Dr Mahathir menerajui negara ini dengan sifat 'lemah hati' terhadap orang Melayu, BERTUJUAN, agar orang Melayu berubah untuk lebih berjaya namun kali ini 'lemah hati' Mahathir telah bertukar menjadi lebih 'sadis' dan 'membiarkan'apa yang akan berlaku. Tidakkah kita 'melihat' keadaan ini?

Tujuan beliau adalah untuk menyadarkan orang Melayu sebenarnya bukan sebaliknya. Kerana apabila 'pemimpin Melayu dalam UMNO' dah merusakkan 'apa yang dibina dan terpahat' ajendanya sejak azalinya.  Maka, untuk 'membentuk kembali perkumpulan terbesar orang Melayu' kejalan sebenar, maka, tiada jalan lain selain 'membenamkan UMNO berserta pemimpinya yang korup' dengan bantuan 'lawan'.

Kini perkumpulan orang Melayu yang peka dan 'berjati diri' perlu 'mengangkat' semula Bangsa Melayu ke persada kuasa,inshaallah, orang Melayu akan bantu.  Dengan 'mengungguli isu isu berbangkit' terutama yang melibatkan hak hak orang Melayu, Agama Islam serta Raja Raja Melayu seperti yang termaktub dalam Perlembagaan, perlulah dijadikan tonggak keutamaan .

Perlu diingat 51 kerusi Parlimen  dimiliki sepenuhnya 'olih' Melayu. 
51 Kerusi ini perlu digerakkan untuk perjalanan 'baru' ini. 
Menghapuskan 'perosak perosak' atau anai anai perlu dilakukan dari masa ke masa. Ungkapan ' Presiden' selalu 'benar' atau ' betul' atau 'tidak bolih ditegur' perlu disuling. Kebenaran perlu dijadikan asas 'pembinaan' dalam kekuatan.

Cahaya Al Majid.

# janganmarahMahathir

Wednesday 4 July 2018

THE PROMISED LAND :CETUSAN MULA MEMBAKAR

Bismillahhirrahmannirrahim.

SAYA DAH KATA ' MAHATHIR' ADALAH 'PEMBUKA JALAN' DAN
NAJIB ADALAH 'ASBAB'.
KITA ADALAH  PERINTISNYA.

Pendakwaraya Malaysia yang baru, Tommy Thomas memecah tradisi perundangan baru buat negara. Kalau sebelum ini Lim Guan Eng selaku Menteri Kewangan memecahkan tradisi Kerajaan Pemerintah dengan menggunakan bahasa Mandrin sebagai 'medium' bahasa penyampaianya, kini Pendakwaraya yang baru dilantik juga melakukan perkara yang serupa dalam hal hal yang resmi pula.

Peergh...

Satu demi satu 'perubahan' sedang dan bakal berlaku diera kepimpinan jenama 'Malaysia Baru' ini. Samaada semua itu demi kebaikan atau sebaliknya..hanya 'waktu' menentukan.

Perlu dilihat adakah perkara ini berlaku dengan sendiri atau sememangnya 'takdir' yang 'mengajendakan' perkara ini bagi 'membakar hati orang Melayu' ? agar ' orang Melayu "buka mata dan hati" bagi "melihat 'pecaturan' ini ?.

Apa yang berlaku ini diibaratkan seperti  'air yang dijerang dalam 'mangkok tanahliat' ,sedang mendidih dan semakin lama semakin 'membuak-buak' keadaannya..

Walaupun perkara ini dlihat 'enteng' olih kelompok yang sedang  'mendukung' Kerajaan Baru , namun sedikit sebanyak 'hati dan naluri' bangsa Melayu yang melingkari Pakatan Harapan mahupun dalam PPBM mahupun PKR dan Amanah, amat pasti hati mereka juga sedang 'terguris'.

Nak kata macammana lagi, setiap anak dan keluarga yang lahir, membesar dan bersekolah dibumi Malaysia ini sepatutnya 'faham' akan kepenggunaan bahawa Bahasa Malaysia dan bahasa Melayu sebagai 'medium pertuturan' .  Namun kerana sikap majoriti rakyat selain orang Melayu,'tidak menghormati Melayu" maka kelompok ini dilihat gagal atau tidak mahu menggunakan 'bahasa Melayu' dan Bahasa Malaysia yang betul dalam 'bahasa perhubungan' mereka.

Sebenarnya masyarakat bukan Melayu bukannya  fasih menggunakan bahasa Melayu tetapi sebaliknya 'bahasa Melayu lintang pukang' dengan sebutan yang   'tidak menepati bunyi atau nahunya' ,digunakan namun rasa bersalah atau malu tidak pernah 'terpapar' dimuka mereka.

Sebenarnya kelompok ini masih dan tetap memandang rendah dan remeh diatas kepenggunaan  'bahasa Melayu' dan Bahasa Malaysia sebagai bahasa resmi.
Walauapapun semuanya kini sudah terlambat untuk diperbetulkan.

Prasa seterusnya pasti meletus lagi, hanya perlu tunggu dan lihat..ini baru sikit !!!!

Cahaya Al Majid.










Tuesday 3 July 2018

THE PROMISED LAND: ADAKAH UMNO BARU BAKAL BERBAJU HITAM DAN BERBENDERA HITAM TANDA 'BERKABUNG'???

Bismillahhirrahmannirrahim.
J
MAHATHIR MENJULANG MALAYSIA DAN BUKAN
MALAYSIA BARU .
ISTILAH  'MALAYSIA BARU' HANYA IMPIAN RAKAN PARTI
MALAYSIA BARU PASTI TERKUBUR SEPERTIMANA TERKUBURNYA 'ISLAM HADARI' PAK LAH

Nak buat macam mana, tak mahu berubah dan tak mahu belajar!!!

Antara sedar atau tidak, Zahid Hamidi aka Presiden UMNO bakal menghabiskan masanya untuk turun naik mahkamah samada sebagai saksi utama kes 'derma' RM2.6 Billion Najib atau bakal dituduh sebagai 'pengsubahat' atau 'tertuduh" atas ' kes pukul lamanya' sekiranya diangkat semula ataupun 'kes pecah amanah Yayasan, nampaknya, waktu yang dimiliki Zahid amat terhad sekali.

Memandangkan majority 'suara' ahli ahli Bahagian UMNO, telah memileh beliau tanpa memperdulikan 'kes' yang bakal 'diangkat' pihak berkuasa dan perundangan negara, maka,'ketidak pastian' bahawa Zahid akan terus bertahan sebagai Presiden UMNO atau 'melepaskan' kepada Timbalannya Tok Mat , hanya 'pendakwaan' keatas Zahid dalam 'mahkamah' bakal memutuskan kedudukan beliau.

Ditambah burukkan lagi nasib 'UMNO' bukan lagi 'terletak' atas ROS tetapi Mahkamah, 'menurut' Ambiga, kerana telah melanggar 'syarat'.
Kemungkinan akan 'pembubaran' atau ' pengharaman' UMNO, kedudukan parti ini ibarat ' telur dihujung tanduk"..

Terkini dan terbaru dan berita paling panas dan sensasi adalah 'penahanan' bekas Perdana Menteri aka bekas Presiden UMNO olih SPRM berhubung kes yang semua rakyat dah tahu.

Bukan kita 'nak' memadankan muka Najib' tetapi itulah hakikat yang perlu beliau 'hadapi' terhadap 'tuduhan @ dakwaan' terhadap salah guna kuasa ketika 'berkuasa' dan sememang tindakan tersebut perlu dilakukan demi mencari kebenaran.

Walauapapun terimakasih kepada SPRM kerana 'membenarkan' Najib untuk berhari raya dahulu bersama sama keluarganya.

Turutan dari penahanan tersebut, akan terdapat ramai lagi muka muka pemimpin UMNO bakal ditahan  atau didakwa diatas kesalahan 'bersubahat' atau 'bersengkokol' dalam memanipulasi dan menipu duit rakyat .

Rasanya, Zahid Hamidi serta bebarapa kerat lagi pemimpin tertinggi UMNO , seperti Rahman Dahalan, Salleh Keruak mahupun Ahmad Maslan serta lain lain yang telah menerima imbuhan melalui "dana terseleweng 1MDB" juga pasti terheret sama, dan tidak ketinggalan Mas Ermiyanti juga yang mana beliau 'tersedar' lalu mengistiharkan diri sebagai Bebas yang keluar dari UMNO dan BN sekali gus.

Sebenarnya perjalanan negara dibawah Dr Mahathir tidak akan berjalan lancar dan beliau juga 'mengetahui' akan hakikat ini. Perjalanan beliau kali ini akan penuh dengan dugaan serta ranjau duri serta  akan 'dihujani' dengan  ribut dan 'taufan'. 
Antara sedar atau tidak beliau bakal ' meyediakan' jalan yang terbaik buat Melayu, walaupun 'dimata Melayu" tindakan beliau adalah 'sebaliknya".

Tak nak buka rahsia lagi...tunggu je lah...antaranya :-
Terkini Pemuda DAP dah mula bersuara diatas 'ketidak puasan hati' kerana Nga Kok Ming dari Perak tidak dilantik sebagai Menteri dalam Kabinet Mahathir,
Ketidak puasan hati ini mula 'tercetus' dihati mereka dan bakal menjadi 'kudis' buat Pakatan Harapan dan bukan PPBM.

Banyak lagi 'insiden insiden' yang pasti timbul diera ini (2 tahun).  Dah saya dah ingatkan banyak kali!!!
Saya hanya 'berpandu' kepada Dr Mahathir sebagai 'fokus' dalam perjalanan Bangsa Mim ini.

Walaupun Tok Mat Hassan berasal dari bumi Rembau @ Rumbow yang hanya menjawat jawatan Timbalan Presiden UMNO, inshaallah, dengan 'terkantoi'nya diri Zahid terhadap 'persengkokolan' beliau terhadap salah laku Najib dan kes kes peribadi beliau , inshaallah, Tok Mat bakal 'memimpin' UMNO' dalam 'erti' kata sebenar atau 'realiti'.
Dan inshaallah 'Melayu, Islam; Sunnah dan Al Quran" akan 'mengiringi' perjalanan baru ini.

Inshaallah, kebangkitan semangat orang Melayu dan yang menjunjung Islam mengikut Sunnah dan Al Quran seperti  yang saya perkatakan bakal menjadi realiti dalam masa terdekat.
Tanah Rembau  @ RUMBOW adalah tanah 'kebangkitan".'

Bagi yang 'menyuluh' perjalanan, ' jauhnya perbezaan antara Pulau Langkawi dan Rembau @ RUMBOW tetapi apakah pertaliannya??

Cahaya Al Majid.