Monday 27 August 2018

THE PROMISED LAND: SUARA MELAYU TENGGELAM???

Bismillahhirrahmannirrahim.

PELANDUK DAH MASUK JERAT?

Seratus hari telah berlalu.
Apa yang pasti dan ketara hanya suara suara orang bukan Melayu dalam PH terutama PKR dan DAP  saja yang terlebih vokal berbanding suara Melayu Bersatu mahupun AMANAH.

Adakah ini telah membuktikan kebenaran apa yang dicanang olih suara majority Melayu sebelum ini.?

Apa yang berlaku hanyalah huruhara bilamana kebanyakkan keputusan yang Mahathir buat ada saja yang menyanggah terutama dari kelompok Pakatan.

Serba tak kena buat mereka. Dari pemutusan siapa yang layak sebagai anggota kabinet sehinggalah keputusan berkenalan melantik Menteri Besar.

Kini isu terlebih besar adalah berhubung "projek" China diMalaysia.

 Walaupun  Mahathir lantang berhubung perjanjian yang dilihat dan dikata berat sebelah , namun implikasi terhadap projek China dinegara ini bakal memburukkan lagi keadaan.

Walauapapun perkembangan terbaru ini sebenar tidak baik.buat masa depan namun keputusan yang "dibuatnya" akan menjadikan asbab kepada satu "pertembungan" yang lebih besar dimana "PILIHAN" akan terpaksa dibuat olih orang Melayu sendiri, samaada mahu bersama Raja Raja Melayu atau "keputusan" untuk bersama Mahathir mahupun untuk bersama Kerajaan Pakatan dibawa Anwar.

Kini segala tindak tanduk kelompok refomasi kem Anwar dah mula memainkan "peranan" dan ini menyebabkan "bubbles" tekanan disetiap penjuru Kerajaan pemerintah.

Berhati hatilah APA yang terlihat olih mata kita tidak semestinya benar malahan itu sebenarnya adalah mainan belaka. Jangan tertipu.

Cahaya Al Majid.





THE PROMISED LAND: SEMUANYA BAGAI TAK KENA.

Bismillahhirrahmannirrahim.

       SEMAKIN PARAH

Bermacam macam  syarikat "Skim Cepat Kaya" tumbuh dan melata dibumi Malaysia ini. Dan diantaranya adalah 'Pak Man Telo" dan beberapa lagi.
Walaupun  dijanjikan dengan pulangan yang tinggi dan tidak munasabah namun ramai juga rakyat negara ini terjerat, samaada Melayu, Cina, India dan juga warga Sabah dan Sarawak namun apabila timbul saja 'skim baru' yang dijaja pihak yang tidak bertanggung jawap namun 'rakyat marhean' tetap juga melangganya.

Walaupun banyak pengaduan telah dibuat kepada pihak berkuasa namun pembenterasan tetap tidak berkesan.

Begitulah halnya dengan "tentang Janji Janji" kerajaan kepada rakyat sebelum PRU.
Pakatan  menjanjikan "pulangan" yang baik Dan menguntungkan buat rakyat namun
bila "kuasa' dah ditangan berbagai alasan didendang dan kini "kuasa" yang dimilik mula dijadikan bahan dagangan .
Kini berbagai alasan diberikan demi menghalalkan tindakan mereka.

Kini keadaan ekonomi negara tidaklah membersangkan malahan apayang berlaku hanyalah penguncupan.

Bukan itu saja apa yang diusahakan olih kerajaan Pakatan Harapan nampaknya memberikan impak yang negative pula pada pasaran dan ini sangat membimbangkan halatuju negara.

Sehingga kini belum nampak lagi usaha  pemulihan atau pembetulan telah dilakukan tetapi apa yang sedang hangat diburu dan diwarwarkan hanyalah pengyonglap atau penyamun duit rakyat.yang dituduh iaitu Najib Razak.

Walauapapun biarkanlah APA yang hendak diusahakan olih Pakatan mahupun Mahathir. Namun untuk secara hakikatnya, tiada apa yang bakal berubah untuk tempoh terdekat ini.

Untuk seketika ini, biarlah mereka samaada PKR mahupun kelompok dalam Pakatan "berseteru" sesama mereka.

Ulangan atas apa yang terjadi terhadap UMNO yang akhirnya melahirkan PKR mahupun seperti berpecahnya PAS yang melahirkan AMANAH, sedang dalam proses.
Dan sebenarnya ini amat dialu alukan olih bukan Melayu. Samaada melayu sedar atau sebaliknya suara kelompok ini sudah semakin vokal dan menonjol.

Berulang kali telah saya katakan bahawa Mahathir hanyalah "pembuka jalan" . Kalau masih ramai yang tak faham, itu bukan masaalah saya.

Cuba perhatikan scenario politik negara kita, bermacam macam hal telah berlaku samaada didalam Kerajaan mahupun dipihak pembangkang. Tuduh menuduh mahupun saling salah menyalahkan semakin ketara.

Tahun 2018 hanya tinggal beberapa bulan saja lagi. Baki baki bulan terakhir ini semakin menginjak hati rakyat. APA Yang dijanjikan semakin jauh  untuk dicapai mahupun dipenuhi olih pemerintah.

Namun apa yang pasti, keadaan ekonomi negara kita tidaklah seperti apa yang dijangkakan.

Prasa yang lebih besar pasti meletop dalam waktu terdekat. Namun dalam kerangka Islam pula kejadian besar pasti berlaku sebelum tertutupnya Tahun 2018.

Kalau kejadian "ribut pasir" Di Arafah telah saya ketahui terlebih awal, tidak mustahil apa yang telah saya ketahui tidak Akan berlaku.
Hanya Allah SWT saja tempat Aku berlindung.

Cahaya Al Majid.



Thursday 16 August 2018

THE PROMISED LAND : "LESBIAN" PULAK YANG HENDAK DIJULANG.

Bismillahhirrahmannirrahim.

APA HAK SUHAKAM
DAN SUHAKAM PUN BUKAN  BERSTATUS "SURUHANJAYA DIRAJA" PUN

Kalau kelompok Hak Asasi Manusia Antarabangsa yang mendakwa bahawa mereka mendukong hak hak dan nasib manusia sejagat, kenapa, pembunuhan serta kekejaman samaada yang berlaku di Yamen ke, Palestine ke mahupun pembunuhan dan pengusiran bangsa Rohingya dari tanah air mereka pun tidak diberikan keadilan.

Kenapa pula nasib "lesbian" mahupun kelompok LGBT pula yang beriya iya mahu dipertahankan?

Atau pun, sememangnya  SUHAKAM merupakan 'alat" mereka?

Berbagai takrifan berhubung kanun atau jenayah yang terketegori dalam kesalahan Undang Undang Syariah mula dipertikaikan  SUHAKAM.

Apakah hukuman 'sebatan' mahupun ' hukuman mati" yang dijatuhkan  dalam Mahkamah Sivil juga bersalahan???
Apa pula pendirian dan pandangan SUHAKAM terhadap "ketetapan" ini?

Kenapa kes "lesbian" mereka melenting?
Adakah kelompok "lesbian" mahupun LGBT ini menjadi tulang belakang negara yang perlu dipertahankan?

Tidakkah SUHAKAM sebenarnya telah 'melanggar' etikanya sendiri dalam kes "membela" Lesbian di Mahkamah Shariah Terengganu?
Apakah SUHAKAM mahu menjadi 'Penentu" atau " Hakim" dalam Perundangan Mahkamah Shariah.

Cahaya Al Majid.


Tuesday 14 August 2018

THE PROMISED LAND : ISLAM MULA JADI 'TUNGGUL' DALAM ERA PAKATAN

Bismillahhirrahmannirrahim.

Hari demi hari, bulan bersileh ganti, saat bertukar jam, namun, 'perancangan' menuju kehancuran semakin hampir.

Kerajaan bertukar tangan kuasa beralih tampok, namun, "kesedaran" masih tidak berubah. Keadaan tetap sama namun ' kudis dibadan' sedikit demi sedikit dah 'menyusuk' dan membengkak.

Waima samaada pemimpin Melayu Islam dalam Kerajaan Pemerintah mahupun pemimpin Melayu Islam dalam puak pembangkang, semuanya 'hilang punca' dalam menangani isu yang melibatkan 'tegahan' dalam Agama Islam.
Mungkin kerana terlebih menjaga 'hati' kaum lain berbanding 'hukum Allah" yang telah ditetapkan,  namun,  jalan 'menyelamatkan tengkok sendiri' diambil demi memuaskan hati pendukong dan pencinta kaum 'Luth".

Tiada tujuan lain melainkan 'mahu memperlekehkan Agama Islam' itulah matlamatnya.

Isu 'tegahan' atau 'kemudharatan' yang ditakrifkan amat bersalahan dalam Islam kini mula 'dipermudahkan' atau 'dibenarkan', gara gara pemimpin yang dipilih  'takut kehilangan kuasa' atau takut hilang 'pengaruh' mahupun takut 'kena basuh' dengan rakan bukan Islam dalam parti.

Peergh!!!!!!

Saki baki 'kaum Luth" yang dilaknat Allah SWT yang dahulunya 'menyelindungi' akan kegiatan mereka, namun kini semua itu telah terdedah secara terang terangan dan mula diangkat di"persada masyarakat' tanpa rasa malu mahupun rasa bersalah.



Malahan kini kelompok ini  sudah mula dijadikan 'ikon' olih 'puak berkepentingan', tetapi..kenapa pemimpin umat Melayu Islam ini tetap 'buta hati' dan mahu mengangkat mereka??.

Bukannya sifat kita suka menghukum, tetapi, ini adalah 'hukum Allah", sedangkan kaum Lut pun Allah SWT hancurkan, sehancur hancurnya, sanggupkah kita 'menghadapi' bala Tuhan???

Firman Allah s.w.t:

"Ketika seksaan dari Kami (Allah) itu datang, maka Kami jadikan dari negeri kaum Luth itu yang atas dibalikkan ke bawah dan kami turunkan hujan seksa ke atas mereka, yang berupa batu, tanah yang terbakar dengan bertubi-tubi, sebagai yang diberi tanda oleh tuhanmu, dan negeri itu tiadalah jauh dari orang-orang yang zalim"( Surah Hud : 82-83)

Nampaknya tiada seorang pun diantara para para Pemimpin  
Islam yang bertegas dalam menegakkan 'hukum Allah' ini, insahaallah, seperti yang dijanjikan, 'waktu itu' pasti menjelma. 
Kini usia Pakatan Harapan hanya 100 hari...jangkamasa 730 hari - 100 hari..tidaklah lama..

Allah SWT hanya akan bersama hambaNya yang ikhlas saja. 
Tanpa keikhlasan 'hanya' syaitan jadi pelindung mereka.

Cahaya Al Majid.

THE PROMISED LAND: ORANG SARAWAK LUPA ATAU BUAT BUAT LUPA

Bismillahirrahmannirrahim.

BILA KESELAMATAN BUKAN LAGI ANCAMAN
ORANG SARAWAK LUPA DIRI.


"31 Ogos Hari Kemerdekaan Malaya, tiada kaitan dengan Sarawak' : James Masing"

Ditanya sama ada kenyataan ini akan mengguris perasaan rakyat Semenanjung, James terus mempertahankan kenyataannya itu kerana sejarah membuktikan Malaysia terbentuk dengan penggabungan Sabah, Sarawak dan Semenanjung pada tahun 1963.

"Untuk meraikan 31 Ogos tidak perlu. Namun, sebagai sebuah negeri dalam Malaysia, kita boleh menghantar delegasi untuk meraikan sambutan itu bersama orang Malaya," tambahnya.

Apa yang diungkap olih James Masing iaiitu Timbalan Ketua Menteri Sarawak sememangnya 'menjijikan' dan merupakan satu penghinaan kepada Yang DiPertuan Agong.
Memburukkan lagi terhadap pandangan beliau, seolah olah pengorbanan anak bangsa Melayu dari Askar Melayu DiRaja yang 'gugur' dibumi Sarawak, tiada nilai langsung atau tidak dihargai.

Inilah jenis "bangsa atau orang ulu" yang tak kenang budi diatas segala pengorbanan olih anak anak Melayu dari Semenanjung  yang terpaksa bergadai nyawa demi mempertahankan kedaulatan dan kemaslahatan agar anak anak orang Sarawak dapat tidur lena dan 'belajar' seperti bangsa lain.

Ada diantaranya hanya 'mayat' atau 'jenazah' saja yang pulang ke Semenanjung.

Sedar ke orang Sarawak bahawa anggota askar mahupun  anggota polis hutan yang ke Sarawak semuanya pergi dengan cukup sifat tetapi bila pulang ke Semenanjung ada yang putus kaki, ada yang putus tangan dan ada yang cacat seumur hidup, pernah ke orang Sarawak berterima kasih?? atau  menunjukkan simpati??

Nampaknya segala pengorbanan yang dicurahkan olih anak bangsa dari tanah Semenanjung ini, nampaknya langsung tidak membawa sebarang erti buat anak Sarawak ,terutama Timbalan Ketua Menterinya James Masing.
Kalau ituah yang digambarkan olih Pemimipin atau Ketuanya,  sememangnya itulah realitinya.

So...Jangan 'langsilah' James, kalau tak ada anak Melayu dari Semenanjung ini yang dikerah untuk 'terkorban nyawa' dan terpaksa berpisah dengan keluarga,, perlu diingat, mungkin sehingga kini, 'orang Sarawak' tetap 'bercawat' atau sama tarafnya dengan rakyat Papua New Guinea seperti gambar dibawah. So....Jangan gebang lebihlah..

Image result for sarawak native

Image result for sarawak native

Ingatlah sejarah, dahlah bangsa dan orang kau dipaksa merempat dan dihina olih James Brooke ditanah kelahiran sendiri, tetapi, masih nak 'menyombong' dan 'bongkak' diri.
Belum ada dalam sejarah lagi tercipta,  si penjajah bolih menobatkan diri sebagai Raja melainkan di Sarawak. Orang Sarawak  berajakan 'Mat Salleh"
So..hebatkah orang Sarawak????

                         APA MAKSUD MASING DENGAN UNGKAPAN 'ORANG MALAYA'
'31 Ogos Hari Kemerdekaan Malaya, tiada kaitan dengan Sarawak' - James Masing
menghantar delegasi untuk meraikan sambutan itu bersama orang Malaya," tambahnya.
So kepada James Masing, kalau tak suka bolih pulangkan darjah Tan Sri itu kepada Kerajaan Malaysia atau Yang Di Pertuan Agong , dan buatlah pilihan sendiri samaada 'orang Sarawak' tetap mahu bersama dengan pendirian awak.

Ada seorang specis macam kau ni memang 'hampeh'.

Cahaya Al Majid.



THE PROMISED LAND: PKR "DITUNJUKKAN" JALAN!!!

Bismillahhirrahmannirrahim.

ADAKAH ULANGAN KISAH KORUN!!!

Sebenarnya malas nak ulas "pertembungan PKR " antara Azmin dan Rafizi ni, tetapi disebabkan kelompok "naik tocang" ni telah melibatkan batang tubuh Mahathir, dimana Mahathir sememangnya "dilahirkan untuk mencetuskan ketidakseimbangan" antara Melayu lupa diri dan Melayu tak tahu diri", membuatkan diri ini terpanggil untuk memberi pandangan.

Azmin kini sememangnya pada kedudukan yang selesa, ditambah pula sebagai Menteri Kanan dalam pentadbiran Dr Mahathir, iaitu Menteri Yang bertanggungjawap tentang  hal ehwal Ekonomi negara.

Kementerian inilah "punca" segala "ibu duit"  atau "gua harta Karun"  buat negara. Bagi mereka yang tahu dan faham, sememangnya "lubuk" ini menjadi "intaian" kengkawan dari parti yang lain.
Namun kenapa Mahathir memilih Azmin dan meletakkan beliau untuk menjaga "Harta Karun" ini  pun bersebab juga. Kalau Melayu Selangor  pun "sayang" Dan " sanggup bersama Azmin untuk sekian lamanya, tidakkah "bangsa lain" merah mata?

APAKAH sebabnya Rafizi beriya iya mahu mengambil kedudukan Azmin dalam PKR? APAKAH signal yang mahu dihantar olih kelompok ini!!??

Rafizi sendiri tahu dan sedar diri bahawa beliau sendiri bukanlagi berstatus "Ahli Parliament mahupun" wakil Rakyat dan atas kapisiti apa atau alasan apa yang mewajarkan beliau untuk ''menyondol" kedudukan Azmin sekarang?

Adakah kerana dendam peribadi atau kerana ada "ajenda" lain???

Sebagai perbandingan :

Azmin naik dikawasan Parlimen Melayu iaitu Gombak dan menang pula di Dun Bukit Antara bangsa juga bermajoriti Melayu.
Tetapi berbeza pula dengan Rafizi. Dikawasan mana pula Rafizi diangkat Dan Siapa pula majoriti pengundinya???
Perbandingan ini dah bolih menjawap persoalan.

Untuk itu perhatikan "langkah" angkatan bukan Melayu dalam PKR dalam merencanakan "perjalanan Melayu" yang terolah.

Semuanya terarah kepada kemudharatan yang menunggu dihadapan. 2 Tahun Tak lama lagi..100 Hari Pakatan Harapan bakal berlalu!!!

Samaada Melayu "kenal diri" telah bersedia atau sebaliknya..semuanya pasti berlaku.

Cahaya Al Majid.






Sunday 12 August 2018

THE PROMISED LAND: KERAJAAN PAKATAN!!!

Bismillahhirrahmannirrahim.

Bila usik ia salah bila sentuh is rosak kalau tak usik ia membengkak kalau tak sentuh ia mengudis, bila dirawat is semakin "kronik", itulah yang dihadapi olih Kerajaan Pakatan sekarang ini.
Semuanya adalah jerat yang terpasang agar ia menjerat sesiapa yang menyentuhnya.

Pening dan berserabut.

Kalau "satu"  kepala saja yang mengemudi inshaallah, halatuju, akan jelas dan pasti tetapi apabila "nafsu" Dan "riak" memaku diri, "nawaitu" pasti terpesong.

Tak kira Siapa, pasti kecundang.

Kemudharatan semakin jelas, kerosakkan semakin nyata, pengakhiran semakin memedihkan, maka, ketidakpuasan pasti meletop.
Apa yang dikejar tidak akan dapat, apa yang diidamkan pasti berciciran.

Perancangan Allah SWT mengatasi segala Nya.

Cahaya Al Majid.

Sunday 5 August 2018

THE PROMISED LAND : MASIH RAMAI YANG KELIRU!!!!

Bismillahhirahmannirrahim.

DAH DIRACIK TAPI MASIH 'BENGONG'.

Masih ramai yang keliru dan terkhilaf tentang apa yang saya tuliskan berhubung 'watak' Dr Mahathir dalam perjalanan bumi Melayu ini.

Banyak kali telah saya tekankan bahawa watak Dr Mahathir hanyalah sebagai 'pembuka jalan'. Itu saja dan tak lebih dari itu.

Banyak kali telah saya tekankan bahawa 'jangan diusik' atau dihina batang tubuh tersebut, semuanya bersebab..

Banyak "kekhilafan" telah beliau lakukan dari dahulu mahupun sekarang, tetapi sebenarnya, 'itulah yang terbaik sebenarnya buat orang Melayu' sekiranya bangsa Melayu mahu ketingkatan yang lebih tinggi berbanding sekarang, itupun sekiranya Melayu  mahu memikirkannya .

Tetapi kerana sifatnya orang Melayu itu amat berdendam  ibarat 'kerana nyamuk sekor kelambu dibakar' atau ibarat 'alang alang menyolok pekasam' ditambah rencahkan pula kerana suka mengata atau mengungkit perkara yang tidak disukai dibelakang tanpa berani bersemuka @ 'face to face' sebagai anak jantan, maka, sifat hipokrasi atau sikap talam dua muka dijadikan 'amalan' seharian, bukan saja masyarakat merhean malahan pemimpin politik terlebih buruk lagi sikapnya.

Merungkai sesuatu permasaalahan tanpa bermushawarah dijadikan 'titian' untuk 'membidas sesama mereka. Seakan akan lupa atau sengaja memperlekehkan seruan Rasulullah agar semua umat Islam 'bersatu', namun, pertikaian dan perselisihan pandangan dan pegangan dijadikan dendam peribadi dan berantaian dan menjangkiti pula kepada kaum keluarga mahupun kelompok sendiri.
Lama kelamaan 'perpecahan' adalah 'jawapan' kepada semua permasaalahan tersebut.

Kerana sifat taksub serta sifat  'membuta tuli' pengikut yang 'dibakar hati' olih pemimpin mereka , maka, perselisihan pegangan dan kepercayaan' mula', menular dan memakan 'batang tubuh' masyarakat.

Kerana kealpaan dan tidak berlapang dada masyarakat Melayu, maka, kekuatan Majoriti 60% kini terpecah dan dikacip kecil mungkin ibarat 'mengecip buah pinang', agar senang untuk dikunyah. Ibaratnya kini Melayu dah pun "kena makan" .
Masihkah kita mahu menyalahkan Pemimpin UMNO dan sebagainya!!!

Salahnya adalah diri kita sendiri kerana tidak berani 'menegur' atau 'menghambat' pemimpin yang tidak amanah dalam pentadbiran. Itu yang mencacatkan orang Melayu.

Kini Dr Mahathir telah membuka ruang yang seluas luasnya bagi orang Melayu untuk bertindak dalam hal hal dibawah ini , tetapi adakah orang Melayu bertindak?

Perhatikan "-

Isu bangsa Melayu
Isu bahasa
Isu Agama
Isu hak dan status Melayu
Isu Penyebaran agama lain
Isu Murtad
Isu LGBT

Samaada masih mahu berpuak puak atau berpecah pecah, semuanya, terbentang luas, buatlah pilihan. Itu saya katakan 2 tahun saja!!!
Perkara terlebih buruk bakal menginjak hati Bangsa Melayu apabila Dr Mahathir dah tiada.

Cahaya Al Majid.




Saturday 4 August 2018

THE PROMISED LAND: PUTRAJAYA BAKAL JADI REBUTAN!!!

Bismillahhirrahmannirrahim.

Masa semakin singkat.
Mahathir pun tak tahu siapa.
"Baton" bakal bertukar tangan.
Tumpuan adalah Putrajaya.

Kepada mereka yang "berhati" kepada yang "Satu" dan setia menunggu kepada kedatangan yang dinanti nantikan, persiapkan diri saudara saudara sekalian.

Daftarlah diri anda diParlimen Putrajaya sebagai tanda persediaan.

"Langkah"nya bermula di Putrajaya.

Hanya ahli yang akan mengangkat Ketua Nya.
Selainnya berserah kepada Yang Maha Esa.
Tandanya "PUTRAJAYA".

Alhamdulillah, seruan "pulang" atau "balik Kampung"   kebumi Ibrahim telah pun sampai, inshaallah, selepas musim Haji  akan kesana.
Alhamdulillah, semuanya ditanggung Allah SWT melalui "manusia manusia Yang digerakkan hati nya. 

Waktu Dan tarikh adalah ketetapan  Illahi.

Kita merancang tetapi Allah SWT merencanakan segala Nya.

Cahaya Al Majid.