Friday 28 September 2018

THE PROMISED LAND: USAHA BELUM BERAKIHIR!!

Bismillahhirrahmannirrahim.

KITA MERANCANG TETAPI PERANCANGAN ALLAH SWT JUGA YANG TERBAIK UNTUK KITA.

Walaupun setakat jam 2 petang kedudukan dana yang dikumpul masih berada diparas yang sama dan tidak bergerak namun usaha untuk 'menafikan" kemenangan Anwar Ibrahim Di PRU Port Dickson tetap diusahakan dan diteruskan.

Tiada erti kekalahan melainkan kebenaran jua yang perlu ditegakkan melalui tangan manusia samaada melalui doa doa yang berpanjangan kepada Allah SWT, juga  melalui tangan tangan yang digunakan olih manusia yang digerakkan olih Yang Maha Esa untuk memilih diantaranya dan juga melalui tulisan tulisan yang ditulis mahupun yang dipaparkan olih sesiapa jua.
Penggunaan medium terkini yang mudah dan cepat telah tersedia, berbagai bagai jalan alternatif melalui alatan mudah alih bolih digunakan sebagai alat penyambung bagi menyatakan kebenaran pada yang ramai bolih diakses olih sesiapa jua.

Semoga apa yang  didoakan dan diusahakan dimakbulkan Allah SWT.

Sifatnya manusia itu semangnya "berkehendak" tetapi "kehendak" Allah SWT mengatasi segalanya. Tiada daya dan upaya manusia melawan Nya.
Berikhtiar dan berserah pada yang Esa.

Alhamdulillah hari ini merupakan hari ke 2 berturut turut saya berulang alik dari Seremban ke Teluk Kemang atau Port Dickson bagi ' mengintai' suasana dan "menjenguk  kawasan Tuan Tanah' diTeluk Kemang.

Bagi mereka yang pernah bersama saya ketika Kem PLKN " Pasir Panjang Panjang  Port Dickson " diserang" akan faham  akan maksud " menjenguk Tuan Tanah' Teluk Kemang terutama Hi Kamarudin yang turut serta.
Allahhuakbar. Allahhuakbar.

Sewaktu artikel ini mula ditulis, Hj Kamarudin memaklumkan bahawa satu gempa bumi berskala 7.7 mengegarkan Sulawesi Tengah.

Allahhuakbar Allahhuakbar.
Semuanya adalah diatas ketentuan dan ketetapan Mu jua Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim.

Kepada sahabat yang menderma atau yang menyumbang dana yang mahu dikembalikan semula  sila emailkan nombor akaun sahabat di : puteramariam @ gmail.com

Inshaallah untuk beberapa hari mendatang saya akan menghabiskan banyak waktu untuk  bersama sama sahabat lain di Teluk Kemang dan akan mengkongsikan dapatan apa bila masa terluang.

Semoga Allah SWT mencurahkan  kerahmatanNya dan merahmati perjuangan meneggakkan kebenaran ini.
Dan semoga kita serta keluarga kita dilindungi Allah SWT setiap waktu.
Amin Amin..Amin.

Cahaya Al Majid.


Thursday 27 September 2018

THE PROMISED LAND: SAYA DAN PRK PORT DICKSON BHG 1

Bismillahhirrahmannirrahim.

"Bismillahhirrahmannirrahim. Sesungguhnya apa yang saya tulis adalah kebenaran hanya Allah SWT menjadi saksi'.

Alhamdulillah. Seperti yang telah saya janji semalam, saya bersiaran secara langsung tepat pada jam 11 malam. Alhamdulillah .
Walaupun akaun FB Saya iaitu Cahaya Almajid Baru semalam dibukakan, alhamdulillah, ramai juga yang mengikuti siaran tersebut.
Walaupun isu yang diperkata atau yang dibangkitkan adalah berhubung penyertaan saya diPRK Port Dickson namun terdapat juga beberapa isu lain yang disentuh.

Kenapa PRK Port Dickson

Apabila Parlimen Port Dickson dkosongkan olih penyandangnya Danial bagi memberi  laluan kepada Anwar Ibrahim untuk beliau diangkat sebagai Perdana Menteri Malaysia ke 8, Dan pada mulanya tiada apa perasaan pun terhadap kekosongan itu tetapi apabila direnung kembali akan "kisah kisah" lama Anwar Ibrahim yang tidak terjawap Dan merasakan sesuatu perlu dilakukan demi menghalang beliau kepersada kuasa maka saya bermunajat kehadrat Allah SWT untuk memohon petunjuk.

"Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim", sekiranya Engkau , Ya Allah , memberkati usaha aku dan mengizinkan hambamu ini untuk bertanding Di Parlimen Port Dickson atau Teluk Kemang ini Ya Allah, berilah Aku petunjuk Mu Ya Allah.

Berikan Aku petanda Mu Ya Allah dengan
menurunkan hujan selama 2 hari dibumi Malaysia dalam tempoh 9 hari.
Dan
berikan juga tanda gempa bumi samaada ditimur mahupun dibarat Semenanjug TANAH MELAYU INI.

Alhamdulillah selepas sehari permintaan ini saya panajatkan kehadrat Allah SWT, hujan tidak berhenti henti turun berselang hari sepanjang 9 Hari.

Hujan  yang dipohon sebagai "tanda" itupun tidak dapat meyakini hati ini lagi sehinggalah terjadinya gempa bumi ditimur tanah Melayu iaitu 3.9 skala Richter di Kinabatangan dan selang beberapa Hari gempa lagi mengegarkan kepulauan Solomon.
 Itu yang menyakinkan hati ini.

Itulah yang membuatkan saya yakin untuk menyertai PRK ini, kerana, kebenaran untuk saya sertai pemilihan ini telah saya perolehi melalui tanda tanda tersebut.

Dan pada hari pagi Rabu jam 5.30 pagi satu lagi gempa bumi dibarat Tanah Melayu iaitu diAcheh bergegar lagi.
Allahhuakbar. Allahhuakbar.

Tiada daya dan upaya aku untuk tidak menyertai PRK ini melainkan terpaksa juga meneruskan niat ini.

Tetapi rezeki tidak menyebelahi diri saya dalam memenuhkan dana . Tabung yang telah saya gerakkan hanya berjaya mengumpul sebanyak :
Akaun Bank Simpanan Nasional RM1,500.00
Akaun Maybank : RM250.00
Itulah Dana terkumpul setakat jam.8.40 pagi ini.

Saya hanya ada masa sehingga jam 2.00 petang ini  (Jumaat) untuk meneruskan niat ini.
Sekiranya tiada kemasukkan lagi, inshaallah,dana yang tuan tuan sumbangan itu akan saya kembalikan.

Hanya pada Mu Ya Allah Aku memohon perlindungan.

Inshaallah nantikan sehingga malam ini.

Cahaya Al Majid.


Wednesday 26 September 2018

THE PROMISED LAND: KITA AKAN BERSIARAN SECARA LIVE MALAM NI..

Bismillahhirrahmannirrahim.

Inshaallah, pada jam 11 malam ini bersaman 27hb Sept 2018, saya akan membuat live talk untuk para para sahabat untuk mengenali siapa saya dan update terkini berhubung kedudukan samaada untuk meneruskan niat bagi menyertai PRK Port Division .

Jangan lupa untuk joint dan layari Facebook: Cahaya Almajid.
Salam.

Cahaya Al Majid.

Tuesday 25 September 2018

THE PROMISED LAND: MUJAHID: KALAU BUKAN BIDANG KAU. JANGAN MENYEMAK..

Bismillahhirrahmannirrahim.

CARA MUJAHID MEMBERI
RUANG " KUASA LAIN' MENGHADKAN
DAKWAH.
BERTEPUK SORAKLAH
MUSUH ISLAM!!!?

Kalau dalam bab ni, memang saya melenting.
Kalau setakat baru dilantik menjadi Menteri dan mula memandai mandai nak bagi ,'fakwa politik". ..masak kau nanti..

Jangan kerana kepentingan' politik dan "takut" kepada kelompok DAP, yang menjadi 'sahabat kongsi kuasa" maka tindakan dan "peraturan"  ini bolih itu tak bolih, sememangnya cari nahas budak ni.

Saya dah kata dulu, isu Islam jangan digodak , bagi kepada yang ahli dan mereka yang berjalan diatasnya saja melakukan. Jangan diusik  selagi selari dengan peraturan.

Walaupun beliau merupakan anak kepada Ulama dari PAS namun jangan berlagak dan memadai mandai dalam bab berdakwah ni.
Sebabnya kau tu berdarah PAS yang "berpaksikan" kepada "orang lain semua salah" cuma  "kerana setelah berhijrah" bersama Amanah, maka, "fahaman yang pegangan kini" lain sikit. Itu kita faham.

Nak tanya Mujahid, dia sedar ke tidak, bahawa kepercayaan agama Kristian yang disebar luas sejak tahun 2000 olih mubaligh mereka ini menggunakan kuasa duit untuk membeli pengikut.?

Sepatutnya isu " kemasukkan dana"  besar besaran ini yang  perlu diberikan perhatian bukanya isu Zakir Naik.

Sedarkah Mujahid, bahawa Zakir Naik tak beli pengikut mahupun menjual agama.

Apa yang dilakukan hanyalah menunjukkan perbezaan antara Islam dan agama agama lain mengikut perspektif Islam.

Sememangnya kita sebagai pendakwah itulah cara kita. Tidak masuk akal kita sebagai pendakwah menghina agama lain. Jadi tolonglah...

Yang selalu kita lihat hanya penganut agama lain yang selalu buat provokasi terhadap aturan dan agama Islam.

Adakah Mujahid sedar???

Jadi, jangan kerana "kuasa" yang sedikit itu,  yang Allah SWT pinjamkan kepada kamu, membuatkan kamu  lupa diri dan batasan.

Saya malas nak ungkit ungkit..

Jangan ingat bila diri itu jadi menteri, maka semua "tindakan" anda betul?

Ingat!!!!Ada lagi doa orang lain yang  Allah SWT selalu makbulkan . Tak semestinya ulama mahupun keturunanya.

Cahaya Al Majid.

THE PROMISED LAND : BENAR TETAP BENAR KALAU SALAH...BALUN..

Bismillahhirrahmannirrahim.

INI YANG JADI...DISANA DAN DISINI..

Kepada Dr Mahathir, cukup cukuplah....
Jangan dirosakkan lagi 
Tak usahlah lagi  membuka aib negara dibumi asing.
Jangan diperjudikan masadepan ekonomi  Malaysia. 
Matawang negara sedang merudum
Pasaran saham senak.
Carilah jalan penyelesaian bukan menambah garam pada luka.

Kemenangan dulupun SEBAB rakyat sakit hati dengan Najib dan Rosmah serta gerombolannya.
Kini bila kuasa sudah ditangan..jangan mengomel lagi!!!
Jalankan amanah.

KENAPA MAHATHIR MASIH LAGI NAK MEMBISING!!!!

Tun Dr. Mahathir Mohamad, hutang negara yang hampir mencecah RM1 trilion ringgit itu perlu segera dilangsaikan atau rakyat akan berdepan kesukaran.

Sekiranya ia gagal dilunaskan, negara berkemungkinan diisytihar muflis

                                     hutang mkini.png

Figure RM1 trillion, Lim Guan Eng  menambahkan hutang kerajaan dengan hutang-hutang lain seperti jaminan hutang dan pajakan. 
Tiada negara lain di dunia yang menggunakan kaedah sedemikian kecuali Malaysia di bawah kerajaan baru.

Pertamanya, hutang kerajaan persekutuan adalah RM686.8 billion iaitu 50.8 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Lim Guan Eng.

hutang.JPG


 Hutang negara paling tinggi berbanding KDNK adalah pada tahun 1986 iaitu mencecah 103.4% dibawah pimpinan perdana menteri ke 4, Tun Dr Mahathir. 

Lihat apa pula yang dikomen diblog : Kluangman

Tun @chedetofficial Temberang Hutang RM1 Trillion Di Luar Negara

Semasa berucap di negara yang mempunyai jumlah hutang kedua tertinggi di dunia iaitu United Kingdom, Tun Dr Mahathir mendakwa hutang kerajaan Malaysia berjumlah RM1 trilion perlu dibayar segera atau Malaysia akan diisytiharkan muflis. Peratus nisbah hutang / KDNK negara adalah 50.8%.

Untuk pengetahuan Tun Dr Mahathir, beliau sedang berada di negara yang bakal disytiharkan muflis, United Kingdom yang mempunyai jumlah hutang sebanyak RM34.8 trilion dengan peratus nisbah hutang/KDNK 87%.

Hari ini Tun Dr Mahathir dijangka berada di negara yang bakal muflis yang mempunyai hutang tertinggi di dunia iaitu Amerika Syarikat dengan jumlah hutang sebanyak RM87 trilion. Peratus nisbah hutang/KDNK Amerika Syarikat adalah 107.8%.

Bukan semua rakyat buta dan bodoh seperti penyokong Tun Dr Mahathir dan Lim Guan Eng. 97.7% hutang negara adalah dalam nilaian Ringgit Malaysia. Manakala lebih 60% pemilik hutang adalah dari institusi kerajaan seperti GLIC dan GLC seperti KWSP, KWAP, Tabung Haji, Permodalan Nasional Berhad, Maybank dan sebagainya.

Hutang pula adalah bentuk sukuk dan bon, manakala bon / sukuk yang matang pula, ada yang bayaran faedahnya mencecah 30 tahun. Jadi bagaimana hendak bayar segera seperti dakwaan Tun Dr Mahathir macam mana?

Kita berharap agar Tun Dr Mahathir tidak lagi mengeluarkan kenyataan mengenai hutang negara agar rakyat Malaysia tidak ditertawakan dunia kerana mempunyai seorang Perdana Menteri yang sudah nyanyuk dan muflis idea untuk mengencing Rakyat.
Reply

                           TAK CUKUP DENGAN ITU KINI: TERKINI
                                25 SEPTEMBER-UTUSAN MALAYSIA

                                          SURAT rasmi Ahli Majlis MBIP menggunakan Bahasa Cina dalam surat rasmi urusan PBT ya ng tular di med


“Bila masa dalam negeri Johor surat rasmi ditulis dalam dua bahasa,” titah Baginda kepada Royal Press Office (RPO) di Istana Pasir Pelangi, Johor Bahru hari ini.
Baginda bertitah demikian bagi mengulas tindakan seorang Ahli Majlis MBIP menggunakan Bahasa Cina dalam surat rasmi urusan PBT bagi memaklumkan mengenai sebuah majlis dialog

Cahaya Al Majid.

Monday 24 September 2018

THE PROMISED LAND: PEMBANGKANG DAH JADI TUKUN!!!

Bismillahhirrahmannirrahim.

ADAKAH ANDA RELA ANWAR IBRAHIM
MENANG PERCUMA DI PORT DICKSON?

PARTI POLITIK SUDAH HILANG ARAH.
PENGUNDI DIPAKSA REDHA DENGAN KEPUTUSAN MEREKA.

PENGUNDI ISLAM DAN ORANG MELAYU
DI PRK PORT DICKSON TIADA PILIHAN LAIN
MELAINKAN..

TERIMA KASIH KERANA MEMBIARKAN KAWASAN MAJORITI
BUKAN MELAYU MENENTUKAN BAKAL
PERDANA MENTERI  MALAYSIA
ANWAR IBRAHIM
MENANG
TANPA TENTANGAN.

Cahaya Al Majid.


THE PROMISED LAND : BUKAN UNTUK SIMPATI MELAINKAN ALTERNATIF

Bismillahhirrahmannirrahim.

SATU LAWAN SATU...INSHAALLAH

KITA LAWAN DIA

Nampaknya pengumpulan dana yang disasarkan untuk tujuan menyertai PRK Port Dickson ini teramat jauh dari sasaran.

Hari pencalonan hanya berbaki 5 hari saja lagi.

Semuanya terletak ditangan saudara dan saudari serta  para sahabat untuk merealisasikan pertembungan yang mewakili diri tuan tuan ,puan puan serta para sahabat sekalian.

Sebagai renungan bersama untuk mengenali siapa saya sebenarnya, dibawah ini saya sepintas
lalukan kisah nyata saya dimana hanya  Allah SWT yang menjadi saksi diantara Kami.

Pengalaman serta melalui sendiri menjadikan keimanan dan keyakinan bertambah kuat.

Biarlah saya rungkai serba sedikit apa yang telah saya "lalui" ketika saya diasbabkan kenapa Simon, John, Andrew James, Peter, Joshua, Ronnie, Lili Bartelomew, Alice serta Don Frazier memilih Islam sebagai pegangan dan jalan hidup mereka dan mereka mereka ini dahulunya 'bertuhankan Jesus s/o Mary" tetapi 'keajaipan' Allah SWT 'berlaku'  dan dilalui olih mereka sendiri  sehingga merubah semuanya.
.
Begitu jugalah kisahnya tentang Pak Hamid, Nini, Fuad, Hafiz ,Hj Kamaruddin serta Ken Peddler yang semuanya tercatat dalam blog ini . Bermacam macam 'keajaipan Allah" telah mereka saksikan depan mata, namun, samada mereka beriman mahupun tetap hatinya, hanya Allah SWT saja yang mengetahui..tetapi 'keberkatan Allah swt ' dapat dilihat keatas mereka.

Berbagai bagai pengalaman dilalui begitu juga dengan beberapa kejadian besar seperti September 11, Tsunami Acheh, meninggal dunianya Gus Dur, Ghaffar Baba dan kejadian kren runtuh di Mekkah serta beberapa lagi kejadian didunia, namun, semuanya telah "dikhabarkan" sebelum berlakunya peristiwa tersebut,  namun mendiam diri adalah  "arahan" bagi jawapan' terhadap semua persoalan atau musibah apabila  terjadi.

Tidak mendahului sebelum terjadi.

Itulah diri saya bagi mereka yang tidak mengenali  serta yang was  was.

Inshaallah, ini adalah posting terakhir saya berhubung PRK Port Dickson.

                              
Timbalan menteri besar Kelantan itu berkata, PAS dijangka tidak meletakkan calon pada pilihan raya kecil (PRK) Port Dickson kerana tidak berminat selain menyifatkan ia satu pembaziran.


Bekas SU agung MIC undur jika Umno tak tanding
 Sekiranya, Umno tidak bertanding, maka saya akan mengundur diri bertanding dari PD," katanya.

                                 UMNO BELUM PASTI
                                   
perlu atau tidak BN ambil bahagian dan letakkan calon kerana PRK ini sengaja diadakan,” katanya 

Cahaya Al Majid.

Tabung dana PRK Port Dickson 
Nama : Norrizan bin Abdul Majid
 IC No.  600127-05-5009 
Bank : Bank Simpanan Nasional
 Akaun  : 0500 4410 0006 1324

 Untuk kemudahan  lain bolih gunakan 
Maybank AKAUN No. 1551 3514 5285 
Muhammad Daniel Durrany bin Norrizan. 
Tkasih. 

Sunday 23 September 2018

THE PROMISED LAND : BULAN DAH BERGETAR

Bismillahhirrahmannirrahim.

JANGAN SAMPAI TERKHILAF!!!!

Syukur kehadrat Allah SWT yang mencukupkan segala nikmat kepada setiap manusia. Ada yang diberikan kekayaan dan ada yang dilahirkan dalam keadaan tidak mencukupi. Ada yang sempurna fizikal dan ada yang tidak sempurna dimata manusia namun, itulah kekayaan dan " Zat" Allah SWT terhadap setiap makhluk ciptaanya.
Namun sejauhmana makhluknya 'bersyukur' diatas nikmat kesempurnaan harta kekayaan yang diberikan, hanya Allah SWT saja mengetahui.

Topik yang paling hangat dibincang dan mendapat perhatian jutaan manusia yang beragama Islam dimuka bumi ini adalah tentang Al Mahadi , Panji Panji Hitam mahupun  Isa Al Masih Putera Mariam.  Semua topik ini sedang hangat dibincang olih para para Ulama, Ustaz Ustaz mahupun olih Penceramah penceramah, dalam  keadaan umat Islam yang dilihat amat terdesak dan terkapai kapai kerana kedurjanaan bukan Islam terutama kaum Yahudi dan puak Nasrani terhadap perlakuan mereka terhadap umat Islam diserata dunia, maka, mengharapkan sosok ini datang menyelamat dengan kadar segera adalah harapan mereka bagi mengubati kedukaan hati yang terluka.

Disetiap pelusuk dunia akan ada mereka mereka membincangkan akan kehadiran Pemuda Bani Tamin ataupun Panji Panji Hitam yang didakwa akan timbul dibahagian Timur. Selain itu juga kedatangan sosok Imam Mahadi juga diperkatakan dan dinantikan bagi menyelamatkan 'maruah' umat Islam mahupun mengangkat semula agama Islam sebagai 'Agama yang diredhai Allah SWT' ini.

Tetapi adakah mereka tahu siapa sebenarnya yang dinanti nantikan dan dari keturunan mana. Tetapi apa yang pasti hanya sosok Imam Mahdi saja yang diterangkan secara terangan melalui Hadith Hadith malahan keturunanya juga diterangkan.

Perkara Panji Panji Hitam ini juga diterangkan melalui Hadith Rasullulah namun perihal keturunan mahupun bangsa tidak dinyatakan secara nyata, hanya, samar samar, tetapi sedarkah kita bahawa Pemuda Panji Hitam ini sebenarnya merujuk kepada kelompok yang datang dari satu " bangsa" atau '
"suku bangsa" yang dipanggil "Bani Tamim" dan bukanlah merujuk kepada orang peseorangan?

Kalau merujuk kepada bahasa Arab, "Bani" membawa maksud  ' suku" atau "kelompok suku bangsa" seperti mana yang disebut seperti 'Bani Israel",  Bani Hashim' atau yang lain lain tetapi antara sedar atau tidak mereka itu adalah dari satu bangsa dari jalur keturunan Arab.

Kelompok pemuda Panji Panji Hitam ini sebenarnya merujuk kepada "bangsa asal dan bukan kacukan" iaitu merujuk kepada satu bangsa saja iaitu ' Bani Jawi" atau  Melayu.
Bangsa Jawi atau bangsa Melayu ini berasal dari tanah nusantara yang meliputi dari Kepulauan Indonesia, sebahagian dari  kepulauan Philipina termasuk Negara Brunei Darul Salam dan juga Malaysia termasuklah Singapura tak terkecuali selatan Thailand.
Inilah jalur sebenar 'bangsa Jawi atau Melayu yang dipanggil Bani Ta Mim seluruhnya.

Kalau sahabat kita merujuk kepada Mahathir bahawa Mahathir adalah Panji Panji Hitam, maka, secara 'dna'nya beliau telah terbatal.  Bangsa Ta Mim atau Bani Jawi, secara logiknya mestilah 'berdarah Melayu nusantara" maka, zahirnya Mahathir telah terkeluar dan terbatal secara logik kerana keturunan bapa beliau berasal dari Yaman melainkan ibunya saja yang berdarah Melayu..
Nasab keturunan seseorang berjalur dari keturunan sebelah bapa.
Yaman adalah sebahagian dari negara Arab maka secara harfiahnya 'sosok' beliau terbatal atau tertolak dari segi bangsa.

Kalau ikutkan hukum dan hadith, Rasullulah saw, baginda telah menamakan Imam Mahadi akan datang dari 'sosok' keturunannya, maka ikut akal dan hukum logik akal tak kan Bani Tamim dari Timur pun dari berbangsa Arab juga . Prasa Bangsa Arab hanya menjurus kepada Imam Mahadi dan bukan Pemuda Pemuda Bani Tamim atau kelompok Panji Panji HItam.

Perhatikan perilaku bangsa Melayu, mereka ini terlebih Arab dari bangsa Arab, dan Bangsa Arab pula mereka sendiri  terlebih Barat berbanding Arab sendiri.
Inilah yang perlu dilihat diperhalusi serta dipertimbang dengan neraca  'mata hati'.

Yakinlah bahawa Mahathir hanyalah sekadar 'pembuka' jalan atau 'pencetus' kepada bermulanya kebangkitan satu bangsa yang dipanggil "Bangsa Ta Mim"  atau Panji Panji Hitam yang dinanti nantikan.
Itu sebab saya nyatakan berulang ulang kali, jangan sekali kali menghina dan mencerca diri beliau kerana keberadaan beliau adalah 'asbab' untuk permulaan pada prasa yang lebih ' dashyat' yang tidak dijangka serta  peristiwa besar yang ditunggu tunggu olih semua orang dan bangsa.

Bersabarlah.. masanya sudah semakin hampir dan dekat untuk kita sama sama lalui.

Banyak rahsia terungkap  samada secara tersirat mahupun tersurat dan salah satunya adalah tentang siapa 'Mahathir".

Saya cuma  mengingatkan dan tidak lebih dari itu selainnya biarlah Allah SWT yang merancanakan.


Saya hanya hamba yang menuruti perintah.
Cahaya Al Majid..

Nota untuk direnung :-

Satu satunya bangsa yang berantaian dan tidak putus putus berperang dari dahulu sehingga sekarang. dan menang dalam kesemua perang adalah Bani Mim .
Terkini perang yang melibatkan Bani Mim  masih lagi berterusan samaada di Philipina mahupun diselatan Thailand.
Samaada menang secara perang fizikal ataupun memenangi peperangan melalui diplomasi..semuanya terukir dari keturunan bani Melayu .
Setakat ini Bani Melayu belum lagi kalah dalam peperangan..
Bangsa Mim sememangnya telah dipersiapkan untuk "peperangan akhir zaman", samaada sedar atau tidak semuanya adalah pasti.
Kalau tak nampak lagi... tak payah lah mengaku Bangsa Mim.

Tabung dana PRK Port Dickson 
Nama : Norrizan bin Abdul Majid 
IC No.  600127-05-5009 
Bank : Bank Simpanan Nasional 
Akaun  : 0500 4410 0006 1324 
Untuk kemudahan  lain bolih gunakan 
Maybank AKAUN No. 1551 3514 5285 
Muhammad Daniel Durrany bin Norrizan. 
Tkasih. 


Saturday 22 September 2018

THE PROMISED LAND : SEPINTAS LALU NEGARA KU

Bismillahhirrahmannirrahim.

SANTAI HARI MINGGU

Alhamdullilah, PRU 14 telah pun berlalu dan kini Kerajaan Pakatan Harapan yang dipimpin olih Dr Mahathir sedang mengemudi negara ini.
Walaupun tiada satupun Parti yang berjaya menguasai kerusi Parlimen secara total ataupun menang bermajoriti namun disebabkan 'persepakatan' diantara PKR, DAP, Amanah, PPBM serta parti Warisan dari Sabah, maka, kelompok ini dinobatkan sebagai Kerajaan Pemerintah.

Parti yang menaungi Kerajaan pemerintah selama 60 tahun iaitu Barisan Nasional yang membarisi UMNO, MCA, MIC , Gerakan serta beberapa lagi parti kecil dari Sabah telah 'kecundang' dengan teruknya.

Akibatnya, kini, Barisan Nasional yang menjadi "tunggangan" parti parti tersebut dilihat sedang tenggelam atau 'ditenggelamkan' olih pemimpin mereka sendiri dilautan yang tidak bertepi ini..

Bukanya kerana 'Bahtera' mereka berlubang mahupun terlanggar batu karang tetapi semuanya disebabkan olih nahkodanya yang tidak tahu 'mengemudi'  tetapi disebabkan tersilap 'mengemudi' mengakibatkan bahtera itu 'terdampar' dibeting pasir yang cetek.

Kata orang terlanjur perahu bolih undur tetapi kerana terlanjur kata kata, semuanya binasa.
Kita tidak ingin mengulas apa yang terjadi kepada nahkodanya iaitu Najib Razak mahupun gerombolan Barisan Nasional. Tetapi apa yang ingin disulam secara halus adalah kemana dan apa yang bakal dilalui olih rakyat negara ini pada 2 ditahun yang akan datang .

Kini telah melebihi angka 130 hari Kerajaan Pakatan dibawah Dr Mahathir memerintah.  Walaupun bermacam macam 'lagu syahdu' didendangkan berserta 'bait bait' lagu menusuk kalbu dinyanyikan namun 'keberadaan' tentang ''kemeriahan ekonomi' masih lagi dibawah paras 'nyawa nyawa ikan'.
 Dengan menggambarkan bahawa keadaan hutang negara telah berada pada paras RM1 Trillion, namun, angka sebenar adalah lebih rendah dari itu.

Apa yang terjadi kini setelah Pakatan Harapan berjaya menguasai Kerajaan, apa yang dilakukan hanyalah 'mengorek' segala salah laku Kerajaan terdahulu terutama terhadap Najib ataupun skandal 1MDB.

Sebenarnya rakyat tidak heran pun terhadap skandal tu, tetapi keutamaan rakyat sebenarnya adalah 'harga barangan keperluan' mestilah rendah dan setimpal dengan pendapatan purata rakyat marhean.
Itulah yang dinanti nantikan olih rakyat marhean dan yang diharapkan terhadap Dr Mahathir agar dapat merubahnya.

Tetapi apa yang jadi kini walaupun GST telah dihapuskan dan diganti dengan SST namun kadar harga barangan tetap lagi tinggi dan masih lagi ada harga barangan yang tidak berubah langsung malahan sesetengahnya semakin naik.

Lupakan isu itu dahulu.

Seperkara yang mungkin orang kita tersalah taksir adalah terhadap pengundi kaum Cina.
Sedar atau tidak undi kaum Cina sebenarnya 'sebulek' kepada DAP. Kalau adapun diantara mereka yang mengaku bahawa mereka adalah anggota MCA ke.Gerakan ke atau mungkin ahli PKR, tetapi pada realitinya undi kaum mereka ini hanya terarah kepada mengundi DAP .

Meraka tidak akan sekali kali memberikan undi mereka kepada pemimpin Melayu atau India samaada dari BN, mahupun UMNO ataupun PAS. Tetapi itulah realiti sebenarnya pengundi kaum ini.

Perhatikan majoriti kerusi dibandar semuanya didemonasi olih kaum Cina dan hanya segelintir kawasan sub bandar diperuntukkan kepada kaum India yang mewakili parti DAP sebagai 'mengambl hati'..

Kini undi orang Melayu telah terbelah kepada beberapa bahagian.  Pecahan terbanyak orang Melayu sebenarnya terarah kepada UMNO diikuti olih PAS dan selebihnya tertumpah kepada PKR ,Amanah mahupun PPBM.

Walaupun dilihat PKR seakan akan Parti yang didemonasi olih orang Melayu tetapi pada hakikatnya peratusan orang Melayu didalam PKR tidaklah sebanyak Melayu didalam UMNO mahupun PAS tetapi disebabkan majoriti kaum India dan segelintir kaum Cina berada didalam PKR maka, kekuatan dirasakan 'terletak' keatas mereka.

Pemerintahan negara kita sebenarnya berada dalam persimpangan kuasa.
Walaupun Dr Mahathir mengakui tidak terdapat 'bara hangat" dalam Pakatan Harapan, namun, pada hakikatnya, keadaan mereka ketika ini sedang bergelora dan sekali sekala dilambung ombak.
Perbedzaan keberadaan diantara kelompok Dr Mahathir dan Anwar Ibrahim amat menyerlah ketika ini cuma yang tidak berkocak hanyalah DAP dan Amanah saja.
Tetapi sejauh mana mereka bolih bertahan atau mahu menyorokkan kebenaran hanya 'detik' bakal menentukan.

Hanya waktu saja yang memisahkan mereka. Bila harta 'korun' telah mula terserlah dan menjadi buruan 'kartel kartel' politik, maka ditika itulah perebutan bakal tercetus. Kini bayang bayang peraih telah bergerak "selaju cahaya".
Kini akan mula kita lihat 'peraih peraih' dari kaum Cina mahupun kaum India akan mula 'membanjiri' kementerian kementerian yang dilihat dapat 'menganjarkan' pulangan diatas 'sokongan' mereka.

Walaupun Kerajaan Pakatan dibawah Dr Mahathir masih mahu menidakkan 'urusniaga' terselindung ini, namun, kesempatan yang dimiliki pasti tidak akan dilepaskan dan semestinya berlaku 'pertukaran' jalan belakang demi menjaga 'kawanan'..

Kini bebayang kertel telah mula 'mengekori' watak watak yang pernah ditaburkan jasa. Tiada istilah menolong kerana ikhlas tetapi sebaliknya 'bayar balik' atau ' balas budi' wajib dilakukan.

 Itulah yang menjadi mimpi buruk dan igauan ngeri yang menanti pemimpin kerajaan masa kini.

Walaupun Kerajaan melalui SPRM mahupun ajensi pencegahan salah guna kuasa diberikan mandat untuk menguatkan undang undang bagi pencegahan namun tindakan berpileh pileh pasti berlaku disana sini.

 Waima Dr Mahathir sendiri menguar uarkan akan memininum perbuatan rasuah namun istilah 'mengatur'  untuk keperluan perjuangan' akan mengagalkan apa yang dirancang dan pasti berlaku..

Perkara yang telah menjadi darah daging dalam setiap diri ahli politik manakan bolih berubah. Untuk itu siapa saja yang menjadi pemimpin Kerajaan mahupun kerabat pemerintah, semua ini adalah lumrah yang tidak akan berubah sampai bila bila, hanya kematian saja yang memberhentikan perbuatan sipelaku tersebut.

Seperkara yang ingin disebutkan disini, tiada apa yang berubah melainkan watak saja yang berbeza namun perlakuan mereka tetap sama sampai bila bila.

Samaada Mahathir mahupun Anwar atau sesiapa saja yang berkuasa 'istilah' harta korun adalah buruan setiap diri mereka.

Sebagai penutup kata, janganlah mengharapkan keajaipan dari Dr Mahathir mahupun Anwar Ibrahim dalam mengangkat kemeriahan ekonomi negara ini melainkan 'kekelaman" atau 'ketidak tentuan ekonomi' pasti melanda .
Semuanya kerana pegangan Islam bukan lagi keutamaan pemimpinnya dan 'keikhlasan' bukan lagi ukuran.

Cahaya Al Majid.

Tabung dana PRK Port Dickson

Nama : Norrizan bin Abdul Majid
IC No.  600127-05-5009
Bank : Bank Simpanan Nasional
Akaun  : 0500 4410 0006 1324

Untuk kemudahan  lain bolih gunakan
Maybank

AKAUN No. 1551 3514 5285

Muhammad Daniel Durrany bin
Norrizan.

Tkasih.







THE PROMISED LAND : INIKAH PILIHAN ANDA PORT DICKSON DAN MALAYSIA???

Bismillahhirrahmannirrahim.

INI BELUM JADI PERDANA MENTERI LAGI!!!!

Presiden PKR merangkap Bakal Perdana Menteri Malaysia ke 8, iaitu saudara Anwar Ibrahim melabelkan undang undang terhadap "liwat" perlu digubah . Kemungkinan apabila beliau bergelar Perdana Menteri,  undang undang ini pasti menjadi keutamaan beliau untuk dimansuhkan atau digubal secara total.

                                                sumber :- freemalaysiatoday
                      LIWAT DITEMPAT 'BUKAN PUBLIC' TIDAK PERLU DI PERSOAL
                                   

Datuk Seri Anwar Ibrahim percaya undang-undang liwat yang wujud sejak era kolonial wajar dipinda untuk mengelakkan berlaku penganiayaan.
"Ia bukan saja usang, undang-undang kolonial British ini diperkenalkan di India dan ditiru di Malaysia
"Ia tidak adil langsung kerana seseorang boleh saja dituduh dan tanpa bukti sepatutnya (seperti) dalam kes saya misalnya," kata Anwar.
Dan ini yang dikongsikan olih seorang sahabat dan sedikit editan kerana ada unsur kata yang tidak sopan buat renungan semua :-

Anonymous22 September 2018 at 03:00 Monday, 17 September 2018 

THE PROMISED LAND : INIKAH SEJARAH BARU YANG MAHU DILAKAR OLEH MAHATHIR...???

Bismillahhirrahmannirrahim


 PERHATIKAN DULU DGN HATI YG WARAS.

 SEDIKIT BIOGRAFI RINGKAS DSAI :-

 TARIKH LAHIR : 10 OGOS 1947

HIS NATAL CHART CODE = 1-3 = 13

IN NUMEROLOGY = NO. 13

NO.13 = ANGKA SIAL/RUMAH MAUT

NO.13 = LIBIDO NO./TEEN AGE SEX IMAGE

 ZODIAK = LEO [THE MOST PROUD EGO SIGN]

1947 HIS CHINESE ANIMAL SIGN = "FIRE BOAR" ..

 LAHIR DITAHUN "BABI" ELEMEN "API" 

TUN M PUN SERING INGATKAN :

ANWAR MANUSIA PALING LICIK PINTAR MAIN WAYANG BERSENDIWARA...

MANUSIA JENIS INIKAH YG ANDA MAHU JADIKAN PILEHAN...??? ..

Cahaya Al Majid


Tabung Dana Pilihan PRK Port Dickson 

Nama : Norrizan bin Abdul Majid 

IC. No. 600127 05 5009 

Bank : Bank Simpanan Nasional 

Akaun No : 0500 4410 0006 1324

atau

MAYBANK AKAUN 1551 3514 5285 

MUHAMMAD DANIEL DURRANY BIN NORRIZAN 













Friday 21 September 2018

THE PROMISED LAND : PRK PORT DICKSON : USAHA DAN IKHTIAR

Bismillahhirrahmannirrahim.

SELAINYA BERSERAH KEPADA ALLAH SWT.

Syukur saya kehadrat Allah SWT kerana telah ada saudara saudara yang sanggup 'berkorban wang ringgit" untuk bersama saya diperjuangan PRK Port Dickson ini.
Walaupun ini adalah langkah permulaan dalam mengumpul dana bagi membolihkan saya "berjuang' bagi menafikan kemenangan 'watak' yang "menanam diri sendiri"  di PRK Port Dickson namun diatas keperihatinan dan sokongan para para sahabat dan pelawat blog ini, inshaallah, semoga Allah SWT membuka hati masyarakat untuk bersama saya dan sekali gus 'melayakkan' saya untuk berjuang.

Pilihan samaada untuk memilih jalan kebaikan atau  sebaliknya adalah ditangan kita .
Tiada sesiapa memaksa kita melakukan kejahatan melainkan diri kita sendiri.
Pilihan terbaik adalah ditangan kita samada mahu berserta mahupun tidak.
Begitu juga dengan pemilihan pemimpin, Kita yang memilih.
Tetapi adakah kita memilih kerana 'kawanan' atau adakah kita memilih kerana yakin akan 'jalan' Allah nya.

Saya bukan sesiapa.
Saya hanyalah hamba Allah SWT yang kerdil dan tidak berupaya merubah walau sebesar zarah pun.
Apa yang ada pada saya hanyalah ' doa' dan 'berserah' diatas ketentuan Nya, dalam mengiringi 'usaha usaha' dan 'ikhtiar' saya demi mencari keradhaan dijalan Allah SWT dalam 'menafikan' keberadaan beliau di Parlimen Port Dickson.
Itu lah yang termampu buat ketika ini.

Mulai hari ini saya tidak akan 'mengutara' lagi 'sejarah sejarah silam saudara Anwar Ibrahim.
Apa yang  dirancang adalah ketentuan dan pilihan beliau sendiri dalam mengharungi 'ujian ujian' Allah SWT terhadap 'watak' yang dipakaikan kepada dirinya.
Apa yang ada pada saya hanyalah keyakinan bahawa ' yang benar tetap benar' dan yang salah hanya Allah SWT sebagai 'penentu'.

Untuk usaha dan ikhtiar kearah itu,  marilah bersama dan berserta saya dalam mengharungi 'jalan cerita' yang dibentangkan Allah SWT ini dengan mengumpul dana untuk saya menyertai di PRK Port Dickson ini.

Nama : NORRIZAN BIN ABDUL MAJID

IC NO : 600127-05-5009

BANK : BANK SIMPANAN NASIONAL

AKAUN NO : 0500 4410 0006 1324

ATAU

AKAUN MAYBANK

NO. AKAUN ; 1551 3514 5285

MUHAMMAD DANIEL DURRANY BIN NORRIZAN

Kepada penderma penderma dari luar negara, pembiayaian atau sumbangan bolih dibuat melalui Western Union menggunakan Nama dan IC No. diatas dan diminta agar salinan resit atau bukti sumbangan dapat dipaparkan diwatsapp mahupun Instagram bagi memudahkan saya membuat 'tuntutan' di bank.
Inshaallah akaun watsapp mahupun Instagram akan diumumkan dalam masa terdekat.

Semoga Allah SWT merahmati usaha dan ikhtiar ini.

Cahaya Al Majid.



Thursday 20 September 2018

THE PROMISED LAND :RENUNGAN JUMAAT :- PRK PORT DICKSON : PILIHAN DITANGAN ANDA!!!

Bismillahhirrahmannirrahim.

KALAU TAK SALAH KENAPA MESTI DIAMPUN???

Kenapa di panggil ' Pengampunan" sekiranya Anwar tidak melakukan kesalahan.
Bukankah isu ini sepatutnya dipanggil ' Membebaskan Anwar Ibrahim dari semua kesalahan".

Fikirkan dan renungkan :-

Anwar Ibrahim :-
“Saya nak jelaskan 1 perkara tentang kebebasan ini, iaitu kita tidak memohon keampunan kerana kesalahan disabitkan. Kita tuntut kebebasan kerana fitnah dan salah guna kuasa serta apa yang disebut sebagai perjalanan yang bercanggah dengan prinsip keadilan.

Pemimpin Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir Mohammad berkata kerajaan baru Malaysia yang akan dibentuknya akan berusaha mendapatkan pengampunan bagi bekas timbalannya, Anwar Ibrahim.

Pengampunan Anwar atas asas apa, soal bekas Ketua Hakim negara.


Sekali lagi saya memohon dari para sahabat akan perjuangan yang ingin saya dukong ini , bantulah saya dengan mendanai PRK Port Dickson untuk saya bertanding atas kapisiti BEBAS.

NAMA : NORRIZAN BIN ABDUL MAJID

IC. NO : 600127-05-5009

AKAUN : BANK SIMPANAN NASIONAL

AKAUN NO : 0500 4410 0006 1324

ATAU

MAYBANK

NO. AKAUN : 1551 3514 5285

MUHAMMAD DANIEL DURRANY BIN NORRIZAN

Kepada penderma penderma dari luar negara pembiayaian atau sumbangan bolih dibuat melalui Western Union menggunakan Nama dan IC No. diatas dan diminta agar salinan resit atau bukti sumbangan dapat dipaparkan diwatsapp mahupun instagram, yang akan diumumkan kemudian.

Minta maaf kerana tercicir satu nombor terakhir yang telah dipaparkan sebelum ini. 
Kesulitan amat dikesali.

Walauapa pun itu semuanya telah menjadi sebahagian dari sejarah Tanah Melayu ini.

Ingatlah Firman Allah SWT :-

"Dan (Kami juga telah mengutus) Luth (kepada kaumnya). (Ingatlah ) tatkala dia berkata kepada mereka: "Mengapa kamu mengerjakan perbuatan faahisyah itu, yang belum pernah dikerjakan oleh seorang pun (di dunia ini) sebelummu?". Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki untuk melampiaskan nafsumu (kepada mereka), bukan kepada wanita, malah kamu ini adalah kaum yang melampaui batas. Jawab kaumnya tidak lain hanya mengatakan: "Usirlah mereka (Luth dan para pengikutnya) dari kotamu ini, sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang berpura-pura mensucikan diri ." (Surah Al A'raaf: 80-82)

Cahaya Al Majid.

THE PROMISED LAND: AKU DAN PRK PORT DICKSON.

Bismillahhirrahmannirrahim.

    AKAUN SUMBANGAN

Alhamdulillah, sedikit sebanyak latar belakang saya telah saya jelaskan diblog ini, kenapa dan mengapa saya menyertai PRK inipun telah saya jelaskan. Semuanya terserah kepada para sahabat untuk menghidupkan enjin sebelum memulakan perjuangan dan perjalanan ini.

Alhamdulillah, SPR dah mengumumkan tarikh penamaan calon iaitu pada 29hb September 2018.

Seperti yang saya  dijanjikan bahawa saya akan menyertai PRK ini, dibawah ini saya nyatakan akaun pengumpulan dana bagi tujuan tujuan PRK Port Dickson.

Dana Yang diperlukan adalah :
RM10,000 Wang deposit untuk PRK Parlimen
RM5000 untuk cetakan bahan kempen SPR.

Nama Akaun : NORRIZAN BIN ABDUL MAJID

NO KAD PENGENALAN : 600127 O5 5009

BANK  AKAUN : BANK SIMPANAN NASIONAL

AKAUN NO :0500 4410 0006 1324

ATAU

MAYBANK

AKAUN NO : 1551 3514 5285

MUHAMMAD DANIEL DURRANY BIN NORRIZAN


Kepada penderma penderma dari luar negara pembiayaian atau sumbangan bolih dibuat melalui Western Union menggunakan Nama Dan No. IC diatas dan diminta agar salinan resit atau bukti sumbangan dapat dipaparkan diwatsapp yang akan disediakan yang akan diumumkan kemudian.

Diharap para para sahabat sekalian dapat membantu saya dalam merealisasikan tujuan ini.
Semoga Allah SWT merahmati sahabat sahabat sekalian .

Amin.

Cahaya Al Majid.

# Inshaallah setiap hari selama 8 hari sehingga sebelum hari penamaan calon  dana yang terkumpul pada setiap hari akan dipaparkan diakaun watsapp .

Tuesday 18 September 2018

THE PROMISED LAND : PENCARIAN DIAKHIR ZAMAN

Bismillahhirrahmannirrahim.

DEMI MASA
MANUSIA DALAM KERUGIAN

Bangsa Yahudi telah 'mendapat anugerah' apa yang dinantikan?

Dikhabar olih Temple of the Jew bahawa anak lembu berwarna merah yang dinanti nantikan olih anak bangsa Yahudi dan  kejadian yang serupa yang pernah terjadi 2000 tahun dahulu kini telah dinyatakan kelahiranya dibumi Israel minggu lepas.

Melalui kepercayaan penganut Yahudi dimana peristiwa yang didakwa tertulis didalam Kitab Lama mereka kini benar benar menjadi kenyataan dakwa Temple of Jew.

Peristiwa besar yang saya nyatakan  dilembaran sempena Tahun Hijrah 1440 yang lalu yang menyatakan bahawa 'kejadian besar" perlu diberikan perhatian akan berlaku samaada diMekah, Madinah mahupun di Jurusalem atau Baitul Mukaddis, kini, menjadi kenyataan.

Apakah ertinya "perkhabaran ghaib' dan tanda tanda itu???

Allahhuakbar. Allahhuakbar.

Hanya Allah SWT Yang Maha Mengetahui dan Manusia hanya bolih berteka teki dan menyangka nyangka saja.

Dikhabarkan melalui kepercayaan Kitab Yahudi Lama bahawa peristiwa akan kelahiran Anak Lembu merah ini adalah tandantanda besar permulaan kejadian Kiamat dan akan turunnya "Penyelamat' atau " saviour" mereka yang dinanti nantikan, iaitu "Lord Jesus' mereka.

Menjadikan ''Korban atau menyembelih Lembu Merah bila cukup umur' adalah klimak kepada peristiwa yang dinanti nantikan olih penganut Yahudi.

Pernahkah terlintas dihati dan fikiran kita bahawa 'perkara luar biasa" ini akan benar benar terjadi? terutamanya dibumi Israel?

Hahaha..yakinlah...apabila ''''kejadian Anak Lembu Merah. ajaib" ini bila dipertontonkan kepada masyarakat dunia, maka, akan berbondong bondonglah manusia menyertai mereka, bukan, saja penganut Kristian malahan penganut Hindu dan Buddha serta Umat Islam juga akan tergadai jiwa mereka.

Kita tangguh dahulu kisah diatas.

Sebagai persoalan kepada umat Islam terhadap APA yang mereka nantikan ?

Adakah kemunculan pemuda Panji Panji Hitam atau pun kemunculan Pemuda Bani Tamim? yang dinantikan?

Dikala umat Islam disibukkan dengan mengejar harta dunia,mengumpul kekayaan dan memeluk kekuasaan, menafikan kebenaran dan mengangkat kebhatilan serta mendewakan " manusia ingkar perintah Allah" dikala itu jugalah Allah SWT menduga kamu dengan 'watak" yang dijanjikan.

Sesiapa yang dibukakan hati maka selamatlah MEREKA, siapa yang dilalaikan, maka, kerugianlah keatas diri MEREKA.

Cahaya Al Majid.

Monday 17 September 2018

THE PROMISED LAND : SEJARAH BARU YANG MAHU DILAKAR MAHATHIR???

Bismillahhirrahmannirrahim.

                                 INIKAH YANG ANDA MAHUKAN???

ANWAR IBRAHIM SEBAGAI PERDANA MENTERI DIWAKTU
WAN AZIZAH MASIH MEMEGANG JAWATAN
TIMBALAN PERDANA MENTERI.

                                           BIAR POTRET BERBICARA

                                   Image result for imej Anwar Ibrahim dan Isteri




Saya letak jawatan bila Anwar jadi PM - Dr Wan Azizah


Maksud ayat : 
Pada masa itu (hari kejadian) detik Anwar Ibrahim dilantik sebagai Perdana Menteri atau ketika Anwar Ibrahim mengangkat sumpah Jawatan sebagai Perdana Menteri tidakkah Timbalan Perdana Menteri pada itu juga adalah Wan Azizah ????( Timbalan Perdana Menteri)

Maksud dan pengertian : 
Pada hari kejadian semestinya Wan Azizah aka Timbalan Perdana Menteri masih lagi belum melepaskan jawatan TPM nya.

Pengertiannya : 
Anwar Ibrahim dan Wan Azizah secara automatik akan menjadi sejarah didunia bahawa pasangan  Suami dan Isteri secara sah dimana sang suami sebagai Perdana Menteri dan sang isteri sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Melalui pengertian ungkapan Wan Azizah, beliau hanya akan melepaskan jawatan bilamana suaminya Anwar Ibrahim dilantik atau bergelar Perdana Menteri, barulah beliau akan meletakkan jawatan yang disandangnya. ( Itu maksud kata kata dan penegasan ayat ayat Wan Azizah).

Perlu ditanya adakah perletakkan jawatan Wan Azizah itu dilakukan secara automatis ( atau bilamana Anwar Ibrahim terlantik sebagai Perdana Menteri maka secara automatis juga jawatan Wan Azizah sebagai Timbalan Perdana Menteri pun gugur sekali ?) atau terpaksa menunggu beberapa waktu yang sesuai untuk Wan Azizah meletakkan jawatan?

Ini kata Anwar Ibrahim :- Tolong hadamkan ayat ayat beliau!!!

DATUK Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan bahawa Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail akan meletakkan jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri selepas dia dilantik menjadi Perdana Menteri.

Kata kata dan ayat ayat mereka menjurus kepada perancangan yang mereka rancang.
Adakah rakyat Malaysia akan menuruti kemahuan kelompok ini???

              KEPUTUSAN DITANGAN WARGA PARLIMEN PORT DICKSON

                                    Image result for imej Dr Mahathir

                                                      Cahaya Al Majid.

Sunday 16 September 2018

THE PROMISED LAND : MARILAH BERSERTA SAYA DEMI PERJUANGAN INI.

Bismillahhirrahmannirrahim.

INI PERJUANGAN DAN MUNGKIN SEKALI LAGI SAYA DIJADIKAN ASBAB NYA SEPERTI KISAH KISAH BENAR YANG TELAH SAYA KONGSIKAN.

Kenapa dan mengapa Anwar Ibrahim mahu memulakan ''gerak PD"nya serta apa tujuan beliau sebenarnya sudah diketahui  umum akan sebab dan musababnya.

Walaupun kelompok PKR amat selesa dengan komposisi pengundi diPRK Port Dickson dimana bukan Melayu adalah majoriti disitu  iaitu mewakili 55% dari keseluruhan pengundi berdaftar  dan jumlah pengundi yang layak adalah hampir 38,000 orang maka dari segi moralnya sememangnya Anwar telah mendahului lawan.

Tetapi...diatas kesedaran beberapa faktor yang membaluti batang tubuh Anwar Ibrahim serta kepercayaan agama yang tinggi dan kuat  bagi orang Melayu yang menjunjung adat diNegeri Sembilan ditambah pula kawasan ini dibawah jajahan Luak Sg Ujong yang bernaung  Almarhum Tuan Sheikh Ahmad didalamnya dimana amalan serta ajaran yang ditinggalkan olih Almarhum Tuan Guru Sheikh Ahmad amat diyakini olih seluruh warga Negeri Sembilan dan warga Negeri yang juga berkeyakinan bahawa keramah beliau masih lagi memayungi kesejahteraan negeri ini, maka, keperibadian Anwar Ibrahim dikawasan ini akan menjadi  pertikaian utama buat pengundi Umat Islam disini.

Walaupun beliau telah diampun dan disucikan melalui pengampunan Di Raja namun rakyat yang tidak berkepentingan terutama yang kuat pegangan agamanya masih tidak lagi tidak dapat memaafkan serta tetap meragui keperibadian beliau.

Seperkara lagi yang akan menjadi isu adalah berhubung dengan ketelusan Kerajaan pemerintah masa kini berhubung Kedaulatan Undang Undang yang disepakati seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Negara juga telah mula dicabul.

Penyalahgunaankuasa samaada olih Kerajaan terdahulu mahupun terkini dilihat sama saja, tiada berbeza.

Kalau Kerajaan terdahulu melepaskan individu yang berkepentingan dalam parti mereka samaada dengan sengaja dengan tidak didakwa atau digugurkan dari tuduhan namun dalam Kerajaan Pakatan Harapan ini juga mereka juga melakukan perkara yang serupa .

Ditambah burukkan lagi akan peristiwa keengganan Anwar Ibrahim bersumpah laknat terhadap tuduhan Saiful yang mendakwa Anwar Ibrahim sebagai pelakunya, maka, untuk  Negeri Sembilan digelar sebagai bersubahat atau bersengkokol dengan pemimpin mungkar akan menyulitkan lagi Anwar Ibrahim untuk memenangi hati dan meraih undi orang Melayu Islam.

Kalau ketika PRU Pakatan Harapan bolih memenangi dengan selesa kerana impak terhadap dakwaan dan tuduhan terhadap Najib , UMNO dan BN tetapi kali ini scanarionya berbeza.

Walaupun watak Anwar Ibrahim yang telah dengan sengaja ditanam olih PKR yang secara paksa ditelan olih PPBM dan Pakatan Harapan, maka, penilaian terhadap isu moral dan peribadi Akan menyesakkan kem Anwar Ibrahim walaupun kem beliaubmenjanjikan bulan dan bintang kepada pengundinya.

Seperti yang saya tuliskan pada hantaran terdahulu tentang siapa diri saya dan kenapa saya menawarkan diri, maka, saya berharap masyarakat islam diluar sana dapat sama sama membantu saya dalam merealisasikan perjuangan kejalan keredhaan Allah SWT ini.

Inshaallah, akaun untuk pengumpulan dana bagi membiayai pencalonan saya pada PRK Port Dickson nanti akan saya diumumkan kelak kerana institusi perbankan masih cuti.

Untuk itu saya mohon kepada para sahabat marilah bersama sama  dan membantu saya dalam mengumpul dan mencari dana demi sebuah perjuangan.

Tiada pengorbanan dan perjuangan yang indah untuk disertai melainkan ilhlas kerana Allah SWT.

Cahaya Al Majid.

WAJIB BACA :- KISAH TERKINI DAN TERBARU
#dalam post terdahulu saya dalam tajuk 1440 Hijrah. Kita bukan diambang bertarikh :10hb September telah saya nyatakan kejadian besar yang perlu diberikan perhatian dibumi Mekah, Madinah mahupun Jurusalem.
Kini benar benar menjadi kenyataan :

Kelahiran anak lembu merah ‘ancam’ Masjid Al-Aqsa

Malah, kelahiran anak lembu merah yang heboh diperkatakan – kelahiran pertama selepas 2,000 tahun – dijadikan ramalan bahawa dunia sudah hampir kiamat, Dajjal akan muncul, dan pembinaan kuil ketiga di atas runtuhan Masjid Al-Aqsa mesti dipercepatkan.
Dalam Bible yang digunakan sesetengah penganut Kristian dan Yahudi, anak lembu merah itu berada di tengah-tengah ramalan mengenai Hari Kiamat.
Selepas mengorbankan lembu merah itu, ramalan berkenaan menyatakan pembinaan kuil ketiga boleh dimulakan di Baitulmaqdis.
Pembinaan kuil ketiga di Bukit Moriah (nama yang disebut 

Friday 14 September 2018

THE PROMISED LAND : PRK PORT DICKSON :SIAPA SAYA.

Bismillahhirrahmannirrahim.

               PERJALANAN

Mungkin semua ini adalah ketentuan dan "gerak" Nya untuk diri ini menyambung kembali perjalanan yang "ditangguh" Allah SWT dahulu.

"Ditangguhnya" perjalanan diri ini  apabila dipulangkan semula kenegeri asal kelahiran pada 2003 sehinggalah kini bagi "menyaksikan" rencah rencah percaturaan dan "pendugaan" keatas diri dalam masyarakat umum.

Perjalanan diri ini  dahulu adalah " menyampaikan Kata Kata Allah SWT kepada mereka yang belum mengambil Allah SWT sebagai Tuhan , seperti mana tertumpahnya kerahmatan dan petunjuk Allah SWT keatas Simon, John, Andrew, Peter, Joshua, Lili Berthelomew, Don Frazier ,Ronnie serta Alice dan anaknya Ashley berserta beberapa orang lagi.

Dan diatas kerahmatan Allah SWT itu juga kesemua mereka ini telah berhijrah dari agama kelahiran mereka kepada agama Islam dimana diri ini adalah 'asbab' atau "perantara" bagi mereka untuk memeluk Islam sebagai jalan hidup mereka.

Kesemua petistiwa ini berlaku dibumi Langkawi seperti yang diri ini catatkan dalam perjalanan dengan mereka mereka didalam ' "Kisah benar Cahaya Al Majid'

Allahhuakbar!!! Allahhuakbar!!!

Turutan tentang 3 topik yang diri ini blogkan seolah olah berantaian tentang akan terjadinya PRK .

Mungkin Port Dickson adalah "asbab" untuk diri ini memulakan "kebangkitan semula" perjalanan .

Semua ini bukanlah diatas perancangan' diri ini tetapi  "berlaku' diatas kehendak Allah SWT  jua dan juga diatas ketentuan Nya.

TENTANG SIAPA SAYA

Diri ini adalah cahaya mata kepada Majid. Itu adalah ketetapan Allah SWT dari" Luh Mahfuz' lagi. 
Untuk itu diri ini menggunakan Cahaya Al Majid sebagai ''nick" dalam blog.

Diri ini dilahirkan pada 27hb January 1960 bersamaan 27 Rejab 1379  Hijrah.

Diri ini dilahirkan pada waktu maghrib iaitu ketika azan Maghrib sedang berkumandang dan Maghrib itu juga merupakan Isra Mikraj.
Itulah ketentuan Allah SWT terhadap kelahiran diri ini.



Januari 1960
Rajab - Sya'ban 1379
AhdSenSelRabKamJumSab
1223
344556677889910
1011111212131314141515161617
1718181919202021212222232324
24252526262727282829291302
313

Ketahuilah bahawa perkara besar yang kita diberikan pilihan olih Allah SWT kini adalah berhubung nasib dan masa depan negara kita dan Islam kerana pemimpin yang dicalonkan olih Pakatan pemerintah adalah bakal Perdana Menteri negara ini.

Pilihan diberikan Allah SWT kepada kita terutama kepada warga Parlimen diPort Dickson.
Kita sebagai rakyat yang bakal "terpalit" dan menjunjung keputusan tersebut ,wajib "berserta" sama.

Ketahuilah pemimpin yang tidak berakhlak dan terpalit dengan berbagai kesalahan moral mahupun kes jenayah, walaupun telah diampunkan atau dibersihkan olih Sang Manusia , namun salah tetap salah dan dosa tetap dosa.

Berpeganglah kepada Janji Janji Allah bahawa setiap kesalahan atau "dosa" seseorang itu hanya akan terhapus sekiranya kemaafan itu diminta sendiri daripada mereka yang telah dilakukan dosa atau kesalahan tersebut.

Tiada manusia lain bolih menghapuskan dosa orang lain melainkan Allah SWT .

Sekali lagi saya menyeru marilah bersama sama saya dan berserta dengan saya dalam pertembungan diPRK Port Dickson ini untuk kita nyatakan pendirian bahawa Islam adalah agama yang dipilih olih Allah SWT dan bukan agama yang menafikan hak orang bukan Islam tetapi "Agama Yang Meraikan atau Mensejahtera Manusia" yang berlandaskan Al Quran Dan Sunnah.

Tiada ajenda lain saya untuk menyertai PRK Port Dickson ini melainkan untuk meneggakkan kebenaran dan menafikan kebhatilan kerana kuasa yang dicari itu bukanlah milik kita kerana segala sesuatu yang melata dibumi ini semuanya milik Allah SWT cukup bagi mereka yang mengetahui saja.

Cahaya Al Majid.