Monday 12 November 2018

THE PROMISED LAND : TANGAN TANGAN 'ICERD' YANG MAHU MENJERAT MELAYU

Bismillahhirrahmannirrahim.

BAHAGIAN PERTAMA ; ICERD, BANGSA MIM DAN ISLAM.


Apa itu ICERD :-

 ICERD adalah singkatan kepada International Convention For Elimination of All Forms of Racial Discrimination atau dalam bahasa Melayu bermaksud Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum
ICERD merupakan satu daripada konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) tentang Hak Asasi Manusia.

ICERD diterima oleh Perhimpunan Agung PBB pada 1965 dan dikuatkuasakan pada 1969. Artikel 5 ICERD menjelaskan negara-negara yang telah meratifikasi konvensyen ini mesti menghalang dan memusnahkan diskriminasi kaum dalam semua bentuk dan menjamin hak setiap orang, tanpa perbezaan kaum, warna kulit, asal-usul bangsa dan mendapatkan kesaksamaan di sisi undang-undang.

Tahukah anda kemana dan apa tujuan ICERD ini???

Perancangan ini telah lama disusun olih 'tangan tangan' ghaib yang berselindung disebalik langsir PBB terutama Great Britain dan negara Uncle Sam. 

Tetapi kenapa???

Lihat sejarah. 
Kenapa PBB dan Great Britain membawa masuk kaum rejim Yahudi kebumi Palestin? 
15hb Mei 1948 negara haram Yahudi diistiharkan secara resmi apabila terlaksananya penjajahan dan kependudukan rejim Zionist dibumi Palestin.
Apa terjadi kini? Tidakkah tanah dan bumi Palestin kini dirampas secara haram olih rejim Zionist? 
Kenapa PBB dan sekutu mereka Great Britain dan negara Uncle Sam, menghalalkan??
Kini siapa yang memerintah ditanah tersebut? 
Adakah orang Palestin yang sememangnya 'tuan tanah" atau Rejim Zionist yang memerintah??
Apa jadi dengan bangsa Palestin?? Tertindas, dibunuh dan dinafikan hak mereka. 
Adakah PBB, Great Britain dan Amerika 'ambil kesah"?
Apabila 'hak orang Palestin' telah dirampas, apa telah terjadi??
"Merempat" 

                                Malaysia Telah Wujud Sejak 1826

Begitu jugalah apa yang ditanam dan dirancang buat negara ini.
Siapa yag bawa masuk bangsa China dan India ke sini?
Bukankah Great Britain ??

Kenapa perlu bawa mereka ketanah ini??
Adakah mereka ini hebat??

Siapa yang memaksa Melayu agar terpaksa menerima bangsa dari negara China dan dari India ini untuk jadi sebahagian dari terma Kemerdekaan??
Bukankah Great Britain.
Apa motif mereka ( Great Britain)?

Kenapa Great Britain memilih Malaysia atau Semenanjung Tanah 
Melayu ketika itu sebagai tempat 'longgokan' dua bangsa ini iaitu bangsa Cina dari China dan bangsa India dari negara India?
Apa muslihat mereka???

Tapi kalau ikut kata British, bangsa  ini diimpot untuk dijadikan kuli dan hamba untuk melakukan kerja kerja buat memenuhi kantung Kerajaan British iaitu melombong bijeh timah dan sebagainya.
Tetapi apa tujuan sebenar benarnya yang dirancangkan olih British atau Great Britain????

Sebenarnya  puak atau kaum Nasrani ini telah lama 'mengkaji' tentang 'kebangkitan' 'kaum' dari Timur ini. Cuma mereka terpaksa berselindung disebalik 'perniagaan' mahupun untuk 'melebarkan kuasa jajahan mereka'.

Al Quran serta Kitab Kitab lama telah mereka 'selidiki' termasuk juga dengan beribu ribu kitab Hadith yang dihasilkan olih Imam Imam terdahulu, maka, keputusan mahupun 'arah tuju' dan 'matlamat' mereka adalah untuk 'mencari' 'sosok' yang dinantikan.

Walaupun 'sosok' belum mereka kenali namun usaha menjejaki tetap berterusan.

Kenapa ICERD pula terkait???

Apa cara terbaik buat mereka untuk 'menguncah' orang Melayu?
Usik Agamanya, Bangsanya dan Rajanya maka Melayu akan 'melenting'.
Siapa yang mereka digunakan?
Lihatlah..siapa yang menguncah sekarang ini. Rasanya jawapan ada pada kamu.

Bersambung

Cahaya Al Majid.







THE PROMISED LAND : SEMUA KERANA 'DALANG'

Bismillahhirrahmannirrahim.

SIAPA DALANGNYA YANG MAHU MENYAHKAN 'BANGSA MELAYU'

Lama saya tinggalkan ruang ini, sengaja nak melihat sejauh mana kehebatan dan ketajaman Blok Pakatan Harapan setelah Anwar Ibrahim dinobatkan sebagai Ahli Parlimen Port Dickson. Bagitu juga saja nak melihat sejauhmana keterlibatan Anwar Ibrahim dalam menentukan halatuju baru Parlimen yang diwar warkan beliau.

"Pembaharuan" Parlimen yang diwar warkan Anwar Ibrahim sehingga kini masih ditahap lama dan yang berubah hanyalah 'watak' iaitu dari Danial kepada Anwar Ibrahim. Dan 'kedudukan" atau ''kerusi' Anwar Ibrahim saja yang 'baru" iaitu' sebaris dengan kelompok parti Pemerintah.

Dari segi pencapaian Kerajaan Pakatan Harapan pula, yang berjaya dan nampak kemajuan hanyalah Pendakwaan terhadap 'lanun lanun' yang didakwa olih Pakatan Harapan terutama Dr Mahathir sebagai 'penjahanam negara', namun sehingga kini tuduhan demi tuduhan dikenakan terhadap mereka mereka ini namun pendakwaan sebenar didalam Mahkamah masih lagi belum bermula.

Sejauh mana Pendakwaraya bolih menyabitkan mereka diatas segala tuduhan tersebut hanya masa menentukan.

Masa berjalan terlalu pantas. Telah 6 bulan Dr Mahathir menerajui negara ini sebagai Perdana Menteri namun 'kemakmuran'ekonomi  kepada rakyat masih lagi jauh dari pencapaian. Kebanyakkan janji dalam manifesto yang dijanjikan setakat ini hanya tinggal janji dan masih lagi jauh untuk direalisasikan.

Apa yang saya lihat satu demi satu janji Dr Mahathir mula 'gugur' dijalanan dan banyak u-turn telah berlaku terutama tentang isu 'jual negara' kepada China. Isu Forest City serta isu Tembok Besar China di Kuantan pun dah mula senyap dan sepi.

Isu isu tentang LGBT, ICERD, Melayu, Agama Islam dan Raja Raja serta hak Bumiputra mula 'dicuit' olih kelompok kelompok bukan Melayu yang berselindung disebalik wajah NGO yang kebanyakkanya bersandar kepada parti DAP dan segelintir PKR.
Itulah wajah sebenar yang menonjol ketika ini walaupun Dr Mahathir dan PPBM mahu menafikanya.

Berulang kali telah saya nyatakan bahawa Dr Mahathir akan mencetuskan kepada segala 'kebangkitan'.

Telah saya nyatakan bahawa sekiranya 'kebangkitan' itu membawa kepada 'menafaat' kepada 'Bangsa Mim" inshaallah saya akan sokong tetapi sekiranya 'kebangkitan' itu lebih menjurus kepada 'kehancuran' mahupun membawa 'kemudharatan', maka, 'menentang' kebhatilan adalah perlu dan wajib..

Nampaknya 'berokah' Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri untuk kedua kalinya, dilihat tidak 'menjadi' kali ini .
Ekonomi mula menjunam. nilai matawang negara menyusut, pasaran saham menjunam kebawah paras 1700 mata, harga komoditi seperti getah dan sawit jatuh teruk, apakah tanda tanda ini????
Adakah ini tanda positif???

Apa yang telah dijanjikan iaitu untuk membawa negara ini kesatu tingkat lebih tinggi dengan pemansuhan GST dan mengenalkan SST nampaknya ibarat 'senjata makan tuan'.
Dengan janji janji bahawa semua 'kongkalikong' Kerajaan terdahulu akan dapat diatasi dengan mudah kalau ikut 'sifir' Rafizi dan Tian Chua nampaknya semuanya dah 'lebur' ataupun telah 'kelaut'.

Apa yang berlaku kini Dr Mahathir dah mula sibuk terbang kesana kesini untuk menerima 'Darjah Kebesaran'. Dimulai dengan Jepun, Thailand dan terkini Singapura. Adakah negara negara ini pengguna minyak sawit Malaysia atau pembeli getah asli Malaysia?

Kelompongan 'budget' untuk kelompok B40 atau rakyat miskin dah mula 'meletop'. Janji janji terhadap PTPTN telah membelengu graduan Univesiti dan  diwajibkan untuk dilunaskan walaupun berpendapatan RM1000. Adakah 'pekerjaan' tersedia untuk graduan ini??? Siapakah majoriti golongan ini? Bangsa Cina????India???? Lu fikirlah sendiri.

Adakah watak watak ini sumber inspirasi Dr Mahathir ???

Image result for Mahathir dan Sarawak Report

Image result for Mahathir dan Sarawak Report

Atau adakah Dr Mahathir terhutang budi dengan mereka???
Beringatlah !!!!
Najib dan Kerajaannya lingkup kerana siapa???

Image result for imej Najib dan Jho Low

Ingatlah...langit tidak selalu cerah...segala tindak tanduk akan diperhatikan...
Ingat apabila "tangan tangan" orang tertentu sudah berhenti 'menadah doa'...
maka 'malapetaka' dan 'bala' yang tidak diduga pasti menjengah dimuka pintu.

Kalau Dr Mahathir tidak meletakan agama Islam ditempat yang paling tinggi dan bangsa Melayu itu duduk di'Makam' nya, beliau bakal 'terlantar' kecundang.

Cahaya Al Majid.