Wednesday 29 May 2019

THE PROMISED LAND: MAHATHIR TIDAK YAKIN DENGAN KONSEP SEDEKAH.

Bismillahhirrahmannirrahim.

" Nikmat Allah SWT yang mana satu mahu Mahathir nafikan"

Kerana tiada keyakinan terhadap suruhan Allah SWT atau suruhan Al Quran  iaitu perbanyakkan SEDEKAH maka pada hari ini, walaupun,  hutang yang ditinggalkan Kerajaan Barisan hanya setakat RM686 billion, maka, kerana sifat kedekut dan tidak menghayati isi Al Quran rejim Mahathir ditimpa bala selepas Pakatan Harapan berkuasa.

Kini hutang negara telah melonjak keparas RM815Billion dan terus meningkat pada setiap bulan  dan Kerajaan Mahathir seolah olah "hilang punca" untuk bagaimana mengatasi situasi ini.
Waima Daim sekalipun tetap gagal!!! untuk mencari punca hanya alasan "hutang Rm1 Trillon" dijadikan alasan untuk menafi kegagalan Pakatan Harapan.

Kenapa???

Kerana tiada keberkatan dan ganjaran dari Allah SWT sebab "bakhil" dan tidak mahu memakmurkan kehidupan orang dalam kesusahan

Mahathir berulang ulang kali meratipkan bahawa rakyat tidak perlu dibantu dengan wang secara percuma walaupun pada ketika ini kehidupan rakyat amat tertekan dengan bermacam macam kenaikan kos, samada kos barangan mahupun kos penghidupan yang semakin meningkat.
Dan Mahathir mahukan agar rakyat berusaha sendiri dan yang paling win ...gunakan wang sendiri untuk buat mesjid..
Peergh..sombongnya ungkapan Mahathir..

Mahathir kena ingat dibawah pemerintahan kerajaan terdahulu serba serbi terkawal, harga komoditi stabil dan tidak membebankan . Para pekebun mahupun pengusaha kecil walaupun terpaksa menanggung GST 6% namun masih bolih mencari rezeki .

Tetapi kini, harga komoditi menurun, bursa saham merdum, nilai.ringgit menurun ekonomi dalaman menguncup .Kalau dahulu rakyat dibawah ketegori B40 dan dan anak anak muda dibantu dengan bermacam.insentif "tunai" bagi meringankan kos kehidupan tetapi kini..nak bayar masuk tandas pun tak cukup.

Kerana nilai "sedekah" yang dipraktikkan olih kerajaan Barisan Nasional  maka bermacam macam keberkatan Allah SWT limpahkan keatas negara ini.

Kenapa???

Kerana Allah sukakan pada perbuatan sedekah .

Sesungguhnya janji Allah SWT adalah benar.
"Barang siapa suka bersedekah rezekinya akan dipermudahkan Allah SWT".

Inilah konsep yang Mahathir gagal fahami dab hayati.

Nantikan bala yang lebih besar dihadapan kamu.

Cahaya Al Majid.

Monday 20 May 2019

THE PROMISED LAND : MENTERI PILIHAN MAHATHIR DISONTOT DAP...APA TANDANYA TU???

Bismillahhirrahmannirrahim.

SANGGUP KAH PPBM DI IDIOT KAN DAP??

Kalau dahulu Mahathir "berperang" dengan BN dan UMNO atas dikalimah fitnah iaitu hutang negara mencecah RM1 Trillion tetapi kini Mahathir terpaksa berperang sesama sendiri kerana mahu menjadi "abang long" kawasan walaupun memiliki kawasan Parlimen yang ciput.

Jika dibandingkan ketumbukan kekuatan antara DAP dengan PPBM atau Bersatu..amat jauh bezanya.

PPBM hanya mempunyai kekuatan sebanyak 13 batelion kawasan Parlimen yang rata rata batelion tersebut adalah dikawasan luar bandar atau spara bandar manakala ketumbukan DAP pula mempunyai 42 kawasan Parlimen yang rata rata tertumpu dikawasan bandar yang majoritinya dari kaum Cina.

Benar !!! telahan majoriti rakyat bahawa dengan mempunyai kerusi yang banyak dalam parlimen maka "bargaining power" sememangnya terserlah atau "terpaksa menurut perintah" adalah kalimah yang diwajibkan tersumbat dimulut mereka.

Kini semuanya terbukti.

Kes Hanna Yeoh dari DAP membelasah Khalid Samad  dari Amanah. Amanah hanya parti ciput yang setaraf Bersatu.  Lihat bagaimana Hanna Yeoh memberikata panduan kedalam mulut Khalid Samad.
Peergh...pedih bro!!!!
Ada brani ke nak melawan DAP tu!!

Yang terkini dan yang paling hangat adalah isu yang melibatkan Menteri Pelajaran kesayangan Che Det dari Bersatu atau PPBM  yang sedang dibelasah kiri dan kanan olih DAP, sehinggakan sanggup mendesak Mahathir agar budak ini disingkirkan dari jawatannya.

Tu dia non!!!dah berpeluh PPBM ni..

Hahaha..baru sikit tu kena tibai dengan DAP.. Sekarang ni siapa "taiko" dalam Pakatan Harapan ?
Parti Mahathir atau Parti Lim Kit Siang?

Sanggup ke PPBM tahan telinga???

Kita tunggu pulak apa reaksi Mahathir.

Adakah Mahathir akan menelan apa yang DAP lekehkan terhadap Mazlee tu??

Nampaknya rasa hormat DAP terhadap kepimpinan Mahathir dah PPBM mula meluntur .
Adakah retak perpecahan mahupun api kemarahan DAP dah mula membakar Mahathir dan PPBM??

Cahaya Al Majid.




Sunday 19 May 2019

THE PROMISED LAND: :MALU APA BOSSKU" SEBUAH KEMPEN???

Bismillahhirrahmannirrahim.

Apa kena mengena antara isu Kesopanan dan Kesusilaan dengan slogan yang mengangkat kembali imej Najib kepersada pentas politik iaitu Malu Apa Bossku?

Kenapa Lim Kit Siang takut sangat dengan keberadaan Najib yang kini mula diberikan perhatian olih masyarakat Melayu terutama olih golongan anak anak muda berbanding Lim Guan Eng mahupun Lim Kit Siang.

Adakah imej Najib yang pernah menjawat  jawatan Menteri Kewangan dahulu telah mula diberikan perhatian olih masyarakat terutama tentang membentes klentong Guan Eng yang sedang diwar warkan diseluruh negara bahawa pemulihan hutang dan ekonomi negara yang beliau dakwa telah dapat beliau atasi?

Berbalik kepada sindiran Lim Kit Siang terhadap Najib tentang slogan Malu Apa..Bossku, apa sebenarnya isu tersebut??yang membuatkan Lim Kit Siang "meroyan"?

Kalau dibuatkan perbandingan antara Lim Kit Siang dan Najib, bukan saja Lim bakal tercicir jauh malahan kalau Lim Guan Eng skalipun berada digarisan pertandingan nescaya, lumpur saja yang bakal dicalitkan kemuka mereka olih orang Melayu.

Yakinlah..hanya orang Cina saja yang menyokong DAP..Dikalangan orang Melayu pula , bilangannya bolih dikira dengan jari. Untuk itu janganlah mendabik dada.

Walaupun DAP mempunyai lebih 40 kerusi Parlimen selepas PRU14, beringatlah, selepas ketiadaan Mahathir, semuanya pasti berubah dan Pakatan Harapan hanya akan bernyawa selagi Mahathir berkuasa saja. Selepas itu tahulah untung nasib DAP.

Terkini Pengerusi DAP Jerantut yang merasakan bahawa DAP telah terlalu berkuasa dinegara ini telah dengan angkuhnya berani membuat ancaman terhadap Ketua Polis Di Raja Jerantut pula.
Peergh...baru sedikit kuasa ditangan , penguasa undang undang negara pun mahu ditentangnya..itulah Pemimpin DAP.

Adakah.ini jenis pemimpin DAP yang Mahathir sukakan???
Jilatlah..DAP tu asalkan kekal berkuasa wahai "mamak bendahara" !!

Cahaya Al Majid.


Saturday 18 May 2019

THE PROMISED LAND : KOKOKAN EKONOMI OLIH GUAN ENG.

Bismillahhirrahmannirrahim.

MATA PAKATAN SEMAKIN MERAH
DAN PELUH SEJUK DAH MULA MELANDA

Bercakap tentang prestasi ekonomi negara yang tidak berpandukan kepada realiti, kini menjadi mainan serta strategi Guan Eng untuk mengangkat dirinya.

Bukan kita nak mengecilkan keupayaan Najib dalam mencerahkan apa yang dinobatkan olih Guan Eng tentang kemasukkan dana yang didakwa bakal merancakan ekonomi sebagai FDI tetapi apa yang dibentangkan olih Najib tentang darimana punca dana FDI tersebut bolih diibaratkan sebagai sebuah penipuan nyata terhadap rakyat olih Guan Eng.

Yakinlah apa yang dibentangkan olih Guan Eng itu tidak akan membawa apa apa perubahan terhadap kemeruduman ekonomi yang menebar negara ketika ini.

Dengan beralasankan yang perang ekonomi antara USS dan China serta peningkatan nilai dolar Amerika kini dijadikan "tikar" untuk bersela dari tusukan " selumbar" kebontot Pakatan serta manakala "payung" digahkan iaitu Mahathir telah mula kehilangan "sentuhannya" dalam menangani kemelut ini.
Segala apa yang dirancang Mahathir seakan akan tidak menjadi malahan merusakkan lagi. Dari hutang negara berjumlah RM686 billion kini meningkat keparas RM800 billion dalam jangkamasa tak sampai setahun memerintah.
Apa nak jadi ni???

Kalau dahulu sebelum PRU14 mereka beriya iya bolih menyelesaikan hutamg dengan tuntas tetapi tetiba kini bukan hutang lama yang.tak mampu diturunkan malahan hutang baru pula ditapukkan. Tiap tiap bulan terpaksa pula menenerbitkan sukuk sukuk baru bagi meminjam duit bagi mengimbangi  deficit yang melebar.

Kata Daim ekonomi negara bolih dipulihkan dalam jangka masa 6 bulan tetapi kini Lim Guan Eng pula kata negara memerlukan 3 tahun untuk pulih dan terkini pula diakui olih Muhyiddin mereka memerlukan 10 tahun untuk memulihkan ekonomi .
Peergh...mana satu nak dengar ni???
Atau adakah Kabinet Mahathir tak sepakat atau Parti memasing ada Kabinet sendiri dalam mengeluarkan apa apa kenyataan.

Jawapanya amat mudah.
Sebenarnya usaha Mahathir kini tidak lagi direstui atau tidak ditadah tangan mendoa olih para alim ulama kerana Mahathir mengangkat dirinya kepersada kuasa dengan menggunakan "khalimah fitnah".

Perhatikan memjelang pertengah tahun nilai matawang bakal mencecah Rm4.50 berbanding 1UDSD dan pasaran saham bakal runtuh seadanya.
Perpecahan serta pertelingkahan sesama mereka bakal meledak dan salah menyalah serta tuduh menuduh bakal menghancurkan Pakatan menjelang penghujung tahun.

Kini ketidakseragaman dalam menangani isu sudahpun bermula dan DAP sudahpun menunjukkan belang sebenar mereka.
Nantikan...

Cahaya Al Majid.



Friday 17 May 2019

THE PROMISED LAND 13 MAY : DAPMENGHALALKAN TINDAKANNYA .

Bismillahhirrahmannirrahim.

KITAB BARU PAKATAN HARAPAN BAWAAN
WALI DAPSY...

Kepada Howard Lee
Ketua Pemuda DAP

Kenapa majoriti orang Cina masih lagi tidak fasih berbahasa Melayu.
Pemimpin senior DAP Lim Kit Siang pun lintang pukang berbahasa  Melayu.
Begitu juga dengan pemimpin India.
Dah lebih 60 tahun kot dah  jadi rakyat Malaysia pun tapi tak  mahu berbahasa Melayu.
Adakah ini jati diri PAKATAN Harapan yang  ingin Mahatir nak tanamkan.


Setelah 50 tahun peristiwa 13 May 69 berlalu, kini, setelah DAP berjaya memakai baju kerajaan diatas "pembelotan" Mahathir terhadap BN dan UMNO yang telah berjaya menjaja 1MDB telah "memufliskan negara" dengan bantuan 'perempuan Mat Salleh" dari Sarawak report yang mendakwa hutang negara  melebihi RM1 Trillion , serta merta  terpacul dilidah Mahathir menuduh Najib sebagai pencuri.

(Begitu jugalah mudahnya pemimpin DAP menuduh PAS  sebagai pencetus ketidakstabilan negara sehingga terjadinya May 13.)
DAP perlu diingat bahawa Bangsa Melayu tidak akan mencuit orang bukan Melayu sekiranya hati dan fizikal orang Melayu tidak disentuh mahupun dicela olih mereka)

Mahathir telah melebel Najib sebagai perompak, penyamun serta pencuri serta menuduh Najib menjual negara tanpa dibuktikan dimahkamah lagi dan "dakwaan" Majathir itu dijadikan wirid wajib bagi Mahathir pada setiap hari.

Wayangan Majathir tersebut telah diangkat dan dipersadakan diatas takhta bagi memudahkan agen agen mahupun pemimpin pemimpin DAP, PKR dan Amanah untuk mencucukkan jarum jarum halus untuk menyalahkan BN dan UMNO dan sekali gus mahu mencetuskan fenomena agar kesalahan itu juga dibahukan keatas PAS bilamana kelompok Melayu UMNO dan Melayu PAS mula mewujudkan "penyatuan Ummah".

Hebat hebat hebat mainan Palatan DAP!!!

Kini secara terangan DAP mahu melakar pula sejarah Baru dengan mengheret PAS pula sebagai pencetus 13MAY dan bukan dicetuskan olih kaum Cina dari  Gerakan mahupun DAP.
PEeergh!!!!
Cerita Sejarah baru mahu dititipkan...

Hebat hebat hebat!!!!

Bila Mahathir dah diangkat sebagai Wali Suci Pakatan Harapan..maka semua yang dititipkan mahupun disunnahkan MAHATHIR adalah wajib dan benar belaka.

Maka kini semua "kitab" iaitu yang menaungi  kitab PKR , kitab DAP,kitab  Amanah serta kitab PPBM adalah kitab yang wajib diimani yang disanatkan olih Mahathir.
Menentangnya adalah haram.

Itulah jenis jenis manusia yang berimankan  kepada dunia  dimana mereka semua meyakini bahawa semua agama adalah sama dan setaraf.

Cahaya Al Majid.

Wednesday 15 May 2019

THE PROMISED LAND : EKONOMI MERUDUM ,SIAPA TERIMA KIFARAH.

Bismillahhirrahmannirrahim.

Inilah kebangkitan yang selalu saya perkatakan.

Kebangkitan diri Mahathir yang sebenar.

Ada jenis manusia yang dengan sengaja suka mencetus sesuatu perkara atau isu diatas kepentingan diri sendiri tetapi tetap memijak diri orang  lain sebagai laluan untuk menonjolkan diri sendiri.

Dengan konsep ini maka kesalahan itu tidak akan terbeban diatas bahu beliau  tetapi bala yang dicetus itu hanya  menyusahkan orang lain.

Itu diri Mahathir bagi mereka yang mengetahui.
Berkali kali saya katakan bahawa Mahathir hanyalah "asbab" untuk perkara ini berlaku.

Mengimbau kembali sejarah 22 tahun beliau memerintah, benar, beliau mentransform negara.ini dari pertanian kepada perindustrian tetapi apa kesudahanya?

Berbillion ringgit duit rakyat dilaburkan tetapi kebanyakkan projek projek yang dicetuskan dieranya kebanyakkannya bermasaalah dan rugi serta memerlukan  jangka masa panjang untuk memulihkannya.

Kebanyakkan nama dan watak yang di"amanah" atau " diwaris" kan projek semuanya "jerung belaan" Mahathir.
Samaada  Melayu, Cina atau India semuanya tidak terkecuali asalkan dapat dimenafaatkan seluruhnya olih anak anak dan ahli keluarganya.

Kenapa semua projek yang dilakukan Mahathir semuanya terpaksa dibailout kerajaan? Bukan satu projek tetapi banyak.
Kenapa ???

Sebenarnya apa yang dicetuskan  Mahathir semuanya  membebankan dan merugikan negara untuk jangja masa panjang dan kebanyakkan projek yang bermasaalah itu terpaksa diwarisi pula kepada penggantinya iaitu samaada Pak Lah mahupun Najib.

Itulah kehebatan citarasa dan "ilham"  Mahathir.
Mencuci najis najis yang ditinggalkan beliau selama 22 tahun terpaksa dlakukan dan dibersihkan olih pewarisnya.

Bagi Mahathur semua itu tidak mengapa kerana najis yang telah diwariskan itu bukan kepada orang lain tetapi kepada kem "sekepala beliau" juga  atau kepada orang yang beliau pilih sendiri iaitu Pak Lah mahupun Najib.

Tetapi 2 orang pengganti ini tidak akur dengan kehendak Mahathir maka mencipta isu dijadikan keutamaan agar pergeseran berlaku . Menggunakan "orang dalam" dalam kelompok  mereka mula digerakkan maka  berlakulah apa yang dirancang terhadap Pak Lah.

Mencari salah serta kegelisahan diri Mahathir diatas keupayaan penggantinya dalam mencorakkan halatuju negara dijadikan alasan untuk memulakan penentangan beliau dari dalam.

Apa yang berlaku kini adalah rentetan dari kesalahan Mahathir sendiri, namun untuk beliau memohon maaf secara ikhlas, bukanlah diri Mahathir.

Kini Mahathir sekali lagi menerajui negara buat kali kedua tetapi Team yang mendukong beliau untuk kepersada kuasa adalah dari  seteru nyata beliau sendiri.

Lim Kit Siang dari DAP, Anwar Ibrahim dari PKR dan  Mat Sabu dari Amanah yang pada suatu masa merupakan seteru politik Mahathir tetapi kini Mahathir melalui PPBM yang  juga parti yang ditubuhkan dari serpihan UMNO , kini sanggup berpatah arang berkerat rotan dalam mengkhianati parti yang pernah diterajuinya.

Demi kepuasan nafsu birahi Mahatnir dan "rasa syaitan politik" dalam diri Mahathir  berbuak buak terutama tentang kelangsungan ajeda politik dirinya , maka dengan menitipkan hutang negara 1 Trillion  dan "penyelewengan" dalam kerajaan , maka, Kerajaan BN berjaya ditumbangkan.

Itulah kepuasan nafsu birahi beliau.
Nafsu makan dah kurang, nafsu shawat dah tak da maka yang tinggal hanya nafsu memuaskan hati  dan nafsu suka dipuji.

Kenapa rasa nafsu ini menguasai diri dan otak Mahathir?

Sebabnya Mahathir jenis manusia yang tidak suka cakap atau kata katanya dibantah tambah tambah lagi ada orang lain pula cuba menghapuskan ' legasi"nya.
Bertambah riaklah nafsu syaitan Mahathir.

Sejak dari dahulu lagi Mahathir memang suka diangkat, dipuji dan disanjung.
Dalam isu Israel , sememangnya suara beliau lantang tetapi apa tindakan susulan. Bangga bila suaranya diperhati dunia dan disanjung pemimpin dunia Islam tetapi apa kesudahannya???

Bagi Mahathir "pengiktirafan" dan sanjungan sangat penting dan besar maknanya buat dirinya.
Olih itu jangan sesiapa cuba menghalang beliau.

Sebenarnya apa yang cuba dilakukan Mahathir adalah  untuk kepuasan hati beliau saja dan jauh sekali untuk negara.

Apakah pencapaian terbesar yang telah Mahathir caturkan buat negara?


Anda fikirlah osendiri.

Cahaya al Majid.



Saturday 11 May 2019

THE PROMISED ■■43LAND : PERCATURAN YANG LICIK...

Bismillahhirrahmannirrahim.

Kita ingatkan bukan jawatan dan kuasa  yang mahu dikejar, sehingga beliau sanggup menjilat dan menelan apa yang pernah dihemburkan terhadap Anwar Ibrahim mahupun terhadap DAP.

Bukan saja Perlembagaan negara sanggup diketepikan dengan memaksa Peguam Negara  yang " dipaksa bercuti"  dan melantik pula Peguam Cara sebagai wakil bagi menjalankan tugas tugas Peguam Negara agar pengampunan Anwar dapat dilakukan mengikut kehendaknya.
Semuanya kerana apa? Adakah untuk menyelamatkan MALAYSIA??

Kenapa Mahathir sanggup "menjilat" apa yang diludahkan terhadap Kit Siang, atau DAP ?
Tidakkah semuanya  ini dilakukan demi cita cita tersembunyi beliau???

Kalau sebelum ini semuanya beriya iya mahu menyelamatkan Malaysia kerana mendakwa hutang negara bertrillion dibawah Najib atau BN, tetapi kenapa sekarang ini , semuanya dah kelaut??

Diam tak diam banyak pula kepentingan untuk mengisi kantung negara dijual satu persatu.
Dalam diam tak diam hutang negara pun dah melambung keparas melebihi RM750 billion iaitu tambahan melebihi RM100 bilion dalan masa tak sampai setahun.
Duit petronas pula dilapun sebanyak Rm80billion..peergh..sapa samun sapa sekarang ni!!!

Kehidupan rakyat yang dikata.bakal bertukar menjadi selesa bila PH berkuasa rupanya indah khabar saja..bertambah teruk pulak.

Kroni yang dikata telah menjauhkan diri sehingga kedai rotipun terpaksa gulung tikar.rupa rupanya itu semua drama beliau belaka..

Tetapi apa yang pasti Muhyiddin sudah tertolak ketepi dan perancangan indah mula membaluti batang tubuh Anwar. Dikhabarkan peralihan kuasa sedang diaturkan.
Percaturan agar Mukhriz diangkat kepersada jawatan Timbalan Perdana Menteri menggantikan Wan Azizah bakal menjadi reality apabila Mahathir mengangkat Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri bagi mengantikan beliau.

Persoalannya samaada beliau sempat atau tidak, sebenarnya Mahathir hanya mahu melakar jalan buat Mukhriz dalam melakukan perkara tersebut atau akan terhenti ditengah jalan,semua masih samar kerana takut " terpecah lubang ".

Bagi DAP mereka tidak keberatan kerana "ajenda " mereka adalah kuasa , ekononi dan kesejahteraan kaum mereka sementara bagi Anwar Ibrahim pula, strategi" ambil dahulu" yang lain atur  kemudian dan buat PAN pula mereka hanya menurut perintah.

Nampaknya ajenda menyingkirkan Najib adalah alasan yang baik untuk mengangkat Mukhriz disamping menghujahkan bahawa hutang negara  bertrilion ringgit maka mudahlah perancangan untuk mengatur Mukhriz dipersada kuasa nombor satu negara bilamana anak anak beliau yang lain sudahpun berada dikalangan mereka yang bergelar billionair mahupun millionair.

Apa nak lagi!!!!!

Cahaya Al Majid.


Wednesday 8 May 2019

THE PROMISED LAND : SIAPA TIPU, SIAPA SONGLAP SIAPA KENCING.

Bismillahhirahmannirrahim.

Salah tetap salah benar tetap benar. Jangan kona sana kona sini demi memuaskan hati atau nafsu sendiri .

Jangan jadikan dendam sebagai alasan untuk menjahanamkan negara.

Kalau sesiapa dituduh bersalah, maka, buktikan kesalahan itu dimahkamah.
Ini tidak, jaja sana jaja sini macam "jual barang longgok" kat pasar malam. Habis satu dunia dicanang.

Dulu jaja hutang negara lebih RM1 Trillion, alih alih bila dibentangkan, angka sebenar, hutang negara cuma RM686 billion.

Begitu juga dengan kes rampasan harta milik  Najib olih PDRM. Beriya iya Ajit Singh (PDRM) kata nilai rampasan harta Najib bernilai RM900 juta ke RM1.1 Billion.  Tetapi akhirnya nilai harta.yang telah dinilai hanya berjumlah lebih kurang RM711 juta.
Eeiikh...sudah tukar kaaaar!!!

Itulah berita sensasi yang diwar warkan kepada rakyat..agar rakyat naik angin dan memandang hina terhadap Najib.

Bukankah ini kategori "fitnah"...

Kalau.dulu tuduh Najib songlap RM42 billion duit 1MDB..tetapi.kini..nama Jho Low pulak yang dikata curi duit 1MDB..peergh....
Cerita sudah tukar jugak kerr..!!!

Angkara kerana terlampau taksub dengan fitnah yang dihemburkan demi menaikkan kemarahan rakyat, maka, kini, negara yang dituduh diambang muflis atau bengkrap benar  benar menjurus kearah yang dizikirkan Mahathir dan Pakatan Harapan.

Kini nilai matangwang ringgit semakin merudum berbanding matawang utama dunia.
Bursa saham pula semakin sakit setiap hari dan pelabur pula semakin menjauh dan telah membawa keluar dana pelaburan mereka.

Nilai 1USD bersamaan RM4.50 bakal dinikmati tidak berapa lama lagi. Index bursa bakal merudum keparas 1600 mata dan menurun juga bakal berlaku.

Apa.yang bakal dinikmati rakyat adalah kesengsaraan dan kesusahan.
Siapa susah...?????
Kroni jugak yang kaya raya..


Cahaya Al Majid.




Monday 6 May 2019

THE PROMISED LAND: DIMATA BELIAU "MELAYU MEMANG TAK BERGUNA"

Bismillahhirrahmannirrahim.

ADAKAH MAHATHIR SEDAR BAHAWA
RAJA RAJA MELAYU MERUPAKAN LAMBANG KEPADA
BANGSA MELAYU???

KALAU TMJ PUN DIA LABELKAN SEBAGAI
"BUDAK BODOH"
INIKAN PULA KITA ORANG MELAYU.

Mahathir masih memcungkil dan terus menghina bangsa Melayu.

Bermula dengan kalimah." Melayu Mudah Lupa"  telah membuatkan orang orang Melayu semakin hari semakin "menyampah" mahupun meluat terhadap batang tubuh Mahathir.

Tak cukup dengan ungkapan itu, Mahathir sememamgnya beranggapan bahawa bangsa Melayu ini merupakan "bangsa yang selalu bergantung pada subsidi", atau rata rata orang Melayu ini pada firasatnya, kehidupan bangsa Melayu sentiasa memerlukan"tongkat" untuk berjaya.

Apa!!! Mahathir sudah  lupakah terhadap hak keistemewaan orang orang Melayu seperti yang termaktub didalam Perlembagaan?
Adakah Hak keistemewaan orang Melayu ini yang mahu diabaikan Mahathir???
Atau Mahathir saja yang "melekatkan" Hak Perlembagaan ini hanya untuk kaum keluarga beliau saja ??? sehinggakan kaum dan kerabatnya bolih menjadi kaya raya???

Dan yang diuar uarkan Mahathir adalah kejayaan anak anak beliau yang telah berjaya menjadi bilionair mahupun millionair pula adalah atas usaha dan modal mereka sendiri dan bukan atas dasar "tongkat" mahupun "subsidi". Itukah pengakuan Mahathir??

Beginilah rupanya manusia yang lahir melalui " kantung" milik perempuan Melayu yang mengaku Melayu dan mahu menjadi Melayu.

Perlu diingat sekiranya darah yang mengalir ditubuh kita bukan berDNA kan orang  atau bangsa Melayu, sampai bila bila pun seseorang itu  tidak akan jadi Melayu.

Melayu atau bangsa Melayu yang dipakaikan pada diri mereka itu hanyalah setakat apa yang digariskan seperti dalam kamus dewan iaitu cakap bahasa Melayu, hidup cara Melayu dan beragama Islam, maka, jadilah MELAYU "kamus".

Hari ini satu lagi  penghinaan dilontarkan  Mahathir kepada bangsa dan anak anak MELAYU.
Bangsa MELAYU kalau nak masuk.Universiti dituduh pula ada laluan  ikut pintu "belakang" .

Peergh...pedih penghinaan Mahathir ini..

Patutlah ramai dikalangan Menteri kabinet Mahathir yang beliau pilih atau yang beliau beri jawatan Menteri tiada perlupun "berkelulusan" universiti, memadai dengan " ijazah tipu" agar mudah buat Mahathir untuk memunipulasi  atau "mencucuk" hidung mereka mereka ini.

Apa yang diperlukan Mahathir hanyalah "sokongan politik" saja dari  bangsa Melayu untuk terus berkuasa
Itu saja...
yang lain..bukan keutamaan!!!.
sebab orang Melayu yang lain semuanya adalah" bodoh belaka" sepertimana Mahathir kata "BUDAK BODOH" terhadap TMJ.

Cahaya Al Majid.


Friday 3 May 2019

THE PROMISED LAND: BERSATU BAKAL BERKUBUR BILA MAHATHIR DIUSUNG KEKUBUR.

Bismillahhirrahmannirrahim.

SESUNGGUHNYA KEBENARAN ITU AMAT PAHIT UNTUK DITELAN.


Bukan kita mendoa agar Mahathir cepat "pergi" tetapi apa yang pasti "kematian" itu adalah pasti bagi setiap manusia dan kehidupan didunia.

Junjungan kita Nabi Muhammad saw pun Allah SWT hanya memimjamkan waktu dunia ini selama 63 tahun kepada Baginda walaupun Baginda telah diamanahkan dengan berbagai "kehendak" Yang Maha Esa melalui Al Quran.

Sungguh bertuah badan Mahathir pada pandangan mata manusia kerana beliau diberikan umur panjang dan kedudukan tinggi sebagai Perdana Menteri sebanyak 2 kali.

Tetapi bukan semua hajat dan kehendak manusia akan dipenuhi  dan itu adalah hakikat.

Mahathir mungkin gembira dan ketawa besar bila berjaya diangkat sebagai Perdana Menteri.

Kalau sebelum PRU 14 Mahathir dah menjaja keserata dunia bahawa hutang negara dibawah Kerajaan BN mencecah RM1 Trillion dan pada hakikatnya beliau juga sedar bahawa itulah jumlah hutang yang bakal ditanggung olih Rejimnya sekiranya Pakatannya berjaya mengalahkan Kerajaan BN .

Tetapi, kenapa rejim Mahathir dan Pakatan Harapan masih lagi nak mengeluh  bila menang ?
Kan hutang negara sebenarnya bukanlah seperti yang didakwa  Mahathit iaitu 1Trillion Ringgit tetapi sebaliknya cuma setakat RM685 billion je.

Jadi apa masaalahnya , hingga terpaksa menjual harta negara yang telah dikumpul  dahulu dan kenapa tak sampai setahun Pakatan Harapan memerintah hutang negara terus melonjak keparas RM785 billion.

Dulu kata bolih pulihkan ekonomi, bolih stabilkan matawang, harga barangan keperluan akan turun harga bila mana GST dihapuskan tetapi kenapa sehingga hari ini semua itu tidak berlaku dan keadaan ekonomi negara pula bertambah teruk dan merudum??
Apa.hal!!!!

Banyak kali telah saya katakan sekirannya Mahathir tidak meletakkan Melayu dan Islam ditempat sepatutnya, bukan saja kegagalan yang bakal dijunjung diatas kepalanya, malahan, Pakatan Harapan yang dikendong juga bakal berciciran dan parti Bersatu yang diasaskan juga pasti berkubur bila Mahathir diusung kekubur.

Selamat menyambut Ramadhan.

Cahaya Al Majid.