Wednesday 31 July 2019

THE PROMISED LAND : SIAPA MULAKAN ZAMAN FITNAH DIMALAYSIA.

Bismillahhirrahmannirrahim.

Adakah kes liwat itu fitnah?
Adakah kes semburit itu fitnah?
Adakah kes forex RM30.billiom itu fitnah?
Adakah jual aset.negara itu fitnah?
Adakah dana Raja Arab itu fitnah?
Adakah.hutang negara RM1 Trillion itu fitnah?

Apakah hukum " fitnah" yang Allah SWT telah gariskan kepada pelaku pelakunya? Apakah ketegorinya bagi manusia manusia jenis ini? Apakah hukuman yang Allah SWT letakkan dileher pelakunya?
Rasa rasanya seluruh umat Islam yang beriman dengan Al Quran tahu akan siksanya.

Apakah fitnah fitnah yang Mahathir taburkan terhadap Kerajaan terdahulu yang dijaja kepada Rakyat?

Adakah Kerajaan terdahulu (UMNO/BN) memfitnah Mahathir?

Adakah menjadi kesalahan Kerajaan terdahulu mencari kebenaran tentang kehilangan atau kerugian RM 30 billion dalam issue Forex ? Adakah issue ini fitnah??

Sedangkan isu kehilangan atau kerugian dalam forex ini juga dibangkitkan dan dituduh pula olih DAP dan juga PKR bukan saja diperkata didalam Dewan Rakyat malah diluar Parlimen pun dihemburkan terhadap diri Mahathir dan Kerajaan pimpinannya dulu?

Tetapi apabila mereka telah sekapal dalam Pakatan Harapan kenapa isu atau "fitnah" ini "hilang" atau ditelan begitu saja olih mereka?

Kalau dahulu Mahathir dan gerombolan Pakatan Harapan menuduh Kerajaan terdahulu "menjual" negara kepada China kerana melonnggokkan projek besar kepada China, tetapi, apabila PH berkuasa perkara serupa juga diteruskan juga. Olih itu fitnah mana satu yang mahu dihalalkan?

Fitnah yang paling besar adalah tentang hutang negara. Setiap hari diulang ulang dan diwarwarkan didalam negeri dan juga diluar negara. Tetapi akhirnya ternyata hutang sebenar negara mengikut piawaian Bank Dunia, hutang negara berkisar antara RM 680 ke RM690 billion saja.
Fitnah yang mana satu yang mahu dihalaknan ?

Fitnah terbesar terhadap individu adalah terhadap Najib.
Mahathir menuduh bahawa tiada seorang pun Raja Arab sanggup menderma berbillion dollar kepada Najib.

Melalui perbicaraan kes SRC dan Najib, dana yang masuk ke akaun Najib disahkan sebagai derma dari keluarga Raja Saudi dan disahkan olih Bank Negara dan dibuktikan dimahkamah kini.

Jadi melalui semua fitnah dan tuduhan ini siapa sebenarnya yang memulakan zaman fitnah di negara ini??
Adakah kerajaan BN terdahulu atau Kerajaan terkini ( Pakatan Harapan) yang ditubuh diatas " baiah"  FITNAH yang mahu menghalalkan  fitnah.

Dan kini ramai tercekik kerana "malapetaka politik" terjerut dileher Pakatan Harapan, bilamana bermacam macam kes "moral" dan " intrigriti" melanda kepimpinan PH.
Adakah fitnah yang ditaburkan ini bakal memakan diri mereka sendiri?

Kini wajah sebenar Pakatan Harapan mula terserlah.
Satu persatu kejijikan mula terpapar dimata rakyat.
Jadi,  siapakah dia "khalifah" yang mengetuai gerombolan " fitnah" dalam Pakatan Harapan ini??

Cahaya Al Majid.



THE PROMISED LAND : TERPAKSA TULIS..SUDAH ADA YANG KE LAUT!

Bismillahhirrahmannirrahim.

Ada yang mengaitkan bahawa Mahathir sebagai pembawa Panji Panji Hitam dan istiadat Pertabalan Agong pun dikaitkan dengan  kelayakkan dan "keromah" Mahathir sebagai penabal YDPA.

Samaada mereka faham terkeliru atau sememangnya taksub dengan Mahathir, itu semua terpulang kepada diri sendiri.

Untuk pengetahuan , bukan Mahathir yang memilih siapa yang bakal diangkat sebagai YDPA tetapi Majlis Raja Raja Melayu yang dibarisi olih Sultan dan Raja Raja Melayu saja.
Yang menabalkan YDPA adalah Raja Raja Melayu dan bukannya Mahathir.
Mahathir hanya setakat membacakan tek taat setia Kerajaan yang  mewakili  seluruh rakyat.
Jauh sekali Mahathir menabalkan YDPA.

Janganlah taksub membabi buta.

Hanya bangsa Melayu yang layak menabalkan Raja Raja Melayu. Mahathir tak kena mengena dengan Raja Raja Melayu pun..sedikit pun tak da.

Dan ada pula mengatakan bahawa Mahathir telah memenangi beberapa peperangan. Istilah peperangan pun ditaksubkan terhadap Mahathir.

Yang dilakukan Mahathir  bukan peperangan sebaliknya berstrategi dan berpolitik  untuk menjatuhkan musuh politik. Samaada cara baik mahupun sebaliknya. Akal digunakan untuk memenupulasi fikiran orang lain. Itu je.
Cara yang digunakan adalah dengan cara menuduh atau fitnah.
Adakah Islam.ditegakkan olih Rasullulah saw dengan cara fitnah mahupun Baginda sengaja mengadakan adakan cerita rekaan? bagi menawan hati orang bukan Islam terhadap kebenaran agama Islam??

Difrasa yang mudah ini pun MAHATHIR telah fail atau gagal, inikan pula mahu diangkat sebagai Pembawa Panji Panji Hitam??
Aduussss!!!!

Dalam kes semburit...adakah Mahathir terikat dengan nafsu politik beliau berbanding hukum Allah SWT?
Mana satu.yang mahu ditegakkan??
Hukum Allah SWT atau hukum bagi  kekalkan jawatan dia???

Jadi jangan.campurkan hal politik Mahathir dengan Hadith akhirzaman tentang Panji Panji Hitam.
Kalau masih.belum jumpa keturunan Raja Asal bumi Melayu ni,  jangan mimpi dapat jadi PENGIBAR PANJI HITAM.


Cahaya Al Majid.


Sunday 7 July 2019

THE PROMISED LAND : UMNO JANGAN SILAP 2 KALI!!

Bismillahhirrahmannirrahim.

Jangan pisang berbuah dua kali. Sepatutnya kekalahan dahulu yang memalitkan UMNO dengan kerakusan pemimpinya yang dilihat rakyat sebagai penjahanaman bangsa dan negara sepatutnya ditolak awal awal.

Kini Najib Razak dan Zahid Hamidi terpaksa turun naik mahkamah bagi menghadapi tuduhan salah guna kuasa dan rasuah. Berpuluh puluh kes dipalitkan atau tersandar pada batang tubuh mereka berdua.

Samaada sesuatu kes itu "lekat" atau "tidak" terhadap mereka, namun, implikasi yang akan terseret sama dengan dakwaan atau tuduhan tersebut adalah UMNO itu sendiri.

Walaupun kes Najib terhadap SRC International dilihat sebagai  amat " lemah" untuk memalitkan diri Najib, namun, pegheretan beberapa saksi yang berpaksikan kepada kepentingan SRC atau Pejabat Peguam Negara , dikira kini kemenangan berpihak kepada Najib walaupun kes sudah berjalan melebihi 40 hari.
Belum terlihat lagi "nas" sahih mengatakan bahawa arahan datangnya dari diri Najib melainkan hanya andaian yang mendahului fakta dan bukti nyata

Tetapi kalau Zahid merasakan bahawa kes /tuduhan terhadap beliau adalah lemah dan bertujuan politik, sememangnya salah besarlah Zahid.

Walaupun kes Zahid belum lagi diperdengarkan dimahkamah seperti kes Najib, namun, indikasi yang telah dibacakan olih Mahkamah, pembelaan untuk kes beliau amatcerah untuk beliau disabitkan.

Apa.yang berlaku.kini dengan kembalinya Zahid Hamidi sebagai Presiden UMNO dilihat bakal merencatkan keutuhan UMNO. Semasa percutian Zahid UMNO telah dilihat ada berlaku perubahan kearah penerimaam.orang Melayu terhadap UMNO semula, tetapi apabila Zahid Hamidi memutuskan untuk kembali menerajui UMNO setelah bercuti 6.bulan, ketidakselesaan orang Melayu mula terlihat kini.

Walaupun Zahid berpegang kepada.keyakinam bahawa beliau memenangi jawatan tersebut secara pemilihan namun satu perkara.yang.perlu diteliti adalah beliau dipilih sebelum terdapat tuduhan atau dakwaan dimahkamah berhubung rasuah atau salah.guna kuasa keatas nya.

Olih itu.untuk mengelakkan Parti UMNO dijadikan senjata "keceman" atau " kutukan" olih Parti Kerajaan serta masyarakat maka seeloknya Zahid Hamidi mengundurkan diri dari jawatan tersebut dan.biarkan kepada pemimpin.lain untuk mencorakkan UMNO semula tanpa kelibat Zahid mahupun Najib.

Kalau pengorbanan sebesar inipunntidak sanggup dilakukan olih Zahid, maka, eloklah UMNO melakukan undi tak percaya terhadap Zahid.

Cahaya Al Majid.

Saturday 6 July 2019

THE PROMISED LAND: MAHATHIR BARU SEDAR MULUTNYA BAKAL KENA SUMBAT!!!

Bismillahhirrahmannirrahim.

LIMAU MANDERIN ATAU BIJI DURIAN!!!

Kenapa Mahathir menyeru orang Melayu terutama orang orang UMNO agar menyertai PPBM atau BERSATU.

Bukankah kelompok UMNO yang dikata Mahathir ni, masih lagi kafir, seperti yang dikata PAS dahulu.dan pada diri Mahathir , beliau  masih lagi berpegang  dengan "label" dan anggapan tersebut walaupun kini UMNO dan PAS telah menyambung kembali silatulrahim yang terputus dahulu dan adakah impak kepada penyatuan ini telah menjadikan Mahathir kepanasan ? atau takut PPBM kehilangan kuasa pada PRU nanti? atau sekarang dah ada ura ura nak silang Mahathir olih rakan dalam Pakatan??

UMNO dan PAS telah bersetuju untuk melupakan sengketa lama, yang mana persengketaan itu bermula diera Mahathir, dan,  demi kelangsungan penyatuan orang Melayu dan ummah yang diusahakan UMNO/Pas  ini, telah mula menimbulkan  perasaan iri hati mahupun ketakutan pula pada diri Mahathir mahupun PPBM .

Atau adakah Mahathir sudah mula merasakan  ada desakan mahupun jolokan dari "rakan" dalam Pakatan Harapan sendiri, iaitu PKR mahupun DAP?
A?Kini Mahathir sudah "kehilangan" kuda Trojan nya  yang diharapkan iaitu Azmin Ali?? dan...Azmin kini pula didakwa sekapal atau mempunyai "selera" yang sama.seperti Bos PKR.

Sebenarnya apa yang ditakutkan olih Mahathir ini sehingga sanggup menjilat ludah sendiri terhadap UMNO?

Atau adakah Mahathir mula merasakan beliau bakal dicheck mate  olih PKR dan DAP??? terutama Anwar Ibrahim dan Kit Siang serta beberapa kerat ahli Parlimen UMNO yang berkiblatkan kepada Presiden UMNO Zahid Hamidi dan gerombolannya yang sememangnya menyokong Anwar Ibrahim??

Bukankah pada pandangan Mahathir bahawa UMN0 sebuah parti yang ahli ahlinya terdiri dari kelompok "haprak" atau Melayu Bodoh yang menghalalkan "perompakan" terhadap harta negara olih para pemimpinnya??
Kenapa ???
Kenapa Mahathir masih mahukan ahli ahli UMNO untuk menyertai Bersatu partinya??

Atau Mahathir dah mula tersedar dari mimpi bahawa mulut beliau bakal disumbat dengan " limau manderin" atau " "biji durian" olih Lim Kit Siang mahupun Anwar Ibrahim????

Cahaya Al Majid.

Friday 5 July 2019

THE PROMISED LAND : APA YANG FITNAH EN KADIR???DAN AGAKNYA MAHATHIR TERTELAH BIJI DURIAN

Bismillahhirrahmannirrahim.

Alasan mudah adalah "itu semua fitnah".
Samaada Cik Kadir Jasin kita dah termasuk dalam "prasa" pelupa atau sememangnya terperasan" lebih sudu dari kuah, kita layan sajalah..luahanya!!!.

Sengaja nak tanya, adakah fakta yang diberikan olih Pensyarah UKM itu merupakan fitnah???
Apa yang dikatakan bahawa dalam 400 hari Mahathir atau Pakatan Harapan telah berjaya menjual harta negara berjumlah RM20 billion. Adakah fakta ini benar atau fitnah???

Kepada Cik Kadir jawaplah dengan fakta, benar atau fitnah?

Kalau ini merupakan fitnah yang dicipta atau yang disebarkan semata mata mahu memalukan Mahathir dan Saf Pakatan Harapan, maka, buatlah laporan polis atau setidak tidaknya mengadulah kepada SPRM atau kat Lateepa Koya tu..

Ini Cik Kadir menyalak kat kementerian Mazlee tu apa hal..
Atau Cik Kadir nak test power???

Atau setidak tidaknya Cik Kadir bagilah tahu kat masyarakat bahawa semua hasil jualan harta itu dibuat untuk membayar hutang negara..tetapi..apa yang dilaporkan hutang negara bukannya semakin berkurangan tetapi sebaliknya mencanak macam roket DAP naik keatas.

Kini difahamkan hutang negara sudah melepasi angka Rm800 billion berbanding RM686 billion sewaktu ditinggalkan BN.

Ini menunjukkan bahawa peningkatan hutang sebanyak lebih kurang RM114 billion.
Ini tidak termasuk dana yang diambil dari Petronas sebanyak RM80 billion dan jika dicampur dengan hasil harta negara yang sudah dijual maka jumlahnya RM100 billion.
Kemana dan apa yang telah dibelanjakan terhadap duit RM100 billion ini dalan masa 400 hari???

Ini tidak, duit berbillion billion berjaya dikumpul, harta negara terjual satu persatu tetapi..hutang negara tetap bertambah.
Atau ada yang buat duit free ke???

Inilah isu yang sepatutnya dicerahkan olih Cik Kadir kita, bukan mengugut Pensyarah tu!!!.

Cahaya Al Majid.


Monday 1 July 2019

THE PROMISED LAND: MAHATHIR DAN ZAHID SEMEMANGNYA BEBAL!!!!

Bismillahhirrahmannirrahim.

Tak tahu siapa yang dulu bakal "dikuburkan", samaada Mahathir dikhafankan atau Zahid Hamidi yang dahulu dikebumikan.
Kedua dua menyusahkan .

Kalau Mahathir sudah menyisihkan keupayaan teknokrat Melayu dalam lembaga Khazanah dengan melantik bukan warganegara iaitu 2 warga China Hong Kong sebagai Ahli Lembaga Pengarah Khazanah manakala Zahid Hamidi pula merasakan dirinya terlebih "zuhud" seolah olah tiada apa yang membelenggu diri atas segala tuduhan yang sedang dihadapi, seolah olah UMNO tidak akan terkait sama.

Maka, sesungguhnya kedua dua makhlok ini , Mahathir yang suka merendahkan keupayaan orang Melayu dan Zahid Hamidi pula suka memperbodohkan Melayu UMNO.

Diatas kebebalan kedua dua manusia ini samaada Mahathir mahupun Zahid Hamidi seelok eloknya " terkuburlah" dengan kadar segera.

Kalau setakat hidup menyusahkan orang ramai, eloklah mati.

Cahaya Al Majid.