Tuesday 7 December 2021

THE PROMISED LAND: MAHATHIR MULA MAIN WAYANG!!

Bismillahhirrahmannirrahim.

Seluruh negara gempar apabila SPRM mengesahkan bahawa puluhan juta ringgit telah mengalir keakaun suami dan anak Gabenor Bank Negara. 

Zati Aktar Aziz merupakan Gabenor Bank Negara ketika MAS ( Money Authority of Singapore) mengesahkan bahawa terdapat pengaliran jutaan Dollar keakaun yang dikuasai olih suami dan anak nya di Singapura yang berpuncakan dari Jho Low.

Dan yang terkini Dana tersebut berjumlah USD 15 Juta telah dipulangkan kepada Kerajaan dan perkara ini telah disahkan olih SPRM.

Media telah menyiarkan bahawa keterlibatan Keluarga Zeti dengan Jho Low adalah dari sekitar tahun 2007 lagi.

Heem..😲😲😲

Apa kah terdapat "komplot" tersusun dalam "menganiya" diri Najib? dalam siri kes SRC dan IMDB?

Kenapa beriya iya sangat Mahathir dan sekutunya dalam "memanaskan" I MDB dan SRC", sehingga Mahathir sanggup menghantar Sri Ram kerumah Peguam Negara untuk sama sama berkomplot dalam "menangkap " Najib?

 Apandi Ali adalah Peguam Negara ketika itu dan peristiwa ini didedahkan olih beliau sendiri.

Dengan pengakuan Tommy Tomas mengatakan bahawa beliau sedar akan siasatan terhadap Zeti dan Keluarga nya terhadap Dana 1MDB dan Jho Low tetapi beliau mengaku tidak melihat kertas sisatan tersebut .Beliau meletak jawatan sebelum habis kontrak.

Kini isu Zati dan Keluarga nya yang menerima Dana  dari Jho Low yang berpunca dari IMDB  bukan lagi rahsia.

Masaalahnya ketika Mahathir diangkat sebagai PM buat kedua kalinya beliau telah melantik Zati dalam team Daim yang dipanggil Majlis Penasihat terutama dalam kontek ekonomi negara.

Tetapi apa berlaku? Adakah pembaharuan ekonomi dilakukan olih Majlis ini yang diketuai olih Daim, Zeti,Hassan Merican, Robert Kuok dan juga Sunderam?

ECRL diuncah HSR dihentikan dan segala macam projek yang diusahakan Najib dan Kerajaan BN habis dihentikan termasuklah Projek Bandar Malaysia.

GST dihentikan sertamerta.

Itulah kehebatan Majlis Penasihat yang dilantik Mahathir.

Tak sampai 3 tahun seperti yang diramalkan hanya setakat 22.bulan,.Kerajaan Pimpinan Mahathir iaitu Pakatan Harapan berkecai.

Bukan Mahathir saja yang berkecai malahan Ekonomi Negara juga ranap dikerjakan olih gerombolan PH ini.

Pendapatan tetap negara {GST) hilang,pinjaman bertapuk tapuk ,Aset negara dijual, hutang meningkat, pelabur menjatuhkan diri malahan bursa saham juga merudum.

Adakah ini kerja Majlis Penasihat atau Majlis Punahsihat yang menasihatkan Mahathir?

22 bulan..guyup Ekonomi negara dikerjakan dan akhirnya krisis dalaman PH meledak kerana ada sikap "curiga mencurigai" sesama mereka terutama dari DAP dan Anwar .

Dalam 22 bulan Mahathir berjaya membalas dendam terutama terhadap Najib.

Kerana dIdakwa kes FOREX negara rugi Rm30 billion dan Najib dikata mengarahkan untuk diakukan RCI terhadap kes tersebut dimana Mahathir adalah "kunci"nya, maka, dendam semakin membara.

Tiada apa yang dilakukan olih Mahathir untuk memperbaki atau merancakkan Ekonomi negara selama 22 bulan, melainkan, merencatkan segala projek yang  telah diusahakan dizaman Najib termasuklah Pan Borneo Highway.

Hari ini Mahathir pula mula menyerang DAP. Dia kata ada seseorang yang berpengaruh dalam DAP 'mencampuri" urusan Kerajaan terutama yang melibatkan MOF.

Bergasak pulak Guan Eng dan Tony Pua menepis tuduhan Mahathir. Meletup sekejap kes ini, tetapi semua ini berlaku berangkaian sekali. 

Dikala kes Zeti dan Family serta Nor Yaakob sedang hangat diperdebatkan , tiba tiba meletup kes ketidakpuasan hati Mahathir terhadap Tony Pua dan tidak secara langsung menikam Guan Eng atau DAP.

Peergh...hebat permainan!!!

Tetapi kisah perjalanan isi bumi Malaysia ini semakin kelam. 

Ada Perdana Menteri, Perdana Menteri pula tiada kuasa. Kalau PM hanya sekadar mengharapkan kepada nasib ,maka, inshallah, beliau bakal dinobatkan sebagai PM yang paling singkat 

Selepas keputusan kes Najib esok, sama sama kita saksikan siapa bakal ditimpa bala. 

Siapa kena serangan jantung, siapa bakal diusung kehospital, siapa bakal hilang orang yang disayangi, kita tunggu selepas ini.

Siapa menganiya dan Siapa teraniya. siapa Subahat ..siapa menjala...siapa .dijala...bala semakin dekat.

Cahaya Al Majid.





.


No comments:

Post a Comment