Friday 20 April 2018

THE PROMISED LAND : MASAALAH RASUAH YANG MEROBEK POKET RAKYAT



Bismillahhirrahmannirrahim

                                    Image result for imej rasuah

Disebabkan sudah terlalu ramai pemimpin politik dikalangan UMNO yang menjadikan Rasuah dan salah guna kuasa sebagai jalan hidup untuk kaya raya dan memakmurkan kroni memasing demi kuasa, maka untuk sekian kalinya , jalan haram ini perlu dihentikan olih rakyat agar segala keputusan atau kes yang dibawa kemuka pengadilan samaada yang masih tergantung, digantung mahupun yang dilatkan olih sesetengah pihak berkepentingan, maka, wajib,  buat rakyat terutama orang Islam dan Melayu yang menjunjung Islam sebagai jalan hidup dan beriman dengan Al Quran dan berrasul dan bernabikan Muhammad saw,  maka segala 'kemungkaran' ini perlu dihentikan demi menjaga maruah agama Islam yang telah dicemar olih 'dungu dungu' agama ini.

Kalau digali dan dikumpul semua salahlaku pemimpin UMNO ini, serta 'jumlah rasuah' yang telah dikaut, diagih mahupun disonglap olih mereka mereka ini, bukan saja sebuah bandar seperti  Puterajaya bolih dibangunkan namun berderet deret lagi ibu negeri dinegara ini bolih dibangunkan seperti Puterajaya.

Sekadar memberi ingatan, sekiranya rakyat masih lagi 'mengekalkan' Kerajaan Barisan Nasional yang diterajui UMNO ini untuk diberi semula mandat memerintah, bukan saja 'harga barangan dan kos sara hidup saja yang melambung' , malahan hutang negara yang dicipta melalui pemberian 'free free' untuk membeli undi atau hati rakyat,sedang giat dilakukan olih  'pemimpin UMNO" samada olih Najib mahupun Zahid Hamidi,  tidak ketinggalan , para menteri BN juga sedang mengagihkan ratusan juta lagi bagi 'menggelapkan' hati dan mata rakyat . Apa yang dilakukan ini, bakal 'menenatkan aliran kewangan negara"yang sedang sememangnya sedang tenat ini.

Satu lagi perkara yang perlu diingat adalah cukai GST . GST ini adalah senjata yang bolih merobekkan poket rakyat yang bolih dinaikkan bila bila masa olih Kerajaan Najib sekiranya 'hutang' negara 'membimbangkan" kerajaan. Walaupun Kerajaan Najib telah berjanji bahawa cukai GST tidak akan dinaikkan tetapi itu bukan 'wajib'.

Kalau sebelum ini Kerajaan tidak nampak cara lain untuk mengimbangi 'defisit kewangan' melainkan dari poket rakyat, namun, hal yang serupa pasti akan berulang lagi.

Kalau dari utara hingga keselatan mahupun dari barat ketimur, kesemua Projek Mega milik negara diserahkan kepada  China, melalui hutang.

Darimana Kerajaan mahu 'cekau' tambahan dana bagi melunaskan hutang tersebut walaupun tempoh pembayaran pinjaman tersebut hanya berkuatkuasa selepas tahun ke 7. Setidak tidaknya 'interest ataupun bunga pinjaman' perlu dilunaskan juga pada setiap tahun.

Apa hasil negara yang ada lagi????
Image result for imej rasuah


Dibawah ini adalah contohon rasuah yang merobek duit rakyat yang perlu dihentikan olih rakyat.

Image result for imej Latif Bandi
Exco kerajaan negeri Johor Datuk Abd Latif Bandi ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Khamis berhubung kes rasuah dan penyelewengan hartanah
Baca lebih lanjut di http://www.mstar.com.my/berita/berita-jenayah/2017/03/09/exco-umno-ditahan-sprm/

Turut ditahan dua pemaju, masing-masing seorang peguam dan orang awam yang dipercayai terlibat dalam skandal sama di Johor.
Dalam operasi berkenaan, SPRM turut merampas 21 kereta mewah, lima motosikal berkuasa tinggi, wang tunai kira-kira RM500,00 termasuk mata wang asing dan dokumen-dokumen yang dipercayai dapat membantu siasatan.

Sebanyak 45 akaun bank milik bersama kesemua suspek melibatkan sekurang-kurangnya RM15.5 juta juga dibekukan bagi membantu siasatan.

Cahaya Al Majid.

1 comment:

  1. KABAR BAIK

    Saya telah berpikir bahwa semua perusahaan pinjaman online curang sampai saya bertemu dengan perusahaan pinjaman Suzan yang meminjamkan uang tanpa membayar lebih dulu.

    Nama saya Amisha, saya ingin menggunakan media ini untuk memperingatkan orang-orang yang mencari pinjaman internet di Asia dan di seluruh dunia untuk berhati-hati, karena mereka menipu dan meminjamkan pinjaman palsu di internet.

    Saya ingin membagikan kesaksian saya tentang bagaimana seorang teman membawa saya ke pemberi pinjaman asli, setelah itu saya scammed oleh beberapa kreditor di internet. Saya hampir kehilangan harapan sampai saya bertemu kreditur terpercaya ini bernama perusahaan Suzan investment. Perusahaan suzan meminjamkan pinjaman tanpa jaminan sebesar 400 juta rupiah (Rp400.000.000) dalam waktu kurang dari 48 jam tanpa tekanan.

    Saya sangat terkejut dan senang menerima pinjaman saya. Saya berjanji bahwa saya akan berbagi kabar baik sehingga orang bisa mendapatkan pinjaman mudah tanpa stres. Jadi jika Anda memerlukan pinjaman, hubungi mereka melalui email: (suzaninvestment@gmail.com) Anda tidak akan kecewa mendapatkan pinjaman jika memenuhi persyaratan.

    Anda juga bisa menghubungi saya: (Ammisha1213@gmail.com) jika Anda memerlukan bantuan atau informasi lebih lanjut

    ReplyDelete