GAMBARAN KEMARAHAN HATI YANG DITERJEMAHKAN MELALUI PAPARAN DIPAKAIAN BERSERTA SLOGAN DEMI MELUAHKAN RASA 'MARAH' ATAU 'HAMPA' |
Luah hati yang dipakai atau digunakan bagi tujuan paparan untuk pandangan masyarakat keatas apa yang dirasakan tidak sehaluan dengan pemikiran mereka terhadap sesuatu perkara. Kebanyakan dari mereka merupakan golongan yang tidak sehaluan dengan pemerintah dan terdiri dari golongan Pakatan Rakyat (Pembangkang) samaada DAP, PAS mahupun PKR serta beberapa NGOs yang 'menongkah' arus..
Sejarah telah membuktikan bahawa 'pengkhianat' berlaku dimana saja dibumi ini. Sejarah Melayu mengatakan 'Hang Jebat menderhaka', begitu juga dengan Tokoh Komunis Melayu, Rashid Maidin dan Shamsiah Fakeh dan banyak lagi kalu kita singkap seadanya. Banyak pengkhinatan yang terjadi yang dilakukan olih mereka-mereka yang tidak disangka-sangka. Begitulah 'kejadian'nya manusia apabila manusia hilang pertimbangan kewarasan .
HALUAN DIRI DITERJEMAHKAN DENGAN TINDAKAN |
SOKONGAN TERHADAP 'KECELARUAN' HATI DI BERIKAN GALAKKAN |
PANDANGAN PERIBADI DIABADIKAN PADA SLOGAN YANG TERPAPAR DIDADA |
PENCATUR YANG BERSTRATEGI SERTA AJENDA YANG TERSEMBUNYI |
TIDAK CUKUP DENGAN PAPARAN DIDADA ATAS KAD JUGA TERSERLAH TUJUAN HATI |
AKAN MENJADI KEBANGGAN APABILA TUJUAN HATI TERPAPAR DI ATAS T SHIRT |
HAJAT HATI DI JUNJUNG UNTUK PENGETAHUAN UMUM |
Disebabkan Kapt Zahari yang merupakan Pilot MH370 yang mengendalikan B777-200 yang dikata 'keluar' dari laluan untuk ke Beijing maka berbagai spekulasi tentang pendirian beliau telah menjadi 'persoalan'. Kemungkinan 'ya' atau 'tidak' akan kebarangkalian beliau bertindak diluar 'batasan' tugasan, belum dapat dipastikan.
Melalui berbagai pandangan samaada dari rakan sepejabat, teman rapat, sanak saudara serta beberapa kenalan serta yang berjiran, semua itu tidak dapat 'menjelaskan' diri serta 'perlakuan sebenar' beliau dan untuk menolak 'salah laku' yang mungkin dilakukan 'tanpa' kesedaran orang dikeliling tidak bolih ditolak.
Cuba kita singkap kejadian di Bangi beberapa bulan lalu, seorang ayah sanggup 'membunuh' serta mencederakan anaknya, kenapa?. Semua yng ditemuramah mengatakan 'beliau' tidak mempunyai masaalah samaada dipejabat mahupun dengan jiran dan teman tetapi..alangkah terkejutnya..beliau sanggup melakukan sesuatu diluar batasan sebagai seorang 'bapa', kenapa???
Adakah beliau gila atau 'termakan dadah?". Semua tidak terjawap lagi.
Begitu juga dengan watak yang diperkatakan, situasi yang sama juga yang berlaku terhadap watak ini. Segalanya 'mungkin' walaupun seseorang itu dikata kan 'warak' dan selalu dilihat 'bersolat',namun semua itu tidak menggambarkan 'apa-apa, kerana sebelum ini juga terdapat 'alim' agama yang bertindak diluar batasan sebagai 'orang alim'.
Apabila seseorang manusia itu gagal untuk 'menimbang' diantara kebaikan dan keburukan serta terlalu 'mengikut hati' yang tidak tenang, maka, bisekan 'syaitan' akan bermaharajalela dalam diri, inilah yang 'merosakkan' 'nilai agama dan keimanan' umat Muhammad s.a.w kebelakangan ini dan kebarangkalian ini juga terjadi atau berlaku terhadap 'watak' ini.
ikhlas dari :- Cahaya Al Majid
info kat sini
ReplyDeletehttp://dramaraja.blogspot.com/?m=1
You can't Con a Conman, but you can make their job Blown up.
ReplyDelete