HELLO PAS !! CAKAP MACAM ORANG TAK DA OTAK. KALAU IAPUN BERILAH CADANGAN. KALAU TAK BOLIH JANGAN JADI PEMIMPIN |
Bismillah-hir-rahman-nir-rahim
Bila semua kecoh pasal tembak sana tembak sini, alih-alih PAS buat terkedu pula. Kalau iapun nak menyampuk bagilah satu cadangan yang konkrit kepada 'Kerajaan Najib' agar sesuatu tindakan bolih dibuat bagi mengekang 'berkembang'nya kejadian tembak menembak. Kalau nak jadi hero berilah cadangan yang bernas kepada PDRM atau KDN barulah bolih jadi 'jagohan'.
Walau apapun , ucap[an terima kasih diucapkan kerana PAS masih perihatin kepada permasaalahan dan kebimbangan "masyarakat' terhadap 'jenayah tembak menambak' atau membunuh secara keji yang sedanag berleluasa ini yang disebabkan olih 'terhapusnya' ISA dan E.O.
Moga-moga PAS dapat 'menggesa' Kepimpinan Najib agar sesuatu perlu dilaksanakan dengan kadar segera demi kepentingan dan keselamatan rakyat. Kalau PAS lihat Najib tidak berjaya menyelesaikan permasaalah ini, PAS wajib bentangkan atau panjangkan ke Parlimen, dan minta Perdana Menteri berundur kerana Perdana Menteri gagal menjalankan tanggungjawap serta amanah rakyat dan gagal melindungi kepentingan dan keselamatan rakyat.
Perdana Menteri sepatutnya berasa malau kerana disebabkan desakan parti Pakatan, akta ISA dan E.O dibubar dan kini 'penjenayah-penjenayah' yang dilepaskan mula mengugat kestabilan dan keselamatan rakyat.
1000 kali kesalahan adalah terletak dibahu Najib dan kabinetnya.
The Malaysian Insider
PAS minta cari jalan banteras jenayah, bukan hidupkan EO
Kementerian Dalam Negeri (KDN) dinasihatkan lebih banyak menghabiskan masa untuk memikirkan cara membanteras jenayah daripada mengambil peluang setiap kali berlakunya jenayah tembakan sebagai alasan untuk menghidupkan kembali Akta Ordinan Darurat (EO).
Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar), berkata mengikut perkiraan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, jumlah pengikut penjenayah EO yang dibebaskan pada 2011 meningkat kepada 260,000 orang.
"Jika betul statistik yang dikemukakan beliau, apakah gunanya EO dalam membanteras jenayah tembakan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Katanya, adakah kerajaan bercadang hendak menahan 260,000 orang ini tanpa bicara sebagai langkah penyelesaian kepada jenayah tembakan yang semakin berleluasa kini.
Beliau berkata, menahan suspek tanpa bicara tidak membantu menjawab persoalan bagaimana senjata api kini mudah dimiliki penjenayah di Malaysia.
“Masalah sekarang ialah tidak diketahui berapa orang yang memiliki senjata api haram di dalam negara.
“PAS berpendapat KDN perlu menfokuskan kerja kepada mematahkan saluran bekalan senjata api haram ke dalam negara.
"Gunalah segala perisikan yang ada dan bantuan daripada Unit Khas (Special Branch) untuk mengesan kebocoran senjata api ke tangan orang yang tidak berlesen," katanya.
KDN juga, katanya, harus mengaturkan semula keutamaan kerja polis supaya fokus utama ialah membanteras jenayah dan membuat rondaan di jalanan.
"Biarlah sekurang-kurangnya 60 peratus polis ditugaskan membanteras jenayah," katanya. – 14 Ogos, 2013.
Nota :- Bagaimana terlalu banyak senjata berjaya diseludup kenegara ini?
Apa Jabatan Imigresen buat?
Apa Jabatan Kastam buat?
Apa Unit Penyeludupan buat?
Apa perisik buat ?
atau KDN..buat tak tahu ??? atau buat buat bodoh
ikhlas dari :- Cahaya Al Majid
No comments:
Post a Comment